The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mar17rasid, 2020-03-16 20:16:02

VIRTUAL REALITY DALAM KELAS

VIRTUAL REALITY DALAM KELAS

VIRTUAL
REALITY
DALAM
KELAS

MENJAWAB SOALAN ANDA TENTANG UNTUK
MEMAHAMI VIRTUAL REALITY UNTUK KELAS ANDA

KAMIL RAZALI

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana- mana ba-
hagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam bentuk apa jua bentuk dan
dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, , mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Nik Muham-
mad Kamil Bin Nik Razali

2

Teknologi yang membawa alam fantasi ke dalam dunia
nyata,
Dunia yang tidak wujud dinyatakan di depan mata,
Dunia yang tidak tercapai datang kepada pandangan
mata,
Tiada lagi dunia yang tidak dilihat,
yang tinggal adalah dunia yang belum diterokai,
Dunia untuk semua.

3

KANDUNGAN

JUDUL HALAMAN

PRAKATA PENULIS 7
PENGENALAN TEKNOLOGI MAYA 9
POTENSI TEKNOLOGI MAYA 10
PEKERJAAN DALAM TEKNOLOGI MAYA 11

PERUBATAN 12
PEMBINAAN 14
PERNIAGAAN 15
KAITAN DENGAN PELAJAR 18
MESTI GUNA TEKNOLOGI MAYA 20
PERSPEKTIF MASYARAKAT 21
PERSPEKTIF GURU 22
PERSPEKTIF PELAJAR 24
SPESIFIKASI KOMPUTER 27

SPESIFIKASI ANDROID 29
SPESIFIKASI APPLE 31
LAPTOP VS GADGET 34
EXTENDED REALITY 37
DEFINASI RINGKAS VIRTUAL REALITY 39
DEFINASI RINGKAS AUGMENTED REALITY 40
4

JUDUL HALAMAN

DEFINASI RINGKAS MIXED REALITY 4I

GADGET UNTUK VIRTUAL REALITY 43

GADGET UNTUK AUGMENTED REALITY 43

GADGET UNTUK MIXED REALITY 45

TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR 47

TERMA TEKNOLOGI MAYA 48

HEAD- MOUNTED DISPLAY 50

INTERPUPILLARY DISTANCE 51

FIELD OF VIEW 52

LAG 53

AVATAR 54

METAVERSE 55

HEPTIC 56

VIDEO 360 57

MASA HADAPAN 58

LAPTOP VS GADGET 59

VIRTUAL REALITY UNTUK KELAS 62

CONTOH PENGGUNAAN DALAM KELAS 63

PERALATAN VIRTUAL REALITY UNTUK KELAS 64

PERALATAN TERBAIK 71

UNTUK 40 ORANG 72

CARA SEMUA PELAJAR NAMPAK 73

5

JUDUL HALAMAN

APLIKASI MUDAH VIRTUAL REALITY 74

LANGKAH PENGGUNAAN VR DALAM KELAS 75

VIDEO 360 76

JENIS VIDEO VR YANG SESUAI IKUT OBJEKTIF 77

FAKTOR MENARIK 360 78

VR VS 360 79

KELEBIHAN VIRTUAL REALITY 80

KELEMAHAN VIRTUAL REALITY 81

PERTIMBANGAN VIRTUAL REALITY 84

NASIHAT TERBAIK 85

PENYELESAIAN MASALAH VIRTUAL REALITY 86

NASIHAT TERBAIK GUNA VR DALAM KELAS 92

PERALATAN DIPASANG DALAM KELAS 93

PANDUAN GUNA DALAM SETIAP FASA RPH 106

HARAPAN DI AKHIR PEMBELAJARAN 111

KATA - KATA AKHIR UNTUK SEMUA 113

6

PRAKATA PENULIS

TERIMA KASIH DARI SAYA UNTUK ANDA SEMUA

Teknologi maya yang sedia ada dan sedia untuk digunakan. Namun,
pendedahan terhadap teknologi ini masih di peringkat permulaan.
Terutama dalam bidang pendidikan yang yang mempunyai potensi
yang tiada batasannya.

Saya telah bergiat aktif dalam setiap ceramah saya untuk
memperkenalkan dan membudayakan teknologi ini daripada
tahun 2016 lagi. Sepanjang penerokaan ini, saya semakin yakin
bahawa teknologi maya adalah satu alatan yang boleh digunakan
oleh semua lapisan guru dan pelajar. Semua guru dan pelajar yang
mencuba sentiasa berkata pada akhir sessi “ Kenapa saya tidak tahu
pasal ini ?”.

Inisiatif penulisan buku perkongsian ini adalah untuk memberikan
satu panduan lengkap untuk memahami tentang teknologi maya.
Anda juga akan dibimbing dari awal dan setiap langkah pembacaan
akan berpandukan soalan - soalan yang biasa saya terima apabila
sessi perkongsian saya. Kebanyakan soalan tersebut saya kumpul,
susun dan saya cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin. Saya
juga membuka ruang untuk anda membuat persoalan tambahan
secara terus kepada saya jika masih ada di talian 016 - 830 8420.

7

MARI
MENGENALI
TEKNOLOGI

MAYA

8

Apakah teknologi maya ?

Simulasi dan persekitaran yang dijana oleh teknologi digital
yang mempunyai tahap realiti yang mampu memberikan kesan
kepada pandangan, stimulus dan deria pengguna.
Secara mudah, apa yang kita tengok adalah media digital yang
akan ‘menipu’ segala deria menjadikan media tersebut adalah
realiti.
Deria pandangan nampak dunia janaan dan media janaan
dengan imej yang jelas dan nampak nyata.
Deria rasa mula merasakan seolah semua yang dipandang dan
didengari adalah benar.
Deria pendengaran akan dipenuhi dengan bunyi - bunyi yang
memberikan perasaan sedang mendengar bunyi yang sebenar.

9

Apakah potensi teknologi
maya ?

Potensi teknologi ini tidak terbatas kerana semua benda mau-
jud dan tidak maujud boleh didigitalkan dan dipersembahkan
dengan menggunakan pelbagai gadget. Gadget yang semakin
canggih juga mampu memberikan pengalaman teknologi maya
yang semakin menghampiri realiti.
Semua lapisan masyarakat dan golongan mempunyai kelebihan
dalam mengaplikasikan teknologi maya dalam kehidupan dan
kerjaya mereka. I
Perkembangan tekniologi maya kini sedang disesuaikan untuk
memudahkan kerja - kerja manusia dalam pelbagai bidang.

10

Apakah contoh pekerjaan
yang menggunakan teknologi
maya ?

Dalam bidang perubatan, para doktor boleh melihat imej 3D
yang jelas organ pesakit. Doktor membuat keratan rentas dan
mencuba simulasi prosedur sebelum membuat pembedahan
yang sebenar.

Juruteknik boleh membuat diagnostik dan pengesanan masalah
mesin dengan mudah. Ini kerana, akses kepada peralatan yang
berada di dalam mesin tersebut boleh dilihat tanpa perlu mem-
buka unit tersebut. Maklumat daripada diagnostik juga mem-
beri petunjuk di mana kerosakan berlaku.

Pembinaan model kini boleh dilakukan dalam bentuk 3D. Juru-
reka boleh melihat dengan jelas setiap ciri rekaannya dan boleh
melihat daripada pelbagai sudut.

11

Bagaimana bidang perubatan
memanafaatkan teknologi ni?

Terdapat satu kes perubatan yang menakjubkan di mana
penyelidik di Duke University School of Medicine menggu-
nakan Virtual Reality untuk membantu pesakit paraplegic. Pe-
sakit paraplegic mempunyai masalah di bahagian bawah badan-
nya. Kajian ini menunjukkan dengan menggunakan Virtual
Reality sebahagian daripada rawatan mereka, pesakit mereko-
dkan pemulihan pelbagai tahap dalam merasa kembali di baha-
gian bawah badan mereka.
https://www.neuro.duke.edu/research/research-news/how-vr-
helping-paraplegics-walk-again

12

Ini menunjukkan bahawa teknologi ini boleh merangsang pe-
mikiran kita ke arah realiti yang kita mahu.
Pelajar perubatan juga digunakan dalam melatih graduan dok-
tor. Mereka membuat pembedahan maya melibatkan pelbagai
prosedur. Mereka juga boleh diuji dengan pelbagai senario yang
realistik, yang mana sebelum ini mustahil dilakukan dengan
menggunakan cara tradisional. Ini dapat menyediakan bakal
doktor ini dengan pengalaman yang mereka perlukan sebelum
menempuh alam pekerjaaan sebenarnya.

13

Bagaimana pula dengan bidang
arkitek dan juga sektor
pembinaan ?

Yup, mereka juga mengaplikasikan teknologi ini. Arkitek boleh
menukarkan reka bentuk mereka kepada realiti dengan membi-
nanya dalam dunia Virtual Reality. Arkitek juga boleh menu-
karkan lukisan dan pelan yang dibuat dalam komputer menjadi
kepada objek 3D dan diperlihatkan dengan menggunakan te-
knologi Virtual Reality. Reka bentuk menjadi lebih hidup dan
sebarang masalah dan penambahbaikan boleh diselesaikan den-
gan lebih cepat dan mudah.

Kaedah sebegini lebih kos efektif dan juga memendekkan masa
kerja sekaligus menyumbang kepada hasil kerja yang lebih baik.

Syarikat Iris VR adalah antara syarikat yang mengusahakan
bidang ini . Mereka menyediakan platform untuk menukar-
kan lukisan 3D kepada binaan Virtual Reality. Ahli kumpulan
juga boleh mengubah dan meminda binaan Virtual Reality tadi
semasa perbincangan menjadikan binaan tersebut dikemaskini
dalam real- time.

14

Em, macam betul jugak tu. Per-
niagaan juga menggunakan
Virtual Reality dalam bidang
periklanan sahaja kan ?

Pada peringkat awal perniagaan menggunakan teknologi Virtu-
al Reality untuk tujuan pengiklanan.
Namun sekarang ini, teknologi ini digunakan juga dalam mem-
buat temuduga, memberikan lawatan ke pejabat dan tapak pro-
jek, mengadakan mesyuarat dan sessi perbincangan dan juga
sebagai medium penyampaian taklimat.
Teknologi dibuat untuk memudahkan urusan, maka Virtual
Reality digunakan untuk memudahkan semua urusan di atas.
Bunyi macam pelik kan ?

15

Cuba bagi penerangan ringkas
bagaimana teknologi ini digu-
nakan dalam memudahkan uru-

san di atas?

Temuduga
Calon dipakaikan headset VR. Dalam sessi tersebut, calon akan
dibawa kepada situasi yang mana mereka perlu menyelesaikan
masalah. Segala respon, jawapan, percakapan dan juga tingkah
laku direkodkan untuk dinilai.

Membuat lawatan
Klien dan pelanggan dibawa ke tempat projek dan pejabat tan-
pa perlu meninggalkan bilik. Klien dan pelanggan boleh melihat
sendiri tempat yang dilawat dan mendapatkan maklumat yang
ingin dicari selain daripada apa yang tercatat dalam kertas dan
dalam video tayangan biasa.

16

Mesyuarat dan sessi perbincangan
Semua ahli mesyuarat membuat pembentangan dan perbincan-
gan mereka dalam video 360. Video tersebut diserahkan kepada
pihak atasan dan pihak yang terbabit dalam meneliti proses, ha-
sil dan kata putus mesyuarat. Ini jauh lebih berkesan berband-
ing membaca laporan bertulis biasa.

Taklimat
Taklimat yang disampaikan dalam bentuk Virtual Reality lebih
berobjektifkan persendirian. Ini boleh menjadikan pelbagai tak-
limat dibuat khas untuk pendengar sahaja dan ini membolehkan
pelbagai jenis taklimat termasuklah yang sulit disampaikan.
Contohnya perbicangan maklumat sulit dan juga kompilasi
penyakit yang tidak sesuai dikongsi dengan orang lain.

,

17

Macam semua benda dah guna
Virtual Reality ni. Apa kaitan

pula dengan pelajar kita ?

Apa yang baru berlaku sekarang akan jadi budaya kerja untuk
masa hadapan. Maka, ini adalah budaya kerja yang akan dihada-
pi oleh pelajar kita.
Tugas kita kini adalah memperkenalkan dan memberi pendeda-
han awal kepada mereka untuk menyediakan mereka ke arah
cara kerja zaman mereka. Nampak macam biasa sahaja, tetapi
sebenarnya penting kerana kita sebagai guru adalah pembentuk
generasi hadapan, bukan pengekal cara kerja kita yang akan jadi
lapuk pada zaman mereka bekerja.
,

18

MENINJAU
PERSPEKTIF

PIHAK
TERLIBAT

19

Kenapa mesti guna teknolo-
gi maya ini?

Kerana kita sedang berhadapan dengan generasi masa hadapan.
Kita akan mendidik dan memberi pendedahan tentang zaman
mereka, bukan lagi memberitahu teknologi zaman kita. Te-
knologi untuk generasi akan datang adalah teknologi yang pal-
ing terbaharu kini.

Potensi dalam bidang pendidikan juga tidak terbatas. Ini dipa-
cu oleh golongan guru Malaysia yang sememangnya komited,
kreatif dan bersungguh - sungguh dalam kerja mereka. Guru
juga adalah golongan yang sentiasa terdedah dan menjadi peng-
gerak utama dalam perubahan sistem dan kurikulum pendi-
dikan negara. Faktor utuh inilah yang meyakinkan banyak
pihak bahawa teknologi maya dalam pendidikan adalah tidak
terbatas bersama dengan pelbagai kemungkinan positif kepada
pembangunan generasi akan datang.

20

Apakah perspektif teknologi
maya kepada masyarakat ?

Masyarakt mempunyai pelbagai persepsi dan pandangan ten-
tang hal ini. Ini kerana dalam masyarakat kini masih lagi berbe-
lah bagi dalam membenarkan gadget dalam pembelajaran anak
mereka.

Persepsi ini menghalang perkembangan penggunaan gadget ke
arah amalan pendidikan. Kesannya adalah pelajar tidak dapat
mengaitkan gadget dengan pendidikan, tetapi mengaitkannya
dengan permainan, media sosial, keseronokan tanpa batasan
dan paling parah adalah gadget menjadikan generasi kini rosak
akhlaknya.

Gadget dan teknologi hanyalah alat. Bergantung kepada kita
sebagai pennguna yang boleh menjadikannya sebagai satu alat
ampuh untuk membentuk generasi masa depan yang lebih ce-
merlang dan sesuai dengan zamannya.

21

Apakah perspektif teknologi
maya kepada guru ?

Pandanglah pada yang baik dahulu, kerana yang baik boleh
mengimbangi yang sebaliknya. Namun, bukan semuanya yang
baik itu manis.

Situasi pertama
Guru berusaha dan bersungguh dalam menyiapkan pelbagai
ABM supaya pelajar dapat membayangkan bangunan unik di
seluruh dunia. Gambar, lukisan dan nyanyian disiapkan. Guru
mencari bahan, menyunting segala bahan dan gambar, mencetak
bahan dan perlu menggunakan plastik ‘laminate’ untuk memas-
tikan bahan tersebut utuh. Guru membuat aktiviti dan pelajar
seronok. Selepas digunakan, guru akan menyimpannya dalam
almari untuk kegunaan tahun depan. Tidak disangka- disang-
ka, tajuk tersebut tiada lagi tahun depan. Guru perlu membuat
ABM baharu dan mengulangi proses di atas.

22

Apakah perspektif teknologi
maya kepada guru ?

Pandanglah pada yang baik dahulu, kerana yang baik boleh
mengimbangi yang sebaliknya. Namun, bukan semuanya yang
baik itu manis.

Situasi kedua

Guru menyediakan segala ABM dalam bentuk digital. Selain
gambar, audio, penulisan blog, guru turut menyediakan te-
knologi maya supaya pelajar boleh berasakan mereka berada di
dalam bangunan unik tersebut. Teknologi maya tersebut juga
tersedia dengan audio yang menjadikan seolah - olah pelajar
sedang meneroka bangunan unik tersebut. Selepas digunakan,
guru menyimpan secara digital. Jika kurikulum berubah, guru
tersebut boleh mengubah suai bahan digital yang ada mengikut
perubahan kurikulum terkini.

Anda diberi pilihan.

Anda ingin situasi satu ataupun situasi kedua ?

23

Apakah perspektif teknologi
maya kepada pelajar ?

Pelajar boleh menjadi aktif atau pasif, bergantung kepada minat
mereka terhadap sesuatu. Tugas guru adalah mengaktifkan mi-
nat mereka, namun itu adalah cabaran yang besar.
Situasi satu
Pelajar masuk dalam kelas. Mereka nampak banyak kertas dan
gambar di sekeliling dan atas meja. Mereka boleh tahu apa yang
akan diajar. Mereka membuat aktiviti dan aktivitinya menarik.
Mereka ingin membuat mengulang aktiviti di rumah, namun
tidak mempunyai bahan yang digunakan oleh guru.

24

Apakah perspektif teknologi
maya kepada pelajar ?

Pelajar boleh menjadi aktif atau pasif, bergantung kepada minat
mereka terhadap sesuatu. Tugas guru adalah mengaktifkan mi-
nat mereka, namun itu adalah cabaran yang besar.

Situasi kedua
Pelajar masuk dalam kelas. Dengan menggunakan satu gadget,
guru memberikan satu pendedahan yang imersif dan lain dari
yang lain. Pelajar akan seolah -olah berada di dalam bangunan
unik tersebut. Pelajar dapat meneroka dan berinteraksi dengan
bangunan tersebut. Pelajar sangat seronok dan boleh membuat
aktiviti yang sama di rumah dengan menggunakan bahan yang
dibekalkan secara digital oleh guru. Pelajar juga boleh menyam-
paikan apa yang dipelajarinya kepada ahli keluarga yang lain.
Mereka juga berkongsi teknik pembelajaran ini dalam media
sosial mereka.

Jika anda seorang pelajar, situasi manakah yang menjadi pilihan
anda?

25

SPESIFIKASI
GADGET
UNTUK

TEKNOLOGI
MAYA

26

Boleh bagi spesifikasi kom-
puter untuk guna teknologi
maya ini ?

Boleh.
2 jenis peralatan yang boleh kita gunakan untuk teknologi maya
adalah
Laptop / Komputer meja
• Menggunakan processor i series
• Menggunakan Window 10
• Mempunyai sokongan grafik card

Pelajar tidak dapat memilih, namun guru yang mengajar dalam kelas boleh
memilih pengalaman pembelajaran yang mana kepada pelajar.
Apa pandangan anda?

27

Apakah keperluan bagi
laptop yang sesuai untuk
teknologi maya ?

Untuk laptop ataupun komputer meja, dalam perkongsian ini,
saya merujuk kepada penggunaan teknologi Mix Reality yang
dibangunkan oleh Microsoft.

Oleh itu, keperluan untuk menjalankan Mix Reality ini memer-
lukan laptop ataupun komputer riba yang :
• Sistem operasi Window 10. Jika boleh, menggunakan Win-

dow 10 yang telah dikemaskini yang terbaharu kerana Mix
Reality yang terbaharu lebih stabil bersama dengan fungsi
yang lebih baik
• Processor jenis i series. Ini kerana Processor jenis is series
mempunyai keupayaan untuk menangani jumlah data dan
grafik yang besar apabila menggunakan Mix Reality
• Grafik card samaada Nvidia ataupun Radeon selain daripa-
da kad grafik yang tersedia. Kehadiran grafik card tambahan
ini boleh mengelakkan beban yang berlebihan kepada laptop
ataupun komputer meja anda.
• Jumlah RAM yang melebihi 4 Gig adalah lebih baik. Semakin
tinggi RAM yang ada, makin lancar pergerakan model anda
28 semasa penggunaan Mix Reality.

Boleh bagi spesifikasi An-
droid untuk guna teknologi
maya ini ?

Boleh.
Menggunakan operasi Android 4 ke atas
Dilengkapi dengan AR Core untuk pengalaman penuh

29

Apakah model Android yang
mempunyai AR Core ?

Keperluan bagi telefon pintar kini untuk mampu menyokong
AR Core adalah
Menggunakan Andoid 7.0 ke atas
Gadget yang tersedia Google Play
Boleh bersambungan dengan Iinternet
Berikut adalah model telefon mengikut jenama yang mempunyai
AR Core boleh dirujuk di sini
https://developers.google.com/ar/discover/supported-devic-
es

30

Boleh bagi spesifikasi Apple
untuk guna teknologi maya
ini ?

Boleh.
Mengggunakan iOs terkini
Dilengkapi dengan ARKit untuk pengalaman penuh

Bagi gadget yang tidak dilengkapi dengan AR Core ataupun AR Kit masih
boleh menggunakan beberapa aplikasi teknologi maya. Namun, kebanya-
kan aplikasi kini memerlukan AR Core untuk membolehkan semua fungsi
dihidupkan dan juga memberikan interaksi yang diinginkan.

31

Apakah model Apple yang
mempunyai AR Kit?

• iPhone • (5th generation)
• iPhone 11 Pro • iPad
• iPhone 11 Pro Max • (5th generation or later)
• iPhone 11 • iPod
• iPhone XSiPhone 10 s • iPod touch
• iPhone XS MaxiPhone 10 s Max
• iPhone XRiPhone 10 r • (7th generation)

• iPhone X
• iPhone 8
• iPhone 8 Plus
• iPhone 7
• iPhone 7 Plus
• iPhone 6s
• iPhone 6s Plus
• iPhone SE
• iPad
• iPad Pro
• (all models)
• iPad Air
• (3rd generation)
• iPad mini

32

LAPTOP
VS

33 GADGET

Antara laptop dan gadget,
yang mana lebih bagus untuk
dibeli ?

Pertimbangan untuk membeli laptop dan gadget ataupun
salah satu sahaja bergantung kepada objektif anda.

Saya ingin hanya menggunakan teknologi maya

Berikan tumpuan kepada pembelian peralatan gadget.

Gadget kini sudah mampu untuk menyokong kebanyakan ap-
likasi teknologi maya. Gadget juga mempunyai pelbagai aplikasi
yang berfokuskan pengembangan teknologi maya. Perkemban-
gan aplikasi ini cukup pesat dan sesuai untuk kegunaan dalam
kelas.

Terdapat banyak aplikasi untuk memenuhi pelbagai objektif
pembelajaran dan juga banyak yang ditawarkan percuma.

34

Antara laptop dan gadget,
yang mana lebih bagus untuk
dibeli ?

Pertimbangan untuk membeli laptop dan gadget ataupun
salah satu sahaja bergantung kepada objektif anda.

Saya ingin membuat teknologi maya saya sendiri.

Utamakan laptop ataupun desktop berkuasa tinggi.

Ini kerana jika ingin membuat teknologi maya, anda perlu mem-
buat dan memilih pelbagai model, enviroment, animation dan
pelbagai teknikal lain yang pelbagai aras. Semakin kompleks
teknologi maya yang ingin dibina, makin tinggi kemahiran yang
diperlukan.

Pada masa yang sama, anda juga memerlukan gadget untuk
mencuba aplikasi teknologi maya yang dibina. Ini juga di-
cadangkan mempunyai spesifikasi yang tinggi untuk menam-
pung beban aplikasi yang sedang dibina.

35

PENGENALAN
EXTENDED
REALITY

36

jOenkiasyt,eskenkoarloagnigmsaayyaa nyaakngtainh-u
gin dibincangkan. Bila saya
tbeunadtecdarRiaena,liatky.anApkaeliutuarEExx--
tended Reality ?

Extended Reality adalah satu terma yang memayungi 3 jenis
teknologi maya:
a) Virtual Reality
b) Augmented Reality
c) Mixed Reality

37

Jadi, Extended Reality mer-
angkumi ketiga- tiga teknolo-
gi ini?

Yup..
Ketiga - tiga jenis teknologi ini termasuk bawah Extended Real-
ity.
Jadi, alatan yang digunakan dalam ketiga- tiga teknologi ibi
juga dipanggil sebagai alatan Extended Reality.

38

Apakah Virtual Reality ?

Semua persekitaran ( surrounding ) dibina dan dipancarkan
(displayed ) dalam bentuk janaan digital ( digitally generated ).
Pengguna akan dibawa ke satu kawasan yang berlainan dan be-
rada dalam satu kawasan yang dijana sepenuhnya oleh perisian.

39

Apakah Augmented Reality ?

Sebahagian sahaja adalah dalam bentuk janaan digital, yang lain
adalah dalam bentuk alam sebenar ( surrounding ). Pengguna
masih lagi berada di lokasi yang sama namun di paparan ( dis-
play ) akan wujud media digital.

40

Apakah Mix Reality ?

Pengalaman di mana media digital yang dijana boleh berinter-
aksi dengan sentuhan ataupun sekeliling. Mixed Reality meng-
gabungkan VR dan AR dalam satu platform. Pengguna akan
memakai peralatan MR yang membolehkan media digital di-
tayangkan secara sepenuhnya ( VR ) ataupun sebahagian sahaja
( AR )

41

GADGET
UNTUK

VIRTUAL
REALITY

42

Apakah gadget untuk Virtual
Reality ?

Terdapat 2 jenis gadget untuk Virtual Reality.
a) non-mobile Virtual Reality Headset
b) Mobile Virtual Reality Headset

Gadget yang memberikan pengalaman terbaik adalah Non- mo-
bile Virtual Reality Headset. Non- mobile headset ini biasanya
disambung dengan komputer ataupun konsol khas yang akan
memproses segala data yang akan dihantar kepada pengguna.
Namun, kosnya mahal dan sukar untuk dikendalikan oleh orang
yang tidak mempunyai kepakaran dalam Virtual Reality.

Ada 3 jenama yang terkenal untuk non- mobile VR Headset iai-
tu ;
a) Oculus Rift
b) HTC Vive
c) Playstation VR

43

Apakah gadget untuk Virtual
Reality ?

Terdapat 2 jenis gadget untuk Virtual Reality.
a) non-mobile Virtual Reality Headset
b) Mobile Virtual Reality Headset

Gadget yang senang, mudah digunakan dan murah adalah
Mobile VR Headset. Headset jenis ini akan bergantung kepada
telefon pintar yang akan memaparkan dan memproses data
Virtual Reality yang akan dipertontonkan kepada pengguna.
Namun, pengalaman Mobile Virtual Reality tidak sehebat
pengalaman Non- Mobile Virtual Reality.

Ada 5 jenama yang terkenal untuk mobile VR Headset iaitu ;
a) Samsung Gear VR
b) Google Cardboard
c) Google Daydream
d) Xiomi VR Headset
e) VR Box / VR Headset biasa

44

Apakah gadget untuk Auge-
mented Reality ?

Gadget untuk Augmented Reality adalah gadget dan telefon
pintar. Ini kerana gadget dan telefon pintar boleh diinstall
dengan aplikasi Augmented Reality.

Memandangkan Augemneted Reality juga boleh dipasang
dengan pelbagai aplikasi, maka potensi untuk Augemented
Reality untuk digunakan dalam kelas tidak terbatas.

Namun, ia memerlukan kemahiran yang lain dan pemahaman
yang khusus. Ada yang anda pelajari di sini akan digunakan
dalam memahami Augmented Reality, maka fahami betul -
betul.

Untuk Augmented Reality, saya akan menulis buku yang lain di
mana saya berharap and memahami ketiga - tiga teknologi maya
ini.

DECEIVE THE EYE TO LEARN SOMETHING OUT OF THE BOX

45

Apakah gadget untuk Auge-
mented Reality ?

Gadget untuk Augmented Reality adalah gadget dan telefon
pintar. Ini kerana gadget dan telefon pintar boleh diinstall den-
gan aplikasi Augmented Reality.
Namun, bukan semua gadget dan telefon pintar boleh diinstall
aplikasi jenis ini. Bergantung kepada sistem operasi, model dan
beberapa ciri lain seperti kamera yang boleh menggunakan al-
goritma khusus dan juga AR Core / AR Kit tersedia di dalam.

46

Apakah gadget untuk Mix
Reality ?

Gadget untuk Mix Reality adalah laptop dan tetikus untuk
memudahkan penyuntingan model dan operasi dalam menjad-
ikan model 3D tadi kepada Augmented Reality.
Headset khas untuk Mix Reality adalah tambahan sahaja dan
tidak sesuai untuk kegunaan dalam kelas.

47

Kenapa teknologi maya
sesuai untuk pelajar ?

Semua teknologi di atas sesuai digabungjalin dalam kelas dan
pembelajaran dan pengajaran kerana

• Antara fungsi pembelajaran antara untuk membawa pelajar
keluar daripada kelas dan mengembara di tempat lain.

• Meletakkan pelajar dalam satu kawasan selamat untuk mere-
ka meneroka mengikut tahap ingin tahu mereka.

• Memenuhi kehendak ingin tahu dan merangsang mereka un-
tuk membuat keputusan sendiri bagaimana ingin memenuhi
perasaaan ingin tahu tersebut.

• Menjadikan dunia luar sebagai tempat yang mereka akan
kunjungi suatu hari nanti.

• Memberi kesedaran tentang betapa luasnya dunia ini.

48

TERMA
BAGI

TEKNOLOGI
MAYA

49

Terma untuk
Teknologi Maya

Pelbagai terma digunakan dalam Teknologi Maya kini.
Berikut adalah terma yang biasa digunakan bersama dengan
penerangan ringkas untuk setiap terma:
a) Head- Mounted Headset
b) Interpupillary Distance
c) Field of View
d) Lag
e) Avatar
f) Social VR/ Metaverse
g) Haptic

50

h) Video 360


Click to View FlipBook Version