Apakah Head- Mounted Dis-
play ( HMD )
Peralatan yang dipakaikan di bahagian kepala untuk mendapat-
kan pengalaman teknologi maya secara penuh.
51
Apakah Interpupillary
Distance ?
Jarak antara pusat mata kiri dan pusat mata kanan adalah ber-
beza.
Premium Head- mounted Display boleh diubah kedudukan
lensa supaya pengguna lebih rasa selesa semasa menggunakan
HMD tersebut.
52
Apakah Field of View ?
Kadar keluasan penglihatan yang boleh dicapai dengan meng-
gunakan Head-mounted Display (HMD). HMD Premium mem-
punyai Field Of View yang lebih besar sekaligus memberikan
pengalaman yang lebih berbanding menggunakan HMD yang
mempunyai Field Of View yang lebih kecil.
53
Apakah Lag ?
Sela masa antara paparan video dengan paparan video yang
seterusnya. Semakin tinggi lag, makin lambat video tersebut
bergerak, semakin tinggi untuk pengguna yang memakai HMD
menjadi pening dan pitam.
54
Apakah Avatar?
Watak digital anda dalam dunia digital. Bentuk, jenis dan ciri
avatar ditentukan oleh anda sendiri. Pemilihan avatar boleh
dibuat dengan menggunakan pilihan yang tersedia, buatan
sendiri ataupun menggunakan imbasan 3D
55
Apakah Social VR/
Metaverse ?
Dunia digital semua avatar VR berkumpul dan berinteraksi.
Peserta yang dating dari seluruh dunia berkumpul di dalam
metaverse dalam avatar masing – masing.
56
Apakah Haptic?
Haptic adalah teknologi yang membolehkan setiap pergerakan
dan interaksi pengguna menjadi pergerakan dalam pengalaman
maya. Ini menjadikan pengalaman maya lebih realistik.
57
Apakah 360 Video?
360 Video adalah video yang membawa pengguna kepada
persekitaran dan sekeliling yang baru. Pengguna boleh meng-
gerakkan kepada untuk melihat sekeliling seperti betul – betul
berada di sana.
58
Apakah seterusnya ?
Teknologi maya akan terus berkembang.
Pembangunan teknologi ini akan menjadikan jurang realiti dan
media digital semakin kecil. Masyarakat mula keliru antara
yang manakah benar dan binaan digital menjadikan masyarakat
kini semakin tenggelam dalam dunia realiti yang digabungjalin
dengan dunia maya.
Golongan yang terkesan secara langsung dengan perkembangan
ini adalah golongan muda dan pelajar. Teknologi sebegini akan
mengubah persepsi dan cara pemikiran mereka dalam meman-
dang dunia dan tafsiran merela juga akan menjadi semakin ber-
variasi.
Peranan guru semakin menjadi penting dalam mencorak pe-
mikiran pelajar untuk memastikan mereka menerima teknologi
maya ini dengan positif dan konstruktif. Teknologi ini mampu
memberikan pembangunan positif jika digunakan dengan baik
59 dan optimum.
VIRTUAL
REALITY
DALAM
KELAS
60
Saya berminat dengan Virtu-
al Reality. Boleh kita bincang
ltuen?tang Virtual Reality dahu-
Boleh dan saya rasa sesuai bincang Virtual Reality dahulu kera-
na mudah digunakan dalam kelas.
61
Tolong bagi penerangan
ringkas tentang
Virtual Reality ?
Virtual Reality adalah teknologi membolehkan persekitaran
dicipta dengan menggunakan janaan komputer. Semua perseki-
tarannya adalah dalam bentuk maya. Ini membolehkan pelbagai
jenis persekitaran dibina dan dibuat mengikut keperluan dan
kehendak.
VR sedang menjadi game-changer dalam arus teknologi pen-
didikan kini. Teknologi ini memberikan nafas baharu melalui
simulasi dan pengalaman pembelajaran yang unik. Pelajar boleh
berinteraksi dengan simulasi dan meneroka sendiri maklumat
dan pengetahuan yang ada simulasi tersebut.
62
Berikan contoh aplikasi Vir-
tual Reality dalam kelas
boleh ?
Pelajar boleh berenang dengan ikan jerung putih, merasa sendi-
ri melihat gunung berapi meletus di jarak yang selamat bahkan
merasa sendiri suasana peperangan apabila dipakai alatan VR
ini. Guru pula btertindak sebagai modulator dalam memastikan
pelajar memahami isi kandungan dengan bantuan VR.
63
Banyak ke peralatan yang
ndaikpaenrlVukiratnuaulnRtuekalimtyendgaglaum-
kelas ?
Sebagai permulaan, anda hanya memerlukan
atau• satu VR headset dan satu telefon pintar sahaja
• VR Headset bersama dengan Universal Bluetooth VR Con-
troller
Set controller seperti di bawah ini adalah alatan tambahan sele-
pas anda mahir sedikit tentang tatacara penggunaan Virtual
Reality. Sebagai permulaan, boleh bermula dengan VR Headset
dahulu.
64
Bila tengok dalam internet, ma-
canmi. Ybaanngyamkajnena isseVsuRaiHuenatdusket
permulaan ?
VR Headset yang dijual di Malaysia ada beberapa jenis. Yang
membezakan antara setiap satu adalah jenis memasukkan tele-
fon yang akan digunakan. Ini kerana kita akan mengaplikasikan
Mobile Virtual Reality dalam kelas, maka bagaimana telefon
pintar kita diletakkan memainkan peranan dalam pemilihan ini.
Terdapat beberapa jenis headset VR yang dijual seperti
a. VR Box biasa
b. Google Cardboard Viewer
c. VR Headset tersedia dengan Headphone
d. VR Headset dengan slot masukan
e. VR Headset dengan slot masukan berzip
65
VR Box biasa
VR jenis ini akan mengepit telefon. Tidak dicadangkan bagi
telefon yang jenis kini kerana skrin telefon kini ada yang sampai
ke bahagian sisi telefon. Takut nanti boleh merosakkan telefon.
66
Google Cardboard Viewer
Telefon pintar anda akan diletakkan pada “ flap “ yang tersedia.
Sangat sesuai digunakan dengan pelajar kerana harganya adalah
paling termurah. Telefon pintar yang diletakkan pada flap tidak
akan menekan skrin dan ini boleh mengelakkan telefon daripa-
da rosak. Namun, oleh kerana diperbuat daripada kertas keras,
isu ketahanan perlu dipertimbangkan. Namun kosnya yang
rendah menjadikan ianya pilihan berbaloi untuk digunakan
dengan pelajar yang ramai.
67
VR Headset tersedia dengan
Headphone
VR Headset tersedia dengan Headphone adalah VR Headset
yang mentokong sistem bunyi daripada video Virtual Reality.
Untuk jenis headset yang lain, untuk mendengar bunyi, perlu
menggunakan earphone yang disambungkan pada audio jack
telefon. Harganya agak mahal dan mempunyai pelbagai kuali-
ti bunyi yang pelbagai menjadi faktor kenapa saya tidak men-
cadangkannya untuk kegunaan dalam kelas.
68
VR Headset dengan Slot
Masukan
VR Headset ini juga adalah merupakan pilihan saya.
Telefon pintar dimasukkan di slot yang tersedia dan sesuai den-
gan pelbagai saiz telefon pintar kini. Beratnya juga ringan dan
saiznya mudah untuk dibawa.
69
VR Headset dengan Zip
VR Headset yang menggunakan zip dan kain denim ini adalah
keluaran Xiomi. Telefon pintar yang ingin digunakan dima-
sukkan ke dalam slotnya dan dizipkan untuk mengemaskan
kedudukannya. Jenis zip sebegini adalah yang terbaik kerana
tidak memberi sebarang tekanan pada telefon pintar anda dan
tidak mudah bergerak semasa berlaku pergerakan kepala sema-
sa menonton video Virtual Reality. Namun, tidak banyak model
yang menggunakan sistem seperti ini.
70
Wow, banyaknya jenis Headset
Virtual Reality. Kalau
saya membeli untuk saya sendi-
ri, yang mana yang terbaik ?
Kalau untuk kegunaan peribadi, semua jenis VR di atas adalah
sesuai untuk anda mengikut kehendak dan pemilihan sendiri.
Saya mencadangkan untuk kelas yang sesuai adalah
1. Google Cardboard
2. VR Box biasa / mini
3. VR Headset dengan slot masukan.
Yang lain sesuai untuk kegunaan peribadi kerana harganya leb-
ih mahal daripada di atas.
Semasa membeli, jika dapat dicuba dahulu, lebih baik. Ini ker-
ana berat, saiz, kadar pelarasan pupilary distance bagi setiap
individu berbeza.
71
Kalau Headset Virtual Reali-
ty uonrtaunkg,kbealagsaismayaansaepraumlaa?i 40
Kalau mengikut landskap pendidikan di Malaysia, saya rasa
tak sesuai untuk semua pelajar dibekalkan dengan VR Head-
set sendiri kecuali mereka sudah mahir dan memahami bahawa
Virtual Reality yang digunakan hanyalah sebagai media untuk
membantu guru, bukan fokus utama.
Jika untuk permulaan, mulakan dahulu dengan guru menggu-
nakan satu VR Headset dan satu telefon pintar sahaja.
72
Huish, nanti seorang pelajar
sahaja yang akan nampak vid-
eo Virtual Reality tersebut tu..
Ada cara ke yang saya boleh
buat supaya semua pelajar da-
lam kelas nampak video
tersebut ?
Ada caranya, iaitu dengan sebelum memulakan video Virtual
Reality tersebut:
1. pasang Wireless Display Adapter pada television / projektor
2. cari video atau media Virtual Reality yang dikehendaki.
3. sambungkan telefon pintar tadi kepada Wireless Display
Adapter.
4. Tayangkan media tersebut kepada semua pelajar dalam kelas.
73
Ooo..jadi semua pelajar boleh
nampak la..
Tolong berikan apakah
aplikasi yang mudah saya
gunakan untuk menayangkan
video Virtual Reality ?
Aplikasi yang paling senang nak guna VR adalah Youtube.
Youtube semua orang boleh guna, cuma yang membezakan ada-
lah bagaimana kita mencari video VR dan penggunaanya.
74
Tolong terangkan langkah
penggunaan video Virtual
Reality dalam Youtube ?
5 langkah mudah iaitu:
1. Pilih tema yang bersesuaian dengan isi kandungan pembelaja-
ran
2. Cari tema dengan menambah VR dalam carian. Contohnya
“under the sea VR “
3. Pasangkan telefon pintar pada headset VR
4. Tayangkan
5. Minta pelajar memberikan pendapat dan ulasan. Kaitkan vid-
eo yang mereka tengok tadi dengan isi kandungan pembelaja-
ran.
75
Apabila search tentang Virtual
Reality, ada video yang
mempunyai 2 video kecil dan
video 360. Apa tu ?
Virtual Reality ada 2 jenis dalam Youtube.
VR 360 :
adalah video yang mempunyai pemandangan 360 darjah. Ini
bermakna apabila menonton video 360, jika anda menggerak-
kan kepada ke mana- mana arah, video akan berubah mengikut
pergerakan anda.
VR Video Split Screen -
video khas Virtual Reality yang perlu dilihat dengan meng-
gunakan Virtual Headset. Jika diltonton dengan skrin telefon
pintar tanpa menggunakan Heasdset yang betul, video tersebut
akan nampak pelik.
76
Kalau begitu, pemilihan mana
yang sesuai untuk digunakan
dalam kelas ?
Pemilihan jenis video Virtual Reality bergantung kepada objek-
tif pembelajaran pada hari tersebut.
Ingin membawa pelajar kepada perjalanan maya :
Video 360
Ingin memperkenalkan dunia jenaan komputer kepada pelajar :
VR Split Video
77
Apa yang menarik tentang
Video 360 ?
Video 360 boleh :
1. Pemandangan penuh tempat dan kawasan sekeliling berband-
ing sebahagian sahaja.
2. Memberikan pengguna untuk memilih arah mana mereka
mahu lihat. Berbanding video biasa yang perlu bergantung
kepada kedudukan kamera, pengguna boleh melihat bawah,
atas, kiri atau kanan mengikut kehendaknya.
3. Menggunakan pelbagai platform popular seperti Facebook
dan Youtube yang menyediakan sokongan untuk video 360.
4. Merasakan pengalaman yang berada di sana lebih bersama
78
Bagaimana pula dengan Virtual
Reality? Adakah videonya
sama dengan video 360 ?
VR
VIDEO
360
VIDEO
79
Apakah kelebihan Virtual
Reality ?
Terdapat 6 kelebihan utama bagi Virtual Reality iaitu:
a. Stimulus visual yang tidak akan tercapai dalam penggunaan
video biasa
b. Membina minat dan perasaan ingin tahu
c. Medium pertambahan pengetahuan yang unik
d. Menjadikan pembelajaran yang lebih santai dan mengikut
kehendak pelajar
80
Bagaimana pula dengan
kelemahan apabila menggu-
nakan Virtual Reality ini ?
Soalan yang baik kerana Virtual juga mempunyai keburukannya
iaitu :
1. Menghadkan interaksi dengan orang dan sekeliling kerana
Virtual Reality mengasingkan pengguna dengan perkara lain.
Pengasingan sebegini boleh membuat jurang dan mengganggu
kemahiran sosial mereka dalam jangka masa yang panjang.
2. Tidak fleksibel dan lebih kepada interaksi 2 hala yang terhad.
Ini kerana Virtual Reality mempunyai objektif yang spesifik,
jadi jika ingin mencapai objektif lain, ianya tidak dibenarkan
biasanya. Ini agak mengganggu pembelajaran kerana situasi
pembelajaran dinamik dan boleh berubah pada bila- bila masa
sahaja.
81
3. Terlalu teknikal untuk kegunaan harian dan dalam jumlah
yang banyak. Dalam pembelajaran menggunakan Virtual Re-
ality memerlukan 3 perkara sahaja. VR Headset, controller
dan video ataupun perisian khas sahaja. Ianya tidak menjadi
isu jika dalam jumlah yang kecil. Tetapi, kalau dalam jumlah
yang banyak, guru terpaksa menangani pelbagai isu teknikal
yang membebankan.
4. Boleh menyebabkan ketagihan yang melampau dan luar
kawalan kepada minda pelajar. Ketagihan sebegini boleh mer-
osakkan minda pelajar dalam jangka masa yang panjang.
5. Kos yang besar sebelum memulakan dan juga pengetahuan
yang mendalam yang perlu dibuat sebelum boleh digunakan
dalam kelas. 2 faktor ini boleh menjadi beban yang besar
kepada guru dan lagi parah jika projek ini dibuat secara
bersendirian.
82
FIKIR,
FAHAMI
VIRTUAL
REALITY
83
Huish, menakutkan pulak
bila baca keburukannya. Teruk
sangat ke teknologi
Virtual Reality ini ?
Jawapannya tidak dan ya.
Tidak ada masalah jika guru yang melaksanakan betul - betul fa-
ham dan mahir dengan teknologi ini. Jika guru tersebut baru
nak berjinak, jangan terus buat dalam skala yang besar. Buat
dalam skala yang kecil dahulu. Secara perlahan - lahan, dengan
pengalaman yang dikutip dan juga pemahaman yang semakin
mendalam dalam teknologi ini, barulah boleh menambahkan
skala pelaksanaan yang lebih besar.
Ya akan timbul masalah jika guru tersebut kurang memahami dan
mahir dalam teknologi ini, namun masih terus melaksanakan
dalam satu skala yang besar. Jangan terikut dengan orang lain,
tapi buatlah ikut kemampuan diri.
84
Apakah nasihat terbaik untuk
guru yang ingin baru bermula
berjinak - jinak dengan Virtual
Reality ini ?
Kata kuncinya adalah
√√Pemahaman apa yang ingin dibuat dan dicapai
√√ Memahami bahawa teknologi Virtual Reality ini hanyalah
alat.
√√Bermula dengan keyakinan, tapi ikut kemampuan diri.
√√Jangan putus asa kerana semua orang bermula dengan belajar
dengan apa yang betul dan apa yang salah..yang penting terus
melangkah dan jangan berhenti. Anda boleh melakukannya
dengan baik.
85
Psst, nak tahu tak nak sele-
saikan masalah yang disebut-
kan di atas ? Nak tahu, kena
angkat tangan dahulu. Tak an-
gkat tangan tak nak cakap..
Terima kasih kerana mengangkat tangan anda. Ni jadi semangat
nak cakap ni.
Masalah
Kurang interaksi dengan orang dan sekeliling.
Jalan penyelesaian
Jadikan tugasan tersebut kepada tugasan kumpulan. Setiap ahli
kumpulan mempunyai objektif masing - masing semasa menon-
ton video Virtual Reality. Galakkan perbincangan selepas me-
nonton video.
86
Penyelesaian masalah bagi ma-
salah penggunaan video Virtu-
al Reality yang terlalu panjang
atau tidak sesuai
Masalah
Tidak fleksibel
Jalan penyelesaian
Bahagikan video atau perisian tersebut kepada beberapa baha-
gian. Setiap bahagian mempunyai bentuk soalan yang berbeza.
Contohnya part pertama jawab soalan objektif. Bahagian kedua
melakonkan balik apa yang ditonton dan seterusnya mengikut
kreativiti guru tersebut.
87
Penyelesaian masalah bagi me-
merlukan tahap kepekaran ter-
tentu untuk mengendalikan
Virtual Reality.
Masalah
Terlalu teknikal.
Jalan penyelesaian
Mulakan dengan skala kecil dengan kos yang paling optimum.
Mulakan dengan satu headset VR dan satu telefon pintar sahaja
dahulu. Bina kemahiran dan aplikasikan kaedah cuba jaya un-
tuk mendapat lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan
peralatan Virtual Reality.
88
Penyelesaian masalah ketagi-
han penggunaan Virtual
Reality.
Masalah
Masalah ketagihan
Jalan penyelesaian
Ketagihan boleh dielakkan dengan memberikan tugasan dan ob-
jektif jelas setap kali tugasan diberi. Minta kerjasama daripada
rakan dan ahli keluarga untuk mengelakkan mereka lalai dalam
menyiapkan tugasan. Boleh juga buat satu sessi perkongsian
selepas menonton video dan pastikan semua orang terlibat den-
gan menggunakan panggilan video. Pelajar juga kena maklum
tentang kesan buruk ketagihan teknologi ini.
89
Penyelesaian masalah kos yang
perlu disediakan untuk menye-
diakan prasarana Virtual
Reality.
Masalah
Kos yang besar
Jalan penyelesaian
Rancang kos berdasarkan skala yang kecil dahulu. Pelajar perlu
dididik dengan kefahaman bahawa Virtual Reality adalah hanya
satu alat membantu mereka dalam mencapai objektif, bukan ob-
jektif pembelajaran. Untuk mendidik mereka, jika dibuat dalam
skala yang besar sedangkan mereka tidak biasa dengan teknolo-
gi ini akan menyebabkan kos dengan faedah tidak sepadan men-
jadikan projek ini sebagai satu pembaziran. Ini kerana banyak
kesan buruk bakal berlaku dan memberi kesan kepada
pembelajaran mereka.
90
Apakah penggayaan yang boleh
dibuat dalam kelas ?
Untuk kelas yang ramai, dicadangkan untuk guru menyambung
telefon pintar tersebut kepada projektor ataupun TV secara
wireless. Ini membolehkan pelajar lain untuk melihat juga VR
yang sedang ditonton oleh pelajar yang memakai headset terse-
but.
91
Ada tak peringatan yang perlu
diingati sepanjang masa semasa
menjalankan kelas yang meng-
gunakan Virtual Reality ?
1. VR hanyalah teknologi yang membantu guru dalam member-
ikan gambaran jelas tentang apa yang sedang dibincangkan
dalam kelas.
2. Sehebat mana VR memberikan penjelasan sekalipun, cikgu
adalah sumber ilmu dan mampu memberikan penjelasan yang
terbaik. Sebahagian besar daripada aktiviti dan penerangan
mengenai topik adalah daripada guru, bukan terlalu bergan-
tung pada VR.
3. Pelajar akan seronok dengan VR. Namun, jika penggunaan
terlalu lama ataupun terlalu kerap, VR tidak lagi boleh
menarik perhatian mereka. Berpada - pada dalam menggu-
nakan VR dalam kelas.
92
Macam dah faham banyak se-
dikit. Saya nak buat kelas yang
menggunakan Virtual Reality.
Saya patut bermula dengan
apa dahulu ?
Tahniah kerana melangkah ke alam baharu. Saya yakin anda ti-
dak akan menyesal dengan langkah yang hebat ini.
Anda telah memahami tentang asas teknologi maya dan pera-
latannya. Anda apabila membuat carian tentang Virtual Reality,
anda akan lebih faham apa yang dibincangkan.
Good Job!!
Perkara seterusnya adalah sediakan 4 peralatan iaitu :
√√Telefon pintar bersama dengan aplikasi Virtual Reality
√√Head- Mounted Display
√√Alat Wireless Display seperti Screenbeam, Microsoft WDA
dan seangkatan dengannya.
√√Projektor atau Television.
93
Huish, kenapa nak kena ada
projektor atau television ? Kita
kan nak buat kelas Virtual Re-
ality yang biasa - biasa sahaja
Em, kena ada sebab kita nak semua pelajar dalam kelas kita
dapat tengok video Virtual Reality tersebut. Barulah adil untuk
semua pelajar dan keistimewaan kepada pelajar yang boleh me-
makai boleh kita manipulasikan mengikut kesesuaian. Bahagian
ni kita bincang sekejap lagi ye.
Sekarang, saya dah sediakan peralatan tersebut. Langkah seter-
usnya adalah memasang semua alat tersebut la ye ?
Yup, tapi kena ikut urutan yang betul dan dipertotonkan kepa-
da pelajar. Langkah ini nampak macam leceh, tetapi kita ingin
membuat demonstrasi tentang cara penggunaan Virtual Reality
kepada mereka.
Sambil menyelam, minum air. Pelajar tengok, mereka belajar,
94
Saya ada Head- Mounted Dis-
play sahaja dan telefon pintar
sahaja. Saya tidak ada control-
ler. Apakah langkah yang ses-
uai untuk saya gunakan dalam
kelas saya ?
Kalau guna headset dan juga telefon pintar, yang boleh guna
adalah video VR dan juga video 360.
Langkah 1 : Pasangkan Wireless Display Adapter kepada pro-
jektor atau television. Jangan sambung dahulu, biarkan sahaja
dahulu kita akan gunakan nanti.
Langkah 2 : Cari dan pilih video Virtual Reality yang ingin di-
gunakan. Sebagai permulaan, kita gunakan dahulu video Virtual
Reality yang ada dalam Youtube dahulu.
Langkah 3 : Pasangkan video tersebut. Berhentikan dahulu
video tersebut. Pasangkan dahulu telefon pintar kepada Head-
Mounted Display. Apabila telefon pintar sudah masuk ke slotn
95
Langkah 4 : Pasangkan telefon tersebut dengan Wireless Dis-
play. Biarkan video yang dipih ternampak kepada semua pelajar.
Di sini bergantung kepada guru kriteria pemilihan pelajar. Pilih
pelajar masa ini.
Langkah 5: Tunjukkan kepada pelajar apakah pemandangan
yang mereka akan tengok dengan menggerakkan headset terse-
but ke atas, bawah, kiri dan kanan. Ini untuk menyediakan pe-
lajar yang akan memakai headset tersebut dengan pemandangan
yang dia akan tengok sekejap lagi. Setiap pelajar mempunyai
kadar toleransi yang berbeza semasa menggunakan Virtual Re-
ality, jadi langkah ini adalah diagnostik awal untuk kadar toler-
ansi pelajar yang dipilih tadi.
Langkah 6 : Pasangkan Head- Mounted Display kepada pelajar.
Bagi arahan yang jelas apa perlu dibuat semasa pelajar tersebut
sedang meneroka. Pelajar lain turut melakukan arahan yang
diberi oleh guru dan menyiapkan tugasan yang diberi.
Langkah 7 : Hadkan setiap sessi pemakainan Headset tadi jan-
gan melebihi 3 minit. Ini kerana selepas 3 minit, pelajar akan
mempunyai respon dan reaksi yang pelbagai yang menyebabkan
gangguan pada sessi pembelajaran. Jika ingin teruskan sessi
menonton video tadi, pilih pelajar lain. Ini juga membolehkan
pelajar lain sentiasa bersiap sedia dan mengelakkan rasa bosan
96pelajar lain.
Langkah 8 : Selepas sessi tontonan habis, pastikan mereka
berkongsi apa yang mereka rasa dan juga pendapat mereka ten-
tang video yang mereka tengok. Mereka juga digalakkan untuk
memberikan respon dan maklum balas sessi yang menggunakan
teknologi Virtual Reality ini. Ini kerana mereka mampu mem-
berikan pandangan yang membantu guru dalam menambahbaik
sessi Virtual Reality ini.
97
98
Saya ada Head- Mounted Dis-
play, telefon pintar dan con-
troller bluetooth sahaja. Dah
boleh dah kan ?
Dah boleh sangat dah.. Dan media yang boleh digunakan juga
lebih iaitu dah boleh main game dah bila ada controller. Con-
troller biasanya menggunakan Bluetooth, jadi tak mudah putus.
Kita mulakan dengan video VR dan video 360. Video VR apabila
digunakan dengan controller boleh digunakan untuk berinter-
aksi dengan video tersebut tanpa perlu menggerakan kepala.
Bagi video 360 pun begitu juga. Video 360 boleh berinteraksi
dengan menggunakan controller.
Apabila menggunakan controller pula, aplikasi yang berkaitan
dengan Virtual Reality seperti permainan dan juga aplikasi pen-
gurusan video khas untuk Virtual Reality termasuklah filem
dan drama dalam format Virtual Reality.
99
Yang menarik video seperti ini tidak boleh ditonton dengan
menggunakan skrin biasa kerana terlalu kecil dan mempunyai
2 tetingkap kecil. Ia hanya boleh ditonton dengan baik apabila
menggunakan headset Virtual Reality sahaja.
Nampak macam pelik kan kalau tengok di skrin biasa ?
Tapi apabila dalam headset Virtual Reality, ia kan jadi satu
video yang menarik dan realistik.
Macam menarik pula bila ada
controller tu. Bagaimana ben-
tuk dan cara penggunaan con-
troller untuk Virtual Reality ?
100