The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mar17rasid, 2020-03-16 20:16:02

VIRTUAL REALITY DALAM KELAS

VIRTUAL REALITY DALAM KELAS

Ini adalah bentuk Universal VR Box Remote Controller.
Controller ini mempunyai
1. 360 joystick untuk menggerakkan cursor, sama seperti meng-

gunakan mouse.
2. Select untuk memilih . Ini sama dengan menekan untuk

memilih kalau menggunakan skrin sesentuh.
3. Power untuk membuka dan mematikan controller ini.
4. Function Button A, B, C dan D adalah pilihan butang yang

boleh digunakan semasa bermain permainan VR dan aplikasi
VR.

101

1. Esc button untuk kembali kepada menu sebelumnya
2. Trigger/ Enter button untuk memilih. Sama fungsi dengan

butang Select tetapi kedudukan berbeza untuk memudahkan
pengguna semasa bermain dan melayari aplikasi Virtual Real-
ity.
3. Android / iOS switch adalah untuk menukar gadget yang in-
gin disambungkan. Gadget yang boleh digunakan adalah gad-
get Android ataupun iOS.

102

Controller ini guna bateri jenis
apa ? Boleh recharge ke ?

Biasanya controller jenis Universal seperti ini menggunakan
bateri AAA yang biasa sahaja. Jika ingin menggunakan fungsi
mengecas semula, boleh la menggunakan rechargeable bateri .

103

Bagaimana cara nak masukkan
bateri controller tu ?

Tengok pada kutub bateri dan juga tempat kutub yang betul di
dalam bahagian bateri controller. Salah masuk boleh menyebab-
kan controller tidak berfungsi.

NEGATIF POSITIF

POSITIF NEGATIF

104

Saya ada komputer sahaja.
Kira tak boleh la ye nak guna

Virtual Reality ni ye?
Sedihnya…

Jangan sedih. Guna komputer pun boleh guna Virtual Reality
ni, cuma terhad kepada video 360 sahaja. Tu pun dah cukup dah
menarik dah untuk pelajar.
Saya percaya di tahap ini, anda dah mempunyai idea tersendiri
bagaimana untuk menjadikan apa yang anda ada menjadi salah
satu alatan bantu mengajar anda.

105

Ok, bagus dah ni. Sekarang
saya nak tulis dalam Rancangan

Pengajaran Harian saya. Ada
tak panduannya ?

Ada, nanti saya bagi contoh ni. Tetapi diingatkan bahawa ini
adalah contoh sahaja ye, bukan langkah yang sesuai untuk
semua subjek. Cikgu boleh membuat pengubahsuaian mengikut
keperluan ye.

106

Fasa Induksi

Semasa induksi, VR digunakan untuk memperkenalkan tajuk.
Namun, ingat apa yang kita pernah bincang, jadikan ianya da-
lam sela masa yang kecil dan dalam masa yang terlalu lama. Un-
tuk induksi, Virtual reality digunakan sebagai pencetus sahaja.
Pemilihan teknologi yang sesuai untuk induksi adalah video
360.

Induksi
1. Guru menunjukkan gambar berkaitan dengan pantai. Guru

dan pelajar membayangkan pemandangan di pantai bersama
dengan suasana berada di tepi pantai.
2. Pelajar menyatakan pendapat dan dalam kumpulan mereka
berbincang tentang pengalaman mereka di pantai.
3. Guru menunjukkan alatan Virtual reality dan tidak memaka-
inya. Guru hanya menayangkan video 360 untuk tontonan
pelajar.
4. Pelajar mengaitkan video 360 yang ditonton dengan pengala-
man mereka

107

Fasa Pengembangan

Tidak dicadangkan menggunakan sebarang peralatan Virtual
Reality dalam fasa ini kerana fokus adalah pada penyampaian
yang jelas. Virtual Reality lebih kepada pengalaman kendiri
akan mengundang pelbagai kefahaman yang akan memberi kes-
an kepada pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

108

Fasa Penggayaan

Sesuai untuk digunakan Virtual Reality dengan syarat pembe-
lajaran dan pengajaran dalam fasa pengembangan mencapai ob-
jektif yang ingin dicapai oleh guru. Guru boleh menggunakan
√√Video Virtual Reality
√√Video 360
√√Apps Virtual Reality

Langkahnya
Guru memakaikan headset VR kepada pelajar. Pelajar lain me-
nonton apa yang ditonton dengan menggunakan projektor.
Pelajar yang memakai headset VR akan bersoal jawab tentang
apa yang ditonton dengan pelajar lain. Pelajar lain akan bersoal
jawab dengan bimbingan guru.
Pelajar lain pula akan dipilih untuk memakai headset Virtual
Reality selepas 1-2 minit. Giliran ini penting dalam memboleh-
kan kebanyakan pelajar boleh merasa menggunakan teknologi
maya ini.
Guru mengawal kadar pembelajaran. Guru juga boleh menggu-
nakan controller untuk mengawal aplikasi dan video Virtual
109Reality.

Fasa Penutup dan
Kesimpulan

Boleh tapi setakat menggunakan video 360. Ini kerana masa
yang ada tidak mencukupi untuk pelajar menyatakan kesimpu-
lan mereka. Penting langkah ini kerana tanpa sebarang aktiviti
pembelajaran yang dikaitkan dengan video yang mereka tengok,
bahagian ini akan menjadi hanyalah aktiviti menonton video
yang biasa sahaja.

110

Harapan

Saya berharap perkongsian setakat ini menarik minat anda ke
arah menggunakan teknologi Virtual Reality dalam kelas. Te-
knologi ini mampu membuatkan pelajar anda terpegun dan
menjadikan pembelajaran penuh bermakna buat mereka.
Namun sebaik - baik guru adalah ANDA sendiri, Di saat ini,
saya berharap anda semua akan memahami bahawa teknologi
adalah pembantu terbaik kita. Pembantu ini sentiasa ada dan
sentiasa berkembang. Apa yang kita perlu buat adalah teri-
ma dan sentiasa belajar tentang teknologi yang boleh diinter-
grasikan dengan pengajaran dan pembelajaran kita.
BE THE MASTER OF THE TECHNOLOGIES,
SO THAT YOU WILL NEVER BE THE SLAVE.

111


Click to View FlipBook Version