The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIVON ANAK BANDAN, 2024-04-19 22:15:25

KATALOG PAMERAN ARSLOKA 2023

KATALOG PAMERAN ARSLOKA 2023

Keywords: KATALOG,EXHIBITION

O PELAJAR TAHUN AKHIR AT23 A231 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SENI katalog design ID .indd 1 30/03/2024 6:27 PM


katalog design ID .indd 2 30/03/2024 6:27 PM


01 02 03 Kandungan � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � iii Pengenalan � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � iv Penyataan karya logo � � � � � � � � � � � � � � � �v Penyataan Tema � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � vi Kata Penghantar Vice Chancellor � � � � vii Selembar Kata Penyelaras FYP � � � � � � viii Studio Catan � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 1-12 Studio Lukisan � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 13-37 Studio Arca � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 38 Studio Batik � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 39-50 Studio Ukiran Kayu � � � � � � � � � � � � � � � � 51 Studio Logam � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 52 Studio Anyaman � � � � � � � � � � � � � � � � 53-60 Studio Tenunan � � � � � � � � � � � � � � � � � 61- 64 Seramik � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 65- 73 04 Studio Reka Grafik � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � �74 Studio Reka Bentuk Industri � � � � � � � � � � � � � �75 Studio Reka Bentuk Hiasan Dalaman � � � 76-84 Studio Reka Bentu Landskap � � � � � � � � � � � 85-61 STUDIO SENI HALUS STUDIO SENI REKA BENTUK STUDIO SENI KRAF katalog design ID .indd 3 30/03/2024 6:27 PM


PENGENALAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kami panjatkan pujian syukur kehadirat-Nya yang telah melimpahkan Rahmat, hidayah, serta inayah-Nya kepada kami sehingga kami dapat menghasilkan sebuah “KATALOG ARSLOKA” ini. Tujuan penghasilan Katalog ini adalah untuk mempamerkan hasil karya-karya seni Pelajar Tahun Akhir, AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dengan Kepujian yang merupakan intepretasi pelajar terhadap tema yang telah diberikan iaitu “Alam”. Karya-karya seni pelajar yang dipamerkan dalam katalog ini terdiri daripada tiga jenis studio iaitu studio reka bentuk, kraftangan dan seni halus dan dalam setiap studio tersebut mempunyai bidang masing-masing iaitu reka bentuk grafik, reka bentuk industri, reka bentuk landskap, reka bentuk hiasan dalaman, batik, tenunan, anyaman, ukiran kayu, logam, seramik, lukisan, catan dan arca. Selain itu, setiap karya pelajar dalam katalog ini juga kami selitkan penyataan karya bagi memudahkan pembaca untuk memahami penyampaian makna setiap karya tersebut. Justeru, kami berharap semoga katalog ini dapat memberikan serba sedikit manfaat mahupun inspirasi untuk pembaca. katalog design ID .indd 4 30/03/2024 6:27 PM


PENYATAAN LOGO KARYA Logo Arsloka , penjelmaan visual tema seni FYP ISMP Seni tahun ini, dengan elegan menampilkan pensel sebagai simbol kreativiti dyang dinamik. Mengintegrasikan huruf ‘A’ dengan lancar, reka bentuk bukan sahaja mewakili jenama tetapi merangkumi intipati perjalanan artistik. Guratan pensel menandakan penerokaan berterusan dan mengukuhkan identiti Arsloka. Dalam gabungan bentuk dan makna yang ringkas, logo itu menjadi kerjasama antara Arsloka dan komuniti artistik yang lebih luas dimana ia terlibat dalam inisiatif seni bagi FYP ISMP Seni pada tahun ini. katalog design ID .indd 5 30/03/2024 6:27 PM


PENYATAAN ALAM Tema PENGKARYA PTA/FYP: [a.lam]/[Öa.lam] Dunia, bumi, daulah, jagat: Namanya termasyhur di seluruh alam. Peradaban kemajuan manusiawi yang melalui pelbagai frasa sejak manusia tercipta. Perubahan landskap dunia kesan dari bencana yg berlaku di muka bumi (seperti banjir, gempa, dan perubahan iklim). Cakerawala, alam angkasa, planet dan orbit serta segala yang ada di langit dan di bumi (bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada, dan lain-lain). Ilmu pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup ( keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, aktiviti manusia dan persekitaran) merangkumi geografi, ilmu fizik, sains dan teknologi. Lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu (manusia, haiwan). Bidang atau lingkungan kegiatan (minat dan lain-lain). Geopolitik, geoekonomi dan isu-isu semasa di peringkat lokal atau global. Segala daya, kekuasaan dan kekuatan yang seakan-akan mengatur isi dunia (contoh: siapa yg kuat dialah yang berkuasa). Alam ghaib dunia yang tidak kekal, akhirat alam barzakh yang abadi. Fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir). Refleksi terhadap alam semulajadi. Semesta seluruh alam Keilmuan perihal alam, sifat atau keadaan alam ; Pengaruh manusia terhadap alam. Kamus dewan edisi Empat. J ustifikasi tema yang dicadangkan adalah bersifat general untuk setiap satu studio, bagi mendapat ruang untuk melakukan eksplorasi dan eksperimentasi mengikut keupayaan pelajar-pelajar seliaan. Kombinasi antara: alam dan moden (modenature), ibu pertiwi (mother earth), tanah pusaka (heritage land), lokalisasi dan globalisasi, Falsafah ini perlu digabungkan dengan konsep idea dan imajan yang berimpak lestari. Ini turut membawa maksud keupayaan daya fikir pelajar menghubungkaitkan kepelbagaian aspek isu-isu semasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya kefahaman mengenai aliran seni melalui era modenisme, pascamodenisme dan metamodenisme memerlukan pelajar mengkonstruk jukstaposisi komposisi imajan kontemporari di dalam karya-karya studio mereka. Ruang berkarya memerlukan keupayaan kognitif, psikomotor dan afektif pelajar, agar mereka memiliki daya fikir yang lebih kreatif apabila diimplementasikan dengan pembelajaran integratif melalui hibridisasi keilmuan pendidik dan gaya fikir artis. Kebebasan untuk para sahabat penyelia untuk mentakrifkan tema dalam menyelia pelajar untuk menghasilkan karya dan penulisan akademik. Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Zahuri Bin Khairani katalog design ID .indd 6 30/03/2024 6:27 PM


KATA PENGANTAR DEKAN FSKIK Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T diatas Rahmat dan limpah kurnia-Nya serta izin-Nnya, saya telah diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan “Pameran Seni Arsloka” anjuran Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK). Pameran ini merupakan tugasan Kursus Projek Tahun Akhir MSR3996 sebagai syarat wajib lulus untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian. “Alam” merupakan tema yang dipilih dalam penghasilan karya Pelajar Tahun Akhir yang bersifat general meliputi dunia, bumi, daulah dan jagat yang membolehkan setiap pelajar melakukan eksplorasi dan eksperimentasi secara bebas. Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Dr. Jamilah binti Omar dan Penyelaras Kursus Projek Tahun Akhir, Profesor Madya Dr. Mohd Zahuri bin Khairani serta penyelaras bersama Puan Siti Salwa binti Jamaldin atas usaha dan sokongan padu yang diberikan bagi meralisasikan pameran ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua para pensyarah selaku penyelia yang sentiasa memberikan santapan ilmu dan bimbingan kepada para pelajar untuk menghasilkan karya-karya seni yang berkualiti tinggi tanpa jemu. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah atas inisiatif Pelajar Tahun Akhir, AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian kerana telah berusaha dan bertungkus lumus bagi menyiapkan tugasan akhir ini dengan cemerlang tanpa mengira waktu. Saya mengambil maklum bahawa proses menghasilkan sebuah karya seni yang bermutu bukanlah mudah seperti yang dibayangkan. Namun begitu, para pelajar telah membuktikan bahawa mereka berjaya untuk menghasilkan karya-karya seni yang berkualiti sekali gus juga berkemampuan untuk menghasilkan sebuah katalog iaitu “Katalog Arsloka” yang mempamerkan hasil karya seni setiap pelajar. Akhir kata, saya menaruh harapan agar para pelajar tetap cekal dan konsisten dalam memberikan kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan sesuatu tugasan yang diberikan tidak kira walau dimana pun kita berada. Sekian, Terima Kasih katalog design ID .indd 7 30/03/2024 6:27 PM


SELEMBAR KATA PENYELARAS Prof. Madya Dr. Mohd Zahuri Bin Khairani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan sepebuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Projek Tahun Akhir pelajar AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada penolong Penyelaras, Puan Siti Salwa binti Jamaldin atas kegigihan dan sokongan yang diberikan bagi merealisasikan projek ini. Syabas juga diucapkan kepada para penyelia Projek Tahun Akhir yang telah memberikan segala tunjuk ajar dan juga bimbingan kepada para pelajar dalam menjayakan pameran seni ini. Seterusnya, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mengambil kursus menyelesaikan tugasan mereka dengan jayanya meskipun terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi. Kesungguhan penyelaras, penyelia dan pelajar dalam menyiapkan tugasan Projek Tahun Akhir ini amatlah saya hargai. Tema “Alam” merupakan tema yang dipilih dalam penghasilan karya Pelajar Tahun Akhir yang bersifat general meliputi dunia, bumi, daulah dan jagat yang membolehkan setiap pelajar melakukan eksplorasi dan eksperimentasi secara bebas. Dalam Projek Tahun Akhir ini, pelajar telah memilih beberapa bidang studion yang terdapat dalam sukatan pembelajaran iaitu Reka Bentuk, Kraf Tangan dan Seni Halus. Para pelajar telah menaburkan segala usaha dan titik peluh yang sangat tinggi dalam meneruskan usaha mereka untuk menyelesaikan tugasan projek akhir dan pameran ini. Saya berharap pameran yang dijalankan ini dapat memberi semangat kepada pelajar untuk mempamerkan karya yang telah dihasilkan sebaikbaiknya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga dipanjangkan kepada semua pihak yang terlibat langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pameran ini. Semoga usaha kita yang ikhlas dan berterusan ini akan membawa kepada kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian generasi akan datang FYP katalog design ID .indd 8 30/03/2024 6:27 PM


SELEMBAR KATA PENYELARAS Pn. Siti Salwa binti Jamaldin Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan menyebut nama Allah SWT yang maha Pengasih dan Maha Penyayang, Alhamdulillah… syukur kepada Allah SWT di atas rahmat dan limpah kurnia-Nya dengan Izin-Nya, maka sempurnanya penganjuran “Pameran Seni Arsloka” yang merupakan Kursus Projek Tahun Akhir bagi pelajar seni, AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan kepujian. Tujuan penghasilan Katalog ini adalah untuk mempamerkan hasil karya-karya seni Pelajar Tahun Akhir, AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dengan Kepujian Sekalung Tahniah saya ucapkan kepada penyelaras dan para penyelia atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada pelajar tahun akhir dalam menghasilkan sebuah karya seni yang mempresentasikan tema “Alam” dan menjayakan pameran seni yang berlangsung selama 5 hari iaitu bermula dari 5 Februari 2024 hingga 9 Februari 2024. Tidak lupa juga kepada kesemua pelajar tahun akhir atas komitmen yang diberikan menjadikan pameran ini suatu realiti bagi memenuhi syarat Kursus Projek Tahun Akhir MSR3996 untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian. Sungguhpun sepanjang menjayakan pameran ini, pelajar berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran namun, pelajar berjaya mengatasinya dengan jayanya. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua pelajar tahun akhir yang saya kasihi. Perjuangan yang dicurahkan setiap pelajar dengan ketabahan dan kecekalan amatlah saya kagumi. FYP katalog design ID .indd 9 30/03/2024 6:27 PM


1 SENI HALUS katalog design ID .indd 1 30/03/2024 6:27 PM


2 katalog design ID .indd 2 30/03/2024 6:27 PM


3 Aqila Soleha Binti Md Sulaiman Tajuk: Aspirasi Bocah Tahun: 2024 Media: Arkilik atas canvas Saiz: 4 x 3 kaki Penghasilan karya ini merupakan transisi daripada teks ke visual sebuah novel yang berjudul “Totto Chan”. Penceritaan ini mengisahkan tentang Totto Chan iaitu seorang kanak-kanak Jepun yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dengan mengambarkan seorang gadis di jendela Elemen imaginasi tersebut diadaptasi dalam penghasilan karya ini bagi menunjukkan penceritaan sebuah kisah yang luar biasa. Kehidupan dan jiwa gadis ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak istimewa di luar sana. Aliran seni Pop menjadi keteguhan pengkarya dalam penghasilan karya ini bagi memastikan penyesuaian dengan kisah. Karya ini dapat mengembalikan jiwa seseorang untuk mengingati zaman kanak-kanak pada ketika dahulu. katalog design ID .indd 3 30/03/2024 6:27 PM


4 Muhammad Hanif Bin Zainuddin Tajuk: Perjumpaan Hari Rabu Tahun: 2024 Media: Cat minyak Saiz: 4 x 3 Kaki “Perjumpaan Hari Rabu”. Dalam menghasilkan karya ini, pengkarya ingin mengetengahkan ilustrasi pengkaryaan yang menggabungkan situasi Wednesday Art Group yang membincangkan tentang perjalanan seni mereka di kedai Nasi Kandar. Pengkarya juga ingin menggambarkan keindahan alam dari segi persekitaran bandar di Pulau Pinang yang masih utuh dengan bangunan lama. Setiap ahli Wednesday Art Group juga mementingkan keindahan alam dari segi budaya dan alam semula jadi di dalam sesebuah karya mereka. Media yang digunakan dalam karya ini adalah cat minyak atas kanvas. katalog design ID .indd 4 30/03/2024 6:27 PM


5 Muhammad Yuzaimy Bin Zamry Tajuk: Gadis Songket Tahun: 2024 Media: Cat minyak Saiz: 110 CM X110 CM Karya yang bertajuk “Gadis Songket” membawa erti seorang perempuan yang bangga memperagakan busana songket dan menggayakannya secara meluas tanpa limitasi. Pengkarya menggunakan imej gadis yang berpakaian songket bertujuan agar songket terus di pandang tinggi. Kini, busana ini telah digayakan dalam pelbagai fesyen di era moden ini. Komposisi yang menarik ditunjukkan di dalam karya menonjolkan nilai keindahan motif songket yang memberi penekanan berkaitan tradisi alam melayu. Pengekalan budaya melalui busana tradisional memainkan peranan penting dalam mewarisi warisan budaya. Busana tradisional tidak hanya mencerminkan identiti etnik, tetapi juga memelihara nilai-nilai dan sejarah masyarakat melalui corak, warna dan rekaan yang unik katalog design ID .indd 5 30/03/2024 6:27 PM


6 Muthu Barathi A/P Annadorai Tajuk: ‘DIVINITY” Tahun: 2024 Media: Cat Arkilik Saiz: 4 x 3 kaki Karya ini mengisahkan tentang keuniknya kuil yang mempunyai pelbagai warna dan skruktur corak berbeza. Subjek utama dalam karya ini adalah kuil. Roda yang terdapat dalam catan menggambarkanmotif yang penting dalam pembinaan kuil. Bunga teratai melambangakan kesucian dan keindahan. Loceng dalam karya ini menyatakan bunyi loceng dianggap bertuah yang mengalu-alukan ketuhanan. Terdapat dua bentuk geomatrik iaitu segi empat yang berwarna hijau dan biru melambangkan warna bumi yang berkait rapat pada alam. Fokus pengkarya dalam penghasilan karya ini adalah menghubungkait kegunaan seni bina Dravidian dalam landskap arkitek kaum India di Malaysia. Aliran yang diaplikasikan dalam penghasilan karya ini ialah aliran nouveau manakala gaya yang digunakan dalam penghasilan karya ini ialah ekspressinisme. Selain itu, pengkarya menggunakan bahan dan media seperti cat akrilik, gold leaves, berus cat dan varnish. Teknik catan yang diaplikasikan adalah dengan menggunakan teknik kering atas kering dan teknik basah atas kering. katalog design ID .indd 6 30/03/2024 6:27 PM


7 NOR AQIDATUL FITRAH BT MT JAMIL Tajuk: Memories Tahun: 2024 Media: Cat arkilik atas kanvas Saiz: 3 x 2 kaki Karya ini mengamitkan kenangan pada masa kecil pengkarya yang berkaitan dengan permainan tradisional. Permainan tradisional yang dimainkan oleh pengkarya pada suatu ketika dahulu sudah tidak dimainkan oleh generasi kini ,malah lagi menyedihkan bila ditanya mengenai permainan tersebut kepada generasi kini, mereka tidak tahu permainan tersebut. Fokus pengkarya dalam penghasilan karya ini adalah untuk menceritakan tentang memori-memori permainan tradisional suatu ketika dahulu di suasana kampung. Subjek utama karya ini adalah kanak-kanak yang sedang bermain laying-layang, galah panjang, tarik pelepah pinang, gasing dan membuat kapal terbang kertas. Aliran yang diaplilkasikan dalam penghasilan karya ini ialah Seni Pop. Selain itu, pengkarya menggunakan bahan dan media seperti cat akrilik atas kanvas. Teknik catan yang digunakan adalah teknik kering atas kering dan basah atas kering. katalog design ID .indd 7 30/03/2024 6:27 PM


8 Nur Adilah Binti Hamzah Tajuk: “Jom Menyoqok” Tahun: 2024 Media: Campuran Saiz: 4 x 3 Kaki Penghasilan karya catan mengadaptasikan komposisi alam warisan Melayu dari aspek makanan tradisional. Elemen imajan dari jenis makanan ini telah disusun bagi menunjukkan pergerakan. Ini adalahkonsep budaya yang perlu dilestarikan dalam arus modenisasi negara. Imajan makanan tradisi telahdiletakkan mengikut sudut pandangan perspektif yang telah disusun. Jukstaposisi setiap imajan telah diatur supaya keseluruhan konsep catan ini dapat menggambarkan alam warisan bagi tradisi masyarakat Melayu. katalog design ID .indd 8 30/03/2024 6:27 PM


9 Nur Nadhirah Binti Khairul Amli Tajuk: Alam Dunia Utopia Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 120CMX84CM Tajuk “Alam Dunia Utopia” dipilih bagi menjelaskan sifat manusia yang inginkan kesempurnaan dalam peradaban sering digambarkan dalam bentuk imej-imej visual. Dunia imaginasi ini memberi satu bentuk komposisi yang mengambarkan nilai keindahan dan sebuah keadaan yang tiada cacat cela selari dengan penggunaan warna yang menampilkan keelokan suasana yang mengukuhkan lagi kecantikan alam utopia. Utopia juga memberi penekanan terhadap budaya modenisasi sesebuah negara yang beredar mengikut peredaran zaman. Gaya hidup yang diimpikan walaupun bersifat sekadar khayalan adalah konstruk utama yang dijelmakan melalui penghasilan karya ini. Utopia dikatakan adalah dunia penuh dengan kesempurnaan. Adakah boleh dicapai oleh peradaban manusia pada masa kini? katalog design ID .indd 9 30/03/2024 6:27 PM


10 Nurul Alis Adiba Binti Mohd Nadzari Tajuk: The Transition Tahun: 2024 Media: Arkilik Saiz: 3 x 4 kaki “THE TRANSITION” mengisahkan karya tentang peralihan sebuah gunung di satu perkampungan kecil. Karya ini juga merupakan sebuah pemandangan gunung yang telah diratah pada masa kini. Implikasi daripada ratahan gunung ini telah menyebabkan kenangan pengkarya sewaktu zaman kanak-kanak musnah ibarat gunung tersebut. Aliran Naive menjadi pilihan dalam penghasilan karya ini kerana ia merupakan salah satu pemandangan imajan estetik pengkarya pada zaman kanak-kanak. Walaupun seni naive ini difahamkan sebagai seni yang tidak sempurna namun ia mempunyai makna terbesar bagi pengkarya. katalog design ID .indd 10 30/03/2024 6:27 PM


11 Nurul Idzati Binti Zahidin Tajuk: Mahkota Dewi Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 120CMX84CM Tajuk “Mahkota Dewi” sinonim dengan perhiasan wanita melayu tradisional yang bertujuan untuk memberi gambaran suatu alam tradisi yang perlu dilestarikan walaupun dunia kini berkembang dalam era pasca moden sekaligus selari dengan proses globalisasi sejagat. Pengekalan budaya dari sudut busana dan ragam hias perhiasan wanita melayu merupakan sebuah lambang identiti yang menjelaskan makna tersurat dan tersirat. Penghasilan karya ini tidak sahaja menzahirkan nilai estetika kraf melayu tetapi juga memberikan penjelasan bagaimana nilai-nilai tradisi perlu dikekalkan. Walaupun begitu, bersaing dengan arus kemodenan agar keindahan busana tradisi melayu tidak mudah luntur ditelan zaman. katalog design ID .indd 11 30/03/2024 6:27 PM


12 Nurul Syazana Binti Mohd Khalid Tajuk: Ekspresi seni catan terhadap dominisasi teknologi dalam kehidupan manusia Tahun: 2024 Media: Arkilik dan cat minyak Saiz: 4 x 3 kaki Karya ini mengisahkan tentang bagaimana teknologi itu memberi kesan negatif terhadap alam kehidupan manusia. Maklum mengetahui teknologi banyak membantu memudahkan urusan dalam kehidupan seharian manusia. Namun begitu, terdapat beberapa kesan negatif penggunaan teknologi dalam kehidupan manusia. Fokus pengkarya dalam penghasilan karya ini adalah ketagihan manusia terhadap penggunaan telefon pintar hingga menjejaskan kemahiran komunikasi manusia dalam kehidupan seharian. Subjek utama dalam karya ini adalah gabungan separuh figura manusia dan robot, wayar elektrik, telefon pintar, aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram serta beberapa imej emoji. Aliran yang diaplikasikan dalam penghasilan karya ini ialah aliran surealisme manakala gaya yang digunakan dalam penghasilan karya ini ialah realisme. Selain itu, pengkarya menggunakan bahan dan media seperti cat akrilik, cat minyak, berus cat, linseed oil, turpetin dan varnish. Teknik catan yang diaplikasikan adalah dengan menggunakan teknik kering atas kering dan teknik basah atas kering. katalog design ID .indd 12 30/03/2024 6:27 PM


13 Siti Ghatihah Binti Rizal Tajuk: Malapetaka Tsunami Tahun: 2024 Media: Cat Arkilik Saiz: 4 x 3 kaki Karya yang dihasilkan adalah berdasarkan kejadian alam yang berlaku di Malaysia dan dipersembahkan semula dalam bentuk karya seni catan yang baharu. Kejadian malapetaka tsunami pernah berlaku pada tahun 2004 di Kota Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Aliran yang digunakan adalah aliran ‘Pop Art’. Penggunaan aliran ini dapat memberikan kesan yang berlainan berbanding karya-karya yang lain melalui penggunaan warna-warna yang terang dan menarik iaitu penggunaan warna biru, hijau, kuning, dan juga hitam dalam karya. Bahan yang digunakan adalah bancuhan ‘Plaster Of Paris’ bersama akrilik dan Varnish serta media yang digunakan adalah cat akrilik. Teknik yang digunakan pula adalah teknik impasto dan juga Hard Edges. katalog design ID .indd 13 30/03/2024 6:27 PM


14 Turga A/p Kobi Tajuk: Six Yard Of Elegance Tahun: 2024 Media: Arkilik atas canvas Saiz: 4 x 3 kaki Karya ini mengisahkan tentang keunikan tentang pakaian tradisional iaitu Sari. Karya ini mengambarkan warna, posisi, dan lipatan penting yang terdapat dalam sari apabila dipakai oleh Wanita kaum India. keunikan yang boleh dikatakan apabila memakai sari adalah lipatan yang ada pada sari. Lipatan yang teratur dapat membantu untuk menonjolkan nilai estetika yang terdapat dalam sari. Bukan itu Sahaja, pemilihan warna sari juga memainkan peranan penting apabila memakai sari. Dalam karya ini pengkarya menunjukkan pelbagai posisi wanita yang memakai sari. Pengkarya memberi fokus utama terhadap lipatan sari pada bahagian tangan dan di bahagian kaki. Dalam karya ini, pengkarya memberi keutamaan kepada warna sari yang sangat popular dalam kalangan Wanita kaum India. Subjek utama dalam karya ini adalah separuh figura manusia, dan kain sari. Aliran yang diaplikasikan dalam penghasilan karya ini ialah aliran surealisme. Selain itu, pengkarya menggunakan bahan dan media seperti cat akrilik, berus. Teknik catan yang diaplikasikan adalah dengan menggunakan teknik kering atas kering dan teknik basah atas kering. katalog design ID .indd 14 30/03/2024 6:27 PM


15 Sofiah Suhailee Binti Mohamad Fadzli Tajuk: 2 Dalam 1 Tahun: 2024 Media: Saiz: 3 x 4 kaki “Laga” diekspresikan bagi menjelaskan zaman kanak-kanak pengkarya yang membawa cerita disebaliknya. Tema alam pengkarya adalah alam kanak-kanak. Alam kanak-kanak pengkarya lebih kepada perlagaan antara darah daging. Penggunaan motif corak dasar pucuk rebung yang bervariasikan ‘bertunas’ yang membawa makna alam kanak-kanak yang masih muda atau kata istilah lainnya ‘masih mentah’. Kehidupan alam kanak-kanak tak semuanya indah, tak semuanya berwarna-warni. Teknik yang digunakan adalah teknik sapuan berus dan cat akrilik. katalog design ID .indd 15 30/03/2024 6:27 PM


16 katalog design ID .indd 16 30/03/2024 6:27 PM


17 Ab Muluk Bin Osman Tajuk: Instrument Tahun: 2024 Media: Pensel, Soft pastel, Arang dan Arkilik Saiz: 4 x 3 Kaki Karya lukisan ini dihasilkan melalui beberapa rujukan dan maklumat daripada alat peralatan muzik suku kaum Bajau di Semporna, Sabah. Pengkarya menghasilkan lukisan ini dengan menyusun alat muzik kaum Bajau seperti Kulintangan, Gong dan Tambul. Pengkarya memilih alat muzik sebagai hasil karya kerana ingin mengangkat semula martabat identiti muzik tradisional khususnya bagi suku kaum Bajau kerana alat muzik tersebut semakin dilupakan akan keunikannya. katalog design ID .indd 17 30/03/2024 6:27 PM


18 Aaron Justine Tajuk: Retakan Jiwa Tahun: 2024 Media: Soft pastel, Arang dan Arkilik Saiz: 48 inch X 36 inch Karya yang bertajuk “Retakan Jiwa” menggambarkan ekspresi peribadi pengkarya terhadap kesan peningkatan harga barang keperluan kepada alam iaitu masyarakat. Pengkarya menggunakan ekspresi wajah sebagai medium untuk mengekspresikan kesan yang dirasakan akibat lonjakan harga tersebut. Selain itu, ekspresi wajah sendiri juga digunakan kerana pengkarya sendiri telah mengalami peningkatan harga yang berlaku secara drastik. Kesan retakan di wajah pengkarya melukiskan kesedihan hati akibat lonjakan harga barang keperluan yang drastik. Manakala kesan retakan pada latar belakang melambangkan harga barang yang melonjak secara drastik daripada kebiasaan. Pengkarya mengaplikasikan Teknik dan Gaya Chiaroscuro sebagai medium utama dalam penghasilan karya untuk menimbulkan kesan emosi dan drama yang tinggi. katalog design ID .indd 18 30/03/2024 6:27 PM


19 Ahmad Akmal bin Ahmad Ramzi Tajuk: Arahan Tahun: 2024 Media: soft pastel, pensil warna,cat akrilik, kanvas, met card dan papan akrilik Saiz: 3 x 4 kaki Karya “Arahan” ini merupakan karya kontroversi yang menceritakan situasi sebenar alam perguruan yang di pandang remeh oleh sesetengah pihak atasan. Tugas guru mendidik anak murid dengan cara tersendiri sehinggakan kelihatan seperti badut yang bertungkus lumus untuk menarik minat murid namun guru juga perlu mendengar arahan daripada pihak atasan seperti kementerian. Arahan yang diberikan tanpa mengkaji pelbagai aspek seolah-olah guru ini seperti boneka yang senang dikawal mereka. katalog design ID .indd 19 30/03/2024 6:27 PM


20 Ain Athirah Binti Nairo Zam Zam Tajuk: ‘Pada Zaman Dahulu’ Tahun: 2024 Media: media campuran Saiz: 3 x 4 kaki Tajuk ‘Pada zaman dahulu’ menggambarkan keindahan alam semulajadi di hutan berhampiran dengan sebuah perkampungan Melayu. Karya yang menggambarkan situasi di dalam hutan tersebut mengisahkan tentang hikayat sang kancil yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Kisah ini dijadikan cerita rakyat pada zaman dahulu sebagai hiburan dan teladan kepada pengkarya semasa di zaman kanak-kanaknya. Aliran gaya seni naif yang bersifat keanak-anakan diolah berdasarkan konteks pemilihan warna bagi mengekalkan rupa sesuatu objek supaya visual yang dipamerkan mudah difahami. Teknik blending dan stippling diaplikasikan dalam penghasilan karya ini untuk memperincikan jalinan hal benda seperti rumah, pokok-pokok, awan dan sebagainya. Penggunaan warna sejuk seperti biru serta hijau yang digunakan di dalam karya ini menunjukkan suasana persekitaran di dalam hutan yang sangat indah dengan flora dan fauna. katalog design ID .indd 20 30/03/2024 6:27 PM


21 Aliah Nabila binti Shejali Tajuk: “The Nostalgic of Marbles” Tahun: 2024 Media: Soft Pastel dan Media Campuran atas kanvas Saiz: 4 x 3 kaki Tajuk Siri 1 “The Nostalgic of Marbles” dan Siri 2 “Memories of Marbles” dipilih bagi menggambarkan tentang nostalgia permainan tradisional zaman dahulu iaitu permainan guli atau lebih dikenali sebagai permainan klereng. Gambaran di sebali karya tersebut mengimbau zaman kanak-kanak dengan permainan tradisional serta pengkarya ingin mengembalikan nostalgia tersebut dengan memberi gambaran subjek matter utama yang dipilih iaitu guli. Makna tersirat disebalik karya tersebut adalah dengan adanya permainan tradisional ia dapat mewujudkan ikatan sillaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan bangsa serta mengimbau kenangan yang indah sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Selain itu, disebalik makna yang tersirat itu juga pengkarya juga ingin menggambarkan betapa legendanya permainan guli kerana permainan guli adalah satu-satunya permainan yang agak mencabar serta mempunyai strategi yang tersendiri dalam permainan. katalog design ID .indd 21 30/03/2024 6:27 PM


22 Ally Denis Tajuk: “Huminodun, Spirit of the Harvest” Tahun: 2024 Media: Pensel, Arang, Pen dan Arkilik Saiz: 4 x 3 Kaki Karya lukisan ini mengadaptasikan cerita rakyat masyarakat tempatan Sabah khususnya kaum Kadazan Dusun iaitu Lagenda Huminodun dan pengorbanannya. Imej figura yang dihasilkan merupakan imajan Huminodun sebagai wanita yang cantik rupawan dan baik hati. Padi yang dilukis membawa maksud darah daging Huminodun yang dikorbankan telah menjadi padi dan dipanggil sebagai ‘semangat padi’. Pergerakan pada garisan diolah dengan teliti sehingga mencerminkan suatu cerita naratif yang bertenaga untuk diamati oleh audiens. katalog design ID .indd 22 30/03/2024 6:27 PM


23 Annes Sphiellia Pelaga Anak Jatan Tajuk: Pegari Tahun: 2024 Media: Soft pastel dan Arang Saiz: 4 x 3 kaki Karya ini mempersembahkan pakaian tradisional masyarakat Iban yang digunakan semasa melakukan Tarian Ngajat. Tarian Ngajat Iban mempunyai lapan jenis tarian iaitu Tarian Ngajat Indu, Ngajat Semain, Ngajat Berayah, Ngajat bebunuh, Ngajat Ngalu Temuai, Ngajat Lesung, Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Mai “Antu Pala”. Setiap pakaian tradisional dan Tarian Ngajat yang dipersembahkan oleh lelaki dan wanita adalah berbeza. Tarian Ngajat Iban telah mengalami proses kontemporari. Struktur persembahan telah berbeza berbanding dahulu. Dalam karya ini, saya telah menggunakan konsep karya Ahmad Shukri iaitu Christallographic Balance dengan memasukkan kotak-kotak sebagai bingkai pada karya. Setiap kotak dalam karya mewakilkan motif-motif dan aksesori pakaian tradisional masyarakat Iban dalam mempersembahkan Tarian Ngajat Iban. Media yang saya gunakan adalah media campuran iaitu soft pastel dan arang. Dalam karya ini juga saya menfokuskan kepada cara representasi pengayaan garisan secara berulang-ulang motif pada ukiran pua kumbu. Antara pakaian tradisional dan aksesori yang dipilih adalah Marik Empang, Terabai, Bulu Ruai, Selampai dan Pua Kumbu. katalog design ID .indd 23 30/03/2024 6:27 PM


24 Eddy Nicholas Tajuk: “Id Pitongkiadan” Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 4 x 3 Kaki Karya “Id Pitongkiadan” menggambarkan peralatan semasa upacara “Monompoli” iaitu 7 hari selepas kematian bagi kepercayaan masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah. “Id Pitongkiadan” bermaksud suatu perpisahan dimana pengkarya menunjukkan peralatan yang digunakan semasa upacara “Monompoli” iaitu, lilin, tali, Gong, Tajau, bunga Kekwa, dan tengkorak yang memiliki penggunaan dan maksud yang tersendiri. Upacara ini bertujuan memanggil roh si mati untuk kali yang terakhir untuk mengambil barang-barang yang ingin dibawakan oleh si mati. Karya ini dilakukan melalui pengalaman pengkarya sendiri dalam upacara Monompoli untuk diterjemahkan dalam lukisan. Menggambarkan suasana mistik. Karya ini membawa kepada gaya realisme. Medium adalah media campuran atas kanvas. Teknik melukis secara spontan melalui kualiti garisan yang ekspresif. katalog design ID .indd 24 30/03/2024 6:27 PM


25 Emelda Julia Anak Agan Tajuk: The Legend Of Bujang Senang Tahun: 2024 Media: Pensel, Pen Arang dan Soft pastel Saiz: 4 x 3 kaki Karya lukisan ini diadaptasikan daripada Cerita Rakyat Etnik Iban iaitu Lagenda Bujang Senang yang mengisahkan tentang sumpahan pahlawan Iban. Menurut cerita orang tua-tua pada zaman dahulu, buaya Bujang Senang ini merupakan jelmaan seorang pahlawan Iban yang bernama Simalungun. Oleh sebab hasad dengki orang ramai terhadap kehebatan dan kekebalannya, dia dan isterinya telah dibunuh dan akhirnya muncul sebagai jelmaan buaya di Sungai Batang Lupar, Sarawak. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan media kering iaitu pensil, pen, arang dan soft pastel. Subject matter dan teknik yang digunakan di dalam karya ini adalah untuk memberi kesan penghayatan yang mendalam terhadap audiens. katalog design ID .indd 25 30/03/2024 6:27 PM


26 Enjhelica Dyna Anak Eddy Tajuk: Bejalai betungkatka adat, tinduk bepangalka penginga Tahun: 2024 Media: soft pastel, charcoal, drawing pen dan campuran bitumen serta turpentin Saiz: 4 x 3 Kaki “Bejalai betungkatka adat, tinduk bepangalka pengingat ” adalah perumpamaan yang sentiasa disematkan dalam diri masyarakat Iban semenjak dari kecil. Perumpamaan ini adalah bertujuan untuk memberi pesanan agar sentiasa beringat kepada asal usul serta budaya sendiri dan rendah hati dalam setiap tingkah laku walau dimanapun berada. Perkara ini jelas memberikan gambaran bagaimana masyarakat Iban mentingkan kebudayaan agar tidak dilupakan oleh generasi muda kini. Oleh hal itu, subjek utama dalam karya ini adalah pengkarya itu sendiri dengan berlatar belakang kebudayaan masyarakat iban. katalog design ID .indd 26 30/03/2024 6:27 PM


27 Fatin Najwa Binti Hanafi Tajuk: “Legasi” Tahun: 2024 Media: Pensel, Arang, Soft pastel,dan Cat Arkilik Saiz: 4 x 3 Kaki Proses peradaban di alam Melayu bermula dari pewujudan kerajaan Melayu Tua. Komposisi karya lukisan ini berfokus kepada penemuan artifak dari kerajaan Kedah Tua iaitu Lembah Bujang. Imej-imej tembikar telah disusun mengikut sudut pandang perspektif berlandaskan kawasan penemuan bahan-bahan sejarah tersebut. Kawasan dan penemuan artifak ini telah melalui proses rekonseptualisasi bagi menghasilkan karya lukisan. Ia menunjukkan keagungan legasi warisan purba yangmenjadi asas kepada perkembangan kraf tradisional pada masa kini. katalog design ID .indd 27 30/03/2024 6:27 PM


28 Halid bin Walid Tajuk: Siri 1 “Just Meet” Siri 2 “Just Married” Tahun: 2024 Media: softpastel, bitumen, arang dan akrili Saiz: 4 x 3 Kaki Karya ini dihasilkan daripada sebuah situasi tentang percintaan antara seorang lelaki dan perempuan. Saya menggambarkan situasi ini dengan menjadikan buaya sebagai simbol kepada lelaki yang setia. Buaya sememangnya haiwan pemangsa namun mempunyai satu sisi iaitu sifat setia pada pasangannya. Perkara ini telah terbukti secara saintifik. Manakala saya menjadikan memerang sebagai simbol kepada wanita matang dan penyayang. Terma bagi memerang betina adalah bitch yang membawa maksud memerang betina yang telah mencapai kematangan dan dewasa. Penghasilan karya ini menggunakan media campuran yang terdiri daripada softpastel, bitumen, arang dan akrilik. Stail karya adalah surealisme dan dipengaruhi oleh gaya subjek karya Matthew Grabelsky dan juga gaya poster filem Wes Anderson sebagai rujukan dalam menghasilkan keunikan dan suasana retro dalam karya. Penghasilan karya ini mengekspresikan alam percintaan semasa di menara gading sehingga ke alam perkahwinan. katalog design ID .indd 28 30/03/2024 6:27 PM


29 Kamaliza Binti Amran Tajuk:The Revolution Tahun: 2024 Media: arang, soft pastel, pensel warna, pensel dan gold poster color. Saiz: 4 x 3 Kaki Karya “The Revolution” ini menceritakan revolusi teknologi yang semakin giat berkembang canggih pada masa ini. Susunan bentuk robot yang terdiri daripada bentuk robot yang ringkas sehinggalah bentuk robot humanoid karya ini menunjukkan tahap revolusi industri yang berlaku sepanjang abad. Jam yang berputar di bawah susunan robot tersebut pula melambangkan kepentingan masa yang membawa perubahan besar pada teknologi ini bermula sejak revolusi industri 1.0 sehinggalah revolusi industri 4.0. Karya ini merupakan aliran surealisme separa abstrak dengan menggunakan media campuran iaitu arang, soft pastel, pensel warna, pensel, pen marker dan poster color. Keunikan pada karya ini ialah pengkarya menggunakan motor jam dinding untuk menggerakkan putaran jam pada karya dan teknik yang digunakan ialah teknik gosokan dan lorekan. katalog design ID .indd 29 30/03/2024 6:27 PM


30 Michelle Hing Siaw Man Tajuk:Siri 1 – ‘Here’ Siri 2 – ‘There’ Tahun: 2024 Media: Arang, pensil arang, akrilik, dakwat cina Saiz: 3 x 4 (dua-dua siri) Karya “...here” mengambarkan sebuah luahan perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh pengkarya ketika kehilangan seorang figura ayah dalam hidupnya. Karya kedua ‘ There...’ menggambarkan keinginan pengkarya untuk bertemu ayahnya lagi. Karya ini menggunakan media campuran iaitu arang stik dan pensil arang bagi menggunakan teknik gosokan. Selain itu, teknik sapuan berus menggunakan dakwat cina, akrilik dan pen marker. Melalui karya ini, pengkarya mengekspresi perasaan kerinduan yang tiada penghujungnya dan cuba menyampaikan mesej kepada audien tentang sebuah perjuangan setelah ayah tercinta pergi dijemput ilahi untuk selamanya. katalog design ID .indd 30 30/03/2024 6:27 PM


31 Mohamad Nazie Bin Mohd Nafi Tajuk: Deformed Beauty Tahun: 2024 Media: arang, soft pastel, pensel warna, pensel dan gold poster color. Saiz: 4 x 3 Kaki Karya yang dihasilkan ini bertemakan “Deformed Beauty” membawa maksud kecantikan yang cacat. Fokus pengkarya adalah terhadap golongan wanita yang terjerumus dalam deru keganasan. Pelbagai ekspresi yang ditonjolkan dalam karya memperlihatkan tentang aspek pemikiran, perasaan, psikologi dan penderaan sehingga wanita terpaksa menyerah kalah kerana dunia sedang mentertawakan diri yang tewas. Mesej yang ingin disampaikan melalui figura wanita cantik yang terperangkap dalam kehidupan menyebabkan kaca mata yang pecah sehingga mengalirkan darah. Kedua belah mata buta yang terdapat pada sayap burung helang menggambarkan metafora haiwan yang gagah. Corak harimau memaparkan tentang nilai estetika yang tinggi pada dahi figura wanita yang membolehkannya berada dalam kelas yang tersendiri. Simbolik harimau menunjukkan tentang keunikan yang mampu untuk dibanggakan. Gaya yang diaplikasikan dalam penghasilan karya ini ialah gaya “Realisme”. katalog design ID .indd 31 30/03/2024 6:27 PM


32 Mohammad Zul Faqar Bin Jaliuh Tajuk:Cerminan Nostalgia Tahun: 2024 Media: Pen, Arang Saiz: 4 x 3 kaki Karya “Cerminan Nostalgia” mencerminkan bayangan rindu seorang lelaki terhadap kenangan indahmasa kecilnya. Karya ini menekankan bagaimana gambaran atau refleksi dari perasaan nostalgia yangdihayati dan membangkitkan kenangan manis serta mengundang penonton untuk merenungkankembali pengalaman-pengalaman yang mungkin terlupakan. Karya “Cerminan Nostalgia”mengisyaratkan kepada pengalaman emosional seorang lelaki yang mengenang kenangan indah masakecilnya. Dalam karya ini, cermin bukan hanya sebagai medium visual, tetapi juga sebagai portal yang membuka pintu ke dalam dunia kenangan. Melalui postur lelaki yang menghulurkan tangannya ke dalam cermin bagaikan meraih dan menyentuh kembali masa lalu. karya ini bukan hanya lukisan visual, tetapi juga narasi emosional batas antara kini dan masa lalu. katalog design ID .indd 32 30/03/2024 6:27 PM


33 Mohd. Asyraf Bin Razali@Lapok Tajuk: Estetik tattoo Tahun: 2024 Media: Arang, pen, marker dan soft pastel Saiz: 4 x 3 Kaki Karya ini menunjukkan seni hiasan tatu moden yang mempunyai nilai estetik terhadap generasi muda Iban kini. Seni hiasan tatu ini bersifat umum kerana telah berkembang mengikut perkembangan dan peredaran zaman namun pengekalan motif tradisional iban masih dikekalkan walau hanya sedikit. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan perubahan dan pengolahan idea dalam seni tatu moden ini. Hiasan tatu ini juga telah diolah dan direka secara pelbagai bagi menunjukkan keindahan hiasan sesebuah tatu. Tujuan karya ini dihasilkan bagi menerangkan dan membuka mata masyarakat tentang hiasan tatu pada generasi muda iban. katalog design ID .indd 33 30/03/2024 6:27 PM


34 Muhammad Nazri Bin Nasal Tajuk:KARYA 1 : [sa.bar] KARYA 2 : [hi.ba] Tahun: 2024 Media: Pen, Arang Saiz: 4 x 3 kaki Karya [sa.bar] dan [hi.ba] merupakan sebuah representasi terhadap perperangan yang tercetus di bumi Gaza yang membunuh lebih 22,800 rakyat Palestin. Karya [sa.bar] menggambarkan kisah seorang kanak-kanak lelaki Palestin bernama Muhammad Abu Louli mewakili penderitaan dan ketabahan rakyat Palestin sedang berjuang mempertahankan tanah air tercinta. Manakala, karya [hi.ba] menggambarkan kekecewaan dan rasa bersalah kita sebagai saudara seIslam digambarkan dari seorang figura kanak-kanak perempuan bernama Mikayla yang seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa menghulurkan bantuan bagi menghentikan penderitaan yang dialami di bumi Palestin. Karya lukisan ini dihasilkan menggunakan media campuran iaitu arang, soft pastels, bitumen dan cat akrilik melalui teknik gosokan, lorekan dan memadam. Pegkarya berharap agar rakyat Malaysia sentiasa sedar dan memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin. katalog design ID .indd 34 30/03/2024 6:28 PM


35 Muhammad Nizar Bin Nazmi Tajuk: Berahi Tahun: 2024 Media: Pen Saiz: 4 x 3 Kaki Karya ini bertajuk “Berahi” kerana ia mengisahkan keasyikan umat manusia terhadap alam maya hingga tidak sedar masa berlalu pergi dengan pantas. Figura tangan manusia dan tulang ingin mengambil telefon pintar menggambarkan keasyikan alam maya ini juga membuatkan manusia ketagih dengan hiburan yang disajikan dalam alam maya walaupun kematian sudah mendatang. Lakaran jam sebagai latar belakang pula menunjukkan umat manusia sentiasa bersama dengan telefon pintarnya tanpa mengira waktu. Karya ini dihasilkan berteraskan aliran surealisme dengan menggunakan gaya realisme. Karya ini juga menggunakan teknik stippling. katalog design ID .indd 35 30/03/2024 6:28 PM


36 Muhammad Syafiq Bin Abdul Khalid Tajuk:KARYA 1 : ‘’My Another World I’’ KARYA 2 : ‘’ My Another World II’’ Tahun: 2024 Media: media campuran Saiz: 4 x 3 kaki ‘’My Another World’’ Siri I dan Siri II memvisualkan sebuah imaginasi tentang situasi saya apabila berada di alam mimpi sewaktu tidur yang diinspirasikan menerusi Lukisan Kontemporari. Aliran yang digunakan adalah Surelisma yang seakan-akan tidak nyata dan tidak logik. Figura lelaki yang bersayap melambangkan diri saya sendiri sewaktu bermimpi yang berangan-angan untuk terbang kemana sahaja dengan sayap yang terbentang luas. Karakter animasi dan subject matter lain yang terdapat pada karya merupakan simbolik kepada petanda yang akan berlaku di dunia nyata sama ada baik ataupun buruk. Keunikan karya lukisan ini dihasilkan menggunakan media campuran iaitu Indian Ink, Soft Pastel, Jotun Majestic White dan Cat Akrilik melalui teknik gosokan, lorekan dan memadam. katalog design ID .indd 36 30/03/2024 6:28 PM


37 Nabilatul Asyikeen Binti Nasro Tajuk: Ratu Lebah Tahun: 2024 Media: cat pastel, arang, bitumen dan cat akrilik Saiz: 4 x 3 Kaki Pengkarya ingin mengvisualkan idea dalam bentuk 2D dengan mengunakan subjek lebah sebagai perlambangan kepada sifat ketekunan. Seperti mana yang diketahui, sifat ketekunan, rajin dan kerjasama adalah amat sinonim dengan lebah kerana lebah akan sentiasa memastikan rantaian makanan dapat diteruskan dengan lestari bagi kelangsungan makanan. Seekor ratu lebah yang terdapat pada karya tersebut menunjukkan bahawa ratu lebah memegang satu peranan yang amat penting dalam sebuah koloni. Di dalam sesebuah koloni, hanya akan terdapat satu ratu lebah sahaja dan satu-satunya yang dapat bertelur untuk menambah bilangan lebah. Bunga pula merupakan antara sumber untuk mendapatkan nektar ataupun madu bunga sebelum berlakunya proses penghasilan madu. Karya ini menggunakan media campuran yang terdiri daripada cat pastel, arang, bitumen dan cat akrilik. katalog design ID .indd 37 30/03/2024 6:28 PM


38 Nur Ain Natasha Binti Mohd Abidin Tajuk:Ghebau Tahun: 2024 Media: Arang, Pensel dan Pen Teknikal Saiz: 4 x 3 kaki Berperanan penting dalam urusan harian masyarakat Melayu pada ketika dahulu. Subjek utama bagi karya ini adalah seekor kerbau atau ‘ghebau’ iaitu sebutan dalam loghat Kedah yang mempunyai pelbagai kegunaan dalam pelbagai bidang iaitu pertanian, pengangkutan, dagangan dan sebagainya. Namun, watak utama ini tidak lagi digunakan pada masa ini apabila dunia dikejar dengan arus pemodenan. katalog design ID .indd 38 30/03/2024 6:28 PM


39 Nur Assyakirin bt Jamil Tajuk: Abah Tahun: 2024 Media: Arang, Campuran Bitumen Saiz: 4 x 3 Kaki Karya ini diinspirasikan dari kisah hidup pengkarya iaitu mengenai kehilangan ayahnya dilaut pada tahun 2004 akibat ombak yang kuat. Karya ini dihasilkan sebagai penghargaan dan tanda kasih sayang seorang anak perempuan terhadap ayahnya. Fokus utama pengkarya dalam menghasilkan karya ini adalah sebagai tanda ingatan tentang tragedi yang meragut nyawa insan istimewa yang paling disayangi dan dicintai. Karya yang dihasilkan juga mengambarkan suasana sepi dari sudut penggunaan warna yang gelap dan suram. Pengkarya juga merasakan impak kerinduan yang amat mendalam semasa menghasilkan karya ini. Aliran yang diaplikasikan dalam penghasilan karya ini ialah aliran ‘ Realisme’ dengan menggunakan media kering seperti Charcoal dan campuran Bitumen atas canvas . katalog design ID .indd 39 30/03/2024 6:28 PM


40 Nur Fathonah binti Hegretul Al-Amin Tajuk: Siri 1 “ Beyond the Help” Siri 2 “Beyond the Changes” Tahun: 2024 Media: Soft pastel dan media campuran Saiz: 4.5 x 3.8 kaki Karya ini ‘Beyond The Help’ dihasilkan daripada sebuah imaginasi berkaitan science fiction tentang makhluk asing di mana ia saling berkait dengan manusia. Imaginasi pengkarya diaplikasikan dengan menggunakan rupa makhluk asing dan keadaan bandar manusia di bumi sebagai subjek matter utama. Subjek ini dipilih untuk menghidupkan imaginasi keadaan bumi sebelum dan semasa makhluk asing menakluki bumi. Penggunaan akrilik hitam pada karya ‘Beyond the Changes’ pula adalah menunjukkan keadaan zaman akan datang yang suram dan menakutkan bagi manusia kerana manusia adalah sebahagian daripada bahan uji kaji makhluk asing. Penghasilan karya ini adalah untuk mengekspresikan perasaan takut terhadap kebijaksanaan makhluk asing dalam menakluki bumi. katalog design ID .indd 40 30/03/2024 6:28 PM


41 Nur Melissa Binti Sofian Tajuk:KARYA SIRI 1: “LIFE TRANSITION” KARYA SIRI 2: “LIFELINE” Tahun: 2024 Media: artline ink, arang, soft pastel dan bitumen Saiz: 4 x 3 kaki Karya ‘Transition’ dan ‘Lifeline’ dihasilkan bagi menggambarkan azab yang ditanggung oleh seseorang manusia itu ketika berada di alam barzakh menanti untuk dibangkitkan semula di Padang Mahsyar untuk dihitung amalannya. Berbekalkan tali kain kafan membaluti tubuh yang telah lusuh dan kehitaman sebagai subjek utama sebagai metafora kepada tali penghubung jasad dengan segala amalannya sewaktu di dunia. Pengkarya cuba menggambarkan keadaan takut dan seram menggunakan media campuran seperti arang dan bitumen dengan teknik lorekan dan gosokan. Karya ini dihasilkan berdasarkan imaginasi pengkarya bagi mewujudkan rasa kesedaran tentang kematian yang bakal dihadapi oleh semua manusia di dunia. katalog design ID .indd 41 30/03/2024 6:28 PM


Click to View FlipBook Version