The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIVON ANAK BANDAN, 2024-04-19 22:15:25

KATALOG PAMERAN ARSLOKA 2023

KATALOG PAMERAN ARSLOKA 2023

Keywords: KATALOG,EXHIBITION

42 Nabila Natasha Tajuk: Pieces Of Makyung Tahun: 2024 Media: soft pastel, pensel dan marker pen Saiz: 4 x 3 kaki Karya yang bertajuk “Pieces of Makyung” ini hasil idea pengkarya dalam mengolah seni lukisan beraliran romanticism. Lukisan yang mengaplikasikan media kering soft pastel, pensel dan marker pen ini adalah sebagai identiti kemahiran pengkarya untuk mengekspresikan perasaan cinta pada keindahan warisan Makyung. Makyung adakah seni yang menggambarkan keindahan, kehalusan dan pengkarya mengekspresikannya menerusi penggunaan warna dan garisan yang estetik. Komposisi karya juga menggambarkan warisan budaya ialah satu tinggalan lama yang sudah makin pupu dek peredaran zaman. Pengkarya berharap mesej dan penceritaan disebalik karya dapat disampaikan dengan baik kepada audiens. katalog design ID .indd 42 30/03/2024 6:28 PM


43 Nur Wajihah Wafa Binti Mohd Razali Tajuk:Siri 1 “Action Speak Louder Than Word” Siri 2 “Thank you” Tahun: 2024 Media: Soft pastel dan media campuran Saiz: 3 x 4.5 kaki Karya “Thank you” merakamkan tentang detik pengalaman pengkarya yang paling diingati bersama sahabatnya sepanjang semester di Universiti. Pengalaman tersebut memperlihatkan bagaimana penggunaan flora dan fauna menerjemahkan sebagai bahasa cinta itu dalam persahabatan di antara pengkarya dan sahabatnya. Act of Service, Quality Time, Word Affirmation dan Gift Giving antara elemen bahasa cinta yang digunakan dalam karya. Saya memilih subjek flora sebagai simbol keindahan dan penghargaan mampu mempengaruhi sesuatu perhubungan itu kekal hingga ke akhir hayat. Manakala bagi karya “It’s nice to be Here” subjek kucing pula menggambarkan diri saya yang tenang dan selamat dikelilingi oleh sahabatnya iaitu burung pipit seperti setenangnya tidur di waktu malam. katalog design ID .indd 43 30/03/2024 6:28 PM


44 Nurfaezie Binti Sinin Tajuk: Jomo Samah Tahun: 2024 Media:Pensel, arang, Soft pastel Saiz: 4 x 3 kaki Karya ‘Jomo Samah’ ini menunjukkan pakaian tradisional bagi masyarakat Bajau Samah di Sabah yang dipanggil sebagai ‘Badu Sipak’ atau ‘Badu Sampit’. Bajau Samah merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah. Pakaian ini digunakan semasa adat perkahwinan, majlis-majlis keramaian, persembahan tarian dan majlis sambut tetamu. Pada zaman dahulu pakaian ini hanya dipakai oleh golongan bangsawan kerana motif-motif dan warna yang ada pada pakaian melambangkan makna yang tertentu. Manakala perhiasan pakaian seperti serimpak (mahkota) pula dibuat menggunakan emas atau tembaga. Karya ini memperlihatkan tentang keindahan pakaian tradisional masyarakat Bajau Samah dengan penggunaan unsur garisan dan warna yang pelbagai. katalog design ID .indd 44 30/03/2024 6:28 PM


45 Nurul Athirah Batrisyia Binti Abu Tajuk:Budaya Hitam Putih Tahun: 2024 Media: Arang, Soft pastel,Chinese ink dan Pen Saiz: 4 x 3 kaki Perubahan ini boleh dilihat sebagai kembali kepada fitrah bagi individu tersebut. Secara keseluruhannya, ia disifatkan sebagai subjek seni yang mencerminkan kesedaran pengkarya terhadap isu alam sekitar, baik sebagai bentuk satu kesyukuran terhadap kebesaran sang Pencipta mahupun sebagai ekspresi keprihatinan terhadap isu alam sekitar dan global seperti pencemaran dan kemusnahan alam yang mempengaruhi semua manusia. Bahkan, diklasifikasikan sebagai satu bentuk abstrak ekspresionisme malah turut menggunakan media kering seperti (arang, soft pastel, chinese ink, pen).Dalam perkembangan seterusnya, pelukis tidak lagi tertumpu semata-mata untuk menangkap keindahan alam semula jadi, tetapi mula menggabungkan tema alam dan moden serta pemeliharaan dan pemulihan semula jadi dalam konteks representasi budaya dan alam. katalog design ID .indd 45 30/03/2024 6:28 PM


46 Rachel Angith Anak Ajan Tajuk: Tanggam Pengerindu Tahun: 2024 Media: pensel, pensel warna, soft pastel, arang dan drawing pen Saiz: 3 x 4 kaki Setiap cinta tidak abadi tanpa ikatan. Yang mengikat cinta pada dasarnya ialah kesetiaan. Kesetiaan ini dapat digambarkan melalui kehidupan seekor Burung Enggang Badak atau lebih dikenali sebagai Burung Kenyalang. Kesetiaan burung ini dibuktikan melalui habitat kehidupan burung itu sendiri apabila ia menemukan pasangan dan setia sehingga ke akhir hayat. Ia tidak akan mencari pasangan yang baru dan hidup bersendirian sehingga ia sendiri mati. Kita juga mengikat cinta menerusi bunga-bunga yang kita kirim dan terima dari pasangan kita. Seterusnya, cinta kita pada budaya dan tradisi tergambar daripada motif yang mengikat kita kepada asal-usul. katalog design ID .indd 46 30/03/2024 6:28 PM


47 Ryan Augustine Anak Joseph Tajuk:Pieces Tahun: 2024 Media: Pensel, Pastel, Pensel warna Saiz: 4 x 3 kaki Karya yang diberi nama “pieces” dipengaruhi banyak oleh aliran surealisme. Media kering yang digunakan serta bahan untuk menghasilkan lukisan ini adalah amat ringkas antaranya adalah seperti Kayu yang akan dilukis menggunakan teknik “Pyrography”. Keunikan karya adalah ianya tidak hanya menggunakan media kering untuk menghasilkan lukisan seperti biasanya pensil, pastel, pensel warna dan sebagainya. Penggunaan bahan yang minimal adalah sejajar dengan niat pengkarya untuk menyemai sikap minimalistik terutamanya daripada segi penggunaan bahan harian seperti plastik dan sampah sarap serta sisa buangan yang dapat memudaratkan alam sekitar. Fokus karya adalah tentang pencemaran bahan yang memberikan kesan negatif kepada alam akuatik dan kaitan antara peranan manusia untuk mengatasinya. Adalah diharapkan karya berjaya menyampaikan mesej yang cuba dicurahkan oleh pengkarya. katalog design ID .indd 47 30/03/2024 6:28 PM


48 Syasya Syahirah binti Azizan Tajuk: Warisan yang Hilang Tahun: 2024 Media: Saiz: 4 x 3 kaki Karya “Warisan yang Hilang” merakamkan tentang masyarakat pada masa ini lebih-lebih lagi generasi muda yang semakin ditelan zaman dek kerana teknologi yang serba canggih. Teknologi canggih ini telah mewujudkan pelbagai aplikasi permainan secara dalam talian yang lebih menarik berbanding permainan tradisional yang dimainkan secara bersemuka. Hal ini menyebabkan ramai generasi muda tidak mengenali permainan tradisional sehinggakan mereka tidak mengetahui cara bermain permainan tersebut. Karya ini juga memperlihatkan beberapa permainan tradisional yang melambangkan identiti setiap bangsa dan kaum. Pengkarya ingin mengetengahkan bahawa ketagihan menggunakan teknologi moden dalam generasi muda ini mampu menyebabkan mereka kehilangan warisan yang sepatutnya dipelihara dan dijaga bagi mengekalkan keunikan negara. katalog design ID .indd 48 30/03/2024 6:28 PM


49 Tengku Anis Atirah Binti Tengku Hassan Tajuk:“Hippocampus” Tahun: 2024 Media: Pensel, Pastel, Pensel warna Saiz: 4 x 3 kaki Karya “Hippocampus” menunjukkan sebuah karya yang memperlihatkan nilai keindahan kehidupan akuatik. Pengkarya memilih kuda laut sebagai metafora visual bagi menunjukkan estetika yang terdapat pada permukaan kulit kuda laut tersebut. Pengkarya ingin menggambarkan nilai keindahan alam akuatik yang perlu dihargai. Karya ini diperkukuhkan lagi dengan simbol rantai besi yang menggambarkan kesengsaraan akibat aktiviti manusia terhadap kehidupan laut. Pemilihan warna latar monokromatik yang dipaparkan memberi refleksi tentang perasaaan duka yang dirasai oleh hidupan ini. Karya ini menggunakan medium pensil warna sepenuhnya di atas kertas bersize A0. Karya ini turut memberi impak ekspresi bahawa disebalik keindahan dasar laut, terdapat ancaman yang perlu dihadapi akibat daripada kekejaman manusia. katalog design ID .indd 49 30/03/2024 6:28 PM


50 Wan Nureyna Dalilah Binti Wan Kamalrunizam Tajuk: Siri 1 “The Origin Vol.1” Siri 2 “The Origin Vol.2” Tahun: 2024 Media: bitumen, akrilik, gesso, charcoal, soft pastel, brush pen dan pensil warna Saiz: 4 x 3 kaki Karya ‘The Origin Vol.1’dihasilkan daripada sebuah penceritaan tentang budaya dan warisan orang asli yang semakin hilang akibat peredaran zaman yang semakin moden. Pengkarya mengaplikasikan figura manusia pergi memburu sebagai subjek matter bagi karya 1. Subjek ini dipilih untuk menunjukkan budaya orang asli memburu sebelum wujudnya inisiatif baharu. Manakala karya ‘The Origin Vol.2’ pengkarya meletakkan figura manusia bermain alat muzik serta tok halaq yang dikenali sebagai pawang sebagai subjek utama. Subjek ini dipilih adalah untuk mempersembahkan tentang perayaan genggulang ‘Jis Pai’ yang semakin pudar disambut atas sudut pandangan agama yang berbeza. Penghasilan karya ini dihasilkan menggunakan bintumen, akrilik, gesso, charcoal, soft pastel, brush pen dan pensil warna. katalog design ID .indd 50 30/03/2024 6:28 PM


51 Wynona Anak Albert Lawes Tajuk:DEWI KUMANG: The Mother of Iban Goddess Tahun: 2024 Media: Saiz: 4 x 3 kaki Karya ini menggambarkan kehidupan seorang Dewi Kumang di alam Panggau Libau. Lukisan ini menggambarkan kerajinan dan keanggunan yang mengagumkan serta banyak menceritakan kebolehan yang dimiliki oleh seorang Dewi Kumang. Melalui seni coretan (doodle) dan warna, lukisan ini menyampaikan hikmah dan keindahan yang menceritakan Dewi Kumang dalam Legenda Dayak, yakni masyarakat Iban. Keharmonian alam dan kehidupan desa di dalamnya menggambarkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan alam. Dengan sentuhan unik dan kisah yang tersirat, seni coretan (doodle) ini dihasilkan untuk mengajak audiens untuk merenungkan kehormatan dan keagungan Dewi Kumang dalam kehidupan sehari-hari, menyampaikan keabadian, kebaikan dan keanggunan dalam setiap sentuhan warna dan garisan. katalog design ID .indd 51 30/03/2024 6:28 PM


52 Zachery Entiau Stanley Tajuk: Sepating Bungai Tahun: 2024 Media: Pen Marker, inai Arang Saiz: 4 x 3 kaki Karya ‘Sepating Bungai’ ini menunjukkan seni tatu tradisional yang mempunyai makna dan nilai estetika tentang budaya masyarakat Iban. Namun, pengolahan motif dalam seni tatu ini tidak dikenali oleh generasi masa kini. Hal ini sering dikaitkan dengan perubahan dan pengolahan idea dalam seni tatu tradisional itu sendiri. Saya memilih bungai terung sebagai subjek bagi menunjukkan motif yang sering diukir pada badan, namun tidak dikenali tentang maksud disebaliknya. Bungai terung ini juga telah diolah dengan pelbagai bentuk bagi menunjukkan peribahasa dan falsafah yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Karya ini juga diperkuatkan lagi dengan motif seperti burung kenyalang, udang, dan ketam. Karya ini turut menggunakan warna hitam sebagai simbolik kegelapan yang menyelimuti serta menghilangkan nilai dan makna dalam seni tatu. Karya ini dihasilkan diatas kanvas bersaiz 91cm x 121cm menggunakan media seperti kepelbagaian warna pen marker, inai dan arang. katalog design ID .indd 52 30/03/2024 6:28 PM


53 katalog design ID .indd 53 30/03/2024 6:28 PM


54 Mohd Halim Bin Alimuddin Tajuk: BEBAS SIRI I BEBAS SIRI II BEBAS SIRI III BEBAS SIRI IV Tahun: 2024 Media: Besi Saiz: 12 inch x 17 inch (4 panel) BEBAS. Setiap insan mempunyai kehendak mereka tersendiri. Namun, adakah itu kehendak ataupun hanya mencontohi perbuatan orang lain? Adakah kita memberus gigi kerana orang lain memberus gigi? Adakah kita makan hanya kerana orang lain hidup? Adakah kita ingin bebas hanya kerana melihat orang lain bebas? Apakah nilai sebenar kebebasan? Satu yang saya pasti, kebebasan itu diperoleh bukan dibeli. katalog design ID .indd 54 30/03/2024 6:28 PM


55 SENI KRAF katalog design ID .indd 55 30/03/2024 6:28 PM


56 katalog design ID .indd 56 30/03/2024 6:28 PM


57 Bunis Anak Kudi Tajuk: Renjana Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 4 X 4.5 Kaki “Renjana” diinspirasikan daripada sebuah lirik lagu “Tua ditemuka Petara” yang membawa maksud kita dipertemukan oleh Tuhan. Ekpresi lirik lagu ini memvisualisasikan makna rasa kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap manusia sehingga ke hujung nyawa. Keunikan cantingan imej bunga rose yang divariasikan bentuknya membawa seribu makna “Cinta kau dan aku membawa satu rasa cinta yang satu”. Latar warna merah jambu menyatakan simbolik rasa kekuatan cinta yang romantik. Kesan monolog rasa tentangan cinta yang ingin bersatu kekal abadi. katalog design ID .indd 57 30/03/2024 6:28 PM


58 Carol Voon Yu Choon Tajuk: SIRI 1 : “THE POWER OF WOMAN I” SIRI 2 : “THE POWER OF WOMAN II” Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 3 x 3 kaki “The Power of Woman” merupakan suatu karya batik kontemporari yang menceritakan tentang dunia wanita dengan menggunakan aliran “pop art”. “The Power of Woman” ini diekspresikan dengan gambaran alam wanita. Karya bersiri ini mendeskripsikan tentang dunia wanita yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Keunikkan gabungan teknik dan kepelbagaian warna mampu menjelaskan ekspresi rasa perasaan wanita. katalog design ID .indd 58 30/03/2024 6:28 PM


59 Irene Anak Manau Tajuk:“Ngayau” Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 4 x 3 kaki “Ngayau” divisualkan anak lelaki Iban yang berperanan dalam mempertahankan anak bangsa bagi mengekalkan tradisi sendiri. Gabungan motif Iban nabau dan kala dengan ekspresi figura menerusi teknik cantingan berlapis membatik divisualisasikan dengan teknik batik kontemporasi bagi menjelaskan ruang pandang “Ngayau” yang tersendiri. katalog design ID .indd 59 30/03/2024 6:28 PM


60 Kathleen anak Awang Tajuk: Simetri Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 4 x 3 kak Karya batik kotemporari “Simetri” yang diadaptasikan daripada riwayat kehidupan realiti manusia dalam alam nyata. Dua ekor ikan koi yang diinspirasikan dari simbol Yin Yang (bulan dan matahari) sebagai representasi dua sifat manusia yang berbeza dari sisi positif dan negatif yang seimbang dan saling melengkapi. Kepelbagaian pergerakan menyerupai landasan diilhamkan dari keindahan orbit pada alam kosmos, seiring dengan cara hidup yang dipilih oleh manusia sendiri pada akhirnya mempunyai konsekuensi sebagai pengakhiran. katalog design ID .indd 60 30/03/2024 6:28 PM


61 Luqman Hakimi Bin Weili Tajuk: Dimensiku Atma I Dimensiku Atma II Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 3 x 3 kaki “Dimensiku Atma” mengisahkan karya Zaman Kanak-kanak yang Diinsiprasikan menerusi catan batik kontempapri. Pelbagai Medium sentimental menjadi taruhan melalui olahan design dan expresi Teknik membatik. Gabungan jalinan berjaya menunjukkan perasaan girang zaman kanak-kanak dengan olahan warna-warna ceria serta keunikan kesan cantingan pada karya ini. Dimesiku Atma berdiri dengan gaya yang tersendiri di visualkan menerusi expresi kendiri. katalog design ID .indd 61 30/03/2024 6:28 PM


62 Muhammad Fakhrul Naim Bin Abdul Talib Tajuk: SIRI 1: “SATU RASA I” SIRI 2: “SATU RASA II” Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 3 x 3 kaki Karya “Satu Rasa” merupakan sebuah karya yang memberi mesej merawat diri dari hanyut berdepan masalah. Rasa kemurungan, masalah diri dijadikan tunjang dalam menggarap karya “Satu Rasa”. Olahan corak Arabesque dan kerawang dijadikan simbolik monolog rasa gelisah diri dalam menghadapi kemurungan. Gabungan tulisan kaligrafi pastinya merawat luka dengan kembali kepada yang maha Esa. Penggunaan warna-warna monokrom berjaya memberi inspirasi dan keunikan yang tersendiri menerusi gabungan teknik-teknik membatik secara berlapis. Satu rasa berdiri dengan satu jiwa. katalog design ID .indd 62 30/03/2024 6:28 PM


63 Muhammad Izahan Bin Jaafar Tajuk: Mutiara Biru Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 4 x 3 kaki “Mutiara Biru” diekspresikan bagi menjelaskan seribu makna disebalik latar yang biru. Ekspresi jalinan teknik membatik memenuhi ruang kehidupan akuatik bagi memenuhi latar biru ekspresi jiwa alam akuatik. Keunikan gabungan alam akuatik bersama jalinan divisualkan menerusi ekspresi tanah, air, api dan angin. Keunikan cantingan berlapis diperindahkan dengan teknik retakan berjaya membawa maksud mendalam dalam mempersembahkan latar biru. Ekspresi gabungan monokrom biru memberi suntikan ketenangan dan keharmonian dalam menyampaikan jiwa rasa latar biru. katalog design ID .indd 63 30/03/2024 6:28 PM


64 Norlin Pineh Tajuk: “NAHULALAN NAHIMPONG” Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 4 x 3 kaki “Nahulalan Nahimpong” diekspresikan dalam bentuk batik kontemporari. Refleksi digarap menerusi alam kosmos kehidupan masyarkat kaum Murut. “Nahulalan Nahimpong” turut diekspresikan dan divisualkan dengan gabungan teknik-teknik batik, warna, motif, corak dan imej yang membawa kepada makna tersendiri bagi menjelaskan alam kehidupan pada masa kini yang penuh dengan realiti akhir zaman. katalog design ID .indd 64 30/03/2024 6:28 PM


65 Nur Alia Natasha binti Shawaludin Tajuk: “Warisan untuk Dia” Tahun: 2024 Media: Batik Saiz: 4 x 3 kaki Karya “Warisan untuk Dia” menceritakan keunikan tradisi pemakaian kain sarung batik dan tekstil Melayu oleh golongan gadis Melayu yang semakin hilang ditelan zaman. Bunga Anggerik sebagai lambang wanita iaitu insan yang kaya dengan nilai-nilai ketimuran serta tinggi peradaban budaya bangsa. Motif-motif yang terdapat pada kain sarung batik dan tekstil digambarkan dalam struktur rumah tradisional bagi menunjukkan pemakaian kain sarung yang telah menjadi cerminan kehidupan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Keunikan cantingan diindahkan dengan teknik retakan bagi memberi inspirasi kepada ‘Dia’ untuk terus mengangkat tradisi warisan tekstil Melayu. katalog design ID .indd 65 30/03/2024 6:28 PM


66 katalog design ID .indd 66 30/03/2024 6:28 PM


67 Norfarahin Binti A Razak Tajuk: Perjuangan Tahun: 2024 Media: Kayu Saiz: 4 x 3 kaki Karya “Perjuangan” ini merupakan sebuah karya kontemperori yang diadaptasikan daripada watak tumbuhan di hutan yang ada persamaan dengan manusia. Representasi hutan sebagai simbolik kepada manusia sebagai makhluk yang kuat menahan cabaran dan yang lemah pastinya gagal. Motif keladi biak sebagai simbolik perjuangan masyarakat orang Minangkabau dalam memperjuangkan jati diri dan mengekspresikan kekuatan diri. Gabungan teknik-teknik berjaya diekspresikan menerusi karya “Perjuangan” melalui olahan teknik yang pelbagai. Gabungan teknik- teknik luakan berjaya diekspresikan menerusi karya perjuangan. katalog design ID .indd 67 30/03/2024 6:28 PM


68 katalog design ID .indd 68 30/03/2024 6:28 PM


69 Muhammad Hazwan Bin Wahab Tajuk: Makan Diri Tahun: 2024 Media: besi Saiz: 2 x 2 kaki Tajuk “Makan Diri” adalah untuk menggambarkan situasi yang berlaku disebabkan perkara yang diluar jangkaan. Subjek utama yang dipilih adalah bunga Raflesia. Hal ini kerana, bunga ini adalah bunga yang jarang dijumpai. Habitat bunga ini tidak sama seperti dahulu. Perkara ini memberi ancaman kepada spesis bunga Raflesia ini kerana kerakusan manusia dalam penebangan pokok. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah logam untuk membuat parang dan batang kayu untuk membuat hulu parang. Ini dapat dibuktikan bahawa kayu membantu logam untuk memusnahkan habitatnya sendiri. Pengkarya ingin menyampaikan mesej berkaitan dengan kepercayaan terhadap seseorang perlu berhati-hati supaya tidak memakan diri sekaligus memusnahkan kepercayaan orang lain. katalog design ID .indd 69 30/03/2024 6:28 PM


70 katalog design ID .indd 70 30/03/2024 6:28 PM


71 Chian Siung Wei Tajuk: Makan Diri Tahun: 2024 Media: quilling atas kain Saiz: 28 cm x 48 cm Karya ini adalah merupakan jenis selendang perhiasan pakaian tradisional cina yang bernama Yunjian. Yunjian adalah sejenis perhiasan pakaian yang dihasilkan daripada kostum dongeng awal dan kebanyakan adalah berbentuk seperti sayap yang jatuh pada kedua-dua belah bahu. Namun, jika dilihat daripada ratusan opera dalam mural Dinasti Han di Yinan, terdapat juga bahu awan yang melingkari leher. Fokus pengkarya dalam penghasilan karya ini adalah pemindahalih teknik quilling pada penghasilan seni kraf Yunjian dengan mengfokuskan corak motif dan bentuk digunakan mempunyai makna tersendiri iaitu Gaya Sihe Ruyi, Gaya Ru Wang, Gaya Liuye, dan Gaya Ruyi. Corak motif utama iaitu bunga teratai yang melambangkan kerusi suci Buddha dan kesempurnaan hati dan fikiran. Bahan dan media yang digunakan adalah Quilling kain dalam anyaman. katalog design ID .indd 71 30/03/2024 6:28 PM


72 Husna Nasuha Binti Mazlan Tajuk: Warisan Kuda Kepang Tahun: 2024 Media: synthetic rattan tape, raben, plastik alas meja dan kain felt fabrik Saiz: 6.5 x 6 kaki Kuda kepang merupakan seni warisan yang berasal daripada Jawa dan berlakunya penyebaran kesenian secara meluas di wilayah Nusantara. Karya ini difokuskan oleh pengkarya kerana ingin mengekalkan warisan yang sedia ada supaya tidak ditelan zaman. Melalui ini, masyarakat dapat mengetahui dan memelihara setiap warisan yang telah wujud. Karya ini ditransformasi melalui seni anyaman kelarai dengan menggunakan motif yang berbeza seperti motif flora, fauna dan abstrak. Bahan-bahan yang digunakan dalam karya ini adalah seperti besi, synthetic rattan rope, ribbon, tali dan kain katalog design ID .indd 72 30/03/2024 6:28 PM


73 Muhamad Zul Aiman Bin Zakaria Tajuk: Makan Diri Tahun: 2024 Media: kanvas, dawai dan plaster of paris Saiz: 5 x 3.5 kaki ‘Restrictus’ divisualkan mengenai kisah rakyat Palestin yang hidup dalam fasa keterbatasan akibat kerosakkan harta, tempat tinggal dan kehilangan nyawa. Gabungan motif kelarai flora dan fauna yang berbagai di bahagian belakang seperti Kelarai Bunga Tanjung, Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Tulang Belut dan Kelarai Bunga Durian. Pengkarya mengaplikasikan bahan campuran seperti besi dan dawai bagi mewujudkan 1 figura yang di ikat bagi menggambarkan kehidupan rakyat Palestinyang dalam kesengsaraan katalog design ID .indd 73 30/03/2024 6:28 PM


74 Nur Amira Kamilia Binti Amir Hisham Tajuk: The Glory Tahun: 2024 Media: Fabrik Saiz: 4 x 5 kaki “The Glory” mempersembahkan ciptaan pakaian tradisional yang menarik dengan merangkumi keunikan budaya dan keindahan teknik anyaman. Karya ini dihasilkan melalui kemahiran tangan yang luar biasa dengan setiap helai gentian dijalin dengan teliti untuk yang diadaptsikan dengan motif corak. Dengan mengaplikasikan teknik anyaman, pakaian ini bukan sahaja menjadi pelindung badan, tetapi juga satu bentuk seni yang menghubungkan generasi dan meraikan kekayaan tradisional. Penggunaan teknik anyaman memberi dimensi baharu kepada pakaian ini, malah turut membangkitkan perasaan dan menghormati kekayaan tradisi tempatan. Teknik anyaman pada “The Glory” bukan sahaja manifestasi kemahiran, tetapi juga jendela kepada kepelbagaian dan keindahan yang disediakan oleh seni tradisional. “Pakaian ini adalah bukti bahawa kekayaan budaya boleh terus hidup dan berkembang melalui gabungan tradisi dan inovasi.” katalog design ID .indd 74 30/03/2024 6:28 PM


75 Nur Haishah Binti Hammirudin Tajuk: Anggun Klasik Tahun: 2024 Media: Fabrik Saiz: 2 x 5 kaki Anggun Klasik karya seni anyaman yang memartabatkan nilai busana tradisional mencerminkan identiti budaya masyarakat melayu yang diwarisi secara turun-temurun. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat, cukup memberi makna betapa adat dan budaya diangkat tinggi dalam alam melayu. Pengkarya memvisualisasikan nilai keindahan warisan masyarakat melayu dengan mengadaptasikan teknik anyaman melalui pelbagai elemen seperti baju, kain, selendang dan aksesori yang pelbagai Penerapan subjek matter flora atau motif-motif kelarai yang dipilih dianyam pada busana tradisional ini. Bagi perhiasan diri pula, teknik quilling digunakan untuk membentuk motif flora yang pelbagai serta bahan yang digunakan dalam penghasilan karya adalah seperti fabrik, reben, tali dan dawai. katalog design ID .indd 75 30/03/2024 6:28 PM


76 Wan Siti Nur Hidayah Binti Wan Ibrahim Tajuk: Tangisan Dari Laut Tahun: 2024 Media: Besi, dawai, plaster of paris, tali nilon polietilena, foam paper dan plywood Saiz: 6 x 3 kaki Karya “Tangisan Dari Laut” mempamerkan sebuah replika dengan menghasilkan teknik anyaman yang melengkapi penceritaan tentang kerisauan pengkarya mengenai isu kepupusan ikan paus. Pengkarya memilih subjek matter seekor ikan paus seperti melompat keluar dari air. Perkara ini bertujuan untuk menceritakan kesengsaraan seekor ikan yang mengalami kesesakan nafas berpunca daripada pembuangan plastik di dalam laut oleh manusia di negara kita. Pengkarya menterjemahkan hasil anyaman menerusi pemilihan motif berkonsepkan alam dan penggunaan gabungan warna yang suram dan terang. Karya ini juga mempunyai jisim dan permukaannya boleh dirasa, dilihat dari pelbagai sudut. Jalinan dan warna kelihatan tersusun dan bertepatan dengan fungsi dan keadaan ikan paus sebenar. “Tangisan Dari Laut” diperbuat daripada hasil gabungan besi, dawai, plaster of paris, tali nilon polietilena, foam paper dan plywood. katalog design ID .indd 76 30/03/2024 6:28 PM


77 Nur Ain Binti Azmadi Tajuk:The Shadow Play Tahun: 2024 Media: Plastik Alas Meja, Kain, Daun Kelapa Saiz: 6 x 6 kaki “The Shadow Play” merupakan kesinambungan serta wadah untuk masyarakat mempelajari teater tradisional Melayu. Permainan bayangan pada suatu ketika dahulu merupakan medium penyebaran maklumat dan satu bentuk hiburan pendidikan yang berkesan untuk semua anggota masyarakat. Seni lisan ini mengandungi banyak pengajaran yang merangkumi kehidupan segajat umat manusia. Pelbagai motif anyaman kelarai yang digunakan dalam karya ini iaitu motif haiwan, tumbuhan dan abstrak pada skrin serta watak utama wayang kulit iaitu Sri Rama, Siti Dewi dan Maharaja Rawana. Bahan anyaman yang digunakan dalam karya ini ialah plastik alas meja, kain dan daun kelapa. katalog design ID .indd 77 30/03/2024 6:28 PM


78 katalog design ID .indd 78 30/03/2024 6:28 PM


79 Ahmad Syahmi Arsyad Bin Ariffin Tajuk: Jalan Yang Direka Tahun: 2024 Media: tanah liat dan galze Saiz: 1 x 1.5 kaki ‘Jalan yang Direka’ adalah siri karya seramik kontemporari yang mencerminkan pengalaman emosional dan perjalanan hidup pengkarya. Setiap karya mengeksplorasi aspek kehidupan melalui teknik Throwing, kepingan, dan handbuilding. Representasi visualnya menggambarkan perjalanan unik pengkarya, menciptakan naratif kehidupan melalui bentuk dan tekstur seramik. Lebih dari sekadar elemen estetika, karya ini merangkumi filosofi kehidupan yang mendalam, menawarkan pengamatan mendalam tentang hakikat kehidupan manusia. Dengan menyatu antara teknik dan makna, ‘Jalan yang Direka’ menjadi wadah penyampaian yang kuat untuk merentasi ekspresi artistik dan refleksi filosofi. katalog design ID .indd 79 30/03/2024 6:28 PM


80 Divon Anak Bandan Tajuk: DIGITAL DISGUISE Tahun: 2024 Media: Tanah liat dan Glaze Saiz: 2.5 x 1 kaki DIGITAL DISGUISE merupakan karya menekankan kepada symbol-simbol grafik yang menunjukkan Identiti individu di mana identiti tersebut bukahlah identiti sebenar mereka semasa berada di alam media sosial. Dengan memiliki identity palsu di sosial media mereka berasa percaya diri untuk melakukan sesuatu yang buruk. Subjek di dalam karya ini merupakan Emoji dan dan symbol yang sering kita lihat semasa berada di media sosial beserta dengan muka, telinga, mata dan mulut manusia. Dihasilkan dengan teknik picitan dan lilitan, setiap aspek merangkumi makna dan fungsi daripada subjek yang dihasilkan. penggunaan bahagian badan manusia tersebut menunjukkan bahawa media sosial merupakan tempat dikongsi secara terbuka. katalog design ID .indd 80 30/03/2024 6:28 PM


81 Jemauri Ageoffery Anak Jemat Tajuk: TLAMUNAN AKUATIK, SINERGI DALAM TANAH LIAT Tahun: 2024 Media: Tanah Liat dan Glaze Saiz: 6 x 16 inch ‘Lamunan Akuatik’ merupakan 4 siri arca seramik yang diinspirasikan menerusi konsep sinergi antara alam akuatik dengan manusia. Dicipta melalui eksperimentasi teknik kepingan, putaran, dan picitan dalam seramik untuk mempersembah makna sinergi dan korelasi antara alam akuatik dengan manusia. Melalui siri-siri tersebut, pengkarya mengeksplorasi dan mengkaji interaksi antara habitat akuatik dan sifat personifikasi. Visual dan elemen yang ditampilkan adalah perwakilan sifat-sifat ekosistem lautan dan personafikasi yang diimplementasikan kepada setiap siri-siri tersebut, ‘Lamunan Akuatik’ adalah sebuat arca representasi antara hubungan manusia dengan alam akuatik yang dapat dideskripsikan secara harmoni melalui eksperimentasi, eksplorasi dan manipulasi teknik dalam seramik. katalog design ID .indd 81 30/03/2024 6:28 PM


82 Muhammad Aizam Hakimi Bin Abdullah Tajuk: Kembang Pagi Tahun: 2024 Media: Tanah liat dan Glaze Saiz: 6 x 10 inch ‘Kembang Pagi’ adalah siri karya arca seramik kontemporari yang menggambarkan kecantikan bunga teratai dengan pelbagai keberagaman variasi. Di inspirasikan oleh pokok teratai (Nelumbo Nucifera), sebuah struktur yang mencerminkan simbol kebangkitan dan transformasi kerana teratai ini muncul dari dalam air yang keruh menuju ke permukaan yang bersih dan indah. Teratai seringkali dianggap memiliki makna dan simbolisme mendalam dalam berbagai budaya dan filsafat. Pengkarya menerapkan falsafah bunga teratai melalui teknik picitan, kepingan dan juga putaran dalam penghasilan karyanya. Lebih dari sekadar elemen estetika, karya ini seringkali terkait dengan nilai-nilai spiritual dan filosofis, terutama dalam tradisi Buddha dan Hindu, di mana bunga teratai memiliki makna khusus dalam kisah dan ajaran-ajaran tertentu. Namun, nilai-nilai universal seperti transformasi, ketahanan, kesucian, dan kekuatan tetap relevan dalam berbagai konteks budaya dan agama sehingga masih di terapkan dalam diri masyarakat. katalog design ID .indd 82 30/03/2024 6:28 PM


83 Muhammad Akiff Irfan Bin Ainuddin Sabri Tajuk: Cananga Abadi Tahun: 2024 Media: Tanah Liat dan Glaze Saiz: 1 x 1 kaki ‘Cananga Abadi’ menggambarkan pengharapan yang diabadikan melalui haruman dan khasiat bunga Kenanga. Karya ini mengeksplorasi aspek kesihatan, alam mistik, dan filosofi kehidupan terkait dengan bunga tersebut. Penggunaan teknik handbuilding seramik dipilih dengan teliti untuk menciptakan dimensi karya yang unik dan memberikan kehidupan pada setiap elemen karya. Dengan mereplikasi bunga Kenanga sebagai simbol penting dalam ritual pengakhiran kehidupan, keinsafan dan , karya ini bukan hanya divisualkan tetapi juga memancarkan kekuatan mistik. ‘Cananga Abadi’ mengajak audiens memahami dan menghargai keistimewaan bunga Kenanga, sambil menyoroti pentingnya filosofi dalam kehidupan dan kesihatan. katalog design ID .indd 83 30/03/2024 6:28 PM


84 Nur Izzati Binti Sariman Tajuk: Paracosom Tahun: 2024 Media: Tanah Liat dan Glaze Saiz: 2 x 3 inch Karya “Paracosm” ini mempersembahkan replika bagi sebuah permainan kanak-kanak yang dihasilkan secara bersiri dalam bentuk seni seramik kontemporari. Paracosm adalah fenomena di mana dunia khayalan yang terperinci dicipta dalam fikiran seseorang. Oleh itu, pengkarya memilih permainan patung kuda sebagai hal benda yang memiliki banyak memori semasa alam kanak-kanak. Hal ini kerana, keseronokan yang dimiliki kanak-kanak meningkatkan imaginasi mereka sewaktu bermain. Karya yang dihasilkan merupakan gambaran imaginasi kanak-kanak terhadap permainan patung kuda. Melalui karya ini, pengkarya dapat mengimbas kembali memori kanak-kanak yang sentiasa berseronok dan berimaginasi tanpa batas sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif. Penggunaan bahan tanah liat juga adalah merupakan satu metafora kepada asal manusia daripada sumber yang sama. katalog design ID .indd 84 30/03/2024 6:28 PM


85 NurZulaikha Binti Ahmad Sazri Tajuk: Rumah Alam Tahun: 2024 Media: Tanah liat dan Glaze Saiz: 10 x 4 inch ‘Rumah Alam,’ karya seni arca seramik kontemporari, menggambarkan koloni sarang kerengga dengan motif yang kaya. Dihinspirasi oleh SARANG KERENGGA (Oceophylla smaragdina), sebuah struktur yang mencerminkan kerjasama dan kekuatan dalam ekosistem hutan. Pengkarya menghadirkan semangat koloni kerengga melalui teknik tekapan, picitan, dan kepingan dalam penghasilan karyanya. Setiap elemen memvisualisasikan keindahan serta peranan penting sarang kerengga dalam kehidupan alam. ‘Rumah Alam’ bukan sekadar arca, tetapi representasi seni yang mempersembahhkan harmoni ekosistem dan keunikan koloni serangga dalam keindahan kerja sama alam semesta. katalog design ID .indd 85 30/03/2024 6:28 PM


86 Rahmat Bin Othman Tajuk: Ombak Tahun: 2024 Media: Tanah Liat dan Glaze Saiz: 1 x 1 kaki Ombak, sebuah karya terungkap oleh Rahmat bin Othman, mempersembahkan adaptasi struktur pergerakan ombak melalui arca seramik kontemporari. Dicipta dengan teknik eksperimental kepingan, putaran, dan picitan, setiap elemen menyoroti makna dan fungsi unik struktur ombak dalam ekosistem bumi. Pengkarya menekankan perbedaan bentuk dan ciri ombak, menciptakan visual yang menarik perhatian. Pemerhatian terhadap dinamik air yang bergerak dan pergerakan paksi bumi diintegrasikan ke dalam karya, menciptakan resonansi artistik yang mendalam. ‘Ombak’ bukan hanya arca seramik, tetapi sebuah naratif visual tentang keindahan dan kompleksiti pergerakan alam yang dapat dihayati melalui eksplorasi teknik kreatif. katalog design ID .indd 86 30/03/2024 6:28 PM


87 Tengku Izzul Syahmi Bin Raja Salleh Tajuk: Killed For Cure Tahun: 2024 Media: Tanah Liat dan Glaze Saiz: 5 x 2 kaki “Killed for Cure” merupakan sebuah terjemahan idea dan makna yang mendalam terhadap seni seramik kontemporari. Melalui persembahan instalasi seni, pengkarya meluahkan adaptasi harimau dalam konteks perubatan tradisional Cina bagi tujuan penyembuhan. Bentuk serta komposisi yang dieksperimentasi pada rak oleh pengkarya mengalu-alukan interaksi dan renungan oleh audien untuk difahami akan simbolik harimau dalam penyembuhan. Penekanan terhadap kepelbagaian bahagian harimau yang di diolah dengan pelbagai teknik lingkaran, picitan , kepingan dan gurisan, membentuk jalinan yang utuh sebagaimana seekor harimau yang mempunyai sifat yang gagah dan berani sekaligus memperkukuhkan lagi karya instalasi, menggugah kesedaran akan perlunya pelestarian dan keseimbangan ekosistem. Dengan terhasilnya setiap satu karya seramik yang membentuk satu instalasi , sebuah kesatuan yang mendorong pemikiran yang mendalam tentang karya dapat di persembahkan katalog design ID .indd 87 30/03/2024 6:28 PM


88 katalog design ID .indd 88 30/03/2024 6:28 PM


89 Aisyah Amalin Binti Mohd Zailani Tajuk:Minuscule Tahun: 2024 Media: benang macrame, benang kapas lembut, benang fluffy polyster, benang velvet lembut, kain baldu, manik, chenille stems dan pompom Saiz: 5 x 4 kaki Tenunan bertajuk Minuscule ini diolah dari tema alam mikro dengan subjek kajian mikroorganisma. Alam mikro merupakan habitat bagi makhluk terkecil yang untuk melihat bentuk dan kecantikannya kita perlu menggunakan alat mikroskop. Saya mengolah subjek mikroorganisma menjadi sebuah tenunan yang bersifat semi abstrak. Membina bentuk yang lebih ringkas dan unik. Perbincangan dalam karya ini adalah untuk melihat keindahan dan keunikan alam mikroorganisma yang tersembunyi. Kehidupan mikroorganisma yang tidak kelihatan di mata manusia menjadi jelas melalui tenunan ini. Visualisasi tema dalam karya ini menggunakan medium benang, kain baldu, manik dan chenille stems dengan menggunakan teknik tenunan. Tenunan ini memperlihatkan dominasi unsur warna dan prinsip jalinan yang amat ketara. Komposisi empat panel bulatan memberi kesan dinamik dan menunjukkan perkembangan mikroorganisma yang pantas dan tidak terduga. katalog design ID .indd 89 30/03/2024 6:29 PM


90 Monielyne Simon Tajuk: Soul of Huminodun Tahun: 2024 Media: benang macrame dan kain baldu Saiz: 3 x 4 kaki Tajuk karya iaitu ‘Soul of Huminodun’ dipilih bagi menggambarkan jiwa seorang wanita yang bernama Huminodun yang sanggup mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan kaum Kadazandusun daripada kebuluran. Pengkarya menggunakan beberapa teknik ikatan macrame bagi membentuk figura wanita dengan teliti disamping mendalami perasaan dan emosi di sebalik naratif pengorbanan Huminodun. Imej figura wanita dengan rambut dan sosok tubuh yang indah dibentuk bagi mencerminkan jiwa Huminodun yang cantik, lembut dan berani katalog design ID .indd 90 30/03/2024 6:29 PM


91 NorFarhana Hazwani Binti Baharudin Tajuk:Pelangi Di Tengah Badai Tahun: 2024 Media: benang macrame Saiz: 3 x 2 kaki “Pelangi di Tengah Badai” menggambarkan keberanian rakyat Palestin yang tabah walaupun mereka diserang tanpa belas kasihan sehingga tanah air mereka hancur oleh konflik yang berlaku. Dalam setiap helai tenunan, terpancar kekuatan kolektif mereka yang menyulam harapan dan keberanian. Pengkarya ingin memuja semangat mereka yang tidak tergoyahkan. Warna-warna cerah membawa makna keteguhan sesama kaum, kekuatan iman dan kesabaran rakyat Palestin. Selain itu, penggunaan warna di dalam karya mencipta kontra yang indah di tengah-tengah kegelapan konflik. Dengan setiap helaian benang menyampaikan mesej bahawa walaupun dalam badai, ada pelangi keberanian yang terus bersinar di hati rakyat Palestin katalog design ID .indd 91 30/03/2024 6:29 PM


Click to View FlipBook Version