92 Nur Auni Syafiqah Binti Ahmad Tarmizi Tajuk: DEGRADATION Tahun: 2024 Media: benang macrame Saiz: 3 x 3 kaki Degradation merupakan sebuah karya tenunan yang mempunyai makna yang tersendiri. Pengkarya menghasilkan karya mengenai kemusnahan hutan di Malaysia yang semakin meningkat disebabkan oleh manusia dan bencana alam. Seterusnya, pengkarya menggabungkan pelbagai teknik tenunan seperti festoon knot, double hitch knot dan lark’s head untuk menghasilkan unsur kemusnahan tumbuhan dan persekitaran yang berlaku. Pengkarya menggunakan bahan benang seperti macrame dan microfiber soft chunky yarn dalam karya tenunan ini. Penggunaan warna panas dan sejuk dalam karya digunakan dalam penghasilan unsur tumbuhan, tanah dan sebagainya. Selain itu, prinsip kepelbagaian dan keharmonian terdapat dalam karya melalui susunan dan bahan yang digunakan. katalog design ID .indd 92 30/03/2024 6:29 PM
93 SENI REKA BENTUK katalog design ID .indd 93 30/03/2024 6:29 PM
94 katalog design ID .indd 94 30/03/2024 6:29 PM
95 Russel Richard Kupi Tajuk:Identiti Labuk Tahun: 2024 Media: Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Blippar Saiz: 3 x 4 kaki Karya “Identiti Labuk” merupakan satu karya identiti korporat yang tertumpu kepada penghasilan produk berasaskan motif Bunga Gosing atau Bunga Senduduk. Pengkarya memilih tema motif Bunga Gosing bagi mengangkat warisan turun-temurun kepada generasi muda. Oleh itu, pengkarya menghasilkan variasi baharummenerusi seni grafik digital sebagai tujuan penghasilan produk yang boleh dikomersialkan. Pengkarya mengetengahkan konsep produk berasaskan motif Bunga Gosing selaras dengan tema “Alam” bagi Projek Tahun Akhir (FYP) untuk dijadikan sebagai platform pengkarya dalam mengaplikasikan teknik ilustrasi grafik dan Augmented Reality (AR) menggunakan perisian Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Blippar. Penggunaan gabungan warna merah jambu, kuning, hijau, dan biru yang digabungkan dengan latar hitam dan putih bertujuan menunjukkan identiti labuk kepada masyarakat berkonsepkan moden kontemporari dan premium serta menimbulkan suasana seimbang dengan warna panas dan sejuk bagi merangsang fikiran dan pandangan dalam memastikan mesej karya dapat disampaikan. katalog design ID .indd 95 30/03/2024 6:29 PM
96 katalog design ID .indd 96 30/03/2024 6:29 PM
97 Nur Nabilah Binti Md Pisol Tajuk:“SACRED HEALERS” Tahun: 2024 Media: Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Blippar Saiz: 3 x 4 kaki Demensia Alzheimer merupakan penyakit yang dihadapi oleh kebanyakan warga emas. Penyakit ini masih tiada penawar namun terdapat beberapa alternatif yang boleh membantu memperlahankan simptom berlakunya penyakit Dementia Alzheimer. Salah satu alternatif yang digunapakai bagi mengurangkan penyakit Dementia Alzheimer ini ialah dengan bermain permainan asah minda Seperti “Jigsaw Puzzle”. Sacred Healers dapat merangsang perkembangan Kognitif (keterampilan berfikir), Afektif (perasaan dan emosi) dan Psikomotor (pergerakan). Pengkarya memilih “Sacred Healers” sebagai produk yang dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit Dementia Alzheimer. “Sacred Healers” juga dapat menolong warga emas untuk bertenang dan relaks dengan cara menurunkan tekanan darah dan memperlahankan kadar penafasan. Pengkarya menggunakan kayu sebagai media asas dalam penghasilan produk “Sacred Healers”. katalog design ID .indd 97 30/03/2024 6:29 PM
98 katalog design ID .indd 98 30/03/2024 6:29 PM
99 Amani Kiasatina Binti Azizul Ikram Tajuk:The BLCK Café Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 3 x 2.5 | 1:50 The BLCK Café merupakan sebuah model cafe berkonsepkan industri dan mempunyai unsur alam digital yang bersesuain dengan tema fyp iaitu tema “alam”. Binaan model setinggi dua tingkat dikhususkan penggunaannya kepada pelajar dan masyarakat sekitar kawasan yang dipilih oleh pengkarya. Penggunaan digital dari segi penyediaan bahan digital yang memudahkan pelanggan. Antara bahan yang digunakan adalah PVC board, poly foam dan lampu led. Penggunaan warna seperti warna hitam, kelabu cair serta warna khaki bagi menunjukkan konsep industri. Unsur seni dan prinsip rekaan diterapkan di dalam model cafe adalah unsur warna, ruang, bentuk, rupa dan jalinan. Bagi prinsip pula, kontra, kepelbagaian dan keseimbangan. katalog design ID .indd 99 30/03/2024 6:29 PM
100 Azlinda Binti Abu Yazid Tajuk: CHALET “GREENNESS” Tahun: 2024 Media: media campuran Saiz: 2.5 kaki x 3 kaki Chalet “Greenness” ini mengetengahkan tempat penginapan yang berkonsepkan biophilic design dengan menyediakan kemudahan dan mementingkan keselesaan kepada para pelncong. Pengkarya menekankan persekitaran alam semula jadi pada ruang dalaman chalet dan memilih dinding berwarna hijau sebagai tema alam. Pemilihan ruang hijau untuk meningkatkan kualiti hidup yang dapat mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan manusia. Media yang digunakan pada model ini adalah seperti modelling board, penyembur warna, otak dan sebagainya. Rekaan tempat penginapan ini mempunyai kemudahan yang mampu menarik minat pelancong seperti ruang kafe, ruang rehat, ruang lega dan sebagainya. Model reka bentuk tempat penginapan ini mampu menghubungkan alam dengan psikologi manusia. katalog design ID .indd 100 30/03/2024 6:29 PM
101 Elizabeth Frans Tupen Tajuk: Rumah Tradisional Moden Dusun Lotud Mesra Alam Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 2.5 KAKI X 3 KAKI nisbah 1:50 Konsep Rumah Moden Dusun Lotud ini terhasil daripada konsep moden yang dimana menekankan tradisi atau adat yang diamalkan dalam suku kaum Dusun Lotud. Karya ini dihasilkan sesuai mengikut tema Projek Tahun Akhir (PTA) atau Final Year Project (FYP) iaitu ‘Alam’. Konsep ini dikenali sebagai sebuah RumahDusun Lotud ini menggunakan gaya warna yang moden, seperti warna-warna yang cerah dan juga penggunaan corak Dusun Lotud Linangkit pada bangunan rumah tersebut, sambil menekankan unsur pembangunan rumah lestari. Media yang digunakan pada model ini, adalah daripada bahan-bahan seperti kertas, kotak, PVC Foam Board dan sebagainya. Teknik yang digunakan perkarya adalah memotong, melekat, menampal, dan sebagainya. katalog design ID .indd 101 30/03/2024 6:29 PM
102 Fitri Nur Arisyah Binti Chichik Tajuk: The Bucolic Villa Tahun: 2024 Media: media campuran Saiz: 3.5 x 2 kaki 1:50 “The Bucolic Villa” merupakan sebuah karya reka bentuk hiasan dalaman yang mempunyai kelebihan dan makna tertentu. Pengkarya memilih subjek utama bersesuaian dengan tema “Alam” iaitu merangkumi keseluruhan dunia fizikal, termasuk bumi, langit, udara, tumbuhan, haiwan dan semua unsur alam semulajadi. Pengkarya menghasilkan karya model reka bentuk hiasan dalaman dengan menggunakan teknik illustration iaitu menghasilkan ilutrasi untuk menggambar konsep hiasan dalaman. Penggunaan teknik tekstur dan pola adalah dengan menggunakan bahan dan corak untuk menambah dimensi serta tekstur kepada reka bentuk. Gabungan teknik dengan alam menjadi gabungan yang mempunyai makna. Pemilihan warna-warna natural dari alam mempunyai kombinasi warna yang sesuai untuk menciptakan suasana yang diinginkan. katalog design ID .indd 102 30/03/2024 6:29 PM
103 Isaac Arsel Cyrillus Tajuk: Villa Winorun Your Dream Eco-Minimalism House Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 2.5 kaki x 3 kaki & Nisbah 1:50 Konsep Villa ini mendapat inspirasi daripada ‘Konsep Industrial’. ‘Industrial’ bermaksud konsep yang memberikan tampilan berkesan setengah jadi atau ‘Unfinished’ yang terinspirasi dari komponen industri. Tetapi pengkarya menambah ‘Eco’ di hadapan dan menjadikan ia ‘Konsep Eco-Industrial’. Ini sesuai dengantema Projek Tahun Akhir (PTA) atau Final Year Project (FYP) iaitu ‘Alam’. Villa ini dikenalisebagai ‘Villa Winorun’. ‘Winorun’ merupakan Bhasa Kadazandusun yang digunapakai olehKaum Kadazandusun yang menetap di Sabah, Malaysia. Maksud ‘Winorun’ ialah ‘Alam Semulajadi’ yang sesuai dengan tema projek. Aliran gaya pada model ini boleh dikatakan ‘Reka Bentuk Hiasan Dalaman Moden’. Karya model ini disiapkan selama dua bulan lebih. katalog design ID .indd 103 30/03/2024 6:29 PM
104 Jessice Candy Anak Halim Tajuk: HIRAETH FIELDS Tahun: 2024 Media: Bahan Kitar Semula Saiz: 3 x 2.5 kaki Karya yang dihasilkan adalah kepercayaan kuno yang disampaikan dalam konteks alam kekeluargaan dalam mereka bentuk hiasan dalaman rumah kini. Konsep Feng Shui adalah tidak asing dalam dunia Reka bentuk Hiasan Dalaman kini. Konteks yang ingin disampaikan dalam karya adalah bagimana fungsi 9 aspek utama dalam Peta Bagua digunakan di dalam mereka bentuk hiasan dalaman. Bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan karya berasaskan bahan kitar semula yang mudah didapati di mana proses memotong, melekat dan menampal banyak digunakan. katalog design ID .indd 104 30/03/2024 6:29 PM
105 Muhammad Afiq Haziq Bin Ibrahim Tajuk: Tranquility Bliss Villa Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 2.5 kaki x 3 kaki “Tranquility Villa” merupakan sebuah model villa yang berkonsepkan kepada Konsep Urbanisme. Pengkarya memilih konsep Urbanisme adalah kerana ianya sesuai dengan tema Projek Tahun Akhir kali ini iaitu”Alam”. Hal ini kerana, konsep Urbanisme juga mementingkan tumbuhan alam semula jadi dalam sebuah hiasan dalaman. Villa ini diberi nama Tranquility Villa kerana ianya bermaksud Villa Ketenangan dan ianya sesuai dengan tema Projek Tahun Akhir iaitu “Alam”. Media yang digunakan dalam penghasilan model ini adalah seperti pvc foam board, miniature grass, poly foam dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga unsur seni seperti jalinan dan warna. Manakala prinsip adalah seperti kepelbagaian dari segi bentuk perabot. katalog design ID .indd 105 30/03/2024 6:29 PM
106 Norhazwani Izzati Binti Harizan Tajuk:Euphoria Mental Healthcare Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 2.5 kaki x 3 kaki & 1:50 “Euphoria Mental Healthcare “ merupakan sebuah model pusat terapi mental serta kaunseling yang menggabungkan ruangan pejabat serta mempunyai pelbagai fasiliti dan fungsi kepada pelanggan dan kakitangan. Selaras dengan tema iaitu alam, pengkarya juga mementingkan pelanggan dan kakitangannya dalam model. Konsep yang digunakan bagi menghasilkan model ini adalah konsep Biophilic, ianya merupakan konsep yang menghubungkan alam dengan psikologi pengguna. Selain itu juga, konsep ini dapat mewujudkan suasana yang mengurangkan tahap tekanan seseorang yang sinonim dengan pusat terapi mental tersebut. Bahan yang digunakan dalam penghasilan model adalah PVC foam board, kain woven felt, poly foam, grass mat dan sebagainya. Karya ini mempunyai unsur seni seperti jalinan sentuh iaitu perabot manakala warna yang digunakan adalah putih, coklat, krim dan lain-lain. Bagi prinsip rekaan terdapat kepelbagaian bentuk serta warna yang digunakan dalam model. katalog design ID .indd 106 30/03/2024 6:29 PM
107 Nur Bazilah Amalin Binti Nasaruddin Tajuk: “Minimalist Boho Villa” Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 3 x 2.5 Kaki 1:50 “Minimalist Boho Villa” merupakan karya berinspirasikan daripada gaya vintage dan menghubungkait dengan unsur alam. Konsep Bohemian dipilih kerana ianya menyelitkan unsur alam dalam setiap ruang dekorasi. Elemen-elemen yang ada dalam dekorasi ruang menggunakan unsur-unsur alam seperti kayu atau rotan. Konsep ini juga menitikberatkan susun atur yang moden dengan menggabungkan gaya menimalist untuk mewujudkan ketenangan. Karya ini memainkan peranan penting dalam melengkapkan tempat perteduhan terutama dari segi pemilihan warna yang natural.Penggunaan pokok-pokok atau dedaun hijau dalam ruangan konsep boleh membangkitkan kesan semula jadi di sesuatu ruangan. Terapi diri dapat diwujudkan melalui pemandangan yang tenang. katalog design ID .indd 107 30/03/2024 6:29 PM
108 katalog design ID .indd 108 30/03/2024 6:29 PM
109 Mohamad Hafizul Hakim Bin ZUlailee Tajuk: siri 1 History and heritage of malaya Siri 2 : Across Cultural Heritage Siri 3: the beauty of Malay architecture Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 2 x 3 kaki Melalui penghasilan karya reka bentuk landskap, miniatur yang dihasilkan menfokuskan pada beberapa bahagian kawasan untuk menfokuskan seni ukiran dan struktur pada bangunan dimana ia melambangkan warisan budaya melayu. Penggunaan elemen seni ukiran kayu, dan corak-coral tradisional Melayu dalam struktur landskap seperti batu-bata, pagar, atau elemen hiasan lainnya. Selain itu, struktur bangunan juga berkonsepkan tradisi kemelayuan dimana penggunaan reka bentuk bangunan atau struktur tradisional seperti rumah panggung, serambi, dan elemen budaya Melayu dalam penghasilakn karya reka bentuk landskap. Antara bahan yang digunakan adalah barangan terpakai seperti kayu kayan dan bersesuaian dalam menghasilkan karya sepertu pvc board, stik kayu dan beberapa bahan lain. katalog design ID .indd 109 30/03/2024 6:29 PM
110 Nur Afifa Binti Rosman Tajuk: THE PLEASANT PARK Tahun: 2024 Media: media campuran Saiz: 2 KAKI X 3 KAKI & NISBAH 1:50 “The Pleasant Park” merupakan taman model 3D yang dihasilkan berkonsepkan taman moden. Taman ini merupakan taman digital library café yang berlokasi di Kampus Sultan Azlan Shah,UPSI. Perkarya memilih konsep moden selari dengan tema Projek Tahun Akhir iaitu “Alam”. Taman ini mempunyai elemen seperti café, tasik, ruang beriadah yang sesuai untuk para pelajar. Taman ini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat berkayak, kawasan berkelah, gazebo, dan lain-lain yang mampu menarik minat para pelajar meluangkan masa mereka. Media yang digunakan dalam menghasilkan model 3D ini ialah modelling board, resin expoxy, dan sebagainya. Taman moden ini juga lebih tertumpu kepada alam semula jadi yang mampu memberikan ketenangan serta terapi minda kepada para pengunjung. katalog design ID .indd 110 30/03/2024 6:29 PM
111 NUR AMANI BARIZAH BT MD NASSER Tajuk: URBAN FARMING COMMUNITY PARK Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 1:50 Nisbah Dalam menghasilkan landskap komuniti berasaskan pertanian bandar, pengkarya menggambarkan kehidupan daripada lensa hutan konkrit, membentangkan naratif kelestarian melalui irama alam di dalam bandar. Pengkarya mengetengahkan amalan pertanian bandar terhadap kelestarian alam sekitar dan kualiti hidup penduduk bandar. Dengan pemahaman yang jelas dapat membentuk bandar-bandar yang lestari dan lebih sihat untuk penduduk dan pembinaan komuniti yang kuat. Setiap benih yang ditanam adalah satu sapuan berus yang mengubah ruang tandus menjadi kanvas hidup yang penuh dengan kehijauan. Pengkarya mengajak komuniti untuk menyaksikan keindahan dan kurniaan yang dapat berkembang apabila kita berharmoni dengan tanah, membinahubungan antara penduduk bandar dan akar yang menyokong kita. katalog design ID .indd 111 30/03/2024 6:29 PM
112 Nur Ayuni Binti Mustafa Tajuk: Maze Light Wonderland Tahun: 2024 Media: Saiz: 2x2 kaki (30m x30m) Tajuk reka bentuk landskap saya ialah Maze Light Wonderland dimana saya menggabungkan konsep jepun moden dengan alam teknologi yang bersesuaian dengan tema yang diberi iaitu alam. Kawasan yang difokuskan untuk menghasilkan karya ini ialah di Taman Rekreasi Vision Park Pulau Pinang. Mazemerupakan salah satu aktiviti yang menjadi fokus di taman tersebut kerana dihiasi dengan lampu warna warni pada waktu malam. Dari segi penggunaan warna pula, saya lebih banyak menggunakan warna hitam, putih dan kelabu bagi menunjukkan taman landskap jepun moden. Saya menggunakan skala 1:50 pada model sebenar dengan berukuran 2x2 kaki (30m x30m) katalog design ID .indd 112 30/03/2024 6:29 PM
113 NurHidayah Binti Husin Tajuk:KAFE BERKONSEPKAN FANTASI Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 2 x 1.5 kaki Dalam reka bentuk landskap, konsep fantasi dapat merujuk kepada pendekatan kreatif yang melibatkan eleman-elemen imaginasi dan tidak terbatas dalam dunia nyata. Konsep fantasi dalam landskap memberikan kebebasan kepada pengkarya untuk merancang elemen yang unik serta mewujudkan linkungan yang memukau. Untuk kafe yang berkonsepkan fantasi, dekorasi diinspirasikan dari kisah dongeng, filem atau pengunaan design futuristic dan surreal. Design yang dihasilkan oleh pengkarya juga banyak menggunakan konsep modern dan imaginasi. Bahan dan media yang digunakan untuk menghasilkan model banyak mengunakan barangan DIY iaitu stik kayu, plaster of paris dan sebagainya. katalog design ID .indd 113 30/03/2024 6:29 PM
114 NurulHuda Nabihah Binti Zahri Tajuk: NOSTALGIA STREET Tahun: 2024 Media: Media campuran Saiz: 4 KAKI X 2 KAKI & NISBAH 1:50 “Nostalgia Street” ini mengemukakan lorong belakang rumah yang berkonsepkan tradisional. Lorong belakang rumah ini dinaik taraf bertujuan untuk meningkatkan kelestarian komuniti dimana tempat tersebut dipilih di kawasan berkepadatan tinggi. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang mampu meningkatkan kelestarian komuniti pelbagai bangsa antaranya permainan tradisional. “Nostalgia Street” ini mampu memberikan kehidupan yang selesa serta mewujudkan keharmonian dalam hubungan manusia dan alam sekitar. Media dan bahan yang digunakan dalam penghasilan model antaranya ialah modelling board, gabus, kayu dan sebagainya katalog design ID .indd 114 30/03/2024 6:29 PM
115 PELAJAR TAHUN AKHIR AT23 A231 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SENI katalog design ID .indd 115 30/03/2024 6:29 PM
katalog design ID .indd 116 30/03/2024 6:29 PM