The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hu2aimiez, 2022-01-16 22:44:17

JABATAN BANTUAN GUAMAN 11.40.01 AM

JABATAN BANTUAN GUAMAN 11.40.01 AM

48 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Transformasi Merentasi 5 Dekad

Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548]

Temubual Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada ketika itu)
semasa Majlis Pelancaran Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017
[Akta A1548] di Auditorium Falkuti Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam

Pada tahun 2017, beberapa perubahan penting telah dilaksanakan melalui pindaan-pindaan peruntukan undang-undang
berkenaan Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Dengan berkuat kuasanya Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548]
bermula 1 Disember 2017, pindaan yang memasukkan beberapa perkara penting seperti kenaikan had kelayakan orang
yang dibantu, bantuan guaman kepada warganegara sahaja, dan pewujudan khidmat pendamping guaman dilaksanakan.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 49
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kenaikan Had Kelayakan Orang Yang Dibantu

Dari semasa ke semasa JBG sentiasa mengkaji dan menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
Sehubungan dengan itu beberapa pindaan telah dibuat kepada Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] bagi menaikkan had
kelayakan mendapatkan bantuan guaman. Ini merupakan usaha JBG bagi memberi lebih peluang kepada golongan yang
kurang berkemampuan selaras dengan taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat.

Melalui Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2003 [Akta A1138] yang berkuatkuasa pada 15 Julai 2003, had kelayakan pemohon
mendapatkan bantuan guaman dikira daripada sumber kewangannya tidak melebihi RM25,000.00 setahun bagi kategori
pertama dan sumber kewangan hendaklah melebihi RM25,000.00 setahun tetapi tidak melebihi RM30,000.00 setahun bagi
kategori kedua. Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548] yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2017 pula telah
meningkatkan lagi had kelayakan pemohon yang mana bagi kategori pertama sumber kewangan pemohon hendaklah
tidak melebihi RM30,000.00 setahun dan bagi kategori sumber kewangannya hendaklah melebihi RM30,000.00 setahun
tetapi tidak melebihi RM50,000.00 setahun.

Keputusan JBG menaikkan had kelayakan pemohon telah juga mengambil kira kelayakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M). Justeru, dengan menaikkan lagi had kelayakan orang yang dibantu diharapkan lebih ramai masyarakat yang
menghadapi masalah perundangan dapat dibantu oleh JBG.

50 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Bantuan Guaman Kepada Warganegara Sahaja

Peruntukan asal seksyen 29 Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] memperuntukkan bahawa hak untuk mendapatkan
nasihat guaman mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hingga Jadual Keempat Akta tersebut
hendaklah diadakan bagi orang yang bermastautin dan berada di Malaysia.

Walau bagaimanapun, selaras dengan pindaan yang telah dibuat di bawah subseksyen 2A(2) dan seksyen 29(1)Akta
Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548], hak untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman hanya terhad kepada
warganegara Malaysia sahaja.

Berdasarkan Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 3 Ogos 2017, Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (pada ketika itu) menjelaskan bahawa bantuan guaman dihadkan kepada warganegara sahaja
bagi memastikan dana awam yang dibiayai oleh pembayar cukai dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan diberi
keutamaan kepada rakyat negara ini sebagaimana yang turut diamalkan di Singapura. Selain itu, pindaan ini juga mengemas
kini peruntukan agar selaras dengan dasar Kerajaan berkenaan dengan takrif “bantuan guaman” yang diperuntukkan
dalam Akta 26. Pindaan ini tidak mendiskriminasi atau menafikan hak bukan warganegara untuk mendapatkan akses
kepada keadilan memandangkan mereka boleh mendapatkan bantuan guaman dengan agensi sedia ada seperti Yayasan
Bantuan Guaman (YBGK) yang turut memberikan bantuan guaman kepada yang bukan warganegara.

Majlis Pelancaran Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548] di
Auditorium Falkuti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UITM),

Shah Alam oleh Dato’ Sri Azalina binti Othman Said,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada ketika itu)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 51
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Pewujudan Khidmat Pendamping Guaman

Khidmat pendamping guaman atau “legal companion” kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa kesalahan jenayah
seksual telah diperkenalkan melalui Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548]. Perkhidmatan ini diperkenalkan
bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi perlindungan yang lebih berkesan kepada kanak-kanak khasnya
yang menjadi mangsa jenayah seksual. Perkhidmatan bantuan guaman yang baharu ini juga bertujuan untuk memastikan
kebajikan kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual terus dilindungi. Penjaga kepada kanak-kanak juga dapat
memahami situasi yang dihadapi dan hak-hak mereka di sisi undang-undang.

Pendamping guaman juga berperanan mendapatkan maklumat mengenai pertuduhan, menemani orang yang dibantu
dalam mana-mana prosiding di mahkamah dan menasihati orang yang dibantu dalam tindakan sivil. Ia juga melengkapi
penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak selaras dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017 [Akta 792]. Selain itu, Tatacara Kendalian Piawaian (Standard Operating Procedure (SOP)) turut
diperkenalkan bagi menyeragamkan amalan dalam perkhidmatan khidmat pendamping guaman oleh semua pegawai
Jabatan Bantuan Guaman dan peguam panel agar perkhidmatan yang diberikan lebih bermutu dan sistematik. SOP ini
dibuat berpandukan kepada Kanun Keseksaan [Akta 574], Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], Akta Kesalahan-Kesalahan
Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792], Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676], Akta Kanak-Kanak
2000 [Akta 611] dan Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Justeru, dengan pengenalan khidmat pendamping guaman ini diharapkan semakin ramai masyarakat akan dapat dibantu
dan seterusnya semakin peka dengan hak-hak perundangan khususnya bagi mangsa jenayah seksual kanak-kanak.

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 17 November 2017

52 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Penubuhan Akaun Amanah Bantuan Guaman

Penubuhan Akaun Amanah Bantuan Guaman merupakan sebahagian inisiatif mentransformasikan perkhidmatan Jabatan
Bantuan Guaman dan dalam usaha menyahut seruan Kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan serta menjana pendapatan.
Usaha untuk menubuhkan Akaun Amanah ini telah dimulakan sejak awal tahun 2016. Hasil perbincangan dan kerjasama
dengan Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Perbendaharaan dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia, akhirnya
Akaun Amanah Bantuan Guaman telah berjaya ditubuhkan pada 6 Oktober 2017 di bawah seksyen 9 Akta Tatacara
Kewangan 1957.

Matlamat utama penubuhannya bukanlah semata-mata bertujuan untuk menampung kos perkhidmatan bantuan guaman,
tetapi juga merupakan suatu langkah yang bertepatan dengan objektif dan matlamat perundangan dalam kerangka Akta
Bantuan Guaman 1971 [Akta 26].

Dengan penubuhan Akaun Amanah Bantuan Guaman ini, fi pendaftaran, jumlah sumbangan yang kena dibayar oleh
orang yang dibantu, kos serta wang yang didapatkan oleh orang yang dibantu melalui perintah mahkamah dikreditkan ke
dalam Akaun Amanah ini dan boleh dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman. Keadaan ini adalah
sama seperti sistem ‘Skim Bantuan Guaman Tambahan (Supplementary Legal Aid Scheme)’ yang dilaksanakan oleh Legal
Aid Department Hong Kong. Pada 6 Februari 2018, Majlis Pelancaran Akaun Amanah Bantuan Guaman telah diadakan di
Jabatan Bantuan Guaman Selangor yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (pada ketika itu).

JABATAN BANTUAN GUAMAN 53
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Petikan Wawancara Bersama YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (16
November 2015 - 12 Julai 2019)

Bagaimana YBhg. Datuk melihat
perkembangan Jabatan Bantuan
Guaman (JBG) sewaktu menjawat
jawatan Ketua Pengarah dan apakah
cabaran utama yang dihadapinya?

Sewaktu saya mengambil alih tugas
dari penyandang yang terdahulu,
JBG sudah mempunyai hala tuju
dan landasan yang agak kukuh
kerana JBG sudahpun mempunyai
Pelan Strategik 2014-2018 yang
telah didokumenkan. Jadi, apa
yang perlu saya lakukan hanyalah
untuk memastikan pelaksanaan
aktiviti yang telah dirancang dapat
dijalankan secara smooth dan on
time. Untuk memastikan kejayaan di
peringkat pelaksanaan, pemantauan
yang ketat dan berterusan (follow up
and follow through) perlu dilakukan.
Selanjutnya, pada tahun 2016 iaitu
dipertengahan tempoh masa antara
2014-2018, sepertimana yang telah
ditetapkan oleh Pelan Strategik serta
mengambil kira keadaan semasa,
pihak pengurusan tertinggi JBG pada
masa tersebut berpandangan kajian
separuh penggal tentang pencapaian
dan masalah dalam pelaksanaan
aktiviti JBG perlu dibuat.

54 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Hasil penemuan dari kajian separuh penggal ini telah diteliti dan dibincangkan di Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri
JBG dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JBG di mana beberapa pendekatan dan strategi baru telah diperkenalkan untuk
mengatasi masalah semasa yang dihadapi serta memastikan pelaksanaan aktiviti terus berjalan lancar. Cabaran utama
yang saya hadapi pada ketika itu adalah masalah sumber manusia. Banyak jawatan ‘kritikal’ yang tidak diisi dalam tempoh
yang agak lama. Pada masa yang sama, saya dapati lebih separuh daripada Pengarah-Pengarah Negeri JBG pada ketika
saya melapur diri di JBG merupakan Pegawai Undang-Undang yang baru bertukar masuk ke JBG. Kebanyakan pegawai
undang-undang ini tidak mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan termasuk tatacara kewangan yang
merupakan kemahiran penting di peringkat negeri dan cawangan.

Sewaktu YBhg. Datuk menjadi Ketua Pengarah, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dilihat sangat aktif membuat perubahan
dalam aspek perundangan, perkhidmatan dan amalan kerja. Apakah falsafah atau pegangan yang menjadi panduan
untuk YBhg. Datuk memacu perubahan JBG pada ketika itu?

Sewaktu saya melangkah masuk ke JBG saya sedar saya hanya ada 3 tahun dan 8 bulan sahaja untuk melakukan apa-apa
penambahbaikan yang difikirkan perlu sebagai my last contribution to the service. Oleh itu, saya memang sentiasa memandang
serius terhadap kepatuhan deadline. Dari aspek perundangan, apa yang mendorong saya untuk melakukan pindaan adalah
apabila saya mendapati Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 1971 hampir tiada pindaan yang substantial dibuat kepada
peruntukan asal sedangkan negara-negara yang pada awalnya menggunakan peruntukan yang lebih kurang sama dengan
kita telah banyak melakukan perubahan yang lebih dinamik mengikut keperluan semasa. Saya berpandangan keadaan
ini amat merugikan kita. Dari segi amalan kerja terdapat amalan-amalan yang ‘diwarisi’ sekian lama tetapi sebenarnya
bertentangan dengan peruntukan undang-undang atau pekeliling. Falsafah saya dalam memacu perubahan JBG adalah
‘lakukan sesuatu yang baik dan berguna supaya anda boleh berbangga dan tidak merasa terkilan kerana tidak melakukannya
semasa anda mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.’

Pelan Strategik JBG 2019-2023 juga telah diperkenalkan sewaktu YBhg. Datuk menjadi Ketua Pengarah. Bagaimanakah
Pelan Strategik ini dapat meningkatkan perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) pada pandangan YBhg. Datuk?

Pelan Strategik JBG 2019-2023 merupakan kesinambungan dari Pelan Strategik JBG 2014-2018. Pelan Strategik ini digubal
selaras dengan pindaan kepada Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] dan Peraturan-Peraturan yang dibuat pada tahun
2017 yang antara lain telah meluaskan bidang kuasa JBG merangkumi perkhidmatan pendamping guaman kepada kanak-
kanak mangsa jenayah seksual. Perkhidmatan peguam panel JBG juga turut diberikan penekanan dan dimantapkan di
bawah Pelan Strategik ini. Secara keseluruhannya, JBG seharusnya menjadi peneraju dalam perkhidmatan bantuan guaman
negara dengan menjadikan pengamal undang-undang sebagai ‘partners’ dan bukan pesaing.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 55
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Sewaktu menjadi Ketua Pengarah, YBhg. Datuk juga aktif menjalinkan kerjasama dengan pihak luar antaranya dengan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara
ini. Bagaimanakah jalinan kerjasama ini dapat membantu meningkatkan perkhidmatan bantuan guaman oleh Jabatan
Bantuan Guaman?

Kerjasama dengan MAIWP diharap dapat membantu JBG mengendalikan lebih banyak kes-kes Syariah kerana keseluruhan
kos pengendalian kes akan ditanggung oleh MAIWP. Manakala kerjasama dengan IPTA dalam memberikan pendedahan
secara langsung kepada mahasiswa Fakulti Undang-Undang dari aspek prosedur undang-undang perkhidmatan bantuan
guaman dan secara tidak langsung akan melahirkan peguam-peguam muda yang sanggup memberikan perkhidmatan
guaman secara ‘pro bono’ kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Perubahan yang digerakkan sewaktu YBhg. Datuk menjadi Ketua Pengarah dilihat mempunyai perkaitan antara satu
sama lain iaitu pindaan kepada Akta, jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
dan juga penubuhan Akaun Amanah Bantuan Guaman. Apakah kesan langsung yang dijangkakan oleh YBhg. Datuk
kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan tertubuhnya Akaun Amanah
tersebut?

Melalui pindaan Akta Bantuan Guaman pada tahun 2017, JBG boleh menggunakan wang yang diterima bagi bayaran-
bayaran tertentu yang dibenarkan untuk membiayai kos pengendalian kes-kes JBG. Wang ini tidak perlu dimasukkan ke
dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan yang merupakan terimaan hasil kerajaan. Oleh itu, satu akaun khas lain
perlu diwujudkan bagi tujuan mengkreditkan wang yang boleh digunakan oleh JBG. Akaun khas inilah yang dikenali
sebagai Akaun Amanah Bantuan Guaman. Selama ini, kes Syariah merupakan kes paling banyak yang dikendalikan oleh
JBG. Anak guam JBG bagi kes-kes Syariah juga majoritinya tergolong dalam kategori asnaf. Bagaimanapun, mulai tahun
2016-2019, peruntukan kewangan tahunan JBG adalah agak terhad ditambah pula dengan kenaikan had kelayakan bagi
mendapatkan bantuan guaman kesan dari pindaan Akta, JBG menjangkakan akan berlaku pertambahan permohonan bagi
bantuan guaman Syariah sedangkan peruntukan kewangan bagi menampung kos pengendalian mungkin tidak mencukupi.
Setelah dimaklumkan bahawa MAIWP mempunyai satu skim bantuan guaman bagi kes Syariah terhadap golongan asnaf,
JBG mengambil inisiatif berunding dengan MAIWP di mana MAIWP akan membiayai kos guaman kes Syariah bagi
golongan yang layak dikategorikan sebagai asnaf, sementara JBG akan memberikan khidmat perwakilan guaman Syariah
dengan bayaran yang nominal selaras dengan Akta.

Dengan adanya sumber kewangan tambahan melalui kelulusan yang diberi oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan
pembiayaan MAIWP, JBG akan terus berupaya untuk mengendalikan kes-kes bantuan guaman Syariah yang dijangka akan
terus meningkat dari tahun ke tahun.

56 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Transformasi Merentasi 5 Dekad

Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman

Sistem Pengurusan Kes (SPK-JBG) kepada Sistem iGuaman

!"#"$ %&'"(")*




Lat a
r
B e l a
k a
n g



!""# !""$ !"%% !"%! !"%& !"%' !"%$ !"!"() !"!%
!""# !""$ !"%% !"%! !""# !"%& !""$ !"%' !"%% !"%$ !"%
!""# !""$
!"%% !"%! !""# !"%& !""$ !"%' ) # % (
>
@$+# % $ " %
>
@ ! '+*+) %@ ! ) ! % % ! #+#+) %
@
% +%" % ' ) )* $ " *

).+ ( *@ *+ %. % ;13=1=1/1/<


+# 1//5 >
@$+# ' #+ ) % % % $ " % ) ' %+ %. &# @
* % ;

<@ " ! % (@ (* $
(&' ( ) ' "+ )

) # ) %@) )* $ "). % @ # % % " ;
@1/1/@?
+#

>
@$+#
+%@1//7 % $ " % +% " % $+# 3@ ( * (+"% 1 1/ 20@6 @
>
# @" $ ) "%; + # <@@ 1/1/<

) $ ( 1/01 ! ;>
%' * $(@ @ (@+1/ 1/ @?


% +(+) % )
# %+% ( 1 /1 0(< ! '+*+) % @ % $ "! % ) ! % %


"#+$ *@ "*& ( 1/06@@>
).+ ( )*@) * $*+ " * %. %
) )* $ " * % )&+ # % (@ " %# $ '@ %
% +%" % ' @:@ @482 ! ' (#+ %
@:@
. @ @:@ '@48 2 #+ ) % % %%' ) $ $$ +%# +
% + @ # )"1* / "$%/ %%5 @
$ % *@ ! - ( % +( *@
* % ;
' #
+< @ ) % % " % $
) #
) @ %@)

+# 1//5 !K!B<8 48(0 8$2/ @-&(":@

>
@$+# ) ' %*++!+ %( .$>
; 1&7 @# @ $@ +#
",.09>04>0*70. !K!B!<"8#$%&'(93-0 !"#$%&'( !K!B<8 ! #,23:3+0".,( .0"+ ) @:@
. @48082

!"#$%&'(93-0 ! " # $% & ' ( ) *+ , (&' ( ) '

+%@1//7 +'+
)*>0./3.70. 20)0
"&!$#&!!!%!! ! + ($% $& "&* % %% $+#
' (+
% %
! "%")
;00 3.# %4+@+$ @+ '( $
%(& +(+ (+ 1+ ) %/"( (1 &*(&@0%@1%1< 1*'/(//1 1 2"0/<(@?7 ) ' 3 @ ( * (+ "% @ 1"1/+#20 @ 6%)@
% ) # ) " %@) )
@ "; + %< @@" % $+
# ") % ) $ ( 1/0
+*+:,9 07*>0: )*>0./3.70. 20)0)*+,-,.//010 8,+53010+:*(+#:,9: @
2,-30+0. >*)0./ ",.09>0%43>-00**7C0D.D[ +,2,.3!4".#5$0%&6'-,(49( 3-0 %0>0:0. ?82,#-%3@0( +) * * 9
730+0 %&' +,-,+0* )0.(+*+:,9 !,7+5,>.,162,10+* 20)0&;<==(&7*3-00.+/ ( ) %* 29 +*( ! .
)
($+
% % @ (% 1/01! #+#+) %

@ @
%3-0* CDD[ !"#$%&'(93-0 +) * * @ +%*+" ! %@ @:@ @482 "*& ( 1/06@@>
9@ ( ) " ' (#+ % ' @02@ )8@ ) ( # $ %
+*( ! . %* 29@ @:@ @482 ' $ % +% 1/07 @:@
. @ ! ' (#+ % &# @ @
% ) $+# @ %@
@ @:@ @482
>,162,10+* 2 4800 8)@2:@/0
@ . @ 48082/@ ' $ % +%

@:@ @482
%3.(CDDP ( $ -&(":@

)*/3.070. 93-0* ",./31%33+.0(.CDDP A(B043. CDEF( @:@
. @48082
( $ -&(":@

% ) $+# @ % % @:@
.

V "+' &+! *$+ #, & !9 !! >%!, ! 1 C DEC

! " # $% & ' 8 ( ) *0+,7!-39
H (0$ @!:$(&(&S (&;I* % K<T%=(Q=UG "> , 1$:0 1* *7 4+'+ CG(
!"#$%&'()*+, @ V(+&%( S(%8 5%!WX(
'!H (7#++
:#%#+6 ),>
%2%, ,1 "1 C&-! 3D$ #E0 & !F. !(!(

H!(S(IKT(QU G *

V&(S(85!WX ( @ !

+" %RQ '*U1+ E
0("U# 9G+ D %,@!( O %@617S(!"#
'1 /" 0 7 +2@0@, ,29 @ 9 + )3)> 8*-@0 0 .@ !*/ @ "3 # .
QUEUGD( +) * * @ H !@( S( I KT(QUG +) * * @
+) *V &* ( S( 8 5 !9 WX(QUEUG 9@ ( )
R109,O617 + S(* (! "! # ."9 @ ( ) %* 29@ ( ) %!* 2"9 #+$*%($ ! . +*( ! . %* 29@
!"#$%&'()*+,
&'()*+,)***-** '% !)$ "$ # +%$#% &+ % ' @()*+, ! %& '( () %* 29 +*(
$%&'(%)*+,-
$ %&'(%)*+,- ",19646.0

$%&'(%)*+,- #4*)90:

!+456'&565 !+456'&565 ",13.)*./0

!+456'&565 8I8"=(
!"#$% &$%$' * !"#$% &$%$'
()*++,'!-.#/0% 1,' * !"#$% &$%$ ()*++, 3.:37 #0J*0
!"%-$2$3$ !-.#/0% 1, !"%-$2$3$ ()*++,'!-.#/0% 1,' 7,2,1-30.
!"%-$2$3$
2,9>0./3.

+,93-0 !"#

%&'

!"#$%&' !"#$

"#+$ *@ (* ( " 12@
+*+:,9 07*>0: )*>0./3.70. 20)0)*+,-,.//010 8,+53010+:*(+#:,9:3007
",.09>04>0*70. !K!B!<"8#$%&'(93-0 !"#$%&'(
"&!$#&!!!%!!
!K!B<8 ! #,23:3+0".,( .09>0 +'+ "+ )


@@::@@
. '@4 8 2 @#4+808 2 ) % %

57) )* $ " *
)*>0./3.70. 20)0 )
+ ($+%
%$ "%* @ (%%1/$0+1!#

# +
#+@ ) % @ # ") % ) $ ( 1/01 !
!"#$%&'(93-0 @
+%@1//7 ) !'"% ) ;
0 0 3 %. 4%+*@$ +@+ + !'( +
%(& +(+ ( + 1+ %) %/"(( (1 &.(&$@0%1%1<>1 * '/(
//1 ;1 21"&0/<7(@ @?#7 @) $@ '+ #
3 J@ A B * A+% T%A;@
1"'N/+# 0 # 6B%
+)@<A @ ) N
% %T UA N% G U A M ) " ; A " # % N +) % $"< @@ " %% @$) )+"*# $%
)! #
) ($ @ & &% %%@) )* "'$ ( +$% *% T!)R
# A %-+%N (( S%1 F/ 1 O+0((< R *@MASI BAN
TU A).N+ G(U )*A@) M* A$*+N 5"D E K* AD ( 1%9.70 - 20 2 0%) !
!K!B<8! " # $% & ' ( ) *+ , (&' ( ) ' !
( $ -&(":@

>
@$+#

+# 1//5 ! % %' ) $' $$ ( +#+%# %+
% + @ # %"1 / &+%/# %%% 5 @@
" % @ % '@
48082/@
% +%" % ' @:@
. @
@:@ @482 "(**& ( " ( 1 1/ 20@6 @ @>
>
) # @"($) %+ # #$ %
>
@$+#
% $ " % ) $ ( 1/01 ! ; >
%' * $(@ @ (@+1/ 1/ @?
! '+*+) % @ % $ "! % ) ! % %


+% " % $+#

+%@1//7
"#+$ *@ 3@ +% 1/06@ "; <@@ 1/1/<
% +(+) %

!""# !""$ (&' ( ) ' "). % "
!!""%%%% !"%!!!""%"#! !"!""%#& !""$!"%!"&%'!!"""%%$ !"!%$"!%"'%!!"
) # ) %@) )* $

+# 1//5 >
@$+# "+ )
) ' %+ %. &# @ @ # % % " ;
@1/1/@?
+#
% +%" % ' ' #+ ) % % %. %
) )* $ " * % $ " % ) # % (
* % ;

<@ ! % (@ (* $

).+ ( *@ *+ ;13=1=1/1/<
!""# >
@$+#
>
@ ! ) ! % %
!""$ % $ " % ! '+*+) %@ ! #+#+) %
@

!""# !""$ !"%% !"%! !"%& !"%' !"%$ !"!"() !"!%

"$ %&'"(")* !"#"$ %&'"(")*











Latar Belakang

!"%! !"!"() !!""!%%& !"%' !"%$ !"!"() !"!%

B.<8 ! ?C#B?B?C8!D,,,A,C..-02L3DC))M:@-L(,,,3CC8!!)+"911+DD,((",,*0"#CC>2+07.#.DD,,,,7,+/(@1-$)15.-%N,:%33(B03,&.3C%19K9.D30'/43!C-/.0+I0(0D00:5*(((.1N&00;6-<,=4(= ! #,23:3+0.( ! R0+0 #0J*0. )0. ! #,-3-3+0. %BK!I(
%0.301* CDCE@ 8,+53010:(#,:30 ",.5,)*00. ?CALCLCDCD@
04>0*70. ! B0O010. !310:( %0>0:0. ?8#%@( .%'+,/''0
0.(+*+:,9 !,:3J3 B,1*90 ?CP( &;<==(&*-0./0. 1/2%+)/3/,&0 ! B,.),1(",1:090
0. 93-0* %0.301* CDCE@ A(B043. CDEF( 45'&/30?&Y!@(( ?80M(CDCD(N %3-0*
,1 CDEC ! B,9264 76.:107 >,1:01*74 CG( )*-07+0.0 CDCD@
?EQ(R,>1301* CDCE(N H7:6>,1 CDEF(($ +,M010 )0-090.
. EA(R,>1301* CDCG@ ! #,2,1-30. 6-,4(&;<==( ! B,.),1(#,)30
2,9>0./3.0. )0.(%&'( ?!,2:,9>,1(CDCD(N
T(QUG ! +,93-0 !"#( ),./0. %0.301* CDCE@
%&'( 74*)90:
5!WX(QUEUG ! ",19646.0. 2,13.)*./ ! B0O010. !310:(
#4*)90: 8I8"= !,:3J3 B,1*90 ?CP(
+,)***-** ! ",13.)*./0. %0.301* CDCE@
)*+,- 8I8"=( ! #,-3-3+0.
3.:37 #0J*0.( %"KZB(&;<==( ! B,9264 76.:107
7,2,1-30. 20)0(EG(V*+U( ?EQ(R,>1301* CDCE(N
2,9>0./3.0. CDEP EA(R,>1301* CDCG@
+,93-0 !"#(
5( 6'&565 %&'

$%$ ()*++,
1, !"%-$2$3$

('-.,./ !()*+, ('-.,./

58 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

PePneynaytaataananMMaassaallaahh SSPPKK--JJBBGG

CapCaaiapnaian CC Perisian

Capaian kepada SPK-JBG Perisian

Capaianyangketperahdaad seScPaKra-JdBaGlaman Perisian sistem pengoperasian
yang tesrahhaadja s(Ienctararanedt)alaman
dPaneripsiaanngksiasltaenmdpaetangoupsaenrgasian
sahaja (Intranet)
P ddanantelaphaEnngdkoaflLainfe (EdOatLa) usang

P dan telah End of Life (EOL)

F LFungsi Laporan

Fungsi sistemFuynanggsitidak F L PeLnajanpaoanranlaporan dan
statistik yang tidak efisien
memenuhi keperluan bisnes Penjanaan laporan dan

Fungsi dasnisptermosesykaenrjga setmidaaska JBG statistik yang tidak efisien
memenuhi keperluan bisnes

dan proses kerja semasa JBG

JABATAN BANTUAN GUAMAN 59
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

9&$F")E=)*")

C?D?").8=-#&> 9&$F")E=)*") C?D?").8=-#&>

8,1,76) )0. 9,./,90+ 7*.* !*+:,9 >,1+,20)3 )0-09 :0-*0.
907-390: >0/* 74*)90: 50./ 9,10./739* +,930
.0+*40:T 2,./313+0. 7,+T ]3./+* >*+.,+ )0. 216+,+ 7,1J0
2,19646.0. 2,/309 20.,- +,90+0 %&'
)0. +:0:3+ :,17*.* 7,+

9&)**?)" 89+:;%< 8=-#&>. 9&)**?)"
=<?">")
B,140) 7,20)0 2,/0O0* )0. !,930 O01/0 %&'T(",/309 "0.,-(

707*:0./0. %C&'?D+?,"1:)0."8,=/-3#&09> CL(?",D.?)"0)9.28*=.-/#&'>3090.T(0/,.+*

"80.,1,,-76) )0. 9,./,90+ 7*.* -!3*+0:1,T(9610>.,/1+(0,O200)93 ))00.-0+9,9:03-0*0.
907-390: >0/* 74*)90: 250*4.0/7 >,917,,120,../:7*.3/90.* L( +,930
"]3,.9/,+/* 0>.*/+.B,0+13)40. 216+,+ 7,1J0
.0+*40:T 2,./313+0. 7,+T

2,19646.0. 2,/3H09"I"2=0".),- +H,9"I0+"0="%&)'
)0. +:0:3+ :,17*.* 7,+
!,M010 )0-090. ?K.:10.,:@ !,M010 :/; ;"'/7 ?K.:,1.,:@

9&$F")E=)*") B-">F7G9&)**?)" +9,2&,).*34*.?5)0" )0. 3(;+</

B,140) 7,20)0 2,/0O0* )0. "!=,=9<+*3"0&+O(,01/0 %&'T(",/309 "0.,-(
89+:;%< 8=-#&>.
=<?">")
L(",.)092*./ '3090.T(0/,.+*
707*:0./0. %&' +,1J:)0 #"&,*/$3"0-9=
"0.,- J-)3#0&1T*(6$1"0-.=/(0O09 )0. +,930

B*0)0 *.:,/10+* ),./0. 0/,.+* K.2:*,4/0107+*>),1,7.,/20.,.Q:,*../:*0:*.*0L*(:3U
",9,/0./ B0134
-0*.
EW !*+:,9 *'R8I! ?%0>0:0.

H"I"=") H"II7"03=".:)0. ^,/010 80-05+*0@

!,M010 )0-090. ?K.:10.,:@ CW!,M#!0*,+14:0,097*:9/0;,.!!5;50"01'*10/*0474 8??K0.%-00:>5,01+:.*00,.@:@
GW+,2!,*+.:3,94.5,0#,407)*900.. ?",3J0(>;0+:</
89+:;%< 8=-#&>.
=<?">") "==#<+,*:"3&0+(,",.)0]:01 80470904

",1+,73:30.@

AW !*+:,9 95KS<^BKB_ ?%0>0:0.

",.)0]:010. ^,/010@

>? @"53/,& A"&/:"5 ?R"V@

! ",176./+*0. )0:0>0+, &AD )0.
8AD ),./0. Y;S^

J)K$"-#$?(#?$ J)K$"-#$?(#?$

!,1`,1()*:,920:70. )*("3+0: ! !,1`,1 3:090 )*:,920:70. )*
S0:0(&;<== "3+0: S0:0 !,7:61 IO09
?"S!I@ 8I8"=T "3:10J050

! !,1`,1 ;"*B%= )* "S!I
8I8"=T &0.)01 <.+:,7

60 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Peluasan Bidang Kuasa Jabatan Bantuan Guaman

Bidang Kuasa Jenayah

1971

Seksyen 10 Akta Bantuan Guaman 1971
[Akta 26]: Prosiding jenayah yang boleh
diberi bantuan guaman ialah apa-apa perihal
prosiding yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua.

1973

Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1973 [P.U.(A)104/1973]:
Butiran 1 dimasukkan dalam Jadual Kedua -

“1. Semua prosiding jenayah yang dalamnya tertuduh yang tidak
diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan dan
ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan
dengannya.”.

1982 J INFO JENAYAH:
E
Butiran 2 dan 3 berkenaan prosiding N Subseksyen 10 (2A) yang
jenayah di bawah Ordinan Kanak-Kanak A dimasukkan pada tahun 2003
dan Orang Muda 1947 serta Ordinan Y membolehkan bantuan guaman
Kesalahan Kecil 1955 dimasukkan dalam A berhubung dengan mana-mana
senarai perihal prosiding jenayah di Jadual H prosiding jenayah sama ada
Kedua melalui Perintah Bantuan Guaman daripada perihal prosiding
(Pindaan) 1982 [P.U.(A)27/1982]. yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua atau sebaliknya
diberikan kepada orang yang
layak, dengan kelulusan
Menteri.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 61
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Peluasan Bidang Kuasa Jabatan Bantuan Guaman

Bidang Kuasa Syariah

1973 1971

Bidang kuasa mengenai perbicaraan di Bidang kuasa mengenai perbicaraan
mahkamah syariah ditambah bagi hal berhubung nafkah dalam mahkamah
perkara mengenai jagaan, perceraian, yang mentadbirkan hukum Shara'
dan harta sepencarian melalui pindaan dimasukkan sebagai salah satu
di bawah Perintah Bantuan Guaman bidang kuasa JBG melalui Perintah
(Pindaan) 1973 [P.U.(A) 104/1973]. Bantuan Guaman (Pindaan) 1971
[P.U.(A) 214/1971]

2011

Senarai bidang kuasa JBG bagi prosiding
Syariah di bawah Jadual Ketiga ditambah
dengan memasukkan perkara yang
berhubungan dengan ganti rugi
pertunangan, hutang perkahwinan, mutaah,
alang semasa hidup (hibah) serta wasiat
melalui Perintah Bantuan Guaman (Pindaan
Jadual Ketiga) 2011 [P.U.(A) 429/2011].

62 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Peluasan Bidang Kuasa Jabatan Bantuan Guaman

Bidang Kuasa Sivil

AKTA • Jadual Kedua Akta 26 pada asalnya hanya memperuntukkan prosiding sivil
BANTUAN yang boleh diberikan bantuan guaman adalah berkenaan dengan prosiding di
GUAMAN bawah Married Women and Children (Maintenance) Ordinance, 1950, Maintenance
Orders (Facilities for Enforcement) Ordinance, 1949, dan Married Women and
1971 Children (Enforcement of Maintenance) Act, 1968.

1972 • Jadual Ketiga dipinda dengan memasukkan bidang kuasa mengenai hak-hak dan
tanggungan di bawah Ordinan Pampasan Pekerja, 1952 dan Akta Penanam Padi
(Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 melalui Perintah Bantuan
Guaman (Pindaan) 1972 [P.U.(A) 293/1972].

1973 • Prosiding berkenaan hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta
(Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1955 dimasukkan dalam Jadual Ketiga
1975 melalui Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1973 [P.U.(A) 104/1973].
1982
• Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1975 [P.U. A) 46/1975] telah
memasukkan hak-hak dan tanggungan mengenai tindakan-tindakan sivil
bagi ganti rugi yang timbul akibat kemalangan yang melibatkan
kenderaan yang termasuk dalam definisi di bawah Ordinan Lalu Lintas
Jalan, 1958 serta hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Ordinan
Pemberi Pinjam Wang, 1951.

• Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1982 [P.U.(A) 27/1982] meminda
Jadual Ketiga Akta 26 dengan memasukkan hak-hak dan tanggungan
berkenaan pembicaraan perceraian dan jagaan, pembicaraan berhubungan
dengan tenansi (penyewaan), hak dan tanggungan di bawah Akta Sewa Beli
1967 serta Ordinan Pengambilan Anak Angkat 1952, permohonan Probet
dan Surat Mentadbir Pusaka, dan tuntutan-tuntutan pengguna.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 63
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

2011 • Perintah Bantuan Guaman (Pindaan Jadual Ketiga)
2011 [P.U.(A) 429/2011] telah meminda dan
memperluas senarai bidang kuasa JBG membentuk
senarai sebagaimana yang ada pada hari ini dengan
membahagikan senarai prosiding sivil dan juga
syariah dalam Jadual Ketiga Akta 26.

• Beberapa butiran baharu berkenaan dengan
peruntukan undang-undang yang terpakai di Sabah
dan Sarawak seperti yang berikut turut dimasukkan:

• Prosiding di bawah Ordinan Nafkah 1959 (Sabah No.
7 tahun 1959);

• Prosiding di bawah Ordinan Perkahwinan Adat
Bumiputera Sarawak (Nafkah) 2003 [Bab 55];

• Hak dan tanggungan di bawah Ordinan
Pengangkatan 1960 (Sabah No. 23 tahun 1960);

• Prosiding di bawah Ordinan Pengangkatan Sarawak
(Bab 91);

• Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Probet dan
Pentadbiran 1947 Sabah (Bab 109); dan

• Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pentadbiran
Harta Pusaka Sarawak (Bab 80).

INFO SIVIL:

Menteri boleh memberi kuasa kepada Ketua
Pengarah Bantuan Guaman untuk memberikan
bantuan guaman berhubung mana-mana
prosiding, sama ada daripada perihal prosiding
sivil yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga atau
sebaliknya, menurut subseskyen 12(A) dibaca
bersama seksyen 16A Akta 26.

64 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah memberi kesan yang amat
besar kepada sektor kesihatan, ekonomi, pendidikan, pelancongan dan perkhidmatan awam.

Berikutan peningkatan kes positif COVID-19 yang mendadak sejak kes pertama yang direkodkan di Malaysia
pada 25 Januari 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh negara mulai 18 Mac
2020.

Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) sepanjang tempoh pandemik
COVID-19 ini. Justeru, pihak pengurusan JBG telah menyusun dan merangka perkhidmatan JBG agar ia selari
dengan Pekeliling Perkhidmatan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Hasilnya, suatu
Garis Panduan Umum Norma Baharu Jabatan Bantuan Guaman telah dikeluarkan pada 7 Disember 2020 sebagai
panduan kepada semua warga JBG dalam melaksanakan tugas sewaktu tempoh pandemik.

Semua pegawai dan kakitangan JBG perlu mengadaptasi sistem penggiliran ke pejabat dan bekerja dari rumah
mengikut keperluan, di samping kebajikan mereka yang perlu diambil kira oleh pihak Jabatan. Selain itu, semua
warga JBG juga sentiasa diingatkan untuk mematuhi semua garis panduan berkenaan keselamatan dan kesihatan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti
melaksanakan saringan suhu badan, mengimbas kod MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai
pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan.

Penggunaan aplikasi dalam talian kini diberi keutamaan bagi meminimumkan perkhidmatan secara bersemuka.
Semua mesyuarat, perbincangan dan sesi khidmat nasihat guaman yang dahulunya sangat selesa diadakan
secara bersemuka kini perlu dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian. Norma baharu ini sedikit sebanyak turut
mengganggu kelancaran komunikasi secara dua hala yang berkesan.

Selain itu, latihan serta kursus secara dalam talian turut diberikan pendekatan utama dan ia melibatkan penyertaan
pegawai dan kakitangan dari seluruh 22 cawangan JBG. Ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan yang diambil
dalam memberikan latihan secara konsisten kepada semua pegawai dan kakitangan.

Pengendalian kes-kes sivil, Syariah dan jenayah JBG di semua mahkamah turut terkesan akibat pandemik COVID-19
memandangkan institusi Mahkamah juga tidak dibenarkan bersidang secara fizikal di mana perbicaraan kes
secara dalam talian dilaksanakan bagi kes-kes yang tertentu sahaja. Fakta ini, secara tidak langsungnya, telah
mengakibatkan penurunan drastik kepada statistik pendaftaran kes, statistik penyelesaian kes dan statistik

JABATAN BANTUAN GUAMAN 65
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

khidmat nasihat di seluruh 22 cawangan JBG. Sebagai contoh, penurunan drastik dari segi pendaftaran kes pada
tahun 2019 dan 2020 boleh dilihat seperti yang berikut:

PENDAFTARAN KES

Tahun Sivil Syariah Jenayah
2019 382
2020 3238 4979 249

2701 4481

66 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Cabaran Dalam Memastikan Akses Kepada Keadilan Semasa Era Pandemik

Pewujudan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) (sebelumnya dikenali sebagai Biro Bantuan Guaman (BBG)) pada
tahun 1970 boleh diperlihatkan sebagai satu usaha untuk memastikan sistem keadilan boleh diakses oleh rakyat
negara ini, terutamanya bagi mereka yang terpinggir dan/atau yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan
khidmat seorang peguam. Dalam tempoh 50 tahun sepanjang perkhidmatan bantuan guaman diberikan, pelbagai
cabaran telah dilalui oleh JBG.


(a) Isu Kebolehcapaian (‘Accessibility’)

Secara amnya, warganegara Malaysia yang layak dan memerlukan perkhidmatan bantuan guaman JBG perlu
hadir sendiri ke pejabat JBG. Namun, bagi sesebuah negeri yang mempunyai bentuk muka bumi yang tidak rata
dan wilayah yang luas terbentang seperti Sabah dan Sarawak, ciri geografi ini menghalang kesalinghubungan
jalan raya antara kawasan tengah negeri-negeri tersebut dengan kawasan pedalamannya.

Hakikatnya, adalah sukar dan/atau tidak ekonomik bagi penduduk kawasan pedalaman atau kawasan
luar bandar untuk hadir ke pejabat JBG untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan guaman. Hal ini kerana
kebanyakan pejabat cawangan-cawangan JBG ditempatkan di kawasan ibu kota dan bandaraya utama. Bagi
penduduk kawasan pedalaman atau kawasan luar bandar yang ingin memperoleh bantuan guaman, mereka
terpaksa bergantung kepada pengangkutan sungai yang bahaya, atau pengangkutan udara yang mahal untuk
menghadirkan diri ke pejabat JBG. Justeru, kebolehcapaian pejabat JBG oleh penduduk kawasan pedalaman atau
kawasan luar bandar yang miskin membentuk suatu cabaran yang sukar memandangkan mereka merupakan
golongan yang mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah (jika dibandingkan dengan penduduk kota)
dan tidak mampu mendapatkan perkhidmatan guaman daripada peguam swasta.

Bagi menangani isu ini, JBG telah meningkatkan kekerapan mengadakan program klinik guaman di kawasan
pedalaman serta luar bandar. Dengan menjadikan kompleks atau bangunan mahkamah tempatan sebagai pusat,
cawangan-cawangan JBG di Sabah dan Sarawak contohnya, telah mengambil inisiatif untuk mendekati golongan
masyarakat yang menetap jauh di kawasan pedalaman dan luar bandar. Selain itu, pegawai dan kakitangan JBG
di Sabah dan Sarawak turut terlibat sama dalam program mahkamah bergerak anjuran Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan (PKPMP).

Inisiatif-inisiatif tersebut telah diambil bagi memastikan perkhidmatan bantuan guaman bukan sahaja boleh
dinikmati oleh warga kota, tetapi juga penduduk di kawasan pedalaman dan juga luar bandar. Namun begitu,
inisiatif-inisiatif tersebut tidak dapat dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 iaitu sewaktu wabak COVID-19 mula melanda

JABATAN BANTUAN GUAMAN 67
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

seluruh negara. Demi memastikan khidmat nasihat guaman dan perkhidmatan bantuan guaman tidak terbantut
sepenuhnya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JBG telah berkolaborasi dengan
rakan strategik seperti Jabatan Penyiaran Malaysia bagi menggiatkan program sesi penerangan undang-undang
melalui media massa seperti radio. Perkongsian pengetahuan undang-undang melalui medium ini bertujuan
memberi pendedahan asas kepada orang awam tentang hak dan liabiliti mereka. Dengan itu, adalah diharapkan
orang awam, terutamanya mereka yang menetap di kawasan pedalaman, mengetahui pilihan dan/atau tindakan
guaman yang boleh diambil apabila menghadapi isu perundangan. Usaha sebegini adalah selaras dengan hasrat
JBG untuk memperkasakan perkhidmatan bantuan guaman bagi menjamin akses kepada keadilan dengan kaedah
kolaborasi dengan agensi-agensi yang berkaitan.


(b) Isu Kebolehsediaan (‘Availability’)

Beberapa cawangan JBG yang bersaiz kecil tidak ditempatkan dengan Pegawai Undang-Undang mahupun Pegawai
Syariah. Fakta ini sedikit sebanyak telah menjejaskan hasrat JBG untuk menjadi peneraju utama perkhidmatan
bantuan guaman di negara ini.

Selain itu, isu linguistik juga memainkan peranan penting memandangkan penduduk tempatan di sesetengah
kawasan atau negeri seperti Sarawak lebih fasih bertutur dalam Bahasa Melayu Sarawak dan/atau Bahasa Iban
ataupun dialek negeri masing-masing berbanding Bahasa Melayu rasmi. Sekiranya sesuatu cawangan JBG itu
ditempatkan dengan pegawai yang berasal dari Semenanjung Malaysia atau negeri lain yang tidak fasih berbahasa
Melayu Sarawak atau Bahasa Iban ataupun dialek negeri pegawai tersebut ditempatkan, maka keberkesanan
khidmat nasihat guaman mungkin juga terjejas memandangkan orang awam (terutamanya golongan warga emas
yang tidak pernah menerima pendidikan formal dan tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu rasmi) kurang
memahami penerangan undang-undang yang diberikan.

Dalam konteks ini, transformasi pendigitalan JBG merupakan salah satu penyelesaian kepada isu yang tersebut
di atas. Sejak pelaksanaan PKP, pihak Ibu Pejabat JBG telah merancang dan mengaturkan penghantaran serta
pemasangan peralatan persidangan video di semua cawangan JBG di seluruh Malaysia. Dengan adanya peralatan
persidangan video ini dan perisian komunikasi dalam talian, pegawai yang sesuai serta berpengalaman dapat
memberikan khidmat nasihat guaman secara dalam talian. Orang ramai yang mempunyai masalah perundangan
yang menetap di kawasan pedalaman atau luar bandar tidak perlu menempuh jarak yang sangat jauh semata-
mata untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan guaman. Transformasi pendigitalan ini sudah pasti dapat
meningkatkan tahap kebolehsediaan perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan penduduk luar bandar
atau golongan yang terpinggir dari arus pemodenan negara, sekali gus memastikan akses kepada keadilan adalah

terjamin bagi mereka.

68 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pelaksanaan Khidmat Nasihat Guaman Secara Dalam Talian

Era pandemik COVID-19 juga telah memperlihatkan peningkatan dari segi penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan
penyampaian perkhidmatan secara dalam talian. Sebelum bermulanya pandemik ini, segala urusan berkaitan khidmat
nasihat guaman dan bantuan guaman di Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di seluruh negara telah dilaksanakan secara
bersemuka dengan kehadiran secara fizikal. Namun, penyampaian khidmat nasihat guaman dan bantuan guaman secara
bersemuka telah terjejas akibat daripada penularan wabak COVID-19.



Demi memberi keseimbangan dari faktor keselamatan mahupun kesihatan awam di masa pandemik ini dan perkhidmatan
yang perlu diteruskan, JBG telah melaksanakan khidmat nasihat guaman secara dalam talian bersama pelanggan. Dengan
cara ini perkhidmatan-perkhidmatan JBG masih dapat dilaksanakan walaupun dalam keadaan pegawai dan pelanggan
bukan secara bersemuka. Pelanggan hanya perlu hadir ke pejabat JBG setelah janji temu dibuat berdasarkan tarikh dan
masa yang telah ditetapkan. Pelanggan akan diberikan khidmat nasihat guaman menerusi aplikasi Google Meet yang akan
disambungkan secara terus kepada pegawai yang bekerja dari rumah.

Pelanggan hadir di Pejabat JBG Johor dan diberikan khidmat nasihat guaman
secara dalam talian oleh pegawai cawangan tersebut

JABATAN BANTUAN GUAMAN 69
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Usaha yang dilaksanakan oleh JBG ini dapat membantu orang awam, khususnya pelangggan JBG, untuk mendapatkan khidmat
nasihat guaman dan bantuan guaman tanpa perlu menunggu lama memandangkan pegawai JBG di seluruh 22 cawangan telah
diarahkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Dengan cara ini, ia sedikit sebanyak menghadirkan perasan
lega dan tenang kepada setiap pelanggan JBG yang sememangnya sedang berhadapan dengan masalah. Secara tidak langsung,
JBG telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi memastikan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya. JBG akan sentiasa berusaha melaksanakan misi dan visinya iaitu menyediakan perkhidmatan yang cemerlang
dan berkesan kepada masyarakat awam walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19.

JBG semestinya tidak lepas daripada keperluan untuk berevolusi. Sepanjang tempoh penubuhannya yang sudah menjangkau
usia 50 tahun ini, Jabatan ini tidak pernah berhenti untuk memberikan khidmat bakti kepada pelanggan dalam pelbagai
cara termasuk menerusi medium terkini.

Lanjutan daripada itu, JBG sedang meneliti dan mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan khidmat nasihat guaman dalam
talian sepenuhnya dengan pelanggan boleh berada di rumah atau mana-mana lokasi sebagai salah satu medium alternatif
kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan JBG.

“Mulong poh apantod kinantakan
Nga amu eh mogiduh

Walaupun dalam keadaan sukar
Namun kita tidak pernah mengalah”

Sesi khidmat nasihat secara dalam talian
yang dilaksanakan oleh JBG Sabah

70 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pelaksanaan Khidmat Nasihat Guaman Secara Dalam Talian di Penjara

“Akses kepada keadilan” bukan sahaja merupakan satu hak asasi kepada rakyat yang bebas tetapi juga merupakan
satu keperluan yang tidak boleh dinafikan terhadap rakyat yang sedang berada dalam tahanan. Demi menjamin
warganegara Malaysia yang tidak mampu hadir ke premis pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kekal mendapat
akses kepada keadilan, adalah menjadi sebahagian daripada program JBG untuk mengadakan klinik guaman di
kawasan-kawasan tertentu di luar premis pejabat seperti mahkamah, pejabat tanah, penjara dan pusat tahanan kanak-
kanak.

Sebagai contoh, lawatan-lawatan ke Penjara Reman Seberang Perai, Penjara Reman Pulau Pinang, Penjara Reman
Sungai Petani dan Asrama Paya Terubong pada setiap bulan merupakan rutin kepada JBG Pulau Pinang untuk
mengadakan klinik guaman bagi tujuan memberi khidmat nasihat kepada tahanan reman di penjara atau kanak-kanak
di pusat tahanan yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan guaman. Dalam setiap sesi klinik guaman yang
diadakan, tahanan reman di penjara atau kanak-kanak di pusat tahanan akan diberikan nasihat guaman berkenaan
isu undang-undang yang dibangkitkan oleh mereka terutamanya pertuduhan jenayah yang telah dipertuduhkan ke
atas mereka. Bantuan guaman seperti mitigasi pengakuan bersalah juga akan diberikan kepada mereka yang berhasrat
untuk mengaku salah dan memerlukan bantuan JBG untuk mewakili mereka semasa prosiding di Mahkamah. Walau
bagaimanapun, ekoran daripada pandemik COVID-19, kebanyakan program klinik guaman JBG termasuk klinik
guaman di penjara terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan kerana program-program tersebut melibatkan perjumpaan
secara fizikal dengan para pelanggan. Selain itu, kewujudan kluster-kluster penjara juga telah menyebabkan premis
penjara tidak lagi dibuka kepada orang luar untuk mengadakan lawatan.

Visi “peneraju perkhidmatan bantuan guaman untuk memberi akses kepada keadilan” sentiasa menjadi perjuangan
warga JBG. Justeru, demi menjamin akses kepada keadilan dapat dikekalkan kepada para tahanan di penjara, JBG
telah mengambil langkah proaktif. Sebagai contoh, JBG Pulau Pinang telah menghubungi Penjara Reman Seberang
Perai dan Penjara Reman Pulau Pinang dan mengemukakan cadangan untuk mengadakan klinik guaman penjara
secara dalam talian.

Pelaksanaan klinik guaman secara dalam talian merupakan satu perkara yang baharu dalam sejarah pelaksanaan
klinik guaman di penjara. Demi memastikan klinik guaman dalam talian dapat dijalankan dengan lancar, beberapa
perspektif perlu dipertimbangkan. Di antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah-

(a) Komunikasi

Komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pihak JBG dan pihak penjara adalah merupakan kunci kejayaan
bagi pelaksanaan klinik guaman di penjara secara dalam talian. Sebagai langkah persediaan, JBG terlebih dahulu
menghubungi pihak penjara yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lengkap tahanan reman dan banduan
yang ingin mendapatkan khidmat nasihat guaman sebelum tarikh sebenar sesuatu klinik guaman diadakan.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 71
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Memandangkan prosedur operasi standard (SOP) serta penjarakan fizikal perlu dipatuhi dengan ketat, jumlah tahanan
reman di penjara yang akan menerima khidmat nasihat guaman adalah terhad untuk setiap sesi. Oleh itu, kedua-dua
pihak perlu memastikan bilangan tahanan reman di penjara yang ingin mendapatkan khidmat nasihat guaman dalam
setiap sesi dan membuat persediaan dengan jumlah pegawai serta pengagihan masa yang sistematik supaya khidmat
nasihat guaman yang berkualiti dapat diberikan kepada tahanan di penjara dalam masa yang terhad.

Maklumat lengkap tahanan reman dan banduan yang diperoleh terlebih dahulu juga dapat membantu pegawai JBG
untuk membuat persediaan awal bagi setiap kes yang bakal diberi khidmat nasihat guaman di samping bersedia
dengan peruntukan undang-undang yang relevan. Selain menjimatkan masa khidmat nasihat guaman yang akan
diberikan secara dalam talian, proses ini juga dapat memastikan nasihat guaman yang diberikan adalah tepat dan berkualiti.

Perbincangan pegawai JBG Pulau Pinang dengan pegawai Penjara
secara dalam talian sebelum bermulanya sesi klinik guaman

72 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(b) Kelengkapan teknikal yang sempurna

Memandangkan klinik guaman di penjara ini akan diadakan secara dalam talian, kedua-dua pihak penjara dan JBG perlu
memastikan masing-masing mempunyai kelengkapan teknikal yang sempurna seperti talian internet yang stabil, peralatan
komputer yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi baik dan jelas serta berada di suatu tempat yang
tiada gangguan bunyi supaya komunikasi antara pegawai JBG dengan tahanan dapat dilakukan dengan lancar dan jelas.

Memandangkan sesi klinik guaman di penjara turut dilaksanakan oleh pegawai yang bekerja dari rumah, pegawai JBG juga
perlu memastikan mereka mempunyai peralatan komputer yang lengkap dan capaian internet yang lancar semasa berada
di rumah.

Tidak dapat dinafikan isu teknikal ini adalah merupakan cabaran yang besar kepada kedua-dua pihak penjara dan JBG
kerana masalah capaian internet yang stabil boleh juga menggugat sesi komunikasi dan penyampaian khidmat nasihat
yang berkesan dan berkualiti.

Khidmat nasihat guaman secara dalam talian oleh
pegawai JBG Pulau Pinang yang bekerja dari rumah

JABATAN BANTUAN GUAMAN 73
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Khidmat nasihat guaman secara dalam talian oleh
pegawai JBG Pulau Pinang yang bertugas di pejabat

Sesi klinik guaman di penjara secara dalam talian

74 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pelaksanaan Sesi Pengantaraan Secara Dalam Talian

Pengantaraan merupakan salah satu perkhidmatan
penting Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang disediakan
untuk pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan tuntutan
secara baik melalui bantuan Pegawai JBG yang dilantik
dan dikenali sebagai Pengantara.

Tujuan sidang pengantaraan dijalankan adalah untuk
mencapai penyelesaian secara persetujuan bagi
mengelakkan kes-kes daripada melalui prosiding
perbicaraan di mahkamah yang lazimnya mengambil masa
yang panjang untuk diselesaikan dan turut melibatkan
kos yang tinggi.

Namun, disebabkan oleh penularan wabak COVID-19
yang melanda negara kita khususnya dan dunia amnya,
sidang Pengantaraan yang lazimnya diadakan secara
bersemuka atau fizikal di pejabat terpaksa beralih kepada
secara dalam talian demi memberi perkhidmatan yang
berterusan kepada masyarakat.

Langkah proaktif telah dilaksanakan oleh JBG dengan
melaksanakan sidang Pengantaraan secara dalam talian
bersama pihak-pihak yang bertikai. Pihak-pihak perlu
hadir ke pejabat JBG berdasarkan temujanji yang telah
ditetapkan dan sidang pengantaraan akan dijalankan
secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet bersama
pegawai Pengantara yang berada di pejabat atau semasa
pegawai Pengantara tersebut bekerja dari rumah.

Melalui pelaksanaan pengantaraan secara dalam talian ini,
sidang pengantaraan akan dapat diteruskan dengan lebih
selamat dan pematuhan penjarakan fizikal dapat dipatuhi
dengan lebih berkesan. Ini sekaligus dapat mengurangkan
risiko penularan wabak COVID-19 di kalangan pegawai
dan kakitangan di cawangan serta anak guam JBG.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 75
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Pihak-pihak yang bertikai sedang menjalani sesi sidang pengantaraan
melalui aplikasi Google Meet bersama Pengantara JBG di JBG Sarawak

76 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pelaksanaan Program Latihan Industri

“Mendepani Pandemik Realiti Tercipta
Menyusuri Ilmu Melayari Maya
Mencorak Arus Revolusi Bermula

Mengalah Tidak Melangkah Wibawa”

“Di saat seluruh negara diuji dengan wabak COVID-19, norma baharu diperkenalkan
dan diamalkan dalam meneruskan perjuangan dan tanggungjawab yang digalas”

“PKP, PKPB, PKPP, PKP (total lockdown)
Fasa 1 Pelan Pemulihan pula

Biar apa pun jua istilahnya, ini ikhtiar dan usaha
Hasratnya memutus virus bermaharajalela
Kerana virus tidak kelihatan secara zahirnya

Batinnya menyiksa mangsa-mangsa tanpa mengenal usia
Walau ditegah berjumpa, tetap bersemuka di maya

Walau tanpa buku-buku dimeja, tetap upaya membaca”

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) merupakan salah sebuah jabatan kerajaan
yang menjadi pilihan pelajar-pelajar universiti awam dan swasta untuk
menjalani latihan industri selama tempoh dua hingga tiga bulan. JBG
menerima kehadiran pelajar-pelajar ini dengan hati terbuka dan berusaha
membantu mereka memahami proses kerja yang dilaksanakan.

Di samping berkongsi pengalaman dan mencurah ilmu di dada, JBG sedaya
upaya membantu pelajar-pelajar ini memahami kerjaya dalam bidang
perundangan sebelum mereka melangkah keluar dari universiti yang
tercari-cari ruang dan peluang memilih haluan kerjaya yang diminatinya.
Kerjasama ini juga merupakan suatu sokongan kepada universiti secara
umum dan khususnya kepada pelajar-pelajar ini yang kebanyakan mereka
terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir untuk melengkapkan syarat
universiti sebelum tamat sesi pengajian.

Berlandaskan arahan Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang musim
pandemik COVID-19 ini, latihan industri masih dilaksanakan dengan
pematuhan SOP yang ketat, menjaga penjarakan sosial, pemakaian
pelitup separuh muka, mengimbas suhu setiap kali hadir ke pejabat serta
memastikan mengimbas kod QR dalam sistem Mysejahtera menggunakan
telefon bimbit tidak pernah sama sekali diabaikan. Keselamatan, kesihatan
dan kestabilan emosi menjadi matlamat utama yang perlu dititik beratkan
dalam tempoh mencabar ini. Ini semua tidak melemahkan, walau dilihat
sedikit lelah, namun pengorbanan mematuhi SOP tidak seberat tugas para

petugas di barisan hadapan yang saban hari bertugas tidak mengira masa.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 77
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mengambil contoh pelaksanaan latihan industri oleh JBG Selangor, pelajar-pelajar didedahkan dengan program-program
yang dijalankan oleh JBG Selangor, antaranya, program usahasama bersama-sama stesen radio RTM SelangorFM yang
bersiaran secara langsung sama ada di konti, melalui panggilan telefon dan dalam talian pada setiap hari Jumaat jam 10.15-
10.45 pagi. Program ini juga disiarkan secara langsung di FBlive SelangorFM. Selain menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada masyarakat, program ini juga menjadi salah satu medium untuk mempromosikan perkhidmatan JBG kepada orang
ramai.

Pendedahan profesion kepeguaman dalam prosiding di Mahkamah sering kali menjadi tarikan utama pelajar-pelajar latihan
industri. Sepanjang tempoh pandemik ini, prosiding kes-kes sivil dan kes-kes Syariah dikendalikan dengan kehadiran
secara fizikal mengikut SOP yang diperketatkan.

78 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Dari semasa ke semasa,

prosiding di Mahkamah ini

akan berubah mengikut arahan

terkini Kerajaan bergantung

kepada status bilangan positif

kes COVID-19. Antara lain

prosiding perbicaraan dan

mediasi kes sivil dan syariah

di Mahkamah dijalankan

secara dalam talian sama ada

melalui aplikasi Zoom atau

Google Meet. Bagi kes-kes

sivil pula terdapat medium

tambahan dalam talian iaitu

kes-kes dijalankan melalui

sistem E-Review atau melalui

pertukaran email antara

peguam-peguam dan pihak

mahkamah. Kepelbagaian

medium pelaksanaan

ini mampu meneruskan

perjalanan operasi di jabatan-

jabatan Kerajaan yang

berkaitan dan pihak-pihak

yang terlibat.

Lantaran peningkatan jangkitan virus COVID-19
yang sukar dijangka, alternatif diaplikasikan dalam
meneruskan latihan industri ini dengan merencana
aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan secara
bekerja dari rumah. Pelajar-pelajar diberikan tugasan
sepanjang minggu untuk dibentangkan kepada panel
penilai pada setiap hari Jumaat melalui aplikasi Google
Meet. Pembentangan ini antara lain bertujuan untuk
menguji sejauh mana kefahaman pelajar-pelajar dalam
sesuatu tugasan dan topik yang diberikan. Medium
ini juga dijadikan sebagai medan perbincangan dan
percambahan buah fikiran antara pelajar-pelajar dan
pegawai-pegawai yang terlibat.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 79
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kemudahan perpustakaan yang terdapat di JBG digunakan oleh pelajar-pelajar dalam menyediakan tugasan yang diberikan.
Selain itu, tatacara pengendalian khidmat nasihat guaman kepada orang awam juga didedahkan kepada pelajar-pelajar
untuk melihat secara terus proses yang dilaksanakan semasa siasatan dan keterangan pemohon-pemohon di JBG diambil.

Biarpun ujian melanda, biarpun badai bergelora, biarpun dunia dimamah usia, menuntut ilmu tidak pernah terhenti
tiap detik dan ketika. Lantas kepelbagaian kaedah dalam mengutip bait-bait ilmu itu kini dikembangkan menggunakan
teknologi dan jalur lebar malah sinonim dengan keadah tradisi yang dipermodenkan.

80 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pelaksanaan Program Gerobok Prihatin Jabatan Bantuan Guaman

“Anak merak di Kampung Cina
Cari makan kepala titi

Emas perak kebesaran dunia
Budi yang baik membawa mati”

“Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari jauh pelanggan datang

JBG kini sedia berbakti”

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) adalah sebuah jabatan
kerajaan yang sentiasa cakna dan menjalankan
tanggungjawabnya walaupun sedang berhadapan
dengan pandemik COVID-19 ini. Dalam menjalankan
perkhidmatan tersebut, JBG sentiasa didatangi oleh
pelanggan-pelanggan dari pelbagai latar belakang, di
mana latar belakang kehidupan yang susah dan sukar
pelanggan telah menyentuh hati pegawai dan kakitangan
JBG sendiri.

Terpanggil dengan kisah tentang kesukaran hidup yang
menghimpit kehidupan warga dan pelanggan JBG,
JBG telah melancarkan Program Gerobok Prihatin di
Ibu Pejabat JBG pada 30 Ogos 2021. Selain Ibu Pejabat,
JBG Johor turut mengadakan program yang serupa yang
diberi nama Rak Infaq Wangi. Program Gerobok Prihatin
ini adalah sebagai usaha menjalankan tanggungjawab sosial kepada
warga dan pelanggan JBG yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Tujuan dan matlamat utama Program Gerobok Prihatin ini diadakan
adalah untuk membantu dan ianya secara tidak langsung dapat
meringankan beban yang sedang dialami oleh warga dan pelanggan JBG
yang sangat memerlukan. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk
barangan keperluan asas seperti beras, tepung, biskut, gula, bihun,
kicap, sardin, susu, minuman dan lain-lain. Kesemua barang keperluan
ini adalah hasil sumbangan dan infaq oleh pegawai dan kakitangan JBG
sendiri dalam menzahirkan rasa empati kepada warga dan pelanggan
JBG yang sedang berhadapan dengan kesusahan dan kesukaran hidup
yang mendesak. Memandangkan dana untuk Program Gerobok Prihatin
adalah terhad, maka pihak JBG melakukan penilaian terhadap latar
belakang warga dan pelanggan JBG di mana hanya yang terpilih sahaja
akan menerima sedikit bantuan.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 81
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

82 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Cabaran Sewaktu Era Pandemik COVID-19

Pelaksanaan Mesyuarat dan Kursus Secara Dalam Talian

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, semua pelaksanaan Mesyuarat dan Kursus yang telah dirangka oleh Jabatan
Bantuan Guaman (JBG) terpaksa dijalankan secara dalam talian atau secara hibrid bagi mematuhi arahan Kerajaan yang
tidak membenarkan aktiviti ini dijalankan secara fizikal.

Secara kesimpulannya, segala cabaran pengurusan dan pentadbiran JBG di era pandemik COVID-19 telah dapat ditangani
serta diharungi dengan baik dan berkesan atas kerjasama dan komitmen tidak berbelah bagi daripada semua pegawai dan
kakitangan JBG. Sesungguhnya era pandemik COVID-19 ini telah menjadi salah satu lipatan sejarah buat Malaysia secara
amnya dan JBG secara khususnya.

Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil 1/2020
melalui Aplikasi Skype For Business pada 23 Julai 2020

JABATAN BANTUAN GUAMAN 83
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kursus Pengendalian Kes Berkaitan Kos (Lanjutan) Zon Tengah oleh
Bahagian Latihan Janatan Kehakiman Syariah Malaysia
dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman

Kursus Pembangunan Pelan Anti Rasuah Jabatan (OACP) Jabatan Bantuan Guaman
secara maya anjuran Akademi Anti Rasuah Kebangsaan

84 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Petikan Wawancara Bersama YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (15
Julai 2019 sehingga 30 April 2021)

Sepanjang tempoh perkhidmatan perundangan, YBrs.Puan telah berkhidmat sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya
dan semasa YBrs. Puan menerajui Jabatan Bantuan Guaman (JBG), khidmat Pendamping Guaman telah ditawarkan kepada
kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual. Boleh Puan kongsikan serba sedikit tentang pengalaman tersebut dan
bagaimana ianya telah membantu YBrs. Puan dalam penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBG?

Sebagai Timbalan Pendakwa Raya saya telah mengendalikan pelbagai pendakwaan jenayah. Ada daripada kes yang saya
kendalikan itu melibatkan saksi kanak-kanak. Sebagai Timbalan Pendakwa Raya, tugas saya adalah untuk mengemukakan
keterangan dan membuktikan kepada mahkamah di luar keraguan yang munasabah bahawa tertuduh telah melakukan jenayah
yang dituduh terhadapnya. Apabila melibatkan saksi kanak-kanak, sering terjadi kanak-kanak ini berada dalam kedudukan
yang sangat vulnerable. Mereka berada dalam keadaan ketakutan kerana terpaksa berhadapan dengan pelaku jenayah tersebut
di mahkamah. Mereka menghadapi tekanan kerana perlu mengingati peristiwa hitam itu semula dan menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya dan juga Peguam Bela. Tiada sesiapa yang boleh menemani saksi ini untuk
menenteramkannya di dalam mahkamah. Oleh itu, khidmat Pendamping Guaman yang ditawarkan oleh JBG adalah penting
agar dapat membantu saksi kanak-kanak memahami proses perbicaraan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh
mereka apabila hadir untuk memberikan keterangan. Dengan itu, saksi kanak-kanak ini akan berasa yakin untuk memberikan
keterangan sebenar apa yang berlaku ke atasnya. Oleh itu, pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dan pihak mahkamah

JABATAN BANTUAN GUAMAN 85
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan. Kerana itu, saya amat mengalakkan khidmat ini
dan mengarahkan agar semua cawangan JBG di seluruh negara menguar-uarkan khidmat ini kepada umum melalui program
promosi yang diadakan.

Untuk tujuan itu juga maka telah dipersetujui di peringkat Ibu Pejabat JBG untuk JBG menyediakan Kit Pendamping Guaman
kepada semua pegawai JBG yang melaksanakan tugas sebagai pendamping guaman di seluruh Cawangan JBG. Kit Pendamping
Guaman ini mengandungi barangan mainan terpilih dan bersesuaian terutama untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun
bertujuan agar dapat mententeramkan dan mengurangkan tekanan kepada kanak-kanak yang terlibat sebagai saksi dalam
sesuatu perbicaraan yang dijalankan.

Sewaktu YBrs. Puan menjadi Ketua Pengarah, JBG juga telah menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
Johor (MAIJ) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Bagaimanakah YBrs. Puan melihat jalinan kerjasama tersebut
membantu memperkasakan perkhidmatan bantuan guaman di JBG?

Dengan adanya jalinan kerjasama antara JBG dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Lembaga Zakat Negeri
Kedah (LZNK) perkhidmatan bantuan guaman JBG dapat diperluaskan lagi kepada semua asnaf negeri-negeri tersebut di
mana MAINJ atau LZNK akan menanggung segala kos perkhidmatan bantuan guaman tersebut. Kerjasama tersebut juga dapat
menjamin agar asnaf-asnaf di kedua-dua negeri menerima khidmat bantuan guaman bagi membantu mereka yang menghadapi
masalah undang-undang seperti permohonan cerai, pembahagian harta pusaka atau harta sepencarian. Bagi asnaf-asnaf yang
mengadu masalah mereka ini ke MAINJ atau LZNK, pegawai-pegawai di MAINJ atau LZNK akan mengarahkan asnaf-asnaf ini
untuk pergi ke JBG bagi mendapatkan khidmat bantuan guaman.

Sepanjang menerajui Jabatan Bantuan Guaman (JBG), YBrs. Puan dilihat telah menggalakkan usaha-usaha promosi dan
kesedaran masyarakat ditingkatkan oleh semua cawangan JBG terutamanya melalui program klinik guaman. Apakah cabaran
yang dihadapi dan apakah harapan YBrs. Puan dengan usaha-usaha yang dijalankan tersebut?

Sebenarnya usaha-usaha untuk mempromosikan khidmat bantuan guaman JBG sentiasa diadakan. Bagaimanapun, apabila saya
menerajui JBG saya telah mengarahkan agar aktiviti promosi dipertingkatkan lagi dengan mengadakan lebih banyak klinik
guaman oleh setiap cawangan JBG. Saya juga mengalakkan agar promosi diadakan melalui media massa iaitu melalui stesen
radio di negeri-negeri dan juga melalui siaran di Facebook JBG. Perkhidmatan bantuan guaman JBG juga sentiasa diuar-uarkan
dalam portal JBG.

Sejak bulan Mac 2020, Malaysia telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari penularan
pandemik COVID-19. Bagaimanakah pandemik ini memberi kesan kepada perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
dan apakah cara khusus JBG menangani permasalahan yang timbul?

Seperti perkhidmatan Kerajaan yang lain, perkhidmatan bantuan guaman JBG turut terjejas akibat pandemik COVID-19.
Perkhidmatan nasihat undang-undang oleh pegawai JBG kepada klien hendaklah diadakan secara langsung iaitu secara
bersemuka sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang. Oleh itu, PKP diisytiharkan dan SOP diadakan. JBG terpaksa
mengehadkan kehadiran pelanggan yang datang memandangkan kebanyakan pejabat JBG mempunyai ruang yang terhad. Oleh
itu, JBG telah menetapkan bahawa kehadiran pelanggan adalah melalui janji temu dan tidak menerima kehadiran pelanggan yang
datang tanpa janji temu (walk in). Kesan daripada ini telah mengurangkan bilangan khidmat nasihat guaman yang diberikan oleh
JBG yang mana secara tidak langsung juga mengurangkan kes yang akan difailkan ke mahkamah. Selain daripada itu, banyak
Program Klinik Guaman yang dirancang oleh setiap cawangan JBG terpaksa dibatalkan kerana mematuhi arahan Kerajaan agar
tidak mengadakan perhimpunan yang melibatkan orang ramai. Walau bagaimanapun, JBG tetap mengadakan promosi melalui
media massa. Dengan ini sekurang-kurangnya perkhidmatan JBG dapat diuar-uarkan kepada orang ramai dan diharapkan

mereka yang memerlukan khidmat bantuan guaman akan menghubungi JBG untuk mendapatkan tarikh janji temu.

86 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 87
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

BAB 3

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

Mesyuarat Pengarah Negeri

Persidangan Pegawai Jabatan Bantuan Guaman

Muzakarah Pegawai Syariah Jabatan Bantuan Guaman

Lawatan dan Kajian Penyelidikan Undang-Undang ke Luar Negara

Program Kerjasama Jabatan Bantuan Guaman Dengan
Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Zakat Negeri

Program Kerjasama Jabatan Bantuan Guaman Dengan
Institusi Pengajian Tinggi

Program Naziran Jabatan Bantuan Guaman

Program Inovasi Jabatan Bantuan Guaman Bersama
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Program Klinik Guaman dan Kesedaran Masyarakat
Pelan Strategik Jabatan Bantuan Guaman

Pelan Strategik JBG 2014-2018
Pelan Strategik JBG 2019-2023

88 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Pengarah Negeri
Jabatan Bantuan Guaman

Mesyuarat Pengarah Negeri Jabatan Bantuan Guaman adalah merupakan satu platform utama untuk Ibu Pejabat
menyalurkan maklumat dan memantapkan strategi tadbir urus Jabatan di semua 22 cawangannya. Mesyuarat ini melibatkan
semua Pengarah Negeri dan Ketua Cawangan Jabatan Bantuan Guaman seluruh Malaysia dan diadakan dengan kekerapan
tiga kali setahun.

Dengan adanya Mesyuarat ini, kesemua Pengarah Negeri dan Ketua Cawangan bersama-sama Pengurusan Tertinggi
Jabatan dan juga Pengarah Bahagian Ibu Pejabat dapat berkongsi maklumat serta input berhubung hal-hal berkaitan
dengan pengurusan dan pentadbiran pejabat masing-masing. Selain itu, medium ini juga bertindak sebagai penggabung
kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengendalian kes di antara 22 cawangan seluruh Malaysia. Turut dibincangkan
dalam Mesyuarat ini adalah Pembentangan Kertas Kerja, Pembentangan Laporan Key Perfomance Indicator (KPI),
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan
Akaun (JPKA) dan perbincangan isu-isu pentadbiran semasa cawangan-cawangan.

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2014

JABATAN BANTUAN GUAMAN 89
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2015

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2016

90 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2017

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2018

JABATAN BANTUAN GUAMAN 91
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2019

Mesyuarat Pengarah Negeri Tahun 2020

92 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Persidangan Pegawai
Jabatan Bantuan Guaman

Persidangan Pegawai Jabatan Bantuan Guaman merupakan acara rasmi yang menghimpunkan semua pegawai Jabatan
Bantuan Guaman (JBG) Gred L29 dan Gred LS29 ke atas dari Ibu Pejabat dan semua 22 cawangan seluruh Malaysia.

Persidangan ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti kerja di kalangan pada peserta yang terdiri daripada
Pegawai Undang-Undang, Pegawai Syariah, Penolong Pegawai Undang-Undang dan Penolong Pegawai Syariah di Ibu
Pejabat dan semua 22 cawangan JBG. Di samping dapat mengeratkan hubungan sesama pegawai, kemahiran pegawai
dalam mengendalikan dan menyelesaikan sesuatu isu dan masalah juga dapat dikongsikan bersama. Di antara aktiviti yang
diadakan sepanjang Persidangan ini berlangsung adalah Pembentangan Kertas Kerja, Ceramah Keutuhan, Pembentukan
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Team-building.

Persidangan Pegawai Biro Bantuan Guaman
pada tahun 2009 di Legend Resort, Cherating, Pahang

JABATAN BANTUAN GUAMAN 93
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Persidangan Pegawai Jabatan Bantuan Guaman
pada tahun 2017 di Admiral Marina & Leisure Club

Port Dickson, Negeri Sembilan

94 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Muzakarah Pegawai Syariah
Jabatan Bantuan Guaman

Muzakarah ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) pada
7 hingga 9 September 2020 di Hotel Impian Morib, Selangor bersekali dengan Kursus Pengendalian Kes Hibah dan Wasiat.
Program ini merupakan salah satu platform perbincangan berkaitan isu-isu semasa di seluruh cawangan JBG terutama
dalam pengendalian kes-kes Syariah. Sesi muzakarah ini telah dihadiri oleh 16 orang Pegawai Syariah yang merupakan
Ketua Unit Syariah di Cawangan JBG seluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa, Ketua
Pengarah JBG.

Para peserta muzakarah telah diberikan pelbagai maklumat yang terkini berkaitan JBG melalui ucaptama oleh Timbalan
Ketua Pengarah (Syariah) serta dua pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Pelaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah
Negeri Selangor” oleh Penolong Pengarah Kanan JBG Selangor dan “Cadangan Penelitian Semula Pengiraan Kelayakan
Bantuan Guaman” oleh Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah).

JABATAN BANTUAN GUAMAN 95
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

96 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Lawatan dan Kajian Penyelidikan
Undang-Undang ke Luar Negara

Siri lawatan dan kajian penyelidikan undang-undang ke luar negara telah mula dilaksanakan pada tahun 2000 hasil cetusan
idea daripada mantan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman iaitu Puan Faridah binti Abraham. Misi utama lawatan dan
kajian penyelidikan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pegawai JBG tentang sistem perundangan dan kaedah
pentadbiran bantuan guaman yang digunapakai oleh negara luar agar ia dapat diaplikasikan di Malaysia. Lawatan dan
kajian penyelidikan ini amat penting untuk menambahbaik perkhidmatan dan pentadbiran JBG.

(a) Lawatan dan Kajian Penyelidikan Syariah ke Mesir

Pada 9 hingga 13 November 2009, delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) telah
mengadakan lawatan dan kajian penyelidikan ke Kaherah, Mesir. Lawatan tersebut meliputi aspek penyediaan
prasarana pembangunan undang-undang kekeluargaan melalui Mahkamah Keluarga dan juga perjalanan sistem
pengantaraan di negara tersebut. Program lawatan dan kajian penyelidikan ini telah banyak memberi maklumat
dan pendedahan kepada Jabatan mengenai perkembangan sistem perundangan di negara berkenaan khususnya
berkaitan dengan pelaksanaan kaedah dan prosedur pengantaraan yang sesuai dan boleh diaplikasikan dalam
pelaksanaan pengantaraan di JBG.

Lawatan ke Pejabat Penyelesaian Pertikaian Keluarga, Kementerian Keadilan Mesir
dan Pusat Latihan Kehakiman Kebangsaan Mesir

JABATAN BANTUAN GUAMAN 97
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(b) Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Guaman bagi England dan Wales (Legal Services
Commission (LSC) for England and Wales) di London, United Kingdom

Pada 26 hingga 30 Oktober 2009, delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) telah mengadakan
lawatan kajian ke Suruhanjaya Perkhidmatan Guaman bagi England dan Wales (Legal Services Commission (LSC)
for England and Wales) di Abbey Orchard Street, London dan seterusnya ke Mahkamah Jenayah Old Bailey, London
dan Crown Court di Swansea, Wales. Lawatan ini bertujuan untuk membuat kajian perbandingan mengenai skim
perkhidmatan bantuan guaman yang disediakan oleh LSC dengan JBG khususnya dalam perkhidmatan pembelaan
jenayah kerana objektif JBG adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan dalam bidang kuasa sivil,
Syariah dan jenayah. Setakat ini golongan sasaran tersebut berjaya dibantu dalam bidang Syariah dan sivil kerana
JBG banyak mengendalikan kes-kes kekeluargaan Syariah dan kekeluargaan sivil tetapi agak terhad dalam bidang
kuasa jenayah.

Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Guaman bagi England dan Wales
(Legal Services Commission (LSC) for England and Wales), London


Click to View FlipBook Version