The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hu2aimiez, 2022-01-16 22:44:17

JABATAN BANTUAN GUAMAN 11.40.01 AM

JABATAN BANTUAN GUAMAN 11.40.01 AM

148 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

Puan Ronie Entili
Mantan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Sarawak

Puan Ronie Entili telah mula berkhidmat sebagai Pegawai
Undang-Undang Gred L41 di Biro Bantuan Guaman (BBG)
Sarawak pada 2 Julai 2007, dan kemudiannya di BBG Johor
pada bulan September 2007 dan BBG Sarawak sekali lagi
pada bulan September 2009. Pada tahun 2013, beliau telah
dilantik sebagai Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
Sarawak sehinggalah bulan Mac 2019.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di JBG Sarawak, Puan
Ronie Entili bertanggungjawab memberikan khidmat
nasihat guaman kepada pelanggan yang hadir di JBG,
mengendalikan kes anak guam di Mahkamah, dan
mengadakan pelbagai program ‘outreach’ seperti Klinik
Guaman serta ceramah kepada masyarakat setempat
di kawasan pedalaman Negeri Sarawak yang tidak
menyedari hak mereka di bawah undang-undang. Selain
itu, Puan Ronie Entili juga berpeluang mempromosikan
perkhidmatan JBG melalui pelbagai platform termasuklah
saluran Radio RTM dan sebagai penceramah jemputan di
program anjuran agensi lain serta badan bukan kerajaan.

Menceritakan pengalaman dalam mengendalikan kes anak
guam di Mahkamah, Puan Ronie Entili memaklumkan
bahawa sebahagian anak guam akan mengucapkan terima
kasih kepada pegawai JBG setelah kes dapat diselesaikan.
Menurut beliau lagi, cabaran yang pernah dihadapi
adalah stigma masyarakat bandar yang menggelarkan pegawai JBG dengan gelaran “Peguam RM2.00”. Namun, cabaran
ini telah diatasi dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti kepada pelanggan sehingga mereka
akhirnya berpuashati dengan perkhidmatan JBG dengan memberikan ucapan terima kasih. Puan Ronie Entili selanjutnya
mengatakan beliau memperoleh kepuasan sewaktu berkhidmat di JBG kerana dapat membantu golongan yang susah dan
tidak berkemampuan dalam menegakkan hak-hak mereka di sisi undang-undang, khususnya golongan ibu tunggal serta
wanita dan kanak-kanak yang teraniaya.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 149
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

Puan Naziah binti Mohamed
Penolong Pegawai Undang-Undang
Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman

Puan Naziah binti Mohamed telah dilantik sebagai Pembantu
Undang-Undang di Ibu Pejabat Biro Bantuan Guaman (BBG)
pada 17 Disember 1994. Tugas beliau pada waktu itu adalah
membantu Timbalan Pengarah menyediakan kertas cadangan
bagi program dan aktiviti Jabatan, serta menyediakan
pelaporan berkaitan dengan kehadiran ke mahkamah bagi
pegawai di seluruh cawangan BBG, laporan klinik guaman dan
statistik Jabatan. Beliau juga ditugaskan untuk hadir bertugas
di Parlimen semasa sesi Parlimen bersidang.

Sepanjang tempoh perkhidmatan daripada tahun 1994
sehingga sekarang, Puan Naziah berpeluang mengikuti
Kajian Penyelidikan Undang-Undang di empat buah negara
iaitu di Filipina, Hong Kong, Indonesia dan juga Australia.
Hasil lawatan ke Legal Aid Department Hong Kong dan
juga Australia telah memberi banyak manfaat kepada JBG
dalam merangka perubahan dasar dan polisi Jabatan. Antara
perubahan besar hasil lawatan ke Legal Aid Department
Hong pada tahun 2000 ialah penstrukturan semula Ibu Pejabat
BBG iaitu dengan pertambahan jawatan dan menaikkan gred
jawatan serta membuat pengkhususan dalam pentadbiran
Jabatan dengan mewujudkan Unit Teknologi Maklumat, Unit
Akaun, Unit Pentadbiran dan Unit Latihan dan Penyelidikan.
Hasil daripada lawatan ke luar negara juga telah menghasilkan
beberapa pindaan kepada Akta Bantuan Guaman dalam
meluaskan bidang kuasa BBG (ketika itu), iaitu antaranya,
memperkenalkan perkhidmatan pengantaraan dan juga
kenaikan sumber kewangan pemohon serta kelayakan merit
orang yang dibantu. Bengkel dan ‘road show’ turut diadakan
ke seluruh Malaysia dalam memberikan penerangan dan
penjelasan kepada warga Jabatan dan masyarakat berhubung
dengan pindaan dan perkhidmatan baharu yang telah
diperkenalkan.

150 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

Puan Normawati binti Ibrahim
Mantan Penolong Pegawai Undang Undang
Jabatan Bantuan Guaman Pahang

Puan Normawati binti Ibrahim telah memulakan perkhidmatan di
Biro Bantuan Guaman (BBG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang pada tahun 1994 dan
seterusnya di BBG Kelantan pada tahun 1997. Bidang tugas beliau
ketika itu adalah mengendalikan kes sivil di Mahkamah Majistret,
Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi serta kes Syariah di
Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada tahun 2006, beliau telah ditugaskan sebagai Pegawai
Pengantara di JBG Kelantan dan adalah merupakan kumpulan
pertama Pegawai Pengantara di BBG pada ketika itu. Skop tugas
beliau sebagai Pegawai Pengantara adalah mengendalikan sidang
pengantaraan di samping menjalankan tugas sebagai penceramah
dan mengendalikan program promosi Jabatan. Pada hujung tahun
2006, beliau telah dipindahkah ke BBG Pahang dan diamanahkan
untuk menjalankan tugas di Unit Litigasi Syariah dan Sivil di
samping mengetuai Unit Promosi Jabatan. Pada tahun 2008, beliau
telah dilantik sebagai Pegawai Pengantara Kanan di BBG Pahang
dan diamanahkan untuk mengendalikan sidang pengantaraan di
BBG Pahang dan juga BBG Raub.

Di antara cabaran getir yang permah dihadapi oleh Puan Normawati
sewaktu bertugas adalah mengendalikan kes yang mana pihak
lawan adalah peguam yang berpengalaman di mahkamah sivil dan
mahkamah Syariah, menemuramah anak guam di Penjara Pudu
dan Penjara Kajang bagi mitigasi mengurangkan hukuman bagi kes jenayah, dan mengendalikan kes di tiga buah daerah
dalam satu hari di mana jarak di antara setiap daerah adalah agak jauh. Selain itu, beliau juga pernah mewakili Jabatan
dalam South East Asia Pacific Mediation Conference di mana beliau berpeluang melihat skop pengantaraan yang lebih luas di
negara luar dan belajar kaedah-kaedah baru yang diamalkan di negara tersebut, dan turut diberi kepercayaan oleh pihak
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk berkongsi pengalaman sebagai pengantara kepada Pegawai Sulh di
bawah JKSM serta dipilih untuk menjadi Panel Kaunseling di Kementerian Pembangunan Wanita Negeri Pahang dan
juga sebagai penceramah tetap dalam Modul Pra-Perkahwinan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) Negeri Pahang.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 151
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

Encik Abdul Rashid bin Salkon
Penolong Pegawai Undang-Undang
Jabatan Bantuan Guaman Selangor

Kerjaya Encik Abdul Rashid bin Salkon di Biro Bantuan Guaman
(BBG) telah bermula pada 2 Ogos 1993 sebagai Pembantu
Undang-Undang Gred L5. Tanggungjawab utama beliau adalah
memberi khidmat nasihat guaman dan mewakili anak guam di
mahkamah.

Menurut Encik Abdul Rashid, usaha menambah pengetahuan
tentang isu-isu terbaharu merupakan cabaran yang berterusan
kerana undang-undang mengalami perubahan selari dengan
peredaran zaman. Beliau berpendapat bahawa orang awam kini
semakin peka dengan kewujudan serta bidang kuasa Jabatan
Bantuan Guaman (JBG) dan oleh itu, berlaku pertambahan
bilangan kes yang berdaftar di JBG. Sebagai contoh, hanya
591 kes dikendalikan oleh JBG Selangor pada tahun 2000 dan
sekarang kes telah pun melebihi 5,000 kes. Justeru, cabaran
seterusnya adalah mempersiapkan diri dari segi fizikal dan
mental untuk mengendalikan kes yang semakin bertambah lagi
rumit.

Banyak kisah suka dan duka yang telah Encik Abdul Rashid
tempuhi sepanjang berkhidmat di JBG. Salah satunya adalah
mengendalikan kes tuntutan ganti rugi akibat dari kemalangan
jalan raya terhadap seorang penunggang motorsikal yang
tidak mempunyai perlindungan insurans. Meskipun anak
guam mengalami kecacatan kekal iaitu buta kedua-dua mata,
kehilangan pendengaran sebelah telinga, cacat kedua-dua
tangan dan sebelah kaki serta kehilangan deria bau dan deria rasa, anak guam masih boleh bertolak ansur menyelesaikan
kes tersebut melalui mediasi di mahkamah.

Encik Abdul Rashid berpendapat bahawa JBG tidak boleh lari dari arus perdana memandangkan zaman telah berubah
dan teknologi juga telah berkembang dengan pantas sehingga membolehkan orang awam memperoleh maklumat asas
berkenaan undang-undang dengan hanya menekan butang di hujung jari.

152 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Pelanggan

Jabatan Bantuan Guaman Johor

JABATAN BANTUAN GUAMAN 153
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Pelanggan

Jabatan Bantuan Guaman Selangor

154 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Gua Musang

JABATAN BANTUAN GUAMAN 155
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Kedah

156 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Kelantan

JABATAN BANTUAN GUAMAN 157
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Perak

158 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Perlis

JABATAN BANTUAN GUAMAN 159
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang

160 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Raub

JABATAN BANTUAN GUAMAN 161
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Sabah

162 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Taiping

JABATAN BANTUAN GUAMAN 163
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

164 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman

JABATAN BANTUAN GUAMAN 165
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

166 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Risalah Jabatan Bantuan Guaman

JABATAN BANTUAN GUAMAN 167
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Risalah Jabatan Bantuan Guaman

168 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Keratan Akhbar

JABATAN BANTUAN GUAMAN 169
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Keratan Akhbar

170 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Keratan Akhbar

JABATAN BANTUAN GUAMAN 171
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Keratan Akhbar

172 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ahli Sidang Redaksi

Duduk di hadapan (dari kiri):
Nurul Huda Mohd Salehuddin, Saharuddin Selamat, Suraiya Mustafa Kamal (Ketua Pengarang),
Mohd Farizul Hassan Bakri, Yusuff Abdul Latiff.

Berdiri di belakang (dari kiri):
Abdul Rashid Yaakub, Faizah Mohd Salleh, Nurul Atikah Abdollah Tarmidzi, Anas Jamaluddin,
Wan Rosalenda Wan Daud, Norihan Ahmad, Mohammad Huzaimie Mohammad Najeeb.

Tiada dalam gambar:
Juliana Juffree, Qairulazhar Abdul Jalil.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 173
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Ahli Sidang Redaksi

Duduk di hadapan (dari kiri):
Naziah Mohamed, Nuraswan Aminuddin, Nurunaim Abdullah, Zuraidah Ayob, Mohd. Yazid Ramli.

Berdiri di belakang (dari kiri):
Muhammad Bahdrul Abdullah, Narni Che Yusoff, Normawati Jobar, Siti Nuzrahwati Omar @ Yusuf,
Nur Izzati Abdullah, Azazurina Mukarab Khan, Nohayani Yahya, Asfanizan Abdur Razak, Ahmad Ikhzan Omar.

174 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Pengurusan Tertinggi
Ibu Pejabat, Jabatan Bantuan Guaman

Dari kiri:
Puan Nurul Huda binti Mohd Salehuddin (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dasar)
Puan Nurunaim binti Abdullah (Pengarah Bahagian Pengantaraan, Litigasi dan Nasihat (Sivil))
Tuan Nuraswan bin Aminuddin (Pengarah Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman)
YBrs. Puan Suraiya binti Mustafa Kamal (Timbalan Ketua Pengarah (Sivil))
YBrs. Tuan Wan Jeffry bin Kassim (Ketua Pengarah)
YBrs. Tuan Za’im bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah))
Tuan Saharuddin bin Selamat (Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah))
Puan Zuraidah binti Ayob (Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah))
Encik Yusuff bin Abdul Latiff (Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 175
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Penghargaan

Puan Thalha binti Bachok, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Johor
Puan Safiyatun binti Ahmadun, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Sabah
Puan Haffiza binti Jemali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Sarawak
Puan Choo Hueay Ting, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Encik Ling Hui Chuan, Ketua Cawangan Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri
Encik Nor Kamal bin Kassim, Ketua Cawangan Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Sibu
Puan Siti Fatimah binti Talib, Mantan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Selangor
Semua warga Jabatan Bantuan Guaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penerbitan buku ini.

176 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Alamat Ibu Pejabat dan Cawangan
Jabatan Bantuan Guaman

JABATAN BANTUAN GUAMAN 177
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Alamat Ibu Pejabat dan Cawangan
Jabatan Bantuan Guaman

178 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Hak Cipta © 2021 Jabatan Bantuan Guaman

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukar ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman
dan sebagainya.

Diterbitkan oleh:

Jabatan Bantuan Guaman
Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

Dicetak oleh:

Alamedia Sdn. Bhd.
No. 14, Jalan LP 1A/5
Taman lestari Perdana
43300 Seri Kembangan
Selangor

W W W. J B G . G O V. M Y
W W W. FA C E B O O K . C O M / J A B AT A N B A N T U A N G U A M A N


Click to View FlipBook Version