The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hu2aimiez, 2022-01-16 22:44:17

JABATAN BANTUAN GUAMAN 11.40.01 AM

JABATAN BANTUAN GUAMAN 11.40.01 AM

98 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(c) Lawatan ke Hong Kong Special Administration Region

Lawatan kajian dan penyelidikan ke Hong Kong Special Administration Region (SAR) telah diadakan pada 12
hingga 15 November 2000 yang disertai oleh enam orang pegawai JBG. Sepanjang Program tersebut, pegawai JBG
telah berpeluang mengadakan lawatan ke Jabatan Bantuan Guaman Hong Kong, Mahkamah Keluarga dan “Duty
Lawyer Services” serta telah diberikan pelbagai maklumat antaranya mengenai sistem pengurusan maklumat yang
telah digunapakai di Hong Kong SAR. Susulan daripada Program lawatan tersebut, Unit Pengurusan Maklumat
telah ditubuhkan pada bulan Mac 2001 di JBG seiring dengan arus kemodenan yang semakin berkembang.

(d) Lawatan Kajian dan Penyelidikan ke Filipina

Pada 12 hingga 15 November 2000, lawatan kajian dan penyelidikan ke Filipina telah diadakan dan disertai oleh tujuh
orang pegawai JBG. Bagi memantapkan lagi kajian dan pemahaman pegawai JBG, mereka telah dibawa melawat ke
“Integrated Bar of the Philipines”, “Public Defenders Office” dan mahkamah. Di samping menjalinkan kerjasama
dan mengeratkan hubungan di antara dua buah negara, lawatan ini telah berjaya menambahbaik perkhidmatan
JBG terutamanya dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Kajian yang dilakukan oleh pegawai JBG, terutamanya
ketika melawat “Public Defenders Office”, dapat dikongsi bersama pegawai lain bagi memantapkan lagi hujah dan
meningkatkan lagi keyakinan pegawai dalam pengendalian kes jenayah.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 99
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(e) Kajian Penyelidikan Undang-Undang ke Legal Aid Department, The Resources Centre for
Unrepresented Litigants dan the Mediation Information Office, Hong Kong

Pada 28 Oktober hingga 1 November 2013, delegasi yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) telah
mengadakan lawatan kajian penyelidikan undang-undang ke Legal Aid Department (LAD), The Resources
Centre for Unrepresented Litigants dan The Mediation Information Office, Hong Kong bagi membuat kajian
perbandingan mengenai skim bantuan guaman yang disediakan oleh LAD Hong Kong dengan Jabatan Bantuan
Guaman (JBG) Malaysia. Tujuan lawatan kajian ini dilaksanakan adalah sebagai persediaan JBG menyediakan
pelan tindakan penambahbaikan dan penstrukturan semula kepada perkhidmatan sedia ada bagi memantapkan
lagi sistem penyampaian perkhidmatan JBG kepada golongan sasaran. Lawatan ini turut memberi fokus kepada
penambahbaikan ujian kemampuan, sumbangan dan kos oleh anak guam, peguam panel JBG dan peluasan bidang
kuasa JBG bagi tujuan transformasi Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26]. Selain itu, JBG turut mengadakan
lawatan ke Resource Centre for the Unrepresented Litigants dan Mediation Information Office yang bertempat di
Mahkamah Tinggi Hong Kong bagi memahami fungsi kedua-dua Agensi ini dalam usaha menambah baik sistem
penyampaian JBG.

Pegawai JBG Malaysia bersama pegawai LAD Hong Kong

Pegawai JBG Malaysia bersama
pegawai Resource Centre for the Unrepresented Litigants

dan Mediation Information Office, Hong Kong

100 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(f) Lawatan Ke The Rights and Liberties Protection Department Thailand

Mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan dari Thailand iaitu The Rights and Liberties Protection Department
(RLPD) telah diadakan masing-masing pada 6 Ogos 2017 di Kuala Lumpur diikuti pada 20 sehingga 22 Ogos
2017 di Bangkok. Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai skim
perkhidmatan bantuan guaman dan sistem perundangan di negara masing-masing. Pihak-pihak juga telah
berpeluang bertemu dengan badan-badan lain yang turut memberikan perkhidmatan bantuan guaman di Malaysia
dan Thailand. Program ini telah memberikan manfaat yang besar kepada Jabatan terutamanya dari segi hubungan
dua hala antara kedua-dua pihak.

Lawatan Delegasi The Right’s And Liberties Department of Thailand’s
ke Jabatan Bantuan Guaman Malaysia pada 6 Ogos 2017

JABATAN BANTUAN GUAMAN 101
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Lawatan Balas Delegasi Jabatan Bantuan Guaman Malaysia ke
The Right’s And Liberties Department of Thailand’s
pada 20 sehingga 22 Ogos 2017

102 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(g) Lawatan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia ke Legal Union, Public Defenders dan Kedutaan
Malaysia di Australia

Lawatan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ke Konsulat Malaysia di Australia pada 10 sehingga 14 Mac 2019 merupakan
program kajian dan penyelidikan yang disertai oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Penyelidikan dan Dasar. Antara objektif utama program ini ialah untuk membuat kajian dan penyelidikan
lanjutan mengenai Duty Solicitor Scheme (DSS).

Lawatan ke Kedutaan Malaysia di Sydney, Australia

JABATAN BANTUAN GUAMAN 103
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Lawatan ke Legal Union, Sydney, Australia

Lawatan ke Public Defenders, Sydney, Australia

104 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Program Kerjasama Jabatan Bantuan Guaman Dengan
Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Zakat Negeri

Dalam mengurangkan kebergantungan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kepada dana awam dan menangani masalah
peningkatan jumlah kes Syariah yang dikendalikan, JBG telah mengambil inisiatif untuk memohon sumbangan dana
tahunan dari Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat Negeri (LZN) untuk membolehkan JBG
terus menyediakan khidmat bantuan guaman kepada semua orang Islam yang layak dibantu di setiap negeri bagi mereka
mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Setiap sumbangan dana tahunan yang diterima daripada MAIN dan LZN akan
diakaunkan ke dalam Akaun Amanah Bantuan Guaman (AABG) dan digunakan sepenuhnya bagi membiayai pengendalian
kes bantuan guaman di Mahkamah Syariah.

Sebagai langkah permulaan, JBG telah membentangkan Kertas Makluman berkaitan kolaborasi bersama MAIN dalam
Persidangan Ketua Jabatan (PKJ) ke 106 pada 28 Jun 2018 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Putrajaya. Beberapa
siri pembentangan bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri telah diadakan iaitu Melaka, Wilayah Persekutuan, Selangor,
Terengganu, Johor dan Sabah.

Setakat ini, hanya tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Johor dan Kedah yang telah bersetuju mengadakan kolaborasi
dan memberikan dana bermula pada tahun 2019 bagi membiayai kes-kes yang melibatkan asnaf yang berkelayakan di
tiga negeri tersebut. JBG merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dana yang
diberikan.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 105
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ)
ke-106 tahun 1439H/2018M pada 28 Jun 2018 di Kompleks Islam, Putrajaya

Kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
pada 31 Oktober 2018 bertempat di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu

106 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kunjung Hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Cawangan Putrajaya pada 29 April 2019

JABATAN BANTUAN GUAMAN 107
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kunjung Hormat ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
pada 25 Jun 2019

108 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Penyelarasan Di Antara Jabatan Bantuan Guaman dan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2019
pada 8 Ogos 2019

JABATAN BANTUAN GUAMAN 109
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kunjung Hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
pada 21 Ogos 2019

110 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Pembentangan Kertas Cadangan Kolaborasi di antara
Jabatan Bantuan Guaman dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

pada 8 Oktober 2019

JABATAN BANTUAN GUAMAN 111
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Penyelarasan di antara Jabatan Bantuan Guaman dan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bil. 4 Tahun 2019
pada 7 Januari 2020

112 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Kunjung Hormat Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)
ke Lembaga Zakat Negeri Kedah pada 20 Februari 2020

JABATAN BANTUAN GUAMAN 113
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana Majlis Agama Islam
Negeri Johor (MAINJ) kepada Jabatan Bantuan Guaman Johor
pada 13 Ogos 2020

114 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Sesi Menandatangani Nota Kerjasama Bagi Pemberian Sumbangan Dana
Skim Bantuan Guaman Kes Syariah di antara Jabatan Bantuan Guaman

dan Lembaga Zakat Negeri Kedah pada 11 Mac 2021

Majlis menandatangani nota kerjasama bagi pemberian sumbangan dana
skim bantuan guaman kes Syariah bagi asnaf di antara Jabatan Bantuan Guaman

dan Lembaga Zakat Negeri Kedah pada 14 Mac 2021

JABATAN BANTUAN GUAMAN 115
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Mesyuarat Penyelarasan di antara Jabatan Bantuan Guaman dan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Bil. 1 Tahun 2021 pada 23 Mac 2021

116 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Program Kerjasama Jabatan Bantuan Guaman
Dengan Institusi Pengajian Tinggi

(a) Kolaborasi Dengan Universiti Malaya pada 6 Disember 2017

Pada 6 Disember 2017, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan
perbincangan dengan YBhg. Prof Madya Datin Norbani binti Mohamed Nazeri dan Puan Aisyah binti Mohamed
Nazeri daripada Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya serta pelajar-pelajar daripada Universiti Malaya yang
terlibat dengan program kolaborasi di antara JBG dengan Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya (KBGUM). Tujuan
utama perbincangan tersebut diadakan adalah bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan
terhadap program kolaborasi yang telah diadakan antara JBG dan KBGUM.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 117
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(b) Program Lawatan Pelajar Perundangan Syariah, Universiti Sultan Zainal Abidin ke Jabatan
Bantuan Guaman pada 15 April 2019

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah menerima kunjungan dan lawatan seramai 78 pelajar undang-undang Syariah
daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada 15 April 2019. Dalam program lawatan ini, pihak JBG
juga telah memberikan penerangan kepada pensyarah pengiring dan pelajar-pelajar tersebut berkaitan fungsi dan
perkhidmatan bantuan guaman di JBG serta Program Kesedaran Perkhidmatan Bantuan Guaman Secara Pro Bono di
Kalangan Pelajar Undang-Undang.

118 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(c) Perbincangan Berkaitan Kolaborasi Di Antara Jabatan Bantuan Guaman dan Universiti Teknologi
MARA Dalam Program Kesedaran Perkhidmatan Bantuan Guaman Secara Pro Bono di Kalangan
Pelajar Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada 18 September 2019

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan perbincangan berkaitan
Program Kesedaran Perkhidmatan Bantuan Guaman Secara Pro Bono di kalangan pelajar undang-undang pada
18 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Chempaka, Fakulti Undang-Undang, Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan mengenai pelaksanaan
Program Kesedaran Perkhidmatan Bantuan Guaman Secara Pro Bono di Kalangan Pelajar Undang-Undang dan
bidang kerjasama lain yang sesuai dilaksanakan secara bersama.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 119
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(d) Program Lawatan Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam
Antarabangsa ke Jabatan Bantuan Guaman pada 19 September 2019

Pihak Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah membuat
kunjungan hormat ke Jabatan Bantuan Guaman (JBG) pada 19 September 2019. Kunjungan ini adalah untuk
membincangkan mengenai perkhidmatan pusat bantuan undang-undang yang disediakan oleh UIAM. Pihak UIAM
juga bersetuju untuk menandatangani memorandum persetujuan dengan JBG yang melibatkan perkongsian data
di antara UIAM dengan JBG bagi tujuan kajian akademik, kerjasama dalam program promosi kepada masyarakat
awam dan latihan antara UIAM dan JBG serta mewujudkan tempat latihan industri atau praktikal secara internship
di JBG kepada pelajar-pelajar UIAM.

120 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(e) Program Lawatan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA ke Jabatan Bantuan
Guaman pada 21 Oktober 2019

Pada 21 Oktober 2019, pihak Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuat lawatan ke

Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Program lawatan balas ini dibuat bagi membincangkan program kerjasama strategik
antara Fakulti Undang-Undang, UiTM dan JBG dalam penganjuran Program Kesedaran Perkhidmatan Bantuan
Guaman Secara Pro Bono Bagi Pelajar Undang-Undang. Berdasarkan perbincangan yang dibuat, Program ini akan
meliputi beberapa pengisian penting, antaranya, pembentangan kertas kerja, diskusi, soal jawab, rundingcara dan
pameran. Pelaksanaan Program ini juga akan memberi impak kepada pelajar undang-undang dari segi pemahaman
aspek bantuan guaman dan pengendalian kes di mahkamah serta menggalakkan amalan pro bono di kalangan mereka
pada masa hadapan.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 121
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

(f) Program Lawatan Jabatan Bantuan Guaman ke Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa pada 21 Januari 2020

Pada 21 Januari 2020, pihak Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah mengadakan perbincangan dengan pihak Universiti

Islam Antarabangsa (UIAM) di Bilik Mesyuarat, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Perjumpaan ini

dibuat bagi melanjutkan perbincangan berkaitan kerjasama Program antara UIAM dan JBG. Program kerjasama ini
akan memberi banyak faedah terutama kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam Program ini dengan memperoleh
banyak pengalaman dan manfaat sama ada dalam aspek keperluan pengajian atau bidang pekerjaan.

122 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Program Naziran Jabatan Bantuan Guaman

Program Naziran Jabatan Bantuan Guaman (JBG) merupakan aktivtiti tahunan yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat JBG di
cawangan-cawangan. Penyelarasan Program ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Naziran JBG. Objektif Program Naziran
ini adalah untuk membuat rumusan terhadap pematuhan keseluruhan operasi Jabatan. Program yang telah dimulakan
pada tahun 2011 ini telah dilaksanakan di beberapa cawangan terpilih mengikut giliran. Secara keseluruhannya, Program
Naziran yang dilaksanakan ini merupakan platform yang sangat penting untuk pihak Ibu Pejabat memantau pentadbiran
sumber manusia, kewangan dan pengurusan kes di semua cawangan dengan lebih berkesan, sistematik dan teratur.

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Sabah

JABATAN BANTUAN GUAMAN 123
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

124 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Kelantan

(22 - 23 Mac 2016)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 125
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Gua Musang

(8 Mac 2016)

126 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang

(17-18 Mac 2016)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 127
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Kedah

(21-23 Mac 2017)

128 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Selangor

(6-8 Ogos 2018)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 129
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Laporan Bergambar Aktiviti Naziran
di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan

(22-23 September 2020)

130 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Program Inovasi Jabatan Bantuan Guaman Bersama
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Susulan daripada kolaborasi strategik Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP), kumpulan KIK hibrid yang diberi nama Fiat Justitia telah ditubuhkan dengan menjadikan kolaborasi strategik
tersebut sebagai suatu projek KIK untuk dipertandingkan dan menjadi johan dalam pertandingan KIK di peringkat MAIWP
dan seterusya menjadi tiga kumpulan terbaik dalam pertandingan KIK di peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi
kategori hibrid.

Projek Kolaborasi Strategik MAIWP–JBG adalah melibatkan asnaf MAIWP yang akan menerima khidmat nasihat dan
bantuan guaman syarie secara percuma yang diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan kos guaman akan ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP.

Kumpulan Fiat Justitia yang dianggotai seramai 10 orang ahli terdiri daripada enam ahli daripada MAIWP dan empat ahli
daripada JBG. Ia memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu menggantikan pelantikan peguam panel swasta MAIWP
dengan peguam JBG dan membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai e-SBS (e-Sistem Bantuan Syarie) bagi mengawal
selia projek ini. Hasil projek ini dapat dilihat dari aspek penjimatan kos yang signifikan terhadap kos pelantikan peguam
panel yang selama ini ditanggung oleh MAIWP dan memendekkan tempoh penyelesaian sesuatu kes. Kumpulan ini telah
mencapai kejayaan menjuarai pertandingan KIK Peringkat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 10
April 2019 dan kedudukan ketiga kategori hibrid bagi Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Jabatan Perdana Menteri 2019 pada 26 Ogos 2019.

Kumpulan Fiat Justitia

JABATAN BANTUAN GUAMAN 131
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Perbincangan gerak kerja projek oleh ahli kumpulan Fiat Justitia

Pengumuman Projek Kolaborasi Strategik MAIWP-JBGWP Bagi Skim Bantuan Guaman Syarie Baitulmal antara tiga
terbaik bagi kategori hibrid di Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2019

132 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Program Klinik Guaman
dan Kesedaran Masyarakat

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah menganjurkan pelbagai Program Klinik Guaman dan Kesedaran Masyarakat sepanjang
tempoh lima dekad. Program ini dijadikan sebagai promosi JBG yang bertujuan untuk memberi kesedaran undang-undang
secara menyeluruh yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat awam di seluruh Malaysia. Program ini juga telah
diadakan di beberapa tempat awam seperti pusat membeli-belah dan karnival, penjara dan pusat tahanan kanak-kanak dan
di pejabat-pejabat Kerajaan seperti Pejabat Agama Islam, mahkamah dan Pejabat Daerah. Program Kesedaran Masyarakat
JBG terbahagi kepada beberapa jenis program iaitu Klinik Bantuan Guaman, Promosi di Penjara atau Pusat Tahanan Kanak-
Kanak, Literasi Undang-Undang, Ceramah atau Penerangan Undang-Undang, Promosi di Media Massa dan sebagainya.
Antara program promosi JBG yang telah dijalankan di seluruh Malaysia adalah seperti yang berikut:

Program promosi JBG Perlis sepanjang tahun 2010
di beberapa buah masjid di seluruh Perlis

JABATAN BANTUAN GUAMAN 133
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Klinik Guaman JBG Johor Klinik Guaman JBG Gua Musang Klinik Guaman JBG Langkawi
di Dewan Awam di Kilang Sawit Gua Musang di Dewan Masjid Langkawi
pada 2 April 2011 pada 12 Julai 2011 pada 25 Julai 2011

Program Pameran Sempena “Hari Sejuta Belia” di Putrajaya pada bulan Mei 2012

Klinik Guaman JBG Sibu di Ceramah Kesedaran Undang-Undang
Pusat Penjara Sibu JBG Gua Musang di Surau Kg. Baru Gua

pada 13 Disember 2012 Musang pada 30 Disember 20121

134 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Klinik Bantuan Guaman Sempena Festival Belia 2013 Program Promosi
di Putrajaya pada 23 sehingga 26 Mei 2013 Media Massa JBG Johor
di Radio Johor FM pada

4 Mac 2013

Klinik Bantuan Guaman JBG Terengganu di Mahkamah Syariah Kemaman, Terengganu
pada 23 Februari 2016

Ceramah Undang-Undang JBG Sabah di Dewan Masyarakat Tambunan, Sabah pada 28 Julai 2016

JABATAN BANTUAN GUAMAN 135
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah JBG memberi penerangan
tentang Jabatan Bantuan Guaman di saluran RTM 1 pada 27 Februari 2017

Wakil Ibu Pejabat JBG memberi penerangan tentang pengantaraan sivil dan Syariah
di saluran RTM 1 pada tahun 2017

136 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Program Literasi Undang-Undang JBG Selangor dengan kerjasama
Persatuan Ibu Tunggal Shah Alam (PITSA) di Dewan Anggerik, Shah Alam pada tahun 2018

Program Literasi Undang-Undang Ibu Pejabat JBG dalam Program Hari Terbuka JKSM pada 4 Julai 2019

JABATAN BANTUAN GUAMAN 137
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Klinik Guaman JBG W. Persekutuan Kuala Penerangan Undang-Undang JBG Kelantan Klinik Guaman Ibu Pejabat JBG di Mahkamah
Lumpur di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Syariah Putrajaya
Kelantan pada 10 Mac 2019
pada 11 Januari 2019 pada 30 September 2019

Pameran Jabatan Bantuan Guaman Sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri
di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pada 13 Februari 2020

Ceramah Undang-Undang JBG Sabah di UTC Klinik Guaman JBG Taiping di Lobi Wisma Klinik Guaman JBG Raub di Pejabat Agama
Tawau, Sabah Persekutuan Taiping Islam Daerah Raub, Pahang
pada 30 Oktober 2020
pada 7 September 2020 pada 18 September 2020

138 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Pelan Strategik Jabatan Bantuan Guaman

Pelan Strategik JBG 2014-2018

Pelan Strategik JBG 2014 - 2018 merupakan Pelan Strategik 5 Tahun yang pertama disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman
(JBG). Pelan ini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh MAMPU selaku Agensi yang bertanggungjawab dalam
menentukan Jabatan-jabatan Kerajaan sentiasa kemaskini dengan perkembangan dan cabaran organisasi semasa. Pelan
Strategik Jabatan ini disediakan bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan dan kecemerlangan fungsi serta peranan
JBG yang terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu, Bahagian Sivil, Bahagian Syariah dan Bahagian Khidmat Pengurusan
secara menyeluruh.

Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, JBG telah menggariskan matlamat dan hala tuju Jabatan bagi tempoh di antara
2014 hingga 2018 dengan mendokumentasikan secara terperinci enam Teras Strategik seperti yang berikut:

TERAS TERAS TERAS TERAS TERAS TERAS
STRATEGIK 1 STRATEGIK 2 STRATEGIK 3 STRATEGIK 4 STRATEGIK 5 STRATEGIK 6

Memantapkan dan Meningkatkan Memperkasakan Meningkatkan Memperkasakan Mempertingkatkan
mengoptimumkan khidmat nasihat khidmat bantuan kualiti program usaha dan hasil
kesedaran
keupayaan dalam semua guaman di pengantaraan penyelidikan serta
kapasiti organisasi perkara undang- mahkamah dalam yang berteraskan masyarakat pembangunan
bagi memperkasa semua prosiding profesionalisme bagi melahirkan
undang untuk sebagaimana yang masyarakat yang bagi memastikan
sistem meningkatkan sebagai penyampaian
penyampaian diperuntukkan penyelesaian celik undang- perkhidmatan
perkhidmatan JBG kualiti di bawah Akta alternatif kepada undang dan
perkhidmatan Bantuan Guaman proses litigasi di memudahkan kepada masyarakat
mahkamah akses kepada yang lebih efisien
ke arah 1971, bagi perkhidmatan
meningkatkan menjamin akses dan berkualiti
keyakinan rakyat kepada keadilan bantuan selaras dengan
terhadap sistem dan hak sama guaman ke arah aspirasi jabatan
perundangan kecemerlangan
rata kepada perkhidmatan
negara masyarakat selaras yang berterusan

dengan Perkara
8 Perlembagaan

Persekutuan

JABATAN BANTUAN GUAMAN 139
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Pelan Strategik JBG 2019-2023

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dalam meneruskan kecemerlangan dan tindakan transformasi berterusan telah menggubal
Pelan Strategik 2019-2023. Ia merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik sebelumnya, iaitu Pelan Strategik 2014-
2018. Menyedari kompleksiti permintaan terhadap bantuan guaman yang semakin meningkat, JBG terus komited dan
responsif dengan merangka tiga Teras Strategik seperti yang berikut:

TERAS STRATEGIK 1 TERAS STRATEGIK 2 TERAS STRATEGIK 3

Memperkasa perkhidmatan bantuan Memantapkan tadbir urus, keupayaan Memperkukuhkan sistem aplikasi
guaman bagi menjamin akses kepada dan kapasiti warga Jabatan ke arah dan perkongsian maklumat untuk
kecemerlangan Organisasi
keadilan penyampaian yang berkesan

STRATEGI 1 TERAS STRATEGIK 1
Program 1 Memantapkan khidmat bantuan guaman
Program 2 Mewujudkan Bank Pliding
Program 3 Mewujudkan Garis Panduan Pengendalian Kes
Program 4 Meluaskan Bidang Kuasa Bantuan Guaman Mengikut Keperluan Semasa (Peluasan Pindaan Jadual)
Program 5 Semakan Semula SOP Pengantaraan dan Pendamping Keluarga
STRATEGI 2 Mewujudkan SOP Peguam Panel dan Manual Peguam Panel
Program 1 Meluaskan Kolaborasi Dengan Rakan Strategik
Mengadakan Kolaborasi dengan Agensi-agensi Yang Berkaitan Bagi Memperkasakan Perkhidmatan Bantuan Guaman (Promosi/
Program 2 Konvensyen/ Seminar)
Program 3 Membudayakan Perkhidmatan Bantuan Pro Bono Melalui Program Kesedaran Pro Bono di Kalangan Pelajar Undang-Undang
Program 4 Memperluaskan Penglibatan dan Perkhidmatan Peguam Panel
Membudayakan Perkhidmatan Bantuan Guaman Secara Pro Bono di Kalangan Peguam Panel
STRATEGI 1
Program 1 TERAS STRATEGIK 2
Program 2 Pemerkasaan Kemahiran dan Profesionalisme Pegawai/ Kakitangan JBG
STRATEGI 2 Pembangunan Kompetensi
Program 1 Program Peningkatan Kompetensi Warga JBG
Program 2 Pembentukan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi
Program 3 Program Perubahan Budaya Kerja
STRATEGI 3 Penilaian Maklum Balas
Program 1 Memberi Pengiktirafan Kepada Negeri/ Cawangan/ Pegawai/ Kakitangan Yang Cemerlang
Program 2 Mewujudkan Suasana Kerja Yang Kondusif Berdasarkan Benchmark Yang Tertentu
STRATEGI 4 Meningkatkan Prasarana dan Fasiliti Pejabat
Program 1 Memperkasakan Penyelenggaraan Aset Jabatan
Program 2 Pemerkasaan Tadbir Urus Secara Menyeluruh
Program Pemantauan
STRATEGI 1 Penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS)
Program 1
Program 2 TERAS STRATEGIK 3
STRATEGI 2 Menambah Baik Sistem Pengurusan Kes Sedia Ada
Program 1 Kajian Penambahbaikan Sistem Sedia Ada
Program 2 Tindakan Pelaksanaan Penambahbaikan
Program 3 Memantapkan Aplikasi dan Penggunaan Sistem
Fasa 1 : Kajian Keperluan Pengguna (User Requirement)
Fasa 2 : Pembangunan Sistem
Fasa 3 : Penggunaan Sistem

140 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

JABATAN BANTUAN GUAMAN 141
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

BAB 4

PENGALAMAN DAN PENGHARGAAN

Coretan Pengalaman Pegawai dan Kakitangan

Ucapan Penghargaan Daripada Pelanggan
Ucapan Penghargaan Daripada Agensi/Jabatan Kerajaan

142 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

Y.A. Datuk Seri Haji Mohd. Zawawi bin Salleh
‘Pelajar Sekolah Pondok Kini Hakim Mahkamah Persekutuan’

Pasukan Sidang Redaksi amat bertuah kerana telah diberikan kesempatan dan ruang untuk menemu bual seorang figura
yang pernah menjadi pemimpin di Biro
Bantuan Guaman (BBG) bermula dari 1
Ogos 1996 hingga 30 September 1997, Datuk
Seri Haji Mohd. Zawawi bin Salleh yang
kini bergelar seorang Hakim Mahkamah
Persekutuan yang berkhidmat di Istana
Kehakiman, Putrajaya. Tatkala perasaan
yang bercampur baur mengatur langkah di
antara pintu-pintu kamar hakim bak istana
di zaman pertengahan itu, mata kami terus
dijamu dengan nama-nama tersohor dalam
arena sistem pengadilan negara yang terukir
indah bersebelahan setiap pintu kayu berona
gelap yang berada di aras paling tinggi Istana
Kehakiman tersebut.

Selangkah memasuki ruang kamar figura
ini kami disapa lembut dan cukup mesra
oleh figura ini yang jelas menunjukkan
personalitinya yang bersahaja dan down to
earth. Beliau yang sedang fokus mentelaah
sesuatu pada masa itu dengan segera
melepaskan buku dari genggamannya lalu
bingkas meninggalkan kerusi dan meja
pejabat sambil mengukir senyuman dan terus
menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

Perwatakan bersahaja dan sapaan mesra
daripada figura ini membuatkan kami
hilang rasa gugup dan cukup selesa untuk

JABATAN BANTUAN GUAMAN 143
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

menjalankan tugasan kami selanjutnya. Mata kami terus meliar dan memburu ke beberapa sudut yang sesuai dalam kamar
itu untuk mendapatkan kedudukan yang menarik bagi sesi fotografi bersama figura kali ini. Tempoh perkhidmatan selama
setahun di BBG walaupun singkat, figura kali ini mendapati terlalu banyak kenangan dan rasa sangat bertuah kerana beliau
dapat berkhidmat dan mencurahkan bakti di suatu jabatan Kerajaan yang menyediakan dan menyalurkan perkhidmatan
bantuan guaman secara terus kepada masyarakat.

Beliau berkata BBG menempatkan pegawai daripada dua aliran perundangan yang berlainan iaitu sivil dan Syariah. Kelainan
inilah yang menjadikan organisasi ini unik dan berbeza jika hendak dibandingkan dengan agensi Kerajaan yang lain yang
wujud pada masa itu. Ujarnya lagi, perkara ini juga menjadikan BBG suatu pasukan yang mantap dalam menyalurkan
perkhidmatan kepada rakyat yang menghadapi pelbagai jenis isu undang-undang.

Selain daripada itu, keunikan yang ada pada BBG itu dapat memberikan warna dan mencorakkan persekitaran pembelajaran
yang sihat apabila pegawai-pegawai daripada aliran sivil dapat mempelajari sesuatu yang lain tentang perkara syariah dan
begitu juga pegawai syariah dapat memahami dan meluaskan pengetahuan dalam perkara perundangan sivil di bawah
satu bumbung organisasi yang sama.

Ujar beliau lagi, tidak keterlaluan untuk dicadangkan bahawa aspek integrasi pegawai-pegawai ini wajar dilakukan dan
diperluaskan lagi di jabatan-jabatan Kerajaan yang lain kerana ini adalah suatu yang baik dan dapat memberikan manfaat
besar kepada masyarakat di luar sana.

Cabaran Paling Besar Ketika Berkhidmat di BBG

Beliau berpandangan cabaran terbesar yang dihadapi ketika memimpin BBG pada ketika itu adalah untuk mempersiapkan
pegawai dengan ilmu undang-undang dan untuk menyalurkan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat. Cuba untuk
mengingati kembali jumlah keseluruhan pegawai BBG pada ketika itu adalah dalam lingkungan 170 orang seluruh Malaysia
sahaja jika hendak dibandingkan jumlah kekuatan anggotanya sekarang.

Tidak seperti apa yang ada pada hari ini, media sosial banyak membantu para pegawai untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan serta membuat rujukan. Pada masa yang sama medium seperti internet dan media massa kini memudahkan
jabatan-jabatan Kerajaan untuk menyalurkan apa jua perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.

Beliau cukup terkilan dengan sikap segelintir pegawai BBG yang tidak memandang serius dan merebut peluang untuk
belajar dan berusaha untuk mendalami khususnya dalam perkara asas undang-undang, sama ada dalam perkara sivil atau
Syariah. Kelemahan untuk memahami dan betul-betul mengetahui tentang sesuatu perkara atau isu akan menyebabkan
mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dikemukakan oleh
pelanggan yang datang di BBG dengan baik.

144 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Untuk membantu dan membendung masalah ini dari berlarutan beliau juga telah memulakan usaha untuk diadakan
latihan dan kursus asas undang-undang bukan sahaja kepada pegawai undang-undang malahan dari kalangan pegawai di
bahagian pentadbiran. Hasrat beliau adalah supaya semua pegawai yang berkhidmat di BBG mengetahui dan memahami
aspek perkhidmatan serta proses yang betul yang disediakan oleh jabatan.

Selain daripada mendalami ilmu undang-undang, pegawai-pegawai seharusnya menghayati dan menanamkan misi dan
falsafah sebenar jabatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang rata-rata kurang memahami
perihal perundangan.

Kami turut mengupas kejayaan figura ini untuk mengambil langkah proaktif ketika di BBG dengan mengarahkan semua
cawangan BBG pada masa itu untuk mengupas isu dan topik asas bagi perkhidmatan yang disediakan melalui penerbitan
risalah-risalah.

Keazaman dan kesungguhan beliau dalam menerbitkan risalah-risalah BBG yang mengandungi aspek undang-undang asas
perkhidmatan BBG ini dijadikan legasi yang kekal sehingga ke hari ini dan masih diulang cetak dengan pindaan mengikut
kesesuaian perundangan dan dasar semasa Jabatan. Malahan risalah yang sama turut diedarkan kepada pelanggan Jabatan
semasa aktiviti promosi dijalankan bagi tujuan hebahan dan pemakluman mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Jabatan ini.

Bercakap tentang perkhidmatan yang disediakan di BBG juga, beliau terpanggil untuk mengulas kepentingan khidmat
pengantaraan yang dirasakan perlu dan wajar untuk diperkasakan jika ia telah diwujudkan dan perlu diadakan sekiranya
belum diwujudkan lagi ketika ini. Jabatan Bantuan Guaman hari ini sepatutnya mewujudkan bahagian khusus yang
mengawal selia khidmat pengantaraan bagi kes-kes tertentu. Mengambil contoh pendekatan pelaksanaan sulh yang telah
diperkenalkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah. Beliau
secara peribadi merasakan mahkamah adalah tempat terakhir untuk pihak-pihak menyelesaikan sebarang pertikaian. Pada
masa yang sama, mahkamah tidak akan terbeban dengan lambakan kes yang boleh diselesaikan dengan jalan penyelesaian
di luar mahkamah.

Program Akar Umbi

Selain daripada penerbitan risalah-risalah yang mengupas isu pelanggan dan hebahan mengenai perkhidmatan yang
disediakan oleh BBG, beliau juga telah memulakan Program Pemimpin Akar Umbi.

Prinsip dan Falsafah Hidup

Beliau yang berpegang teguh kepada prinsip berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing, ke lurah sama dituruni dan ke
gunung sama didaki diterjemahkan melalui amalan bergotong-royong dan bersesama dalam menerajui sesuatu organisasi.
Figura ini sentiasa terbuka kepada pandangan, kritikan dan membuat keputusan bersandarkan kepada kemuafakatan.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 145
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Selalunya keputusan beliau yang diambil juga sebenarnya merupakan suatu keputusan yang kolektif dan sebulat suara
yang tidak bersifat mementingkan diri sendiri.

Usaha Tangga Kejayaan

Tidak lokek untuk berkongsi detik-detik manis dan sesekali mengukir senyuman di wajah figura ini, kami dihiburkan
dengan selingan kisah lucu dan pengalaman ketika beliau berkhidmat di BBG. Kisah-kisah pelanggan yang hadir untuk
mendapatkan nasihat di BBG sesekali menjadi kenangan terindah yang dapat diceritakan kepada kami dan diselang seli
dengan gelak ketawa jelas memecahkan kesunyian kamar beliau pada hari itu. Figura ini cukup teruja dengan kisah silam
yang banyak mengajar beliau tentang erti hidup dan kehidupan. Berkesempatan untuk mendengar nasihat yang sangat
berguna itu merupakan suatu pegangan dan molek dijadikan panduan yang baik apatah lagi ia datang daripada seorang
pemimpin dan figura yang hebat dalam negara.

Pasukan Sidang Redaksi kemudiannya terus dibawa ke zaman pendidikan awal beliau yang mana zaman persekolahannya
bermula di sekolah pondok dengan aliran agama. Fasih berbahasa Arab, bersekolah pondok serta latar belakang keluarga
yang mengharapkan beliau untuk menjadi seorang mufti suatu ketika dahulu bukanlah penghalang beliau untuk tidak terus
berjaya dalam arus akademik perdana. Tekad dengan keputusan untuk mengubah nasib dan mencabar diri untuk menjadi
orang yang berjaya beliau telah menyambung pelajarannya di Sekolah Alam Shah, Cheras dan seterusnya melanjutkan
pelajarannya di University of Bristol, England.

Tidak cukup dengan kisah mengharungi zaman pendidikan beliau, kami turut diceritakan pengalaman tatkala menggalas
beberapa jawatan penting khususnya di Jabatan Peguam Negara. Pernah menyandang beberapa jawatan penting di situ
sebelum dilantik menjadi Pengarah di BBG sekitar tahun 1996.

Peranan beliau ketika memimpin BBG turut mencetuskan semangat dan idea untuk menyarankan pihak Jabatan Peguam
Negara untuk menggalakkan pegawai-pegawai muda yang baharu menyertai dalam perkhidmatan kehakiman dan
perundangan ditempatkan di BBG. Pegawai baharu ini akan memperoleh pengalaman, pendedahan dalam aspek untuk
membantu pelanggan jabatan dan seterusnya memajukan diri dalam pembangunan kerjaya masing-masing.

Teringatkan impian keluarga yang menghendaki figura ini untuk bergelar seorang mufti dalam negara beliau masih
mengekalkan ciri-ciri pemimpin muslim sejati dalam setiap tutur kata dan sikap positif yang beliau tunjukkan dalam diri
figura hebat ini.

Satu demi satu nasihat yang kami dengar figura ini jelas mempamerkan kerendahan diri di samping ketinggian budi beliau
dan mengakhiri sesi temu bual hari itu dengan menasihati kami dalam nada lembut tetapi sangat mendalam bahawa
respect is earned, not given and cannot be demanded. You cannot force people to respect you just because you want them to. Kata-kata
itu mengakhiri perbualan kami dengan Y.A. Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh sebelum kami mengucapkan jutaan

terima kasih atas kesudian beliau untuk menerima kunjungan Pasukan Sidang Redaksi untuk sesi temu bual ini.

146 JABATAN BANTUAN GUAMAN
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

YBhg. Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab
Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)

Perkhidmatan YBhg. Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab
di Biro Bantuan Guaman (BBG) bermula sebagai Peguam
Syarie di BBG Kelantan pada tahun 2003 dan BBG Terengganu
pada tahun 2007 dan kemudiannya sebagai Timbalan Ketua
Pengarah (Syariah) di Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman
(JBG) Putrajaya pada pertengahan tahun 2017.

YBhg. Dato’adalah merupakan individu yang bertanggungjawab
menggerakkan usaha sama kolaborasi di antara JBG dengan
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat
Negeri (LZN) bagi mengendalikan kes Syariah bagi golongan
asnaf melalui sumbangan dana yang disediakan. YBhg. Dato’
berasa sangat bersyukur kepada JBG kerana membuka peluang
untuk beliau menggerakkan banyak perkara sepanjang beliau
berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Syariah).
Menurut YBhg. Dato’, sebarang usaha yang dilaksanakan
tidak akan mendatangkan hasil yang lumayan terbaik untuk
dikenang tanpa bantuan dan kerjasama yang baik daripada
kumpulan kerja daripada Bahagian Syariah JBG dan seluruh
warga kerja JBG.

Hubungan baik YBhg. Dato’ dengan rakan perkhidmatan
sekerja dan pihak Pengurusan Tertinggi JBG telah membuahkan
hasil yang amat positif. Bagi memastikan kejayaan kolaborasi di
antara JBG dengan MAIN dan LZN tercapai, YBhg. Dato’ telah
menjelajah ke serata negeri dengan membawa idea kolaborasi
sehingga berjaya meningkatkan sumbangan dana dalam Akaun
Amanah Bantuan Guaman ketika itu.

Sepanjang tempoh perkhidmatan YBhg. Dato’ sebagai Peguam Syarie di BBG/JBG, banyak pengalaman yang telah beliau
lalui yang berkait rapat dengan cara pengendalian kes khususnya prosedur menyoal pelanggan yang menjadi saksi di
mahkamah, selain berganding bahu dengan Pengarah Negeri bagi mengendalikan kes Syariah di Mahkamah Syariah
dan menyoal balas pihak lawan. Pengalaman sebagai Ketua Pendakwa Syarie sebelum menyertai BBG/JBG juga banyak
membantu YBhg. Dato’ dalam menjalankan tugas.

JABATAN BANTUAN GUAMAN 147
TRANSFORMASI BANTUAN GUAMAN 5 DEKAD (1970-2020)

Coretan Pengalaman
Pegawai dan Kakitangan

Puan Wan Suhaila binti Mohd
Mantan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Pahang

Puan Wan Suhaila binti Mohd telah bertugas sebagai Pengarah Jabatan
Bantuan Guaman (JBG) Pahang daripada 16 November 2015 hingga 14
Jun 2021.

Sepanjang berkhidmat di JBG, banyak pengalaman yang telah beliau
peroleh terutamanya berkaitan cabaran dalam proses mengendalikan
emosi dan karenah pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat
nasihat guaman. Ini adalah kerana pelanggan yang hadir terdiri
daripada masyarakat yang pelbagai. Menurut Puan Wan Suhaila, beliau
terlebih dahulu perlu menjadi pendengar yang baik untuk memahami
isu-isu yang dikemukakan, dan ini memerlukan teknik serta kemahiran
yang tertentu. Selain itu, pengetahuan undang-undang yang luas adalah
juga penting memandangkan khidmat nasihat guaman yang dipohon
oleh para pelanggan merangkumi semua aspek perundangan. Jalinan
hubungan kerja yang baik di antara JBG dengan pihak mahkamah dan
Kerajaan Negeri, secara tidak langsung, turut mempromosikan Jabatan
ini kepada pihak berwajib di negeri Pahang.

Puan Wan Suhaila seterusnya mengatakan bahawa, secara jujurnya,
beliau telah menimba pengalaman yang amat bernilai yang tidak
boleh diperoleh di tempat lain sepanjang tempoh berkhidmat di JBG.
Menceritakan pengalaman manis ketika bertugas di JBG, antaranya,
adalah apabila beliau berjaya menyatukan semula perkahwinan
pelanggan yang hampir bercerai. Di dalam kes tersebut, pelanggan
bersama pasangannya pernah merujuk perkahwinan mereka kepada
pihak pejabat agama untuk tujuan kaunseling tetapi gagal mendapatkan
kata sepakat. Ternyata khidmat nasihat yang diberikan oleh Puan Wan
Suhaila telah berjaya mendamaikan pasangan tersebut untuk kedua-
duanya kembali hidup bersama.

Adalah menjadi harapan Puan Wan Suhaila agar JBG dapat memperluaskan lagi skop bidang kuasanya kerana beliau
percaya pegawai JBG yang berkhidmat di Jabatan ini mempunyai kepakaran untuk memberikan khidmat nasihat
guaman dan khidmat bantuan guaman yang terbaik lagi berkualiti kepada warganegara Malaysia yang layak dan kurang
berkemampuan.


Click to View FlipBook Version