The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yanaazman2006, 2022-06-11 10:12:35

alifahazman's folio bm

alifahazman's folio bm

KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON

DI MALAYSIA

NAMA : NUR ALIFAH ILYANA BINTI AZMAN
NO MAKTAB : PB190016

HOMEROOM : CIKGU FATEHA
NAMA GURU : PUAN SITI NORAKMA BINTI MUHAMMAD

ARIFFIN

ISI
KANDUNGAN

□ Penghargaan
□ Leftenan Adnan Wira Bangsa
□ Di Sebalik Dinara
□ Jendela Menghadap Jalan
□ Pantai Kasih
□ Songket Berbenang Emas
□ Tirani
□ Bimasakti Menari
□ Silir Daksina

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu , saya ingin bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya saya
dapat menyiapkan folio yang telah saya usahakan pada masa yang telah ditetapkan .

Saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada guru - guru Bahasa Melayu saya , Cikgu Siti Norakma Binti Muhammad
Ariffin dan Cikgu Shurdi Bin Shuib kerana banyak menolong saya untuk menyiapkan
folio ini . Saya juga sangat menghargai jasa kesemua guru Bhasa Melayu kerana tidak
pernah jemu untuk memberikan bimbangan , nasihat dan tunjuk ajar kepada saya.
Tanpa dorongan mereka , folio ini mungkin tidak akan lengkap .

Seterusnya , ucapan terima kasih juga ditunjukan kepada kedua ibu bapa yang
saya hormati dan sayangi selama – lamanya . Mereka sentiasa memberi semangat
kepada saya dan sentiasa ada dengan saya pada waktu susah atau senang . Terima
kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya kerana telah
memberikan kemudahan gajet untuk saya gunakan .

Tidak lupa juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang sama – sama berhempas
pulas dalam menyempurnakan folio masing – masing . Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan .

Akhir kata , saya juga berterima kasih kepada mana – mana pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan
folio ini . Saya amat menghargai jasa mereka .

LEFTENAN ADNAN
WIRA BANGSA KARYA
ABDUL LATIP TALIB

Pengenalan Abdul Latip bin Talib /
Pak Latip
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberanian
dan keperwiraan seorang anggota tentera Melayu dalam

mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa asing

. Leftenan Adnan Bin Saidi telah menunjukkan keberanian

dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongan daripada

bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti

apabila beliau berjuang menentang musuh hingga

penghujung nyawa.

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu

menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang

hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7

pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang

dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara

pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan

Adnan Bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang

sehinnga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan

Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan

keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga

ke hujung nyawa. Biografi penulis

Nama diberi Abdul Latip bin Talib atau Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis
sajak, cerpen, rencana, drama televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa
telah diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah dengan
Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen
Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan dan banyak lagi. Dalam
senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki tempat pertama dalam
senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang
telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang Benar, Khalifah-khalifah yang Benardan Perang-perang yang Benar
telah mencecah lebih sejuta ringgit. Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-
kerja kebajikan dan kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif.
Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat dan peminat beliau untuk
menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja. Antara bantuan yang dihulurkan melalui dana
yang dikumpul adalah bantuan persekolahan, elaun kepada guru-guru, menderma naskhah-naskhah Al-Quran
serta membina perigi di kampung Trapiang Bralit dan Ratanatkiri, Kemboja.

Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit

SINOPSIS
KESELURUHAN

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk
7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang
dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan
Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga
ke hujung nyawa.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1 : Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan
(yang masih kecil) bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat
gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Yangsulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad
dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu
membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya
pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.
Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan
cerita itu kerana sentimen‘siapa yang menentang Inggeris
adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British)
tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka
mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi
daripada Tanah Melayu

Bab 2 : Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang
Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai
Ramal Dalam bersama-sama empat orang
sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke
angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk
kampung yang terbunuh manakala rumah pula
banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi
perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas
tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya,
setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Bab 3 : Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya
selepas mendengar deringan bunyi loceng basikalnya. Pak
Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh
anak-anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah.
Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman.
Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama
adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan
biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak
mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap
kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-
anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah
dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya
membuat senapang kayu pula.

Bab T4 a:nDah PusuenrkDubuurraiann Di

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran
Tanah Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada
tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu
bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang
dermawan menyebabkan orang kampung menynanginya. Apabila tiba
musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada
penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawaasal usul dia dan
ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan
bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang
British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke
India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan
menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang
penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Bab 5 : Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan
hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju
kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi.
Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu
berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan
tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan
zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang
setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-
anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya
dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi

Bab 6 : Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung
yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad
namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang
berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput
anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak
Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetap mengajar
anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang
kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang
miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang
dikatakan oleh orang lain.

Bab 7 : Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung
tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan
kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya
bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih
berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang
baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-
buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan
anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal
ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi

Bab 8 : Seteduh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar
anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari
bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun
dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi
menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk berjaya
sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi
dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi
menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang
mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah
bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun
tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9K: Aampnuankg - Anak

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia
belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia
lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi
malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad
dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya
dapat mempertahankan negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi
oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu
lari lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya
mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang
sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang
pada malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian
atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan
kepada Cikgu Anderson.

Bab 10 : MBaasuhkarJu awi Basikal

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal
baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila
dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka
Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal
baharu.




Bab 11 : Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan
perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa
Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-
rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.
Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan
semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak
Milah bangga dengan semnangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak
Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-
kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya
Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat
tempat ketiga.

Bab 12 : Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak
berpuas hati. Mereka mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal
dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan
oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan
Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan
fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan
Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak
Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana
masih mendengar pesan ayahnya.

Bab 13 : Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula
pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda
terutama dalam kalangan guru-guru.

Bab 14 :DAiraskjaar Melayu

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus
menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah

Bab 15 : Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem

latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori

barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah

diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang

ke rumahnya Bab 16 : Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal

dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan

kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih sebagai

rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.

Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara

perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan

telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah.

Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat

menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang

telah lama ditinggalkan.

Bab 17 : Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut
terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian,
Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan
Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama
Sophia Pakih Muda

Bab 18 : KBamerphuanrgi Raya Di

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di
Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

Bab 19 : Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia II dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka
di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu
dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang
sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia
dan berjaga-jaga.

Bab 20 : Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Merekapun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak berjaya
mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan
kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila
mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam
keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk
meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.

Bab 21 : Di Ambang Perang

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di Bukit
Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan
pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah
hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak
tiga buah kapal dilautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk
berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan
Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan
Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia
yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib
Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 22 : Hati - Hati Yang Resah

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-
rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad .

Bab 23 : Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar
Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah
juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga-tiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun
ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat
kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-
sungguh demi tanah air

Bab 24 M: Peenrgaenngakap Tidak

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra
mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat ituditerangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
"Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh
kekuatan sehinggakan orang-orang kamiterbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di
pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan
serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai
kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan
penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai
terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke
hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan
supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur .

Bab 25 :MGaatgaadlonrya Operasi

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun
pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani .

Bab 26 : Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam
masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke
Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak
Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap
dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival
memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun.
Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12
Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun
menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah
sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera
Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri
untuk memberikan laluan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang
dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan.
Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban
di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan
memikirkan nasib suaminya.

Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gempar dengan kehadiran ramai tentera
Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan
berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera
Jepun berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.Hal ini memberikan
tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-
Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan
sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang.
Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun.
Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.
Jeneral Yamashita menghantar 13 000 orang tentera elitnya bagi melakukan
pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral
Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak
di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang
Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British
terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke
Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera
Berikat semakin lemah. Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat
untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan aggotanya
tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang
tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29 : Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentanghebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30 : Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh,mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar
apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anngotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal inimenimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa

Bab 31 : Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba
dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudiankapal terbang Jepun
menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih
kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana
musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia.
Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan
memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji
Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32 : Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangandan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran
berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak
musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera
parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang
sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang
orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana
keberaniannya menentangmusuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana
meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris
panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di
bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok
tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa

SingaDua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British
menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal
berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai
sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat
tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34 : Darah Mengalir Di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka yang berdendam dengan Leftenan Adnan mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi
penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka
menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Akhirnya tentera Jepun berjaya sampai ke rumah
Pak Saidi. Di halaman rumah, Pak Saidi berhadapan dengan tentera dengan menggunakan
kerisnya. Sebelum meninggal dunia dibunuh oleh tentera Jepun, Pak Saidi berjaya membunuh
dua orang askar Jepun. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak
muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi
alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji
lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos
1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British.
Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan
sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk
menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan
tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka
berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap
penyakit leukimia.

KEKUATAN

Terdapat beberapa kekuatan yang menyebabkan novel ini menjadi menarik .
Antaranya, penulis novel ini banyak menekankan sikap kasih sayang seorang ayah
terhadap anak - anaknya. Sebagai contoh, Pak Saidi sanggup mengayuh basikal setiap
pagi untuk menghantar anaknya ke sekolah supaya anaknya menjadi orang yang
berpelajaran. Dengan ini, kita dapat sedari bahawa impian seorang ayah adalah mahu
melihat anak - anaknya berjaya. Selain itu, novel ini juga mempunyai aura yang bagus
kerana banyak menekankan sikap bersungguh - sungguh. Seterusnya , generasi pada
masa kini dapat mengetahui segala pengorbanan dan sedar betapa susahnya untuk
merdekakan tanah air tercinta. Pada waktu yang sama, generasi masa kini dapat
mengenang jasa pejuang - pejuang tersebut . Lebih - lebih lagi novel ini juga banyak
memupuk semangat cinta akan negara dan semangat patriotism. Akhir sekali, novel
ini banyak menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah tanah melayu .

KEKURANGAN

Umum mengetahui bahawa setiap perkara pasti ada kekurangannya,begitulah
juga novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini. Pada pandangan saya, novel ini
banyak mengaitkan dengan isu pembunuhan . Kita memang tidak boleh lari dari
kebenaran di mana novel ini berkaitan dengan peperangan sudah tentu banyak
dengan pembunuhan dan perkara - perkara yang kejam. Dalam konteks ini,
penulis tidak bersalah untuk mengeluarkan novel seperti ini tetapi yang menjadi
isunya adalah pembaca novel ini rata - rata pelajar sekolah. Mungkin terdapat
pelajar yang akan salah faham lalu menujukkan adegan yang tidak diingini
berlaku. Selain itu, novel ini kurang menunjukkan sikap kerjasama antara
masyarakat jika ingin dibandingkan dengan Novel Jendela Menghadap Jalan.
Daripada perspektif yang berbeza, pada pandangan saya novel ini mempunyai
terlalu banyak bab . Hal ini tidak akan menjadi masalah kepada ulat buku ,
walaubagaimanapun masih terdapat pelajar - pelajar yang tidak boleh fokus
dengan ayat dan jana ceritayang panjang. Kemudian, novel ini mempunyai
pengakhiran yang tergantung. Akhir sekali, novel ini mempunyai watak yang
serius dan menyebabkan ianya agak bosan.

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan terhadap novel ini. Penulis perlulah kurangkan ayat - ayat yang negatif
seperti ayat - ayat yang melibatkan pembunuhan. Selain itu, penulis juga boleh
menambahkan lagi ideayang melibatkan nilai - nilai murni dengan lebih banyak.
Kemudian, meringkaskan cerita supaya tidak panjang dan mudah difahami. Lebih
- lebih lagi , penulis perlu memperbaiki pengakhiran novel supaya lebih menarik.
Akhir sekali, penulis boleh melibatkan tikah laku dan adegan yang menarik dalam
hidup watak utama di dunia nyata kerana novel ini berkaitan dengan sejarah dan
novel ini fiksyen.

DI SEBALIK DINARA
KARYA DAYANG NOOR

Pengenalan Dayang Noor

Novel ini mengisahkan sebuah Biografi penulis
persaingan dalam penciptaan sains
dan teknologi. Pada awalnya Karl Nama sebenar Dayang Noor adalah Nor Aziza binti
dapat menerima Medina@Marilyn Sulaiman. Beliau berijazah Kejuteraan ( Elektronik
sebagai pembantu penyelidiknya. dan Komputer ) di UPM. Dayang Noor
Tetapi apabila dia berasakan berpengalaman bekerja dalam bidang IT selama 15
Marilyn lebih hebat daripadanya, tahun. Beliau juga mengajar di Sekolah
dia mula merancang sesuatu untuk Kebangsaan Kerayong , Triang , Pahang dan
melenyapkan pesaingnya itu. Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor
Marilyn dijadikan bahan uji kaji Bahru(Aliran Sains)
sehingga akhirnya dia menjadi
gila. Walaupun dikatakan gila oleh
kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk
menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan
akhirnya dapat menyebarkan virus
ke dalam sistem komunikasi
terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara

Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit

SINOPSIS
KESELURUHAN

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah
mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem
itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada
pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini
kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang
penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan.
Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti.
Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi
Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi
berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan
Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika
makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-
tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar. Semasa
meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman,
Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu
memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis
dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat
tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai. Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida
untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya.
Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida
mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat
daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan
Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah
sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit
walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn
kegembiraan.

SINOPSIS
KESELURUHAN

Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal. Di hospital, Azraai
memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah
menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus
yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam
perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya.
Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul
Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan
agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia
selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala.
Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon,
Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr.
Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table.
Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir.
Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar,
dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram
terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas

Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang berbicara dengan

seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi beberapa kali. Suara

wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya.

Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta untuk

duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak matanya terlalu

berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan begitu

aneh. Lelaki itu perasan Farisha sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan

itu sebenarnya pusat kawalan elektroniknya.

Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintarnya

namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah agak

berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi teman serumahnya,

Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh abang Farisha ,

Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan menyambungkan interkom rumahnya

dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh kecil. Bab 2

Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta
Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat simposium itu,
Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot penyambut tetamu membawa
Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium sudah bersedia mendengar ucaptama.
Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak
terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman.
Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia
perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu.
Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha untuk menulis
alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos ruang minda Farisha.
Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya berdenyut-denyut.

Bab 3

Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi
bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan
masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang
kali kerana tidak percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.
Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang
ditawarkan. Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ.
Farisha diberikan projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat
minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab. Farisha
berasa agak musykil dengan tawaran tersebut dan meminta masa untuk mempertimbangkan
tawaran tersebut.
Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl
terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan
dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun
menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan projek
penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang akan digodam oleh
Farisha.

Bab 4

Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek
mini di Soft Lab. Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut
cabaran tawaran tersebut. Esoknya Farisha ke Soft lab bersama teman
serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji di tempat yang sama.
Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat
Farisha di Soft Lab. Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang
disediakan sungguh di luar jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan
dengan sesi penerangan tentang projek yang akan dijalankan oleh
Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah
hari, Shida berjumpa Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas
untuk menulis rencana dan biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu.
Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan
berbincang di bilik perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan
tentang Shida dan Aqram memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi
terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi menyatakan Shida perlu berada
bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi ‘back up’ jika
sesuatu terjadi kepada Farisha.

Bab 5

Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia
membawa Farisha ke pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di
pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar pembentangan Alia
yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Farisha berasa
kagum dan hairan kerana dia tidak nampak Alia mengerdipkan mata
sejak tadi.
Sewaktu makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar
cerita tentang pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada
menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya agak pelik
terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin Alia ada
membuat pembedahan plastik. Farisha menegur mulut celupar Shida.
Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan
dengan Aqram. Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid kepada
Farisha, tetapi hanya satu sahaja yang sempat diterangkan. Farisha
menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan
kelemahan Dinara.

Bab 6

Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak,
burung hering dan harimau bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa
pening. Alia menawarkan diri untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di kerusi
dan Alia mengurut kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai Farisha dan
akhirnya dia terlelap.
Ketika itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri
dan kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang
lain Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar
yang memancarkan imej Farisha dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi secara
bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika itu Alia mendengus dan terjerit pekik
tidak puas hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya. Akhirnya
Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri tegak dan
kaku.

Bab 7

Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka bertiga
membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft Lab. Shida sangat
diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-undang. Perbincangan terpaksa ditamatkan kerana
Farisha sakit kepala.
Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan malam. Farisha
menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas makan malam, Azraai memberitahu ada
dua berita penting yang ingin disampaikan kepada adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis
apabila mengetahui abangnya merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit jantung.
Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia mendapat tahu yang dia hanyalah anak
angkat. Abang Azraai memberikan satu fail plastik mengandungi dokumen penting tentang latar
belakang Farisha. Sepanjang malam Farisha menangis dan tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8

Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa Farisha ke
hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha sakit. Shida
terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit.
Pesanan ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di hospital
beberapa hari. Aqram menyimpan telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk
diam dan berpandangan sesama sendiri sambil menanti kepulangan Dr Maxi.
Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa tentang
penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha mengandung. Shida tergelak kerana Farisha
belum berkahwin dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba Shida teringat projek mini Farisha yang
mungkin terlepas ke tangan orang lain.

Bab 9

Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin Farisha keletihan
selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula memikirkan Plan B. Shida akan
menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak
sebagus Farisha.
Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah utama ialah cara
mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan Shida. Karl telah menulis amanah, jika
berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang
tertanam di tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu.
Karl menggunakan kaedah itu sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha.Di
rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang ubat-ubatan yang dimakan oleh
Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika
Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba Shida terpandang almari baju. Gerak hatinya
kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik Farisha
tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak fail plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi fail itu
sangat mengejutkan Shida.

Bab 10

Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia
semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk
mengkaji tentang nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan daripada
kebanyakan laporan kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik
kepada Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl. Shida mengeluh.
Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik membaca. Alia memberitahu
Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B. Shida terkejut tetapi tidak bertanya
soalan lagi. Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi sudah menunggu. Belum
sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua belah tangannya ke muka
Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.
Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam 2
petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul 2.30
petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada memanggilnya tadi
ataupun dia bermimpi.
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Dr
Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida akan dibawa ke
alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang mereka saksikan adalah
agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri.
Suis dimatikan dan sesi ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri
dan ke kanan.

Bab 11

Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu kandungnya bernama
Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia
diserahkan dan membesar dalam keluarga Islam.
Perbualan dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam tidurnya. Azraai
terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut
tetapi dia tahu abangnya tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa adiknya jauh dari Kuala
Lumpur. Mungkin ke Kulai.
Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak membenarkan Farisha bertemu dengan ibunya.
Ibu bapa Farisha merupakan orang yang sangat taksub dengan sains dan sanggup mengorbankan anak sendiri
demi sains.
Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan berguling-guling di lantai. Nafasnya
kencang dan matanya terbelalak beberapa ketika. Karl telah menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara
Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat Farisha. Farisha
perlu dibawa segera ke Soft Lab.
Sementara itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya mencara ubat di dalam
begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua lelaki berkaca mata hitam. Azraai terpaksa
membuka cermin tingkap apabila mereka mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu membawa
lari Farisha.

Bab 12

Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk
membantunya. Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada Rosman yang
kebingungan. Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban.
Dua lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan orang
suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta, Farisha masih pengsan. Marilyn cuba
berhubung dengan anaknya secara bawah sedar. Perbualan itu dirakamkan. Dalam
perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya.
Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya
terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan ingatannya
selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya ialah
isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu mengikut Karl
meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat. Walau bagaimanapun, Rusmina
tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan nyawa baharu, wajah baharu dan
personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.

Bab 13

Dr Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram
meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara
Shida dan Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam tubuh
Shida ) minta agar ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk
menghapuskan virus yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas menari-nari
menaipkan beberapa baris program di terminal kawalan Dinara. Belum selesai
tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di muka pintu.
Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut.
Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan
Medina. Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan suara Shida yang
berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu memanggil ibunya ‘
Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah bapa kandung
Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan beberapa kali di dalam
tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki Farisha longlai apabila mengetahui
kebenaran asal usul dirinya.
Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang
mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan
Karl. Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak tahu
Karl sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting,
Farisha minta penjelasan daripada Aqram.

Bab 14

Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan
ayah kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan
aktiviti otaknya semakin menurun. Setiap orang diberikan peluang untuk
bertemu secara berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7 malam, Karl
menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya teresak-esak. Farisha
hanya terkedu.
Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-
puluh orang pekerja Soft Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl
sungguh aneh, walaupun bersaing dan salin mencabar tetapi Medina masih
sayang akan Karl.
Dalam perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida
dan Farisha. Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia
mula berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana
tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram merenung tepat ke mata
Shida dan mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida. Farisha berlari
ketakutan dan mendapatkan Medina.

KEKUATAN

Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini yang boleh kita ambil untuk
dijadikan teladan . Kekuatan yang pertama adalah novel ini telah
menunjukkan banyak sikap kasih sayang seseorang terhadap orang lain.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, walaupun Azraai mengetahui bahawa
Farisha anak angkat keluarganya, tetapi dia masih mengambil berat dan
menyayangi Farisha seperti darah dagingnya sendiri. Selain itu, sikap
ketabahan Farisha juga perlu dicontohi. Sudah terang lagi bersuluh kita
boleh lihat bahawa Farisha tabah menghadapi segala ujian yang dia lalui
seperti diculik oleh ibunya. Dari sudut yang lain, pada pendapat saya, novel
ini dapat mewujudkan nawaitu diri seseorang untuk mempelajari bidang
sains dan komputer dengan lebih mendalam. Dalam meniti arus kemodenan
ini, generasi muda lebih berminat dengan teknologi oleh itu novel ini dapat
membantu mereka untuk lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu
projek. Lain daripada itu, penulis telah menyedarkan kita bahawa janganlah
bersikap pentingkan diri agar tidak menyakitkan perasaan orang di
sekeliling kita. Kekuatan yang terakhir adalah, kita mestilah menggunakan
kemajuan sains dan teknologi dengan cara yang betul agar tidak
memudaratkan orang lain.

KEKURANGAN

Setelah membaca novel Di Sebalik Dinara ini, terdapat beberapa asbab novel
ini ada kekurangan. Kekurangan yang jelas saya lihat adalah pengakhiran
novel ini tergantung. Seperti yang telah dinyatakan di ayat terakhir sinopsis
novel ini di bab 14 , kita boleh lihat dan baca bahawa penulis tidak
menyatakan apa yang akan berlaku kepada Shida. Penulis membuat pembaca
tertanya - tanya apa adakah mereka dapat mengeluarkan Karl dari tubuh
Shida . Selain itu, watak utama di dalam novel ini tidaklah sehebat dengan
watak - watak utama di novel yang lain. Jika dilihat dari sudut lain, kulit
hadapan novel Di Sebalik Dinara ini kurang menarik pandangan masyarakat
untuk membaca . Bagi pandangan saya , kulit hadapannya agak suram dan
kurang kreatif. Maksud suram yang telah saya katakan ini adalah warnanya
iaitu hijau tua dan hitam. Kemudian, novel ini tidak banyak menekankan
nilai - nilai murni yang boleh digunakan untuk masyarakat. Akhir sekali,
bagi pendapat saya, novel ini kekurangan watak .

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
boleh dibaiki oleh penulis. Pertama sekali, memperbaiki pengakhiran novel
supaya lebih jelas dan dapat memuskan hati pembaca. Selain itu, penulis
boleh membuatkan watak utama menjadi lebih menarik . Sebagai contoh
menjadikan watak utama mempunyai pelbagai karakter. Kemudian, penulis
perlulah meminta editor untuk memperbaiki atau memperbaharui kulit
hadapan novel supaya lebih menarik perhatian orang ramai seperti menukar
warna . Seterusnya, penulis haruslah lebih banyakkan nilai - nilai murni
supaya pelajar dapat amalkan. Akhir sekali, untuk menjadikan novel ini
lebih menarik dan hebat, penulis boleh menambahkan watak agar tidak
bosan.

JENDELA MENGHADAP
JALAN KARYA

RUHAINI MAT DARIN

Pengenalan Ruhaini Mat Darin

Kehidupan masyarakat yang
menghadapi pelbagai masalah
diselesaikan dengan cara
bermuafakat.

Biografi penulis

Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota
Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka
melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama
peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya
Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah
2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan
pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala
Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di
tempat kedua.

Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit

SINOPSIS
KESELURUHAN

Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan
nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan. tetapi demi
menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Lili
bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi kisah-kisah
kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan menjawab pertanyaan Lili berkenaan
corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana kampung yang bertentangan
dengan gaya hidup di bandar. Datuk Lili merupakan pengamal rawatan tradisional telah
memanjangkan pertemuan Lili dengan Danel dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama
menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak hari pertama tiba di kampung, Lili disambut dengan isu
memasang kubah surau dan pembinaan masjid dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga
mendengar tentang isu anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah serta gemar
mencuri. Lili memikirkan tentang masalah yang dihadapi Kampung Sentosa dan menyuarakannya
kepada nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa.
Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq yang merupakan anak Che Jah. Lili
telah berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah sebaliknya bersimpati dengan keluarga Che
Jah dan sikap keterbukaan Lili berjaya mengubah pendirian datuk dan neneknya untuk mula
mengambil berat denagn keadaan sekeliling. Cuti ini bermakna kepada Lili kerana pandangannya
diterima oleh datuk dan orang-orang kampung yang lebih dewasa untuk membantu keluarga Che Jah
mendapatkan pengadilan dari segi undang-undang dan isu pemasangan kubah surau. Lili, Geetha dan
Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit. Lili
enggan pulang ke rumahnya kerana gembira dengan pengalaman yang dihadapi. Begitu juga dengan
neneknya yang mulai bercerita tentang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Danel menulis
surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang
ditulisnya .

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke
kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan.
Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan
Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam,
Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka
bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang
pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili
disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya.
Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu
kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman
dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong
menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin
yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat.
Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India,
Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali,
yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan,
tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba
pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila
berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini
saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu
terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas
kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya
bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa
ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa
zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu
agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan
penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili
merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana
William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan
tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid..
Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah
masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan
mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan
oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk
datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik
jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional
diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah
saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih
ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk
tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang
diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel.
Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk
kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi.
Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak
sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun
sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih.
Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air
mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala
dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk
menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa
berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan
antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya.
Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus
bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah
bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama
ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan
penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah
Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat
bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini
tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman
kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya
dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia
ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor
ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan
kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan
bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat.
Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar
Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.

Bab 13

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari
Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih
awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung
bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya
akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh
bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk
menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan
fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang
Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi
terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid
akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya,
Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak
menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya
sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang
kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan
gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-
akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi
belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid
telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan
malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek,
dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan
daun-daun hutan.

Bab 16

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk
dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel
muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek.
Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada
tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di
dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung.
Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia
hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha
dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk
membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili,
terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang
bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka
pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut
apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk
dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-
buahan terutamanya pisang.

Bab 17

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara
besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan
ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan
kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada
peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat
mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada
tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya
seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan
nyamuk.

Bab 18

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini
dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran.
Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas
seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja
Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang
budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali
itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas,
Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili.
Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak
lelaki Che Jah.

Bab 20

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu
sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas
kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri,
hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan
dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah
supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang
akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa
Lili.

Bab 21

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar
berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-
penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap
berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq.
Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat
negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq
adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan
mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah
Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che
Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut
cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar
yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru.
Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga
perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang
dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che
Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar.
Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak
pelawaan itu.

Bab 23

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan
menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.

Bab 24

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat
berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu
kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk
kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut
sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama
ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah
surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini
lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili
perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan
masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada
datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau
ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga
bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang
lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan
tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat
melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah
begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek,
jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur
seminggu lagi.


Click to View FlipBook Version