The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yanaazman2006, 2022-06-11 10:12:35

alifahazman's folio bm

alifahazman's folio bm

SenyBumSabep10ulu:h Ela

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak
beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis
Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengahari bersama
Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda
kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin
rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas
ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada
Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu
yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut
memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu
Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak
mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11 S: Oeberlaanhg Rumah

Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar
kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu
rombongan Datuk Yasser akan datang merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada
di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda.
Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis
pertunangan itu nanti.

Bab 12 : Bidadari Dari Langit

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan
mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya
pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya
masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui
telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda
menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema. Rentetan daripada
itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya
tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangna, Waheda
berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus
ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13S: Memulaati Hidup

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai
RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda
yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada
itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid
yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi
Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya
tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana
dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu
mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda
berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar
menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir
dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk
menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah.
Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi
yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana
proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi.
Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.Sesampainya
Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid
bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut
berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14P:utBeri agaikan

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan
menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara
mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari
berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan
majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua
keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15 : Hidup Ranggi

Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh
mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid
tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa
hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua
minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan
sentiasa meniti dibibirnya.

BaLb 1ai6n :- Mlain impi

Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert
banyak member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda
muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur
tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas
bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak
nanti.Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sector pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadahberkaitan
alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR
merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi
zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-
sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah
bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat
tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai.
Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya,
Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan
terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja
menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik.
Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin
bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin
berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan
ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam
bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki
oleh ayahnya.

Bab 17 : Konflik

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa
santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah
lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup
terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan
perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula
dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat
migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda
berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin
Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi. Bagi Zahid, Waheeda
obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang
kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda
berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur
apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil
mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah
tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar
tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

B a bN1 8o s:t aDl g iial a n d a

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu
Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke
biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi.
Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di
katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya
jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri
memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.Waheeda bangun
sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah
memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang datang iaitu Nasuha dan kawannya Balqis
dari BERNAMA. Mereka datang bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu,
Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

BBab o1n9gk:aBh Bagaatiukan

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif
Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian
Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung
konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran
Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz,
ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu
anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan
perasaan tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis
yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego
Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA
terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid
dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung
Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid datang, datangnya untuk menambahkan
luka dihati Waheeda.Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid
menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.

BRab a2w0ata: nKIe sPlamusat

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan
kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke
pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang
strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais
menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa
saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas
diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar
dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron
Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk
bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Zahid
seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah,
serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih
serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment
mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais
dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ .
Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BHabuj2un1g: TSeirnoawronDg i

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih
Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia
ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-
Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak
langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22 : Bagaikan Air Gunung

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa
paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BSabej2uk3T: Sropeijkuak -

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan
kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya,
kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan
wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru
saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga
mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa
kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia
boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan.
Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara
Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam
untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu
siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga
mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang
tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka
banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju
untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di
kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan
Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan
menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka
berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu
membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah
ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan
doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendenagar terkedu.Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di
Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan
yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia
teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati.
Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan
berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak
gadisnya itu.

Bab 24 : Kama Hati

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya.Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung
pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya
dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi
petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat
lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih,
dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan
perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan
meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah
Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.

KEKUATAN

Novel ini banyak menyampaikan pengajaran kepada kita. Antaranya ,kita haruslah
bersabar dan tabah dengan segala ujian yang kita hadapi . Seperti yang kita boleh
lihat, Waheeda telah menujukkan sikap seorang anak , isteri dan ibu yang
penyabar. Selain itu, penulis novel ini juga telah membuktikkan bahawa rupa
paras tidak semestinya mendatangkan kebahagian dalam hidup malah otak yang
bijak dapat memberikan hidup kita bahagia dan berjalan dengan lancar.
Seterusnya, novel ini juga telah mengajar kita supaya selidik terlebih dahulu
sebelum melakukan apa - apa keputusan supaya tidak mendatangkan kerugian
dan penyesalan dalam hidup . Di samping itu, kita perlulah bersyukur dengan apa
yang telah Allah kurniakan kepada kita. Ahir sekali, novel ini juga telah
menekankan banyak sikap kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sebagai
contoh, Raidah iaitu ibu Waheeda telah banyak memberikan nasihat , dorongan
dan menjaga seperti menatang minyak yang penuh.

KEKURANGAN

Sebagaimana yang kita maklumi, setiap perkara ada kekurangannya. Antara
kekurangan yang terdapat di dalam novel Tirani ini adalah banyak menyimpang
atau tersasar daripada plot utama. Selain itu, novel ini mungkin tidak sesuai untuk
bawah umur kerana novel ini seperti menggalakkan masyarakat untuk membuat
pembedahan plastik . Mungkin apa yang diperkatakan kurang jelas oleh saya. Apa
yang cuba saya sampaikan adalah sekiranya orang yang belum berpikiran matang
mereka mungkin akan salah faham dengan beberapa ayat di dalam novel ini.
Kemudian , saya sememangnya tidak setuju dengan kulit hadapan novel ini. Bagi
saya, kulit hadapan novel Tirani ini serabut dan tidak menyenangkan mata. Lebih -
lebih lagi , setiap bab di dalam novel ini mempunyai terlalu banyak isi dan
menyebabkan pembaca bosan. Akhir sekali novel ini juga mempunyai beberapa
adegan yang tidak patut dibaca oleh bawah umur.

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penulis
adalah memperbaiki plot cerita. Seterusnya, penulis haruslah
memperbaiki ayat - ayat yang memeningkan pembaca supaya lebih
jelas. Selain itu, mengarahkan editor untuk memperbaharui kulit
hadapan novel supaya lebih teratur dan kemas. Kemudian,
mengurangkan isi di setiap bab supaya pembaca tidak berasa bosan
. Akhir sekali, mengurangkan adegan yang berunsur 18 tahun ke
atas supaya budak bawak umur boleh membaca novel ini .

BIMASAKTI MENARI
KARYA SRI RAHAYU

MOHD YUSOP

Pengenalan Sri Rahayu Mohd
Yusop
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan
alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan
Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan
populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan
langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan
sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara.
Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang
mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam
dengan membina rumah mesra alam.

Biografi penulis

Nama penuh beliau ialah Sri Rahayu binti Mohd Yusop . Beliau dilahirkan
di Tanjong Karang, Selangor pada 18 Jun 1976. Berpendidikan awal di
Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan menengah pula di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
(1989 -1993). Beliau lanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of
Education, New Zealand (1994-1999) dan menjadi Guru Bahasa Inggeris di
SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya,
Ampang (2004-2020).

Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit

SINOPSIS
KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi
anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat
demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul
Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik.

Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan
polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada
penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak
tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik
diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman
berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan
bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan
isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington
pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman
orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1 : Janji Sri Kandi

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah
di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-
benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa
seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan
yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan.
Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula
akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria
manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak
dapat dilihat oleh deria.

Bab 2 : Wicham

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai

pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah

seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.

Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap

pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang

akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang

dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik

tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial

menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka

mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik

menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang

diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat

beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan

oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya

walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan

tugas beliau. Bab 3 : Sungai Rahsia

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4 :Budiman

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid
seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan
tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan
daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu
membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit
di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan
skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1
sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih
atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman
mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan
dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun
gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat
pembangunan yang tidak terancang.

Bab 5 : Jiwa Ayahnda

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk
anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan
khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6 : Cita - cita

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang
tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun
demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang
tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam
sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari
Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak
dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan
Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh
dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan
membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku.
Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang
dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-
buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala
Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BKealbip7- :KLeleilpaki

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan
berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki
berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya,
Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip,
Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-
kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba
mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil
lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama
ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam
masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan
bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50
hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang
ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air
sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu
apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar
penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah
anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8 : Bebas Grid

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan
bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah
satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah
untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat
dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9 : Zuriat

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya
Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa
usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia
bernama Muhaimin dan Maryam.

SBejuatba 1K0el: iSp - ikdealnipg

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali
Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan
tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua
tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat
antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat
melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab M11 :elLineiuwmat Satu

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa
dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir,Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan
kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam
itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham
ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia
akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada
Muhammad Taufik.

Bab 12 : Strategi

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan
pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut,
Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56.
Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan
menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13 : Dendam Kembali Mekar

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia
tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang
dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di
hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu
untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14T: Geraenlgap Dalam

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut
kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri
Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut
banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan
Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam
diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut.

Bab 15 : Khianat

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah
berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga
hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan.
Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi
lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik
Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej
peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bkaeblip16DT: eDuranikahuair KDeliip -

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad
Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum
sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai
selendang hitam bermanik Kristal.

BDab 1i 7T: iJngaglaalnkaYn ang

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim
menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa
anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis
menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan
meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap.

Bab 18 : Kerasukan

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad
Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan
peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka
berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan
aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman
tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia
ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz
lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

HBitaabm 1M9 : aSnikelKenrdiastnagl

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BUabnt2uk0N: Nyaywaawa

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah
kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal
sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir
dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri
Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada
Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan.

Bab 21 : Legasi Baju Biru

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana
kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang
pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik
sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang
membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah
membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti
bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari
Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan
dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

CiBntaaPb 2ej2ua:ng

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan
kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi
dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya
pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang
hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui
Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam
keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis
kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KEKUATAN

Terdapat beberapa kekuatan yang ada di dalam novel ini . Antaranya, novel ini
banyak menekankan tentang isu alam sekitar dimana perkara ini sangat bagus
kepada zaman sekarang. Selain itu, novel ini juga mempunyai jalan cerita yang
ringkas dan mudah untuk difahami. Lebih - lebih lagi, penulis telah berjaya
membuat pembaca gembira dengan pengakhiran novel ini . Dari sudut yang lain,
kita perlulah bersyukur dengan segala pemberian yang allah telah kurniakan.
Akhir sekali, kita mestilah bertanggungjawab dengan amanah yang telah
diberikan.

KEKURANGAN

Antara kekurangan novel ini adalah watak antagonis di novel ini kurang masa
kemunculan dalam novel ini berbanding dengan novel Songket Berbenang Emas
yang mana watak antagonis itu usdah muncul di perkembangan ceritadan kekal
sehingga akhir cerita. Selain itu, novel ini agak bosan dan kurang menarik
perhatian kerana isunya tetap sama. Kemudian, bagi sudut pandangan saya, novel
ini tidak banyak menekankan nilai - nilai murni . Seterusnya, matlamat watak
utama dalam novel ini masih belum tercapai. Akhir sekali, plot cerita novel ini
terlalu panjang.

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penulis
adalah memperbanyakkan lagi masa watak utama supaya lebih menarik.
Selain itu, penulis boleh memperbanyakkan lagi isu dalam novel ini
supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Kemudian, memasukkan
nilai - nilai murni agar dapat digunakan oleh masyarakat. Seterusnya,
memperbaiki dan membuatkan novel edisi kedua supaya matlamat watak
utama tercapai. Akhir sekali, memendekkan jalan cerita di dalam novel
ini.

SILIR DAKSINA KARYA
NIZAR PARMAN

Pengenalan Nizar Parman

Novel ini menceritakan tentang kekeluargaan.
Haiqal yang mengalami konflik keluarga
berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya
sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh
ibunya daripada ayah kandung, Abdullah
Kayan.

Biografi penulis

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri,
Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun
1992.Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta
(MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan
penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit

SINOPSIS
KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan
nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah
kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke
Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya
tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya
kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah
membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Novel
Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah
kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula
mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung
di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah
kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan
orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi,
walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah
bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal menari.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1 : Tersingkap Rahsia

haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam
alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih
di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan
walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh
dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya
Abdullah Kayan.

Bab 2 :TKeimsaahn Seorang

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.
lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan
ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak
tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu
kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip
yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung
Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BMaban3us:krSip eLnaasmkaah

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar
tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.
Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila
teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa
di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan
untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun
getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan
motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari
kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu
pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli
setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil
gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18
tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang
menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya
perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang
Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya
sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.
Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku
menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk
mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah
Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu
ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman
di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru.

Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya
tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk
mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia
mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling
ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai
Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

ii .Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak
mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar.
Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas
jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai
Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang
tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu
menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering
membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang
kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling
menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti
anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang
mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan
orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan
sehingga nama kampung menjadi popular.

iii . Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut
hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua
kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB
Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka.
Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin
jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi
perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi
menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara
majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil
Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri
sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah
hidupnya sendiri.

iv . Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling
memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling
berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada
petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku
meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara
mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling
dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v. Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke
Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca
puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara
aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali
berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan
beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah
penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati.
Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-
kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang
keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya
memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai
menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi . Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling
mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil
yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha
penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu
dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk
mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan
itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di
kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika
golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan
peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii. Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di
situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku
memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai
Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa
simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan
aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.

viii . Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung
Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB
DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk
kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga
berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku
menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku
dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan
kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim.
Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik
dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-
sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang
wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati
Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan
untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan
tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang
Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

Bab 4 : Desakan Hati

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal
melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana
tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan
paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan
seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan
keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar
untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai
membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah
tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara
yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan
tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan.
Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang
menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan
dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

Bab 5 : Rindu

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai
berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan
kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya.
Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan
impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad
untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan
untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya
selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah
jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah
ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang
kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang
ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Bab 6 : Satu Ketetapan

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal
dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami
perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.

Bab 7 : PJearujahlanan Yang

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar
dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran
bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa
kemarahan ibunya.

Bab 8 : Tiba Di Kampung

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung
Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah
warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min,
Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan
rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal
oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9 : Pertemuan

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10 : Pusara

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk
ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa
sebak mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11 :Suasana Baharu

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan
mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan
Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari
mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah
kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung
Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS.
Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu
anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada
sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil
mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat
kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah
Haiqal pada malam minggu.

Bab 12 : Rahsia Balai Raya

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah
hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut
dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-
gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui
bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah
orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Bab 13 : Sinar Harapan

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14 : Mencari Keserasian

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk
bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15 : Tetamu Istimewa

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16 : Bermulalah Episod

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

KEKUATAN

Antara kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini banyak
menekankan tentang hal keluarga yang boleh dijadikan ikhtibar kepada
masyarakat. Selain itu , sebagai kawan yang baik kita perlulah saling nasihat
menasihati supaya kita sedar dengan kesalahan yang dilakukan. Kemudian,
Kita perlulah sentiasa tabah untuk menghadapi segala ujian . Sebagi contoh,
Haiqal tetap tabah walaupun ibunya melarang dia berjumpa dengan ayahnya.
Seterusnya, kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan
yang cemerlang. Kekuatan yang terakhir adalah novel ini telah menekankan
tarian zapin. Hal ini bagus kepada generasi muda untuk mengekalkan
warisan Malaysia.

KEKURANGAN

Antara kekurangan yang terdapat di dalam novel ini adalah matlamat
watak utama di novel ini agak biasa berbanding dengan novel - novel
KOMSAS yang lain. Selain itu, isi yang terkandung di bab 3 terlalu
banyak sehingga menyebabkan pembaca kurang minat dan berasa
bosan untuk membacanya. Kemudian, plot cerita novel ini agak
perlahan berbanding Novel Di Sebalik Dinara. Seterusnya, pada
pendapat saya, saya kurang jelas dan tidak mendapat apa yang cuba
disampaikan oleh penulis . Akhir sekali, novel ini lebih banyak
menceritakan perkara lain daripada apa yang sepatutnya.


Click to View FlipBook Version