Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan
hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan.
Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan
bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel
sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah.
Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-
baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh
terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik
angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan
mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih
dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul
anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk
kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit
wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita
tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan
Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil
perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan
rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah
untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan
berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah
ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di
pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih
dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi
pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah
tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan
terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk
meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam
keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk
memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam,
manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel,
biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha
Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan
dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik
ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid
diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung
dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi
tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman
penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela
menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman
silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah
Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan
hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung
Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala
Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.
KEKUATAN
Novel ini menarik kerana terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil
untuk dijadikan ikhibar kepada masyarakat . Pengajaran yang pertama
adalah kita perlulah sentiasa sabar dengan segala ujian yang kita hadapi
kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya . Selain itu , novel
ini juga mengajar kita untuk gigih berusaha bagi mendapatkan sesuatu
kejayaan yang cemerlang . Lebih - lebih lagi , persahabatan antara Lili ,
Geetha dan Danel haruslah di contohi kerana mereka sentiasa berada di sisi
masing - masing pada waktu susah dan senang . Kemudian , penulis juga
telah membuktikan bahawa menolong orang dan melakukan perkara yang
baik tidak mendatangkan apa - apa kerugian dalam hidup . Akhir sekali , kita
mestilah bersatu padu dengan semua orang tidak kira kaum supaya negara
aman dan harmoni .
KEKURANGAN
Sudah tentu setiap novel mempunyai kekurangannya tersendiri .
Kekurangan yang pertama dalam novel ini adalah pembokaran rahsia yang
mengecewakan . Hal ini kerana tajuk novel lain dari jalan ceritanya serta
penulis membuat pembaca tertanya - tanya tentang sejarah jendela yang
menghadap jalan tersebut dari awal lagi tetapi pengakhirannya agak
tergantung. Selain itu, novel ini mempunyai terlalu banyak bab yang
menyebabkan pelajar kurang tertarik untuk membaca . Kemudian ,
penggambaran objek yang tidak realistik. Di dalam novel, penulis telah
menceritakan bahawa kubah surau itu telah dicuri. Walau bagaimanapun, ia
sangatlah tidak realistik untuk seseorang mengangkut kubah surau yang
besar itu berseorangan. Lebih - lebih lagi , kulit hadapan novel juga telah
menjadi asbab novel ini mempunyai kekurangan . Hal ini tercetus apabila
ramai orang menyangka bahawa novel ini merupakan genre mistik dan
seram jika dilihat dari luaran. Akhir sekali, novel ini menjadi kurang
menarik kerana jalan ceritanya yang terlalu perlahan membuatkan pembaca
berasa kurang menarik.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan terhadap novel ini. Antaranya,
memperbaiki pengakhiran novel ini agar tidak membuat pembaca berasa kecewa.
Selain itu, novel ini haruslah diperbaharui kerana pelajar pada zaman kini tidak
gemar untuk membaca sesuatu perkara yang panjang. Golongan remaja pada zaman
sekarang lebih gemar dengan jalan cerita yang ringkas tetapi isinya penuh dengan
infomasi yang berguna. Lebih - lebih lagi, penulis perlulah berfikiran logistik untuk
membuat novel ini. Kemudian, meminta editor untuk memperbaiki kulit hadapan
novel supaya tiada salah faham. Akhir sekali , memperbaiki novel ini dengan terus
ke point yang ingin disampaikan supaya tidak membuang masa dengan cerita -
cerita yang tidak kena mengena.
PANTAI KASIH KARYA
AZMAH NORDIN
Pengenalan Azmah Nordin
Novel Pantai Kasih mengutarakan ketabahan
seorang wanita yang menghadapi pelbagai dugaan
dalam hidup
Biografi penulis
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan
pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat
pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973
beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana.Beliau mula berjinak dengan dunia
penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya
menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel. Antara pencapaian beliau adalah Hadiah Sastera
Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton serta Hadiah Pertama Peraduan
Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome.
Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit
SINOPSIS
KESELURUHAN
Karya penulisan novel ini mengisahkan tentang seorang doktor muda yang
bernama Raiha. Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya
menjadi seorang doktor bedah. Raiha juga gagal dalam perkahwinannya bersama
Dr. Sadiz. Selepas itu, Raiha menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk
bekerja di sebuah pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan
Pantai Kasih.Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang bertugas di pusat
rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai komplikasi yang serupa
beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui kisah silamnya bersama
bekas suaminya. Walau bagaimanapun dia tetap tabah meneruskan kerjaya dalam
bidang perubatan. Dr. Raiha cuba meluahkan keanehan yang dilihat di pusat
perubatan kepada Doktor Uwang, tetapi mentornya tidak senang dengan
luahannya. Raiha juga sebenarnya berminat dengan Dr. Uwang sejak menjadi
pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku semakin kerap sehingalah Dr. Uwang
mengalami kemalangan jalan di pusat rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha
dan bekas suaminya dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di merupakan seorang
mangsa keadaan.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1
Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul terhadap
pesakit yang bernama Unong Siron. Pembedahan kali keenam itu sepatutnya dilakukan
oleh Doktor Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai urusan
lain.Kelima-lima pembedahan sebelum itu telah dijalankan oleh Doktor Uwang . Ketika
bersendirian di pejabatnya, Doktor Raiha teringat akan Doktor Uwang yang telah
dikenalinya semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada
Doktor Uwang tetapi Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz
meskipun pilihannya itu ditentang oleh ayahnya. Sepuluh tahun kemudian, dia menerima
pelawaan Doktor Uwang untuk bekerja bersama-sama di Pusat rawatan pantai Kasih
(PRPK). Doktor Raiha juga teringat akan bantahan ayahnya apabila dia menyatakan
hasratnya untuk menjadi pakarbedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri
rumah tangga. Baginya, kaum wanita harusmenumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
rumah tangga,bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada
masa untuk diri sendiri. Doktor raiha juga teringat akan kematian anaknya.Sementara
itu, Sister Felici a Londosi terkenang akan kematian seorang kanak-kanak perempuan
dalam kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum ubat batuk yang
diambilnya di bahagian farmasi. Oleh sebab kerap minum ubat batuk Sister Felicia
ketagih akan ubat batuk,malahan ubat itu telah diminumnya secara berlebihan Dia
sebenarnya menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Doktor Raiha dan Doktor
Uwangyang kerap memarahinya. Oleh sebab itu, dia meminta jadual tugasannya ke
sebelah malam supayadia tidak bekerja bersama-sama dengan Doktor Raiha pada sebelah
pagi
Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak, kemudian
berkeliaran dihalaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu pembantu
rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah
tanpa persetujuannya.Malahan, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin
memperoleh seorang anak.Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah
tanggungjawab itu diserahkan oleh ayahnya,Datu Ontong. Semasa berada di bawah
pengurusan Datu Ontong , PRPK hanya mempunyai tiga orang doktor iaitu Datu
Ontong,Doktor Alex Ng dan Doktor uwang sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK,
dia telah menambahkan serta memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu ,peralatan
canggih juga dibawa masuk. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran
yangmahal kepada para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan disitu. Doktor
Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas murni seorang doktor, iaitu
memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat
akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu
beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri.
Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula.
Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan
ternampak seorang wanita yang merupakan dirinya sendiir bersama-sama seorang kanak-
kanak kurang upaya.Kanak-kanak itu terkoraban dalam kebakaran kereta mewah milik
Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai tanganya. Selepas itu, dia terbayang
akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.
Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha
untuk focus terhadap pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang pesakit bergelar
Datin. Datin tersebut menegur Felicia yang dilihatnya seperti sakit, namun dianafikan
oleh Felicia dengan mengatakan kulit wajahnya pucat disebabkan cuaca panas musim
kemarau. Selepas itu, dia ke ruang dapur hospital dan berbual-bual dengan Kartini
Borhan, jururawat muda tentang kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang menyamar
sebagai doktor itu akan datang semula ke PRPK. Penyamran pemuda itu berjaya dikesan
ketika dia cuba memberikan rawatan terhadap Unong Siron Ketika keluar dari mahkamah
syariah setelah mengikuti perbicaraan kes antara Raiha dengan Doktor Sadiz itu. Isteri
Doktor Uwang mengagak ada kerosakan pada kereta mewah tersebut yang tidak dikesan.
Sebelum itu, dalam perbicaraan, Doktor Sadiz memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha
tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja dibakar oleh Doktor Sadiz sehingga
menyebabkan anakperempuan meraka terkorban.Di dalam kereta BMW miliknya, Doktor
Raiha teringat akan layanan kasar Felicia terhadap beberapa orang pesakit daripada
masyarakt kelas menengah bawah. Angkara perbuatanya berkasar terhadap ibu Unong
Siron, Doktor Raiha mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang
dikenalinya sejak sekolah rendah lagi itu segera keluar dari pejabat Doktor Raiha
beberapa minit kemudian dengan menutup pintu pejabat secara kasar. Doktor Felicia
juga terkenang akan latarbelakang Felicia. Sebelum pulang ke rumahnya, Doktor Raiha
juga teringat akan tuduhan Doktor Sadiz bahawa dia melarikan barang kemas yang dibeli
oleh Doktor Sadiz untuknya, Doktor Raiha menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak
akan menceraikan Doktor Raiha sebagai balasan kerana tergamak memalukannya di
hadapan masyarakat elit. Pada masa yang, Doktor Uwang juga teringatakan kereta
Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar dahulu.
Bab 4
Doktor raiha teringat akan perbualanyya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya Doktor
Sadiz tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran
ultrasound,anak mereka yang bakal lahir itu tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz
memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan.
Akhirnya, Doktor Raiha melahirkan seorang anak perempuan yang dinamai Ayu
(Rohayu binti Sadiz)Doktor uwang kian gembira apabila mengenangkan
keuntungan yang diperolehnya di PRPK. Dia kini memiliki saham pusat rawatan
itu melebihi lima puluh peratus . Namun demikian, dia tersentak apabila melihat
gambaran wajah anak Rania di kaca televisyen Kekacauan jiwa yang dialami oleh
Felicia masih berterusan. Dalam khayalannya, dia berdialogdengan seorang
pesakit lelaki yang pernah menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu marah kerana
diatelah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan hanya mahu
dirawat oleh Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia
mendapati dirinya berada di stor PRPK lalu menangis teresak-esak
Bab 5
Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan.
Gambaran wajah Doktor raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata
ayahnya, Datu Ontong bahawa banyak perkara palsu, murah,dan tidak bermutu
dalam dunia ini kerap menganggu fikirannya. Selain itu, setiap kali dia
dibayangi oleh wajah Unong Siron dan anak Raiha, pergelangan dan lututnya
berasa sakit.Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa setelah menerima
panggilan telefon untuk memintanya menangani kes kelahiran bayi perempuan
pramatang walaupun pada masa itu dia tidak bertugas. Rupa-rupanya panggilan
telefon yang diterimanya itu palsu. Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad
tidak marah kerana dia dapat berjumpa dengan Felicia yang diminatinya.
Seperti biasa,Felicia tidak mengendahkannya.
Bab 6
Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di
rumah Doktor Uwang selesai, Datu Ontong meminta Doktor
Uwang menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah masing-
masing kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya,
Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah lari bersam-sama Ayu
dengan kereta Porsche milik Doktor Sadiz.Doktor Raiha teringat
akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah
Felicia memarahi ibu Unong Siorn. Menurut Felicia, mereka ialah
jirannya. Apabila dia melihat Unong Siron berjalan terincut-incut
setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia mencadangkan
Unong Sironmendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felicia
mendapat wang ganjarandaripada Doktor UWangsetiap kali dia
membawa pesakit baharu mendapatkan rawatan PRPK. Perkara itu
mengejutkanDoktor Raiha kerana dia tidak menetahui perkara
tersebut. Namun demikian, hal itu tidak menjadi perhatian
Doktor Raiha,sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari ibu
UnongSiron itu dianggapnya kejam lalu mengingatkan Felicia agar
tidak mengulangi perbuatan itu.Doktor Raiha dikejutkan dengan
panggilan telefon daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha diminta
datang ke PRPK dengan segera untuk melihat keadaan Unong
Siron
Bab 7
Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula minum ubat batuk
sejak remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak berbapa. Ibunya
membesarkannya dengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi
jururawat. Perkara itu sering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat
batuk untuk menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan keterlibatannya
dalam peristiwa kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia
terserempak dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya Doktor Mohammad. Pada
ketika itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan melihat dengan jelas lagi akibat minum
ubat batuk. Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama
Ariana Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya. Menurut
Doktor Alex Ng, mungkin Doktor Raiha menerima panggilan palsu daripada budak-budak
nakal kerana beberapa orang doktor lain di PRPK pernah menerima panggilan palsu.
Gambaran Doktor Sadiz terus menguasai fikiran Doktor Raiha.
Bab 8
Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas
biasa. Doktor Raiha bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah
oleh seorang pemuda yang dahulu pernah menyamar sebagai doktor di
PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat serta
petugas lain berada di luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu
bebrbuat apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka
juga bersepakat untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang
kerana dia tidak sihat.Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
memujuk pemuda itu kerana dia mengenali pemuda itu. Dia meminta
pemuda itu Berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit jiwa.Pemuda
itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah university tempatan
. Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhir, dia menjadi
kurang siuman akibat mendengar kata negatif jiran tetangga dan
tekanan daripada keluarga serta teman wanitanya.
Bab 9
Ketika mamandu keretnya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada
malam dia menhantar Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri
dengan Ayu menggunakan keretanya, Doktor Sadiz membeli petrol dengan ditemani
oleh Doktor Uwang. Petrol itu kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk
membakar keretannya itu tanpa menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta
tersebut. Doktor Uwang juga teringat akan perbualannya dengan ibu Unong Siron.
Wanita itu menmpelak kerana memberi alasan lima pembedahan yang dijalankan
sebelum itu tidak berjaya kerana sendi tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron
tidak sesuai dan badan Unong Siron tidak mampu melawan infeksi padahal Doktor
uwang ingin mengaut wang ringgit pesakitnya. Sebenarnya, Doktor Uwang menjadi
doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada
bidang muzik Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor
Sadiz selepas memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh
Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori tangki minyak lalu terperosok dibawah
lori tangki itu. Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.Doktor
Uwang kemudiannya terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandunya melanggar
tembok garaj PRPK. Pergelangan tangan dan lututnya hancur. Dengan persetujuan
isteri Doktor Uwang,Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahan
penggantian sendi tulang pada pergelangan tangan dan lutut Doktor Uwang. Alat ganti
itu sebenarnya palsu dan bermutu rendah. Felicia memohon maaf daripada Doktor
Raiha atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari sebelum Ayu dihantar ke pusat
rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down . Atas arahan Doktor Sadiz,
membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta Porschenya
itu. Doktor raiha menerima ketentuan takdir itu dengan hati yang terbuka
KEKUATAN
Novel ini mempunyai beberapa kekuatan dari segi pengajaran yang boleh kita ambil.
Antaranya , kita mestilah saling mengambil berat antara satu sama lain agar tidak
berlaku perkara yang tidak diingini . Sebagai contoh , Felicia dibesarkan dengan
disiplin yang ketat dan ibunya tidak menyukai Felicia menjadi jururawat. Oleh
disebabkan perkara itu, dia dan ibunya sering bertengkar lalu Felicia minum ubat batuk
untuk menghilangkan tekanan perasaan. Selain itu , kita perlulah selalu memberikan
pandangan dan kata - kata yang positif terhadap seseorang bagi mengelakkan mereka
mengalami tekanan dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya . Sebagai contoh ,
punca pemuda itu menyamar menjadi doktor kerana mendengar kata negatif jiran dan
tekanan keluarga dan teman wanitanya. Kemudian, kita perlulah tabah kerana setiap
ujian pasti ada hikmah disebaliknya. Dari sudut yang lain, novel ini dapat menarik
pandangan masyarakat untuk membaca sekiranya dilihat melalui kulit depan novel . Hal
ini kerana, penggunaan warna dan corak yang dapat menggambarkan sesuatu jalan
cerita. Akhir sekali, kita hendaklah berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai
sesuatu kejayaan .
KEKURANGAN
Sebelum itu, saya ingin mengatakan bahawa ini hanyalah dari sudut pandangan saya .
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa novel ini tidak sesuai untuk
dibaca oleh pelajar sekolah. Hal ini timbul apakala, terdapat banyak ayat - ayat negatif
yang berkait paut dengan unsur - unsur lucah. Disebabkan hal itu, pelajar yang
berfikiran negatif akan melakukan perkara yang tidak diingini. Bukan itu sahaja, novel
Pantai Kasih ini juga lain dari novel - novel sekolah yang lain . Apa yang dimaksudkan
adalah, bagi saya novel lain mengandungi nilai - nilai etika yang dapat memberikan
semangat kepada pelajar untuk teruskan belajar malah novel ini seperti tidak
memberikan apa - apa faedah kepada pelajar. Lebih - lebih lagi , jalan ceritanya agak
rumit dan kurang jelas. Kemudian, bagi pandangan saya ,pengakhiran novel juga tidak
jelas dan sangatlah tergantung . Akhir sekali, jika hendak dibandingkan dengan novel
Di Sebail Dinara, novel Pantai Kasih ini tidak banyak menekankan tentang ilmu
pengetahuan.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Terdapat banyak cara untuk memperbaiki novel Pantai Kasih ini. Antaranya,
yang paling jjelas adalah mengurang atau yang lebih baik adalah membuang
ayat - ayat yang berunsur lucah. Selain itu, memperbanyakkan lagi nilai - nilai
murni supaya pelajar dapat amalkan. Kemudian, memperbaiki jalan cerita
supaya lebih jelas dan mudah difahami . Seterusnya, memperbaiki
pengakhiran novel dengan ayat yang lebih jelas dan mantap . Akhir sekali,
lebih banyakkan tentang ilmu pengetahuan dalam bidang pendoktoran supaya
lebih kena dengan watak.
SONGKET BERBENANG
EMAS KARYA
KHAIRUDDIN AYIP
Pengenalan Khairuddin Ayip
Novel Songket Berbenang Emas ini menceritakan
tentang ketabahan seorang gadis menghadapi
dugaan hidup.
Biografi penulis
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Kampung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor.Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik.Pada tahun
1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau
meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980,
Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah
lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan
Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis
kerana minat membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga,
apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering
terpampang melalui media massa.
Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit
SINOPSIS
KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,
Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk
belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah
dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai
dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun
dan pertunangannya dengan Azhari.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2 : DTeetrisken-tuDh etik Hati
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.Sewaktu sampai di
rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak
mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia
telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di
kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan
panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga
tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
TBinagbg3alk: aJn aKngaamni
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang
yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui
bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang
mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis
berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi
Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga
Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji
Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital
Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
BK eanba g4a n: DI nidbau ha i
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik.
Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu
menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk
melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya
yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri
sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari
pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari
rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan
paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah.
Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan
adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali
perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka
akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan
Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar
suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh
suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor
memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana
bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji
Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia
yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah
mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5P:KedataangSetajam
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang
itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
Bab 6 : Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah
seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah
datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah
orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh
Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu
punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan
selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah
beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang
berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di
tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus
terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said
setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu.
Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda
itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh
kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
BBaebrb7al:aBs Nerbisutdai
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,
Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok
orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-
kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong
terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang
semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke
Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah
tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru
pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur
dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana
sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-
kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah
tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar
paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu
telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga
menyebabkan Embong panik.
BBaayba n8g : KBe c ealyaaknaga n-
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak
dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang
yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di
dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti
sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang
itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular
sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui
punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya
itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang
lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong
dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India
yang merupakan kawan Dahlia.
BabM9 e: nAguapsaaibJilaiwTa amak
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10 : SePlamuatetrTi ! inggal, Asrama
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita
yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik
Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11 :Pedihnya Melayan Karenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim.
Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar,
anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti.
Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya
tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu,
Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
BabD12i H: AosipritMal PataermMai enitis
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan
Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan
kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor
yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya
sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan
emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan.Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk
membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari
bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua
minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari
pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13 K: Penyahaittanayna Menelan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan
Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di
pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-
adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan
menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di
kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.
BDa ba r1i 4K:aHn d ainlga n g
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri
orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin
menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing
itu miliknya atau milik orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin
melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin
mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya
berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-
rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 1B5 u: nIgangDin iMTaemmpaenrsunting
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke
universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang
mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan
bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan
dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di
masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
BUalba r1 6T:e dBu n gi s a
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan
keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat
menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah
berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia
terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti
Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu
Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk
membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia
tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang
melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu
berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat
bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju
dengan cadangan neneknya.
Bab 1S7 :ekKanugpkeartnaghaKnkearan Tanah
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya
yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu
Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat
Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar
pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120
di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah
Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan
bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas
Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ
mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.
BMaebng1i8ra: WBaurdnia TKaunlpita
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan
dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi
Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan
wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji
akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta
agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang
tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam
berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : ABpearbtielmau Dua Jejaka
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya
terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi
peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana
memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah
Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu.
Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke
rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib
dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut
telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
KBujuanbju2n0g L: Iannggiitn
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah
bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah,
Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam
dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya.
Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya
untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu
demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21 : Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang
ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang
akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke
Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan.
Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu
Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke
rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul
Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas
peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak
dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan
memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22 : Kain Merah Yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-
kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang
yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-
barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia
mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23 : Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24K:eRsomubnotnughannya Tembok
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari.
Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah
dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak
menziarahinya ketika beliau sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air
sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan
orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai
raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25 : Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek
Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua
mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan
ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk
kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-
sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu
mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula
dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan
terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26 : KSeTcemPerlManga, nakan Kugapai
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan
tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas
Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga
Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana
terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi
dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di
kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27D: BalamunGga e-ngbugnagmaanKejayaan
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat
tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu
ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah
dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari
selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi - bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur
selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada
Dahlia. Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin
dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu
majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang
tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di
stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang
emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak
diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang
Melayu walau berada di mana-mana pun.
KEKUATAN
Novel ini mempunyai banyak kekuatan seperti dari segi pengajaran dan nilai.
Penulis banyak menekankan tantang tentang sikap ketabahan . Sebagai contoh ,
Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan
Allah . Dia juga berdoa agar Allah menguatkan imannya dan memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari - hari yang akan datang . Di samping itu , jalan
cerita dalam novel ini dapat menyedarkan kita tentang bagaimana susahnya
kehidupan orang miskin untuk hidup . Selain itu , nilai kesabaran juga banyak
diterapkan. Sebagai contoh , Embong tetap sabar walaupun Aton berkata - kata
tentang dirinya dan Dahlia kerana dia tidak mahu mencari musuh . Seterusnya ,
kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan . Bak kata pepatah
" usaha tangga kejayaan ". Akhir sekali , kita haruslah menyayangi ahli keluarga
kita kerana mereka lah orang yang ada ketika kita susah senang.
KEKURANGAN
Antara kekurangan novel ini adalah tidak banyak menekankan ilmu pengetahuan
jika hendak dibandingkan dengan novel - novel KOMSAS yang lain. Kemudian, bagi
saya , plot ceritanya terlalu panjang. Hal ini menyebabkan pembaca mudah berasa
bosan . Selain itu, novel ini juga mempunyai jalan cerita yang rumit dan susah
untuk difahami. Lebih -lebih lagi setiap bab di dalam novel ini terlalu padat. Akhir
sekali, pengakhiran novel ini kurang mantap dan jelas.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Pada pendapat saya , terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
diperbaiki oleh penulis iaitu memperbanyakkan lagi untuk mengaitkan novel ini
dengan ilmu pengetahuan. Selain itu, memendekkan plot cerita supaya pembaca
lebih seronok dan gembira. Kemuadian, penulis perlulah memperbaiki jalan cerita
supaya lebih mudah untuk difahami. Seterusnya, penulis mestilah mengurangkan
isi di setiap bab agar pembaca tidak berasa bosan . Akhir sekali, memperbaiki
pengakhiran novel dengan lebih jelas.
TIRANI KARYA BEB
SABARIAH
Pengenalan Beb Sabariah
Novel ini mengisahkan tentang kecantikan fizikal
seseorang hanya bersifat sementara tetapi ilmu
pengetahuan yang dimiliki mampu melindungi
kelemahan diri
Biografi penulis
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK
Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Baharu.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun
1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap
di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah
Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
Kulitbehlaadkaapnganndovaenl kulit
SINOPSIS
KESELURUHAN
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan
pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung
palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik
datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya
telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu
Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak
menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa
yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan
tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga
Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian
itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya
dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di
chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
SINOPSIS SETIAP BAB
BaPb u1in:gMDeulkema par
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya
dapat diredakan. Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani
untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay
ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam
dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli
Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda
menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman
urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang
sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi
homestay itu.
Bab 2 : Dayang Muda
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2
lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang
Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan
barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan
indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas
penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya,
Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah
dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan
chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah
menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan
dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr.
Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda
telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan
kepakaran di Singapura.
Bab 3 : Katarsis
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh
Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda
(Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di
petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan
keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila
menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat
akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya
Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar
negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang
dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke
lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya
yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju
kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre,
Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BabS4em: aSrakemHaraaktiApi
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda
tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan
diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda
akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang
akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah
berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen.
Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah
melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 : Doa Selamat
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya
itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan
daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan
kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu
rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan
ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda
amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah
menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani
beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk
anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian
Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 : Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7 : Ke PulauSentosa
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai
anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut
dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya.
Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi
homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang,
tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi.
Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-
sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 : Hadiah Alam
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa
kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani
menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan
yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda
tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang
dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke
hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke
tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga
tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang
telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin
jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang
tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda
menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat
persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri
sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan
berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di
sebelah selatan Singapura.
Bab 9 : Wajah Pesono
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais,
Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ.
Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama
Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café,
Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan
oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu datang
ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa
Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil
keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat
kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik
Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven
Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway
telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan
ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway
memuji kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan
dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan
hati mereka terus berbunga.