The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-02-09 23:40:28

P r o s i d i n g P e n y e l i d i k a n K o P P I : Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tahun 2021 KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI (KoPPI) TAHUN 2021 10-11 November 2021

Tema: Integrasi Teknologi Perentas Arus Pembelajaran Tanpa Sempadan

Keywords: Education Research,Teacher Training

PROSIDING PENYELIDIKAN KoPPI: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TAHUN 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PETI SURAT 2,
89207 TUARAN
SABAH



Prosiding Penyelidikan KoPPI:

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tahun 2021

KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN
PERTANDINGAN INOVASI (KoPPI) TAHUN 2021

10-11 November 2021

Tema: Integrasi Teknologi Perentas Arus Pembelajaran Tanpa Sempadan

Dirasmikan oleh

Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah B.S.K

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Penasihat

Dr Hajah Rosmawati binti Hamzah B.S.K
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Penasihat 2

Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Penyelaras 1

Dr. Saimin Ginsari
Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

Penyelaras 2

En. Amidy Malagob
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Ketua Editor

Dr. Ng Lee Fong

Panel Editor

Dr. kok Boon Shiong
Dr. Rosnah @ Nining binti Sidek

Dr. Suraya Hani binti Zakaria
Dr. Maspi bin Peran

Puan Salina Abdullah Sangguro
Nurfaez Farziana binti Fauzi
Nurfirza binti Sapri
Ashera binti Mohd Yahiah
Ranni Gabrieal Yamin

i

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Peti Surat 2,
89207 Tuaran,
Sabah.

© Hak Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tahun 2022
Cetakan Pertama 2022

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman
dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah
Prosiding Penyelidikan KoPPI: Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tahun 2021/
IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah
e ISBN 978-967-0981-84-0

Diterbit oleh,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Peti Surat 2,
89207 Tuaran, Sabah.

Tel.: 088-797500
Faks: 088-788007

Kulit buku oleh,
Muhammad Haziq Bin Mohd Hashim

ii

KANDUNGAN Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Kata-kata Aluan Pengarah
Kata-kata Aluan Penyelaras 1 v
Kata-kata Aluan Penyelaras 2 vi
Kata-kata Aluan Pengerusi JK Kerja KoPPI 2021 vii
viii

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELABEL STRUKTUR GIGI DENGAN 1
MENGGUNAKAN AUGMENTED REALITY (AR) BAGI MURID TAHUN 3 9
Mack Lee & Dr. Chiam Sun May 20
25
KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN 32
INGATAN MURID TAHUN 3 BAGI TAJUK PROSES PENCERNAAN 39
Nur Anis Nadia binti Mohd Asmadi 48
53
KAJIAN TINDAKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 DALAM KEMAHIRAN 61
PENUKARAN PERATUS KE PERPULUHAN DI SK POMOTODON, KOTA 68
KINABALU
Haziq bin Abdul Latif

KAEDAH E-PMEMBANTU MURID TAHUN LIMA MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MENUKAR UNIT MASA JAM, MINIT DAN
SAAT
Kimberly Chia Dee Na

PENGGUNAAN “LUNCH BOARD” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENUKARAN UNIT PANJANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki

KONSEP KARTUN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN INQUIRI MURID
TAHUN 5 MELALUI KOMUNIKASI DALAM MEMBUAT RAMALAN DAN
HIPOTESIS
Ainin Sofiya binti Mohd Hadi

PENGGUNAAN PENDEKATAN INKUIRI TERHADAP PENGUASAAN MURID
DALAM TOPIK PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG
Fatin Nurul Athira binti Ismail

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM KALANGAN
GURU PRAPERKHIDMATAN MATEMATIK SEMASA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
Norasyikin binti Mohd Zamuri

PENGGUNAAN LIMI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN
UNIT LITER DAN MILILITER DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Joan Ng

KESEDIAAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TERHADAP
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DI
MALAYSIA
Zulaikha binti Mamat

iii

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

PENGGUNAAN KAEDAH KAD BERANTAI MEMBANTU MURID 74
MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN
Nurul Syazwani Muhamad Yusof & Caroline@ Lorena David

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELUASAN SP DALAM 80
KALANGAN MURID TAHUN 5 DI SEKOLAH RENDAH
Qistina Athiffah binti Ahmad Sabri, Nor Shazwaniey binti Mustaffar &
Caroline@ Lorena David

MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA „DALAM‟ DAN 93
FRASA SENDI NAMA „DI DALAM‟ MENGGUNAKAN TEKNIK „CAWAN
DALAM‟ MELALUI PENULISAN AYAT TUNGGAL

Nur Anthasha Alias & Caroline@ Lorena David

PENGGUNAAN E-TANGON DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN 101
MURID TERHADAP TOPIK PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA KADAZANDUSUN
Kelly Jimond & Evlina binti Philimon

KEBERKESANAN QR KOIHAANVAGU DALAM MENINGKATKAN KOSA 104
KATA MURID BAGI SUBJEK BAHASA KADAZANDUSUN SEKOLAH
RENDAH
Faveyana Linos

PENGGUNAAN INOVASI KEMBARA BN DALAM MENINGKATKAN 109
PENGUASAAN MURID TENTANG KATA NAMA DALAM BAHASA
KADAZANDUSUN
Shui Hien Puji@ Lodunis & Esthy Anne Singi

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN KAMUS BERGAMBAR BAHASA 112
KADAZANDUSUN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ellis Loison & Andey Majik

KAEDAH DAN TAHAP KEBERKESANAN PEMBACAAN IQRA‟ DAN AL 117
QURAN BAGI SUBJEK TASMIK MURID TAHUN 5 KREATIF SEWAKTU
PDPR BERLANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP
Muhammad Firdaus bin Sukria

iv

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Meningkatkan Kemahiran Melabel Struktur Gigi Dengan Menggunakan Augmented
Reality (AR) Bagi Murid Tahun 3

Mack Lee ([email protected])
Chiam Sun May ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi
dengan menggunakan kaedah Augmented Reality (AR). Kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah kebangsaan]] (SK) yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian terdiri
daripada tujuh orang murid Tahun 3 iaitu lima orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) telah diadaptasi dalam kajian ini.
Saya telah menggunakan empat instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (pra
dan pos), temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen awal. Intervensi telah
dijalankan dengan menggunakan aplikasi Assemblr Edu bagi meningkatkan kemahiran
melabel keratan struktur gigi dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan
peningkatan purata markah kemahiran melabel struktur gigi dengan betul sebanyak 94
peratus selepas menggunakan AR, 89 peratus bagi tema kemahiran melabel dan 100
peratus dalam tema minat menggunakan AR. Justeru, AR berjaya membantu murid dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran melabel keratan rentas struktur gigi dengan betul.

Kata Kunci: Augmented Reality, Struktur Gigi, Assemblr Edu, Sains

REFLEKSI
Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa cuba menerapkan pembelajaran masteri di
dalam kelas. Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan PdP yang berfokuskan kepada
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar (Nair dan Gopal, 2014). Penggunaan
pembelajaran ini penting bagi memastikan kesemua murid di dalam kelas memahami sesi pengajaran
saya. Pembelajaran masteri tersebut diperkukuhkan dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). BBM merupakan antara kaedah alternatif
yang digunakan oleh pengajar untuk membantu sewaktu sesi PdP (Mohd Bakhir & Zamri, 2016).
Antara BBM yang sering saya gunakan di dalam kelas ialah slide daripada komputer, kad bergambar
dan buku rujukan.

Strategi yang digunakan pada waktu tersebut ialah teknik bercerita dengan menggunakan
Powerpoint. Murid akan melekatkan komponen struktur gigi yang terdapat di dalam penceritaan
tersebut di papan putih. Dengan ini, murid akan dapat meneroka isi kandungan cerita dengan
mengaitkan bentuk yang dilekatkan di papan putih. Kekuatan yang diperoleh daripada sesi PdP pada
waktu tersebut ialah murid teruja dengan penggunaan alat pandang dengar. Penggunaan teknologi
seperti ini telah menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam kelas. Menurut Adenan Ayob
(2017), bahan bacaan berasaskan laman sesawang mampu menjana murid yang lebih kreatif dan kritis
untuk memahami bacaan. Kelemahan yang didapati ialah kandungan cerita yang terlalu padat. Murid
memerlukan masa yang lama untuk membacanya. Akan tetapi, penggunaan aktiviti di papan putih
semasa penceritaan telah sedikit sebanyak membantu murid dalam meneroka struktur gigi. Justeru, isu
ini boleh diatasi dengan mengurangkan jumlah ayat dan menggunakan ayat yang ringkas.

1

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Tambahan lagi, murid yang diajar ialah murid Tahun 3. Murid Tahun 3 yang berada pada
umur sembilan tahun masih lagi berfikiran konkrit. Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak pada
umur tujuh hingga 12 tahun dapat berfikir secara logik tetapi masih dengan bantuan objek fizikal
(Juwantara, 2019). Juwantara juga menyatakan bahawa prinsip yang terdapat dalam pembelajaran
kognitif ialah pembelajaran secara aktif, interaksi sosial, dan pengalaman kendiri.

Justeru, suatu kaedah yang baru dan kreatif perlu diterapkan agar murid dapat memperoleh
ilmu melalui penglibatan secara aktif. Kajian tindakan terhadap penerapan AR dalam pendidikan
dijalankan bagi meningkatan prestasi pembelajaran murid dalam subjek sains sekolah rendah.
Pemilihan AR ini juga telah mengambil faktor yang telah dinyatakan di bahagian peluang penambah
baikkan di atas. Hal ini disokong oleh kajian Prensky (2006) iaitu golongan milenium memilih
komunikasi secara visual, di mana mereka melibatkan diri secara elektronik. Penerapan AR ini
diyakini akan dapat membantu murid terlibat secara aktif dalam PdP Sains walaupun dijalankan
secara kendiri mahupun secara dalam talian.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus dalam membantu murid menguasai kemahiran melabel komponen struktur gigi
melalui Augmented Reality yang terdapat di dalam aplikasi Assemblr Edu. Augmented Reality (AR)
boleh didefiniskan sebagai keadaan di mana pengguna dapat melihat gabungan objek maya dan dunia
sebenar dalam masa yang sebenar (Farhana, 2017). AR membolehkan imej ditindihkan secara
langsung di atas objek secara maya. Dengan ini, pengguna akan dapat mengakses banyak maklumat.

Pemilihan Augmented Reality (AR) sebagai tindakan diyakini menangani masalah yang
dihadapi oleh murid dan juga pengkaji. Menurut Noradilah Aziz dan Lai (2019), penggunaan media
sosial bukan penting seiring dengan perkembangan dunia digital malah ia menjadikan proses
pembelajaran lebih menarik dan produktif. Pembelajaran secara digital pada masa kini telah menjadi
satu trenda dalam bidang pendidikan. Antaranya dengan penggunaan Virtual Reality, dan Augmented
reality.

AR mempunyai kepentingan dan berpotensi dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan
memberi nilai tambah pedagogi. Pernyataan ini disokong dalam kajian Petrov dan Atanasova (2020),
iaitu AR juga boleh dianggap sesuai untuk simulasi, terutamanya di dalam bidang pendidikan STEM.
AR yang digunakan dalam bentuk aplikasi juga boleh diaplikasikan ke dalam bidang tugas guru.
Misalnya, dalam segi kawalan di mana guru dapat mengawal aplikasi AR dengan mudah dan efisen
terhadap murid.

Selain itu, pemilihan AR juga bertujuan untuk mengurangkan pergerakan dan sentuhan murid
semasa perlaksanaan kajian tindakan. Ini selaras dengan pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP)
semasa yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa penularan wabak pandemik
COVID-19 ini. Dengan ini kawalan semasa perlaksanaan kajian ini dan juga penggunaan AR akan
dapat dikawal dengan mudah

Seterusnya, AR juga dapat merangsang kolaborasi melalui bantuan rakan guru dalam
penggunaannya. Kolaborasi ini akan dapat dilihat semasa penggunaan AR dalam kajian di mana
murid dan guru akan bersama-sama menggunakan AR. Pernyataan di atas disokong oleh kajian Shiue,
Hsu, Sheng, dan Lan (2019), di mana kebanyakkan buku teks hanya menerbitkan gambar dua dimensi
diikuti dengan ekspresi naratif ialah bersifat abstrak dan menyukarkan dalam membantu murid
mempelajari bahagian kompleks struktur tubuh.

Kebolehgunaan AR ini juga diyakini kerelevenannya kepada pihak sekolah seiring dengan
Revolusi Perindustrian 4.0 di negara ini. Menurut Liu (seperti petikan dalam Petrov dan Atanasova,
2020), manusia pada masa kini mempunyai peluang untuk merasai immersive learning di dalam bilik
darjah dan secara tidak formal; di rumah, perpustakaan, pusat komuniti dengan pengembangan

2

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

praktikal dan kemampuan realiti maya dan realiti campuran. Tambahan lagi, aplikasi AR ini mampu
memberikan pengalaman yang baru kepada pelajar dan dapat menggalakkan lagi pelajar untuk
mengaplikasikan kaedah pembelajaran kendiri dan penerokaan kendiri (Dayana Farzeeha Ali, Siti
Syazwani Yahya, dan Marlissa Omar, 2020).

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi dengan
betul bagi murid tahun 3. Berikut merupakan objektif khusus dalam kajian ini:
1. Meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi dengan

menggunakan AR
2. Membantu murid dalam menguasai kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi dengan

menggunakan AR
3. Menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan melabel struktur keratan rentas gigi dengan

menggunakan AR

KUMPULAN SASARAN
Murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai tujuh orang dari kelas tahun 3. Jantina bagi murid
yang terlibat ialah lima lelaki dan dua perempuan.

PELAKSANAAN KAJIAN
a. Tinjauan Masalah

Data awal yang mendorong kepada kajian tindakan ini ialah melalui hasil kerja murid di dalam
buku aktiviti sains. Seramai tujuh orang murid menunjukkan prestasi yang kurang
memberangsangkan dalam hasil kerja mereka.

b. Analisis Tinjauan Masalah
Antara penilitian hasil kerja di dalam buku aktiviti sains mereka ialah murid tidak melabelkan
struktur gigi, sebaliknya hanya mewarnakannya sahaja. Seterusnya, penggunaan warna dalam
mewarna struktur gigi juga dilihat tidak menyakinkan dalam kalangan murid. Selain itu, terdapat
juga dalam kalangan murid yang melabelkan struktur gigi tetapi tidak menyentuh struktur gigi
tersebut. Analisis masalah yang lebih lanjut boleh dilihat di dalam Jadual 1. Jadual 1

Jadual 1; Analisis masalah

Murid Hasil Masalah
J1 Terdapat kekeliruan dalam perlabelan salur
darah dan saraf atas faktor warna

3

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

J2 Struktur gigi tidak dilabelkan dan diwarnakan

J3 Struktur gigi tidak dilabelkan

J4 Anak panah label tidak menyentuh struktur yang
hendak dilabel

J5 Struktur gigi tidak dilabelkan dan diwarnakan

J6 Struktur gigi tidak dilabelkan dan diwarnakan

4

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

J7 Struktur gigi tidak dilabelkan

c. Tindakan Yang Dijalankan
Model penyelidikan tindakan yang digunakan ialah Kurt Lewin (1946). Model Kurt Lewin
menerangkan bahawa terdapat empat peringkat dalam satu lingkaran iaitu refleksi awal,
merancang, bertindak dan memerhati di mana proses ini akan berulang secara berterusan sehingga
masalah yang berlaku telah dapat diselesaikan. Prosedur penyelidikan tindakan dapat dirujuk
dalam jadual 2.

Jadual 2: Prosedur Penyelidikan Tindakan

Peringkat Prosedur Penyelidikan Tindakan
Model Kurt
Lewin (1946) Penyelidikan tindakan bermula dengan sesi refleksi selepas PdP. Refleksi
Refleksi terhadap masalah yang berlaku telah diperjelaskan di bahagian Refleksi PdP.
Masalah Pelan tindakan dirancang untuk menyelesaikan masalah murid dalam PdP.
Merancang Berikut merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan semasa fasa merancang.

Langkah 1: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Saya telah menjalankan penilaian di sepanjang PdP berdasarkan RPH yang
dirancang. Ruangan PBD yang dilakukan pada setiap fasa dinilai bagi setiap
murid.

Langkah 2: Buku Aktiviti Sains
Latihan susulan diberikan kepada murid untuk menguji tahap penguasaan murid
selepas PdP. Berdasarkan analisis buku aktiviti tersebut, terdapat tujuh orang
murid yang belum menguasai aktiviti perlabelan keratan rentas gigi.

Langkah 3: Bahan Kajian Tindakan
Bahan atau sistem yang digunakan sebagai tindakan ialah pembelajaran melalui
aplikasi. Proses yang berlaku dalam kajian ini ialah dengan memuat turun
aplikasi Assemblr Edu (Rajah 1) di dalam Google Play ataupun di Apple Store.
Seterusnya, guru menyediakan bahan bagi topik dikehendaki. Bahan bagi topik
tersebut akan dikongsikan di dalam kelas melalui paparan alat pandang dengar di
layar skrin ataupun di dinding.

Rajah 1: Logo Aplikasi Assemblr Edu

5

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Bertindak Rancangan Pengajaran Harian untuk Kajian Tindakan adalah seperti dalam
Jadual 3.
Pemerhatian
Refleksi Langkah 4: RPH (30 minit)

Jadual 3: Rancangan Pengajaran Harian

Fasa Isi Pelajaran Aktiviti PBD
Pemerhatian
Pelibatan Menarik 1. Guru bertanya satu -Murid kelihatan
bersedia
(3 Minit) minat murid soalan kepada murid.

untuk 2. Murid akan

mengikuti sesi memberikan jawapan.

PdP

Penerokaan Tayangan dan 1. Murid akan melihat Pemerhatian

(5 Minit) pengendalian guru memainkan AR -Murid bertanya

Augmented 2. Murid akan mencuba soalan mengenai

Reality untuk menggunakan struktur gigi semasa

(Assemblr AR melihat paparan 3D

Edu) gigi di skrin

Penerangan Penerangan 1. Murid akan Lisan

(10 Minit) paparan menerangkan struktur -Murid menerangkan

struktur gigi gigi yang terdapat di komponen struktur

dalam dalam AR dengan gigi dalam AR

Augmented merujuk kepada label

Reality di dalamnya.

(Assemblr 2. Rakan yang lain akan

Edu) terlibat sama.

Pengembangan Lembaran 1. Murid akan Penulisan

(10 Minit) Kerja menjawab lembaran -Murid dapat

kerja melabel struktur melabelkan sekurang-

gigi kurangnya tiga

daripada lima struktur

gigi dengan betul

Penilaian Soal Jawab 1. Murid akan Pemerhatian
(2 Minit)
menjawab soalan -Murid dapat

yang disoal oleh menjawab soalan

guru guru dengan betul

Fasa ini dilaksanakan semasa murid membuat aktiviti. Dalam fasa ini, saya
menjalankan pemerhatian terhadap murid. Saya juga bersoal jawab dengan murid
untuk memastikan mereka dapat mengaitkan isi pelajaran dengan AR yang
dipaparkan.
Refleksi keseluruhan dilaksanakan merangkumi pencapaian setiap perancangan
yang dijalankan. Keputusan akhir yang diperoleh telah menentukan intervensi
yang dilaksanakan berhasil atau melangkah ke lingkaran kedua.

d. Dapatan Kajian
Berdasarkan Rajah 2, bilangan perlabelan struktur gigi yang betul meningkat d33333alam ujian
bertulis. Seramai empat orang murid telah berjaya melabel struktur gigi dengan betul. Seorang
murid iaitu J5 telah mendapat 60 peratus. Kelemahan yang dapat dilihat ialah murid J5 keliru
dalam melabelkan salur darah dan dentin. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengamatan gambar
yang berlainan dalam kalangan murid. Justeru, tindakan susulan telah dijalankan dengan bertanya
secara lisan kepada murid tersebut mengenai perlabelan struktur gigi. Murid J5 dapat menjawab
secara lisan apabila disoal. Purata ujian pra ialah 11.43 peratus dan meningkat ke 94.29 peratus
dalam ujian pos.

6

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Rajah 2 Graf Bar Perbandingan Ujian Pra dan Pos

Berdasarkan jadual 4 di bawah, tema kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi
menunjukkan peratus yang tinggi sebanyak 89 peratus. Tema minat pula menunjukkan peratus
yang penuh iaiitu sebanyak 100 peratus. Hal ini dapat dikaitkan dengan kajian (Jessnor Elmy
Mat-jizat, Hartini Jaafar, dan Rusliza Yahaya, 2017), di mana mereka menyatakan bahawa
golongan milenial memilih hiburan dan permainan. Menurut Bacca (seperti petikan dalam Shiue,
Hsu, Sheng, dan Lan, 2019) mencadangkan bahawa AR adalah lebih menyeronokkan berbanding
kaedah pembelajaran sedia ada, di mana murid lebih aktif untuk belajar dan memperbaiki
pembelajaran. Justeru, pengimitasian persekitaran hiburan dan permainan dalam pengajaran murid
dan aktiviti pembelajaran adalah perlu.

Jadual 4:Perbandingan Pemerhatian dan Temu Bual Bertema

Tema Kaedah Kod Bil Sub Peratus
Keseluruhan
Kemahiran melabel Temu Bual TK1 4 78 89
TK2 7
100
struktur keratan rentas PK1 7

gigi dengan Pemerhatian PK2 7 100
menggunakan AR PK3 7

PK4 7

Minat murid untuk Temu Bual TM1 7 100
menyelesaikan soalan TM2 7

melabel struktur keratan PM1 7

rentas gigi dengan Pemerhatian PM2 7 100

menggunakan AR PM3 7

e. Refleksi Kajian
Justifikasi yang dapat dibuat selepas perlaksanaan AR ini ialah, PdP perlulah dijalankan secara
eksplisit. Misalnya, dalam konteks kajian ini ialah dengan menggunakan AR sebagai medium PdP
di dalam kelas. Sebelumnya, slide digunakan di mana ianya kurang efektif dalam kalangan murid
tahap 1. Slide yang digunakan hanya menekan kepada visual iaitu paparan slide, dan juga audio
iaitu bercerita manakala AR ini menekankan kepada visual dan audio yang diterapkan semasa
penggunaannya. Justeru, AR yang menekankan paparan objek secara tiga dimensi telah dapat
membantu murid berbanding slide.

7

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

CADANGAN KAJIAN
Penggunaan AR boleh diterapkan dalam sesi PdP, di mana ia digunakan sebagai bahan bantu
mengajar (BBM). Penyebarluasan AR ini juga boleh merentasi subjek di sekolah di mana ia boleh
digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain. Penggunaan AR dalam pendidikan dapat dikenal pasti
kelebihannya terutama dalam membantu pembelajaran dalam talian. Hal ini kerana, AR dapat
membekalkan pengalaman unik dan interaktif kepada murid (Jessnor Elmy Mat-jizat, Hartini Jaafar,
dan Rusliza Yahaya, 2017). Selain daripada itu, AR juga dapat diaplikasikan untuk pembelajaran,
hiburan, dan hiburan pendidikan dengan meningkatkan persepsi pengguna dan interaksi dengan dunia
sebenar (Kesim dan Ozarslan, 2012).

Isu PdP yang tidak dapat dijalankan dalam kelas boleh diatasi dengan penggunaan AR ini.
Menurut (Jessnor Elmy Mat-jizat, Hartini Jaafar, dan Rusliza Yahaya, 2017), teknologi dan aplikasi
yang terdapat dalam gajet boleh membantu murid untuk belajar pada pace mereka. Murid boleh
menggunakan AR untuk mengakses bahan PdP yang disediakan oleh guru. Dengan ini, murid akan
dapat mengulangi isi PdP sekiranya mereka tidak faham berdasarkan pemahaman murid masing-
masing.

RUJUKAN

Nair, S. M. & Gopal, S. D. (2014). Kesan penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap

Pencapaian dan Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Pengajian Am. Asia Pacific Journal of

educators and education, 29: 55-80

Mohd Bakhir, N. & Zamri, M. Z. I. (2016). Penggunaan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai

Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. Conference Proceeding: 2nd International

Conference on Creative Media, design & Technology (REKA 2016)

Adenan Ayob. (2017). Kesan Pembelajaran Menerusi Penggunaan Bahan Bacaan Interaktif

Berasaskan Laman Web Terhadap Kefahaman Membaca Kanak-Kanak, Jurnal Pendidikan

Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1):1-17.

Juwantara, R. A. (2019). Analisis Teori Perkembangan Kognitif Piaget Pada Tahap Anak Usia

Operasional Konkret 7-12 Tahun Dalam Pembelajaran Matematika. Al-Adzka: Jurnal Ilmiah
Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah, 9(1): 27 – 34

Prensky, M. (2006). Listen to the Natives. Educational Leadership, 63(4):8-13.

Farhana Nor Shuhada & Fariza. (2017). Kesan Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan

Terhadap Peningkatan Motivasi Pelajar. Conference Organizing Committee.

Noradilah Aziz dan Lai, W. S. (2019). Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap

Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1):69-75.

Petrov, P. D. & Atanasova, T. V. (2020). The Effect of Augmented Reality on Students‟ Learning

Performance in Stem Education. Information, 11(4):209.

https://doi.org/10.3390/info11040209

Shiue, Y. & Hsu, Y. & Sheng, M. & Lan, C. (2019). Impact of an augmented reality system on
students‟ learning performance for a health education course. International Journal of

Management, Economics and Social Sciences, 8(3):195-204. doi:

http://dx.doi.org/10.32327/IJMESS/8.3.2019.12

Dayana Farzeeha Ali & Siti Syazwani Yahya & Marlissa Omar. (2020). Penggunaan Aplikasi

Augmented Reality dalam Topik Litar Asas Elektronik. Innovative Teaching and Learning

Journal, 3(2):1-7.

Jessnor Elmy Mat-jizat & Hartini Jaafar & Rusliza Yahaya. (2017). Measuring The Effectiveness of

Augmented Reality as Pedagogical Strategy in Enhancing Student Learning And

Motivation. International Journal of Academic Research in business and social sciences. 7(1); 225-

240

Kesim, M. & Ozarslan, Y. (2012). Augmented Reality in Education: Current technologies and The

Potential for education. Procedia

8

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam
Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 3 Bagi Tajuk Proses Pencernaan

Nur Anis Nadia Binti Mohd Asmadi ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

ABSTRAK

Menyedari akan hakikat bahawa subjek Sains memerlukan murid untuk memahami konsep
serta menghafal banyak fakta, maka pengkaji telah menjalankan sebuah kajian dengan
memasukkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam membantu murid untuk mengingati konsep
sains khususnya tajuk Proses Pencernaan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji
keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk proses
pencernaan dalam kalangan murid Tahun 3 Monsopiad (3M). Rekabentuk kajian ini adalah
secara kuantitatif. 10 orang murid tahun 3M dari Sekolah Kebangsaan Tambalang, telah
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang menjalani pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah nyanyian dan kumpulan kawalan yang menjalani
PdP secara konvensional. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan semakan dokumen dan
pemerhatian untuk meninjau masalah murid dalam PdP Sains. Manakala penilaian hasil
kajian diperoleh melalui analisis Ujian Pra, Ujian Pasca dan soal selidik. Hasil tinjauan
masalah mendapati murid tidak dapat menguasai tajuk-tajuk sains kerana kegagalan mereka
untuk menghafal fakta serta konsepnya. Hasil analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
menunjukkan peningkatan nilai min iaitu dari 6.8 kepada 11.4 bagi kumpulan rawatan dan
penurunan nilai min iaitu 9.0 kepada 8.4 bagi kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis
borang soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian dalam PdP Sains berupaya meningkatkan
minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.

Kata kunci: Keberkesanan, kaedah, nyanyian, meningkatkan, ingatan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Semasa praktikum fasa pertama, pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tambalang, Tuaran
dan diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains bagi Tahun 3 Monsopiad. Hasil pemerhatian
dan perbincangan dengan guru pembimbing, pengkaji mendapati bahawa kelas 3M bukanlah kelas
beraliran. Oleh itu, muridmurid kelas ini terdiri daripada murid cemerlang, sederhana dan lemah.
Terdapat juga murid-murid yang kurang mahir membaca dan menulis. Apabila pengkaji meneliti
pencapaian akademik murid dalam subjek Sains berdasarkan rekod pentaksiran bilik darjah, pengkaji
mendapati bahawa terdapat 8 orang murid mendapat band dua, 15 orang murid mendapat tiga dan 5
orang murid mendapat band empat dan 2 orang mendapat band lima. Hal ini menunjukkan bahawa
seramai 23 orang murid berada di tahap lemah (band 2) ke sederhana (band 3). Seterusnya, dari segi
respons dalam soal jawab, guru pembimbing memberitahu bahawa rata-rata murid bersifat pasif dan
kurang memberi perhatian ketika sesi PdP dijalankan. Tambahan, beliau mencadangkan pengkaji
untuk menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru berbanding berpusatkan murid seperti
eksperimen, projek dan sebagainya.

9

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Pada minggu kedua praktikum, pengkaji mula mengambil alih pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Namun disebabkan pandemik Covid-19 yang menular ketika itu, sekolah bagi seluruh negeri
Sabah diarahkan untuk tutup. Maka PdP harus dijalankan secara maya yang dikenali sebagai
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kaedah pelaksanaan PdPR di SK Tambalang adalah
secara luar talian dan hanya menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar tugasan dan bahan
pengajaran. Keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan pengkaji untuk menjalankan tinjauan masalah
bagi melaksanakan kajian. Perkara ini berlarutan sehingga minggu keempat praktikum.

Pada minggu kelima, sekolah dapat dijalankan secara bersemuka atas arahan yang
dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Maka pengkaji dapat menjalankan tinjauan masalah seperti yang
telah dirancang. Pada minggu itu, pengkaji mengajar tajuk „Kelas Makanan‟. Objektif PdP pada hari
tersebut adalah murid dapat menyatakan sekurangkurangnya dua contoh makanan bagi setiap kelas
makanan. Pada permulaan sesi PdP, murid kelihatan begitu bersemangat untuk belajar dan
memberikan respons dengan sangat baik. Namun, setelah masuk minit ke-20 PdP iaitu sesi
penerangan, pengkaji dapat melihat hanya sebahagian murid sahaja yang menumpukan perhatian dan
memberikan respons ketika sesi soal jawab. Apabila pengkaji mengajukan soalan adakah mereka
faham atau tidak apa yang diajar, sebahagian kecil menjawab “Faham cikgu” manakala sebahagian
besar tidak menjawab soalan tersebut. Pengkaji juga mendapati beberapa orang murid mula menguap
menandakan mereka sedang kebosanan dan mengantuk. Akhir sekali, semasa fasa penilaian, pengkaji
melihat sebahagian besar murid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan soalan pada lembaran
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Situasi tersebut mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif yang boleh
diimplementasikan bagi mengatasi masalah ini. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, antara masalah
yang dihadapi oleh murid-murid 3M ialah kegagalan untuk menghafal fakta sains. Selain itu, suasana
pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan. Masalah yang dinyatakan ini tidak boleh
dipandang enteng kerana ia akan memberikan kesan negatif kepada prestasi akademik mereka
sekaligus menimbulkan persepsi bahawa Sains itu matapelajaran yang susah dan membosankan.

Melalui refleksi kendiri ini, maka tercetuslah idea untuk menggunakan kaedah nyanyian
dalam membantu murid-murid menghafal fakta sains sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran
yang bermakna dan menyeronokkan. Pengkaji telah menggubal sebuah lagu bertajuk “Proses
Pencernaan” dimana lirik asalnya terdapat dalam buku teks Sains Tahun 3 namun ia hanya meliputi
urutan aliran proses pencernaan sahaja. Oleh itu, pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan
memasukkan maksud proses pencernaan dan menekankan ejaan esofagus yang betul ke dalam lirik
lagu tersebut. Justeru itu, pengkaji bertekad untuk menjalankan kajian untuk melihat keberkesanan
kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid tahun 3 bagi tajuk proses pencernaan.

FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan tentang keberkesanan kaedah nyanyian yang dilaksanakan ini tertumpu kepada
sepuluh orang murid 3 Monsopiad yang berlainan tahap kognitif. Tujuan memilih tajuk proses
pencernaan kerana pengkaji mendapati murid sukar untuk mengingat maksud proses pencernaan yang
panjang dan urutan aliran beberapa organ yang terlibat semasa proses pencernaan berlaku. Selain itu,
pengkaji juga telah mengenalpasti beberapa orang murid membuat kesalahan pada ejaan esofagus
iaitu salah satu organ yang terlibat dalam proses pencernaan. Hal ini kerana sebutan perkataan
esofagus tidak sama dengan ejaannya. Sebagai contoh, sebutan esofagus ialah é.so.fey.ges dan ini
telah mengakibatkan kekeliruan kepada sesetengah murid terutamanya mereka yang masih tidak
mahir membaca, mengeja dan menulis.

Bertitiktolak kepada isu suasana pembelajaran yang pasif dan membosankan, maka pengkaji
bertekad untuk menggunakan kaedah nyanyian sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan suasana PdP
yang menyeronokkan. Sekiranya murid berasa seronok ketika menjalani PdP, apa yang dipelajari akan
lebih mudah diingati dalam jangka masa yang panjang (Ab. Fatah, 1990).

10

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Bukan itu sahaja, teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dapat
dikaitkan dengan pengaplikasian kaedah nyanyian. Hal ini adalah kerana teori ini menyatakan bahawa
setiap individu mempunyai jenis kecerdasan yang berbeza. Definisi kecerdasan pelbagai yang
diberikan oleh Gardner (1990) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai
kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan
menghasilkan output yang efektif. Terdapat lapan kecerdasan yang dimaksudkan iaitu kecerdasan
muzik, logikal matematik, visual ruang, linguistik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis. Namun, kajian ini hanya menekankan kecerdasan muzik dan kinestatik sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN
Bahagian ini menyatakan dengan jelas objektif serta persoalan kajian tindakan yang dijalankan.
1. Meningkatkan kebolehan murid dalam mengingat maksud serta urutan aliran proses pencernaan

menggunakan kaedah nyanyian.
2. Mengurangkan kesalahan ejaan pada nama-nama organ tertentu dalam proses pencernaan dengan

menggunakan kaedah nyanyian.
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan dengan penggunaan kaedah

nyanyian dalam topik pencernaan.

Persoalan kajian:
1. Sejauhmana kaedah nyanyian membantu murid dalam mengingat maksud serta urutan aliran

proses pencernaan?
2. Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat mengurangkan kesalahan ejaan pada nama-nama

organ tertentu dalam proses pencernaan?
3. Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan

menyeronokkan dalam topik pencernaan?

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada sepuluh orang murid kelas 3 Monsopiad di Sekolah
Kebangsaan Tambalang, Tuaran. Ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Jadual 1 dan 2 menunjukkan maklumat lanjut mengenai kumpulan sasaran.

Responden Kumpulan Rawatan
Kumpulan rawatan ini terdiri daripada 5 orang responden yang berlainan jantina. bangsa, tahap
prestasi akademik. Kumpulan ini juga akan mempelajari tajuk proses pencernaan menggunakan
kaedah nyanyian.

Jadual 1: Maklumat responden kumpulan rawatan.

KOD JANTINA BANGSA PRESTASI CIRI-CIRI UNIK
AKADEMIK Kurang mahir membaca dan mengeja
R1 Perempuan Dusun
R2 Lelaki Melayu C Pelajar pintar
R3 Lelaki Melayu D
R4 Bajau B
R5 Perempuan Suluk
Lelaki B
A

Responden Kumpulan Kawalan
Kumpulan rawatan ini terdiri daripada 5 orang responden yang berlainan tahap kognitif dan akan
mempelajari tajuk proses pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.

11

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Jadual 2: Maklumat responden kumpulan kawalan.

KOD JANTINA BANGSA PRESTASI CIRI-CIRI UNIK
AKADEMIK Kurang mahir membaca dan mengeja
K1 Lelaki Brunei
K2 Perempuan Bugis D Pelajar pasif
K3 Perempuan Dusun B Pelajar aktif dan cemerlang
K4 Perempuan Bisaya
K5 Dusun C
Lelaki A
A

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

Perancangan Kajian
Pengkaji mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki. Proses ini melibatkan
pengumpulan awal data bagi mengenalpasti masalah utama murid-murid. Data awal dikumpul dalam
bentuk pemerhatian dan semakan dokumen. Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji mengenalpati
masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar murid tahun 3M iaitu kesukaran mengingati fakta
sains.

a. Tinjauan Masalah
i. Analisis Dokumen
Dokumen yang dipilih ialah lembaran kerja bagi tajuk Kelas Makanan. Pengkaji
mengedarkan lembaran kerja ketika fasa penilaan bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis
lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk
yang telah dipelajari. Pengkaji juga mula mengenalpasti titik kelemahan apabila ramai murid
tidak berjaya menjawab lebih separuh daripada keseluruhan soalan.

ii. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi PdP dijalankan terutamanya dari segi respons murid
terhadap soalan guru dan tingkah laku yang ditunjukkan. Pemerhatian dicatatkan secara tidak
berstruktur.

b. Analisis Tinjauan Masalah
Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji terhadap 30
orang murid 3M.

i. Analisis Dokumen

Jadual 3: Analisis keputusan lembaran kerja murid

Kelulusan Markah (%) Bilangan murid
Gagal
0 - 20 7
Lulus 21 - 40 11
41 – 60 8
61 – 80 2
81 - 100 2

Berdasarkan analisis di atas, 60% daripada keseluruhan murid tidak berjaya melepasi
peratusan lulus (40% ke atas). Hal ini membuktikan bahawa ramai murid masih tidak boleh
menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta Sains,
Maka pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu murid mengingat fakta
sekaligus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek Sains.

12

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

ii. Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B, pengkaji
mendapati murid-murid 3M mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka agak sukar untuk
menghafal fakta-fakta Sains. Pada permulaan waktu PdP, mereka kelihatan amat bersemangat
dan memberi tumpuan dengan baik. Namun apabila masuk pertengahan sehingga akhir waktu
PdP, pengkaji mula menyedari beberapa orang murid kelihatan tidak berminat untuk
meneruskan pembelajaran. Berikut merupakan catatan bebas terhadap tingkah laku murid
sepanjang sesi PdP berlangsung.

Jadual 4: Catatan bebas berdasarkan pemerhatian

Tarikh: 15 April 2021 Masa: 8.30 – 9.30 pagi
Peristiwa Catatan

Guru masuk kelas. Murid-murid bangun dan mengucapkan Murid menunjukkan tingkah laku yang

salam. Murid duduk dan mengeluarkan buku sains. baik.

Guru bertanya apa yang telah mereka pelajari pada kelas Murid berfikir dan kelihatan tidak yakin
sebelum ini. Muridmurid kelihatan sedang berfikir untuk dengan jawapannya.
beberapa ketika. Guru memanggil seorang murid untuk
memberikan jawapan. Murid tersebut kelihatan raguragu untuk
memberikan jawapan.

Guru meminta mana-mana murid untuk sukarela menjawab Murid bersemangat dan memberi
soalan guru. Ramai murid mengangkat tangan untuk respons dengan baik. Terdapat murid
memberikan jawapan mereka. Terdapat beberapa orang murid yang langsung tidak ingat apa yang
yang menjawab dengan salah dan ada juga yang hampir tepat. dipelajari namun ada juga murid yang
boleh mengingat fakta setelah diberi
Guru meneruskan PdP seperti yang dirancang. Murid-murid petunjuk/klu.
kelihatan berminat. Guru memberi penerangan dengan Murid masih bersemangat untuk
terperinci. Guru menguji pemahaman murid dengan melakukan meneruskan pembelajaran.
soal jawab. Ramai murid berjaya menjawab dengan betul dan
menunjukkan tingkah laku yang baik.

Tiba di pertengahan sesi PdP, sebahagian murid menunjukkan Murid sudah mula kebosanan dan
reaksi kebosanan dan ada juga yang mula menguap. Guru sebahagian murid boleh mengingat
melakukan soal jawab ringkas untuk menarik perhatian murid- fakta yang baru dipelajari.
murid. Sebahagian murid dapat menjawab soalan yang
diberikan.

Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran kerja. Guru 4 orang murid masih tidak mahir
memantau murid yang sedang menjawab latihan yang membaca dan mengeja.
diberikan. Guru memerhatikan 4 orang murid yang langsung
tidak mengisi sebarang jawapan. Guru bertanya jika mereka
mempunyai sebarang masalah. Murid-murid tersebut menjawab
mereka tidak pandai membaca dan mengeja.

Guru bergerak ke meja murid yang lain dan mendapati Sebahagian murid tidak boleh
sebahagian orang murid tidak dapat melengkapkan lembaran mengingat fakta yang telah lama diajar.
kerja. Apabila ditanya, kebanyakan mereka menjawab tidak
ingat dan tidak tahu.

Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan lembaran kerja
di rumah dan perlu menghantar pada sesi PdP seterusnya.

13

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

 Pelaksanaan Kajian
Setelah melakukan tinjauan masalah, pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaitu objektif
dan soalan kajian, menentukan kumpulan sasaran, alat-alat kajian yang digunakan dan merancang
tindakan.

c. Tindakan yang Dijalankan.
Pengkaji membuat rakaman lagu „Proses Pencernaan‟ dengan menggunakan suara pengkaji
sendiri yang bermelodikan lagu “Anak Itik Tok Wi”. Pengkaji juga menggunakan video animasi

yang menunjukkan aliran makanan semasa proses percernaan berlaku. Penggunaan video animasi

ini bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas.

Dari segi kumpulan sasaran, pengkaji melibatkan 10 orang murid kelas 3M yang terdiri

daripada pelbagai aras kecerdasan dan jantina. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan

iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menjalankan dua kali sesi pengajaran dan
pembelajaran selama 30 minit bagi setiap kumpulan seperti dalam jadual 5. Keduadua kumpulan
ini akan diajar tajuk yang sama iaitu proses pencernaan tetapi menggunakan kaedah yang berbeza
dan hari yang berbeza pada minggu yang sama. Kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah
pengajaran konvensional. Kaedah konvensional merupakan kaedah pengajaran tradisional yang
berpusatkan guru dimana guru bertindak sebagai pemberi maklumat dan bukannya pembimbing
(Siti Dahlia, 2017). Manakala, kumpulan rawatan pula akan menjalani proses PdP menggunakan
kaedah nyanyian.

Jadual 5: Jadual Pelaksanaan Kajian

Minggu Kumpulan Kawalan Rawatan
Minggu 1 Sesi PdP 1 Sesi PdP 1
Sesi PdP 2 Sesi PdP 2
Minggu 2
Ujian Pasca Ujian Pasca
Minggu 3

Minggu 4

 Teknik Mengumpul Data
i Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dan Pasca digunakan bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid terhadap tajuk
yang diajar. Ujian Pra bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid bagi tajuk Proses
Pencernaan dan ia perlu dijawab oleh responden sebelum sesi PdP 1 dan 2 dijalankan. Ujian
pasca menggunakan soalan Ujian Pra yang telah diubahsuai dan perlu dijawab seminggu
selepas sesi PdP 2. Tempoh seminggu itu bertujuan untuk melihat sejauhmana responden
dapat mengingati fakta proses pencernaan menggunakan kaedah yang telah ditetapkan.

ii Soal selidik
Soal selidik ini mempunyai 8 item yang perlu dijawab oleh murid setiap kali tamat sesi PdP.
Borang soal selidik ini bertujuan mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

d. Dapatan Kajian
Analisis data adalah berdasarkan objektif kajian. Setiap objektif kajian mempunyai instrumennya
yang telah ditetapkan.

14

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Objektif Pertama: Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Proses
Pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
Objektif pertama diukur melalui keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hasil dapatan kajian
dianalisis dalam bentuk kuantitatif. Rajah 1 dan 2 menunjukkan hasil dapatan kajian.

Jadual 6: Gred dan markah ujian

GRED MARKAH
A 11-13
B 8-10
C 5-7
D 0-4

Rajah 1: Graf Perbandingan keputusan ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Bagi Kumpulan Rawatan

Bilangan Responden 4.5 A BC D
4 1 20 2
4 10 0
3.5
3 Gred Ujian

2.5
2

1.5
1

0.5
0

Ujian Pra
Ujian Pasca

Rajah 2: Graf Perbandingan keputusan ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Bagi Kumpulan Kawalan

Bilangan Responden 2.5 A BC D
2 2 21 0
2 11 1
1.5
1 Gred Ujian

0.5
0

Ujian Pra
Ujian Pasca

15

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Berdasarkan Rajah 1 dan Rajah 2, kita dapat lihat secara kasar, berlakunya perubahan bilangan
responden bagi setiap gred ujian yang diperoleh untuk Ujian Pra dan Pasca. Bagi kumpulan
rawatan (Rajah 1), berlakunya perubahan positif pada bilangan responden yang mendapat gred A
dan B pada Ujian Pasca. Seterusnya, tiada responden yang mendapat gred C dan D untuk Ujian
Pasca seperti yang kita dapat lihat ketika Ujian Pra. Manakala bagi kumpulan kawalan, bilangan
responden yang mendapat gred A masih kekal dua orang. Namun berlakunya penurunan bilangan
responden bagi gred B kepada satu orang. Bagi gred C, bilangan responden mash kekal. Akhir
sekali, terdapat seorang responden yang mendapat gred D pada Ujian Pasca.

Jadual 7: Perbandingan markah bagi setiap responden pada Ujian Pra dan Ujian Pasca

KUMPULAN RESPONDEN MARKAH PERUBAHAN
RAWATAN MARKAH
R1 PRA PASCA
KAWALAN R2 3 (D) 11 (A) +8
R3 +7
R4 0 (D) 8 (B) +5
R5 +2
K1 8 (B) 13 (A) -1
K2 -4
K3 10 (B) 12 (A) +4
K4 +3
K5 13 (A) 12 (A) -2
-4
8 (B) 4 (D)

8 (B) 12 (A)

5(C) 8 (B)

13 (A) 11 (A)

11 (A) 7 (C)

Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, pengkaji telah membina sebuah graf
seperti di bawah untuk membandingkan nilai min Ujian Pra dan Pasca bagi kedua-dua kumpulan.

Rajah 3: Perbandingan nilai min Ujian Pra dan Pasca bagi kedua-dua kumpulan

Perbandingan nilai min Ujian Pra dan Pasca bagi
Kedua- dua kumpulan

12 Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan
10
8 6.8 9
6
4 11.2 8.4
2
0

Ujian Pra
Ujian Pasca

Kumpulan

.
Merujuk kepada Rajah 3, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang dicatatkan
oleh kumpulan rawatan adalah sebanyak 4.4 iaitu daripada 6.8 kepada 11.2. Bagi kumpulan
kawalan pula, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah sebanyak 0.6 iaitu
daripada 9 kepada 8.4. Dapatan ini membuktikan bahawa responden kumpulan rawatan yang
menjalani proses PdP dengan menggunakan kaedah nyanyian mampu mengingat proses
pencernaan dengan lebih baik. Berbeza dengan kumpulan kawalan yang menjalani PdP secara
konvensional bagi tajuk yang sama. Terdapat penurunan pada nilai min walaupun tidak begitu

16

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

ketara, namun ia cukup membuktikan bahawa kaedah konvensional ini kurang efektif dalam
membantu murid menyimpan fakta tentang proses pencernaan dalam jangka masa yang panjang.
Oleh itu, tanpa disangkal lagi, objektif pertama tercapai.

Objektif Kedua: Mengurangkan kesalahan pada ejaan esofagus dalam proses pencernaan
dengan menggunakan kaedah nyanyian.
Hasil dapatan objektif kedua dianalisis secara kuantitatif melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Jadual 8: Perbandingan ejaan esofagus bagi setiap responden pada Ujian Pra dan Pasca

KUMPULAN RESPONDEN EJAAN ESOFAGUS
RAWATAN
R1 PRA PASCA
KAWALAN R2 ─ √
R3 ─ ─
R4 √
R5 X √
K1 √ √
K2 √
K3
K4 XX
K5 ─√

XX
√√

XX

Jadual 9: Petunjuk bagi simbol-simbol dalam jadual 8

PETUNJUK
X Salah ejaan esofagus
√ Betul ejaan esofagus
─ Tiada jawapan

Analisis objektif kedua iaitu mengurangkan kesalahan pada ejaan esofagus dalam proses
pencernaan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Secara kasar, kita dapat lihat bagi kumpulan
rawatan, hampir semua responden dapat mengeja esofagus dengan betul pada Ujian Pasca
berbanding pada Ujian Pra. Hal ini kerana mereka dapat menghafal lagu proses pencernaan yang
telah dimasukkan ejaan esofagus pada lirik tersebut. Namun begitu, masih terdapat seorang
responden (R2) yang tidak memberi sebarang jawapan. Hal ini kerana R2 merupakan murid yang
kurang mahir mengeja dan membaca maka agak sukar baginya untuk menghafal keseluruhan lirik
lagu. Seterusnya, kita beralih pula kepada kumpulan kawalan. Dapat dilihat 3 daripada 5 orang
responden tidak berjaya mengeja perkataan esofagus dengan betul. Hal ini berkemungkinan
kerana mereka masih keliru dengan sebutan dan ejaan perkataan tersebut atau responden tidak
mempunyai masa yang mencukup untuk menjawab keseluruhan soalan ujian. Namun begitu,
terdapat dua orang responden (K2 dan K4) yang dapat mengeja esofagus dengan betul. Hal ini
kerana K2 dan K4 merupakan murid yang berlatarbelakangkan prestasi akademik yang baik, jadi
mereka tidak mempunyai masalah dari segi kemahiran mengeja dan membaca. Oleh itu, objektif
kedua iaitu meningkatkan minat murid mempelajari Proses Pencernaan menggunakan kaedah
nyanyian tercapai.

Objektif ketiga: Mewujudkan suasana prmbelajaran yang aktif dan menyeronokkan dalam
topik pencernaan
Objektif ketiga ini dianalisis menggunakan instrumen borang soal selidik secara kuantitatif
dengan mengira nilai min bagi kedua-dua kumpulan (Jadual 9). Seterusnya data tersebut
diterjemahkan dalam bentuk graf seperti dalam Rajah 3.

17

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Jadual 9: Analisis borang soal selidik

BIL. ITEM NILAI MIN
RAWATAN KAWALAN
1 Saya berasa seronok selepas mengikuti pembelajaran
hari ini. 2.8 2.2
2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini.
3 Saya berasa mudah untuk menghafal fakta. 2.5 2.5
4 Pengajaran guru membosankan. 3.0 2.6
5 Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang 1.2 2.2
akan diperkenalkan seterusnya. 2.6 1.9
6 Saya berasa bersemangat untuk belajar Sains.
7 Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran yang 2.6 2.6
digunakan. 2.8 2.5
8 Saya boleh menggunakan kaedah yang guru
perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain. 2.7 2.6

Nilai minRajah 4: Graf Perbandingan Nilai Min Item Soal Selidik bagi Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan

Perbandingan Nilai Min Item Soal Selidik bagi
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

3.5
3

2.5
2

1.5
1

0.5
0
12345678

Kumpulan Rawatan 2.8 2.5 3 1.2 2.6 2.6 2.8 2.7
Kumpulan Kawalan 2.2 2.5 2.6 2.2 1.9 2.6 2.5 2.6

Item

Secara ringkas, kita dapat lihat pada Rajah 4 bahawa nilai min kumpulan rawatan bagi item 1, 3, 5,
dan 8 adalah lebih tinggi berbanding nilai min kumpulan kawalan. Ini bermakna majoriti
responden kumpulan rawatan bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka berasa seronok selepas
mengikuti pembelajaran yang menggunakan kaedah nyanyian. Seterusnya, bagi item 3, kumpulan
rawatan mencecah nilai min tertinggi iaitu 3.0 berbanding 2.6 daripada kumpulan kawalan. Ini
menunjukkan bahawa semua responden kumpulan rawatan sangat bersetuju bahawa mereka lebih
mudah untuk menghafal fakta melalui nyanyian. Selain itu, terdapat juga perbezaan nilai min
yang ketara pada item kelima dimana kumpulan rawatan mencatatkan min sebanyak 2.6
berbanding 1.9 daripada kumpulan kawalan. Data ini menunjukkan bahawa responden kumpulan
rawatan berasa teruja untuk menunggu aktiviti seterusnya. Kita beralih pula pada item 4 dimana
nilai min kumpulan rawatan (1.2) adalah lebih rendah berbanding kumpulan kawalan (2.2). Ini
bermakna majoriti responden kumpulan rawatan tidak bersetuju mengatakan bahawa pengajaran
guru membosankan. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa kaedah nyanyian dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Oleh itu, objektif ketiga iaitu
meningkatkan minat murid mempelajari Proses Pencernaan menggunakan kaedah nyanyian
tercapai.

18

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

e. Refleksi Kajian
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan
kaedah nyanyian amat berkesan dalam membantu murid untuk mengingati fakta-fakta Sains
terutamanya bagi tajuk Proses Pencernaan. Kenyataan ini dibuktikan dengan peningkatan markah
Ujian Pasca kumpulan rawatan yang ketara berbanding Ujian Pra. Menurut Reney Pantun (2016),
iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping
mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.

Bukan itu sahaja, kaedah nyanyian juga terbukti dapat menarik perhatian murid sekaligus
mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Ab. Fatah (1990) juga menyokong
kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi
seronok lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin
menarik maklumat itu kepada diri seseorang, maka semakin mudah maklumat tersebut diingati
sekaligus memudahkan maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Akhirulkalam, sepanjang menjalankan kajian ini, saya akui terdapat kelemahan dan
kelebihan yang ditemui. Dari segi kelebihan, saya menggunakan video animasi yang memaparkan
lirik lagu dan perjalanan proses pencernaan yang berlaku dalam badan supaya pengajaran menjadi
lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menggalakkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) sekaligus dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada
murid-murid tentang proses pencernaan. Menurut Ab. Fatah (1990), penggunaan video animasi
dapat membantu seseorang untuk menggunakan minda mereka secara optimum dan berkesan.
Kedua, saya juga menyediakan nota ringkas bagi kedua-dua kumpulan untuk memudahkan
mereka merujuk semasa sesi PdP berlangsung. Dari segi kelemahan, saya menyedari bahawa
bilangan responden yang diambil terlalu sedikit menyebabkan kesahan dan kebolehpercayaan
keputusan kajian menjadi rendah. Alasan pengkaji mengambil 10 orang responden sahaja adalah
kerana pengkaji enggan mengganggu masa rehat murid-murid dan masa pembelajaran subjek lain.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses PdP Sains sememangnya berkesan dalam membantu
murid untuk mengingat fakta serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya, kajian
ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan
datang seperti:
i. Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan

keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.
ii. Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam

memantapkan dapatan kajian.
iii. Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian kinestatik) supaya proses

P&P menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif murid.

RUJUKAN
Gardner, H. (1990). Frame of Mind: Thoery of Multiple Intelligence. New York: Longeman.
Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.
Reney Pantun. (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian dalam Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun

Dua dalam Topik Pembundaran. Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Siti Dahlia Said. (2017). Perbandingan Kaedah Pengajaran Berasaskan Tema Dengan Kaedah
Konvensional Dalam Pembelajaran Kefahaman Membaca Bahasa Inggeris. Tesis Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Shah Alam, Selangor.

19

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

KAJIAN TINDAKAN MENGENAI KEBERKESANAN RESOS SEGATUS DALAM
KALANGAN MURID TAHUN EMPAT DI SK POMOTODON

Haziq Bin Abdul Latif ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji dan menyelesaikan isu-isu pengajaran dan pembelajaran
Nombor dan operasi khususnya Tajuk Peratus dengan penggunaan resos Kit Segi Tiga
Peratus (Segatus). Dewasa ini, mudah diperhatikan bahawa murid-murid mengalami
kekeliruan dalam tajuk peratus terutama dalam penukaran perpuluhan ke peratus dan
sebaliknya. Oleh sebab itu, resos Kit Segatus dihasilkan untuk mengatasi masalah ini. Maka
kajian ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa keberkesanan resos ini dalam
mengatasi masalah ini. Dalam kajian ini, murid-murid Tahun empat telah menjadi populasi
kajian. Selain itu, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan
tinjauan, kaedah bimbingan dari mentor dan kaedah rujukan internet Hasil tinjauan awal
yang dilakukan melalui kaedah pemerhatian mendapati bahawa murid yang terlibat dalam
kajian menunjukkan berlaku permalahan dalam membuat penukaran peritus kepada
perpuluhan semasa sesi PdPc dilaksanakan. Berdasarkan data yang diperoleh, peratusan
kefahaman murid untuk membuat penukaran peritus kepada perpuluhan telah menunjukkan
peningkatan. Secara keseluruhannya, kaedah Segatus berjaya membantu meningkatkan
penguasaan murid dalam membuat penukaran peritus kepada perpuluhan juga sebaliknya.

Kata kunci: Peratus, Perpuluhan, kaedah SEGATUS, penukaran

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan
dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik
yang dipelajari di mana penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik
dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, guru
memainkan peranan penting dan merupakan perancang utama kepada kejayaan seseorang murid
(Mohd Johan, 2002). Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang kompleks, melibatkan
banyak faktor seperti ciri-ciri pengajaran guru, kebolehan murid, bahan bantu mengajar dan
sebagainya. Atan Long (1982) bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu
bahan yang boleh disampaikan dengan perlbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta atau
dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Juga, bahan bantu mengajar memberikan definisi
yang sama dengan resos. Disebabkan bahan bantu mengajar ini mampu memberi rangsangan dan
minat murid-murid serta menyediakan dasar perkembangan pembelajaran lantas menjadikan
pembelajaran lebih kekal, maka, bahan bantu mengajar atau resos ini adalah berkesan dalam
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam tajuk Peratus. Hal ini demikian kerana, resos
adalah bersifat model hidup iaitu boleh dilihat dengan pancaindera murid lantas mengakibatkan murid
mengalami pembelajaran yang langsung berbanding menggunakan contoh-contoh matematik yang
abstrak yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Umunya, murid-murid sekolah rendah ini masih
lagi di tahap perkembangan kognitif operasi konkrit yang memerlukan bahan konkrit iaitu bahan
boleh dipegang sebagai contoh semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sudah terang lagi
bersuluh, penggunaan resos Kit Segatus merupakan suatu langkah yang dihasilkan untuk mengatasi
masalah kekeliruan murid pengenai pertukaran nombor perpuluhan ke peratus dan nombor peratus ke
perpuluhan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menunjukkan keberkesanan kit ini dalam mengatasi
masalah ini. Isu kekeliruan penukaran nombor perpuluhan ke peratus dan sebaliknya dalam Tajuk

20

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Peratus bukanlah diambil secara tangkap muat atau bidang terjun. Namun demikian isu ini sebenarnya
diperolehi daripada pemerhatian di sekolah dalam kalangan murid-murid.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa resos Kit Segatus ini mampu membuktikan bahawa
ia adalah langkah terbaik untuk mengatasi masalah yang dialami murid Tahun Empat di sekolah
dalam tajuk Peratus. Fokus kajian yang dilaksanakan ini adalah untuk mengkaji keberkesanan resos
Segi Tiga Peratus(SEGATUS). Kajian ini juga berfokus kepada penigkatan keputusan ujian pra dan
ujian pasca kajian dijalankan.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini mempunyai tujuan yang berikut
1. Menentukan masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dalam tajuk Peratus Matematik Tahun

Empat.
2. Menukarkan nombor perpuluhan ke peratus.dengan menggunakan Kit Segatus.
3. Menukarkan peratus ke nombor perpuluhan dengan menggunakan Kit Segatus.
4. Membuktikan bahawa resos Kit Segatus mampu mengatasi kekeliruan penukaran nombor

perpuluhan ke peratus dan peratus ke nombor perpuluhan.

KUMPULAN SASARAN
Kajian yang dilaksanakan ini mempunyai sasaran yang tertentu seperti berikut:
1. Kajian ini hanya dijalankan pada murid Tahun Empat SK Pomotodon (PPD Kota Kinabalu) iaitu

murid yang telah mempelajari tajuk Peratus.
2. Kajian ini hanya dijalankan pada satu kelas. Kelas yang dipilih adalah secara rawak.
3. Kajian ini melibatkan murid aliran perdana sahaja dan tidak melibatkan murid berkeperluan khas.

PELAKSANAAN KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan ialah secara kaedah deskriptif iaitu kajian berbentuk tinjauan yang
diolah untuk mendapatkan maklum balas mengenai kekeliruan murid dalam penukaran nombor
perpuluhan ke peratus dan sebaliknya. Van Dalen (1979), kajian berbentuk deskriptif dapat
menerangkan fenomena dengan menanalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik dan
media-media. Kajian ini adalah kajian yang laing sesuai dalam penyelidikan yang dijalankan di mana
matlamatnya ialah untuk mengumpul maklumat-maklumat tentang suatu peristiwa yang sedang
berlaku, (Majid, 1993). Jelaslah, tinjauan merupakan satu daripada kaedah yang mana pengkaji akan
melihat persekitaran kajian yang hendak dilakukan ke atas sampel kajian.

Dalam melakukan kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang dilakukan oleh pengkaji.
Prosedur tersebut adalah seperti pengenalpastian masalah yang dihadapi oleh murid dalam Tajuk
Peratus Tahun Empat melalui tinjauan dan keputusan ujian murid. Pengkaji juga akan membuat
Penghasilan resos bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid iaitu resos Kit Segatus. Setelah
itu pengkaji akan menguji resos Kit Segatus pada murid-murid Tahun Empat dengan melakukan ujian
pra dan pasca. Setelah itu, pengkaji akan mengedar soal selidik dan mengumpul semula. Terakhir,
pengakaji akan menganalisis data yang didaapati melalui kajian yang dilakukan.

a. Analisis Item
Penganalisian data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang dibuat. Analisis data
adalah berdasarkan perkara tertentu. Pertama Analisis markah ujian pra dan pasca iaitu mengira
purata markah ujian pra dan ujian pasca murid. Purata markah ujian pasca mestilah tinggi
berbanding purata markah ujian pra untuk menunjukkan bahawa resos Kit Segatus adalah
berkesan dalam mengatasi masalah kekeliruan yang dihadapi oleh murid dalam Tajuk Peratus

21

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Tahun Empat. Kedua ialah., analisis soal selidik. Soal selidik akan dianalisis dengan mengira
purata bagi setiap soalan. Purata markah yang menghampiri skala 5 (sangat setuju) menunjukkan
bahawa murid bersetuju dengan item soalan.

b. Analisis Bahagian Pertama : Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Analisis bahagian pertama iaitu markah yang diperoleh oleh murid sewaktu ujian pra dan ujian
pasca. Nilai kekerapan dan peratusan bagi setiap aspek adalah dinyatakan. Data dan maklumat
berkenaan responden ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah.

Jadual 1: Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Markah Ujian Pra

Markah Kekerapan Peratus

0 5 29%

1 2 11%

2 6 35%

3 1 5%

4 2 11%

5 1 5%

6 0 0%

7 0 0%

8 0 0%

Berdasarkan kepada Jadual 1, responden yang terlibat dalam kajian adalah terdiri daripada
responden mendapat markah 0 ialah seramai 35%. Responden mendapat markah 1 ialah sebanyak
11% dan responden mendapat markah 2 sebanyak 35%. Responden dengan markah 3 adalah
sebanyak 5%, manakala responden mendapat markah 4 hanya 11%. Manakala responden yang
berjaya mendapat markah penuh 8 tiada daripada 17 orang sampel. Min bagi ujian pra yang
dicapai oleh murid hanyalah 1.76.

c. Analisis Bahagian Kedua: Analisis Ujian Pasca

Jadual 2: Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Markah Ujian Pasca

Markah Kekerapan Peratus

0 0 0%

1 0 0%

2 0 0%

3 0 0%

4 0 0%

5 1 5%

6 1 5%

7 3 17%

8 12 70%

Berdasarkan kepada jadual 2, tiada responden yang mendapat markah 0, 1,2,3 dan 4 iaitu 0%. Ini
bermaksud semua respoden mendapat markah 5 dan ke atas. Responden yang mendapat markah 5
adalah sebanyak 5%. Manakala responden yang mendapat markah 7 ialah sebanyak 17%. Akhir
sekali, responden mendapat markah penuh ialah seramai 12 orang iaitu 70%. Ini menunjukkan
peningkatan dari segi responden yang mendapat markah penuh dalam ujian pasca. Min item ialah
7.5. Min item ujian pasca lebih tinggi berbanding ujian pra iaitu 7.5 > 1.76. Ini menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan markah murid dari ujian pra ke ujian pasca. Maka, resos Kit Segatus
ini memang membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka iaitu kekeliruan penukaran
nombor perpuluhan ke peratus dan sebaliknya.

22

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

d. Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuan, objektif dan soalan kajian adalah tercapat. Hal
ini demikian kerana, melalui kajian ini iaitu bahagian analisis bahagian pertama menunjukkan
peningkatan nilai min yang mendadak daripada ujian pra iaitu 1.9 ke ujian pasca 4.5. Maka, resos
Kit Segatus ini sebenarnya amat mebantu dalam mengatasi masalah kekeliruan murid dalam
Tajuk Peratus Tahun Empat. Kini, murid dapat menjelaskan bahawa pertukaran nombor
perpuluhan ke peratus adalah dengan mendarabkan nombor perpuluhan dengan 100% untuk
menghasilkan peratus. Manakala, untuk mendapatkan nombor perpuluhan, peratus hendaklah
dibahagi dengan 100%. Masalah murid dapat diatasi dengan mudah menggunakan resos Kit
Segatus ini, ini kerana kit ini menekankan model hidup iaitu model tiga segi peratus yang dapat
dipegang oleh murid, malah murid dapat bermain dengan kit ini iaitu menyusun membentuk
bentuk segi tiga seperti tangram.

e. Refleksi Kajian
Dalam bab ini pengkaji dapat mengambil tahu input baharu iaitu kajian hasil analisis data yang
diperoleh. Penganalisisan data ini dibuat tertumpu kepada persolan kajian untuk mengatasi
masalah kekeliruan murid dalam Tajuk Peratus Tahun Empat. Hasil analisis menunjukkan
bahawa hampir semua murid bersetuju bahawa resos Kit Segatus ini berkesan dalam mengatasi
masalah yang dialami mereka dan resos ini mempunyai sifat atau ciri-ciri yang sangat baik.

Pengkaji mendapati bahawa pemahaman input baharu murid untuk menguasai suatu ilmu
baharu bukan hanya melalui teknik hafalan malah melalui teknik resos yang bersifat bahan
maujud. Terdapat juga kelemahan di dalam pelaksanaan kajian yang hanya menumpukan kepad
asebuah sekolah sahaja dan tahun tertentu sahaja. Penambahbaikan boleh dilakukan oleh
pengkaji bagi menyebarluaskan teknik yang digunakan dalam kajian ini.

Hasil daripada penganalisian data serta perbincangan dapatan tersebut dapat merumuskan
bahawa pemahaman maksud, keberkesanan resos Kit Segatus adalah amat berkesan dalam
mengatasi masalah kekeliruan murid dalam tajuk Peratus Tahun Empat iaitu kekeliruan
penukaran nombor perpuluhan ke peratus dan sebaliknya. Malahan kit yang dihasilkan juga
menepati kehendak murid iaitu dari aspek menarik, cepat, jimat masa, puas hati dan mudah
kerana ia dinilai dengan sangat setuju.

CADANGAN KAJIAN
Signifikan kajian ini dapat menunjukkan satu jalan yang baharu untuk proses PdP bagi Tajuk Peratus
Tahun Empat. Hal ini demikian kerana, resos Kit Segatus ini mungkin boleh digunakan oleh semua
guru Matematik semasa mengajar tajuk ini. Dengan demikian, murid akan lebih faham tentang
penukaran nombor perpuluhan ke peratus dan sebaliknya. Kesannya, murid akan lebih mengingati
tentang tajuk ini. Bahkan kajian ini juga menunjukkan bahawa, betapa pentingan resos atau bahan
bantu mengajar semasa proses PdP. Ini kerana resos atau bahan bantu mengajar adalah bersifat
maujud iaitu boleh dilihat, dipegang dan disentuh oleh murid lantas menyebabkan mereka mengalami
pembelajaran itu iaitu pembelajaran bermakna.

Namun demikian, dalam kajian ini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi antaranya
seperti bilangan responden yang terlalu sikit. Hal ini demikian kerana murid di dalam kelas tersebut
hanya terdapat 20 orang murid. Maka, data yang diperoleh semasa analisis adalah kurang tepat. Selain
itu juga, kekangan masa dialami semasa melakukan kajian ini. Hal ini kerana, terdapat seminggu
sahaja untu melakukan kajian ini di sekolah. Ditambah pula ada guru yang tidak dapat memberikan
masa untuk melaksanakan kajian di kelas tertentu kerana terlalu mengejar silibus sehinggakan tiada
masa untuk perkara lain.

Tidak ketinggalan juga beberapa penambahbaikan boleh dilakukan jika kajian dilakukan pada
masa akan datang iaitu dengan menambah lagi bilangan responden iaitu bilangan murid iaitu
sekurang-kurangnya 40 responden. Hal ini adalah penting bagi menghasilkan data yang lebih jiitu dan

23

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

tepat. Malahan juga, material yang digunakan untuk menghasilkan kit ini mungkin boleh dinaiktaraf
menggunakan fail dan bukannya fail kertas. Hal ini demikian kerana, umumnya murid-murid lasak
dalam menggunakan kit ini dan boleh mnyebabkan kit menjadi rosak. Maka dengan adanya fail.
Resos kit ini menjadi tahan lasak dan lebih bermutu. Juga, soalan pada soal selidik perlu
diperbanyakkan sesuai dengan soalan kajian yang telah dinyatakan. Ini amat penting supaya kajian
hasil kajian dapat menjawa segala persoalan kajian. Lantas, data yang dihailkan lebih terperinci dan
tepat.
RUJUKAN
Atan Long, 1982. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya et al (2007). Menguasai Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.

Bhd.
Mohd Johan bin Zakaria. (2002). Perkaitan antara Pendekatan Belajar dan Kemahiran

Menyelesaikan Masalah dengan Keupayaan Menyelesaikan Masalah bagi Tajuk Pecahan.
Tesis Doktor Falsafah Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Van Dalen (1979). Understanding Educational Research: An Introduction (4th ed.).
NewYork : Mc-Graw Hill Boom Company.

24

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

KAEDAH E-JPM MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MENUKAR UNIT MASA JAM, MINIT DAN SAAT

Kimberly Chia Dee Na ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

ABSTRAK

Penggunaan kaedah e-JPM (Jari Pecahan Masa) merupakan salah satu bahan intervensi
yang diperluaskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam bidang Matematik.
Kaedah ini telah diinovasikan dan digunakan untuk membantu murid dalam masalah
penukaran unit jam, minit dan saat melibatkan pecahan masa. Seramai enam orang murid
Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu, Sabah telah terlibat
dalam kajian ini. Peserta kajian telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Dalam
kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis peningkatan peratusan secara
deskriptif dalam ujian pra dan ujian pasca bagi memastikan keberkesanan penggunaan e-
JPM dalam PdPR. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian melalui
borang senarai semak bagi menyelidik perkembangan penguasaan murid dalam penukaran
unit masa. Penggunaan borang soal selidik juga digunakan dalam menilai persepsi murid
terhadap penggunaan e-JPM tersebut. Secara keseluruhannya, kaedah e-JPM ini berjaya
membantu murid Tahun Lima meningkatkan penguasaan kemahiran menukar unit masa, jam
dan saat semasa proses PdPR dijalankan.

Kata kunci: Penukaran Unit Masa, kaedah e-JPM

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sepanjang saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang praktikum Fasa 2, saya
berpeluang memasuki salah sebuah kelas Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di sekitar daerah Kota
Kinabalu, saya dapat melihat dan mengetahui bahawa murid tidak menguasai topik masa dan waktu
khususnya penukaran unit masa melibatkan pecahan. Penukaran unit ialah proses yang melibatkan
operasi pendaraban dan pembahagian sesuatu faktor numerik (Siti Norainul Afiqah binti Muhammad
Anuar & Aziz Omar, 2013). Melalui pemerhatian pengkaji, pengajaran kemahiran pertukaran unit
masa agak sukar kerana mereka lemah dalam melakukan pertukaran unit masa melibatkan pecahan.
Murid-murid masih lagi keliru apabila ditanyakan mengenai hubungan dan operasi yang digunakan
semasa membuat pertukaran unit masa. Kesannya, mereka tidak dapat menjawab dengan betul
hubungan di antara unit-unit masa maka mereka kebanyakkan tidak menjawab soalan atau
menghantar jawapan kosong. Sesetengah mereka juga mengambil masa yang lama untuk
menyelesaikan soalan. Dengan ini, guru harus mencari jalan alternatif untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran pertukaran unit masa. Berdasarkan masalah yang dihadapi, saya memikirkan
kaedah yang lebih efektif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan sehingga menjejaskan
pencapaian mereka.

25

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan dua instrumen bagi melakukan tinjauan awal iaitu ujian pra dan
pemerhatian bagi memilih peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Berdasarkan tinjauan
masalah yang dilakukan, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah
ini. Antara isu tersebut ialah murid:-
1. Tidak dapat menukar unit masa melibatkan jam, minit dan saat dengan betul.
2. Keliru dengan operasi yang harus digunakan.
3. Tidak dapat menguasai hubungan antara unit masa terutamanya jam, minit dan saat.
4. Melakukan kesilapan dan kecuaian semasa melakukan pendaraban dalam proses penukaran unit

masa.
5. Terikat dengan kaedah penghafalan dalam melakukan pendaraban dalam proses penukaran unit

masa.

Oleh hal yang demikian, secara keseluruhannya murid menghadapi masalah menentukan
hubungan antara unit masa dan melakukan kesilapan semasa melakukan pendaraban dalam proses
penukaran unit masa. Dengan ini, Teori Piaget mengatakan bahawa murid mampu membina
pengetahuan secara abstrak melalui pembinaan pengetahuan konkrit yang kukuh (Christine J.R., et.al.,
2018). Pengetahuan konkrit ini boleh diwujudkan melalui pembelajaran aktif seperti strategi
pembelajaran pelbagai deria melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Penggunaan E-JPM
mampu merangsang pembinaan ilmu konkrit murid dan menjana pemikiran abstrak dalam memahami
kemahiran penukaran unit masa melibatkan pecahan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan e-JPM terhadap murid Tahun 5 dalam
menguasai penukaran unit jam ke minit dan minit ke saat melibatkan pecahan masa.
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menukarkan unit jam ke minit dan minit ke saat

melibatkan pecahan masa sebelum dan selepas menggunakan e-JPM.
2. Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan e-JPM dalam menukarkan unit jam ke minit

dan minit ke saat melibatkan pecahan masa.

Terdapat beberapa persoalan kajian yang dikenalpasti iaitu:-
1. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran menukarkan unit jam ke minit dan minit

ke saat melibatkan pecahan masa sebelum dan selepas menggunakan e-JPM?
2. Apakah persepsi murid terhadap penggunaan e-JPM dalam menukarkan unit jam ke minit dan

minit ke saat melibatkan pecahan masa?

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu. Pengkaji
hanya menfokuskan kepada murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu. Pengkaji juga
menggunakan persampelan bertujuan untuk memilih peserta kajian melalui ujian pra. Kesemua
sampel melibatkan 34 orang iaitu 20 orang lelaki dan 14 orang perempuan. Kumpulan sasaran bagi
kajian ini adalah murid yang mengalami masalah dalam melakukan penukaran unit masa melibatkan
pecahan dalam topik masa dan waktu. Bilangan murid yang disasarkan adalah enam orang sahaja.
Mereka adalah murid yang mempunyai tahap pencapaian lemah dan sederhana. Melalui ujian pra
yang dilaksanakan, pengkaji didapati bahawa mereka sangat lemah dalam kemahiran menukar unit
masa melibatkan pecahan. Mereka mendapat skor yang rendah berdasarkan rekod pretasi ujian pra
yang telah dijalankan.

26

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

PELAKSANAAN KAJIAN
Pengkaji bercadang untuk melaksanakan tindakan berpandukan model yang dipelopori oleh Kemmis
& Mc Taggart (1988) seperti dalam Rajah 1. Menurut Chong (2011), langkah-langkah yang perlu
digunakan oleh pengkaji dalam kitaran pertama telah diperincikan di mana pengkaji perlu
mendiagnosis sebagai langkah yang pertama. Tinjauan awal akan mendahului proses penyelidikan
dengan mendiagnosis isu kajian. Kemudian, pengkaji perlu melakukan perancangan tindakan
intervensi setelah menganalisis masalah atau isu kajian. Semasa menjalankan tindakan kajian,
pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan yang akan
dijalankan. Seterusnya, pengkaji akan mereflek bagi melihat kekuatan, kelemahan dan memikirkan
cadangan penambahbaikkan tindakan intervensi yang akan dilaksanakan sekali gus memutuskan sama
ada kitara seterusnya perlu diambil ataupun tidak.

Rajah 1: Kitaran Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

Tinjauan
awal

Mereflek SATU Merancang
KITARAN tindakan
KAJIAN

Melaksana
tindakan &
memerhati

a. Tinjauan Masalah
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), semasa menjalankan sesuatu kajian, aspek utama yang
dilihat ialah proses pengumpulan data. Untuk mengenal pasti masalah dalam kajian ini, saya
menggunakan kaedah pemerhatian . Saya mendapati sesetengah murid tidak tahu melakukan
langkah penukaran unit semasa ujian pra, ada secara langsung tidak bersemangat dan menghantar
jawapan kosong serta ada yang cuai melakukan pendaraban semasa penukaran unit masa. Saya
mendapati mereka masih belum menguasai kemahiran penukaran unit masa dengan
menukarkannya menggunakan cara alternatif selain menggunakan pendaraban biasa. Hal ini
mendorong saya lebih memahami isu kajian akan saya laksanakan dengan memperkenalkan e-
JPM bagi membantu murid Tahun 5 yang lemah dalam kemahiran menukarkan unit masa
melibatkan pecahan.

b. Analisis Tinjauan Masalah
Setelah mengenal pasti isu kajian, maka saya merancang tindakan yang akan dilakukan. Dalam
merancang tindakan, saya telah melaksanakan ujian pra di kelas Tahun 5 di sekitar daerah Kota
Kinabalu. Ujian ini adalah ujian yang dijalankan untuk memilih peserta kajian yang memenuhi
kehendak kajian. Seterusnya, saya juga menyediakan borang soal selidik bagi peserta kajian
tentang persepsi mereka menggunakan kaedah e-JPM dalam membantu mereka menukarkan unit
pecahan masa dari jam ke minit dan dari minit ke saat. Pengkaji juga menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian bagi membantu pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
berasaskan kaedah e-JPM dengan mudah.

27

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

c. Tindakan Yang Dijalankan
Oleh sebab pengkaji melaksanakan intervensi ini secara maya, maka pengkaji menggunakan
kaedah e-JPM adalah secara digital. E-JPM adalah pengintegrasian kaedah menggunakan jari
dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi khasnya adalah slaid interaktif dengan
menggunakan Classpoint. Oleh itu, murid-murid tidak perlu menyediakan bahan konkrit selain
gajet untuk pembelajaran sahaja.

Pengkaji akan mengikut langkah-langkah yang disediakan dalam Jadual 1 untuk
menerangkan cara menggunakan kaedah e-JPM dalam membantu murid menukarkan unit masa.

Jadual 1: Menunjukkan cara penggunaan e-JPM semasa penukaran unit masa melibatkan pecahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Langkah Penerangan
Langkah 1: Pengkaji menyediakan 10 soalan ujian pra kepada murid-murid dengan memaparkan
Soalan Uji Diri soalan pada paparan skrin di video chat Telegram. Murid-murid dikehendaki
menyalinkan ke dalam buku latihan dan menjawabnya dalam 10 minit. Kemudian, guru
Langkah 2: akan meminta murid mengupload hasil kerja ke dalam link disediakan di dalam group
Aktiviti Telegram.
Guru bersoal jawab kepada murid tentang beberapa soalan penukaran unit masa
Rangsangan melibatkan jam dan mint.
Contoh soalan:
Langkah 3: 1. 1 jam sama dengan berapa minit?
Penerangan 2. 1 minit sama dengan berapa saat?
guru dalam
penggunaan 3. Jika diberikan jam sama dengan berapa minit?
Kaedah e-JPM
1. Guru menerangkan cara penukaran unit masa melibatkan pecahan dengan
Langkah 4: menggunakan kaedah penukaran biasa dan menunjukkan cara penggunaan jari
Aktiviti pecahan masa.

Pengukuhan 2. menyediakan beberapa soalan sambil menunjukkan cara mengira penukaran unit
menggunakan masa melibatkan pecahan dengan penggunaan E-JPM.

Classpoint 3. Murid dibimbing untuk menunjukkan cara menggunakan jari sambil bersoal jawab
Langkah 5: dengan soalan guru.
Ujian Pasca
4. Guru juga mengaitkan penggunaan E-JPM ini juga dapat menukarkan unit masa
melibatkan minit dengan saat.

Contoh soalan:

jam = ? minit

1 jam (60 minit) dibahagikan kepada 5 bahagian.
Setiap bahagian sekarang ada 12 minit.

bermaksud 3 bahagian daripada 5 bahagian.

Kita hanya kira 3 bahagian, jadi 12 minit + 12 minit + 12 minit, jumlahnya adalah 36
minit.

jam = 12+12+12 minit

= 36 minit
1. Semasa dalam penerangan guru, guru juga memaparkan link kepada murid untuk

diakses dan membuat soalan diberikan.
2. Terdapat soalan padanan dan isi tempat kosong untuk menguji kefahaman murid.
3. Kemudian, murid diberikan masa untuk menyelesaikan dan menghantarkan hasil

jawapan.
4. Guru berbincang bersama murid tentang hasil jawapan.
1. Guru memaparkan 10 soalan ujian pasca dan meminta murid menyelesaikannya

dalam masa 10 mint.
2. Murid diminta menyelesaikannya dan menghantar link hasil kerja ke link diberikan.
3. Guru juga menyedarkan borang soal selidik dalam google form untuk meminta

murid memberikan persepsi penggunaan keberkesanan e-JPM dalam membantu
mereka menukarkan unit jam ke minit dan minit ke saat.

28

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

d. Dapatan Kajian

i. Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Kaedah e-JPM dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menukarkan unit jam ke minit
dan minit ke saat melibatkan pecahan masa sebelum dan selepas menggunakan e-JPM.

Jadual 2: Perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan ujian pasca

PESERTA SKOR
KAJIAN
UJIAN PRA (%) UJIAN PASCA (%) PENINGKATAN (%)
1 30 100 70
2
3 0 90 90
4
5 0 60 60
6
40 60 20

0 60 60

0 90 90

Rajah 2 menunjukkan perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan pasca. Berdasarkan
jadual, peningkatan skor yang sangat memberangsangkan bagi setiap peserta kajian dapat dilihat.
Terdapat empat orang yang mendapat 0 peratus semasa ujian pra dan dapat memberi
peningkatkan pada skor ujian pasca sebanyak 60 peratus dan 90 peratus masing-masingnya.

Rajah 2: perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan pasca.

Perbandingan Skor Peserta Kajian bagi Ujian Pra dan
Pasca

120%

100%

80%

60%

40%

20%

0% 234 5 6
1 Ujian Pra Ujian Pasca

ii. Analisis soal selidik
Jadual 3 menunjukkan persepsi murid terhadap penggunaan e-JPM. Secara keseluruhannya,
peserta kajian suka kaedah e-JPM (87%). Selain itu, kaedah e-JPM lebih senang difahami (87%).
Penggunaan e-JPM dapat membantu mereka menjawab soalan menukarkan unit masa melibatkan
pecahan (87%) di samping mengurangkan kesilapan menukarkan unit masa melibatkan pecahan
(90%). Peserta kajian juga suka belajar topik masa dan waktu selepas belajar kaedah e-JPM
(87%).

29

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Jadual 3: Min dan Peratusan persetujuan persepsi setelah penggunaan e-JPM

Bil. Pernyataan Min % Persetujuan Status Persetujuan

1 Saya suka kaedah e-JPM 4.33 87% Setuju

2 Kaedah e-JPM lebih senang difahami 4.33 87% Setuju

3 Kaedah e-JPM membantu saya menjawab soalan 4.33 87% Setuju

4 Kaedah E-JPM mengurangkan kesilapan saya 4.5 90% Sangat Setuju

5 Saya suka belajar topik masa dan waktu selepas 4.33 87% Setuju
belajar kaedah E-JPM.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa kaedah e-JPM yang
diperkenalkan kepada murid Tahun 5 adalah amat berkesan diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam kemahiran penukaran unit masa melibatkan pecahan. Hal ini
disokong dengan analisis ujian pra dan pasca. Terdapat berlaku peningkatan skor pencapaian yang
ketara di antara ujian pra dan pasca yang dilakukan dalam peserta kajian.

Dengan ini, penggunaan kaedah e-JPM didapati berkesan bagi meningkatkan penguasaan
peserta kajian dalam kemahiran menukar unit masa jam ke minit dan minit ke saat. Cadangan bagi
pengkaji untuk kajian seterusnya adalah dengan menambahbaikkan e-JPM dari segi penstrukturan
dalam digitalisasi dan juga mengadakan aktiviti permainan secara berkumpulan dengan menggunakan
kaedah ini. Selain itu, cadanagn seterusnya juga adalah perbanyakkan membuat pengutipan data
daripada peserta kajian agar kaedah e-JPM dapat diperluaskan di seluruh sekolah khususnya dalam
bidang Matematik.

RUJUKAN
Choong, L.K. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1. Diakses daripada
https://www.researchgate.net/profile/Kamarul-Azmi-
Jasmi/publication/293097563_Metodologi_Pengumpulan_Data_dalam_Penyelidikan_Kualita
titif/links/5c0234e0a6fdcc1b8d4d2e10/Metodologi-Pengumpulan-Data-dalam-Penyelidikan-
Kualitatitif.pdf
Kemmis,S., & Mc Taggart,R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia:
Deakin University Press.
Khoo Chwee Hoon dan Chin Satt Fung. (2020). Keberkesanan Jari Pecahan Masa dalam
meningkatkan
pencapaian matematik murid sekolah rendah. Prosiding Kolokium Kesarjanaan 2020. Jilid 2.
Diakses daripada https://anyflip.com/yudsr/dgbg
Md. Nor Bakar & Rashita A.Hadi. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi. Journal of Science and
Mathematics Educational, Vol 2. Diakses daripada
https://www.academia.edu/31949831/Pengintegrasian_ICT_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembel
ajaran_Matematik_Di_Kalangan_Guru_Matematik_Di_Daerah_Kota_Tinggi
Nur Afiqah Zakaria dan Fariza Khalid. (n.d.). Manfaat penerapan teknologi maklumat dan
komunikasi
dalam pembelajaran matematik serta kekangannya. Diakses daripada
https://www.academia.edu/20012820/Manfaat_Penerapan_Teknologi_Maklumat_dan_Komu
nikasi_TMK_dalam_Pembelajaran_Matematik_serta_Kekangannya

30

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Siti Norainul Afiqah binti Muhammad Anuar & Aziz bin Omar. (2013). Penggunaan kaedah
Jumpung Box bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menukar unit masa hari, jam, minit
dan saat dalam kalangan murid 5 Amanah. Diakses daripada
https://www.academia.edu/8454458/SEMINAR_KAJIAN_TINDAKAN_PISMP_2013_98_P
ENGGUNAAN_KAEDAH_JUMPING_BOX_BAGI_MENINGKATKAN_PENGUASAAN
_KEMAHIRAN_MENUKAR_UNIT_MASA_HARI_JAM_MINIT_DAN_SAAT_DALAM_
KALANGAN_MURID_5_AMANAH

31

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

PENGGUNAAN “LUnCh Board” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENUKARAN UNIT PANJANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

ABSTRAK

Terdapat murid tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran penukaran unit ukuran panjang
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara punca utama masalah ini berlaku
adalah kerana mereka tidak mengingati rumus penukaran unit ukuran panjang. Mereka juga
keliru dengan perbezaan nilai seperti milimeter dan sentimeter. Oleh itu, fokus kajian ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran murid bagi menukar unit panjang. Sampel diambil
daripada murid-murid kelas sederhana dan lemah iaitu 4 Active dan 4 Brilliant di SK Kuala
Kubu Bharu Dua. Setelah LUnCh Board digunakan sebagai bahan intervensi untuk
meningkatkan kemahiran penukaran unit panjang, murid kelihatan seronok untuk menjawab
soalan penukaran unit panjang dan mereka merasakan bahawa penggunaan LUnCh Board
membantu mereka untuk menukar unit panjang. Penyelidikan ini bukan sahaja dilakukan
untuk meningkatkan kemahiran unit ukuran panjang murid malah menggalakkan murid
terlibat aktif dan seronok mengalami pembelajaran.

Kata kunci: Penukaran unit ukuran panjang, LUnCh Board

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu program wajib yang perlu disertai oleh guru
pelatih sepenuh masa Institut Pendidikan Guru Malaysia. Guru pelatih akan berada di sekolah selama
5 hari waktu persekolahan bagi melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh unit praktikum
Institut Pendidikan Guru dan juga tugasan daripada kursus yang diambil oleh guru pelatih dalam suatu
semester.

Pada 2 Mac 2020 sehingga 6 Mac 2020, saya Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki, guru
pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kent telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
di sebuah sekolah daerah Tuaran. Banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya peroleh daripada
pengalaman berasaskan sekolah ini. Saya berpeluang untuk menyertai sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) murid tahap dua. Saya gunakan peluang itu untuk menguji kefahaman murid
tentang tajuk penukaran unit panjang.

Saya memulakan sesi PdPc dengan penerangan kepada murid berkenaan kaedah lazim untuk
menyelesaikan penukaran unit ukuran panjang tersebut walaupun isi pelajaran itu telah diajarkan oleh
guru sebelum ini sebagai peringatan semula kepada murid. Penerangan kaedah lazim ini diterangkan
kepada murid walaupun murid masih tidak dapat menguasai kaedah itu sepenuhnya kerana ia
merupakan standard penyelesaian Matematik piawai yang telah ditetapkan.

Saya telah memberikan lembaran kerja kepada murid sebagai ujian untuk mereka. Murid
diminta untuk menjawab semua soalan yang diberikan dalam ujian tersebut menggunakan kaedah
lazim yang telah diajarkan. Melalui ujian ini, saya dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid
terhadap kaedah lazim yang telah mereka pelajari. Selepas murid selesai menjawab soalan ujian pada
masa yang ditetapkan, lembaran kerja tersebut akan dikutip kembali. Selepas itu, soal jawab bersama
murid dilakukan berkenaan soalan-soalan penukaran unit ukuran panjang yang berkaitan.

32

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Berdasarkan pengamatan saya terhadap murid, saya mendapati hampir keseluruhan murid di
dalam kelas itu masih belum menguasai konsep penukaran unit ukuran panjang dengan baik. Mereka
tidak mengingati rumus untuk penukaran unit ukuran panjang itu di samping masih keliru dengan
perbezaan nilai seperti milimeter dan sentimeter. Penukaran unit ukuran panjang menjadi salah satu
masalah bagi murid dalam subjek Matematik. Kesannya murid yang tidak berjaya menguasai proses
penukaran unit ini sukar untuk menguasai suatu isi pelajaran yang lain pula kerana proses Matematik
yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika murid masih belum mahir
tentang proses penukaran unit ukuran panjang, murid mempunyai masalah ketika ingin membuat
penyelesaian masalah. Hal ini demikian kerana proses asas masih belum dikuasai. Akhirnya, murid
tidak dapat mempersembahkan jawapan yang sepatutnya dengan baik.

Selain itu, refleksi kepada diri sendiri sebagai guru yang mendidik, saya perlu meningkatkan
kemahiran saya dalam mengendalikan kelas. Sikap murid murid yang mahu tidak mahu untuk belajar
ataupun kurang fokus terhadap pembelajaran mereka perlu diatasi dengan baik. Murid kelihatan bosan
dan bermain dengan rakan mereka di dalam kelas. Faktor pengajaran yang kurang menarik perhatian
murid juga perlu diambil kira supaya saya lebih berusaha untuk memperbaiki diri dalam pengajaran.
Pengajaran yang mesra murid seperti mengaitkan pembelajaran dengan perkara kegemaran mereka
sudah pasti akan meningkatkan daya kemahuan untuk belajar.

Oleh itu, saya bersama rakan saya Muhammad Amir Faruq bin Mat Kamil telah
menghasilkan suatu inovasi bahan bantu mengajar untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
penukaran unit ukuran panjang. Penggunaan objek maujud di dalam PdPc dilakukan untuk menarik
perhatian dan minat murid terhadap isi kandungan pelajaran yang diajarkan. Murid juga dapat terlibat
secara aktif di dalam kelas apabila setiap murid berpeluang untuk menggunakan bahan konkrit
tersebut yang dikenali sebagai “LUnCh Board” singkatan daripada perkatan “Lenght Unit Changer
Board”. Menurut Ja‟apar dan Faizah (2017), penggunaan bahan bantu mengajar dalam PdPc adalah
amat penting bagi guru untuk memastikan penyampaian maklumat berkaitan subjek yang diajar
adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Diharapkan agar
“LUnCh Board” ini mampu memberikan impak positif terhadap pembelajaran murid untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang.

FOKUS KAJIAN
Saya telah menjalani tiga fasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Dua kali pada tahun 2019 dan
satu kali pada tahun 2020. Pada kesempatan tersebut, saya telah berpeluang untuk terlibat dalam sesi
PdPc bersama murid. Saya dapat mengenal pasti masalah murid berkenaan topik penukaran unit
ukuran panjang. Murid tidak dapat mengingati rumus penukuran unit ukuran panjang tersebut di
samping kurang memahami konsep penukaran unit panjang iaitu kilometer, meter, sentimeter dan
milimeter. Masalah ini dikesan apabila soalan diberikan untuk menukar unit ukuran panjang suatu
nombor, terdapat sebilangan murid yang tidak tahu cara memulakan langkah penyelesaian. Hal ini
menunjukkan kelemahan murid dalam menguasai konsep penukaran unit ukuran panjang.

Selain masalah yang dikenal pasti pada murid dari segi pembelajarannya, aspek pengajaran
guru juga diambil kira kerana ia mempengaruhi prestasi pembelajaran murid. Aspek kawalan kelas
dan daya tarikan terhadap murid seperti penerapan unsur humor dan penerapan pembelajaran
konstekstual yang berkesan dapat memberi impak positif kepada pembelajaran murid. Menurut John
Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar
dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Murid pasti
akan lebih berminat untuk belajar apabila isi pelajaran berkaitan dengan kehidupan harian mereka.
Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa membuat refleksi dan memperbaiki prestasi pengajaran supaya
dapat memenuhi keperluan murid dalam pembelajaran.

33

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Oleh itu, kajian ini telah memberi fokus untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
penukaran unit ukuran panjang menggunakan bahan inovasi “LunCh Board” dalam kalangan murid
tahun 4. Selain itu, kajian ini difokuskan untuk menarik minat murid belajar dan memahami konsep
Matematik berkaitan penukaran unit ukuran panjang di samping menggalakkan murid terlibat aktif
dalam sesi PdPc dengan mengaplikasikan bahan konkrit.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang
dalam kalangan murid tahun 4. Kajian ini dijalankan menggunakan bahan bantu mengajar yang
dinamakan “LunCh Board”.

Objektif Khusus
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid

tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua.
2. Mengenal pasti sama ada penggunaan “LUnCh Board” dapat memberikan kesan untuk

meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid tahun 4 di
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua.
3. Menarik minat murid untuk terlibat aktif apabila menggunakan LUnCh Board dalam sesi PdPR.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua, Hulu
Selangor, Selangor. Murid terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan. Murid dipilih daripada
golongan murid yang menguasai kemahiran penukaran unit ukuran panjang pada tahap sederhana,
lemah dan sangat lemah. Teknik persampelan digunakan oleh pengkaji bagi memilih peserta kajian
melalui ujian pra.

PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian tindakan yang akan saya laksanakan adalah berpandukan model penyelidikan tindakan Kurt
Lewin. Model ini telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Menurut Kurt Lewin (1951),
kajian tindakan ialah suatu proses lingkaran yang mengandungi tiga langkah iaitu yang pertama,
perancangan yang melibatkan tinjauan, kedua, mengambil tindakan, dan ketiga ialah, mencari tentang
keputusan tindakan. Kurt Lewin (1951) juga menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan salah
satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Lewin (1951), kajian tindakan disifatkan sebagai
suatu kitaran yang mempunyai 4 langkah seperti berikut:

Rajah 2 : Kitaran Model Kajian Tindakan oleh Kurt Lewin (1946)

Merancang

Mereflek Bertindak

Memerhati

34

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

a. Tinjauan Masalah
Bagi meninjau masalah yang berlaku berkaitan kajian, pengkaji telah melakukan beberapa
tindakan. Antaranya ialah pengkaji telah melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran tentang
tajuk yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji telah mengajar dua kelas murid tahun 4 di sebuah
sekolah di Hulu Selangor bagi mengajar subjek matematik yang berkaitan topik kajian. Pengkaji
telah mengajar murid berkaitan topik kajian mengikut kaedah lazim berpandukan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks. Pengkaji membuat pemerhatian
terhadap sikap murid, hasil kerja murid dan maklum balas murid terhadap soalan pengkaji semasa
sesi pengajaran berlangsung. Berdasarkan tindakan tersebut, pengkaji mengenal pasti beberapa
orang murid yang tidak dapat menguasai kemahiran topik kajian menggunakan kaedah lazim yang
telah digariskan.

b. Analisis Tinjauan Masalah
Pengkaji telah membuat ujian pra untuk mendapatkan data murid yang tidak menguasai
kemahiran matematik berkaitan topik kajian. Melalui ujian pra ini, saya dapat memilih peserta
kajian saya untuk menguji bahan intervensi yang digunakan dalam kajian ini. Ujian pra yang
dilakukan dapat mengenalpasti masalah murid dalam menguasai kemahiran matematik yang
difokuskan dalam kajian ini.

c. Tindakan Yang Dijalankan
Bahan intervensi yang digunakan dalam kajian ini asalnya ialah bahan intervensi dalam bentuk
fizikal. Saya telah mengumpul data untuk kajian ini secara dalam talian disebabkan sesi
persekolahan masih dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR). Oleh itu, saya telah
berusaha melakukan inisiatif supaya bahan intervensi kajian dapat diakses oleh murid.

Pertama sekali, saya telah membina bahan intervensi LUnCh Board secara digital iaitu
dalam bentuk gambar dan Portable Document Format (PDF). Selepas saya melakukan sesi
menjawab ujian pra bersama murid, saya telah berkongsi kepada murid bahan intervensi “LUnCh
Board” dalam bentuk PDF supaya murid dapat mencetak bahan tersebut untuk digunakan semasa
sesi penerangan guru tentang penggunaan bahan intervensi itu. Murid yang tidak mempunyai
mesin cetak di rumah telah memaklumkan kepada guru tentang kekangan yang mereka hadapi.
Guru telah menghantar bahan intervensi dalam bentuk salinan keras ke rumah murid supaya murid
itu dapat turut serta dalam penerangan guru tentang LUnCh Board.

Semasa sesi penerangan, guru telah menunjukkan demonstrasi tentang cara untuk
menggunakan bahan intervensi melalui medium Jamboard. Guru akan memaparkan LUnCh Board
dalam bentuk gambar di medium Jamboard tersebut dan ditayangkan dalam Google Meet. Murid
dapat mencuba menggunakan LUnCh board secara fizikal dengan panduan guru di dalam Google
Meet.

Kemudian, murid akan menjawab soalan ujian pasca mengggunakan bahan intervensi
LUnCh Board. Gambar dan video murid sedang menggunakan bahan intervensi LUnCh Board
diambil dan dirakam oleh ahli keluarga yang berada di rumah ketika murid sedang menggunakan
bahan intervensi tersebut. Seterusnya, pengkaji mendapatkan maklum balas murid tentang
penggunaan LUnCh Board melalui Google Form. Murid menjawab beberapa soalan berkenaan
LUnCh Board.

d. Dapatan Kajian
i. Analisis Ujian Pra dan Pasca
Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan skor peserta kajian yang menjawab ujian pra
dan pasca. Seramai tujuh orang peserta kajian telah lengkap mengikuti kedua-dua ujian
tersebut.

35

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Jadual 1: perbandingan skor peserta kajian yang menjawab ujian pra dan pasca

Peserta Kajian Ujian Pra (%) Skor Peningkatan (%)
90 10
1 70 Ujian Pasca (%) 20
2 20 100 40
3 80 90 10
4 50 60 20
5 60 90 20
6 40 70 50
7 80
90

Rajah 1 di bawah menunjukkan perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan pasca.
Dapat diihat daripada rajah bahawa terdapat peningkatan prestasi peserta skor kajian dalam
ujian pra berbanding ujian pasca.

Rajah 1: Perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan pasca

ii. Analisis Borang Soal Selidik
Berikut merupakan maklum balas persepsi peserta kajian berkenaan penggunaan bahan
intervensi LUnCh Board untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang.
Seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Maklum balas persepsi peserta kajian

Bil Item Peratusan Maklum Balas Maklum Balas
Peserta Kajian (%) Peserta Kajian
1 LUnCh Board membantu murid memahami konsep 71.43
penukaran unit dalam topik Panjang. Memuaskan
85.72
2 LUnCh Board membantu murid menukar unit ukuran Memuaskan
panjang dengan baik. 71.43
71.43 Memuaskan
3 LUnCh Board mudah digunakan oleh murid Memuaskan
4 LUnCh Board menarik minat saya untuk terlibat aktif 85.72
57.14 Memuaskan
dalam pengajaran guru. Memuaskan
5 LUnCh Board menjimatkan masa menjawab soalan. 71.43
6 LUnCh Board menerapkan kaedah pengajaran dan Memuaskan
85.72
pembelajaran abad ke-21. 57.14 Memuaskan
7 LUnCh Board sesuai digunakan untuk murid sekolah Memuaskan

rendah.
8 Saya berasa seronok menggunakan LUnCh Board.
9 Saya ingin mencuba menggunakan LUnCh Board lagi.

36

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

e. Refleksi Kajian
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan untuk
diperbaiki pada masa akan datang. Antara kelemahannya ialah medium penghantaran jawapan
untuk ujian pra dan pasca sedikit susah untuk digunakan menyebabkan peserta kajian tersilap
hantar gambar jawapan yang dikehendaki. Pengkaji perlu memikirkan medium yang lebih sesuai
dan mesra pengguna buat peserta kajian agar tiada kesilapan teknikal kurang berlaku. Selain itu,
pengkaji perlu menerangkan cara penggunaan bahan intervensi LUnCh Board dengan lebih
mendalam kepada peserta kajian. Tempoh masa penerangan dan latihan untuk peserta kajian juga
mungkin perlu ditambah supaya kefahaman peserta kajian tentang penggunaan bahan intervensi
LUnCh Board yang betul dapat dicapai. Tambahan pula, pengkaji perlu memberikan arahan yang
jelas kepada peserta kajian tentang cara menulis jawapan untuk ujian pra dan pasca supaya dapat
memudahkan pengkaji menyemak hasil kerja murid.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa bahan intervensi
LUnCh sangat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang bagi
murid tahun 4 di sekolah rendah. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan markah prestasi peserta
kajian dalam ujian pasca selepas membuat ujian pra dengan soalan yang sama.

Melalui kajian yang telah dilaksanakan ini, pengkaji mencadangkan untuk menambahbaik
lagi bahan intervensi LUnCh Board bukan sahaja untuk digunakan secara fizikal bersemuka tetapi
juga dalam digunakan secara digital dengan baik. Kaedah intervensi LUnCh Board juga dicadangkan
oleh pengkaji untuk digunakan bagi penukaran unit ukuran jisim. Semoga dengan pengaplikasian
bahan intervensi ini dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran murid dalam subjek Matematik
khususnya bagi murid tahun 4.

RUJUKAN
Ahmad Muslim Dolhan, Siti Mistima Maat (2016). Penggunaan “Kaedah Jari” dalam Kemahiran

Penukaran Unit Ukuran Panjang Melibatkan Nombor Pecahan Kepada Nombor Bulat. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia. https://sted18.files.wordpress.com/2016/12/4-2-ahmad-

muslimdolhan-siti-mistima-maat.pdf

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2018). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor Kecemerlangan dan

Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik: Satu Tinjauan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Datu Abdul Wahid, & Hu, L. N. (2014). Menggunakan Kaedah 'Kotak' untuk Membantu

Meningkatkan Kemahiran Menukar Unit Ukuran Panjang. Seminar Penyelidikan Tindakan

PISMP (ms. 45 - 58). IPG Kampus Sarawak.

Dewey J. (1933). How We Think, New York: Heath.

Harun Abu Bakar (2018). Elas: Edugames. Kuala Lumpur: Elas Training & Consultancy.

Ja‟apar, Faizah (2017) Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Masters thesis, Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur.

Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dan Pendidikan: Konsep dan Prosedur.Selangor: Prentice Hall.

Khoo Chwee Hoon, Lay Yoon Fah (2015). Keberkesanan KiCUP dalam Penukaran Unit Panjang

dalam Kelas Pemulihan Matematik. Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015. Diakses daripada

http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/10.pdf

Lee K. C., Zakri Abdullah & Chua L. N. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Shah Alam, Oxford

Fajar.

Lewin K. (1951). Field theory in social science, New York: Harper & Brothers.

37

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Mohd Khairul Ikhwan Zumat. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menyebut dan Membaca Perkataan
Bahasa Arab Tahun Lima Menggunakan Teknk Permainan Mumtaz. (Kajian Tindakan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah)

Nor Asmah, B. (2015). Penggunaan Kaedah "Ri - Ra" Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang
Bagi Murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015, (ms. 122 - 133).

Rosinah Edinin (2015). Penyelidikan Tindakan : Kaedah & Penulisan.Selangor: Pelangi Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Yusni Shaaree, Kamaruddin, A. H. (2015). Penggunaan Kaedah "Rakan Sifar Saya" dalam Penukaran
Unit Panjang Melibatkan Operasi Penolakan Bagi Murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan
Tindakan PPG 2015, (ms. 77 - 89).

Zakwan Danial bin Zahir Rudin & Samsiah binti Hassan (2013). Meningkatkan Penguasaan Murid
Tahun 5 dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang Menggunakan “Kotak Unit”. Seminar
Penyelidikan Tindakan PISMP 2013. https://123dok.com/document/q07659vz-penukaran-
unit-panjang-menggunakan-kotak-unit-pdf.html

38

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Konsep Kartun: Meningkatkan Kemahiran Inquiri Murid Tahun 5 Melalui
Komunikasi Dalam Membuat Ramalan Dan Hipotesis.

Ainin Sofiya binti Mohd Hadi ([email protected])

Institusi Pendidikan Guru Kampus Kent

ABSTRAK

Berdasarkan refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pengkaji dan disokong dengan
pemerhatian terhadap pengajaran guru yang berpengalaman, pengkaji mendapati murid
mempunyai masalah dalam berkomunikasi mengunakan bahasa saintifik bagi melakukan
ramalan dan hipotesis berdasarkan situasi kehidupan harian. Murid juga kurang
memberikan respon terhadap ransangan guru berbentuk penyoalan lisan semata-mata.
Pengkaji mendapati murid memerlukan rangsangan berbentuk visual bagi membantu mereka
untuk berkomunikasi. Lantaran itu, model konsep kartun diperkenalkan bagi menggantikan
teknik penyoalan lisan. Seramai 20 orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah
sekitar Jitra, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan
data yang digunakan adalah ujian lisan membuat ramalan dan hipotesis, ujian bertulis
membuat ramalan dan hipotesis serta pemerhatian menggunakan senarai semak. Tatacara
menganalisis data bagi hasil ujian lisan dan ujian bertulis adalah secara analisis kuantitatif.
Hasil analisis daripada ujian akan diterjemahkan dalam bentuk graf agar peningkatkan
kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis dengan menggunakan
konsep kartun dapat ditafsir melalui corak graf. Seterusnya data pemerhatian penglibatan
murid dianalisis menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif. Hasil dua intervensi yang
telah dijalankan menunjukkan konsep kartun berjaya meningkatkan kemahiran murid tahun 5
dalam membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan dan bertulis. Trand
penglibatan murid dalam PdPc sepanjnag penggunaan model konsep kartun juga
menunjukkan peningkatan. Secara kesimpulannya, konsep kartun berjaya meningkatkan
kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan
dan bertulis serta meningkatkan penglibatan murid sewaktu PdPc.

Kata kunci: Model konsep kartun, ramalan dan hipotesis, komunikasi lisan dan bertulis, penglibatan
murid

KONTEKS DAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mengimbas kembali pengalaman mengajar ketika mengikuti program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di sebuah sekolah dalam daerah Sandakan. Saya telah diberi peluang untuk mengajar
mata pelajaran Sains tahun 5. Kelas tersebut terdiri daripada 33 orang murid. Topik yang diajar adalah
Proses Hidup Tumbuhan dengan sub topik pancaran bijik benih. Salah satu teknik yang telah
digunakan bagi merangsang inquiri murid untuk membuat ramalan dan hipotesis melalui komunikasi
lisan adalah teknik penyoalan lisan. Teknik ini digunakan pada fasa penglibatan. Teknik penyoalan
lisan, ditakrifkan sebagai ucapan guru yang bertujuan untuk membangkitkan tindak balas lisan
daripada pelajar (David H.Gliessman dan Richard C.Pugh, 1987). Semasa melaksanakan pengajaran,
teknik penyoalan lebih tertumpu kepada teknik penyoalan terbuka. ini kerana soalan-soalan bersifat
terbuka dapat merangsang pemikiran murid dan menggalakkan murid untuk meluahkan idea
berbanding dengan soalan tertutup (Arshad Jais,Noraffanday Yahaya dan m.n. Hasan, 2014).

39

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Semasa melaksanakan teknik penyoalan lisan, murid diberikan ransangan soalan terlebih
dahulu dan diikuti dengan soalan. Rangsangan soalan yang diajukan adalah berbentuk neratif. Contoh
soalan yang diajukan adalah, seorang murid bernama Ali terpaksa melalui padang yang penuh dengan
pokok kemuncup sebelum sampai ke rumahnya, apabila murid tersebut sampai di rumahnya dia
terkejut melihat banyak kemuncup yang terlekat di bahagian bawah seluar sekolahnya. Pada pendapat
anda, mengapakah kemuncup tersebut meleka pada seluar Ali? Berdasarkan kajian literatur Teknik
penyoalan lisan seperti yang digunakan ini telah dipersetujui keberkesanannya dalam meningkatkan
tahap pemikiran pelajar serta menggalakkan penglibatan secara aktif dalam aktviti yang dilaksanakan
di dalam kelas (Muhammad Sofwan Mahmud dan Aida Suraya Md. Yunus, 2018). Teknik ini juga
dipersetujui berupaya menggalakkan interaksi guru dan pelajar secara berkesan (Zamri Mahamod dan
Nor Razah Lim, 2011). Walaupun teknik penyoalan lisan ini dipersutuji dapat merangsang
komunikasi murid dan mewujudkan komunikasi dua hala yang baik diantara guru dan murid, tetapi
semasa perlaksaaan PdP teknik ini dilihat kurang berkesan. Ini kerana, saya gagal untuk menerima
respon daripada murid setelah soalan terbuka diajukan semasa fasa penglibatan.

Berdasarkan dapatan kajian Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim, terdapat hubungan diantara
tompoh pengalaman mengajar guru dan keberkesanan teknik penyoalan (Zamri Mahamod dan Nor
Razah Lim, 2011). Oleh yang demikian, pemerhatian terhadap PdP guru Sains yang mempunyai
pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun telah dilakukan. Pemerhatian PdP dilakukan terhadap
dua orang guru Sains dan salah seorang daripadanya merupakan guru panitia Sains. Pemerhatian yang
telah dilakukan memberi fokes kepada kaedah yang digunakan oleh guru dalam merangsang
komunikasi murid dalam membuat ramalan dan hipotesis. Berdasarkan hasil pemerhatian kedua-dua
orang guru ini turut menggunakan teknik penyoalan secara lisan. Walaubagaimanapun, hasil
pemerhatian membuktikan bahawa guru sukar untuk mendapatkan respon yang diinginkan melalui
penyoalan lisan semata-mata walaupun mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun. Oleh itu,
berdasarkan pengalaman mengajaran dan pemerhatian pengajaran dapat disimpulkan bahawa kaedah
pengajaran sedia ada iaitu melalui teknik penyoalan lisan kurang berkesan dalam merangsang inquiri
murid untuk berkomunikasi bagi membuat ramalan atau hipotesis.

Berdasarkan dapatan pemerhatian pengajaran guru Sains, mendapati penggunaan bantuan
visual seperti gambar atau rajah dapat membantu murid memberikan respon semasa sesi soal jawab.
Hal ini adalah berdasarkan respon positif yang ditunjukkan oleh murid apabila guru bertindak
mengulang kembali soalan buat kali kedua sambil menggunakan bantuan gambar-gambar visual yang
terdapat dalam buku teks apabila murid gagal memberikan respon semasa pengajuan soalan buat kali
pertama. Keadaan ini adalah selaras dengan teori kognitif Jean Piaget yang menyatakan kanak-kanak
berada dalam lingkungan umur tujuh sehingga 12 tahun berada pada tahap kognitif operasi kongkrit
(Babakr, Zana H., Mohamedamin, Pakstan, dan Kakamad, Karwan, 2019). Pada tahap ini, murid
mampu untuk berfikir secara abstrak sekiranya mereka mendapat ransangan daripada bahan bersifat
kongkrit (Nor‟anira Haris, 2019). Menurut Kay Burke (2009) menyatakan, bahawa persembahan
grafik merupakan alat yang paling efektif bagi membantu guru dan pelajar dalam proses berfikir dan
bermaklumbalas. Ia juga dapat membantu memperjelaskan maklumat yang abstrak dengan lebih teliti
sehingga pelajar mudah memahami konsep yang diutarakan.

Oleh yang demikian, berdasarkan hasil refleksi daripada pemerhatian dan pengalaman
pengajaran mendapati, kaedah pengajaran yang dilihat lebih berkesan dalam meningkatkan kemahiran
inquiri murid melalui komunikasi bagi membuat ramalan dan hipotesis adalah kaedah konsep kartun.
Kaedah konsep kartun adalah model yang berteraskan kombinasi elemen-elemen visual dan teks serta
perkaitan antara visual dan teks (Knieper, 2002). Melalui konsep kartun, konsep ini menampilkan
watak-watak yang berlainan berdebat atau berbincang mengenai situasi harian (Norfarah, N, Mohd Ali,
S, Chong,L. Y, 2019). Kaedah ini telah dipersetujui sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai
bidang, terutamanya dalam bidang sains yang sering dianggap bidang yang bersifat abstrak dan sukar
(Siti Najihah Jamal ,Nor Hasniza Ibrahim ,Johari Surif, 2019). Kaedah-kaedah yang melibatkan
penceritaan grafik (Graphic Storytelling) seperti ini juga, merupakan cara baru yang telah dicuba
dengan berjayanya bagi mata pelajaran yang mempunyai daya kognitif yang tinggi (Abdul Murad Abd
Hamid, 2013).

40

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

FOKUS KAJIAN
Meningkatkan Kemahiran Membuat Ramalan dan Hipotesis Murid Tahun 5 Melalui Komunikasi
Sains dengan Menggunakan Model Konsep Kartun.

Berdasarkan refleksi PdP saya dan disokong dengan pemerhatian terhadap pengajaran guru
yang berpengalaman, saya mendapati murid mempunyai masalah dalam berkomunikasi mengunakan
bahasa saintifik bagi melakukan ramalan dan hipotesis berdasarkan situasi kehidupan harian. Murid
juga kurang memberikan respon terhadap ransangan guru berbentuk penyoalan lisan semata-mata.
Berdasarkan refleksi, saya mendapati murid memerlukan rangsangan berbentuk visual bagi membantu
mereka untuk berkomunikasi. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan kognitif murid menurut
teori Jean Piaget yang menyatakan kanak-kanak berada dalam lingkungan umur tujuh sehingga 12
tahun berada pada tahap kognitif operasi kongkrit (Babakr, Zana H., Mohamedamin, Pakstan, dan
Kakamad, Karwan, 2019). Pada tahap ini, murid mampu untuk berfikir secara abstrak sekiranya
mereka mendapat ransangan daripada bahan bersifat kongkrit. Lantaran itu, model konsep kartun
diperkenalkan bagi menggantikan teknik penyoalan lisan. Melalui model konsep kartun, guru akan
menggunakan bantuan visual yang menggambarkan situasi dimana beberapa orang murid berdebat
membincangkan sesuatu isu dalam kehidupan harian. Gambaran situasi berserta teks dalam konsep
kartun dapat membantu guru untuk membimbing murid untuk berkomunikasi secara saintifik bagi
membuat ramalan dan hipotesis.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran inquiri yang terdiri daripada
kemahiran membuat ramalan dan hipotesis melalui komunikasi bagi murid tahun 5 dengan
menggunakan konsep kartun.
1. Meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis secara

komunikasi lisan dengan menggunakan konsep kartun.
2. Meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis secara

komunikasi bertulis dengan menggunakan konsep kartun.
3. Melihat trand penglibatan murid dalam PdP sepanjang menggunakan model konsep kartun

dalam dua intervensi yang dijalankan.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar tahun 5 daripada sebuah sekolah
rendah yang terletak di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Tinjauan awal mendapati tahap
penguasaan murid terhadap kemahiran saintifik adalah pada tahap rendah dan sederhana. Ini kerana
murid kurang didedahkan dengan pendekatan PdP yang berbentuk inquiri.

PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji mengaplikasikan penggunaan model penyelidikan tindakan
Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkan gelung atau kitaran(cycle) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Langkah-langkah
tersebut terdiri daripada mereflek (Reflect), merancang (Plan), bertindak (Action), dan memerhati
(Observe).

a. Perincian Bahan (Konsep Kartun) yang Digunakan Sebagai Tindakan
Berdasarkan penerangan Sebnem Kandil Ingec, (2008), Konsep Kartun adalah satu gambaran
situasi secara visual yang terdiri daripada tiga sehingga lima orang watak murid dalam sebuah
situasi. Watak-watak murid tersebut menyatakan perbezaan pendapat mengenai topik tertentu.
Pernyataan pendapat dari watak-watak dalam rajah berkenaan terdiri daripada menyataan yang
salah, penyataan yang dapat diterima melalui pemikiran logik dan penyataan yang betul serta
boleh diterima secara saintifik.

41

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Antara ciri-ciri utama model konsep kartun adalah ianya bersifat luwes (flexible) dan
menggunakan pembelajaran berperantara (mediated learning) yang disesuaikan untuk suatu
pembelajaran individu atau kumpulan (Ong Eng Tek et. al,2013 ). Oleh itu, konsep kartun yang
dibina oleh guru adalah bersifat spesifik terhadap topik atau sub-topik yang diajar dan bersesuaian
dengan keperluan murid(Sebnem Kandil Ingec, 2008). Pengkaji juga boleh memilih untuk
mengosongkan salah satu atau beberapa buih perbualan bagi memberi ruang kepada respon murid.

Rajah 1: Konsep Kartun

b. Proses Penggunaan Konsep Kartun Meningkatkan Kemahiran Inquiri Murid Tahun 5
Melalui Komunikasi dalam Membuat Ramalan dan Hipotesis.
Berdasarkan pendekatan pengajaran konsep kartun Keogh dan Naylor (1999), terdapat lima
peringkat utama yang dicadangkan. Peringkat pertama merupakan pengenalan ringkas mengenai
konsep kartun. Peringkat kedua adalah pelajar diberi ruang untuk memikirkan konsep kartun dan
seterusnya membincangkan idea mereka. Peringkat ketiga adalah proses interaksi dan intervensi di
antara guru dan murid. Interaksi dan intervensi adalah berdasarkan idea pelajar semasa
perbincangan mengenai konsep kartun. Peringkat keempat adalah, penyiasatan atau aktiviti
sebagai tndakan susulan berdasarkan idea murid yang dinyatakan semasa perbincangan mengenai
konsep kartun yang difasilitasi oleh guru. Peringkat kelima adalah perkongsian seluruh kelas.
Walaubagaimanapun, penyelidik ini hanya mengfokuskan tiga daripada lima peringkat dalam
konsep kartun.
Carta 1: peringkat-peringkat pengajaran konsep kartun dalam kajian.

Peringkat Pertama:
Pengenalan ringkas mengenai konsep kartun yang digunakan

oleh guru

Peringkat Kedua:
Pelajar diberi ruang untuk memikirkan konsep kartun dan

seterusnya membincangkan idea

Peringkat Ketiga:
Proses interaksi dan intervensi di antara guru dan murid melalui

komunikasi lisan dan komunikasi secara tulisan

42

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

c. Prinsip yang Menjadi Asas Kepada Tindakan
Prinsip yang menjadi asas kepada tindakan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Kajian tindakan ini hanya memberi fokus terhadap kemahiran
berkomunikasi murid menggunakan bahasa saintifik bagi membina ramalan dan hipotesis. Ketiga-
tiga kemahiran ini iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat ramalan dan kemahiran
hipotesis dinyatakan dengan jelas dibawah kemahiran proses sains dalam DSKP Sains tahun 5
terbitan 2019. Berdasarkan penerangan terhadap setiap kemahiran proses sains, kemahiran
berkomunikasi merujuk kepada kemahiran menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti
jadual, graf, rajah atau model untuk menerangkan tindakan, objek atau peristiwa (Kementerian
Pendidikan Malaysia,2019). Seterusnya, kemahiran membuat hipotesis merujuk kepada kemahiran
membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi
dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian
(Kementerian Pendidikan Malaysia,2019). Kemahiran membuat ramalan pula merupakan
kemahiran membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai (Kementerian Pendidikan Malaysia,2019).

d. Langkah-Langkah Aktiviti PdP Berdasarkan Model Konsep Kartun
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains yang dirancang adalah berdasarkan model 5E. Model
ini dipilih kerana model instruksional 5E ini merupakan sebuah pendekatan berasaskan
penyelidikan yang membolehkan pelajar mengembangkan pemahaman konseptual mereka sendiri
melalui penyelidikan dan aktiviti inkuiri (Fareed Mohamed Nawastheen, Sharifah Nor Puteh and
Tamby Subahan Mohd. Meerah, 2014). Berdasarkan model 5E, model konsep kartun digunakan
pada fasa penglibatan yang merupakan fasa pertama model 5E. Durasi masa bagi fasa penglibatan
adalah sekitar 5 minit ke 15 minit. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah
menggunakan pendekatan inkuiri dengan kaedah konsep kartun. Daripada aktiviti pengajaran ini,
kemahiran saintifik yang diterapkan adalah kemahiran meramal dan kemahiran membuat hipotesis.
Bahan bantu mengajar yang diperlukan oleh guru adalah terdiri daripada konsep kartun yang
ditayangkan dalam bentuk Google Meet dan konsep kartun dalam bentuk Google Form.

Perjalan aktiviti PdP menggunakan konsep kartun adalah berdasarkan kepada tiga
daripada lima langkah-langkah yang disarankan oleh Keogh dan Naylor (1999). Perlaksanaan
aktiviti PdPc dan cadangan dialog murid serta guru adalah seperti berikut (dialog ini adalah
berdasarkan konsep kartun pada Rajah 1):

● Peringkat Pertama: Pengenalan ringkas mengenai konsep kartun yang digunakan oleh guru.
Guru: Ini adalah konsep kartun. Konsep Kartun ini mengambarkan sebiji bola ping pong
yang kemek dan diletakkan dalam air panas. Ramalkan apakah yang bakal terjadi kepada
bola ping pong yang kemek setelah bola tersebut diletakkan dalam air panas?
Guru: Adakah murid bersetuju dengan ramalan A iaitu bola ping pong tersebut akan cair,
atau murid bersetuju dengan ramalan B iaitu bola ping pong akan menjadi lebih kecil. Jika
murid tidak bersetuju dengan kedua-dua ramalan tersebut, apakah ramalan lain yang
difikirkan betul?

● Peringkat Kedua: Pelajar diberi ruang untuk memikirkan konsep kartun dan seterusnya
membincangkan idea.
Guru: Murid diberi masa untuk berfikir apakah yang bakal berlaku kepada bola ping pong
yang kemek setelah diletakkan dalam air panas.

● Peringkat Ketiga:Proses interaksi dan intervensi di antara guru dan murid melalui komunikasi
lisan melalui Google Meet dan komunikasi bertulis melalui Google Form.
Guru: Baik, kita akan mulakan sesi perbincangan, adakah mana-mana murid yang bersetuju
dengan ramalan A, sila angkat tangan.
Murid: (Angkat tangan)
Guru: (nama murid) terangkan ramalan anda/ kenapakah (nama murid) mengatakan bola
ping pong akan cair setelah dimasukkan ke dalam air panas?
Murid: (Penerangan kepada ramalan)
Guru: (Maklum balas terhadap respon murid)

43

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Guru: Adakah mana-mana murid yang bersetuju dengan ramalan B sila angkat tangan.
Murid: (Angkat tangan)
Guru: (nama murid) terangkan ramalan anda/ kenapakah (nama murid) mengatakan bola
ping pong akan menjadi lebih kecil setelah dimasukkan dalam air panas?
Murid: (Penerangan kepada ramalan)
Guru: (Maklum balas terhadap respon murid)
Guru: Adakah mana-mana murid yang mempunyai ramalan lain, jika ada sila angkat tangan.
Murid: (Angkat tangan)
Guru: Apakah ramalan (nama murid)?
Murid: (murid menyatakan ramalan)
Guru: Terangkan ramalan anda.
Murid: (Penerangan kepada ramalan)
Guru: (Maklum balas terhadap respon murid)
Guru: Berdasarkan konsep kartun ini apakah hipotesis yang dapat dilakukan? Sesiapa yang
ingin berkongsi hipotesis boleh angkat tangan.
Murid: (Angkat tangan)
Guru: Apakah Hipotesis (nama murid)?
Murid: (murid menyatakan Hipotesis)
Guru: (Maklum balas terhadap respon murid) dan membuka ruang murid lain untuk
berkongsi hipotesis mereka.

e. Kaedah Mengumpul Data dan Kaedah Menganalisis Data
Seterusnya kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah ujian lisan
membuat ramalan dan hipotesis, ujian bertulis membuat ramalan dan hipotesis serta pemerhatian
menggunakan senarai semak. Kaedah pengumpulan data adalah selaras dengan soalan kajian.

Tatacara menganalisis data bagi hasil ujian lisan dan ujian bertulis membuat ramalan dan
hipotesis adalah secara analisis kuantitatif. Manakala data pemerhatian dianalisis secara kuantitatif
dan kualitatif. Hasil analisis kuntitatif bagi ujian lisan, ujian bertulis dan pemerhatian penglibatan
murid akan ditafsir dalam bentuk corak graf setelah dua intervensi dijalankan.

f. Dapatan Kajian
Hasil analisis kuantitatif bagi ujian lisan dan ujian bertulis menunjukkan kedua-dua kemahiran
membuat ramalan dan membuat hipotesis meningkat dari intervensi pertama ke intervensi kedua.
Berdasarkan hasil kajian ini, objektif kajian pertama dan kedua tercapai.

Jadual 1: Hasil ujian lisan dan ujian bertulis

Ujian Kemahiran Intervensi 1 Intervensi 2 Analisis
Lisan (purata) (purata) Meningkat
Meramal
Bertulis Hipotesis 0.30 0.40 Meningkat
Meramal 0.10 0.15
Hipotesis
1.00 1.40

0.35 0.45

44


Click to View FlipBook Version