Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Rajah 2: Hasil ujian lisan
Purata 0.45 Kemahiran Ramalan
0.4 Kemahiran Hipotesis
0.35 Intervensi 2
0.3
0.25
0.2
0.15
0.1
0.05
0
Intervensi 1
Rajah 3: Hasil ujian bertulis
1.6
1.4
1.2
Purata 1
0.8 Kemahiran Ramalan
Kemahiran Hipotesis
0.6
0.4
0.2
0 Intervensi 2
Intervensi 1
Hasil analisis kuantitatif bagi pemerhatian terhadap penglibatan murid secara lisan
menunjukkan tiada peningkatan jumlah penglibatan berlaku daripada intervensi pertama ke
intervensi kedua. Antara faktor luaran yang mempengaruhi hasil kajian ini adalah jangka masa
intervensi yang tetap. Walaubagaimanapun, hasil analisis kualitatif menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi keyakinan murid. Pada intervensi pertama terdapat murid menolak apabila
diminta memberikan hipotesis manakala pada intervensi kedua murid secara sukarela berkongsi
hipotesis mereka. Di samping itu, kebolehan menganalisis konsep kartun dalam kalangan murid
juga meningkat pada intervensi kedua dan berlakunya penglibatan individu murid yang kurang
terlibat dalam interaksi lisan.
Rajah 4: Hasil pemerhatian penglibatan murid secara lisan.
Purata 0.3 Penglibatan
0.25 Intervensi 2
0.2
0.15
0.1
0.05
0
Intervensi 1
45
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
e. Refleksi Kajian
Konsep kartun berjaya meningkatkan kemahiran membuat ramalan dan membuat hipotesis secara
lisan dan bertulis sebelum melakukan aktiviti PdPc yang bersifat inkuiri . Walaubagaimanapun,
peningkatan yang berlaku diantara intervensi pertama dan intervensi kedua adalah kecil. Oleh itu,
lebih banyak intervensi yang perlu dilakukan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran ini.
Hasil analisis kuntitatif menunjukkan tiada peningkatan dari segi penglibatan. Manakala, hasil
analisis kualitatif menunjukkan terdapat peningkatan dari segi keyakinan murid, kebolehan
menganalisis konsep kartun dan berlakunya penglibatan individu murid yang kurang terlibat
dalam interaksi secara lisan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Antara cadangan kajian seterusnya adalah pengkaji boleh mengkaji keberkesanan penggunaan model
konsep kartun dalam PdPc yang mengaplikasi pendekatan inquiri. Pengkaji boleh mengaplikasikan
keseluruhan lima langkah pendekatan pengajaran konsep kartun Keogh dan Naylor (1999). Hasil
tinjauan awal mendapati pendekatan ini membantu murid membina pengetahuan sendiri setelah
proses inquiri dijalankan pada fasa penerokaan.
\
RUJUKAN
Abdul Murad Bin Abd Hamid. (2013). Pembangunan Dan Penilaian Komik Penceritaan Digital
Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Teori Konstruktivisme Bagi Pembelajaran
Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas. Universiti Teknologi Malaysia.
Arshad Jais,Noraffanday Yahaya dan m.n. Hasan. (2014). Pendekatan inkuiri dan teknik penyoalan
guru: isu dan perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia In: 1st
International Education Postgraduate Seminar 2014, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.
Babakr, Zana H., Mohamedamin Pakstan, dan Kakamad Karwan. (2019). Piaget‟s Cognitive
Developmental Theory: Critical Review. In: Education. The Asian Institute of Research
Education Quarterly Reviews. 517-524: 3(3).
David H.Gliessman dan Richard C.Pugh. (1987). Conceptual Instruction And Intervention As
Methods Of Acquiring Teaching Skills. International jornal of education research. 555-563:
11(5).
Kay Burke. (2009). How to Assess Authentic Learning. : Thousand Oaks, California:Corwin Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Purajaya:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains
Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keogh, B., & Naylor, S. (1999). Concept cartoons, teaching and learning in science: an evaluation.
International Journal of Science Research, 21(4), 431-446.
Knieper, T. (2002). Die politische Karikatur. Eine journalistische Darstellungsform und deren
Produzenten. [Political caricature. A journalistic product and its producers]. Köln: von Halem
Verlag.
Muhammad Sofwan Mahmud dan Aida Suraya Md. Yunus. (2018). Penyoalan Lisan Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Sebuah Tinjauan Literatur. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan Jilid 13/2018. 131-141; (1) 2180-2270.
Nor‟Anira Haris. (2019). Malaysian Animated TV Series: Upin & Ipin Through Piaget‟s Cognitive
Development. Journal Of E-Learning And Higher Education. 1-9: 2019(2019).
Norfarah, N, Mohd Ali, S, Chong,L. Y. (2019). Concept Cartoon- A Constructivist Strategy To
Enhance Positive Attitude Towards Science In Malaysia: An Ancova Repeated Measures
Approach. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 28-40:4(27).
Ong Eng Tek, Rosmawati Muhammad Kharuddin, Sabri Salleh, dan Nurulhuda Abd Rahman. (2013).
Keberkesanan Penggunaan Modul Kartun Dalam Meningkatkan Pencapaian Biologi Pelajar.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. 95-111: 3(1).
46
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Sebnem Kandil Ingec. (2008). Use Of Concept Cartoons As An Assessment Tool In Physics
Education. XIII. IOSTE Symposium. 47-53: 5(11).
Siti Najihah Binti Jamal ,Nor Hasniza Binti Ibrahim ,Johari Bin Surif. (2019). Journal of Technology
and Science Education. 51-58: 9(1).
Zamri Mahamod Dan Nor Razah Lim (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melay. 51-
65: (1)1.
47
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
PENGGUNAAN PENDEKATAN INKUIRI TERHADAP TAHAP PENGUASAAN
MURID DALAM TOPIK PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG
Fatin Nurul Athira binti Ismail ([email protected])
IPG Kampus Kent, Tuaran
ABSTRAK
Pendekatan inkuiri telah digunakan sebagai intervensi untuk menentukan tahap penguasaan
murid dalam mata pelajaran matemarik. Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 3 di dalam topik penukaran unit ukuran
panjang. Seramai 16 orang murid Tahun 3 dari salah sebuah sekolah sekitar Segamat dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pelaporan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2021, hasil kerja murid dan ujian pra. Hasil tinjauan
awal menunjukkan murid tidak memahami dan mengingati cara penukaran unit ukuran
panjang melibatkan unit meter dan sentimeter. Perancangan Tindakan difokuskan kepada
penggunaan pendekatan inkuiri untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
menukar unit ukuran panjang melibatkan meter dan sentimeter. Murid telah didedahkan
kepada penggunaan pendekatan inkuiri selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 5 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.
Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok
belajar topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan meter dan sentimeter melalui
penggunaan pendekatan inkuiri. Kajian ini diharap dapat membantu murid serta guru yang
bukan sahaja melibatkan subjek matematik tetapi juga mata pelajaran lain yang dilihat
kritikal. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
penukaran unit ukuran panjang.
Kata kunci: Pendekatan Inkuiri, Matematik, penukaran unit panjang
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pemahaman konsep topik penukaran unit ukuran panjang yang kukuh pada peringkat awal pendidikan
dapat membantu murid untuk membina strategi yang teratur bagi menyelesaikan permasalahan
melibatkan topik tersebut. Oleh itu, mutu pengajaran matematik perlu diperbaiki bagi membolehkan
masalah pemahaman konsep penukaran unit ukuran panjang dapat diatasi dengan sebaiknya. Seperti
yang berlaku pada pengalaman PBS yang lepas, saya memerhatikan bahawa kebanyakan murid sudah
biasa menggunakan unit meter dan sentimeter kerana sering menggunakannya dalam kehidupan
seharian. Tetapi, terdapat beberapa orang murid mengalami masalah apabila saya memberikan
lembaran kerja yang memerlukan murid untuk menukarkan unit ukuran panjang melibatkan meter dan
sentimer.
Buktinya, kebanyakan jawapan yang diberikan oleh murid dalam lembaran kerja yang
diberikan adalah salah. Masalah yang berlaku ini saya bincangkan bersama guru Matematik Tahun
Tiga. Berdasarkan temu bual bersama guru tersebut, beliau menyatakan bahawa prestasi murid kelas
tersebut dalam subjek matematik masih lemah dan perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Kefahaman asas murid dalam konsep penukaran unit ukuran panjang juga agak kurang memuaskan.
Beliau turut menyatakan bahawa pemulihan dan bimbingan secara berterusan kepada murid-murid
yang lemah adalah perlu bagi membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep penukaran
unit ukuran panjang.
48
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Berdasarkan masalah tersebut, saya membuat refleksi kendiri bahawa kaedah pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang
relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa adalah lebih baik berbanding PdP secara
konvensional seperti „chalk and talk‟. Namun, ramai guru masih selesa menggunakan kaedah
pembelajaran „chalk and talk‟ di mana kaedah ini lebih memfokuskan peranan guru sebagai sumber
maklumat (Asmita, 2013). Maka, idea untuk menggunakan pendekatan inkuiri terhasil bagi
meningkatkan tahap penguasaan dalam topik penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan peserta
kajian. Melalui pendekatan inkuiri, murid lebih mudah faham mengenai topik penukaran unit ukuran
panjang kerana mereka akan terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan akan berfokuskan kepada permasalahan murid dalam memahami konsep
penukaran unit ukuran panjang. Kaedah pendekatan inkuiri ini dijangka dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam penukaran unit panjang melibatkan unit meter dan sentimeter. Walaupun
saya mengesan terdapat banyak lagi masalah yang dihadapi oleh murid dalam topik lain, namun saya
memutuskan untuk memfokuskan kajian ini kepada masalah pemahaman konsep penukaran unit
ukuran panjang.
Sepanjang sesi PdP lalu yang dijalankan, saya juga mendapati murid-murid kurang
menunjukkan minat dan memberi tumpuan terhadap pembelajaran matematik di dalam kelas. Hal ini
menjadi salah satu punca permasalahan ini berlaku. Menurut Rashid (2000), punca kelemahan murid
dalam subjek matematik adalah disebabkan kecenderungan menyalahkan sikap kurang minat murid
terhadap subjek tersebut. Namun demikian, sikap seseorang mempunyai pertalian dengan pelbagai
faktor lain terutamanya berkaitan dengan pedagogi pengajaran matematik yang mempunyai banyak
kelemahan dan akhirnya menimbulkan masalah pembelajaran kepada murid.
Kegagalan murid untuk memahami konsep penukaran unit ukuran panjang masih berlaku
walaupun setelah diberikan penerangan secara mudah dan ringkas. Hal ini membuktikan kaedah
penerangan secara biasa sahaja tanpa melibatkan diri murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
tidak berjaya memberi kefahaman yang kukuh kepada mereka. Oleh itu, bagi menangani masalah ini
daripada menjadi lebih kritikal, saya memperkenalkan 5 kaedah pendekatan inkuiri kepada peserta
kajian untuk menarik minat dan perhatian mereka dalam aktiviti pembelajaran. Pendekatan inkuiri
mendorong murid untuk melibatkan diri secara aktif kerana pendekatan ini merupakan proses
pembelajaran yang menuntun murid belajar melalui pengalaman (Mohd Paris, 2016). Kaedah
pendekatan ini pastinya akan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada murid.
Terdapat pebagai cara yang boleh digunakan untuk membuat tinjauan awal berkaitan
permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran yang diajar. Dalam kajian ini,
kaedah yang saya gunakan untuk mengenal pasti permasalahan murid adalah melalui semakan buku
latihan murid. Melalui latihan-latihan yang telah dibuat oleh murid, saya dapat melihat kesilapan-
kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Seterusnya, saya dapat merangka rancangan yang terbaik bagi
mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, saya juga telah membuat pemerhatian terhadap proses PdP yang dijalankan di
dalam kelas. Saya mendapati murid-murid sukar untuk memahami konsep penukaran unit ukuran
panjang. Saya turut melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi mendapatkan
permasalahan yang dikenal pasti. Seterusnya, saya juga sempat berbual dengan guru kelas dan guru
yang mengajar mata pelajaran Matematik di kelas tersebut.
49
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai pada akhir kajian. Secara umumnya,
kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik penukaran unit ukuran
panjang melalui pendekatan inkuiri dalam proses pembelajaran. Khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
1. Menghuraikan cara murid meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam topik penukaran unit
ukuran panjang melalui pembelajaran inkuiri.
2. Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam meningkatkan tahap penguasaan
murid dengan menggunanakan pendekatan inkuiri.
KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian ini, saya telah menetapkan untuk melaksanakan proses PdPc topik penukaran unit
ukuran panjang kepada kumpulan sasaran iaitu seramai 16 orang murid tahun 3 SK Bukit Hampar,
Segamat, Johor.
PELAKSANAAN KAJIAN
Masalah utama yang menjadi fokus dalam kajian ini telah dikenal pasti melalui tinjauan awal yang
telah dilakukan. Tinjauan ini dilakukan sewaktu sesi PdP di dalam bilik darjah yang lalu. Selain itu,
data awal telah dikumpulkan melalui semakan buku latihan murid dan pemerhatian yang dilaksanakan
semasa sesi bimbingan. Setelah masalah kajian dikenal pasti, saya menggunakan Model Penyelidikan
Kurt Lewin (1946) untuk menyelesaikan masalah kajian. Model penyelidikan ini mengandungi empat
peringkat dalam gelung yang bermula dengan perancangan kemudian diikuti dengan tindakan,
pemerhatian dan refleksi. Gelung tersebut boleh berulang ke gelung kedua, ketiga dan seterusnya
sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Model penyelidikan ini ditunjukkan dalam Rajah
1 di bawah.
Saya telah memikiran tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah kefahaman
murid terhadap topik penukaran unit ukuran panjang. Dalam kajian ini, saya akan melaksanakan
intervensi sebagai penambahbaikan amalan pedagogi untuk topik pecahan setara.
a) Perbincangan
Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Lewin, Kemmis dan McTaggart, 1998)
50
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Sebelum menjalankan intervensi, saya membuat perbincangan awal bersama pensyarah mengenai
tajuk dan kaedah yang hendak dilaksanakan sebagai kajian. Kemudian, perjumpaan dan
perbincangan bersama guru pembimbing mata pelajaran matematik akan dilaksanakan untuk
mendapatkan khidmat nasihat, idea dan pendapat beliau bagi menambah baik lagi kajian dan
soalan-soalan yang dirancang.
b) Perancangan
Setelah perbincangan selesai, saya membina item soalan yang akan digunakan sebagai alat
pengujian dan pemerolehan data daripada murid. pembinaan item soalan ini merujuk kepada
mana-mana sumber yang berkaitan dan tepat. Rekod pencapaian murid dijadikan sebagai rujukan
dan panduan semasa membina soalan.
c) Tindakan
Pendekatan inkuiri merupakan pengajaran yang diaplikasikan dalam proses pengajaran
berpusatkan murid. Proses pengajaran ini melibatkan proses pertanyaan dan menimbulkan rasa
ingin tahu kerana murid perlu mencari jawapan dengan menggunakan ciri-ciri yang terdapat
dalam model pembelajaran inkuiri. Oleh itu, saya memilih pendekatan inkuiri sebagai intervensi
dalam mengatasi masalah kefahaman murid dalam topik penukaran unit ukuran panjang.
Kaedah Pelaksanaan
Langkah 1: Murid dikehendaki untuk masuk ke dalam Google Classroom.
Langkah 2: Murid diminta memikirkan cara mengira ukuran panjang bagi objek dalam rumah
menggunakan anggota badan.
Langkah 3: Murid diminta mengukur 3 objek di rumah menggunakan pembaris dan pita
pengukur.
Langkah 4: Murid diminta mencari perkaitan antara unit meter dan sentimeter.
Langkah 5: Rumusan
d) Refleksi
Saya akan membuat analisis dan refleksi terhadap intervensi yang telah dijalankan. Saya juga
akan membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang seterusnya.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan membuat perancangan dalam menganalisis data yang diperolehi bagi langkah yang
seterusnya. Markah ujian pra dan pos bagi tahap penguasaan murid akan dianalisis dalam bentuk carta
pai, graf garis dan jadual bagi melihat tahap penguasaan murid sama ada mengalami peningkatan atau
penurunan. Graf garis digunakan untuk menunjukkan keputusan dan hasil perbandingan antara
markah ujian pra dan pos bagi murid.
Ujian pra dan pos juga akan dianalisis secara statistik deskriptif iaitu menganalisis data
dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos. Tahap minat murid juga
akan dianalisis dalam bentuk carta pai, graf garis dan jadual untuk membandingkan tahap minat murid
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Statistik deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira
peratus, min dan sisihan piawai juga akan digunakan untuk membandingkan setiap jawapan murid
yang dinyatakan dalam soal selidik.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad, S. (2006). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor.
Asmita, H.D. (2013). Colaborative Learning as Effective Teaching. Global Online Electronic
International Interdisciplinary. Research Journal. 2(1), pp. 400-403.
51
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Cramer, K. A. (2002). "Initial Fraction Learning by Fourthand Fifth-grade Students: A Comparison of
the Effects of Using Commercial Curricula with the Effects of Using the Rational Number
Project Curriculum." Journal for Research in Mathematics Education 33(2): 111-145.
Fetsco. T dan McClure, J. (2005). Educational Psychology: An Integrated Approach to Classroom
Decisions. Boston: Pearson Education.
Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya dan Intel Multimedia and Publications.
Idris, N. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Kemmis, S. & Mc. Taggart, R. (1988). The Action Research Planner. Victoria: Deakin
University Press.
Mohd Paris, Saleh. (2016). Model pengajaran M-Pembelajaran Berasaskan Kaedah Inkuiri Mata
Pelajaran Sejarah Peringkat Menengah. PhD Thesis, University of Malaya.
Muhammad Saffuan. (2019, Julai 7). Inkuiri Matematik.
https://www.cikgusaffuan.com/jurnal/category/inkuiri-matematik
Nazri Jusoh. (2015). Contoh Kajian Tindakan.
https://www.academia.edu/11431006/Contoh_kajian_tindakan
Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali (2018). Implementation of 21st Century Learning and the
Challenges. Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
Rashid, A. R. A. (2000). Wawasan & Agenda Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Salehudin, N. N., Hassan, H. N., & Hamid, N. A. A. (2015). Matematik dan Kemahiran Abad Ke-21:
Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik. Vol. 3, Bil.1, 24-36. ISSN: 2231-9425.
Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Yeop Yunus dan Ishak, I. (2002). Faktor-faktor Yang mempengaruhi Pencapaian Pelajar Politeknik
Dalam Matematik Pengurusan. Prosiding. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
81-89
52
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM KALANGAN GURU
PRAPERKHIDMATAN MATEMATIK SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
RUMAH (PdPR)
Norasyikin binti Mohd Zamuri ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
ABSTRAK
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik. Namun
begitu, di manakah tahap kemahiran guru praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan
BBM semasa menjalani praktikum menggunakan kaedah PdPR? Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik semasa PdPR. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru
praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan BBM serta kekangan dan cabaran yang
dihadapi oleh mereka dalam penggunaan BBM bagi proses PdPR matematik. Responden
kajian ini terdiri daripada guru praperkhidmatan matematik dari Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) bagi kohort Jun 2018 dan Jun 2019. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi.
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Satu seto borang soal selidik
digital akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang
diperlukan. Segala data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian komputer r
Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan kekerapan,
peratus dan min. Secara kesimpulannya, kajian ini akan menunjukkan bahawa tahap
penggunaan BBM dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik adalah penting dan
memberi impak yang besar kepada mereka sebagai persediaan apabila bergelar guru kelak.
Kata kunci: Bahan bantu mengajar, Pengajaran dan pembelajaran di rumah, matematik
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bukan lagi satu perkara yang baharu dalam situasi
semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai
implikasi dan mengubah keadaan semasa khususnya pendidikan di dalam negara kita (Mahad,
Ugartini & Hamzah, 2021). Hal ini demikian kerana, PdPR dilaksanakan secara atas talian serta tidak
sesuai dilaksanakan secara bersemuka. Pelaksanaan PdPR adalah bergantung kepada arahan dan
keadaan semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Keadaan ini mewujudkan satu paradigma
baharu dalam pelaksanaan PdPR yang memerlukan perubahan dan pendekatan yang boleh diterima
oleh semua pihak khususnya guru dan murid.
Selaras dengan saranan yang dibuat oleh pihak kerajaan, PdPR akan dijalankan secara dalam
talian di rumah masing-masing. Meskipun duduk di rumah sahaja, namun ia memberi impak yang
besar dalam kehidupan guru dalam usaha untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh,
para guru yang kebiasaanya ke sekolah untuk menyampaikan ilmu secara bersemuka tidak lagi
dibenarkan ke sekolah. Akibatnya, aktiviti pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan secara
tidak langsung memaksa proses pembelajaran dari rumah dilaksanakan melalui pendekatan
pembelajaran dalam talian menggunakan pelbagai platform teknologi.
53
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Merujuk kepada panduan PdPR, ianya melibatkan tiga pendekatan iaitu pendekatan PdPR
dalam talian dengan adanya capaian internet, penggunaan peranti dan pembelajaran secara realtime
menggunakan aplikasi DELima, Google Meet, Zoom, aplikasi gamifikasi, video, klip audio, eBuku
dan rakaman video. Pendekatan PdPR luar talian pula dengan penggunaan peranti, tablet, telefon
pintar tanpa capaian internet manakala pendekatan PdPR secara off site iaitu dilaksanakan di pusat
komuniti atau lokasi yang dibenarkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Pendekatan
yang digunakan mestilah mengikut dan mengambil kira kesesuaian kemudahanguru dan murid.
Dalam konteks ini, aktiviti PdPR yang dijalankan adalah bergantung sepenuhnya kepada
bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang baik
adalah dengan menepati beberapa ciri pelaksanaannya iaitu memenuhi kehendak kurikulum,
mencabar kognitif, menarik dan memotivasikan murid (Norhashimi, 2005). Selain itu, persediaan dan
penggunaan BBM adalah bergantung kepada masa yang diluangkan oleh guru. Pengurusan masa yang
baik dapat membantu guru melaksanakan penggunaan BBM dengan berkesan ketika aktiviti PdP
dijalankan. Namun begitu, tidak semua BBM yang digunakan ketika PdP bersesuaian dengan
matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Terdapat juga waktu penggunaan BBM yang tidak sesuai
dilaksanakan malah membazirkan masa PdP guru. Oleh itu, penggunaan BBM sangat besar
fungsinya untuk memastikan semua elemen pengajaran dapat dilaksanakan oleh guru dan
disesuaikan dengan tahap kemampuan murid. Justeru, kajian ini akan meninjau amalan
penggunaan BBM dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik semasa PdPR dijalankan.
PERNYATAAN MASALAH
Guru yang efektif sentiasa mendalami bidang atau subjek yang diajar. Dalam memastikan murid-
murid melakukan amalan pembelajaran yang efektif, guru memainkan peranan yang penting dalam
membina asas pendidikan yang kukuh (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Bagi memastikan
murid-murid tidak keciciran dari mendapatkan pembelajaran dan pendidikan dalam tempoh PdPR,
guru perlu mengharungi kebiasaan norma baharu dalam proses PdPR. Pelaksanaan pembelajaran
dalam talian ini memerlukan murid membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Bagi murid
sekolah, ibu bapa perlu membimbing anak menyusun tugasan yang diberikan oleh guru untuk
diselesaikan dan hantar kepada guru secara maya. Guru perlu memberi maklum balas kepada hasil
kerja murid supaya mereka terus bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.
Melalui pembelajaran dalam talian, penglibatan dari guru, ibu bapa dan murid-murid amat
penting dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Hal ini bermakna,
kemahiran guru dalam menggunakan BBM berbentuk bukan elektronik seperti buku serta model
maujud ataupun menggunakan BBM peralatan elektronik seperti komputer, Microsoft Powerpoint,
video serta aplikasi dalam talian sangat diperlukan dalam memastikan murid-murid mendapat
kefahaman, minat dan komitmen mereka dalam sesi pembelajaran. Oleh hal yang demikian, guru-guru
perlu mempertingkatkan kaedah dan kemahiran dalam PdPR sejajar dengan cabaran pendidikan
semasa. Persoalannya di sini, sejauhmanakah penggunaan BBM dipraktikkan dengan sebaiknya
dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik semasa PdPR? Diharapkan agar hasil kajian ini
akan memberi gambaran terhadap kedudukan penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik dalam PdPR.
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik semasa PdPR. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru
praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan BBM serta kekangan dan cabaran yang dihadapi
oleh mereka dalam penggunaan BBM bagi proses PdPR matematik.
54
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Objektif Kajian
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam proses PdPR berdasarkan jantina.
2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam proses PdPR berdasarkan kohort (ambilan).
3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru
matematik dalam proses PdPR berdasarkan kawasan petempatan praktikum.
4. Mengenal pasti persepsi guru praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan BBM.
5. Mengenal pasti cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan matematik dalam
menggunakan BBM bagi proses PdPR matematik.
Soalan Kajian
Soalan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah:
1. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan matematik
dalam proses PdPR berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan matematik
dalam proses PdPR berdasarkan kohort (ambilan)?
3. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru matematik dalam proses PdPR
berdasarkan kawasan petempatan praktikum?
4. Apakah persepsi guru praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan BBM?
5. Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan matematik dalam menggunakan
BBM bagi proses PdPR matematik?
Hipotesis Kajian
Antara hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik dalam proses PdPR berdasarkan jantina.
2. Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik dalam proses PdPR berdasarkan kohort (ambilan).
3. Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik dalam proses PdPR berdasarkan kawasan petempatan praktikum.
TINJAUAN LITERATUR
Dapatan Kajian Lalu
Mohd Faeez, Faiz dan Kamarul (2013) menjalankan kajian yang membincangkan berkenaan faktor
dorongan dan halangan penggunaan BBM oleh guru Pendidikan Islam. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor yang mendorong penggunaan BBM ialah meningkatkan kefahaman
murid, menarik minat murid, reaksi positif murid dan kemudahan bagi guru untuk mengajar.
Halangan penggunaan BBM pula boleh dikategorikan kepada dua faktor utama iaitu faktor guru dan
faktor kemudahan. Faktor guru ialah dari segi kekurangan masa, kurang kreativiti dan sikap negatif
guru yang mengambil mudah terhadap penggunaan BBM memberi impak negatif terhadap
pelaksanaan proses PdP. Faktor kemudahan yang dikenal pasti dalam kajian ini pula ialah kekurangan
BBM, tempat yang terhad dan masalah teknikal. Namun begitu, kajian ini menyimpulkan bahawa
guru harus mengoptimumkan penggunaan BBM sebagai amalan pengajaran walaupun terdapat
pelbagai halangan. Hal ini bertujuan untuk memberikan impak positif terhadap PdP yang dijalankan
bagi sesuatu topik atau mata pelajaran.
55
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh Faizah (2017) bertujuan untuk mengkaji
sejauhmana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam proses PdP. Hasil dapatan kajian mendapati
bahawa walaupun guru-guru mengamalkan penggunaan BBM dalam PdP akan tetapi masih terdapat
sebilangan guru yang kurang mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan BBM dengan baik dan
sempuna. Dapatan kajian ini disokong oleh Zakaria Omar (2014) yang menyatakan bahawa masalah
yang timbul dalam penggunaan BBM atas sebab masalah-masalah guru-guru yang tidak menguasai
ilmu pengajaran yang terkini dan kesukaran dalam mengaplikasikan bahan media pengajaran. Jika
guru tidak mahir menggunakan BBM dengan berkesan, maka BBM yang disediakan tidak dapat
membantu murid dalam pembelajarannya.
Berdasarkan kajian Faizah (2017) juga, pengkaji mendapati bahawa guru-guru sentiasa
mencari idea yang terkini dan mereka bentuk BBM bersesuaian dengan aras kebolehan murid dalam
pengajaran. Selain itu, guru-guru menggunakan BBM dalam pengajaran dengan harapan murid cepat
dapat memahami konsep sesuatu topik dan dapat memahami serta menguasai kemahiran asas dengan
baik. Kebanyakkan guru memastikan bahawa diri mereka mempunyai pengetahuan yang terkini
mengenai BBM dalam PdP supaya mereka dapat menjalankan PdP dengan berkualiti serta dapat
meningkatkan prestasi pencapaian murid di sekolah. Perkara ini menunjukkan bahawa guru
menitikberatkan aspek amalan terhadap kualiti pengajaran dalam proses PdP bagi memastikan bahan
dan media pengajaran yang digunakan adalah relevan untuk digunakan dalam proses PdP.
Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual kajian ini dibentuk bagi menjelaskan perhubungan dan perkaitan di antara
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian ini. Kerangka konsep ini adalah penting
kepada pengkaji sebagai panduan dalam melaksanakan fasa-fasa kajian serta dapat memperlihatkan
dengan jelas akan tindakan kajian bagi memperolehi hasil kajian. Guru praperkhidmatan matematik
menjadi fokus utama dalam kajian ini. Dalam kajian ini pengkaji ingin meninjau apakah perbezaan
tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan matematik berdasarkan jantina, kohort (ambilan)
dan kawasan petempatan praktikum, persepsi guru matematik terhadap penggunaan BBM serta
cabaran dan masalah dalam penggunaan BBM yang berhubungkait dengan penggunaan BBM dalam
proses PdPR. Rajah 2.1 menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian yang dijalankan.
Rajah 2.1: Kerangka konseptual kajian
Demografi
Jantina
Kohort (ambilan)
Kawasan petempatan praktikum
Guru Kekerapan penggunaan BBM Penggunaan BBM
praperkhidmatan dalam proses
Persepsi terhadap PdPR
matematik penggunaan BBM
Cabaran dan masalah dalam
penggunaan BBM
56
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang sesuai digunakan ialah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi
yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif adalah kajian yang
bertujuan untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan dalam
penyelidikan pendidikan. Kaedah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk mengumpul
segala maklumat mengenai pemboleh ubah. Kajian tinjauan berbentuk inferensi pula digunakan untuk
mencari kesignifikanan antara pemboleh ubah apabila data yang dikumpulkan dalam bentuk skala
ukuran interval dan memenuhi andaian spesifik (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2012). Ia bertujuan untuk
membantu pengkaji membuat kesimpulan berkaitan dengan populasi berdasarkan maklumat yang
diperoleh daripada sampel.
Pengkaji memilih reka bentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi kerana
kaedah ini adalah sesuai untuk mencapai objektif kajian, menjimatkan masa dan memerlukan kos
yang rendah. Dalam pada itu, pendekatan kuantitatif yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini
adalah untuk mengumpul data primer melalui instrumen soal selidik. Pendekatan yang digunakan ini
boleh melibatkan peserta kajian yang ramai dan meluas. Hal ini membolehkan pengkaji membuat
kajian, hubungan dan perbandingan dengan hasil fakta dan maklumat yang diperolehi dalam pelbagai
kaedah saintifik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian. Pada masa yang sama, penggunaan
instrumen soal selidik mudah untuk difahami dan dikelolakan oleh pengkaji. Peserta kajian juga
hanya perlu memilih jawapan yang sesuai sebagaimana yang telah disediakan.
Persampelan
Populasi kajian dalam penyelidikan ini adalah terdiri daripada guru praperkhidmatan matematik
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ambilan Jun 2018 dan Jun 2019. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan merupakan kaedah
persampelan secara tidak rawak di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan
sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dijalankan sahaja akan dipilih. Persampelan bertujuan
adalah terbuka untuk berlakunya bias pemilihan. Berdasarkan kajian ini, pengkaji ingin melihat
penggunaan BBM dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik dan hanya subjek kajian iaitu
guru praperkhidmatan matematik sahaja yang dipilih sebagai peserta kajian.
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kesemua item
dalam borang soal selidik dibina oleh pengkaji berdasarkan kepada objektif kajian yang ditetapkan.
Instrumen ini dibahagikan kepada 4 bahagian seperti yang berikut:
a. Bahagian A: Bahagian ini mengandungi 3 item yang merujuk kepada latar belakang peserta
kajian seperti jantina, kohort (ambilan) dan kawasan petempatan praktikum.
b. Bahagian B: Bahagian ini dibina bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan tahap penggunaan
BBM dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik. Bahagian ini mengandungi 7 item yang
merujuk kepada jenis BBM yang digunakan dalam proses PdPR. Bahagian ini digubal dengan
menggunakan skala likert sebagai pilihan jawapan kepada peserta kajian terhadap kekerapan
tahap penggunaan BBM.
Jadual 1: Skala likert kekerapan tahap penggunaan BBM
Tidak pernah Sangat kurang Kurang Kerap Sangat kerap
digunakan digunakan digunakan 4 5
1 2
3
c. Bahagian C: Bahagian ini mengandungi 9 item yang merujuk kepada persepsi guru matematik
terhadap penggunaan BBM. Peserta kajian menjawab item pada bahagian ini dengan
menggunakan skala likert.
57
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Jadual 2: Skala likert bagi persepsi guru matematik terhadap BBM
Tahap Skala
Sangat tidak bersetuju 1
Tidak setuju 2
Setuju 3
Sangat bersetuju 4
d. Bahagian D: Bahagian ini mengandungi 7 item yang merujuk kepada cabaran dan masalah yang
dihadapi oleh guru matematik dalam penggunaan BBM. Item bahagian ini digubal menggunakan
skala likert sebagai pilihan jawapan. Terdapat satu item berbentuk terbuka bagi memberi peluang
kepada peserta kajian menyatakan pandangan berkaitan cabaran dan masalah lain yang dihadapi.
Jadual 3: Skala likert bagi cabaran dan masalah yang dihadapi dalam penggunaan BBM
Tahap Skala
Sangat tidak bersetuju 1
Tidak setuju 2
Setuju 3
Sangat bersetuju 4
Berdasarkan soal selidik yang dibina, pengkaji menggunakan skala likert pada 3 bahagian
soal selidik untuk memberi pilihan jawapan kepada peserta kajian. Penggunaan skala likert
memudahkan peserta kajian memberikan maklum balas mereka dengan cepat. Soal selidik yang
digubal ini juga memudahkan pengkaji mengumpul data dan seterusnya menganalisis data
tersebut. Borang soal selidik boleh dirujuk pada Lampiran A.
Prosedur Penganalisisan Data
Bagi tujuan penganalisisan data kajian kuantitatif, pengkaji akan menggunakan Microsoft Excel dan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 22.0 untuk menganalisis statistik deskriptif
dan statistik inferensi. Microsoft Excel akan digunakan untuk menganalisis data dalam bentuk
peratusan dan kekerapan. Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 22.0 pula
digunakan untuk menganalisis data dalam bentuk statistik berparameter iaitu ujian-t. Bagi
memudahkan penganalisisan data, pengkaji telah membina pemetaan kesesuaian penganalisisan data
menggunakan Microsoft Excel dan SPSS Version 22.0 berdasarkan soalan kajian seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.
58
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Jadual 4: Analisis data kuantitatif berdasarkan soalan kajian
Soalan Kajian Analisis Data
1. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru Statistik inferensi
praperkhidmatan matematik berdasarkan jantina? Ujian-t tak bersandar
Statistik inferensi
2. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru Ujian-t tak bersandar
praperkhidmatan matematik berdasarkan kohort (ambilan)?
Statistik inferensi
3. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru Ujian-t tak bersandar
praperkhidmatan matematik berdasarkan kawasan petempatan
praktikum? Statistik deskriptif
Peratusan/taburan kekerapan
4. Apakah persepsi guru praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan Skor min
BBM? Sisihan piawai
Statistik deskriptif
5. Apakah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan Peratusan/taburan kekerapan
matematik dalam menggunakan BBM bagi proses PdPR matematik? Skor min
Sisihan piawai
RUJUKAN
Faizah Ja‟apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Johor: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mahad,I.,Ugartini, M. & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah
terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(1), 16-28.
Mohd Faeez Ilias, Muhammad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jazmi. (2013). Faktor dorongan dan
halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru Pendidikan Islam di sekolah bestari.
Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam Kali ke-3, Kajang, Selangor. 943-953.
Nor Hidayati Mokhtar. (2020). Pembelajaran atas talian untuk pembelajaran sepanjang hayat.
https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-
hayat/
Noraini Mohamed Noh, Hani Merylina Ahmad Mustafa, Mahizer Hamzah, Mohd Arif Ismail &
Norazilawati Abdullah. (2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran: Cabaran Guru
Dalam E-Pembelajaran. Proceedings Of The 7th International Malaysian Educational Technology
Convention (IMETC 2013).
Norhashimi Saad (2005). Kaedah pengajaran Pendidikan Islam dan sekolah bestari Islam. Pahang:
PTS Professional Publishing.
Nurfaradilla Mohamad Nasri & Siti Nurbaizura Che Azizan. (2020). Pandangan Guru Terhadap
Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh
Pandemik COVID-19. Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.
59
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
LAMPIRAN A : BORANG SOAL SELIDIK
https://forms.gle/FrKjCCGhHWqPHzE28
60
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
PENGGUNAAN LiMi BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT
LITER DAN MILILITER DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Joan Ng ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
ABSTRAK
Penggunaan alat inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP) sangat penting
untuk mewujudkan suasana kelas yang memenuhi kriteria bagi pendidikan yang berkualiti.
Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid Tahun 4
dalam penukaran unit liter dan mililiter dengan menggunakan alat inovasi LiMi dan tahap
minat murid terhadap subjek Matematik setelah alat inovasi LiMi digunakan. Responden
terdiri daripada 25 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Saint Joseph, Miri. Data bagi
tahap penguasaan murid dianalisis secara statistik deskriptif, iaitu menganalisis data dengan
mengira peratus, min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos. Data bagi tahap minat
murid pula dianalisis dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai untuk
membandingkan setiap jawapan murid yang dinyatakan dalam soal selidik. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam penukaran unit liter dan mililiter
dengan menggunakan alat inovasi LiMi meningkat. Tahap minat murid terhadap subjek
Matematik setelah alat inovasi LiMi digunakan turut meningkat. Alat inovasi yang digunakan
menunjukkan dapat memudahkan murid memahami cara penukaran unit liter dan mililiter
dengan cara yang unik serta menarik minatnya. Ini secara tidak langsung membantu
memenuhi kriteria bagi pendidikan yang berkualiti.
Kata Kunci: penukaran unit liter dan mililiter, inovasi LiMi, matematik
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sepanjang tempoh 28 Jun 2021 hingga 1 Oktober 2021, saya telah menjalankan Praktikum Fasa 2
saya di Sekolah Kebangsaan Saint Joseph Miri. Kelas yang diberi peluang untuk menjalankan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR) bagi subjek Matematik ialah kelas 4C, yang
mempunyai seramai 25 murid.
Saya telah mengambil kesempatan ini untuk menguji tahap kefahaman murid tentang konsep
penukaran unit liter dan mililiter. Pengetahuan sedia ada murid kelas 4 Bestari ialah mereka pernah
belajar cara menukar unit liter dan mililiter semasa berada di Tahun 3, di bawah Bidang pembelajaran
Sukatan dan Geometri, Tajuk 6.0 Ukuran dan Sukatan, dan Standard Kandungan 6.3 Isipadu Cecair
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).
Dengan itu, saya telah menyediakan kuiz mini agar saya dapat menilai tahap penguasaannya.
Contoh soalan kuiz mini boleh dirujuk dalam Lampiran A. Kuiz mini ini telah dilaksanakan secara
luar talian, di mana kuiz mini disediakan dalam Google Classroom Matematik. Pelaksanaan kuiz mini
tersebut adalah selama 30 minit.
Daripada hasil kuiz ini, saya mendapati bahawa kebanyakan murid kelas 4C kurang berupaya
untuk menukar unit liter dan mililiter. Murid mengalami masalah dalam menentukan nilai tempat unit
selepas penukaran unit. Jawapan murid-murid tersebut boleh dirujuk pada Lampiran B. Murid yang
tidak pandai menjawab soalan kuiz juga sering kelihatan bosan dan tidak berminat untuk mengikuti
PdPR semasa sesi PdPR dijalankan.
61
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Oleh sebab itu, saya sedar bahawa masalah ini haruslah dikaji dan tindakan yang sesuai perlu
dilakukan dengan segera. Konsep penukaran liter dan mililiter sangat penting untuk dikuasai oleh
murid dari mula lagi kerana mereka akan membawa pengetahuan konsep ini ke peringkat
pembelajaran yang lebih mendalam pada masa hadapan. Oleh itu, penggunaan alat inovasi boleh
digunakan sebagai pengubahsuaian cara pengajaran agar murid dapat memahami konsep dengan cara
yang berlainan.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi PdP di atas, satu kajian perlulah dijalankan untuk mendorong guru supaya
menggunakan alat inovasi semasa menjalankan PdP serta memberi panduan dan kesedaran kepada
guru tentang kepentingan penggunaan alat inovasi. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi
semangat kepada para guru supaya bersikap positif dalam mempelbagaikan penggunaan alat inovasi
untuk meningkatkan lagi minat belajar murid-muridnya.
Sebenarnya, ramai pengkaji telah mengemukakan teori yang berkaitan dengan faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid. Antara faktor yang mempengaruhinya ialah minat
terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Aktiviti dan pengalaman semasa sesi PdP juga
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Oleh itu, Woolfolk(1998) dalam Ujali dan Affero
Ismail (2016) telah mengatakan bahawa kejayaan pembelajaran seseorang bergantung kepada minat
dan usaha mereka sendiri.
Murid juga tidak akan berasa tertarik untuk belajar jika mata pelajaran yang dipelajari tidak
sesuai dengan minatnya. Pernyataan ini disokong oleh Ujali et. al.(2016), di mana beliau berkata
apabila murid tidak berasa tertarik, maka murid akan berasa enggan untuk belajar. Walau
bagaimanapun, Abu Bakar, Zainuddin, Kamaruddin, Meor Ibrahim & Tan(2010) berkata jika
pembelajaran tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan keseronokan murid maka mereka akan
cenderung berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami dan menguasainya.
Menurut Toh(2009), murid yang kurang berminat dalam subjek Matematik disebabkan oleh
tanggapan negatif terhadap subjek ini, dengan alasan subjek Matematik sangat susah dan
membosankan. Kajian beliau telah menunjukkan ramai murid sanggup ponteng apabila tiba kelas bagi
subjek ini. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berminat untuk belajar dan memahami subjek ini
sehinggakan ada di antara mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru dan ada juga yang
sengaja tidak membuatkannya dengan alasan tidak mengetahui cara untuk menyelesaikannya.
Selain itu, kajian Rahman Sukor Ab Samad dan Gooi(2005) dalam Ujali et. al. (2016)
mendapati bahawa murid yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap Matematik mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi berbanding murid yang mempunyai minat yang negatif. Oleh itu,
seseorang guru haruslah mahir dalam mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat inovasi
yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang
dirancang.
Dengan itu, alat inovasi LiMi (Liter dan Mililiter) yang akan digunakan boleh diterapkan
dalam sesi PdP untuk meningkatkan minat murid dalam subjek Matematik. Menurut Abdul Rahim
dan Hayazi(2010) dalam Law, Normaliza binti Mat Rais dan Khairunisak binti Suleiman(2015),
penggunaan alat inovasi dapat memudahkan guru untuk menerangkat sesuatu konsep mata pelajaran
dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan. Contoh alat inovasi LiMi boleh dirujuk pada
Lampiran C.
Alat inovasi LiMi yang digunakan akan menggunakan pendekatan konstruktivisme yang juga
menerapkan elemen visual bagi menggantikan proses PdP secara konvensional yang telah diamalkan
sejak dahulu lagi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 dalam Mohamad Nurizwan bin Jumiran,
2014). Menurut Zainal Abidin bin Zainuddin dan Afrinaleni binti Suardi(2008), kaedah
konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik,
62
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
khususnya untuk sekolah rendah. Bagi membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru,
guru perlulah mengambil kira struktur kognitif sedia ada mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
terbentuk sesuatu ilmu pengetahuan yang baru. Subadrah Nair dan Malar(2005) juga menguatkan
teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa guru seharusnya menganggap PdP sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan
penyertaan murid dalam aktiviti PdP semasa berada dalam bilik darjah.
Penggunaan alat inovasi untuk murid sekolah rendah juga selaras dengan tahap
perkembangan kognitif mereka, seperti yang dikemukakan dalam teori Jean Piaget. Menurut
Slavin(2012), Piaget telah mengkaji cara kanak-kanak belajar dan telah menzahirkan sebuah bentuk
pendidikan yang disesuaikan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak, yang juga dikenali
sebagai developmentally appropriate education. Dengan itu, Fatimah Ibda(2015) telah menunjukkan
empat tahap peringkat kognitif perkembangan kanak-kanak seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Oleh Jean Piaget
Bil Tahap Perkembangan Kanak-Kanak Lingkungan Umur
1 Peringkat Sensorimotor 0 – 1.5 tahun
2 Peringkat Praoperasi 1.5 – 6 tahun
3 Peringkat Operasi Konkrit 6 – 12 tahun
4 Peringkat Operasi Formal 12 tahun ke atas
(Sumber: https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/intel/article/viewFile/197/178 )
Berdasarkan Jadual 1, peringkat sensorimotor dilalui oleh kanak –kanak yang berusia dalam
lingkungan 0 hingga 1.5 tahun, peringkat praoperasi dalam lingkungan 1.5 tahun hingga 6 tahun,
peringkat operasi konkrit dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun dan peringkat operasi formal dalam
lingkungan 12 tahun ke atas. Daripada maklumat tersebut, kita mendapati bahawa sasaran kajian kita
iaitu murid sekolah rendah sedang melalui perkembangan kognitif dalam peringkat operasi konkrit.
Oleh itu, kita hanya akan berfokus kepada peringkat operasi konkrit sahaja.
Menurut Wong, Mohamad Isa Azis dan Rafidah Ruhani(2016), kanak-kanak pada peringkat
operasi konkrit belum dapat berfikir dengan abstrak. Oleh itu, beliau mencadangkan bahawa guru
haruslah menyediakan bahan-bahan konkrit yang dapat menguji idea kanak-kanak melalui
penglibatan yang aktif. Penggunaan alat inovasi semasa mengajar Matematik jelas dilihat sangat
sesuai kerana ia menggunakan bahan konkrit dan memerlukan murid terlibat secara aktif semasa
menggunakannya.
Oleh sebab kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit tidak lagi bersifat egosentrik,
mereka mampu mengikut arahan, peraturan dan giliran yang ditentukan (Wong et. al., 2016).
Tambahan pula, mereka sudah memahami konsep kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu
pertandingan serta memahami emosi diri dan orang lain. Oleh itu, aktiviti-aktiviti prososial seperti
aktiviti yang melibatkan murid belajar secara berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-
menolong sangat digalakkan. Dengan mengendalikan aktiviti sesi PdP seperti berikut, murid boleh
belajar Penggunaan alat inovasi LiMi turut akan dilaksanakan secara berkumpulan untuk
menyelaraskan dengan kehendak teori Piaget agar penggunaan alat inovasi ini dapat dimanfaatkan
dengan sepenuhnya. Dengan itu, kerangka konseptual kajian ini boleh dilihat dalam rajah 1 di bawah.
63
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka Konseptual
Input Proses Output
Guru Pembelajaran Secara Penggunaan alat Pencapaian murid
Murid Konstruktivisme: inovasi LiMi
(Model 3P) menggunakan Ujian pra dan
pembelajaran pos
(Tran Vui, 1999) secara
Minat murid
Pengetahuan konstruktivisme
yang diterima yang menerapkan Soal selidik
Pemerhatian
Pengetahuan teori Piaget
yang sedia ada
Pengetahuan
baru yang telah
dibina
Teori Jean Piaget
(Perkembangan
Kognitif-
Tahap Operasi
Konkrit)
Belajar secara
berpasukan,
bekerjasama,
bertolak ansur
dan tolong-
menolong
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam penukaran unit liter dan mililiter
dengan menggunakan alat inovasi LiMi.
Mengenalpasti tahap minat murid terhadap subjek Matematik setelah alat inovasi LiMi
digunakan.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan seramai 7 orang murid Tahun 4C di Sekolah Kebangsaan Saint Joseph
Miri. Jantina murid tidak akan diambil kira sebagai salah satu pemboleh ubah kajian ini.
64
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
PELAKSANAAN KAJIAN
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah merujuk kepada Model Penyelidikan Tindakan
Zuber-Skerrit(1990) daripada Buku Manul Kajian Tindakan Edisi Ketiga(2008). Langkah
pelaksanaan kajian ini terdiri daripada kitaran perancangan, tindakan dan pencarian fakta berkenaan
dengan keputusan tindakan. Rajah 2 menunjukkan kitaran asas alam kajian tindakan yang dikatakan
oleh Zuber-Skerrit(1990).
Rajah 2: Model Kajian Tindakan Zuber-Skerrit (1990)
Refleksi
Pemerhatian Mengenalpasti
Masalah
Tindakan Perancangan
a. Mengenalpasti Masalah
Saya akan mengenalpasti masalah yang ingin dikaji dalam kajian ini, iaitu pencapaian dan minat
murid dalam topik kajian saya. Masalah yang dikenalpasti akan dianalisis untuk mengetahui
kesan yang mugkin akan berlaku pada murid, khususnya dalam pencapaian dan tahap minat
mereka terhadap Matematik.
b. Perancangan
Setelah membuat analisis permasalahan yang dihadapi, saya akan menyenaraikan beberapa teknik
yang dapat digunakan sebagai cara terbaik untuk menyempurnakan kajian ini. Saya telah
membuat keputusan untuk menggunakan alat inovasi LiMi sebagai usaha meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan penukaran unit liter dan mililiter.
Penggunaan alat inovasi LiMi juga diharapkan dapat meningkatkan minat murid dalam subjek
Matematik.
Saya turut merancang pelaksanaan tindakan intervensi yang bakal dijalankan kepada
kumpulan sasaran, iaitu merancang bagaimana alat inovasi LiMi boleh dilaksanakan dengan
kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Saya juga akan memilih instrumen yang akan digunakan
untuk mengukur keberkesanan penggunaan alat inovasi LiMi.
c. Tindakan
Saya akan menjalankan intevensi kepada kumpulan sasaran seperti yang dirancang. Semasa
intervansi ini, saya akan menggunakan alat inovasi LiMi untuk membantu kumpulan sasaran saya
menjawab soalan yang melibatkan penukaran unit liter dan mililiter. Jadual 2 menunjukkan
langkah-langkah pelaksanaan alat inovasi LiMi.
65
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Kaedah Pelaksanaan Alat Inovasi LiMi
Jadual 2: Langkah Pelaksanaan Alat Inovasi LiMi
Langkah 1:
Murid dikehendaki untuk masuk ke dalam Google Classroom Matematik.
Langkah 2:
Murid dikehendaki untuk mengikuti langkah pelaksanaan inovasi LiMi yang disediakan
dalam Google Classroom. Oleh itu, murid perlulah menonton video tutorial mengenai cara
penggunaan inovasi LiMi terlebih dahulu.
Langkah 3:
Bagi langkah yang seterusnya, murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja
dengan bantuan inovasi LiMi. Berdasarkan soalan dalam lembaran kerja yang diberikan,
murid perlu mengenalpasti soalan penukaran unit isipadu cecair tersebut. Jika penukaran
unit melibatkan penukaran unit mililiter kepada liter, murid perlu menulis nilai mililiter
tersebut pada kotak yang betul mengikut nilai tempatnya. Contohnya,
1. 800 ml = _____ l
Langkah 4:
Pada kotak liter, murid perlu menyalin semula secara selari dengan nilai yang ditulis pada
kotak mililiter. Jika terdapat kotak kosong, murid perlu menulis angka sifar „0‟ dalam kotak
tersebut.
Langkah 5:
Dengan itu, murid akan mendapat jawapannya, iaitu
1. 800 ml = __0.800___ l
Jawapan tersebut akan ditulis dalam kertas soalan yang disediakan.
e. Refleksi
Saya akan membuat analisis dan refleksi terhadap intervensi yang telah dijalankan. Saya juga
akan membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang seterusnya.
66
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan membuat perancangan dalam menganalisis data yang diperolehi bagi langkah yang
seterusnya. Markah ujian pra dan pos bagi tahap penguasaan murid akan dianalisis dalam bentuk carta
pai, graf garis dan jadual bagi melihat tahap penguasaan murid sama ada mengalami peningkatan atau
penurunan. Graf garis digunakan untuk menunjukkan keputusan dan hasil perbandingan antara
markah ujian pra dan pos bagi murid 4C.
Ujian pra dan pos juga akan dianalisis secara statistik deskriptif iaitu menganalisis data
dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos.
Tahap minat murid juga akan dianalisis dalam bentuk carta pai, graf garis dan jadual untuk
membandingkan tahap minat murid sebelum dan selepas alat inovasi LiMi digunakan. Statistik
deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai juga akan
digunakan untuk membandingkan setiap jawapan murid yang dinyatakan dalam soal selidik.
RUJUKAN
Abu Bakar, Zainuddin, Kamaruddin, Meor Ibrahim & Tan, M.Y. (2010). Pengaruh Sikap Minat
Pengajaran Guru Dan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar. Project Report.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Buckley, W. & Smith, A. (2008). Application of Multimedia Technologies To Enchance Distance
Learning. Educational of Technology. 55-56.
Buku Manul Kajian Tindakan Edisi Ketiga. (2008). Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Embong, M.N. (2009). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Terhadap Pencapaian Pelajar Tahun 5.
Kuala Terengganu, Terengganu.
Faezah binti Othman & Saemah binti Rahman. (2011). Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Kertas
dibentangkan di Seminar Serantau Ke 5, Riau Indonesia.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita. Vol.3, Nomor
1, Januari-Juni 2015.
Law, S.S., Normaliza binti Mat Rais & Khairunisak binti Suleiman. (2015). Menghasilkan Kit
Bulatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dan Matematik Tambahan
Peringkat Sekolah Menengah. Kertas Kerja Untuk Projek Inovasi MPU 1003 Innovation In
Teaching And Learning, Universiti Teknologi Malaysia.
Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa
Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 5(2) Nov. 22-30.
Mohamad Nurizwan bin Jumiran. (2014). Kesan Teknik „HunTTO Square‟ Terhadap Pencapaian
Pelajar Bagi Mata Pelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. (Laporan). Johor.
Nair, S. & Muthiah, M. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam
Pembelajaran Sejarah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Pulau
Pinang, Malaysia.
Noor Lela Ahmad, Sho, S.L., Hariyaty Ab Wahid & Rohalia Yusof. (2019). Kepentingan Amalan
Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal
of Education, Psychology and Counselling. Volume: 4 Issue 28 (March 2019). 28-51.
Slavin, R. E. (2012). Educational Psychology: Theory And Practice Tenth Edition. Pearson. Boston,
Massachusetts.
Toh, C.M. (2009). Keberkesanan Teknik Polya Dalam Menyelesaikan Masalah Berayat Terhadap
Pencapaian Pelajar Sekolah Menengah Di Kuala Terengganu, Terengganu.
Ujali, A. & Affero Ismail. (2016). Minat Pelajar Dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah Daerah
Pontian. Seminar Pendidikan Johor 2016, Johor.
Wong, K.W., Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak Edisi
Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Zainal Abidin bin Zainuddin & Afrinaleni binti Suardi. (2008). Keberkesanan Kaedah
Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. http://eprints.utm.my/
67
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
KESEDIAAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TERHADAP
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DI
MALAYSIA
Zulaikha Binti Mamat ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah
ABSTRAK
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013) bahawa semua murid berhak
mendapat pendidikan yang terbaik bagi membantu mereka mencapai potensi diri. Penularan
virus COVID-19 yang melanda negara kini sedikit sebanyak telah mengubah corak PdP
daripada pembelajaran secara dua hala dan bersemuka kepada pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPr). Kajian kuantitatif ini akan dilaksanakan bagi mengenalpasti
hubungan antara kesediaan para guru Matematik terhadap perubahan pelaksanaan corak
pendidikan baharu iaitu PdPr. Tahap kesediaan yang akan difokuskan adalah merangkumi
tiga aspek utama iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran mentaksir guru. Responden bagi
kajian ini adalah guru-guru Matematik sekolah rendah di Malaysia iaitu SK, SJKC dan SJKT
yang terdiri daripada pelbagai pengalaman mengajar dan kelayakan akademik. Data kajian
akan dikumpulkan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian iaitu google form
yang dibina sendiri oleh penyelidik. Data juga akan dianalisis secara statistik deskriptif dan
statistik inferensi berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi
26 dan AMOS. Objektif utama yang digariskan bagi kajian ini adalah untuk mengetahui
sejauhmana kesediaan guru matematik sekolah rendah mempengaruhi pelaksanaan PdPr di
Malaysia. Kajian yang akan dilaksanakan ini berupaya untuk menunjukkan sejauh mana
tahap kesediaan guru Matematik sekolah rendah bagi melaksanakan PdPr dalam tugas
seharian mereka merangkumi aspek pengetahuan, sikap dan juga kemahiran mentaksir.
Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr), guru matematik, kesediaan guru
PENDAHULUAN
Dunia menyaksikan kehadiran virus yang dinamakan sebagai COVID-19 telah meragut banyak nyawa
serta melumpuhkan perkembangan kemajuan banyak negara termasuklah Malaysia. Pandemik
COVID-19 telah menjejaskan banyak sektor negara terutamanya sektor ekonomi, pendidikan dan
sosial. Umum mengetahui pandemik ini telah mengubah corak pengajaran semasa secara bersemuka
kepada pengajaran dalam talian. Ketika pandemik COVID-19, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan Kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengambil langkah proaktif
dengan menutup semua fasiliti pendidikan bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam kalangan
murid dan mewujudkan pelaksanaan pembelajaran atas talian iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPr).
Pembelajaran secara bersemuka tidak lagi berlaku, namun kekuatan teknologi menjadi titik
asas dalam melaksanakan pembelajaran atas talian terhadap murid. Justeru itu, pelaksanaan
pengajaran dalam talian telah menuntut para pendidik dan murid-murid untuk melengkapkan diri
dengan penguasaan corak pendidikan baharu dalam mencapai matlamat pendidikan. Penularan virus
COVID-19 yang melanda negara kini sedikit sebanyak telah mengubah corak PdP daripada
pembelajaran secara dua hala dan bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Perubahan ini sememangya memberikan cabaran besar buat para pendidik kerana ia adalah suatu
perkara baharu yang dilaksanakan secara realiti.
68
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Neal, Joseph dan Marilyn (1971), telah menyenaraikan tiga halangan yang dihadapi oleh guru
semasa melaksanakan sesuatu perubahan iaitu kurangnya penjelasan terhadap perubahan yang
diberikan kepada mereka yang melaksanakan perubahan tersebut, kekurangan kebolehan untuk
melaksanakan peranan baru tersebut dan kemerosotan motivasi guru dalam melaksanakan perubahan
boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah. Justeru itu, kesediaan para guru adalah amat
penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PdPr iaitu merangkumi aspek pengetahuan, sikap
dan kemahiran mentaksir. Hakikatnya kesediaan para guru belum dapat dipastikan. Ini tidak pasti
jika mereka bersedia menyesuaikan diri dengan norma perubahan yang mengharuskan mereka
mengikuti kuliah, memberi markah, dan menilai sepenuhnya dalam talian (Rahim, 2020). Oleh
itu, kajian ini akan dilaksanakan bagi mengakjai kesediaan para guru matematik sekolah rendah
terhadap pelaksanaan PdPr.
Pernyataan Masalah
Guru yang efektif sentiasa mendalami bidang atau subjek yang diajar. Dalam memastikan kanak-
kanak melakukan amalan pembelajaran yang efektif, guru memainkan peranan yang penting dalam
membina asas pendidikan yang kukuh (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Dalam usaha untuk
memastikan proses PdP pada peringkat sekolah tetap terus berjalan, pelaksanaannya telah
dimanfaatkan sebaik-baiknya. Keterbatasan pergerakan dan hubungan yang menyebabkan PdP secara
bersemuka tidak dapat dilaksanakan telah digantikan dengan pembelajaran dan pengajaran secara
dalam talian. Kaedah pembelajaran dalam talian yang dahulunya hanya dijalankan sebagai nilai
tambah kepada pembelajaran bersemuka, telah menjadi satu keperluan.
Mengendalikan PdPR bukanlah sesuatu tugasan yang mudah untuk dilaksanakan oleh semua
guru yang mengajar Matematik. Hal ini demikian kerana, setiap murid memiliki tahap pengetahuan
dan penguasaan yang berbeza. Guru moden kini masih lagi menumpukan pada pengajaran
berpusatkan guru dan mengajar menggunakan buku teks sahaja (Abdul Razak dan Nor Asmah 2010).
Kaedah tradisional sebegini sedikit sebanyak menyebabkan murid tidak dapat meningkatkan
penguasaan terhadap pembelajaran Matematik. Tambahan pula, norma baharu menuntut guru untuk
bertugas dari rumah akibat penularan wabak COVID-19 sehingga menyebabkan rutin dan budaya
kerja guru juga berubah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Rahayu et al. 2020).
Hal ini boleh menyebabkan guru kurang bersedia untuk melaksanakan pendekatan terbeza dalam
PdPR kerana berlakunya perubahan corak dalam pengajaran mereka. Oleh sebab itu, guru harus
sentiasa bersedia memperbaiki diri dan mengubah pendekatan pengajaran selari dengan
perkembangan teknologi dan keperluan kerjaya semasa (Nor Amalina dan Zanaton, 2018).
Dengan begitu, sebarang masalah berkaitan pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR
dapat dielakkan. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan
guru Matematik terhadap pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR sepanjang tempoh yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini memfokuskan kepada
kesediaan para guru Matematik dari pelbagai latar belakang pendidikan dalam aspek pengetahuan,
sikap dan kemahiran mentaksir.
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan para guru Matematik sekolah rendah terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) dalam aspek pengetahuan, sikap dan
kemahiran mentaksir. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana guru yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang seperti pendidikan, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar
menghadapi perubahan baharu dalam pendidikan.
69
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru matematik
sekolah rendah dengan pelaksanaan PdPr.
2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan guru matematik
sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPr berdasarkan lokasi sekolah di Malaysia.
3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan guru matematik
sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPr berdasarkan pengalaman mengajar di Malaysia.
4. Mengenal pasti sama ada kesediaan guru matematik sekolah rendah dapat mempengaruhi
pelaksanaan PdPr di Malaysia.
Soalan Kajian
1. Soalan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah:
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru matematik sekolah rendah
dengan pelaksanaan PdPr?
3. Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam kesediaan guru matematik sekolah rendah terhadap
pelaksanaan PdPr berdasarkan lokasi sekolah di Malaysia?
4. Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam kesediaan guru matematik sekolah rendah terhadap
pelaksanaan PdPr berdasarkan pengalaman mengajar di Malaysia?
5. Adakah tahap kesediaan guru matematik sekolah rendah dapat mempengaruhi pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah (PdPR) di Malaysia?
Hipotesis Kajian
Antara hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru matematik sekolah rendah
dengan pelaksanaan PdPr.
2. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan guru matematik sekolah rendah
terhadap pelaksanaan PdPr berdasarkan jantina di Malaysia.
3. Ho:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan guru matematik sekolah rendah
terhadap pelaksanaan PdPr berdasarkan pengalaman mengajar di Malaysia.
TINJAUAN LITERATUR
Dapatan Kajian Lalu
Penutupan yang tidak dijangka pada bulan Mac, ketika pembelajaran berada di tahap tinggi dan
beberapa institusi pendidikan yang lebih besar telah berlumba-lumba untuk menyelesaikan sukatan
pelajaran mereka, memaksa mereka mengejar banyak keinginan untuk menghentikan apa yang telah
mulai menanamkan persekolahan (Alea, Fabrea, Roldan & Farooqi, 2020). Beberapa kesukaran
adalah penglibatan pelajar dan penglibatan kelas; bilik darjah tradisional mempunyai
pasaran tertawan, dan bilik darjah dalam talian adalah satu-satunya pilihan individu untuk terus
mengikuti (Zhen, Zainuddin, Zin & Yunus, 2021). Mazura dan Wak Chu Wok (2018) menyatakan
sebanyak 80% guru di sekolah tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang PdP terbeza. Kita
sedia maklum bahawa pendekatan dan pelaksanaan PdP bersemuka dan PdPr adalah sangat berbeza.
Oleh itu, kesediaan guru dalam melaksanakan segala pendekatan dalam PdPr perlu terus dipupuk.
Kesediaan ini membawa maksud guru perlu sentiasa bersedia untuk memulakan aktiviti PdP tidak kira
dari aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor (Mok Soon Sang 2008).
Kajian Lapada et al. (2020) mendapati hanya 58% daripada 2300 orang guru bersedia untuk
menggunakan modul atau bahan pengajaran atas talian seperti Youtube, Ted Talk dan Khan
Academy. Ini turut sejajar dengan dapatan kajian König et al. (2020)yang mendapati hampir 70%
daripada 165 orang guru tidak menggunakan peralatan digital dalam menyediakan pembelajaran
atas talian. Ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi atas talian tidak berada di tahap
yang maksima. Walau bagaimanapun, kajian Mallillin et al. (2020) menyatakan tiada perbezaan
signifikan terhadap kesediaan guru dalam menghadapi transisi pengajaran fizikal kepada atas talian
kerana kebiasaan mereka menggunakan teknologi dalam pengajaran.
70
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual kajian ini dibentuk bagi menjelaskan perhubungan dan perkaitan di antara
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian ini. Kerangka konsep ini adalah penting
kepada pengkaji sebagai panduan dalam melaksanakan fasa-fasa kajian serta dapat memperlihatkan
dengan jelas akan tindakan kajian bagi memperolehi hasil kajian. Guru matematik sekolah rendah
menjadi fokus utama dalam kajian ini. Dalam kajian ini pengkaji ingin meninjau apakah perbezaan
dalam kesediaan guru matematik sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPr berdasarkan lokasi
sekolah, pengalaman mengajar dan pengaruh kesediaan guru pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran dari rumah (PdPR) di Malaysia. Rajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual
bagi kajian yang ingin dijalankan.
Rajah1: Kerangka Konseptual
Pengetahuan tentang
PdPr
Demografi Sikap guru terhadap PdPr Pelaksanaan PdPr
Jantina Kemahiran mentaksir guru
Umur dalam PdPr
Pengalaman mengajar
Kelayakan akademik
Jenis sekolah
Lokasi sekolah
Negeri
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah keseluruhan proses menjalankan pengumpulan data, menganalisis, dan
menulis laporan berdasarkan pernyataan masalah yang disebutkan (Creswell dan Poth, 2016). Sekaran
dan Bougie (2016) mendefinisikan reka bentuk penyelidikan sebagai kerangka atau rencana
penyusunan, pengiraan, dan penyiasatan data untuk menjelaskan persoalan kajian. Bagi mencapai
objektif kajian ini, reka bentuk kajian tinjauan akan dilaksanakan bagi meninjau kesediaan guru
matematik sekolah rendah terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) di
Malaysia. Hal ini bermakna kajian akan dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi tujuan
menjawab hipotesis melalui pengumpulan data berangka (Humes, 2017). Pendekatan ini akan
digunakan kerana mampu memberikan penemuan yang sah (Mailizar et al., 2020) selain
membolehkan penganalisisan tren, perbandingan kumpulan atau perkaitan antara pemboleh ubah
dalam dilakukan (Creswell, 2014).
Reka bentuk kajian yang sesuai digunakan bagi kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan
inferensi yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif adalah kajian
yang bertujuan untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan dalam
penyelidikan pendidikan. Kaedah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk mengumpul
segala maklumat mengenai pemboleh ubah. Menurut Fraenkel, Wallen & Hyun (2012), kajian
tinjauan berbentuk inferensi pula digunakan untuk mencari kesignifikanan antara pemboleh ubah
apabila data yang dikumpulkan dalam bentuk skala ukuran interval dan memenuhi andaian spesifik. Ia
bertujuan untuk membantu pengkaji membuat kesimpulan berkaitan dengan populasi berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada sampel.
71
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Persampelan
Populasi kajian dalam penyelidikan ini adalah terdiri daripada guru matematik sekolah rendah dari
pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Menurut Jan (2020), pelaksanaan pengajaran atas talian di
Malaysia saat COVID-19 di peringkat rendah masih lagi belum mencapai keberkesanan yang
sempurna dan pengajaran guru masih lagi dipengaruhi gaya pengajaran bersemuka. Oleh sebab
itu, penyelidik memilih para guru Matematik dari serata negeri di Malaysia untuk menjadi populasi
bagi kajian ini. Selain itu, kaedah pensampelan mudah telah dimanfaatkan dalam kajian yang
akan dilakukan ini. Kaedah pensampelalan ini memudahkan pengkaji untuk mendapatkan
sasaran responden (Etikan, 2016) secara atas talian melalui WhatsApp dan Telegram yang menjadi
antara perisian utama komunikasi kini. Tambahan pula, kemudahan pelbagai platform media sosial
dapat membantu penyelidik memperoleh data daripada responden dengan lebih mudah dan
menimatkan masa.
Instrumen Kajian
Kajian ini akan menggunakan borang soal selidik secara atas talian yang dibangunkan sendiri oleh
penyelidik berbantukan perisian google form bagi mengumpulkan data yang diperlukan. Borang soal
selidik ini akan diedarkan kepada para guru matematik sekolah rendah melalui pelbagai platform
media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya. Instrumen ini terbahagi kepada
lima bahagian seperti berikut:
i. Bahagian A: Bahgian ini merujuk kepada demografi para responden yang merujuk kepada
latar belakang mereka seperti umur, jantina, pengalaman mengajar, lokasi sekolah dan lain-
lain.
ii. Bahagian B: Bahagian ini dibina untuk mengenal pasti tahap pengetahuan para guru
matematik tentang PdPr.
iii. Bahagian C: Bahagian ini pula dibuat bertujuan untuk mengenal pasti bagimana sikap para
guru terhadap pelaksanaan PdPr.
iv. Bahagian D: Bahagian ini pula dibina untuk mengetahui kemahiran mentaksir guru matematik
terhadap murid semasa PdPr.
v. Bahagian E: Bahagian ini pula dibina bertujuan untuk mengetahui kaedah pelaksanaan PdPr
yang dijalankan oleh guru matematik seperti pelaksanaan PdPr dan kaedah yang digunakan.
Bahagian B hingga D ini digubal dengan menggunakan skala likert sebagai pilihan jawapan kepada
peserta kajian terhadap pernyataan dalam setiap bahagian seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Skala likert lima mata terhadap pernyataan dalam setiap bahagian
Sangat tidak Tidak setuju Sederhana setuju Setuju Sangat setuju
setuju 2 3 4 5
1
Prosedur Penganalisisan Data
Penganalisisan data pula akan direkodkan dan dibuat menerusi perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 25.0. Satu analisis deskriptif akan dilakukan bagi membandingkan skor min,
sisihan piawai dan taburan berkaitan tahap kesediaan guru matematik sekolah rendah dalam kletiga-
tioga aspek iaitu pengetahuan, sikap serta kemahiran mentaksir. Penganalisisan data ujian t tidak
bersandar, ujian ANOVA satu hala dan korelasi akan turut digunakan bagi menjawab setiap
persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini. Analisis ujian t tidak bersandar dilakukan bagi
membuat perbandingan antara dua min dilakukan (Hanneman et al., 2012) yang melibatkan
lokasi sekolah bagi guru matematik sekolah rendah. Manakala analisis ANOVA satu hala pula
dilaksanakan bagi membuat perbandingan skor min berdasarkan pengalaman mengajar guru kerana
analisis ini membenarkan perbandingan pemboleh ubah yang mempunyai tiga atau lebih min dalam
kalangan kumpulan dilakukan (Hanneman et al., 2012). Akhirnya, ujian korelasi dilakukan untuk
mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara kesediaan guru matematik sekolah
rendah terhadap pelaksanaan PdPr. Secara ringkasnya, penganalisisan data adalah berdasarkan soalan
kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.
72
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Jadual 2: Analisis data kuantitatif berdasarkan soalan kajian
BIL PERSOALAN KAJIAN KAEDAH ANALISIS
1 Adakah tahap kesediaan guru matematik sekolah rendah dapat Statistik deskriptif
mempengaruhi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari • Peratusan/taburan
rumah (PdPR) di malaysia? kekerapan
• Skor min
• Sisihan piawai
2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan Statistik inferensi
guru matematik sekolah rendah terhadap pelaksanaan pdpr? • Korelasi
3 Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam kesediaan guru Statistik inferensi
matematik sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPr • Ujian-t tak bersandar
berdasarkan lokasi sekolah di Malaysia?
4 Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam kesediaan guru Statistik inferensi
matematik sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPr • Ujian ANOVA sehala
berdasarkan pengalaman mengajar di Malaysia?
RUJUKAN
Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru
Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
http://eprints.utm.my/id/eprint/11474/
Ain Nur Atika Agus. (Mei 2021). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dalam
Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Semasa
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. file:///F:/THESIS%20PURPOSE/258-496-1-SM.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Nordina, M. S., Ismailb, N. H., Mersing, S. M. K., & Malaysia, K. P. (2014). Kesediaan Guru
Terhadap Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu. TVEIS 2014, 475.
Nur Hazirah Hairia‟an & Masayu Dzainudin. (Disember, 2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan
Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. file:///C:/Users/user/Downloads/4534-
Article%20Text-16517-1-10-20201214.pdf
Nurfaradilla Mohamad Nasri & Siti Nurbaizura Che Azizan. (2020). Pandangan Guru Terhadap
Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh
Pandemik COVID-19. Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.
Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan. (Mac 2021). Keberkesanan
Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (EPembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar
Di Kolej Komuniti Hulu Langat. file:///C:/Users/user/Downloads/21673.pdf
73
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
PENGGUNAAN KAEDAH KAD BERANTAI MEMBANTU MURID MENGUASAI
KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN
Nurul Syazwani Muhamad Yusof ([email protected])
Caroline @ Lorena David ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
ABSTRAK
Penggunaan kaedah kad berantai merupakan bahan yang dapat membantu murid untuk
membina karangan dengan lebih mudah. Pada awalnya, murid dilihat kurang cekap untuk
menulis karangan kerana kekurangan idea untuk melengkapkan setiap perenggan. Murid
juga kurang keyakinan dan motivasi semasa membuat latihan karangan Bahasa Melayu
semasa pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Seramai tujuh orang murid tahun
empat yang mempunyai masalah dalam menghasilkan karangan Bahasa Melayu di salah
sebuah sekolah rendah di Malim Nawar, Perak terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah
melakukan tinjauan awal melalui beberapa cara seperti pemerhatian, soal selidik dan
pelaksanaan ujian pra untuk mengumpul data. Pengenalan kaedah kad berantai kepada
murid tahun empat telah dilakukan. Hasil tinjauan awal yang telah dilakukan mendapati
murid yang terlibat dalam kajian mempunyai masalah daripada menguasai kemahiran
menulis karangan. Antara masalah yang dihadapi murid seperti kurang idea untuk menulis
karangan dan tidak tahu mengembangkan idea berdasarkan isi yang diperoleh. Secara
keseluruhannya, kaedah kad berantai dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis
karangan dan meningkatkan motivasi murid semasa proses (PdPR) dijalankan.
Kata kunci:kaedah kad berantai, menulis karangan, murid, motivasi, idea
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pengkaji telah terlibat semasa praktikum fasa dua di salah sebuah sekolah yang terletak di Malim
Nawar, Perak. Ketika ini, pengajaran yang dilakukan adalah secara tidak bersemuka kerana semua
sekolah di seluruh negara tidak dibuka untuk membendung penularan wabak virus Covid-19.
Berikutan itu, waktu yang peruntukkan untuk satu-satu subjek ajak terhad dan perlu menggabungkan
beberapa kemahiran bahasa yang lain.
Semasa pengkaji melaksanakan pengajaran untuk kemahiran menulis karangan, pengkaji telah
memilih tajuk „Kuasa Lemon‟. Murid-murid telah dipaparkan dengan beberapa bahan rangsangan
berkaitan kelebihan lemon sebagai sumber tenaga elektrik. Murid dalam kumpulan telah berbincang
bahan lain yang boleh menggantikan lemon sebagai sumber tenaga elektrik dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Berdasarkan jawapan murid, pengkaji telah menunjukkan beberapa keping gambar yang
menunjukkan murid sedang melakukan uji kaji. Pengkaji telah melaksanakan aktiviti Rally Robin
yang mana murid perlu mengungkapkan idea yang mereka rasa sesuai dengan gambar yang
dipaparkan. Murid diberi masa untuk fikir apakah idea yang sesuai untuk gambar tersebut.
Setelah masa yang ditetapkan tamat, pengkaji meminta murid menyatakan jawapan masing-
masing diruangan chat kelas. Semasa pelaksanaan aktiviti ini, guru dapati dua orang murid meniru
dan mengulang jawapan rakan sebelumnya dan empat orang murid tidak memberi respon untuk
gambar tertentu. Apabila pengkaji mengajukan soalan yang berkaitan gambar, baru ada murid yang
dapat mengungkapkan jawapan yang berbeza daripada sebelumnya.
74
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Berikutan itu, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada murid-murid untuk mengenal
pasti punca masalah ini. Menurut Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, & Chua Lay Nee (2018), kajian
boleh dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang timbul termasuklah yang
melibatkan masalah dalam bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan pengkaji
melakukan kajian dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk masalah menulis karangan ini.
Refleksi Nilai Pendidikan
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan pengkaji, pelaksanaan pengajaran secara PdPR memberi
impak yang besar terhadap perkembangan ilmu murid-murid. Hal ini kerana, murid dan guru perlu
mengubah cara pelaksanaan pengajaran secara bersemuka kepada tidak bersemuka. Menurut Kho Ai
Peng, Mohd Asri Mohd Noor & Nor Azrin Md Latip (2020), kecerdasan pelbagai yang dimiliki
murid-murid menyebabkan guru perlu mengenal pasti pendekatan pengajaran yang sesuai
dilaksanakan kepada murid-murid. Hal ini supaya murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
berbeza dapat belajar perkara yang sama dengan mudah.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), kepelbagaian teknik serta kaedah pengajaran sangat
penting semasa pengajaran untuk menarik minat murid. Selain daripada teknik, penggunaan bahan
seperti kad dapat membantu murid menguasai sesuatu pengajaran dengan lebih mudah. Hal ini kerana
murid dapat menggunakan bahan tersebut menggunakan pacaindera mereka. Menurut Lai Kim Leong,
Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2019), bahan berbentuk maujud dapat meningkatkan daya ingatan
murid untuk mengingat sesuatu perkara. Pengetahuan yang diperoleh oleh murid dapat meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini berkaitan dengan salah satu kemahiran bahasa yang terdapat dalam bahasa
Melayu iaitu kemahiran menulis karangan. Semasa menjalankan PdPR pada tempoh hari, pengkaji
mendapati murid menghadapi masalah untuk menghasilkan sebuah karangan. Seramai tujuh orang
murid tahun empat terlibat semasa kelas berlangsung. Murid dilihat tidak dapat menguasai tajuk ini
dengan baik. Kajian ini dilakukan merujuk kepada standard kandungan dan standard pembelajaran
yang terdapat Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 bagi
kemahiran menulis.
Jadual 1: Standard kandungan dan standard pembelajaran yang difokuskan dalam kajian ini
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.3 Menghasilkan penulisan. 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membina karangan Bahasa
Melayu dengan mudah dan menarik serta membolehkan murid mempunyai idea yang berkualiti dan
memenuhi ciri-ciri penulisan karangan yang cemerlang dengan mengaplikasikan penggunaan kaedah
kad berantai.
75
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah supaya murid dapat:
1. Memperoleh idea untuk menulis isi dalam setiap perenggan karangan.
2. Mudah mengembangkan isi atau idea yang digunakan dalam karangan dengan lebih jelas.
3. Minat dan bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu.
4. Meningkatkan keupayaan murid menghasilkan karangan bahasa Melayu yang menarik.
5. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru untuk mengajar karangan.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah murid tahun empat dari salah sebuah sekolah di Malim Nawar, Perak iaitu
Sekolah Kebangsaan Tulang Sekah. Terdapat tujuh orang murid yang merupakan murid tahun empat
telah terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan kumpulan murid yang terlibat semasa pengkaji
melaksanakan pengajaran sebelum ini. Berikutan itu, peserta kajian ini dipilih untuk terlibat dalam
kajian ini.
Jadual 2: Maklumat peserta kajian
Peserta Kajian Jantina Bangsa
PK1 Lelaki Melayu
PK2 Lelaki Melayu
PK3 Lelaki Melayu
PK4 Perempuan Melayu
PK5 Perempuan Melayu
PK6 Perempuan Melayu
PK7 Perempuan Melayu
PELAKSANAAN KAJIAN
Pengkaji telah merancang dan melaksanakan langkah-langkah tindakan ingin dilakukan bagi
membantu murid menguasai kemahiran menulis karangan. Pengkaji menggunakan model kajian
Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1998), sebagai panduan untuk kajian ini. Menurut Malin Gall
(2014), model ini terdiri daripada dua gelung yang mana setiap gelung terbahagi kepada empat
perkara. Perkara tersebut bermula dengan merancang, bertindak, memerhati dan seterusnya refleksi.
Berdasarkan model ini, pada peringkat awal kajian dijalankan pengkaji telah merancang
intervensi yang sesuai untuk masalah murid dalam pembelajaran. Pengkaji telah bertindak dengan
menghasilkan bahan yang sesuai. Kemudian, pengkaji mencari maklumat tentang tahap penguasaan
(TP) murid dalam kemahiran menulis bagi Bahasa Melayu. Melalui TP ini, pengkaji dapat
melakukan analisis tentang masalah murid semasa membina karangan. Pencapaian murid yang terlibat
dalam kajian ini seperti Rajah 1. Berdasarkan tahap penguasaan ini, pengkaji akan melakukan refleksi
pengajaran sebelumnya untuk ditambah baik.
Rajah 1: Tahap penguasaam murid bagi kemahiran menulis Bahasa Melayu
Tahap Penguasaan Peserta Kajian bagi Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu
4 Tahap Penguasaan
3
2
1
0
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5 PK6 PK7
76
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
a. Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dilakukan pengkaji terhadap murid mendapati bahawa murid telah belajar
tentang cara membina karangan sebelum ini. Namun begitu, murid masih lagi tidak cekap
membina karangan yang menerapkan ciri-ciri penulisan yang baik. Perkembangan isi dalam
perenggan kurang jelas.
Semasa pengkaji meminta murid menulis karangan yang lain, terdapat murid yang tidak
menghantar tugasan yang diberikan atas pelbagai alasan. Perkara ini menunjukkan murid kurang
bermotivasi untuk membina karangan. Susulan itu, pengkaji mendapati isu ini perlu diatasi segera
supaya murid tidak tercicir dalam pembelajaran terutamanya semasa PdPR.
b. Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan analisis daripada tinjauan masalah kajian ini, pengkaji mengetahui bahawa murid-
murid mempunyai masalah untuk menulis karangan dengan baik. Hal ini telah menyebabkan
murid tidak menghantar tugasan karangan yang diberikan guru semasa kelas berlangsung. Antara
sebab situasi ini berlakukan adalah kerana kurang keyakinan untuk menghasilkan karangan yang
baik. Bukan itu sahaja, terdapat murid yang risau isi karangan mereka kurang tepat dan tidak
memenuhi kehendak guru.
c. Tindakan Yang Dijalankan
Selepas pengkaji mengetahui masalah yang dihadapi murid semasa belajar, pengkaji mula
merancang intervensi yang sesuai. Terdapat pelbagai idea yang dirancang melibatkan pelbagai
bahan yang berbeza. Namun begitu, setelah memikirkan pelbagai faktor seperti, kesesuaian
penggunaan bahan dan kecenderungan penggunaan bahan kepada murid, pengkaji telah
menghasilkan kad berantai.Kad berantai ini merupakan bahan berbentuk maujud yang sesuai
digunakan sama ada pembelajaran secara atas talian dan secara bersemuka.
Sebelum pengkaji memperkenalkan intervensi ini kepada murid-murid, pengkaji telah
mengambil data melalui beberapa cara. Antara cara yang digunakan untuk mengumpul data
adalah melalui kaedah pemerhatian, soal selidik serta ujian pra. Pada peringkat awal, pengkaji
telah meminta murid untuk melaksana ujian pra iaitu membina karangan berdasarkan gambar.
Melalui hasil kerja murid, pengkaji akan menganalisis kemampuan murid menyatakan dan
mengembangkan idea dalam setiap perenggan karangan.
Pengkaji juga turut melakukan pemerhatian dengan melihat sikap dan penglibatan murid
semasa PdPR berlangsung. Pengkaji memerhati bagaimana sikap murid semasa guru mengajar
tentang kemahiran menulis karangan. Pengkaji juga menilai perbezaan jumlah penglibatan murid
semasa belajar kemahiran menulis dengan kemahiran bahasa lain. Data ini sangat penting untuk
melihat bagaimana intervensi ini memberi kesan kepada minat murid-murid.
Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklum balas daripada murid melalui kaedah soal
selidik. Terdapat beberapa soalan yang berlu dijawab murid berkaitan penguasaan mereka bagi
kemahiran menulis karangan. Cara ini pengkaji boleh membandingkan kesan sebelum dan selepas
intervensi yang digunakan oleh murid. Tindakan-tindakan ini membantu pengkaji melengkapkan
kajian ini dengan jayanya.
d. Dapatan Kajian
Pengkaji telah menjalankan beberapa kaedah pemantauan kepada murid untuk melihat
keberkesanan tindakan yang dilakukan. Pertama, pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian sebelum dan selepas penggunaan kad berantai kepada murid. Pemerhatian ini
melibatkan aspek penglibatan murid semasa pengajaran karangan dengan pengajaran tajuk lain
sebelum pengenalan intervensi ini. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, pengkaji telah
mencatat dapatan tersebut.
77
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Rajah 2: Penglibatan murid di dalam kelas sebelum pengenalan intervensi
PENGLIBATAN AKTIF MURID DI DALAM
KELAS
Aktif
29%
Pasif
71%
Soal selidik juga dilaksana sebelum dan selepas tindakan dijalankan kepada murid. Soal selidik ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan tindakan yang dilaksanakan. Soal selidik ini dibina
berdasarkan skala Guttman dan diedarkan kepada semua peserta kajian iaitu seramai tujuh orang
murid. Hasil daripada analisis daripada maklum balas tersebut, pengkaji telah menyimpulkan
dapatan kajian ini melalui jadual di bawah.
Jadual : Soal Selidik Minat dan Kefahaman Murid sebelum intervensiti diperkenalkan
Bil. Items Sebelum kajian
Kekerapan Ya Tidak
Aspek Minat Murid
1. Saya minat untuk belajar menulis karangan. 25
2. Saya suka membuat latihan karangan yang diberikan oleh guru. 34
3. Saya selalu teruja untuk menghantar karangan yang telah dibuat kepada 3 4
guru.
Aspek Kefahaman Murid
4. Saya mengambil masa yang lama untuk membina karangan. 70
5. Saya dapat menggunakan empat isi dalam karangan yang dihasilkan. 2 5
6. Kad berantai membantu saya membina karangan dengan mudah. 16
Pengkaji juga turut menjalankan ujian pra kepada murid-murid yang terlibat dalam kajian ini
sebelum tindakan dilaksanakan. Melalui ujian pra ini pengkaji dapat melihat perkembangan
prestasi murid sebelum dan selepas intervensi dengan lebih jelas. Ujian ini dilakukan dengan
meminta murid membina karangan sendiri tanpa bimbingan dan pengkaji akan memberi markah
berdasarkan hasil kerja murid. Jadual dibawah menunjukkan pencapaian peserta kajian bagi ujian
pra.
Rajah 3: Markah ujian pra bagi penulisan karangan
Markah (%) Markah ujian pra bagi penulisan karangan
80
70
60
50
40
30
20
10
0
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5 PK6 PK7
78
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
e. Refleksi Kajian
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan
penguasaan murid. Meskipun kajian ini belum dilaksanakan secara keseluruhannya namun
berdasarkan pemerhatian awal terhadap tindak balas murid selepas intervensi ini diperkenalkan
menunjukkan reaksi positif daripada murid.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, murid dilihat semakin aktif dan berani untuk terlibat
dalam PdPR terutama semasa pengkaji mengajar tajuk berkaitan kemahiran menulis karangan.
Hal ini kerana murid lebih berani dan yakin bahawa mereka boleh menghasilkan karangan yang
baik.Pengkaji berharap kajian ini memberi idea kepada guru Bahasa Melayu bagi membantu
murid menguasai kemahiran menulis karangan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan hasil dapatan awal yang diperoleh pengkaji melalui beberapa kaedah penyelidikan,
pengkaji bercadang ingin melanjutkan kajian ini sehingga mendapatkan impak positif kepada murid.
Hal ini kerana pelaksanaan kajian belum 100% dilaksanakan berikutan kekangan masa pengkaji
semasa menjalani praktikum di sekolah.
Pengkaji juga bercadang ingin menambah baik kajian ini dengan melaksanakan beberapa siri
ujian atau pemerhatian berkala terhadap kesan penggunaan intervensiti iaitu kad berantai terhadap
perkembangan kemahiran bahasa murid. Hal ini kerana terdapat kad berantai ini juga dapat
membantu murid untuk bercerita berdasarkan gambar dengan lebih mudah. Cara ini pastinya sangat
membantu murid sekolah rendah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa mereka.
Oleh itu, pengkaji berharap cadangan kajian seterusnya dapat dilaksanakan untuk
meningkatkan mutu pendidikan murid-murid.
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kho Ai Peng, Mohd Asri Mohd Noor & Nor Azrin Md Latip. (2020). Pengaruh Kecerdasan
Pelbagai terhadap Pencapaian Akademik Pelajar bagi Subjek Pengajian Perniagaan di
Larut Matang dan Selama, Perak. Jurnal Isu Khas, 3(1), 116-120.
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2018). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah.
https://www.academia.edu/1602742/SATU_KAJIAN_MENGENAI_PENGGUNAAN_BAH
AN_BANTU_MENGAJAR_DALAM_PENGAJARAN_PEMBELAJARAN_MATEMATI
K_DI_SEKOLAH_RENDAH_oleh_Lai_Kim_Leong_Khaw_Ah_Hong_and_Seah_Ai_Kuan
Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Shah
Alam: Oxfard Fajar
Malin Gall. (2014). Konsep dan model kajian tindakan. https://www.slideshare.net/malingall/konsep-
dan-model-kajian-tindakan
79
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Peluasan SP Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di
Sekolah Rendah
Qistina Athiffah binti Ahmad Sabri ([email protected])
Nor Shazwaniey binti Mustaffar ([email protected])
Dr Caroline Lorena @ David ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
ABSTRAK
Kajian ini dihasilkan untuk melihat keberkesanan penggunaan SP. Pengajaran yang
dibangunkan terhadap murid-murid sekolah rendah. Kajian ini dihasilkan oleh kerana
kelaziman murid dalam penghasilan ayat yang pendek dan kurang gramatis. Oleh sebab itu,
inovasi ini dibangunkan untuk membantu murid memperluaskan ayat menggunakan teknik
dan kaedah yang betul serta memudahkan mereka untuk memahami konsep peluasan subjek
dan predikat dengan betul. Sehubungan dengan itu, seramai 40 orang murid tahun 5 dari
Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Wira, Pahang
telah terlibat dalam kajian ini sebagai responden kerana mengalami kekeliruan untuk
memahami tajuk peluasan subjek dan predikat. Proses pengumpulan maklum balas instrumen
soal selidik ini dijana secara atas talian semasa praktikum fasa dua dilaksanakan. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian bagi memperoleh data kajian
iaitu melalui ujian pra dan pasca. Seramai 15 orang murid daripada dua negeri ini telah
memberikan kerjasama dan maklum balas serta terlibat sebagai responden setelah soalan
penyelidikan daripada Google Form disebarkan. Data kajian yang diperoleh direkodkan
secara berskala berdasarkan min yang diperhatikan. Hasil kajian menunjukkan respon yang
positif daripada murid namun masih perlu ditambahbaik untuk masa akan datang. Hasil
inovasi serta persepsi maklum balas ini boleh diguna pakai oleh penyelidik dan diharap
dapat dikongsi bersama untuk menghasilkan murid yang berkualiti.
Kata kunci: inovasi, peluasan subjek dan predikat, ujian pra dan pasca
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pada praktikum fasa dua yang lalu, pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar murid Tahun 5 di SK
Kuala Berang, Terengganu dan SK Wira, Pahang. Para pengkaji menghadapi masalah di mana murid
Tahun 5 sukar untuk menguasai tajuk peluasan subjek dan predikat dalam ayat tunggal. Penekanan
terhadap tajuk ini telah dilakukan oleh pengkaji terhadap murid Tahun 5, namun mereka menghadapi
kekeliruan dan kesukaran untuk mengingati cara bagi meluaskan subjek dan predikat dalam sesuatu
ayat tunggal.
Terdapat murid yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan di dalam tahun tersebut.
Disebabkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara maya, ianya juga menjadi batasan kepada
guru untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada murid lemah dimana guru sukar untuk membuat
penjelasan dengan lebih terperinci kerana tidak berhadapan dengan murid tersebut secara bersemuka.
Namun begitu, terdapat juga segelintir murid yang masih tidak memahami konsep subjek dan predikat
dalam bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan murid berikut tidak dapat memperluas subjek dan
predikat di dalam pembinaan ayat tunggal yang dibina kerana tidak memahaminya konsep subjek dan
predikat.
80
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
FOKUS KAJIAN
Kajian memfokuskan berkaitan masalah murid yang lemah dalam membina ayat gramatis dengan
bantuan daripada Inovasi Perluasan SP. Isu kajian ini bermula dengan tinjauan awal pengkaji
mendapati bahawa terdapat seramai 15 orang murid tahun 5 daripada Sekolah Kebangsaan Wira dan
Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dapat menghasilkan ayat yang pendek dan kurang gramatis. Oleh
itu, berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pengkaji maka kajian terhadap inovasi yang dihasilkan
adalah untuk melihat keberkesanan inovasi dalam usaha membantu murid untuk membina ayat yang
gramatis dengan mudah dan menepati aspek penulisan ayat dalam subjek bahasa Melayu.
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan agar dapat mencapai objektif berikut:
Objektif Am
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang gramatis dan menepati aspek
penulisan ayat bahasa Melayu.
Objektif Khusus
1. Murid dapat membina ayat lebih gramatis dengan menggunakan Inovasi Perluasan SP.
2. Murid dapat membina ayat lebih panjang dan lengkap.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 5 dari SK Kuala Berang, Terengganu dan SK Wira,
Pahang.
Jadual 1 : Kumpulan Sasaran
Tahun 5
SK Kuala Berang, Terengganu SK Wira, Pahang
7 orang murid 8 orang murid
PELAKSANAAN KAJIAN
a. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah yang lebih mendalam diambil ketika menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap
masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih lanjut masalah
yang dihadapi oleh murid tahun 5 berikut. Tinjauan telah dilakukan dengan mengutip data seperti
yang berikut.
Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dimana murid tidak melihat video pengenalan konsep subjek dan
predikat serta konsep peluasan subjek dan predikat di dalam ayat tunggal yang diberikan oleh
guru.
b. Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan tinjauan masalah yang dilakukan, pengkaji telah melakukan satu analisis bagi
mengesan dan mengetahui kebolehan murid dalam penguasaan tajuk peluasan subjek dan predikat
bagi mengumpulkan data. Ujian pra telah dilaksanakan dengan mengemukakan beberapa soalan
bagi melakukan perbandingan sebelum dan selepas murid menjawab soalan menggunakan insentif.
81
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Ujian Pra:
Ujian pra ini telah dilakukan kepada kumpulan sasaran bagi mengesan penguasaan murid
terhadap konsep peluasan subjek dan predikat di dalam ayat tunggal. Sebanyak lima soalan
berkaitan peluasan subjek dan predikat perlu dilengkapkan oleh murid. Murid melengkapkan lima
soalan melalui medium Google Form yang telah dibina oleh pengkaji.
Keputusan Ujian Pra
Keputusan ujian pra yang telah dilakukan telah ditunjukkan melalui jadual di atas. Didapati
segelintir murid tidak dapat melepasi target dan sasaran markah yang telah ditetapkan untuk
memperluas subjek dan predikat di dalam ayat tunggal. Oleh yang demikian, pengkaji telah
membina satu inovasi yang berunsurkan permainan dan rumus yang mudah untuk diingati bagi
menguasai tajuk peluasan subjek dan predikat di dalam ayat tunggal.
c. Tindakan Yang Dijalankan
I. Pengaplikasian inovasi peluasan SP menggunakan rumus ‘SiKemBa’ dan ‘SiBaK’.
Dalam meningkatkan kefahaman murid melalui topik peluasan subjek dan predikat, pengkaji telah
menggunakan Inovasi Peluasan SP dimana murid perlu memilih soalan terlebih dahulu melalui
konsep permainan kemudian murid perlu melengkapkan peluasan subjek dan predikat dalam ayat
tunggal menggunakan rumus yang telah disediakan.
II. Cara pelaksanaan
i. Murid diminta untuk memutarkan roda bagi mendapatkan nombor soalan.
ii. Murid perlu memilih sampul surat yang nombornya sama dengan nombor pada roda tersebut.
iii. Murid membuka sampul surat dan membaca ayat tunggal yang terdapat di dalam sampul surat
berikut.
iv. Murid memperluas subjek dan predikat pada ayat tunggal berkenaan sambil merujuk rumus
„SiKemBa‟ dan „SiBaK‟.
DAPATAN KAJIAN
Refleksi Kajian
Inovasi Perluasan SP secara keseluruhannya dapat menarik minat semua murid-murid untuk belajar
membina ayat yang gramatis dengan mudah. Hal ini kerana, inovasi ini membuatkan mereka mudah
memahami cara pembinaan ayat menggunakan teknik perluasan dengan berbekalkan teknik SiKemBa
dan SiBak.
Inovasi ini dilihat dapat memberi impak yang baik terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran murid sebagaimana dapat dilihat pada graf dapatan kajian. Inovsi ini adalah salah satu
teknik yang interaktif dan menjalinkan teknik perluasan dengan pengetahuan sedia ada murid. Impak
inovasi ini dilihat dapat meningkatkan prestasi diri dan pembentukan konsep kendiri. Melalui inovasi
ini diharap bawah kajian ini dapat membuka mata semua guru untuk menggunakan inovasi ini bagi
membantu murid yang mempunyai masalah pembinaan ayat yang gramatis.
82
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Jadual 2: Dapatan inovasi
CADANGAN KAJIAN
Secara lanjutannya, pengkaji bercadang untuk menjalankan kajian berkaitan topik peluasan subjek
dan predikat di dalam ayat majmuk pula. Penambahbaikan dari segi permainan dan inovasi akan
dilakukan agar kepelbagaian cara dan medium dapat digunakan bagi menarik minta murid untuk
mempelajari dan memahami tajuk peluasan subjek dan predikat ini dengan lebih mudah dan
berkesan.
RUJUKAN
Dyg Ana Nadia Sofiana. (t.t). Ayat Tunggal dengan Perluasan Subjek.
https://www.scribd.com/document/385073311/Ayat-Tunggal-dengan-Perluasan-subjek
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan,
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noorliza Abdullah.(2017). BMM3110-Sintaksis Bahasa Melayu.
https://www.academia.edu/10867013/BMM_3110_SINTAKSIS_BAHASA_MELAY U
Thamarai Valli. (t.t). Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 3.
https://www.academia.edu/20024620/KAJIAN_TINDAKAN_BAHASA_MELAYU_TAHU
N_3
83
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Rajah (a): Contoh Soalan Pra Inovasi Peluasan SP
Rajah (b): Contoh Soalan Pasca Inovasi Perluasan SP
84
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Jadual (a): Perbezaan Jawapan murid pra dan pasca
BIL. NAMA SEKOLAH Soalan 1 PASCA
1. Che Wan Dhabit SK Wira PRA
Hazim Bin Che Mud Auni yang rajin itu memasak ayam
2. Imran Hariz Bin SK Wira Auni memasak ayam goreng untuk adiknya.
Badrul Hisham goreng. Ibu sedang memasak di dapur untuk
3. Iza Baiduri Binti SK Wira Ibu sedang memasak makan malam.
Ishaiful di dapur.
4. Muhammad Adam SK Wira Emak saya sedang Emak saya.sedang memasak nasi
Hafizi Bin Mohd memasak. goreng.
Tarmizi SK Wira Emak memasak ikan Emak memasak ikan goreng untuk
5. Muhammad Amzar goreng. dihidangkan kepada tetamu yang
Zulqarnain Bin Md SK Wira datang ke rumah.
Yunus Emak memasak nasi Emak memasak nasi goreng bersama
6. Nur Adriana Damia SK Wira goreng. Kakak.
Binti Ayub
7. Nur Faizatul Ain SK Wira Ibu memasak nasi Ibu Ali memasak nasi goreng didapur.
Binti Abdullah goreng.
8. Umi Alya Batrisyia SK Kuala Ibu memasak ayam di Ibu memasak ayam di dapur pada
Binti Abd Aziz Berang dapur. waktu petang untuk makan malam.
SK Kuala Emak memasak di Emak memasak ayam di dapur pada
9. Alisha Adriana Binti Berang dapur waktu tengahari untuk membuat
Fadlullah SK Kuala jamuan.
Berang Ibu memasak nasi. Ibu memasak nasi di dapur bersama
10 Imran Syakir Bin kakak.
Ismarhadi SK Kuala Sara sedang memasak Sarah memasak nasi goreng untuk
Berang ibunya.
11. Muaz Humaidi Bin nasi Mak Cik Nani dan suaminya memasak
Mohd Hasnul SK Kuala lauk kegemaran anak-anaknya sempena
Berang Mak Cik Nani menyambut kedatangan ramadhan.
12. Muhammad Adam
Mirza Bin Mohd SK Kuala memasak lauk Ibu dan saya memasak gulai daging
Hafizul Berang yang enak di dapur
kegemaran anak-
13. Nik Nur Qalysha SK Kuala Emak memasak lauk pauk di dapur
Najwa Binti Nik Berang anaknya bersama kakak.
Ramlly
Ibu memasak gulai
14. Nur Alya Insyirah
Binti Mohd Nazri daging yang enak di
15 Qisya Aleesya Binti dapur
Ahmad Faizal
Emak memasak di
dapur.
Julita sedang Julita yang kurus itu sedang memasak
rendang untuk suaminya.
memasak untuk
Amir memasak sayur kangkung masak
suaminya. belacan.
Amir memasak sayur
kangkung.
85
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
BIL NAMA SEKOLAH Soalan 2 PASCA
1. Che Wan Dhabit SK Wira PRA Adik sedang menangis semasa bermain
kerana terjatuh.
Hazim Bin Che Mud SK Wira Adik menangis. Adik menangis di pasaraya kerana tidak
2. Imran Hariz Bin dapat membeli mainan kesukaannya.
SK Wira Adik menangis di Adik selalu menangis dalam dakapan
Badrul Hisham pasaraya. emak pada waktu pagi kerana perlu
menahan sakit yang dihidapinya.
3. Iza Baiduri Binti Adik menangis Adik bongsu saya menangis kerana
Ishaiful dalam dakapan digigit semut semasa bermain di kawasan
emak. berhampiran kebun ayah.
Adik yang comel itu menangis kerana
4. Muhammad Adam SK Wira Adik menangis terjatuh apabila bermain basikal.
Hafizi Bin Mohd SK Wira kerana digigit
Tarmizi SK Wira semut. Adik menangis kerana jatuh basikal di
taman.
5. Muhammad Amzar Adik menangis
Zulqarnain Bin Md Adik saya menangis kerana dia terjatuh
Yunus kerana jatuh dari tangga.
Adik Aliya menangis kerana terjatuh
6. Nur Adriana Damia basikal. basikal di halaman rumah.
Binti Ayub
Adik menangis Adik sedang menangis kerana ingin
minum susu.
kerana terjatuh Adik menangis kerana bola mainannya
basikal. sudah bocor.
Ain menangis di rumah.
7. Nur Faizatul Ain Binti SK Wira Adik saya
Abdullah Alia menangis kerana lututnya luka
menangis. disebabkan dia terjatuh ketika berlari.
8. Umi Alya Batrisyia SK Wira
Binti Abd Aziz Adik saya Emak menangis di dapur kerana teringat
akan abang.
menangis kerana
terjatuh.
9. Alisha Adriana Binti SK Kuala Adik saya sedang
Fadlullah Berang menangis.
SK Kuala
10 Imran Syakir Bin Berang Adik sedang
Ismarhadi SK Kuala
Berang menangis.
11. Muaz Humaidi Bin SK Kuala
Mohd Hasnul Berang Ain sedang
menangis.
12. Muhammad Adam SK Kuala
Mirza Bin Mohd Berang Alia menangis
Hafizul kerana lututnya
SK Kuala luka.
13. Nik Nur Qalysha Berang
Najwa Binti Nik Emak menangis di
Ramlly dapur.
14. Nur Alya Insyirah Shahirah menangis Shahirah menangis di bilik kerana rindu
Binti Mohd Nazri di bilik. akan suaminya yang bekerja sebagai
askar.
15 Qisya Aleesya Binti SK Kuala Sukina menangis Sukina menangis melihat cerita Korea
Ahmad Faizal Berang melihat cerita. yang terkini.
86
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
BIL NAMA SEKOLAH Soalan 3 PASCA
1. Che Wan Dhabit SK Wira PRA Pengawas yang cemerlang itu menulis
nama pelajar yang bising di dalam
Hazim Bin Che Mud SK Wira Pengawas itu menulis kelas.
nama pelajar yang Ali suka menulis pasal apa yang
2. Imran Hariz Bin SK Wira bising. keluarganya lalui.
Badrul Hisham Ali suka menulis .
SK Wira Saya menulis karangan
3. Iza Baiduri Binti Saya sedang menulis.
Ishaiful SK Wira
Ahmad sedang Ahmad sedang menulis esey itu.
4. Muhammad Adam SK Wira menulis.
Hafizi Bin Mohd
Tarmizi SK Wira Alia menulis surat Alia menulis surat kepada Anis untuk
5. Muhammad Amzar SK Wira kepada Anis. bertanya khabar berkenaan kawannya.
Zulqarnain Bin Md
Yunus SK Kuala Abang menulis Abang menulis karangan di buku tulis
Berang kemarin.
6. Nur Adriana Damia karangan di buku. Kakak saya menulis karangan di dalam
Binti Ayub SK Kuala bilik.
Berang Kakak menulis Kakak sering menulis sepucuk surat
7. Nur Faizatul Ain SK Kuala untuk kawan baiknya sejak dia
Binti Abdullah Berang karangan. berpindah sekolah.
SK Kuala Kakak menulis novel ketika waktu
8. Umi Alya Batrisyia Berang Kakak menulis lapang untuk mengembangkan lagi
Binti Abd Aziz bakatnya
SK Kuala sepucuk surat untuk Saya sedang menulis tugasan karangan
9. Alisha Adriana Binti Berang yang diberikan oleh Cikgu Shazwani.
Fadlullah kawan baiknya. Ali sedang menulis di bilik darjah.
SK Kuala
10 Imran Syakir Bin Berang Kakak menulis novel.
Ismarhadi SK Kuala
Berang Saya sedang menulis.
11. Muaz Humaidi Bin Ali sedang menulis.
Mohd Hasnul
Murid-murid diminta Murid-murid kelas 5 Ibnu Khaldun
12. Muhammad Adam menulis serangkap diminta menilis serangkap pantun
Mirza Bin Mohd pantun. bertemakan kemerdekaan.
Hafizul Saya menulis sambil Saya menulis sambil mendengar radio
mendengar radio. pada waktu petang.
13. Nik Nur Qalysha
Najwa Binti Nik Anis menulis novel. Anis menulis novel yang mengisahkan
Ramlly percintaan antara Amir dan Amirah.
Asyura menulis ayat Asyura menulis ayat kata ganda di
14. Nur Alya Insyirah di dalam buku latihan. dalam buku latihan.
Binti Mohd Nazri
15 Qisya Aleesya Binti
Ahmad Faizal
87
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
BIL NAMA SEKOLAH Soalan 4 PASCA
1. Che Wan Dhabit SK Wira PRA Maisarah yang pandai itu membaca
buku pelajaran Sains sebelum
Hazim Bin Che Mud SK Wira Maisarah membaca peperiksaan.
buku pelajaran Sains. Saya suka membaca buku cerita bila ada
2. Imran Hariz Bin SK Wira masa lapang.
Badrul Hisham Saya suka membaca Adik saya sedang membaca buku.
SK Wira buku cerita.
3. Iza Baiduri Binti Adik saya membaca Adik sedang membaca buku itu.
Ishaiful SK Wira buku.
Adik tengah
4. Muhammad Adam SK Wira membaca.
Hafizi Bin Mohd
Tarmizi SK Wira Ayah membaca surat Ayah membaca surat khabar di anjung
khabar. rumahnya sambil memerhatikan adik
5. Muhammad Amzar SK Wira bermain.
Zulqarnain Bin Md Adik membaca buku. Adik membaca buku di perpustakaan.
Yunus SK Kuala
Berang Ali membaca buku Ali membaca buku yang bertajuk kancil
6. Nur Adriana Damia yang bertajuk kancil dan semut pada waktu petang.
Binti Ayub SK Kuala dan semut.
Berang Saya suka membaca Saya suka membaca buku pada waktu
7. Nur Faizatul Ain SK Kuala buku pada waktu petang di pondok luar rumah.
Binti Abdullah Berang lapang.
SK Kuala Abang membaca buku Abang membaca buku di bilik tidur
8. Umi Alya Batrisyia Berang di bilik. pada waktu malam untuk mengulang
Binti Abd Aziz kaji kerana peperiksaan sudah hampir.
SK Kuala Ayah membaca Ayah membaca suratkhabar setiap pagi
9. Alisha Adriana Binti Berang suratkhabar. sewaktu bersarapan.
Fadlullah Fatimah sedang Fatimah sedang membaca buku untuk
SK Kuala membaca. peperiksaan.
10 Imran Syakir Bin Berang Zara membaca buku Zara dan Aira membaca buku cerita
Ismarhadi SK Kuala cerita. yang dihadiahkan oleh ibu saudara
Berang mereka.
11. Muaz Humaidi Bin Saya membaca komik. Saya membaca komik yang baru dibeli
Mohd Hasnul oleh abah.
12. Muhammad Adam Kamil membaca Kamil membaca novel kesukaannya
Mirza Bin Mohd novel. pada waktu lapang.
Hafizul Mamat membaca Mamat yang tinggi lampai itu membaca
buku cerita. buku cerita hantu.
13. Nik Nur Qalysha
Najwa Binti Nik
Ramlly
14. Nur Alya Insyirah
Binti Mohd Nazri
15 Qisya Aleesya Binti
Ahmad Faizal
88
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
BIL NAMA SEKOLAH Soalan 5 PASCA
1. Che Wan Dhabit SK Wira PRA Alya yang baik tidur di bilik nya pada
waktu malam
Hazim Bin Che Mud SK Wira Alya tidur di Abang sedang tidur di dlam biliknya
2. Imran Hariz Bin biliknya. kerana mengantuk.
SK Wira Abang sedang tidur. Adik saya tidur kerana mengantuk
Badrul Hisham
3. Iza Baiduri Binti SK Wira Adik saya sedang Ibu sedang tidur di biliknya.
tidur.
Ishaiful SK Wira Ibu sedang tidur.
4. Muhammad Adam
SK Wira Amina tidur dengan Amina tidur dengan nyenyak kerana dia
Hafizi Bin Mohd nyenyak. telah menjalani latihan bola jaring di
Tarmizi SK Wira sekolah petang tadi.
5. Muhammad Amzar Ayah tidur Ayah tidur menggunakan bantal di ruang
Zulqarnain Bin Md SK Wira tamu.
Yunus menggunakan
6. Nur Adriana Damia SK Kuala Saya tidur di dalam bilik bersama kakak
Binti Ayub Berang bantal. saya.
Keluarga saya selalu tidur awal untuk
7. Nur Faizatul Ain SK Kuala Saya tidur didalam merehatkan mata selepas seharian
Binti Abdullah Berang bekerja.
SK Kuala bilik. Saya selalu tidur pada waktu tengahari di
8. Umi Alya Batrisyia Berang atas sofa kerana selalu keletihan selepas
Binti Abd Aziz SK Kuala Keluarga saya selalu menjalani latihan yang keras.
Berang Kakak sedang tidur semasa kami pulang
9. Alisha Adriana Binti tidur awal. dari beriadah.
Fadlullah SK Kuala Ayah sedang tidur kerana letih berkeja
Berang Saya selalu tidur.
10 Imran Syakir Bin
Ismarhadi SK Kuala Kakak sedang tidur.
Berang Ayah sedang tidur.
11. Muaz Humaidi Bin SK Kuala
Mohd Hasnul Berang Kucing itu tidur di Kucing yang berwarna oren itu tidur di
atas permaidani. atas permaidani yang baru dibeli oleh
12. Muhammad Adam ibu.
Mirza Bin Mohd Saya tak suka tidur Saya tak suka tidur pada waktu siang
Hafizul pada waktu siang. kerana sukar tidur pada waktu malam
13. Nik Nur Qalysha Suhaila tidur Suhaila sering tidur beralaskan tikar
Najwa Binti Nik mengkuang.
Ramlly beralaskan tikar. Masri gemar tidur pada waktu pagi
selepas solat subuh.
14. Nur Alya Insyirah Masri gemar tidur
Binti Mohd Nazri
pada waktu pagi.
15 Qisya Aleesya Binti
Ahmad Faizal
Jadual (b) : Tahap pengukuran
Tahap Standard pengukuran
Tahap 1 Murid membina ayat pendek dan kurang gramatis.
Tahap 2 Murid membina ayat dengan perluasan subjek atau perluasan predikat sahaja.
Tahap 3 Murid membina ayat dengan perluasan subjek atau predikat dengan baik dan gramatis.
Tahap 4 Murid membina ayat dengan perluasan subjek dan predikat dengan baik dan gramatis.
89
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Jadual (c): Tahap penguasaan murid
Bil. NAMA TAHAP PENGUASAAN MURID
SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5
PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA
1 Che Wan 1 4 1 3 2 4 2 4 1 4
Dhabit Hazim
Bin Che Mud
2 Imran Hariz 1 3 1 3 1 3 1 3 1 3
Bin Badrul
Hisham
3 Iza Baiduri 1 2 2 4 1 2 1 3 1 3
Binti Ishaiful
4 Muhammad 1 4 2 4 1 2 1 2 1 3
Adam Hafizi
Bin Mohd
Tarmizi
5 Muhammad 1 3 1 3 2 3 1 3 1 3
Amzar
Zulqarnain
Bin Md
Yunus
6 Nur Adriana 1 3 1 3 2 3 1 3 1 3
Damia Binti
Ayub
7 Nur Faizatul 1 3 1 3 1 4 2 3 1 3
Ain Binti
Abdullah
8 Umi Alya 1 3 1 3 2 3 1 3 1 4
Batrisyia Binti
Abd Aziz
9 Alisha 1213131313
Adriana Binti
Fadlullah
10 Imran Syakir 1 3 1 3 1 3 1 3 1 3
Bin Ismarhadi
11 Muaz 2412121313
Humaidi Bin
Mohd Hasnul
12 Muhammad 2 4 2 3 2 4 1 4 2 4
Adam Mirza
Bin Mohd
Hafizul
13 Nik Nur 1 3 2 3 2 3 1 3 2 3
Qalysha
Najwa Binti
Nik Ramlly
14 Nur Alya 2 4 1 3 1 3 1 3 2 3
Insyirah Binti
Mohd Nazri
15 Qisya Aleesya 1 3 2 3 2 3 1 4 2 3
Binti Ahmad
Faizal
90
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Rajah c: Graf perbandingan bagi tahap penguasaan murid mengikut soalan
91
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
92
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA „DALAM‟ DAN FRASA
SENDI NAMA „DI DALAM‟ MENGGUNAKAN TEKNIK „CAWAN DALAM‟
MELALUI PENULISAN AYAT TUNGGAL
Nur Anthasha Alias ([email protected])
Caroline @ Lorena David ([email protected])
Institusi Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam memahami
penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ dengan betul. Kajian
ini berfokus kepada teknik „Cawan Dalam‟ yang menggunakan bahan maujud secara kreatif.
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat
tunggal dengan menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟
dengan betul. Kajian ini juga adalah untuk mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh
murid iaitu kekeliruan dalam penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di
dalam‟. Kajian ini dapat membantu murid memahami perbezaan kata sendi nama „dalam‟
dan frasa sendi nama „di dalam‟ melalui penggunaan teknik „Cawan Dalam‟. Bahan kajian
„Cawan Dalam‟ yang dihasilkan tidak memerlukan kos kerana alat yang dihasilkan
menggunakan bahan kitar semula. Dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu
data dikutip melalui pemerhatian dan ujian pra serta ujian pos yang dijalankan ke atas 10
orang murid tahun 4 di SK Kuala Ketil sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa 5 orang murid daripada 10 orang murid yang dipilih mengalami kesukaran dalam
membezakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ kerana
penggunaannya istilah tersebut tidak dapat dibezakan dengan jelas oleh murid. Selain itu,
murid tidak jelas terhadap penggunaan kata sendi nama dan frasa sendi nama tersebut
dalam ayat tunggal. Melalui teknik „Cawan Dalam‟ dapat menunjukkan bahawa murid boleh
membezakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ dengan mudah dan
berkesan. Murid telah berjaya memperoleh skor empat daripada lima setelah mereka
mengaplikasikan teknik tersebut dalam pembinaan ayat tunggal. Kesimpulannya, kajian ini
memberi manfaat kepada para pendidik untuk meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran kata sendi nama.
Kata kunci : Kata sendi nama, frasa sendi nama, „Cawan Dalam‟
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sepanjangan tempoh pengkaji menjalani praktikum fasa II di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, Kedah,
pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas
tahun 4 UKM sebagai guru ganti atau guru sandaran. Pengkaji mendapati wujud masalah utama yang
paling ketara dalam kalangan murid tahun 4 UKM berkaitan kesalahan penggunaan kata sendi nama
dalam membina ayat tunggal.
93
Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji menjalankan satu aktiviti pembelajaran
iaitu permainan membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Murid secara random diminta mencabut
satu sampul yang berisi gambar. Murid diminta membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan
gambar. Pengkaji mengesan kesalahan penggunaan kata sendi nama „di dalam‟ yang salah dalam ayat
tunggal yang dibina. Pengkaji menguji murid untuk mencari kesalahan dalam ayat. Walau
bagaimanapun, pengkaji mendapati tidak terdapat murid yang dapat mengenal pasti kesalahan dalam
ayat yang dibina.
Melalui pemerhatian, sebahagian daripada murid tidak mengetahui kesalahan yang wujud
dalam ayat tersebut. Murid tidak dapat mengesan kesalahan pada ayat tunggal dan keliru dengan
penggunaan kata sendi nama tersebut. Pengkaji mendapati murid tidak mengetahui konsep dan
penggunaan kata sendi nama yang sebenar. Hal ini menunjukkan murid-murid ini sangat lemah dalam
menguasai konsep dan penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟. Selain
itu, mereka juga tidak diberikan pendedahan penggunaan tatabahasa yang betul terutamanya dalam
kata sendi nama tersebut. Kegagalan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal yang betul dan
gramatis menggunakan kata sendi nama merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru. Hal
ini kerana, kegagalan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan murid tidak dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik khususnya kemahiran menulis. Situasi ini turut memberi impak
kepada perancangan sesi pengajaran yang telah dirancang oleh guru.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah merupakan satu aspek yang berkaitan dengan sistem tatabahasa yang
terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu kata tugas (kata sendi nama). Bahagian ini
akan membincangkan isu kajian dan juga tinjauan masalah kajian serta tinjauan literatur berkaitan
dengan isu kajian.
Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah kekeliruan dalam penggunaan kata sendi nama
„dalam‟ dan „di dalam‟ ketika membina ayat tunggal. Masalah kekeliruan penggunaan kata sendi
nama tersebut sangat ketara semasa pengkaji menjalankkan satu aktiviti pembelajaran melibatkan 32
orang murid. Pengkaji menjalankan beberapa pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk mengenalpasti masalah yang berlaku.
Masalah penguasaan kemahiran tatabahasa iaitu kata sendi nama merupakan antara
kemahiran asas yang perlu ada dalam diri setiap murid. Merujuk kepada Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 semakan 2017, terdapat aspek kemahiran tatabahasa
yang melibatkan kata tugas iaitu kata sendi nama yang perlu dicapai dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Jadual 1 : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4 semakan 2017
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
5.1 Memahami dan menggunakan 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks;
(ii) kata sendi nama
Antara kemungkinan masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh murid tidak dapat
membezakan kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟ kerana tidak mendapat pendedahan tentang
penggunaan kata sendi nama tersebut. Murid juga tidak dapat mengenalpasti kata sendi nama yang
betul dan tepat untuk digunakan ketika menulis ayat tunggal menggunakan kata sendi nama tersebut.
Sekiranya masalah kelemahan dalam kemahiran tatabahasa ini tidak dapat diatasi, murid akan
mengalami masalah khususnya menulis ayat atau karangan yang gramatis serta boleh menyebabkan
keciciran dalam pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan terhadap penggunaan „Cawan
Dalam‟ untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini demikian kerana pengguna „Cawan Dalam‟ dapat
memudahkan pengkaji menerangkan konsep, fungsi dan penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan „di
dalam‟.
94