The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-02-09 23:40:28

P r o s i d i n g P e n y e l i d i k a n K o P P I : Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tahun 2021 KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI (KoPPI) TAHUN 2021 10-11 November 2021

Tema: Integrasi Teknologi Perentas Arus Pembelajaran Tanpa Sempadan

Keywords: Education Research,Teacher Training

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
1. meningkatkan penguasaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ melalui

penulisan ayat tunggal dengan menggunakan teknik „Cawan Dalam‟.
Objektif Khusus
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam membina sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat

tunggal menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟ dengan betul dan tepat.
2. Membantu murid mengenalpasti perbezaan kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟ menggunakan

teknik „Cawan Dalam‟.

KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 4 di kelas saya terdiri daripada 32 orang murid. Berdasarkan tinjauan awal daripada
lembaran kerja dan ujian diagnostik, saya telah memilih 5 orang murid sebagai peserta kajian. Peserta
kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki. Saya memilih 5 orang peserta kajian tersebut kerana
mereka telah menunjukkan kesilapan dalam menjawab soalan lembaran kerja dan ujian diagnostik
pada tinjauan awal. Kesilapan yang dilakukan mengakibatkan peserta kajian tidak dapat membina ayat
tunggal dengan menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dengan betul. Dalam kajian ini, peserta kajian
tidak dirujuk dengan nama sebenar tetapi telah direkodkan sebagai P1, P2, P3, P4 dan P5.

PELAKSANAAN KAJIAN
a. Perancangan Kajian

Prosedur pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis dan
McTaggart (1988) terdiri daripada 4 fasa iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
b. Pelaksanaan Kajian
Dalam tempoh sebulan Fasa 2 Praktikum, saya telah menggunakan teknik „Cawan Dalam‟ dalam
pengajaran kata sendi nama „dalam‟. Saya telah membimbing dan menunjukkan langkah-langkah
untuk menggunakan „Cawan Dalam‟ kepada murid-murid. Jadual 1 menunjukkan langkah-
langkah pelaksanaan kajian. Pelaksanaan adalah seperti Jadual 2 di bawah:

95

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Jadual 2: Langkah Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Pelaksanaan

1. Temu bual dan analisis Temu bual dan analisis dokumen murid berdasarkan ujian diagnostik dan

dokumen murid lembaran kerja dilaksanakan. Ini membolehkan saya memilih peserta kajian

seterusnya melaksanakan kajian tindakan.

2. Mengenalpasti Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan, saya mendapati peserta

masalah dan kaedah kajian yang dipilih tidak memahami pengunaan kata sendi nama „dalam‟ dan

atau teknik yang sesuai frasa sendi nama „di dalam‟ dengan baik. Selepas mengenalpasti punca masalah

peserta kajian tersebut, saya mencari teknik yang sesuai untuk membantu

mereka membezakan kata sendi nama tersebut.

3. Melaksanakan ujian Ujian Pra ini dijalankan untuk mengetahui kesilapan murid dalam
Pra menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ ketika

membina ayat tunggal.

4. Mengaplikasi teknik Murid yang dipilih sebagai peserta kajian akan dibimbing dan diperkenalkan
„Cawan Dalam‟ dengan teknik „Cawan Dalam‟.

5. Melaksanakan ujian Ujian pos ini dijalankan bagi mengetahui peningkatan penguasaan peserta

Pos dan soal selidik kajian dalam menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di

dalam‟ dengan betul. Soal selidik dilakukan untuk mengetahui pendapat dan

pencapaian peserta kajian selepas menggunakan teknik „Cawan Dalam‟.

6. Pengumpulan data dan Semua data daripada ujian pra dan pos serta soal selik dikumpul kemudian

analisis data dianalisis bagi mengetahui pola kesilapan yang sering dilakukan dalam
penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ serta
membolehkan saya untuk menilai keberkesanan teknik „Cawan Dalam‟ kepada

murid.

c. Tinjauan Masalah
Murid telah diajar mengenai penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟ oleh guru.

Walaubagaimanapun, tahap pengetahuan mereka dalam penguasaan kata sendi nama tersebut

sangat terbatas. Murid-murid tidak dapat mengingat kembali pembelajaran kata sendi nama
„dalam‟ dan „di dalam‟ serta tidak memahami penggunaan kata sendi nama tersebut dengan betul.

Mereka hanya menggunakannya mengikut firasat atau kata hati mereka sahaja untuk memastikan

ayat tunggal yang dibina sedap dituturkan. Apabila pengkaji meminta murid membina ayat
tunggal menggunakan kata sendi nama tersebut berdasarkan gambar yang diberikan, mereka

membina ayat tunggal menggunakan kata sendi nama yang salah dan tidak menepati konteks

penggunaan kata sendi nama dengan betul.

96

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Rajah 1: Ayat tunggal menggunakan kata sendi nama „dalam‟

Rajah 2: Ayat tunggal menggunakan kata sendi nama „di dalam‟

Hasil jawapan murid dalam Rajah 1 dan 2 di atas, menunjukkan murid membina ayat
tunggal menggunakan kata sendi nama yang salah. Murid tidak dapat membezakan kedua-dua
fungsi kata sendi nama tersebut sehingga mereka melakukan kesalahan penggunaannya.

Pengkaji telah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid dalam
penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama„di dalam‟. Masalah tersebut adalah
seperti berikut:
i. Murid tidak dapat menguasai penggunaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di

dalam‟ dengan betul dalam penulisan ayat tunggal.
ii. Murid tidak dapat mengingati fungsi kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟

dalam jangka masa yang pendek.
iii. Murid tidak dapat mengenalpasti perbezaan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di

dalam‟.
iv. Kurang pendedahan bagaimana hendak menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa

sendi nama„di dalam‟.
97

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Perkara (i), (ii) dan (iii) diperolehi melalui pemerhatian ke atas jawapan murid dalam
buku latihan membina ayat tunggal menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟.
Manakala, perkara (iv) pula diperolehi melalui pemerhatian pengkaji dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

d. Dapatan Kajian
Bagi menjawab persoalan kajian ini saya telah menganalisis ujian pra untuk mengumpul data.
Peserta kajian dikodkan sebagai P1, P2, P3, P4 dan P5. Berikut merupakan dapatan kajian yang
diperolehi:

Rajah 3: Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian

Jadual 3 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian

Peserta Kajian Markah Ujian (%) Peratus Peningkatan (%)

Ujian Pra Ujian Pos

P1 0 10 100

P2 1 10 90

P3 0 9 90

P4 3 10 70

P5 6 10 40

Berdasarkan Jadual 3 di atas, keputusan ujian pra dan pos telah menunjukkan peningkatan
yang ketara. Melalui Jadual 3 juga dapat dilihat bahawa peratus peningkatan yang paling tinggi
dicapai oleh P1 iaitu sebanyak 100 peratus. Keputusan kedua tertinggi pula diperolehi oleh
peserta kajian P2 dan P3 iaitu mendapat peningkatan markah sebanyak 90 peratus manakala
markah bagi peserta kajian P4 meningkat sebanyak 70 peratus dan P5 meningkat sebanyak 40
peratus.

Jadual 4: Min Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Min Ujian Pra Min Ujian Pos

X=105 X=495
X=2 X=9.8

98

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Jadual 4 menunjukkan perbezaan nilai min pada ujian pra dan pos. Nilai min markah bagi
ujian pra adalah 2 manakala nilai min markah bagi ujian pos adalah 9.8. Dapat disimpulkan di sini
ialah nilai min markah ujian pos lebih tinggi berbanding nilai min markah ujian pra. Nilai min
meningkat dalam ujian pos. Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian prestasi dalam kalangan
peserta kajian telah meningkat.

Dapatan kajian ini juga diperolehi daripada analisis soal selidik. Soalan borang soal

selidik ini dibahagikan kepada 2 iaitu mengenai pendapat dan pencapaian peserta kajian selepas
menggunakan teknik „Cawan Dalam‟. Jadual 5 dan Jadual 6 yang berikut merupakan hasil

dapatan soal selidik bersama peserta kajian.

Jadual 5: Hasil temu bual kelima-lima peserta kajian (Pendapat peserta)

1. Penggunaan teknik „Cawan Dalam‟ sangat menarik.

P1: ya P2: ya P3: ya P4 : ya P5 : ya

2. Cara guru mengajar menggunakan teknik „Cawan Dalam‟ memberi kefahaman yang mendalam tentang

kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟.

P1: ya P2: ya P3: ya P4 : ya P5 : ya

3. Saya sangat memerlukan teknik „Cawan Dalam‟ dalam menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan „di

dalam‟.

P1: ya P2: ya P3: ya P4 : ya P5 : ya

Jadual 6: Hasil temu bual ketiga-tiga peserta kajian (Pencapaian 5 peserta)

4. Teknik „Cawan Dalam‟ membantu saya membina ayat tunggal menggunakan kata sendi nama „dalam‟
dan „di dalam‟ dengan betul.

P1: ya P2: ya P3: ya P4 : ya P5 : ya

5. Saya dapat mengenal pasti perbezaan kata sendi nama „dalam‟ dan „di dalam‟ melalui teknik „Cawan

Dalam‟.

P1: ya P2: ya P3: ya P4 : ya P5 : ya

6. Saya sangat memerlukan teknik „Cawan Dalam‟ dalam menggunakan kata sendi nama „dalam‟ dan „di

dalam‟.

P1: ya P2: ya P3: ya P4 : ya P5 : ya

Secara kesimpulannya dalam dapatan soal selidik menunjukkan bahawa teknik „Cawan
Dalam‟ telah meningkatkan kefahaman kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟
peserta kajian. Oleh itu, teknik „Cawan Dalam‟ dapat membantu meningkatkan prestasi

Matematik peserta kajian untuk menyatakan waktu dalam unit jam dan minit.

e. Refleksi Kajian
Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kajian ini. Sepanjang
tempoh pelaksanaan kajian, terdapat banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang telah
diperolehi.

Pengkaji juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri apabila mengajar subjek
Bahasa Melayu terutamanya kepada murid tahap 2. Pengkaji akan berusaha memperbaiki
kelemahan tersebut agar proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat dijalankan dengan
jayanya.

Melalui pelaksanaan kajian ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, saya
mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Sifat sabar dan
positif terhadap perubahan yang akan dilakukan oleh murid amatlah penting agar saya sentiasa
bersedia. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan dialami dalam bidang
pendidikan kelak.

99

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan teknik „Cawan Dalam‟ sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sangat membantu saya
menangani masalah pembelajaran tatabahasa murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
kata sendi nama „dalam‟. Beberapa penambahbaikan boleh dilaksanakan agar kajian ini terus berjaya
membantu murid yang mempunyai masalah yang sama.

Kajian ini telah dilakukan dalam waktu yang singkat iaitu selama 4 minggu. Oleh itu,
penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah masa pelaksanaan kajian ini perlu dilanjutkan supaya
peserta kajian dapat membiasakan diri dan mengingat langkah-langkah dalam menggunakan teknik
„Cawan Dalam‟. Melalui latihan yang berterusan, murid akan berjaya menguasai teknik untuk
membezakan kata sendi nama „dalam‟ dan frasa sendi nama „di dalam‟ dengan betul.

Akhir sekali, saya juga mencadangkan bahawa, startegi pengajaran yang menyeronokkan
perlu dirancang. Dalam sesi pengajaran, seorang guru itu perlu membuat persediaan yang rapi agar
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil
pembelajaran yang eksplisit. Guru perlu mempunyai pemikiran yang kreatif dan boleh berfikir di luar
kotak.

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distribution.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Oxford Fajar Sdn. Bhd
Faridah Puteh. (2020). Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikukum dan Pentaksiran (DSKP)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Semakan 2017 Tahun 4.
Nor Ain Nor Azman & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2020). Analisis Penggunaan Kata Sendi Nama

dalam Penulisan Berdasarkan Teori Kesalahan Bahasa. SP International Journal. 7(1). 39 – 59.
Siti Baidura Kasiran dan Nurul Jamilah Rosly. (2011). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam

Karangan Pelajar Asing di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.
http://irep.iium.edu.my/6212/1

100

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

PENGGUNAAN E-TANGON DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID
TERHADAP TOPIK PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA

KADAZANDUSUN

Kelly Jimond1 ([email protected])
Evlina Binti Philimon2 ([email protected])

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

ABSTRAK

Istilah “cerita” bermaksud kisah atau riwayat mengenai seseorang atau sesuatu benda.
Masyarakat kaum Kadazan dan Dusun menggunakan “tangon” atau juga dikenali sebagai
cerita sebagai sumber untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Penggunaan “tangon” ini merupakan salah satu contoh pengajaran tidak formal yang
digunakan oleh masyarakat kaum Kadazan dan Dusun untuk mengembangkan kognitif
kanak-kakak. Inovasi ini menggunakan konsep “tangon” atau cerita dengan menggunakan
Story Jumper untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pembelajaran yang
dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun. Pengalaman dan pengetahuan
merupakan aspek yang penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Situasi pandemik
COVID-19 yang melanda negara telah menyebabkan proses pembelajaran kanak-kanak
berlaku secara talian yang juga dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR). Ini menyebabkan murid terbatas untuk membina pengalaman dan pengetahuan
terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Kesannya, murid kurang memahami topik
pembelajaran yang dipelajari kerana proses perkembangan kognitif murid kurang berlaku.
Contohnya, apabila diberikan tugasan, banyak murid yang menjawab tugasan yang
diberikan oleh guru dengan salah. Ini merupakan indikator bahawa murid tidak memahami
topik pembelajaran yang dipelajari. E-Tangon ini berfokus untuk meningkatkan kefahaman
murid. Murid akan membina pengetahuan dengan mempelajari topik pembelajaran dalam
bentuk cerita dengan menggunakan Story Jumper. Selepas itu, murid akan menjawab tugasan
yang diberikan oleh guru. Setelah inovasi dilaksanakan, hampir semua murid dalam kelas
yang diajar menjawab tugasan dengan betul. Ini merupakan indikator bahawa murid
memahami topik pembelajaran yang dipelajari. Penggunaan konsep cerita dalam inovasi ini
dapat membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pembelajaran dalam mata
pelajaran Bahasa Kadazandusun secara efektif di samping menanamkan nilai-nilai murni
dalam diri murid.

Kata kunci: cerita, kognitif, meningkatkan, kefahaman, Story Jumper

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan secara atas talian yang juga dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sudah tentu memberikan kesan
kepada murid terutamanya murid sekolah rendah.

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (PdPR), didapati bahawa
murid sukar memahami topik pembelajaran yang dipelajari. Contohnya, murid mengalami masalah
menguasai topik pembelajaran yang dipelajari. Seterusnya, isu yang didapati ialah jawapan murid
yang kurang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa murid tidak mengalami keseronokkan belajar
semasa PdPR dijalankan dan mengalami masalah memahami topik pembelajaran yang dipelajari.

101

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

FOKUS KAJIAN
Idea penghasilan E-Tangon tercetus hasil dapatan dan analisis isu yang diperoleh semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (PdPR) iaitu kebanyakkan murid sukar memahami
topik pembelajaran yang. Contohnya, murid mengalami masalah menguasai topik pembelajaran yang
dipelajari. Seterusnya, isu yang didapati ialah jawapan murid yang kurang memuaskan. Ini
menunjukkan bahawa murid tidak mengalami keseronokkan belajar semasa PdPR dijalankan dan
mengalami masalah memahami topik pembelajaran yang dipelajari.

Penghasilan E-Tangon ini merupakan inisiatif yang dilakukan untuk menyediakan bahan
bantu belajar yang menarik dan mudah difahami bagi murid dalam mempelajari topik pembelajaran
yang dipelajari bagi mata pelajaran Bahasa Kadazandusun dalam pelaksanaan PdPR mata pelajaran
Bahasa Kadazandusun. E-Tangon ini menggunakan konsep cerita untuk membantu meningkatkan
pemahaman murid terhadap topik yang pembelajaran yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa
Kadazandusun.

OBJEKTIF KAJIAN
Penggunaan E-Tangon yang dihasilkan ini berfokus untuk memberikan keseronokkan di samping
memudahkan murid untuk belajar dan memahami topik pembelajaran yang dipelajari semasa PdPR.
Objektif yang pertama iaitu meningkatkan pemahaman murid terhadap topik pembelajaran dalam
Bahasa Kadazandusun iaitu murid akan dapat mudah memahami topik pembelajaran semasa PdPR
dijalankan agar murid murid mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

Objektif yang kedua iaitu mewujudkan platform pembelajaran yang lebih menyeronokkan,
mudah digunakan dan selari dengan keadaan dunia teknologi masa kini untuk memberikan
pendedahan kepada murid untuk menggunakan platform pembelajaran yang selari dengan keadaan
dunia teknologi masa kini iaitu penggunaan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
sebagai bahan bantu belajar murid dalam PdPR.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang digunakan dalam kajian ini ialah 24 orang murid Tahun 6 SK Malangang
Baru (12 murid lelaki dan 12 murid perempuan).

PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini telah dilaksanakan semasa pelaksanaan PdPR mata pelajaran Bahasa Kadazandusun bagi
kelas Tahun 6. Impak pelaksanaan kajian adalah seperti Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Bilangan murid yang memperoleh jawapan yang betul semasa PdPR Bahasa Kadazandusun
sebelum dan selepas kajian

BILANGAN MURID YANG MEMPEROLEH JAWAPAN YANG BETUL
SEMASA PDPR BAHASA KADAZANDUSUN

31%

69%

SEBELUM E-TANGON SELEPAS E-TANGON

102

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

a. Tinjauan Masalah
Berdasarkan data yang diperolehi terhadap murid Tahun 6. Berdasarkan pemerhatian yang
dijalankan, kebanyakkan murid Tahun 6 mengalami masalah dalam memahami topik
pembelajaran. Selain itu, kebanyakkan murid Tahun 6 juga mengalami masalah untuk mengaitkan
bahan bantu belajar yang diberikan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

b. Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan data ini, didapati bahawa murid mengalami masalah untuk memahami topik
pembelajaran dan tidak mampu mengaitkan topik yang dipelajari berdasarkan bahan bantu yang
diberikan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

c. Tindakan Yang Dijalankan
Penghasilan E-Tangon ini merupakan inisiatif yang dilakukan untuk menyediakan bahan bantu
belajar yang menarik dan mudah difahami bagi murid dalam mempelajari topik pembelajaran
yang dipelajari bagi mata pelajaran Bahasa Kadazandusun dalam pelaksanaan PdPR bagi mata
pelajaran Bahasa Kadazandusun.

d. Dapatan Kajian
Pemerhatian telah dijalankan sekali lagi terhadap prestasi murid Tahun 6. Berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan, jawapan yang diberikan oleh murid dalam tugasan semuanya betul.
Hampir semua murid mampu menyiapkan tugasan tanpa bimbingan guru sepanjang PdPR
dijalankan.

e. Refleksi Kajian
Berdasarkan data yang diperolehi, didapati bahawa E-Tangon yang dihasilkan efektif dan
membantu dalam meningkatkan dan memudahkan pemahaman murid mengenai topik yang
dipelajari. Selain itu, E-Tangon tersebut juga membantu murid untuk memahami bahan bantu
belajar yang diberikan dan mengaitkannya dengan tugasan yang diberikan. Tambahan lagi,
penglibatan murid dalam PdPR juga meningkat.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian yang dijalankan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk meningkatkan
pemahaman murid terhadap topik pembelajaran dalam Bahasa Kadazandusun dan mewujudkan
platform pembelajaran yang lebih menyeronokkan, mudah digunakan dan selari dengan keadaan
dunia teknologi masa kini. E-Tangon ini membuktikan bahawa penggunaan elemen TMK bukan
hanya memberikan elemen yang boleh menarik hati murid untuk belajar tetapi juga berkesan dalam
meningkatkan dan memudahkan pemahaman murid terhadap topik pembelajaran. Oleh itu, E-Tangon
akan terus dinaik taraf sebagai penambahbaikan di masa hadapan agar E-Tangon ini akan dapat
digunakan dengan lebih meluas untuk membantu meningkatkan dan memudahkan pemahaman murid
dalam topik pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018). Komunikasi dalam Konteks Budaya Malaysia. Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Mohamad Isa Azis, Rafidah Ruhani & Wong Kiet Wah. (2016). Siri Pendidikan Guru Perkembangan

Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Siri Pendidikan Guru:

Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).

Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

103

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

KEBERKESANAN QR KOIHAANVAGU DALAM MENINGKATKAN KOSA KATA
MURID BAGI SUBJEK BAHASA KADAZANDUSUN SEKOLAH RENDAH

Faveyana Linos ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran

ABSTRAK

Bahasa Kadazandusun diajar dibawah kategori Bahasa tambahan atau Bahasa etnik dimana
pengajaran bahasa ini tertakluk kepada syarat permintaan 15 orang pelajar bagi
membolehkan PdPc dilaksanakan. Bahasa Kadazandusun merupakan istilah yang baru
diguna pakai dalam masyarakat Kadazan Dusun yang mana ianya merujuk kepada Bahasa
standard bagi rumpun Dusunik yang telah dipersetujui oleh dua persatuan terbesar di Sabah
yang sah mewakili suara masyarakat Kadazan Dusun di Sabah iaitu Kadazan Dusun
Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Asociation (USDA) pada 24 Januari
1995. (Rosliah, Wilfred, Benedict & Minah Sintian,2019). Disebabkan Bahasa
Kadazandusun masih lagi baharu dalam bidang pendidikan maka bahan pembelajaran
digital dalam bahasa Kadazandusun masih lagi dalam kategori terhad. Tambahan pula,
murid-murid yang mengambil bahasa Kadazandusun pada masa kini mengalami kesukaran
mempelajari bahasa Kadazandusun walaupun mereka berbangsa Dusun disebabkan oleh
kosa kata yang kurang. Perkara ini telah membawa kepada pembangunan QR KoihaanVagu
2.0 yang memfokuskan kepada peningkatan kosa kata murid dalam bahasa Kadazandusun
dan juga memperkasakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Kadazandusun melalui
penggunaan bahan pembelajaran digital. Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid
sekolah rendah di dua buah sekolah di sekitar Tuaran. Kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian dan temu bual. Hasil tinjauan awal yang dilakukan melalui kaedah pemerhatian
mendapati bahawa murid yang terlibat dalam kajian menunjukkan peningkatan kefahaman
dan pemerolehan kosa kata yang memberangsangkan terutama sekali bagi murid yang lemah
dalam penggunaan Bahasa Kadazandusun. Secara keseluruhannya, kaedah QR
KoihaanVagu 2.0 telah dapat membantu murid dalam meningkatkan kosa kata dalam
pembelajaran Bahasa Kadazandusun sekolah rendah.

Kata kunci: QR KoihaanVagu, kosa kata, Bahasa Kadazandusun

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun masih lagi pada tahap pemerkesaan
memandangkan subjek ini masih juga dalam kategori yang baharu dalam bidang pendidikan. Oleh hal
yang demikian, kajian ini telah mendapati beberapa hal yang membawa kepada pencetusan idea
penggunaan QR KoihaanVagu dan penyelidikan mengenai keberkesanannya.

Kosa Kata Bahasa Kadazandusun Murid Yang Terhad
Penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat rumpun Dusunik semakin berkurangan
terutama sekali dalam kalangan generasi muda. Maka keperluan untuk mengajar Bahasa
Kadazandusun secara formal adalah amat diperlukan. (Evelyn Annol & Mary Theresa Kinajil, 2014).
Kesedaran terhadap permasalahan ini telah disedari semasa pelaksanaan Praktikum fasa 1 dan
berlanjutan juga sehingga Praktikum fasa 2 pada dua sekolah yang berbeza yang berbeza lokasi.

104

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

a. Kesukaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah
Kosa kata murid yang terhad telah memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran guru dalam
bilik darjah dimana guru mengalami kesukaran untuk menggunakan Bahasa Kadazandusun (BKD)
yang sepenuhnya semasa mengajar dan terpaksa menggunakan pendekatan dwibahasa yang
sememangnya tidak membawa impak positif kepada pengajaran dan pembelajaran BKD.Bukan itu
sahaja, kosa kata yang terhad juga mengurangkan kegiatan pembelajaran akses kendiri dalam
kalangan murid-murid yang menyebabkan murid banyak bergantung kepada guru bagi mewujudkan
pembelajaran yang efektif.

b. Bahan bantu mengajar BKD yang berteraskan teknologi Digital
Melihat kepada subjek lain, kebanyakkan subjek seperti Bahasa Melayu, Sains dan selebihnya sudah
mula beralih kepada penggunaan teknologi digital sebagai bahan bantu mengajar seperti video,
gamifikasi dan lain-lain disebabkan bahan yang sudah banyak di internet. Berbeza dengan BKD, yang
sering mengalami kesukaran untuk menunjukkan video disebabkan oleh kekurangan bahan di internet.
Hal ini menyebabkan guru mengambil masa yang sangat banyak dalam menyunting video untuk
digunakan sendiri dalam pengajaran BKD berteraskan Bahan teknologi digital.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan QR KoihaanVagu 2.0 dalam meningkatkan dan
memperkaya kosa kata murid dalam Bahasa Kadazandusun khususnya bagi murid –murid sekolah

rendah.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Meningkatkan dan memperkaya kosa kata murid-murid dalam pembelajaran Bahasa

Kadazandusun
2. Meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan Bahasa Kadazandusun.
3. Menggalakkan pembelajaran akses kendiri murid dalam mempelajari bahasa Kadazandusun

peringkat sekolah rendah.

KUMPULAN SASARAN
Kajian melibatkan murid-murid sekolah rendah yang mengambil subjek Bahasa Kadazandusun.
Spesifiknya, seramai 13 orang murid dari SK. Rangalau Baru dan 12 Orang dari SK.Pukak, Tuaran.
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar yang diuji dalam kajian ini adalah pada tahap sederhana
dalam Bahasa Kadazandusun dimana murid-murid ini merupakan murid yang menggunakan Bahasa
Kadazandusun pada tahap yang minimum dan mempunyai kosa kata yang minimum.Oleh itu, kajian
ini dilaksanakan bagi menilai permasalahan dan mengatasi permasalahan tersebut.

Jadual 1: Maklumat responden

BIL PERKARA RESPONDEN

1. Jantina Lelaki- 10 orang

Perempuan -15 orang

2. Umur 9 Tahun

3. Bangsa Dusun

4. Kefasihan berbahasa BKD Sederhana

PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan pengujian. Berikut merupakan
pelaksanaan kajian bagi menilai keberkesanan QR KoihaanVagu 2.0 dalam meningkatkan kosa kata
murid dalam Bahasa Kadazandusun.

105

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Tinjauan Masalah
Berdasarkan tinjauan awal, telah didapati bahawa murid-murid sekolah rendah yang mengambil
bahasa kadazandusun khasnya murid di SK.Rangalau baru dan Sk.Pukak mempunyai masalah
melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran BKD kerana keupayaan untuk
berkomunikasi secara lisan menggunkan bahasa Kadazandusun yang amat kurang.

Tambahan pula, tinjauan awal turut mendapati bahawa murid sukar untuk memperkaya kosa
kata mereka kerana tidak ada alat bantu mengajar yang mampu mendorong fikiran dan ingatan mereka
untuk mempelajari kata-kata BKD yang baharu melainkan hanya daripada pengajaran secara lisan
oleh guru subjek tersebut. Kekurangan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran BKD
juga menjadi satu permasalahan utama dalam pengajaran BKD masa kini kerana generasi murid-
murid pada masa kini lebih cenderung bermain dengan telefon pintar dan iternet dalam mendapatkan
ilmu baharu. Manakal BKD masih ketinggalann dalam aspek penggunaan teknologi digital dalam
pengajarannnya.

Ekoran daripada tinjauan permasalahan ini, pemerhatian telah dilaksanakan dengan
menggunakan ujian pra dan ujian post untuk melihat peningkatan kosa kata murid-murid melalui
penggunaan satu kit gamifikasi yang di bina berteraskan teknologi digital yang dikenali sebagai QR
KoihaanVagu.

Kesinambungan masalah yang dihadapi oleh murid-murid , pengkaji cuba membantu mereka
memperkayakan kosa kata, menggalakkan pembelajaran akses kendiri dan juga meningkatkan
penggunan teknologi digital melalui kaedah bermain iaitu melalui penggunaan QR KoihaanVagu.

a. Analisis Tinjauan Masalah
Dalam kajian ini, saya telah melakukan analisis tinjauan masalah ke atas 25 orang murid yang
dikaji melalui ujian dan pemerhatian.

b. Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan pertama yang dilaksanakan adalah ujian awal. Ujian awal dilaksanakan ke atas 25 orang
untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang kefahaman mereka mengenai nama peralatan
rumah dalam Dusun dimana murid diminta untuk memadankan nama peralatan rumah dalam
BKD kepada gambar yang sesuai dengan maksud peralatan tersebut. Seterusnya, guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kit QR KoihaanVagu. Setelah
penggunaan kit QR KoihaanVagu dilaksanakan dalam bilik darjah, maka ujian pos pula
dilaksanakan untuk melihat peningkatan kefahaman murid dalam skop perkataan Bahasa
Kadazandusun khasnya nama perlatan dapur. Pemerhatian juga dilaksanakan bagi melihat tingkah
laku murid-murid sama ada mereka bergiat aktif dan mampu belajar sendiri untuk me

c. Dapatan Kajian
Kajian ini dilaksanakan ke atas 25 orang murid , (13 orang Murid tahun 4 SK.Pukak, Kiulu dan
12 orang murid SK.Rangalau Baru, Kiulu). Berikut merupakan data yang menunjukkan
keberkesanan inovasi QR KoihaanVagu ini dalam pembelajaran bahasa Kadazandusun.

106

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Graf 1: Peratusan kefahaman murid sebelum penggunaan kit QR KoihaanVagu

PERATUSAN MURID MEMAHAMI NAMA PERALATAN RUMAH
DALAM BAHASA KADAZANDUSUN

20% Faham

80 %

Tidak Faham

Graf 1 menunjukkan peratusan kefahaman murid dalam memahami nama peralatan dapur
tanpa menggunakan QR KoihaanVagu. Dalam situasi ini, murid akan cuba mengenal pasti
maksud nama peralatan dapur yang di suarakan oleh guru dengan meneka tanpa melihat apa-apa
bahan ransangan seperti gambar atau video. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, terdapat 80%
bersamaan dengan 20 orang murid yang menyatakan bahawa mereka tidak memahami nama
peralatan dapur dan hanya 20% yang benar-benar memahami nama perlatan dapur tesebut di
dalam Bahasa Kadazandusun.

Graf 2: Peratusan kefahaman murid selepas penggunaan kit QR KoihaanVagu

PERATUSAN MURID PERATUSAN MURID MEMAHAMI

NAMA PERALATAN RUMAH DALAM BAHASA KADAZANDUSUN

20% Faham
36 % Tidak Faham

64%
80%

Graf 2 menunjukkan peningkatan kefahaman murid megenai nama alat dapur dalam
Bahasa Kadazadusun selepas menggunkan QR KoihaanVagu. Dalam situasi ini, murid telah
dibantu dalam menggunakan imbasa QR kod dalam melihat gambar sebenar peralatan dapur
berdasarkan nama yang telah dipaparkan. Murid mendapati bahawa mereka lebih senang
mengingati nama perlatan dapur selepas mendapat bahan ransangan untuk memehami nama
perlatan dapur. Melihat kepad graf 2.0, murid telah menun

107

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

d. Refleksi Kajian
Secara keseluruhannya, penggunaan QR KoihanVagu ini telah menunjukkan kesan yang baik
dalam usaha meningkatkan kosa kata murid –murid sekolah rendah dalam bahasa Kadazandusun.
Bukan itu sahaja, murid juga mampu menunjukkan tingkah laku yang memberangsangkan
dimana murid-murid mampu belajar secara berdikari untuk mendapatkan jawapan tentang
maksud sesebuah nama peralatan dapur yang dipaparkan dengan hanya menggunakan kit QR
KoihaanVagu. Penggunaan teknologi digita juga telah menggalakkan murid untuk lebih aktif
dalam PdPc Bahasa Kadazadusun. Oleh itu, kajian ini telah menunjukkan bahawa kosa kata
murid-murid dapat diperkaya melalui penggunaan kit QR KoihaanVagu.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian dicadangkan untuk diberi penyebar luasan kepada responden yang bukan pada umur 9 tahun
sahaja namun diuji juga kepada murid-murid sekolah rendah pada peringkat Tahap satu dan tahap dua
bagi membolehkan kebolehpercayaan kit QR KoihaanVagu dan kajian ini dapat ditingkatkan.
RUJUKAN
Evelyn Annol & Mary Theresa Kinajil. (2014). Perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Kadazandusun di Malaysia. Tuaran : Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
Rosliah Kiting, Wilfred madius Tangau, Benedict Topin & Minah Sintian. (2019). Seminar

antarabangsa kesusasteraan dan kebudayaan borneo sempena pesta menuai 2019, The
Klagan Hotel 1B Hypermall, 30 Mei 2019.

108

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

PENGGUNAAN INOVASI KEMBARA BN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA KADAZANDUSUN

Shui Hien Puji@Lodunis1 ([email protected])
Esthy Anne Singi2 ([email protected])

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah

ABSTRAK

Penggunaan inovasi Kembara BN merupakan salah satu inovasi yang digunakan dalam
meningkatkan kefahaman murid yang bermasalah pembelajaran dalam bahasa
Kadazandusun. Kaedah ini digunakan untuk mengurangkan masalah pemahaman murid
terhadap kata nama dalam bahasa Kadazandusun dan meningkatkan motivasi untuk belajar
semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih seronok. Seramai empat orang
murid bermasalah pembelajaran terhadap topik kata nama dalam bahasa Kadazandusun
tahun dua di salah sebuah sekolah rendah sekitar Tamparuli Tuaran, Sabah telah terlibat
dalam kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian melalui
borang senarai semak dan kaedah ujian untuk mengumpul data. Penilaian keberkesanan
inovasi Kembara BN ini dibuat berdasarkan analisis kekerapan pemahaman murid
bermasalah pembelajaran semasa PdPc yang diperoleh melalui pemerhatian menggunakan
borang soal selidik dan kaedah ujian. Hasil tinjauan awal yang dilakukan melalui kaedah
pemerhatian mendapati bahawa murid yang terlibat dalam kajian menunjukkan pemahaman
yang kurang terhadap kata nama dalam bahasa Kadazandusun semasa sesi PdPc
dilaksanakan. Berdasarkan data yang diperoleh, pemahaman yang ditunjukkan oleh murid
bermasalah pembelajaran berkurangan dan motivasi murid untuk belajar telah menunjukkan
peningkatan. Secara keseluruhannya, inovasi Kembara BN ini telah berjaya membantu
mengurangkan masalah kefahaman murid yang bermasalah pembelajaran dalam bahasa
Kadanzandusun sekaligus meningkatkan motivasi murid semasa proses PdPc dijalankan.

Kata kunci: Kata Nama, motivasi, inovasi Kembara BN, Kaedah ujian, Kaedah pemerhatian

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sewaktu menjalani praktikum fasa 2, pengalaman mengajar di salah sebuah sekolah rendah sekitar
Tuaran memberikan saya sedikit gambaran mengenai penguasaan subjek kajian terhadap sub topik
kata nama dalam bahasa Kadazandusun. Saya telah mengenalpasti masalah kemahiran murid dalam
topik kata nama dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun.

Masalah ini telah dikenalpasti ketika proses pengukuhan yang di berikan semasa di akhir
pengajaran dan pembelajaran. Topik dalam subjek kajian tidak mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan dengan
jawapan yang tepat semasa ujian pengukuhan diadakan dan menunjukkan sikap tidak berminat.

Sehubungan dengan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang
meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Maka, inovasi Kembara BN telah
dihasilkan dalam bentuk permainan bagi menyediakan bahan bantu mengajar secara maya seterusnya
menguji kemahiran kefahaman murid terhadap topik kata nama dalam bahasa Kadazandusun.
Menurut Sharifah Nor Puteh (2011), aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-
kanak dan kanak-kanak bermain dengan pelbagai cara. Menurut teori tersebut, aktiviti bermain
dengan pelbagai cara amat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Maka, inovasi Kembara telah
dihasilkan bagi meningkatkan perkembangan kemahiran murid terhadap topik kata nama dengan
teknik belajar sambil bermain.

109

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

FOKUS KAJIAN
1. Membantu murid mempelajari kata nama dalam bahasa Kadazandusun dengan lebih seronok.
2. Memudahkan murid untuk memahami tajuk pembelajaran melalui bahan bantu mengajar yang

disediakan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif penyelidikan inovasi ini ialah :
1. Dapat menjadikan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun lebih menarik.
2. Dapat meningkatkan sumber rujukan bahasa Kadazandusun berkaitan topik kata nama.
3. Dapat menguji kefahaman murid berkenaan kata nama dalam bahasa Kadazandusun dengan

mudah.

KUMPULAN SASARAN
Pelajar Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah di salah sebuah sekolah Rendah sekitar Tuaran, Sabah.
Hanya 4 pelajar terpilih untuk kajian ini.

PELAKSANAAN KAJIAN
Pencapaian sebelum dan selepas perlaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran murid
adalah seperti Graf Bar 1 di bawah:

Graf Bar 1: Hasil pencapaian sebelum dan selepas perlaksanaan inovasi

8

7

6

5

4

3

2

1

0
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4

Ujian Kuiz Sebelum Ujian Kuiz selepas

a. Tinjauan Masalah
Tinjauan awal mendapati masalah pembelajaran terhadap kata nama dalam bahasa Kadazandusun
telah dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap markah pencapaian ujian yang diadakan melalui
ujian kuiz. Melalui pemerhatian yang diadakan kemahiran kefahaman kata nama dalam bahasa
Kadazandusun murid adalah rendah. Murid mengalami masalah untuk membezakan kata nama
khas dan kata nama am dalam bahasa Kadazandusun.

110

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

b. Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan ujian sebelum inovasi diadakan, murid telah memperolehi markah yang rendah.
Ujian yang diberikan bertujuan untuk meninjau masalah kefahaman murid terhadap topik kata
nama. Kelemahan kefahaman murid terhadap kata nama dapat dilihat dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Kemahiran kefahaman murid terhadap kata nama dalam bahasa Kadazandusun

BIL MASALAH JUMLAH (%)

1 Tidak faham maksud kata nama 50
2 Lemah pemahaman kata nama am 75
3 Lemah pemahaman kata nama khas 75

c. Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan masalah kefahaman murid terhadap kata nama dalam bahasa Kadazandusun yang
dikenalpasti melalui pemerhatian dan ujian yang diadakan, inovasi kembara BN telah dihasilkan.
Inovasi yang diadakan adalah berbentuk inovasi digital. Sebelum menjawab ujian yang
disediakan, pengenalan tentang topik kata nama telah disediakan melalui nota melalui blogspot,
buku digital berkenaan kata nama dan video interaktif yang disediakan. Ujian sebelum dan
selepas telah diadakan bagi mengenalpasti tahap kefahaman murid.

d. Dapatan Kajian
Hasil daripada perlaksanaan inovasi Kembara BN dalam pengajaran dan pembelajaran, seramai
empat orang responden yang terdiri daripada murid sekolah rendah telah menunjukkan
peningkatan pemahaman melalui kaedah ujian yang dilaksanakan.

e. Refleksi Kajian
Perlaksanaan inovasi Kembara BN dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun
telah memberikan impak positif terhadap peningkatan kefahaman kata nama dalam bahasa
Kadazandusun melalui dapatan kajian yang diperolehi.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Oleh sebab murid telah menunjukkan peningkatan melalui ujian yang diberikan. Saya bercadang
untuk menulis modul kata nama untuk diguna pakai oleh rakan-rakan setugas. Modul tersebut boleh
digunapakai selepas murid telah menguasai kemahiran berkenaan topik kata nama dalam bahasa
Kadazandusun. Modul tersebut berfokuskan kemahiran menulis berkenaan kata nama yang boleh
digunakan di dalam bilik darjah.

Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan iaitu
menggunakan teknik latih tubi melalui latihan yang diberi. Teknik latih tubi kerap digunakan dalam
latihan yang diberikan agar murid lebih memahami topik kata nama dengan jelas dan mudah. Latih
tubi ini boleh disediakan dan diberikan kepada murid melalui maya ataupun secara bersemuka dalam
bilik darjah.

RUJUKAN
Sharifah Nor Puteh (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Dan Bahasa Dan Literasi Bagi

Pendidikan Prasekolah. https://www.researchgate.net/publication/327954228_Pendekatan_
bermain_dalam_Pengaja

111

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN KAMUS BERGAMBAR BAHASA
KADAZANDUSUN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ellis Loison1 ([email protected])
Andey Majik2 ([email protected])

1, 2Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

ABSTRAK

Penggunaan kamus bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah
untuk memberikan kefahaman kepada murid dengan lebih mendalam mengenai sesuatu
perkara khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Kadazandusun yang
mencabar ini. Oleh itu, sebuah inovasi yang dikenali sebagai KoBo KaDus iaitu singkatan
kepada Komiboros Kadazandusun telah dihasilkan untuk memudahkan pencarian makna
Bahasa Kadazandusun dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Inovasi ini merupakan
sebuah kamus bergambar digital Bahasa Kadazandusun yang ringkas namun menarik dan
mudah difahami. Seramai lima orang murid Tahun 4 yang mempunyai masalah dalam
mencari makna sesuatu perkataan dalam bahasa Kadazandusun dalam bahasa Melayu dan
juga bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah rendah sekitar daerah Tuaran, Sabah yang
terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi
mengumpul data. Penilaian keberkesanan penggunaan kamus bergambar bahasa
Kadazandusun (KoBo KaDus) dalam pengajaran dan pembelajaran diperoleh melalui
pemerhatian menggunakan borang soal selidik dan kaedah temu bual secara berstruktur.
Hasil kajian awal yang dilakukan melalui kaedah soal selidik mendapati bahawa murid yang
mempunyai masalah dalam mencari makna sesuatu perkataan dalam bahasa Kadazandusun
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dapat diatasi kerana kamus bergambar yang
digunakan dapat membantu murid untuk mencari makna sesuatu perkataan dengan lebih
cepat dan tepat. Secara keseluruhannya, penggunaan kamus bergambar bahasa
Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat memudahkan
murid untuk mencari makna sesuatu perkataan yang mereka tidak fahami dalam bahasa
Kadazandusun dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam bahasa Kadazandusun.

Kata Kunci : Kamus bergambar, bahasa Kadazandusun, pencarian makna,

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Semasa menjalankan praktikum di sekolah, kami telah berhadapan dengan masalah di mana terdapat
murid yang sangat berminat dalam mempelajari Bahasa Kadazandusun tetapi mereka agak
kekurangan kosa kata dalam Bahasa Kadazandusun dan terdapat juga murid yang hanya mempelajari
bahasa ini di sekolah dan bahasa Kadazandusun bukan bahasa pertama mereka. Hal ini disebabkan
pada tahun 1973, di mana 10 tahun dari negeri Sabah bergabung dengan Malaysia, bahasa Melayu
menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa ini menjadi bahasa rasmi dalam majlis atau acara rasmi
ataupun urusan pejabat (Fase Jaspaert & Kroon:1992). Oleh yang demikian, hal ini telah menjadi awal
permulaan masalah penggunaan murid dari kaum Kadazan Dusun dalam bahasa Kadazandusun.

Di samping itu, hal ini juga telah membawa bahasa Kadazandusun tersenarai antara bahasa
yang bakal pupus yang disenaraikan oleh UNESCO pada tahun 2005, maka tidak dinafikan lagi
bahawa terdapat murid yang kurang fasih dalam bahasa Kadazandusun walaupun mereka merupakan
kaum Kadazandusun. Tambahan pula, mereka juga mengalami kesukaran dalam mencari terjemahan
bahasa Kadazandusun dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Oleh itu, pembelajaran

112

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

mereka sangat terhad. Maka berdasarkan masalah ini kami terinspirasi untuk membuat satu kamus
online yang akhirnya kami namakan KoBo KaDus di mana, ianya boleh dirujuk bila-bila masa sahaja
dan di mana sahaja. Selain itu, walaupun inovasi ini lebih kepada murid-murid sekolah rendah sebagai
pengguna namun demikian ianya boleh digunakan semua lapisan masyarakat yang berminat untuk
menambah kosa kata dalam BKD.

Akhirnya, kami juga berharap agar produk yang dihasilkan ini dapat membantu menangani
masalah yang dihadapi oleh murid iaitu kesukaran dalam mencari makna sesuatu perkataan dalam
BKD bagi mencari terjemahannya dalam bahasa lain seperti bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Dengan terhasilnya produk ini, kami berharap agar murid dapat memanfaatkan bahan ini
(Komoiboros Kadazandusun) untuk mencari terjemahan sesuatu perkataan dalam bahasa lain (BKD –
BM – BI) dengan cepat dan tepat. Oleh yang demikian, diharapkan agar kajian ini mampu menjadi
rujukan kepada para pembaca untuk digunakan ketika berhadapan dengan situasi seperti mana
masalah yang telah kami hadapi di sekolah semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang bersekolah di sekolah
yang berada di sekitar daerah Tuaran terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Kadazandusun.
Masalah yang dialami oleh murid-murid di sekitar sekolah ini adalah masalah dalam mencari makna
bahasa Kadazandusun dalam bahasa lain seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ataupun bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dalam bahasa Kadazandusun. Kosa kata dalam bahasa Kadazandusun
yang kurang dalam kalangan murid di sekolah sekitar daerah Tuaran menyebabkan mereka
menghadapi masalah ketika menterjemahkan sesuatu perkataan dalam bahasa Kadazandusun kepada
bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris kerana kurangnya kosa kata dalam bahasa Kadazandusun. Di
samping itu, kebanyakan bahasa pertama para murid di sekolah sekitar daerah Tuaran bukan daripada
bahasa Kadazan Dusun. Oleh itu, hal ini menyukarkan murid untuk menterjemah perkataan dalam
bahasa Kadazandusun kepada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid iaitu menghadapi masalah dalam
menterjemahkan bahasa kadazandusun kepada bahasa Melayu dan bahasa inggeris, maka, kami telah
menghasilkan sebuah projek untuk membendung masalah ini iaitu kamus bergambar bahasa
Kadazandusun (KoBo KaDus). Bahan ini bertujuan untuk memudahkan kerja murid untuk mencari
makna bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam bahasa Kadazandusun ataupun makna bahasa
Kadazandusun dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mereka tidak fahami. Oleh yang
demikian, murid akan dapat menterjemahkan perkataan dalam bahasa Kadazandusun yang mereka
tidak fahami dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris ataupun perkataan dalam bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris yang mereka tidak ketahui maknanya dalam bahasa Kadazandusun. Hal ini dapat
memudahkan murid untuk mencari makna sesuatu perkataan dalam bahasa tertentu dengan hanya
mencari kata kunci perkataan yang mereka tidak faham dengan menggunakan projek KoBo KaDus ini.
Dengan itu, mereka dapat mengetahui makna ataupun terjemahan sesuatu bahasa dalam bahasa yang
mereka ingini iaitu bahasa Kadazandusun, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

KUMPULAN SASARAN
Pengkaji memilih 5 orang responden iaitu terdiri daripada murid Tahun 4 sebagai bahan kajian.
Pemilihan responden adalah berdasarkan pemerhatian ketika mengajar di dalam kelas di mana, murid
sukar untuk menterjemahkan bahasa Kadazandusun dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris
untuk mencari makna dalam kedua-dua bahasa tersebut kerana mereka kurang memahami beberapa
perkataan dalam bahasa Kadazandusun. Selain itu, kekurangan kosa kata dalam bahasa Kadazandusun
juga merupakan punca utama mereka kurang memahami bahasa Kadazandusun. Oleh yang demikian,
bagi memudahkan murid untuk mencari makna perkataan dalam bahasa Kadazandusun agar mereka

113

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

dapat menterjemahkannya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, projek ini telah dihasilkan agar
masalah tersebut dapat ditangani. Selepas bahan ini telah dihasilkan dan diuji kepada para responden,
kami telah menjalankan suatu soal selidik kepada semua responden tersebut bagi mengenalpasti
keberkesanan penggunaan bahan ini dalam memudahkan pencarian makna perkataan dalam bahasa
Kadazandusun yang mereka tidak fahami kepada bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

PELAKSANAAN KAJIAN

a. Tinjauan Masalah
Ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah rendah sekitar daerah Tuaran
yang lalu, kami telah menghadapi beberapa rintangan iaitu masalah yang melibatkan
pembelajaran murid-murid tahun empat. Masalah yang mereka hadapi adalah masalah dari segi
mencari makna sesuatu perkataan dalam bahasa Kadazandusun dalam bahasa Melayu dan juga
bahasa Inggeris dan hal ini juga menyebabkan mereka sukar untuk menambah kosa kata lebih-
lebih lagi mereka agak kekurangan kosa kata dalam bahasa Kadazandusun. Kekurangan bahan
rujukan seperti kamus digital dalam bahasa Kadazandusun merumitkan lagi keadaan ini dan
menyukarkan murid untuk mencari makna sesuatu perkataan dalam bahasa Kadazandusun yang
mereka tidak fahami untuk diterjemah dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan pantas.

b. Analisis Tinjauan Masalah
Bagi meninjau masalah yang dihadapi oleh murid, kami telah menjalankan satu soal selidik serta
temu bual secara berstruktur kepada beberapa orang murid sebagai responden untuk mengetahui
punca murid lambat ketika menterjemahkan sesuatu perkataan dalam bahasa Kadazandusun yang
mereka tidak fahami dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Oleh itu, hasil analisis
tinjauan masalah yang dihadapi oleh murid dapat dirumuskan dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Peratus Analisis Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Ketika Mencari Makna Sesuatu Perkataan
dalam BKD Untuk Diterjemahkan Dalam BM & BI

BIL. MASALAH JUMLAH (%)

1 Kurang kosa kata dalam bahasa Kadazandusun. 100
2 Kekurangan bahan rujukan seperti kamus dalam bentuk digital. 60
3 Sukar dan lambat mencari kata kunci perkataan yang ingin diterjemahkan 80
4 Terjemahan kurang tepat. 40
5 Kamus kurang menarik. 80

c. Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan analisis soal selidik dan temu bual berstruktur seperti yang dinyatakan di atas, satu
tindakan telah kami jalankan. Langkah pertama yang kami lakukan adalah menyediakan kosa kata
dalam bahasa Kadazandusun beserta dengan terjemahannya dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Kosa kata ini hanya berfokus kepada satu golongan kata iaitu kata kerja. Di samping itu,
kami juga menyediakan bahan ini dalam bentuk kamus bergambar agar kelihatan lebih menarik
dan memudahkan murid untuk memahaminya dengan lebih berkesan.

Murid yang mengalami masalah dalam mencari makna perkataan yang mereka tidak
fahami dalam bahasa Kadazandusun dan perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu ataupun
bahasa Inggeris dengan pantas bagi membantu mereka dalam pembelajaran bahasa Kadazandusun
perlu diambil perhatian dalam kalangan murid sasaran. Tindakan yang perlu dilakukan adalah
menyediakan satu bahan yang boleh mereka gunakan sebagai rujukan iaitu kamus bergambar
bahasa Kadazandusun agar mereka dapat mencari makna perkataan yang mereka tidak fahami
dengan cepat dan tepat.

114

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Bagi menyelesaikan masalah ini, kami telah menggunakan satu model untuk
menghasilkan inovasi yang akan membantu mereka mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Kami telah menggunakan model pembangunan inovasi MICUP untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar yang diperkenalkan oleh Siti Rosni pada tahun 2019 dalam Dr. Roslina Suratnu et al,
2021, bagi membantu murid untuk mencari makna sesuatu perkataan dengan cepat. Berikut
merupakan langkah-langkah tindakan yang telah kami ambil untuk menyediakan bahan ini :

CARTA ALIR PENGHASILAN INOVASI KoBo KaDus

Mengenalpasti penjanaan penciptaan ujian penjenamaan
isu / masalah idea inovasi penggunaan

i. Mengenal pasti isu / masalah
Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, kami telah menjalankan soal selidik dan
temu bual secara berstruktur untuk mengenal pasti masalah utama yang dialami oleh murid tahun
4 dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Kadazandusun.
Melalui analisis tinjauan masalah yang telah kami lakukan, kami dapati bahawa beberapa
responden mengalami masalah dalam mencari makna beberapa perkataan yang mereka tidak
fahami dalam BKD untuk diterjemahkan dalam BM dan juga BI. Murid mengalami kesukaran
untuk menterjemahkan beberapa perkataan dalam BKD dengan cepat dan tepat dalam BM dan BI
kerana kekurangan kosa kata dalam BKD serta kekurangan bahan rujukan iaitu kamus dalam
bentuk digital bagi mencari terjemahan mengenai perkataan BKD yang mereka tidak fahami
dalam BM dan BI.

ii. Penjanaan Idea
Idea projek ini telah diadaptasi daripada sumber lain iaitu kamus bergambar dalam bahasa Melayu,
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Namun demikian, kamus ini dihasilkan dalam bahasa
Kadazandusun melalui idea dalam kamus bergambar berikut https://anyflip.com/vjymi/plcl .
Selain itu, bahan ini juga dihasilkan berdasarkan hasil perbincangan dalam ahli kumpulan serta
mengikut keperluan responden untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

iii. Penciptaan Inovasi
Pada fasa ini, kami telah menyenaraikan semua perkataan yang hanya memfokuskan pada kata
kerja dalam BKD sebagai instrumen pengujian bahan kepada para responden. Selepas itu, kami
telah menterjemahkan perkataan tersebut dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Seterusnya, kami telah memilih gambar yang sesuai dengan kata kerja yang kami
senaraikan lalu membuat reka bentuk kamus bergambar bahasa Kadazandusun tersebut dengan
menggunakan Microsoft PowerPoint. Kemudian, bahan tersebut telah dimuat naik dalam
Flipbook untuk memudahkan murid mencari perkataan yang ingin mereka terjemahkan dengan
hanya menaip dan mencari kata kunci perkataan yang mereka inginkan. Oleh yang demikian,
mereka dapat mencari perkataan tersebut dengan mudah, cepat dan tepat.

iv. Ujian Pengguna
Setelah produk tersebut selesai, kami telah menjalankan pengujian bahan terhadap 5 orang
responden yang terdiri daripada murid tahun 4 yang berada di sekolah rendah sekitar daerah
Tuaran bagi mengetahui tahap keberkesanan dan kepuasan produk ini dalam mengatasi masalah
yang dihadapi oleh para murid sama ada ianya mampu menyelesaikan masalah tersebut ataupun
tidak. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan satu borang soal selidik untuk menilai tahap
keberkesanan dan juga tahap kepuasan responden dalam menggunakan produk ini. Sementara itu,
pencarian makna sesuatu perkataan yang mereka tidak fahami dalam BKD untuk diterjemahkan
dalam BM atau BI agar mereka memahami maknanya hanya difokuskan dalam golongan kata
kerja kerana golongan kata dalam kamus bergambar tersebut hanya memfokuskan kepada kata
kerja. Oleh itu, kata kunci dalam kamus tersebut hanyalah kata kerja kerana kamus ini dibina
sebagai pengujian dalam menyelesaikan masalah yang murid alami.

115

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

v. Penjenemaan
Produk yang kami hasilkan belum dikomersialkan kerana ianya baru pada peringkat kajian awal.

d. Dapatan Kajian
Setelah beberapa aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan langkah penghasilan produk inovasi
menggunakan model pembangunan inovasi MICUP, dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan dalam memudahkan murid untuk mencari makna perkataan dalam BKD
untuk diterjemahkan dalam BM dan BI. Responden menggunakan produk yang telah dihasilkan
dan memberikan maklumbalas positif melalui borang soal selidik yang diberi serta temu bual
secara berstruktur yang telah kami jalankan. Kesukaran murid dalam mencari makna seseuatu
perkataan dalam BKD untuk diterjemahkan dalam BM dan BI dapat diatasi.

Jadual 2 : Maklumbalas Murid Dalam Ujian Pra

Tahap Terlalu Sukar sukar Sederhana Mudah Terlalu
Kesukaran 1 3 sukar 0 mudah
1
Bilangan 0
Responden

Jadual 3 : Maklumbalas Murid Dalam Ujian

Tahap Terlalu Sukar sukar Sederhana Mudah Terlalu
Kesukaran 0 0 sukar 4 mudah
0
Bilangan 1
Responden

e. Refleksi Kajian
Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dijalankan dan melihat kepada hasil atau maklum
balas yang agak positif yang diberikan oleh responden kami percaya bahawa inovasi KoBo
KaDus ini mampu untuk membantu masalah murid yang menghadapi masalah kekurangan kosa
kata dalam bahasa Kadazandusun dan dalam masa yang sama, iainya juga dapat mengatasi
kekurangan buku atau rujukan lain yang digunakan untuk merujuk dalam mencari terjemahan
sesuatu kata dalam bahasa Kadazandusun dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Selain
itu, peluang untuk mengkomersialkan inovasi ini agak tinggi kerana ianya mesra pengguna dan
agak menarik. Namun demikian, berdasarkan kepada pengujian awal penggunaan inovasi ini,
terdapat beberapa hal yang kami dapat lihat di mana terdapat penambahbaikkan dalam produk
kami yang perlu dilakukan seperti menambah audio penyebutan kepada setiap perkataan agar ia
lebih memudahkan pengguna. Kami berharap agar inovasi ini mampu membantu setiap murid
atau masyarakat yang berminat untuk mempelajari bahasa Kadazandusun.

RUJUKAN
Fase, W., Jaspaert, K. om Kroon, S. (1992). Maintenance and loss of minority languages. Sweden:

John Benjamins Publishing
Othman Puteh, Talib Abdullah & L, Shirley. ( ______ ). Kamus Bergambar Generasi Baharu KBSR

(Bahasa Malaysia – Jawi – Bahasa Arab – Bahasa Inggeris). Edisi Kelima. Selangor Darul
Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Roslina Suratnu, Haslinda Mohamad Saad, Siti Halimah Md Yassin, Norhayati Md Yatim, Juairiah
Marjonet & Shapiza Sharif. (2021). Buku Manual Pembangunan Profesionalisme Berterusan,
Penghasilan Projek Inovasi. IPGKBM: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi.
Siti Rosni Mohamad Yusoff & Abd Samad Hanif. (2019). Inovasi Digital dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
UNESCO. (2005). First language first: community-based literaly programmes for minority language
context in Asia. Bangkok: UNESCO

116

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

KAEDAH DAN TAHAP KEBERKESANAN PEMBACAAN IQRA‟ DAN AL QURAN
BAGI SUBJEK TASMIK MURID TAHUN 5 KREATIF SEWAKTU PDPR
BERLANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP

Muhammad Firdaus bin Sukria ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah

ABSTRAK

Tasmik merupakan satu satu bidang pengajaran yang penting bagi subjek Al Quran di
sekolah rendah atau pun menengah. Namun sering dikatakan bahawa kebanyakan pelajar
tidak dapat melibatkan diri ketika pasca pandemik wabak coronavirus 2019 ini yang
memyebabkan sekolah terpaksa ditutup untuk satu tempoh yang lama disamping kekangan
talian komunikasi yang tidak mengizinkan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
mengenalpasti tahap keberkesanan pembacaan Iqra‟ dan Al Quran secara luar talian
melalui aplikasi Whatsapp, faktor-faktor yang membantu kemudahan pembelajaran
dilaksanakan. Seramai 12 orang murid tahun 5 Kreatif yang bersekolah di SK Brumas,
Tawau telah terlibat di dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini
mendapati bahawa murid mampu untuk melaksanakan tugasan Tasmik dan berada di tahap
tinggi. Faktor luaran seperti kerjasama ibu bapa, tahap pemilikan gadjet dan talian
komunikasi yang tidak mengizinkan serta faktor dalaman iaitu faktor diri sendiri dan
psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap pembacaan Al Quran yang dijalankan.
Walaubagaimanapun, faktor kerjasama ibu bapa dan keadaan talian komunikasi dan internet
serta pemilikan gadjet masa kini berada pada tahap yang sederhana. Manakala, masalah
yang paling ketara yang menyebabkan Tasmik kurang memberangsangkan adalah masalah
capaian internet, ibu bapa dan kawasan kediaman murid yang terletak di kawasan
pedalaman.

Kata kunci: keberkesanan, persekitaran, komunikasi, Tasmik

ISU YANG DIFOKUSKAN
Penularan Wabak Coronavirus yang hadir pada penghujung tahun 2019 telah menghadirkan
kegusaran kepada penduduk dunia serta menyekat kebebasan manusia untuk meneruskan fasa
kehidupan seperti sedia kala. Penularan wabak ini memberi impak yang sangat besar di dalam sistem
pendidikan di Negara Malaysia kerana rakyat perlu mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan
oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mengurangkan penularan wabak ini di kalangan masyarakat.
Bermula dari titik tolak pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan,
seluruh institusi pendidikan di dalam Negara telah diberikan arahan untuk menghentikan operasinya
buat seketika kerana dibimbangi wabak ini bakal menular di dalam komuniti pelajar kelak. Justeru itu,
sistem kaedah pengajaran dan pembelajaran baru telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) secara amnya dengan memperkenalkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah dengan nama singkatannya ialah PdPR. Proses pembelajaran di rumah ini diperkenalkan
bertujuan memastikan para pelajar dapat terus belajar walaupun keberadaan mereka di rumah dan
proses pembelajaran ini dilaksanakan secara maya melalui medium penggunaan media elektronik
masa kini. Bagi mereka yang bergelar pendidik, sudah pasti ia menjadi kekangan utama dalam
menyampaikan ilmu kerana PdPR ini merupakan perkara yang baru untuk diaplikasikan ke atas
pelajar kerana tidak diberikan pendedahan awal terhadap penggunaan medium pembelajaran secara
maya ini. Namun begitu, kesiap-siagaan seorang guru dalam mendidik anak bangsa perlu diselaraskan
dengan sebaik mungkin kerana guru perlu peka serta cakna dengan sebarang perubahan yang bakal
dihadapi.

117

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Perubahan yang drastik ini bukan sahaja dirasai di Malaysia, malah seluruh dunia merasakan
kepayahannya. Penularan wabak Covid-19 ini telah menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran tergendala kerana proses interaksi secara bersemuka di dalam kelas tidak dapat
dilaksanakan dan memerlukan para guru mempelajari satu kaedah pengajaran yang baru agar pelajar
tidak ketinggalan di dalam pembelajaran mereka. Ini menyebabkan proses mendidik menjadi lebih
mencabar kerana guru perlu mempersiapkan dan menyesuaikan diri dengan norma pendidikan baharu
melalui medium pengajaran secara maya masa kini. Disini dapat dilihat peranan guru begitu besar
kerana mereka perlu menggarap sebaik mungkin segala cabaran yang ada dengan mempelajari
penggunaan aplikasi terkini seperti Google Meet dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu bertindak
sebaiknya dengan mengambil sebarang inisiatif yang dirasakan perlu bagi meneruskan pengajaran dan
pembelajaran ke atas para pelajar. Antara kaedah dan penggunaan medium yang dilaksanakan bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran adalah melalui rakaman suara dengan penggunaan
aplikasi masa kini iaitu Whatsapp.

Sehubungan dengan itu, semasa proses pelaksanaan PdPR ini dijalankan pasti wujud
kekangan masalah yang timbul dan menghadirkan kegusaran buat guru dalam memastikan para
pelajar dapat belajar sebaiknya dengan penggunaan medium pembelajaran masa kini walaupun
pelbagai platform dan aplikasi telah diwujudkan bagi membantu tugas guru menjadi mudah. Namun
begitu, terdapat beberapa isu yang timbul bagi golongan yang menetap di kawasan pedalaman secara
khususnya. Antara kekangan yang timbul adalah sebilangan dari mereka yang menetap di kawasan ini
hanya memiliki sebuah peranti elektronok atau sebuah gadjet sahaja di dalam keluarga dan sudah
semestinya tidak mempunyai kemampuan untuk menambah peranti gadjet komunikasi yang lain
disebabkan kurang berkemampuan dan sedia kita ketahui di kawasan pedalaman wujudnya kekangan
dari segi masalah talian telefon dan capaian internet yang sangat lemah dan ini menyukarkan para
guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan mencapai objektif pembelajaran yang di inginkan.

Dalam kajian yang dijalankan ini, fokus utama yang bakal menjadi perbahasan adalah
mengenai tahap keberkesanan pembacaan Iqra‟ dan Al Quran dalam kalangan pelajar Sekolah
Kebangsaan Brumas, Tawau bagi subjek tasmik murid Tahun 5 Kreatif sewaktu PdPR berlangsung
dengan menggunakan medium aplikasi Whatsapp. Penggunaan aplikasi Whastapp ini digunakan
adalah kerana di kawasan penempatan pelajar terdapatnya masalah dari segi kekangan talian telefon
dan rangkaian internet yang kurang baik disebabkan faktor keberadaan kawasan pedalaman. Justeru
itu, medium aplikasi Whatsapp ini dilihat sesuai kerana tidak memerlukan jumlah data yang banyak
walaupun ada sebilangan pelajar yang pada waktu malam baru dapat menghantar tugasan mereka.
Maklum balas yang diberikan oleh pelajar juga sangat memberangsangkan walaupun terdapat
kekangan dari segi capaian internet di kawasan Ladang Brumas ini. Kadar purata peratus hasil
daripada tugasan yang dilaksanakan adalah sekitar 80%-90% pada sesi PdP berlangsung. Walaupun
ada sebilangan pelajar yang menghadapi masalah ini, mereka akan cuba juga menghantar tugasan
tersebut dan memaklumkan kepada guru jika berlaku sebarang masalah jika tidak dapat menghantar
dengan kadar yang segera. Hasil dari tinjauan yang dijalankan sewaktu pelaksanaan PdPR Tasmik
dalam tempoh PKP ini dapat dilihat ada segelintir dikalangan ibu bapa yang tidak memberikan
kerjasama dengan sebaiknya dalam pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran ini kerana dikalangan ibu bapa ada
yang tidak pandai membaca dan mengenali huruf yang terdapat di dalam Iqra‟ dan Al-Quran. Malah
ada juga di kalangan para pelajar tidak menitikberatkan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran sewaktu
keberadaan mereka di rumah dan mereka hanya menganggap pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran ini
hanya dilaksanakan sewaktu di rumah sahaja. Malah, isu ini di lihat agak besar bagi guru yang
mengajar subjek Tasmik kerana pelajar tidak dapat memberikan kerjasama sewaktu pelaksanaan PdP
ini dan ia menyukarkan guru untuk mencapai apa yang telah ditetapkan oleh bahagian JQAF dalam
memastikan setiap pelajar dapat mengenali, menyebut serta membaca huruf hijaiyyah dan ayat suci
Al-Quran dengan sebaiknya.

118

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

PERMASALAHAN KAJIAN
Bidang tugas guru semakin sukar dalam memastikan kemenjadian pelajar agar mereka dapat
menguasai pembelajaran dengan baik dan menghabiskan silibus yang telah diperkenalkan di dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP). Ini dapat dilihat berdasarkan petikan ”tugas
guru pastinya menjadi semakin mencabar kesan daripada perubahan dunia ke era globalisasi yang
positif mahupun negatif (Ismail Zain 2002, Nik Mohd Rahimi et al. 2002). Disini, tugasan guru akan
semakin meningkat dalam memberikan kesempurnaan agar pelajar dapat terus belajar disebabkan
kekangan dan cabaran yang dihadapi semasa pasca pandemik Covid-19 ini. Berdasarkan Rancangan
Malaysia Ke Sepuluh (RMK 10), kerajaan menyatakan keinginan untuk menjadikan profesion
perguruan lebih menarik agar dapat memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan bertaraf
dunia. Aspek ini merupakan tambahan terhadap keinginan yang dinyatakan dalam Rancangan
Malaysia Ke Sembilan (RMK 9), bahawa kerajaan akan melakukan penambahbaikan secara
komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan (Prospek 2006-2010, Rancangan
Malaysia Ke Sembilan [RMK 9]. 2011). Dengan faktor yang dinyatakan ini, dapat dilihat bahawa
tugas guru semakin bertambah kerana perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dan ini menyebabkan bidang tugas profesion keguruan bukan menjadi semakin menarik malah ia
menimbulkan kegusaran kepada para guru kerana masalah pembelajaran yang dihadapi tidak dapat
diselesaikan dengan sebaiknya bagi pelajar yang mendalami kawasan pedalaman sekiranya talian
komunikasi samada telefon dan internet tidak ditambahbaik dengan sewajarnya dan memerlukan guru
memikirkan inisiatif yang sesuai diaplikasikan ke atas pelajar agar mereka tidak mengalami sebarang
keciciran di dalam pembelajaran yang dilaksanakan.

Sedia kita ketahui, pandemik wabak Covid-19 yang berlaku ini telah menyebabkan perubahan
yang mendadak di dalam sistem pendidikan di Malaysia secara khususnya. Ini dapat dilihat apabila
pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan seketika sesi
persekolahan sehingga satu tempoh yang dirasakan perlu. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran
menjadi tergendala buat seketika dan pelajar tidak dapat belajar seperti kebiasaannya. Antara
kekangan dan masalah yang dihadapi di kalangan para pelajar Sekolah Kebangsaan Brumas ialah
capaian dari segi Internet yang sangat lemah dan ada sebilangan keluarga mereka tidak memiliki
peranti yang lebih disebabkan faktor kurang berkemampuan dan penempatan tempat tinggal berada di
kawasan pedalaman. Malah dilihat pelajar perlu berkongsi peranti mudah alih ini bersama dengan ibu
bapa mereka. Apabila ibu bapa mereka masuk bekerja ke ladang-ladang, tugasan pembelajaran tidak
dapat dilaksanakan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan terpaksa menunggu ibu bapa mereka
pulang ke rumah baru mereka dapat belajar. Justeru itu, pihak sekolah telah mengambil satu
pendekatan melaksanakan pembelajaran secara maya ini dengan menggunakan aplikasi Whatsapp
sahaja dan terpaksa menunggu ibu bapa pulang dari bekerja baru tugasan yang diberikan akan
dihantar kepada guru. Guru bertindak memberikan arahan kepada pelajar dan menunggu sahaja
respon pembelajaran pada hari tersebut agar objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut
dapat dicapai dengan sebaiknya.

Oleh yang demikian, kajian yang dilaksanakan menilai kepada tahap keberkesanan
pembelajaran pelajar yang terjejas sewaktu pelaksanaan PdP berlangsung dan melihat kepada
penerimaan dan penguasaan pelajar terhadap arahan yang diberikan oleh guru. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan, guru mendapati sebilangan pelajar terjejas pembelajaran mereka
berkaitan subjek yang di ajar dan tidak dapat melaksanakan pembelajaran yang disampaikan oleh guru
dan ia menyebabkan pelajar akan ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Selain itu, kajian juga
mendapati pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran pelajar semakin terjejas di rumah kerana tidak ada yang
memantau penguasaan bacaan mereka disebabkan ada sebilangan ibu bapa masih tidak pandai
membaca Iqra‟ dan Al-Quran dan ini menyebabkan pelajar akan berasa malas dan ketinggalan dalam
pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran mereka di rumah. Melihat kepada isu yang dialami, beberapa
persoalan telah timbul bagi permasalah kajian ini. Antara permasalah kajian yang berlaku ialah:

119

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

a) Menentukan akan keberkesanan penggunaan rakaman video dan rakaman suara yang
dilaksanakan semasa proses PdPR Tasmik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

b) Keberkesanan bantuan ibu bapa dalam memastikan proses pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran bagi
memastikan penglibatan anak-anak di dalam PdPR.

c) Tempoh masa yang sesuai ditetapkan bagi membolehkan pelajar melaksanakan proses
pembelajaran PdPR secara maya berdasarkan peranti mudah alih yang sedia ada.

d) Peranan dan tugas guru dalam memastikan penglibatan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran sewaktu PdPR dijalankan.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian menilai perkara berikut:
1. Melihat keberkesanan penggunaan rakaman video dan rakaman suara dari segi kelebihan dan

kekurangan semasa PdPR Tasmik dilaksanakan.
2. Mengenalpasti punca kurangnya penglibatan pelajar SK Brumas dalam pembacaan Iqra‟ dan Al-

Quran sewaktu PdPR dijalankan.
3. Melihat pendekatan, strategi serta langkah yang perlu diambil oleh guru dalam menyelesaikan

masalah pelajar yang mempunyai masalah dari segi kualiti bacaan Iqra‟ dan Al-Quran.
4. Merangsang minat pelajar dan memberikan inisiatif serta kaedah yang baik kepada pelajar agar

penambahbaikan proses PdPR Tasmik memenuhi wajaran penglibatan pelajar secara 100%.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini menumpukan sasaran seramai 12 orang pelajar dari kelas tahun 5 Kreatif yang terdiri
daripada 5 orang lelaki dan 7 orang perempuan dan pelajar tersebut keseluruhannya menetap di
sekitar kawasan Ladang Brumas dan mempunyai latarbelakang dari kalangan keluarga yang susah
serta memiliki purata peranti mudah alih hanya sebuah telefon bimbit sahaja di dalam keluarga.

METODOLOGI KAJIAN
Fokus utama dalam pelaksanaan kajian ini adalah dengan mendalami kaedah yang bersuaian
digunakan, langkah serta cara, strategi ke dalam membantu pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Tasmik melalui medium atas talian ini memberikan impak yang positif
kepada pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran pelajar ketika berada di rumah. Kajian ini adalah berbentuk
kualitatif dengan membincangan isu kes yang berkaitan. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas para
pelajar tahun 5 Kreatif SK BRUMAS bagi matapelajaran tasmik dengan menilai keberkesanan
pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh guru dengan kerjasama dan bantuan dari ibu bapa serta
pelajar.

Tinjauan Masalah
Kaedah yang digunakan dalam melaksanakan tijauan masalah ini bergantung kepada cara guru
melihat berkaitan kesesuaian penggunaan dan keberkesanan ketika pelajar melakukan pembacaan
Iqra‟ dan Al-Quran. Proses tinjauan masalah ini adalah melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan
dan proses temu bual yang telah dijalankan bersama pelajar.

a. Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh saya, hasil dapatan data pada kelas tahun 5
Kreatif yang memiliki jumlah pelajar seramai 12 orang ini memerlukan mereka menyertai
pelaksanaan kelas PdPR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
juga pihak sekolah. Setelah selesai proses PdPR dilaksanakan, saya mendapati wujudnya
beberapa masalah berhubung dengan kesesuaian pelajar bagi melibatkan diri mereka terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan melalui rakaman video dan rakaman suara.
Pada pemerhatian ini saya telah membuat perincian dan membahagikan pelajar kepada beberapa

120

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

kumpulan sasaran. Perincian kumpulan sasaran yang terbina ini telah dibahagikan kepada tiga
kumpulan, iaitu:
i. Kumpulan A: Pelajar memberikan respon dan tindak balas yang baik terhadap tugasan yang

diberikan melalui penghantaran tugasan mengikut ketetapan waktu yang telah diberikan.
ii. Kumpulan B: Pelajar mengikuti sesi PdPR namun mempunyai masalah dari segi menghantar

tugasan disebabkan faktor kekangan talian telefon dan rangkaian internet.
iii. Kumpulan C: Pelajar sekadar menghantar tugasan kepada guru secara selang-seli untuk satu

tempoh yang lama dan sangat lemah dalam bacaan ketika PdPR dijalankan.

b. Temu Bual
Berdasarkan perbincangan melalui temu bual yang telah dilaksanakan, saya mendapatkan maklum
balas dari pelajar dan ibu bapa murid dengan mengetahui masalah yang dihadapi mereka ketika
melaksanakan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran bagi subjek Tasmik ini. Antara hasil dapatan dari
temu bual yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa;
i. Ada sebilangan pelajar tidak mengetahui kaedah bacaan yang sebaiknya jika mereka tidak
dibimbing dengan betul.
ii. Pelajar tidak memiliki buku Iqra‟ dan Mushaf Al-Quran di rumah mereka.
iii. Ibu bapa tidak mampu membimbing anak-anak kerana mereka juga tidak pandai mengaji dan
menyebut Iqra‟ dan Al-Quran dengan betul.

Kaedah temu bual ini mengambi perincian dengan menemu bual beberapa orang pelajar yang
mempunyai masalah terhadap pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan.

Analisis Tinjauan Masalah
Sewaktu pelaksanaan tinjauan kes ini dijalankan, beberapa pemerhatian dan temu bual telah
dilaksanakan bagi melihat penglibatan pelajar terhadap keberkesanan tugasan yang telah diberikan.
Melalui pemerhatian dan juga temu bual ini. Beberapa hasil analisis telah dapat dirumuskan ketika
proses pelaksaan PdPR melalui rakaman video dan rakaman suara melalui aplikasi Whatsapp. Antara
hasil dapatan dari analisis tinjauan masalah, saya mendapati terdapat pelbagai faktor yang mendorong
masalah keberkesanan dan penglibatan pelajar di dalam sesi PdPR Tasmik ini, antaranya ialah:

i. Keadaan talian komunikasi yang tidak memberikan kerjasama sewaktu pelajar menghantar
tugasan yang diberikan.

ii. Tanggungjawab ibu bapa dalam membantu proses kejayaan PdPR dilaksanakan kerana ada
sebilangan ibu bapa tidak mengambil berat akan pembelajaran anak-anak mereka.

iii. Pembacaan dari pelajar yang tidak dipantau sebaiknya oleh ibu bapa kerana kekangan dari
segi tidak memahami apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka.

iv. Motivasi pelajar yang kadang-kadang merasakan tidak berminat untuk mengikuti PdPR ini.
v. Pelajar kurang bersedia dan tidak memperbaiki bacaan mereka dengan setelah ditegur oleh

guru dan masih melakukan kesalahan yang sama setiap kali sesi PdPR dilaksanakan.

a. Pemerhatian
Hasil dapatan melalui pemerhatian yang dilaksanakan, saya mendapatkan data seperti berikut:
i. 6 daripada 12 orang pelajar dapat melaksanakan tugasan pembelajaran mereka dengan baik
dan tidak mempunyai masalah untuk mengikuti sesi PdPR yang dijalankan.
ii. 3 daripada 12 orang pelajar dapat mengikuti sesi PdPR Tasmik yang dijalankan. Namun
mempunyai masalah sewaktu proses penghantaran tugasan berlaku kerana kekangan dari segi
masalah talian komunikasi dan capaian internet yang tidak mengizinkan.
iii. 3 daripada 12 orang pelajar sekadar menghantar tugasan kepada guru secara selang-seli untuk
satu tempoh yang lama dan sangat lemah dalam bacaan ketika PdPR dijalankan

b. Temu Bual
Hasil pelaksanaan temu bual yang dijalankan ini, saya mendapati terdapat beberapa faktor yang
memperlihatkan tahap keberkesanan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran ini dengan mendapati
bahawa pelajar tidak dapat membaca dengan baik jika tidak dibimbing sepenuhnya. Malah ada

121

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

dikalangan pelajar yang meninggalkan kelas mengaji rutin harian mereka disebabkan ibu bapa
mereka tidak mengizinkan mereka untuk keluar mengaji atas faktor pandemik Covid-19 ini,
disamping ada segelintir daripada kalangan ibu bapa yang tidak mengambil berat akan
pembelajaran anak-anak mereka sewaktu keberadaan di rumah. Sesi temu bual ini mendapati
beberapa faktor dapat diperjelaskan seperti berikut:
i. 40% pelajar dapat melaksanakan tugasan PdPR Tasmik ini kerana ibu bapa mereka

memberikan peranan yang baik dan membantu sesi pembelajaran mereka dengan memantau
pembacaan anak-anak di rumah serta mampu menegur bacaan anak mereka dengan sebaik
ketika berlakunya sesi PdPR Tasmik dijalankan.
ii. 30% pelajar tidak dapat menyempurnakan bacaan PdPR disebabkan masalah talian
komunikasi dan capaian internet dan ada sesetengah pelajar tidak dapat membaca dengan baik
serta memerlukan bimbingan sewaktu sesi PdPR dilaksanakan.
iii. 30% pelajar lagi mempunyai tahap yang lemah di dalam pembacaan Iqra dan Al-Quran dan
kurang peka dalam menghantar bukti tugasan pembelajaran kerana serta memerlukan tempoh yang
lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang telah diberikan serta tidak mempunyai kerjasama yang
baik dikalangan ibu bapa mereka dalam menjayakan sesi PdPR yang telah dilaksanakan.

Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan masalah dan hasil analisis dari pemerhatian dan temu bual yang telah
dilaksanakan. Saya telah melaksanakan beberapa kaedah atau langkah yang perlu bagi memastikan
pelajar dapat melibatkan diri sepenuhnya dan dapat belajar serta membaca dengan baik terhadap
pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran di dalam sesi PdPR di rumah ini. Kaedah yang diperkenalkan adalah
melalui rakaman video dan rakaman suara dengan menyediakan bantuan video rakaman dari
youtube.com melalui bagaimana cara dan kaedah pembacaan Iqra‟ dengan betul agar pelajar dan ibu
bapa dapat mendalami pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran serta dapat mengenal sebutan huruf yang
terdapat dengan sebaiknya. Berdasarkan kaedah rakaman video dan rakaman suara dengan merujuk
youtube yang telah diberikan, ibu bapa dan pelajar dapat sama-sama belajar dan menguasai sebutan
yang sebetulnya dan ini membantu proses ibu bapa dalam memantau pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran
anak-anak mereka di rumah.

Selain itu juga, saya telah menetapkan beberapa tempoh masa bagi pelajar yang mempunyai
masalah untuk menghantar rakaman video dan rakaman suara di dalam pembelajaran sesi PdPR
Tasmik ini dan memberikan saranan kepada ibu bapa dan pelajar bahawa mereka perlu juga
menyempurnakan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran ini disebabkan penilaian Pentaksiran Melalui Bilik
Darjah yang telah dilaksanakan dan menyatakan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak mengikuti
sesi PdPR ini dengan sebaiknya ia akan menjejaskan rekod pembelajaran dan keputusan anak-anak
mereka kelak.

Kaedah lain yang digunakan adalah saya memberikan kata-kata rangsangan kepada ibu bapa
dengan bertanyakan khabar melalui bagaimana penglibatan anak-anak mereka di dalam sesi PdPR
dengan memberikan nasihat yang membina kepada mereka. Saya juga mewujudkan konsep kasih
sayang di dalam kelas dengan selalu berwhatsapp dan memberikan respon dengan kadar yang segera
kepada ibu bapa yang mempunyai masalah dalam memahamkan pembelajaran anak-anak mereka.
Hasil dari rangsangan ini, penglibatan dan bacaan pelajar telah ditambahbaik dengan sebaiknya dan
ibu bapa telah menyatakan kesungguhan mereka untuk membantu sesi pembelajaran anak-anak
mereka serta dapat memantau pembacaan anak-anak dengan baik berdasarkan rakaman video dari
youtube yang telah diberikan.

Cadangan Penambahbaikkan Yang Akan Dilaksanakan Untuk Menangani Isu
Dalam membantu keberkesanan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran ini, saya telah menyatakan beberapa
cadangan yang dapat dilaksanakan bagi membolehkan pelajar dapat menyiapkan tugasan yang di
amanahkan kepada mereka dengan sebaiknya. Antara cadangan yang telah dilaksanakan dan
digunakan adalah rakaman video atau rakaman suara yang bersifat separuh jika pelajar mempunyai
masalah terhadap talian komunikasi dan capaian internet yang tidak mengizinkan ini. Saya
menetapkan bahawa pelajar tetap perlu menghantar tugasan mereka walaupun separuh dari rakaman

122

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

kerana sebagai guru saya perlu juga bersikap prihatin dengan mendalami isu yang dihadapi oleh
pelajar. Para pelajar dikehendaki melaksanakan juga pembacaan mereka dan menghantar tugasan
mereka samada melalui rakaman video atau rakaman suara yang berdurasi agak pendek agar saya
dapat menilai tahap bacaan dan sebutan mereka samada baik ataupun tidak.

Manakala bagi golongan ibu bapa yang bekerja di kawasan ladang dan tidak dapat
menghantar tugasan untuk tempoh yang telah ditetapkan, mereka boleh menghantar tugasan tersebut
dalam tempoh hujung minggu agar pelajar dapat juga melibatkan diri mereka terhadap tugasan ini
agar guru dapat membuat rekod terhadap bacaan yang telah dilaksanakan supaya pelajar tidak
keciciran di dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan cadangan ini saya dapat meneliti dan membuat
pembetulan terhadap bacaan pelajar dan menegur kesilapan mereka dan saya membuat kembali
rakaman bacaan yang sebenar agar pelajar dapat mengetahui kesilapan yang telah dilakukan oleh
mereka dan memperbetulkan kesalahan pembacaan yang telah mereka lakukan.
a. Aktiviti 1 - Rakaman Video dan Rakaman Suara

Para pelajar bertindak merakam pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran melalui rakaman video dan
rakaman suara kemudian menghantar rakaman bacaan tersebut kepada guru melalui aplikasi
Whatsapp.

Gambar di menunjukkan penglibatan pelajar melalui rakaman suara dan rakaman video yang
telah dilaksanakan bagi menyempuarkan tugasan mereka dengan menggunakan aplikasi
whatsapp.

123

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Pemerhatian: Pelajar dapat menghantar tugasan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran mereka
dengan baik.
Refleksi: Kesungguhan yang ditunjukkan membantu pelajar dalam keberkesanan pembacaan
Iqra‟ dan juga Al-Quran serta pelajar dapat menyebut sebutan yang baik di dalam Iqra‟ dan
Al-Quran dengan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh ibu bapa.
b. Aktiviti 2 - Arahan pelaksanaan tugasan dan bantuan rakaman video dari youtube.com
Pelajar dikehendaki membaca Iqra‟ dan Al-Quran dengan merujuk kepada arahan yang telah
diberikan oleh guru. Manakala bagi pelajar dan ibu bapa yang tidak dapat membaca dan
membantu anak-anak mereka dengan baik, guru telah membekalkan link video dari youtube.com
bagi memudahkan ibu bapa secara bersama menyemak pembacaan Iqra‟ anak-anak mereka dan
secara bersama dapat belajar dan mendalami ilmu Iqra‟ dan Al-Quran ini.
Arahan yang telah diberikan oleh guru untuk pelajar melaksanakan tugasan PdPR Tasmik kepada murid

.
124

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Link video dari youtube.com bagi membantu ibu bapa memantau dan belajar bersama anak-anak dalam
memahami cara sebutan Iqra‟.

c. Aktiviti 3 - Belajar dan membetulkan kesilapan
Pada aktiviti ini, saya selaku guru telah melaksanakan beberapa penambahbaikan supaya pelajar
dapat terus belajar dengan melaksanakan pembacaan yang baik. Antara aktiviti yang telah
dilaksanakan ialah:
i. Guru menyemak dan membetulkan bacaan pelajar dengan membuat rakaman suara dan
memperdengarkan kepada pelajar mengenai kesilapan di dalam pembacaan yang mereka telah
lakukan.
ii. Pelajar telah diminta untuk mendengar rakaman suara atau rakaman video tersebut dan
melaksanakan pembetulan ke atas bacaan mereka.
iii. Berdasarkan video rakaman dari link youtube yang dibekalkan oleh guru, pelajar boleh
menyemak sendiri kesalahan bacaan mereka sambil dipantau oleh ibu bapa dan mereka sama-
sama saling dapat mempelajari serta memperbaiki kualiti bacaan yang sedia ada.
Pemerhatian: Bagi pelajar yang membaca Al-Quran, guru akan membuat teguran secara
khusus dengan terus mendail nombor pelajar dan memperdengarkan bacaan ketika
komunikasi atas talian tersebut.
Refleksi: Secara keseluruhnnya, berdasarkan bantuan dari video dari link youtube.com yang
telah diberikan dan teguran secara atas talian dengan mendail nombor pelajar saya mendapati
bahawa ibu bapa telah memberikan respon dan kerjasama yang baik dalam memastikan
penglibatan anak-anak mereka ketika sesi PdPR ini berlangsung. Kerjasama yang telah
ditunjukkan oleh ibu bapa sangat membantu kemenjadian murid dan diharapkan usaha yang
telah dilaksanakan membantu pembelajaran PdPR dengan jayanya.

125

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

Refleksi Keseluruhan Kajian
Berdasarkan penambahbaikan yang telah dilaksanakan dan kaedah yang sesuai digunakan,
keberkesanan terhadap pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran pelajar dapat diperbaiki dan peratus
penghantaran tugasan kepada guru menepati kehendak yang telah ditetapkan dengan bantuan serta
kerjasama yang telah ditonjolkan oleh ibu bapa bagi memastikan penglibatan anak-anak mereka di
dalam sesi PdPR ini. Daripada peratus pelajar yang secara puratanya sebanyak 30% telah meningkat
kepada 50% bagi pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami dan membaca dengan sebutan
huruf yang betul berdasarkan rakaman video dari youtube yang telah dibekalkan oleh guru.

Selain itu juga, komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa sangat membantu guru dalam
menyelesaikan permasalahan yang timbul samada secara langsung atau tidak langsung. Tempoh masa
yang telah ditetapkan oleh guru telah membantu ibu bapa dalam menyelesaikan kehendak
pembelajaran anak-anak mereka. Kesungguhan yang telah ditonjolkan ibu bapa ini dalam memastikan
keberkesanan pembelajaran anak mereka di dalam pembelajaran ini telah dirangsang dengan
sebaiknya berdasarkan penghargaan dan kata-kata semangat yang telah dibekalkan oleh guru. Secara
dasarnya, kejayaan pelaksaan PdPR ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dan kerjasama dari ibu bapa.
Justeru itu, saya beranggapan bahawa kaedah ini boleh diteruskan dan ditambahbaik pada masa akan
datang jika sesi PdPR ini terpaksa diteruskan kelak. Berikut saya nyatakan antara impak dan kesannya
terhadap pelajar, guru dan proses PdPR secara maya melalui kaedah yang telah digunakan ini.

i. Impak kepada Murid – Pelajar membuktikan bahawa mereka ingin terus belajar dan
memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan di dalam pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran
dengan sebaiknya dan akan sedaya upaya menghantar tugasan mereka kepada guru dengan
tempoh masa yang telah ditetapkan.

ii. Impak kepada Guru – Dapat merangsang minat pelajar untuk terus belajar dan menaikkan
peratus penglibatan belajar di dalam PdPR agar tidak berlaku keciciran dalam menghantar
tugasan Tasmik yang telah dibekalkan dengan bantuan yang telah disediakan.

iii. Impak kepada proses PdPR – Pelajar dan guru secara bersama dapat meneruskan sesi PdP
ini dengan bantuan yang baik dari ibu bapa bagi memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dihadiri oleh keseluruhan pelajar khususnya pelajar tahun 5 Kreatif selain
memupuk hubungan yang baik diantara guru, pelajar dan ibu bapa bagi memastikan kejayaan
sesi PdPR ini dan memastikan pelajar akan terus kekal bersemangat untuk belajar.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian kes yang telah dilaksanakan ini, secara umumnya memperlihatkan tahap
keberkesanan pembacaan Iqra‟ dan Al-Quran pelajar di dalam subjek Tasmik yang telah dilaksanakan.
Beberapa cadangan telah diteliti dengan sebaiknya bagi melaksanakan keberkesanan terhadap
penggunaan aplikasi Whatsapp ini dalam memastikan keterlibatan pelajar di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran tidak bersemuka ini. Antara cadangan bagi kajian seterusnya adalah seperti berikut:
i. Penggunaan aplikasi Telegram atau aplikasi yang memudahkan dalam memastikan penglibatan

pelajar terhadap kaedah pengajaran serta membantu guru dalam merekod pembelajaran secara
atas talian.
ii. Sejauh mana keberkesanan dan rangsangan dari guru dalam membantu keterlibatan sepenuhnya di
dalam sesi PdPR dan platform yang sesuai digunakan bagi membantu tahap penguasaan pelajar di
dalam sesi PdP yang telah dilaksanakan.
iii. Tahap kejujuran bacaan pelajar dalam penghantaran tugasan melalui perekodan secara Google
Documents atau Google Form bagi memastikan penglibatan pelajar di dalam sesi PdPR.
iv. Kaedah pengajaran Tasmik secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting dan penggunaan
video secara live melalui aplikasi Telegram yang tidak menggunakan data yang banyak.

126

Prosiding Penyelidikan KoPPI
Tahun 2021

RUJUKAN
Buku Panduan Penjaminan Kualititi PBS. (2014). Lembaga Peperiksaan. Kementerian Pendidikan

Malaysia.
Cabaran pengajaran dan pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas talian sewaktu

pandemik Covid-19. 2020. Ashraf Ismail, Khazri Osman, Nurul Hudaa Binti Hassan. Bicara
Dakwah Kali ke 21: Dakwah Dalam Talian Semasa Pandemik.
Panduan Menulis Refleksi. (2017). Muhamad Alzairy Zaidudin. Institut Perguruan Kampus Bangi,
Selangor.
Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2017). Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
Pelan Strategik Kurikulum, Kokurikulum SK Brumas (2019). Sekolah Kebangsaan Brumas, Tawau.

127


Click to View FlipBook Version