The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-06-09 03:00:59

eBUKU ANTOLOGI CERPEN HITAM PUTIH

eBUKU ANTOLOGI CERPEN HITAM PUTIH

Keywords: Cerpen,Short Stories

Antologi Cerpen Kent

HITAM PUTIH

IPG Kampus Kent
Peti Surat 02
89207 Tuaran, Sabah

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

KANDUNGAN

Bil Tajuk Halaman

01 Sidang Editor 2

02 Sedetik Hasrat Pengarah 3

03 Prakata 4

04 Penghargaan 5

05 Memahami Latar Anatomi Cerpen - Ismail Bin Ag Piut, JPM IPGK Kent 6

06 Dalam Naungan Rahmat Ilahi – Syamsir Moktar, PISMP Math. Jan. 2012 19

07 Hitam Putih – Carriee Scholastica Bensing, PISMP BM Amb. Jan 2011 34

08 Mahligai Buat Ayah – Norlina Binti Gapare, PISMP BM SJKC, Amb. Jan 2012 42

09 Penyelamat Cinta – Wan Nurul Aqilah Binti Wan Abdul Rahman, PISMP BM 54
Amb. Jan 2011

10 Cinta Tak Berhujung – Afiqah Binti Mahmad, PISMP BA Amb. Jan 2013 67

11 Ayuni – Rosnani Sharong, PISMP BM, Amb. Jan. 2011 79

12 Bila Embun Tak Menitis Lagi – Asly Majubi, PISMP Prasekolah, Amb.Jan 2012 88

13 Untukmu Ibu – Mohammad Fakhri Faiz, PISMP BA, Amb. Jan 2013 103

14 Glosari 117

15 Index Nama 122

2

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

ANTOLOGI CERPEN KENT SIRI 1: HITAM PUTIH

SIDANG EDITOR

Penaung
DATUK MARY TERESA KINAJIL

Pengarah, IPGK Kent

Penasihat
ROMLI BIN DARUS
Timbalan Pengarah, IPGK Kent

Ketua Editor
ISMAIL BIN AG PIUT
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent

Editor/ Penelitian Pruf
SINIT@ JOHN BIN GITOM (Ketua Jabatan)

PARIDAH BINTI MAMAT
ZAINAB BINTI HASYIM
RAZALI BIN MOHD. SHUKOR

MADLAIM BIN EJIB
D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN

AZMI BIN JALI
NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent

Reka Bentuk Kulit & Penerbitan
CIK. ALIMAH BINTI MUSLIM

Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, IPGK Kent.

Penyelanggara:
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Kent, Tuaran

3

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

SEDETIK HASRAT PENGARAH
IPG KAMPUS KENT, TUARAN

Selamat sejehtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia dan salam 1 Kent,
Pada kesempatan bernilai ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan
Pengajian Melayu kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya buku Antologi
Cerpen Hitam Putih yang tentunya amat signifikan dengan status IPG Kampus Kent sebagai Pusat
Kecemerlangan Bahasa Melayu Zon Sabah sejak penubuhannya pada 1951. Buku ini bukan sahaja
paparan kreativiti pensyarah dan pelajar dalam menampilkan citra apresiasi seni sastera khususnya
dalam Memartabatkan Bahasa Melayu melalui hasilan karya dalam pelbagai disiplin bahasa,
budaya, dan sastera, tetapi juga menjadi dokumen rujukan yang bermakna kepada sesiapa sahaj
yang ingin melihat pemikiran dan gaya penulisan kreatif dalam kalangan warga Kent. Melalui
persembahan dan kandungan antologi yang bersahaja ini, saya yakin kehendak keilmuan dan
apresiasi kejiwaan yang ingin dimiliki dan dirasai pembaca dan pengkaji dapat dipenuhi..

Sehubungan itu, penerbitan antologi ini merupakan antara inisiatif besar untuk merealisasikan
strategi ke-5 Perancangan Strategik IPG Kampus Kent 2013 iaitu Memantapkan Budaya Penyelidikan
dan Penerbitan Ilmiah dan Kreatif Berimpak Tinggi dalam Key Result Area(KRA) ke-4; Meningkatkan
Keupayaan Kualiti Penyelidikan, Kreativiti dan Inovasi. Saya percaya, antologi ini akan menjadi
pemangkin motivasi kepada pengkarya untuk menghasilkan lebih banyak karya yang selaras
dengan kepakaran masing-masing.

Akhir sekali, saya berharap kandungan ilmu, pemikiran, pengalaman, dan gaya
persembahan yang dikongsi melalui antologi ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para
pelajar, pensyarah, dan peminat sastera dalam memperkasa tahap profesionalisme dan kualiti
kendiri dalam pemerolehan ilmu alternatif khususnya genre kreatif yang bernilai tambah .
Sekian dan terima kasih,

( DATUK MARY TERESA KINAJIL )
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

4

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

PRAKATA
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejehtera, dan salam 1Malaysia.

Antologi Hitam Putih ini digagaskan sebagai angkubah dan indek kekuatan penulisan kreatif
warga Kent dalam genre cerpen. Pemilihan tajuk ‘Hitam Putih’ sebenarnya merujuk kepada rencam
watak dan perwatakan manusia dalam melayari kehidupan. Secara tabi’i, manusia memiliki kedua
warna perwatakan tersebut dengan hitam mewakili kejahatan yang didorong nafsu amarah,
sementara putih pula menggambarkan keluhuran peribadi yang berpaksikan syariat, iman, dan
taqwa. Justeru, melalui garapan tema cinta, dinamisme perwatakan hitam ke putih boleh terjadi
sekiranya kasih sayang yang bersandarkan Ketuhanan dapat dijelmakan dalam diri. Kerana itu,
persoalan kasih sayang dalam antologi ini diperlihatkan melalui pelbagai sajian perspektif seperti
menyayangi Ilahi, ibu, ayah, anak, sahabat, alam dan kekasih. Tegasnya, nilai insaniah dan ihsaniah
merupakan citra peribadi yang harus selari dan bersifat “ubudiah”.

Paparannya yang membaurkan teks, gambar, dan inti siratan dirasakan mampu menjelaskan
tema, persoalan, dan nilai maknawi yang ingin disampaikan penulis. Sorotan tentang anatomi atau
struktural cerpen diharap dapat memberi gambaran umum kepada pembaca tentang genre cerpen
secara konseptual. Melaluinya, pelajar yang berminat akan dapat mengakses kandungan dalam
sajian cerpen susulan secara ekspresif, komprehensif dan mudah. lapan karya yang dimuatkan dalam
antologi ini adalah karya asli lapan pelajar IPG Kampus Kent yang telah berjaya memenangi empat
tempat teratas dalam sayembara penulisan cerpen 2012 dan 2013 peringkat IPG Kampus Kent. Apa
yang jelas karya-karya ini memberikan gambaran kepada pembaca tentang alir pemikiran,
persoalan, dan nilai yang sering menyelubungi rasa dan jiwa penulis lebih-lebih lagi dalam kalangan
penulis remaja atau pelajar keguruan.

Sebagai penyelanggara, kami mengharapkan antologi ini dapat memberikan suntikan jiwa
dan semangat kepada pembaca untuk menghayati dan akhirnya menghasilkan karya sendiri supaya
pelestarian ‘soft skill’, kemahiran rasa dan kemahiran intrapersonal dalam kalangan pembaca dapat
diperkukuhkan. Kami juga mengharapkan pengguna atau pembaca dapat memanfaatkan antologi
ini semaksimum mungkin dan sebarang maklumbalas dalam bentuk komen, pendapat, dan
cadangan amatlah diharapkan demi kecemerlangan profesionalisme warga dalam
pendokumentasian karya bernilai tambah.

Penyelanggara:
Sidang editor, Jabatan JabatanPengajian Melayu, IPG Kampus Kent)

© 2013,JPM, IPGK Kent.

Hakcipta Terpelihara, Tidak dibenarkan mana-mana kandungan dari penerbitan ini dicetak semula, disimpan, atau diedarkan

5

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan baik kepada individu, kumpulan, maupun jabatan yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan usaha murni penyusunan dan
penyelanggaraan Antologi Hitam Putih ini. Semoga Allah SWT akan memberi ganjaran seluasnya
terhadap sumbangan datuk/tuan/puan/encik/cik berikan. Secara khusus, kami merakamkan
setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada:
1) Datuk Mary Teresa Kinajil; Pengarah IPGK Kent dan En. Romli Bin Darus; Timbalan Pengarah

IPGK Kent yang telah memberikan sokongan, dokongan dan dorongan dalam bentuk
kewangan, pengurusan, dan cadangan dalam penerbitan antologi ini.
2) Semua Ahli Jawatan Kuasa Sidang Editor dan Penelitian Pruf yang bertungkus lumus membuat
pengumpulan, pengeditan, dan membuat pembacaan pruf dengan gigih dan teliti untuk
memastikan ketepatan masukan dan penyusunan buku.
3) Cik Alimah Binti Muslim; Jawatan Kuasa Reka Bentuk Kulit dan Penerbitan yang bertungkus-
lumus memaparkan visual citra antologi ini secara kreatif untuk memastikan impresi
kefahaman awal pembaca dan penerbitan drafnya berjalan lancar.
4) Semua budiman yang menyumbangkan karya dalam antologi ini; Ismail Ag Piut, Syamsir
Moktar, Carriee Scholastica Bensing, Norlina Binti Gapare, Wan Nurul Aqilah Binti Wan Abdul
Rahman, Afiqah Binti Mahmad, Rosnani Sharong, Asly Majubi, dan Mohammad Fakhri Faiz.
5) Semua petugas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan antologi
ini.

30 Oktober 2013 Ketua Editor

6

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

MEMAHAMI LATAR ANATOMI CERPEN

Oleh: Ismail Bin Ag Piut
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent

Latar Belakang

Cereka pendek atau singkatnya cerpen ialah genre prosa naratif fiksyen yang bersifat

cerita. Cerpen umumnya mempunyai jumlah watak yang terhad antara satu hingga

empat dengan tema yang satu dan plot yang ringkas. Ia berasal dari cerita lucu

berprosa, plot yang dilakar dengan pantas dan cepat sampai ke kemuncak atau

klimak, dan secara tradisi ia selari dengan penceritaan lisan.Cerpen rasmi yang

pertama di Tanah Melayu bertajuk ’’Kecelakaan Pemalas’’ karya Nor bin Ibrahim Al-

Madrasi dan diterbitkan dalam Majalah Pengasuh, 4 Februari 1920.

Kepelbagaian pandangan oleh ahli sastera dalam mendefinasikan cerpen
menjadikan konsepnya lebih menarik dibahaskan. Hashim Awang (1998) mengatakan
cerpen ialah cereka pendek yang membawa persoalan bagi menghasilkan kesan
yang indah dan juga memusatkan diri kepada watak dalam situasi, di tempat dan
ketika yang sesuai. Othman Puteh (1988) berpendapat cerpen sebagai cerita pendek
yang direka, berbentuk prosa, relatif pendek dan mengutamakan kekuatan daya
imaginasi, kreativiti, kecerdasan akal bagi mengusik kepekaan pembaca. Sementara,
Teori Herati pula berkata cerpen bukan tulisan yang dikemukakan pada halaman
pertama editorial dan berbeza dengan cerita kerana cerita hanya deretan peristiwa,
sedangkan cerpen ialah peristiwa ataupun cerita yang mempunyai plot yang kemas
dengan sejumlah watak yang terhad

7

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Asal Usul

Umumnya, cerita pendek bermula dengan tradisi penceritaan lisan yang
mengisahkan cerita tersohor seperti ‘Iliad’ dan ‘Odyssey’ karya Homer. Cerita tersebut
disampaikan dalam bentuk puisi yang berirama, dengan irama yang berfungsi
sebagai alat membantu pencerita mengingat alur cerita. Bahagian-bahagian ringkas
dalam cerita ini dipusatkan pada naratif individu yang dapat disampaikan dalam
masa singkat. Keseluruhan kisahnya terpapar apabila semua bahagian cerita selesai
disampaikan. ‘Fabel’ merupakan cerita rakyat yang sarat dengan pesan moral selalu
dianggap sejarahwan Yunani Herodotus sebagai hasil penemuan seorang budak
Yunani yang bernama Aesop pada abad ke-6 SM (meskipun ada cerita-cerita milik
bangsa lain yang dianggap kepunyaan Aesop). Fabel-fabel kuno kini dikenali
sebagai Fabel Aesop. Bagaimanapun, terdapat juga definisi lain yang berkait dengan
istilah Fabel. Fabel, dalam khazanah Sastra Indonesia dan Malaysia seringkali diertikan
sebagai cerita yang memusatkan binatang sebagai pemeran atau watak utama.
Cerita fabel yang popular ialah Kisah Si Kancil.

Selanjutnya, fabel atau cerita rakyat ini berkembang meliputi Sage, Mitos, dan
Lagenda. Sage merupakan cerita kepahlawanan seperti Joko Dolog, Hikayat Awang
Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, dan sebagainya. Mitos pula lebih
terarah kepada cerita yang berkait langsung dengan kepercayaan karut masyarakat
setempat terhadap sesuatu fenomena cerita Nyi Roro Kidul dan Badang. Sedangkan
legenda mengandungi bauran watak dan cerita sebenar dengan tokok tambah
yang berlebihan seperti cerita sesuatu tokoh atau asal usul terjadinya suatu tempat
atau peristiwa. Banyuwangi, Hikayat Hang Tuah, dan Mengapa Ular Sawa Hilang Bisa
merupakan contoh-contoh yang selalu diketengahkan. Bentuk kuno yang lain
daripada cerita pendek ialah Anekdot yang popular pada zaman Kaisar Romawi.

8

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Anekdot berfungsi sebagai perumpamaan iaitu cerita realisti ringkas yang
mengandungi satu pesan, mesej atau tujuan. Kebanyakan tinggalan anekdot
Romawi dikompilasi dalam Gesta Romanorum pada abad ke-13 atau 14. Menariknya,
Anekdot kekal popular di Eropah hinggalah abad ke-18 terutamanya ketika surat-
surat anekdot berisi fiksyen karya Sir Roger de Coverley diterbitkan.

Di Eropah, perkembangan transformasi tradisi Cerita Lisan kepada Cerita Bertulis
bermula pada awal abad ke-14 dengan terbitnya karya Geoffrey Chaucer
Canterbury Tales dan hasilan Giovanni Boccaccio Decameron. Kedua buku ini
merupakan penyusunan sistematik cerita-cerita pendek yang pelbagai bentuk (yang
merentas anekdot lucu ke fiksyen yang dikarang dengan baik), ditempatkan di dalam
cerita naratif yang lebih besar iaitu sebuah Cerita Kerangka yang tidak diadaptasi
penulis. Pada akhir abad ke-16, sebahagian daripada cerita pendek yang sangat
populer di Eropa adalah berbentuk "Novella" atau novel pendek kelam yang tragis
karya Matteo Bandello (terjemahan dalam bahasa Perancis). Pada masa Renaison
atau revolusi perusahaan, istilah novella sering digunakan untuk merujuk cerita-cerita
pendek.

Pada pertengahan abad ke-17, novel pendek atau ‘Nouvelle’ di Perancis telah
diperhalusi dan dimurnikan oleh pengkarya seperti Madame de Lafayette. Pada 1690-
an, dongeng-dongeng tradisional mulai diterbitkan (salah satu daripada kumpulan
yang paling terkenal adalah karya Charles Perrault). Munculnya terjemahan modern
pertama ‘Seribu Satu Malam’ karya Antoine Galland (1704 - terjemahan lainnya
muncul pada 1710–12) menimbulkan pengaruh yang signifikan dan amat hebat
terhadap cerita-cerita pendek Eropah seperti karya Voltaire, Diderot dan lain-lainnya
pada abad ke-18.

9

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Asal Usul Cerpen Moden

Hakikatnya, cerita pendek moden atau cerpen muncul sebagai genrenya tersendiri
pada awal abad ke-19. Contoh cerpen awal termasuklah Dongeng-dongeng Grimm
Bersaudara (1824–1826) dan Evenings on a Farm Near Dikanka (1831-1832) karya
Nikolai Gogol, Tales of the Grotesque and Arabesque (1836) nukilan Edgar Allan Poe
dan Twice Told Tales (1842) hasilan Nathaniel Hawthorne. Pada akhir abad ke-19,
pertumbuhan majalah dan jurnal menyebabkan permintaan dan pasaran membesar
untuk fiksyen pendek yang panjangnya antara 3,000 hingga 15,000 patah perkataan.
Antara cerpen tersohor yang muncul pada period ini ialah ‘Kamar No. 6’ karya Anton
Chekhov. Pada pertengahan abad ke-20, majalah-majalah terkemuka dunia seperti
The Atlantic Monthly, Scribner's, dan The Saturday Evening Post telah memuatkan
cerpen dalam setiap naskah terbitannya. Permintaan drastik terhadap cerpen
bermutu dan bayaran dan keuntungan lumayan untuk cerpen tersebut
menyebabkan F.Scott Fitzgerald berulang-ulang menulis cerpen untuk melunaskan
berbagai hutang peribadinya.

Kemuncak pasaran dan permintaan cerpen dalam majalah semakin berkurangan
apabila pada pertengahan abad ke-20, iaitu bilamana pada 1952 Majalah Life
menerbitkan novella (novel) ‘Lelaki Tua dan Laut’ karya Ernest Hemingway yang
panjang sehingga 5,300,000 eksemplernya laku hanya dalam masa dua hari. Sejak itu,
bilangan majalah komersial yang menerbitkan cerpen telah menurun meskipun
beberapa majalah terkenal seperti The New Yorker terus menerbitkannya di samping
peyediaan ruangan untuknya oleh majalah sastera. Menariknya, kebelakangan ini
cerpen telah menemui nafas baru dalam penerbitannya apabila capaian atas talian

10

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

(on-line accessibility) atau Majalah Atas Talian (On-line Magazine) yang
diselanggarakan oleh blogger.

Katagori Cerpen

Cerpen dapat dikategorikan kepada tiga kategori iaitu;
1. Cerpen sekitar 700 patah perkataan atau kurang
2. Cerpen yang berkepanjangan antara 1000 hingga 1500 patah perkataan
3. Cerpen yang berkepanjangan antara 2500 hingga 5000 patah perkataan. Di
Indonesia, cerpen dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘Cerpen Majalah
(sekitar 6-8 halaman) dan ‘Cerpen Akhbar’ (sekitar 8-12 halaman)

Namun, untuk menetapkan pemisahan cerpen daripada format fiksyen lain yang
lebih panjang seperti novel dan drama adalah sesuatu yang problematik. Definisi
klasik tentang cerita pendek ialah bahawa ia harus dapat dibaca dalam tempoh
waktu sekali duduk (sebagaimana diajukan Edgar Allan Poe dalam esei ‘The
Philosophy of Composition’ pada 1846. Definisi lain pula mambataskan panjang
fiksyen cerpen kepada 7,500 perkataan. Bagaimanapun, dalam konteks
kontemporari istilah cerpen umumnya merujuk kepada karya fiksyen yang
panjangnya maksimumnya tidak melebihi 20,000 perkataan dan panjang
minimumnya pula tidak kurang daripada 1,000 perkataan. Justeru, cerita pendek
kurang daripada 1,000 patah perkataan digolongkan sebagai genre Fiksyen Kilat
(flash fiction). Manakala, fiksyen yang melampuai batas maksimum parameter
cerpen dikategorikan sebagai novelette, novella, atau novel.

11

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Sifat Cerpen

Cerpen kebiasaannya mempunyai satu tema, plot tunggal, watak terhad dan latar
tempat dan budayanya yang terbatas. Sifat ini amat kritikal dalam memastikan
keberkesanan penghayatan Kesan Tunggal atau Unsur Kekaguman kepada
pembaca. Walaupun sifat cerpen yang baik adalah subjektif, tetapi ukuran asas
dalam menentukan sesuatu cerpen itu baik adalah berdasarkan kepada kriteria yang
berikut;

1. Mempunyai kesatuan bentuk yang utuh.
2. Mempunyai jalinan plot yang tunggal, meninggalkan bahagian ataupun sub

cerita yang tidak penting.
3. Persembahan cerita atau kisah yang tidak berlebihan dengan bahasa yang

terkawal. Mempunyai ketajaman gambaran cerita, kehalusan pemerian
bahasa, dan penyerapan unsur keindahan atau puitis seperti perbandingan,
perulangan, dan perlambangan di samping manipulasi bunyi aliterasi dan
asonansi.
4. Mempunyai jumlah watak yang minima agar jalan cerita yang hendak
disampaikan lebih berfokus, lancar dan tidak bercelaru.
5. Mengenengahkan batas latar yang bersesuaian, menarik, serba indah, tetapi
tidak janggal ataupun tidak berlebihan.
6. Menyerapkan mesej dan nilai yang jelas dan bermakna.

Teknik Penceritaan dan Unsur Binaan

Seperti juga teknik penceritaan genre prosa lainnya, cerpen mempunyai tiga Sudut
Pandangan iaitu Sudut Pandangan Orang Pertama, Sudut Pandangan Orang Ketiga
dan Sudut Pandangan Orang Kedua. Sudut pandangan orang pertama dan ketiga
menjadi pilihan yang paling mudah bagi penulis baharu atau amatur dalam

12

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

penulisan cerpen mereka, manakala sudut pandangan orang kedua adalah amat
sukar untuk dijalin dalam karya dan hanya mampu dimanipulasi oleh penulis
profesional atau berbakat. Demikian juga, setiap penulis mempunyai gaya tersendiri
dalam menulis cerpen mereka. Tiada teknik atau kaedah jelas dan pragmatik yang
mesti dipatuhi penulis dalam mengolah cerpen karangannya.

Sememangnya kompleksiti cerpen relatifnya kurang berbanding novel sebab ia
lazimnya hanya memusatkan perhatian pada satu kejadian, satu plot, seting yang
tunggal, jumlah watak yang terbatas, dan kerangka jangka waktu yang singkat.
Dalam genre fiksyen yang lebih panjang seperti novel dan drama, ceritanya
cenderung memuat unsur-unsur inti tertentu dari Struktur Dramatis yang terdiri
daripada Eksposisi (pengantar seting, situasi dan watak utama), Komplikasi (peristiwa
dalam cerita yang memperkenalkan konflik); Aksi Meningkat atau Krisis (saat atau
keadaan tegang yang dialami watak utama dan komitmen mereka terhadap
ketegangan tersebut), Klimaks (titik peristiwa tertinggi dalam pertentangan dan
pengertian konflik atau titik cerita yang mengandung aksi penentuan konflik atau
peristiwa terpenting), Penyelesaian atau Peleraian (bahagian cerita di mana konflik
dipecahkan), dan Moralnya.

Karena kependekannya, cerpen mungkin atau tidak mungkin dapat memuatkan
sepenuhnya pola struktur dramatis tersebut. Sebagai contoh, cerpen moden hanya
sesekali atau jarang menerapkan Eksposisi. Yang lebih lazim ialah awalan cerita yang
mendadak, dengan plot dimulai di tengah aksi atau cerita. Begitupun, seperti dalam
genre prosa yang lebih panjang, plot cerpen juga mengandung Klimaks, atau Titik
Balik atau Kemuncak Pertentangan atau Penyelesaian Konflik. Namun demikian,
dalam kebanyakan karya cerpen, Peleraian atau akhir cerpen biasanya mendadak

13

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

dan terbuka serta jarang menyatakan pesan moral, mesej, dan nilai atau pengajaran
praktis secara formal. Seperti kebanyakan bentuk seni kreatif lainnya, unsur binaan
khas dari sebuah cerpen berbeza menurut aliran atau gaya kepangarangan
penulisnya. Asasnya, cerpen mempunyai dua unsur terpenting iaitu:
(a) Unsur Intrinsik
Unsur intrinsik ialah unsur yang membangun karya itu sendiri. Unsur intrinsik cerpen
mencakupi struktur yang berikut:

 (i) Tema iaitu idea pokok atau pokok persoalan sebuah cerita yang diyakini dan
dijadikan sebagai isu utama sesebuah cerita.

 (ii) Latar (setting) ialah tempat, waktu, suasana, dan gambaran manusia dan
alam sekitar yang mendokong sesebuah cerita. Sebuah cerita harus
mempunyai kejelasan tempat kejadian, masa kejadian, dan gambaran
suasana ketika cerita berlangsung.

 (iii) Plot atau Alur atau Kronologi Peristiwa ialah susunan peristiwa atau kejadian
yang membina sesebuah cerita.

Plot biasanya terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Plot Kronologi atau Maju iaitu susunan peristiwa yang urutannya teratur dan
sesuai dengan urutan waktu kejadian atau cerita yang bergerak langsung ke
hadapan daripada peristiwa A kepada peristiwa Z.
2. Plot Imbas Kembali atau Mundur adalah rangkaian peristiwa yang susunannya
tidak tersusun atau tidak selari dengan urutan waktu kejadian. Lazimnya
kebanyakan peristiwa atau cerita adalah bergerak mengundur (flashback).
3. Plot Eklektik atau Campuran iaitu bauran susunan peristiwa antara plot
kronologi dan imbas kembali.

14

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Secara spesifik, plot mengandungi beberapa tahap perkembangan:
1. Pengantar atau Eksposisi iaitu bahagian permulaan cerita yang menampilkan
lukisan suasana, waktu, tempat atau kejadian yang menjadi awal cerita.
2. Perkembangan atau Penampilan Masalah iaitu bahagian yang menceritakan
masalah yang dihadapi watak cerita.
3. Puncak Ketegangan atau Klimaks iaitu suasana masalah atau konflik dalam
cerita menjadi amat gawat dan memuncak.
4. Ketegangan Menurun atau Antiklimaks yang peringkat awalnya ketegangan
konflik telah diselesaikan tetapi kemudiannya menerbitkan konflik baharu yang
kritikal.
5. Penyelesaian atau Peleraian atau Resolusi iaitu peristiwa bilamana konflik atau
masalah telah dapat diatasi atau diselesaikan.

Perwatakan iaitu indikator sifat dalaman watak atau gambaran karakter seseorang
watak yang dapat dilihat melalui tiga sudut iaitu:

1. Dialog watak (dialog, monolog, dan interior monolog)
2. Penjelasan watak oleh pengarang
3. Penggambaran fizikal watak

Nilai (amanat) pula ialah norma positif, pesanan, nasihat, atau suri teladan yang ingin
disampaikan pengarang melalui cerita.

(b) Unsur Ekstrinsik
Unsur ekstrinsik adalah unsur-unsur yang berada di luar karya sastra, tetapi secara
tidak langsung mempengaruhi bangunan atau anatomi atau struktur fizikal sesebuah
karya sastra. Unsur ekstrinsik meliputi:

15

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

 1) Nilai-nilai dalaman cerita (agama, budaya, politik, ekonomi)
 2) Latar belakang kehidupan pengarang
 3) Situasi sosial ketika cerita itu diciptakan

Tujuan Penulisan Cerpen

Lazimnya, terdapat sekurang-kurangnya sepuluh tujuan seorang penulis menghasilkan
karya cerpen iaitu;

1. Mencari kepuasan berkarya dan berkongsi idea atau pemikiran
2. Membuat kritikan sosial
3. Melakukan teguran sosial
4. Melepaskan geram
5. Memenuhi fitrah kesenian atau keindahan seni kreatif.
6. Menyampaikan pengalaman keagamaan, untuk berdakwah, menyebarkan

propaganda, dan aliran pemikiran.
7. Menyebarkan dan membuat perkongsian ilmu, pengalaman, dan kemahiran.
8. Mencipta populariti
9. Mencari habuan materil atau ganjaran kewangan.
10. Memenuhi kehendak ‘Self Actualization’ melalui perngoptimaan serlahan bakat

penulisan kreatif.

Antara Cerpen Dunia Terkenal

1) ‘An Occurrence at Owl Creek Bridge’ oleh Ambrose Bierce.
2) ‘Yours Truly, Jack the Ripper’ oleh Robert Bloch.
3) ‘A Sound of Thunder’ oleh Ray Bradbury
4) ‘Cathedral oleh Raymond Carver
5) ‘The Most Dangerous Game’ oleh Richard Connell

16

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

6) ‘The Story of an Hour’ oleh Kate Chopin
7) ‘A Rose for Emily’ oleh William Faulkner
8) ‘The Overcoat’ oleh Nikolai Gogol (terjemahan dari bahasa Rusia)
9) ‘Young Goodman Brown’ oleh Nathaniel Hawthorne.
10) ‘The Snows of Kilimanjaro’ oleh Ernest Hemingway
11) ‘The Gift of the Magi’ oleh O. Henry
12) ‘The Lottery’ oleh Shirley Jackson
13) ‘The Monkey's Paw’ oleh W.W. Jacobs
14) ‘The Dead’ oleh James Joyce
15) ‘In der Strafkolonie’ oleh Franz Kafka (terjemahan dari bahasa Jerman)
16) ‘The Call of Cthulhu’ oleh H.P. Lovecraft
18) ‘Bartleby, the Scrivener’ oleh Herman Melville
19) ‘A Good Man Is Hard to Find’ oleh Flannery O'Connor
20) ‘The Tell-Tale Heart’ oleh Edgar Allan Poe
21) ‘Brokeback Mountain’ oleh Annie Proulx
22) ‘The Red Room’ oleh H.G. Wells
23) ‘The Last Question’ oleh Isaac Asimov

Manakala karya cerpen tersohor tanah air, antaranya dibarisi oleh hasilan yang
berikut;

1) ‘Bayang-bayang Kelabu’ oleh SN Abdullah Hussain
2) ‘Prejudis’ oleh Ali Majod
3) ‘Jika Esok Tiba’ oleh SN Anwar Ridhwan
4) ‘Surat Dari Gunung’ oleh SN Arena Wati
5) ‘Paku Payung dan Limau Mandarin’ oleh Azizi Hj. Abdullah
6) ‘Destinasi’ oleh Baharuddin C.D.

17

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

7) ‘Nasinya Tumpah’ oleh Fatimah Busu
8) ‘Pada Satu Dimensi’ oleh Baharuddin Kahar
9) ‘Anang’ oleh SN Kemala.
10) ‘Hallucination’ oleh SN Keris Mas
11) ‘Pengadilan’ oleh Mana Sikana
12) ‘Monyet, Monyet, Monyet’ oleh Othman Putih
13) ‘Dongeng Merdeka’ oleh SN Shahnon Ahmad
14) ‘Seorang Tua, Sebuah Masjid Lama, Sebuah Kota’ oleh S. Othman

Kelantan.
15) ‘Angin Pulau’ oleh Siti Zainon Ismail
16) ‘Matinya Seorang Perempuan’ oleh SN Usman Awang.
17) ‘Longkang’ oleh SN A. Samad Said

Kesimpulan

Cerpen yang sifatnya sebagai prosa fiksyen neratif merupakan genre yang boleh
diolah dengan indah melalui manipulasi gaya bahasa dan Kesan Tunggalnya emosi
pembaca amat signifikan dan ketara apabila menghayatinya. Ketarbatasan tema,
persoalan, plot atau alur peristiwa, watak dan perwatakan, mesej, latar, dan nilai
dengan teknik penceritaan yang menarik menjadikan satu karya kreatif yang boleh
dinikmati dalam masa yang singkat dan pengarang sendiri mempunyai ruang yang
luas untuk memperbanyakkan karya pelbagai tema dan kritikan sosial yang menarik
untuk dijadikan ‘Sejarah Sosial’. Siratannya, membaca dan menghayati cerpen
membolehkan kita melihat pelbagai isu sosial dan persekitaran semasa yang
merentas batasan demografi dan geografi.

18

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Rujukan

1) Ali Ahmad (1994), Pengantar Pengajian Kesusasteraan, DBP, Kuala Lumpur.
2) Dharmawijaya (1987), Intisari Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden, Petaling

Jaya, Selangor.
3) Hamzah Hamdani (1988), Pemikiran Sastera Nusantara DBP, Kuala Lumpur.
4) Hashim Awang (1998). Penciptaan dan Kemanusiaan Dalam Cerpen dan Novel.

Fajar Bakti, Kuala Lumpur
5) Jasni Matlani (2011). Panduan Menulis Cerpen. PTS Profesional Sdn. Bhd, Batu

Caves
6) Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998), Pengajian Melayu 4:

Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Selangor darul
Ehsan.
7) Mana Sikana (2008), Teori Sastera Kontemporari, Pustaka Karya, Bangi, Selangor.
8) Mawar Safei dan Nisah Haji Haron (2011). Bagaimana Saya Menulis: Proses
Penciptaan Cerpen. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
9) Othman Puteh (1996). Pengajaran Sastera. DBP, Kuala Lumpur.
10) Othman Puteh (1988). Persediaan Menulis Cerpen. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
11) Samsuddin Mahmood dan rakan (2004), Modul Pengajaran dan Pembelajaran
KOMSAS Tingkatan 4 dan 5, DBP Kuala Lumpur.
12) Zainon Sheikh Ahmad (1998), Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden STPM,
Penerbit Elman, Kuala Lumpur.

19

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Dalam Naungan

Rahmat Ilahi

Oleh:

Syamsir Moktar (PISMP Math Jan. 2012)

Cintakan Allah SWT harus mengatasi kedalaman cinta terhadap manusia
dan alam.Tegasnya cinta terhadap manusia dan alam itu sendiri mesti
berpaksikankan kecintaan kepada Ilahi dalam erti mempertahankan hakikat
nilai syariat dan keimanan dalam percintaan sesama insan meski digugah

rengkuhan nafsu dan amarah .

20

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

A“ ssolah tu khairum minan na um... Assolah tu khairum minan na um... Allahu akhbar

Allahu akhbar. La ila ha illallah…”
*****

“Haiqal. Bangun Qal. Dah subuh dah ni. Bangun-bangun. Ummi dan adik dah siap
dah tu. Mari kita jemaah sama-sama. Bangun nak.”. Lunak suara abah kedengaran di
cuping telinga Haiqal yang sedang lena dibuai lembut sang embun pagi. Meski mata
terasa berat untuk di celik, Haiqal tetap gagah untuk bangkit dari buaian mimpi.

Dalam keheningan subuh, terasa beku kaki Haiqal sejurus mencecahkan kaki ke bilik
mandi. Segayung demi segayung air dijirus ke tubuhnya untuk menyegarkan badan
sebelum menunaikan fardu Subuh bersama keluarga. Wuduk kemudian ditadah
dengan sempurna. Lalu jemaah Subuh berdiri seiring mengangkat takbir.

“Haiqal. Syafiq. Kamu berdua saja mutiara abah dan ummi. Haiqal dan Syafiq saja
pejuang agama abah dan ummi. Jadi anak-anak yang soleh ya. Jangan sesekali
ingkar perintah Allah. Taat pada suruhan-Nya. Jauhi larangan-Nya. Abah dan ummi
semakin hari semakin meningkat usia. Mungkin sesaat lagi Allah akan menjemput
abah dan ummi menghadap-Nya. Ingat ya. Hidup di dunia ni perjalanan yang singkat
saja. Akhirat nanti destinasi tujuannya. Kalau Haiqal dan Syafiq tak kumpul bekalan
yang cukup semasa di perjalanan dunia, destinasi akhirat yang yang di impi cuma
tinggal mimpi.”. Nasihat pendek abah kepada Haiqal dan Syafik seusai menunaikan
solat Subuh. Ummi mencium tangan abah. Begitu juga yang dilakukan oleh Haiqal
dan Syafik.

21

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Syafik terus melangkah ke bilik untuk bersiap ke sekolah. Abah pula bersiap-siap untuk
ke tempat kerja. Ummi bertungkus-lumus menyiapkan sarapan untuk mereka semua.
Haiqal pula masih duduk di atas sejadah sambil melagukan bacaan qurannya.
Selesai membaca quran, Haiqal turut bersiap untuk ke sekolah.

Haiqal merupakan pelajar terbaik sekolahnya dan kini berada di tingkatan 5. Hanya
tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan SPM bermula. Meskipun
bergelar pelajar cemerlang, Haiqal tidak sombong dengan kedudukan yang dia miliki
sekarang. Baginya, itu semua anugerah Allah yang bernilai untuk dirinya. Syafik pula
adalah adik kepada Haiqal dan merupakan pelajar tingkatan 2 di sekolah yang sama
dengan Haiqal. Walau pun Syafik tidaklah sebijak abangnya, namun dia merupakan
atlet kebanggaan sekolah yang sering membolot beberapa pingat dalam setiap
Kejohanan Sukan yang dianjurkan.

*****
“Hai Haiqal. Awak apa khabar? Sihat tak? Dah makan? Jom kita sarapan sama-sama.
Nak tak?”. Sapaan rakan sekelas Haiqal.
“Eh. Ain rupanya. Assalamu’alaikum. Saya sihat alhamdulillah. Sudah saya makan
pagi tadi di rumah. Sorry ya. Saya dah kenyang dah ni. Tak dapat teman awak
makan.”. Jawab Haiqal dengan penuh berhemah.
Shazatul Ain merupakan rakan sekelas Haiqal. Orangnya kecil molek dan sentiasa
kelihatan ceria serta memiliki wajah yang berseri-seri. Tidak hairanlah ramai jejaka di
sekolah tersebut cuba untuk memikat Shazatul Ain atau nama manjanya Ain. Namun,
Ain tidak pernah tertarik dengan taktik jejaka yang cuba memikatnya. Baginya, jejaka
sebegitu cuma inginkan keseronokan dan tidak punya keikhlasan. Namun dalam
hatinya, sering terusik dengan Haiqal. Haiqal bukan jenis jejaka yang akan berusaha
memikat beribu gadis. Haiqal adalah seorang jejaka yang sopan, sentiasa tenang,

22

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

gemar senyum dan ramah tapi pemalu dengan perempuan yang tidak berapa
dikenalinya.

Haiqal mudah berkawan dan bergurau dengan rakan-rakan lelaki walaupun mereka
tidak mengenali dengan rapat. Namun, Haiqal sedikit kaku bila berdepan dengan
gadis-gadis di sekolah yang bukan rakan sekelasnya. Berat terasa mulut Haiqal untuk
berbicara dengan mana-mana perempuan di sekolah. Akibat terlalu segan, Haiqal
lebih gemar menundukkan pandangan matanya bila berlimpasan dengan mana-
mana perempuan di sekolah. Perwatakan Haiqal yang jauh berbeza dari lelaki lain di
sekolahnya menyebabkan ramai muslimah yang jatuh hati kepadanya termasuk
Shazatul Ain. Namun, tiada seorang pun muslimah yang berani menyatakan
perasaan mereka kepada Haiqal kerana mereka segan dan hormati Haiqal sebagai
lelaki yang tidak suka berfoya-foya.

“Laaa. Awak dah sarapan la ya. Tak apalah. Nanti lain kali awak kena temankan
saya sarapan ya. Kalau tidak, saya tak nak kawan dengan awak lagi. Hehe. Saya nak
makan dulu ya. Eh saya terlupa jawab salam awak tadikan? Hehe. Wa’alaikumsalam.
Okey saya pergi dulu. Salam’alaik.”. Balas Ain kepada Haiqal lantas menuju ke kantin.
“Insya-Allah. Kalau saya tak makan di rumah, Insya-Allah saya temankan awak
sarapan ya Ain. Baik. Salam’alaik.”. Jawab Haiqal lagi sambil mengukir senyuman
pada rakan sekelasnya itu.

*****
Semakin hari, Haiqal semakin risau kerana SPM semakin dekat. Haiqal tahu dia
mampu mencapai keputusan yang cemerlang, namun, semenjak beberapa hari lalu,
hati Haiqal terasa resah. Tiap kali hendak ke kelas atau terserempak dengan Ain,

23

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Haiqal sering berasa cemas. Ternyata, kini Haiqal telah jatuh hati dengan muslimah
sekelasnya sendiri iaitu Shazatul Ain.
“Ya Allah Ya Aziz. Tenangkanlah hatiku. Sucikan jiwaku. Jauhkan aku dari godaan
nafsu syaitan. Jauhkan aku dari kelalaian duniawi. Jauhkan aku dari fitnah akhir
zaman wahai Allah. Dengari rintihanku wahai Allah. Dekatkan diriku dengan
lembayung rahmat-Mu. Pahatkan hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu. Amin Ya
Robbal ‘Alamin.”. Lafaz doa Haiqal seusai menunaikan fardu maghrib di surau.

Hari demi hari, Haiqal masih cuba mengawal perasaannya. Haiqal sering mengelak
dari bertemu dengan Ain. Sehinggakan Ain sedar yang Haiqal semakin menjauhkan
diri darinya. Ain cuba mendapatkan Haiqal. Namun. Haiqal tetap terus mengelak. Ain
berasa sangat sedih. Keceriaan yang sering terpancar di raut wajahnya semakin
pudar. Terkadang, Haiqal rasa sangat bersalah membiarkan Ain terus dalam tanda
tanya. Haiqal kini berada dalam dilema. Kepalanya semakin runsing. Namun, Haiqal
gagahi dirinya untuk bertemu dengan Ain dan menyatakan sebab dia semakin
menjauhkan diri. Kini Haiqal bertekad akan menjelaskan semuanya pada Ain. Dengan
harapan yang Ain akan faham dengan situasi dirinya.
“Assalamu’alaikum Ain. Awak sihat? Awak okey tak ni?”. Sapa Haiqal ringkas.
“Wa’alaikumsalam. Haiqal? Eh saya sihat saya sihat. Awak apa khabar? Lama dah
tak berborak dengan awak.”. Balas Ain dengan rasa terkejut bila mendengar sapaan
dari Haiqal.
“Saya sihat alhamdulillah. Saya minta maaf ya sebab jarang dah berborak dengan
awak. Bukan niat saya nak jauhkan diri. Tapi, ada sesuatu perkara yang saya perlu
jelaskan pada awak supaya awak tak rasa kecil hati dengan perlakuan saya.”. Balas
Haiqal lagi.

24

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Ain mengerut kening tanda kehairanan. Semakin penuh persoalan di minda Ain
dengan kata-kata Haiqal sebentar tadi. Namun, dia hanya berdiam dan menunggu
sambungan bicara Haiqal.
“Ain, saya terus terang saja ya. Ain, sebenarnya, saya tewas dengan hati saya. Saya
menjauhkan diri dari awak bukan kerana saya bencikan awak. Tapi saya takut awak
akan membenci saya.”. Sambung Haiqal lagi dengan raut muka yang merah padam.
“Kenapa pula saya perlu benci dengan awak? Saya tak fahamlah Qal. Cuba terus
terang.”. Kini Ain mencela sambil menantikan penjelasan dari Haiqal.
“Ain, saya suka pada awak. Saya suka pada awak lebih dari seorang rakan sekelas.”.
Jawab Haiqal ringkas.
Ain terpaku dengan jawapan Haiqal. Namun, beberapa detik kemudian Ain
tersenyum. Ain memasukkan buku yang dibacanya sebentar tadi perlahan-lahan ke
dalam beg sambil hendak memulakan bicara.
“Haiqal, awak ni janganlah emotional sangat. Saya tak benci pada awak pun. Awak
nak tahu. Saya sebenarnya dah lama menunggu awak ucapkan hal ni pada saya.
Haiqal, saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya sudi menjadi insan istimewa untuk
awak.”. Balas Ain sambil mengukir senyuman.

Selepas hari itu, Haiqal dan Ain semakin rapat. Hubungan percintaan Haiqal dengan
Ain semakin hangat diperkatakan di sekolah. Begitu ramai guru cuba menasihatkan
Haiqal agar tumpukan perhatian pada SPM sebelum lalai dengan hubungan
percintaan. Namun, Haiqal tidak lagi mengendahkan nasihat guru-gurunya.
Semakin hari, Haiqal semakin berubah. Dia seakan-akan tidak lagi seperti Haiqal yang
dahulu. Perasaan malu dan segan terhadap perempuan semakin berkurang dalam
diri Haiqal. Dia yang dahulunya merupakan lelaki yang kuat menjaga batas
pergaulan, kini berubah sikap dan lalai dengan percintaannya dengan Ain. Kini

25

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Haiqal sering meninggalkan solat fardu dan membaca quran. Dalam fikirannya cuma
padat dengan hembusan bayu cinta Ain. Hingga Haiqal lupa pada cinta yang Hakiki
dan Sejati. Yakni cinta Ilahi.

Akibat terlalu leka, Haiqal sering berbohong kepada abah dan ummi. Setiap petang
Haiqal akan balik lewat dari sekolah dengan alasan, menghadiri kelas tambahan.
Namun, Haiqal tidak pernah sekalipun hadir ke kelas tambahan pada waktu petang.
Haiqal sering menemani Ain berjalan pulang ke rumah. Kehidupannya semakin
hancur dengan cinta hasutan hawa nafsu syaitan.

Akhirnya, Syafiq tidak tahan lagi dengan sikap yang ditunjukkan oleh abangnya.
Syafiq menceritakan hal sebenar mengenai Haiqal kepada abah dan ummi. Abah
dan ummi begitu kecewa dengan sikap Haiqal. Ketika Haiqal pulang ke rumah, abah
memarahi Haiqal dan memberi amaran pada Haiqal. Seumur hidup Haiqal, baru kali
ini dia di marah dengan teruk. Haiqal berasa malu dengan jiran-jiran yang
mendengar celoteh abah padanya. Namun, Haiqal tetap tidak juga berubah.

*****
Kini peperiksaan SPM telah tamat. Haiqal berasa gembira kerana dia kini telah tamat
berada di peringkat menengah. Kini dia cuma perlu menunggu keputusan SPM yang
akan diumumkan selepas 3 bulan dari tarikh tamat SPM. Haiqal tidak sabar-sabar
menantikan keputusan SPM yang di dudukinya. Dia benar-benar yakin akan
mencapai keputusan 12 A+ dan lahir sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.
Setelah tiga bulan berlalu, keputusan SPM kini diumumkan. Seperti yang dijangka.
Haiqal merupakan pelajar cemerlang sekolah dengan pencapaian 12 A+. Haiqal
berpuas hati dengan hasil usahanya selama ini.

26

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Kini Haiqal akan meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Haiqal memilih
untuk belajar di Institut Pendidikan Guru dan akan keluar sebagai Ustaz kerana
memilih kursus Pengajian Agama sebagai opsyen pilihan.
“Syukur alhamdulillah saya layak menyambung pelajaran di maktab dalam kursus
agama ni.”. Bisik hati Haiqal selepas membaca surat tawaran meneruskan pengajian
di IPG dalam kursus agama.
Shazatul Ain pula akan meneruskan pengajian keluar negara dalam bidang
perubatan di Universiti Al-Azhar setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Walaupun mereka terpisah jauh, kehangatan cinta mereka tidak pernah luntur.

*****
“Haiqal anak abah. Belajar rajin-rajin ya di maktab nanti. Kaut banyak-banyak ilmu
agama dan keluarlah dari maktab sebagai seorang Ustaz dan Ulama’ yang
menegakkan syariat Allah. Jangan tinggal solat ya nak.”. Nasihat ringkas abah pada
Haiqal.
“Anak ummi. Jangan lupa pada ummi ya sayang. Jangan lupa telefon ummi ya.
Jaga kesihatan baik-baik di tempat orang. Jangan bermusuh-musuhan dengan
rakan-rakan baru ya. Jaga iman dan akhlak baik-baik. Ummi pasti akan rindukan
Haiqal nanti. Ummi doakan Haiqal berjaya dunia akhirat.”. Nasihat ummi pada Haiqal
sambil menitiskan embun mata penuh sebak.
“Baik abah. Baik ummi. Haiqal akan dengar semua nasihat abah dan ummi. Doakan
Haiqal berjaya ya abah. Terus-terus doakan Haiqal ya ummi. Haiqal pergi dulu.
Assalamu’alaikum.”. Jawab Haiqal dan berlalu pergi dengan tekad memenangi
perjuangan di medan ilmu yang di ceburinya.

27

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Suasana semakin sunyi selepas kapal terbang yang dinaiki Haiqal berlepas ke udara.
Ummi tidak dapat menahan sebak di dada apabila anak sulungnya telah pergi
menyahut seruan ilmu. Begitulah kasihnya seorang ibu kepada anak. Berat hati untuk
melepaskan. Namun, demi suatu perjuangan, tetap di relakan. Dengan iringan doa
yang sentiasa menjadi teman kepada anak-anak yang jauh di mata.

*****
“Assalamu’alaikum saudara? Boleh saya masuk?”. Sapa Haiqal ketika hendak
memasuki satu bilik di asrama.
“Wa’alaikumsalam warahmatullah. Masuklah saudara. Saudara ni roommate sayalah
ni kan? Nama saya Thariq Ziyyad. Kawan-kawan di sekolah dulu biasa panggil Ziyyad.
Nama saudara siapa?”. Sahut Ziyyad, teman sebilik Haiqal sambil menghulurkan
tangan untuk bersalaman.
“Ya saya ni roommate saudara Ziyyad. Nama saya Syed Haiqal. Selamat berkenalan
saudara.”. Balas Haiqal sambil mengukir senyuman kerana memiliki teman sebilik yang
berbudi bahasa dan pekerti yang baik.
“Eh. Tak payahlah bersaudara-saudara dengan saya. Panggil Ziyyad pun dah cukup.
Saya panggil awak Haiqal saja ya. Dah nak masuk waktu zohor ni Haiqal. Jom kita
siap-siap pergi surau. Jemaah di surau saja kita.”. Pelawa Ziyyad pada Haiqal.
“Ya. Dah nak zohor dah ni. Marilah ke surau.”. Balas Haiqal padat.

Bermulalah persahabatan Haiqal dan Ziyyad di maktab perguruan tempat mereka
belajar. Haiqal dan Ziyyad bukan sahaja menjadi teman sebilik, malah, mereka juga
merupakan teman sekelas dalam Unit Pengajian Agama Islam. Tidak dinafikan
bahawa Haiqal mempunyai ilmu dan pengetahuan yang banyak. Namun, Ziyyad

28

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

juga merupakan salah seorang pelajar terbaik dan berpengetahuan tinggi serta
berakhlak terpuji.

Persahabatan mereka semakin hari semakin erat. Mereka sering bertukar-tukar ilmu
dan idea dalam pembelajaran. Mereka juga sering bertanding menjawab soalan-
soalan kuiz dari buku-buku rujukan yang mereka peroleh. Walaupun sering bertanding
dalam ilmu dunia, mereka tidak lupa pada ilmu akhirat. Mereka akan saling
memperbetulkan bacaan al-quran masing-masing selepas menunaikan solat di surau.
Ada ketika, mereka akan cuba menghafaz surah-surah panjang dan mendalami
makna ayat-ayat quran dengan lengkap. Mereka sememangnya serasi menjadi
teman sebilik kerana kesungguhan mereka dalam menimba ilmu agak setaraf.

Sebagai seorang sahabat, Ziyyad tidak pernah lupa tanggungjawabnya terhadap
sahabat karibnya itu. Ziyyad sedar yang Haiqal sedang dalam kehangatan cinta
yang belum halal untuk dinikmati. Hampir setiap hari Ziyyad melihat Haiqal bertelefon
dengan seorang perempuan. Ziyyad dapat mengagak bahawa sahabat karibnya itu
telah terlalai jauh dengan dodoian cinta.
“Ya Tuhanku, lindungilah sahabat ku Haiqal, dari kelalaian hati. Sesungguhnya usia
remaja kami ini begitu mudah lalai dengan cinta yang akan memusnahkan akhlak
kami. Jauhkanlah kami dari perkara yang akan merosakkan hati kami. Engkau
tiupkanlah cahaya iman yang akan menyinari semula hati sahabat ku itu Ya Allah.
Janganlah engkau biarkan dirinya jauh hanyut dan terleka. Amin Ya Robbal ‘Alamin.”.
Doa yang sering di panjatkan oleh Ziyyad untuk sahabatnya Haiqal.

Hampir setiap hari Ziyyad akan cuba menasihati Haiqal dengan penuh berhikmah.
Sesuai dengan suruhan Rasulullah supaya umatnya berdakwah secara berhikmah.

29

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Ziyyad tahu, Allah mempertemukan dirinya dengan Haiqal adalah untuk menjadi
pendorong kepada Haiqal agar menjadi insan yang berakhlak mulia. Ziyyad akan
cuba mengajak sahabatnya itu berubah tanpa rasa putus asa. Sesuai dengan firman
Allah.
“dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang
baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang
bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.” {Ali-Imran Ayat 104}

*****
Semakin hari Haiqal semakin melupakan Ain. Hatinya berasa gembira apabila
bertemu dengan seorang sahabat yang mampu meningkatkan daya saingnya
dalam mendalami ilmu. Tanpa disedari, Haiqal semakin berubah menjadi insan yang
berakhlak terpuji seperti Haiqal yang dahulunya sebelum bercinta dengan Ain. Akibat
tidak tahan menanti panggilan dari Haiqal, Ain terdahulu cuba menghubungi Haiqal.
“Assalamu’alaikum awak. Awak sihat tak? Kenapa awak tak call saya? Awak dah
ada makwe baru ya?”. Ain memulakan bicara dengan penuh manja.
“Wa’alaikumsalam awak. Ya saya sihat. Maaf sebab lupa nak hubungi awak. Saya
sibuk sikit. Mana saya ada makwe baru.”. Balas Haiqal dengan tenang.
“Awak. Saya rindu pada awak. Awak tak rindu saya?”. Sambung Ain lagi.
“Astaghfirullah hal adzim. Hmmm. Awak, saya ada emergency meeting tiba-tiba ni.
Nanti saya call awak lagi bila-bila masa ya. Assalamu’alaikum awak.”. tuttt… Jawab
Haiqal seraya memutuskan talian telefon dengan Ain.

Haiqal tersentak dengan kata-kata Ain tadi. Tubuh Haiqal menggeletar dengan ayat
yang di keluarkan oleh Ain. Haiqal berasa seakan-akan dirinya bukan lagi Haiqal yang

30

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

sering keluar bersama-sama Ain suatu ketika dahulu. Dirinya terasa sangat berdosa.
Hatinya seakan-akan dirasa sangat gelap tanpa sinaran cahaya. Kaki Haiqal
menggigil. Lalu Haiqal melutut longlai di hadapan Tafsir kecil yang abah hadiahkan
padanya. Tangannya mencapai Tafsir tersebut. Hatinya semakin sayu tika memegang
kitab Furqan yang abah berikan padanya itu. Empangan matanya mula retak
mengalirkan titisan-titisan lembut ke pipinya. Sejenak, ledakan ombak hatinya
memecahkan benteng air mata. Haiqal menangis tatkala memeluk erat Tafsir
kecilnya. Hati Haiqal cuma mampu merintih memohon keampunan dari Yang Maha
Esa. Atas segala dosa dan noda yang menzalimi dirinya.
“Allah… Ya Allah… Wahai Allah… Pimpin daku semula Ya Allah!..”. Jerit hati Haiqal
dengan linangan air mata yang tiada hentinya.
Hati Haiqal terasa sangat sakit dek mengingat kembali dosa yang dilakukannya. Dia
sedar yang dia telah jauh terlalai. Akibat jatuh ke jurang cinta nafsu, Haiqal sanggup
menipu abah dan ummi. Akibat hanyut dengan cinta, Haiqal berani berdua-duaan
dengan wanita yang bukan halal untuknya. Konflik yang dihadapi semakin
membadai jiwanya. Terasa sangat berat untuk ditanggung. Haiqal cuma mampu
berdoa dan terus berdoa. Memohon pada Yang Esa agar di teguhkan semula
imannya dan di permudahkan untuknya menjauhi segala noda dan dosa.

Hampir setiap malam Haiqal beribadah di surau. Dia mula memperbanyakkan
tahajud dan solat-solat sunat. Mengharapkan bantuan dan perlindungan Ilahi.
Betapa besarnya dirasa kesilapan yang dilakukan. Setelah hidayah ditiupkan ke hati,
keinginan kembali ke jalan yang di redhai semakin pasti.

*****

31

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

“Tika hati di sentuh dengan Nur(cahaya) Hidayah Rabbul Izzati, yang lahir cuma cinta
kepada pemilik segala cinta. Cinta Khaliq yang hakiki dan abadi. Tiada tandingannya
dengan cinta insani. Cinta yang akan membawa ke syurgawi.”. Kata azimat terindah
kedengaran memecah kesunyian ruangan redup surau. Haiqal terus menoleh ke
belakang untuk melihat siapakah gerangan hamba Allah yang berbicara dengannya.
“Ziyyad!.”. Sebutir kata terungkap di bibir Haiqal selepas terkejut melihat Ziyyad
berada di belakangnya.
“Sahabatku Haiqal. Saya tahu betapa beratnya dugaan yang di tempuhi olehmu.
Namun, tidakku dapat menduga betapa lagi beratnya apabila engkau kuat
menempuhi segala dugaan ini. Tapi percayalah, indahnya suatu cubaan Allah itu jika
di sertakan dengan tawakal dan redha menanti seribu hikmah. Moga Allah
bersamamu sahabatku. Terus kuat menghadapi segala rintangan hidup. Ingatlah
sahabatku...”.
“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” {Al-
Baqarah Ayat 216}
“Sahabatku Haiqal, percayalah, Allah itu penyayang. Tidak akan dibebankan
padamu apa yang tidak mampu untuk dirimu tanggung. Ingat firman Allah…”.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia
mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan Yang diusahakannya.” {Al-Baqarah Ayat 286}
“Daku percaya wahai sahabat, kemenangan yang pasti akan Allah berikan padamu
jika dirimu dalam kalangan mereka yang bersabar…”.

32

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang Yang khusyuk.” {Al-Baqarah Ayat 45}
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh
syurga.” {At-Taubah Ayat 111}
“Sahabatku, ku yakin dengan ketebalan iman di hatimu. Dengan ujianmu ini, telah
terpancar kemanisan iman yang akan engkau miliki. Bergembiralah dan bersyukurlah.
Allah masih sudi memelukmu di saat engkau jauh hanyut dengan cinta duniawi.”. Ulas
panjang lebar Ziyyad yang cuba menenangkan sahabatnya Haiqal.

Dalam tangisan, Haiqal mengukir senyuman buat sahabatnya itu. Benar segala yang
dikatakan. Tidak ada sedikit pun keraguan di hatinya. Sujud syukur disertakan oleh
Haiqal tanda terima kasih kepada pemilik hatinya.
“Ya Allah. Syukur pada-Mu ku panjatkan. Kerana Engkau sudi menghidupkan cahaya
di hatiku. Menyuburkan rasa takwa ku pada-Mu. Dan menarik ku semula tika ku jatuh
ke lembah kelalaian. Ku mohon pada-Mu Ya Allah, jangan engkau bolak-balikkan
hatiku sesudah engkau memberi rahmat dan hidayah-Mu padaku. Ku mohon engkau
teguhkan hati dan cinta ku buat-Mu. Dan permudahkan pada ku untuk menghurai
segala kekusutan yang terbina tika ku leka. Hanya pada-Mu ku mohon wahai Allah…”.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau
Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami
bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-
orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan
kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah

33

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum Yang kafir.” {Al-Baqarah Ayat 286}
Doa di panjatkan pada Yang Maha Esa tanda kebesaran-Nya mengatur segala isi
kandungan dunia. Haiqal telah kembali ke pangkal jalan. Meneruskan kehidupan
sebagai muslim sejati. Mujahid soleh yang berjuang demi menegak syariat Allah.
Jiwanya kini semakin tenang. Shazatul Ain menerima dengan mudah segala kata-
kata Syed Haiqal untuk memutuskan perhubungan cinta mereka berdua. Kerana
yang perlu di kejari adalah cinta Allahu Rabbi. Bukan cinta insani. Benarlah. Manisnya
kesan iman yang diterangi dengan hidayah Allah. Indahnya suatu kehidupan jika
disulami dengan ketakwaan. Sempurnanya suatu perjuangan dengan penuh
ketabahan. Anugerah cinta yang sangat berkuasa. Anugerah cinta yang tiada tolok
bandingannya. Itulah Anugerah Cinta Ilahi. Terus kekal dan abadi di sanubari. Dalam
Naungan Rahmat Ilahi.

34

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Hitam Putih
Oleh: Carrie Scholastica Bensing

Erti persahabatan ialah apabila sanggup mengenepikan kepentingan diri dan
berkorban untuk kesejahteraan rakan yang dalam kesusahan dan sama-sama

merasakan kebahagiaan ketika senang. Erti persahabatan juga melihat
kesalahan rakan sebagai sesuatu yang harus diperbetulkan agar kesedaran diri
dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian.Tegasnya cinta sahabat bertunas

apabila kita berupaya menyerap nilai persahabatan menjadi sebahagian
daripada dogma diri.

35

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Kini……

“Hei kawan-kawan! Bila kita nak lepak sama-sama lagi seperti dulu?” Tanya Chong
dengan rakan-rakannya.
“Sudah lama kita tidak berjumpa kan, Rex?”
“Ya! Apa khabar kamu semua? Are you all okay?”
“Mentang-mentanglah sekarang ni sudah menjadi seorang pegawai polis… speaking
lah pula si kawan ni.” Vanessa mencelah perbualan itu.
“Nessa, mana ada begitu, saya sama seperti dulu.”
Dalam diam-diam Rex teringatkan akan salah satu daripada teman baik mereka. Neo.
Di manalah dia berada sekarang. Tapi Rex tidak tahu satu pun akan hal sebenar yang
berlaku 10 tahun yang lalu.
Dalam bisikan hatinya berkata, ‘Bagaimanakah keadaan dia sekarang?’
Chong juga turut serta dalam perjumpaan mereka setelah 10 tahun tidak berjumpa.
Mereka bertemu dan berkumpul kembali di sebuah Restoran yang mereka sering
pergi dahulu. Keadaan mereka semuanya sudah berubah. Masing-masing dengan
kerjaya sendiri, Chong pula sudah memiliki sebuah syarikat, manakala Vanessa
bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat insurans yang terkenal di Malaysia. Eve
pula tidak tahu ke mana…

“Hei..Hei..!!! Ingatkah kamu lagi dengan Neo???” Tanya Rex pada rakan-rakannya.
“Emmm…emm.. Rex? sebenarnya Neo sudah lama berada di dalam penjara… atas
tuduhan mencuri wang sebanyak 200 ribu selepas saja kamu meninggalkan kampung
kita dahulu.” Kata Vanessa kepada Rex.
“Hah??! Apa? Bagaimana hal ini boleh berlaku sebenarnya? Kenapa tidak ada
seorang pun bagi tahu hal ini kepada saya?!”

36

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

“Kisahnya panjang Rex……. susah nak terangkan….”
Vanessa dan rakan-rakannya mula menceritakan semula hal yang sudah 10 tahun
berlaku itu kepada Rex….
Rex terkilan mendengar tragedi itu…
Chong dan rakan-rakan yang lain cuba mengimbas kembali saat-saat manis mereka
bersama sewaktu zaman remaja mereka…
10 tahun yang lalu..

“Hei..hei Chong kamu ni tau ka tidak menari Sumazau yang betul? Kalau orang
Kadazan bilang Kanau Sumazau bah…”
“Eh! Kamu ingat saya ni sino tidak pandai Sumazau kah? saya pun tau bah macam
mana mau Sumazau?”
“Sabar…sabar jangan marah nanti cepat tua Chong”
“Yala…saya tidak marah..saya main-main saja pun takkan panas..”
“Eh Neo, cepatlah mari kita berlatih menari dulu, tidak lama lagi Kaamatan sudah
ni.”
“You guys ready sudahkah ni untuk persembahan kita nanti?” Tanya Neo.
“Well, itulah sebabnya kita mesti berlatih sebaik-baiknya barulah kita dapat buat
persembahan kita yang terbaik nanti di KDCA.”
“Ya, betul cakap kamu Chong!”
“Jom kita sumazau!” Teriak Neo.
Bunyi lagu Sayang Kinabalu tetap di hati, tidak pernah kami lupakan….
Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi saya sama kamu, biru-biru gunung kinabalu,
tengok dari jauh hati saya rindu……..
“Stop..stop… saya penat sudah berlatih ni, boleh kita rehat dulu?”
“Boleh bah kalau kau Neo!”

37

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

“Yes, ini yang saya suka sama kamu ni.”
Itulah kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan di kampung Noosob. Air
mata mereka semuanya mula berlinangan seperti air yang yang mengalir perlahan di
sungai. Jauh di sudut hati, mereka sebenarnya terkenangkan Neo, rakan mereka
yang periang senantiasa. Malangnya, Neo tidak dapat bersama-sama dengan
mereka seperti dahulu lagi…..
“Eh Rex. sampai bila kamu di Sabah ni?”
“Emm, maybe sebulan lagi.” “ Saya bercadang untuk berjumpa dengan Neo di
penjara.”
“Walau apapunkan Rex, dulu kita best bah..!!”
Sehari selepas bertemu dengan kesemua rakannya. Rex berilham untuk melawat Neo
di penjara.

Nging….ngingg….Nging…bunyi enjin kereta yang dipandu oleh Rex agak bising
disebabkan ia merupakan kereta lama yang sudah lama dibeli oleh ayahnya sejak
dia berada di bangku sekolah lagi.
Sambil memandu…sambil memikirkan akan keadaan Neo di sana.
Adakah saya masih boleh menyelamatkan keadaan ini? Bisik hatinya.
Tiba saja Rex di sana, Rex pun mula melangkahkan kakinya ke cawangan Penjara
Kepayan dengan hati yang sedih, pilu..seperti tidak sanggup melihat akan
kesengsaraan Neo di dalam penjara itu… Bukannya Rex tidak tahu akan keadaan
penjara… seperti api dalam neraka.

Tok… tok…
Gerbang pagar masuk ke penjara pun dibuka oleh polis penjara..

38

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Tibanya saja di pintu yang dipagar itu..dia terlihat seorang lelaki yang mana rupanya
sama seperti Neo. Namun, lelaki itu kelihatannya berjambang, rambutnya juga tidak
terurus… adakah lelaki itu memang Neo teman baik saya. Bisik hatinya.
Tanpa melengahkan masa, dia terus melangkah ke dalam bilik penjara itu. Neo
hampir melupakannya setelah begitu lama Rex meninggalkan kampung halamannya
dahulu atas sebab ingin melanjutkan pelajaran di universiti luar negeri.
“Kita sudah lama tidak berjumpa, Neo.” Rex memulakan perbualan.
“Kamu masih ingat saya lagi.” Tambahnya.
“Kamu siapa?!” Tanya Neo kasar.
“Saya Rex teman baik kamu!” Balas Rex.
“Apa?! Teman baik? Saya rasa, saya tidak pernah ada teman baik seperti kamu.”
“Kenapa kamu berkata begitu?” Tanya Rex hairan
“Dengan mudah saja kamu meninggal kami dulu Rex.”
“Saya betul-betul minta maaf, saya ada alasan saya sendiri.”
“Saya datang di sini sebab ingin membantu kamu Neo, cubalah dengar penjelasan
saya dahulu.”
“Apa?! Kamu datang sini untuk membantu?! Kamu sudah terlambat Rex. sudah
bertahun-tahun saya di sini, baru hari ni kamu datang untuk membantu saya?”
“Bukan begitu Neo, saya akan menguruskan hal ini ke pengadilan. Saya akan siasat
semula kes kamu. Yang penting sekali, kamu mesti menceritakan saya tentang apa
semua yang berlaku sepuluh tahun yang lalu.”
“Baiklah, kalau kamu benar-benar ikhlas ingin membantu saya, saya akan
menerimanya,”

39

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Di situ lah. Neo menceritakan kembali hal itu. Fikiran Rex bercelaru dan dia mula
berwaspada akan siapakah pelakunya yang sebenar sehinggakan Neo seorang
pemuda yang baik telah dikhianati….
10 tahun yang lalu…
“Sebenarnya kejadian itu berlaku selepas Eve menjumpai wang yang bernilai 200 ribu
di tepi jalan. Dapatnya saja duit dalam beg yang berwarna hitam itu, dia terus
membawanya kepada kami.”
“Kawan-kawan! Saya jumpa ni!”
“Apa yang kamu bawa ni?!”
“Tengoklah di sini. Cuba kamu buka beg ni..”
“Hah! Money! Money! Mana kamu dapat wang sebanyak begini?” Tanya Lisa
kepada Eve.
“Saya jumpa beg ni di tepi jalan, tidak ada orang memilikinya.”
“Jangan…ini bahaya..ini bukan hak milik kamu.”
“Ala…kamu ni. Kalau kita ada duit ni kita boleh mengubah hidup kita, kita boleh jadi
millionaire! Macam yang who wants to be a millionaire tu!”
“Lebih baik kita berikan wang ni kepada pihak polis dengan segera.”
“Ish..kamu ni kan… oklah kalau begitu… sikit-sikit saja pun tidak boleh ambil.”
Bang..bang…das tembakan yang kuat didengari dari sudut pondok kecil yang ada
berhampiran dengan tempat mereka mengadakan latihan Sumazau.
“Saya melihat Lisa sudah pun ditembak.” Kata Neo kepada Rex.
“Tiba-tiba muncul lampu kenderaan polis yang berwarna biru dengan bunyi siren
yang kuat menghampiri saya. Saya tidak tahu apa-apapun yang terjadi… sedangkan
saya sedang bersedih melihat teman baik saya sendiri sudah mati ditembak.”
Tambah Neo lagi.

40

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

“Pada masa itu, tiada siapa lagi di tempat kejadian kecuali saya, tetapi bukan saya
yang membunuh lisa dan mengambil wang itu. Hanya pistol yang digunakan berada
di sisi Lisa…saya telah dituduh mengambil wang tersebut dan keasalahan membunuh
Lisa.”
Rex meneliti setiap pernyataan yang diberikan oleh Neo agar dia boleh menyiasat
dan mencari bukti bahawa bukan Neo yang melakukan tembakan itu. Rex pun mula
mencari maklumat akan semua tindak-tanduk rakannya yang lain. Ia disebabkan hal
berkenaan cukup berkait rapat dengan mereka yang lain. Tidak hairan sekiranya
rakan sendiri yang melakukan hal yang terkeji ini.

Setelah seminggu menyiasat daripada pegawai polis dan pihak-pihak yang
berkenaan. Dia telah mensyaki rakan mereka Eve yang telah melakukan tembakan
itu. Dia telah menyiasat di tempat Eve bekerja.
Pada ketika itu baru Rex tahu…sebenarnya, Eve sudah pun menggantikan namanya
kepada Sophea agar tidak ada sesiapa pun tahu akan siapa sebenarnya dia dengan
menggantikan kad pengenalan dirinya selepas menjadi orang kaya.
Rex pun melangkah masuk ke dalam kelab malam itu, Dia sangat mengenali wajah
Eve yang mana kulitnya kelihatan putih gebu. Cuma Eve kelihatan lebih bergaya
dengan pakaiannya yang kelihatan sungguh elegan, tidak seperti dahulu lagi. Dia
pun dengan pura-puranya memulakan langkah mendekati Eve.
“Hei! Kamu ni Eve kan?”
“Hah?! Eve? Siapa tu?”
“Kamu sudah lupa dengan kawan lama kamu?”
“Saya ni Rex kawan lama kamu. Takan kamu tidak ingat langsung.” Kata Rex
“Kita dulu-dulu kawan baik bah…”
“Bukan! Saya bukan Eve, saya ni Sophea faham!

41

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

“ kenapa selama ini kamu menghilangkan diri dari rakan-rakan yang lain? Adakah
sebab kamu yang sudah mengkhianati Neo?!”
“Jangan kamu cuba menuduh saya! Saya bukan Eve.”
“Hal ini sudah terbukti kamulah pembunuh Lisa sehinggakan Neo kamu masukkan
dalam penjara! Ini semuanya disebabkan kamu! Kamu langsung tiada hati perut!
Saya sudah tidak mengenali Eve yang dahulu lagi"
“Hahahaha! ini sudah terlambat, hal itu pun sudah pun terjadi… yang penting saya
sudah menjadi kaya sekarang tidak seperti mereka.”
Eve memicukan pistolnya di hadapan Rex. Namun, Eve tidak berjaya untuk
membunuh Rex kerana Rex sempat merebut pistol itu daripada tangan Eve.
“Jangan bergerak kamu ditahan!” Pihak polis tiba di kelab malam tersebut. Seluruh
kawasan kelab tersebut sudah pun dikepung oleh pihak polis. Akhirnya Eve ditangkap
dan Neo selamat dan bebas dari penjara dan memulakan kehidupan baru.

42

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Mahligai Buat Abah

Oleh:
Norlina Binti Gapare (PISMP BM (SJKC), Amb. Jan. 2012

Kasih ibu dan ayah membawa ke syurga,dan kasih saudara di mana berada. Dan,
kita tak pernah tahu bahawa pengorbanan ayah terhadap keluarga sebenarnya
tidak pernah mengharap balasan. Hatinya amat bahagia apabila anak-anak dan

keluarga bahagia, berjaya, dan aman.
“Semoga Allah SWT memberi Abah mahligai syurga yang lebih indah di alam

barzakh dan di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin …”

43

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Petang yang suram, berderu angin bertiup ke ruang kamarku. Lalu ku capai potret

yang sangat bermakna bagiku. Ku usap potret itu sambil setitis air mata jatuh
membasahi pipi gebuku. Aku sangat rindu untuk mengusap wajah sebenar pemilik
potret itu. Fikiranku melayang. Aku mengelamun seketika. Tiba-tiba kedengaran suara
sedikit garau memanggilku dengan penuh kasih sayang, “Nur…Nur...” jerit Abah.
Lantas aku pun menjawab “ya, ada apa Abah? “ Aku bingkas bangun dari meja
tulisku lalu pergi mendapatkan Abah yang baru pulang dari kebun.

Begitulah yang selalu akan Abah lakukan apabila pulang dari bekerja. Abah akan
memanggilku dan tiga adik-beradikku untuk memeluk dan mencium kedua belah
pipinya. Umi hanya tersenyum sambil melihat gelagat anak-anak dan suaminya. Umi
seraya berkata,
“Amboi, manjanya anak-anak Umi nih ya? Dah..dah..Abah pergilah mandi dulu lepas
tu kita solat Maghrib sama-sama ya? Abah pun menurut dan menurunkan aku dari
pangkuannya.

Selepas menunaikan solat Maghrib, Umi bergegas ke dapur untuk menyiapkan
makan malam. Seperti selalu, aku akan membantu Umi di dapur. Masih terngiang-
ngiang di telinga, kata Abah
“Nur..walau tinggi manapun pendidikan kita,tapi kaum perempuan tetap akan balik
ke dapur juga”.

Selesai makan malam, kami akan bersama-sama lagi untuk menunaikan solat isyak
secara berjemaah. Tepat jam sembilan malam, aku dan adik-adikku pergi ke ruang

44

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

tamu rumah untuk mengulang-kaji pelajaran. Aku bertekad untuk belajar bersungguh-
sungguh agar dapat mengubah nasib keluarga. Sungguh sayu hati ini apabila melihat
Abah bertolak awal-awal pagi untuk ke kebun. Manakala Umi sibuk membuat kuih
untuk di jaja di sekeliling kampung.

Abah tidak pernah mengenal erti penat lelah demi mencari rezeki bagi menampung
kami sekeluarga. Abah selalu menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh dan
menjadi insan yang berguna kelak. Pernah sekali aku menyatakan kepada Abah
yang aku ingin berhenti sekolah agar dapat membantu Abah dan Umi mencari rezeki,
biar adik-adik yang meneruskan persekolahan kerana aku tidak tega melihat Abah
dan Umi begitu bersusah payah untuk menyara kami. Namun, Abah sedikit marah
mendengar penyataan itu. Kebetulan tahun ini merupakan tahun terakhirku
bersekolah iaitu aku akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada
hujung bulan nanti. Kerananya, Abah tidak ingin aku menjadi seseorang yang tidak
terpelajar.

Seperti kebiasaan, Umi dan Abah akan bangun lebih awal dan mengejutkan kami
untuk solat subuh dan bersiap untuk pergi ke sekolah.
“Nur..Nur bangun nak, dah lewat ni. Cepat, bangunkan adik-adik yang lain! Aku
merupakan anak sulung dan satu-satunya puteri tunggal dalam keluarga. Aku pun
bingkas bangun dan mengejutkan tiga orang adikku. Jarak rumahku ke sekolah kira-
kira dua kilometer dan kami ke sekolah hanya dengan berjalan kaki.

Di sekolah, kawan-kawan meminggirkan aku kerana aku anak petani. Mereka
mencemuhku dan mengatakan aku tidak setaraf dengan mereka. Betapa sedih diri
ini. Hal inilah yang menjadikan aku hampir nekad membuat keputusan untuk tidak ke

45

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

sekolah. Namun ada seorang kawanku bernama Laila yang masih sudi berkawan
denganku walaupun dia jauh lebih berada dariku.

Laila sajalah tempatku mengadu. Dialah kawan yang memahamiku kerana sejak di
bangku sekolah rendah lagi kami telah berkawan baik. Laila seorang gadis yang
sangat baik dan tidak sombong. Walaupun ayahnya seorang pengurus syarikat tetapi
dia tidak pernah ‘memilih bulu’. Pernah juga terdetik di hati lalu ku suarakan adakah
dia tidak kisah berkawan dengan anak petani. Laila terus meletakkan jari telunjuknya
ke bibirku dan berkata
“Nur…kita kawan baikkan? Jangan tanya soalan macam tu lagi ok?” Aku tunduk
malu dan memeluknya dengan erat.

Selesai sesi persekolahan, aku terus pulang ke rumah. Umi sibuk menyiapkan makanan
tengah hari untuk kami sekeluarga. Petang itu, Laila mengajakku ke pekan untuk
membeli beberapa buah buku. Aku terpaksa menolak tawarannya dengan baik
kerana aku tahu Abah pasti belum mempunyai duit yang cukup untuk buku tersebut.
Aku bersyukur kerana mempunyai Laila, sentiasa memahami aku dan selalu berkongsi
segala perit jerih bersama. Lailalah yang selalu membantuku jika aku mengalami
masalah terutamanya dari segi kewangan.

Hujan lebat turun membasahi bumi, dan titis demi titis menyelusup masuk ke dalam
lubang bumbung rumahku yang bocor. Ketika itu, aku dan adik-adik sedang tekun
belajar di bawah lampu minyak tanah. Tiba-tiba lampu yang satu-satunya memberi
cahaya kepada kami padam akibat terkena air hujan yang menitis dan membasahi
lantai rumah. Abah yang sedang berehat sambil bebual-bual bersama Umi bergegas
bangun dan berusaha menghidupkan kembali lampu minyak tanah itu. Betapa pilu

46

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

hati ini apabila melihat wajah Abah yang bersungguh-sungguh untuk memberi
keselesaan kepada anak-anaknya. Aku mengerti betapa Abah menginginkan
kehidupan yang selesa untuk kami tetapi hanya pondok kecil yang dapat disediakan
untuk kami agar terlindung daripada panas matahari, kedinginan angin malam dan
hujan. Aku bersyukur kerana walau tinggal dalam pondok kecilpun, aku tetap
bahagia bersama Abah, Umi dan adik-adik. Melihat susah-payah Abah dan Umi
membesarkan kami walau tidak sesempurna keluarga yang lain menjadikan aku
bertambah tekad mengubah nasib keluargaku ini.

Seperti hari-hari sebelumnya, aku akan berjalan kaki bersama dua orang adikku ke
sekolah. Dari jauh lagi, anak penghulu kampung itu menjeling tajam ke arahku. Nisa,
anak Tok penghulu Pak Samat memang dikenali sebagai seorang yang sombong,
pendengki dan busuk hati. Padanya, ada saja yang tidak kena tentang diriku. Walhal,
Aku tidak pernah mengganggu kehidupannya. Pernah juga Aku mengadukan hal ini
kepada Abah, namun Abah memintaku untuk bersabar dan jangan pernah
menyimpan dendam terhadap orang lain.

Aku tahu, Tok Penghulu juga bersikap dingin kepada Abah jika Abah ingin meminta
agar cukai tanah kami dibayar secara beransur-ansur. Malah, ketika memijak
kawasan rumahnya pun, bola mata galaknya akan terjegil bengis. Aku yang ketika itu
bersama Abah diusir dengan kasarnya. Sungguh tidak ku sangka, sampai begitu
sekali layanan mereka terhadap kami. Hanya kerana status kami yang tak setaraf
dengan mereka. Kadang kala, terdetik di hati kecilku betapa dunia ini kejam dan
tidak adil. Namun, syukurlah dengan iman di dada aku beristigfar kepada Allah dan
menghapuskan tanggapan bodoh itu.

47

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Minggu Percubaan SPM bermula. Hari pertama aku lalui dengan sedikit perasaan
gemuruh kerana ia merupakan subjek kegemaranku iaitu Bahasa Melayu dan
Matematik. Minggu Percubaan SPM berlangsung selama dua minggu. Namun, terjadi
satu peristiwa yang sangat mengecewakan. Nisa; anak Tok Penghulu menabur fitnah
bahawa aku meniru ketika menjawab soalan. Dia meletakkan sekeping nota di
dalam laci mejaku. Cikgu Bakar telah menghadapkan aku ke pihak disiplin dan
tatatertib sekolah atas tuduhan meniru. Alangkah sedihnya hatiku apabila terdapat
bukti yang mengukuhkan tuduhan yang dilontarkan kepadaku.

Ketua Guru Disiplin iaitu Cikgu Jay sememangnya tidak percaya bahawa aku telah
melakukan perkara buruk itu. Laila bergegas ke bilik Ketua Guru Disiplin untuk
menceritakan hal yang sebenarnya. Dia memberitahu semasa aku ke tandas, dia
melihat Nisa meletakkan sesuatu ke dalam laci mejaku. Nisa tidak menyedari yang
Laila memperhatikan gelagat buruknya itu. Cikgu Jay pun memanggil Nisa ke Bilik
disiplin untuk diambil tindakan.

Nisa tidak mengakui kesalahannya, namun setelah ditanya beberapa kali oleh Cikgu
Jay, akhirnya dia mengaku juga. Nisa digantung sekolah selama seminggu. Keadaan
bertambah buruk apabila Nisa mengadu kepada bapanya. Tok Penghulu telah
mengupah beberapa orang kampung untuk merosakkan satu-satunya kebun Abah.
Mereka menebang pokok-pokok pisang yang menjadi sumber rezeki keluarga kami.

Abah begitu terkilan apabila melihat kebun dan hasil tanamannya musnah. Abah
tidak boleh berbuat apa-apa, kerana Tok penghululah yang berkuasa di kampung ini.
aku merasa bersalah. Darah kemarahanku menggelegak mengalir deras. Namun,
tiada apa-apa yang boleh aku sumbangkan untuk Abah. Aku hanya membuat Abah

48

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

lebih sengsara. Aku mula berputus asa. Aku seperti hilang arah dan hala tuju. Ingin
saja tangan lembutku ini melempang muka perempuan itu.
“Kenapa dia begitu benci padaku? Adakah hanya kerana aku menjadi tumpuan
guru-guru dan tidak setaraf dengannya?” Bisik hati kecilku.

Aku semakin tertekan! Hari peperiksaan semakin dekat. Abah bertungkus lumus
membersihkan kebun. Aku cukup bangga kepada Abah kerana tidak menyimpan
dendam, bahkan Abah menasihatiku agar tidak membalas perbuatan Nisa. Abah
hanya memintaku untuk bersabar. Betapa tabahnya seorang yang bergelar Abah.
Lalu rasa sayangku padanya semakin menggunung. Dan, kedinginan malam semakin
membakar semangatku untuk terus berusaha mentelaah buku-buku di atas mejaku.
Abah masuk ke kamarku. Duduk bersebelahan denganku sambil membelai helaian
rambutku. Abah merenungku. Dia tahu, hatiku resah dan gelisah. Abah merenungku,
lalu berbisik,
“Nur..Abah tahu bagaimana perasaan Nur di ketika ini. Nur jangan mudah berputus
asa ya Nur, kerana Abah tahu anak Abah seorang yang tegar. Sentiasalah berdoa
kepada-Nya agar dipermudahkan segalanya.”

Aku yang khusyuk membaca buku Kimia terdiam seketika, namun sempat membalas,
“Abah, Nur janji…Nur akan mengubah nasib keluarga kita Abah! Nur mahu Abah dan
Umi tinggal di rumah yang selesa dan tak perlu membanting tulang lagi”. Abah
memeluk erat tubuhku.
“Dahlah nak, yang penting Nur kena fokus untuk exam Nur esok yaa?” Nasihat Abah
menenangkan hatiku. Aku menganggukkan kepala sambil menahan sebak di dada.

49

ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013

Tibalah perjuangan sebenarku sebelum melangkah ke alam lebih dewasa. Aku
melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh debaran. Namunku
tenangkan hatiku dengan istigfar dan zikrullah. Laila yang juga turut berasa gementar
sempat memberi senyuman manis kepadaku. Kertas peperiksaan itu, ku buka
perlahan. Syukurlah, aku dapat menjawabnya dengan tenang.

Begitu juga pada hari-hari seterusnya. Ku lalui dengan penuh ketenangan walau
sedikit gementar.Tetapi pada suatu petang, selesai sahaja peperiksaan kertas terakhir,
aku singgah sebentar di jambatan dekat hujung kampung untuk menikmati udara
segar. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang meminta tolong. Aku memerhati
sekelilingku sambil mencari dari mana datangnya suara itu.
“Tolong !!! Tolong!!...” Seperti ku mengenali suara itu. Aku berjalan pantas mencari-cari
arahnya dan akhirnya aku ternampak seorang perempuan hampir lemas di dalam
sungai.

Lantas aku terjun memberikan pertolongan. Nisa? Rupa-rupanya perempuan yang
lemas itu adalah Nisa. Aku menguatkan diri menariknya ke tebing. Dia yang
tercungap-cungap memerhartikanku. Ku tindih dadanya menggunakn kedua belah
tanganku agar air yang termasuk dalam mulutnya terkeluar. Nisa memeluk erat diriku.
Aku hanya mampu tergamam. Lalu ku bertanya,
“Kenapa kau boleh berada dalam sungai itu?”. Dia menjawab sambil teresak-esak.
“Aku minta maaf Nur, Aku banyak salah kat ko, Aku tergelincir lalu jatuh dalam sungai
tu.”
“Tak palah, lupakan saja. Aku tak pernah pun berdendam denganmu”. Balasku. Mulai
hari itu, Nisa telah menjadi kawan baikku di samping Laila.

50


Click to View FlipBook Version