ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Beberapa bulan kemudian, keputusan SPM diumumkan. Aku dinobatkan sebagai
Pelajar Terbaik sekolahku dengan keputusan 11A+. Betapa bahagianya hati Umi dan
Abah. Lalu aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Namun aku menolak kerana aku tahu Abah tidak mampu. Lagipun, aku tidak
sanggup berjauhan dari keluargaku. Aku mengambil keputusan untuk melanjutkan
pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Dan, guru menjadi kerjaya
pilihanku.
Pengajianku mengambil masa selama lima tahun setengah. Akhirnya, aku bergelar
pendidik atau guru. Aku tahu memang itu harapan Abahku untuk melihat anaknya
menjadi pendidik anak-anak bangsa. Umi dan Abah semakin meningkat usia.
Namun Abah masih ingin bekerja di kebun walaupun kudratnya tidak segagah dulu.
Puasku memujuknya agar tinggal di rumah sahaja tetapi Abah tetap berdegil.
Kini, aku mesti mengotakan janjiku pada Abah. Keazaman menyebabkan aku
berjaya membeli sebuah rumah banglo di Kuala Lumpur. Rumah istemewa buat Abah
dan Umi. Sungguh bahagia melihat Abah dan Umi serta keluarga tinggal selesa di
rumah ini. Renunganku melayang jauh.
Petang itu, aku menerima panggilan telefon daripada Umiku yang memintaku
segera pulang ke rumah. Belum sempat ku bertanya, talian terputus. Aku bergegas
pulang ke kampung halaman dengan harapan ingin memberi kejutan kepada Abah
dan Umi. Di halaman rumah, kelihatan ramai penduduk kampung berkumpul. Ada
yang berbual serius, ada yang sedih, dan ada yang mundar-mandir kesibukan.
Fikiranku bercelaru antara hairan, curiga, ingin tahu. Aku bergegas keluar dari kereta
51
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
lalu mendapatkan Umi. Terdapat sekujur tubuh kaku terbaring di ruang tamu rumah.
Dan, kelibat Abah tidak kelihatan.
“Mana Abah?...Ya Allah...Oh! Tidak!..Bukan Abah?...Bukan dia”. Hatiku gelisah
menerka dan debaranku memuncak. Tak sempat menanya Umi di mana Abah,
tanganku menggeletar dan dengan debaran aku membuka kain kafan untuk
memastikan siapakah yang terbujur kaku itu. Ya Allah!.. Ya Rabb!.. Alangkah pilunya
hatiku apabila mendapati Abah di sebalik kain kafan itu. Hancur berkecai hatiku bak
kaca terhempas ke batu. Tanpa malu, aku seperti dirasuk, meraung, meratap
memanggil Abah.
“Jangan pergi dulu Abah!...Jangan tinggalkan Lina Abah!”. Rayuku berkali-kali
sehingga tak kedengaran lantaran sedih tak tertahan. Umi dan adik-adikku saling
bertangis-tangisan meratapi pemergian Abah.
“Abah!!” Jeritku sekuat hati. Dan, dalam tangisan, aku mengeluarkan kunci rumah
yang sepatutnya saat itu dipegang Abah lalu kugenggam seerat-eratnya jari-jemari
kaku Abah yang sudah pucat dan sejuk itu.
“Nur sayangkan Abah. Nur rindukan Abah. Kunci ini untuk Abah! .. Abah..
Abah..Tolonglah buka mata!!! Aku hanya mampu meraung. Umi memelukku dengan
erat dan suaranya yang bergetar berusaha menenangkanku. Tetamu yang melihat
peristiwa itu turut menangis, terkedu dan menundukkan muka ke lantai.
“Mahligai buat mu Abah! Ya Allah..Aku begitu lemah untuk menerima dugaan-Mu
yang berat ini..Ya Allah...” Hatiku mengadu kepada Ilahi. Belum sempat ku
mengotakan janjiku, Abah telah pergi menyambut seruan Ilahi. Umi memelukku
dengan erat. Aku tak mampu berkata-kata. Lidahku menjadi kelu. Dengan sisa kudrat
semangat yang ada, aku mamanjatkan selangit doa kepada-Nya agar mencucuri
rahmat ke atas roh Abah. Mungkinkah aku, Umi dan adik-adikku melalui kehidupan
52
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
yang sangat suram dan sepi tanpa Abah di sisi. Dan, setiap kali melafazkan bait lagu
dan mendengar nyanyian Aiman yang bertajuk Ayah ini pasti hatiku diulit pilu,
Ketika kejauhan, masih ku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat dirikukehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Tak dapat ku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati
Selepas sebulan, aku mengajak Umi dan adik-adik berpindah ke Kuala Lumpur untuk
tinggal bersamaku. Hari-hari yang berlalu, menjadikan aku semakin redha dan
53
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
menerima ketentuan-Nya sebagai satu titik permulaan perjuanganku untuk membela
nasib Umi dan adik-beradikku.
Lamunanku terhenti apabila terdengar deringan telefon bimbitku. Rupanya Umi ingin
mengkhabarkan bahawa dia telah selamat sampai di tanah suci. Aku bertanyakan
keadaan Umi dan berharap agar Umi sentiasa berhati-hati ketika berada di sana dan
balik ke Malaysia dengan selamat serta memperoleh haji yang mabrur. Selesai
berbual, aku meletakkan gagang telefon. Dengan perasaan rindu dan pilu, potret
abah yang kudakap erat itu ku letakkan semula di atas meja lantas ku menadahkan
tangan dan menghadiahkan surah Al-fatihah buatnya.
“Semoga Allah SWT memberi Abah mahligai syurga yang lebih indah di alam barzakh
dan di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin …”
Ku dedikasikan karya ini buat kedua orang tuaku terutama Ummi, Pn. Fatimah Bt
Jamada yang banyak memberi dorongan serta semangat dalam menempuhi
kehidupan tanpa keberadaan Abah di sisi.
54
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Penyelamat Cinta
Oleh:
Wan Nurul Aqilah Binti Wan Abdul Rahman
Cinta sejati tiada maknanya kalau tidak diuji dengan amarah nafsu, salah sangka,
kebendaan dan cemburu. Namun besar manapun cabarannya, cinta sejati
sentiasa mendepaninya dengan tawakkal, doa dan ketenangan. Justeru, cintailah
orang yang sebenarnya menyayangi kita dan bukannya orang yang kita cintai.
55
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Tidak semua yang kita impikan akan bertukar menjadi kenyataan. Yelah, macam
orang selalu cakap, manusia hanyalah merancang, Tuhan yang menentukan.
“Rul, aku penatlah” Rungut Azizi. Kamarul hanya mampu tersenyum. Dia cuba untuk
menghiburkan rakan setugasnya. Kalau tak dilayan, ada yang merajuk pula nanti.
“Sabarlah G, mana tahu lepas ni kau jadi pengurus restoran pula?” Kamarul
tersenyum sinis sambil menyendengkan tubuhnya ke badan Azizi.
“Haha, kau dah hilang akal ke? Tak nak aku kahwin dengan Mak Salmah tu, ada aku
kena kejar oleh Pak Razak nanti, tak ke naya tu?” Azizi cuba mengelak tubuhnya
daripada terus disendeng oleh tubuh Kamarul. Kalau nak dibandingan saiz badan
mereka berdua, sudah tentu Kamarul lebih jauh besarnya berbanding Azizi.
“Astagfirullah, apa kamu buat ni?!” Mun menyergah mereka berdua secara tiba-tiba.
Kecut juga hati mereka berdua apabila disergah Mun.
“Mana ada kami buat apa-apa, kan sayang?” sengaja Kamarul menghasilkan suara
lembut sambil jari jemarinya memegang bahu Azizi. Terbeliak juga mata Mun.
“Ah, sudahlah korang! Korang punya pasallah pinggan kat depan tu dah tak cukup
tau tak? Berasmaradana konon” Mun menyaringkan suaranya.
Bagi mereka berdua, itu perkara biasa. memang tak hairan, dengan cara
pemakaiannya, sudah tahu gadis ini lebih kepada menyerupai seorang lelaki.
Tomboy lah katakan.
“Relakslah Mun, kami berdua tengah bincangkan mengenai masa depan ni” kata
Kamarul.
“Korang nak kahwin ke?” Mun cuba mencelah sambil tangannya ligat
menghilangkan kesan minyak pada pinggan berwarna merah jambu.
“Mestilah!” Azizi menjawab dengan yakin.
56
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Mun dan Kamarul seakan dapat menghidu kehangatan semangat Azizi yang sedang
membara. Air muka mereka berdua menandakan mereka seperti terkejut dengan
tingkah laku Azizi. Perlahan-lahan Mun mengalihkan kepalanya ke arah Kamarul.
Mereka terdiam seketika. Hanya kedengaran bunyi kuali dan senduk Mak Jah sedang
menyediakan Mee Goreng Udang. Kamarul pula, sepantas kilat menukar air muka
yang seakan-akan menyerupai seorang gadis yang sedang kesipuan malunya. Azizi
masih dalam kebingungan. Adakah salah apa yang dikatakan sebentar tadi?
“Kalau begitu, aku ucapkan semoga berbahagia untuk kamu berdua ya” Mun
beredar dari situ sambil membawa lapan buah pinggan yang sempat dibersihkannya
sebentar tadi.
“Terima kasih Mun. jangan lupa datang ye, nanti I sediakan tempat VVIP untuk you,
ok?” Tingkas Kamarul sambil menyambung semula kerjanya yang tergendala
sebentar tadi. Tanpa disedari, tangan Azizi telah pun sampai ke lengan Kamarul.
Nampaknya, Azizi telah dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Kamarul hanya
mampu tertawa. Hatinya terhibur melihat sahabatnya yang berusia empat tahun
lebih muda darinya. Sekurang-kurangnya, kepenatan yang dialaminya bagaikan
hilang besama tawa kecilnya itu.
“Baiklah, hari ini, biar Along yang tentukan kat mana kita nak makan malam nanti”
Abah cuba menghangatkan suasana kereta berjenama Mahindra tersebut. Barulah
dinamakan bersosial sesama keluarga.
“Along, makan kat Pizza Hut, Long” Cadang Azrin, adik sulung Arwin.
“Tak naklah Long, kan jauh tu. Lagipun, roti je tu, mana kenyang” Bantah Azrina,
kembar kepada Azrin. Mereka berdua sememangnya tidak pernah bersependapat.
Ada saja yang mahu digaduhkannya.
“Hmmmm...” Arwin masih lagi belum memutuskan apa-apa keputusan.
57
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Cepat, Long. Abah nak belok mana ni?” Mama mula berasa cemas.
“Mama janganlah cemas. Kita tunggu je apa along cakap. Abah boleh drive
perlahan-lahan” Abah cuba menenangkan Mama.
“Abang ni, orang risau kat dia, tak naklah kawan” Mama mula melahirkan nada
merajuk. Tugas Abah? Pujuklah. Arwin sememangnya bahagia dengan kehidupannya.
Tak pernah ada sebarang masalah yang berat untuk diselesaikan.
“Along dah putuskan. Along nak kita makan restoran yang dekat Politeknik sana tu.
Dah lama kedai-kedai kat sana tu buka, tapi, kita tak pernah pergi” Arwin bersuara
setelah beberapa dialog berlaku di dalam kenderaan yang berwarna hijau tua
tersebut.
Akhirnya, Restoran Afiqah menjadi pilihan mereka sekeluarga. Apa yang menarik di
restoran itu ialah cara mereka menghidangkan lauk-pauk dengan membina sebuah
gerai yang menyerupai sebuah beca dan disusunnya dengan rapi. Namun, bukan itu
yang menjadi pilihan mereka pada malam itu, mereka berlima sepakat untuk
memesan makanan melalui menu yang disediakan. Abah masih dengan Mee
Bandung sebagai makan malamnya. Bagi Mama dan Arwin, mereka berdua ingin
mencuba Mee Ladna restoran tersebut. Berbeza pula bagi pasangan kembar Azrin
dan Azrina. Mereka berdua telah memesan makanan yang sedang dijual di hadapan
restoran tersebut. Kepak ayam bakar. Sememangnya itu yang lebih memikat
pasangan kembar tersebut. Dalam masa 10 minit sahaja, para pelayan restoran itu
telah menghidangkan pesanan yang dipesan sebentar tadi. Sesuai sangatlah tu,
mereka berlima sedang kelaparan semasa perjalanan ke restoran tersebut. Lebih-
lebih lagi Mama, Abah dan Arwin yang bekerja sebagai pegawai kerajaan.
58
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Siang kerja sebagai pencuci pinggan, malam pula sebagai tukang masak. Mujurlah
arwah ibu Azizi sempat untuk mengajarnya beberapa jenis masakan. Kini, tinggallah
Azizi sebatang kara di muka bumi ini. Bukan kerana tiada pihak yang menjaganya,
namun, dia tidak mahu terpengaruh dengan perangai Mak Cik Zu. Dia tidak mahu
digelar mak cik. Katanya,
“Just call me, Zu” Siang dan malam kehidupan mak cik tidak menentu. Hidupnya
terlalu sosial. Selalu ditemani dengan arak. Pak cik pula, sudah lama meninggal akibat
najis dadah. Mujurlah mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
“G, kenapa termenung ni? Masih fikir pasal kahwin lagi ke?” Mun menyapa mesra.
Dalam fikiran G, mesti ada sesuatu ni. Kalau tidak, masakan Mun dapat menyatakan
penyataannya dengan lemah lembut. Walaupun berbaurkan sindiran.
“Tak adalah. Aku teringatkan mak cik aku tu. Mujurlah aku jumpa Kamarul dan
berkerja di sini. Tak mahu hidup aku diselubungi maksiat” Ada nada tegas terbit dari
pemuda belasan tahun itu.
Walaupun pendidikannya hanya setakat lulus PMR, namun, dirinya sedang
menambahkan ilmu agama di dadanya. Itu saja yang dapat membimbingnya dari
terjebak ke jalan maksiat.
“Oh, macam tu…” Tak sampai hati pula Mun ingin mengganggu mood Azizi.
“Hah, yang engkau ni tiba-tiba datang sini, kenapa? Kan ramai customer kat luar tu”
Seakan-akan Azizi sedang memberi taklimat kepada Mun tentang mana satu
tugasnya sebagai pelayan restoran.
“Begini, entah tak tahu macam mana Mak Kiah tu, terlupa agaknya. Order customer
meja 2 tu, Mee Ladna dia belum siap. Diaorang pesan dua Mee Ladna. Tapi, satu je
yang disiapkan” Jelas Mun. Azizi menganggukkan kepalanya.
“Customer yang mana satu?” Balas Azizi.
59
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Yang pakai tudung merah tu, aku macam pernah tengoklah minah tu” Ujar Mun.
Tiba-tiba, Azizi dapat merasakan dirinya bagai dipanah sesuatu. Elok benar paras
rupa gadis itu. Tak seperti gadis lain. Apatah lagi jika ingin dibandingkan dengan Mun.
Selesai menjamu selera, Arwin sebagai anak sulung dalam keluarga itu meringankan
tulangnya untuk menjelaskan bil pesanan mereka. Dia amat berpuas hati dengan
masakan tersebut. Belum pernah dia merasakan Mee Ladna sesedap itu. Namun,
rasa mee tersebut, tidak sama dengan Mee Ladna kepunyaan mama. Agaknya,
tukang masak yang berlainan. Arwin mengendahkan persoalan yang bersarang di
fikirannya itu. Kini, dia cuba untuk mengenal pelayan yang berkerja di restoran itu. Dia
yakin. Dia kenal gadis itu.
“Mama, Along nak jumpa pelayan tu kejap ye. Mama dan semua, bolehlah tunggu
Along kat dalam kereta” lembut Arwin.
“Kenapa Long? Kamu ada masalah ke dengan pelayan tu?” Mama sememangnya
seorang yang cepat cemas dan risau. Dia begitu ambil berat mengenai keluarganya.
“Tak adalah Mama. Pelayan tu macam kawan Along” Arwin cuba menjelaskan
kepada ibunya yang tercinta. Kelihatan air muka mama sudah kembali tenang.
Seperti yang dirancangkan, mereka sekeluarga akan menunggu Arwin di dalam
kereta sementara Arwin menjawab persoalan yang berlegar di mindanya.
“Tumpang tanya, cik. Awak ni, Mutmainah?” Tanya Arwin bersopan.
“Ya, saya. Macam mana cik boleh tahu nama saya?” Mun membalasnya dengan
lembut.
“Mutmainah, ni sayalah, Arwin Nadhriah. Kita sama-sama main masak-masak masa
kat sekolah agama dulu” Jelas terpancar wajah gembira Arwin.
Mun cuba mengimbas semula ketika dia masih di bangku sekolah. Benar. Dia selalu
main masak-masak bersama seorang rakan karibnya, Arwin. Mereka berdua selalu
60
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
bersama. Jika ustaz lambat masuk ke kelas, dia dan Arwin akan mencari ustaz
bersama kerana Arwin merupakan Penolong Ketua Kelas pada masa itu. Kalau nak
diharapkan ketua kelas mereka tu, alamat, tak belajarlah mereka. Tiba waktu rehat,
pasti Arwin akan berkongsi bekalan yang dibekalkan oleh ibunya bersama Mun.
Sungguh indah waktu itu. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah Arwin
terpaksa berhijrah ke negeri orang memandangkan keputusannya lebih cemerlang
berbanding Mun. Tambahan pula, ibu bapa Arwin ditukarkan tempat bagi memenuhi
ruang kosong sebagai tenaga pengajar di Johor.
“Arwin?!” Nadanya seakan berunsurkan sebak.
“Azizi, Kamarul, meh sini!” Jerita Mun.
Terkejut juga mereka berdua apabila Mun menjerit ke arah mereka dengan secara
tiba-tiba. Mujurlah tiada pesanan yang belum disiapkan mereka. Langkah Azizi
menjadi perlahan secara tiba-tiba.
“Apa kena dengan Mun ni? Macam mana pula dia boleh kenal dengan minah tu?”
Bisik Azizi sendiri. Dalam dirinya pula, bagaikan dapat dirasa semakin kencang
degupan jantungnya.
Tidak pernah terlintas di fikiran Arwin untuk bertemu semula dengan Mun setelah
sekian lama mereka terputus hubungan. Sempat juga mereka bertukar nombor.
Dalam masa yang sama, Arwin masih lagi terbayang-bayang wajah Kamarul.
Orangnya gentleman. Sopan budi bicaranya. Namun, berbeza dengan Azizi. Tak ada
ungkapan yang keluar dari bibirnya sebagai tanda perkenalan.
“Along” Sapa Mama yang sedang berada di muka pintu.
“Eh, Mama. Masuklah Mama” Pelawa Arwin. Arwin sememangnya terkenal dengan
budi bicara yang tinggi.
61
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Kamu dah nak masuk 24. Bila masa kamu nak berumah tangga ni?” Mama
mengajukan soalannya. Memang sudah lama dia ingin mengemukakan soalan
tersebut kepada Arwin.
“Hehe, Mama ni. Along malu tau. Mama nak orang yang macam mana?” Soal Arwin
dengan manja.
“Mama tak kisah pun orang yang macam mana kamu nak kahwin. Tapi, kalau boleh,
biarlah orang tu ada pegangan agama. Kalau Mama nak suruh kamu cari orang
yang berpelajaran tinggi sangat pun, siapalah Mama ni. Hanya manusia biasa. Tuhan
yang menentukan. Jodoh dan pertemuan di tangan-Nya” Mama menghabiskan
hujahnya sementara tangannya membelai rambut ikal anaknya.
“Walaupun bakal menantu Mama tu seorang pencuci pinggan di sebuah restoran?”
Pintas Arwin. Seperti dia benar-benar ingin mengetahui apakah jawapan dari
bondanya. Mama menyedari perkara itu. Pasti ada kaitan dengan salah orang jejaka
yang diperkenalkan oleh rakan lamanya, Mun.
“Terpulang pada Along. Along dah besar. Tahu yang mana baik, yang mana buruk”
ujar mama ringkas namun bermakna.
“Mana tahu along boleh ubah nasib dia, kan Mama?” Arwin mendongakkan
kepalanya. Matanya tepat ke arah Mama. Mereka berbalas senyuman.
Sejak dari tadi fikiran Arwin telah melayang mengenangkan katilnya di rumah.
Penatnya menjadi seorang guru ini, hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, tiba-tiba
saja keadaanya berubah. Dia dapati ada pesanan ringkas yang baru masuk.
“Nombor siapa ni?’ Hatinya bertanya penuh debaran.
Hai Arwin..
62
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Dia cuba mengendahkan pesanan tersebut. Mana boleh bersosial semasa dalam
kelas. Apatah lagi sedang mengajar.
Sebaik saja tubuhnya merasakan keempukan tilam ‘Gudnite’, dia terus mendapatkan
telefon bimbitnya semula.
‘Hai, ini siapa ye?’
‘Sy azizi. Kwn mun. sory ary mlm tu tak dpt nak bknalan dgn awk. Sbnanya, kalo awk
sudi sy tringin nak knl awk dgn lbh rpt. Klo x pun, awk bg la sy 1 pluang tuk bjmpa dgn
awk.’
‘Klo sy stuju pun, sy akn bwa mun bsma.’ Balas Arwin ringkas.
‘Trima kseh Arwin…’
Pertemuan Arwin dan Azizi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan yang tidak
mengizinkan. Jika Arwin senang, Azizi pula sibuk dengan tempahan catering.
Begitulah sebaliknya. Namun, Azizi tetap berpegang dengan janjinya. Dia mesti
berjumpa dengan Arwin.
‘Ayang… sayang shat mlm ni?’
‘Napa sayang lmbt bg mseg? mst la ayang sihat. Sayang?’
Balas Arwin yang cuba bermanja dengan jejaka tersebut. Dalam erti kata lain, dia
sebenarnya mengimpikan kehidupan bersama meniti hari bahagia.
‘Sori sayang lmbt anta mseg. Da catering lg. sok ayang free x? dgr crita ayang nak
bdating dgn G? mcm sayang jles la.’
Terukir senyuman pada wajah Arwin. Dia gembira kerana jejaka itu sangat mengambil
berat ke atas dirinya.
‘Sayang jgn la mara. Dy kta nak kwan je. Ayang bwa Mun skali. Nnt sayang pun
dtang la skali.’
63
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
‘Ok ayang. Nnt sayang ckp dgn G.’
‘Owrait sayang. Sayang, dah dulu ye. Ayang dah ngtuk. Assalamualaikum.’
‘Wa’alaikum ayang. Mmmmmmuuuaah~~’
Mun dan Arwin sampai terlebih dahulu berbanding Azizi dan Kamarul. Eloklah tu,
bolehlah mereka berbual mengenai kisah hidup masing-masing. Maklumlah, lebih 10
tahun mereka tidak bertemu.
“Kau nak jumpa G ni, boyfriend kau tak marah ke?” Kelihatan Mun dalam
kebingungan.
“Tak adalah, dia pun datang sekali” Arwin menjelaskan kepada Mun dengan
selamba.
“Maksud kau, Kamarul?” Mun cuba mendapatkan kepastian. Arwin mengangguk
bagi menamatkan persoalan Mun.
“Kamarul, apa yang kau buat sebenarnya ni?!” Naik angin Azizi. Dia tidak sangka
sahabat yang dianggap saudara kandungnya telah menganiaya dirinya. Selama ini,
dia telah menceritakan mengenai seluruh perasaannya terhadap Arwin kepada
Kamarul. Harapkan pagar, pagar makan padi.
“G, engkau tak boleh salahkan aku. Arwin tu yang sukakan aku” Kamarul berbicara
angkuh. Suasana diam seketika. Azizi tahu, dia tidak setanding Kamarul. Mempunyai
suara yang lunak, petah berkata-kata, tambahan pula umur mereka sebaya. Sudah
tentu Arwin akan memilih Kamarul berbanding Azizi yang tiga tahun lebih muda
darinya.
“Tak ada gunanya engkau nak marah kat aku, G. Tapi, kau jangan risau. Kau akan
dapat juga Arwin, cinta mati kau tu. Tapi, selepas aku dapat apa yang aku mahu lah”
Kamarul masih lagi berbicara berbaurkan keangkuhannya.
64
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Maksud kau?” Azizi cuba untuk mendapat kepastian. Dia dapat merasakan sesuatu
yang buruk.
“Aku akan pastikan semua harta dia akan jadi hak milik aku. Kemudian, dengan harta
tersebut, aku akan buka sebuah perniagaan. Aku dah tak nak hidup macam ni.
Dengan wang, aku boleh dapat perempuan yang lebih cantik dari Arwin. Kalau aku,
tak main lah minah bertudung ni. Apa class. Masa tu, kau dah boleh ambil dia”
“Kurang ajar kau!” Azizi menyerang Kamarul tanpa berfikir panjang. Pergelutan
mereka semakin mengganas sehinggakan almari rumah sewa mereka telah pecah
pintunya. Keadaan menjadi semakin tegang.
“Keluar kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” Bentak Azizi.
Ting tong…
Kedegaran lonceng rumah berbunyi. Kebetulan Abah sedang menuju ke dapur yang
mana terpaksa melintasi pintu utama rumah tersebut. Namun, dia tidak dapat
mengenal pasti, siapakah tetamu yang datang ke rumah walaupun telah direnung
dengan teliti.
“Anak ni cari siapa?” Abah cuba mendapatkan kepastian. Pemuda itu kelihatan
tercungap-cungap seakan-akan baru saja menyelamatkan dirinya dari dikejar anjing
gila.
“Saya cari Arwin, pakcik. Ada perkara yang nak dibincangkan”Jelas pemuda itu,
Abah tidak melanjutkan lagi soalannya kerana ia kelihatan mustahak. Kalau diikutkan
hati, ingin juga dia bertanya apa yang membuatkan pemuda itu kelihatan penat dan
ada kesan lebam di pipinya. Tangan kanannya pula tidak beralih dari memegang
siku kiri dari tadi.
65
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Walaupun lima minit telah berlalu, Azizi masih lagi setia untuk menunggu kehadiran
Arwin. Akhirnya, Arwin muncul dengan keadaan matanya yang merah. Seperti baru
selesai dari menangis.
“Ini semua salah awak” Ujar Arwin. Suasana senyap seketika.
“Awak dengar tak? Ini semua salah awak!” Tegas Arwin. Azizi tidak berbicara.
Lidahnya kelu. Bagaimana dia mahu menerangkan kepada Arwin pekara yang
sebenar?
“Awak, awak dah salah anggap ni. Saya cuba nak selamatkan awak. Saya nak
selamatkan cinta awak. Saya penyelamat cinta, awak”
“Sudah! Kalau benar pun awak ni sang penyelamat cinta, awak sepatutnya
membenarkan saya hidup bahagia bersama Kamarul. Bukan kerana perasaan
cemburu awak terhadap dia, awak melepaskan geram. Dan oleh kerana itu, saya
dan Kamarul dah tidak mempunyai apa-apa hubungan!” Kelihatan butir-butir mutiara
Arwin mula terbit di kelopak matanya.
“Saya dah tak nak tengok awak lagi, awak pergi dari sini!” Perintah Arwin. Azizi tidak
dapat melakukan apa-apa lagi. Yang dia mampu hanyalah membawa dirinya agar
kemarahan Arwin tidak semakin membara.
“Tuit! Tuit!, SMS…
Arwin tersentak dari lamunan. Harapannya untuk hidup bersama Kamarul, hancur.
Musnah.
‘Mun nak jmpa Arwin. kat tmn blkang uma.’
‘I x da mood nak klua..’
‘Mun dtg uma Arwin skng.’
Selang beberapa minit, Arwin menerima mesej dari Mun.
‘Mun dah kat dpn uma Arwin.’
66
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Langkah berat Arwin membawanya untuk berjumpa dengan Mun.
“Arwin, Azizi tak bersalah dalam hal ini” Mun memulakan bicaranya.
“Tolong jangan sebut nama dia boleh tak? I benci dengar, meluat!” Arwin bernada
sombong.
“Sebelum you nak sayang atau benci sesiapa, you kena tengok dulu video ni. Lepas
ni, kalau you nak benci I sekali pun, I tak kisah!” Tegas Mun.
Benar kata orang, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Syukur
pada Mu, Ya Allah. Kini adik-adik kembar ku telah bergelar pak cik dan mak cik. Abah
dan Mama pula, bergelar atok dan nenek. Aku telah dikurniakan oleh Mu sepasang
kembar seiras. Disamping itu, Ya Allah, Engkau juga telah menganugerahkan aku
seorang suami yang mampu membimbingku ke jalan Mu. Wahai suamiku, Sharul Azizi,
sesungguhnya, engkau benar-benar penyelamat cintaku.
67
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Ayuni
Oleh:
Rosnani Sharong
Biar macam manapun cacatnya seseorang, selagi dia waras selagi itulah dia
mempunyai perasaan ingin dicintai dan menyayangi orang lain seperti juga
manusia normal lainnya. Kerana itu kenalilah hati budi seseorang
sedalamnya agar kita mengerti bahawa kasih itu merentas batas fizikal dan
menginsafi yang Allah SWT melihat manusia sama sahaja, cuma yang
bedanya hanya iman dan taqwa.
68
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Ayuni melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Penatnya ketika bertugas
membersihkan sekolah sebentar tadi bersama rakan-rakannya belum hilang. Hari ini
mereka membersihkan kawasan sekolah bersama Pengawas Alam Sekitar. Ayuni
mengeluh kecil. Fonseska mendekati Ayuni. Dia menarik kerusi yang berada di
depannya dan duduk.
“Awak tak rasa ke yang sekolah ni tak adil?”
“Kenapa pula?” Tanya Ayuni.
“Yalah, dah dua minggu kita asyik membersihkan kawasan sekolah. Awak rasa adil ke
tu? Kelas lain cuma seminggu saja” Balas Fonseska.
“Apa boleh buat. Bukankah minggu lepas kita semua didenda membersihkan
kawasan sekolah ni sebab lambat ke perhimpunan. Kebetulan pula pengetua
berceramah tentang kebersihan sekolah kita yang sememangnya tidak bersih ni. Ada
tukang kebun pun macam tak ada”. Ujar Ayuni. Sedang mereka berbual-bual,
mereka didatangi seorang budak lelaki. Budak itu memberikan Ayuni sepucuk surat.
Ayuni mengambil surat itu dan membeleknya.
“Wah, dah ada peminat awak ni Ayuni,” kata Fonseska.
“Merepeklah awak ni, Fonseska.” Ayuni segera menyimpan surat itu. Tidak lama
kemudian, Cikgu Ryuuji masuk ke kelas mengajar Bahasa Jepun. Cikgu Ryuuji
merupakan guru Bahasa Jepun yang sangat disenangi.
Sepanjang sesi pembelajaran, Ayuni asyik memikirkan tentang surat yang baru
diterimanya. Cikgu Ryuuji perasan akan Ayuni yang tidak memberikan perhatian
padanya lalu berjalan ke arah Ayuni dan menghempaskan bukunya di atas meja
Ayuni.
69
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Opocot nenek intan payung tuan hamba meletup runtuh tanah bukit kantor raja!”
Latah Ayuni. Cikgu Ryuuji terkejut. Ayuni sedar dirinya melatah di hadapan Cikgu
Ryuuji lalu tunduk malu. Semua orang memandang Ayuni.
“Gomennasai, sensei,” kata Ayuni perlahan.
“Maa ii deshou, Ayuni. Lain kali jangan berangan dalam kelas,” balas Cikgu Ryuuji lalu
meneruskan semula sesi pembelajaran.
***
Ayuni membelek-belek semula surat yang diterimanya pagi tadi. Siapa pengirimnya
ya? Teringin pula nak tahu. Ayuni membuka surat tersebut dan alangkah terkejutnya
dia apabila melihat isi kandungan isi surat tersebut. Dia segera berlari keluar dari
biliknya dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Aqasyah, kembarnya, sedang bermain
Playstation di ruang tamu. Ayuni segera memeluk Aqasyah.
“Hoi, apa ni Ayuni? Tiba-tiba peluk orang ni?! Lepaslah!” Bentak Aqasyah.
“Surat...surat.... syurat... syurat...” Kata Ayuni putus-putus. Aqasyah mengerutkan
kening.
“Syurat?” Tanya Aqasyah hairan.
“Bukan syuratlah... surat!” Marah Ayuni.
“Surat apa?” Tanya Aqasyah lagi.
“Surat semut..” jawab Ayuni. Aqasyah semakin keliru. Apa yang tak kena dengan
kembar aku ni?
“Ayuni dapat surat semut... banyak sangat semut... eeeiii...”
“Sabar... sabar... mana surat tu?”
“Kat bilik...” Mereka berdua menuju ke bilik Ayuni. Sesampainya mereka berdua di bilik
Ayuni, Aqasyah segera ke meja belajar Ayuni. Aqasyah terkejut. Terdapat sampul
surat yang dipenuhi dengan semut. Di dalam sampul surat itu terdapat beberapa biji
gula-gula.
70
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Siapa pengirimnya?” tanya Aqasyah.
“Ayuni tak tahu,” jawab Ayuni. Aqasyah pun membersihkan meja Ayuni yang
dipenuhi dengan semut itu. Perlahan-lahan dia mengambil surat yang dipenuhi semut
itu dan membuangnya ke tong sampah. Ayuni masih berasa geli apabila memikirkan
mejanya dipenuhi dengan semut.
Keesokan harinya, Ayuni ke sekolah seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Namun, fikirannya masih lagi melayang kepada surat yang dipenuhi semut yang
diterimanya semalam. Tiba-tiba bahunya ditepuk.
“Ohayo, Fonseska. Awalnya awak pagi ni,” sapa Ayuni.
“Ohayo, Ayuni. Selama ni saya tak awal ke?” Balas Fonseska. Mereka beriringan
menuju ke kelas.
Sesampainya mereka di kelas, Fonseska bertanya tentang surat yang diterima oleh
Ayuni semalam. Ayuni mendiamkan dirinya. Berulang kali Fonseska bertanya
tentangnya namun Ayuni hanya mendiamkan dirinya. Fonseska hairan. Apa yang tak
kena?
“Ayuni, apa yang tak kena ni? Saya ada tersalah cakap ke?” Tanya Fonseska. Ayuni
menggelengkan kepalanya. Fonseska curiga dengan kelakuan Ayuni segera
bertanya kepada Aqasyah. Aqasyah pun memberitahu Fonseska tentang surat semut
yang diterima Ayuni semalam. Fonseska mengangguk tanda faham. Dia menuju ke
arah Ayuni dan membisikkan sesuatu di telinga Ayuni. Ayuni mengangguk.
***
“Awak yakin ke rancangan ini berjaya?” Tanya Ayuni.
“Awak yakin sajalah. Biar Fonseska yang bijaksana ini membantu awak,” jawab
Fonseska angkuh. Budak lelaki yang menghantar surat kepada Ayuni pada hari itu
71
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
datang semula. Seperti biasa, budak itu berjalan menuju ke meja Ayuni dan
memberikan Ayuni sepucuk surat. Fonseska memberikan isyarat kepada Ayuni. Ayuni
mengangguk tanda faham.
“Awak, boleh beritahu kat orang yang bagi surat ni... beritahu kat dia, saya teringin
sangat nak jumpa dia... kalau boleh, saya nak jumpa dia depan pagar sekolah
selepas sekolah... boleh awak beritahu dia?” ujar Ayuni. Budak lelaki itu mengangguk.
Ayuni tersenyum.
***
Ayuni berdiri di depan pagar sekolah. Fonseska dan Aqasyah pula berada jauh sedikit
daripada Ayuni. Setelah beberapa lama, seorang lelaki datang kepada Ayuni. lelaki
itu berdiri di belakang Ayuni dan menepuk bahunya. Ayuni berpaling dan
memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum. Ayuni memandang lelaki itu lama.
“Konnichiwa...” sapa Ayuni. lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit.
“Hajimemashitte..” kata Ayuni lagi. Lelaki itu senyum.
“Watashi wa Ayuni Aqilah desu....” kata Ayuni lagi. Lelaki itu hanya tersenyum. Ayuni
mengurutkan dadanya.
“Kenapa awak beri saya surat semut?” Tanya Ayuni terus terang. Lelaki itu terkejut
sedikit lalu menggelengkan kepalanya.
“Bukankah awak ke yang beri saya surat semalam?” Tanya Ayuni lagi. Lelaki itu
menggangguk. Ayuni mengurut dadanya lagi. Sabar Ayuni... sabar...bisik hati Ayuni.
lelaki itu mengangkat tangannya dan membuat isyarat. Ayuni mengerutkan dahinya.
“Ada emas kat dalam mulut awak tu ke? Atau awak ni bisu? Takkan dari tadi tak nak
cakap? Atau awak sengaja nak jadi bisu sebab nak tagih simpati kat saya?!” Marah
Ayuni. lelaki itu sedikit tersentak. Ayuni segera berlalu meninggalkan lelaki itu
termangu-mangu sendirian.
72
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Malam itu, Ayuni tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya masih melayang-layang
pada pertemuannya dengan lelaki bisu petang tadi. Perasaan bersalah tiba-tiba
menyelubungi dirinya. Seribu pertanyaan menerjah fikirannya.
Bagaimana jika dia betul-betul bisu? Apa nak buat? Tapi tak pernah pula jumpa dia
sebelum ni. Dia pelajar baru ke? Oh tidak... kasar sangat ke saya tadi? Apa nak buat
sekarang ni? Ayuni memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan.
***
“Baiklah rakan sekalian, seperti yang anda sedia maklum sekolah akan mengadakan
pesta makanan minggu hadapan. Dan kali ini kita akan bergabung dengan kelas 5-A.
Jadi, saya nak minta kerjasama semua agar berikan apa-apa saja cadangan yang
munasabah untuk pesta kali ini,” ucap presiden kelas, Madoka Hayashida.
“Presiden, awak kata tadi kita bergabung dengan kelas 5-A, bukan? apa yang kita
nak buat sebenarnya?” Tanya Keie.
“Oh, bagus pertanyaan awak. Saya dah berbincang dengan presiden kelas 5-A dan
kami bersetuju bahawa kelas 5-A akan dijadikan sebagai tapak gerai dan kita akan
menyediakan hidangan yang sesuai untuk pesta tersebut,” balas Madoka panjang
lebar.
“Tapi Madoka, no money no talk,” kata Fonseska. Ayuni mengiakan.
“Tentang duit kalian jangan risau. Selain daripada wang kelas yang kita ada, mereka
ada berikan sedikit wang kepada kita. Jadi, ada apa-apa cadangan?”
“Apa kata kita buka gerai buah-buahan?” cadang Pan Da.
“Saya nak buka gerai makanan ringan,” kata Fonseska.
“Lebih baik jangan. Kalaulah awak nak buka gerai makanan ringan, bukan orang lain
yang makan, awak yang makan,” usik Aloha. Fonseska menjuihkan mulutnya.
“Apa kata kita buka gerai sushi. Ayuni pandai buat sushi,” cadang Aqasyah pula.
73
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Idea yang bagus. Tapi takkan nak suruh Ayuni buat seorang diri? Ada sesiapa yang
pandai buat sushi tak?” Tanya Madoka.
“Adiela, Irah, Tik Atika, dan Bussy boleh tolong saya buat sushi,” balas Ayuni. tiba-tiba
pintu kelas 5-C diketuk. Kelihatan seorang lelaki masuk ke kelas. Ayuni terkejut. Alamak!
Lelaki tu lah...
“Gomennasai kerana mengganggu perbincangan kamu. Saya presiden kelas 5-A,
Ryuzuki Ryu. Saya cuma nak beritahu bahawa setelah melakukan perbincangan,
kami akan jadikan kelas 5-B sebagai tapak gerai. Madoka telah bersetuju. Bagaimana
dengan anda semua?” Tanya Ryuzuki. Mereka semua bersetuju.
Ayuni memandang lelaki itu lama. Boleh pula mamat ni bercakap. Tapi kenapa hari
tu dia tak cakap apa-apa pun? Sengaja nak main-mainkan aku ke ni? Bisik hati Ayuni.
setelah lelaki itu keluar, Ayuni menarik Fonseska ke tepi tingkap.
“Awak ingat tak lelaki yang saya jumpa tempoh hari?”
“Ha’ah, kenapa dengan lelaki tu?”
“Bukankah itu lelaki yang sama yang masuk ke kelas kita sebentar tadi?”
Fonseska berfikir sejenak.
“Oh, jadi maksud awak, peminat rahsia awak tu, presiden kelas 5-A, Ryuzuki Ryu?”
Ayuni mengangguk. Fonseska mengurut dagunya.
***
“Awak perlukan apa-apa pertolongan?” Tanya Ryuzuki. Ayuni menggelengkan
kepalanya. Ryuzuki melihat Ayuni yang sedang sibuk membuat hiasan pada papan
putih. Ayuni yang perasan dirinya diperhati, memandang Ryuzuki.
“Boleh tak awak jangan tengok saya macam tu. Saya rimaslah,” kata Ayuni.
“Saya cuma nak halang orang lain tengok awak.”
74
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Awak ni husband saya ke sampai nak halang orang tengok saya? Salahkah orang
tengok saya?”
“Awak marah ke?” Ayuni berpaling dan meneruskan kerjanya semula.
“Gomennasai kalau awak marah. Tapi muka awak teruk sangatlah. Tak ada duster ke
sampai muka yang cantik dan putih mulus ni dijadikan duster?” Sindir Ryuzuki dan
berlalu meninggalkan Ayuni. Fonseska segera mendapatkan Ayuni.
“Apa yang....” Belum sempat Fonseska menghabiskan kata-katanya, dia ketawa
besar. Ayuni segera berpaling dan memanggil Aqasyah yang sedang menyiapkan
gerai makanan. Mereka yang berada di kelas itu memandang Ayuni. sebaik sahaja
mereka melihat Ayuni, berderai ketawa semua orang. Ayuni segera mendapatkan
cermin. Dilihat mukanya yang penuh dengan contengan pen marker. Bila lagi aku
dapat ne?
Ayuni segera berlari ke tandas. Di dalam tandas, Ayuni mengomong sendiri.
“Malunya! Kenapa dia yang nampak? Kenapa bukan orang lain? Malunya aku,”
guman Ayuni sendiri.
***
Kelas 5-B kelihatan penuh dengan pelajar yang tidak putus-putus datang ke gerai
makanan sushi. Ayuni, Fonseska, dan Aqasyah bertugas menjaga gerai.
“Wah, ramainya orang datang. Mesti sedap kan sushi awak ni Ayuni?”
“Tak adalah. Biasa saja,” kata Ayuni. Aqasyah memandang Ayuni lama.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Tanya Ayuni kepada Aqasyah.
“Tak adalah. Awak nampak tak presiden kelas 5-A? Sepatutnya dia menjaga gerai
dengan kita,” kata Aqasyah sambil matanya melihat sekeliling.
“Biarkan sajalah dia tu. Lagipun kita bertiga menjaga gerai sudah cukup. Tak perlulah
presiden kelas 5-A tu,” balas Ayuni.
“Awak berdendam dengan dia ke?” Tanya Fonseska curiga.
75
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Iie!” Teriak Ayuni. Fonseska tergamam.
***
Ayuni memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan Ryuzuki. Kakinya melangkah
perlahan menuju ke kelas 5-A. Sesampainya dia di hadapan kelas, kelihatan seorang
lelaki keluar dari bilik. Lelaki itu memandang Ayuni lalu tersenyum. Ayuni memandang
lelaki itu lama. Mata bertentang mata. Ayuni tunduk. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Ohayo...” sapa Ayuni perlahan. Lelaki itu tunduk sedikit menyambut sapaan Ayuni.
“Gomennasai sebab marah kat awak hari tu,” kata Ayuni lagi. lelaki itu hanya
tersenyum. Ayuni pun berlalu ke kelasnya. dalam fikirannya cuma ada Fonseska.
Sesampainya dia di kelas, dia segera menuju ke tempat duduk Fonseska. Dia
menceritakan segala-galanya yang berlaku antara dia dengan lelaki itu.
“Mungkin lelaki tu memang bisu kot,” kata Fonseska.
“Mustahil dia bisu. Kan awak sendiri pernah dengar dia bercakap?” Tanya Ayuni.
Fonseska mengurut dagunya yang licin. Seketika kemudian, Cikgu Ryuuji masuk untuk
mengajar subjek Bahasa Jepun.
***
Aqasyah mendekati Ayuni. dia membisikkan sesuatu pada Ayuni. Ayuni sedikit terkejut.
“Hontou desu? Awak tak main-main ke?” Tanya Ayuni inginkan kepastian.
“Hai’... saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Memang kembar,” balas
Aqasyah.
“Jadi siapa yang saya jumpa depan pagar hari tu?” Tanya Ayuni lagi.
“Itu kembar Ryuzuki, Ryuzaki Ryu merangkap timbalan Presiden kelas 5-A,” jawab
Aqasyah panjang. Ayuni tunduk malu. Patutlah seperti ada yang tidak kena dengan
presiden kelas.
“Jadi betullah Ryuzaki tu bisu?” Tanya Ayuni lagi.
76
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Hai’... Ryuzaki tu memang bisu dari kecil lagi. kalau awak tak percaya tanyalah
Ryuzuki,” kata Aqasyah lagi. Ayuni diam.
Petang itu, Ayuni ke kelas 5-A. Niatnya hanya untuk memastikan bahawa apa yang
diperkatakan oleh Aqasyah tadi adalah benar. Dia mengintai di balik pintu kelas 5-A.
“Dorobou!” Seru suara dari belakang. Ayuni berpaling ke belakang lalu berkata, “Iie!
Watashi wa seito.”
“A, ore wa miteru dake desu,” kata Ryuzuki. Ayuni mengurut dadanya.
“Apa yang awak buat di sini?” Tanya Ryuzuki.
“Jitsu wa.... jitsu wa....”
“Nani?”
“Sebenarnya saya nak tahu. Awak ada kembarkah?”
“Hai’.. doushitte?”
“Betsuni..” Ayuni pun berlalu meninggalkan Ryuzuki.
***
Ayuni menerima sepucuk surat lagi. tanpa berlengah, Ayuni terus membuka surat
tersebut. Di dalamnya tertulis:
Ke hadapan Ayuni Aqilah,
Sebenarnya saya minat awak dari dulu lagi tetapi saya tak dapat luahkan
kerana kekurangan saya. Saya takut awak tak dapat menerima saya kerana
kekurangan yang saya ada. Sebab itulah saya menulis surat. Saya harap dapat
berjumpa awak lagi.
Yang benar,
Ryuzaki Ryu
Ayuni berlari keluar dari kelasnya menuju ke kelas 5-A. Dia mencari-cari Ryuzaki. Dia
ternampak Ryuzaki berada bersama kembarnya Ryuzuki.
77
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Ryuzaki!” Jerit Ayuni. seluruh kelas diam. Ayuni melangkah cepat ke arah Ryuzaki dan
Ryuzuki. Ryuzuki faham akan situasi tersebut meninggalkan Ryuzaki tetapi dihalang
oleh Ayuni. Dia membisikkan sesuatu kepada Ryuzuki. Ryuzuki mengangguk kecil.
“Kenapa awak tak beritahu awal-awal lagi?” Tanya Ayuni. Serentak itu juga, Ryuzuki
bertugas sebagai pengantara antara Ryuzaki dan Ayuni. dia bertindak sebagai
penterjemah kepada Ayuni dan Aqilah. Ryuzaki mengangkat tangannya dan
membuat bahasa isyarat.
“Dia kata, dia dah cuba beritahu tapi awak tak pernah ambil tahu,” terjemah Ryuzuki.
“Adakah selama ini surat yang saya terima semuanya dari awak?” Tanya Ayuni lagi.
“Dia kata, jika awak tak ada peminat rahsia lain, semua itu dari dia,” terjemah Ryuzuki
lagi. Ayuni senyum malu.
“Adakah apa yang awak tulis dalam surat ni benar?” Ayuni menghulurkan surat yang
diterimanya kepada Ryuzaki. Ryuzaki menganggukkan kepalanya. Senyuman di bibir
Ayuni bertambah lebar. Dadanya kini berbunga. Kisah surat semut dilupakan.
Serta-merta, Ayuni membuat isyarat ‘I Love You’ kepada Ryuzaki. Ryuzuki
mengangkat tangan dan berlalu meninggalkan Ayuni dan Ryuzaki. Dia memberikan
isyarat kepada rakan-rakan sekelasnya supaya tidak mengganggu merpati dua sejoli
itu. Mereka faham dan keluar perlahan-lahan. Ryuzuki menutup pintu perlahan dan
meninggalkan Ayuni dan Ryuzaki bersendirian di dalam kelas.
Ryuzaki mengambil sekeping kertas dan menulis ‘I Love you too’. Ryuzaki memandang
Ayuni lama. Mata bertentang mata. Dari mata jatuh ke hati. Dari luar kelas, Aqasyah
dan Ryuzuki mengintai di balik pintu yang sengaja dikuak kecil. Aqasyah memberikan
isyarat beres kepada Ryuzuki. Begitu juga dengan Ryuzuki.
78
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
GLOSARI Maaf
Cikgu
Gomennasai Tak apa
Sensei Selamat pagi
Maa ii deshou Selamat sejahtera
Ohayo Gembira dapat bertemu dengan awak
Konnichiwa (untuk pertemuan pertama)
Hajimimashitte Nama saya______
Tidak
Watashi wa ______ desu Betulkah?
Iie Ya
Hontou desu Pencuri
Hai’ Saya pelajar
Dorobou O...
Watashi wa seito Saya
A Hanya bergurau
Ore, watashi Sebenarnya
Miteru dake desu Apa?
Jitsu wa Kenapa
Nani? Tak ada apa-apa
Doushitte
Betsuni
79
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Cinta Tak Berhujung
Oleh:
Afiqah Binti Mahmad, PISMP BA Amb. Jan 2013
Kesabaran dalam berkasih sayangmenjadi lebih bermakna jika dibaluti
keikhlasan. Sabarlah dalam melayari bahtera kehidupan kerana sabar itu
adalah separuh daripada iman dan merupakan jihad yang lebih besar
daripada peperangan.
“Z
80
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
ati!, Zati!, Zaaati!” bangun sayang..dah pukul lapan ni,nanti lambat pulak pergi kuliah”
Teriak Datin Khatijah,umi kepada Puteri Nur Iffah Izzati binti Datuk Mohammad
Hilmy…”Ya umi, orang dah bangun ni” Menyahut kembali Zati panggilan uminya.
”Ishhh!!! bising je orang tua ni pagi-pagi, cam nak pecah je satu rumah ni. Tahu lah
aku nak bangun sendiri” Zati membentak. Zati merenung jam loceng di sebelah
kanan katilnya. Jam telah menunjukkan pukul 8.10 pagi. Dia pun melentokkan
badannya kembali di atas bantal untuk meneruskan tidurnya yang terganggu
sebentar radi.
“Huarghhhhhhhhhh! Dah lambat”
Zati pun cepat-cepat membersihkan dan menyiapkan dirinya. Keadaannya menjadi
kelam kabut dek kerana belum menggosok pakaian seperti hari sebelum ini yang
sememangnya sudah tersedia. Tap,tap,tap,tap… Begitu pantas Zati melangkah
menuruni anak-anak tangga yang masih berbaki. Inilah akibatnya bangun lambat.
Sempat lagi Datin Khatijah menegur anaknya yang pantas berjalan menuju ke
gerbang pintu.
”Ehhh! Sayang tak sarapan dulu?” Tanya Datin Khatijah.
“Tidaklah umi, orang dah lambat ni” Sahut Zati.
“Okeylah umi, orang gerak dulu, ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam” Jawab Datin Khatijah sambil menggelengkan kepalanya.
Kiri, kanan, kiri, kanan…Begitu berhati-hati Zati berjalan bagaikan model di atas
pentas. Dengan lenggokkan badan persis penyanyi Inul mampu menarik perhatian
semua kaum adam di kolej iu. “Pewittt…pewittt!” Kedengaran sekumpulan lelaki yang
cuba untuk menarik perhatian Zati.
81
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Seperti biasa, Zati akan duduk di bawah pondok cendawan untuk menanti kehadiran
kekasihnya, Engku Muhammad Azriq Dani. Lima minit kemudian.
“Hai sayanggg!! cantik tak ayang hari ni??” Suara Zati kedengaran perlahan di
gegendang Dani.
“Cantikkk sangat tau,tergoda nafsu sayang” Jawab Dani sambil meramas lembut
jemari Zati. Mereka pun jalan seiringan menuju ke dewan belajar.
Tepat jam 4 petang waktu kuliah sudah pun habis…Zati pun pulang bersama Dani
menaiki kereta Ferrari Spyder milik kesayangan kekasihnya.
”Ayangggg,,nak tak kalau sayang ajak ayang pergi kelab malam ni?” Dani
memandang Zati dengan harapan yang tinggi.
”Ermmmm,tengok dulu lah..Ayang kena pandai cari idea nak minta izin dari umi dan
baba. Kalau tidak nanti payah nak keluar” Panjang lebar Zati mengatakan kepada
Dani. Dani menarik muka tanda kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Zati.
Zati pun dalam keadaan serba salah dan cepat kesian apabila melihat kekasihnya
begitu.
“Okey,okey ayang usaha erkk. Nanti ayang pandai-pandailah pancing umi ngan
baba. Okey?” Beriya Zati mengatakan untuk menyedapkan hati Dani.
“Okey sayang. Camnilah baru awek Engku Muhammad Azriq Dani.” Kata-kata Dani
diakhiri dengan gelak ketawa.
Suasana di dalam kelab sangat bising sehingga boleh membuat telinga seseorang itu
pekak. Dani dan Zati masing-masing melayan perasaan dengan mengikuti rentak
muzik yang dimainkan. Masing-masing hilang pertimbangan dan jauh dari dunia yang
nyata apatah lagi dengan Allah Yang Maha Besar. Begitulah kehidupan mereka
82
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
berdua pada waktu-waktu malam atau pun lapang. Astaghfirullahhalazim…
Keadaan mereka berterusan sehingga pukul tiga pagi.
Awal-awal pagi Datin Khatijah mencari kelibat anaknya.
“Mana Zati ni? Dah pukul 1 petang ni. Isshhh. Apalah nak jadi dengan anak dara
seorang ni” Berbisik Datin Khatijah di dalam hati. Nasib baik hari ni hari minggu, kalau
tidak sudah lama Zati akan mendengar bebelan dari kedua-dua orang tuanya. Datin
Khatijah berjalan menuju ke ruang tamu untuk mendekati suaminya yang sedang
asyik menonton televisyen. Suasana pada mulanya sunyi tanpa kata-kata. Puan
Khatijah pun membuka biara untuk menghilangkan kesunyian itu.
“Abang, saya tengok anak kita ni makin lama makin jadi-jadi perangainya. Saya tak
nak dia jadi liar. Itulah satu-satunya permata yang kita ada kat dunia ni. Saya tak nak
apa-apa terjadi kat dia” Kata Datin Khatijah dalam keadaan yang takut.
“Awak ni jangan fikir yang bukan-bukan. Kita ni kena banyak berdoa moga Allah
lapangkan dada anak kita tu untuk berubah. InsyaAllah” Datuk Hilmy cuba
menyakinkan isterinya.
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Hari ini genap 22 tahun
permata kesayangan Datuk Mohammad Hilmy dan Datin Khatijah. Seperti
kebiasaannya mereka akan mengadakan majlis hari lahir buat permata kesayangan
mereka itu, iaitu Puteri Nur Iffah Izzati binti Datuk Mohammad Hilmy. Walaupun usia
semakin meningkat tetapi majlis seperti itu tetap dilakukan. Ia seperti amalan tradisi
bagi keluarga mereka. Puteri Nur Iffah Izzati semakin cantik dan menawan seperti
uminya. Ramai jejaka yang cuba untuk menarik perhatiannya, tetapi diendahkannya.
Tiba-tiba dia terpandang di satu sudut yang hanya terdapat seorang jejaka yang lain
daripada yang lain. Zati memandang jejaka itu dengan reaksi muka yang pelik.
83
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Siapa pulak lelaki tu ye? Tak penah aku tengok dia. Dahlah bersongkok kemas.
Nampak alim je mamat ni. Hmmmm” Bermonolog Zati di dalam hatinya..
Keesokan pagi, Zati bangun lebih awal tidak seperti biasa. Lagipun hari ini dia sudah
berjanji dengan uminya yang dia akan membantu untuk memasak kerana ada
tetamu penting akan datang. Umi pun berpesan menyuruh dia memakai yang cantik
serta nampak sopan ketika tetamu itu datang.
“Jemput masuk” Kata Datuk Hilmy kepada tetamunya. Sedang mereka semua asyik
berbual. Zati pun menuruni anak tangga dan mendekati uminya.
“Zati,pergilah salam dengan kawan umi tu” Berbisik Datin Khatijah pada anaknya itu.
“Cantik anak kamu ya Khatijah. Serupa dengan awak” Ucap Puan Hajah Maria.
“Kenalkan ini anak makcik, Muhammad Izzat Aiman” Senyum Puan Hajah Maria. Zati
pun menoleh ke kanan sambil melemparkan senyuman. Dia terkejut.
”Ehhhh, bukan ke mamat ni yang aku nampak semalam masa majlis aku..Siapa
sebenarnya dia ni?” Berbisik Zati di dalam hatinya. Selesai semua makan tengah hari,
mereka semua duduk di luar sambil menghirup udara yang segar. Zati tidak menuruti
mereka. Dia hanya duduk di dalam.
Keadaan di luar sedikit riuh. Zati pun mencuri untuk mendengar perbualan mereka.
“Bilalah kita nak jodohkan anak kita ni?” Tanya Tuan Hj.Ramli kepada Datuk Hilmy.
”InsyaAllah,kalau tak ada arah melintang bulan depan” Sambut Datuk Hilmy dengan
senyuman.
“Hahhhh? Jodohkan aku dengan mamat tu?. Ishhh! Tak nak aku” Berbisik Zati supaya
tidak didengari oleh mereka yang di luar..
“Zati! Zati! Mari sini nak. Kawan umi nak balik dah ni” Jerit Datin Khatijah memanggil
anaknya. Mereka semua pun bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal.
84
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Zati! Tunggu sebentar. Ada perkara yang baba nak cakap ni” Tegas Datuk Hilmy.
“Baba harap kamu tidak akan menolak. Baba dan ummi nak kamu kahwin dengan
Izzat, anak kepada Tuan Hj.Ramli dengan Puan Hajah Maria” Ucap Datuk Hilmy.
“Apa? Dengan mamat tadi? Zati tak nak. Dahlah mamat tu alim. Mana sesuai
dengan Zati. Lagi pun Zati dah ada orang lain” Bentak Zati.
“Kamu jangan nak mengada-ngada. Ikut cakap baba. Zati lah satu-satunya anak
baba. Baba tak nak kehidupan Zati hancur nanti. Ini keputusan muktamad” Tegas
Datuk Hilmy mengulas. Zati pantas menaiki tangga untuk lari dari kata-kata babanya.
Hari ini merupakan hari perkahwinan anak permata Datuk Hilmy dengan Datin
Khatijah. Suasana di kawasan rumah mereka agak riuh rendah dengan dipenuhi
ramai tetamu untuk menyaksikan hari bahagia anak mereka. Zati telah pun siap
dengan sepersalinan baju nikah bertemakan coklat koko. Zati kelihatan sangat cantik
tetapi reaksi mukanya tetap menunjukkan dia tidak gembira pada hari bahagianya.
“Aku terima nikahnya Puteri Nur Iffah Izzati binti Datuk Mohammad Hilmy dengan mas
kahwin RM 130 tunai” Dengan sekali lafaz Zati sah menjdi isteri kepada Muhammad
Izzat Aiman bin Hj.Ramli. Tiada senyuman pun di bibir manis Zati. Bukan ini semua yang
dia inginkan.
“Saya nak tidur dulu. Awak tidur lah kat bawah. Ok, selamat malam” Kata Zati pada
suaminya. Izzat pun menuruti sahaja keinginan isterinya. Lagi pun dia tahu Zati tidak
pun menginginkan perkahwinan ini.
Sudah setahun mereka bersama. Perangai dan perasaan Zati terhadap Izzat tetap
sama. Tiada apa-apa perubahan. Tetapi setiap kali mereka berhadapan dengan ibu
bapa mereka masing-masing, mereka hanya dalam lakonan. Macam tiada apa
85
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
yang berlaku. Zati sering keluar malam dan pulang ke rumah lewat pagi. Izzat sudah
menegur tetapi tidak diendahkan oleh Zati. Zati pun telah ditegur baik-baik oleh
suaminya agar dia berubah penampilan dan perangainya bersesuaian dengan
statusnya seorang wanita dan isteri orang.
Keadaan di lorong Batu amat kecoh pada suatu malam. Di lorong itu dipenuhi
dengan pelacur-pelacur serta lelaki-lelaki. Kebetulan ketika itu, Izzat melalui lorong itu
untuk melihat kekecohan yang berlaku. Izzat terperanjat kerana salah seorang wanita
yang berada di situ adalah isterinya, Zati. Dia pun merapati Zati dan memaksanya ikut
pulang. Tetapi Zati enggan dan menyuruh lelaki-lelaki lain yang berada di situ untuk
menumbuknya. Izzat pun meninggalkan tempat itu.
“Assalamualaikum, ni Datin Khatijah? Kata jururawat penuh berhemah.
“Ya saya. Kenapa?” Balas datin.
“Maaf, datin. Saya harap datin bersabar. Anak datin,Zati masuk hospital sebab
kemalangan malam tadi. Sekarang dia dirawat di Hospital Matahari” Kata jururawat
itu di corong telefon.
“Apa? Astaghfirullahalazim” Longlai datin Khatijah selepas mendengar kata-kata
jururawat itu. Setibanya mereka di hospital, mereka melihat keadaan menantu sangat
teruk. Izzat pun menceritakan segalanya yang berlaku. Zati sekarang dalam keadaan
koma. Datuk Hilmy meminta maaf atas kesalahan anaknya kepada Izzat. Akhirnya
mereka sudah tahu bahawa hubungan menantu dan anaknya hanya baik ketika
berhadapan dengan mereka tetapi disebaliknya jauh sama sekali. Mereka amat
kecewa dengan sikap Zati itu. Mereka tidak sangka akan tindakan yang dilakukan
anaknya itu.
86
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Siang dan malam, Izzat menemani isterinya di hospital. Izzat sentiasa membacakan
Yassin serta melakukan solat sunat agar isterinya cepat sedar. Itulah jalan yang terbaik
dengan memohon kepada Allah. Izzat tetap sayang dan mencintai isterinya
walaupun telah banyak kesilapan yang telah Zati lakukan kepadanya. Izzat hanya
berharap agar suatu hari nanti isterinya akan berubah.
“Izzat! Izzat! Izzat! Maafkan Zati. Zati tahu banyak dosa yang telah Zati buat kat Izzat.
Tolong selamatkan Zati. Zati takut. Izzat!...” Zati menjerit dengan sekuatnya. Jeritan itu
telah membuatkan Izzat tersedar dari tidurnya.
“Alhamdulillah! Aakhirnya awak dah sedar” Ucap Izzat dalam nada yang gembira.
“Izzat, maafkan saya. Saya salah selama ini. Saya janji saya akan berubah dan jadi
isteri yang solehah pada awak” Rayu Zati.
“Ya, saya dah lama maafkan awak. Ok, awak rehatlah dulu. Nanti saya telefon ibu
bapa awak maklumkan awak yang dah sedar” Kata Izzat dengan nada yang
sederhana.
Keesokan pagi…
“Alhamdulillah, akhirnya Zati dah sedar” Ujar Datin Khatijah dalam keadaan sebak.
“Ummi, maafkan Zati kerana berkelakuan buruk selama ini. Zati dah insaf. Zati janji, Zati
akan berubah” Air matanya mengalir laju.
Mengapa berpaut pada kenangan, sedangkan impian boleh digapai.
Kehidupan mereka semakin bahagia. Zati sudah berubah dari segi penampilan dan
perangainya. Dia telah menunjukkan ciri-ciri wanita yang solehah. Zati dan suami
saling mencintai. Selama setahun mereka buat haluan masing-masing akhirnya
mereka bersatu kembali dengan cinta yang membara. Inilah dikatakan cinta semanis
kurma.
87
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Cinta tidak selalu bersama jodoh. Namun jodoh akan sentiasa kekal bersama cinta.
Selepas mereka telah bersama-sama menyelami kehidupan, atas berakah dari Allah,
mereka telah dikurniakan ramai anak. Alhamdulillah. Allah tidak menghalang cinta
sesama manusia melainkan cinta itu bukan di jalan yang sahih. Iniah yang dikatakan
cinta anugerah Ilahi yang tiada penghujungnya..
Firman Allah s.w.t
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan
(sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik)
itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);
mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan
yang mulia (Surah An-Nur:26)
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita
bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya
anugerah itu…
88
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Bila Embun Tak
Menitis Lagi
Oleh:
Asly Majubi (PISMP Prasekolah Amb. Jan 2012)
“Indra anak ibu, pertama sekali ibu memohon kemaafan daripada Indra
kerana sering kali menyakitkan hatimu, ibu tidak pernah berniat untuk
menyakitkan hatimu apatah lagi mengecewakan dirimu. Maafkan ibu,
kerana merahsiakan hal ini daripada Indra..”.
Me
89
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
ntari pagi itu, aku memarahi ibu kerana lambat mengejutkan aku untuk bertolak ke
sekolah yang menyebabkan aku ditinggalkan oleh kawan-kawanku pergi ke sekolah.
“Kenapa lambat bangunkan aku’’ Kataku, kasar terhadap ibuku. Ibu hanya sabar
menahan amarah ku dan berusaha agar aku bertenang.
“Maafkan ibu Indra kerana lambat membangunkan kamu, ibu sangat letih semalam
sebab lewat pulang dari kebun Pak Udin kerana membersihkan kebun getahnya” Aku
termangu sejenak tetapi masih dalam keadaan yang tidak terurus kerana bersiap
sedia bergegas ke sekolah yang memakan masa satu jam perjalanannya dari
rumahku.
“Arghh..!. Sudahlah, alasan saja. Sekarang siapa yang akan temani saya ke sekolah?”
Aku terus memekik seolah-olah mempunyai bebanan yang berat yang tidak dapat
aku tanggungi. Apabila jam di dinding sibuk memutarkan jarumnya, waktu tempatan
kini tepat pada jam 8.42 pagi. Aku merasakan hilang semangat untuk ke sekolah
pada hari selasa itu. Aku melabuhkan punggungku ke sebuah tilam yang kini
dimamah usia kerana tidak pernah bertukar ganti. Tilam yang menjadi tempatku
menghilangkan lelah, dan tilam yang banyak berjasa kepada pembesaran tubuh
badanku. Jelas warna yang pudar dan terdapat bahagian-bahagian yang kotor,
kerana tidak dapat dihilangkan oleh sabun pencuci murahan. Ini menjadi penanda
aras kepada usiaku yang kini menjangkau 17 tahun pada tahun ini pada tanggal ke-
tujuh dalam kalendar Islam.
“Engkau tak ke sekolah?’’ Ibu bertanya lembut kepadaku.
“Eii...buat apa nak ke sekolah hari sudah tegak atas kepala, lain kali jangan lambat
kejutkan aku” Balasku terhadap ibuku yang kini berusia 50 tahun. Jelas dibuktikan
usianya juga kini semakin lanjut. Dahulunya, wajah yang tegang kian mengendur,
rambut yang hitam semakin berkurangan kerana dimonopoli oleh rambut yang
berwarna putih. Namun, sikap baik dan sabarnya masih jelas tergambar.
90
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Tak apalah, hari ini sebagai cuti tambahan untuk Indra, lain kali tak ada lagi” Kata,
ibuku perlahan melontarkan suaranya yang menyedarkan aku bahawa wanita
adalah seorang ibu yang sabar dalam mendidik anak-anaknya. Aku tidak
menghiraukan ibuku dan bergegas ke luar ruang tamu untuk menghirup udara segar
yang belum dicemari oleh bahan pencemar.
Nun jauh di hujung kampung sana, kelihatan Gunung Kinabalu yang megah terpacak
menghala ke timur kampungku. Agak bangga juga diri ini kerana menjadi anak
watan Sabah. Seharian aku tidak bertegur sapa dengan ibuku kerana rasa kecewa
terhadapnya masih jelas terasa. Angin petang yang menampar-nampar pipiku,
menyebabkan aku terhayal dan fikiranku menerawang entah ke mana. Sebelum ibu
bergerak keluar dan menarik daun pintu yang kian usang dimakan usia, ibu sempat
meminta maaf disebabkan lewat membangunkan aku ke sekolah,
“Indra, ibu hendak keluar dahulu, sebelum Maghrib nanti ibu pulang, sebab nak
bersihkan kebun Pak Yab di hujung kampung sana. Maafkan ibu sebab lupa
mengejutkan Indra, makanan sudah ibu sediakan, eloklah makan sekarang
sementara nasi masih panas, tak elok perut tu kosong” Ujar ibuku yang sememangnya
mementingkan kebajikan anaknya yang tunggal ini.
“Jangan bisinglah, aku tahulah nak makan! Aku ni… bukannya masih kecil lagi”
Kataku, kasar kepada ibuku. Sambil membuang muka dengan membelek-belek
helaian surat khabar lama yang entah bila lagi diterbitkan. Ibu bergerak perlahan-
lahan, memikul kantungnya yang berisi sebotol air dan berteman ubi kayu yang
dimasak rebus hasil daripada penat lelahnya bercucuk tanam di atas tanah arwah
ayah.
Aku melihat ibu memicit-micit pinggangnya sebelum hilang dicelah-celah pokok
rumbia. Desis hatiku
91
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Dah tahu diri tu tua, masih sibuk lagi nak berkerja, bukannya jadi kaya pun gaji
daripada orang-orang kampung ni” Sejenak kemudian, masin mulut ibuku, perut
terasa berkeroncong dan ini tandanya nak isi minyak. Sebelum meneguk air suam dari
bekas botol kicap, aku menyingkap makanan yang disediakan, agak sedap juga
makanan pada hari ini. Jantung pisang bermandikan kari daging memang menjadi
kegemaranku, setelah membasuh tangan dan mengucap syukur dengan bacaan
doa makan, aku mula melahap makanan yang disediakan.
Didikan agama yang ibuku berikan tetap aku laksanakan, meskipun pengamalannya
kurang, yang penting aku tetap menunaikan solat lima waktu. Aku bukannya bengap
sangat dalam hal-hal agama ini, namun sikap malas dalam mengamalkannya masih
kurang. Tambahan pula, aku ini anak lelaki dan agak malas sedikit meskipun ibuku
sering berleter agar solat lima waktu jangan sesekali ditinggalkan. Pernah sewaktu
kecil, aku terlupa solat Maghrib dan ibuku sangat marah disebabkan aku lewat balik
dari sekolah. Tak semena-mena kakiku disapa oleh rotan daripada lidi yang disusun
sebanyak lengan bayi. Terkedu-kedu aku menangis kesakitan.
Namun dalam hal tersebut, aku rasa yang sememangnya bersalah adalah diriku atas
kelalaian dalam melaksanakan solat lima waktu. Semenjak dari itu, insaf benar aku
dalam hal menunaikan solat lima waktu ini. Solat waktu ini bukannya susah pun nak
buat, tapi kelemahan manusia sendiri yang melambat-lambatkan untuk
menunaikannya. Kini, rasa muhasabah diri kini terasa terbentuk jauh dalam hati
kecilku. Kadang-kala terasa berdosa juga apabila memikirkannya.
Wow!! Wow!! Terdengar anjing menyalak kuat dari belakang rumahku.
“Sih!! Sih!! Sih!!, kurang ajar punya anjing!” Aku memekik kerana anjing tersebut
mengganggu khayalan duniaku. Aku bergegas turun ke rumahku untuk melihat
92
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
benda yang membuatkan anjing tersebut menyalak. Terlukis wajah yang bengis
sambil memegang sepotong kayu buruk, kelihatan urat-urat di dahi Pak Udin kerana
takut digigit oleh anjing peliharaan jiran sebelah rumah ku.
“Selamat petang, Indra” Ucap Pak Udin tersemput-semput kerana masih takut dan
terkejut dengan anjing tersebut. Sambil menayangkan barisan gigi-gigi yang jarang
dan senyuman kelat yang tidak begitu menarik. Dengan wajah spontan aku
menyambut salam yang diberikan oleh Pak Udin.
“Armm... Pak Udin ni hendak hantar gaji ibu kamu kerana semalam Pak Udin lewat
balik dari menghadiri kenduri dan tidak sempat memberikan wang ini kepadanya.
Kamu harus bangga dengan ibu kamu kerana rajin dan tabah menjalani usia tua dan
hidupnya untuk mencari nafkah yang halal untuk kamu berdua. Kalaulah arwah ayah
kamu masih hidup, ibu kamu pasti tidak akan penat lelah membanting tulang dengan
membersihkan kebun-kebun getah orang kampung di sekitar ini” Aku terdiam seribu
bahasa, sambil menghulurkan tangan untuk menyambut hasil titik peluh ibuku yang
tidak pernah aku alami keperitan dalam mencari nilai hidup sebenar. Mulutku hampir
tak terdaya untuk mengucapkan terima kasih kepada Pak Udin.
Rasa hendak menjerit dan hendak menangis ketika itu kerana aku sering kali
bertelingkah dengan ibuku. Pernah sekali, aku mengatakan dan melontarkan kata-
kata kesat terhadap ibuku, kata-kata yang tak mungkin bagi seorang anak
mengatakan perkara tersebut kepada ibu kandungnya sendiri.
“Gila betul!!” Aku membesarkan suara kepada ibuku kerana menyebabkan seluar
sekolahku koyak pada bahagian pinggangnya.
“Maafkan ibu Indra, ibu tidak sengaja mengoyakkan seluar kamu, ibu tidak sempat
menjemurkannya pada petang tadi, kerana membersihkan sayur-sayuran mak cik
Iren kamu. Ibu meletakkannya pada dawai untuk digantungkan, tetapi ibu tidak tahu
93
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
pula boleh jadi begini”. Petang itu aku berhasrat untuk meminta ampun dan maaf
kepada ibuku.
“Indra” Aku tersentak, Pak Udin menepuk bahuku
“Aku balik dulu ya, lagipun hari dah hampir nak malam ni, tolong sampaikan terima
kasih kepada ibu kamu kerana ringan tulangnya untuk membersihkan kebun saya”
Saya hanya mengangguk tanda setuju dan melihat Pak Udin yang kian menghilang
di sebalik semak yang merimbun di sekeliling rumahku.
Seperti biasa, ibu akan mula memasak dan menyiapkan makan malam kami, aku
mencuri-curi lihat gelagat ibuku yang tengah memasak pucuk ubi digoreng bersama
ikan masin yang sudah menjadi kegemaranku. Perut berbunyi kerana seharian
memikirkan kehidupan lalu. Harum bawang merah yang ditumis, membuatkan air
liurku semakin meleleh. Namun keegoan dalam diri masih menguasai. Mungkin darah
jantan yang mengalir dalam tubuhku membuatkan aku tidak mudah mengalah. Aku
berjalan pantas ke bilikku apabila aku sedari kalibat ibuku yang mula bergerak ke
arah ku. Aku berpura-pura menulis sesuatu yang aku juga sendiri tidak tahu apa yang
aku ingin tuliskan.
“Mari makan, ibu sudah sediakan makanan malam, ibu sangat rindu kamu
menyuapkan ibu” Kata ibuku sambil membelai-belai rambutku yang kasar yang
mungkin aku dapati dari arwah ayahku. Aku tarik muka masam dan berpura-pura
sibuk dan banyak kerja yang harus disiapkan.
“Kalau begitu tidak apalah, mungkin lain kali kamu akan menyuap ibu” Ibu perlahan
berpatah balik ke ruang dapur untuk mengisi perutnya yang kosong.
Apabila tidak ada lagi bunyi atau makhluk dalam dapur tersebut, aku bergegas untuk
mengisi tangki minyakku yang sudah lama kering dan harus disumbat dengan
sebanyak makanan yang boleh. Sebelum tiba ke mulut pintu dapur, sempat juga aku
94
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
memalingkan mukaku ke arah bilik ibu yang hanya ditemani lampu pelita. Sekujur
tubuh yang kurus terdampar pada tikar mengkuang yang nipis yang menyebabkan
ketidak selesaan apabila tidur di atasnya. Aku melihat, hanya sedikit nasi yang
terungkai kemas, dan lauk yang masih panas seperti langsung tidak disentuh. Sempat
juga aku berfikir, adakah ibu sudah makan? Aku terdiam seketika. Oleh kerana, perut
terasa lapar, aku mula menikmati hidangan yang tersedia. Dengan butiran nasi
terakhir yang hinggap pada mulutku, terasa puas dan kenyang sungguh perutku.
Sekali sekala, teringat juga kata-kata kawanku Marchall yang memperkatakan
bahawa sebutir nasi yang kita makan, ibarat setitik peluh ibu bapa yang menitis ke
dunia yang fana ini dalam memastikan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan
yang selesa. Pastinya keperluan fisiologi yang harus dipenuhi dalam sesebuah
keluarga. Kagum juga aku dengan budak baharu yang pindah di sekolah aku. Entah
bagaimana menjadi rakan karib aku, walhal aku ini miskin dan tidak punya apa-apa.
Mungkin budi bicara ini yang telah ku warisi dari ibuku yang membuatkan dia senang
berkawan dengan aku.
Awal pagi seperti biasa, aku akan bangun untuk bersiap sedia ke sekolah untuk
meneruskan perjuangan. Aku mengenakan baju sekolah baruku pada tubuhku,
terasa selesa dan bersemangat. Selalunya, ibu akan menyediakan sarapan pagi iaitu
secawan susu kurang manis dan kuih pisang panas untukku. Perasaan hairan
menyelubungi hatiku. Namun begitu, sempat juga aku mendengar lagu-lagu yang
dimainkan pada waktu pagi. Sudah menjadi kebiasaan ibu untuk mendengar radio
agar mendapat input-input terkini mengenai berita semasa. Sekurang-kurangnya tak
seperti ‘katak dalam tempurung’ yang tak tahu mengenai isu-isu dalam sesebuah
negara. Berdesis-desus bunyi radio yang kadang kala kehilangan punca isyarat.
95
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Geram juga dalam hati keadaan radio yang hanya mengandungkan dua biji bateri
yang sudah hampir kehabisan tenaga.
“Terimalah lagu daripada Pewarta. Jangan marah-marah pada pagi ini. Santai, dan
terimalah lagu berjudul Waktu. Dan saya, Dj Wen hanya di Sabah Fm”
“Bila waktu mengambil aku, teman sejati hanyalah mimpi. Bila waktu mencari aku,
teman sejati hanyalah mimpi. Bila aku telah menjauh, jangan sekali mencari” Terasa
hiba pula lagu-lagu yang dimainkan oleh Dj Wen yang sememangnya menjadi Dj
kegemaran aku apabila mendengar muzik pada setiap pagi. Kata hatiku,
“Mungkin ibu merajuk sebab aku tidak bersama-sama dengannya makan pada
malam tadi” Aku tidak memperdulikan perasaan tersebut. Akhirnya, aku ke bilik ibu
dan mengejutkan ibu kerana hendak bertolak ke sekolah.
“Ibu!,Ibu!,Ibu!” Aku menggoyangkan kaki ibuku yang sejuk tidak berselimut tetapi
hampa tidak ada sahutan aku semakin gusar dan bimbang. Debar dadaku semakin
kencang dan aku menolak jendela buruk agar keadaan bilik tersebut lebih terang.
Alangkah terkejutnya aku, apabila ibuku sudah tidak sedarkan diri, mukanya pucat
dan tidak bermaya. Aku menjerit sekuat hatiku dan memanggil jiranku. Mereka
bergegas ke rumahku dan menghantar ibuku ke hospital terdekat. Sejam menunggu
di luar bilik kecemasan, doktor yang merawat ibuku tiba dengan wajah yang hiba.
Doktor berkata agar sabar dan bawa bertenang kerana mangsa meninggal secara
mengejut kerana bebanan kerja yang berlebihan
“Tidak! Tidak! Ibu! Ibu!” Aku bergegas ke wad pemeriksaan untuk melihat ibuku. Berat
kakiku melangkah, bergetar-getar tanganku ketakutan, jantungku laju berdenyut dan
nafasku sekan-akan terputus, tetapi inilah kebenarannya, ibuku kini telah tiada,
tubuhku terasa lemah dan duniaku kelihatan gelap dan tiba-tiba aku merasa pening
dan hilang seketika dari dunia yang nyata.
96
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
Apabila aku sedar, Pak Udin menceritakan aku jatuh pengsan dan ibuku telah
selamat dikebumikan. Air mata sahaja yang menjadi teman hidupku seketika itu, aku
belum sempat memohon keampunan dari ibuku dan aku amat berdosa kepada
ibuku. Pak Udin memberikan sepucuk surat kepada aku. Katanya,
“Ini ialah surat dari ibu kamu, saya menemukan surat ini di bawa bantal tidur ibu kamu.
Saya rasa kamu yang berhak untuk membacanya” Bergetar jari-jemariku menerima
surat itu, aku membukanya perlaha-lahan. Terdapat buku simpanan nasional yang
berserta namaku dalam buku tersebut dan bernilai Rm 10 000. Aku membaca isi
kandungan dalam kertas tersebut diiringi air mata yang tidak akan mampu
menggantikan ibuku.
Sebaris ayat untukmu Indra,..
Indra anak ibu, pertama sekali ibu memohon kemaafan daripada Indra kerana
sering kali menyakitkan hatimu, ibu tidak pernah berniat untuk menyakitkan hatimu
apatah lagi mengecewakan dirimu. Maafkan ibu, kerana merahsiakan hal ini
daripada Indra, ibu sebenarnya sudah lama sakit dan tidak mampu hidup lama lagi
kerana ibu menghidap penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan lagi, pada sisa
hayat yang ada ini, ibu berkerja keras untuk mencari wang agar dapat menampung
perbelanjaan Indra apabila masuk ke sekolah yang lebih tinggi nanti. Ibu berharap
agar Indra mampu mendapat keputusan cemerlang dalam spm kali ini. Meskipun ibu
tidak menyaksikan kejayaan Indra, namun ibu tetap akan menyokong dirimu. Ibu
sayang kamu Indra,.
Ikhlas dari ibumu Latifah..
Aku memeluk erat surat tersebut dan menangis sekuat hati, aku sangat menyesal dan
membenci diriku.
97
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
“Aku merinduimu bu..” Kataku perlahan dan tidak mampu berkata lagi, Pak Udin
memelukku.
“Sabar Indra, percayalah ibu kamu amat menyayangimu” Pada hari yang kian senja
itu, aku tertunduk diam seribu bahasa, keseorangan dalam meneruskan perjuangan
hidup yang kini bergelar sebatang kara. Angin bertiup lembut dan melenakan aku
dalam kekelatan malam yang merangkul tubuhku. Tatkala makhluk Tuhan yang ajaib
berbunyi seakan-akan memahami akan diriku yang kini telah menjadi anak yatim
piatu. Keseorangan dan kesepian bukanlah satu yang mudah dapat ditempuhi
dalam meneruskan kehidupan dalam diri ini.
Hari-hari berikutnya, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang yang digelar
sebagai sebatang kara. Kehidupan kini telah berbeza daripada dahulu, nyanyian
lagu Tegar masih terngiang-ngiang di telingaku. ‘Aku yang dulu bukanlah yang
sekarang, dulu ditendang kini aku disayang’. Alunan muzik yang merdu kini, tidak
dapat lagi mengubati hatiku yang telah terluka disebabkan kepergian ibuku dalam
hidupku. Jauh di sudut hati, timbul perasaan marah terhadap pencipta tetap tebal.
Namun apakah daya diriku yang kerdil ini mempertikaikan semua yang telah terjadi
dan aku sendiri yang menjadi penyebabnya. Aku sememangnya anak tak tak berhati
perut. Kadang-kala hati kecilku berkata bahawa Tuhan sengaja mengambil ibuku
disebabkan aku tidak taat kepada ibuku. Runsing aku memikirikan masa depan
kehidupanku. Namun, apabila teringatkan pesan ibuku, aku telah menanamkan hajat
untuk menunaikan impian untuk ibuku yang tersayang. Sejak dari hari tersebut, aku
telah berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk belajar. Aku percaya bahawa,
doa dan berkat ibu sentiasa ada buatku. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini tinggal
seminggu lagi, persiapan yang telah aku atur dan lancarkan selama ini pasti akan
membuahkan hasil. Siang dan malam aku menghabiskan waktuku menelaah setiap
98
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
lembaran kertas buku-buku teks dan rujukan yang telah disediakan oleh pihak sekolah
dan hasil daripada tabung simpanan ibuku. Malam yang hanya bertemankan minyak
lampu kadang kala menyakitkan retina mataku disebabkan cahaya yang terlalu
sedikit untukku melakukan ulangkaji. Kadang-kala menitis air mataku mengenangkan
ibuku yang berada di sisi yang setia menemani aku sehingga ke subuh apabila ada
kerja sekolah yang perlu disiapkan.
Pernah suatu ketika, ibu berjaga untuk aku dengan menyediakan minuman panas
dan pisang goreng yang dimasak ketika jam menunjukkan 2.45 pagi. Dan keesokan
harinya, ibuku telah demam dan tidak dapat berkerja. Hampir basah meja burukku
oleh titisan manik-manik putih yang keluar daripada kelopak mataku. Kini aku
terpaksa mengikat perut pada waktu malam dan menyapu sendiri minyak kayu putih
pada perutku sebelum tidur.
“Ibu..ibu..Maafkan aku..Aku sangat menyayangimu ibu..” teresak-esak aku menangis
pada dingin malam yang kian membeku itu. Keseorangan dalam kegelapan
membuatkan aku merasa sayu akan nasib hidupku tanpa orang-orang yang
disayangi. Kuteruskan perjuangan belajar bersungguh-sungguh demi ibuku tercinta.
Tatkala cengkerik berbunyi, ketika embun menitis lagi, aku hampir pengsan
disebabkan keletihan mengulangkaji dalam usaha mencapai impian dan hasrat
ibuku. Akhirnya, peperiksaan telah tiba dan aku akan pastikan aku mampu
menjawab setiap soalan-soalan dalam kertas peperiksaan. Setiap helaian kertas ku
amati dengan jelas dan aku fahami akan isi kandungannya. Peluru berpandu yang
telah aku siapkan akanku pastikan mematahkan kesemua soalan-soalan dalam
kertas peperiksaan tersebut. Berbekalkan doa yang telah ku amalkan, aku percaya
mampu menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Usaha dan bimbingan
daripada guru-guru akan menjadi salah satu kunci dalam mengatur strategi untuk
99
ANTOLOGI HITAM PUTIH 2013
menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini. Helaian kelima dalam esei
subjek Bahasa Melayu telah menjadi penutup dalam sejarah hidupku sebagai pelajar
sekolah menengah. Ku sempat mengucapkan syukur kepada Tuhan, dan aku gagahi
melangkah keluar dalam dewan peperiksaan setelah mendapat arahan keluar
daripada pegawai peperiksaan. Aku dan rakan-rakanku tersenyum puas kerana
bulan-bulan yang akan kami hadapi akan menjadi lebih baik kerana dapat berehat
seketika daripada kesibukan dunia sebagai seorang pelajar.
Ketika aku dibuai tidur yang panjang, aku tersentak dari benakku apabila pintu rumah
diketuk dengan kuat.
“Tok..tokk..tokk.. Indra! Bangunlah sudah pagi ini, kau tak ke rumah Pak Haji ke bantu
pasal kenduri arwah mak kau” Jerit Pian. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari
bilikku, kelihatan baju kurung ibuku yang tersangkut pada paku yang tertanam pada
badan kayu jati yang kukuh. Sebak juga dadaku pada ketika itu, mutiara putih kini
berlinangan di pipiku. Lemah jari-jemariku merangkul baju ibuku yang kini telah pergi
buat selama-lamanya. Aku perlahan-lahan membuka daun pintu untuk bertemu
dengan Pian. Berkerut dahi Pian yang melihat aku yang masih kesedihan akan
kehilangan ibuku,
“Dahlah tu, benda dah lepas jangan dikenang lagi nanti makan diri sendiri boleh jadi
gila taw”.
“Lancang sungguh mulutmu Pian” Kata hatiku. Aku terdiam sahaja dan tidak
menghiraukan kedatangan Pian dalam rumahku. Pian memberi banyak motivasi
kepadaku, mengenai kehidupan. Elok sangatlah dia bertingkah laku seperti itu, sebab
tahun depan dia sambung belajar ke Universiti Islam, bertambah juga bilangan ustaz
dalam kampung ini.
“Baiklah, saya nak balik dah ni Indra, pastikan kamu datang ke rumah Pak Haji sebab
dia sudah setuju membantu kamu melangsungkan kenduri arwah ibu kamu di
100