The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menjadi dokumen rujukan bertulis tentang kreativiti pensyarah dan pelajar dalam memartabatkan genre puisi moden atau sajak di samping menampilkan citra apresiasi seni sastera yang menonjol dalam pengisian aktiviti kebahasaan, kebudayaan, dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh warga IPG Kampus Kent khasnya jabatan akademik, Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan unit-unit pengajian (DPLI, PISMP, dan PPISMP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-05-09 01:25:10

Antologi Tembusu Kent

Buku ini menjadi dokumen rujukan bertulis tentang kreativiti pensyarah dan pelajar dalam memartabatkan genre puisi moden atau sajak di samping menampilkan citra apresiasi seni sastera yang menonjol dalam pengisian aktiviti kebahasaan, kebudayaan, dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh warga IPG Kampus Kent khasnya jabatan akademik, Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan unit-unit pengajian (DPLI, PISMP, dan PPISMP)

Keywords: Puisi Moden,Sajak

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

KANDUNGAN Halaman

Bil Tajuk 3

01 Sidang Editor 4

02 Secicip Rasa Pengarah 5

03 Prakata 6

04 Penghargaan 7
19
05 Mendekati Struktural Puisi Moden - Ismail Bin Ag Piut 20
06 Kumpulan Puisi Bertemakan Alam 21
22
- Alam Bertukar Wajah – Lo Yun Fong 24
- Cintailah Bumi – Yapp Shing Torng 26
- Gelora Metropolitan – Ismail Ag Piut 27
- Hijab Jejemari Bukit Bintang – Ismail Ag Piut 29
- Hujan Keramat – Fhenyius Duasin 31
- Kent Segala Impian – Lim Wei Chiang 33
- Metafora Kelopak Bumi – Fhenyius Duasin 36
- Sesempurnanya Semporna – Datu Raiman Datu Kauman 37
- Tembusu Kent 1 (1951-1963) – Ismail Ag Piut 39
07 Kumpulan Puisi Bertemakan Ketuhanan atau Keagamaan 41
- Arissya – Paridah Mamat 43
- Rebahkan Aku Dalam Redha-Mu – Zainab Hashim 44
- Sempurna – M.J.K (Khasmahwati Binti Tammoyo) 46
- Tabir Tsunami – Ismail Ag Piut 47
- Telaga Hitam – Fhenyius Duasin 48
08 Kumpulan Puisi Bertemakan Diri 49
- Aku Yang Bukan Aku – Paridah Mamat 51
- Cabaran Hidupku – To Siew Lim 52
- Resah Sang Sibuk – Ismail Ag Piut 53
- Tasik Kebodohan – Ismail Ag Piut 55
09 Kumpulan Puisi Bertemakan Kemasyarakatan dan Kemanusiaan 56
- Dia Bukan Kamu – Zainab Hashim 58
- Guru – Teh Lee Chia 60
- Guru Berpayung Di Bawah Pokok – Ismail Ag Piut 61
- Hikmah Tersadai – Nancy Lo Kason 64
- Ilmu – Chin Poi Yei 65
- Kata Orang Vs. Orang Kata – Ismail Ag Piut 66
- Kesedihan Ibu Tunggal – Precious Ng Jing Lu
- Menuntut Ilmu – Pan Yen Nei
- Pamrih Si Politik – Fhenyius Duasin

2

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Bil Tajuk Halaman

10 Kumpulan Puisi Bertemakan Cinta 68
- Anak – Paridah Mamat 69
- Aur Kasih (Didikasi buat ARS, Susie, dan Suparmi) – Ismail Ag Piut 70
- Bonda – Tay Cheng Kee 72
- Buah Rindu – Lim Hoe Miao 73
- Guruku – Chai Ching Ching 74
- Ibu – Ho Yun Fong 75
- Ibu – Mok Yin Yong 76
- Ibu Cahaya Bulanku – Wong See Teng 77
- Kelopak Kasih – Zainab Hashim 78
- Kerinduan – Kiew Swee Chee 79
- Nafas Rindu – Felicia Tay Zhi Ting 80
- Pedoman Orang Lama – Fhenyius Duasin 81
- Permataku (3A); Didikasi buat puteriku Amalina, Aishah, Atia – Zainab 83
Hashim
- Sayang dan Hormat – Margaret Wong Yee Vun 86

11 Kumpulan Puisi Bertemakan Patriotisme atau Semangat Perjuangan 87
- Bukan Sekadar laungan – Fhenyius Duasin 88
- Dalam Gema Laung Merdeka – Zulkifli Omar 90
- Dirgahayu Sabah Tanah Airku – Andi Fitri Hj. Muis 91
- Guru Pejuang Malaysia – Chong Wei Yuan 93
- Kalau Ku Tahu – Ismail Ag Piut 94
- Luhur Membara Jiwa Merdeka – Ricky John 95
- Malaysia Pemangkin Cintaku – Norazmaliana Kamarul Jaya 97
- Merdeka – Rozani Rohani 100
- Merdeka Terconteng – Irwan Jaisun 101
- Negaraku Aman Damai – Kang Chin Leong 102
- Negeri Yang Merdeka – Mohd Fikri Ibrahim 103
- Pahlawanku – Siti Ainah Juali 105
- Paradigma Merdeka – Ariathy Fairuz Ali 106
- Pelangi Kesyukuran – Fhenyius Duasin 108
- Ratap Lidah Austronesia – Ismail Ag Piut 110
- Siapa Lagi Kalau Bukan Kita – Mansor Md Desa 112
- Syukurku – Juriah Ripin 113
- Tinta Merdeka – Irwan Jaisun 115
- Wacana Merdeka – Norsheila Abdul Rahman 117
- Watan Yang Sirna – Ismail Ag Piut 119

12 Glosari 120

13 Index Nama 126

3

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

SIDANG EDITOR
ANTOLOGI TEMBUSU KENT

Penaung
MARY TERESA KINAJIL
Pengarah, IPGK Kent

Penasihat
ROMLI BIN DARUS
Timbalan Pengarah, IPGK Kent

Ketua Editor
ISMAIL BIN AG PIUT
Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent

Editor/ Penelitian Pruf
PARIDAH BINTI MAMAT
ZAINAB BINTI HASYIM
SINIT@ JOHN BIN GITOM
RAZALI BIN MOHD. SHUKOR

MADLAIM BIN EJIB
D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN

AZMI BIN JALI
NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent

Reka Bentuk Kulit
EN. MOHD. SAWARI BIN RAHIM
Jabatan Pengajian Sosial, IPGK Kent.

4

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

SECICIP RASA PENGARAH
IPG KAMPUS KENT, TUARAN

Selamat sejehtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia dan salam 1 Kent,
Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Jabatan Pengajian Melayu kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya buku
Antologi Tembusu Kent yang sangat signifikan dengan peranan IPG Kampus Kent sebagai Pusat
Kecemerlangan Bahasa Melayu Zon Sabah sejak penubuhannya pada 1951. Sekaligus, buku ini
menjadi dokumen rujukan bertulis tentang kreativiti pensyarah dan pelajar dalam memartabatkan
genre puisi moden atau sajak di samping menampilkan citra apresiasi seni sastera yang menonjol
dalam pengisian aktiviti kebahasaan, kebudayaan, dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh warga
IPG Kampus Kent khasnya jabatan akademik, Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dan unit-unit pengajian (DPLI, PISMP, dan PPISMP). Saya berkeyakinan persembahan dan kandungan
buku ini dapat memenuhi kehendak keilmuan dan apresiasi kejiwaan yang ingin dimiliki dan dirasai
pembaca dan pengkaji.

Sehubungan itu, penerbitan buku ini merupakan antara inisiatif besar untuk merealisasikan
strategi ke-5 Perancangan Strategik IPG Kampus Kent 2012 iaitu Memantapkan Budaya Penyelidikan
dan Penerbitan Ilmiah dan Kreatif Berimpak Tinggi dalam Key Result Area(KRA) ke-4; Meningkatkan
Keupayaan Kualiti Penyelidikan, Kreativiti dan Inovasi. Saya percaya, buku ini akan menjadi
pemangkin motivasi kepada pengkarya untuk menghasilkan lebih banyak buku yang selari dengan
kepakaran masing-masing.

Akhir sekali, saya berharap kandungan ilmu, pengalaman, dan persembahan yang
dikongsikan melalui buku ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dan pensyarah
dalam memperkasakan tahap profesionalisme dan kualiti kendiri dalam pemerolehan ilmu alternatif
khususnya genre kreatif yang bernilai tambah .
Sekian dan terima kasih,

( MARY TERESA KINAJIL )
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

5

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PRAKATA
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejehtera, dan salam 1Malaysia.

Antologi Tembusu Kent ini dididikasikan sebagai atribut kekuatan penulisan kreatif warga Kent
khususnya dalam genre puisi moden atau sajak. Pemilihan tajuk ‘Tembusu Kent’ adalah berdasarkan
kepada rasa penghargaan dan kekaguman penyelanggara terhadap liku-liku perjuangan IPG
Kampus Kent sejak penubuhannya pada 1951. Segala kekuatan dan teras perjuangannya
dilambangkan melalui pokok Tembusu atau Temasu (panggilan tempatan) iaitu sejenis kayu keras
yang juga antara pokok tertua yang masih wujud di tapak IPG Kampus Kent sekarang. Justeru, citra
kekuatan apresiasi rasa dan pemikiran warga Kent khususnya pensyarah dan pelajar melalui bidang
persajakan dipercayai menyamai kekuatan fitur, nilai ekonomi, dan kegunaan pokok tembusu dalam
merentas zaman.

Paparannya dalam bentuk teks bergambar dirasakan mampu menjelaskan maksud atau
mesej yang ingin disampaikan penyajak dalam pelbagai tema. Sorotan tentang genre persajakan
secara struktural sedikit sebanyak memberi gambaran umum kepada pembaca tentang ilmu
persajakan secara konseptual. Melaluinya, pelajar yang berminat akan dapat mengakses
kandungannya secara ekspresif, komprehensif dan mudah. 61 karya yang dimuatkan dalam antologi
ini adalah karya asli 38 warga IPG Kampus Kent yang berjaya dikumpulkan untuk tatapan dan rujukan.
Apa yang jelas karya-karya ini memberikan gambaran kepada pembaca tentang alir pemikiran, isu
dan persoalan yang sering menyelubungi rasa dan jiwa penulis lebih-lebih lagi dalam kalangan
penulis bukan Melayu.

Sebagai penyelanggara, kami mengharapkan antologi ini dapat memberikan suntikan jiwa
dan semangat kepada pembaca untuk menghayati dan akhirnya menghasilkan karya sendiri supaya
pelestarian ‘soft skill’, kemahiran rasa dan kemahiran intrapersonal dalam kalangan pembaca dapat
diperkukuhkan. Kami juga mengharapkan pengguna atau pembaca dapat memanfaatkan antologi
ini semaksimum mungkin dan sebarang maklumbalas dalam bentuk komen, pendapat, dan
cadangan amatlah diharapkan demi kecemerlangan profesionalisme warga dalam
pendokumentasian karya bernilai tambah.

Penyelanggara:
Sidang editor, Jabatan JabatanPengajian Melayu, IPG Kampus Kent)

© 2012,JPM, IPGK Kent, ISBN 978-983-43601-7-7

Hakcipta Terpelihara, Tidak dibenarkan mana-mana kandungan dari penerbitan ini dicetak semula, disimpan, atau diedarkan
dalam apa bentuk media secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa izin bertulis daripada pihak
pengarang.

6

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan baik kepada individu, kumpulan, maupun jabatan yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan usaha murni penyusunan dan
penyelanggaraan buku Antologi Tembusu Kent ini. Semoga Allah SWT akan memberi ganjaran
seluasnya terhadap sumbangan tuan/puan/encik/cik berikan. Secara khusus, kami merakamkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada:
1) Pn. Mary Teresa Kinajil; Pengarah IPGK Kent dan En. Romli Bin Darus; Timbalan Pengarah IPGK

Kent yang telah memberikan sokongan, dokongan dan dorongan dalam bentuk kewangan,
pengurusan, dan cadangan dalam penerbitan buku ini.
2) Semua Ahli Jawatan Kuasa Sidang Editor dan Penelitian Pruf yang bertungkus lumus membuat
pengumpulan, pengeditan, dan membuat pembacaan pruf dengan gigih dan teliti untuk
memastikan ketepatan masukan dan penyusunan buku.
3) En. Mohd. Sawari Bin Rahim; Jawatan Kuasa Reka Bentuk Kulit yang bertungkus-lumus
memaparkan visual citra antologi ini secara kreatif untuk memastikan impresi kefahaman
pembaca di peringkat awal.
4) Semua budiman yang menyumbangkan karya dalam antologi ini; Ismail Ag Piut, Paridah
Mamat, Datu Raiman Datu Kauman, Nancy Lo Kason, Zainab Hashim, Mansor Md Desa,
Khasmahwati Binti Tammoyo, Fhenyius Duasin, Precious Ng Jing Lu, Yapp Shing Torng, Teh Lee
Chia, Ho Yun Fong, Lim Wei Chiang, Wong See Teng, Felicia Tay Zhi Ting, Mok Yin Yong, Chai
Ching Ching, Margaret Wong Yee Vun, Tay Cheng Kee, Kiew Swee Chee, Lim Hoe Miao, Lo
Yun Fong, Chin Poi Yei, To Siew Lim, Pan Yen Nei, Zulkifli Omar, Andi Fitri Hj. Muis, Chong Wei
Yuan, Ricky John, Norazmaliana Kamarul Jaya, Rozani Rohani, Irwan Jaisun, Kang Chin Leong,
Mohd Fikri Ibrahim, Siti Ainah Juali, Ariathy Fairuz Ali, Juriah Ripin, dan Norsheila Abdul Rahman
5) Semua petugas yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku ini.

22 Julai 2012 Ketua Editor

7

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

MENDEKATI STRUKTURAL PUISI MODEN (SAJAK)

Oleh: Ismail Bin Ag Piut

Latar Belakang

Kelahiran puisi moden di tanah Melayu berkait rapat dengan hasil kegelisahan dan
pertentangan terhadap tradisi puisi lama terutamanya pantun dan syair yang sangat
mengikat bentuk, diksi, dan teknik sehingga tiada kebebasan untuk mengeluarkan
perasaan dan fikiran bermutu seni (Ali Hj. Ahmad, 1981). Kegelisahan ini membawa
kepada revolusi kemodenaan dalam penciptaan puisi tradisi. Daud Abdul Ghani
dalam ‘Syair Timang-timangan Ilmu Itu’ yang diterbitkan dalam Suara Malayu, 24 Mei
1927, telah memendekkan kepanjangan puisi dan mula mengungkapkan persoalan
semasa. Harun Amin al-Rashid (Harun Aminurrashid) telah merosakkan regulariti skima
rima syairnya ‘Sariku’ yang tersiar dalam Majalah Pujangga Baru, Disember 1933
dengan memaparkan skima rima aabbc. Kesinambungannya, Muhammad Yusof
Ahmad telah merevolusikan bentuk syair kepada sajak melalui karyanya ‘Menungan
Hati’ dalam ‘Majalah Guru, Disember 1933. Paling menyerlah, Muhammad Yasin
Makmur atau Pungguk yang juga pelopor persajakan moden Melayu telah
memulakan lima sajak pertamanya; ‘Keluh Kesah’, ‘Selalu Merayu’, ‘Tak Disangka-
sangka’, ‘Pujukan Hati’ dan ‘Ibuku’ yang disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934
walaupun masih diikat dengan bentuk pantun dan syair. Sajak ‘Keluh Kesah’
contonhnya, mengemukakan tema diri, persoalan cinta bergelora, dan bentuk
pantun tidak ada pembayang sebagaimana petikan yang berikut.

Waktu senja burung terbang
Waktu adinda bersedih cita

Hancur dan lebur di kalbu abang
Sedihkan adik di panah dewata.

Waktu dinahari malam yang sunyi

8

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Waktu kanak-kanak kehilangan ibu
Abang meratap berbagai bunyi

Merindukan adik bernyala di kalbu.
Waktu subuh menyingsing di angkasa

Waktu subuh bersahut-sahutan
Abang bermimpi berbagai rasa

Adik disangka hanyut di lautan.
Waktu kabus menyambut siang

Waktu makhluk bangun berkerja
Abang terlalai waktu sembahyang

Asyikkan adinda intan durja.

Konsep Sajak

Secara umum, puisi moden atau sajak selalu dirujuk sebagai pengucapan berirama
yang dilahirkan melalui tanggapan penuh imaginatif daripada seorang penulis atau
penyair (Fauzi Abdullah, 2005). Bagaimanapun, setiap penulis mungkin menyorot
konsep genre ini dari perspektif yang berbeza. William Wordsworth (1988) misalnya
merujuk puisi sebagai suatu pengucapan tentang perasaan ghairah yang imiginatif,
biasanya berentak dan berlaku secara spontan dalam suasana tenang. Edger Allan
Poe pula melihatnya sebagai ‘ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk
berirama dengan mengutamakan unsur citarasa’. Muhammad Hj Salleh (1988) juga
mentakrifkan puisi sebagai ‘bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta
kebijaksanaan penyair dan tradisinya’. Edwin Arlington Robinson melihatnya sebagai
‘bahasa yang menyampaikan sesuatu melalui reaksi emosi tentang sesuatu yang
sukar hendak dinyatakan secara spontan. Manakala Dante merujuknya sebagai
‘perkara benar yang diucapkan dalam bahasa yang indah’. T.S.Eliot memperluaskan

9

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

konsep ini dengan mengatakan ‘puisi bukan sahaja penegasan tentang sesuatu
kebenaran, tetapi juga untuk menjadikan kebenaran itu lebih nyata kepada kita’.

Konsep lebih emotif diberikan oleh Percy Byssche Shelley dengan mengatakan
bahawa ‘puisi ialah rakaman dari saat yang paling baik dan paling menyenangkan
darpadai fikiran yang paling baik dan paling menyenangkan’. Apa yang jelas, puisi
melibatkan gambaran perkara sebenar dan pemikiran penulis secara beremotif
dengan menggunakan bahasa yang indah dan berkesan.

Struktur Puisi Moden (Sajak)

Asas struktur bagi sesebuah sajak adalah terbina daripada rangkuman tiga dasar iaitu
1) medan makna atau isi, 2) medan kata atau gaya bahasa yang digunakan, dan 3)
medan rasa atau teknik penciptaan.

(1) Medan Makna (Isi)
Medan makna merujuk kepada perkara/ peristiwa/ perihal sebenar yang
membantu menjelaskan idea penyair. Ia dapat diperincikan kepada unsur-
unsur yang berikut:
a) Maksud – sama ada merujuk kepada maksud tersurat (maksud selapis)
atau maksud tersirat (maksud dua lapis).
b) Tema – iaitu pokok persoalan sesebuah sajak dan ia dibahagikan kepada
beberapa tema iaitu i) Tema kemasyarakatan dan kemanusiaan, ii) Tema
agama atau ketuhanan, c) Tema diri atau peribadi, d) Tema alam, e)
Tema patriotik atau semangat kebangsaan, dan f) Tema cinta.

10

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

c) Persoalan – merujuk kepada permasalahan atau isu sampingan yang
ingin diketengahkan penyajak. Gabungan persoalan sampingan ini akan
membentuk tema atau persoalan pokok sajak.

d) Perutusan/ Amanat/ Mesej/ Pengajaran – biasanya merujuk kepada
gagasan nilai atau norma yang ingin ditekankan penyajak dalam
puisinya. Di dalam KBSM terdapat 16 nilai murni yang perlu diserapkan
oleh guru kepada anak didiknya iaitu nilai baik hati, berdikari, berhemah
tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan,
keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama,
kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat.

e) Perasaan dan sikap penyajak – Perasaan merujuk kepada mood atau
emosi penyajak dalam menyampaikan gagasan idea atau pendiriannya
dalam karya sama ada bersifat romantik, melankolik, sinis, protes, patriotis,
atau bersahaja. Sikap pula menjurus kepada pendirian penyajak
terhadap sesuatu isu atau persoalan sama ada menyokong, memprotes
(membantah) atau berkecuali.

f) Latar belakang penyajak – iaitu latar belakang pengetahuan dan
pengalaman penyajak yang dipindahkan ke dalam karya dan
membantu kita dalam merumus dan mengenal corak, imej, dan bentuk
karya yang dihasilkan.

(2) Medan Kata (Gaya bahasa)
Aspek ini merujuk kepada pemilihan dan penggunaan diksi dan unsur bunyi
yang dipilih penyajak untuk menjadikan sajaknya lebih puitis, ekonomik, dan
mempunyai mesej yang jelas. Gaya bahasa yang ditekankan biasanya meliputi
aspek-aspek:-

11

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

a) Konotatif
b) Ambiguiti
c) Denotatif
d) Diksi
e) Imej (citra) dan imejan
f) Perlambangan (symbol)
g) Perbandingan (simile, metafora, hiperbola, alusi)
h) Unsur bunyi (asonansi, aliterasi, rima, dan jeda)
i) Personifikasi (pengorangan)
j) Inversi sikof
k) Perulangan (anaphora, ayat dan epifora)

(3) Medan rasa (teknikal)
Medan rasa merupakan aspek yang merangkumi teknik penciptaan puisi iaitu
bentuk atau struktur binaannya yang melibatkan unsur-unsur:-
a) Bentuk terikat, bebas, dan eksperimen
b) Sekatan suku kata, kata, dan baris dalam rangkap.
c) Unsur visual.

Penulisan Sajak (Persiapan dan Penulisan)

Walaupun sajak adalah karya kreatif yang bersifat seni dan seharusnya memaparkan
‘bahasa yang segar’ untuk melahirkan rasa kekaguman pada penghayatan isi,
perasaan, dan bentuknya, namun menulisnya tidaklah terlalu sukar bagi mereka yang
berminat dan mempunyai ketekalan komitmen terhadapnya. Secara umum
beberapa langkah atau aktiviti yang berikut harus dilakukan sebelum proses menulis
puisi dilakukan iaitu:

12

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

(1) Persediaan Menulis Puisi
Seseorang yang hendak menulis puisi haruslah mempersiapkan diri dengan
banyak membaca puisi khususnya karya penyair terkenal. Melaluinya dia akan
mempelajari puisi secara tidak langsung. Dia juga mestilah banyak membaca
bahan bacaan lain untuk tujuan memperluas kosa kata dan mendapat idea
untuk menulis puisi. Dia juga mestilah sering menghasilkan puisi sebagai latihan
untuk menimbulkan keterampilan dalam penulisan puisi. Untuk itu, dia juga
mestilah memiliki kesabaran dan bersedia untuk menyendiri. Semua ini
merupakan sebahagian kecil tuntutan yang diperlukan sebagai persediaan
untuk seseorang itu menulis puisi.

(2) Panduan Penulisan Puisi
Puisi bermutu ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran
dengan bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan
bahasa dan keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang
yang hendak menulis puisi mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.
Bentuk luaran ialah ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri yang terlibat
ialah baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak,
penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi. Struktur
dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej.
Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair
dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan,
kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik. Perasaan ialah suasana
perasaan penyair yang disertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh
pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan,

13

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair terhadap pembaca. Sikap
penyair mungkin meragui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu
kepada pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu
menulis puisi. Mesej tersirat ialah mesej di sebalik tema yang diungkapkan.

Kesimpulannya, penulis haruslah mentukan tema/inspirasi apa yang ingin
disampaikannya. Penulis seterusnya mesti menyempitkan tema dengan
memfokuskan pada objek/ situasi/ peristiwa/ keadaan/ perihal khusus. Semasa
menulis ia mesti mencari kata kunci atau isi fokus yang akan dikembangkan
dalam tiap baris. Kembangkan kata kunci dengan memanfaatkan diksi, majas
(perlambangan), perbandingan, dan imej serta imajan bersama moodnya.
Koherens (pertautan) antara bait mestilah diperhatikan di samping menyisipkan
amanat yang akan disampaikan. Akhir sekali, susun dan murnikan puisi agar
menjadi lebih utuh dan harmoni.

Deklamasi Sajak (Konsep dan Pelaksanaan)

Mesej dan makna sesuatu karya puisi moden atau sajak bukan sahaja dapat
diapresiasi atau dinikmati melalui penghayatan semasa membaca teks tetapi juga
melalui tontonan persembahan yang melibatkan deklamasi.

(1) Konsep Deklamasi
Deklamasi puisi merupakan ‘seni persembahan yang mempunyai kesan
keindahan atau estetika dan berseni’ (Lim Swee Tin, 2005). Dalam hal ini,
sesuatu deklamasi yang berkesan oleh deklamator akan berjaya menimbulkan
kesan kekaguman dalam kalangan pendengar dan penonton khususnya

14

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

dalam bentuk kefahaman, kepuasan, keterujaan (hati, perasaan, dan
pemikiran).

(2) Tatalaku Deklamator
Deklamasi umumnya melibatkan perihal persembahan dan khalayak. Justeru
deklamator mestilah menghayati tatalaku yang berikut sebelum
mendeklamasikan sesuatu puisi.
a) Mengetahui dengan jelas puisi yang ingin dideklamasi.
b) Memahami tema puisi dan cara mendeklamasikannya.
c) Hafal dan lancar.
d) Kostum, peralatan, dan kesan bunyi yang sesuai dan membantu
pemahaman konsep tema dan isi puisi.
e) Memahami struktur dan lojistik dewan (pencahayaan, pentas, kedudukan
penonton, dan mikrofon).
f) Tidak memberi ucapan sebelum mendeklamasikan puisi.
g) Bersopan, berkeyakinan, dan menghormati majlis.

3) Unsur deklamasi berkesan
Deklamasi berkesan merujuk kepada persembahan deklamasi yang memberi
kesan mendalam terhadap penghayatan kefahaman isi dan mesej, kepuasan,
dan rasa kagum dalam kalangan penonton atau pendengar. Secara
umumnya terdapat empat unsur asas yang boleh menyebabkan sesuatu
deklamasi dianggap berkesan iaitu:-
a) Suara – iaitu bagaimana deklamator mengekspoloitasi alat-alat artikulasi
mereka supaya sesuai dengan tema, diksi, maksud, dan mood sajak yang
ingin disampaikan. Ini bermakna suara deklamator mestilah terang, jelas,

15

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

berfungsi, dan menggunakan paralinguistik (tekanan, mora, jeda, intonasi)
yang sesuai. Suara garau, besar, dan berat adalah suara bernilai komersil
dan diutamakan dalam sayembara puisi. Begitupun, cara melontarkan
suara juga amat penting dan harus diberi perhatian. Deklamator harus
boleh ‘memberi jiwa kepada kata, melentur baris, dan mencantikkan
cara sebutan supaya kena dengan kemahuan puisi’ (Lim Swee Tin, 2005).
Suara mengada-ngada, cerewet, dipaksa-paksa, monotonus, kesilapan
menyebut sukukata dan kata haruslah dielakkan supaya tidak
menimbulkan kekeliruan serta kebosanan dalam kalangan pendengar.
b) Gaya – Gaya di sini merujuk kepada ‘gaya yang indah’ iaitu gaya
bersahaja atau natural yang bertepatan, sepadan, selaras, indah, dan
dapat menjelaskan makna atau konsep yang ingin disampaikan dalam
puisi. Dalam hal ini ‘bahasa badan’ yang merangkumi gerak tangan,
gerak tubuh, gerak kepala, mimik muka yang melibatkan kening, mata,
mulut, dan dahi mestilah digembleng supaya dapat menimbulkan makna
pada puisi yang dideklamasi. Deklamator yang baik tidak akan berlebih-
lebihan dalam mempamerkan gaya persembahan tetapi berusaha
menjiwai puisi, mendeklamasi dengan jujur dan penuh penghayatan,
serta membebaskan fizikalnya untuk turut sama berkata-kata.
c) Nada - Nada amat penting khususnya untuk menekankan pemahaman
dan makna diksi, memperjelas sikap dan mood teks sajak. Nada rendah,
nada sederhana, dan nada tinggi haruslah disesuaikan dengan emosi
teks sajak supaya penonton dapat menjiwai maksud dan menghayati
mesej yang ingin disampaikan.

16

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

d) Teknik – merupakan manipulasi tatalaku, mood, adab, tempoh,
kostum, peralatan, muzik, dan set prop yang signifikan dan membantu
kefahaman dan penghayatan penonton atau pendengar terhadap
mesej atau konsep dalam puisi. Semasa mendeklamasikan sajak
penggunaan teknik mestilah bersesuaian dengan konsep sajak yang
ingin dipersembahkan supaya ia memberikan kefahaman dan makna
sajak yang sebenar dan ingin disampaikan oleh deklamator.

Kesimpulan

Puisi moden atau sajak yang disifatkan sebagai ‘a criticism of life under the condition
fixed for such criticism by the laws of poetic truth and beuty’ (Mathew Arnold,)
mahupun ‘…khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang
indah dan melukiskan kemanusiaan dan kecantikan bahasa’ (Za’ba) bukan sahaja
menggarap pandangan atau pemikiran penulis terhadap fenomena kehidupan
manusia dan hubungannya dengan manusia dan alam (hubungan insaniah) serta
hubungannya terhadap Pencipta (hubungan ihsaniah) tetapi juga menuntut
kemampuannya memanipulasi bahasa puitis untuk mempengaruhi kesedaran
pembaca melalui kaedah apresiasi kekaguman dan kefahaman terhadap ‘bahasa
alam’. Justeru, dalam apapun bentuknya sama ada sajak, balada, roman, oda,
epigram, gita puja, satira, dan elegy (Kamarudin Hj. Husin, 1998), genre ini seharusnya
dijadikan wadah ‘memaslahatkan manusia’ melalui seruan kepada kebaikan dan
tegahan terhadap kebobrokan manusia dan kemanusiaan. Antologi Lukisan Zaman
(1991) yang mengenengahkan 60 sajak yang mewakili zaman sebelum merdeka dan
selepas merdeka (daripada Angkatan 45, Asas 50, Angkatan 60-an hinggalah 80-an)
telah membariskan sajak-sajak pelbagai tema seperti kemanusiaan melalui sajak ‘Di

17

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tengah Segora’ nukilan Pungguk, kemasyarakatan melalui sajak ‘Selamat Berhari
Raya’ oleh Kasmini Hj. Arif, nasionalisme dalam sajak ‘Damai’ oleh Usman Awang dan
sajak ‘Pertama dan Terakhir’ karya A. Samad Said, keagamaan dan ketuhanan
melalui sajak ‘Gadis dan Ayat Suci’ oleh Usman Awang, diri seperti sajak ‘Semalu’
karya Zurinah Hassan, dan cinta melalui sajak ‘Pada Waktu-waktunya’ nukilan
Dharmawijaya. Tegasnya, semua sajak tersebut melihat perspektif alam dan
kehidupan dalam kerangka welstanschauung (pandangan menyeluruh individu
terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat) kendiri.

Namun, persoalan tentang bagaimana wahana puisi boleh menjadi citra budaya
dalam khalayak awam masih lagi menjadi isu yang relevan, khususnya dalam konteks
semasa. Kepelbagaian media alternatif yang seharusnya dimenfaatkan untuk
mentarbiahkan tamadun manusia telah bertukar sebaliknya menjadi wadah arbitrary
golongan hedonisme dan berbudaya bobrok untuk menjerumuskan anak muda ke
kancah kemusnahan insaniah dan ihsaniah. Signifikan kemelut ini seterusnya menuntut
aktivis dan pendokong genre puisi (kerajaan, NGO, penulis, pendeklamasi, penganjur,
penonton atau pembaca) supaya tekal berkolaboratif, lebih agresif, dan lebih kreatif
dalam merancang dan melaksanakan program penulisan, persembahan, dan
apresiasi puisi dengan kesatuan niat iaitu ‘memertabatkan nusa bangsa melalui seni
bahasa’.

Rujukan

1) Ali Ahmad (1994), Pengantar Pengajian Kesusasteraan, DBP, Kuala Lumpur.
2) Anis Sabirin (1989), Mengenai Puisi, DBP, Kuala Lumpur.
3) DBP (2012), Bimbingan Berkarya – Puisi Moden, http://www.dbp.gov.my, 22 Julai

2012.

18

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

4) Dharmawijaya (1987), Intisari Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden, Petaling
Jaya, Selangor.

5) Fauzi Abdullah (2005), Puisi dalam Nota Penghayatan Puisi, Program
Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB), DBP, Kuala Lumpur.

6) Hamzah Hamdani (1988), Pemikiran Sastera Nusantara, DBP, Kuala Lumpur.
7) Hasbullah Ibrahim dan rakan (1995), Hikayat Hang Tuah, Pustaka Sarjana Sdn.

Bhd, Selangor Darul Ehsan.
8) Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998), Pengajian Melayu 4:

Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Selangor darul
Ehsan.
9) Herman J. Waluyo (2007), Apresiasi Puisi: Panduan Untuk Pelajar dan Mahasiswa,
PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta
10) Lim Swee Tin, Dr. (2005), Puisi Moden (Sajak) dalam Nota Penghayatan Puisi,
Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB), DBP, Kuala Lumpur.
11) Lim Swee Tin, Dr. (2005), Deklamasi Sajak: Konsep, Kaedah dan Aplikasi dalam
Nota Penghayatan Puisi, Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB), DBP,
Kuala Lumpur.
12) Mana Sikana (2008), Teori Sastera Kontemporari, Pustaka Karya, Bangi, Selangor.
13) Muhammad Hj Salleh (1988), Pengalaman Puisi, DBP, Kuala Lumpur.
14) Othman Puteh (1996). Pengajaran Sastera. DBP, Kuala Lumpur.
15) Samsuddin Mahmood dan rakan (2004), Modul Pengajaran dan Pembelajaran
KOMSAS Tingkatan 4 dan 5, DBP Kuala Lumpur.
16) Zainon Sheikh Ahmad (1998), Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden STPM,
Penerbit Elman, Kuala Lumpur.
17) _______(1991), Lukisan Zaman, Marwilis Publishers and Distribution, Shah Alam,
Selangor.

19

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tema Alam

Memaparkan perasaan cinta, gembira, terharu, kagum, sedih, marah, dan ragu
terhadap fenomena alam sama ada keindahannya atau kemusnahannya.

Dalam antologi ini sebanyak sembilan puisi telah dikenalpasti bertemakan alam
dan kebanyakannya menngungkapkan perasaan dan pandangan penulis

tentang bumi, kemelut hidup kota raya, rahmat hujan, kehebatan IPG Kampus
Kent, dan perihal kehidupan di Semporna.

20

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

LO YUN FONG

ALAM BERTUKAR WAJAH

Alam
Lembah besar
Syurga habitat hidupan.
Tetapi..
Apa yang terjadi padamu?
Apa yang mencacatkanmu?
Apa yang melukaimu?

Alam
Hatimu menangis
Hatimu terluka
Namun tiada siapa yang tahu.

Alam
Sepatutnya kau ratu
Sepatutnya engkaulah raja
di rimbun kehidupan dunia.

Alam
Kembalikah kecantikkanmu?
Kembalikah indahmu menyelubungi kami
Saat manusia terus menjahanamkanmu.

PPISMP SAINS Ambilan Disember 2011, IPGK Kent

21

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

YAPP SHING TORNG

CINTAILAH BUMI

Bumi,
Berikan udara segar
Berikan cahaya terang,
dan lingkarkan alam dengan keindahan.

Hanya satu bumi,
Hanya satu nyawa.
Bumi adalah ibu bapa
Yang seharusnya menerima cekerawala kasih.

Cintailah bumi
Sayangilah bumi
Jangan nodai kesuciannya
Lindungilah hamparan imbang ekosistemnya.

Lindungilah dewasa wujudnya,
Peliharalah kota kitar semulanya.
Hargailah wangi kemesraanya
Di piala tanggungjawab kita.

PPISMP-Sains Ambilan Disember 2011, IPGK Kent.

22

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

GELORA METROPOLITAN

Dalam jaga
Dalam tidurnya
Kuala Lumpur diulit gelora fatamorgana
Bermimpi indah di bayang ngeri
Selimut tidurnya membakar manusia rojak
Ranjangnya madu di mangkuk beracun
Bantalnya bauran hapak hipokrasi di wangi kejujuran
Tilamnya hamparan sejuta gila amarah

Lalu...
Masjid India halimunan di ghairah materialis
SOGO dan Mydin mendondang laba
Pasar Chaw Kit dan Kampung Baru mendendang lagu marhain
Lot 10 dan Sungai Wang menari pesta brahmin

Di sini...
Ada manusia makan manusia
Ada manusia bukan manusia
Ada manusia robot
Ada manusia hamba
Ada manusia hantu
Ada manusia ulat

23

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Malam jadi siang
Ringgit jadi raja
Kereta jadi semut
Tikus jadi manusia

Di sini...
Wang jadi kiblat jaya
Keinsanan hanya embun dinihari
Keihsanan santun momokan
buat manusia buta hati dan rasa
Dan aku... lemas di laut keliru.

Vistana Hotel, Kuantan, November 8, 2007

24

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

HIJAB JEJEMARI BUKIT BINTANG

Malam ini kami ramas jejemarimu
Di laut kota manusia tanpa malam
Lalu kelembutan puramu meraba rasa
Dan waras fikir kami terkasima
Melihat gegadis Arab berwajah Eropah
Melihat orangan Timur berkulit Barat
Melihat canggih ICT kami ditelan zaman
Melihat masakan ibu hilang dalam briyani Pakistan.

Meski kami keliru sirat garis budayamu
Namun kehalusannya menyimpul
Bauran warna kemalaikatan dan kesyaitanan manusia
Di sini ada lorek kejujuran ‘orang warna’
Di sini ada lorek hipokrasi ‘massage bang’
Di sini ada lorek seronok ilusi ‘shisha’ dan ‘wanita rokok’
Di sini hotel bicara..”di sini baring saja dan jangan tidur’.
Di sini Mat Rock Berkerusi Roda merintih kehampaan
Di sini lorongnya bebas nilai dan ruang
Dan di sini kiblatnya ‘amarah kelangsungan duniawi.

Biar apapun warna kukumu
Biarpun canggung rentak tari jemarimu
Orang seperti selamanya tidak perduli

25

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Kerana...

Hati Abu Jahal mereka mempercayai kelumrahannya
Mata munafik mereka menyukai kecelaruannya
Hidung Firaun mereka merelai hapaknya
Lalu mereka mabuk dalam indah neraka kristalnya.

Bukit Bintang, 19 Oktober 2011

26

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FHENYIUS DUASIN

HUJAN KERAMAT

Hujan...Engkau turun lagi
Kali ini semakin lebat
Kali ini semakin kencang
Tanah yang kering kontang
Engkau penuhkan dengan titisan ajaibmu
Rumput lalang yang mati keterikan
Engkau sirami dengan baja kehidupanmu

Hujan...
Tatkala pagi menyinsing
Ibarat petang menjelang
Awan kebiruan
Kini gelap kehitaman
Sinar mentari di ufuk senja
Hanya persinggahan sementara

Hujan...
Engkau berlabuhlah
Berikan ruang kepada sang mentari
Di sudut keheningan engkau lenyaplah
Hanya seketika, adanya toleransi
Hanya seketika, engkau pasti akan kembali

IPGK Kent, 21 Jun 2011

27

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

LIM WEI CHIANG

KENT SEGALA IMPIAN

Kent,
Tempatku belajar mengejar impian
Tempatku mendamba sebutir intan bernama ijazah
Tempatku mengejar mimpi-mimpi guru.

Kent,
Engkaulah rimbun yang ku gantungkan harapan
Kaulah pemangkin insan berguna
Agar aku bisa berbakti pada negara.

Kent,
Apa terjadi jika aku tidak bersamamu?
Apa terjadi jika aku tidak berusaha mendekatimu?
Apa terjadi jika aku mentah tentangmu?
Apa terjadi jika akt tidak memilikimu kini?

Kent,
Engkaulah air bangsa sentosa,
Engkaulah benih insan berguna,
Engkaulah bonda para graduan,
Engkaulah lembah dunia pendidikan.

28

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Kent,
Ku harap engkau gagah berdiri
Ku harap engkau terajui dunia perguruan
Agar guru kekal berbakti untuk negara dan bangsa.

PPISMP-Sains Ambilan Disember 2011, IPGK Kent.

29

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FHENYIUS DUASIN

METAFORA KELOPAK BUMI

Pudar warnanya
Menggamit mata
Menguntum mesra kelopaknya
Menggiur seribu rasa

Sungguhpun merah kelopaknya
Tak harum bau
Kuning debunganya
Tak manis madu
Namun kehadirannya
Mewarnai indah semesta

Kehadirannya
Bukti kekuasaanNya
Kehadirannya
Metafora kehidupan insani
Begitu kecil sekalipun tumbuhnya
Tidak terpalit sebutir dosa
Bahkan mencoba untuk mewarnai kelopak bumi hina
Yang kini makin hitam dan nestapa tenggelam dalam arus jahiliah

30

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Keanjalan dunia ku lampirkan dalam keindahan bunga
Agar tersedar si gagak, terbangkang melalak
Biar buta mata si orang
Biar luluh hati si orang
Melupakan jasad sementara duniawi
Dan hidup sebagai roh yang altruis
Hanya dengan menanti tibanya kuntuman kelopak bumi yang nyata

IPGK Kent, 21 Mac 2012

31

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN

SESEMPURNANYA SEMPORNA

Lewat usia emas begini
Aku mencari kesempurnaan diri
Sesempurnanya Semporna

Semporna yang sempurna
Pada dasar lautnya terhampar tikar mutiara
Seketika Semporna mencatat kanvas sejarah
Pencetus amarah antara dua bangsa, terpisah

Pesta maritim senyap tiba-tiba diratah, binasa
Tangan-tangan yang datang dari matahari rebah
yang datang diundang tiada
selesa di atas singgahsana
anak-anak Semporna cuma ada nama
Kesempurnaanmu Semporna milik siapa
Hati menangis tiada air mata

Menyusuri lorong-lorong Semporna
Menjadikan aku tidak sempurna
Lalu aku bertanya pada diri
Benarkah aku di Semporna ?
Aku kian terasing di bumimu Semporna
Lantaran alpa sekian lama

32

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

dibuai penuh ilusi, atas bingkai kaca

Semporna yang sempurna
Aku ingin memilikimu sepenuh jiwa.
Biar pewarisku nanti berkata
Ini tanah pusaka ibunda
Bumi Allah anugerah untuk kita.

Hotel Seafest, Semporna, 28 November 2009

33

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

TEMBUSU KENT I (1951-1963)

Saat ribut salji mendobrak Kinabalu
bersama gigil dinihari
Seekor kelawar putih menabur biji jingga Manggatalmu
di kaki tamu Tuaran lewat subuh 1951
lalu memahat ‘Kent College’ di perdumu
yang berfitur British Crown Colony 1952.

Pagi itu, 22 pucuk pilinmu berdendang ‘Guru ABC’
dalam irama balad Mr. Gidney, Winders, dan Alman
sambil meningkah tari ‘Asas Tani’
di lumpur berbaur ‘pecah dan perintah’.

Lantas, gugus hijaumu di hujung dahan mengembang
dek elaun RM8 dan persalinan percuma.
Sedang 14 akar kuliahmu
menyerap adrenalina jati bangsa
di gersang warga terdidik.
Dan rantingmu menguntum puspa putih kuning
Suhaibun Yusuf, Mursidi Nambi, Zaini Mohd Isa, Abdul Ghani Mandar, R.M Jasni, Chee
Pui Ngoh dan Sium Diau
dalam wangi nafas gemilang bumi bertuah.

Sesekali kemilau aneka sandiwaramu

34

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

memukau mata kemanusiaan di Jesselton.
Sesekali gerutu kulitmu menjadi permaidani buai
halimunan teruja di lembayung senja.
Sesekali lintas harummu bersulamkan melur Cina dan 6 cempaka Brunei
yang bertandang dan menghilang bersama puput Borneo.

Tembusu Kent…
Meski sunti pohonmu mengusia 12
Namun namamu teratas
di awan sulung guru kepulauan Borneo
Dan kelat teras kuningmu
penawar pungguk rindukan pembangunan
Meski dahan kursusmu hanya bercabang 5
Namun alur rantingnya berwarna Melayu, Inggeris, dan Cina.

Kami tahu
Walau mentari keguruan
masih sujud di kaki tangga
Walau Kinabalu Magazine
memanggilmu ‘Istana Bukit Kecil di daerah kecil’
Namun kau akan tetap
membanir watan modal insan
Namun kau akan tetap
menunjang inti tarbiah ihsaniah dan insaniah
dalam rengkuhan api El Nino esok
dalam rengkuhan badai La Nina lusa

35

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

dalam rengkuhan buta malam tulat
Untuk kau dewasa dalam khatulistiwa mimpi nusa
selamanya.

JKS IPGKKent, Oktober 18, 2010

36

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tema Ketuhanan/
Keagamaan

Mengajak pembaca merenungi fenomena hakikat kewujudan manusia atau alam
sambil mengingati dan mengagungkan kekuasaan Ilahi atau Pencipta.

Sajak-sajak bertemakan keagamaan atau ketuhanan yang dimuatkan dalam
antologi ini sebanyak lima buah sahaja. Kebanyakannya memperkatakan tentang

keagungan Tuhan terhadap kejadian alam, redha dan pasrah dengan
ketentuannya, kesempurnaan iman, serta kerisauan tentang manusia yang suka

berbuat dosa.

37

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PARIDAH MAMAT

ARISSYA

Arissya
Tika kau datang
Mercu Kaabah melambai bonda
Bonda terkedu
Antara dua persimpangan
Inilah ketentuanNya
Zuriat penyambung warisan
Kerana Dia Maha Tahu.

Dalam sujud ku yang panjang
ku pasrah
Dan, ku serahkan seluruh kudratku
Kepada Mu
Tuhanku,
Kiranya
Kerinduan yang bertahun ku galas
Menjadi tetamu Mu,
bersujud di bumi syahdu
berpayungkan keagunganMu
Mengangkat jemari taqwa
Merindui ampunan dan hidayahMu
Hanya padaMu
Tuhanku

38

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Aku hambaMu,
Yang gagal merungkai kerinduan bertahun itu
Kerana Kau Maha Tahu,

Penantian itu
Kiranya amat menyiksa
untuk seorang hamba

Namun
buat seorang bonda
kurniaMu Tuhanku
belahan jiwa Arissya.

Arissya
Panjatkan doamu
Kehadrat Illahi
Sebelum mentari tenggelam di ufuk timur
Lewat penjuru mata bonda
bumi agung itu
mesra merungkai kerinduan
bondamu
lalu teralun irama
Labbbaikallah hummalabaik
labbaikalasyarikalakalabaik

IPG Kampus Kent, 2009

39

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ZAINAB HASHIM

REBAHKAN AKU DALAM REDHAMU

Beningnya pagi menggamit rasa nan resah
Di sebalik tenang dan damai mengulit diri
Aku termangu dibelit sendu
padaMu aku berhutang ..

aku hambaMu yang khilaf ,
sering menghitung mimpi dinihari,
pernah berlari mengejar pelangi
ingin kupetik bintang
ingin kugenggam bulan
merasa nikmatMu yang tak terhitung..

Tatkala sendu menjamah hati
padaMu ku toleh arah
hanya padaMu,
hanya padaMu,
ku bersujud dan berserah .

Teringat aku padaMu ..
Kilauan kaca menderai titis
Atas sejadahmu aku terpana
Betapa kerdilnya diriku ini
Bak kerikil di jalanan…

40

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Aku rindu padaMu
Aku rindu akan kasih sayangMu
Aku rindu akan redhaMu
Dalam sujud kubermohon ..
Berkatilah sisa usia berbaki ku ini ..

41

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

M.J.K (KHASMAHWATI BINTI TAMMOYO)

SEMPURNA

Di raut wajahnya terukir senyuman
Indah bagai mutiara di lautan
Percikan sirna matanya menawan
Mengundang kenangan menggamit igauan

Kerang-kerangan kering di tepian
Memandang wajahnya yang ayu
Melangkah longlai bersulam iman
Membawa hati duka berlagu

Kenangan lalu dibaluti kesedihan
Ditanam rapi menerpa di ingatan
Saat persoalan mula dikemukakan
Hati terpana mengundang kemusykilan
Sempurna menjadi titik permulaan
Apa salah membuat kebaikan
Agar bersama dalam kebahagiaan.

Namanya insan dalam kealpaan
Sentiasa leka mencari keinsafan
Teguran dijadikan bahan gurauan
Kerna menganggap diri dalam kesempurnaan.

42

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Lambaian pepohon rawat kedukaan
Desiran ombak lagu ketenangan
Hebatnya Sang Pencipta hidupan
Alam tetap berzikir kesyukuran.

Kalam suci menjadi teman
Walau diri dipinggir sendirian
Ayat-ayat cinta dibaca kesyahduan
Penawar hati dalam kedukaan.

IPG Kampus Kent, DPLI – BM Ambilan Januari 2012

43

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

TABIR TSUNAMI

Walau akar daerahmu merentangi ‘Gelungan Api Pasifik’
Namun depa tangan amarahmu melampaui ruang dan waktu logik manusia
Kau hadir bersama gugus ingatan Ilahi tentang
...hakikat bodoh dalam konon kebijaksanaan
...erti lalai dalam ingat pepura
...makna penghambaan dalam auta ketuanan

Lalu tabir nafasmu hilang bersama alun pujuk-harap
...pulanglah ikan ke lubuk
...sedarlah pada batas diri
...pasaklah tunjang ihsan dan insan
Di fana tenang lautan ilusi ini.

IPG Kampus Kent, Tuaran, 09 April 2010

(Diterbitkan dalam Jasni Matlani (2012), Antologi Sinar Siddiq; Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam
Nusantara, Iris Publishing and Distributors, Kota Kinabalu)

44

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FHENYIUS DUASIN

TELAGA HITAM

Wahai Adam
Keturunanmu telah merubah segalanya
Mereka telah lupa akan asal usul
Mereka telah lupa akan Sang Pencipta
Kemaslahatan manusia jauh sekali terbayang
Sayap pidana kian melebar

Hawa...
Lihatlah anak-anakmu
Bergelumang dengan kegelapan
Bermandian dengan air hitam
Tidak langsung wanitanya terlihat
Swadaya hilang tercemar dek kealpaan
Izinkan aku membuka helaian dosa
Ku titipkan semua satu persatu

Kini...
Saudara hanya pada nama
Agama hanya pada surat
Kuasa dan darjat jadi pegangan
Kekayaan dipuja menjadi Tuhan
Iman sudah anjal
Nafsu serakah membuas-buas

45

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Nah...!
Sudah datang malaikatul maut
Diberi petunjuk Maha Kuasa
Namun tiadalah insaf akan dosa
Sesat dan terus sesat
Jalan pulang bersimpang empat
Padang neraka jadi medan pembalasan
Sudah terlambat merafak tangan
Engkau mungkar wahai insan..

Inilah telaga hitam
Yang telah dicipta dengan jernih
Namun jernih itu telah tercemar
Kerana pancutan air hitam
Telaga hitam ku beri nama
Percaya aku tetap akan hitam selamanya...

IPGKKent, 02 Julai 2011

46

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tema Diri

Memaparkan segala persoalan dalaman atau luaran diri penulis yang menyentuh
aspek perasaan, pemikiran, pengalaman, peristiwa, dan kejadian fizikal diri .

Sebanyak empat puisi telah dimasukkan ke dalam tema diri dan kebanyakan
penulis gemar menceritakan persoalan perubahan diri, cabaran hidup yang
mematangkan diri, kegelisahan usaha diri yang tak setimpal, serta kebodohan diri

yang tidak diketahui.

47

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PARIDAH MAMAT

AKU YANG BUKAN AKU

Aku adalah aku yang bukan aku
Tatkala aku melihat diriku yang bukan lagi aku.

Aku yang bukan lagi diriku
Tatkala aku melihat diriku
Kerana aku bukan lagi aku yang dulu.

Aku yang dulu
Bukan lagi aku yang baru
Tatkala aku melihat diriku yang baru
Yang bukan lagi aku yang baru.

Sesungguhnya aku adalah kembara diri
Yang singkat….

Jabatan Pengajian Melayu, IPGKKent, 13 Julai 2012

48

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

TO SIEW LIM

CABARAN HIDUPKU

Hidupku
menjadi tidak tentu arahnya
tiada mempunyai apa-apa matlamat
oleh kerana tiada arah tuju .
Hidupku
berasa sunyi tanpa matlamat
berasa sunyi tanpa kawan
berasa sunyi tanpa arah tuju .
Tetapi kini
hidupku menjadi satu cabaran
yang mengubah diri
menjadi bangsa berguna .
Kini
Aku berada di barisan depan
menjadi panglima yang mencantas cabaran
menjadi panglima yang berjasa untuk negara .
Kini
ia menjadi sebahagian daripada hidupku
ia menjadi pelita hidupku
keranaku telah berada di Institut .

PPISMP Sains, Ambilan Disember 2012, IPGK Kent

49

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

RESAH SANG SIBUK

Sibuk sang sibuk di kalam-kalam kuliah
Keringat rajin acapnya berbau hampa
Biar dogma bibir sering bicara
Wajah cemerlang itu biasan cermin rajin.

Sibuk sang sibuk di kotak-kotak pejabat
Harapnya melangit di tanggal 25
Namun kakinya terantai di lantai ‘tak naik pangkat’
Dan kerjaya hanyalah kehidupan kosong

Sibuk sang sibuk di petak-petak laut bendang
Kais cangkul paginya tidak sehebat tusukan inflasi
Banyak ikannya tidak setegap pukat.
Meraung derita dalam amarah pembangunan
Dan rezeki hanyalah antah hidup.

Sibuk sang sibuk di gelanggang korporat
Nafasnya ‘siapa cepat dia dapat’
Persahabatan hanyalah di kertas daftar
Dan kamus kemanusiaan hanya hama untung Sang Qarun .

Lalu aku melihat
Rimas kesibukan hanya citra manusia besar yang kerdil

50


Click to View FlipBook Version