ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
ROZANI ROHANI
MERDEKA
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Di sana merdeka, di sini merdeka
Di mana-mana jua merdeka.
Aku anak merdeka
Merdeka membawa bahagia
Merdeka membawa sejahtera
Merdeka membawa kaya raya.
Aku anak merdeka
Aku bangga jadi anak merdeka
Aku bangga jadi warga bumi bertuah
Aku bangga jadi perwira negara.
Di sini kutumpahkan setia
Di sini ku wariskan jiwa merdeka
Di akhir kemuncak cita
Di bumi bertuah ini ku ikat janji setia
Terpacak rela, berdiri gagah hingga ke akhir nyawa.
IPGKKent, DPLI-SR Sejarah.
101
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
IRWAN JAISUN
MERDEKA TERCONTENG
Jiwa ini bergetar meronta
Jiwa ini menangis berdarah
Jiwa ini dihiris duka
Jiwa ini merana bernanah
Sudah jauh kita tinggalkan
Sudah lama mereka pergi
Inikah warisan mereka tinggalkan?
Inikah pewaris yang mereka inginkan?.
Wahai pendidik...didiklah
Wahai ilmuan...bijaksanalah
Ada retak mula menular
Ada bangsa mula alpa
Hakikat sejarah perjuangan bangsa
Yang dahulu kita terasing di tanah sendiri dan yang asing menjadi tuan.
Jangan biarkan generasi kita alpa
Ajarkan mereka kebenaran
Kelak makmur berkekalan
Kita bangsa dipandang tuan
Memacu menuju wawasan.
IPGKKent, DPLI Sejarah Januari 2012
102
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
KANG CHIN LEONG
NEGARAKU AMAN DAMAI
Malaysia tempat lahirku
Bebas ancaman, bebas peperangan
Tiada raung insan tersesak
Tiada bunyi perang yang membingitkan
Rakyat hidup dalam senyum, bangga, dan puas.
Tanpamu
Kami masih berkeliaran
Hidup dalam garis susah sangsara
Dijajah penjajah dalam hidup penuh derita
Tanpamu, siapalah kami.
Keranamu kami bebas merdeka
Teknologi maju dan canggih
Semuanya berasal darimu
Lalu kami hidup selesa
Dalam mewah sumber alam semulajadi
Semoga kemajuanmu berkekalan
Dalam capaian aman dan damai.
IPGKKent, PISMP PC Januari 2012
103
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
MOHD FIKRI IBRAHIM
NEGERI YANG MERDEKA
Negeri yang merdeka
Dahulunya dijajah
Kini mula mendiri dengan bakti
Tanah air aman sentosa.
Negeri yang merdeka
Ada penguasa bijaksana
Mengguna segala macam cara
Memangkin jiwa rakyatnya
Yang layu tertanam
Setelah ratusan tahun
Di bawah takhta penjajah.
Negeri yang merdeka
Omong-omongan berani mula kedengaran
Di seluruh pelusok raya
Kian tersebar dengan debaran
Memangkin jiwa-jiwa bergetaran
Dari lena yang samar.
Negeri yang merdeka
Ayuh!!
Ayuh kita bangkit
104
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Sama-sama berdiri dan membangun
Di bawah panji yang satu
Taat setia mengikat sumpah
Demi negeri yang merdeka.
IPGKKent, PISMP Bahasa Melayu (SJKT)
105
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
SITI AINAH JUALI
PAHLAWANKU
Pahlawanku
Jika hari ini namamu tidak dikenali
Jika hari ini pergimu tak kembali
Jika hari ini pusaramu tanpa nisan
Kaulah pahlawan sejati.
Sejarah seabad silam
Penjajah datang merobek damai
Bersama peluru, senapang, dan mariam
Membunuh pejuang, meragut kedaulatan
Sungai mengalir darah pahlawan
Sirap merahnya memuntahkan jasad
Pahlawan bangsa gugur terhormat
Maruah terangkat jasa tersemat.
Pahlawanku
Dadamu dibelah derita
Tanpa pangkat dan nama
Menyalakan obor merdeka
Namamu terukir di jantung bangsa.
IPGKKent, DPLI-SR Bahasa Melayu
106
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
ARIATHY FAIRUZ ALI
PARADIGMA MERDEKA
Berdentum bunyi tembakan
Peluru buta menembusi jasad hidup
Lantas bumi dilitupi tumpahan pekat darah
Tok Janggut, Rentap, Sharif Masahor, dan Mat Salleh
Pejuang bangsa
Rebah ke bumi
Berkorban jiwa demi negara
Keras hati
Keras kepala
Hati batu
Namun untuk bangsa
Jangan disebut manis bak madu
Kerana dekad yang berlalu
Penghuni tanah ini
Merasa pahit hempedu
Hidup umpama di bahang neraka
Mati tenggelam di dasar neraka
Jangan mengimpi kebebasan
Kerana kebebasan tidak mengenali
Mereka yang bernama pelesit
Yang haus darah insan
107
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Lalu ketagih dalam serakah nafsu
Ingatlah!
Merdeka kita kini
Bukan dikecap dengan emas permata
Bukan diperoleh dengan senjata tak bermata
Tetapi dengan bijak akal dan fikir
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Syukur!
Syukur!
IPGKKent, PISMP Bahasa Melayu (SJKT)
(Nota: Puisi ini adalah Naib Juara Mengarang dalam Pertandingan Mengarang dan Mendeklamasikan
Sajak Piala Pengarah IPGKKent pada 8-10 Ogos 2012)
108
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
FHENYIUS DUASIN
PELANGI KESYUKURAN
Lohong gusam menerpa sore
Rentetan sayu sayup kedengaran
Sang merbuk nyaring bersiulan
Indah permai izhar terasa
Sungguh beryukur aku di tanah bertuah ini
Bebas merantau tak kenal si protagonis
Bebas bercindan namun pada takuknya
Bebas mewarnai tiap ruang yang kehitaman
Lamunanku dibawa sepoi angin
Ke tanah jajahan bumi pelesit
Ke ruang gelap yang sinarnya kian pudar
Pilu hatiku mengenang derita umat
Kebebasan hilang diancam diktator
Selangkah maju nyawa jadi taruhan
Selangkah mundur merana kehidupan
Terlintas di khayalku
Picu menatang buta ditarik kencang
Berdas-das logam krom dilepaskan
Tidak mengenal insan atau binatang
Terus menuju ke tubuh yang masih didiami roh
Lantas rebah ke muka bumi
109
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Tersentak aku daripada lamunan
Ku lihat awan kian gelita
Sang terik terbenam nun ke barat
Namun aman itu masih konkrit
Tidak tertitis walau setitik air mata
Ku genggam erat tanganku
Ku padukan imanku
Ku tinggikan atap fikiranku
Menyusun khalimat suci
Tanda kesyukuran atas tanah yang ku diami
Tanda sedekahku buat makhluk ciptaan Maha Esa
Yang masih dalam telaga hitam
Agar suatu hari terbitnya pelangi
Mewarnai tiap liku dogma
Walau hanya tinggal sisa kehidupan
IPGK Kent, 16 Ogos 2011
110
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
ISMAIL AG PIUT
RATAP LIDAH AUSTRONESIA
Apa guna kelahiran 2 500 sebelum masihi
Kalau dewasanya kita wajarkan di rumah kebajikan
Hanya dikunjungi bila hati sayu dan lesu
Apa erti milik 300 dialek sejagat
Kalau banyaknya kita buihkan di samudra
Gagah mengapung tanpa haluan
lalu tak bisa menjadi gigi pantai dan bebunga karang
Apa makna juara ke empat dunia
Kalau wangi kasturinya kita bakhilkan
Di botol tiada nama, tiada aura
Dan hidung kita hanya mahu menghidu bau tulip
Orientalis.
Apa faedah welstanchauung Melayu abad itu
Apa faedah lingua franca Timur zaman itu
Apa faedah perantara dagang semesta masa itu
Apa faedah bahasa ilmuan nusantara tika itu
Dan apa faedah tuturan politik kepulauan Melayu saat itu
Kalau kini, kita nobatkan ia di takhta sejarah antik
Yang nilainya hanya mimpi nostalgia nusa
Lalu kita payahkan jelmaan bayangnya
111
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
meski tubuh realitinya di depan mata
Penting apakah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia?
Mustahak apakah Akta Kebangsaan 1967?
Istimewa apakah Laporan Razak 1956?
Kalau kita suramkan cahaya amanahnya di lorong
‘Tak Melayu hilang di dunia’
Kalau kita masih membenam etnosentrik diri dalam
Lopak zenosentrik asing.
Lalu kita memaksa ketakutan pada bayang sendiri
Meski madani bangsa mesti diungkapi bahasanya.
Lalu
Mengapa masih berlidah Indo-Eropa?
Mengapa masih memeluk budaya penjajah?
Sedang ia tidak pernah membentungi kota perpaduan
kita
Sedang ia pernah papa lalu melanun makmur bumi kita.
Sedang kera tidak bertukar manusia walau kita susukan.
Sedang kita selamanya merintih dalam bahasa Austronesia.
DBP, 29 September 2011
112
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
MANSOR MD DESA
SIAPA LAGI KALAU BUKAN KITA
Siapa lagi kalau bukan kita
Mengalunkan bait-bait bahasa
Dulunya gah dengan peradaban bangsa
Menjadikan ia sebagai pusaka
Usah dilupa malah dipandang tidak bermaya.
Siapa lagi kalau bukan kita
Melagukan iramanya yang tersebar di persada
Usah diperdulikan kata penabur nista
Mengatakan bahasa kita tidak ke mana
Kerana mereka Cuma ingin mengutip laba
Nyahkan mereka, kerana kita masih ada
Siapa lagi kalau bukan kita
Mendaulat bahasa yang kita ada
Kerana kita adalah pewarisnya sekian lama
Menjunjung tinggi walau di mana jua
Kerana bahasa itu jiwa bangsa kita.
(Nota: Puisi ini menjadi Naib Johan Sayembara Deklamasi Sajak Kakitangan Awam Daerah Tuaran,
Sempena Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan DBP pada 2011)
113
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
JURIAH RIPIN
SYUKURKU
Rumah kayuku masih kukuh,
Walau bukan rumah batu,
Buaianku masih menghiasi pohon sena itu,
Tidak diusik dek usia dan waktu.
Bangun pagiku seperti biasa,
Indah secerah suria,
Disambut kokokan gagah si jalak,
Disapa siulan unggas nan merdu ,
Riuh rendah larian si adik,
Tawa gembira di anjung kampung,
Bersyukur aku padaMu Tuhan
Aku bernafas di udara bebas dan tenteram.
Mata bulatku suci dari percikan darah merah,
Telinga mulusku bersih dari teriakan sengsara,
Tidur manjaku lena dari mimpi ngeri,
Langkahku riang dari sekatan askar penjajah.
Wahai saudara, wahai saudari,
Ayuh kita bangkit!
Bangun dari lena asmara sosial barat,
114
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Berdiri dari duduk berteman najis dadah,
Berlari mengejar maruah bangsa yang kian terpalit.
Warisi tanah merdeka ini.
Demi darah pejuang yang mengalir,
Demi bangsa pewaris mendatang,
Kita usir belenggu yang selama ini mengikat relung nadi bangsa,
Kita satukan bangsa Malaysia yang berbilang budaya,
Kita pacakkan semangat 1 Malaysia dalam genggaman erat warganya,
Biar jauh dari musibah yang mencabul kesucian merdeka,
Agar Malaysia terus merdeka.
IPGKKent, PISMP Pemulihan ‘09
115
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
IRWAN JAISUN
TINTA MERDEKA
Tanah Melayu tahunnya 1957
North Borneo tahunnya 1963
Serawak menanti di Hari Malaysia
Maka lahirlah putih
31 Ogos tarikh terpahat
Ingin dicorak dengan warna kita
Hari Malaysia 16 September
Ingat!, ingat!, ingat!, dan hayati
Bersatu kita teguh
Berpecah kita roboh
Para pendidik...
Ajarlah mereka
Didiklah mereka
Tunjukkan jalan buat mereka
Mengenal sejarah
Negara ini untuk mereka
Agar esok mereka bersedia
Agar esok jiwa terus kental
Mempertahankan negara daripada petualang
Sanggupkah kita menggadai nyawa
Sanggupkah kita menjadi benteng
116
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Amanah ini di bahu kita
Amanat ini buat semua
Agar laungan itu tetap bergema
MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!
IPGKKent, DPLI-SR SEJarah,3 Ogos 2012
117
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
NORSHEILA ABDUL RAHMAN
WACANA MERDEKA
Angkuh sungguh mereka berjalan
Di jalan cantik berturap
Menyusuri bangunan, menyisip benteng
Lantang suara mahu keadilan yang katanya dizalimi
Tidak terencat kognitifnya
Tetapi cacat mata hatinya
Merah, kuning, putih, dan biru hanya empat warna
Warna Diraja dipertaruhkan
Kuning menjadi merah
Merah bertambah pekat
Sedang mereka lahir dari perut merdeka
Barangkali mereka alpa
Mereka lupa sejarah lama
Paksi apakah perjuangan mereka?
Bukankah kita sudah merdeka?
Janganlah ditoreh kembali luka
Luka parah yang tiada siapa akan menyeka
Ayuh anak muda
Garaplah segunung harapan
Hamparkan di lautan kejayaan
118
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Tunjangkan perjuanganmu berpasakkan kebenaran
Paksikan suaramu di salur kebaikan
Suntikan semangat darah merdeka
Rasionalkan mindamu di gagas wawasan
Alunkan irama cetusan patriotikmu
Lalu tintakanlah wacana merdekamu.
IPGKKent, PISMP BM SJKT
(Nota: Puisi ini telah memenangi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Piala Pengarah
IPGKKent pada 8-10 Ogos 2012)
119
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
ISMAIL AG PIUT
WATAN YANG SIRNA
Merentasi dada Tasik Waikato ini
Wajah watanku kian sirna
Dalam pelukan Cinderela Sky Line
Lantas aku menjadi pungguk perindu
Yang mencari kuku ‘Cable Car Mat Cincang’ di pentas dunia
Yang mengemis indah Telaga Tujuh di hutan batu Langkawi
Yang merayu cinta Mahsuri di jiwa pelancong asing
Yang mengharap teduh komulunimbus ‘Beras Terbakar’ di monumen keajaiban dunia
Yang mendamba ranum buah ekonomi Langkawi di rimbun pasaran terbuka.
Namun, aku pasrah
Walau seajaib mana putih darah Mahsuri
Selagi takhta Wan Yahya @ Datuk Pekerma Jaya dialaskan fitnah
Selagi wajah Wan Mahura dihiasi kesumat
Helang di Kuah hanya kekal di situ
Kaku dan terpaku melihat beburung semesta beterbangan
Meneroka dan melahap habuan makmur dunia
Sedang ia semakin pudar dan hilang
Di ufuk senja nan kelabu.
Tasik Waikato, Auckland, New Zealand, 09 Nov. 2007
(Sajak ini telah diterbitkan dalam Majalah Wadah Bil.4, Disember 2012, DBP Sabah)
120
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
GLOSARI
Anafora - Pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris.
Analogi – Perbandingan isu diperkatakan dengan sesuatu perkara atau benda atau
situasi atau peristiwa atau hal yang kongkrit atau mujarrad.
Bahasa - Satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh
sesuatu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi.
Deklamasi - Merupakan ‘seni persembahan yang mempunyai kesan keindahan atau
estetika dan berseni terhadap puisi yang dipersembahkan.
Denotatif – Iaitu penggunaan kata atau diksi yang mempunyai makna tersurat atau
khusus seperti di dalam kamus.
Epifora - Pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada akhir baris
Gaya - Merujuk kepada gerak fizikal atau gerak bahasa badan yang indah iaitu
gaya bersahaja atau natural yang bertepatan, sepadan, selaras, indah, dan
dapat menjelaskan makna atau konsep yang ingin disampaikan dalam puisi.
Euphemisme – Ungkapan lembut yang mempositifkan perkara yang negatif. Contoh
bunting pelamin untuk mengandung, minta diri ke belakang sebentar (keluar
sebentar) dan sebagainya.
Hiperbola - Gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata yang
lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran perbandingan
secara berlebih-lebihan.
Imej dan Imejan - Merupakan kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan
kata, ungkapan dan ayat yang berunsur alam dalam sesebuah puisi yang
membantu pembaca mendekati dan menyelami pengalaman penyair.
Himpunan imej yang banyak dalam sajak dipanggil imejan.
Inversi – Iaitu pembalikan kata, frasa atau rangka kata dalam sesebuah puisi.
121
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Ironi - Bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan
dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan
Kecindan - Unsur jenaka dan menghiburkan dalam komunikasi khalayak.
Koheren – Setiap hujah mempunyai pertalian sehingga membentuk satu pola.
Komunikasi Bertulis - Penyampaian maklumat secara bertulis dengan laras dan ragam
bahasa yang betul.
Konotatif - iaitu penggunaan kata atau diksi yang mempunyai makna kebih daripada
satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya
Laras Bahasa - Penggunaan bahasa khusus mengikut bidang penggunaannya.
Latar Belakang Penyajak - Iaitu latar belakang pengetahuan dan pengalaman
penyajak yang dipindahkan ke dalam karya dan membantu kita dalam
merumus dan mengenal corak, imej, dan bentuk karya yang dihasilkan.
Medan Kata (Gaya bahasa) - Merujuk kepada pemilihan dan penggunaan diksi dan
unsur bunyi yang dipilih penyajak untuk menjadikan sajaknya lebih puitis,
ekonomik, dan mempunyai mesej yang jelas
Medan Makna (isi) - Merujuk kepada perkara/ peristiwa/ perihal sebenar yang
membantu menjelaskan idea penyair. Ia dapat diperincikan melalui unsur-unsur
maksud tersurat dan tersirat, tema atau pokok persoalan, persoalan atau isu
sampingan, perutusan/amanat/mesej/pengajaran, perasaan dan sikap
penyajak, serta latar belakang penyajak. Nada juga merupakan alunan lembut,
keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam
sesebuah sajak yang berhubung erat dengan perasaan, pemikiran dan sikap
penyair yang diungkapkan dalam puisinya di samping tema, persoalan, rima,
jenis dan bentuk sesebuah puisi itu.
122
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Medan Rasa (teknikal) - Merupakan aspek yang merangkumi teknik penciptaan puisi
iaitu bentuk atau struktur binaannya yang melibatkan unsur-unsur bentuk,
penggunaan suku kata, kata, dan baris dalam rangkap, serta unsur visual.
Mesej - Biasanya merujuk kepada gagasan nilai atau norma yang ingin ditekankan
penyajak dalam puisinya.
Metafora – Penggunaan kata atau diksi yang bertujuan membandingkan sesuatu
benda dengan benda lain yang tidak jelas bentuk perbandingannya kerana
dibuat secara langsung. Umumnya ia terdiri daripada dua perkataan, satu
perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit.
Nada – Penekanan terhadap unsur-unsur paralinguistik (tekanan, nada, jeda, dan
mora) khususnya untuk menekankan pemahaman dan makna diksi, memperjelas
sikap dan mood teks sajak.
Paradoks - Pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan
gambarannya bertentangan dengan kenyataan
Paralinguistik atau Prosodi – melibatkan fitur bukan linguistik yang mengiringi
pertuturan seperti bisikan, mimik muka, gerak badan, nada, kelantangan, suara
tinggi, suara mersik, suara garau yang lazim diguna dan diterima.
Perulangan – Melibatkan pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap dengan
tujuan menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran, menegaskan
maksud tertentu puisi, dan menarik perhatian pendengar
Perasaan Penyajak - Merujuk kepada mood atau emosi penyajak dalam
menyampaikan gagasan idea atau pendiriannya dalam karya sama ada
bersifat romantik, melankolik, sinis, protes, patriotis, atau bersahaja.
Persoalan - merujuk kepada persoalan atau isu sampingan yang ingin diketengahkan
penyajak. Gabungan persoalan sampingan ini akan membentuk tema atau
persoalan pokok sajak.
123
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Personifikasi – Penggunan kata atau diksi yang melibatkan benda, keadaan atau
peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Disebut juga
pengorangan
Pertautan – Idea-idea utama yang disokong oleh bukti atau contoh dalam huraian isi
sesuatu teks.
Puisi - Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai
untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan
kemanisan dan kecantikan bahasa.
Puisirama - Ialah gabungan kata ‘puisi’ dan ‘irama’. Ia merupakan persembahan
kreatif yang mengadun dan menyepadukan pengucapan puisi dengan
kemahiran seni yang lain seperti seni suara, seni muzik, seni gerak dan busana
(kostum).
Retorika – Soalan merangsang, provokasi, janji dan harapan dalam komunikasi
khalayak.
Sajak – iaitu ungkapan rasa dan pemikiran penyair tentang sesuatu persoalan secara
imaginatif denga fokus kekuatannya pada bahasa figuratif dan puitis, serta
ketajaman bentuk dalaman dan luaran puisi.
Sajak Bebas - Sajak yang tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada
segi pembinaan aspek bentuk
Sajak Separuh Bebas - Sajak yang antara rangkapnya yang terikat dan ada yang
bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional
Sajak Terikat – Merupakan sajak yang bercirikan puisi Melayu tradisional seperti
pantun dan syair
Sikap Penyajak - Menjurus kepada pendirian penyajak terhadap sesuatu isu atau
persoalan sama ada menyokong, memprotes (membantah) atau berkecuali.
124
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Simbol - Ialah kata-kata tertentu yang digunakan sebagai simbol atau lambang untuk
menggambarkan atau menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri.
Similie – Kata atau diksi yang membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau
benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata seperti, bak,
bagai, laksana atau umpama.
Simplok - Pengulangan sesuatu kata pada awal, tengah atau akhir kalimat.
Stilistik – Kelancaran, nada, intonasi, jeda, mora, bahasa badan dalam komunikasi
khalayak.
Suara - Iaitu bagaimana deklamator mengekspoloitasi alat-alat artikulasi mereka
supaya menyesuaikan deklamasi dengan tema, diksi, maksud, dan mood sajak
yang ingin disampaikan.
Tema – Ialah gagasan pokok atau pokok persoalan (subject-matter) yang ingin
dikemukanakn penyair melalui puisinya.
Tema Cinta - Iaitu persoalan cinta terhadap kekasih, ibu bapa, keluarga, masyarakat,
dan bangsa yang ingin diceritakan atau digambarkan penulis.
Tema Diri – Ialah segala persoalan dalaman atau luaran diri penulis yang menyentuh
aspek perasaan, pemikiran, pengalaman, peristiwa, dan fizikal.
Tema Kemasyarakatan dan Kemanusiaan – Iaitu persoalan dan isu yang memagari
atau membayangi kehidupan masyarakat serta unsur kemanusiaan tentangnya
yang melibatkan pahit maung, nasib, kesedihan, permasalahan, kegembiraan,
serta moral masyarakat yang memberi kesan simpati dan empati penulis dan
meminta pembaca menanganinya.
Tema Ketuhanan – Iaitu persoalan falsafah ketuhanan atau keagamaan yang
mengajak manusia kepada ketakwaan, mengakui kekuasaan Tuhan, dan
menghargai alam ciptaan-Nya.
125
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Tema Patriotisme atau Perjuangan – Iaitu gagasan yang mengungkapkan perjuangan
membela bangsa dan tanah air serta kekaguman terhadap keindahan dan
keistemewaan negara sendiri.
Tembusu – Sejenis tumbuhan dalam spesis famili Loganiaceae yang berasal dari
Thailand, Malaysia dan Sumatera. Ia juga merupakan sejenis kayu keras berat,
tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak. Daunnya berbentuk pilin
yang rapat. Manakala bunganya berbentuk trompet, berwarna putih kuning,
dan amat wangi. Buahnya berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek,
dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan
melalui tahi haiwan-haiwan itu.
Wacana - Unit bahasa yang melebihi batas ayat atau jalinan unit-unit bahasa yang
tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang
utuh.
126
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Indek Nama
A. Samad Said, 16
Ali Hj. Ahmad, 7
Andi Fitri Hj. Muis, 91
Antologi Lukisan Zaman, 16
Ariathy Fairuz Ali, 106
Chong Wei Yuan, 93
Daud Abdul Ghani, 7
Dante, 9
Datu Raiman Datu Kauman, 31,
Dharmawijaya, 16
Edger Allan Poe, 9
Edwin Arlington Robinson, 9
Fhenyius Duasin, 29, 29, 44, 66, 81, 88, 108
Fauzi Abdullah, 8
Harun Amin al-Rashid, 7
Irwan Jaisun, 101, 115
Ismail Ag Piut, 7, 22, 24, 33, 43, 49, 51, 56, 61, 70, 94, 110, 119
Juriah Ripin, 113
Kamaruddin Hj. Husin, 16
Kang Chin Leong, 102
Kasmini Hj. Arif, 16
KBSM, 11
Lim Swee Tin, 13, 15
Lo Yun Fong, 20
Majalah
Majalah Guru, 7
Majalah Pujangga Baru, 7
Mansur Md Desa, 112
Mathew Arnold, 16
Mohd Fikri Ibrahim, 103
Muhammad Hj Salleh, 9
Muhammad Yasin Makmur atau Pungguk, 8, 16
Muhammad Yusof Ahmad, 7
Norazmaliana Kamarul Jaya, 97
Norsheila Abdul Rahman, 117
Paridah Mamat, 37, 47, 69
Percy Byssche Shelley, 9
Ricky John, 95
Rozani Rohani, 100
Sajak
Aku Yang Bukan Aku, 47
Alam Bertukar Wajah, 20
127
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Anak, 69
Arissya, 37
Aur Kasih (Didikasi buat ARS, Susie, dan Suparmi), 70
Bonda, 72
Buah Rindu, 73
Bukan Sekadar Laungan, 88
Cabaran Hidupku, 48
Cintailah Bumi, 21
Dalam Gema Laung Merdeka, 90
Damai, 16
Dia Bukan Kamu, 53
Dirgahayu Sabah Tanah Airku, 91
Di Tengah Segora, 16
Gadis dan Ayat Suci, 16
Gelora Metropolitan, 22
Guru, 55
Guru Berpayung Di Bawah Pokok, 56
Guru Pejuang Malaysia, 93
Guruku, 74
Hijab Jejemari Bukit Bintang, 24
Hikmah Tersadai, 58
Hujan Keramat, 26
Ibu, 75, 76
Ibu Cahaya Bulanku, 77
Ibuku, 7
Ilmu, 60
Kalau Ku Tahu, 94
Kata Orang Vs. Orang Kata, 61
Kelopak Kasih, 78
Keluh Kesah, 7
Kerinduan, 79
Kesedihan Ibu Tunggal, 64
Kent Segala Impian, 27
Luhur Membara Jiwa Merdeka, 95
Malaysia Pemangkin Cintaku, 97
Menungan Hati, 7
Menuntut Ilmu, 65
Merdeka, 100
Merdeka Terconteng, 101
Metafora Kelopak Bumi, 29
Nafas Rindu, 80
Negaraku Aman Damai, 102
Negeri Yang Merdeka, 103
Pada Waktu-waktunya, 16
Pahlawanku, 105
Pamrih Si Politik, 66
128
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
Paradigma Merdeka, 106
Pedoman Orang Lama, 81
Pelangi Kesyukuran, 108
Permataku (3A), 83
Pertama dan Terakhir, 16
Pujukan Hati, 7
Ratap Lidah Austronesia, 110
Rebahkan Aku Dalam Redha-Mu, 39
Resah Sang Sibuk, 49
Sayang dan Hormat, 86
Selalu Merayu, 7
Selamat Berhari Raya, 16
Semalu, 16
Sempurna, 41
Sesempurnanya Semporna, 31
Siapa Lagi kalau Bukan Kita, 112
Syukurku, 113
Tabir Tsunami, 43
Tak Disangka-sangka, 7
Tasik Kebodohan, 51
Telaga Hitam, 44
Tembusu Kent 1 (1951-1963), 33
Tinta Merdeka, 115
Wacana Merdeka, 117
Watan Yang Sirna, 119
Siti Ainah Juali, 105
Suara Melayu, 7
Syair
Sariku, 7
Syair Timang-timangan Ilmu Itu, 7
T.S.Eliot, 9
Usman Awang, 16
William Wordsworth, 8
Yap Shing Torng, 21
Za’ba, 16
Zainab Hashim, 39, 53, 78, 83
Zulkifli Omar, 90
Zurinah Hassan, 16
129
ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
130