The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menjadi dokumen rujukan bertulis tentang kreativiti pensyarah dan pelajar dalam memartabatkan genre puisi moden atau sajak di samping menampilkan citra apresiasi seni sastera yang menonjol dalam pengisian aktiviti kebahasaan, kebudayaan, dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh warga IPG Kampus Kent khasnya jabatan akademik, Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan unit-unit pengajian (DPLI, PISMP, dan PPISMP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-05-09 01:25:10

Antologi Tembusu Kent

Buku ini menjadi dokumen rujukan bertulis tentang kreativiti pensyarah dan pelajar dalam memartabatkan genre puisi moden atau sajak di samping menampilkan citra apresiasi seni sastera yang menonjol dalam pengisian aktiviti kebahasaan, kebudayaan, dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh warga IPG Kampus Kent khasnya jabatan akademik, Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan unit-unit pengajian (DPLI, PISMP, dan PPISMP)

Keywords: Puisi Moden,Sajak

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Resah kesibukan hanya buah manis manusia kecil berjiwa besar.
Yang menggunung di pulau hasutan amarah
Yang sirna di lorong cahaya redha tawakkal.
Yang pasrah di raudah cinta Ilahi.

Promenade Hotel, Kota Kinabalu, 6 April 2012

51

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

TASIK KEBODOHAN

Dalam kabut tasik kebodohan itu
Ada Pak Pandir yang terjun dengan labunya
Ada Pak Kaduk yang tergadai desanya
Ada Mat Jenin yang terjatuh dari kelapa angannya
Ada Abu Nawas yang terjerat di rantai helahnya

Pun...
Dalam jernih tasik itu
Lahir Al-Ghazali yang ketemu jutaan bodoh dalam tahunya
Lahir Al-Farabi yang tahu sirat kebodohan dalam tahu.

Namun...
Dalam kocak tasik itu
Kita mungkin tak terasa dalamnya kebodohan diri
Di dasar angkuh yang hitam.

IPGK Kent, 6 Mac 2010

52

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tema Kemanusiaan
dan Kemasyarakatan

Membongkar makna nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam kehidupan
manusia hasil daripada penelitian gerak alam dan tingkah laku harian manusia .

Sebanyak sembilan puisi telah dikategorikan dalam tema kemanusiaan dan
kemasyarakatan dan penulis kebanyakannya cenderung menyingkap persoalan
darjat kehidupan, guru dan keguruan, hikmah di sebalik kesusahan, kepantingan
ilmu, hakikat hidup yang tidak menyamai harapan, keperitan hidup ibu tunggal,

serta hipokrasi dalaman individu.

53

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ZAINAB HASHIM

DIA BUKAN KAMU

Tiada hartanya .
Tiada rupanya.
Tiada ilmunya .
Tiada darjatnya.
Hinakah dia ?

Rakusnya manusia menghukum.
Yang molek menjadi dambaan
Yang kaya menjadi sahabat
Yang hebat menjadi sanjungan
Yang berpangkat menjadi Tuhan ..

Inilah tari lara yang kau cium
Dalam lelahmu mengisi perjalanan
Pabila manusia hilang mata hatinya
Terhumban dirinya tiada harga ..

Lantas senyumnya tidak berbalas
Sapaannya tidak disambut
Kerdip matanya berlalu sepi
Hanya kerna dia adalah dia …

Usah diharap berjalan seiring..

54

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Usah diimpi makan sedulang
Usah difikir akan diundang
Kerana darjat menjadi taruhan ..

Diakah pemilik zalimmu
Diakah sandaran egomu
Dihina ,dicaci ,dipandang sepi
Hanya kerana dia adalah dia ….

Usah dipinggir jarak ukhuwah
Antara dia dan kamu
Kamu punya apa yang dia tak punyai
Dia punya apa yang kamu tak punya ..

Bangunlah saudaraku ..
Kutiplah jiwa gerakmu yang tercicir
Alirkan mesra budimu
Agar terhias santun ragamu
Seiring dengan kehebatan nalurimu yang di kau agungkan itu
Kerana di mata dia kau belum sempurna ..

55

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

TEH LEE CHIA

GURU

Guru oh guru
Laut bakti masyarakat dan Negara
Pelita di malam gelita
Memancarkan sinar rela
Dialah ibu,bapa,juga sahabat.

Guru oh guru
Seribu buku yang mendidik
Tidak mengerti jemu,penat dan lelah.

Guru oh guru
Pendidik mulia
Bagai kuntum kembang mekar
Sentiasa menjadi wangian bangsa.

Guru oh guru
Ilmu ditabur terus dibaja
Melahirkan pemimpin pemacu Negara.

PPISMP-PSV Ambilan Desember 2011, IPGK Kent.

56

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012
ISMAIL AG PIUT

GURU BERPAYUNG DI BAWAH POKOK

Saat itu
Mentari masih mengeliat di kaki tangga
Membuka tirai jaganya
Embun jantan masih menitis kering
Kuang di sawah masih beryanyi
Sedang bebayang rembulan juga masih di situ

Kulihat
Seorang guru muda berpayung di bawah pokok
Sambil mulut profesionalnya memuntah segala arahan
Gerak badannya longlai di lantai akauntabiliti
Matanya meluat jengkel di pandangan profesional
Gugus rasanya rimas dibakar status sosial
Resah gelisah dibasahi peluh dara nian bangsa
Risau di kemelut gah kerjaya
Bergelut di lumpur kotak katik bangsa

Ah....

57

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Manakah jiwa rasa guru
Manakah guru yang berguru
Manakah guru yang gaharu dan tahu
Manakah guru yang menunjang ihsaniah di balik tabir insaniah
Menjadi pulau di lautan bergelora
Menjadi lembah di padang Sahara

IPGM Kampus Kent, 20 Januari 2009

58

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

NANCY LO KASON

HIKMAH TERSADAI

Tersadai bagai layang-layang putus tali
Merancang untuk menguntai mimpi
Mengimbau melihat warna-warni kota
Mengintai juadah enak rasa
Rupanya hanya igauan semata

Kita merancang,
Dia penentu segalanya..
Akhirnya kita tersadai
Hikmah di sebaliknya menguji segala keimanan
Melihat kau bagai seorang pahlawan
Yang bersilat dengan lidah penuh hikmah
Tersadai membilang detik dan masa
Mengimbau cerita-cerita lama tersimpan
Ruang dan kesempatan
Juga rupanya merupakan hikmah
Yang tidak ternilai harganya

Dalam onar kesibukan kita..
Pahlawan terlalu berhikmah
Akhirnya...menyusur jalan
Melihat pepohon rimbun,
Menikmati bangunan tersergam megah

59

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tidak lagi melihat putihnya awan...
Selamat tinggal....
Lapangan Terbang Senai Johor baharu

Lapangan Terbang Senai, Johor Baharu, 2 Mac 2011

60

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

CHIN POI YEI

ILMU

Ilmu,
pemangkin hidup aku,
penunjuk jalan terang untuk lorong masa depan.

Ilmu,
kaulah lembah,
kaulah kuasa,
perobah perihal insan.

Ilmu,
kaulah kamus,
kaulah buku,
kaulah gadis rebutan jejaka.

Ilmu,
permulaan segala modal insan untuk bangsa negara tercinta.

PPISMP Sains, Ambilan Disember 2011, IPGK Kent

61

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

KATA ORANG Vs ORANG KATA

Tatkala kafilah itu melewati
Lembah empayar 19 hektar Kent
Seringkali waras fikirnya terkasima dan tergugah
Disanggah keliru sempadan
Kata orang dan orang kata.

Kata orang...
Bernaung di sini satu keajaiban
Lampu Aladin yang bisa istirahat selamanya.
Orang kata....
Bernaung di sini sangat bisa meletihkan pelari marathon
Walau 400m cuma.
Lalu Tompinai berkata...
Odoi dogo, matai noh oku.

Kata orang...
Pensyarah itu ahli nujum keguruan
Yang mewah di balik alusi dugaan 4 jam kuliah
Orang kata....
Pensyarah itu mahaguru
Yang sentiasa sukar membezakan depan dan belakang tugasan

62

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Lalu Tangahnya berkata
“Apa kau rasa... oren!”
“Diang-diang kuna”. Jawab siokau

Kata orang...
Ketua unit itu laksmana
Yang tangkas memangkas tingkahan lawan di gelanggang bidangnya.
Orang kata....
Ketua unit itu pahlawan yang letih
Berhempas pulas di rentasan rencam arahan.
Lalu Om berkata....
“Matilah orang tampatan macam ni!”

Kata orang...
Ketua jabatan itu raja terbilang
Yang senantiasa menjelajahi ceruk perantauan
Orang kata....
Ketua Jabatan itu ‘Kofi Annan’
Yang penat memikir dan bertindak di singgahsana Bilik Mahathir
Lalu Apek berkata
“Nang butinang, Kui butikui! Malas tah kuingau”.
“Ambalna ketahanan”. Jawab Penglima Suluk

Alahai...
Siapa pun yang berkata, dikata, dan mengata
Kita adalah serupa...

63

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Penjawat awam yang dipundaki segunung amanah, jua selangit mimpi bangsa
Yang sewajarnya menancap kesabaran
Di panji ‘hablum minaLlah wa hablum minan naas’

Promenade Hotel, KK; 14 November 2008

64

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PRECIOUS NG JING LU

KESEDIHAN IBU TUNGGAL

Orang tua duduk berseorangan
Menunggu belas kasihan semua pejalan
Meminta rezeki untuk kekenyangan
Untuk kehidupan tiada arah tujuan

Anakmu yang tidak mengenang budi
sanggup meninggalkanmu berseorangan
Mendirikan keluarga dengan pasangan
Meninggalkanmu tanpa keizinanmu

Mengimbas kembali segala yang dilakukan
Berkerja bersungguh berpeluh selalu
Tidak kira apa jua perlu dilaku
Yang penting anak tidak kebuluran

Kini kamu seumpama batang buruk
Terapung di dalam laut tanpa tujuan
Seperti tiada rumah tiada anak
Setiap hari dalam dugaan

PPISMP-Sains Ambilan Disember 2011, IPGKKent

65

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PAN YEN NEI

MENUNTUT ILMU

Gunakan praktis, gunakan ilmu
Pada masa yang sesuai
Di tempat yang sesuai.

Bijak-bijak menyesuaikan ilmu
Bijak-bijak menyesuaikan diri
Umpama berkayuh biar dalam perahu
Menyumpit biar dalam hutan.

Menulis biar sampai menjadi kitab
Mengaji biar sampai khatam
Menumbuk biar sampai lesung
Bertanak biar dalam periuk

Melemang biar dalam buluh
Mengeram biar dalam sarang
Menanam biar sampai menuai
Berjalan biar sampai menjadi alim

Latihan yang diberi disana
Sambung di tempat yang lain
Tempat kerja adalah sebaik-baik guru

PPISMP Sains, Ambilan Disember 2011, IPGK Kent

66

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FHENYIUS DUASIN

PAMRIH SI POLITIK

Dia berdiri megah
Memainkan suara-suara semarak api
Memberikan pepatah pupus menarik langkah maju
Dia berjanji teguh
Akan datang melimpah ruah
Akan senang tidak terkira
Dia melonjakkan kaki ke merata tempat
Membina ikatan tanda persahabatan
Membina tampuk besi perisai kekebalan
Dia menabur emas ibarat benih
Berharap cambah menghamba diri
Berharap dipinggir jauh sekali

Di balik dunia nyata
Dia tenggelam dalam dunia ilusi
Dia lupa
Dia takbur
Dia makjujad
Janji dipasang ibarat jala
Emas ditabur jelmaan tembaga
Sahabat kini bertopeng Jebat
Berkecimpung dengan dunia komplot
Jauh sekali nawaitu taubat

67

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Dia pamrih
Lupa akan usia memakan diri
Meninggalkan badan berlalu pergi
Meninggalkan nama menjadi sebutan
Inilah catur kehidupan
Yang dia pertaruhkan untuk merobek kedangkalan manusia
Tanpa disedari setiap langkahnya
Menyusun seribu prasangka insani

IPGK Kent, 30 Januari 2012

68

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tema Cinta

Memaparkan persoalan cinta terhadap kekasih, ibu bapa, keluarga, masyarakat,
dan bangsa yang ingin diceritakan atau digambarkan penulis .

Penulis IPG Kampus Kent lebih menggemari tema ini dalam penulisan puisi kerana
ia lebih dekat di hati dan berkait langsung dengan kehalusan rasa individu. Dalam

hal ini sebanyak 14 puisi telah dimuatkan yang antara lainnya memperkatakan
persoalan kasih sayang terhadap anak, rakan, ibu, guru, orang yang dikasihi atau

kekasih, serta nasihat berguna orang berpengalaman.

69

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

PARIDAH MAMAT

ANAK

Anakku,
Tidakku mau menatap derita di wajahmu
Tidakku mau bersarang sepi di penjuru matamu

Tidakku mau kelibat sangsi di sudut hatimu
Tidakku mau mendengar keluh di ulas bibirmu

Yang ku mau
Kau bahagia
Ria berpanjangan
Teguh pendirian
Menguntum senyum
Menyulam sayang

Kaulah segala
Anakku

Jabatan Pengajian Melayu, MP Kent, 28 April 2005

70

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

AUR KASIH (Didikasi buat ARS, Susie, dan Suparmi)

Saat terdampar di tebing perguruan sungai Tuaran
Kita adalah rumpun aur kasih yang memasak pasir kerikil kepayahannya
Lalu kita simpul jerihnya dengan akar ‘Kent Boleh’
Dan kita ikat rapuhnya dengan bebuluh ‘Tompinai’

Sesekali kita menguntum senyum di tenang arus awal pasang
Atau menghembus segar nafas di pagi gajian
Atau mengilai riang gurau di lembut bayu luar tengkujuh
Atau menyanyi lagu kemenangan di gemersik dedaunan senja
Lantas subur kita semarak dek baja ‘kita serupa’
Dan, tebing itu menjadi mimpi pautan rerumput, bebuluh, dan sesemut yang hanyut.

Ada ketikanya kita melambai riak janji Sang Patin yang tak sampai ke tepian
Ada kalanya kita dihinggapi Sang Raja Udang yang mematahkan ranting muda demi
anak ikan, lalu terbang tanpa jejak.
Ada saatnya Sang Rajuna Tapa memangkas putik rebung lalu menghilang disumpah
Sang Sapurba
Beberapa ketika perdu jelekit kita tergugah didobrak deras banjir hulu
Namun rebung profesionalisme kita makin menjulang dan membuluh betung

ARS, Susie, dan Suparmi
Kalian adalah perdu jambangan aur kasih kami itu

71

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Yang menunjang madu ihsan di gigi sungai perguruan ini
Yang sama kekeringan di rintik hujan kemarau
Yang sama kedinginan di ribut banjir tengkujuh
Kini...

Kalian akan hanyut sambil menunas rimbun di tebing takdir persaraan
Dan kami...
........kehilangan penawar Munsyi Abdullah di erang semantik
........ketandusan madu dan racun Tuah-Jebat di gelanggang syura
........merindui tangkas Tun Fatimah di tingkah kerjaya
........mencari-cari lagenda Puteri Gunung Ledang di balik feudal Melaka

Persaraan kalian adalah perahu hilir ke muara
Yang tak mungkin menongkah surut
Yang tak mungkin menyanggah mudik
Dan.. kami pasrah hikmah hakikat
.....asal mula dengan akhirnya
.....masa pasang dengan surutnya
.....bunga sayang dengan rindunya, dan
manis pertemuan dengan perpisahannya
Selamat mencorak bahagia
Di seri kanvas persaraan .

1 Borneo, Kota Kinabalu, Ogos, 6 2010

72

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

TAY CHENG KEE

BONDA

Bonda,
Dewi yang mengajar kehidupanku
Dewi yang peduli kepayahanku
Dewi yang mendorong semangatku
Dewi yang payah demi aku

Bonda,
Cintaku padamu seperti api yang sentiasa bernyala
Yang sentiasa bercaya
Di lorong ambil berat hidupku

Aku merinduimu seperti juga kamu
Aku membimbangimu seperti juga kamu
Aku mendoakan kehadiranmu
Bagai ikatan langit dan awan

Bonda… engkaulah mawar itu
Yang kupuja tiap waktu
Yang kurindu merahnya
Yang kukagumi duri ketabahannya
Terima kasih bonda…

PPISMP PSV Ambilan Disember 2012, IPGK Kent.

73

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

LIM HOE MIAO

BUAH RINDU

Rindu…
Kehadiranmu
Ku dambai
Untuk menikmati manis pertemuan keluarga
Di piala hatiku.

Aku berdoa selamanya
Moga kalian sentiasa di sisi
Aku berdoa
Moga dapat kembali ke pangkuanmu.

Sesekali, aku bimbang kamu
Nun jauh di sana
Meski kamu tiada di sini
Namun wangi buah rindu mekar di hatiku.

Keluargaku…
Aku amat merinduimu.

PPISMP PSV, Ambilan Dis 2012, IPGK Kent.

74

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

CHAI CHING CHING

GURUKU

Dengan perasaan yang menyedihkan,
Dengan perasaan yang merindui;
Wahai guruku,
Walaupun masa bersama tidak lama,
Tetapi kenangan tetap ada.

Guruku yang dirindui,
Apa khabar dirimu?
Guruku yang dihormati,
Bagaimana keadaanmu?

Jasa yang diberikan oleh mu,
Akan kukenang;
Selama-lamanya.

Guruku yang amatku rindui.
Betapa bangganya aku,
Punyai guru sepertimu,
Terima kasih Tuhanku,
Kerana memberikan ku guru terbaik,
Dalam hidupku.

PPISMP PSV Ambilan Disember 2012, IPGK Kent.

75

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

HO YUN FONG

IBU

Ibu……
Wanita yang melahirkan aku,
Mendidik aku
Menjadi rimbun dewasa

Ibu …….
Wanita laut prihatin
Bila aku sakit
Bila aku menangis

Ibu …….
Sinar pelita kesabaran
Menerangi jalan hidupku
Kelelahan demi aku

Ibu ……
Selangit budiku tak kan terbalas
Wajahmu dihatikan
terlukis indah di alam syurga
Moga damailah engkau di sana.

PPISMP-SAINS Ambilan Disember 2011, IPGK Kent

76

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

MOK YIN YONG

IBU

Kau membesarkan aku dengan ranjau kepayahan,
Kau didik aku menjadi manusia,
Kau belai aku tika sakit,
Kau tak kenal erti kepayahan malam dan siang.

Kini, perahu usiamu sudah uzur,
Tidak bias mudik ke hulu,
Tidak lagi bias menjagaku,
Kini, biar aku menjadi rumahmu.

Yang bias mengembalikan seyuman manismu,
Gembira menikmati buah kebersamaan,
Dan, dapat berzamanmu selamanya,
Aku cinta padamu, ibu.

PPISMP-Sains, Ambilan Disember 2011, IPGK Kent

77

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

WONG SEE TENG

IBU CAHAYA BULANKU

Engkau dan aku di bawah bulan
Engkau di sana aku di sini
Aku mengira bintang hati bersamamu
Engkau melihat bintang hati kerinduanku

Tahukah engkau kesepian waktu malam
Yang menajah ombak rinduku
Mungkin engkau juga merasainya
Semoga cuti segera menetuk pintu
Pertemuan engkau dan aku

Begitu jauh aku berada
Begitu jauh aku merindu
Walau engkau tiada di sisi
Aku tetap rindu pada ibu cahaya bulanku

PPISMP-PSV, Ambilan Disember 2011, IPGK Kent.

78

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ZAINAB HASHIM

KELOPAK KASIH

Bertanya aku kepada malam
Mengapa kelam makin berbalam
Mengapa sepi menjadi hamparan
Kelu berbisik disebalik bayu

Bertanya aku kepada rembulan
Mengapa merekah cahayamu
Sinarnya menongkah arah berpalu
Menebar suram ke pelosok dalam

Lalu kubertanya kepada bintang .
Luhurkah kerdipanmu ..
Untuk aku menumpang terang

Matahari…… datanglah bertandang ..
Biarpun panasmu membungkam pedih ..
Membakar rentung kulit tuaku
Namun janjimu tidak berbohong
Hadirmu tetap membawa siang ..

79

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

KIEW SWEE CHEE

KERINDUAN

Dalam kesamaran senja
aku melihat wajah tuamu
yang menghilang dan menjelma
bersama bayu yang berhembus

bagaimana ingin ku khabarkan buat dirimu
Betapa rindu ini semakin mencengkam
terus membenam jauh....dan jauh
bersama hilai tawa, belaian lembut mu..

yang tak pernah ku lupa
meski jauh jarak membataskan kita
Namun tak pernah sekali ku lupa
tentang mimpi indah dan memori kita

mengharap agar dirimu senantiasa sejahtera
agar kita dapat bersua
ayah dan bonda...

PPISMP Sains, Ambilan Disember 2012, IPGK Kent.

80

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FELICIA TAY ZHI TING

NAFAS RINDU

Sunyi dan sepi malam ini
Membuat aku rindu padamu

Bintang berkelipan di angkasa
Adalah cahaya sayangku padamu

Tahukah engkau betapa dalamnya tasik rinduku
Tahukah engkau betapa tingginya gunung kasihku

Meski aku tahu engkau tidak pernah jemu padaku
Engkau tidak pernah membebaniku

Engkaulah udara hidupku
Engkaulah kota hidupku

Yang sentiasa bersamaku
Yang selamanya di hatiku

PPISMP-PSV Ambilan Disember 2011, IPGKKent

81

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FHENYIUS DUASIN

PEDOMAN ORANG LAMA

Anakku,
Urat-urat tua menutupi diri ini
Mencari sesuap nasi ibarat mencari emas permata
Janganlah jadi debu yang melayang-layang
Jadilah obor menyala yang menerangi jalan

Anakku,
Tarbiah itu makanan hidup
Agama itu kelasi diri
Janganlah mengembara tanpa bekalan
Kelak sesat hilang jejak

Anakku,
Jadilah insan yang cakna
Separuh yang ada, berikan kepada yang tiada
Kukuhkan tiang rohani, tinggikan atap fikiran
Hari mendatang sentiasa dikenang

Anakku,
Aku ini si pengais pagi
Aku ini si pengais petang
Janganlah aku dijadikan uswah
Tiadalah senang jika dituruti

82

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Anakku,
Pesan ini diharap ingat
Dibawa selalu walau dimana tuju
Jangan dipinggir lagi dibuang
Hanya ini hadiah terbesar
Sesudah aku tinggalkan telaga hitam
Kerana dia sudah mengundang
Yang hidup pasti kembali beradu selamanya.

IPGK Kent, 28 Julai 2011

83

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ZAINAB HASHIM

PERMATAKU (3A)

(Dedikasi buat puteriku Amalina , Aishah , Atia )

Permataku
Seputih gebu zahirmu ,
Seindah takdir Ilahi ciptakan buatmu
Bulat bundar renungan matamu
Cantik berseri nikmat untukku

Permataku
tawa guraumu berbunga mekar di hati
Isak tangismu menggoncang kalbu
Tak ingin sekali ku , engkau berasa sakit
Kerana hadirmu adalah hadiah terindahku

Telah kutaburkan kasturi ditubuhmu agar harum mewangi seluruh alam
Ku tebarkan laut di bola matamu agar luas cahaya pandangmu
Ku jalinkan kalimah Allah di mindamu agar lurus langkahmu
Ku mandikan dengan kasih sayang agar kukuh jiwamu
Ku titiskan embun di hatimu agar menjadi penawar dukaku

Permataku
Kau jantung hatiku
Ku payungkan dirimu selalu

84

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Dengan kasih sayang tak bertepian
Takkan terkikis oleh zaman
Permataku
Kekalkan bersih hatimu
Sucikan jiwamu
Basahkan lidahmu dengan zikirullah
Tasbihmu ku dambakan
Untuk menerangi makam orang tuamu

Permataku
Ceria candamu melanjutkan usiaku
Ketawa hilaimu merawat sakitku
Kau keajaibanku
Kerana kau bisa menggetarkan jantungku
Kerana kau bisa membuai lenaku
Dan kau bisa menguntumkan bunga kasihku

Permataku
Kau kesempurnaan bukti kasih Tuhan kepadaku
Hadirmu melagukan irama indah dalam hidupku
Namun adakalanya aku ukirkan duri luka di hatimu
Bukan hukuman tetapi itulah kasih sayang

Permataku
Kini kau semakin dewasa
Langkahmu makin jauh

85

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Sampai masanya kau kan berlalu pergi
Kan ku layarkan bahteramu
Dengan doa berpanjangan
Bahagialah anak-anakku
Kau anugerah istimewa dalam hidupku ..

86

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

MARGARET WONG YEE VUN

SAYANG DAN HORMAT

Sayangi dan hormatilah pada Tuhan,
Kerana dia landasan kita.
Menjadi seorang insan,
Yang beriman dan bertakwa.

Sayangi dan hormatilah pada ibu dan bapa,
Kerana mereka medidik kita.
Menjadi seorang anak,
Yang patuh dan taat pada Tuhan..

Sayangi dan hormatilah pada guru,
Kerana mereka mengajar kita
menjadi seorang pelajar
yang bermulia dan berwawasan.

Sayangi dan hormatilah pada kawan,
Kerana mereka mendorong kita
Menjadi seorang sahabat
Yang rapat dan setia.

PPISMP PSV Ambilan Disember 2011, IPGK Kent

87

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Tema Patriotisme/
Semangat Perjuangan

Menggambarkan semangat kecintaan dan perjuangan untuk memajukan bangsa
dan negara agar terbentuknya citra jati diri warga sejati.

Ramai penulis berminat untuk menggarap tema ini dalam sajak mereka.
Walaupun tema ini agak berat dan memerlukan ilmu bantu namun ia menarik
untuk diungkapkan. Bagaimanapun 20 puisi telah dirangkumkan bagi tema ini

dan kebanyakannya penulis menyentuh persoalan kepentingan semangat
kebangsaan dan cintakan tanah air, bersyukur dengan kemakmuran negara,
bencikan kekacauan, menghargai pejuang, seruan mempertahankan budaya
bangsa khususnya bahasa serta seruan memajukan negara dengan sistematik.

88

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

FHENYIUS DUASIN

BUKAN SEKADAR LAUNGAN

Merdeka!
Laungan mudah yang disebut
Laungan yang bergema di detik 31 Ogos
Laungan yang disambut meriah
Kendati intipatinya dihayati tidak

Merdeka!
Bukan secara percuma
Bukan dibeli dengan intan permata
Bukan juga lampu Aladdin
Sekali pinta makbul di mata

Merdeka!
Digapai dengan darah pahlawan
Digapai dengan barter anjal meruwet
Digapai dengan derita dan siksa
Marhain membanting tulan seperti abdi
Meski di tanah miliknya
Mencari sesuap nasi dalam redahan laut api

Merdeka!
Merempuh sejarah hitam
Melayari tiap koma dekad penderitaan
Menimba air minum di telaga masin

89

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Mengimbau seribu kepahitan
Tapi manisnya kita rasai

Tatkala di tanah ibunda
Si protogonis mengukir senyum jahil
Si antagonis meratap perit pertempuran
Merdeka

Wahai anak cucu
Inilah hadiah kehidupan moyang kita
Inilah tragik di balik tabir kebebasan
Negara berdaulat yang kita gelar Malaysia
Yang ditebus dengan darah
Yang diperjuang dengan sabar
Yang diperoleh dengan bijaksana
Yang dapat kita rasai kini

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Bukan sekadar laungan...

IPGK Kent, PISMP BM SJKT

( Nota: Puisi ini telah dianugerahkan sebagi Juara Sempena Pertandingan Mengarang Sajak Piala
Pengarah IPGKKent pada 8-10 Ogos 2011)

90

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ZULKIFLI OMAR

DALAM GEMA LAUNG MERDEKA

Aku tenggelam dalam mainan minda anak pasca merdeka
Cuba menelusuri lipatan sejarah
Melihat perjuangan wira-wira bangsa
Demi nikmat sebuah kemerdekaan

Bermula dari hunusan Taming Sari Hang Tuah
Hingga das tembakan senapang Leftenan Adnan
Ratusan tahun kita diratah penjajah
31 Ogos 1957 akhirnya
Kita gapai kebebasan
Kita jejaki daulat tanah ini

Tapi...setelah setengah abad berlalu
Kita terlupa dan lalai
Titis darah keringat moyang kita di jeram merdeka

Lalu...Lamunanku tersentak
Bangunlah anak Malaysia
Merdeka ini gunung emas permata
Laut pusaka moyang kita
Untuk anak merdeka

IPGKKent, PISMP Pengajian Sosial

(Nota: Puisi ini telah menjadi Juara Keseluruhan, Naib Juara Deklamasi dan Naib Juara Mengarang
dalam Pertandingan Mengarang dan Deklamasi Sajak Piala Pengarah IPGKKent pada 8–10 Ogos 2012)

91

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ANDI FITRI HJ MUIS

DIRGAHAYU SABAH TANAH AIRKU

Junjungan kasih hadirmu merdeka
Merdeka yang ku impikan
Merdeka yang ku ilhamkan
Seluruh jiwa dan ragaku
Ku persembahkan
Menggapai merdekaku.

Dahulu
Jesselton hanya sekangkang kera dilimpahi lumpur
Tiada estitika yang menenangkanku
Sekalipun di hujung alis mata yang meratap jauh
Hanya yang ada
Sekelumit fantasi ingingkan hadirmu merdeka
Dirgahayu Sabah tanah airku.

Kini
Kudrat dipergiatkan
Langkah dipercepatkan
Pancaindera diperhebatkan
Ilmu dibestarikan
Teknologi dituntaskan
Hingga fantasi menjadi realiti
Bukan hanya igauan di hujung mimpi.

92

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Alaf 21 menjadi saksi
Dirgahayu Sabah terserlah indah
Mercu tanda diasah, digilap, dan disebar
Merata pelusuk negeri, negara, dan dunia
Namun adab, bangsa, dan negara masih terjunjung.

Sesungguhnya
Hadirmu merdeka, dirgahayu Sabah tanah airku
Hanya engkau tanah tumpah darahku
Demi anak, bangsa, dan ibu pertiwi.

IPGKKent, DPLI-SR PSV Dis. 2011

93

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

CHONG WEI YUAN

GURU PEJUANG MALAYSIA

Kini aku berdiri di sini
Berdiri di tanah bertuah ini
Bumi yang pernah dijajah bangsa Eropah dan Timur
Hatiku pedih ketika itu
Namun ku tetap tegak bagai tiang
Ku berjuang demi tanah ini
Demi generasi muda mendatang.

Kini, aku berdiri di sini
Sebagai rakyat Malaysia
Yang hidup bersama
Bagi melahirkan hati bersatu
Biar budaya kita berlainan
Biar kaum kita berbeza
Biar agama kita berbagai
Namun kita kekal bersatu.

Kini, aku berdiri di sini
Sebagai bakal guru yang mendidik anak bangsa
Anak yang bakal memberi sumbangan pada negara
Sumbangan ilmu, teknologi atau apapun bentuknya
Lalu negara maju kerananya.

IPGKKent, PISMP Sejarah Jun 2011

94

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

ISMAIL AG PIUT

KALAU KU TAHU

Kalau ku tahu air laut ini masin
Takkan ku tabur segunung garam di lautan
Kalau ku tahu pasir ini bersinar
Takkan ku gosok kekaca yang pudar
Kalau ku tahu bumi ini bertuah
Takkan ku pijak langit nan merah
Kalau ku tahu kemboja ini indah
Takkan ku tanam tulip di lembah
Kalau ku tahu Tuah itu gagah
Takkan ku sanjung Robinhood disanggah.
Hakikatnya...
Manusia suka bermain kekalau di nokta kata
Mengimpi laba si Lebai Malang tika menongkah pasang
Atau mencari keriangan Pak Kaduk tika kampung tergadai
Atau menhampar impian Mat Jenin tika di puncak kelapa
Sedang kunci gemilang bangsa hilang dalam gengaman
Dek pudarnya perpaduan di warna patriotis bangsa.

IPGK Tuanku Bainon,Bukit Mertajam, P.Pinang, 20 Oktober 2009
(Nota: Diterbitkan dalam Majalah Wadah, Bil.4 Disember 2010, DBP Cawangan Sabah)

95

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

RICKY JOHN

LUHUR MEMBARA JIWA MERDEKA

Jalur merah itu membakar rakus
Melumpuh jiwa yang tersungkur
Meronta terbaring merana menderita
Memperjuangkan tanah lahir insan Malaysia.

Tiap titis merah darah bangsa
Percikannya mewarna corak merdeka
Lalu dikecap bunga bangsa
Tiap titis air mata pahlawan
Jernihnya membiaskan tuntutan kebebasan.

Selaut darah bangsa mengalir
Membanjiri lautan merdeka yang tragis
Empangan air mata pecah
Lalu kebebasan dipertahan hak ditegakkan.

Akurnya tidak walau sesaat
Gentarnya tiada walau maut melambai
Tusukan senjata tak pernah berbisa
Sakitnya derita menyuntik nasionalisme
Demi bangsa...bangsa merdeka.

96

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Musuh ditentang dalam akar setia
Kedap memeluk sukma ikrar yang terpahat
Hormat menggunung di bara sanjungan
Demi daulat bangsa tercinta
Memberi restu janji ditepati

IPGKKent, DPLI-SR Bahasa Melayu

97

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

NORAZMALINA KAMARUL JAMAL

MALAYSIA PEMANGKIN CINTAKU

Tika fajar membisu
Saat jiwa dilanda ribut gusar
Syahdu kian terasa
Ketenangan melayang hilang
Minda tiada pertimbangan
Akal bagaikan tiada ingatan
Hidup terasa pudar dimamah persada usia

Tanggal 1948 datang tanpa diminta
Tragedi berdarah negara dijajah
Komunis datang berangkuh api senjata
Rumah dibakar penghuni diusir
Tinggallah ia sekerat Cuma
Ayah ibu diherdik dibunuh
Anak gadis kasihan maruah dirobek
Hasil tani ranap dimakan api
Inikah keadilan buat rakyat?

Sewaktu dahulu
Kepuasan mereka raih
Anak kecil dipaksa dipukul
Kononnya melatih menjadi buruh
Hidup mereka diselubungi ketakutan

98

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Bertemu di lubuk hati

Hahahaha!
Tertawa bangga komunis durjana
Dek melihat mundurnya Malaysia
Jatuh!, muflis!, tiada paksi hilang tunjangnya.

Cis!
Itu hanyalah kisah
Itu hanyalah cerita
Sejarah pembina anak bangsa
Dahulu komunis ralit dengan senyuman
Kini semuanya hanyalah boneka
Berlarian pergi mencari hala

Kini Malaysia mengenggam bara
Mengenggam kesakitan
Mengahancurkan kezaliman dan penindasan
Kejahilan kian dihunus
Bak pedang terhunus zaman Sultan Al Fateh
Demi mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air

Teori dan praktikan mula berpadu
Tafakur dan tasyakur menjadi satu
Tahun 1957 menjadi harapan
Merdeka!, merdeka!, merdeka!.

99

ANTOLOGI TEMBUSU KENT 2012

Kini aku anak Malaysia
Kini aku anak merdeka
Biarkan sejarah menjadi ibrah
Ilmu dan amal diiringi hujah
Hidup malamku meniti maghfirah
Kerana Malaysia pemangkin cintaku.

IPGKKent, PPISMP Bahasa Arab
(Nota: Puisi ini dinobatkan sebagai Johan Deklamasi dan Naib Johan Keseluruhan Pertandingan

Mengarang dan Deklamasi Sajak Piala Pengarah IPGKKent pada 8-10 Ogos 2012)

100


Click to View FlipBook Version