JURNAL SAINS SOSIAL
__________________________________________________________
ISSN: 2756-8318 BIL. 1 TAHUN 2020
_______________________________________________________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PETI SURAT 2, 89207 TUARAN
SABAH
5
CETAKAN PERTAMA 2020
JURNAL SAINS SOSIAL 2020
©Hak Cipta IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Sabah terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
ISSN 2756-8318
Rekabentuk Kulit/
Atur Letak Oleh : Dr. Mohd Sawari Bin Rahim
Rupa Taip Teks : Arial Saiz 11 dan 12
Diterbitkan Oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Peti Surat 2, 89207 Tuaran Sabah.
Tel : 088-788500 / Fax : 088-788007
Direka Oleh:
Unit Pendidikan Seni Visual
Jabatan Pengajian Sains Sosial
IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah
Dicetak Oleh:
CP Forms Sdn. Bhd.
Lot 5A, Lorong 2B, Jalan 7, Fasa 1,
KKIP Timur Jalan Norowot,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-498831, Fax: 088-498931
i
SIDANG EDITOR
JURNAL SAINS SOSIAL 2020
PENAUNG
Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah B.S.K
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Sabah
PENASIHAT
Dr. Rosinah Binti Edinin
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Sabah
PENGERUSI
Dr. Jais Bin Haji Abdul Hamid
Ketua Jabatan Pengajian Sains Sosial (JPSS)
KETUA EDITOR
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim
Ketua Unit Pendidikan Seni Visual, JPSS
PANEL EDITOR
Dr. Saimin Ginsari
Dr. Christopher James Ansun
Jauyah Binti Amit
Suzana Binti Fadzil
Mansor Bin Md Desa
Daniel Hedwig Chew @ Daniel Lawrence
Ahmad Shobry Bin Mohd Noor
Soh Chin Kui
Roryna Binti A.B Komon
Sauzanah Binti Sulaiman
Simun Bin Guntalip @ Francis
Siti Norashikin Binti Mastun
ii
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent akan terus menyokong segala usaha
peningkatan pembangunan pensyarah terutama dalam konteks dunia
penyelidikan dan pengembangan ilmu yang menyeluruh. Usaha ini selaras
dengan peningkatan standard profesionalisme pensyarah dan bertepatan
dengan matlamat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ingin
menjadikan penyelidikan sebagai satu wadah untuk memartabatkan IPGM di
persada pendidikan yang terunggul.
Sehubungan dengan itu, tujuan murni penghasilan buku Jurnal Sains Sosial ini
adalah untuk mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan dan kertas konsep
dalam bidang pengajian sains sosial seperti seni visual, muzik, sejarah,
kemanusiaan dan kebudayaan. Tujuan ini perlu bagi membentuk satu himpunan
disiplin ilmu yang bermanfaat dan dapat dikongsikan bersama untuk kepentingan
pembangunan pendidikan Negara.
Justeru itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada
Jabatan Pengajian Sains Sosial, sidang editor dan penyumbang kertas
penyelidikan, yang telah memberi komitmen yang tinggi dan padu dalam
menjayakan penerbitan buku Jurnal Sains Sosial ini. Usaha baik dan murni ini
harus diteruskan dan dibudayakan agar bidang penyelidikan terus memberi
sumbangan kepada semua. Diharapkan buku ini dapat dijadikan sebagai rujukan
ilmiah yang berguna kepada para pelajar, ahli-ahli akademik dan pengkaji pada
masa akan datang. Insya-Allah.
Akhir kata, harapan saya semoga buku ini akan dapat menyemarakkan lagi
dunia penyelidikan dan dapat terus berkembang memperkayakan khazanah ilmu
ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
Sekian Terima Kasih.
DR. HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH (B.S.K)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Tuaran Sabah
iii
DARI MEJA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera.
Syukur alhamdulillah di atas limpah kurniaNya, kerana telah memberkati usaha
yang telah dirancang dan dijalankan dengan jayanya walaupun berhadapan
dengan suasana norma baharu berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.
Namun, atas semangat dan kerjasama yang kuat Jurnal Sains Sosial berjaya
diterbitkan pada tahun ini.
Penerbitan Jurnal Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Kent bagi tahun
2020 merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah membudayakan bidang
penyelidikan dalam kalangan warga Jabatan Pengajian Sains Sosial. Jurnal ini
tidak akan berjaya tanpa sokongan dan usaha padu dari pensyarah yang
berpengalaman luas dalam aktiviti penyelidikan dan begitu komited untuk
menghasilkan penyelidikan yang berkualiti.
Jabatan Pengajian Sains Sosial IPG Kampus Kent berhasrat untuk terus
menjadikan Jurnal Sains Sosial sebagai wadah untuk menyebarluaskan hasil-
hasil penyelidikan untuk dikongsi bersama pembaca, warga pendidik dan
penyelidik. Diharapkan hasil penyelidikan dalam bidang sains sosial ini dapat
ditingkatkan lagi kualiti seiring dengan kehendak pembaca dan menjadi bahan
rujukan bermanfaat buat penyelidik.
Saya juga berharap agar hasil terbitan jurnal tahun 2020 ini dapat terus
merangsang aktiviti dan amalan penyelidikan bagi para penyelidik ke arah
penambahbaikan isu-isu baru terutama dalam skop pengajaran dan
pembelajaran. Diharapkan usaha murni ini akan terus subur dan dapat
memotivasikan para penyelidik ke arah amalan penyelidikan yang berimpak
tinggi dan seterusnya memacu kegemilangan amalan penyelidikan demi
kebaikan dan pembangunan masyarakat yang cemerlang dan maju.
Sekian Terima Kasih.
DR. JAIS BIN HAJI ABDUL HAMID
Ketua Jabatan Pengajian Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Tuaran Sabah
iv
SENARAI KANDUNGAN
Bil Tajuk Halaman
1. Cabaran Pemimpin Akademik Institut Pendidikan Guru Dalam 1
Melestarikan Bidang Sains Sosial Mengikut Norma Baharu. 27
40
Dr. Rosmawati Binti Hamzah, Dr. Jais Bin Haji Abdul Hamid, 63
Dr. Mohd Sawari bin Rahim, Dr. Suraya Hani Binti Zakaria 79
94
2. Elemen Penulisan Sejarah Dalam Buku Teks Sejarah: 106
Tinjauan Berdasarkan Tema 6 Tingkatan Tiga „Malaysia 117
Negara Berdaulat‟. 128
134
Dr. Saimin Ginsari
3. Kajian Ilustrasi Dalam Penerbitan Surat Khabar, Buku Dan
Majalah.
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim, Dr. Suraya Hani Binti Zakaria
4. Perbezaan Tahap Pengetahuan Kandungan Guru-Guru
Sejarah Sekolah Menengah Di Sabah Mengikut Status
Pengkhususan Dan Pengalaman Mengajar Sejarah.
Dr. Jais Bin Abdul Hamid, Sauzanah Sulaiman
5. Tahap Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Muzikal
Dengan Prestasi Latihan Mengajar Pendidikan Muzik Dalam
Kalangan Guru-Guru Pelatih Di Institusi Perguruan Di Sabah.
Soh Chin Kui
6. Perkembangan Kreativiti Lukisan Kanak-Kanak Pra Sekolah:
Satu Pemerhatian Analitis.
Ainin Sofiya Mohd Hadi, Dr. Mohd Sawari Rahim dan Suzana Binti
Fadzil
7. Perkembangan Kartun Editorial Pra Dan Pasca Merdeka Di
Sabah.
Dr. Suraya Hani Binti Zakaria, Dr. Mohammad Pu‟ad Bin Bebit Dan
Dr. Mohd Sawari Rahim
8. Sejarah Dan Perkembangan Ipg Kampus Kent Sehingga
2020.
Dr. Jais Bin Abdul Hamid, Ahmad Fauzi Mohd Satnih, Sauzanah
Binti Sulaiman
9. Keberkesanan Portfolio Pendidikan Seni Visual Di Sekolah
Dan Institusi Pengajian Tinggi Menurut Adam Dan Hamm
(1994).
Mansor Bin Md Desa, Dr. Mohd Sawari Bin Rahim
10. Keindahan Rekabentuk Dan Motif Tepak Sirih Dalam
Kebudayaan Masyarakat Melayu.
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim, Dr. Suraya Hani Binti Zakaria
v
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
CABARAN PEMIMPIN AKADEMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU DALAM
MELESTARIKAN BIDANG SAINS SOSIAL MENGIKUT NORMA BAHARU
Dr. Rosmawati Binti Hamzah, Dr. Jais Bin Haji Abdul Hamid,
Dr. Mohd Sawari bin Rahim, Dr. Suraya Hani Binti Zakaria
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]
ABSTRAK
Pemimpin akademik dalam dunia pendidikan menggalas tanggungjawab besar
dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan. Isu-isu
kepimpinan akademik yang baharu dalam bidang pendidikan yang semakin
kompleks memerlukan kefahaman semula terhadap cabaran pemimpin
akademik khusus bidang sains sosial dalam melestarikan bidang tersebut.
Cabaran terkini adalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
COVID-19. Pemimpin akademik perlu berdepan dengan budaya normal baharu
dengan melaksanakan tugasan dalam bidang pendidikan yang memerlukan
kaedah „blended‟ antara amalan biasa dengan pendekatan yang ada kaitan
dengan integrasi teknologi digital. Artikel ini mengupas cabaran pemimpin
akademik mengikut normal baharu dan kaitannya dengan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) COVID-19, berpandukan peranan pemimpin akademik yang
dicadangkan oleh Fullan (1998) dan juga oleh Hall dan Hord (2014). Cabaran
pemimpin diterjemahkan kepada enam (6) tindakan; menyelesaikan masalah
persekitaran yang kompleks, mengamalkan komunikasi berkesan, mempunyai
fleksibiliti, mengaplikasi teknologi terkini, menggabungkan konsep lama dan
baharu, dan menjadi fasilitator perubahan. Seorang pemimpin akademik yang
efektif adalah merupakan seorang pengamal pengajaran dan pembelajaran,
penyelidik yang meneroka ilmu baru, pereka bentuk kurikulum, penyampai
kurikulum, pembimbing dan penyokong, pengkritik yang membina, penilai,
pemikir dan perancang serta pengurus dan pentadbir yang profesional.
Pemimpin akademik perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila
berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa
jua keadaan (Drucker, 2017).
Kata kunci: Pemimpin Akademik, Bidang Sains Sosial, Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) COVID-19, Normal baharu dan Lestari.
PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu displin yang dinamik dan sentiasa berubah serta
berkembang mengikut peredaran masa. Perubahan ini harus diambil berat oleh
pemimpin akademik supaya produk mereka dapat disediakan dan diberi
pendidikan yang sesuai dengan arus perubahan ini. Pemimpin akademik masa
kini menghadapi tekanan yang hebat bagi memastikan kecemerlangan
pencapaian pelajar di samping perlu lebih responsif terhadap cabaran
1
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
menyediakan pelajar kepada pembelajaran abad ke 21. Kehadiran virus Covid-
19 telah memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap pendidikan,
pembangunan sosial dan kesihatan manusia sejagat, malah pembangunan
ekonomi seluruh dunia juga terkesan dengan penularan wabak ini.
Pembangunan ekonomi di era ini banyak bergantung kepada kemampuan intelek
untuk mencetus idea dan inovasi dalam bidang teknikal dan saintifik yang
meletakkan sains, teknologi dan kejuruteraan lebih ke hadapan berbanding
bidang-bidang lain seperti perubatan, seni reka, sains sosial dan kemanusiaan.
Kini telah terbukti inovasi dalam bidang teknikal dan saintifik menjadi sangat
penting bagi mana-mana negara di seluruh dunia kerana peluang pekerjaan
telah meningkat untuk bakat dan kemahiran baharu selaras dengan
perkembangan revolusi industri keempat.
Dunia sekarang yang volatile, uncertain, complex, ambiguous (VUCA)
memerlukan pemimpin akademik yang sentiasa bersiap sedia, peka terhadap
perubahan dan dinamik dalam pengurusan dan kepimpinan. Bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) terus lestari dalam tempoh Perintah PKP,
pemimpin pendidikan perlu mengharungi kebiasaan baharu „the new normal‟
dalam proses PdP. Hal ini bermakna setiap peranan pemimpin akademik perlu
berubah mengikut keperluan semasa. Pemimpin akademik juga perlu
mempersiapkan diri daripada segala aspek agar dapat mengadaptasi apa juga
keadaan dalam dunia yang sentiasa berubah. Perkara penting yang perlu
dititikberatkan adalah pelaksanaan tugas dengan cekap dan menepati masa.
Selain itu, pemimpin akademik tidak lagi bergantung kepada satu pilihan sahaja
dalam membuat keputusan. Semasa berlakunya sesuatu yang di luar jangkaan,
pemimpin akademik perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang
mendadak, menambahbaik proses membuat keputusan, kreatif, membuat
keputusan melalui tindakan kolaboratif dan boleh dipercayai (Drucker, 2017).
Dalam menghadapi pasca PKP juga, pemimpin akademik perlu berdepan
dengan budaya norma baharu dengan melaksanakan perubahan seperti
penjarakkan sosial, sepanjang berada di institusi pendidikan, dalam bilik kuliah,
pejabat, pusat latihan dan pusat pengajian tinggi, gaya hidup sihat dan amalan
kebersihan. Corak, gaya dan kaedah kepemimpinan dan pelaksanaan tugas juga
perlukan perubahan drastik di luar jangkaan pemikiran biasa apabila berhadapan
dengan situasi yang baharu. Tuntutan terhadap tindakan dan pelaksanaan
tugasan dalam bidang kaedah gabungan (blended method) adalah perlu antara
amalan biasa dengan pendekatan yang ada kaitan dengan integrasi teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK).
Kertas ini akan membincangkan dan memfokuskan kepada pengurusan
profesional iaitu pemimpin akademik kerana individu yang berada di cabang ini
menjalankan dua tugas iaitu sebagai pengurus dan pemimpin. Pengurus kepada
kerja-kerja hakiki dan rutin serta pemimpin kepada pelajar dan rakan akademik
sebagai peneroka bidang pendidikan. Kertas ini menjurus pada pemimpin
akademik bidang sains sosial juga akan menjelaskan cabaran pemimpin
2
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
akademik yang berkesan sebagai salah satu daripada tugas pengurusan
profesional di institusi pendidikan guru di Malaysia dan dalam masa yang sama
membincangkan mengenai kelestarian subjek sains sosial peranan dan kriteria
menjadi pemimpin akademik yang berkesan mengikut normal baharu.
LATAR BELAKANG
Cabaran terhadap kepemimpinan dalam institusi pendidikan guru telah wujud
sejak awal penubuhan pendidikan guru di Malaysia. Pada hari ini, cabaran yang
dihadapi oleh komuniti akademik ini bukan sekadar meliputi isu-isu akademik
dan latar belakang pelajar, bahkan isu-isu seperti sosial, politik, persekitaran
teknologi yang canggih dan bergerak pantas serta kedudukan ekonomi yang
sentiasa berubah-ubah. Isu-isu ini harus ditangani bersama oleh barisan
kepemimpinan pengurusan pentadbiran dan profesional. Transformasi besar-
besaran dalam institusi pendidikan guru telah memberi kesan dan impak kepada
pendemokrasian ilmu dan akses, perebutan pasaran dan pembiayaan, teknologi
digital, mobiliti global dan integrasi dengan industri (Ernst and Young, 2012).
Jika diteliti, rata-rata pelajar yang menjadi penghuni di institusi pendidikan guru
kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melayari teknologi digital. Sebagai
penjana modal insan dan pembekal sumber tenaga kerja negara, institusi
pendidikan guru memikul tanggungjawab untuk membangunkan kapasiti para
pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan membentuk
sahsiah serta kualiti peribadi pelajar agar negara dapat berdaya saing dalam era
ekonomi global serta selari dengan kemajuan dan kepantasan teknologi digital
(Mohamed Khaled Nordin, 2008).
Konsep Pemimpin Akademik
Menurut Avolio & Gardner (2005), kepemimpinan dilihat dari segi sifat, ciri dan
tingkah laku seseorang yang menekankan kepada visi, tindakan yang jelas,
pemodelan cara, hubungan etika, kesesuaian, kepercayaan dan kerjasama di
dalam organisasi yang dipimpinnya. Manakala menurut Boyatzis, R. E.,
Rochford, K. & Taylor, S. N., (2015) kepemimpinan merupakan sifat
perhubungan seseorang pengikut dengan pemimpinnya yang mempengaruhi
kepuasan kerja, perolehan, hubungan positif, kesejahteraan dan produktiviti.
Menurut Richard L.Daft (2011), kepimpinan melibatkan pengaruh dan berlaku
dalam kalangan pengikut, pengikut secara sengaja menginginkan perubahan
yang ketara demi mencapai kejayaan dan perubahan itu mencerminkan tujuan
utama yang dikongsi bersama oleh pemimpin dan pengikutnya. Berdasarkan
pendapat Scott, Coates & Anderson, (2008) pula, kepemimpinan merujuk
kepada seseorang yang bertanggung jawab dalam sesebuah organisasi atau
unit secara idealnya bekerja dengan cara saling melengkapi dan saling
memperkuat antara satu sama lain untuk mencapai objektif organisasi. Secara
kesimpulannya, seorang pemimpin seharusnya dapat memberikan
kepemimpinan yang diperlukan untuk memvisualisasikan, mengartikulasikan,
menyelaras dan melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat dan memenuhi
kesemua kepentingan organisasi di bawah kepemimpinannya.
3
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Kepemimpinan akademik merujuk kepada kepemimpinan dalam ruang lingkup
akademik. Pemimpin akademik merupakan pelaksana dan pengamal aktiviti
akademik serta memberi sokongan, dorongan dan galakan kepada rakan
akademik. Kepemimpinan akademik berkait rapat dengan pengajaran (idea-idea
baru, ilmu baru, kreatif dan inovatif), penyelidikan, strategi jaringan, kualiti
peribadi, pengurusan dan pengiktirafan dalam pencapaian akademik (Milind
Sathye, 2004).
Corak kepemimpinan akademik yang paling asas adalah “kepemimpinan
intelektual”. Intelektual bermaksud kemampuan seseorang untuk memperoleh
ilmu pengetahuan dan mengamalkannya dalam hubungannya dengan
lingkungan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan pengajaran
(Gunarsa, 1991). Kaedah penyelesaian kepada masalah pengajaran yang timbul
adalah dengan menggunakan ilmu pengetahuan atau idea yang baharu. Sesuatu
masalah itu jika ditangani dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, maka kebarangkalian untuk masalah tersebut berulang
kembali adalah besar. Pemimpin akademik yang tidak dapat menyelesaikan
masalah pengajaran dengan baik sehingga menyebabkan masalah tersebut
berulang merupakan pemimpin yang yang tidak berfikiran kreatif, tidak berfikiran
diluar kotak dan tidak intelek. Sebaliknya, pemimpin akademik yang dapat
menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan masalah tersebut tidak
berulang kembali merupakan pemimpin yang berkesan dengan perkembangan
idea-idea baharu dan pembentukan arahan akademik baharu.
Peranan khusus pemimpin akademik adalah memberi tumpuan kepada proses
PdP khasnya dari segi perhubungan antara pelajar dan tenaga pengajar supaya
proses tersebut berkesan dan berkualiti. Fungsi utama kepemimpinan akademik
adalah memberi kesan kepada pembelajaran dan kemajuan pelajar, dan
meningkatkan taraf prestasi guru dan kakitangan. Hal ini boleh dilakukan melalui
peningkatan motivasi, komitmen, kemahiran, pengetahuan, dan persekitaran
kerja. Pemimpin akademik seharusnya bekerja dan menumpukan ke arah masa
hadapan institusinya iaitu melalui pembangunan dan penglibatan para pelajar
dan tenaga pengajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di
institusi berjalan lancar dengan kadar masalah yang minimum. Pemimpin
akademik mesti bersedia untuk menyediakan pembelajaran yang berkualiti, hasil
pengajaran yang berkualiti, bekerjasama dengan rakan akademik yang lain untuk
mengenal pasti dan menyelidik masalah pendidikan di dunia sebenar dan
mengamalkan penerapan secara teori dan praktis ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang baharu bagi menyelesaikan masalah.
Menurut Alan Bryman (2007), sesuatu perubahan yang baharu atau ilmu/idea
baharu tidak boleh berlaku secara spontan dalam sesebuah institusi pendidikan,
ianya mestilah diterajui atau dipimpin oleh pemimpin akademik. Kaedah
penyelesaian kepada masalah pengajaran yang timbul adalah dengan
menggunakan ilmu pengetahuan atau idea yang baharu. Sesuatu masalah itu
jika ditangani dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia
4
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
ada, maka kebarangkalian untuk masalah tersebut berulang kembali adalah
besar. Kerjaya sebagai seorang ahli akademik memerlukan ketrampilan
seseorang yang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai pakar
bidang (subject matter), pendidik, penyelidik, kesarjanaan, pengurus dan
pemimpin pada waktu yang sama (Mohd Azraai Kassim, 2016).
Rajah 1 menunjukkan peranan dan fungsi pemimpin akademik yang
dikemukakan oleh Fullan dan Scott (2009). Menurut Fullan dan Scott, terdapat
empat fungsi pemimpin akademik iaitu (i) mendiagnosis, (ii) membangun, (iii)
melaksana dan memantau dan (iv) menilai. Mendiagnosis merupakan proses
menyiasat sesuatu dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada. Fungsi
seorang pemimpin akademik adalah menyelidik, menyiasat atau mengkaji
sesuatu isu, kes atau masalah dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.
Setelah menyelidik atau menjalankan penyelidikan, pemimpin tersebut perlu
membangunkan sesuatu hasil daripada penyelidikan tersebut. Hasil itu sama ada
dalam bentuk teori, model, kaedah atau idea yang baharu bagi menangani isu,
kes atau masalah yang telah dikenal pasti. Seterusnya teori, model, kaedah atau
idea yang baharu itu perlu diimplementasikan bagi memantau pelaksanaan teori,
model, kaedah atau idea. Dan akhirya peranan atau fungsi pemimpin adalah
untuk menilai impak atau keberkesanan teori, model, kaedah atau idea yang
telah dilaksanakan. Jika ianya kurang memberi impak maka langkah
penambahbaikan perlulah dilakukan dan dinilai semula sehinggalah mencapai
matlamat yang dihasratkan.
Mendiagnos
diagnosis
Menilai Peranan dan Membangun
Fungsi bangun
Pemimpin
Akademik
Melaksana
&
Rajah 1 : Peranan dan Fungsi Pemimpin Akademik.
Sumber : Fullan dan Scott, 2009
5
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Pemimpin institusi pendidikan tinggi seperti pengarah merupakan individu yang
paling penting dalam organisasi Institut Pendidikan Guru. Begitu juga pemimpin
yang lain seperti timbalan pengarah, ketua jabatan, ketua program, penyelaras
kursus dan pensyarah sesebuah institusi merupakan peneraju dalam institusi
mereka sendiri. Hal ini kerana pemimpin institusi pendidikan adalah
bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan institusi
(Fatanah, 2010, Zuraidah, 2010), Shahril & Muhammad Faizal, 2010). Peranan
pensyarah menjadi lebih luas kepada pemimpin akademik. Bagi menjamin
keberkesanan institusi pendidikan dalam kemahiran, pensyarah-pensyarah
perlulah mempunyai pengetahuan terkini, fleksibel, kompetensi dan kemahiran
yang tinggi terutamanya pensyarah dalam bidang sains sosial yang mana proses
PdP terdapat dalam bentuk teori dan amali. Seterusnya, kertas ini akan
menjelaskan tentang cabaran pemimpin akademik seperti yang dinyatakan oleh
Fullan (1998) iaitu (i) menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks, (ii)
mengamalkan komunikasi berkesan, (iii) mempunyai fleksibiliti, (iv)
mengaplikasikan teknologi terkini, dan (v) menggabung konsep lama dan
baharu; dan juga yang dinyatakan oleh Hall dan Ford (2014) iaitu perlu menjadi
fasilitator kepada perubahan.
Bidang Sains Sosial
Bidang sains sosial adalah cabang sains yang dikhaskan untuk kajian
masyarakat manusia dan hubungan antara individu dalam masyarakat
tersebut. Pada asasnya, sains sosial membantu menjelaskan bagaimana
masyarakat berfungsi, meneroka segala-galanya dari pencetus pertumbuhan
ekonomi dan penyebab pengangguran. Sains sosial dianggap sebagai sains
lembut kerana darjah di sini tidak menumpukan pada kaedah saintifik atau reka
bentuk eksperimen dalam penyelidikan. Sebaliknya mereka mengkaji tingkah
laku manusia. Hal ini merangkumi pelbagai cara dari memahami bagaimana
minda berfungsi, hingga bagaimana masyarakat secara keseluruhan berfungsi.
Ilmu sosial merangkumi semua aspek masyarakat dari pencapaian dan peristiwa
masa lalu hingga sifat manusia dan hubungan yang wujud di antara kumpulan.
Bidang sains sosial diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat.
Bidang sains sosial adalah bidang pengkajian ilmu yang sangat luas dan
kompleks telah dikhususkan kepada disiplin-disiplin atau bidang-bidang yang
lebih kecil dan lebih khusus. Menurut Rohana (2003), bidang sains sosial adalah
suatu disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam
konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat
mempelajari pola tingkahlaku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia.
Menurut Hunt dan Colander (2002), bidang sains sosial telah dipecahkan kepada
bidang-bidang seperti antropologi, sosiologi, sejarah, geografi, ekonomi, sains
politik, psikologi, undang-undang dan linguistik. Bidang sains sosial
sesungguhnya adalah suatu bidang yang sangat luas dan menarik untuk
dipelajari kerana sumbangannya yang besar terhadap kemajuan dan tamadun
6
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
manusia. Secara khususnya bidang ini merujuk kepada penggunaan kaedah
saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan
membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani
kehidupan tersebut (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001).
Pengajian sosial merupakan bidang gabungan sains sosial dan kemanusiaan.
Objektif pengajian sosial adalah untuk menggalakkan warga negara yang sihat
dalam menjalani kehidupan sosial sama ada secara individu atau kumpulan
jaringan sosial (Ilham Amir Arshad, 2019). Pentingnya sebuah jaringan sosial
untuk membentuk watak tersendiri yang akan memacu komuniti agar mencapai
kesejahteraan (Ilham Amir Arshad, 2019). Sehubungan dengan itu, penerapan
dan penghayatan masyarakat yang sejahtera dalam sistem pendidikan
merupakan elemen penting seperti yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui FPK, pendidikan di Malaysia diharap
dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
(Kementerian Pelajaran Malaysia 1979).
Bidang Sains Sosial di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia dikendalikan oleh
Jabatan Sains Sosial (JSS) yang merupakan salah satu daripada
Jabatan akademik yang berperanan melestarikan latihan perguruan bagi guru
pelatih dan guru dalam perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti Pengajian
Sosial, Sejarah, Pendidikan Negara Bangsa, Pendidikan Seni Visual, Seni dalam
Pendidikan, Pendidikan Muzik dan Kemahiran Hidup berlandaskan visi, misi dan
fungsi jabatan ke arah usaha melahirkan insan guru yang akan memenuhi
keperluan dasar pendidikan negara. Antara kemudahan-kemudahan dalam
melaksanakan PdP subjek Sains Sosial di Jabatan Sains Sosial terdiri daripada
Bilik Simulasi Sains Sosial, Galeri Seni Visual, Studio Seni, Bilik Pendidikan
Muzik dan Studio Muzik dan bilik Kemahiran Hidup.
Jabatan Sains Sosial di IPG Kampus telah menawarkan beberapa subjek elektif
teras dan elektif terbuka bagi tahun 2020. Jabatan ini melibatkan Unit Sejarah
yang menawarkan empat kursus elektif teras iaitu SJHK3043, SJHK3033,
SJHK3182 dan MPU3122 pada semester 1 dan kursus SJHK3013, SJHK3023,
SJHK3063, SJHK3073 dan MPU3122 untuk pelajar PISMP pada semester 2.
Seterusnya menawarkan kursus GC1022 untuk pelajar PPISMP. Sementara itu,
Unit PJK menawarkan kursus PJMS3033, PJMS3043, PJMS3092, PKES3033,
PKES3034 dan PKES3072 pada semester 1 dan kursus PJMS3013, PJMS3023,
PJMS3063, PJMS3073, PKES3053 dan PKES3063 kepada pelajar PISMP pada
semester 2. Selain itu, unit PJK juga menawarkan kursus GKK kepada pelajar
PPISMP. Seterusnya beberapa kursus muzik juga turut ditawarkan kepada
pelajar PISMP di bawah kelolaan unit Muzik iaitu kursus MUZK3233, MUZK3256
dan MUZK3272 pada semester 1 dan pada semester 2 melibatkan kursus
MUZK3213, MUZK3223, MUZK3093 dan MUZK3263. Kursus-kursus PSVK3252,
PVPS3013, PSVK3193 dan PSVK3203 pula dikelolakan oleh unit PSV, masing-
masing dua kursus pada semester 1 dan semester, kursus lagi pada semester
7
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
2. Sementara itu, satu kursus elektif terbuka iaitu PPPS3013 dikelolakan oleh
unit RBT.
Kursus-kursus elektif teras atau terbuka yang ditawarkan oleh Jabatan Sains
Sosial menjadi pilihan dalam kalangan pelajar di IPG. Bagi pelajar kursus-kursus
yang ditawarkan oleh Jabatan Sains Sosial adalah menyeronokkan untuk
mereka pelajari. Pandangan pelajar-pelajar ini memang ada kebenarannya,
kerana kursus-kursus yang ditawarkan melibatkan aktiviti seperti renang,
memasak, melukis, bermain muzik dan melawat ke arkib dapat meringankan
otak mereka berfikir tentang kursus-kursus lain. Segala tekanan belajar boleh
hilang apabila mereka dapat bermain bersama rakan di padang, berenang di
kolam, memasak beramai-ramai, belajar di luar kelas seperti melawat ke arkib
dan muzium, menyanyi dan bermain muzik serta menunjukkan bakat dan
kebolehan dalam bidang seni visual. Hal ini selaras dengan teori Humanisme
yang mengutamakan kebajikan dan kebebasan meneroka sesuatu ilmu mengikut
minat dan kebolehan mereka. Malah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui
kursus-kursus yang ditawarkan selari dengan naluri remaja yang ingin
kebebasan, keseronokan, berkawan, ingin tahu dan mencuba sesuatu yang
baharu. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Sosial adalah
satu terapi kepada pelajar-pelajar untuk menghilangkan ketegangan belajar.
Di sebaliknya pula pandemik COVID19 telah membuka lembaran baru dalam
pendekatan dan kaedah PdP pemimpin akademik khususnya bidang sains
sosial. Aktiviti PdP perlu diteruskan dalam norma yang baharu bagi memastikan
kursus-kursus yang ditawarkan dapat dilaksanakan dan dapat dihabiskan
mengikut perancangan. Dalam pada itu, masa pelajar juga dapat digunakan
sebaiknya, sambil mengelak mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai
pelajar dan bakal guru. Pemimpin akademik pula perlu bersedia mengubah dan
melaksanakan PdP dalam norma baharu serta penggunaan aplikasi digital
sepenuhnya. Cabaran besar sudah tentu berkaitan dengan kemahiran pemimpin
akademik dalam mengendalikan PdP secara atas talian. Rentetan dengan isu ini,
wujud keperluan untuk membuat semakan semula kurikulum, modul latihan,
kriteria pengambilan pelatih baharu dan menyelaras keperluan infrastruktur
terkini bagi menyokong pendekatan PdP mengikut perkembangan semasa.
Tidak dinafikan pemimpin akademik telah menunjukkan komitmen yang tinggi
sebagaimana yang telah disarankan oleh KPM dengan menawarkan sesi
pembelajaran menerusi pelbagai platform dalam talian seperti Google
Classroom, Zoom, Skype, Quizzes, Youtube dan lain-lain lagi. Namun begitu
sejauh mana pembelajaran bermakna, pembelajaran terbeza dan perkembangan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam melestari subjek-
subjek yang diajar khusus subjek sains sosial.
Cabaran Pemimpin Akademik Bidang Sains Sosial
Kepimpinan tradisional telah tidak sesuai lagi pada masa kini terutama semasa
krisis COVID-19. Peranan baharu bagi pemimpin akademik dalam menangani
dunia VUCA mengikut norma baharu perlu fleksibel, pelbagai, kreatif dan
8
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
inovatif. Budaya kerja di bilik kuliah telah berubah sepanjang tempoh PKP, di
mana bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu. Situasi ini menuntut
kecekapan melaksanakan tugas secara jarak jauh, kesediaan kemudahan dan
peralatan yang sesuai, pengurusan masa, dan integriti setiap individu. Maka
dalam situasi PKP ini, kematangan spiritual pemimpin akademik amat penting
agar daya tahan dan tindakan drastik memberikan penampilan yang benar-benar
bercirikan pemimpin pendidikan karismatik. Setiap pemimpin akademik dan
pengikut dalam rantaian kepimpinan untuk sentiasa dalam kesederhanaan sama
ada semasa berkomunikasi, membuat keputusan, dan merancang dalam
keadaan yang sukar. Kesederhanaan juga mampu membuka ruang kepada
elemen kreativiti dan inovasi oleh golongan pemimpin masa kini agar ia dapat
memberi impak kepada keberhasilan sesebuah organisasi. Oleh itu, aspek
kreativiti dan inovasi diperlukan untuk berhadapan dengan situasi semasa agar
ia mampu memberikan penyelesaian kepada fenomena yang baharu.
Pemimpin akademik perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila
berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua
keadaan (Drucker, 2017). Menurut Fullan (1998), peranan pemimpin akademik
dalam membuat perubahan boleh dijana dan dilestarikan dalam lima (5) tindakan
yang berikut: (i) menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks, (ii)
mengamalkan komunikasi berkesan, (iii) mempunyai fleksibiliti, (iv)
mengaplikasikan teknologi terkini, dan (v) menggabung konsep lama dan
baharu. Tindakan pemimpin ini ditambah untuk yang keenam berdasarkan
cadangan daripada Hall dan Hord (2014) yang menjelaskan bahawa dalam
melaksanakan suatu perubahan, pemimpin pendidikan perlu menjadi fasilitator
perubahan melalui dimensi keprihatinan kepada orang lain, kecekapan
organisasi dan strategi perubahan. Kupasan lanjut peranan pemimpin pendidikan
berdasarkan tindakan yang telah disarankan oleh Fullan (1998) serta Hall dan
Hord (2014) adalah seperti berikut:
(i) Cabaran Menyelesaikan Masalah Persekitaran yang Kompleks
Kita dituntun ke pintu dunia yang semakin membatasi pergerakan dan perilaku
kita iaitu ke dunia VUCA. VUCA iaitu Volatility, Uncertainty, Complexity dan
ambiguity. Volatility adalah peningkatan kemeruapan yang sangat drastik
terhadap perubahan empat dimensi iaitu jenis, kelajuan, isi padu dan skala.
Uncertainty mencengkam ketidakpastian hasil kemeruapan pantas yang
menyebabkan begitu sukar untuk menjangka perkara berikutnya. Complexity
hadir bersama kerumitan impak ketiadaan perhubungan jelas antara punca dan
akibat. Akhirnya, hadir ambiguity membawa bersama kesamaran terhadap
ketepatan yang mewujudkan kepelbagaian berganda maksud terhadap
persekitaran.
Dunia VUCA ini sudah lama menjengah. Di seluruh dunia institusi pendidikan kini
berubah secara besar-besaran sehingga menjadi lebih maju dan seterusnya
terdapat lonjakan produktiviti dengan penambahan baru dalam sumber dan
akses mereka kepada segmen yang berbeza yang menghasilkan generasi dan
9
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
aliran maklumat yang meliputi setiap satu aspek sisitem pendidikan.
Memandangkan dunia sekarang kompleks matlamatnya adalah untuk mengisi
jurang yang wujud dalam sistem aliran maklumat semasa dan menjadikannya
lebih berkesan dan telus supaya setiap pihak berkepentingan menyedari
sepenuhnya kemajuan dan pembangunan yang berlaku dalam pembangunan
sistem pendidikan. Guru, pendidik dan pemimpin akademik diminta untuk bersiap
sedia menghadapi cabaran-cabaran empat dimensi ketidakstabilan,
ketidakpastian, kerumitan dan kesamaran di dunia mencabar ini. Pendidik
terlebih dahulu perlu menetapkan fikiran mencakupi keupayaan masing-masing
dan menyediakan diri mereka untuk persekitaran yang sentiasa berubah-ubah
yang dicirikan oleh VUCA. Tetapi berapa ramaikah pemimpin akademik yang
tahu, memahami, mempunyai keupayaan untuk mengubah scenario di dunia
VUCA.
Dunia VUCA menuntut kebijaksanaan dan satu pendekatan kepimpinan yang
baharu (Rodriguez & Rodriguez, 2015). Dalam menangani dunia VUCA ini,
cabaran baharu bagi pemimpin akademik perlu lebih fleksibel dan pelbagai.
Pemimpin akademik tidak lagi bergantung kepada satu pilihan sahaja dalam
membuat keputusan. Pemimpin akademik perlu mempersiapkan diri daripada
segala aspek untuk dapat mengadaptasi dengan apa juga keadaan dalam dunia
yang sentiasa berubah. Justeru, tuntutan kepada semua pemimpin akademik
untuk menguasai pelbagai kemahiran (multi-skill). dan memiliki ciri-ciri spiritual
yang menekankan aspek keterbukaan tingkah laku, niat dan kesedaran yang
tinggi (Roothaan, 2007). Selain itu, budaya kerja di tempat pengajian juga telah
berubah sepanjang tempoh PKP, di mana bekerja dari rumah telah menjadi
norma baharu. Situasi ini menuntut kecekapan melaksanakan tugas secara jarak
jauh, kesediaan fasiliti dan peralatan yang sesuai, pengurusan masa, dan
integriti setiap individu. Maka dalam situasi PKP ini, kematangan spiritual
pemimpin akademik amat penting agar daya tahan dan tindakan drastik
memberikan penampilan yang benar-benar bercirikan pemimpin karismatik.
Pemimpin akademik perlu mengadaptasi faktor persekitaran kesederhanaan
(simplicity) dengan kehendak pengurusan yang kompleks sama ada semasa
berkomunikasi, membuat keputusan, dan merancang dalam keadaan yang
sukar. Aspek kreativiti dan inovasi diperlukan untuk berhadapan dengan situasi
semasa agar mampu memberikan penyelesaian kepada fenomena yang baharu.
(ii) Cabaran Mengamalkan Komunikasi Berkesan
Menurut Amir Aris dan Ahmad Rozelan Yunus (2016), komunikasi yang
berkesan mempunyai empat ciri iaitu kefahaman, keseronokan, menjaga
kepercayaan sasaran dan adanya tindakan yang menyusuli. Komunikasi
merupakan asas yang mengerakkan dan menyelaraskan aktiviti semua fungsi
yang wujud dalam sesebuah organisasi. Dengan adanya saluran komunikasi di
dalam organisasi, setiap individu atau kelompok bukan sahaja dapat berinteraksi,
memahami dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain, tetapi juga dapat
mewujudkan kerjasama yang berterusan dalam kalangan warga. Sehubungan
itu, kecekapan perjalanan sesebuah institusi pendidikan amat berkait rapat
10
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
dengan sejauh mana baiknya saluran komunikasi dapat disediakan dan
dilaksanakan. Situasi COVID 19 menuntut pemimpin akademik menyampaikan
maklumat dengan melalui pelbagai medium komunikasi. Dalam hal ini,
pengetahuan dan kemahiran penggunaan aplikasi TMK amat penting untuk
penyampaian dan penerimaan maklumat. Dalam pada itu wujud halangan dan
rintangan yang mengakibatkan proses komunikasi yang berlaku tidak dapat
dijalankan seperti biasa. Apabila berlakunya PKP dalam pandemik COVID 19,
komunikasi yang lazimnya secara bersemuka antara pemimpin akademik
dengan pelajar dan warga institusinya telah berubah kepada komunikasi secara
dalam talian meningkat dengan mendadak.
Pada masa yang sama kemahiran baharu juga dituntut agar komunikasi secara
dalam talian ini dapat dikuasai sepenuhnya dan diterima dalam satu budaya
baharu membawa kepada keperluan ke arah pendigitalan masyarakat. Dalam
hal ini, setiap individu perlu sentiasa membangunkan kompetensi diri dalam
penggunaan komunikasi terkini dengan memiliki kemahiran, sikap dan ciri-ciri
yang diperlukan agar individu tersebut dapat mengatasi sebarang halangan dan
rintangan yang mungkin akan berlaku agar proses komunikasi sentiasa dapat
dilaksanakan dengan berkesan dalam apa jua keadaan (Kapur, 2018). Krisis
pandemik COVID-19 dan PKP yang dihadapi telah membawa kepada
kompetensi pelbagai penggunaan komunikasi terkini (Google Meet, Skype,
Video, Padlet ) secara tidak langsung dalam kalangan warga institusi. Institusi
pendidikan perlu merancang memastikan kesediaan infrastruktur yang
diperlukan seiring dengan peningkatan penggunaan komunikasi terkini.
Kegagalan menguasai komunikasi yang berkesan akan mengakibatkan sistem
penyampaian, perkongsian ilmu dan perbincangan maklumat kepada warga
institusi khususnya para pelajar menjadi kurang jelas. Pemimpin akademik
seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu menyampaikan mesej di media
sosial atas talian yang jelas dan telus.
(iii) Cabaran Mempunyai Fleksibiliti
Pelaksanaan PKP memerlukan fleksibiliti dalam semua tindakan. Tindakan yang
fleksibel akan memastikan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pemimpin
akademik akan sentiasa mengikut keperluan semasa. Fleksibiliti adalah tindakan
termasuk kesediaan dan keupayaan untuk bertindak balas secara pantas
terhadap keadaan dan jangkaan yang berubah-ubah terutama pada saat dunia
sedang menghadapi kesukaran ini (Doyle, 2020). Tindakan pemimpin akademik
dan warga institusi yang fleksibel mengubahsuai pendekatan tugas mereka serta
melangkah keluar dari deskripsi kerja rutin dengan pantas mengikut keutamaan
pihak berkepentingan dan tuntutan unik setiap situasi adalah tepat. Fleksibiliti
melaksanakan tugasan menggunakan aplikasi digital adalah trenda masa kini.
Pendekatan kepemimpinan dalam era digital menjadi cabaran kepada pemimpin
akademik yang mana memerlukan fleksibiliti antara pemimpin dan yang dipimpin.
Memandangkan generasi masa kini adalah kelompok terkehadapan dalam dunia
digital, maka pemimpin akademik sedia ada perlu mempunyai pendekatan
11
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
kepemimpinan bersesuaian dengan masyarakat „hyper-connected‟ melalui dunia
digital. Menurut Heimans dan Timms (2019) capaian kepada rangkaian digital
yang meluas di mana sahaja dan pada bila-bila masa, individu lebih cenderung
bekerja dalam keadaan tidak terlalu formal dan kebanyakan organisasi
diperkukuhkan berasaskan jaringan dan keterbukaan. Hal ini sekali gus
mendorong pembabitan setiap ahli dalam institusi untuk berkomunikasi dengan
aktif di alam maya mengenai pelbagai urusan kerja tanpa mengira tempat dan
masa. Cabaran kepada pemimpin akademik untuk mengamalkan pengurusan
pendidikan secara fleksibel dengan mematuhi peraturan, beretika dan berintegriti
ke arah mencapai matlamat pendidikan. Pembabitan sosial dalam kumpulan
maya menjadikan warga institusi lebih dekat antara satu sama lain di alam
maya.
(iv) Cabaran Mengaplikasi Teknologi Terkini
Perkembangan TMK telah memaksa perubahan institusi sama ada dalam
proses, aliran kerja dan tanggung jawab. Perkembangan TMK telah
mempengaruhi perubahan persekitaran kerja, dan mendorong kepada
paradigma baharu dalam pendidikan. TMK menuntut dunia pendidikan sentiasa
memperbaharui kemahiran teknologi dari semasa ke semasa seiring dengan
Revolusi Industri 4.0 (IR4). Paradigma baharu untuk pemimpin akademik abad
ke-21 bersedia dengan kemahiran pembelajaran yang disokong oleh teknologi
bagi mempersiapkan pendidik dan pelajar kepada persekitaran globalisasi yang
memerlukan pemikiran yang kritis, bersedia mencari, mengakses dan
menganalisis maklumat dan membuat keputusan. Selain itu, kompetensi semua
pihak dalam pengaplikasian teknologi terkini termasuk persediaan infrastruktur
yang mencukupi juga perlu dititikberatkan.
Dalam masa pembangunan profesionalisme berterusan mengintegrasikan
penggunaan TMK dalam pelbagai tujuan pendidikan sedang giat dibangunkan
dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru-guru, dunia dikejutkan dengan
pandemik COVID-19. Pelaksanaan PKP memerlukan pemimpin akademik
menstrukturkan semula proses kepada pembelajaran berteknologi digital. Aspek
kreativiti dan inovasi sangat diperlukan untuk berhadapan dengan situasi krisis
ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada fenomena yang baharu.
Penyelesaian dalam pendidikan yang telah dilaksanakan di kebanyakan negara
dalam usaha menangani cabaran pandemik COVID-19 adalah mengubah fokus
pembelajaran daripada kaedah pembelajaran secara tradisional atau semasa
iaitu kaedah bersemuka di dalam kelas kepada pendidikan secara dalam talian.
Penyelesaian ini membawa pendidikan dalam talian menjadi viral dalam dunia
pendidikan. Malaysia juga tidak terkecuali mengikuti teknik yang sama dalam
mendepani cabaran pandemik COVID-19. Guru-guru diminta menyediakan
bahan pembelajaran atas talian di samping aplikasi pembelajaran sedia ada.
Pembelajaran melalui Google Classroom dipergiatkan. Selain itu, pembelajaran
secara dalam talian juga menggalakkan pembelajaran yang standard kepada
semua pelajarnya. PKP telah memberi impak terhadap budaya hidup manusia
dan juga dunia pendidikan. Pendidikan secara dalam talian bukan sahaja
12
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
digalakkan dalam kalangan pelajar di institut pengajian tetapi juga kepada semua
penjawat awam yang perlu bertugas dari rumah sepanjang tempoh PKP COVID-
19. Perubahan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran telah meningkatkan
penggunaan pelbagai aplikasi TMK seperti Whatsapp, Telegram, Skype, Google
Meet, video conferencing dan banyak lagi. Pemimpin akademik perlu mempunyai
integriti, kreativiti, kematangan spiritual dan daya tahan yang tinggi semasa
menjalankan tugas tanpa kawalan bersemuka.
(iv) Cabaran Menggabung Konsep Lama dan Baharu
Krisis wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia menyebabkan
berlakunya pertembungan antara peranan sedia ada dengan tuntutan semasa
dan akan datang. Fungsi sistem pendidikan yang tradisional atau sedia ada
telah menjadi tidak relevan atau sesuai dengan kehidupan realiti masyarakat
sesebuah negara pada masa ini. Keperluan pemimpin akademik menyesuaikan
diri dalam menggabung konsep lama dan baharu semasa mengurus perubahan
sepanjang PKP melahirkan pemimpin akademik yang mempunyai fleksibiliti dan
mengikut keperluan semasa. Maka cabaran pemimpin akademik perlu kepada
gaya kepimpinan transformasional dalam mengurus perubahan apabila berlaku
pertembungan antara lama dan baharu (Mansaray, 2019). Dalam dunia
pendidikan, sesi PdP yang lazimnya dilaksanakan secara bersemuka tidak dapat
dijalankan menyebabkan warga pemimpin akademik seperti pensyarah dan
pendidik perlu berubah ke arah pengaplikasian teknologi sebagai pendekatan
terkini. Sesi perbincangan dan perjumpaan untuk tujuan pengurusan dan
pentadbiran juga dilakukan secara dalam talian. Dengan itu pemimpin akademki
perlu menggabung konsep lama dengan konsep baharu yang lebih relevan bagi
memastikan peranan mereka masih dilaksanakan semasa dan selepas waktu
krisis ini.
Untuk itu pemimpin akademik haruslah kreatif dalam mengurus perubahan yang
diperlukan sepanjang PKP dilaksanakan. Pemimpin perlu sentiasa menimba ilmu
bagi meningkatkan kompetensi diri untuk memenuhi keperluan ini. Cabaran
pemimpin akademik perlu cekap mengadaptasi kaedah dan menambahbaik
peranan mereka dalam membuat keputusan semasa merancang dan
melaksanakan tugas seharian serta mengatasi halangan-halangan yang
mungkin timbul. Dalam mengurus perubahan semasa menangani krisis,
pemimpin akademik perlu menjana strategi yang jelas dan berupaya
melaksanakannya dengan tepat dengan emosi yang stabil. Pemimpin akademik
perlu berubah untuk menghadapi krisis ini. Dalam mengurus perubahan semasa
menangani krisis mengikut norma baharu pemimpin pendidikan perlu menjana
strategi yang jelas dan berupaya melaksanakannya dengan tepat dengan emosi
yang stabil.
(vi) Cabaran Menjadi Fasilitator Perubahan
Adalah penting untuk seorang pemimpin akademik mempunyai nilai kepimpinan
tinggi termasuk berani berdepan cabaran. Pemimpin akademikdapat tunjuk jalan,
cara yang betul, maka gerak kumpulan lebih berjaya. Pemimpin akademik
13
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
dituntut untuk memberi respons kepada emosi atau perasaan, sikap peribadi,
kebimbangan dan keperluan warga institusi dan membuat penglibatan secara
langsung dalam mengurus perubahan untuk dapat mempengaruhi iklim institusi
yang merangkumi amalan warga institusi, strategi pelaksanaan dan juga
memberi kesan kepada keberhasilan institusi. Cabaran utama pemimpin
akademik sebagai fasilitator perubahan adalah memahami peranan dan
tanggungjawab mereka dengan jelas. Penggunaan pendekatan yang berbeza
oleh pemimpin amat diperlukan untuk mempengaruhi warga institusi khususnya
pelajar semasa menjalankan dengan efisien. Pelaksanaan PKP juga telah
mengubah lanskap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, cabaran utama
dalam situasi pandemik COVID-19 ini adalah bagaimana pemimpin pendidikan
mampu bertindak memotivasikan, memudah cara dan memberi bimbingan warga
organisasinya untuk terus melaksanakan tugas mendidik anak murid mereka
secara dalam talian. Peranan yang dimainkan oleh pemimpin pendidikan sebagai
fasilitator perubahan boleh diihat daripada aspek kualiti dan standard kerja warga
institusinya.
Pendekatan pembangunan profesionalisme secara konvensional iaitu mengikuti
latihan secara formal (kursus, bengkel dan latihan secara bersemuka) tidak lagi
popular dalam norma baharu. Sebaliknya, pembangunan profesionalisme melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan tugas (experiential learning)
lebih efektif. Dalam hal ini, pemimpin selaku fasilitator perubahan mempunyai
pengaruh yang besar terhadap peningkatan profesionalisme berterusan warga
institusinya. Hal ini termasuklah kualiti peribadi, pengetahuan teori, amalan
pengurusan strategik, kemahiran dan teknik menangani perubahan.
Kesimpulannya, kesemua tindakan yang disarankan oleh Fullan (1998) serta Hall
dan Hord (2014) boleh dijadikan panduan oleh pemimpin dalam mengharungi
pelbagai cabaran mengurus perubahan yang berlaku sepanjang tempoh PKP.
Namun begitu, persediaan untuk pemimpin menghadapi tempoh selepas atau
pasca PKP juga perlu dititikberatkan bagi memastikan matlamat utama PKP iaitu
bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 tercapai namun pada
masa yang sama matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestari.
Kelestarian Bidang Sains Sosial Dalam Norma Baharu
Pandemik COVID-19 telah menyedarkan masyarakat dunia bahawa dunia telah
banyak berubah dan menuntut perancangan yang besar. Penularan pandemik ini
telah membuka lembaran dan cabaran baharu kepada pemimpin akademik.
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan semua sekolah dan universiti
ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Namun, ia dijalankan secara berperingkat mengikut Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang telah ditetapkan. Cuma, terdapat beberapa peperiksaan awam
ditangguhkan ke tahun 2021, manakala PdP disaran dilakukan menerusi atas
talian. Penutupan sekolah dan pusat pengajian bukannya alasan yang
menghalang proses PdP.
14
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Menyahut saranan tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
mencadangkan agar pelaksanaan PdP di semua institusi pengajian tinggi
semasa dan pasca PKP dilaksanakan secara atas talian. Cadangan KPT
tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai
pelaksanaan PKP Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020
menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 (Nor Fauziana Mohd
Salleh, 2020). Kenyataan tersebut menyebut bahawa kelas fizikal hendaklah
digantikan dengan kelas dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Manakala di
peringkat sekolah, KPM juga menyarankan pembelajaran yang sama,
menunjukkan bahawa pendidikan dari peringkat aras rendah hinggalah aras
tinggi perlu diteruskan yakni pembelajaran menerusi atas talian yang kini
berkembang pesat di seluruh dunia.
Pembelajaran atas talian dalam era digital kini memberikan peluang kepada
murid dan guru untuk belajar serta mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang
diperlukan sesuai dalam dunia alaf ke-21 (Ratheeswari, K. 2018). Nsiah-
Gyabaah, K. (2011) turut menjelaskan bahawa tanpa kemahiran tersebut,
seseorang agak sukar untuk menghubungkan dengan ilmu pengetahuan dalam
dunia pendidikan sekarang. Oleh demikian, setiap bidang mata pelajaran
seharusnya digembleng oleh tenaga pengajarnya agar dapat diterjemah dan
disampaikan kepada pelajar.
Bidang pengajian sains sosial turut merasa bahangnya dalam suasana pandemik
Covid-19 yang tidak mungkin pertemuan fizikal dapat dilakukan. Suasana ini
mendesak semua pihak untuk sentiasa berfikir secara kreatif dalam meneroka
dan mencipta ruang serta peluang berhubung dengan pelajar sama seperti yang
dilakukan bidang pendidikan lain. Pengajian Sains Sosial yang merangkumi sub
bidangnya seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Sejarah, Sains
Pertanian, Reka Bentuk dan Teknologi (antara subjek yang ditawarkan di Institut
Pendidikan Guru turut menggunakan pelbagai aplikasi dan platform digital yang
yang bersesuaian. Antaranya aplikasi Google Classroom, Google Meet, Zoom,
Cisco Webex, saluran YouTube dan Whatsapp bagi meneruskan aktiviti PdP.
Subjek Sejarah merupakan satu komponen penting dalam proses kehidupan
manusia. Manusia sentiasa mengingati peristiwa sejarah yang lalu kerana ia
amat berguna kepada mereka. Mohamed Ali Haniffa (2020) menjelaskan sejarah
dan sesebuah peristiwa dapat dijadikan sebagai panduan ataupun pengalaman
bagi mengharungi cabaran mendatang. Berlainan pula dengan generasi yang
prihatin, mereka akan mencatatnya supaya dapat mengingati pengetahuan masa
lalu. Hatta generasi akan datang akan berasa bangga dengan pengalaman
hidupnya yang terdiri daripada pelbagai peristiwa pahit manis. Hal yang demikian
akan membawa kepada peningkatan jati diri insan khususnya dalam konteks
bernegara.
Dalam suasana bahana pandemik Coronavirus (Covid-19), pelaksanaan subjek
Sejarah boleh dibuat dalam beberapa kaedah yang menekankan kepada
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) walaupun dalam musim Covid-19 ini.
15
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Mohamed Ali Haniffa (2020) menjelaskan kaedah pemerhatian boleh digunakan
dalam mengendalikan PdP secara bersemuka ataupun atas talian untuk
mendapatkan maklumat pelajar secara lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat.
Kekuatan seseorang pendidik ialah keupayaan untuk mendekati jiwa pelajar
dalam norma baharu.
Penguasaan pelbagai jenis teknologi pula merupakan kelebihan tambahan bagi
seseorang pendidik Sejarah. Namun alasan tidak tahu perlu dielakkan dalam
mendepani cabaran norma baharu. Para pendidik perlu keluar dari kepompong
selesa PKP dan PKPP yang sudah menjadi sebahagian daripada rutin
harian. Sekiranya pelajar tidak mendapat akses internet, pelbagai pendekatan
lain boleh dicuba untuk mengimplementasikan KPS. Antaranya ialah dengan
menggunakan konsep “drop box” di sekolah, kedai runcit, surau dan masjid, balai
raya dan lain-lain lagi. Soal selidik sama ada secara atas talian (Google Form)
atau bersemuka boleh diberikan kepada pelajar sebagai penanda aras untuk
mengukur tahap minat dan kecenderungan pelajar dalam mengikuti PdP
(Mohamed Ali Haniffa, 2020).
Selain subjek Sejarah, subjek lain dalam pengajian sains sosial ini juga sesuai
dilaksanakan dalam suasana pandemik Covid-19 agar kelestariannya kepada
seluruh warga Malaysia dicapai dengan berkesan. Sebagai contoh, subjek
Pendidikan Seni Visual (PSV) di IPG telah berusaha mendekatkan pelajar
dengan berbagai program seni yang telah dilakukan. Penyelidikan dan teori
dalam PSV dapat dilakukan menerusi kuliah bersemuka atas talian
menggunakan Google Classroom atau Google Meet. Medium ini mudah bagi
seseorang pensyarah untuk menggunakan kaedah „presentating‟ dalam Google
Meet seperti memberi kuliah dalam bilik darjah (Laura Lee, 2020).
Selain teori, kaedah praktikal seperti membuat portfolio dan pameran dapat
dilakukan dengan baik. Misalnya portfolio dapat menghasilkan kajian dan
perkembangan idea serta hasil akhir secara lay-out atau thumbnail dengan
manual dan secara digital. Malah kaedah ini dapat menjimatkan kertas di
samping proses perkembangan idea tidak terhenti kerana kekangan wabak
Covid-19. Ahamad Tarmizi Azizan et. al (2020) menjelaskan bahawa walaupun
tanpa sumber kewangan dan jarak yang beribu batu jauh tidak menghalang
untuk pelajar memiliki gagasan dan idea yang pelbagai. Hal ini demikian kerana
pelajar masih tetap belajar secara penemuan (inkuiri) selain dibantu oleh
pensyarah dari jarak jauh. Manakala karya akhir pelajar dapat dilakukan
menerusi pameran secara maya seperti peragaan karya melalui video dan
didokumenkan dalam format PDF. Kaedah seperti pameran maya ini juga sangat
relevan ketika dunia menghadapi krisis Covid-19 kerana walaupun pergerakan
fizikal telah dihalang, namun kemudahan dan kemajuan teknologi masih dapat
memberi ruang untuk pelajar berpameran. Justeru itu, kegiatan seni masih dapat
menanggapi tuntutan semasa agar manusia tidak terus menjadi lebih pasif dan
pesimis akibat tekanan sistem dan wabak COVID 19 ini (Ahamad Tarmizi Azizan
et. al, 2020).
16
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Pameran secara maya tidak banyak beza dengan pada asalnya secara fizikal.
Pameran secara maya ini juga memerlukan galeri sebagai ruang pamer karya
untuk sesi apresiasi dan penghayatan oleh peminat seni dan khalayak. Malahan
ruang juga diperlukan untuk sesi apresiasi dan pembahasan karya secara ilmiah
dan intelektual. Maka, di situlah berlakunya proses penghargaan dan apresiasi
ke atas pelukis, seniman, tokoh dan sebagainya. Sebagai contoh, IPG Kampus
Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah mengadakan Pameran Xpresi Seni:
Give Back 2020 telah mempamerkan sebahagian karya akhir pelajar dalam
katalog khas. Selain karya akhir, terdapat diskripsi karya yang dapat dibaca dan
dapat dibahas antara pelajar, pensyarah dan khalayak secara akademik.
Selain itu, bidang pengajian sosial boleh diteroka di luar negara bagi melihat
perbezaan atau persamaan yang boleh memberi input dan idea untuk
kepentingan bersama. Misalnya, dapat dilihat di negara Australia, subjek PSV
membawa titik permulaan baru sesuai dengan norma baharu pandemik Covid-
19. Permulaan ini membawa guru PSV di Australia berada dalam pemikiran
semula mengubah pengajaran dan pembelajaran PSV. Coleman, K. & Selkrig,
M. (2020) menjelaskan gerakan ini berusaha menyubur dan melestarikan subjek
PSV dalam pendidikan mereka yang setara dengan subjek lain. Pemikiran
semula mengambil kira pedagogi autentik seperti revolusi yang telah dibuat oleh
subjek lain untuk membina keperluan kelas masa depan. Bezanya, guru-guru
PSV menggunakan sepenuhnya pengajaran konsep digital yang berfokus
kepada tiga medium iaitu video interaktif, paparan PDF dan saluran Google yang
berbagai bentuk hubungan. Justeru itu, kegunaan teknologi digital pada masa ini
telah mendorong guru seni di Australia menggunakan sepenuhnya kaedah
dalam talian ini agar dapat memudahkan pembelajaran transformatif dan inkuiri
dipraktikkan kepada pelajar. Selain itu, mereka juga memikirkan pengajaran
yang dapat memberi tindakbalas aktif antara guru dan pelajar, pembelajaran
kontekstual dan melihat usaha yang memberikan sumber inspirasi yang dapat
menyokong pembelajaran pelajar dan pedagogi guru (Coleman, K. & Selkrig, M.,
2020).
Inilah gerakan pemikiran semula dalam kurikulum PSV di Australia yang telah
dimurnikan selama musim pandemik Covid-19 berlaku. Hal ini demikian kerana
kurikulum tersebut menggunakan kaedah praktik seni dan kreativiti yang
fleksibel. Jadi, keperluan subjek seni visual ini sangat melibatkan pelajar dengan
kaedah penemuan, bereksperimen dan penyelesaian masalah yang relevan
dengan persepsi visual dan bahasa visual yang mereka pelajari (Acara, 2016).
Kaedah inkuiri boleh dilihat pada contoh seorang pelajar sekolah menengah
mereka yang telah menghasilkan lukisan 3 Dimensi (3D). Lukisan 3D sebuah
produk tersebut dihasilkan menerusi pengajaran gurunya menggunakan video
atas talian selama 30 minit. Kemudian selepas itu, pelajar tersebut memikirkan
sendiri cara untuk mempersembahkan kepada gurunya. Ternyata pelajar
tersebut berjaya mempersembahkan lukisan 3D dalam format buletin digital yang
menarik dan kreatif. Di sini jelas peranan guru mengajarkan kemahiran dan
17
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
pengalaman tunjuk cara yang efektif selama 30 minit. Namun, walaupun
pembelajaran jarak jauh dari rumah masing-masing yang disampaikan dalam
talian, pelajar masih boleh bergerak dan melakukan pembelajaran berasaskan
inkuiri sendiri.
Selain itu, Coleman & MacDonald (2020) mengharapkan para guru, seniman dan
pelajar agar perlu yakin mendepani cabaran waktu pandemik begini demi
kelangsungan kurikulum, pedagogi, praktik dan perhubungan subjek Pendidkan
Seni Visual ini dapat direalisasikan. Para seniman, pendidik dan komuniti seni di
Australia menganggap betapa pentingnya seni dalam kehidupan sewaktu
mendepani pandemik Covid-19 kini. Kathryn Coleman dan Mark Selkrig (2020)
menjelaskan seniman dan pendidik seni kini bertahan dan cuba berusaha
merancang dan mengadaptasi beberapa kaedah yang sesuai agar seni terus
berkembang. Hasilnya, seniman berupaya memikirkan semula amalan praktik
studio boleh berfungsi atas talian ketika wabak ini melanda seluruh dunia.
Selain itu, Kathryn Coleman dan Mark Selkrig (2020) mendedahkan kebaikan
Pendidikan Seni Visual diajarkan dalam talian ketika ini. Terdapat dua aspek
penting yang berkaitan dengan nilai intrinsik seni yang perlu diberi perhatian.
Pertama, seseorang yang terlibat mengambil bahagian dalam mempelajari
Pendidikan Seni Visual merasa seronok belajar, bahan rangsangan dapat dijana
dengan berkesan dan hasil karya penuh bermakna. Perasaan ini tidak
semestinya untuk tujuan mendapat skor ujian yang lebih baik atau untuk tujuan
keuntungan ekonomi semata-mata. Ia melibatkan perasaan intrinsik pada
awalnya tadi merupakan titik permulaan bagi semua faedah lain. Kedua, faedah
intrinsik tidak bersifat peribadi dan boleh menyumbang kepada komuniti seni
atau masyarakat lain.
Mereka menjelaskan lagi, dalam mewujudkan pembelajaran yang berjaya
menerusi 'dalam', 'dengan' dan 'melalui' pengalaman seni ini, usaha para
seniman atau pendidik seni telah membuahkan hasil yang baik kepada
kesejahteraan masyarakat. Sehubungan dengan itu, pemimpin akademik dalam
kalangan pendidik seni visual secara tidak langsung telah mewujudkan
persekitaran pendidikan tinggi bagi menerapkan kemahiran dan disposisi yang
dinamik. Elemen ini mereka kembangkan dari semasa ke semasa untuk
bertindak balas secara inovatif, melangkah dan memimpin dalam pelbagai cara.
Kathryn Coleman dan Mark Selkrig (2020) mengatakan apabila kesukaran
menjadi sukar, pendidik seni akan maju. Hal ini demikian kerana mereka tahu
bahawa semangat pendidik seni akan lebih generatif dan kolaboratif yang
berkongsi sumber mereka secara berterusan. Mereka juga tidak lupa platform
terbaik setakat ini seperti media sosial banyak manfaat jika digunakan
sepenuhnya. Misalnya Facebook, Twitter dan Instagram ini digunakan untuk
berkongsi pelbagai sumber kolaborasi untuk pendidik seni di seluruh dunia.
Selain itu, badan khas seperti Persatuan Penyelidikan Seni Pendidikan Australia,
18
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
AIG Art Education Research Practice (AEPR) SIG, terlibat dalam memimpin,
menyokong dan membentuk komuniti di mana mereka terlibat (Kathryn Coleman
dan Mark Selkrig, 2020).
Laura Lee (2020) menjelaskan, seorang guru seni di Franklin, Massachusetts
iaitu Christine Doherty telah mendorong murid-murid agar kreatif di musim Covid-
19 ini dengan mengakses bahan-bahan di dapur rumah sebagai bahan ganti di
bilik seni. Misalnya murid membuat hasil seni dari gulungan tisu tandas dan doh
dari tepung serta pewarna makanan. Murid juga boleh diajarkan menghasilkan
roda warna dari warna objek yang ditemui di sekeliling rumah. Murid sekolah
rendah boleh menghasilkan karya cetakan dari sarang telur, kotak biskut atau
„styrofoam‟. Bagi murid sekolah menengah pula, guru seni mereka cuba
membimbing pelajar menghasilkan karya seni halus secara abstrak
menggunakan tema Covid-19. Hasil seni tersebut boleh dikembangkan dari
pelbagai sampah kering, makanan dan plastik terbuang.
Langkah dan cara terarah ini dilihat sebagai ajakan bertindak untuk berkongsi
semangat dan usaha yang secara tidak langsung terjadi dengan sendiri atas
beberapa dorongan keadaan yang memaksa dan dalam keadaan bahan dan
sumber yang ada di sekeliling. Amalan sebegini akan dapat dipraktik oleh
pemimpin akademik dan dapat memimpin masyarakat lain berdepan dengan apa
jua cabaran dan halangan yang menghalang.
Selain daripada subjek Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik juga dilihat
menggunakan kaedah yang sama bagi kelangsungan aktif pelajarnya. Misalnya,
sebuah kumpulan Melbourne Symphony Orchestra bersama-sama artis
persembahan lain turut menggunakan platform atas talian untuk melakukan
persembahan secara langsung kepada masyarakat. Selain itu, pendidikan
persembahan di Australian juga tidak kurang hebat dengan persembahan Ballet
melancarkan 'At home with ballet tv' sambil memungut derma kepada beberapa
organisasi sempena tabung Covid-19 (Laura Lee, 2020).
Laura Lee (2020) menjelaskan lagi, guru muzik mereka mempraktikkan satu
kaedah pembelajaran dari jarak jauh. Mereka menghantar nota dan irama muzik
yang sudah diketahui oleh muridnya, namun tidak dinyatakan tajuknya. Hal ini
bertujuan untuk pelajar membuat sedikit latihan di rumah, misalnya pelajar
merakam diri mereka bermain dengan nota muzik untuk mengetahui tajuk lagu
tersebut. Pelajar menghabiskan satu minggu untuk mempelajari karya tersebut,
dan kemudian minggu berikutnya guru muzik mereka akan mencatat
perkembangan dan prestasi pelajar. Proses tersebut merupakan salah satu
bentuk penilaian jarak jauh oleh guru muzik mereka bagi melihat tahap
perkembangan belajar mereka.
Sorotan literatur yang dibincang merupakan contoh pelaksanaan bidang
pengajian sains sosial menggunakan teknologi digital dalam suasana pandemik
Covid-19. Kaedah PdP secara atas talian seumpama ini menuntut komitmen dan
19
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari segi pengetahuan dan
kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti digital dan akses
capaian internet yang berkualiti serta penyediaan kaedah penilaian yang
bersesuaian bagi mengukur pencapaian pelajar. Kemahiran dan kecekapan
pemimpin akademik untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang menarik
menggunakan pelantar pembelajaran dalam talian akan mempengaruhi tahap
penerimaan pelajar generasi masa kini. Mekanisme terbaik adalah melalui
anjakan paradigma dan implementasi teknologi digital yang kini meniti masa
depan yang lebih mencabar kerana melalui anjakan begini, bukan hanya bentuk
perubahan fizikal tetapi juga harus terjadi melalui perubahan fikiran yang dapat
mempengaruhi tingkah laku manusia. Sudah tentu, tingkah laku dinamik dan
kreatif adalah proses visualisasi minda yang sihat dan cerdas bagi membina
ketamadunan manusia seterusnya dapat memajukan bangsa, agama dan
negara.
RUMUSAN
Rumusannya, tahap kesediaan dan kepekaan pemimpin akademik terhadap
perubahan persekitaran dunia yang sentiasa berubah-ubah perlu sentiasa tinggi
dan dinamik dalam menggalas tanggungjawab melaksanakan tugasan seharian.
Dugaan dan cabaran dunia pendidikan datang silih berganti. Oleh itu, pemimpin
masa kini perlukan persediaan jitu yang menjangkaui batas sempadan
pendidikan dan peradaban manusia. Selain itu, pemimpin akademik juga perlu
bersikap fleksibiliti terhadap keperluan semasa dan pada masa akan datang agar
selaras dengan tuntutan dunia semasa. Kerjasama dan sokongan daripada
pelbagai pihak berkepentingan amat diperlukan kerana jatuh bangun pemimpin
akademik terletak kepada sokongan persekitarannya. Kejayaan, kelestarian dan
kerelevanan sesebuah institusi pendidikan adalah terletak kepada
keintelektualan dan kesarjanaan seseorang pemimpin akademik yang menerajui
pengurusan pentadbiran profesional.
RUJUKAN
Ahamad Tarmizi Azizan, Ariesa Pandanwangi dan Fahmi Candra Permana.
2020. Asedas 2020: Kebiasaan Baru Bagi Norma Baharu Penganjuran
Pameran Maya Antarabangsa Seni Digital. Universiti Malaysia Kelantan.
Al-Alawi, A. I., Abdulmohsen, M., Al-Malki, F. M., & Mehrotra, A. 2019.
Investigating the barriers to change management in public sector
educational institutions. International Publication.
Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus. 2016. Komunikasi Berkesan. DOI:
10.13140/RG.2.2.32123.31524 [6 April 2020].
Anuar Ahmad dan Maizatul Alawiyah Nasaruddin. 2015. Penilaian Kurikulum
Bidang Pengajian Sosial Sekolah Rendah dalam Pemupukan Perasaan
20
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.
Australian Curriculum Reporting and Assessment Authority (ACARA 2016). The
Australian Curriculum: The Arts, Visual Arts (Version
8.3). https://www.australiancurriculum.edu.au/f-10-curriculum/the-
arts/visualarts/ratio arts/rationale/
Avolio, B. J., & Gardner, W. L. 2005. Authentic Leadership Development: Getting
To The Root Of Positive Forms Of Leadership. Leadership Quarterly.
http://doi.org/10.1016/j.leaqua.2005.03.001.
Avolio, B. J., Walumbwa, F. O., & Weber, T. J. 2009. Leadership: Current
Theories, Research, And Future Directions. Annual Review of
Psychology, 60, 421–449.
http://doi.org/10.1146/annurev.psych.60.110707.163621
Boyatzis, R. E., Rochford, K. & Taylor, S. N. 2015. The Role Of The Positive
Emotional Attractor In Vision And Shared Vision: Toward Effective
Leadership, Relationships, And Engagement. Frontiers in Psychology,
6(May), 670. http://doi.org/10.3389/fpsyg.2015.00670
Bryman, A. 2007. Effective leadership in higher education: a literature review.
Studies in Higher Education, 32(6), 693–710.
http://doi.org/10.1080/03075070701685114
Cavazotte, F., Moreno, V., & Bernardo, J. 2013. Transformational Leaders And
Work Performance: The Mediating Roles Of Identification And Self-
Efficacy. BAR-Brazilian Administration Review, 10(4), 490-512.
Coleman, K., & MacDonald, A. 2020. Becoming co-conspiratorial, Tiny
coronavirus stories. Artists and Climate.
Change. https://artistsandclimatechange.com/2020/05/15/tiny-
coronavirus-stories-this-misery-loves-isolation/
Coleman, K. & Selkrig, M. 2020. When The Going Gets Tough, Artists And Arts
Educators Get Going, EduResearch Matters Blog. Australian
Association and Research in
Education. https://www.aare.edu.au/blog/?p=5463.
Davis, G. 2019. Exploring the Strategies Executive Leaders Need to Reduce
Intergenerational Friction in a Business Organization (Doctoral
dissertation, Colorado Technical University).
21
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Doyle, A. 2020. Definisi, Kemahiran Dan Contoh Fleksibiliti Tempat Kerja.
https://ms.chalized.com/definisi-kemahiran-dan-contoh-fleksibiliti-tempat-
kerja/
Kapur, R. 2018. Barriers to Effective Communication.
https://www.researchgate.net/publication/323794732_Barriers_to_Effectiv
e_Communication/citation/download [6 April 2020]
D. K. Wycoski. 2004. Readings In Social Research Methods. Edisi ke-2. Canada.
Wadsworth.
Drucker, P. 2017. Human Prosperity in a Changing World. Peter Drucker
challenge 2017. The future economic man. PDC 2017.
Ella Koeze and Nathaniel Popper. 2020. The Virus Changed the Way We
Internet
https://www.nytimes.com/interactive/2020/04/07/technology/coronavirus-
internet-use.html
Fullan, M. dan G. Scott. 2009. Turnaround Leadership for Higher Education. San
Francisco: Jossey-bass.
Fullan, M. 2003. The Moral Imperative of School Leadership. Published by
Corwin Press. Thousand Oaks, CA 91320.
Fatanah Mohamed. 2010. Menjadi Pengetua Yang
Berkesan. Kepimpinan Pengetua Menjana Modal Insan Di Sekolah
Berkesan. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Gelbart N, & Komninos J. 2012. Who? Where? Y? Charter J 84(7):20–23 Global
Digital Report (2019). https://wearesocial.com/global-digital-report-2019.
Geoff Scott. 2003. Effective Change Management in Higher Education.
https://net.educause.edu/ir/library/pdf/ERM0363.pdf
Gunarsa. Singgih dan Ny. SD. Gunarsa. 1991. Psikologi Praktis Anak Remaja
dan Keluarga. Jakarta. BPK Gunung Mulia.
Hester Hulpia and Geert Devos. 2009. The Relationship Between The Perception
of Distributed Leadership in Secondary Schools and Teachers and
Teacher Leaders Job Satisfaction and Organizational Commitment:
https://doi.org/10.1080/0924345090290984.
Hall, G. E. & Hord, S. M. 2014. Implementing Change: Patterns, Principles and
Potholes. Edisi ke-4. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson.
22
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Hallinger, P. 2018. Bringing Context Out Of The Shadows Of Leadership. Journal
Educational Management Administration & Leadership. SAGE
Publications.
Harris, A., Jones, M. & Huffman, J. B. 2017. Teachers Leading Educational
Reform: The Power of Professional Learning Communities. New York:
Routledge.
Heimans, J., & Timms, H. 2014. Understanding “New Power”. Harvard Business
Review, 92(12), 48-56.
Helmi Akhtar & Ilhamie Abdul Ghani Azmi. 2017. Komunikasi Kepimpinan
Berkesan. Jurnal Syariah, 25 (3): 531-562.
Herold, D. M., Fedor, D. B., & Caldwell, S. D. 2007. Beyond Change
Management: A Multilevel Investigation Of Contextual And Personal
Influences On Employees' Commitment To Change. Journal of Applied
Psychology, 92(4), 942.
Humaizi. 1993. Pelimpahan Siaran Media Elektronik Malaysia: Satu Pendekatan
Perspektif Kegunaan dan Kepuasan. Tesis Sarjana, Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hunt, E.F. & Colander, D.C. 2002. Social Science: An Introduction To The Study
of Society. Massachusetts: Allyn & Bacon
Issarezal Ismail. 2020. Pesan Simbolik Dalam Karya Poster Covid-19 Balai
Seni Lukis Sabah Di Media Sosial. Balai Seni Lukis Sabah.
Issarezal Ismail. 2020. Seni Visual dan Wabak Penyakit Covid-19; Menoleh
Kepada Sejarah dan Representasi Simboliknya Masa Kini. Balai Seni
Lukis Sabah.
Katalog Pameran Xpresi Seni: Give Back 2020. IPG Kampus Temenggong
Ibrahim
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mansaray, H. E. 2019. The Role of Leadership Style in Organisational Change
Management: A Literature Review. Journal of Human Resource
Management, 7(1), 18-31.
23
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Knight, P. T., & Trowler, P. R. 2000. Department-Level Cultures And The
Improvement Of Learning And Teaching. Studies in Higher Education,
25(1), 69–83. http://doi.org/10.1080/030750700116028
Lai Lin Thomala. 2020. Increase in digital media consumption in coronavirus
outbreak in China 2020.
https://www.statista.com/statistics/1108326/china-digital-media-usage-
increase-in-coronavirus-covid19-outbreak-period-by-type/
Laura Lee. 2020. The Show Must Go Online.
https://www.edutopia.org/article/show-must-go-online-arts-teachers-
adapt-home-instruction. Akses pada18 Nov 2020
Mahmood Nazar Mohamed. 1995. Perubahan Psikologikal Dari Segi Harga
Diri, Profil Personaliti dan Penggunaan Mekanisme Bela Diri di Kalangan
Penagih Dadah Yang Mengikuti Program Pemulihan Dadah Serenti.
Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maurer, R. 2014. Communicate Effectively in a Crisis. California: Society for
Human Resource Management (SHRM).
Milind Sathye. 2004. Leadership in Higher Education: A Qualitative Study.
Forum Qualitative Sozialforschung / Forum: Qualitative Social Research.
Mohamed Khaled
Nordinhttps://khalednordin.files.wordpress.com/2008/10/ucapanperasmia
n pemudaputeriwanitapasirgudang.pdf
Mohd Azraai Kassim. 2016. Kepimpinan Akademik di Universiti. Asas Menjadi
Pentadbir Akademik Berkesan. UTM Press. Skudai, Johor.
Mohd Azraai Kassim. 2014. Membina Kerjaya Akademia. UTM Press. Skudai,
Johor. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui tahun 2020.
https://engine.um.edu.my/docs/librariesprovider17/forms-and-circulars-
accreditation-guidelines/pelanstrategikpengajiantinggi2020.pdf?sfvrsn=2.
Mohamed Ali Haniffa. 2020. Kemahiran Pemikiran Sejarah, Penelitian Sudut
Pandang Seorang Pendidik.
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/kemahiran-pemikiran-sejarah-
penelitian-sudut-pandang-seorang-pendidik-1.935526.
Naseri, H. 2019. The Role of the Adventurer Manager In Order To Coordinate the
Mind, Creativity and Change Management. International Journal for
Modern Trends in Science and Technology, 5(04).
24
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Ng, K. Y., Ang, S., & Chan, K. Y. 2008. Personality And Leader Effectiveness: A
Moderated Mediation Model Of Leadership Self-Efficacy, Job Demands,
And Job Autonomy. Journal of Applied Psychology, 93(4), 733.
Penton, S., & Pettersson, F. 2019. Factors Affecting Managerial Willingness To
Change: A Case Study On Change Management When Implementing
New Digital Technology.
Ramsden, P., Prosser, M., Trigwell, K., & Martin, E. 2007. University Teachers‟
Experiences Of Academic Leadership And Their Approaches To
Teaching. Learning and Instruction, 17(2), 140–155.
http://doi.org/10.1016/j.learninstruc.2007.01.004
Richards, D. 2011. Leadership for Learning in Higher Education: The Student
Perspective. Educational Management Administration & Leadership,
40(1), 84–108. http://doi.org/10.1177/1741143211420617
Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Rodriguez A, Rodriguez Y. 2015. Metaphors for today‟s leadership: VUCA world,
millennial and „cloud leaders‟. Journal Management Development
34(7):854–866.
Roothaan A. 2007. Spiritualiteit Begrijpen: Een Filosofische Inleiding. Boom,
Amsterdam.
Scott, G., Coates, H., & Anderson, M. 2008a. Learning Leaders. Acer, University
of Western Sydney and Australian Council for Educational Research.
http://research.acer.edu.au/cgi/viewcontent.cgi?article=1001&context=hig
her_education.
Scott, G., Coates, H., & Anderson, M. 2008b. Learning Leadership In Times Of
Change: Academic Leadership Capabilities For Australian Higher
Education. Higher Education Research.
Shahril @ Charil Marzuki, Rahimah Hj Ahmad dan Hussein Ahmad.
2010. Kepimpinan Pengetua Menjana Modal Insan Di sekolah
Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Sheryl L. Bond, 1996. Module 2 Academic Leadership.
https://www.acu.ac.uk/focus-areas/gender-programme/academic-
leadership.
Stanley and Sedlack. 1992. Social Research: Theory and Methods. Canada.
Allyn and Bacon.
25
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Syarifah Zaleha Syed Hasan et. al. 2001. Pengantar Sains Sosial. Pusat
Pengajian Jarak Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tucker, P. & Tschannen-Moran, M. 2002. School Leadership in an Era of
Accountability. Policy Brief for the State Action on Educational Leadership
Project commissioned by the Commonwealth Educational Policy Institute.
Warren dan Bennis. 1985. Leaders: The Strategies For Taking Charge / Warren
Bennis & Burt Nanus. New York: Harper & Row, c1985.
Westley F et. al. 2011. Tipping Toward Sustainability: Emerging Pathways Of
Transformation. AMBIO 40(7):762–780.
W. L. Newman. 1997. Qualitative and Quantitative Approaches. Edisi ke-3.
Canada. Allyn and Bacon.
Yukl G. 2013. Leadership in Organizations. Pearson Education Limited, Harlow.
Zuraidah Abdullah. 2010. Organisasi Pembelajaran Pengurusan Modal Insan
Dalam Kalangan Warga Sekolah. Kepimpinan Pengetua Menjana
Modal Insan Di Sekolah Berkesan. Selangor: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
26
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
ELEMEN PENULISAN SEJARAH DALAM BUKU TEKS SEJARAH:
TINJAUAN BERDASARKAN TEMA 6 TINGKATAN TIGA ‘MALAYSIA
NEGARA BERDAULAT’
Dr. Saimin Ginsari
[email protected]
PENGENALAN
Artikel ini adalah satu kajian terhadap elemen penulisan sejarah dalam buku teks
Sejarah Tingkatan Tiga, dalam tema enam bertajuk “Malaysia Negara
Berdaulat”. Kajian melihat adakah penerapan elemen penulisan sejarah
termasuk perbincangan menggunakan kaedah kronologi dan menggunakan
sumber-sumber primer dalam penulisan buku teks di sekolah. Selain itu, kajian
juga melihat elemen pemikiran sejarah yang diterapkan termasuk keupayaan
penulis buku mewujudkan persoalan dan mengerakkan sifat ingin tahu (inkuiri)
pelajar.
Sejarah dan Penulisan Sejarah
Collingwood mentakrifkan sejarah sebagai sejarah pemikiran (Muhd. Yusof
Ibrahim, 1985). E.H. Carr (1961) pula mentakrifkan sejarah sebagai satu proses
interaksi berterusan ahli-ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang
tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau. Maksudnya, berfikir
sangat penting untuk seorang pengkaji dan penyelidik sejarah. Sebab itu dengan
berfikir, pengkaji boleh memberi pelbagai interpitasi terhadap dapatan-dapatan
yang mereka perolehi.
Takrifan sejarah oleh kedua-dua sejarawan menggambarkan bahawa buku
sejarah tidak boleh dibaca sepertimana membaca bahan-bahan bacaan lain
seperti buku bidang ilmu lain atau buku cerita dan majalah-majalah hiburan.
Buku-buku sejarah sepatutnya dibaca berlandaskan takrifan sejarah sepertimana
yang dinyatakan Collingwood dan E.H. Carr. Selain itu, kandungan buku sejarah
yang ditulis oleh sejarawan sepatutnya banyak membentuk persoalan,
membentuk inferens dan membuat penilaian bagi membantu menerapkan
kemahiran pemikiran sejarah kepada pembaca. Sebab itulah, buku teks juga
sepatutnya digubal oleh seorang yang mampu menerapkan pemikiran sejarah
kepada sesiapa sahaja yang membaca buku teks tersebut.
Oleh yang demikian, ditegaskan bahawa buku teks juga seharusnya digubal
sesuai dengan matlamat penerapan kemahiran pemikiran sejarah selain hanya
memfokus kepada kepentingan peranan guru dalam penerapan kemahiran
pemikiran sejarah kepada murid. Pada masa yang sama, penulis buku teks juga
seharusnya memikirkan gaya penulisan sejarah termasuk penggunaan sumber-
sumber primer, menggunakan unsur-unsur objektiviti dan impartiality serta tidak
memasukkan unsur-unsur propaganda dan berat sebelah dalam penulisan.
27
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Kemahiran Berfikir sebagai Elemen Penulisan Sejarah
Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dalam kajian bertajuk „Memupuk
Kemahiran Berfikiran Sejarah‟ menyatakan bahawa salah satu kelemahan
pengajaran sejarah di sekolah ialah murid tidak diberi peluang mempelajari
sejarah yang mereka minati sebaliknya sukatan pelajaran digubal mengikut
kehendak kementerian dan bergantung kepada aspek sejarah yang
dititikberatkan dalam dasar pelajaran kebangsaan. (Khoo Kay Kim, 2015:20).
Walaubagaimanapun Kementerian Pelajaran telah cuba membuat beberapa
perubahan dengan memperkenalkan matapelajaran sejarah di sekolah rendah
dengan standard kurikulum dan pentaksiran yang kini mengambil kira penerapan
pemikiran sejarah berasaskan elemen-elemen asas sejarah seperti konsep
masa, susunan masa, konversi masa, isu dan masalah masa lalu, imaginasi dan
empati, signifikan bukti dan mencari sumber (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2014). Perubahan ini bersesuaian dengan pandangan sejarawan yang mahu
pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran pemikiran sejarah supaya pelajar
yang mengambil mata pelajaran sejarah tidak lagi tertumpu kepada tujuan untuk
lulus peperiksaan semata-mata tetapi boleh berfikir sepertimana ciri-ciri seorang
pelajar sejarah dan sejarawan.
Bagaimanapun kajian Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam bertajuk „Ke Arah
Mencapai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Pemikiran Kritis dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Sejarah‟ melihat niat Kementerian Pendidikan ini berhadapan
dengan masalah apabila ramai yang terlibat tidak berterus terang memikirkan
apakah mungkin pemikiran kritis sejarah dapat diterapkan jika pemahaman
terhadap kaedah dan disiplin sejarah belum dihayati dan dikuasai oleh banyak
pihak. (Ahmat Adam, 2015). Beliau menyifatkan perkara yang menghalang
kepada keupayaan penerapan pemikiran dalam pengajaran sejarah ialah
ketiadaan ciri-ciri objektiviti dan impartiality dalam penulisan buku teks tetapi
sebaliknya, terdapat keghairahan untuk menaburkan unsur-unsur propaganda di
dalamnya. (Ahmat Adam, hlm. 4)
Penambahbaikan buku teks sejarah mengikut konsep penulisan sejarah yang
sebenar sememangnya perlu dilakukan memandangkan terdapat kandungan
buku teks sejarah tidak menepati ciri-ciri penulisan sejarah. Selain banyak
kesalahan fakta, kaedah penerapan sifat inkuiri kepada pelajar juga tidak dibuat.
Sumber-sumber penulisan juga tidak menitik beratkan sumber primer. Ahmat
Adam (2015) juga menyifatkan sikap penggubal silabus dan penulis buku teks
yang berat sebelah juga boleh menafikan pemahaman pelajar yang seimbang.
Beliau memberi contoh peranan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan peranannya dalam sejarah pembinaan
nasion. Menurutnya;
Dengan menegaskan berkali-kali sikap pro Malayan Union pertubuhan PUTERA-
AMCJA (Sejarah Tingkatan 5, 2013;99-100) tanpa menyatakan juga bahawa
gabungan itu pun menentang Malayan Union apabila British enggan
memasukkan Singapura ke dalam kesatuan Malaya, penulis buku teks telah
28
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
memperayakan prasangka dan sikap berat sebelahnya secara „gamblang‟ dan
dengan nada ini dia pun memberikan gambaran bahawa PKMM „bersifat Barat
serta (bertujuan) menghapuskan system feudal Melayu dan tidak mengiktiraf
kuasa raja dan pembesar Melayu, tanpa merujuk dengan rinci kepada
perlembagaan rakyat yang digubal oleh badan gabungan itu dan tanpa pula
memberikan hujah sejarah menurut konteks masa dan sebab dan akibat
peristiwa itu. Dengan sikap yang memihak ini maka tujuan murid belajar sejarah
tanah air telah dipesongkan ke arah sesuatu yang bersifat berat sebelah. (Ahmat
Adam, hlm. 6)
Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim juga ada membincangkan kelemahan-kelemahan
buku teks termasuk tidak menepati ciri-ciri penulisan sejarah. Beliau mendapati
buku teks yang digunakan di sekolah banyak kesilapan fakta yang mesti
dibetulkan bagi memastikan pelajar mendapat maklumat tepat. (Berita Harian, 12
November 2007). Selain itu, gaya penulisan dalam buku teks sejarah sekolah
menengah juga tidak menerangkan secara jelas sesuatu peristiwa secara
terperinci. Beliau memberi contoh kesilapan fakta dalam buku teks sejarah
Tingkatan Dua yang antara lain menceritakan mengenai peristiwa perjanjian
Inggeris-Kedah membabitkan Francis Light dengan Sultan Kedah pada tahun
1786. Sejarah menunjukkan tiada sebarang persefahaman atau perjanjian
ditandatangani berhubung perkara itu kerana ia dibantah Syarikat Hindia Timur
Inggeris ketika itu, manakala pendudukan Francis Light di Pulau Pinang dibuat
secara paksaan.
Selain itu, fakta yang menyatakan Negeri Selat hanya membabitkan tiga negeri
iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga tidak tepat kerana Dinding
pernah menjadi Negeri Selat sebelum diserahkan kepada kerajaan Perak pada
tahun 1936. Penerangan bagi setiap topik sejarah yang diketengahkan juga tidak
terperinci menyebabkan pelajar hanya mengetahui sesuatu peristiwa secara
asas dan menghafal fakta tanpa diperkukuhkan dengan kefahaman menyeluruh
rentetan sebenar peristiwa. Akibatnya, Prof Khoo Kay Kim berpendapat pelajar
kurang minat subjek sejarah dan apabila mereka memasuki institusi pengajian
tinggi, pengetahuan mereka sangat cetek malah ada yang gagal mengingati apa
yang diajar di sekolah (Berita Harian, 12 November 2007).
Masalah-masalah ini menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk membentuk
pemikiran sejarah yang memerlukan murid mempelajari sejarah berdasarkan
konsep memahami kronologi, meneroka setiap isu dengan bukti-bukti dan
seterusnya membentuk interpitasi yang mantap berdasarkan fakta-fakta yang
konkrit. Peter Seixas (2004) menjelaskan bahawa dalam disiplin penulisan
sejarah, elemen-elemen asas yang boleh membentuk pemikiran sejarah kepada
pembaca sepatutnya diterapkan. Elemen tersebut termasuk kepentingan
peristiwa, epistemologi dan bukti, kesinambungan dan perubahan,
perkembangan dan kemerosotan, empati dan penilaian moral. Penerapan
elemen-elemen disiplin sejarah ini mampu meransang pemikiran sejarah
pembaca dan dalam konteks buku teks di sekolah, pembaca merupakan pelajar
29
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
dan guru. Sebab itulah buku teks yang ditulis perlu menitik beratkan ransangan
supaya pelajar akan berfikir sebaik sahaja membaca buku teks. Asas untuk
meransang proses berfikir pelajar adalah penerapan sifat ingin tahu dalam diri
pembaca (pelajar).
Secara ringkas, pemikiran sejarah yang cuba diterapkan dalam mata pelajaran
sejarah melibatkan pemahaman kronologi peristiwa, meneroka bukti, membuat
interpitasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi.(Hajah Sharifah et. al.,
2004) Oleh yang demikian, perbincangan seterusnya akan melihat samada
elemen-elemen ini diterapkan dalam penulisan buku teks dengan merujuk
kepada tajuk bab 6 buku teks tingkatan tiga „Malaysia Negara Berdaulat‟.
Penulisan Sejarah dan Buku Teks Sejarah
Buku teks sejarah ditulis serta mendapat nasihat pakar rujuk daripada beberapa
sejarawan. Bagaimanapun, sepertimana pandangan Prof Emeritus Dr Ahmat
Adam, penerapan pemikiran kritis dalam pendidikan sejarah di sekolah-sekolah
tidak dapat diterapkan disebabkan banyak pihak yang mungkin tidak faham
dengan kaedah dan falsafah disiplin sejarah itu belum dapat dikuasai dan
dihayati oleh banyak pihak, termasuk sesetengah anggota kaum sejarawan
sendiri. Sepertimana Marc Bloch (Bloch 1953, hlm. 138-144, dalam Ahmat Adam
et.al, 2015: hlm. 4) teras disiplin sejarah adalah impartiality, iaitu „Sejarawan
bukan untuk menghakimi tetapi memahami‟.
Penghasilan buku teks Sejarah dibuat untuk menjadikan buku teks berkualiti dan
bertaraf dunia dengan berfokus kepada Falsafah Pendidikan Negara dengan
harapan akan melahirkan individu mengikut acuan Malaysia. (Ramlah Adam,
et.al, 2004: hlm. VIII). Satu contoh perbandingan penulisan sejarah dan
penulisan buku teks Sejarah dilihat dalam buku teks Tingkatan 3 dalam tema
„Pembentukan Persekutuan Malaysia‟ bab 7 dan „Malaysia Negara berdaulat‟.
Perbandinan dibuat dengan merujuk elemen penulisan sejarah berdasarkan
beberapa buku penulisan dan pemikiran sejarah seperti buku „Apakah Sejarah‟
oleh Carr, E.H. (terjemahan Abdul Rahman Ismail), Collingwood, R.G. bertajuk
„Idea Sejarah‟ (terjemahan Muhd. Yusof Ibrahim) dan tulisan-tulisan sejarawan
tempatan seperti Ishak Saat, „Penulisan Sejarah‟ 2010, Muhd. Yusof Ibrahim,
„Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah,‟
Selain itu, beberapa kandungan dalam buku teks ini dilihat berdasarkan
kesesuaian dengan sumber-sumber primer yang diperolehi daripada National
Archives Kew, London seperti fail-fail Colonial Office (CO), Dominions Office
(DO) dan Cabinet Office (CAB) dan sumber-sumber primer lain seperti Penyata
Dewan Rakyat, minit mesyuarat dan Laporan. Beberapa tulisan sejarawan yang
membuat kajian terhadap pembentukan Malaysia dan menggunakan sumber
primer dalam tulisannya seperti A.J. Stockwell, 2004. „British Documents on the
End of Empire‟ dan Mohamed Noordin Sopiee, 1974. „From Malayan Union to
Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965‟
juga dirujuk bagi memantapkan bukti. Beberapa sumber sekunder seperti
30
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
suratkhabar Straits Times, Berita Harian dan North Borneo News juga digunakan
untuk tujuan yang sama.
Penulisan Sejarah dalam Tajuk ‘Malaysia Negara Berdaulat’
Proses membentuk pemikiran sejarah melalui penulisan seharusnya dimulakan
dengan membuat penulisan dalam bentuk kronologi. Penulisan dalam bentuk
kronologi membolehkan pembaca (pelajar) boleh melihat masa lalu, masa kini
dan akan datang, memahami konsep masa dan konversi masa. Bagaimanapun
penulisan tidak sepenuhnya dibuat dalam bentuk kronologi mahupun tematik,
sebaliknya masih terikat dengan penulisan yang tertumpu kepada peperiksaan,
seperti menyenaraikan matlamat-matlamat pembentukan persekutuan Malaysia
tanpa menyediakan pelajar satu kronologi peristiwa pembentukan Malaysia.
(Buku Teks Tingkatan 3: hlm. 205).
Sebenarnya, idea penyatuan wilayah-wilayah jajahan British di Asia Tenggara
sudah disuarakan pada tahun 1887 oleh pengarah British North Borneo
Company, Lord Brassey yang kemudiannya mengemukakan kepada kabinet
British pada tahun berikutnya (Mohammed Noordin Sopiee, 1974). Pada tahun
1930, Gabenor Malaya Sir Cecil Clementi (A.J. Stockwell, 2004) juga
menyuarakan hal yang sama diikuti oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Asia
Tenggara, Malcom MacDonald pada tahun 1949. (Dominions Office (DO)
169/24, 1960-1961). Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya pula telah
mula memikirkan pembentukan sebuah wilayah yang besar dengan mengalu-
alukan Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara untuk bersama-sama
dalam persekutuan semasa perhimpunan Agung UMNO pada 26 Disember
1955. (Straits Times, 27 Disember 1955).
Oleh yang demikian, matlamat kerajaan Malaya dan British untuk membentuk
sebuah persekutuan yang besar sudah dijelaskan sebelum 1960. Bagi kerajaan
British, pembentukan persekutuan merupakan salah satu jalan penyelesaian
terhadap masa depan wilayah-wilayah tanah jajahannya. Ini sepertimana yang
terkandung dalam minit mesyuarat pada 23 Januari 1960 yang dipengerusikan
oleh Sir Dennis Allen di Phoenix Park, Singapore. (Colonial Office (CO)
1030/1078, 1960-1962). Bagi kerajaan Malaya dan Tunku Abdul Rahman,
matlamat pembentukan gagasan Malaysia sudah disuarakan kepada Setiausaha
Hubungan Luar British, Lord Home dan Menteri Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord
Perth pada bulan Jun 1960 (Colonial Office (CO) 1030/1078, 1960-1962). Pada
pertemuan ini, Tunku Abdul Rahman hanya menyatakan minatnya untuk
bergabung dengan Brunei atau Brunei dan Sarawak sahaja dan bukan dengan
Singapura dan Borneo Utara. (Dominions Office (DO) 169/24, 1960-1961).
Matlamat penubuhan Malaysia yang disenaraikan dalam tajuk „Malaysia yang
Berdaulat‟ juga tidak mengambil kira matlamat British dalam penyatuan wilayah-
wilayah tanah jajahan sebaliknya hanya mengambil kira matlamat kerajaan
Malaya khususnya faktor keseimbangan kaum. Tulisan jelas mempunyai unsur-
unsur menghakimi dan bukan memahami. Dalam ertikata lain, konsep
31
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
impartiality yang ditekankan dalam penulisan sejarah tidak dititikberatkan. Selain
itu penulis juga tidak menekankan objektiviti apabila beberapa kenyataan tidak
tepat dan bersifat bias. Ini antara lain dapat dilihat dalam senarai tujuan
penubuhan Malaysia adalah mempercepatkan kemerdekaan memandangkan
wilayah-wilayah Borneo dan Singapura terlalu kecil untuk mendapatkan
kemerdekaan. (hlm. 205) Bagaimanapun, catatan kolonial membuktikan
Singapura sudah diberi kemerdekaan pada tahun 1959 dan Brunei pula
merupakan wilayah „self-governing State‟ dan dibawah perlindungan British
(protected State). (Colonial Office (CO) 1030/992, 1960-1962). Hanya Sarawak
dan Borneo Utara yang masih berstatus koloni pada masa Malaysia
diperkenalkan.
Lai En kong seorang pemimpin tempatan Borneo Utara bagaimanapun
memberitahu wakil Malaya, Singapura dan Sarawak semasa mesyuarat
Malaysia Solidarity Consultative Committee pada 24 Ogos 1961, British boleh
memberikan kemerdekaan kepada Sarawak dan Borneo Utara pada bila-bila
masa dan tidak perlu bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk
menghadapi British sepertimana pandangan wakil Malaya dalam mesyuarat
tersebut, Encik Mohamed Ismail Mohd Yusof (Colonial Office (CO) 1030/1002,
1960-1962). Lagipun, pada tahun 1960, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
telah mengeluarkan resolusi bebas penjajahan, Resolusi 1514 Declaration on
the Granting of Independence to Colonial Countries General Assembly
Resolution (XV). Resolusi ini adalah arahan kepada semua negara-negara
penjajah untuk berundur daripada wilayah jajahan masing-masing dan wilayah-
wilayah tersebut juga akan diberi beberapa pilihan untuk berkerajaan sendiri
atau diberi kemerdekaan tanpa peperangan. Dalam ertikata lain, British dengan
sendiri akan berundur daripada wilayah jajahannya selepas tahun 1960 tanpa
wilayah-wilayah Borneo yang belum merdeka itu mengangkat senjata atau
berjuang mendapatkan kemerdekaan.
Kelemahan mengemukakan unsur objektiviti dalam penulisan bertajuk „Malaysia
Negara Berdaulat‟ berpunca daripada kurangnya sumber-sumber primer. Salah
satu kemungkinan juga adalah penulis tidak membuat kajian dalam bidang yang
ditulis menyebabkan tulisannya lebih kepada penulisan sejarah yang umum
ataupun penulis terikat dengan hasrat Kementerian yang telah menetapkan
kandungan buku teks selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu
melahirkan individu mengikut acuan Malaysia.
Menyediakan Bukti melalui Sumber-sumber Primer
Sejarah sangat mementingkan sumber primer seperti dokumen rasmi dan
dokumen tidak rasmi termasuk manuskrip dan hasil penemuan ahli-ahli
arkeologi. Dokumen rasmi termasuklah minit-minit mesyuarat, laporan dan
rekod-rekod kerajaan serta rekod-rekod kolonial yang disimpan di dalam Colonial
Office (CO), Foreign Commonwealth Office (FCO), Foreign Office (FO), Cabinet
Office (CO) dan Public Record Office (PRO). Bagaimanapun, ciri penting
penulisan sejarah ini tidak ditemui dalam tajuk „Malaysia Negara Berdaulat‟,
32
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Sumber-sumber yang digunakan kebanyakannya adalah buku iaitu sumber
kedua. Sumber kedua adalah satu tulisan, analisis, sintesis, tafsiran atau
penilaian semula terhadap sumber asal (Ishak Saat, 2010). Kebergantungan
kepada sumber-sumber kedua menyebabkan penulisan „Malaysia Negara
Berdaulat‟ tidak menepati ciri-ciri penulisan sejarah. Bagaimanapun, penulis
buku telah juga menggunakan beberapa sumber primer daripada penyata
parlimen dan ucapan. Ini sepertimana usul gagasan Persekutuan Malaysia yang
dibentangkan di parlimen pada 16 Oktober 1961 menggunakan Penyata
Perbahasan Parlimen 16 Oktober 1961, Jilid III, No. 16. Begitu juga kenyataan
Tunku Abdul Rahman dalam perbahasan Parlimen pada 28 April 1962 mengenai
kedudukan wilayah-wilayah yang menyertai persekutuan Malaysia.
Sungguhpun demikian, penulis tidak mempelbagaikan sumber primernya.
Sumber primer seperti ucapan dan perbahasan parlimen hanya merujuk kepada
ucapan Perdana Menteri Malaya dan kenyataannya di parlimen. Ini
menyebabkan kandungan buku teks hanya melihat dari sudut satu pihak dan ini
tidak dapat memberi penjelasan yang mendalam mengenai peristiwa sebenar
pembentukan Malaysia. Beberapa sumber kolonial yang mengandungi dokumen
penting pembentukan Malaysia dan sesuai sebagai sumber untuk tema
„Malaysia Negara Berdaulat‟ sebenarnya boleh dirujuk dalam dokumen CO
1030/1002 The Greater Malaysia Solidarity Consultative Committee, 1960-1962,
CO 1030/992 Cabinet Committee on Greater Malaysia, 1960-1962, CO
1030/1009 Greater Malaysia: Commission of Enquiry, 1960-1962, CO 1030/1016
Greater Malaysia: Report of the Commission of Enquiry, 1960-1962., CO
1030/1024 Discussions with the Tunku in London: July 1962, CO 1030/1027
Greater Malaysia; Consideration of the Commission of Enquiry: The Report,
Errata, Summary of Report and Summary of Letters, 1960-1962, CO 1030/1031
Greater Malaysia: Preparation for Malaysia, 1960-1962. CO 1030/1035 The
Federation of Malaysia, 1960-1962.CO 1030/1063 The Federation of Malaysia:
Preparation of Malaysia. Federal Constitution under Malaysia, 1960-1962.
Selain itu, beberapa fakta penting dalam perbincangan ini juga tidak dinyatakan
sumbernya. Beberapa pernyataan sepertimana pernyataan halaman 206 „Parti
PAS, misalnya, menyokong idea pembentukan Persekutuan Malaysia tetapi parti
tersebut juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi
Indonesia.‟ Jika melihat kepada bibliografi buku teks, beberapa sumber seperti
buku Ibrahim Ismail, 1992. Menuju Kelahiran Malaysia, Lofti Ismail, 1988.
Sejarah Malaysia 1400-1963, Milne, R.S. dan Mauzy, D.K., 1997. Politics and
Government in Malaysia, Mohd. Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-
1963), Mohamed Noordin Shopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore
Separation, Mohd. Nor Abdullah, 1976. Kemasukan Sabah dan Sarawak ke
Dalam Persekutuan Malaysia, Nik Anuar Nik Mahmud, 2000. Konfrantasi
Malaysia Indonesia dan James Ongkili, 1967. The Borneo Response to Malaysia
1961-1963 merupakan buku-buku yang membincangkan pembentukan Malaysia.
Penulis buku sepatutnya menyatakan sumber bagi setiap fakta bagi
33
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
membuktikan fakta itu diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh
dipercayai.
Cadangan penulis tema „Malaysia Negara Berdaulat‟ untuk mendapatkan
maklumat-maklumat tambahan di laman web-laman web seperti
http://www.city.com.my/malaysia-history.htm untuk maklumat penubuhan
Persekutuan Malaysia dan http://en.wikipedia.org/wiki/ History of Malaysia bagi
maklumat tentang reaksi negara jiran dan konfrontasi penubuhan Persekutuan
Malaysia juga tidak menepati ciri-ciri penulisan sejarah yang mementingkan
penyelidikan di arkib. Beberapa buah buku dan jurnal yang bersifat ilmiah
sebenarnya masih banyak dan jauh lebih baik daripada lamanweb-lamanweb
yang dicadangkan seperti Barbara W. Andaya dan Leornard Andaya, A History
of Malaysia, Ho Ah Chon, The Formation of Federation of Malaysia dan R.S.
Milne dan Diane K. Mauzy, Politics and Government in Malaysia. Reaksi jiran
dan konfrontasi banyak dibincangkan dalam buku Nik Anuar Nik Mahmud,
Konfrontasi Malaysia – Indonesia dan A.G. Mazerik, Malaysia-Indonesian
Conflict.
Cadangan mendapatkan maklumat-maklumat tambahan di internet
sememangnya memudahkan pelajar tetapi adalah penting untuk memastikan
lamanweb tersebut menyediakan maklumat-maklumat yang betul dan bersifat
ilmiah. Lagipun, buku-buku ilmiah sebenarnya masih boleh diperolehi dalam
talian sepertimana buku A.J. Stockwell, British Document on the End of Empire.
Beberapa dokumen tentang pembentukan Malaysia juga boleh diperolehi melalui
talian daripada arkib-arkib luar negara sepertimana dokumen-dokumen dalam
bentuk Cabinet Office (CAB) yang boleh diperolehi melalui lamanweb National
Archives Kew, London.
Kesilapan Fakta dalam Penulisan Buku Teks
Penggunaan sumber kedua atau sumber-sumber yang tidak dibuktikan nilai
ilmiah akan menyebabkan beberapa kesilapan fakta dan sekaligus
menyebabkan interpitasi juga salah. Dalam tajuk „Malaysia Negara Berdaulat,‟
terdapat beberapa fakta dan interpitasi yang salah kerana tidak ditunjukkan
sumber yang tepat. Frasa “Setelah berjaya membebaskan Persekutuan Tanah
Melayu daripada belenggu penjajah British, perjuangan Tunku seterusnya adalah
untuk membebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.” meragukan
kerana frasa tidak menyertakan bukti sumber yang tepat bagi menjelaskan
usaha Tunku membebaskan wilayah-wilayah tersebut daripada penjajahan
British.
Lagipun, seperti yang disebutkan sebelum ini, pada tahun 1960 Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan Resolusi 1514 Declaration on the
Granting of Independence to Colonial Countries General Assembly Resolution
(XV), resolusi yang memberi arahan kepada semua negara-negara penjajah
untuk berundur daripada wilayah jajahan masing-masing dan wilayah-wilayah
tersebut juga akan diberi beberapa pilihan untuk berkerajaan sendiri. Sebab
34
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
itulah, kerajaan koloni British di Borneo telah mencari jalan penyelesaian masa
depan kawasan jajahan British selepas Resolusi 1514 dikeluarkan dan tidak
timbul soal membebaskan wilayah-wilayah jajahan British oleh Tunku Abdul
Rahman. (DO 169/24 (185), Memorandum „The Possibility of a Federation of the
Borneo Territories, Singapore and the Federation of Malaya.‟ January 1961.).
British secara serius membincangkan penyelesaian masa depan wilayah-wilayah
jajahannya pada bulan Januari 1960 apabila mesyuarat bagi membincangkan
masa depan wilayah-wilayah ini dibuat di Phoenix Park, Singapore pada 23
Januari 1960 dan sekali lagi dibuat pada 29 Mac 1960 di tempat yang sama. (CO
1030/1078 (E4) Record of Meeting on Borneo Territories, Held at Phoenix Park,
Singapore, 23 January 1960, hlm 93). Olehkerana itu, Tunku sebenarnya tidak
terlibat banyak dalam usaha membebaskan wilayah-wilayah yang disebutkan
dalam mukasurat 202, bab 7 „Malaysia Negara Berdaulat‟, buku teks Sejarah
Tingkatan 3. Beberapa dokumen koloni British hanya menyatakan Tunku rapat
dengan beberapa pemimpin Borneo khususnya sultan Brunei, Sultan Omar Ali
Saifuddin yang sedikit sebanyak menyukarkan British merancang jalan
penyelesaian masa depan wilayah-wilayah jajahannya. (CO 1030/558
Memorandum on Closer Association by Roland Turnbull, 21 October 1959.).
Selain beberapa fakta dan interpitasi yang tidak menyakinkan, beberapa
perincian peristiwa juga tidak dapat meransang pemikiran inkuiri pelajar. Ini
sepertimana frasa dalam muka surat 202, 7.1 Gagasan Persekutuan Malaysia
dibawah tajuk Cadangan Tunku Abdul Rahman yang menyatakan, “Tunku Abdul
Rahman telah mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia dalam suatu
majlis makan tengahari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di
Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961”. Kenyataan ini menimbulkan
beberapa persoalan khususnya titik penting bagaimana rancangan Malaysia
dibangkitkan. Peristiwa-peristiwa yang menyebabkan Tunku mengumumkan
rancangan Malaysia seharusnya perlu dinyatakan. Sebab titik mula rancangan
Malaysia dibuat oleh Tunku adalah pelawaannya sebelum tahun 1957 untuk
mengalu-alukan wilayah-wilayah jajahan British untuk turut serta dalam
persekutuan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. (Mohamed
Noordin Sopiee, 1974, hlm. 30.) Hubungan rapat Tanah Melayu dengan Brunei
juga perlu dijelaskan bagi memperlihatkan bagaimana hubungan Tunku dan
Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah Borneo bermula.
Bagaimanapun, titik penting yang menjadikan rancangan Malaysia Tunku
dibincangkan dengan serius oleh kerajaan Tanah Melayu dan Britain adalah
pertemuan Tunku dengan Menteri-menteri Britain pada bulan Jun 1960.
Pertemuan Tunku dengan Setiausaha Hubungan Luar British, Lord Home dan
Menteri Hal Ehwal Tanah jajahan, Lord Perth pada 3 Jun 1960 telah membuka
lembaran baru kepada rancangan Malaysia Tunku (CO 1030/1078 (9)
Memorandum, „The Future of the Borneo‟. March 1960, hlm. 61). Ini kerana
selepas pertemuan tersebut, rancangan Tunku telah mendapat perhatian
Perdana Menteri Britain, Harold Macmillan. Macmillan kemudiannya telah
35
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
mengarahkan pegawai-pegawai British di pejabat Kolonial Asia Tenggara
termasuk Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Geofroy Tory dan Lord Selkirk,
Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara untuk membuat kajian lanjut
mengenai rancangan Tunku. Bagaimanapun tindakan Tunku membuat
pengumuman cadangan gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961 tidak disenangi
oleh kerajaan British kerana cadangan tersebut masih dalam perbincangan
pegawai-pegawai British. (The Straits Times, 29 Mei 1961).
Pernyataan tajuk „Malaysia Negara Berdaulat‟ bahawa idea cadangan gagasan
Malaysia mendapat sambutan positif daripada pemimpin-pemimpin wilayah
terbabit (Kementeriaan Pelajaran Malaysia, Sejarah Tingkatan 3, hlm. 203) boleh
dipertikaikan kerana kerajaan British tidak setuju wilayah-wilayah Borneo
dilibatkan dalam kadar segera dalam Malaysia sepertimana hasil pertemuan
pegawai-pegawai British di Pejabat Tanah Jajahan pada 26 dan 27 Jun 1961.
(CO 1030/981 Meeting of the Grand Design, 26 June 1961). Gabenor Borneo
Utara juga melihat idea Tunku yang terdesak untuk mendapatkan wilayah-
wilayah Borneo kerana masalah komposisi kaum di Malaya dan Singapura. (CO
1030/1022 (1) William Goode to W.I.J Wallace, Papers Presented to the Cobbold
Commission by North Borneo Officials. Memorandum by Sir William Goode,
Governor North Borneo, 17 April 1962, hlm. 94).
Pemimpin-pemimpin di wilayah Borneo juga tidak menunjukkan sambutan positif
terhadap rancangan Malaysia. Beberapa kenyataan pedas dikeluarkan oleh
pemimpin-pemimpin Borneo di surat khabar-surat khabar tempatan sepertimana
kenyataan pemimpin Borneo Utara, Donald Stephens dalam suratkhabar North
Borneo News miliknya pada 7 July 1961 yang mendakwa rancangan Malaysia
adalah usaha untuk menjadikan Borneo Utara, Sarawak dan Brunei negeri-
negeri ke 12, 13 dan 14 dalam Persekutuan Tanah Melayu. (North Borneo News,
7 July 1961) Penentangan ini memuncak pada 5 Julai 1961 apabila United Front
ditubuhkan oleh Ong Kee Hui (Sarawak), Donald Stephens (Borneo Utara) dan
A.M. Azahari (Brunei) yang membuat kenyataan tegas kepada kerajaan British
supaya lebih sensitif dengan harapan rakyat di ketiga-tiga wilayah Borneo
(Straits Times, 10 Julai 1961).
Huraian dalam buku teks tajuk „Malaysia Negara Berdaulat‟ juga menyatakan
bahawa reaksi politik di Sabah sebahagian besarnya menyokong dengan
beberapa buah parti menyokong dengan syarat-syarat tertentu. Dalam bab ini
dinyatakan dalam jadual bahawa Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu
(UNKO) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), menyokong sejak
awal sementara United Party (Parti Bersatu) dan Democratic Party (Parti
Demokratik) menyokong dengan syarat-syarat tertentu. Hanya United Pasok
Momogun Party menentang pembentukan tetapi akhirnya menyokong cadangan
tersebut. (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Sejarah Tingkatan 3, hlm.
208). Liberal Party yang turut sama memberikan pandangan kepada
Suruhanjaya Cobbold pula tidak dimasukkan dalam jadual dalam halaman 208.
36
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Bagaimanapun, jadual yang ditunjukkan gambaran reaksi-reaksi politik tersebut
yang bukanlah reaksi yang sebenar ditunjukkan oleh parti-parti politik di Sabah.
Ketika suruhanjaya Cobbold menjalankan kerja-kerja suruhanjaya, kerajaan
Britain melaporkan bahawa hanya dua parti politik yang benar-benar pro
Malaysia, sementara Democratic Party bersedia untuk menerima Malaysia.
United Party pula mengganggap British tidak mempunyai hak undang-undang
dan moral untuk membuat keputusan bagi pihak Borneo Utara sepertimana yang
dinyatakan;
…of the leading political parties, two (generally pro-Malaysia) have welcomed the
joint statement, one (mainly Chinese) is stated to be prepared to face realities
and to accept Malaysia, one (native) has not yet published its reaction, and one
(mainly Chinese) has declared that the British Government had no moral or legal
right to make a decision recorded in the joint statement. The civil service reaction
was, in general, glum particulary among local officers; but expatriate officers were
relieved that a compensation scheme would be introduced on the transfer of
sovereignty. (CO 1030/1035 (35) Local Reactions in the Borneo Territories to the
Cobbold Commission Report, 21 August 1962.)
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, terdapat beberapa kelemahan dalam buku teks sejarah
tingkatan tiga untuk tema enam “Malaysia Negara Berdaulat” jika dilihat dari
sudut konsep penulisan sejarah khususnya unsur-unsur impartiality dan
objektiviti. Penerapan elemen pemikiran sejarah dalam penulisan buku teks ini
juga secara tidak langsung tidak dapat diterapkan apabila elemen asas dalam
penulisan sejarah tidak diambil kira. Beberapa aspek yang tidak dititikberatkan
dalam penulisan ini adalah perbincangan yang tidak dibuat dalam bentuk
kronologi bagi meransang beberapa persoalan. Gaya penulisan tidak meransang
pembaca untuk bertanya lebih lanjut (pemikiran inkuiri). Perbincangan juga
kebanyakkannya disesuaikan untuk tujuan merangka jawaban untuk soalan-
soalan yang berkemungkinan akan keluar dalam peperiksaan. Bukti-bukti yang
disediakan dalam perbincangan juga tidak merujuk kepada sumber-sumber
primer atau tulisan-tulisan sejarawan yang mengkaji sejarah pembentukan
Malaysia. Apabila bukti yang disediakan dalam buku teks diragui sumber-
sumbernya, maka interpitasi juga tidak begitu kukuh.
Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya lebih komplikated daripada apa
yang diterangkan dalam bab 7 buku teks bertajuk „Malaysia Negara Berdaulat‟
dan memerlukan satu matapelajaran khusus untuk membincangkannya. Banyak
isu dan peristiwa yang perlu dijelaskan bagi membincangkan proses
pembentukan Malaysia. Beberapa peristiwa penting seperti persoalan
bagaimana cadangan pembentukan Malaysia muncul, isi penting mesyuarat
Malaysia Solidarity Consultative Committee, kerja-kerja suruhanjaya Cobbold
dan Laporannya, mesyuarat Inter Governmental Committee dan laporannya
serta kandungan penting Perjanjian Malaysia perlu dibincangkan bagi
37
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
memastikan pelajar mendapat maklumat yang tepat dan seterusnya menghargai
kesukaran-kesukaran semasa proses pembentukan Malaysia. Melalui
pembelajaran seperti ini sahaja pelajar akan dapat menyemai perasaan
patriotismenya yang sebenar.
Secara keseluruhannya, penulisan buku teks perlu memikirkan untuk mengambil
kira bentuk penulisan sejarah yang sebenar bagi melahirkan pemikiran sejarah
dalam kalangan pelajar. Bagi tujuan memupuk budaya berfikir secara kritis dan
penerapan elemen pemikiran sejarah, penulis buku teks harus membincangkan
dengan terperinci apa-apa fakta menggunakan sumber-sumber primer. Guru
sejarah yang biasanya terikat dengan buku teks ketika mengajar, akan
menghadapi kesukaran menerapkan elemen pemikiran sejarah kepada murid
sekiranya buku teks tidak ditulis dengan betul mengikut fakta yang sebenar.
Kebergantungan guru kepada buku teks sebenarnya bukanlah isu besar kerana
status buku teks sebagai rujukan utama guru menunjukkan bahawa seharusnya
guru mengoptimumkan penggunaan buku teks ketika mengajar.
BIBLIOGRAFI
CO 1030/1002 The Greater Malaysia Solidarity Consultative Committee, 1960-62
CO 1030/992 Cabinet Committee on Greater Malaysia, 1960-1962.
CO 1030/1009 Greater Malaysia: Commission of Enquiry, 1960-1962.
CO 1030/1016 Greater Malaysia: Report of the Commission of Enquiry, 1960-
1962.
CO 1030/1024 Discussions with the Tunku in London: July 1962.
CO 1030/1027 Greater Malaysia; Consideration of the Commission of Enquiry:
The Report, Errata, Summary of Report and Summary of Letters, 1960-
1962.
CO 1030/1031 Greater Malaysia: Preparation for Malaysia, 1960-1962. CO
1030/1035 The Federation of Malaysia, 1960-1962.
CO 1030/1063 The Federation of Malaysia: Preparation of Malaysia. Federal
Constitution under Malaysia, 1960-1962.
DO 169/24 The Future of The Borneo Territories, 18/5/60-1/6/61.
North Borneo News, 7 July 1961
Straits Times, 29 May dan 10 July 1961, 27 Disember 1955
38
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Berita Harian, 12 November 2007.
Penyata Dewan Rakyat, 16 Oktober 1961
Carr E.H., (1984). Apakah Sejarah (Terjemahan Abdul Rahman Ismail), Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Collingwood, R.G. (1985). Idea Sejarah (Terjemahan Mohd Yusof Ibrahim),
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stockwell, A.J., (2004.) British Documents on the End of Empire, Series B
Volume 8 Malaysia: Institute of Commonwealth Studies in University of
London, The Stationery Office (TSO).
Ishak Saat,(2010.) Penulisan Sejarah, Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.
Hamdan Aziz et.al, (2014.) Metodologi Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur,
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Mohamed Noordin Sopiee, (1974.) From Malayan Union to Singapore
Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhd Yusof Ibrahim, (2000.) Ilmu Sejarah: Falsafah, pengertian dan Kaedah,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2009.) Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
E.H.Carr, (1961.) What is History. London: Penguin Books.
Wilson, S.M., (1989.) Parades of Facts, Stories of the Past: What do Novice
History Teachers Need to Know. Competing Visions of Teacher
Knowledge: Proceedings form an NCRTE Seminar for Education
Pollcymakers, Washington D.C.
Ahmat Adam, (2015.) „Ke Arah Mencapai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi:
Pemikiran Kritis dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.‟ Dalam
Simposium Janji Sejarah: Asas Berfikiran Aras Tinggi, Anjuran Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya, 22-23 Januari 2015.
Khoo Kay Kim, (2015.) „Memupuk Kemahiran Berfikiran Sejarah.‟ Dalam
Simposium Janji Sejarah: Asas Berfikiran Aras Tinggi, Anjuran Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya, 22-23 Januari 2015.
39
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
KAJIAN ILUSTRASI DALAM PENERBITAN SURAT KHABAR,
BUKU DAN MAJALAH
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim
[email protected]
PENGENALAN
Ilustrasi merupakan gabungan elemen-elemen garisan yang menghasilkan imej
gambar atau lukisan untuk menerangkan dan menghiasi sesuatu dalam buku,
majalah dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2004). Blackburn, H. (2010:1)
menjelaskan bahawa lukisan adalah ilustrasi manakala ilustrasi itu sendiri adalah
lukisan. Dalam erti kata yang lain, bidang seni halus adalah sebahagian daripada
menghasilkan lukisan atau ilustrasi. Kemudian ia berkembang dalam proses
menyediakan dan menghasilkan karya lain seperti foto, gambar rajah yang
diiringi teks sama ada bercetak, lisan, atau elektronik (Fleishman, M., 2004:3).
Ilustrasi dipersembahkan melalui beberapa penampilan seperti peta, carta, rajah
atau elemen-elemen dekoratif dalam bentuk lakaran, lukisan, kartun, karikatur,
kulit buku, ilustrasi komik dan fotografi. Ilustrasi boleh dihasilkan dalam bentuk
lukisan pensel, lukisan pen, arang, kolaj atau menggunakan warna, sama ada
cat air atau akrilik.
Ilustrasi mempunyai fungsinya tersendiri. Fleishman, M. (2004:20) menyatakan
terdapatnya tiga fungsi utama dalam penghasilan ilustrasi iaitu menggambarkan
dekoratif, bermaklumat dan komentar. Dalam sejarah awal rekaletak buku,
ilustrasi dekoratif sangat dititikberatkan. Begitu juga dengan tulisan-tulisan cantik
yang diselangseli dengan ilustrasi flora dan fauna. Kemudian ilustrasi telah
berkembang kepada memberi maklumat yang bersifat huraian, laporan visual
yang terperinci memberi keterangan misalnya dalam sesebuah poster, ilustrasi
sangat penting untuk memudahkan penerangan teks. Kadangkala teks sahaja
tidak memberi kefahaman kepada pembaca. Setelah dimasukkan ilustrasi, teks
itu akan lebih difahami. Ilustrasi juga digunakan untuk membuat komentar dan
kritikan secara halus, humor dan sindiran namun berupaya untuk mendidik dan
memberi mesej kepada pembaca.
Ilustrasi dapat diklasifikasikan kepada lima bahagian, iaitu ilustrasi cerita, ilustrasi
artikel, ilustrasi sampul, karikatur dan vignet (Tim MGMP,1996:27-29). Vignet
dalam Bahasa Inggeris bermaksud dekorasi corak yang sering terbit dalam
majalah bagi mengisi ruang kosong sebagai hiasan semata-mata (Kamus
Oxford, 2000). Berdasarkan pembahagian tersebut kartun adalah termasuk
dalam ilustrasi cerita, satu kelompok dengan komik dan ilustrasi cerpen. Squires,
V. (1993:2) menyatakan struktur ilustrasi terbahagi kepada empat perkara
penting. Pertama adalah hiasan semata mata, kedua ilustrasi bersama dengan
beberapa kandungan arahan, ketiga tambahan teks penting bagi penjelasan
ilustrasi dan keempat terdapat ilustrasi yang jelas tanpa penggunaan teks seperti
dalam Rajah 1.1.
40
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Hiasan semata-mata
Hiasan dengan beberapa
kandungan
Tambahan teks sangat penting
sebagai arahan
Boleh berdiri sendiri tanpa teks
Rajah 1.1: Empat Jenis Struktur Dalam Penghasilan Ilustrasi.
Sumber : Squires, V., (1993:7)
Blackburn, H. (2010:2) menghuraikan tentang ilustrasi adalah merupakan objek
ulung dalam seni memberi kesan kepada daya imaginasi, hiasan, gaya dan
perhiasan berupa perwakilan untuk menggambarkan dan menjelaskan
kandungan teks. Manakala Fleishman, M. (2004:4) menjelaskan visual mata
memainkan peranan penting untuk menunjuk atau menggambarkan rasa emosi
atau keadaan fizikal apabila berdepan dengan ilustrasi. Terdapat gaya metafora
dan sedikit memprovokasi khalayak yang memandang. Kedua-dua pandangan
ini jelas memberi gambaran kesan ilustrasi yang pelbagai sifat dan gaya
memujuk untuk menarik penonton.
Seperti seni ilustrasi yang lain, kartun juga dimanfaatkan sebagai alat
pendidikan, selain bentuk alat hiburan, dan berfungsi sebagai dokumentasi visual
dan sejarah. Muliyadi Mahamood (1999:7) pernah menjelaskan bahawa pada
dasarnya kartun boleh dianggap sebagai seni lukis representasi juga simbolik
yang terkandung di dalamnya unsur-unsur sindiran dan kritikan berbau humor.
Fleishman, M. (2004:3) menjelaskan kedua-dua seni ilustrasi dan galeri seni
menerima penonton yang sama untuk menghayatinya. Kedua-duanya
menceritakan kisah dan menghantar mesej. Bagaimanapun terdapat satu
perbezaan asas yang menyebabkan kedua-duanya berada dalam kelasnya
tersendiri. Kandungan ilustrasi melaporkan dengan tepat tentang sesuatu
maklumat, butiran dan bersifat realistik terus menangkap pemahaman penonton
dan adakalanya bersifat menghibur. Ilustrasi biasanya mesti menjawab teras
soalan tentang siapa, apa, bila, di mana, dan mengapa untuk penonton.
Manakala galeri seni yang dipanggil "seni halus" tidak semestinya melakukan
seperti ilustrasi. Seni halus boleh membuat kenyataan politik, sosial, dan budaya
dengan bebas (Fleishman, M., 2004:3-4).
Pada pendapat Muliyadi Mahamood (2010:7), ilustrasi terbit dalam penerbitan
yang terikat dengan dasar-dasar penerbitan tersendiri dan undang-undang
berkaitan mesin cetak dan penerbitan. Beliau sedar akan faktor-faktor ini
mempengaruhi bentuk dan isi ilustrasi kartun dalam surat khabar. Sebaliknya,
41
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
karya-karya seni halus dipamerkan di galeri atau muzium yang dihayati dengan
jumlah penghayat yang kecil. Dasar-dasar penerbitan ilustrasi dalam surat
khabar mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu. Bidang hiburan misalnya
menekankan ilustrasi seperti kartun-kartun hiburan yang disukai ramai sebagai
daya tarikan, ilustrasi pengiklanan untuk menarik pelanggan serta fahaman
politik yang diperjuangkan atau dasar-dasar politik yang ditentangnya.
Kedudukan ilustrasi jika dibandingkan dengan seni halus di galeri adalah lebih
baik. Namun, Fleishman, M. (2004:4) tidak menafikan galeri seni tidak ada tujuan
dan kegunaan, cuma beliau lebih menekankan bahawa ilustrasi dicipta dan
diterbit atas permintaan dan kehendak masyarakat yang berterusan. Jadual 2.1
disusun dalam jadual bagi melihat perbezaan tersebut dengan lebih jelas.
Jadual 1.1: Perbezaan Seni Ilustrasi dan Seni Halus di Galeri Seni
Bil Seni Ilustrasi Seni Halus
1. Jumlah penghayat yang ramai Jumlah penghayat yang kecil.
2. Menampilkan banyak Menampilkan satu tema dan
cerita khusus dalam karya
maklumat, fakta, cerita, grafik,
hiasan, hiburan Mempunyai 4 jenis iaitu lukisan,
3. Mempunyai pelbagai jenis catan, arca dan cetakan
ilustrasi Tidak memasarkan secara
4. Potensi pasaran komersil yang komersil
tinggi Terhad (kecuali cetakan)
5. Dapat disalin cetak dengan
jumlah yang banyak Pelukis bebas berkarya dengan
6. Pelukis terikat dengan dasar tema dan subjek sendiri.
penerbitan untuk berkarya
Sumber: Squires, V.,1993; Fleishman, M. (2004); Muliyadi Mahamood (2010);
Ahmad Suhaimi (2007).
Dalam ilustrasi, penggunaan garisan memainkan peranan penting bagi
menjelaskan rupa imej yang menjadi fokus penyampaian maklumat dan mesej.
Garisan merupakan elemen seni yang paling asas dalam pembentukan ilustrasi.
Jenis-jenis garisan yang terhasil seperti tebal, nipis, melingkar, menegak,
berpancar dan sebagainya memberi banyak kegunaan dan pelbagai tafsiran
makna. Daripada garisan yang bersifat mudah lentur tersebut akan mula
menerbitkan elemen-elemen seni yang lain seperti rupa, jalinan dan bentuk yang
akan memberi kejelasan penuh terhadap penciptaan imej. Imej-imej yang
dijelmakan akan dizahirkan menerusi bahasa tampak. Bahasa tampak mungkin
lebih jujur dan mempaparkan kesan dari keterangan dalam bentuk penulisan itu
sendiri. Ini bermakna seni lukis menjadi bahasa komunikasi yang penting bagi
menyalurkan perasaan (Muliyadi Mahamood,1999:13).
42
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Penghasilan ilustrasi lebih terserlah menerusi prinsip-prinsip rekaan yang
mampu memberi keupayaan menggambarkan pergerakan, kesatuan, harmoni
dan kepelbagaian dalam sesebuah ilustrasi. Jelas, penggunaan garisan yang
direalisasikan dalam ilustrasi mengandungi makna dan berupaya meninggalkan
pelbagai kesan perasaan kepada pengamatnya. Terbitnya nilai estetika seni
lukisan itu adalah bermula dari kefahaman tentang elemen garisan itu sendiri
serta penjelmaan rupa bentuk menerusi olahan-olahan garisan (Hamzah Lasa,
2006:53).
Keunikan ilustrasi ternyata bukan sahaja berupaya meringkaskan kandungan
teks, bahkan memberikan kesan estetika kepada penghayat yang
mengamatinya. Ilustrasi adalah bahan piktorial atau tampak yang dihasilkan
tanpa teks dan memberi makna ataumenyerlahkannya
(http://www.wordreference.com/ilustration). Kemudian ilustrasi berkembang
meluas tidak hanya terhad dalam penyampaian maklumat, bahkan menjadi salah
satu alat komunikasi yang penting dalam kalangan masyarakat. Ilustrasi
digunakan pada rekaletak buku memaparkan keunikan dekoratif dan tulisan-
tulisan cantik yang diselang-seli ilustrasi flora dan fauna. Perkembangannya
seiring dengan penggunaan teknik, alat dan media untuk menghasilkan ilustrasi
seperti teknik lukisan dan catan daripada pen, pensel warna, pensel arang, pen
celup, dakwat dan sebagainya.
Ilustrasi adalah lukisan yang merupakan aktiviti melukis atau kerja-kerja
mencetak bagi menerangkan dan menjelaskan visual yang diwakili, atau semata-
mata menghiasi teks bertulis, yang boleh menjadi yang bersifat sastera atau
perdagangan (Catherine, S., 1997). Ia adalah sebahagian daripada lukisan yang
bukan hanya bersifat spekulatif, bahkan ianya mempunyai dimensi sangat luas.
Pandangan umum terhadap lukisan dan ilustrasi adalah sebagai aktiviti artistik
dan milik kanak-kanak yang kurang mempunyai potensi dalam erti kata dalam
proses membangunkan masyarakat. Walhal lukisan dan ilustrasi sebenarnya
mempunyai ciri-ciri dan sifat intelektual yang tinggi dan daya pemikiran yang
kritis. Ia mampu mengajar dan mendidik manusia dari satu peringkat ke satu
peringkat melalui fasa-fasa tertentu.
Manusia hidup dalam lingkungan masyarakat yang kepelbagaian bahasa,
agama, kaum dan bangsa memerlukan sokongan untuk mencapai
kesempurnaan hidup yang lebih baik. Maka, melalui seni visual inilah menjadi
satu alat dalam memainkan peranan penting dalam proses mendidik
masyarakat. Sememangnya seni dan masyarakat saling berhubungan kerana
seni lahir berdasarkan struktur masyarakat (Muliyadi Mahamood,1999:32).
Ilustrasi mempunyai tujuan tersendiri dan boleh menyampaikan sesuatu dengan
tepat, komentar atau sindiran sosial, moral, politik dan sebagainya hanya dengan
beberapa garisan. Garisan merupakan elemen dalam lakaran awal untuk
menghasilkan sesebuah karya. Garisan yang dihasilkan secara spontan
membawa kesan kepada lukisan yang bertujuan menyampaikan luahan rasa dan
43
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
makna. Bagi Ahmad Suhaimi (2007:13), garisan memainkan peranan penting
untuk menjelaskan rupa imej yang menjadi elemen penting dan fokus utama
pelukis. Ia dapat membentuk ruang, bentuk dan jalinan. Jenis-jenis garisan
seperti garisan lurus, tebal dan sebagainya memperlihatkan kemahiran pelukis
menghasilkan ilustrasi yang berjaya. Walaupun warna tidak dipentingkan kerana
ilustrasi dalam media cetak lahir dalam hitam dan putih, namun pelukis berjaya
memanipulasi garisan tersebut sebagai elemen ganti kepada warna.
Kesimpulannya, ilustrasi adalah lukisan sebagai genre seni halus yang telah
lama dipraktikkan. Kerja-kerja melukis merupakan sesuatu yang fitrah dalam diri
manusia untuk menyampaikan mesej dalam diri dan tanda keinginan untuk
melukis dilihat sebagai tuntutan semula jadi yang dialami oleh berjuta-juta
manusia, sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini (Enstice dan Peters,
2003:1). Kita semua adalah pembikin „tanda‟ mengibaratkan aktiviti melukis
adalah satu kata kerja yang mengaitkan „apa saja yang boleh anda paparkan
sebagai sesuatu yang ekspresif dari sudut seni lukis iaitu idea, metafora, emosi,
bahasa dan struktur‟ (Borden, 1977:51).
Jenis –Jenis Ilustrasi
Ilustrasi dalam 8 jenis surat khabar Sabah pada tahun 1883 hingga 1965
mengandungi berbagai jenis ilustrasi termasuklah ilustrasi perubatan, fesyen,
penerbitan, cerpen, teknikal, perindustrian, dekoratif, maklumat, lukisan
bergambar bagi menerangkan sesuatu, kartun, karikatur dan komik.
Ilustrasi perubatan digunakan khas dalam bidang sains perubatan secara meluas
di serata dunia. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai
struktur dalam badan manusia dan seterusnya menolong untuk memahami suatu
penjelasan dengan lebih terperinci. Misalnya dalam pelajaran biologi, ilustrasi
tersebut digunakan untuk memahami sistem pencemaan atau metabolisme
dengan lebih mudah. Selain itu, kegunaannya juga dapat meningkatkan
kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan dengan
kesihatan. Bagi mendapatkan ilustrasi perubatan ini dengan jelas dan terperinci,
seorang ilustrator itu seharusnya menguasai struktur anatomi tubuh manusia,
binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara tepat seperti yang terdapat
dalam badan manusia.
Kemudian, ilustrator dapat mengatur sebuah komposisi yang baik dan melukis
dengan selanjutkan dengan garisan halus dan bermutu tinggi. Ini kerana struktur
anatomi manusia memiliki pelbagai garisan dan jalinan yang padat. Ilustrasi perlu
disertai dengan gaya persembahan atau ciri-ciri khas agar ilustrasinya tampak
kelihatan menarik dan mengagumkan. Rajah 1.2 (i) menjelaskan ilustrasi
perubatan dalam gambaran realistik sebuah jantung manusia dapat memberi
maklumat secara visual tentang bentuk dan rupa serta warna yang terdapat pada
sesebuah jantung manusia. Manakala ilustrasi perubatan pada Rajah 1.2 (ii)
menjelaskan tentang organ-organ yang dalam badan manusia secara terperinci
44