Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Kanak-kanak pra sekolah yang berumur lima hingga enam tahun merupakan
kumpulan yang begitu dekat dengan lakaran dan lukisan. Setiap lukisan yang
dihasilkan mempunyai mesej dan makna yang tertentu. Justeru itu, lukisan
adalah cara termudah dan cepat untuk menyampaikan maksud atau pernyataan
dalam rupa imej dan simbol. Menerusi medium tersebut, kita boleh berkongsi
idea, perasaan, pengalaman, imaginasi dan ekspresi emosi kanak-kanak. Inilah
bahasa tampak yang disokong hujah oleh Arno Stern (1973:51) seorang pendidik
seni Perancis bahawa kata-kata bukanlah bahasa yang tepat untuk kanak-kanak.
Pengalaman dan perasaan mereka dapat dihayati dengan lebih tepat dan
sempurna menerusi bahasa seni yang mempunyai tatabahasa dan makna-
makna tersendiri.
Teori Perkembangan Peringkat Preskematik
Viktor Lowenfeld (1947) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik
kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat
perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat
contengan (2-4 tahun), peringkat preskematik (4-7 tahun), peringkat skematik (7-
9 tahun), permulaan realisma (9-11 tahun) dan peringkat pseudorealistik (11-13
tahun). Dalam kajian ini difokuskan kepada peringkat pra-skematik iaitu kanak-
kanak berumur 6 tahun merupakan murid Pra-Sekolah IPG Kampus Kent Tuaran
Sabah. Dalam peringkat ini, keupayaan kanak-kanak boleh melukis bentuk-
bentuk yang terdapat di persekitaran mereka. Bentuk seperti imej-imej yang
dilukis sudah dapat dikenali berdasarkan apa yang mereka tahu. Misalnya
mereka melukis muka yang mengandungi mata, hidung, mulut dan telinga.
Cuma, kadar banding atau dikenali juga kedudukan sebenar adalah tidak penting
bagi mereka. Mereka Cuma dapat menjelaskan imej-imej tersebut dengan rupa
asas seperti garisan, bulatan, rupa bersegi bagi menjelaskan anggota bentuk-
bentuk di sekitar muka dan tubuh badan. Seperkara lagi, kanak-kanak akan cuba
sedaya upaya melukis semua elemen tersebut dengan memenuhi ruang yang
ada sehingga penuh.
HASIL DAPATAN KAJIAN
Arvin Christer Vivian berumur enam tahun merupakan anak bongsu lelaki dalam
tiga adik beradiknya. Bapanya bekerja dalam bidang perhotelan manakala
ibunya sebagai suri rumah. Ketika ditemubual, Arvin hanya gemar melukis
menggunakan pensel warna jika ada masa terluang. Arvin merupakan seorang
pelajar yang aktif dan bersifat ekstrovet. Bertepatan dengan pendangan Carl
Jung dalam Teori introvet-ekstrovet, seseorang pelajar yang ekstrovet
mempunyai ciri-ciri seperti seorang yang aktif, suka bercampur gaul, bersenda
gurau dan sentiasa tenang. Seseorang ekstrovet sukakan sesuatu yang
mengembirakan dirinya, suka kepada perubahan dan cepat bertindak balas.
Kebanyakkan ciri-ciri pelajar ekstrovet yang dinyatakan oleh Carl Jung terdapat
pada Arvin. Dengan mengetahui personaliti pelajar yang dikaji, ia memudahkan
pengkaji untuk merancang jenis pendekatan yang perlu digunakan bagi menarik
minat Arvin untuk menghasilkan sebuah lukisan yang bermakna.
95
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Rajah 1 : Lakaran tong sampah sebagai bahan rangsangan
Disebabkan Arvin seorang pelajar yang sukakan perubahan, maka pengkaji
perlu mempelbagaikan rangsangan agar Arvin tidak mudah bosan.
Walaubagaimanapun, pengkaji menghadapi kesukaran apabila Arvin mempunyai
tahap keyakinan yang rendah untuk melukis pada peringkat permulaan
penghasilan lukisan. Hal ini kerana, dia menyatakan bahawa tidak mahir melukis.
Pada saat itu pengkaji mendapati Arvin mempunyai konsep kendiri negatif
kerana dia tidak yakin akan kemampuan diri untuk melukis disebabkan oleh
kurangnya pengalaman melukis. Bagi menunjukkan dia tidak mahu melukis pada
mulanya Arvin telah melukis tanda “X” yang menunjukkan dia tidak mahu
melukis. Arvin seterusnya, membuat contengan secara rawak dan menulis
nombor lima dan tujuh setelah dipujuk. Menyedari keadaan ini saya memberi
motivasi yang positif kepada Arvin agar beliau lebih yakin untuk melukis.
Rajah 2 : Garisan pangkah dan contengan Arvin
Seterusnya, fokus lebih diberikan kepada penghasilan lukisan berdasarkan
bahan rangsangan iaitu tong sampah. Pengkaji telah menggunakan kaedah
menyoal dan bimbingan terarah. Antara soalan yang ditanyakan kepada Arvin
adalah seperti lokasi atau situasi di mana dia pernah melihat tong sampah.
Respon yang ditunjukkan oleh Arvin adalah diluar daripada jangkaan. Arvin
menyatakan bahawa dia pernah melihat tong sampah berada di beberapa
tempat antaranya adalah di rumah, di Kuala Lumpur dan lain-lain seperti dalam
Rajah 3. Dari respon yang diberikan, pengkaji mentafsirkan bahawa Arvin
merupakan seorang pelajar yang mempunyai pengalaman yang luas.
96
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
LOKASI TONG
SAMPAH
KUALA KAWASAN RUMAH
LUMPUR
Rajah 3 : Menunjukkan respon yang ditunjukkan oleh Arvin
Seterusnya, berpandukan respon yang diberikan oleh Arvin pengkaji cuba untuk
memberikan bimbingan terarah agar daya kreativitinya dapat dirangsang.
Disebabkan Arvin menyatakan dia pernah melihat keberadaan tong sampah di
lebih daripada satu tempat maka pengkaji perlu mewujudkan fokus kepada satu
tempat terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pada peringkat pemulaan perhatian
lebih ditekankan kepada kawasan rumah. Arvin menggambarkan dia pernah
melihat tong sampah di di kawasan rumahnya dengan melukis sebuah rumah
yang besar berwarna kelabu. Menurut Arvin, warna rumah yang dilukis olehnya
adalah sama dengan warna rumahnya. Perkara ini membuktikan Arvin seorang
yang peka terhadap persekitarannya.
Selain itu, Arvin juga telah melukis kucing peliharaan orang tuanya bernama
Papel. Arvin sering bermain bola bersama Papel bertemankan kedua ibu
bapanya. Di samping itu, Arvin juga telah melukis dirinya secara 2 dimensi,
berdasarkan lukisan tersebut dia menggambarkan dirinya sedang memegang
sampah dan ingin membuangnya ke dalam tong sampah. Berdasarkan
gambaran lukisan yang dihasilkan oleh Arvin, pengkaji dapat mentafsirkan
bahawa taraf ekonomi keluarga Arvin adalah stabil. Pelajar ini juga dibesarkan
dalam persekitaran keluarga yang bahagia kerana dia mendapat kasih sayang
dan perhatian daripada kedua ibu bapanya. Seterusnya, Arvin juga mempunyai
perasaan sayang terhadap alam sekitar dan binatang. Hal ini dibuktikan apabila
dia menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah di merata
tempat dan menyayangi binatang peliharaannya.
97
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Rajah 4 : Arvin melukiskan kawasan sekitar rumahnya
Seperti mana yang telah dikemukakan di awal laporan, Arvin mempunyai
personaliti seorang pelajar yang extrovet. Oleh itu, dia cepat berasa bosan
apabila membuat sesuatu aktiviti dalam jangka masa yang panjang. Sifatnya
yang sukakan perubahan dibuktikan apabila Arvin mula untuk berubah tempat
yang digunakan untuk melukis ke meja yang bersebelahan. Bagi merangsang
kembali minat Arvin untuk menghasilkan lebih banyak lukisan, pengkaji telah
beralih kepada tempat kedua Arvin melihat tong sampah iaitu lokasi di Kuala
Lumpur. Pada mulanya, Arvin tidak mahu meneruskan lukisan dengan alasan dia
telah lupa perkara-perkara yang dilihatnya di ibu kota tersebut.
Oleh itu, pengkaji telah menggunakan pendekatan dengan menunjukkan
gambar-gambar yang berkaitan ibu kota tersebut melalui aplikasi google image.
Hasilnya, Arvin tertarik dengan gambar bangunan Menara Berkembar Petronas
(KLCC) dan menyatakan bahawa dia pernah melihat dan melawat bangunan
tersebut. Dia juga mengatakan pernah melihat tong sampah di sekitar menara
tersebut. Selain itu, Arvin juga telah melukis sebuah kapal terbang yang
berwarna biru gelap. Lukisan tersebut dibuat bagi menceritakan bahawa dia dan
keluarga pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. Pada lukisan
kapal terbang tersebut Arvin telah melukis dirinya sebagai juruterbang pesawat
tersebut seperti dalam Rajah 5.
Hal ini disebabkan dia telah memasang cita-cita yang tinggi untuk menjadi
seorang juruterbang dan membawa kesemua ahli keluarganya yang terdiri
daripada ibubapanya dan dua orang adik beradik lelaki menaiki pesawat yang
dipandunya. Berdasarkan lukisan tersebut, pengkaji dapat mentafsirkan bahawa
Arvin merupakan seorang pelajar yang bercita-cita besar dan merupakan
seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Walaupun pada usia
enam tahun, Arvin telah meletakkan satu matlamat yang tinggi dalam dirinya
dalam masa yang sama dia tidak mengabaikan ahli keluarganya.
98
Arvin sebagai Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
juruterbang
Imej kapal
Penumpang yang terbang
terdiri daripada ahli
Imej Menara
keluarganya Berkembar
Petronas
Rajah 5 : Arvin melakar di persekitaran Kuala Lumpur
Seperti yang telah dinyatakan dalam Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), iaitu
bagi mengukur personaliti bersifat ekstrovet terhadap Arvin adalah mudah
berubah dan sukar duduk diam. Sikap Arvin yang tidak dapat duduk statik di satu
tempat pada jangka masa yang lama adalah antara cirinya. Perubahan tempat
dan perubahan dari segi jenis rangsangan adalah perlu bagi mewujudkan
kepelbagaian. Rangsangan yang digunakan seterusnya adalah dengan
menggunakan buku cerita. Hasil daripada rangsangan tersebut, Arvin telah
menceritakan pengalamannya ke taman tema “fun fair” yang berdekatan dengan
rumahnya. Bagi menceritakan pengalamannya, Arvin telah melukis salah satu
permainan sewaktu dia berada di sebuah pasaraya iaitu „Merry GO Round
berkuda‟ seperti dalam Rajah 6. Dia juga menyatakan dia pernah melihat tong
sampah sewaktu berada di taman tema tersebut. Selain itu, Arvin juga
menceritakan bahawa dia sangat gemarkan aiskrim tembikai yang dijual di
pasaraya tersebut (Rajah 6).
Pada bahagian akhir penghasilan lukisan Arvin, pengkaji cuba mengajak Arvin
untuk mewarna lukisan yang telah dibuat olehnya, tetapi dia hanya mewarnakan
sebahagian daripada lukisan tersebut dan mula memberi alasan penat untuk
tidak menyambung mewarna. Menyedari bahawa tumpuan Arvin telah beralih ke
aktiviti yang lain iaitu bermain dengan rakannya, pengkaji telah menamatkan sesi
lukisan kami pada hari tersebut. Sesi melukis telah berjalan selama kurang
daripada satu jam termasuk dengan sesi suai kenal. Walaupun masa yang
diambil bagi menyelesaikan lukisan adalah agak pendek, tetapi hasil lukisan
99
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
yang dihasilkan cukup berjaya menggambarkan pelbagai pengalaman yang telah
dilalui oleh Arvin berpandukan rangsangan tong sampah.
„Hulk‟
„Merry GO
Round berkuda‟
Aiskrim
tembikai
Rajah 6 : Lakaran Arvin di taman tema
Perkembangan Artistik Kanak-kanak Berdasarkan Teori Viktor Lowenfeld
Peringkat permulaan ini kebiasaannya kanak-kanak melukis bentuk-bentuk yang
terdapat di persekitaran dan pengalamannya. Persekitaran dan pengalaman
berupaya memainkan peranan penting dan besar pengaruhnya. Faktor tersebut
berjaya menghasilkan imej-imej seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan
dan sebagainya. Kemudian imej tersebut berupaya menjelma imej sampingan
lain seperti rumah, bola, kucing, kapal terbang dan sebagainya. Imej yang
digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi
tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis yang ada. Di
peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri
daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan saiz
objek yang berbeza seperti saiz lukisan bapa lebih kecil dari ibu mengambarkan
ayah berada di belakang ibu dan begitulah sebaliknya.
Berdasarkan teori perkembangan artistik kanak-kanak Viktor Lowenfeld ini,
kanak-kanak cenderung melukis benda yang rapat dengan karakter objek
tersebut dan dilukis seolah-olah terapung. Sebagai contoh pada lukisan Arvin,
dia melukis kucing peliharaannya Papel dengan semua karekter yang terdapat
pada seekor kucing seperti kaki, ekor, misai, mata, telinga dan mulut.
Walaubagaimanapun, imej-imej pada kucing dilihat seolah-olah terapung dan
mempunyai saiz imej yang berbeza-beza. Ia berjaya menunjukkan kesemua imej
yang terkandung dalam fikiran dan pengalamannya.
Dalam karya lukisan kanak-kanak yang cuba dihasilkan oleh Arvin, dia cuba
untuk menggambarkan pengalamannya berdasarkan bahan rangsangan yang
diberikan iaitu tong sampah. Arvin telah melukis gambaran tiga latar tempat yang
berbeza iaitu latar di kawasan rumah, di Kuala Lumpur dan latar di taman tema.
Arvin menggambarkan kesemua situasi tersebut mengikut imaginasi yang
100
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah tidak logik bagi orang
dewasa.
Faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan
a) Imaginasi
Imaginasi adalah keupayaan untuk membentuk imej mental atau pelbagai
konsep atau konsep orang, tempat, perkara dan situasi tidak hadir (Isenberg &
Jalongo, 1993). Berdasarkan lukisan kanak-kanak yang dihasilkan oleh Arvin,
imaginasi yang digambarkan oleh Arvin adalah menjadikan dirinya sebagai
seorang juruterbang. Dalam lukisan tersebut, Arvin menggambarkan dia sedang
mengemudi sebuah pesawat yang membawa ahli keluarganya dan penumpang
lain ke destinasi Kuala Lumpur. Lukisan ini memperlihatkan imej gambaran yang
boleh dikenali melalui imaginasi Arvin. Arvin telah mewujudkan satu imej mental
yang tidak pernah wujud dan tidak dapat dikenalpasti sehinggalah Arvin
mempersembahkan dalam bentuk lukisan.
b) Kreativiti
ViktorLowenfeld (1975) percaya setiap kanak-kanak dilahirkan adalah
mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat
semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan
ingin tahu. Walaupun Arvin mempunyai kemahiran melukis dan mewarna pada
tahap yang rendah tetapi hasil karya yang dihasilkan mempunyai tahap kreativiti
yang tinggi. Hal ini kerana, lukisan yang dihasilkan adalah unik dan mempunyai
daya kreativiti yang tinggi pengolahan garisan, warna, rupa dan bentuk. Kanak-
kanak sering memberikan respon yang unik kepada situasi berdasarkan
pengalaman dan penafsirannya terhadap situasi yang dialami (Joan Bouza
Koster, 2015). Arvin seorang yang kreatif telah menghasilkan sebuah lukisan
yang unik berdasarkan pentafsiran terhadap pengalamannya. Antara yang
menarik yang boleh ditafsirkan sebagai unik adalah lukisan kapal terbang.
Lukisan tersebut menunjukkan imej komponen-komponen yang terdapat pada
kapal terbang tetapi diolah mengikut penafsirannya yang tersendiri. Objek kapal
terbang yang dilukis oleh Arvin terdapat sayap kapal terbang, cermin pada
bahagian pemandu dan cermin pada bahagian penumpang. Secara seimbas
pandang kita dapat mengenal pasti bahawa objek yang cuba dilukis adalah
sebuah kapal terbang tetapi lukisan kapal terbang diolah dengan unik
bepandukan pengalaman dan tafsiran pelajar. Dari penghasilan lukisan ini,
elemen kreativiti dapat ditonjolkan.
Di samping itu, kreativiti pada lukisan Arvin dapat dilihat berdasarkan
kreativitinya menyusun atur setiap objek dalam lukisannya. Berdasarkan
penyusunan objek-objek di dalam lukisannya, Arvin berjaya menggambarkan
pengalamannya yang pelbagai berdasarkan satu bahan rangsangan iaitu tong
sampah. Arvin berjaya menyusun atur objek bagi menggambarkan tiga latar
tempat yang berbeza dalam satu karya. Latar tempat tersebut adalah latar di
kawan rumah, latar di Kuala Lumpur dan latar di taman tema “fun fair”.
101
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Rajah 7: Perbandingan imej yang dilukis oleh Arvin dengan imej sebenar
c) Ekspresi
Sesebuah karya seni tidak dapat dipisahkan dengan elemen ekspresi. Ekspresi
adalah luahan yang telah dizahirkan pada karya seni. Misalnya ekspresi emosi
sangat berkait rapat dengan perasaan atau kesan tertentu daripada aksi fizikal.
Ekspresi emosi seperti riang, sedih, takut, marah dan sebagainya dapat
diluahkan dalam karya seni dengan mengimplementasi elemen tampak seperti
garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna serta penggunaan prinsip rekaan
yang menghasilkan kepelbagaian dan kesatuan pada komposisi karya (Mohd
Fauzi Sedon, 2006). Dalam kajian ini, ekspresi emosi Arvin jelas dapat
digambarkan melalui warna yang dipilih sewaktu penghasilan karya dan cara
objek diwarna. Dalam bidang psikologi seni, warna menggambarkan emosi
seseorang (Mohd Johari Hamid, 2006).
Responden kajian ini iaitu Arvin pada mulanya tidak yakin untuk melukis. Arvin
secara jujurnya menyatakan tidak berminat mahu melukis apabila disuruh.
Terdapat sedikit perasaanya tergambar menerusi mimik mukanya yang muram
dan agak kecewa. Perasaan kurang yakin dan kurang berminat untuk
menghasilkan karya digambarkan melalui pemilihan warna kelabu. Warna yang
gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih (Mohd Johari Hamid,
2006). Namun, selepas diberi kan motivasi, galakan dan rangsangan Arvin mula
berminat untuk menghasilkan lukisan. Hal ini dibuktikan melalui pemilihan warna
yang dipilih oleh Arvin selepas diberikan motivasi adalah warna bersifat terang
seperti warna kuning dan warna yang bersifat sejuk seperti warna hijau dan biru.
Warna yang terang dan cerah menggambarkan perasaan riang dan gembira
(Mohd Johari Hamid, 2006). Kesan motivasi dan galakan, wajah Arvin mula
berubah riang.
d) Estetika
Estetik atau estetika bermaksud „sains tentang keindahan‟, merupakan suatu
refleksi berbentuk falsafah tentang sifat-sifat keindahan ( Crawford, D.W, 1991).
Estetika dilihat dari sudut yang lebih luas dan tidak lagi menjurus kepada konsep
keindahan semata-mata. Menurut Dobbs (1998), istilah estetika adalah suatu
pengalaman penemuan dan penerokaan yang aktif (Dobbs,1998). Estetika juga
adalah suatu usaha untuk memahami pengalaman yang kita lalui dan konsep
yang sering kita gunakan apabila memperkatakan sesuatu objek yang kita
rasakan menarik pada penglihatan kita bukan kerana tujuan lain tetapi kerana
apa yang ada pada objek itu sendiri (Md. Nasir Ibrahim, 2006).
102
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Berdasarkan pengertian estetika tersebut, ia melibatkan refleksi yang kritis
tentang pengalaman yang berkaitan dengan seni dan penilaian serta
penghayatan terhadap perasaan pelukis sewaktu penghasilan karya. Setelah
melakukan apresiasi tehadap lukisan kanak-kanak yang telah dihasilkan oleh
Arvin, pengkaji mendapati terdapat beberapa sudut estetika yang dapat
dijelaskan. Pertama, Arvin sebagai pelukis telah menyatakan rasa seronok
setelah dapat melukis dan mewarna beberapa objek dalam lukisannya.
Antaranya lukisan kedua ibu bapa Arvin yang menemani sewaktu bermain bola
bersama kucing peliharaannya Papel. Selain itu, lukisan kapal terbang yang
dapat disusun objeknya dapat memberi kepuasan pada Arvin. Olahan asas seni
dan prinsip rekaanya dapat diguna oleh Arvin sebaik mungkin. Lantas, hasil
karya Arvin dapat memberi makna dan nilai estetika terserlah. Arvin gembira
sewaktu proses apresiasi tatkala menceritakan kegembiraannya tinggal dalam
sebuah keluarga yang bahagia dan menyayanginya. Pada akhir sesi apresiasi
tersebut, Arvin menunjukkan reaksi yang positif iaitu gembira dan ceria apabila
dapat bergambar bersama karyanya seperti dalam Rajah 8.
Rajah 8 : Arvin bersama lakaran kedua ibu bapa Arvin bersama kucing
kesayangannya
RUMUSAN KAJIAN
Kajian lukisan Arvin yang berusia 6 tahun menunjukkan kesemua ciri-ciri lukisan
kanak-kanak pada peringkat Preschematic berdasarkan peringkat
perkembangan yang diutarakan oleh Viktor Lowenfeld. Walaubagaimanapun,
lukisan yang dilukis oleh Arvin tidak terbatas kepada persekitaran rumah dan
individu-individu yang rapat dengannya sahaja. Hal ini kerana, Arvin mempunyai
pengalaman yang luas seperti pengalamannya sewaktu mengunjungi bandaraya
Kuala Lumpur dan ke taman tema. Pengalaman tersebut menjadikan lukisan
yang yang dihasilkan oleh Arvin mempunyai keunikan yang berbeza dengan
lukisan kanak-kanak lain.
Selain itu, Arvin mempunyai daya kreativiti yang tinggi walaupun dia mempunyai
tahap kemahiran melukis dan mewarna yang minimum. Arvin telah
mengekspresikan emosinya sewaktu melakukan lukisan melalui pemilihan warna
yang bersesuaian dengan objek yang dilukis.
103
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Kreativiti Arvin sukar digambarkan secara verbal dan hanya dapat dilihat
menerusi visual yang telah dipersembahkan oleh Arvin. Arvin mudah didekati
dengan kaedah psikologi seperti motivasi dan dorongan sehingga dapat
menghasilkan sebuah lukisan yang kreatif dan sarat dengan makna. Maka,
kaedah kreativiti seni lukisan kanak-kanak seumpama ini sangat sesuai
digunakan untuk mengetahui dan menyelidiki luahan perasaan, imaginasi dan
estetika untuk perkembangan dan pembangunan diri kanak-kanak yang sihat
dan positif ke arah menjadikan warga pelajar yang berjaya dan cemerlang pada
masa akan datang.
RUJUKAN
Abdul Shukor Hashim. 2010. Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Selangor:
Open University Malaysia.
Angela Anning and Kathy Ring. 2004. Making Sence of Children‟s Drawings.
Open University Press McGraw-Hill Education. Glasgow.
Claire Golomb. 2002. Child Art In Context; A Cultural and Comparative
Perspective. American Psychological Association Washington DC.
Evelyn Arizpe and Morag Styles. 2003. Children Reading Pictures; Interpreting
Visual Texts. Routledge Falmer. London.
Jerome, L. 2013. Reflection On Pretend Play, Imagination, And Child
Develipment. American journal of play. 1-14:6(1).
John, G. 2006. Colour In Art. United Kingdom: Thames & Hudson Word Of Art.
Joseph H. Di Leo, MD. 2016. Interpreting Children‟s Drawings. Routledge Taylor
& Francis Group. New York and London.
Isenberg, P., & Jalongo, M. 1993. Creative Expression & Play In The Early
Childhood Curriculum. Englewood Cliffs, NJ: Printice Hall.
Lev Semenovich Vygotsky. 1967. Imagination And Creativity In Childhood. Jornal
Of Russian And East European Psychology. 7-96:42 (1).
Md. Nasir Ibrahim. 2006. Estetik Dalam Pendidikan Seni Visual “Sedikit-Sedikit
Lama-Lama Menjadi Bukit”. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Mohd Johari Abd. Hamid. 2007. Falsafah Dan Kritikan Seni. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Johari Abd. Hamid. 2006. Asas Seni Visual. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
104
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Mohd Johari Abd. Hamid. 2007. Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Fauzi Sadon & M. Dom. 2006. Seni Dan Emosi. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Kamal Mohd Ali, Norasmah Mohd Noor, Rashidah Elias, & Rosliza A Aziz.
2013. Interpretasi Lukisan Kanak-Kanak: Panduan Kepada Pendidik
Kanak- Kanak. Tanjung Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-Kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shallu, S. 2014. Pretend Play Enhances Creativity And Imagination. Journal Of
Arts And Humanities (JAH). 70-83: 3(1).
Singne Juhl. M. 2015. Imagination, Playfulness, And Creativity In Children‟s Play
With Different Toys. American journal of play. 322-349:7(3).
Wikipedia the free encyclopedia. 2018. Child Art. Dicapai pada 17 september
2018 daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Child_art
Wikipedia the free encyclopedia. 2016. Seni . Dicapai pada 17 september 2018
daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis, & Rafidah Ruhani. 2016. Siri Pendidikan
Guru: Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
105
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
PERKEMBANGAN KARTUN EDITORIAL PRA DAN
PASCA MERDEKA DI SABAH
Dr. Suraya Hani Binti Zakaria
Dr. Mohammad Pu‟ad Bin Bebit
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim
[email protected]
ABSTRAK
Negeri Sabah pernah dijajah selama 82 tahun ketika zaman pemerintahan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (1881-1942) sehingga ke zaman
pemerintahan Kerajaan Borneo Utara British (1946-1963). Selama itu, kegiatan
seni lukis di North Borneo terlalu kurang dan berlaku agak lewat jika
dibandingkan dengan kemajuan yang dicapai di Malaya (Tanah Melayu)
terutama dalam bidang seni kartun. Sejarah kartun di Malaya telah berlaku sejak
tahun 1932-an dengan kemunculan kartun dalam akhbar Warta Jenaka, Utusan
Zaman dan Majlis (Muliyadi Mahamood, 2010). Kemudian berkembang selepas
merdeka dalam akhbar seperti Berita Harian, Berita Minggu, Utusan Malaysia
dan Mingguan Malaysia berkait rapat dengan perkembangan sosial, ekonomi
dan sosiopilitik negara. Manakala, kartun di Sabah mula mendapat tempat dalam
akhbar Anak Sabah, Radio Calling Sabah dan Sabah Times pada zaman pra
merdeka iaitu sekitar tahun 1950-an kemudian berkembang baik selepas Sabah
mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Justeru itu, perkembangan ini juga
tidak kurang penting dalam memperihal pelbagai bidang seperti masyarakat,
sosio-ekonomi, politik dan isu kenegaraan dalam garapan kartun yang jelas
sebagai hasil dokumentasi yang sangat berharga. Perkara ini harus diselaraskan
dengan sejarah perkembangan kartun di Malaysia yang mengambilkira negeri
Sabah agar tidak tercicir apabila mendokumentasikan bahan milik negara.
Sehubungan dengan itu, perkembangan kartun editorial yang ditelusuri ini
diharapkan mampu memberi manfaat dan mengubah makna serta konsep visual
dalam kalangan masyarakat agar berupaya menjadi bentuk dokumentasi sejarah
politik dan negara bangsa yang penting untuk rujukan generasi hari ini dan akan
datang.
Kata Kunci: Kartun editorial, pra dan pasca merdeka, sejarah dan dokumentasi.
106
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
PENGENALAN
Sejarah kewujudan seni lukis terawal di Sabah (North Borneo) boleh dilihat
melalui penerbitan akhbar pertama ketika zaman kolonial1 pada tahun 1883.
Akhbar tersebut diterbitkan di Kudat Sabah oleh British North Borneo Herald and
Official Gazette yang memaparkan ilustrasi logo rasmi akhbar selain beberapa
lukisan dan iklan-iklan kecil. Ia dihasilkan oleh pelukis-pelukis barat bagi tujuan
dan kepentingan tertentu sahaja. Misalnya lakaran-lakaran diabadikan dalam
buku-buku sejarah sebagai gambaran peristiwa-peristiwa penting penjajahan dan
juga siri-siri penentangan rakyat tempatan. Selepas itu, pada tahun tahun
berikutnya tiada catatan atau bukti yang ditinggalkan untuk didokumenkan
sebagai bahan visual bersejarah kecuali buku-buku lama, setem, wang kertas
dan syiling yang dipamerkan di muzium serta ilustrasi iklan-iklan di ruangan
akhbar sebagai kesan sejarah peninggalannya.
Penduduk peribumi Sabah menjalankan aktiviti seni visual ketika itu terhad
kepada fungsi dan kegunaan dalam kehidupan harian serta sebagai sumber
pencarian. Lakaran dan ilustrasi dihasilkan bagi menggambarkan peta, rumah,
pakaian dan alat-alat persenjataan. Di bahagian utara dan timur Sabah, lukisan
dihasilkan bagi menunjukkan proses pembuatan lepa bagi masyarakat Bajau
serta aktiviti ukiran batu-batu nisan di Semporna Sabah (Ismail Ali, 2011).
Pelukis tempatan ketika itu berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat
bahan kerana harganya yang mahal menyebabkan aktiviti melukis seakan-akan
asing baginya. Lagipun, kepercayaan dan kesenian tradisi etnik mereka adalah
diutamakan memandangkan kepelbagaian kaum etnik dan kekayaan sumber
semulajadinya. Mereka telah biasa dengan penampilan pola-pola yang terdapat
pada permukaan kayu dan motif-motif pada kraf anyaman (Ismail Ibrahim,
2005:3).
Jamdin Buyong (1981:1) menyorot sejarah perkembangan awal seni visual di
Sabah melalui hujah dan fakta yang ditulis oleh sejarawan-sejarawan barat. Bukti
mendapati berbagai-bagai peristiwa selepas tahun 1400 lagi sehinggalah ke
zaman pemerintahan Crown Colony2 yang berakhir pada tahun 1963 telah
dirakamkan dalam bentuk lukisan dan ilustrasi. Katanya lagi, walaupun negara
barat sudah mula mencipta kamera tetapi lukisan-lukisan yang imaginatif lebih
banyak digunakan bagi mengukuhkan fakta sejarah. Misalnya lukisan
pemberontakan Syerif Usman pada Ilustrasi 1 (i) dalam siri penentangan sengit
di Teluk Marudu dalam buku Views In Borneo, Sarawak and Labuan dan majalah
Rajah Brook‟s Journals mengenai angkatan Kapten Mundy menyerang kubu Haji
Saman pada Ilustrasi 1 (ii) di Sungai Membakut pada tahun 1846 (Jamdin
Buyong, 1981:2). Begitu juga rakaman peristiwa bersejarah pada Ilustrasi 1 (iii)
1 Golongan yang bertalian dengan pihak penjajah seperti pegawai pemerintah kerajaan (di tanah
Jajahan Sabah diperintah oleh SBBU pada tahun 1881-1963)-(Sejarah Sabah Bergambar, 2010)
2 Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan British kerana SBBU tidak
mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan
teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton (Kini Kota Kinabalu) dipilih
sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini.
107
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
sewaktu upacara menaikkan bendera Union Jack di Labuan pada 24 Disember
1846 memperlihatkan kemegahan penjajah sewaktu zaman kegemilangannya.
(i) (ii)
(i) (ii)
(iii) (iv)
Ilustrasi 1 : Lukisan Awal Ketika Siri Penentangan Penjajahan.
Sumber : Muzium Negeri Sabah
Bermulanya pemerintahan Chartered Company3 pada tahun 1881, banyak
peristiwa bersejarah dilukis terutama peristiwa-peristiwa kebangkitan anak watan
dalam siri pemberontakan dan penentangan kerajaan British ketika itu. Misalnya
pemberontakan Datu Mat Salleh4 dilukis ketika mengangkat sumpah taat setia
kepada penjajah di Menggatal pada 24 April 1898 (Jamdin Buyong, 1981).
Namun begitu, tidak pula pelukis barat melukis secara jujur untuk menunjukkan
ketokohan dan kegagahan Mat Salleh serta siri jelajah peperangan yang
dilakukannya. Ilustrasi 1 (iv) merupakan lukisan figura Mat Salleh berdasarkan
imaginasi pelukis tempatan(sumber dari Muzium Negeri Sabah). Sama halnya
mengenai lukisan dalam buku-buku sejarah, tidak dijelaskan secara tepat
mengenai watak-watak bumiputera lain yang sama-sama memberontak seperti
Syerif Usman, Haji Saman, Sigunting, Antanom, Pak Satur (Jatur) dan ramai lagi
(Jamdin Buyong, 1981). Rumusnya, pelukis barat berat sebelah dalam
3 British North Borneo Chartered (BNBCC) mula berkuasa penuh pada tahun 1881 sebagai kuasa
besar imperialis barat dalam sistem perdagangan antarabangsa kerana kekayaan hasil sumber
bumi Borneo Utara (Rosmawati Alicia, 2003).
4 Datu Mat Salleh lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan wira yang unggul
dalam sejarah penentangan penjajahan British di Borneo Utara. Sejarah perjuangannya telah
meletakkan beliau sebagai tokoh teratas dalam senarai anak watan Sabah yang mempertahankan
kedaulatan dan hak pemerintahan yang telah diserahkan oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu kepada British untuk dieksploitasi sewenang-wenangnya- Datu Paduka Mat Salleh (2007).
108
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
merakamkan peristiwa penting kerana kepentingan kuasa barat melebihi hak
peribumi.
Kemudian, pada tahun 1940-an bermulalah perkembangan pelukis tempatan di
Sabah selepas wujudnya beberapa pelukis individu yang bergelar guru (Ismail
Ibrahim, 2005). Kehadiran guru-guru dari Malaya dan tempatan Sabah seawal
1930-an ini kebanyakannya adalah lepasan dari Maktab Perguruan Sultan Idris
yang mahir dalam bidang kraf dan pertukangan. Mereka dapat memberi tunjuk
ajar tentang kaedah dan teknik yang lebih tersusun dalam penghasilan kraf.
Tambahan pula, adalah amat penting dalam pengajaran guru dalam penggunaan
lukisan sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan. Ia bertujuan
meningkatkan pemahaman murid menerusi pelbagai subjek. Justeru, keperluan
lukisan dilihat sebagai satu medium penting ke arah peningkatan dalam pelbagai
aspek.
Kemunculan guru-guru tersebut kebanyakannya dari golongan yang mendapat
pendedahan secara khusus dalam seni visual. Antaranya ialah Simon Yew5,
Murshidi Nambi6, Lucille Plunkett, Tina Rimmer7 dan Mohd. Yaman Ahmad Mus8
(Ismail Ibrahim, 2005). Gaya lukisan mereka lebih bertemakan keindahan alam
dan persekitaran bumi Sabah di samping karya-karya grafik seperti poster dan
ilustrasi.
Perkembangan Seni Kartun Pra Kemerdekaan Sabah
Ketika era kebangkitan North Borneo dari cengkaman komunis yang berakhir
pada 1945, syarikat-syarikat industri penerbitan surat khabar mula mengorak
langkah pada tahun 1950-an menyaksikan pelukis-pelukis tempatan terus
menghasilkan karya seni seperti kartun dan komik. Permulaan perkembangan
seni kartun dan komik di Sabah boleh dicatatkan berdasarkan penglibatan Mohd
Yaman Ahmad Mus dalam beberapa penerbitan media di Sabah pada akhir 50-
an (Ismail Ibrahim, 2005:25). Karya terawal beliau mula muncul menerusi
penerbitan majalah Radio Calling Sabah dan akhbar tempatan Anak Sabah pada
awal tahun 1957. Kedua-dua penerbitan ini menempatkan karya-karya beliau
yang aktif dihasilkan berupa kartun, karikatur dan komik. Beliau lebih dikenali
dengan nama samaran „Emwai Sabah‟, „MY56‟ atau „All Saint Boy‟ ketika
menghasilkan karya.
5 Simon Yew antara pelukis terawal tahun 1940-an yang berhijrah dari negara China ke Sandakan
dan menjadi guru seni lukis mengajar di Sekolah St Michael School Sandakan sebelum berpindah
ke Jesselton sejuruh meletusnya Perang Dunia Kedua.
6 Murshidi Nambi merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dalam bidang
seni kraf dan pertukangan yang pernah bertugas mengajar seni di Kuching dan berhijrah ke Sabah
dan berkhidmat sebagai pensyarah seni lukis di Maktab Kent pada tahun 1952.
7 Lucille Plunkett dan Tina Rimmer merupakan wanita Inggeris yang bergiat aktif sebagai pelukis
pada lewat 1940-an dan 1950-an.
8 Mohd Yaman Ahmad Mus merupakan pelukis „versatile‟ memulakan kerjayanya sebagai pelukis
ketika dibangku sekolah hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau menubuhkan
„Sabah Art Club‟ pada tahun 1958 menggerakkan seni lukis secara berkumpulan. (Ismail Ibrahim,
2005)
109
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Kartun pertamanya dalam majalah Radio Calling Sabah terbit pada edisi 1
hingga 15 Feb 1957 menampilkan kartun humor figura manusia dan binatang
sedang menari mengikut rentak radio yang dipasang seperti dalam Ilustrasi 2 (i)
Manakala kartun keduanya terbit pada edisi 1 hingga 15 Mac 1957 juga kartun
editorial bertemakan radio Sabah namun mengandungi kapsyen dalam bahasa
Kadazan. Pada edisi tersebut juga, kartun lerang pertama beliau bertajuk Karam
menceritakan seorang lelaki bernama Pak Abu yang menaiki perahu sedang
karam namun dapat menyelamatkan radio yang boleh menghiburkan hatinya.
(i) (ii)
Ilustrasi 2: Kartun Editorial Mohd Yaman dan Felix Poh
Sumber : Arkib Negeri Sabah
Pada edisi 1 hingga 15 Mei 1957 dalam Radio Sabah Calling, komiknya yang
pertama berjudul “Hantu” gandingan tulisan oleh K. Bali dihasilkan secara bersiri
(sebanyak 146 siri) berjumlah 25 keluaran dan diterbitkan selama 3 tahun iaitu
bermula pada tahun 1957 hingga 1959. Pada siri-siri berikutnya tajuk „Tiga
Serangkai‟ oleh Emwai Sabah digunakan dan dikekalkan sehingga tamat
penerbitannya.9 Selain „Tiga Serangkai‟ yang menjadi kegemaran kanak-kanak
ketika itu, Mohd Yaman juga melukis kartun dalam ruangan akhbar Anak Sabah
yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan. Kartun lerang humor yang popular
bertajuk The Adventures of Tom menggunakan nama All Saint‟s Boy. Selain itu
komiknya berjudul „Pak Lang‟ pernah diterbitkan di Majalah Salam terbitan
Jabatan Penerangan Brunei dan beberapa lukisan beliau telah menghiasi
beberapa buah buku dongeng dan sejarah (Ismail Ibrahim, 2005).
Kemudian pada tahun 1962, akhbar Anak Sabah giat mencari bakat-bakat baru
dalam seni lukis terutama melibatkan pelajar-pelajar sekolah menerusi ruangan
9 Komik yang hebat ini mengisahkan 2 sahabat, Ali dan Abu bercuti di kampung neneknya dan
melalui berbagai rintangan dan dugaan berhadapan kekacauan dan ketidaktenteraman penduduk
kampung dengan kehadiran hantu dan penjenayah. Di kampung itu juga mereka berjumpa rakan
bernama Zainal yang bersama-sama membantu menghapuskan kekacauan dan mengembalikan
semula keamanan di kampung tersebut.
110
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
„Art Competition‟ dan „Letter From Readers‟. Maka lahirlah pelukis kartun muda
seperti Henry Wong, Wong Hon Vui, Abdul Aziz Saffinel, Teddie Chin, Chok
Nyuk Tai, Chong Sung Yun dan Felix Poh. Pelukis Felix Poh merupakan pelajar
Kolej Sabah (Maktab Sabah) menampilkan 2 buah kartun editorial pada tahun
1962. Kartun pertama berjudul “The Book Is More Important Than The Teacher”
berkisar tentang sosial masyarakat yang berfokus kepada tema pendidikan.
Manakala kartun kedua beliau bertajuk “One Mouse To Another, I Like To See
Reaction of Human Being On Mouse Trap” dalam Ilustrasi 2 (ii) yang memberi
kesan emosi yang cukup tragik kepada pembaca Anak Sabah. Karya beliau
terbit pada Februari 1962 dengan memberi penekanan terhadap figura manusia
sebagai subjek utama dan tikus sebagai subjek kedua.
Perkembangan Seni Kartun Pasca Kemerdekaan Sabah
Pada era tahun 1962, seorang lagi pelukis yang menghasilkan kartun editorial
dalam akhbar iaitu K. Bali10. Penghijrahan beliau ke Sabah pada tahun 1956
sebagai editor bahasa Melayu dalam akhbar Sabah Times (K. Bali, 2002)
menyerlahkan lagi bakat seni lukis walaupun kecenderungan sebenar beliau
adalah dalam bidang sastera dan penulisan. Kartun sampingan beliau sering
diterbitkan dalam akhbar North Borneo News & Sabah Times pada tahun 1963
mengiringi karya-karya puisi dan rencana. Antara tema utama yang beliau
ketengahkan dalam ilustrasi dan kartun adalah berkisar tentang masalah sosial
masyarakat yang memfokus permasalahan dalam sistem kekeluargaan serta isu-
isu politik di Sabah. Kartun-kartun K. Bali dalam Ilustrasi 3 memaparkan kisah
dan situasi masyarakat dalam hubungan kekeluarga dengan humor dan kritikan
serta mesej yang berguna.
Selepas K. Bali meletak jawatan sebagai editor di Sabah Times, kemudian
diambil alih pada tahun 1964 oleh kartunis yang mula mencipta nama iaitu
Jamdin Buyung11 atau nama samarannya Jambo dalam kartunnya. Jamdin
Buyong juga selaku editor sering menghasilkan karya cerpen dan penulisan
laporan akhbar yang disertai kartun. Kartun editorial beliau kebanyakan
bertemakan sosiopolitik negeri Sabah selain tema ekonomi dan juga sosial
masyarakat.
10 K. Bali merupakan pelukis dan penulis kelahiran Kelantan yang berhijrah ke North Borneo pada
1956 dan bekerja sebagai editor di akhbar Sabah Times dan beberapa akhbar lain sehingga tahun
1998. Sepanjang bertugas editor, beliau aktif melukis kartun dalam ruangan Kartun Kita di samping
menghasilkan catan dan lukisan serta berpameran di sekitar Kota Kinabalu.
11 Jamdin Buyong pada awal kemunculannya adalah sebagai pelukis cat minyak melukis
keindahan alam dan keindahan hasil garapan puisi yang dihasilkan. Ketika berkhidmat dengan
syarikat akhbar Sabah Times milik Donald Stepen pada 1963, beliau sering melukis kartun yang
bertemakan politik dan karikatur presiden Indonesia dan Fiipina.
111
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
(i) (ii)
Ilustrasi 3: Kartun Editorial K. Bali dalam NBN & Sabah Times 1963
Sumber : Arkib Negeri Sabah
Jamdin Buyong menggarap kartun editorial dengan menggunakan stail dan gaya
tersendiri bagi menggambarkan seseorang tokoh dan suasana politik ketika itu
dengan lelucon dan sindiran tajam. Antara watak dalam karikatur yang dijadikan
sandaran beliau adalah Presiden Indonesia, Sukarno sewaktu konfrantasi
Indonesia-Malaysia, Presiden Filipina Ferdinand Marcos ketika tercetusnya
tuntutan Filipina ke atas Sabah, dan tokoh-tokoh Menteri Malaysia seperti
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak
dan para kenamaan serta pemimpin negeri Sabah seperti Allahyarham Tun Datu
Mustapha dan Donald Stephen. Selain isu politik, beliau juga tidak meminggirkan
isu-isu lain yang menjadi sebahagian dari pemikiran beliau yang serius untuk
mengetengahkan isu tersebut kepada pembaca seperti isu ekonomi dan juga
masalah kepincangan masyarakat ketika itu. Beliau merupakan seorang yang
banyak menyumbangkan saranan dan buah pendapatnya menerusi karya-karya
seni kreatifnya dengan tegas dan berani (Inon Shahruddin Abdul Rahman,
2006:1)
Karya karikatur Jamdin Buyong yang bersifat kontroversial ini seringkali disiarkan
pada muka depan akhbar dan ruangan Bahasa Malaysia Sabah Times bagi
menarik perhatian terhadap „isu panas‟ kepada pembaca dengan pantas. Antara
lain, ketika pendudukan Jepun di tanah air, Jamdin Buyong melukis karikatur
Tunku Abdul Rahman sedang bersiap sedia dengan tali jerat untuk menjerat Mao
Tse Tung dalam Ilustrasi 4 (i) yang sedang menggali lubang untuk meloloskan
diri masuk ke Malaysia. Dalam isu lain, ketika menghadapi tuntutan Filipina ke
atas Sabah, Jamdin Buyong melukis karikatur Tun Abd Razak sedang
menggendong seorang anak kecil (diumpamakan sebagai Sabah) seperti dalam
Ilustrasi 4 (ii) manakala Menteri Luar Filipina, Ramos duduk bersimpuh
membelakangi Tun Razak dengan mengangkat tangan, seolah-olah tidak
berminat untuk mengambil anak itu (menuntut Sabah), tetapi dilukis dalam reaksi
yang tiada pendirian (berpura-pura).
112
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
(i) (ii)
Ilustrasi 4: Kartun Editorial Jamdin Buyong dalam Sabah Times 1968
Sumber : Arkib Negeri Sabah
Kartun editorial Jamdin Buyong kemudian pada tahun 1964 bersilih ganti dengan
seorang kartunis potret atau karikatur yang menggunakan nama „Minggo‟12 atau
nama sebenarnya adalah George Chin memperlihatkan karya-karya kartun
diterbitkan dalam surat khabar popular Sabah Times (Imelda Ann Achin, 2011).
Kajian tema dan subjek kartunnya berkait rapat dengan persoalan dan
perkembangan politik pada masa itu seperti soal pembangunan, ekonomi dan
sosial antara pemimpin dan masyarakat peribumi. George Chin pernah
dipenjarakan oleh kerana isu politik dan kritikan tajam pada zaman pemerintahan
Tun Datu Mustapha (Ismail Ibrahim, 2005:117).
Dunia kartun editorial pada tahun 1970-an kemudian diwarnai oleh beberapa
pelukis sambilan sebagai kartunis tempatan. Pelukis kartun dalam akhbar,
Kamaruzzaman Hiew nama samaran kartunnya Eddie Hiew muncul dengan
kartun editorial bertemakan kehidupan masyarakat etnik di Sabah. Beliau
merupakan pensyarah di Maktab Perguruan Gaya menjadi kartunis sambilan di
majalah dan akhbar. Kemudian, tahun 1970 hingga 1980-an dunia kartun
kembali sunyi seketika, cuma sesekali kartun K. Bali muncul dengan ruangan
„Kartun Kita‟ akhbar Sabah Times. Pada tahun 90-an menyaksikan kelahiran
beberapa pelukis muda dan baru yang produktif seperti Liaw Sin Kuang (Kuang),
Petrus Leong Nyuk (Kenon) dan David Buku Suning atau lebih dikenali sebagai
Langkawit (Imelda Ann Achin, 2011).
Kartunis Kuang merupakan pelukis bergiat aktif menghasilkan kartun dalam
majalah kartun di sekitar Kota Kinabalu. Beliau menghasilkan karya dengan
subjek dan latarbelakang yang teliti dari segi warna dan bentuk diisi dengan
mesej kritikan sosial masyarakat tempatan. Rakannya, Kenon juga kartunis
sealiran melalui mesej kesedaran sivik masyarakat yang berguna dan penuh
12 Minggo atau nama sebenarnya George Chin merupakan pelukis kartun editorial yang sering
mengkritik kerajaan serta beberapa sindiran pedas ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan lain.
Beliau juga sebagai rakan sekerja dengan Jamdin Buyong dan K. Bali yang bersama berganding
bahu mengisi kekosongan ruangan akhbar dengan bahasa visual seperti ilustrasi cerpen dan puisi
di akhbar Sabah Times.
113
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
humor dengan memuatkan aktiviti harian masyarakat Sabah ke dalam kartunnya.
Selain itu, Langkawit yang lebih popular berbanding nama sebenarnya
merupakan anak jati kelahiran Kota Belud melukis secara sambilan dalam
ruangan surat khabar Borneo Mail dengan merakamkan perihal sosial setempat
dan telah menghasilkan beberapa siri buku kartun dalam Bahasa Kadazandusun
(Mohammad Puad Bebit, 2009). Tema kartunnya juga mendedahkan kepada
paparan kisah hidup dan budaya masyarakat Sabah dalam bentuk cerita-cerita
santai.
Sejarah perkembangan kartun editorial di Sabah memperlihatkan pelukis
tempatan (kecuali K. Bali dari Kelantan) terus mewarnai dunia kartun hingga ke
hari ini walaupun perjalanannya agak perlahan namun tidak pernah pupus pada
zaman-zamannya. Kini, pada zaman milineum ini terdapat beberapa pelukis
yang muncul sekali sekala dalam surat khabar dan majalah antaranya Ag. Azmi
bin Ag. Bakar, Mohd Halim Haji Mokhsin, Abdul Latif Ahmad, Sanitip Latip,
Marcelus Ferdinand serta satu-satunya kartunis wanita iaitu Helorynah
Hendrikus Doni atau Rynah (Ismail Ibrahim, 2005). Rata-rata karya mereka terbit
dalam akhbar yang juga kekal ke hari ini iaitu The Sabah Times.
KESIMPULAN
Setelah berabad-abad lamanya seni lukis menghuni pemikiran manusia
sehingga mencapai zaman moden kini, bidang seni kartun menjadi wadah dalam
menjalani hidup dan pengembangan tamadun manusia. Ia menghubungkan
bidang-bidang sosial masyarakat dan kebudayaan yang di dalamnya
berkembang aspek politik, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta
keagamaan. Karya seni lukis seumpama ini yang dihasilkan atas dasar
manifestasi pemikiran dan idea pelukisnya untuk mengetengahkan pendirian,
pegangan ataupun falsafah hidupnya. Benarlah seni lukis melahirkan dan
mencerminkan semangat dan keperibadian rakyat yang membangunkan sesuatu
bangsa (Redza Piyadasa, 2000:15).
Sehubungan dengan itu, kartun-kartun editorial yang terbit dalam akhbar
tempatan Sabah memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu
masyarakat dan negara untuk mendidik pembaca-pembaca akhbar agar lebih
peka dengan sensitiviti masyarakat dan bersikap patriotik dalam menangani isu-
isu ancaman Sabah serta prihatin terhadap ekonomi penduduk. Secara tidak
langsung, impak seni lukis kartun ini memperlihatkan sumbangan kepada
perkembangan sosial masyarakat, politik dan kenegaraan di Sabah menjadikan
nilai sejarah yang sangat berharga. Menurut Marwick, A. (1985:17), sejarah
adalah keseluruhan peristiwa benar masa lalu manusia, penglibatan untuk
mentafsir masa lalu manusia dan kajian sistematik masa lampau. Mempelajari
masa lampau sudah menggambarkan akan tujuan umumnya iaitu dapat
mengajar kita erti dewasa. Ini berkait rapat dengan fungsi sejarah itu sendiri. Jadi
jelas yang dimaksudkan sejarah ialah memberi nilai-nilai positif kepada
kehidupan manusia sehinggakan Cecero bermadah barang siapa tidak
mengenal sejarah maka akan tetaplah dia menjadi seorang anak kecil. Nyata
114
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
sejarah berfungsi sebagai intrinsik iaitu ilmu dan ekstrinsik iaitu pendidikan moral
(Notosusanto Nogroho, 1971:7) Ungkapan bersifat kuno “sejarah adalah
mengajar kita dewasa”, adalah suatu hakikat yang tidak dapat ditolak atau
disanggah, ia mencerminkan hidup masyarakat yang mempunyai kesedaran
sejarah bagi membina dan membaiki kehidupan mereka.
Kertas penyelidikan ini dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Warisan
Nusantara Kali ke-7 di Kota Bharu Kelantan yang dianjurkan oleh Universiti
Malaysia Kelantan pada 23 Oktober 2018.
RUJUKAN
Ahmad Suhaimi Mohd Noor. 2007. Sejarah Kesedaran Visual di Malaya. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Datu Paduka Mat Salleh, Pahlawan Sabah (1894-1900). 2007. Arkib Negeri
Sabah D.S Ranjit Singh. 2000. The Making of Sabah 1865-1941: The
Dynamics of Indigenous Society. Kuala Lumpur: University Malaya.
Imelda Ann Binti Achin. 2011. Konsep Kartun Editorial Melalui Karya George
Chin. Tesis Tidak Diterbitkan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Inon Shahruddin Abdul Rahman. 2006. Datuk Jamdin Buyong Pejuang Bahasa
dan Sastera. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Ismail Ali. 2011. Sejarah Kebudayaan dan Kesenian Kaum Bajau Semporna Dari
Perspektif Hj Bakara Maharaja Onnong. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Ismail Ibrahim. 2005. Sejarah Perkembangan Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.
Ismail Ibrahim. 2011. Datuk Mohd. Yaman Ahmad Mus. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Ismail Ibrahim. 2013. Menongkah Arus Pelukis Veteran Sabah. Kuala Lumpur.
Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Jamdin Buyong. 1981. Sejarah Perkembangan Senilukis Di Sabah dan
Masalahnya dalam Seminar Seni Lukis Sabah 1987. Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Balai Seni Lukis Sabah.
K. Bali. 2002. Dari Tendong Ke Borneo (Memoir Karyawan Tamu DBP
Cawangan Sabah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Notosusanto Nogroho. 1971. Norma-norma Dasar Penelitian dan Penulisan
Sejarah. Jakarta: Penerbitan Dept. Pertahanan Keamanan.
115
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Marwick, Arthur. 1985. The Nature of History. London: Mac Millian Publishers.
Mohammad Puad Bebit. 2009. Transformasi Sosiobudaya Seni Kartun Sabah
dalam Karya Kartunis Langkawit . Isu-isu Seni Kontemporari. Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 191- 196.
Muliyadi Mahamood. 2010. Dunia Kartun. Kuala Lumpur: Creative Enterprise.
Muliyadi Mahamood. 2010. Kartun Editorial Melayu Sejak 1990. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Redza Piyadasa. 2000. Rupa Malaysia. Balai Seni Lukis Negara. Kuala Lumpur.
Radio Sabah Calling. 1957. Adventure of Tom. 1-15 Februari 1957.
Radio Sabah Calling. 1957. Tiga Serangkai. 1-15 Mei 1957-1-15 Mei 1959.
Sejarah Sabah Bergambar. 2010. Arkib Negeri Sabah.
The Sabah Times Januari-Disember 1963
The Sabah Times Januari-Disember 1965
116
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN IPG KAMPUS KENT
SEHINGGA 2020
Dr. Jais Bin Abdul Hamid
Ahmad Fauzi Mohd Satnih
Sauzanah binti Sulaiman
[email protected]
Sebelum kemasukan penjajah Inggeris, Sabah atau Borneo Utara adalah di
bawah pengaruh Kesultanan Brunei. Ketika ini pendidikan lebih tertumpu
kepada ajaran Islam yang turut tersebar luas di kawasan pesisir pantai barat dan
pantai timur Sabah. Para ulama memainkan peranan penting sebagai penggerak
dalam proses pendidikan yang melibatkan masyarakat Islam. Pendidikan ini
berterusan apabila ibu bapa mengajar anak-anak mereka membaca Al Quran.
Kehadiran penjajah British ke Borneo Utara tidak melihat pendidikan sebagai
perkara yang penting untuk pribumi. Matlamat mereka adalah untuk mengaut
seberapa banyak hasil bumi yang ada di negeri ini. Dasar ini adalah
kesinambungan daripada dasar yang mereka amalkan di Tanah Melayu.
Pendidikan yang diberikan oleh British kepada penduduk pribumi hanyalah
merupakan satu usaha untuk menjadikan anak-anak pribumi lebih pandai
daripada bapa mereka. Oleh sebab itu mereka terus mengekalkan pendidikan
agama Islam yang berteraskan pengajian Al Quran sebagai sistem pendidikan
pada masa itu. D. J. Jardine dalam mesyuarat Ketua-ketua Anak Negeri pada
tahun 1936 berkata;
… The object of the vernacular schools is not to train
government clerks. The great majority of the boys will go back
to the land as cultivators, and it is to train them for this to teach
them to be good citizens that the education at the vernacular
schools is intended…
Sehubungan itu, W.H. Treacher, Gabenor Borneo Utara pertama telah
mendirikan sebuah sekolah agama Islam di Sandakan, yang dikendalikan oleh
Syeikh Abdul Duluhan. Namun begitu sekolah ini tidak mendapat sambutan
daripada penduduk Islam kerana mereka merasa curiga akan tujuan sebenar
gabenor tersebut yang kebetulan menganut agama Kristian. Selepas itu, sebuah
sekolah Inggeris pula dibangunkan di Sandakan pada 1881 oleh J. Byron yang
merupakan seorang mubaligh Katholik. Sekolah ini terbuka kepada semua
penduduk pribumi tanpa mengira bangsa dan juga agama. Namun sekolah ini
juga kurang mendapat sambutan khususnya oleh masyarakat Islam pada masa
itu.
Bermula tahun 1907 hingga 1937, Kerajaan The Charterd Company telah
menubuhkan Sekolah Vernikuler Kerajaan (GVS) di Labuan, Papar, Kota Belud,
117
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Tuaran, Kudat, Ranau Tawau dan Lahad Datu. Selain itu The Charterd Company
juga telah menubuhkan Sekolah Khas (Sekolah Latihan) untuk anak-anak
pemimpin Bumiputera yang terdiri dari anak Orang Kaya-Kaya (OKK), Ketua
Anak Negeri (KAN) dan Ketua Kampung di Jesselton pada tahun 1915. Namun
sekolah ini kurang mendapat sambutan dari anak-anak pemimpin Bumiputera
tersebut. Semasa pemerintahan Jepun 1942 hingga 1945 sebahagian dari
sekolah-sekolah ini telah diambilalih oleh Jepun untuk melaksanakan sistem
pendidikan Jepun terhadap anak-anak tempatan. Apabila Jepun menyerah kalah
pada 17 Julai 1945, Borneo Utara telah ditadbir oleh British Militry Army (BMA)
sebelum diserahkan kepada The British Crown Colony, dan semua Sekolah
Venikuler Kerajaan telah diubah namanya menjadi Government Primary School
(GPS). Selepas itu The British Crown Colony mendirikan lebih banyak lagi
sekolah di Borneo Utara. Bermula tahun 1954 hingga 1957 sebanyak 28 buah
Sekolah Rendah Melayu telah didirikan dan sebanyak 90 buah Government
Primary School didirikan sehingga tahun 1962.
Sekolah-sekolah yang didirikan oleh Charterd Company dan juga British Crown
Colony hanya menyediakan kelas sehingga darjah lima sahaja dan pada tahun
1957 telah ditingkatkan sehingga darjah enam. Tenaga pengajar adalah keluaran
Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak dan guru-guru lepasan Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Keperluan pusat latihan guru di Sabah begitu mendesak terutama pada tahun
1940-an dan 1950-an. Ini adalah ekoran perkembangan pesat pendidikan di
Sabah berikutan wujudnya sekolah-sekolah kerajaan, Cina dan sekolah yang
dikendalikan oleh para mubaligh Kristian. Kesedaran masyarakat di Sabah
tentang pentingnya pendidikan yang boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka,
telah mendorong masyarakat di Sabah menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Namun masalah kualiti pengajaran di sekolah yang rendah ekoran
ketiadaan guru-guru yang terlatih telah menjejaskan pencapaian pelajar di
sekolah-sekolah tersebut.
Bagi mengatasi masalah ketiadaan guru terlatih di Sabah pada awal tahun 1950-
an, British telah membawa guru-guru dari Tanah Melayu lulusan Maktab
Perguruan Sultan Idris mengajar di sekolah kelolaan kerajaan. Sementara
sekolah-sekolah Cina diajar oleh guru-guru yang didatangkan dari Negara China
atau penduduk tempatan yang menerima latihan perguruan di China. Sekolah
mubaligh pula di ajar oleh paderi dan rahib perempuan dari luar Negara. Bagi
sekolah Rakyat pula, tenaga pengajarnya adalah dari kalangan penduduk
tempatan yang berkelulusan sekolah rendah tanpa menerima latihan perguruan.
Kesungguhan kerajaan Koloni British menyediakan pendidikan yang berkualiti di
Sabah dapat dikesan bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946,
apabila E.R. Perry dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pelajaran, beliau telah
merangka pembangunan pelajaran, dan salah satu rancangan beliau ialah
penubuhan sebuah maktab latihan perguruan di Borneo. Beliau berpendapat
118
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
salah satu faktor kelemahan pelajar di sekolah rendah ialah kekurangan guru-
guru terlatih. Beliau berkata semasa membentangkan syornya:
“… that the building of a North Borneo Teachers Training College,
in view of its urgency, should have priority over any other building
projects and should be started at the earliest is possible date…”
Semasa pembentangan itu, beliau juga mencadangkan supaya maktab yang
akan dibina itu berkonsepkan asrama penuh, terletak di luar bandar dan mudah
untuk mendapatkan tanah sebagai tapak pembinaan. Ekoran dari cadangan ini,
kerajaan Koloni British telah memilih daerah Papar, namun dibatalkan kerana
kesukaran untuk mendapatkan tapak yang sesuai. Seterusnya daerah Tuaran
dipilih sebagai lokasi pembinaan maktab tersebut. Pemilihan ini adalah
bersandarkan beberapa faktor seperti kesuburan tanahnya yang sesuai dengan
kurikulum maktab yang berkaitan dengan perkebunan, penternakan dan kerja
tangan. Faktor lain ialah kedudukan tapak maktab ini berdekatan dengan
Sekolah Rendah Kerajaan Tuaran yang memudahkan guru pelatih menjalani
latihan mengajar. Satu lagi faktor yang diambil kira oleh British masa itu ialah
kedudukan Tuaran yang terletak di tengah-tengah antara beberapa daerah
seperti Tamparuli, Kota Belud, Tenghilan, Ranau, Manggatal dan Kota Kinabalu.
Ketika itu Tuaran adalah tumpuan masyarakat untuk memasarkan hasil-hasil
pertanian dan ternakan mereka di Tamu Tuaran.
Pada tahun 1951, sebidang tanah kerajaan, seluas 50 ekar yang terletak di
Tuaran telah diputuskan untuk tapak bangunan tersebut dan kerja-kerja
membersihkan tapak dan membina bangunan dimulakan pada bulan Jun 1951.
Pembinaan bangunan ini telah ditaja oleh Kerajaan Inggeris di bawah
Rancangan Tabung Kebajikan Tanah Jajahan. Maktab yang akan dibina itu
mengandungi tiga bilik kuliah, satu bilik demonstrasi, satu bilik seni lukis, satu
bengkel pertukangan, satu dewan perhimpunan, lima asrama dan dua bilik
pentadbiran. Bangunan ini telah dibangunkan oleh kontraktor dari negara China
dan keseluruhan pekerjanya juga didatangkan dari Negara China. Bangunan ini
siap dibina pada pertengahan tahun 1952 dan bersedia untuk memulakan
operasinya.
Pada 18 Oktober 1952 maktab ini telah dirasmikan oleh Puteri Duchess of Kent
dan maktab ini secara rasmi dinamakan Kent College sempena nama
perasminya. Dengan terbinanya Kent College di Tuaran, ia telah menjadi
lambang kemajuan pendidikan, khususnya pendidikan sekolah rendah pada
masa itu. Setelah empat bulan dirasmikan iaitu pada 16 Februari 1953,
baharulah Kent College memulakan operasinya. Pelajar-pelajar yang sebelum ini
menumpang di Sekolah Perdagangan (Trade School) di Manggatal, lebih kurang
20 kilometer dari Kota Kinabalu memulakan pengajian tahun kedua mereka di
maktab ini. Keadaanya lebih selesa dengan persekitaran yang lebih menarik dan
kelengkapan yang lebih baik.
119
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Gambar 1 : Pembinaan Maktab Perguruan Kent bermula pada 1951 di Tuaran
Gambar 2 : Bangunan Maktab Perguruan Kent yang siap dibina dan
mula beroperasi pada Februari 1953
Pada sekitar tahun 1960an dan 1970an, beberapa bangunan tambahan telah
dibina seperti rumah pensyarah, dewan, surau, bangunan pentadbiran, bengkel
dan bilik darjah untuk menampung bilangan pelajar dan staf yang semakin
bertambah. Selain itu, kemudahan permainan dan sukan juga dinaik taraf untuk
memberi keselesan kepada guru pelatih dan staf maktab menjalankan aktiviti
mereka. Setelah beroperasi selama lebih kurang 63 tahun, pada tanggal 22 Jun
2015, IPGK Kent melakar sejarah baru apabila berpindah ke kampus baharu
yang terletak di kampung Bakut. Tapak kampus baharu ini berkeluasan 93,519.5
ekar yang dipunyai oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Fasa
120
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
pertama kampus ini telah siap dengan tujuh blok bangunan iaitu pusat sumber,
pusat pelajar, dewan kuliah, 2 buah bangunan akademik, blok kemahiran hidup,
dewan serbaguna dan asrama perempuan. Fasa kedua masih belum bermula
yang melibatkan bangunan pentadbiran, asrama lelaki, rumah pengarah dan
staf, kompleks sukan dan masjid. Sementara menunggu bangunan siap
sepenuhnya, bebarapa langkah telah telah diambil oleh pihak pengurusan untuk
memastikan kampus berfungsi dengan berkesan. Antaranya ialah mengekalkan
asrama lelaki, stor pusat, gelanggang permainan dan padang di kampus lama.
Sementara itu unit pentadbiran menumpang buat sementara waktu di blok pusat
sumber.
Gambar 3 : Blok Akademik dan Dewan Kuliah IPG Kampus Kent (Baharu)
Sementara itu, sebahagian dari bangunan di kampus lama masih lagi digunakan
oleh IPGK Kent seperti asrama lelaki, dewan Hone, stor pusat, blok pentadbiran,
gelanggang permain, padang, Surau dan rumah staf. Sebahagian bangunan
digunakan oleh Sekolah Menengah Sains Sabah. Empat buah rumah staf telah
diambil alih oleh Majlis Daerah Tuaran (MDT) dan dijadikan pusat kegiatan belia.
Bangunan asal yang dibina oleh kerajaan British pada tahun 1951 dijadikan
pusat warisan pendidikan Kent dan telah dirasmikan pada 18 Oktober 2018 oleh
YB Jenifer Lasimbang (Pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah).
Pendaftaran guru pelatih yang pertama telah diadakan pada awal April 1951
untuk kumpulan pertama dan kumpulan kedua pada 15 April 1951. Guru pelatih
ini dipilih melalui sesi temuduga yang telah dijalankan oleh pengetua iaitu Mr. F.
R. Gidney dan isterinya. Mr. F. R. Gidney bersama isterinya telah mengunjungi
beberapa buah sekolah di Jesselton, Papar, Kawang, Bongawan, Keningau,
Labuan, Weston dan Sandakan untuk menemuduga guru-guru dan juga pelajar
yang telah lulus darjah lima bagi mengikuti latihan di maktab. Temuduga
dijalankan bermula Disember 1951 hingga bulan April 1952. Hasil dari temuduga
ini seramai 22 orang guru lelaki yang berpengalaman mengajar sekurang-
kurangnya 5 tahun telah diterima masuk untuk mengikuti latihan selama setahun.
Mereka dibayar gaji penuh disamping kemudahan tempat tinggal, peralatan tidur
serta peralatan pembelajaran dalam kelas secara percuma.
121
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Kumpulan kedua seramai 18 orang telah mendaftar pada 15 April 1952 yang
terdiri dari pelajar-pelajar lelaki yang telah lulus darjah lima sekolah rendah
kerajaan. Mereka berumur antara 14 tahun hingga 19 tahun dan mereka akan
mengikuti kursus selama 2 tahun. Pihak maktab memberi kemudahan tempat
tinggal, peralatan tidur, peralatan pembelajaran dalam kelas serta dua pasang
pakaian seragam belajar secara percuma. Di samping itu mereka juga mendapat
elaun sebanyak RM8.00 sebulan sebagai wang poket.
Persekitaran pembelajaran pada masa itu agak kurang selesa kerana terpaksa
berkongsi bangunan dengan staf dan pelajar-pelajar Trade School. Keadaan
asrama pelajar juga agak daif kerana kemudahan yang tidak mencukupi serta
sering menghadapi masalah air. Ada ketikanya para pelajar terpaksa mandi di
sungai Manggatal yang kebetulan berdekatan dengan asrama pelajar.
Gambar 4 : Pelatih Pertama Maktab Perguruan Kent (Menumpang di Trade
School) Bersama Pengetua Mr Gidney (Pengetua) Tahun 1951
Tenaga pengajar pada peringkat awal penubuhan maktab ini adalah terdiri
daripada Mr. Gidney sebagai pengetua, Mrs. Gidney, Encik Osman Haji Sidek
dan Encik Mursidi Nambi sebagai pensyarah. Mereka dibantu oleh Miss C. M.
Lewin yang mengajar lukisan. Para pensyarah yang menjadi tenaga pengajar
semasa di Maktab Trade School, Manggatal, dibayar gaji sebanyak RM35.00
ringgit sebulan. Mereka akan mengajar beberapa mata pelajaran yang wajib
diambil oleh para pelajar seperti English, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu,
Arithmetic, Hygiene, Nature Study, Kaedah Mengajar, Pendidikan dan juga
Lukisan. Peperiksaan akan diadakan pada penggal kedua pengajian iaitu pada
bulan November.
Setelah beberapa bulan berkhidmat sebagai pengetua di Maktab Trade School,
Mr. F. R. Gidney telah mengambil keputusan untuk balik ke England pada 23
September 1952, bersama isterinya kerana masalah kesihatan. Jawatan
pengetua kemudiannya dipangku oleh J. Winders, M. A sehingga operasi maktab
122
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
berpindah ke tapak yang sebenar di Tuaran. Beliau merupakan salah seorang
pengawai pelajaran yang bertugas di Jabatan Pelajaran Sabah pada masa itu.
Pada 16 Februari 1953, penuntut-penuntut tahun kedua seramai 18 orang yang
sebelum ini mengikuti kursus di Trade School, Manggatal telah mendaftar untuk
meneruskan pengajian di kampus baharu. Mereka adalah kumpulan pertama
yang belajar di kampus baharu ini. Sementera itu 22 orang penuntut pertama
dari kalangan guru telah menamatkan kursus mereka dan kembali mengajar
semula di sekolah rendah kerajaan.
Jawatan pengetua terus dipangku oleh J. Winders, M. A sehinggalah kehadiran
pengetua baharu iaitu Mr. J. H. Alman pada 14 Mei 1953. Mr. J. H. Alman
merupakan bekas pensyarah Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,
Perak. Selang beberapa hari selepas ketibaan J. H. Alman, tiga orang lagi
pensyarah berbangsa Inggeris dari England datang ke Kent College sebagai
pensyarah Bahasa Inggeris. Mereka ialah Mr dan Mrs D. A. Price dan Miss M.
Turner. Bilangan pensyarah terus bertambah dengan Kehadiran En. Abdul
Rahman Bernawi, R. D. Gillespie yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Miss
B. Colquhoan.
Dalam bulan Julai 1953, seramai 70 orang penuntut baharu telah mendaftarkan
diri di Kent College. Mereka ini adalah terdiri daripada 23 orang guru-guru
Melayu yang mengikuti kursus selama setahun, 21 orang murid lelaki dan 8
orang murid perempuan sekolah Melayu, 12 orang murid lelaki dan 6 orang
murid perempuan Cina yang berlatih selama 2 tahun. Ini menjadikan jumlah
penuntut pada tahun itu adalah seramai 88 orang.
Gambar 5 : Pelajar wanita pada tahun 1960an
123
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Gambar 6 : Sesi Pdp sekitar tahun 1960 ( Pendidikan Seni Lukis)
Idea asal penubuhan maktab ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang akan
mengajar di sekolah-sekolah rendah Melayu sahaja. Walau bagaimanapun, pada
tahun 1954, kursus aliran Cina mula diperkenalkan bagi memberi ruang kepada
guru-guru pelatih Cina menerima latihan. Seterusnya pada tahun 1958, kursus
Bahasa Inggeris pula diperkenalkan bagi menampung kekurangan guru-guru
bahasa Inggeris terlatih di sekolah rendah. Selain itu, maktab ini juga mula
menerima penuntut pertama seramai 6 orang pelajar perempuan dari Brunei
pada tahun 1955.
Pada tahun 1963, setelah Sabah bergabung dengan Sarawak dan Persekutuan
Tanah Melayu membentuk Malaysia, pentadbiran maktab telah diambil alih oleh
Jabatan Pelajaran Sabah, kursus bahasa Inggeris sekolah rendah telah
dipindahkan ke Maktab Perguruan Gaya diikuti dengan bahasa Cina pada tahun
1970. Bermula dari tahun tersebut, Maktab Perguruan Kent hanya menawarkan
kurusus aliran Melayu dan berlaku pertambahan pengambilan pelatih bagi
menampung kursus aliran Melayu.
Perubahan drastik terhadap pentadbiran maktab perguruan seluruh Malaysia
berlaku pada tahun 1981, bila mana pentadbiran maktab perguruan diletakkan di
bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Perubahan pentadbiran ini telah menzahirkan beberapa perubahan
dalam dasar dan kurikulum pendidikan keguruan. Walau bagaimanapun Maktab
Perguruan Kent telah mengekalkan dasar pengambilan pelatih dengan memberi
keutamaan kepada anak-anak pribumi Sabah. Para pelatih akan mengikuti
kursus perguruan selama dua tahun sepenuh masa sebelum mereka dikurniakan
124
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Sijil Perguruan Asas untuk melayakkan mereka mengajar di sekolah rendah.
Walau bagaimanapun tempoh kursus telah ditambah setahun lagi menjadikan
tiga tahun bermula 1982, namun tempoh kursus ini telah dikurangkan menjadi
dua tahun setengah bermula tahun 1985.
Maktab perguruan terus mengorak langkah dengan menawarkan Kursus
Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling mulai Jun 1996.
Seterusnya pada Ogos 1996, Tahap Sijil Perguruan Asas telah dinaik taraf
menjadi diploma di seluruh Maktab Perguruan Malaysia. Mulai saat itu, produk
maktab perguruan dianugerahkan Diploma Pendidikan setelah mengikuti kursus
selama 3 tahun. Perubahan ini adalah selaras dengan perkembangan
pendidikan semasa yang memerlukan guru lebih kompeten dalam profesyen
mereka. Kualiti latihan perguruan terus diperkasakan dengan melakukan
beberapa transformasi. Antaranya ialah memastikan semua guru sekolah rendah
memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang perguruan. Selaras
dengan itu, Maktab Perguruan Kent dan maktab-maktab lain di seluruh Malaysia
telah dinaik taraf menjadi Institusi Pendidikan Guru berkuatkuasa pada 1 April
2006 yang membolehkan pelaksanaan program ijazah. Berikutan itu, Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent telah mula mengambil pelatih untuk mengikuti
kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bermula tahun 2006 dengan kerjasama
OUM. Kumpulan pertama yang terlibat dengan kerjasama ini ialah kumpulan
PISMK Kajian Sosial. Sementara satu kumpulan lagi ialah PPISMP bahasa Arab
yang dikendalikan sepenuhnya oleh IPGK Kent di bawah Jabatan Pengajian
Islam dan Moral (JAPIM). Mereka mengikuti kursus persediaan selama dua
tahun dan peringkat ijazah selama empat tahun.
Selain daripada program perguruan asas, Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent juga mengendalikan program-progran khas seperti program
Pensiswazaan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini telah diadakan
bermula 2008 hingga 2012 yang melibatkan opsyen Bahasa Melayu seramai 56
orang, Pengajian Sosial seramai 24 orang dan Sains 25 orang. Sementara itu,
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan pada 1999 hingga
2011. Antara program KPLI yang dilaksanakan ialah (KPLI) LBBSj-QAF bermula
tahun 2005 hingga 2010. Sementara itu, program KPLI JQAF untuk pengajian
agama telah diadakan pada tahun 2012 melibatkan pelajar seramai 80 orang.
Selain itu, program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) juga dilaksanakan
bermula 2011 hingga 2017 bagi menampung kekurangan guru-guru berijazah di
sekolah rendah. Antaranya ialah program DPLI JQAF KDC opsyen Pendidikan
Islam seramai 68 orang dan Bahasa Arab seramai 18 orang. IPGK Kent juga
mengelolakan program DPLI GSTT pada tahun 2011 yang melibatkan opsyen
Sejarah seramai 49 orang, Bahasa Melayu 29 orang dan Pengajian Sosial
seramai 28 orang. Selain itu, diadakan juga kursus DPLI KDC opsyen Bahasa
Melayu seramai 18 orang yang menamatkan kursus pada tahun 2016. Pada
125
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
tahun 2017 IPGK Kent telah mengelolakan kursus PDPLI opsyen Tahfiz seramai
13 orang.
Bermula tahun 2008 hingga 2013, IPGK Kent telah mengendalikan kursus KDPM
Kursus Dalam Cuti (KDC) Prasekolah (KEMAS) yang melibatkan guru seramai
103 orang, Pengajian Cina 23 orang, Pengajian Islam 23 orang. Pada tahun
2011 hingga 2013 IPGK Kent telah mengendalikan program PPG yang
melibatkan opsyen Bahasa Cina seramai 23 orang, Bahasa Melayu 142 orang,
Pendidikan Seni Visual 32 orang dan Presekolah 13 orang. Pada tahun 2014,
IPGK Kent telah melatih seramai 17 orang guru-guru Prasekolah melalui
Program Diploma Pendidikan Malaysia (PDPM) KDC. Selain itu, IPGK Kent juga
telah melaksanakan Program Jarak Jauh (PJJ) sejak 2011 hingga 2016 dan
Program PISMP/GSTT 2013 hingga 2017.
Penampilan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent terus menyerlah dengan
pelbagai sumbangan terhadap masyarakat sekitar, serta anugerah yang
diterima. IPGK telah menerima pengiktirafan 5 bintang sejak 2013 dan terus
meningkat dengan mendapat anugerah 6 bintang pada tahun 2017 hingga kini
oleh badan Akredatasi Sistem Penarafan IPG KPM. Sehingga kini, IPG Kampus
Kent telah banyak menyumbang terhadap perkembangan pendidikan di negara
ini, khususnya dalam melahirkan guru-guru sekolah rendah yang yang terlatih.
Seiring dengan usia IPGK Kent yang telah menjangkau 68 tahun; institusi ini
telah berjaya melahirkan seramai 16,061 orang guru terlatih yang telah
berkhidmat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan Brunei.
RUJUKAN
George, K. M. 1981. Education in Sabah ( Part 1,11 an 111). Kota Kinabalu:
Sabah Foundation. hlm 49. ( Tidak diterbitkan).
Sabihah Osman, Sekolah Latihan bagi anak-Anak Ketua Anak Negeri, Sabah,
Journal Ilmu Pembangunan dan Sumber Alam (Sumber), Bil. 3, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1989, hlm. 138-139
2004, Kertas Kerja Pengkisahan Sejarah Permulaan Wujudnya Sekolah-sekolah
Di Zaman Era Penjajahan The Charterd Company/Jepun/British Colony
Hingga Ke Era Kemerdekaan Melalui Gagasan Malaysia, Persatuan
Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.
Mohd. Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: DBP, 1982,
hlm. 25
North Borneo Annual Report of the Education Department for 1950. Kertas John
A. Alman mengenai “ An Evaluation of Teachers Training in North
Borneo”, 1960, tanpa halaman.
126
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Jais Abdul Hamid (ed). 2012. Memori Kent 1952-2012. Tuaran: Utusan Kinabalu
Co. Sdn. Bhd.
Buku Catatan Maktab .1952-1966.
Buku Pendaftaran Guru-guru Pelatih .2008 – 2019.
Buku Rekod Peperiksaan IPG Kampus Kent.1954 -2020.
Laporan Tahunan IPG Kampus Kent .2013, 2015, 2018 & 2019.
127
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
KERELEVANAN PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH
MENENGAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MENURUT
ADAM DAN HAMM (1994)
Mansor Bin Md Desa
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim
[email protected]
PENDAHULUAN
Penulisan ini bertujuan bagi mendedahkan tentang kerelevanan penggunaan
portfolio mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah menengah dan
institusi pengajian tinggi di Malaysia. Portfolio sehingga kini masih digunakan
dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah menengah serta tenaga pengajar di
institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Keberkesanannya akan dapat dilihat
dalam penulisan ini dengan menyatakan beberapa bentuk kejayaan pelajar dan
guru dari pelbagai aspek dengan merujuk kepada pernyataan Adams dan Hamm
(1994). Selain itu, penulisan ini juga telah mendapat maklumat, hujah-hujah dan
cadangan dari tokoh serta ahli akademik yang sesuai dan menyokong pendapat
saranan Adams dan Hamm ini.
Pengajaran dan pembelajaran PSV di peringkat sekolah dan institusi pengajian
tinggi adalah berasaskan tuntutan semasa dalam senario pendidikan kini dan
pada masa akan datang. Mata pelajaran PSV merupakan mata pelajaran yang
merangkumkan ketiga-tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Bagi
menyesuaikan ketiga-tiga domain tersebut, maka kurikulum PSV sekolah
menengah disusun berdasarkan dua bidang iaitu penghasilan seni visual serta
sejarah dan apresiasi seni visual. Hal ini penting bagi menyahut matlamat PSV
dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi membentuk individu
yang seimbang dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Bertitik tolak atas dasar kepentingan PSV di dalam FPK, penyelidik
mencadangkan beberapa pendekatan yang disarankan oleh Adams dan Hamm
(1994) bagi merealisasikan kehendak ini. Menurut mereka, penggunaan portfolio
boleh merakam perlakuan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih sistematik bagi membolehkan pelajar membuat refleksi terhadap apa yang
telah dilakukan, manakala pihak guru dapat menilai kebolehan pelajar dengan
lebih berkesan. Manakala menurut Tomhave (1999) pula mendefinisikan portfolio
merupakan koleksi hasil kerja pelajar dan pencapaian dalam bidang mereka
ceburi serta berupaya mendedahkan kepada khalayak melalui pameran dan
tujuan-tujuan lain.
Portfolio dalam Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV)
Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) yang telah dimulakan pada tahun 2004
merupakan sebahagian daripada instrumen pentaksiran untuk mata pelajaran
128
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Pendidikan Seni Visual 2611/3 Sijil Pelajaran Malaysia SPM. KRSV memerlukan
calon menyempurnakan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Calon dikehendaki
menghasilkan kajian portfolio ke arah penghasilan produk akhir yang dikenali
sebagai artifak. Kerja Kursus KRSV ini mementingkan kefahaman, kemahiran,
dan aplikasi serta kesedaran tentang nilai estetika dalam penghasilan karya.
Menariknya, pelaksanaan KRSV ini dibimbing oleh guru yang dilantik sebagai
penyelia dan pembimbing. Guru akan membimbing pelajar dalam usaha
mencari, menganalisa, mengolah hinggalah ke peringkat penghasilan karya
akhir. Usaha ini perlu bagi memastikan hasil kerja-kerja dalam portfolio pelajar
adalah berkualiti dalam pelbagai aspek penilaian. Selain itu, guru pembimbing
juga ditugaskan untuk memantau, menyelia, menilai dan membimbing proses
kerja pelajar sepanjang tugasan tersebut berlangsung. Tempoh penghasilan
kerja pelajar adalah dari bulan Februari hingga Julai mengikut tahun semasa
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008). Di samping itu juga, segala prasarana,
bahan dan peralatan juga hendaklah disediakan oleh pihak sekolah (Norazmyra
Yahya, 2011). Persediaan ini perlu bagi memudahkan guru pembimbing dapat
merancang strategi PdP yang digunakan bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan KRSV dapat berjalan lancar.
Bagi melaksanakan penilaian terhadap KRSV ini, terdapat dua elemen penting
yang perlu diberi perhatian iaitu portfolio kajian dan hasil produk akhir dikenali
sebagai artifak. Menurut Norazmyra Yahya (2011), portfolio kajian adalah proses
perjalanan kerja-kerja awal hingga akhir seperti sumber ilham, lakaran idea,
olahan idea, perkembangan idea, kajian warna dan susun letak hinggalah
terhasilnya sebuah karya akhir. Selepas itu, karya akhir 2 dimensi tersebut akan
melalui fasa pembuatan produk dalam bentuk 3 dimensi (artifak). Guru
pembimbing akan membuat penilaian dan markah dipantau oleh pentaksir
kawasan sebelum markah diserahkan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia
(Norazmyra Yahya, 2011). Oleh yang demikian, portfolio kajian dan artifak
adalah dua elemen yang dapat dinilai keberkesanannya secara lebih terancang
dan sistematik.
Kajian Rekaan Seni Visual ini amat penting untuk dilaksanakan di sekolah. Ia
bukan sahaja berfaedah untuk pelajar itu sendiri, malah boleh dijadikan sumber
serta rujukan dari semasa ke semasa oleh pihak lain yang ingin menilai
perkembangan pembelajaran pendidikan amnya dan Pendidikan seni
khususnya. Kepentingan ini jelas seperti yang ditegaskan oleh Adams dan
Hamm (1994); “Coupled with other performance measures, portfolio can make
an important contribution to educational reform and serve as a stimulus for new
paradigms in learning”.
Portfolio Menurut Adams dan Hamm (1994)
Walaupun portfolio pada mulanya hanya digunakan oleh para pelukis untuk
merakamkan proses penghasilan hasil kerja, tetapi Adams dan Hamm (1999)
129
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
telah membuktikan bahawa keberkesanan portfolio menarik pengkarya fotografi
dan lain-lain matapelajaran menggunakan portfolio untuk mempamerkan hasil
kerja mereka. Apa yang menarik ialah beberapa institusi telah berminat
menggunakan portfolio untuk menilai hasil kerja yang merentasi kurikulum.
Misalnya, percubaan Universiti Harvard telah Berjaya menjalankan program seni
yang menggunakan portfolio dalam pengajaran dan penilaian (Mitchell, 1989).
Setelah kejayaan Universiti Harvard mengendalikan portfolio, National
Assesment of Education Progress telah mencadangkan penggunaan portfolio
untuk menilai kebolehan murid-murid dalam bidang penulisan dan pembacaan
(Finch, 1991). Apabila melihat akan kepentingan portfolio dan kejayaannya yang
membanggakan, beberapa buah kolej dan universiti telah membuat keputusan
agar pelajar-pelajar menghantar portfolio sebagai syarat kemasukan universiti
(Roger Farr, 1990). Dengan ini membuktikan bahawa portfolio adalah satu usaha
yang menunjukkan kebolehan pelajar dan mencerminkan bahawa portfolio
adalah satu usaha yang menunjukkan kebolehan pelajar dan mencerminkan
kelayakan pelajar untuk dijadikan bukti yang sahih.
Kejayaan demi kejayaan penggunaan portfolio ini dapat dilihat dalam pelbagai
aspek dan bidang yang boleh dinilai secara berkesan. Hal ini demikian kerana,
portfolio yang disarankan oleh Adams dan Hamm (1994) membolehkan pelajar
meluahkan idea dengan memberi contoh-contoh pemikiran mereka dalam
portfolio manakala guru mendapat pengalaman dalam merancang pengajaran
yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Tambahan pula, guru akan
mengetahui kebolehan pelajar sebenar mengikut peringkat perkembangan
kognitif dan psikomotor mereka. Ini adalah selaras dengan pendapat Erik Erikson
(2010) seorang ahli psikologi pendidikan mengatakan bahawa kebolehan kanak-
kanak adalah mengikut peringkat perkembangan. Mereka perlu menyalur tenaga
mereka ke arah pencapaian sesuatu hasil yang baik dan berkesan. Tugasan
yang dijalankan hendaklah menghasilkan sesuatu seperti penyelesaian masalah,
produk, kemahiran dan kefahaman. Secara tidak langsung, kandungan portfolio
yang dicadangkan dapat menepati kehendak tersebut.
Selain itu, menurut penyelidik Graves dan Sunstein (1992), apabila pembelajaran
berlaku menerusi portfolio, guru-guru akan lebih berpengetahuan dalam menilai
kebolehan murid dan secara tidak langsung membawa perubahan kepada
mereka dan pihak sekolah. Dari hasil penyelidikan, menunjukkan portfolio
mereka boleh digunakan di dalam kelas untuk bekerjasama dengan murid-murid,
menggalakkan perbincangan dan memberi cadangan penambahbaikan. Dengan
itu, kefahaman pelajar dapat dilihat secara konkrit dan lebih holistik.
Sementelahan pula, prinsip dan kaedah yang digunakan dalam portfolio dapat
menghubungkan guru dengan murid dengan lebih dekat dan bermakna. Ini dapat
dibuktikan, kerana setiap aktiviti dijalankan perlu ada kerjasama antara murid
dan guru. Guru sebagai fasilitator dan harus mengikut perkembangan pelajar
sepanjang proses aktiviti pembelajaran. Manakala pelajar sebagai pelaksana
130
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
akan menjalankan peranannya secara aktif untuk berusaha mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dari guru dan sumber-sumber lain. Secara tidak
langsung, prinsip dan kaedah secara portfolio ini dapat membentuk nilai afektif
yang berkesan seperti nilai kerjasama, tolong-menolong, teliti dan semangat
ingin maju ke hadapan.
Menurut Adams dan Hamm (1994) lagi, penilaian portfolio boleh meningkatkan
kreativiti dan penilaian kendiri berbanding dengan ujian-ujian lain. Kenyataan ini
dapat dibuktikan bahawa penilaian melalui portfolio bermula dari permulaan
pembelajaran hingga kepada hasil akhir. Guru dapat melihat peringkat-peringkat
kebolehan dan kefahaman murid secara langsung kerana segala bukti
pembelajaran dapat direkodkan. Manakala pelajar boleh membuat penilaian
kendiri apabila menyemak semula apa yang telah dipelajari. Namun, jika
penilaian dibuat bagi menilai ingatan semata-mata adalah kurang berkesan bagi
seseorang pelajar. Misalnya, seorang pelajar yang pintar tidak dapat menjawab
soalan dengan baik sekiranya ia mengalami masalah kesihatan pada hari ujian.
Keputusan yang diperolehi sudah pasti mendukacitakan. Berbanding dengan
penilaian portfolio ia lebih menilai perkembangan proses dan menggalakkan
pelajar untuk mencipta, mengatur, meramal, mengetahui dan mengimaginasi, ini
menggambarkan apa yang telah dipelajari. Konsep penilaian portfolio sendiri
menekankan kepada kebolehan pelajar bukan mencari kesalahan pelajar.
Bagi mengukuhkan lagi konsep penilaian kendiri yang disarankan oleh Adams
dan Hamm (1994), seorang penyelidik Roger Farr (1990) menyatakan bahawa
dengan membuat penilaian ke atas hasil kerja sendiri dan rakan sebaya, maka
secara tidak langsung ia dapat mengembangkan keupayaan dan menilai
kebolehan kendiri. Dengan cara ini juga, pelajar dapat menentukan dan
merancang masa depan dengan secara sistematik. Usaha untuk menjayakan
pembelajaran melalui portfolio perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak
terutamanya ibu bapa. Adams dan Hamm (1994) mencadangkan agar
penjelasan mengenai rasional penggunaan portfolio itu harus didedahkan
kepada semua pihak terutama ibu bapa, para pelajar dan pentadbir sekolah atau
institusi sebelum menggunakan kaedah ini. Terdapat suara dan pandangan
beberapa pihak menyatakan bahawa menyimpan portfolio akan memakan masa
dan memerlukan perbelanjaan yang besar selain kesukaran ruang penyimpanan.
Pandangan ini terdapat kebenarannya jika dibandingkan dengan ujian-ujian lain
seperti mengisi tempat kosong dalam kertas ujian adalah lebih mudah.
Sebaliknya, ramai para pendidik bersetuju dengan usaha menyimpan portfolio
adalah berbaloi kerana ia menghasilkan penilaian kebolehan yang lebih realistik.
Biarpun apa tujuannya, portfolio merupakan saluran bagi para pendidik untuk
memperolehi pemahaman yang mendalam terhadap pencapaian, pengetahuan
dan sikap pelajar. Dalam masa yang sama, kualiti pemilihan portfolio memfokus
kepada pelajar ke arah kesedaran di dalam pembelajaran mereka. Hal ini
demikian kerana ia bukanlah sebuah pengumpulan serentak bahan-bahan dan
maklumat tertentu tetapi dibuat dalam jangka masa yang panjang. Setiap unsur
131
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
mewakili cetusan rasa yang berbeza serta melambangkan kehidupan dunia
pelajar secara keseluruhan dan bersepadu. Ini adalah bertujuan untuk memberi
pemahaman yang jitu terhadap kerja-kerja pelajar di dalam proses
perkembangan pembelajaran mereka.
Adams dan Hamm (1994) menyarankan agar setiap orang sepatutnya telah
bersedia untuk membincangkan kepentingan penilaian melalui portfolio dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan bahawa portfolio bukanlah
satu tempat pengumpulan markah ujian semata-mata. Portfolio berupaya
menunjukkan sebuah rakaman kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar yang
mempunyai perjalanan proses yang penting jika dibandingkan dengan hasil
akhir untuk dinilai. Bagi mencapai hasrat tersebut, satu perancangan terperinci
perlu dibuat sebelum dilaksanakan. Perancangan perlu diberi perhatian khusus
terhadap perkara sebenar yang ingin dinilai, ketepatan kandungan, tingkahlaku
dan sasaran pelajar yang dikehendaki (Adams dan Hamm, 1994).
Oleh hal yang demikian, penilaian portfolio adalah selari dengan perkembangan
intelektual pelajar. Ini kerana kandungan portfolio juga boleh menampilkan
ketajaman pemikiran dan naluri peribadi pelajar yang menyentuh kehidupan
akademik. Maklumat yang terkumpul dalam portfolio menolong guru di dalam
mengenalpasti kelebihan dan kekurangan pelajar begitu juga dari segi
pengetahuan serta sikap mereka. Pendapat ini telah disokong oleh dua orang
penyelidik iaitu Quinta dan McKenna (1991) yang menyatakan bahawa proses
penilaian melalui portfolio semakin luas apabila ianya digunakan sebagai proses
kolaborasi antara pelajar, ibu bapa dan guru. Proses ini merupakan pengalaman
pembelajaran yang bermakna untuk menunjukkan pemahaman sebenar
pembelajaran formal dan tidak formal. Justeru, suasana pembelajaran ini akan
meningkatkan tahap intelektual pelajar sejajar dengan perkembangan hidup di
alam persekolahan dan meniti dalam kehidupan yang sebenar.
Selaras dengan era pendidikan yang menuju abad ke 21 kini dan keperluan serta
kehendak revolusi industri 4.0 yang sedang rancak berlangsung, para pelajar
perlu melibatkan diri secara aktif di dalam menilai tahap pembelajaran mereka.
Pengendalian sesebuah projek dalam portfolio dapat menyumbang sikap ingin
tahu yang kuat dalam suasana pembelajaran sepanjang hayat. Adams dan
Hamm (1994) telah menyatakan, ini dapat dibuktikan apabila pelajar belajar
bekerjasama di dalam kumpulan, menulis dan berbincang mengenai idea-idea
mereka. Selain dari menulis jurnal, berkongsi idea dan sebagainya sebenarnya
telah berlaku perkembangan kognitif dan kemahiran dalam pembelajaran pelajar.
Pemahaman sebenar melalui projek ini akan dapat digunakan apabila pelajar
berada di alam pekerjaan kelak. Pelajar akan mempraktikkan daripada sebuah
pembelajaran daripada projek-projek dan bukannya menjawab soalan seperti di
dalam ujian peperiksaan.
Sebagai kesimpulannya, portfolio biasanya dianggap sebagai saluran penilaian
yang asli dan praktikal kerana boleh membantu guru-guru serta pihak lain untuk
132
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
menilai keupayaan pelajar berdasarkan fakta, konsep, pengetahuan dan
kemahiran berfikir yang tinggi. Melalui kaedah portfolio, dapat menolong para
pendidik mengendalikan subjek-subjek tanpa terikat dengan kaedah
konvensional terutama dalam subjek PSV. Kandungannya sendiri sesuai untuk
setiap masa dan konteksnya menjurus ke arah peraturan pembelajaran yang
merupakan keperluan pemikiran kreatif dan kritis.
RUJUKAN
Erik Erikson. 2010. Childhood and Society. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
F.L Finch. 1991. Educational Performance Assesment. The Riverside Publishing
Company. Chicago.
Haas, Mary E., Ed.; Laughlin, Margaret A., Ed. 1997. Meeting the Standards:
Social Studies Readings for K-6 Educators. National Council for the
Social Studies. Washington DC.
Graves dan Sunstein.1992. Portfolio Diversity Inaction. Portsmouth NH
Heinemann Educational Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2007. Panduan Pelaksanaan dan Penilaian
Kerja Kursus SPM 2007 Pendidikan Seni Visual, Kajian Rekaan Seni
Visual 2611/3. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5. Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Putrajaya.
Mitchell, R. 1989. Portfolio Newsletter of Arts Propel. Cambridge, MA. Harvard
University Press.
Norazmyra Bt Yahya. 2011. Pelaksanaan Portfolio Kerja Kursus Kajian Rekaan
Seni Visual Di Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Pendidikan (Seni).
Fakulti Seni, Komputeran Dan Industri Kreatif. Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Tanjong Malim.
Quinta, F., and B. McKenna. 1991. Alternatives to Standardized Testing. National
Education Association. Washington, D.C
Roger Farr. 1990. Setting Direction For Language Arts Portfolios Educational
Leardership. Association For Supervision and Curriculum Development.
Roger D. Tomhave. 1999. Portfolio Assessment in the Visual Arts: A Comparison
of Advanced Secondary Art Education Strategies. University of
Minnesota.
133
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
KEINDAHAN REKABENTUK DAN MOTIF TEPAK SIRIH DALAM
KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU
Dr. Mohd Sawari Rahim
Dr. Suraya Hani Zakaria
[email protected]
ABSTRAK
Kertas penyelidikan ini membincangkan tentang nilai estetika dan keindahan
pada sesebuah tepak sirih dari sudut rekabentuk serta motif rekacoraknya.
Tepak sirih yang terdiri daripada cembul-cembul, bekas sirih, kacip dan gobek
tampil dalam pelbagai gaya dan citarasa membuktikan keunikan, kreativiti dan
daya fikir masyarakat Melayu terdahulu. Proses penciptaannya diungkapkan
menerusi garapan keindahan flora dan fauna yang hidup di alam sekeliling ini.
Penyelidikan yang dijalankan ini berbentuk deskriptif, hasil dari kajian lapangan
dan pustaka bagi mengutip data. Maka, kaedah kualitatif digunakan bagi tujuan
mengumpul segala maklumat yang diperoleh. Kaedah temubual, pemerhatian,
dokumentasi dan rakaman visual dapat menjelaskan lagi tentang segala
maklumat yang diperlukan. Kerelevanan kajian ini sangat perlu memandangkan
zaman kini serba maju dan canggih menyaksikan golongan muda dan pewaris
lebih cenderung mengagungkan budaya barat dan teknologi gajet. Mereka
janggal untuk mengenali budaya dan adat Melayu warisan nenek moyang
sendiri. Maka, destinasi hasil peninggalan warisan tersebut berakhir di galeri dan
muzium yang kurang impaknya kepada golongan tersebut. Justeru itu, tepak sirih
dilihat sebagai satu set kesenian yang dapat melambangkan ketinggian estetika
dan kesantunan berbudaya masyarakat Melayu. Ia mementingkan kehidupan
bersatu menerusi nilai, adat dan budaya berperaturan, kekal dan mekar
sepanjang zaman menggenggam erat pepatah Melayu lama iaitu “Tak Lapuk
Dek Hujan dan Tak Lekang Dek Panas”.
Kata Kunci : Tepak Sirih, Nilai Estetika, Budaya dan Masyarakat Melayu
PENDAHULUAN
Tepak sirih merupakan satu bekas atau wadah yang menempatkan peralatan-
peralatan khas dan sampingan iaitu cembul-cembul, bekas sirih, kacip dan
gobek (Noriah Mohamed, 2005). Tepak sirih juga dikenali sebagai perkakas yang
menjadi tapak kepada sirih dan menjadi „ibu‟ kepada tradisi memakan sirih
(Rosidi Zainal, 2011:20). Peralatan seperti cembul digunakan untuk mengisi
pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur. Bekas sirih digunakan untuk
menyimpan daun sirih, manakala kacip dan gobek adalah alatan sampingan
yang turut berada dalam tepak sirih. Sesebuah set tepak sirih ini diperbuat sama
ada daripada logam, kayu, seramik, pandan, mengkuang, buluh dan kain
mengikut peredaran zaman masyarakat yang menghasilkannya.
134
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Rekabentuk tepak sirih terdiri daripada pelbagai jenis, di antaranya berbentuk
empat segi panjang dan berbentuk bulat. Bentuk-bentuk ini ada yang bertutup,
tidak tertutup, mempunyai kaki dan tidak berkaki atau roda. Terdapat ragam hias
pada permukaan dan peralatan tepak sirih seperti penggunaan motif-motif
tumbuhan, bunga, geometrik, kosmos, kerawang, motif binatang, unggas dan
sebagainya. Rekabentuk dan rekacorak tepak sirih tidak dapat dipisahkan
kerana ianya mempunyai kaitan rapat dengan simbolisme dan makna dalam
masyarakat Melayu.
Noriah Mohamed (2005) menjelaskan tepak sirih dikenali sebagai cerana dan
kadangkala dikenali sebagai puan. Jika diteliti makna puan yang kini digunakan
kepada panggilan penghormatan kepada wanita pasti adanya perkaitan di antara
keduanya. Tepak sirih yang kebanyakannya berbentuk bulat dan melebar
melambangkan keindahan dan ada persamaannya dengan keindahan yang
wujud pada diri wanita itu sendiri (Noriah Mohamed, 2005). Tepak sirih atau
puan selalunya berbentuk terbuka dan di atasnya inilah tersusun cembul- cembul
yang berisi bahan-bahan yang disebutkan tadi dengan kacip yang terselit di sisi.
Ia membawa erti keterbukaan diri amat penting sehingga diri dapat menerima
segala perkara positif dan negatif sebagai rutin harian hidup.
Tepak sirih memainkan peranan penting di dalam adat peminangan,
perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran, menempah bidan, melenggang
perut, membuka panggung, pemujaan di pantai dan sebagainya (Norhayati Mohd
Said, 1983) dan (Noriah Mohamed, 2005). Tepak sirih dan sirih pinang
digunakan untuk mengundang orang ramai dan pemimpin-pemimpin khasnya
menghadiri istiadat perkahwinan. Sirih undangan terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu sirih undangan bagi ketua-ketua atau pemimpin, seperti ketua
kampung, ketua adat, tok imam dan sebagainya, yang mesti dijalankan oleh tuan
rumah sendiri dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Yang kedua ialah
sirih untuk mengundang orang ramai. Biasanya ia dijalankan oleh wakil-wakil
yang dipilih (Norhayati Mohd Said, 1983).
Tepak sirih merupakan salah satu daripada bahan kesenian Melayu yang telah
wujud sejak berabad-abad yang lampau diwarisi sehingga ke hari ini. Tarikh
bermulanya penggunaan alat ini berkait rapat dengan amalan makan sirih. Bagi
orang Melayu di kampung, tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan
dan dalam upacara-upacara rasmi (Norhayati Mohd Said, 1983). Oleh kerana
tepak sirih penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan,
tambahan pula harganya mahal dan sukar untuk dijaga dan dibersihkan
(Norhayati Mohd Said, 1983). Jadi, pada masa itu, tepak sirih menjadi milik
mutlak raja dan keturunannya (Nazri Hussein, 2012).
Siti Zainon Ismail (1986:23-42) menjelaskan, kesenian ini mempunyai kaitan
dengan kesenian barangan lain berdasarkan pada rekabentuk, motif dan corak
yang hampir-hampir sama. Namun tepak sirih telah mengangkat masyarakat
135
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Melayu yang mengutamakan kehidupan berbudaya dan adat yang penuh
dengan simbolisme dan makna.
Justeru itu, tepak sirih bukan hanya untuk tontonan awam di galeri dan muzium
yang kurang memberi impak terutama kepada generasi muda. Generasi muda
perlu sedar bahawa tepak sirih perlu dilihat sebagai satu set kesenian yang
dapat melambangkan ketinggian estetika dan kesantunan berbudaya
masyarakat Melayu. Tepak sirih sepatutnya dijadikan artifak yang dibanggakan
dalam keluarga Melayu. Ia merupakan warisan tradisi bagi mengekalkan nilai,
adat dan budaya berperaturan serta menjunjung tinggi adat resam biarpun
merentas zaman kini yang serba mencabar.
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Pihak kerajaan sering memberi perhatian untuk memelihara dan mengekalkan
warisan tradisi tepak sirih dengan melaksanakan beberapa program. Namun
demikian, usaha tersebut hanya mendapat perhatian segelintir masyarakat
sahaja. Manakala sebahagian lain, khasnya generasi muda lebih mengagungkan
budaya barat. Mereka tidak begitu berminat makan sirih kerana menganggap
segala aktiviti asal pada masa lalu memiliki imej yang buruk dan dianggap agak
ketinggalan (Ahi Sarok, 2005). Tradisi makan sirih sesuatu yang pelik dan kotor
serta atas faktor kesihatan, mereka bimbang boleh menyebabkan barah mulut
(Ahi Sarok, 2005).
Sehubungan dengan itu, tradisi makan sirih agak janggal bagi generasi muda
apatah lagi untuk mengenali tepak sirih secara dekat. Mereka tidak mengetahui
secara jelas tentang kegunaan untuk acara serta amalan kehidupannya. Tepak
sirih hanya dilihat sesuai dijadikan bahan pameran yang kaku di muzium dan
galeri. Apatah lagi jika dibincangkan aspek fungsi simbolik yang tersirat di sebalik
rekabentuk, motif rekacorak atau kegunaan tepak sirih itu sendiri. Rata-rata
golongan ini tidak mampu menyingkap rahsia yang tersembunyi menerusi
khazanah nenek moyang mereka.
Selain itu, perlu dilihat juga terhadap golongan yang terlibat secara langsung
dengan pembuatan tepak sirih ini. Pernah tercatat bahawa di Terengganu dan
Kelantan telah wujud 50 perusahaan pembuatan tepak sirih tembaga terutama
pada tahun-tahun 1960-an namun kini hanya lapan perusahaan sahaja yang
masih bernafas (Abd Hamid Adenan, 2001:114). Selain itu, mereka juga kurang
menunjukkan kesungguhan terhadap kepentingan adat dan budaya tradisi ini.
Tepak sirih yang dihasilkan mereka lebih berkonsepkan keperluan komersil yang
mendatangkan keuntungan semata-mata. Kebanyakan tukang logam yang
membuat set alat ini kurang menjelaskan makna dan unsur-unsur simbolisme
atau makna tersirat. Mereka hanya mewarisi kemahiran membuat tepak sirih ini
daripada orang terdahulu tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk mendalami
maksud yang sebenarnya.
136
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Keadaan ini menyebabkan nilai estetika pada tepak sirih semakin tidak
dipedulikan lagi. Ketinggian nilai estetika dari kepelbagaian rekabentuk dan motif
yang menarik pada tepak sirih jarang didedahkan kepada golongan masyarakat
hari ini. Situasi ini membawa kepada kurangnya kesedaran masyarakat untuk
menilai dan menghargai warisan tepak sirih pada kedudukan yang sewajarnya.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah pengumpulan data secara kualitatif dapat diaplikasikan dalam kajian ini
seperti pengumpulan dokumen, pemerhatian, temubual dan rakaman visual.
Kaedah ini perlu bagi sebuah kajian penerokaan iaitu mengkaji nilai estetika
bentuk dan motif rekacorak tepak sirih secara terperinci dan berfokus.
Penyelidikan kualitatif ini juga menekankan aspek penyelidikan dalam latar yang
sebenar dan semulajadi. Melalui kaedah ini, pengkaji cuba memerhati,
menjelaskan dan mentafsir latar dalam situasinya yang sebenar.
Pengumpulan data melalui pemerhatian dan pertemuan secara langsung dengan
individu-individu melalui temubual secara perseorangan dapat dilakukan melalui
kaedah „participant observation‟. Maka, hasil laporan kajian kualitatif adalah
berbentuk deskriptif, menggunakan bahasa ekspresif dan memaparkan subjek
dalam bentuk teks (Eisner, 1991).
Kajian lapangan dilakukan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu (tepak sirih
tembaga) dan di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan (tepak sirih perak).
Tujuannya adalah pengkaji berpeluang melihat sendiri produk tepak sirih
dihasilkan dengan meneliti proses rekabentuk tepak sirih dilakukan beserta
penggunaan motif rekacorak yang digunakan. Justeru itu, pendekatan ini dapat
mengenalpasti nilai estetika bentuk dan motif tepak sirih mengikut kacamata
individu yang terlibat. Rumusnya, penggunaan manusia sebagai informan dan
tepak sirih sebagai alat kajian utama dapat membuahkan sebuah hasil kajian
yang bermakna.
Rekabentuk Melayu Tradisi
Tepak sirih merupakan sebahagian bentuk kesenian yang mempunyai kaitan
dengan kesenian barangan lain yang hampir sama seperti dari segi rekabentuk,
motif dan corak. Kewujudan kesenian ini samalah seperti kesenian yang lain,
iaitu melalui empat peringkat pengaruh yang utama ( Siti Zainon Ismail, 1986:23-
42). Pertama, pengaruh neolitik yang dipraktikkan di sekitar abad ke- 8 S.M.
Dalam peringkat ini kesenian lebih mengutamakan aspek „kegunaan praktis‟.
Walaupun keinginan „rasa indah‟ belum meluas, tetapi beberapa cara dan teknik
asas (gunaan) seperti unsur titik dan garisan telah wujud. Seperti contoh, setiap
motif yang ditemui pada hiasan tembikar Neolitik seperti motif belah ketupat dan
potong wajik dengan teknik kelar, turis atau lekuk jari lebih merupakan kesan
spontan tanpa adanya niat menghias.
Peringkat kedua, pengaruh kebudayaan Dongson dan Chon Akhir di alam
Melayu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan barangan gangsa- besi di Tanah
137
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Melayu dalam lingkungan tahun 300 S.M. (Buyung Adil, 1972:10). Motif titik-titik
dan garisan tetap menjadi motif asas dalam ciptaan kesenian kebudayaan
Dongson. Pada peringkat ini beberapa unsur alam terutama tumbuhan dan
binatang seperti motif bungan teratai dan daun palma daripada unsur „Oriental-
Egyptian digabungkan dalam pelbagai kesenian masyarakat Melayu. Manakala
corak gaya Huai pula tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Hallstat,
Yunani. Seni Mikeke dan Yunani yang terkenal dengan motif swastika atau
dikenali sebagi putus masa. Pada peringkat ini juga terdapat motif keluk dan pilin
berganda dengan motif parang rosak diangkat daripada pilin berganda Yunani
(Siti Zainon Ismail, 1989; 205-206).
Pengaruh Hindu bertapak dengan baik dalam kehidupan orang Melayu dan ini
menyebabkan kebudayaan China yang masuk melalui sistem perdagangan
kemudiannya tidak begitu meninggalkan kesan. Pada masa ini unsur seni
tempatan telah bergabung dengan unsur tempatan dengan unsur asing seperti
berkerawang pamor(tempatan), Subhanallah (Islam) dan bertelepuk perada
terbang (campuran tempatan dan Hindu). Motif burung garuda merupakan motif
unsur Hindu yang berkembang lebih awal.
Motif-motif ini memperlihatkan keagungan rakyat dan masyarakat istana yang
telah diresapi oleh kebudayaan Hindu dan Islam. Satu lagi pengaruh tersebut
ialah hiasan 'arabesque' iaitu berkerawang pamor dipangkalnya dan Subhanallah
dihujungnya serta azimat bertulis kalimah Allah. Motif kaligrafi ini terkenal di alam
Melayu setelah kedatangan pengaruh Islam abad ke-14 dan selepasnya (Siti
Zainon Ismail, 1986:35-39).
Peringkat terakhir pula merupakan gabungan ketiga-tiga peringkat di atas. Dalam
peringkat ini seluruh unsur kesenian telah diterima dan disesuaikan dengan alam
tempatan dan sehingga kini dapat dianggap sebagai unsur utama kesenian dan
kebudayaan Melayu. Tiga unsur utama dalam peringkat ini ialah unsur-unsur
asal tempatan, unsur India dan unsur Islam. Unsur asal tempatan seperti sulur
bayung, berkerawang dan awan larat. Unsur India seperti pudi manikam, tujuh
tingkat dan daun budi manakala unsur Islam pula menggunakan unsur alam
dengan gaya geometri dan organik (Siti Zainon Ismail, 1986:41-43).
Berdasarkan gabungan daripada empat peringkat ini, kesimpulannya dapat
dibahagikan kedudukan ragam hias Melayu tradisi kepada dua ciri persembahan
yang penting, iaitu ciri geometri dan organik. Keadaan ini tidak terkecuali
melibatkan kesenian tepak sirih. Walau apapun ciri dan gaya penciptaan dalam
ragam hias kraf tangan itu dibuat, unsur alam merupakan tema penting dalam
pemilihan motif hias terutamanya pada reka bentuk peringkat terakhir kerana
berlakunya gabung jalin pelbagai peringkat.
Hasil yang diperolehi daripada gabungan ini ialah satu reka bentuk Melayu tradisi
yang telah mencapai nilai estetik dan keteguhan daya cipta. Kesemua tingkat
kebudayaan ini bersatu melalui penyerapan, penerimaan dan pengolahan
138
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
sehingga menghasilkan kesenian yang unik dan menjadi milik sendiri. Asimilasi
ini tercerna bukan sahaja ke dalam kesenian, malah dalam adat istiadat,
upacara, bahasa dan kesusasteraan, kepercayaan dan falsafah.
Keindahan Pada Pandangan Masyarakat Melayu
Menurut pandangan Al-Ghazali, keindahan adalah nikmat yang tersendiri
dihayati dan bukan kerana tujuan lain. Keindahan tiap-tiap satu benda itu terletak
pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya. Pada beliau, keindahan
bentuk luaran dapat dilihat oleh mata kasar dan dapat dialami oleh kanak-kanak
dan haiwan, tetapi keindahan dalaman hanya dapat diamati oleh mata hati dan
cahaya penglihatan batin oleh manusia yang dewasa dan matang (Syed Ahmad
Jamal, 1995:2014). Pandangan ini sesuai dilihat menerusi penghasilan karya
seni yang dapat memberi nilai ketenangan dan ketenteraman jiwa dan sanubari
seseorang. Lantaran itu, nilai keindahan yang terpancar pada sesebuah
penciptaan karya seni itu sebenarnya boleh dirasa oleh orang lain. Ini selaras
dengan pandangan Zakaria Ali (1985:23), bahawa aktiviti seni yang dijana
menerusi gerak, garis, warna, bunyi atau bentuk dalam kata-kata dapat
dikongsikan pada orang lain. Ia bertujuan membolehkan orang lain pun turut
dapat merasai perasaan yang dibangkitkan oleh seseorang.
Perkongsian tersebut turut dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Melayu
yang mementingkan kehalusan sesuatu karya seni. Menurut Ku Zam Zam Ku
Idris (1984), dalam masyarakat Melayu khususnya, ukuran sesuatu kehalusan
sesuatu karya seni yang mencerminkan keindahan itu dapat diperhatikan melalui
tiga aspek penting iaitu kesempurnaan, keseimbangan dan kekemasan
bentuknya. Keindahan yang dinilai melalui kesempurnaan boleh dilihat pada
kehalusan rekabentuk serta keseimbangan corak dan motif sesuatu karya itu.
Dalam menilai keindahan, Ku Zam Zam Ku Idris (1984) berpendapat orang
Melayu juga melihatnya melalui kesesuaian. Dalam sesuatu karya seni, nilai
kesesuaian ini akan wujud dalam bentuk motif, corak, warna dan lain-lain. Dari
aspek corak, keindahan karya itu akan terpancar apabila corak atau reka bentuk
yang dihasilkan itu bersesuaian dengan fungsinya serta mematuhi nilai dan
norma masyarakat penciptanya.
Selain daripada nilai kehalusan dan kesesuaian, masyarakat Melayu juga menilai
keindahan itu pada aspek keaslian. Walaupun keaslian pada hakikatnya
didefinisikan sebagai sesuatu yang tulen, sejati, asli, murni, tidak bercampur dan
mulia, tetapi dalam penciptaan karya seni, keaslian yang dimaksudkan bukanlah
bererti tidak ada pengaruh luar tetapi yang dipentingkan ialah keaslian idea
penciptaan mengkonsepsikan sesuatu yang baru dari contoh yang diambil
sehingga melahirkan karya yang baru dan asli (Ku Zam Zam Ku Idris, 1984).
Secara keseluruhan, dapatlah dijelaskan bahawa keindahan pada masyarakat
Melayu adalah sesuatu yang apabila dilihat, diteliti, didengar, dirasa dan dikongsi
139
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
berupaya memberikan keindahan dan ketenangan di dalam diri seterusnya
mendorong nilai dan norma kelompok masyarakat.
Rekabentuk Tepak Sirih
Tepak sirih terdiri daripada pelbagai bentuk, di antaranya berbentuk empat segi
panjang dan berbentuk bulat. Bentuk-bentuk ini ada yang tertutup, tidak tertutup,
mempunyai kaki dan tidak berkaki atau roda. Bahan pembuatannya adalah terdiri
dari kayu, logam, seramik dan batu marmar. Jadual 1 di bawah telah
mengklasifikasi jenis, bentuk dan contoh gambar turut disertakan. Kesemua
peralatan seperti cembul, bekas sirih, kacip dan gobek beserta ramuannya
disatukan dan diletakkan di dalam tepak atau dulang tepak sirih. Dulang tepak
sirih di bahagikan kepada dua bahagian iaitu disusun empat cembul mengikut
susunan iaitu pinang, kapur, gambir dan tembakau manakala di sebelahnya
diletakkan kacip, gobek, bekas sirih dan cembul kecil untuk diisi cengkih.
Kebiasaannya semua peralatan disusun adalah mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, kemudian diwarisi hingga ke hari ini.
Namun susunan ini hanyalah untuk tepak sirih yang berbentuk empat segi
panjang, iaitu rekabentuk yang biasa dilihat dan amat popular hingga kini.
Gambar 1 merupakan salah satu jenis tepak sirih berbentuk empat segi yang
lengkap dengan bekas sirih, kacip dan cembul yang bertutup.
Gambar 1: Tepak Sirih Bersegi Empat dan Berkaki
Sungguhpun kepelbagaian tepak sirih dicipta sama ada bulat, segi empat atau
lima semuanya ini kadangkala dihias indah dengan motif yang akrab dengan
kehidupan mereka seperti bunga tampuk manggis yang terdapat pada tutup
cembul dan kadangkala berbentuk bunga melati dan motif kepala burung sering
digunakan pada kepala kacip (Temubual Adenan Ismail).
140
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Gambar 2: Tepak Sirih Berbentuk Empat Ekor Itik
Namun demikian, tepak sirih yang berbentuk binatang amat langka kerana hal ini
ada kaitannya dengan kepercayaan orang Melayu. Biarpun begitu, terdapat juga
motif yang bersumber daripada ayam jantan, lawi ayam, sisik kelah, siku
keluang, kupu-kupu dan burung yang menjadi hiasan kepada artifak ini (Abd
Hamid Adenan. 2001:181).
Bekas Sirih
Berbentuk kelongsong digunakan untuk mengisi daun sirih. Ukuran bekas sirih
secara umumnya sekitar antara lapan sentimeter lebar di bahagian atas, enam
sentimeter lebar di bahagian bawah, dan 10 sentimeter tinggi (Rosdi Zainal,
2011:21). Ukuran tersebut biasanya bagi saiz bekas sirih adalah hampir serupa
dan berbentuk pipih di mana lebar dibahagian mulut dan kuncup sedikit
dibahagian bawahnya. Bekas sirih adakalanya diperbuat daripada perak
kadangkala bersalutkan emas dan diukir dengan corak awan larat, ketang guri
atau bermotifkan flora sahaja.
Nilai estetika dalam rekabentuk bekas sirih jelas tergambar dari segi pengolahan
ruang, harmoni dari segi kesesuaian fungsi, keseimbangan rekabentuk dan
kesatuannya. Ruang yang terhasil bukanlah wujud secara sengaja, ia
mempunyai perkaitan rapat dengan fungsi dalam menempatkan bahan sirih
dalam bekas sirih. Misalnya dalam Gambar 3, bekas sirih dicipta berbentuk
kelongsong yang melebar ke hujung bagi memudahkan daun sirih disimpan
(Temubual Wan Abu Bakar bin Abdullah).
141
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Tempat daun
sirih
dimasukkan
Gambar 3: Bekas Sirih Berbentuk Kelongsong
Cembul
Sebagai satu komponen di dalam tepak sirih yang terdiri daripada lima sekawan
iaitu untuk bekas pinang, kapur, gambir, tembakau dan cengkih. Berbentuk bulat
dan tertutup, di bahagian bawahnya terdapat tapak agar membolehkannya
terletak dengan betul. Pada kebiasaannya cembul untuk bekas kapur berbentuk
silinder atau berbeza sedikit yang lainnya. Diperbuat dari logam iaitu tembaga,
perak juga saduran emas Cembul-cembul ini disusun di dalam tepak sirih
mengikut susunan yang telah ditetapkan iaitu dimulai dengan cembul yang berisi
pinang, kapur, gambir, tembakau dan cengkih.
Untuk memberikan keunikannya, bahagian luar cembul dan penutupnya akan
diukir dengan berbagai bentuk seperti bunga petola, sirih emas, daun candik
kacang dan berbagi jenis ukiran mengikut kemahiran tukang ukir. Arus
pembaharuan corak kini telah berubah mengikut keadaan semasa dan mengikut
kehendak pelanggan. Corak grafik serta objek tertentu seperti bangunan dan
kebudayaan telah mula mendapat tempat oleh tukang ukir, bagi memenuhi
citarasa pelanggan. Rekabentuk cembul menurut Adenan bin Ismail adalah
untuk mengisi kapur bertujuan menjaga kandungan kapur agar tidak mudah
membeku. Pendapat ini sesuai dengan penciptaannya yang harmoni dari segi
rekabentuk dan fungsi penyimpanan kapur seperti dalam Gambar 4 di bawah.
142
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Penutup luar
Penutup dalam
Badan cembul
Gambar 4: Cembul Untuk Menyimpan Kapur
Kacip
Ia diperbuat daripada tembaga, emas, suasa dan perak. Alat yang terdiri
daripada bilah tajam yang bergerak seperti gunting dan bahagian tumpul yang
pegun, digunakan untuk memotong, mengupas pinang dan mengacip kepingan
venir mengikut ukuran yang ditetapkan. Rekabentuk pada bahagian hulu dan
badan kacip dalam masyarakat Melayu menggunakan bentuk-bentuk yang
menyerupai kepala binatang seperti kuda, kerbau, gajah, monyet, burung dan
ayam (Rosdi Zainal, 2011:20). Makna kacip adalah melambangkan kehalusan
masyarakat Melayu kaya dengan kesenian sama ada dalam rekaan dan amalan
hidup seharian mereka (Shamsiah Kadir, 2011).
Gobek
Terdiri dari dua komponen yang diperbuat daripada logam berbentuk silinder dan
berlubang di tengah dari hujung hingga ke pangkalnya (ibu gobek). Di bahagian
hujungnya disumbatkan dengan kayu yang sama besar dengan saiz lubang
tersebut. Manakala komponen yang satu lagi dipanggil anak, saiz yang lebih
kecil terdiri daripada besi padu dan dibahagian hujungnya seperti mata kapak
serta mempunyai hulu di bahagian pangkalnya.
Pada sesetengah gobek ianya diukir dengan berbagai corak yang menarik
sesuai mengikut kebudayaan bangsa tersebut, samada di bahagian ibu atau hulu
anak. Ia berperanan seperti antan dan lesung. Seulas piak sirih akan
disumbatkan ke dalamnya dan ditujah-tujah sehingga lumat. Setelah selasai,
kayu di bahagian hujungnya akan ditolak dengan anak ke pangkal membolehkan
piak yang lumat keluar dan sedia untuk di makan. Nenek tua yang sudah tidak
mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya
menghilangkan ketagihan makan sirih.
143
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Jadual 1 : Rekabentuk Tepak Sirih Dalam Kebudayaan Melayu
BENTUK JENIS BAHAN GAMBAR
(Contoh)
1. Kuboid Berkaki Logam/ Kayu/
(Empat Segi) Tanpa Seramik/ Batu
Penutup Marmar
Berkaki dan Logam/ Kayu/
Penutup Seramik
Tanpa Kaki Logam/ Kayu/
dan Bertutup Seramik/ Batu
Marmar
Berkaki Logam/ Kayu/
Tanpa Seramik
Penutup
2. Talam
3. Pahar Tanpa Kaki Logam/ Kayu/
dan Tanpa Seramik
Penutup
Tanpa Kaki Logam/ Kayu/
dan Bertutup Seramik/ Batu
Marmar
Bulatan Logam/ Kayu/
Rendah Seramik/ Batu
Marmar
Bulatan Logam/ Kayu/
Sederhana Seramik/ Batu
Marmar
144