Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
dan disertai kapsyen atau label-label untuk memudahkan pemahaman bahagian-
bahagian organ tersebut.
Industri rekaan fesyen sangat popular sejak tahun 1920-an dan berkembang
mengikut peredaran zaman dan kehendak pasaran semasa. Rekaan fesyen
mementingkan kehalusan dan ketelitian dari penyediaan rekaan hinggalah
pakaian siap untuk dipakai. Justeru, pereka fesyen memainkan peranan penting
untuk menghasilkan rekaan yang unggul, moden, bergaya dan dapat
memuaskan hati pelanggan. Ilustrator dalam bidang ini perlu mementingkan
penggunaan figuratif dalam setiap rekaan. Ketelitian diberi kepada komposisi
tubuh figura agar dapat memberi kesan visual yang terbaik pada sesuatu rekaan.
Oleh kerana ilustrasi fesyen adalah seni yang unik, pembuatannya memerlukan
keseimbangan antara rekaan dan kesesuaian penggunaan fabrik dan padanan
warna yang sesuai mengikut tema. Maka, ilustrasi fesyen perlu mengaplikasikan
pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain daripada pensel, pen, dakwat
yang digunakan pada peringkat awal. Selain itu, penekanan sesebuah rekaan
seharusnya diberi perhatian keseluruhannya termasuklah mengambilkira rekaan
rambut, kasut, hiasan lain dan sebagainya.
Rajah 1.2 (iii) memaparkan gaya rekaan yang cuba disampaikan secara ringkas
dan gaya santai. Dengan pilihan warna yang terang dapat mencipta suasana
yang ceria. Manakala Rajah 1.2 (iv) pula rekaan fesyen yang dicipta dengan
gaya kasual, feminine dan keselesaan dalam majlis yang dihadiri. Di sinilah
tugas pereka fesyen untuk menghasilkan idea dan lakaran yang dapat menarik
minat, mood kepada pelanggan. Selain itu, faktor idea dan kreativiti juga menjadi
perkara utama dan memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan
sesuatu fesyen yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran dan pelanggan.
Ilustrasi penerbitan melibatkan rekaan grafik, lukisan dan gambar yang
diterbitkan sebagai bahan media cetak. Ilustrasi seperti rekaan kulit (cover) buku
umum, risalah, kulit novel, cerpen, buku cerita, jurnal ilmiah, kulit majalah,
ensiklopedia dan sebagainya yang menggambarkan tentang penceritaan bahan
tersebut. Ilustrator berperanan penting ketika menghayati isi cerita atau
kandungan buku terbabit kerana terdapat korelasi antara visual yang dihasilkan
dengan literasi (tulisan) yang disertakan. Rekaan kulit kebiasaannya dihasilkan
lebih menarik berbanding isi di dalamnya. Ilustrator perlu membaca isi dan
karakter kandungan helaian buku tersebut agar penampilan rekaan kulit lebih
cantik, padat dan berwarna. Ia menjadi medan untuk menarik pembaca agar
dapat memiliki buku tersebut hanya kerana terpukau atau terpesona rekaan
kulitnya di muka hadapan dan belakang. Ini bermakna, daya penarik sesebuah
buku atau majalah pada dasarnya sama dengan penghasilan rekaan karya seni
yang lain, iaitu mengutamakan ciri-ciri keindahan (estetika) yang tinggi dan nilai
seni (artistik).
45
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
(i) (ii)
(iii) (iv)
Rajah 1.2: Jenis Ilustrasi Perubatan dan Fesyen.
Sumber : biovelocitylaris.com, senivisual1.blogspot.com
Dalam Rajah 1.3 (i) dan (ii) memaparkan ilustrasi penerbitan rekabentuk muka
hadapan buku yang menjelaskan imej, tulisan dan penggunaan warna yang
mempunyai kaitan dalam satu gubahan. Faktor ini penting untuk menarik
perhatian pembaca dengan visual yang kreatif dan tidak membosankan.
Ilustrasi cerpen sangat dipengaruhi oleh ilustrasi yang mengiringinya bukan
sahaja menambah daya tarik cerpen, namun ilustrasi juga berfungsi untuk
memberi kekuatan pada watak dan objek lain yang digambarkan dalam naskah
cerita. Keindahan ilustrasi terletak pada ilustrator yang bijak mengolah bentuk,
garisan, jalinan dan ruang yang berkualiti agar dapat disesuaikan dengan jalan
cerita tersebut. Pembentukan watak juga merupakan faktor penting untuk
menguatkan lagi perhubungan cerita dengan ilustrasi. Semakin indah ilustrasi
yang ditampilkan akan membuatkan pembaca lebih bersemangat dan dorongan
yang tinggi untuk membacanya.
46
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Dalam Rajah 1.3 (iii) dan (iv) menampilkan watak-watak yang dibentuk
merupakan subjek penting untuk menjelaskan kandungan cerita dengan lebih
mendalam dan penuh emosi. Imej sampingan perlu diletakkan kerana ia juga
mempunyai kaitan dengan cerita seperti latar tempat, latar masa, kenderaan dan
sebagainya. Saiz ilustrasi seringkali dilukis dalam skala besar, mempunyai
imbangan, disertakan tajuk cerpen dan tulisan (isi) cerpen. Pembaca seolah-olah
dapat memahami tulisan (literasi) dengan ilustrasi (visual).
(i) (ii)
(ii) (iv)
Rajah 1.3: Jenis Ilustrasi Penerbitan dan Cerpen.
Sumber : ssl.lib.overdrive.com; kisah-klasik-duniaku.com;
alumnitbsst.com; kesahcinta.com
Ilustrasi teknikal dihasilkan bertujuan untuk melihat dan mengkaji struktur dalam
dan keseluruhan sesebuah reka bentuk hasil ciptaan industri. Agak sukar bagi
47
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
seseorang ilustrator untuk menghasilkan lakaran yang terperinci namun ilustrasi
jenis teknikal pada zaman teknologi kini menggunakan bantuan komputer. Ini
kerana terdapat bahagian-bahagian penting untuk mendapatkan garisan teknikal
yang tepat dan ruang yang padat. Lakaran teknikal dan lukisan mekanikal
sebegini sangat berguna untuk memperjelaskan rekabentuk kepada pengguna di
samping dapat menyediakan rekaan prototaip sebelum produk sebenar terhasil.
Pada Rajah 1.4 (i) ilustrasi teknikal sebuah kereta memperjelaskan perincian
dalam setiap sudut manakala dalam Rajah 1.4 (ii) juga dipaparkan ilustrasi
teknikal sebagai gambaran fokus dan terperinci pada bahagian enjin kereta.
(i) (ii)
(iii) (iv)
Rajah 1.4 : Jenis Ilustrasi Teknikal dan Perindustrian.
Sumber : http://senivisual1.blogspot.my/2010/06/ilustrasi.html
Ilustrasi perindustrian merujuk tentang lakaran idea dan lukisan separa siap
sesebuah rekabentuk barangan industri. Tidak terhad kepada industri berat,
malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan lain-lain.
Rajah 1.4 (iii) menunjukkan lakaran rekaan kenderaan motosikal dan dalam
industri menampilkan rekabentuk barangan pengisar yang kreatif dan inovasi
dalam penciptaan seperti dalam Rajah 1.4 (iv).
48
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Ilustrasi dekoratif juga dikenali sebagai „vignet‟ dalam bahasa Indonesia.
Dekoratif merupakan imej dan gambar-gambar yang berfungsi untuk menghias
atau mencantiikan sesuatu tulisan, gambar foto, ruangan khas dan sering
digunakan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Dekoratif juga
merupakan rupa dan bentuk hiasan yang mempunyai seni tersendiri sebagai
sebuah karya seni visual.
(i) (ii)
(ii) (iv)
Rajah 1.5 : Jenis Ilustrasi Dekoratif dan Maklumat.
Sumber : Catherine, S. (1997)
Jenis ilustrasi yang mudah dapati adalah ilustrasi maklumat. Ilustrasi jenis ini
sering digunakan untuk menjelaskan identiti dan imej prestasi sesebuah
organisasi korporat. Contohnya penghasilan graf dan carta pai atau rajah yang
menunjukkan gambaran untung rugi syarikat. Ilustrasi ini mudah dan jelas dilihat
bagi menjalankan perbandingan secara berkesan. Selain itu, ilustrasi jenis lain
seperti peta jalan, topografi, rajah, dan gambar yang menerangkan sesuatu
situasi serta keadaan atau faktor-faktor yang memberi maklumat juga
dikategorikan dalam jenis ini. Ilustrasi jenis ini juga digunakan untuk
menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat sebagai
49
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk peta, pelan, rajah, jadual, carta
dan sebagainya.
Jenis ilustrasi seterusnya adalah lukisan bergambar yang terbahagi kepada dua
iaitu lukisan bergambar tanpa teks (visual) dan mempunyai teks. Lukisan
bergambar tanpa teks biasanya dilhasilkan adalah sebagai penerangan secara
visual, komentar yang dilukis secara realistik, sebagai hiasan dan keperluan
estetik surat khabar. Penerbit surat khabar akan cuba meletakkan lukisan
bergambar bagi memberi fokus pembaca seperti pada rekabentuk kepala surat
khabar selain mengelakkan kebosanan penggunaan teks semata-mata. Imej
atau subjek yang biasa digunakan adalah figura, landskap dan hiasan flora serta
corak jidar surat khabar.
Manakala lukisan bergambar mempunyai teks merupakan lukisan yang
dihasilkan bagi menerangkan kandungan teks, biasanya dilukis secara realistik
dan mempunyai makna yang tersirat sahaja. Misalnya lukisan bergambar bagi
sesebuah cerpen dalam surat khabar akan menambahkan minat pembaca untuk
membaca cerpen tersebut. Dalam kata lain ianya adalah satu alat komunikasi
dengan khalayak umum yang mampu mengumpul audien. Lukisan bergambar
turut direka khas untuk dilihat oleh orang dan pembaca dan akan berjaya
sekiranya ianya dapat menarik perhatian orang ramai untuk berhenti sejenak,
terus mendekatinya untuk melihat dan meneliti serta menghayatinya.
Surat khabar The Illustrated London News menampilkan ilustrasi jenis lukisan
bergambar pada Rajah 2.11 (i) pada muka hadapan surat khabar yang
merupakan paparan visual tentang isu utama ketika itu. Surat khabar tersebut
sering menggunakan lukisan bergambar yang menggunakan dakwat dan pen
untuk menggambarkan isu atau aktiviti secara realistik pada setiap paparan
muka hadapan surat khabar. Manakala Rajah 2.11 (ii) adalah hasil dari cetakan
ukiran kayu yang menghasilkan lukisan bergambar sebagai bahan komentar
yang membawa maksud tersendiri. Rajah 2.11 (iii) adalah karya pelukis tersohor
dunia, Albrecht Durer bertajuk „The Four Horseman of The Apcalyse‟ pada tahun
1497 menggunakan cetakan kayu sebelum di masukkan dalam ruangan surat
khabar. Rajah 2.11 (iv) adalah hasil karya Duc De Montpensier pada tahun 1806
menggunakan cetakan litografi yang sangat popular pada tahun tersebut.
Lukisan bergambar seringkali dilukis dalam kalangan pelukis-pelukis kartun dan
komik. Didapati bahawa ilustrasi hanya terdapat pada cerpen di dalam surat
khabar sahaja dan tidak begitu meluas. Ini kerana penghasilannya dalam kulit-
kulit buku dan majalah belum dimulakan atau lebih tepat dikatakan kurang
digunakan oleh mana-mana pelukis. Seorang artist apabila hendak melukis
ilustrasi terlebih dahulu melakukan kajian dan pemerhatian berkait tema serta
tajuk dan seterusnya menentukan kesesuaian lukisan bergambar dengan tema.
50
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
(i) (ii)
(iii) (iv)
Rajah 1.6 : Jenis Ilustrasi Lukisan Bergambar Pelbagai Medium.
Sumber : Saff, D., 1978
Sejauh mana rekaletak lukisan dekoratif sangat dititikberatkan begitu juga
dengan tulisan-tulisan cantik diselangseli dengan hiasan flora dan fauna. Pelukis
ilustrasi perlu sensitif, berimaginatif dan sanggup membuat interpretasi makna
sesebuah lukisan dalam penerbitan supaya dapat menghasilkan ilustrasi dengan
baik. Selain mempunyai kemahiran dalam mengggunakan teknik ini, pelukis juga
perlu peka terhadap asas senireka serta mempunyai kebolehan dan membuat
penerokaan yang jauh dan mendalam mengenai gaya persembahan. Tujuannya
adalah supaya hasil ilustrasi bergambar yang bermutu dan mempunyai gaya
yang tersendiri.
Jenis ilustrasi paling popular adalah ilustrasi kartun. Kartun berasal dari bahasa
Itali yang bermaksud kertas besar dijadikan sebuah lakaran seni bersaiz penuh
sebagai satu pelajaran penghasilan karya lukisan atau disebut „Tapestry‟ (Eyre,
51
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
D., 2007). „Tapestry‟ adalah penggunaan bahan simen putih (plaster) untuk
membuat permukaan timbulan pada permukaan rata dan dilekatkan pada
dinding (Ficher, F.R, 2008). Kertas besar dan tebal tersebut digunakan untuk
membuat sketsa rancangan dalam pembuatan „fresco‟ (lukisan dinding). Pada
tahun 1843, kota London telah mengadakan sayembara pembuatan „cartoon‟
bagi penghasilan lukisan dinding gedungnya, yang menyaksikan hasil karya
John Leech dalam Majalah Satira “Punch” berjudul „Cartoon No. 1‟ jelas
memprotes pihak kerajaan negara tersebut yang dikatakan boros dalam
perbelanjaan. “Punch” merupakan majalah satira yang berfungsi sebagai media
kritik terhadap terhadap pemerintah yang tidak mengambil berat kebajikan
masyarakatnya. Sejak itu, perkataan „cartoon‟ mula digunapakai bagi mewakili
„gambar sindir‟ (Ana Fauziyah, 2011).
Kartun merupakan lukisan parodi hitam putih atau berwarna warni yang biasanya
diiringi dengan dialog dan dicetak dalam ruang-ruang akhbar, majalah ataupun
buku khas. Namun seiring perkembangan waktu, pengertiannya kini cukup
meluas. Muliyadi Mahamood (1999:1) mengatakan pada dasarnya, kartun boleh
dianggap sebagai seni lukis representasi juga simbolik yang terkandung di
dalamnya unsur-unsur sindiran dan kritikan berbau humor. Tujuan utamanya
adalah sebagai senjata masyarakat dan budaya yang merangkumi bidang-
bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, pelajaran, sukan, seni dan lain-lainnya
(Muliyadi Mahamood, 1999: 1).
Priyanto Sunarto (2009) mendefinisikan kartun sebagai “Gambar yang berisi
kritikan, cerita jenaka atau humor” dihasilkan dalam satu panel dengan atau tidak
disertai kata-kata (caption). Onong Nugraha (1992:2) menjelaskan bahawa
kartun adalah sebuah gambar yang bersifat representasi dan simbolik,
mengandungi unsur sindiran, lucu atau humor. Kartun biasanya menyoroti
masalah politik atau masyarakat dan adakalanya masalah-masalah sosial dan
tentang keperibadian seseorang. Beliau juga menyifatkan kartun merupakan
metafora visual hasil ekspresi dan interpretasi hasil kepekaan pelukis terhadap
permasalahan sosial, politik dan masyarakat. Metafora merupakan pengalihan
sebuah simbol (topik) ke sistem simbol. Ini kerana kartun menampilkan masalah
tidak harfiah tetapi melaui metafora agar terungkap makna tersirat di sebalik
peristiwa (Priyanto Sunarto, 2000:78).
Kartun muncul dalam media cetak seperti kartun editorial yang diterbit secara
periodik, menggarap masalah politik dan masyarakat bertujuan menyedarkan
pembaca terhadap keganjilan sesuatu peristiwa atau malah mentertawakan
sebagai suatu fenomena aru yang aneh dan menarik yang ada pada masyarakat
(kartun dan karikatur, 2012)
Salah satu fungsi yang terdapat pada kartun adalah kekuatan untuk menyindir.
Perkara ini boleh disamakan dengan mengkritik. “Kritik dalam ertinya yang paling
tajam adalah penghakiman (judgement)” (Rahmat Djoko Pradopo, 1994). Ia
menjelaskan bahawa sebagai penghakiman, kritikan pada seseorang atau
52
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
masyarakat adalah hasil pertimbangan terhadap situasi yang berlaku pada masa
itu. Walaupun penampilan kartun dengan watak dan jenaka yang lucu, tetapi
sindiran dan kritikan merupakan alat protes dalam bentuk visual. Menurut pakar
dalam bidang perkartunan di Malaysia, Muliyadi Mahamood, dalam dunia
penerbitan dan percetakan terdapat dua kategori kartun yang utama iaitu kartun
lerang (strip cartoon) dan kartun editorial (editorial cartoon) (Muliyadi Mahamood,
2008:65) Kartun lerang dilukiskan dalam sejumlah bingkai yang dibaca secara
berturutan menampilkan watak-watak dan satu jalan cerita yang khusus
manakala kartun editorial lazimnya dipersembahkan dalam satu bingkai. Dalam
akhbar sezaman, kartun editorial selalunya berukuran besar dan terhasil dalam
satu bingkai (single frame cartoon). Ia sering diletakkan bersebelahan dengan
ruangan lidah pengarang akhbar dan selalunya lakaran kartun oleh kartunis
mempunyai kaitan dengan topik yang dikupas oleh ketua editor akhbar. (Muliyadi
Mahamood, 2010:3)
Menurut Seymour-Ure dalam Muliyadi Mahamood (1999:12), kartun editorial
lebih dikenali sebagai ilustrasi komentar sosial dan politik yang berukuran besar
dan terhasil dalam satu bingkai. Begitu juga anggapan para pengkaji dan sarjana
terhadap kartun editorial sebagai kartun politik. Ini disebabkan intipati dan mesej
yang ingin disampaikan kepada pembaca berkaitrapat terhadap isu sosial dan
politik semasa (Muliyadi Mahamood, 2010:3). Kefahaman sedemikian tidak
dapat dielakkan dalam identiti kartun di Malaysia. Muliyadi Mahamood (2010:4)
mengatakan kartun dianggap sebagai senjata budaya yang berpengaruh.
Misalnya kepelbagaian watak dan karikatur kartun barat seperti „Mickey Mouse‟
dan „Donald Duck‟ serta wira-wira animasi Jepun seperti „Doraemon‟ dan
„Pokemon‟ menunjukkan pengaruh besar kartun terhadap mesyarakat global. Ia
didorong oleh perkembangan dan kemajuan teknologi yang turut membantu
memperluas pengaruh dan peranan kartun.
Kartun Editorial Melayu Sejak 1990 hasil tulisan Muliyadi Mahamood
mengetengahkan sejumlah besar pelukis kartun terkenal tanahair yang banyak
hasil karya mereka mendominasi ruangan surat khabar di Malaysia. Misalnya
karya Peng dalam Rajah 1.7 (i) dalam Berita Harian pada 18 Oktober 1958
menampilkan watak nyonya yang sedang membawa seekor itik dalam bakulnya
dan sekaki payung antara karyanya yang sering menyentuh isu-isu sosial dan
kadangkala meletakkan dirinya sebagai watak utama bagi mewakili suara orang
ramai terhadap sesuatu isu (Muliyadi Mahamood, 2010:31). Bagi Rajah 1.7 (ii)
pula adalah karya Nan yang terbit dalam Utusan Melayu Press pada tahun 1992
menerusi kartun lerang Din Teksi yang popular ketika itu. Manakala karya Zoy
dalam ruangan Ragam yang terbit dalam Berita Minggu pada 24 Januari 1993
seperti dalam Rajah 1.7 (iii) menggarap isu sosial yang disifatkan perbuatan
serius dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam.
53
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
(i) (ii)
(iii) (iv)
Rajah 1.7: Jenis Ilustrasi Kartun Dalam Pelbagai Isu.
Sumber : Muliyadi Mahamood (2010)
Zoy menggambarkan pasukan pencegah maksiat menyerbu kegiatan pelacuran
di rumah-rumah tumpangan yang melibatkan lelaki Melayu. Keadaan ini
menyebabkan Zoy dan rakan lain seperti Nan, Lat, Rossem, Zunar dan Nordin
(Muliyadi Mahamood, 2010:53) membuat komentar dan kritikan tajam bagi
membendung gejala maksiat yang menjadi-jadi.
Kartunis Lat yang tidak asing di Malaysia juga tidak terkecuali menggunakan isu
yang sama dalam karyanya, malah lebih melucukan dengan watak-watak yang
dikritik hebat seperti dalam Rajah 1.7 (iv). Muliyadi Mahamood (2010) antara
individu yang mahir di bidang perkartunan ini menyifatkan hasil karya kartun
selain menghiburkan para pembaca, ia juga mampu berupaya mendidik
seseorang. Kartunis menggunakan hasil karyanya sebagai alat untuk merakam,
menyindir, mengkritik, memperbetul, memperbaiki, menyokong, menolak dan
memperjelaskan sesuatu. Seni itu cerminan dan menggambarkan masyarakat.
Ini bermakna karya-karya kartun tidak terpisah dengan ciri-ciri masyarakat yang
melahirkannya (Muliyadi Mahamood, 1999:11). Selain itu, ilustrasi dan kartun
54
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
juga dijadikan sebagai alat untuk menyokong atau menolak sesuatu isu yang
berkaitan dengan individu mahupun kumpulan. Tema politik seringkali lahir
berlandaskan fungsi-fungsi sebegini. Karikatur-karikatur pemimpin politik
Malaysia dilihat cuba meletakkannya pada kedudukan yang dirasakan betul oleh
pelukis dan masyarakat.
Kartun telah menjadi bahan kajian bagi pengkaji yang melihat kartun yang
dihasilkan banyak memberi manfaat dan penuh makna jika dikaji secara
mendalam. Misalnya, Basnendar (2010) dalam kajiannya; Kajian Makna Kartun
Editorial Melalui Pendekatan Ikonografi, menjelaskan kandungan kritikan dalam
kartun editorial yang tegas dan tajam ekoran dipengaruhi oleh situasi pihak
kerajaan yang didokongi watak utamanya iaitu Soekarno dalam protes agar
beliau berundur dalam politik dan kemelut pemerintahan negara itu. Beliau juga
menyandarkan kajian tersebut terhadap kartunis untuk mengetahui lebih lanjut
keadaan sosial dan psikologi yang berpengaruh mencorak idea dan konsep
dalam penghasilan kartun di samping aspek formal yang melihat kualiti visual
kartun yang dikaji secara lebih mendalam (Basnendar, 2010).
Manakala Muliyadi Mahamood (2004) dalam bukunya The History of Malay
Editorial Cartoon‟s (1930-1993) telah menghuraikan terperinci tentang gaya,
tema dan kaedah kritikan dalam kartun editorial Melayu yang menghubungkan
faktor-faktor sejarah, kebudayaan dan sosiopolitik semasa tampak memberi
kesan mendalam dalam membahaskan perhubungan seni dengan masyarakat.
Muliyadi Mahamood berpendapat kartun editorial adalah media ekspresi visual
yang lahir dalam pelbagai budaya, menampilkan unsur-unsur universal pelbagai
budaya (multicultural) kerana masyarakat lahir daripada pelbagai latar belakang
budaya dan kaum, walaupun masih terikat dengan dasar-dasar akhbar yang
diterbitkannya. Manakala kartun lerang yang berkonsepkan jalan cerita yang
tertentu merangkumi tema dan isu-isu yang tidak memerlukan penilaian,
pendapat atau komentar yang bersifat menyeluruh. Zakiah Hanum (1989) juga
telah menghimpunkan kartun-kartun politik terbitan Warta Jenaka yang memberi
gambaran perhubungan kartun dengan masyarakat. Analisis kartun tersebut
memperlihatkan agenda-agenda kritikan berkonsepkan permasalahan yang
berlaku.
Perbincangan diteruskan mengenai jenis ilustrasi karikatur. Istilah „caricature‟
telah diperkenalkan oleh Annibale Carraci pada lukisan di Bologna, Itali pada
abad ke -16 (Muliyadi Mahamood,1999:2). Kamus Bahasa Inggeris Oxford
(1990) mendefinisikan karikatur adalah satu gambaran ciri-ciri seseorang yang
berbeza cuba dibesar-besarkan untuk menampakkan kesan komik atau
menjijikkan. Eyre, D. (2007:11) dalam bukunya „Drawing Caricature‟ menjelaskan
karikatur adalah lukisan orang yang membesar-besarkan atau memesongkan
kandungan asas wajah orang dalam rupabentuk lucu atau nakal bagi
mewujudkan kesamaan visual yang mudah dikenalpasti. Muliyadi Mahamood
(1999:2) menyifatkan karikatur bertalian secara langsung dengan kartun kerana
ianya sebahagian dari kartun. Karikatur merupakan lukisan bentuk-bentuk atau
55
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
wajah manusia yang dipermudah atau dilebih-lebihkan untuk tujuan humor,
sindiran dan propaganda (Muliyadi Mahamood,1999:2).
(i) (ii)
Rajah 1.8 : Pengubahsuaian Wajah Asal Kepada Ciri-ciri Karikatur.
Sumber : Austen, B. (2011)
Ilustrasi hasil karya Austen, B. (2011) dalam Rajah 1.8 memaparkan gambaran
visual kerja-kerja membentuk bermula dari wajah asal pada Rajah 1.8 (i),
kemudian menjadi sebahagian dari ciri-ciri karikatur yang dipermudah dan
diperlebih-lebihkan seperti dalam Rajah 1.8 (ii) agar ia menampakkan unsur-
unsur humor. Beliau menjelaskan bahawa wajah manusia yang sudah diubah
bentuk asalnya masih dapat dikenalpasti oleh otak dalam sekelip mata.
Ketangkasan otak manusia melihat wajah mengambil masa lebih satu saat untuk
menyedari bahawa terdapat dua wajah yang berbeza seperti di atas.
Eyre, D. (2007:14) berkata seni karikatur berada dalam kelasnya tersendiri
dalam seni halus. Pemilihan subjek yang menekankan nilai-nilai moral antara
yang sangat penting untuk menentukan jenis karikatur. Beliau memberi contoh
William Hogarth (1697-1764) yang dianggap sebagai bapa karikatur Inggeris
pada zamannya menggunakan kuasa karikatur untuk mendedahkan isu-isu
penting dalam masyarakatnya disamping dijadikan sebagai propaganda. (Eyre,
D., 2007:14)
“Memang karikatur merupakan unsur yang tak terpisahkan dalam
penyajian sebuah surat khabar. Peranan karikatur demikian penting,
manakala kita sudah sampai pada bentuk yang sudah tidak bisa lagi
digambarkan dengan tulisan, hingga memerlukan sentuhan „seni‟ yang
menyangkut berbagai unsur” (Subagyo-Pr dalam Pramono, 1981:1)
56
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Dalam dunia persuratkhabaran, kebiasaannya pembaca disajikan dalam dua
unsur utama, iaitu kandungan mengenai berita dan pendapat. Ruangan
pendapat atau santai yang mengisi kekosongan ruangan surat khabar inilah
muncul karikatur-karikatur yang memuatkan ruang lingkupnya di samping cerita-
cerita, rencana, puisi dan sastera yang kadangkala mampu membuat pembaca
tersenyum kerana unsur humornya. Namun, Pramono (1981:1) menganggap
peranan kartunis bukan sekadar mencipta lucu pada karakter watak semata-
mata untuk memberi peringatan, tetapi kartun dicipta untuk menuntut kita
menghidupkan nurani dalam diri.
Rajah 1.9 : Jenis Ilustrasi Karikatur Mengutarakan Kritikan Sosial.
Sumber : Eyre, D., (2007:25)
Masyarakat pembaca dihidangkan dengan kesan visual yang menyangkut soal-
soal masyarakat secara sindir dan tajam. Seperti dalam Rajah 1.9, biarpun
dalam nada keras atau lembut, garisan „caricatural‟ yang menonjol dapat
memberi kesan langsung dalam diri sendiri seolah-olah berkait dengan situasi
yang dialami. Ilustrasi tersebut menyentuh soal sosial masyarakat pada waktu itu
dengan menampilkan dua watak yang berbeza taraf, namun mempunyai nilai
yang boleh dijadikan panduan dalam sistem sosial di barat. Ilustrasi tersebut
merangsang minda dengan cepat walaupun dalam suasana yang melucukan
lantas objek seni tersebut membuatkan diri terasa berada tepat pada situasi
yang digambarkan. Walaupun bukan realiti sebenar, seseorang kartunis
bukanlah hakim yang sepenuhnya sebagai agen perubahan masyarakat kerana
jika berlaku demikian, ia bukan lagi menjadi bahan tersenyum sebaliknya
mungkin dicemuh oleh masyarakat yang tidak lagi mencetus nurani dalam diri
(Pramono,1981).
57
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
(i) (ii)
Rajah 1.10 : Perbezaan Figura Kartun (i) dan Karikatur (ii).
Sumber : Eyre, D., (2007:16)
Kefahaman yang jelas perlu dilihat pada perbezaan di antara kartun rajah 1.10 (i)
yang ciri-cirinya dilebih-lebihkan untuk menimbulkan kelucuan atau unsur
humornya jika dibandingkan dengan Rajah 1.10 (ii) kelihatan watak figura masih
mengekalkan karekter asal walaupun digarap sedikit gaya ciri-ciri kekartunan.
Jenis ilustrasi yang terakhir adalah ilustrasi komik. Komik menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga Dewan Bahasa dan Pustaka adalah buku yang mengandungi cerita
yang disertai dengan gambar-gambar yang melucukan. Ia merupakan rangkaian
gambar lukisan dan cerita yang lengkap samada bersiri panjang atau pendek
(McCloud, S.,1993). Kebiasaannya komik menceritakan sesuatu melalui gambar
yang dilukis secara realistik manakala bahasa atau tulisan hanya sekadar
pelengkap cerita untuk memudahkan pembaca memahaminya.
Komik atau manga dalam bahasa Jepun bermaksud puluh ribuan gambar (istilah
yang dicipta oleh artis Hokusai pada tahun 1815). Secara tradisionalnya, manga
adalah sebuah ilustrasi atau lakaran kartun berwarna hitam putih yang
kadangkala mempunyai campuran dakwat berwarna biru dan dicetak
menggunakan kertas berkualiti rendah seperti surat khabar. Ianya dihasilkan dari
gabungan „ukiyo-e‟ dan gaya lukisan barat (http://ms.wikipedia.org/wiki/Manga)
Sejarah komik yang terawal di Malaysia pernah disiarkan menerusi surat khabar
Utusan Zaman pada tahun 1950-an lagi. Komik Flash Gordon karya Alex
Raymond yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan ditulis dalam jawi
(Muliyadi Mahamood, 2010:83). Flash Gordon adalah komik sains fiksyen dan
angkasa lepas antara komik import bagi menggantikan komik-komik tempatan
yang menyajikan unsur jenaka kekampungan. Hal ini disebabkan desakan
58
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
penerbit surat khabar mencari komik yang terbaik bagi menarik minat pembaca.
Selepas pada itu, komik tempatan mula terbit dalam surat khabar tetapi tidak
serancak kartun kerana pelukis komik lebih gemar meghasilkan komik di dalam
majalah dan buku-buku cerita.
Eisner, W. (1985) mentakrifkan komik adalah suatu bentuk seni bersekuen
(sequential art). Hasil seni yang dihasilkan mengikut siri demi siri kebiasaannya
dilihat dari kiri ke kanan dan urutan dari atas ke bawah. Manakala Sabin, R.
(1996) dalam Mc Cloud, S. (1994) menyatakan komik dihasilkan perlu
mempunyai kata-kata dalam gambar mengikut penjadualan masa. Gambar
adalah lakaran imej disertai dialog untuk memudahkan pembaca memahami
jalan cerita. Roger Sabin membicarakan tentang komik dalam bukunya tersebut
berdasarkan pengalaman beliau sebagai penggiat komik terutama dalam bidang
novel grafik.
Mc Cloud, S. (1994) juga membicarakan tentang definisi dan perihal komik. Ia
mengaitkan dengan persoalan imejan, stail, kualiti dan subjek. Komik perlu
dihasilkan melalui pengolahan idea yang terancang dan digubah berdasarkan
elemen senireka yang mantap bagi menarik minat penggemar komik. Menurut
Scott lagi, penghasilan komik tidak terkecuali dalam membincangkan dari aspek
bentuk dan makna sama pentingnya dengan kartun dan hasil seni visual yang
lain.
(i) (ii) (iii)
Rajah 1.11: Panduan Asas ‘Sequential Art’ Komik Yang Berkesan.
Sumber : Mc Cloud, S., (1994:45)
Mc Cloud, S. (1994:4) merujuk kepada pelopor komik Will Eisner apabila
menterjemahkan “Sequential Art” seperti dalam Rajah 1.11 (i) iaitu seni gambar
59
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
yang berurutan dalam menerangkan komik. Sekurang-kurangnya ia memerlukan
2 imej urutan, dapat berubah menjadi satu barulah ia boleh dipanggil komik.
Penghasilan komik tersebut penting untuk membezakan komik dengan kartun
dan penerbitannya dalam media cetak seperti buku, majalah dan surat khabar
adalah sama konsepnya. Ia juga memerlukan penghayatan yang sama dengan
seni lain, perlu juga ada nilai estetika dan prinsip senireka yang bersesuaian.
Pendekatan perbincangan beliau dalam bukunya begitu komprehensif dan mesra
pembaca. Ia diperkukuhkan lagi penerangan melalui ilustrasi yang teliti serta
analisis keseluruhan tentang pengkajian komik yang sangat ilmiah. Pendefinisian
yang kerap menimbulkan keraguan antara komik dan kartun. McCloud secara
tegas mengatakan bahawa memang terdapat hubungan yang dekat antara
komik dengan kartun, tetapi keduanya berbeza. Komik menurut McCloud, S.
(1994) merupakan pendekatan ketika membuat suatu gaya filem sedangkan
kartun adalah media yang sering menggunakan pendekatan tersebut. Dengan
kata lain, komik adalah kaedah dalam seni menggambar, sedangkan kartun
adalah bentuk seni gambar yang menggunakan kaedah komik dalam
penyampaiannya.
Tujuan “Sequential Art” dihasilkan dalam keadaan berurutan secara sengaja
seperti dalam Rajah 2.16 (ii) dan (iii) di atas adalah untuk menyampaikan
maklumat dan untuk menghasilkan tindak balas estetik dalam penonton. Ini
kerana pelukis komik juga mempunyai peranan yang sama dengan pelukis lain.
Pendekatan untuk mencorakkan garisan, warna, jalinan dan komposisi pada
permukaan kertas bagi menyampaikan sebuah cerita dalam pelbagai tema.
Cuma pelukis komik rata-ratanya perlu menguasai bahasa untuk mencoret
dialog, madah dan seloka (Mohd Johari Ab. Hamid, 2004:32) Antara tokoh komik
yang terawal di Malaysia seperti Saidin Yahya, Halim Teh, Rejabhad dan Nora.
Kartunis komik perlu banyak merujuk kepada pelbagai jenis gambar untuk
menghasilkan sesuatu imej yang diinginkan. Gambar sebenar seperti potret
wajah watak-watak yang ingin dimasukkan perlu kajian yang mendalam dan
daya pengamatan visual yang tinggi untuk memudahkan kartunis melukis wajah
seseorang secara langsung. Misalnya wajah orang-rang ternama di barat seperti
John F. Kennedy, Marilyn Monroe dan di Malaysia seperti Tun Dr Mahathir
Mohamad serta seniman P.Ramlee. Jadi, visual imej ini menjadi sumber inspirasi
dalam pembentukan wajah-wajah imaginatif berdasarkan watak sebenar, lantas
memudahkan orang ramai mengenalinya (Muliyadi Mahamood, 2010:23)
PENUTUP
Karya seni visual mengandungi isu dari peristiwa dalam pelbagai bidang aspek
kehidupan agama serta kebudayaan seperti sejarah, kemasyarakatan, politik dan
ekonomi. Pelukis atau seniman sering mencipta imejan yang dapat melangkah
jauh daripada pengamatan normal yang dapat disekutukan dengan budaya.
Apabila karya seni dikaji secara mendalam, budaya masyarakat akan
60
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
mendekatkan kepada kepelbagaian sistem kepercayaan dan amalan
kebudayaan.
Proses pengkajian ilustrasi dalam surat khabar adalah hampir menyamai dengan
pengkajian hasil seni visual lain dalam konteks bentuk dan makna. Fokusnya
berdasarkan ciri-ciri formalistik yang merangkumi garisan, rupa, warna, ruang,
bentuk, jalinan, komposisi, pergerakan, imbangan dan lainnya. Keupayaan
menganalisa atau mengenali ciri-ciri formalistik ini akan mendekatkan penyelidik
kepada persoalan ikonografi atau makna sesebuah karya. Muliyadi Mahamood
(1993:2) menyebut sebagai „bentuk‟ dan „isi‟ atau kebiasaannya dipanggil
„aturan‟ dan „makna‟ serta kedua-duanya saling memerlukan. Penelitian ini akan
menghubungkan dengan konteks sejarah, sosial, sastera, politik, estetika,
kepercayaan dan seumpamanya. Justeru, ciri-ciri formalistik sedapat mungkin
membuka ruang kefahaman di tahap ikonografi atau makna dalam sesebuah
karya (Muliyadi Mahamood, 1993:3).
Justeru itu, perhubungan di antara seni dan masyarakat lazimnya mempunyai
subject mattter yang mana haruslah membicarakannya menerusi ikonografi yang
bersandarkan kepada sejarah, politik, ekonomi, sosial, kesusasteraan dan sains
serta agama. Seni merupakan satu ekspresi atau pengaliran perasaan yang
memanifestasikan pandangan hidup serta falsafah sesuatu zaman. Oleh itu,
interpretasi sesuatu karya itu akan hanya berjaya jika kita menghubungkannya
dengan bukti-bukti sejarah yang menghubungkan masyarakat, pelukis dan karya
seni. Ia berpadanan dengan tujuan dan matlamat pelukis dalam penghasilan
karya sebagai alat komunikasi dengan masyarakat yang dilatari oleh sosial dan
budaya membentuk sebuah nilai, pengalaman, pengetahuan dan kefahaman.
RUJUKAN
Ahmad Suhaimi Mohd Noor. 2007. Sejarah Kesedaran Visual di Malaya. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ana Fauziah. 2011. http://mbokmenik.wordpress.com/2011/11/12/komik-kartun-
karikatur/ . 5 Nov.2013.
Basnendar. 2010. http://basnendar.dosen.isi-ska.ac.id/2010/07/26/kajian-
makna-kartun-editorial-melalui/) Basnendar. 22 Julai 2013.
Blackburn, H. 2010. The Art of Ilustration. Horcott Road, Fairford. The Echo
Library.
Borden, Lizzie. 1977. Richard Sierra; Writings, Interview. Chicago. Univ. Press.
Enstice, Wayne and Peters. 2003. Melody, Drawing: Space, Form and
Expression. New Jersey. Pearson Prentice Hall.
61
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Eyre, D. 2007. Drawing Caricatures. Ramsbury, Marlborough. The Crowood
Press.
Flieshman, M. 2004. Exploring Illustration. Thomson Delmar Learning.
Fichner, F.R. 2008. Foundation of Art and Design. United States: Thomson
Wadsworth.
McCloud, S.1993. Mc Cloud, Scott. 1993. Understanding Comics. United state:
William Morow.
Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muliyadi Mahamood. 1993. Mendekati Seni Lukisan dan Senireka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muliyadi Mahamood. 1999. Pengantar Seni Lukis Kartun. Kuala Lumpur: Univision
Press.
Muliyadi Mahamood. 2004. The History of Malay Editorial Cartoons (1930-1993).
Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd.
Muliyadi Mahamood. 2008. Perkembangan Kartun Lerang Melayu: Cerminan
Kehidupan Masyarakat dan Budaya. Prosiding Sidang Seni: SINI 08.
Kuala Lumpur: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
warisan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara: 65-73.
Muliyadi Mahamood. 2010. Kartun Editorial Melayu Sejak 1990. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Priyanto Sunarto. 2000. “Metafora Visual Kartun Editorial pada Surat Kabar
Jakarta 1950-1957″. Institut Teknologi Bandung.
http://www.desainrafisindonesia. com. 23 Jun 2013.
Squires, V. 1993. Illustration For Professional Communicators. Driving Standard
Agencies Illustration. Printed In Singapore.
Saff, D. 1978. Printmaking. Wadsworth Thomson Learning Inc.
Sabin, R. 1996
Tim MGMP,1996:27-29 http://www.scribd.com/doc/28681139/Kartun-Dan-Seni-
Ilustrasi. 18 Jun 2013.
Zakiah Hanum. 1989. Senda. Sindir. Sengat. Pustaka Lajmeidakh. Petaling Jaya
62
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
PERBEZAAN TAHAP PENGETAHUAN KANDUNGAN GURU-GURU
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH DI SABAH MENGIKUT STATUS
PENGKHUSUSAN DAN PENGALAMAN MENGAJAR SEJARAH
Dr. Jais bin Abdul Hamid
Sauzanah Sulaiman
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan tahap
pengetahuan kandungan guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah
mengikut status pengkhususan dan pengalaman mengajar sejarah. Kajian ini
merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk
mendapatkan data. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru sejarah yang
melibatkan seramai 367 responden di seluruh Sabah. Pemboleh ubah kajian
telah diuji dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferensi yang melibatkan
Min, Sisihan Piawai serta Ujian-T dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan responden pada tahap
sederhana ((Min=3.20; SP=0.292). Sementara dalam ujian Ujian-T menunjukkan
terdapat perbezaan tahap pengetahuan kandungan antara guru pengkhususan
dan bukan pengkhususan sejarah (t=25.485; p<0.005). Dalam ujian ANOVA
Sehala juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan kandungan
antara guru berpengalaman dan kurangan berpengalaman mengajar sejarah
(F=10.443;p=.000). Dapatan ini memberikan input berguna khususnya kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak
pentabiran sekolah bagi merancang program-program pembangunan
profesionalisme.
Kata Kunci: Pengetahuan Kandungan, Guru Pengkhususan dan Guru
Berpengalaman.
PENGENALAN
Mata pelajaran sejarah adalah elemen penting yang menjadi teras
pembangunan akhlak dan jiwa generasi kini dan akan datang daripada
pengalaman generasi sebelumnya. Sejarah membawa pelajar mengimbau
kembali peristiwa-peristiwa penting yang dapat dijadikan iktibar dan pengajaran
bagi memelihara keharmonian dan keamanan negara. Selain itu, mata pelajaran
sejarah juga berperanan menyemai dan membangkitkan semangat patriotisme
dalam kalangan pelajar bagi mewujudkan perpaduan kaum khususnya bagi
negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik, budaya, agama dan bahasa
(KPM, 2002). Dalam hal ini, guru adalah tunjang terhadap kejayaan pelaksanaan
segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Seperti yang dijelaskan oleh Mohd Johdi Salleh (2003), bahawa pengaruh guru
dapat membangkitkan minat dan komitmen pelajar terhadap pelajaran serta
63
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
pembentukan jati diri mereka. Justeru itu, setiap guru perlu memiliki
pengetahuan yang mencukupi bagi mendepani pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang (Noraini & Shuki, 2009).
Guru adalah ejen perubahan, justeru perlu sentiasa siap siaga dalam usaha
membangunkan bangsa dan negara (Abdul Halim al-Muhammadi, 2009). Tanpa
penglibatan dan komitmen berterusan golongan guru, segala perancangan
pendidikan mungkin akan terencat dan tidak akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Guru dan pendidikan diibaratkan seperti aur dengan tebing dalam
usaha memacu kecemerlangan dan kegemilangan sebuah negara. Oleh itu, guru
wajar memperlengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan mengajar
khususnya pengetahuan kandungan supaya matlamat yang ditetapkan oleh
pihak kementerian akan dapat direalisasikan dengan cemerlang.
SOROTAN LITERATUR
Pengetahuan kandungan perlu dikuasai oleh guru kerana ia merupakan nadi
kepada pengetahuan mengajar guru yang perlu diterjemahkan melalui proses
pemindahahan ilmu kepada pelajar semasa proses PdP (Jahidih, 2015). Jika
guru gagal menguasai pengetahuan kandungan dengan baik terutama sekali isi
kandungan topik yang diajar, ia boleh menyebabkan apa yang disampaikan tidak
menepati maksud yang sebenar. Dalam hal ini setiap guru perlulah menguasai
pengetahuan kandungan sebagai satu gambaran pemahaman guru terhadap
subjek yang diajar (Kleickmann et al., 2013). Guru juga perlu memperkukuhkan
pengetahuan kandungan dengan lebih khusus mengikut mata pelajaran atau isi
kandungan yang diajar (Abd. Shukor & Noran Fauziah, 2016).
Guru sebagai ejen yang bertanggungjawab menyebarkan kurikulum pendidikan
perlu memahami dan mendalami pengetahuan kandungan mata pelajaran, yang
merangkumi kefahaman tentang tujuan mata pelajaran diajar, struktur atau
susun atur mata pelajaran tersebut. Selain itu, guru juga perlu memahami dan
menguasai idea-idea di dalam dan di luar mata pelajaran serta disiplin
pengetahuan mata pelajaran tersebut sebagai persediaan awal untuk menjawab
dan menjelaskan sebarang kemusykilan yang dihadapi pelajar (Noraini & Shuki,
2009). Pengetahuan ini menjadi asas penting dalam perancangan dan
pengendalian PdP yang berkesan dan mampu membantu dalam meningkatkan
pencapaian pelajar (Rosnidar et al., 2010). Oleh itu, semua guru sejarah perlu
menguasai pengetahuan kandungan untuk memudahkan guru membuat
perancangan termasuk menentukan objektif serta menentukan kaedah dan BBM
yang sesuai bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan
berkesan.
Kajian yang telah dilakukan oleh Training and Development Agency for School di
England pada tahun 2007 juga menegaskan bahawa guru yang mempunyai
pengetahuan dan pemahaman mendalam terhadap mata pelajaran dan
kurikulum mata pelajarannya memberi impak yang sangat besar kepada hasil
pembelajaran pelajarnya. Guru berupaya memberikan jawapan yang tepat
64
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
terhadap persoalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajarnya dan dapat
memberikan contoh yang sesuai bagi mengukuhkan kefahaman pelajar. Selain
itu, pengetahuan mendalam terhadap pengetahuan kandungan memberi
kelebihan kepada guru berkenaan memilih kaedah dan alat bantu yang sesuai
bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam PdP. Malah penguasaan guru
dalam pengetahuan kandungan membantu guru mengurus PdP secara
sistematik sepanjang proses PdP dijalankan (Kalaiselvi et al., 2015). Walau
bagaimanapun, penguasaan pengetahuan kandungan tidak sepatutnya berhenti
setakat itu sahaja, guru seharusnya mempunyai struktur pengetahuan
kandungan yang berkembang dengan baik untuk membolehkan beliau mengajar
dengan fleksibiliti dan berupaya mewujudkan pengajaran berkesan (Leinhardt,
2003).
Pendidikan abad ke-21 menyajikan seribu cabaran kepada golongan guru yang
berhadapan dengan pelajar yang sebilangan besarnya terdedah dengan
pelbagai bentuk maklumat daripada pelbagai bentuk media yang ada di
sekeliling mereka. Pelajar mungkin mengemukakan persoalan-persoalan yang di
luar pengetahuan guru sama ada untuk penjelasan ataupun sekadar menguji
pengetahuan guru itu sendiri. Justeru itu, guru perlu sentiasa berusaha
meningkatkan keupayaan diri dalam mata pelajaran yang diajar dan
pengetahuan lain yang berkaitan. Guru tidak sewajarnya terlalu bergantung
kepada buku teks kerana boleh menjadikan seseorang guru tersebut tidak kreatif
serta tidak berupaya mengaitkan fakta yang ada dengan situasi semasa (Abd.
Shatar Che Abd. Rahman, 2007). Malah guru juga berkemungkinan tidak
berupaya untuk memberi penjelasan sebarang pertanyaan pelajar di luar
kandungan buku teks. Ini menjadikan pengetahuan yang disampaikan sangat
terbatas dan pelajar mungkin akan hilang keyakinan terhadap kemampuan guru.
Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru-guru
sejarah masih perlu ditingkatkan. Antaranya ialah kajian kajian Muhamad
Hafizan dan Anuar (2017), terhadap 200 orang guru sejarah sekolah menengah
di Johor Bahru yang mendapati tahap pengetahuan guru terhadap isi kandungan
sekadar pada tahap sederhana. Ini diperkuatkan lagi dengan keputusan kajian
Mohd. Fauzi et al. (2015) terhadap 850 orang guru sejarah sekolah menengah
yang mendapati tahap pengetahuan kandungan kurikulum sejarah pada tahap
sederhana. Dalam kajian lain yang dibuat oleh Mardhiyatul & Norfazelawati
(2012) terhadap guru-guru bukan pengkhususan mendapati mereka tidak
menguasai kandungan topik yang diajar. Begitu juga dengan kajian Zahara dan
Nik Azleena (2007) dalam kajian mereka terhadap 114 orang guru sejarah di
daerah Dungun, Terengganu, guru-guru pengkhususan sejarah mempunyai
tahap kesediaan yang lebih baik dalam aspek pengetahuan kandungan
berbanding guru yang bukan pengkhususan.
Sementara itu, kajian yang melihat aspek pengalaman mendapati guru-guru
yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap pengajaran daripada guru kurang berpengalaman (Bivona,
65
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
2002). Dapatan ini disokong oleh kajian Khalid Johari (2009) yang mendapati
guru yang berpengalaman mengajar lebih dari tujuh tahun berkeyakinan tinggi
dalam penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas. Malah
dalam mata pelajaran sejarah juga didapati guru yang berpengalaman
mempunyai pengetahuan sejarah yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang
kurang berpengalaman dalam mengajar sejarah. Ini menunjukkan bahawa guru
yang lama mempunyai sikap yang lebih baik terhadap pengajaran yang
dijalankan (Zunaida et al., 2017). Selain itu, beberapa kajian lain juga
memperoleh dapatan yang sama (Abdul Razak & Mohd Mahzan, 2017; Noor
Shah Saad, 2006; Zalifah Zakaria, 2011; Tengku Zawawi et al., 2009).
Kepentingan pengetahuan kandungan dalam menghasilkan aplikasi pengajaran
yang berkesan tidak boleh dinafikan. Banyak kajian berkaitan bidang ini telah
dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sebelumnya, sama ada dari dalam dan luar
negara. Menurut Zarima et al., (2016), kelemahan guru dalam pelaksanaan
pengajaran adalah berkait rapat dengan ilmu dan pengetahuan isi kandungan
yang dimiliki oleh mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Kenyataan ini disokong
oleh Noor Sairah dan Lilia (2017) yang mengatakan pengetahuan guru dalam
kandungan mata pelajaran yang diajar turut mempengaruhi amalan mereka
dalam bilik darjah. Ini jelas membuktikan bahawa keupayaan yang rendah dalam
pengetahuan kandungan boleh menjejaskan usaha seorang guru untuk
melaksanakan PdP yang berkesan dan akhirnya kandungan kurikulum tidak
dapat disebarkan kepada sasaran dengan bermakna (Abdullah & Ainon, 2006).
PERNYATAAN MASALAH
Pengetahuan kandungan merupakan aspek penting bagi seorang guru sejarah,
namun masih terdapat segelintir guru sejarah gagal menguasai pengetahuan
kandungan. Ini dibuktikan melalui kajian Muhamad Hafizan dan Anuar (2017),
terhadap 200 orang guru sejarah sekolah menengah di Johor Bahru yang
mendapati tahap pengetahuan guru terhadap isi kandungan sekadar pada tahap
sederhana. Keputusan yang sama diperoleh melalui kajian Mohd. Fauzi et al.,
(2015) terhadap 850 orang guru sejarah sekolah menengah yang mendapati
tahap pengetahuan kandungan kurikulum sejarah pada tahap sederhana.
Sementara itu, guru-guru sejarah bukan pengkhususan kajian (Mardhiyatul &
Norfazelawati, 2012; Noor Shah Saad, 2006) dan guru kurang berpengalaman
kajian (Zunaida et al., 2017; Abdul Razak & Mohd Mahzan, 2017; Noor Shah
Saad, 2006; Zalifah Zakaria, 2011; Tengku Zawawi et al., 2009) mendapati
majoritinya tidak menguasai pengetahuan kandungan.
Berdasarkan perbincangan ini, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa guru-guru
sejarah belum mempunyai pengetahuan kandungan yang mencukupi untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar. Walau
bagaimanapun kebanyakan kajian yang telah dibuat lebih tertumpu di sekolah-
sekolah menengah Semenajung Malaysia, sementara kajian yang serupa terlalu
sedikit di buat di Sabah. Oleh sebab itu, pengkaji memberi tumpuan untuk
66
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
mengkaji bidang ini untuk mendapatkan maklumat tahap Pengetahuan
Kandungan guru-guru sejarah di Sabah.
Objektif Kajian
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan kandungan serta perbezaan berdasarkan status pengkhususan
dan berdasarkan pengalaman mengajar sejarah guru-guru sejarah sekolah
menengah di Sabah.
DEFINISI OPERASIONAL
a. Pengetahuan Kandungan
Dalam konteks kajian ini, pengetahuan kandungan adalah merujuk kepada
pengetahuan yang melibatkan teori-teori pembelajaran sejarah, perkaitan antara
topik-topik yang diajar, isi kandungan pembelajaran, konsep dan penjanaan idea
baru. Pengetahuan terhadap konsep asas kandungan adalah tunjang kekuatan
pengetahuan kandungan guru dan harus dikuasai dan sentiasa diperkukuhkan
bagi meningkatkan keupayaan guru memberi kefahaman, menjelaskan
kekeliruan atau salah konsep pelajar terhadap fakta atau idea yang disampaikan.
b. Guru Pengkhususan
Guru pengkhususan adalah guru yang telah menerima latihan khusus dalam
bidang yang diceburinya di institusi pendidikan seperti di universiti atau institusi
pendidikan guru. Mereka menerima latihan yang memakan masa antara tiga
hingga empat tahun. Sepanjang tempoh tersebut, mereka didedahkan dengan
pelbagai teori, konsep dan amali sesuatu mata pelajaran. Guru pengkhususan
mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap prinsip-prinsip asas dalam
disiplin dan dapat mengaitkan tajuk-tajuk yang diajar dengan baik. Guru-guru
pengkhususan juga mampu mengesan konsepsi sedia ada dalam kalangan
pelajar, menggunakan peluang untuk perbincangan, menangani masalah dalam
bilik darjah dan menterjemah dengan tepat apa yang dimaksudkan oleh pelajar
(Abd. Shatar Che Abd. Rahman, 2007).
Dalam konteks kajian ini, guru pengkhususan sejarah adalah guru yang telah
menerima latihan teori dan amali dalam bidang Pendidikan Sejarah sekolah
menengah. Mereka memahami matlamat, objektif, organisasi kurikulum sejarah,
dan menguasai isi kandungan, struktur disiplin sejarah dan pedagogi sejarah
yang membolehkan mereka melaksanakan pengajaran yang berkesan dan
berkualiti.
c. Guru berpengalaman
Definisi guru berpengalaman agak sukar untuk dinyatakan secara tepat.
Sebilangan pentadbir mendefinisikan guru berpengalaman adalah guru yang
telah berpengalaman lama mengajar dan tahu memberi motivasi kepada pelajar,
tahu mengurus bilik darjah dengan berkesan, boleh mengubahsuai kaedah
pengajaran semasa proses PdP sedang berjalan dan dapat menarik perhatian
pelajar semasa mengajar (Amber dan Sharon, 2010). Walau bagaimanapun
sesetengah penyelidik mendifinisikan guru berpengalaman mengikut tempoh
67
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
perkhidmatan meskipun terdapat guru yang telah lama berkhidmat kurang
berupaya melaksanakan pengajaran yang baik selaras dengan tempoh
perkhidmatannya. Namun kebanyakan penyelidik kebiasaannya menggunakan
tempoh perkhidmatan sebagai tanda aras untuk menentukan guru baharu dan
guru berpengalaman (Amber & Sharon, 2010). Sehubungan itu, bagi maksud
kajian ini, penyelidik menggunakan definisi yang diutarakan oleh Atay (2008) dan
Bivona (2002) yang mengatakan guru berpengalaman adalah guru yang telah
mengajar 9 tahun atau lebih.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini amat berguna kepada guru-guru sejarah agar memahami
keperluan untuk meningkatkan tahap pengetahuan kandungan mereka sebagai
pelaksana PdP dalam bilik darjah. Selain itu, membantu pihak sekolah, PPD dan
JPN merancang program-program peningkatan profesionalisme yang
bersesuaian. Maklumat ini juga amat berguna kepada KPM sebagai landasan
bagi melaksanakan dasar membangunkan modal insan yang lebih berkualiti.
Seterusnya, kajian ini penting bagi IPGM dan universiti untuk menyediakan
kursus serta program-program yang bersesuaian dengan keperluan guru
khususnya guru sejarah.
METODOLOGI KAJIAN
a. Reka bentuk Kajian
Secara umumnya kajian-kajian yang dilaksanakan oleh para penyelidik terbahagi
kepada dua iaitu kajian kuantatif dan kajian kualitatif. Kedua-dua bentuk kajian ini
mempunyai kekuatannya masing-masing dan pemilihannya adalah berdasarkan
kesesuaian dengan kajian yang dilaksanakan. Bertepatan dengan reka bentuk
kajian yang telah dibina, penyelidik menggunakan kajian kuantitatif dalam kajian
ini yang menggunakan kaedah tinjauan sampel untuk mengumpul maklumat
tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian daripada sebahagian populasi
terpilih.
b. Sampel Kajian
Bagi tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan prosedur persampelan kelompok
yang mana dua PPD akan dipilih secara rawak dari setiap Bahagian JPN Sabah.
PPD yang terpilih adalah terdiri daripada PPD Nabawan dan PPD Tambunan
dari Bahagian Pedalaman, PPD Kinabatangan dan PPD Telupid dari Bahagian
Sandakan, PPD Penampang dan PPD Tuaran dari Bahagian Barat, PPD Kuala
Penyu dan PPD Sipitang dari Bahagian Selatan, PPD Kunak dan PPD Lahad
Datu dari Bahagian Tenggara dan PPD Pitas dan PPD Kota Marudu dari
Bahagian Utara. Keseluruhannya sejumlah 12 PPD yang terlibat dalam kajian ini.
Semua guru sejarah yang mengajar di sekolah menengah dalam 12 PPD terlibat
sebagai sampel kajian yang melibatkan seramai 367 orang.
c. Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data bagi proses
kajian selanjutnya. Dalam konteks kajian ini, penyelidik menggunakan soal
68
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
selidik sepenuhnya sebagai alat pengukur bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah
kajian. Pemilihan soal selidik sebagai alat kajian ialah kerana soal selidik
berupaya mengukur ciri-ciri atau pemboleh ubah yang hendak diukur daripada
saiz sampel yang melibatkan pensampelan yang mengkaji sesuatu populasi
(Mohd Majid Konting, 2005).
d. Analisis Data
Dalam kajian ini, data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for the Social Sciences). Analisis statistik deskriptif telah
digunakan untuk mendapatkan kekerapan, min dan sisihan piawai ke atas item
latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan kandungan. Statistik
inferensi iaitu Ujian-t digunakan untuk menilai perbezaan pengetahuan
kandungan mengikut status pengkhususan dan ANOVA Sehala untuk meninjau
perbezaan mengikut pengalaman mengajar sejarah.
DAPATAN KAJIAN
a. Analisis Demografi Responden Berdasarkan Status Pengkhususan
Sejarah Serta Pengalaman Mengajar Sejarah
Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 367 orang.
Bilangan responden pengkhususan sejarah seramai 217 orang atau 59.1 peratus
dan 150 orang atau 40.9 peratus responden bukan pengkhususan sejarah.
Sementara responden mengikut pengalaman mengajar sejarah pula adalah 85
orang atau 23.2 peratus adalah responden yang berpengalaman mengajar 1-3
tahun yang terdiri daripada 10.4 peratus responden pengkhususan sejarah dan
12.8 peratus pula adalah responden bukan pengkhususan sejarah. Kumpulan
responden yang berpengalaman mengajar 4-6 tahun seramai 61 orang atau 16.6
peratus yang terdiri daripada 6.5 peratus responden pengkhususan sejarah dan
10.1 peratus responden bukan pengkhususan sejarah. Ini diikuti oleh kumpulan
responden yang berpengalaman mengajar 7-9 tahun seramai 77 orang atau 21
peratus yang terdiri daripada 11.4 peratus responden pengkhususan dan 9.5
peratus responden bukan pengkhususan sejarah.
Seterusnya, responden yang berpengalaman mengajar 10-12 tahun seramai 52
orang atau 14.2 peratus yang terdiri daripada 9 peratus responden
pengkhususan sejarah dan 5.2 peratus responden bukan pengkhususan sejarah,
kumpulan responden yang berpengalaman mengajar 13-15 tahun iaitu seramai
46 orang atau 12.5 peratus yang terdiri daripada 10.9 peratus responden
pengkhususan sejarah dan 1.6 peratus responden bukan pengkhususan sejarah,
dan responden yang berpengalaman mengajar 16 tahun dan lebih seramai 46
orang atau 12.5 peratus yang terdiri daripada 10.9 peratus responden
pengkhususan sejarah dan 1.6 peratus responden bukan pengkhususan sejarah.
Berdasarkan hasil analisis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa, responden yang
berpengalaman mengajar 1-3 tahun adalah lebih ramai berbanding dengan
kumpulan yang lain. Ini diikuti oleh responden yang berpengalaman mengajar 7-
9 tahun dan responden yang paling sedikit ialah responden berpengalaman
69
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
mengajar 13-15 tahun dan 16 tahun dan lebih. Sementara kumpulan responden
berpengalaman mengajar 4-6 tahun adalah responden yang ketiga ramai dalam
kajian ini dan diikuti oleh responden berpengalaman mengajar 10-12 tahun.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya sebilangan besar responden
mempunyai pengalaman mengajar sejarah melebihi lima tahun. Selebihnya
adalah responden yang berpengalaman mengajar tiga tahun dan ke bawah.
Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Status Pengkhususan Serta
Pengalaman Mengajar Sejarah
Pengalaman (Tahun) Jumlah
Pengkhususan 1-3 4-6 7-9 10-12 13-15 >16
N 38 24 42 33 40 40 217
Bukan
Pengkhususan Pengkhususan 17.5% 11.1% 19.4% 15.2% 18.4% 18.4% 100%
Jumlah N 47 37 35 19 6 6 150
Bukan 31.3% 24.7% 23.3% 12.7% 4.0% 4.0% 100%
Pengkhususan
N 85 61 77 52 46 46 367
23.2% 16.6% 21.0% 14.2% 12.5% 12.5% 100%
b. Analisis Tahap Pengetahuan Kandungan Guru Sejarah Sekolah
Menengah
Keputusan analisis deskriptif yang dipaparkan dalam Jadual 2 menunjukkan skor
min pengetahuan kandungan responden ialah (Min=3.20; SP=0.292). Dapatan
ini menunjukkan bahawa skor min pengetahuan kandungan berada pada julat
tahap kecenderungan nilai min antara 2.34-3.67 iaitu pada tahap sederhana.
Jadual 2: Analisis Skor Min dan Tahap Pengetahuan Kandungan Guru-Guru
Sejarah Sekolah Menengah
Pemboleh Skor Min Sisihan Tahap
ubah Piawai Sederhana
PK 3.20 .292
PK : Pengetahuan
70
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Jadual 3: Min Bagi Item Pengetahuan
Bil Item Soal Selidik Min
1 Saya tahu perkaitan antara topik-topik dalam 3.20
sesi pengajaran saya.
2 Saya tahu tentang keseluruhan isi kandungan 3.21
pengajaran saya
3 Saya tahu bahagian isi kandungan yang tidak 3.23
difahami oleh pelajar dalam sesi pengajaran
saya.
4 Saya tahu teori yang digunakan dalam sesi 3.24
pengajaran saya.
5 Saya tahu definisi asas setiap konsep dalam 3.20
pengajaran saya.
6 Saya boleh menjana idea baru terhadap isi 3.20
kandungan yang disampaikan dalam
pengajaran saya.
7 Saya tahu kekurangan berkaitan isi 3.22
kandungan dalam pengajaran saya.
c. Analisis Perbezaan Skor Min Pengetahuan Kandungan Responden
Mengikut Status Pengkhususan
Keputusan ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor min
pengetahuan kandungan responden pengkhususan sejarah dengan responden
bukan pengkhususan sejarah (t=25.485; p<0.005). Skor min pengetahuan
kandungan responden pengkhususan sejarah (min=3.40; SP=.120) adalah lebih
besar daripada skor min pengetahuan kandungan responden bukan
pengkhususan sejarah (min=2.91; SP=.233). Berdasarkan analisis ini dapatlah
dirumuskan bahawa responden pengkhususan sejarah memperoleh skor min
pengetahuan kandungan yang lebih tinggi berbanding responden bukan
pengkhususan. Keputusan lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 4.
71
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Jadual 4: Perbezaan Skor Min Pengetahuan Kandungan Mengikut Status
Pengkhususan
Status N Min Sisihan Nilai-t Tahap
Pengkhususan
Pengkhususan Piawai Signifikan
217 3.40 .120 25.485 .000
Bukan 150 2.91 .233
Pengkhususan
*P<0.005
d. Analisis Perbezaan Skor Min Bagi Pemboleh Ubah Pengetahuan
Kandungan Berdasarkan Pengalaman Mengajar Sejarah
Hasil ujian ANOVA sehala yang telah dijalankan untuk mengenal pasti
perbezaan skor min bagi pemboleh ubah pengetahuan kandungan berdasarkan
pengalaman mengajar menunjukkan bahawa nilai (F=10.443; p=.000).
Memandangkan nilai p=.000, kurang daripada 0.005 dan nilai ujian F=10.443,
maka wujud perbezaan skor min yang signifikan pengetahuan kandungan
berdasarkan pengalaman mengajar. Hasil analisis ANOVA yang lebih terperinci
boleh dirujuk dalam Jadual 5.
Jadual 5: Ujian ANOVA dan Perbezaan Skor Min Bagi Pengetahuan
Kandungan Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Jumlah Darjah Min FP
Kuasa 10.443 .000
Kuasa Dua Kebebasan Dua
.789
Pengalaman Antara 3.945 5
Mengajar Umur .076
Dalam
Umur 27.273 361
Jumlah
31.217 366
*p<0.005
Ujian lanjutan dilaksanakan dengan menggunakan ujian Post Hoc (Tukey HSP
untuk mengenalpasti kategori-kategori kumpulan pengalaman mengajar yang
berbeza. Berdasarkan hasil analisis ujian Tukey HSP yang dipaparkan dalam
Jadual 6, terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi pengalaman
mengajar 1 hingga 3 tahun dengan 10 hingga 12 Tahun (perbezaan skor min=-
.182; p=.003), 13 hingga 15 Tahun (perbezaan skor min=-.278; p=.000) dan 16
tahun dan ke atas (perbezaan skor min=-.279; p=.000). Perbezaan skor min juga
berlaku bagi pengalaman mengajar 4 hingga 6 tahun dengan pengalaman
mengajar 13 hingga 15 tahun (perbezaan skor min=-.215; p=.001) dan
72
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
pengalaman mengajar 16 tahun dan ke atas (perbezaan skor min=-.216;
p=.001). Perbezaan skor min juga berlaku antara pengalaman mengajar 7
hingga 9 tahun dengan pengalaman mengajar 13 hingga 15 Tahun (perbezaan
skor min=-.176; p=.009) dan 16 Tahun dan ke atas (perbezaan skor min=-.177;
p=.008).
Rumusannya, kategori pengalaman mengajar 13 hingga 15 tahun dan 16 tahun
ke atas menunjukkan skor min pengetahuan kandungan yang lebih tinggi
berbanding skor min empat kategori pengalaman mengajar yang lain. Sementara
itu, skor min pengetahuan kandungan kategori pengalaman mengajar 1 hingga 3
tahun adalah paling rendah.
Jadual 6: Ujian Post Hoc (Tukey HSP) dan Perbezaan Skor Min Bagi
Pemboleh Ubah Pengetahuan Kandungan Berdasarkan Pengalaman
Mengajar
Pengalaman Pengalaman Mengajar (J) Perbezaan Std. P
Mengajar (I) Min (I-J) Error
.003
1-3 Tahun 10-12 Tahun -.18212* .04839 .000
-.27814* .05031 .000
13-15 Tahun -.27935* .05031
.001
16 Tahun dan ke .001
atas
.009
4-6 Tahun 13-15 Tahun -.21532* .05367 .008
-.21653* .05367
16 Tahun dan ke .003
atas
.000
7-9 Tahun 13-15 Tahun -.17561* .05122
-.17681* .05122 .001
16 Tahun dan ke .009
atas .000
10-12 1-3 Tahun .18212* .04839
Tahun
13-15 1-3 Tahun .27814* .05031
Tahun
4-6 Tahun .21532* .05367
.17561* .05122
7-9 Tahun .27935* .05031
16 Tahun 1-3 Tahun
dan ke atas
73
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
4-6 Tahun .21653* .05367 .001
7-9 Tahun .17681* .05122 .008
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
a. Pengetahuan Kandungan
Analisis yang dibuat mendapati pengetahuan kandungan responden berada
pada tahap sederhana. Keputusan ini selari dengan dapatan kajian Muhamad
Hafizan dan Anuar (2017) terhadap guru-guru sejarah sekolah menengah di
Johor Bahru. Kajian Fauzi et al., (2015) terhadap 850 orang guru sejarah sekolah
menengah juga mendapati tahap pengetahuan kandungan kurikulum sejarah
pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun dapatan ini berbeza dengan hasil
kajian Mohd Fauzi Ali (2015) yang menunjukkan pengetahuan kandungan guru-
guru sejarah sekolah menengah pada tahap yang baik. Berdasarkan dapatan ini
tahap pengetahuan kandungan guru-guru sejarah di Sabah masih belum
mencapai tahap yang terbaik untuk membangunkan potensi pelajar ke tahap
yang lebih cemerlang seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Situasi ini juga agak merisaukan kerana pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah memasuki gelombang yang
kedua, yang mana melalui pelan ini proses Transformasi Sekolah (TS25) yang
memberi penekanan terhadap kualiti guru sedang rancak dijalankan di seluruh
negara (KPM, 2012). Sudah tentu masalah ini menimbulkan banyak persoalan
khususnya berkaitan dengan keupayaan guru-guru sejarah mendidik ke arah
kemenjadian murid dan juga untuk melahirkan generasi pelajar yang mempunyai
semangat patriotik yang tinggi.
Berdasarkan analisis item yang dijalankan, semua tujuh item berada
pada tahap sederhana. Namun terdapat tiga item yang mendapat skor min yang
rendah iaitu item tentang perkaitan antara topik-topik yang diajar, item berkaitan
definisi asas konsep dan item berkaitan dengan penjanaan idea baharu
berdasarkan isi kandungan yang disampaikan. Sementara item pengetahuan
tentang teori yang digunakan dalam sesi PdP adalah item yang mendapat skor
yang dominan antara semua item dalam konstruk pengetahuan kandungan.
Namun perbezaan skor min antara semua item ini tidaklah begitu ketara. Ini
bermakna semua item perlu diambil kira dalam meningkatkan pengetahuan guru
berkaitan pengetahuan kandungan.
b. Perbezaan Tahap Pengetahuan Kandungan Mengikut Status
Pengkhususan
Analisis perbezaan skor min pengetahuan kandungan responden pengkhususan
sejarah dan responden bukan pengkhususan sejarah menunjukkan skor min
pengetahuan kandungan responden pengkhususan sejarah lebih tinggi
berbanding responden bukan pengkhususan sejarah.
74
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Dapatan ini selari dengan kajian oleh Mardhiyatul & Norfazelawati (2012) yang
menunjukkan kebanyakan guru-guru bukan pengkhususan tidak menguasai
kandungan topik yang diajar. Begitu juga dengan kajian Zahara dan Nik Azleena
(2007) dalam kajian mereka terhadap 114 orang guru sejarah di daerah Dungun,
Terengganu yang mendapati guru-guru pengkhususan sejarah mempunyai tahap
kesediaan yang lebih baik dalam aspek pengetahuan kandungan berbanding
guru yang bukan pengkhususan. Keputusan ini menunjukkan kursus yang diikuti
semasa pengajian di universiti ataupun di IPG telah memberi impak yang positif
kepada guru-guru sejarah dari aspek pengetahuan kandungan. Pendedahan
yang mendalam berkaitan kurikulum, sukatan pelajaran, topik-topik, konsep serta
teori dalam aktiviti akademik memberikan pengetahuan yang sangat berharga
untuk diaplikasikan di bilik darjah.
Pada masa yang sama pengetahuan kandungan guru-guru bukan
pengkhususan perlu ditingkatkan melalui kursus atau bengkel yang dianjurkan
oleh KPM dan sekolah. Ini penting kerana pengajaran yang berkualiti perlukan
guru yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam mata pelajaran yang
mereka ajar (Abd Rahim Abd Rashid, 2005). Malah kepentingan pengetahuan
kandungan telahpun diperjelaskan oleh Shulman (1987) dan Grossman (1988)
yang mengatakan pengetahuan kandungan merupakan asas untuk guru
merancang pengajaran serta memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian.
c. Perbezaan Tahap Pengetahuan Mengikut Pengalaman Mengajar
Sejarah
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden berpengalaman lebih menguasai
pengetahuan kandungan berbanding responden kurang berpengalaman.
Dapatan ini selari dengan kajian Noor Shah Saad (2006) yang mendapati guru-
guru berpengalaman lebih menguasai pengetahuan kandungan berbanding
guru-guru kurang pengalaman. Keputusan yang sama diperoleh melalui kajian
Abdul Razak dan Mohd Mahzan (2017) yang mendapati guru yang
berpengalaman mengajar sejarah mempunyai pengetahuan sejarah yang lebih
tinggi berbanding dengan guru yang kurang berpengalaman dalam mengajar
sejarah. Begitu juga dengan kajian (Zalifah Zakaria, 2011) dan (Tengku Zawawi
et al., 2009).
Hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa pengalaman merupakan faktor
penting kejayaan seorang guru mengendalikan PdP dan penerapan nilai
patriotisme yang berkualiti. Tempoh yang lama dalam bidang yang diajar
membolehkan seseorang guru membangunkan pengetahuan kandungan sama
ada melalui pembacaan, penyertaan dalam kursus yang berkaitan, interaksi
dengan rakan sekerja mahupun melalui pengajaran yang dilalui selama
mengajar mata pelajaran berkenaan. Manusia boleh mengembangkan
potensinya ke peringkat yang paling tinggi jika semua perkara di peringkat
bawah dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun motivasi dalaman dan luaran
adalah perlu untuk meningkatkan usaha bagi mencapai kemendirian diri. Perkara
ini dijelaskan dalam Teori Hierarki oleh Maslow (1943).
75
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Sudah semestinya pengalaman mengajar sesuatu mata pelajaran itu menjadi
kelebihan kepada guru yang terlibat berbanding dengan guru-guru yang kurang
pengalaman. Pengajaran akan lebih mudah kerana guru telah memahami
dengan mendalam kandungan yang diajar. Malah guru-guru yang telah lama
mengajar tidak perlu lagi merujuk buku teks untuk menyampaikan isi pengajaran
atau untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Sementara
guru-guru kurang berpengalaman perlu diberi pendedahan secukupnya melalui
program-program yang terancang seperti program mentor-mentee, PLC dan juga
Bengkel.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah masih ramai guru sejarah
di Sabah yang belum menguasai sepenuhnya pengetahuan kandungan
khususnya guru-guru bukan pengkhususan dan guru-guru kurang
berpengalaman. Keadaan ini sama seperti yang berlaku kepada guru-guru
Sejarah yang mengajar di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, pihak yang
berkepentingan seperti pentadbir sekolah, PPD, JPN dan KPM perlu mengambil
inisiatif untuk meningkatkan tahap pengetahuan kandungan guru-guru sejarah
bagi memastikan matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai dengan cemerlang.
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim al-Muhammadi. 2009. Manfaat ilmu cara terbaik hargai jasa guru:
pendidik pikul tanggungjawab berat bentuk generasi berdaya saing,
pemimpin masa depan. Berita Harian, 15 Mei. Hlm., 4l.
Abd. Shatar Che Abd. Rahman. 2007. Pengetahuan Kandungan dan Pedagogi
Guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat Di Sebuah Sekolah. (Tesis
Doktor Falsafah) Universiti Malaya.
Abd. Shukor Shaari dan Noran Fauziah Yaakub. 2016. Pengetahuan guru
bahasa Melayu tentang isi kandungan mata pelajaran dan pedagoginya.
Jurnal Bahasa, 161-177.
Abdul Razak Ahmad & Mohd. Mahzan Awang. 2017. Pengetahuan Guru Sejarah
Dalam Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Dipetik dan
dicetak dari
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/21-zunaida-
zakaria.pdf pada 18 Mac 2018.
Abd. Rahim Abd. Rashid. 2005. Profesionalisme Keguruan Prospek dan
Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aini Hassan. 1998. Pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah: Guru
sebagai broker ilmu sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Simposium Sejarah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 30-31 Oktober.
76
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Aini Hassan & Wan Hasmah Wan Mamat. 2007. Mengajar di luar bidang
pengkususan: Sejauh manakah seriusnya masalah ini di Malaysia?
Jurnal pendidikan, 27(1), 149-163.
Grossman, P. L. 1991. What are we talking about anyway? Subject matter
knowledge of secondary English teachers. Dalam J. Brophy (ed.).
Advance in research on teaching, 2, 242-264.
Jahidih Saili. 2015. Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran
tajwid al- Quran dalam kalangan guru Kelas Khas Kemahiran Membaca
dan Menghafaz al- Quran (KKQ) di Lembah Klang. (Tesis Doktor
Falsafah). (Tidak Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung
Malim.
Jerald, C. 2002. All talk, no action: Putting an end to out-of-field teaching. (ERIC
Document Reproduction Service No ED468741).
Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul
Manaf. 2015. Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai
Aspek Kandungan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Moral dan Implikasinya. International Journal of Education and Training
(InjET), 1(2), 1-8
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah
Tingkatan Dua.
Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M. et al. 2013.
Teachers‟ content knowledge and pedagogical content knowledge: The
role of structural differences in teacher education. Journal of Teacher
Education, 64(1), 90-106.
Leinhardt, G. 2003. Routines in Expert Math Teacher's Thoughts and Actions.
Paper presented at The Annual Meeting of the American Educational
Research Association, Montreal, Canada.
Mardhiyatul Huda Hamdan & Norfazelawati Abd Kadir.
2012. Kaedah meningkatkan keberkesanan guru bukan opsyen
matematik mengajar topik pythagoras theorem menggunakan kaedah
konstruktivisme. Kajian Tindakan Isu Kontemporari dalam Pendidikan
Matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Fauzi Ali. 2015. Pengetahuan Kompetensi ke arah peningkatan aplikasi
kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru sejarah. Jurnal
Penyelidikan (Muallim), 11(1), 75-84.
77
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Mohd. Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah: Perspektif
Pelajar-Pelajar. Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan:
Universiti Islam Antarabangsa
Mohd. Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Hafizan Mohd Suhairi & Anuar Ahmad. 2017. Pengaruh Pengetahuan
Isi Kandungan Terhadap Aplikasi Pengajaran Yang Berkesan Dalam
Kalangan Guru-Guru Sejarah. International Conference on Global
Education v “ Global Education, Common Wealth and Cultural Diversity”.
Universitas Ekasakti, Padang. 10-11 April.
Noor Shah Saad. 2006. Pengetahuan Pedagogi Kandungan Di Kalangan Guru
Matematik Sekolah Menengah. (Tesis Doktor Falsafah) Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Noraini Idris & Shuki Osman. 2009. Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan
Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill Companies.
Rosnidar Mansor, Lilia Halim & Kamisah Osman. 2010. Pengetahuan pedagogi
isi kandungan guru (PPIK) dan kefahaman konseptual pelajar dalam topik
Respirasi. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, 1(4), 251-
260. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shulman, L. S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform.
Harvard Education Review, 57(1), 1-22.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. 2009.
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk
Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia,
34(1), 131-153.
Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. 2007. Kesediaan Guru-guru Sejarah
Menerap Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Jurnal
Pendidikan, 32, 119-137.
Zalifah Zakaria. 2011. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru
Biologi Permulaan Dan Berpengalaman: Satu Kajian Kes. (Tesis Sarjana)
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
78
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
TAHAP PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MUZIKAL
DENGAN PRESTASI LATIHAN MENGAJAR PENDIDIKAN MUZIK
DALAM KALANGAN GURU-GURU PELATIH DI INSTITUSI
PERGURUAN DI SABAH
Soh Chin Kui
[email protected]
PENGENALAN
Sejak mulanya tamadun manusia, pendidik muzik telah bertungkus lumus
untuk menwujudkan satu falsafah yang komprehensif berkaitan dengan
profesionnya. Namun sehingga ke kini, kejayaan ini masih belum boleh
dianggap berjaya dengan sepenuhnya. Sesuatu pendidikan muzik yang baik
semestinya akan cuba untuk mencapai satu keseimbangan di antara
keperluan seseorang insan dan bidang yang dipelajarinya. Akan tetapi
secara realitinya keseimbangan ini masih di luar jangkauan.
Terdapat pendidikan muzik yang dilaksanakan memfokus kepada
pengetahuan muzik tanpa menitik berat kepada pengalaman muzikal. Ada
program pula yang memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar untuk
menghasilkan pengalaman muzikal tanpa menwujudkan peluang untuk
mereka mengetahui mengapa mereka membuat demikian.
“Precisely, music is not used for explicit
communications or for other evident survival
purposes but its continuing in human experience
constitutes a challenging puzzle. If we can explain
music, we may find the key for all of human thought
or in implying that failure to take music seriously
weakens any account of the human condition.”
Gardner (1983, p.123)
Menurut Teori Kecerdasan Manusia oleh Howard Gardner (1983),
mengatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya tujuh jenis
kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu. Kebanyakan sekolah memberi
penekanan kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja dan ini akan
menyebabkan kecerdasan lain yang tidak dihargai berkemungkinan akan
hilang. Teori beliau menegaskan bahawa manusia belajar melalui pelbagai
cara unruk mencapai kecemerlangan dan beliau menetapkan bahawa dalam
proses pembelajaran, seseorang pelajar mungkin menggunakan beberapa
jenis kecerdasan secara bergabungan. Beliau juga menerangkan bahawa
sekiranya satu jenis pendekatan sahaja digunakan, pelajar yang tertentu
sahaja akan memperolehi bahan pembelajaran yang hendak disampaikan.
79
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang selaras dengan peredaran
masa dan keperluan zaman. Pada tahun 1996, KDPM telah dilancarkan untuk
mempertingkatkan kualiti keguruan di Malaysia. Kurikulumnya juga dikemaskini
dan diubahsuai untuk meningkatkan keberkesanannya. Pelaksanaan kurikulum
ini bertujuan melahirkan generasi guru permulaan sekolah rendah yang
profesional, berketrampilan dan berakhlak mulia sesuai dengan tuntutan masa
dan peredaran zaman (BPG, 2001).
PENYATAAN MASALAH
Pelatih sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan teori dan praktikal
semasa melaksanakan kurikulum pendidikan muzik di sekolah
Tanggapan masyarakat bahawa pendidikan muzik merupakan satu mata
pelajaran sampingan kepada kurikulum
Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai
dalam pelakasanaan latihan mengajar di sekolah
Tempoh latihan pelatih dalam pengkhususan muzik masih tidak
mencukupi untuk pelaksanaan latihan mengajar di sekolah
Pencapaian guru-guru pelatih pengkhususan muzik dalam pengetahuan
dan kemahiran muzikal untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan muzik di sekolah
PERSOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dapat dikemukakan ialah;
Apakah tahap penguasaan pengetahuan muzikal guru-guru pelatih
pengkhususan muzik yang telah diperolehi setelah melalui program
KDPM di institut-institut perguruan di Sabah?
Apakah tahap penguasaan kemahiran muzikal guru-guru pelatih
pengkhususan muzik yang telah diperolehi setelah melalui program
KDPM di institut-institut perguruan di Sabah?
Adakah tahap prestasi latihan mengajar guru-guru pelatih pengkhususan
muzik yang telah diperolehi setelah melalui program KDPM di institut-
institut perguruan di Sabah?
Adakah wujud perhubungan yang signifikan dalam tahap penguasaan
pengetahuan muzikal dengan prestasi latihan mengajar di kalangan guru-
guru pelatih di institut-institut perguruan di Sabah?
Adakah wujud perhubungan yang signifikan dalam tahap penguasaan
kemahiran-kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar di
kalangan guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di Sabah?
KEPENTINGAN KAJIAN
Pengkaji berharap melalui kajian ini, ia dapat memberikan satu gambaran
yang menyeluruh tentang apakah tahap pencapaian pelatih-pelatih
pengkhususan muzik terutamanya dalam pengetahuan muzikal dan
80
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
kemahiran muzikal seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
Kebanyakan guru-guru pelatih tidak memahami bagaimana struktur
pendidikan muzik berfungsi kerana pendedahan ini tidak diajar secara
mendalam di institut. Sebaliknya guru-guru pelatih sangat mengharapkan
dapat melaksanakan apa-apa jua aktiviti muzikal di sekolah dengan
sebaiknya. Diharapkan dapatan-dapatan dan cadangan-cadangan dalam
kajian ini dapat memberi satu panduan kepada guru-guru pelatih untuk
memartabatkan profesion Pendidikan Muzik.
Dalam peringkat tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran muzikal,
pengkaji berharap ini akan dapat mengetahui pencapaian guru pelatih dan
perhubungannya dengan prestasi latihan mengajar mereka setelah
menghadapi alam perguruan dalam bidang muzik selama lima semester.
Pengkaji akan mengkaji tahap pencapaian guru-guru pelatih daripada segi
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang telah diperolehi setelah
menghabiskan program ini selama tiga tahun. Pengkaji juga akan
mendapatkan data-data tentang kemungkinan permasalahan yang akan
berlaku di sepanjang pelaksanaannya. Dapatan yang diperolehi nanti boleh
dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kualiti keguruan dalam bidang
ini.
Melalui gambaran ataupun maklumat yang dihasilkan, ia dapat membantu
pihak BPG, KPM untuk memperbaiki kelemahan dan menyediakan pelan
tindakan untuk menyusun semula strategi pelaksanaan pendidikan muzik
pada masa yang akan datang.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk;
Mengenalpasti tahap penguasaan pengetahuan muzikal guru-guru
pelatih pengkhususan muzik yang telah diperolehi setelah melalui
program KDPM di institut-institut perguruan di Sabah.
Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran muzikal guru-guru
pelatih pengkhususan muzik yang telah diperolehi setelah melalui
program KDPM di institut-institut perguruan di Sabah.
Mengenalpasti tahap prestasi latihan mengajar guru-guru pelatih
pengkhususan muzik yang telah diperolehi setelah melalui program
KDPM di institut-institut perguruan di Sabah.
Mengenalpasti perhubungan yang wujud dalam tahap penguasaan
pengetahuan muzikal dengan prestasi latihan mengajar di kalangan
guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di Sabah.
Mengenalpasti perhubungan yang wujud dalam tahap penguasaan
kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar di kalangan
guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di Sabah.
81
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan kepada persoalan kajian, pengkaji telah membentukkan 2 hipotesis
(H). Penyataan hipotesis dalam kajian ini adalah seperti berikut:
H1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan
pengetahuan muzikal dengan prestasi latihan mengajar di
kalangan guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di Sabah.
H2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan
kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar di kalangan
guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di Sabah.
SIGNIFIKAN KAJIAN
Pengkaji berharap melalui kajian ini, ia dapat menunjukkan satu gambaran yang
tepat mengenai tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran
muzikal yang telah diperolehi serta perhubungannya dengan latihan mengajar
setelah melalui program KDPM pengkhususan muzik di institut-institut perguruan
di Sabah. Melalui dapatan ini, pengkaji berharap ia dapat membantu pihak-pihak
yang terlibat mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin wujud dan
seterusnya dapat mengatasinya dalam menggubal program-program sedemikian
dengan lebih efisen pada masa yang akan datang.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada 72 orang guru-guru pelatih beropsyen muzik,
semester 6, yang terlibat secara langsung dalam program ini sebagai respoden
di Institut-Institut Perguruan Di Sabah yang merangkumi Institut Perguruan Gaya,
Institut Perguruan Kent, Institut Perguruan Keningau dan Institut Perguruan
Tawau. Kajian ini memfokuskan kepada tahap pencapaian guru-guru pelatih
dalam program KDPM dalam pegkhususan muzik sahaja.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang dihuraikan melalui data
parametrik. Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk kajian kuantitatif dan
kualitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik. Kaedah pemerhatian
merupakan satu kaedah pengumpulan data mengenai ciri situasi, keadaan,
individu atau kumpulan (Cates, 1985). Dalam buku Reka Bentuk Penyelidikan
oleh Sidek Mohd Noah (2002), Kerlinger menyatakan bahawa terdapat beberapa
kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran
pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Katergori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu
diperhatikan dan direkodkan.
Menurut Cates (1985), kaedah soal selidik mempunyai kelebihan dan
kelemahannya. Daripada aspek kelebihan, jika soal selidik dapat disediakan
dengan baik, ia dapat memberi maklumat yang konsisten dan boleh dipercayai.
Data-data yang diperolehi dapat diukur secara objektif dan dapat
digeneralisasikan kepada pihak-pihak yang berkenan.
Pengkaji telah mengendalikan soal selidik dengan mengedar sendiri kepada 3
buah institut iaitu Institut Perguruan Gaya, Institut Perguruan Kent dan Institut
82
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Perguruan Keningau. Pengkaji telah mengirimkan soalan-soalan soal selidik ke
Institut Perguruan Tawau dan telah dikendalikan oleh Ketua Unit Muzik di sana
kepada pelatih-pelatih pengkhususan muzik KDPM.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
pengetahuan muzikal dan tahap penguasaan kemahiran-kemahiran muzikal
guru-guru pelatih adalah berpandukan kepada spesifikasi dan prosedur
peperiksaan yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (Mac, 2005). Ini akan diperincikan satu persatu
pada bahagian yang seterusnya. Data yang diperolehi adalah secara ordinal di
mana pengkategorian gred telah disediakan.
Pengkaji juga telah menyediakan satu set instrumen kajian untuk mengetahui
persepsi guru-guru pelatih tentang tahap penguasaan pengetahuan muzikal dan
tahap penguasaan kemahiran muzikal. Data-data yang diperolehi akan
dihuraikan secara deskriptif. Soal selidik ini telah dibahagi kepada beberapa
bahagian. Data daripada responden dibahagi kepada Bahagian A dan Bahagian
B. Bahagian A merupakan maklumat demografi mengenai responden, gred
pencapaian terakhir dalam pengetahuan muzikal untuk mata pelajaran Muzik,
gred pencapaian terakhir dalam kemahiran muzikal untuk mata pelajaran Muzik
dan gred terakhir untuk Latihan Mengajar. Bahagian ini telah menggunakan
skala ordinal untuk mendapatkan maklumat. Soalan selidik dalam Bahagian B
adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik
bagi Kursus Diploma Perguruan Malaysia dengan menggunakan skala Likert
empat mata. Soal selidik ini telah disemak oleh penyelia untuk diperbaiki
sebelum ia diedarkan kepada responden yang berkenaan.
ANALISIS DATA
Data yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences versi 11.5 (SPSS version 11.5) bersesuaian
dengan objektif kajian dan untuk menjawab semua soalan kajian yang ternyata
dalam Bab 1. Analisis kajian memberi penekanan untuk mengenalpasti
perhubungan tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran muzikal dengan
latihan mengajar yang menggunakan skala ordinal untuk memperolehi maklumat
daripada responden. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah
seperti dalam Jadual 2 berikut:
Jadual 2: Analisis Data Yang Digunakan Dalam Kajian Ini
BIL PERSOALAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN
Apakah tahap penguasaan pengetahuan muzikal
1 guru-guru pelatih pengkhususan muzik yang telah Mean, frekuensi
diperolehi setelah melalui program KDPM di dan peratusan
institut-institut perguruan di Sabah?
83
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Apakah tahap penguasaan kemahiran muzikal
2 guru-guru pelatih pengkhususan muzik yang telah Mean, frekuensi
diperolehi setelah melalui program KDPM di dan peratusan
institut-institut perguruan di Sabah?
Adakah tahap prestasi latihan mengajar guru-
3 guru pelatih pengkhususan muzik yang telah Peratusan dan
diperolehi setelah melalui program KDPM di frekuensi
institut-institut perguruan di Sabah?
Adakah wujud perhubungan yang signifikan
4 dalam tahap penguasaan pengetahuan muzikal Kolerasi
dengan prestasi latihan mengajar di kalangan Spearmen‟s rho
guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di
Sabah?
Adakah wujud perhubungan yang signifikan
5 dalam tahap penguasaan kemahairan muzikal Kolerasi
dengan prestasi latihan mengajar di kalangan Spearmen‟s rho
guru-guru pelatih di institut-institut perguruan di
Sabah?
Dapatan Tahap Penguasaan Pengetahuan Muzikal Dalam Kalangan Guru
Pelatih
Tahap penguasaan pengetahuan muzikal di kalangan guru pelatih menunjukkan
peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 42.3% atau 22 orang guru pelatih, yang
mendapat markah di antara 70% - 74.9% yang menunjukkan gred B. Sebanyak
3.8% atau 2 orang guru pelatih telah berjaya mendapat A-, iaitu peratusan di
antara 80% - 89.9%. Sementara itu, peratusan yang kedua tinggi ialah sebanyak
28.8% atau 15 orang guru pelatih telah mendapat peratusan di antara 75% -
79.9% iaitu gred B+. Seterusnya sebanyak 5.8% atau 3 orang guru pelatih telah
mendapat gred B-, sebanyak 7.7% atau 4 orang guru pelatih mendapat gred C+.
Sebanyak 5.8% atau 3 orang guru pelatih telah mendapat gred C dan akhir
sekali sebanyak 5.8% atau 3 orang guru pelatih telah mendapat D+.
Dapatan Tahap Penguasaan Kemahiran Muzikal Dalam Kalangan Guru
Pelatih
Dapatan tahap penguasaan kemahiran muzikal di kalangan guru pelatih adalah
seperti berikut. Peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 57.7% atau 30 orang
guru pelatih mendapat markah di antara 75% - 79.9%, iaitu gred B+. Sebanyak
15.4% atau 8 orang guru pelatih telah berjaya mendapat A-, iaitu peratusan di
antara 80% - 89.9%. Sementara itu, peratusan yang kedua tinggi ialah sebanyak
17.3% atau 9 orang guru pelatih, telah mendapat peratusan di antara 70% -
74.9% (Gred B). Seterusnya sebanyak 7.7% atau 4 orang guru pelatih telah
mendapat gred B- dan sebanyak 1.9%, iaitu seorang guru pelaith mendapat gred
C+.
84
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Dapatan Tahap Prestasi Latihan Mengajar Dalam Kalangan Guru Pelatih
Data yang dianalisa telah menunjukkan bahawa sebanyak 44.2% daripada guru
pelatih telah mendapat gred B untuk latihan mengajar. Ini menunjukkan
sebilangan besar daripada responden iaitu seramai 23 orang guru pelatih telah
mendapat gred ini.
Seterusnya seramai 18 orang guru pelatih, iaitu 34.6% telah mendapat gred B+
untuk Latihan Mengajar. Bilangan yang ketiga besar ialah 11.5% atau 6 orang
guru pelatih telah mendapat gred B-. Untuk gred A-, sebanyak 7.7% daripada
responden atau 4 orang guru pelatih telah mendapat gred ini. Akhir sekali,
hanya seorang sahaja daripada responden telah mendapat gred A atau 1.9%.
Dapatan Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Muzikal Dengan Prestasi
Latihan Mengajar Dalam Kalangan Guru Pelatih
Data menunjukkan hubungan antara tahap pengetahuan muzikal dengan
prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru pelatih dengan menggunakan
kaedah korelasi Spearmen‟s rho dua hala pada aras = 0.01.
Ia menunjukkan bahawa hipotesis null (H1) ditolak kerana wujudnya
perhubungan yang signifikan di antara penguasaan pengetahuan muzikal
dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru pelatih. Hasil analisis
yang dijalankan menunjukkan hubungan yang signifikan di antara penguasaan
pengetahuan muzikal dengan prestasi latihan mengajar pada aras yang
sederhana iaitu rs = 0.66. Menurut Mohamad Najib (1999), nilai kolerasi dalam
lingkungan 0.40 hingga 0.69 boleh ditafsirkan sebagai kolerasi yang sederhana.
Dapatan Hubungan Tahap Kemahiran Muzikal Dengan Latihan Mengajar
Dalam Kalangan Guru Pelatih
Data menunjukkan hubungan antara tahap kemahiran muzikal dengan prestasi
latihan mengajar dalam kalangan guru pelatih dengan menggunakan kaedah
korelasi Spearmen‟s rho dua hala pada aras = 0.01.
Dapatan juga menunjukkan bahawa hipotesis null (H2) ditolak kerana wujudnya
perhubungan yang signifikan di antara penguasaan kemahiran muzikal dengan
prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru pelatih. Hasil analisis yang
dijalankan menunjukkan hubungan yang signifikan di antara penguasaan
pengetahuan muzikal dengan prestasi latihan mengajar pada aras yang
sederhana iaitu rs = 0.65. Menurut Mohamad Najib (1999), nilai kolerasi dalam
lingkungan 0.40 hingga 0.69 boleh ditafsirkan sebagai kolerasi yang sederhana.
Rumusan Dan Cadangan
Rumusan yang didapati daripada kajian menunjukkan tahap penguasaan
pengetahuan muzikal dan kemahiran muzikal dalam kalangan guru-guru pelatih
adalah pada tahap yang sederhana. Kajian ini juga mendapati bahawa
pencapaian prestasi latihan mengajar guru-guru pelatih pendidikan muzik di
institut-institut perguruan di Sabah adalah pada tahap yang sederhana. Kajian
85
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
ini juga menunjukkan bahawa terdapatnya perhubungan yang signifikan di antara
penguasaan pengetahuan dan kemahiran muzikal dengan prestasi latihan
mengajar di institut-institut perguruan di Sabah.
Melalui respon yang diperolehi melalui guru-guru pelatih, mereka telah
menyatakan salah satu sebab adalah bahawa buku-buku rujukan khususnya
mata pelajaran muzik amatlah jarang apatah lagi dalam versi Bahasa Melayu
dan ini telah menyukarkan mereka untuk membuat rujukan. Oleh kerana ini,
mereka terpaksa mencari sumber maklumat di tempat yang lain seperti laman
web, institusi-institusi yang lain dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakkan
sumber daripada internet adalah dalam Bahasa Inggeris, mereka mengalami
kesukaran untuk memahaminya, apatah lagi untuk mengupas maklumat-
maklumat daripadanya.
Sehubungan dengan itu, pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji ke atas
pusat sumber di beberapa institut di Sabah, juga mendapati bahawa buku-buku
rujukan pendidikan muzik yang terdapat dalam pusat sumber amatlah
mengecewakan. Melalui perbualan secara tidak formal dengan pegawai
perpustakaan, pengkaji mendapati bahawa buku-buku rujukan pendidikan muzik
tidak dapat disediakan kerana kekurangan sumber kewangan dan keutamaan
biasanya diberikan kepada mata pelajaran yang dianggap lebih penting seperti
Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya. Persepsi sebegini amatlah
mengecewakan dan pengkaji berharap kesedaran pentingnya mata pelajaran
muzik haruslah dipertingkatkan.
Sebagai satu pusat yang melatih guru-guru pelatih pihak pengurusan haruslah
menyedari bahawa pusat sumber haruslah menjadi satu pusat yang dilengkapi
dengan pelbagai sumber maklumat yang terkini untuk kepuasan pelanggan.
Dapatan kajian oleh Abeles et. al. (1982), menunjukkan bahawa sebahagian
besar pendidik-pendidik muzik mempunyai perasaan negatif terhadap profesion
sebagai pendidik muzik kerana mata pelajaran Muzik selalu dianggap sebagai
satu subjek sampingan kepada kurikulum. Pemikiran bahawa subjek muzik
adalah subjek yang kurang penting oleh pendidik-pendidik muzik dan pihak
pentadbir haruslah dikikis kerana ini adalah tidak benar sama sekali.
Pihak pengurusan menyedari hakikatnya bahawa untuk melengkapi sesebuah
pusat sumber yang serba moden dan terkini ia memerlukan perbelanjaan yang
sangat tinggi dan ini mungkin merupakan salah satu sebab yang menjadi
hindaran. Walau bagaimanapun pengkaji berharap perkara ini dapat
diselesaikan secara peringkat demi peringkat di mana tidak semestinya pihak
pengurusan yang tertinggi melengkapi pusat sumber sekali gus tetapi ia boleh
dilengkapi secara langkah demi langkah. Contohnya, untuk peruntukkan yang
diberi oleh pusat kerajaan, mungkin 10% atau 20% dikhaskan untuk pembelian
kelengkapan pusat sumber. Pengkaji percaya pada masa-masa yang akan
datang jika ini diamalkan, pusat sumber akan menjadi satu gedung maklumat
yang serba lengkap dan moden.
86
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Begitu juga dengan penyediaan kelengkapan peralatan-peralatan muzik untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Sememangnya peralatan-peralatan telah
disediakan oleh pihak pengurusan akan tetapi menurut respon guru pelatih
peralatan-peralatan ini sebahagian besarnya telah lama dan selalu mengalami
kerosakan contohnya piano, gitar, radio, sistem P.A. dan sebagainya. Ini telah
menjadi satu sebab mengapa sesetengah sesi pengajaran dan pembelajaran
muzik tidak dapat berjalan dengan lancar. Akibat daripada itu, objektif
pengajaran dan pembelajaran kadang-kadang tidak dapat dicapai dengan
sepenuhnya.
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap perkara ini dan mendapati
bahawa ia adalah benar. Contohnya piano yang sumbang telah menyebabkan
kelas nyanyian tidak dapat dijalankan dengan lancar. Melalui rekod pengurusan
yang telah diperolehi, sememangnya pihak pengurusan telah berikthiar untuk
mengatasi masalah-masalah ini seperti menghantar peralatan-peralatan ini untuk
diperbaiki namun selepas tidak lama diperbaiki ia kembali kepada masalah yang
sama. Ini mungkin disebabkan peralatan-peralatan ini telah usang dan ia harus
diganti dengan peralatan-peralatan yang baru dan ini menglibatkan kewangan
sekali lagi di mana peruntukkan kewangan juga merupakan satu masalah yang
serius.
Pihak yang berkenaan harus memberi keutamaan kepada projek-projek
pengajaran-pembelajaran pendidikan muzik supaya guru-guru pelatih mendapat
proses pembelajaran yang lebih berkesan serta perlu mempertingkatkan kualiti
kemudahan-kemudahan seperti buku-buku rujukan, alat-alat teknologi dan
peralatan-peralatan muzik supaya pelaksanaan proses pengajaran-pembelajaran
program ini dapat dijalankan dengan lebih efektif dan sempurna.
Pada pendapat pengkaji, masalah ini juga boleh diatasi secara peringkat demi
peringkat. Selain daripada menunggu sumber kewangan daripada pihak
kerajaan, pihak-pihak yang terlibat boleh mengikhtiarkan sumber-sumber
kewangan yang lain seperti sumbangan daripada komuniti, road-show, penjualan
tiket persembahan dan sebagainya.
Selain daripada itu, salah satu sebab yang lain mengapa berlakunya fenomena
sebegini adalah disebabkan oleh majoriti guru pelatih ini tidak mempunyai
kelayakan bersijil dalam muzik. Kelayakkan penerimaan guru-guru pelatih
pendidikan muzik harus diperketatkan. Pengkaji mencadangkan bahawa salah
satu kriteria pemilihan calon-calon guru ke profesion perguruan dalam bidang
muzik ialah memastikan calon-calon ini mempunyai kelayakan bersijil dalam
muzik seperti Associated Board Royal School of Music (ABRSM) atau Australian
Guild Music and Speech (AGMS), iaitu sekurang-kurangnya dalam pengetahuan
bahasa muzik dalam Gred 5. Jika tidak, guru-guru pelatih ini sekurang-
kurangnya harus memiliki sijil pendidikan muzik dalam Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR) kerana ini dapat memberikan satu asas yang diperlukan semasa
menjalankan latihan keguruan di institut-institut. Tanpa pengetahuan asas ini,
87
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
guru-guru pelatih akan berasa susah untuk mengikuti program pendidikan muzik
yang disediakan dalam sukatan pendidikan muzik. Lama kelamaan, guru-guru
pelatih ini akan ketinggalan dan kemungkinan tercicir daripada program latihan
pendidikan muzik ini.
Sikap juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pembelajaran mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, guru-guru pelatih
mempunyai sikap pembelajaran yang berbeza-beza, ada yang menunjukkan
kesungguhan sementara ada yang kurang berdedikasi. Pemerhatian pengkaji
secara tidak langsung dapat mengesahkan kenyataan ini di mana memang
terdapat segelintir pelatih yang tidak menunjukkan sikap kesungguhan terhadap
proses pembelajaran. Ini boleh dilihat di mana sesetengah guru pelatih tidak
membawa kibod untuk setiap interaksi permainan kibod. Didapati juga ada guru
pelatih yang tidak melatih permainan kibod dan permainan rekoder kerana sikap
malas.
Memandangkan kemahiran menguasai peralatan muzik ini memerlukan banyak
latihan, sikap malas sedemikian pastinya akan mecemarkan program latihan
pendidikan muzik di institut. Oleh yang demikian, pihak kementerian hendaklah
memastikan pengambilan guru-guru pelatih untuk program latihan muzik sebagai
mata pelajaran pengkhususan betul-betul berminat dan berkelayakan sebelum
diterima masuk sebagai guru pelatih. Ini sekurang-kurangnya dapat menjamin
prestasi pencapaian produk yang akan dihasilkan setelah tamatnya tiga tahun
belajar di institut-institut.
Salah satu sebab yang dinyatakan oleh responden adalah masa interaksi bagi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik adalah tidak mencukupi.
Mereka berpendapat sedemikian adalah kerana guru pelatih ini mempunyai
komitmen dalam pelbagai aktiviti selain daripada aktiviti muzik yang dijalankan di
institut. Ini juga mungkin menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk meningkatkan penguasaan kemahiran muzik mereka. Pihak
pengurusan harus sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran sukatan
pendidikan muzik merupakan core business untuk semua institut. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum merupakan aktiviti sampingan sahaja.
Jika aktiviti-aktiviti ini mesti dilaksanakan, pengkaji mencadangkan bahawa kelas
gantian untuk pengajaran dan pembelajaran muzik hendaklah dilaksanakan.
Jika tidak, guru-guru pelatih akan kerugian dalam penimbaan ilmu pendidikan
muzik apabila sukatan pendidikan muzik tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah muzik yang tidak dapat
memasuki kelas kerana bertugas rasmi di luar, kelas yang ditinggalkan
hendaklah diganti. Pihak pengurusan juga hendaklah memainkan peranan untuk
memastikan bahawa kelas-kelas yang ditinggalkan telah diganti melalui
pemantauan yang kerap. Tindakan tatatertib hendaklah dikenakan untuk mana-
mana pihak yang mengingkari arahan ini.
88
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Walau bagaimanapun, majoriti daripada guru-guru pelatih ini mempunyai
keyakinan mengajar Pendidikan Muzik di sekolah rendah nanti, dan juga
mempunyai pandangan yang positif terhadap diri sendiri, iaitu boleh menjadi
seorang guru muzik yang berkaliber. Ini mungkin disebabkan mereka ini masih
muda iaitu berumur di antara 20 – 28 tahun. Mereka yakin bahawa mereka
mempunyai banyak peluang untuk meningkatkan diri dalam seni muzik. Mereka
boleh mendapat pengalaman melalui pengajaran mereka di sekolah nanti, di
samping meningkatkan kemahiran permainan alat muzik.
Selain daripada itu, dalam era yang kian maju, terdapat banyak program-
program ijazah sarjana muda dalam pendidikan muzik yang telah ditawarkan
oleh universiti tempatan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Malaysia Sabah (UMS) dan banyak lagi. Selain daripada ini, terdapat juga
institusi swasta seperti ABRSM dan AGMS yang juga menawarkan kursus-
kursus muzik. Peluang-peluang ini terbuka luas untuk sesiapa yang berminat,
cuma yang perlu adalah mengorakkan langkah yang pertama sahaja.
BIBLIOGRAFI
Abeles, H. F., Hoffer, C. R. & Klotman, R. H. (1994). Foundations of Music
Education. 2nd. ed. New York : Schirmer Books.
Acra-Brache, Susana (2004). Toward A Contemporary Vision Of Music
Education In The Dominican Republic. A thesis submitted in partial
fulfillment of the requirements for the degree of Doctor of Philosophy,
Temple University Graduate Board. Retrieved from the World Wide
Web at http://wwwlib.umi.com.dc.oum.edu.my/dissertations/preview on
1.10.2006.
Asmus, E. (2000). Foundation Competencies For Music Teachers. Journal of
Music Teacher Education, 9:2, 5 – 6.
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Kursus Diploma Perguruan Malaysia :
Pengajian Muzik(Major). Sukatan Pelajaran. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bruner, J.S. (1996). The Culture of Education. Cambridge, Massachusetts:
The Harvard University Press.
Cates, W. M. (1985). A Practical Guide To Educational Research. Englewood
Cliffs, New Jersey : Prentice Hall, Inc.
Catterall, et.al (1999). Involvement in the Arts and Human Development:
General Involvement in Music and Theater Arts. Los Angeles,
89
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
California. Retrieved from the World Wide Web at
http://www.menc.org/information on 16.1.2006
Chen, Chi-Der (2000). Constructivism In General Music Education: A Music
Teacher‟s Lived Experience. A thesis submitted in partial fulfillment of
the requirements For the degree of Doctor of Philosophy in Education,
University of Illinois. Retrieved from the World Wide Web at
http://wwwlib.umi.com.dc.oum.edu.my on 1.10.2006.
Costa-Giomi, E. (1998). The McGill Piano Project: Effects of three years of
piano instruction on children‟s cognitive abilities, academic
achievement and self-esteem. Paper presented at the meeting of the
Music Educators National Conference, Pheonix, AZ. Retrieved from
the World Wide Web at http://www.menc.org/information on 16.1.2006.
Durrant, C. & Welch, G. (1995). Making Sense Of Music : Foundations For
Music Education. London : Cassell
Elliott, D. J. (1995). Music Matters : A New Philosophy Of Music Education.
New York: Oxford University Press.
Gardner, H. (1983). Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligences.
New York: Basic Books, Pg. 123
Gawlick, Barbara S. (2003). Early Childhood Music Education In Four
Preschool Settings: The Influence Of Classroom Musical Environment
Music Instruction And Home Musical Environment, Music Instruction
And Home Musical Environment On Young Children‟s Developmental
Music Aptitude And Music Performance Competence. Submitted in
partial fulfillment of the requirements for the Degree of Doctor of
Musical Arts in Music Education. New England Conservatory of Music
Boston. Retrieved from the World Wide Web from
http:www.lib.umi.com.dc.oum.edu.my
on 10.1.2006.
Gravetter, F.J. & Wallnau L.B. (2000). Statistics for the Behavioral Sciences.
5th ed. Wadsworth, United States of America.
Graziano, et.al. (1999). Enhanced Learning Of Proportional Math Through
Music Traning And Spatial-Temporal Training. Neurological Research
21, March 1999. U.S.A. Retrieved from the World Wide Web at
http://www.menc.org/information on 16.1.2006
Halidah bt. Md. Yunus. (1998). Aspects of Profesional Support on Teachers‟
Commitment to the Teaching Profession. Unpublished Master‟s
Thesis, International Islamic Universiti.
90
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Hamann, D.L. & Walker, L.M. (1993). Music Teachers As Role Models For
African- American students. Journal of Research in Music Education,
41.
Retrieved from the World Wide Web at
http://www.menc.org/information
on 16.1.2006
Henley, B.A. (1987). Educators‟ Attitudes To Philosophies Of Music
Education. Doctoral dissertation, University of Minnestosa.
Johaimi Abdullah. (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kacanek, H.S. (1982). A Descriptive Analysis Of Wisconsin Music Educator‟s
Agreement With Bennett Reimer‟s A Philosophy Of Music Education.
Doctoral dissertation, University of Kansas.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Bahagian Perancangan dan
Penyellidikan Dasar: Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Muzik Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: BPPDP. Retrieved from the
World Wide Web at http://www.apps2.emoe.gov.my/tayang.php on
16.1.2006
Konrad, R.R. (2000). Empathy, Arts and Social Studies. Dissertation Abs:
Human and Social Science, 60. Pg. 2352 Krejcie & Morgan (1970).
Determining Sample Size for Research Educational and Psychological
Measurement. Pg. 607-610
Langer, S. (1957). Philosophy In A New Key. Cambridge, MA : Harvard
University Press.
Legette, R. M. (1999). The Role Of University Music Educators As Perceived
By Public School Music Teachers. Journal of Music Teacher
Education, 8:2, 21.
Mackeachie, W.J. (1995). Learning Styles Can Become Learning Strategies.
NTLF, Vol. 4, No. 6
Mah Kok Heng et. al. (2003). Perceptions of Mus.Ed.‟02: Participants Towards
Music Education in Malaysia. Kertas Kerja yang dibentang di
Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2003 di Shah Alam, Selangor
pada 4 – 6 Ogos 2003.
Mohd Hassan Hj. Abdullah (2005). Should Muslims Sing? Adapting The
Music Curriculum To Muslim Sensibilities. Kertas Kerja yang dibentang
91
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
di Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 di UPSI, Perak pada
28 – 30 November 2005.
Mubin Md. Nor (2005). Pendidikan Muzik Dalam Penyuburan Perpaduan
Kaum Di Malaysia. Kertas Kerja yang dibentang di Persidangan
Pendidikan Muzik Malaysia 2005 di UPSI, Perak pada 28 – 30
November 2005.
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik
Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia
Norhayati Bt. Hj. Ahmad Zakaria & Boon J. F. (2001). Penerapan Unsur Muzik
Dalam Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Di Kalangan Guru Permulaan
Lepasan KDPM Bukan Pengkhususan Pendidikan Muzik. Jurnal IPDA
Bil. 8 Tahun 2001, 49-66.
Persellin, D. (1999). Research on Music Teaching and Learning During
Elementary Scholl Years. International Foundation For Music
Research. Pg. 1-4
Rahman b. Ahmad et. al. (1992). Teachers in Rural Schools: The “Extra”
They Need in Teacher Education in an Era of Global Change. P.90
Arlington, VA: International Council on Education for Teaching
(Malaysia).
Rainbow, E. L. & Froehlich, H. C. (1987). Research In Music Education. New
York: Schirmer Books.
Ramona Mohd. Tahir & Ghaziah Mohd. Ghazali. (2003). Music Teacher
Training Progrms In Malaysia: Snapshots And Reflections Of The
Current Scenario. Kertas Kerja yang dibentang di Persidangan
Pendidikan Muzik Malaysia 2003 di Shah Alam, Selangor pada 4 – 6
Ogos 2003.
Ratey, J.J (2001). A User‟s Guide to the Brain. New York: Pantheon Books.
Retrieved from the World Wide Web at
http://www.menc.org/information on 16.1.2006.
Reimer, B. (2003). A Philosophy of Music Education : Advancing the vision.
3rd. ed. New Jersey: Pearson Education, Inc.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori Dan
Praktis: Sebuah Buku Mesra Pengguna. Serdang: Penerbitan Universiti
Putra Malaysia.
Stitt-Gohdes, W.L. (2001). Developing Teaching Skills In Physical Education.
92
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
Palo Alto, CA: Mayfield.
Stufflebeam, D. L. & Shrikfield, A. J. (1985). Systematic correlation : a self-
instructional guide to theory and practice. Boston : Kluwer-Nijhoff
Publishing.
Tan Poh Keun. (1992). Satu tinjauan minat, persepsi kebolehan dan
pencapaian guru pelatih KPA/PSR (muzik). Tidak diterbitkan.
Teachout, D. J. (1997). Preservice and experienced teachers‟ opinions of skills
and behaviors important to successful music teaching. Journal of
Research in Music Education, 45, 45 – 50.
Verrastro, R.E. and Leglar, M. (1992). Music Teacher Education. In Colwell,
R. (Ed.) Handbook of Research on Music Teaching and Learning: A
Project of the Music Educators National Conference. New York:
Schirmer Books.
Wong, Marina Wai-yee (1999). Elementary teacher‟s exspressed beliefs and
observed practices of music education in Vancouver and Hong Kong.
A thesis submitted in partial fulfillment of the requirements for the
Degree of Doctor of Philosophy. The Universiti of British Columbia.
Retrieved from the World Wide Web at
http://wwwlib.umi.de.oum.edu.my/dissertations/preview_all/NQ46451
on 1.10.06
Zalina bt. Ahmad Zainuddin. (2001). Kajian Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2001 di Hotel
Primula Parkroyal, Kuala Terengganu dari 22-25 Oktober 2005 anjuran
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
93
Jurnal Sains Sosial 2020 IPG Kampus Kent
PERKEMBANGAN KREATIVITI LUKISAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH:
SATU PEMERHATIAN ANALITIS
Ainin Sofiya Mohd Hadi
Dr. Mohd Sawari Rahim
Suzana binti Fadzil
[email protected]
ABSTRAK
Kertas ini membincangkan tentang perkembangan kanak-kanak menerusi aktiviti
membuat lukisan sebagai peluahan ekspresi, pengalaman, kreativiti, kecerdasan
dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan mereka. Elemen ekspresi cuba
diluahkan menerusi perasaan negatif seperti marah, benci atau bosan dan
perasaan positif seperti riang, seronok dan sebagainya. Manakala elemen
pengalaman, ingatan kanak-kanak tertumpu kepada pemikiran dan tingkah laku
berdasarkan peristiwa yang dialami samada gambaran visual melalui pandangan
secara langsung atau ilusi seperti televisyen, skrin telefon dan lain-lain. Elemen
kreativiti memperlihatkan penghasilan karya dari segi mesej dan gaya
pengolahannya dalam lukisan. Kecerdasan visual-spatial adalah merujuk kepada
kecerdasan dalam ruang, membentuk corak, warna, mencipta dan membina
gambaran mental serta dapat mengamati dunia visual. Terdapat banyak faktor-
faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak seperti persekitaran, guru,
proses PdP, minat dan bahan yang dapat menentukan kualiti perkembangan
kanak-kanak dalam kehidupan. Justeru, lukisan kanak-kanak merupakan bentuk
komunikasi awal yang kreatif, menyeronokkan dan memberi pengalaman baru
kepada mereka. Brown (1980) menyatakan kita dapat memerhatikan kanak-
kanak melukis dengan keupayaan pengamatan dan pengetahuan baru tentang
objek dan imej-imej tampak di sekeliling mereka. Aktiviti begini mampu
meningkatkan kualiti pengetahuan mereka terhadap alam sekeliling yang dapat
mengembangkan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik kanak-kanak.
PENGENALAN
Kanak-kanak boleh ditafsirkan sebagai kumpulan anak-anak kecil lelaki dan
perempuan yang berumur tidak melebihi tujuh tahun. Pada peringkat awal ini,
mereka terlebih dahulu pandai melukis daripada belajar membaca atau menulis.
Ini bermakna, kanak-kanak lebih cenderung dan tertarik dengan lukisan bagi
menyalurkan komunikasi dengan pernyataan pengalaman dan emosinya dalam
bentuk lukisan. Kecenderungan dan keghairahan mereka menconteng dan
melakar di mana-mana sahaja permukaan adalah tindakan semulajadi dari minat
dan keseronokan mereka. Keghairahan ini disebabkan rangsangan terhadap
tindakan biologi tumbesaran kanak-kanak serta proses perkembangan mentaliti
ke arah kematangan psikomotor. Ia selaras dengan penjelasan Howard Gardner
(1983) bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak bergerak seiring dengan
perkembangan artistik mereka.
94