The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Migrasi Dusun di Sabahprint

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-08-16 03:52:00

Sejarah Migrasi Dusun di Sabah

Sejarah Migrasi Dusun di Sabahprint

Keywords: Sejarah Sabah,Migrasi Dusun,Borneo

1

SEJARAH MIGRASI DUSUN DI SABAH
© Saimin Ginsari, 2022

Hak Cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada
terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik,
gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran

bertulis daripada penerbit
ISBN: 978-967-0981-78-9

Penerbit:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

89207 Tuaran Sabah

i

ii

Menulis sejarah komuniti Dusun sebelum abad ke 18
bukanlah perkara yang mudah kerana kekurangan sumber
bertulis. Boleh dikatakan tidak ada satu catatan daripada
kaum Dusun sendiri yang ditemui kerana komuniti ini tidak
mempunyai tulisan, atau tidak ada individu dalam kalangan
komuniti ini yang mempunyai kepakaran dalam penulisan.

Oleh yang demikian, maklumat berkenaan sejarah
migrasi Dusun di Sabah hanya boleh diperolehi daripada
catatan beberapa kerajaan awal di Borneo, seperti kerajaan
Brunei yang sudah menjalankan aktiviti penulisan sekitar
abad ke 15. Selain catatan kerajaan Brunei, catatan pedagang-
pedagang daripada China juga banyak membantu menjelaskan
gambaran migrasi dan petempatan komuniti Dusun di Sabah
mengikut kronologi.

Bagaimanapun, maklumat sejarah petempatan
komuniti ini tidak dapat dilakukan secara terperinci kerana
kekangan sumber. Selain hanya bergantung kepada sumber
lisan dan cerita rakyat, penggunaan unsur mitos dalam sumber
cerita rakyat menyebabkan amat sukar untuk menulis
mengikut disiplin sejarah. Sebagai jalan penyelesaian, sumber
lisan dan cerita rakyat ini diambil dan ditafsir bersama-sama
dengan sumber atau dokumen-dokumen bertulis yang ada.
Hanya dengan kaedah penulisan sebegini saja akan
membolehkan penulisan ini menjadi lebih objektiviti; atau
sekurang-kurangnya boleh membuka jalan kepada penulis-
penulis sejarah lain untuk menambah sumber bertulis supaya
maklumat diperolehi memberitahu apa sebenarnya yang

iii

berlaku dengan tepat. Jika tidak, penulisan mengenai
perkembangan di petempatan terbesar komuniti Dusun di
Nunuk Ragang hanya berbentuk sastera sejarah.

Bagi menjadikan buku ini sesuai dengan penulisan
disiplin sejarah, beberapa perkara telah diambilkira, iaitu
penulis cuba sedaya upaya untuk mengelakkan maklumat
yang boleh menyebabkan berlakunya ‘salah-tafsiran’. Jika
berlaku, diharapkan ada penulisan baru yang telah menemui
dokumen atau sumber baharu untuk membetulkan kekeliruan
tersebut.

Buku ini sangat sesuai untuk masyarakat Dusun
khususnya generasi baru yang belum mengetahui sejarah
migrasi Dusun di Borneo. Diharapkan penulisan ini memberi
manfaat kepada peminat sejarah Sabah.

Sekian Terima kasih

Dr Saimin Ginsari
Kiulu, Tamparuli Sabah
Disember 2021

iv

Dedikasi
Kounsikahan kumaa di koruhang, Eravinna Lacius Yusok om
tangaanak - Shandy Ferryna, Santheo Fernal, Shaydern
Farrel, Sazelle Feylanesra om Shelton Fernando.

“The only true wisdom is in knowing you know nothing”

v

Bab Muka surat

PENDAHULUAN 4-7
8-12
Bab Satu 12-17
DUSUN DI PULAU BORNEO
18-19
Istilah Dusun 19-22
Asal-usul Dusun 22-24
Sejarah Migrasi Komuniti Dusun 24-32

Bab Dua
KERAJAAN BRUNEI DAN PENGARUH
CHINA DI BORNEO

Kerajaan Brunei Kuno

Kemunculan Empayar Brunei

Pengaruh Kebudayaan China dalam Komuniti
Dusun
Ong Sum Ping dan Peranannya di Borneo

Bab Tiga 35-39
NUNUK RAGANG: PETEMPATAN 39-42
TERBESAR KOMUNITI DUSUN

Teori Migrasi Dusun ke Nunuk Ragang

Kemunculan Komuniti Dusun di Nunuk Ragang
Abad ke 15

vi

Perkembangan Komuniti Dusun di Nunuk 42-45
Ragang Abad ke 16 - 17 45-55

Kemerosotan Petempatan Dusun di Nunuk
Ragang

Bab Empat 62-65
MIGRASI KELUAR KOMUNITI DUSUN 65-80
DARI NUNUK RAGANG
80-82
Kehidupan Berpuak-puak dan Migrasi Keluar dari 82-84
Nunuk Ragang
86
Migrasi Keluar Komuniti Dusun 88-106
Puak Rungus
Puak Tanggara
Puak Tagahas
Puak Liwan dan Tuhawon
Puak Tompizos dan Minokok
Puak Tinagas
Puak Talantang
Puak Mangkaak
Puak Rumanau

Kehidupan Komuniti Dusun Selepas Bermigrasi

Amalan ‘Misangod’ dan ‘Mangayau’

RUMUSAN

BIBLIOGRAFI

vii

PENDAHULUAN

Sejarah migrasi Dusun di Pulau Borneo melalui
beberapa fasa. Fasa pertama dipercayai bermula sebelum
masihi (s.m). Pada masa itu berlaku migrasi daripada
penduduk ras Mongolid di serata tempat dan membuat
petempatan di Benua Sunda termasuk kawasan Borneo.
Dipercayai salah satu kumpulan manusia yang bermigrasi ini
adalah leluhur komuniti Dusun.

Selepas tahun masihi, komuniti ini berpindah
daripada petempatan-petempatan seperti di gua ke kawasan
pesisir pantai di sepanjang pantai Borneo. Walaupun
majoritinya bermigrasi ke kawasan pesisir pantai, tetapi
dipercayai juga sebilangan kecil bermigrasi ke kawasan lain
termasuk pedalaman Kalimantan, Sarawak dan Brunei.
Beberapa petempatan terawal komuniti ini terletak di
sepanjang pantai di Miri dan Baram di Sarawak serta Belait
dan Tutong, di Brunei.

Selepas mendirikan petempatan di pesisir pantai,
sekali lagi komuniti ini bermigrasi ke utara Borneo.
Sebilangan kecil telah bermigrasi sehingga ke kepulauan
Filipina. Migrasi kedua ini disebabkan kekacauan dan ketidak
harmonian di petempatan mereka di pesisir pantai. Migrasi
fasa kedua ini mewujudkan beberapa petempatan baru di
Borneo Utara (atau Sabah). Tetapi petempatan terbesar
komuniti Dusun adalah di Nunuk Ragang, satu petempatan
berhampiran sempadan Ranau-Telupid pada hari ini.
Bagaimanapun, petempatan ini tidak kekal lama dan runtuh
pada pertengahan awal abad ke 18. Dipercayai faktor utama
keruntuhan adalah kerana kepadatan penduduk sehingga
menimbulkan pelbagai masalah-masalah lain.

Akhirnya, berlaku migrasi komuniti Dusun fasa
ketiga yang bermula pada tahun 1743. Migrasi ini menarik

1

kerana walaupun dilihat sebagai satu zaman kemerosotan
perabadan komuniti Dusun, tetapi migrasi ini telah
menyebabkan mereka menguasai sebahagian besar tanah di
kawasan pedalaman Sabah.

Selain sejarah migrasi komuniti Dusun, perkara
penting yang harus diambil kira untuk melihat perkembangan
migrasi, adalah pengaruh kuasa luar ke atas komuniti Dusun.
Selain pengaruh empayar Brunei, kebudayaan China yang
dibawa oleh pedagang-pedagang China juga banyak
mempengaruhi komuniti Dusun. Ini khususnya peranan yang
dimainkan oleh pedagang-pedagang yang menjelajah
sehingga ke kawasan pedalaman Sabah untuk mencari sumber
seperti hasil hutan dan intan untuk dibawa dan didagang di
Tanah Besar China.

Sejarah migrasi Dusun di Sabah sedikit sebanyak
menjelaskan bentuk budaya dan pemikiran komuniti Dusun di
Sabah. Dalam ertikata yang lain, budaya yang boleh dilihat
dalam komuniti ini adalah keinginan mereka untuk hidup
harmoni tanpa peperangan. Sebab itulah punca utama migrasi
fasa pertama, kedua dan ketiga. Mereka keluar daripada
ketidakharmonian di petempatan yang diduduki dan mencari
petempatan yang lebih aman. Bagaimanapun, migrasi fasa
ketiga telah menyebabkan komuniti Dusun hidup dalam
budaya berpuak-puak. Kehidupan berpuak-puak telah
memberi mereka gambaran yang tidak baik apabila amalan
pemburuan kepala menjadi keutamaan dalam hubungan antara
satu puak dengan puak yang lain.

Kedatangan British dan pentadbiran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) telah menyatukan semula
puak-puak Dusun dalam satu kaum dibawah nama ‘Dusun’.
Bagaimanapun, sifat berpuak-puak ini masih dibawa sehingga
hari ini apabila beberapa komuniti dalam kumpulan ini tidak
mahu dinamakan dalam rumpun Dusunik sehingga
mewujudkan beberapa istilah baharu untuk menggantikan

2

Dusun. Bagaimanapun sentimen tersebut tidak
menggambarkan keseluruhan komuniti itu pada hari ini.
Sebahagian besarnya sudah mengambil pengajaran daripada
sejarah lampau dan kembali menjadi komuniti yang cintakan
keharmonian.

3

BAB SATU

DUSUN DI PULAU BORNEO

Pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia (743,000
sq km)1 dikenali sebagai ‘Kelamantan’ atau dalam bahasa
Sanskrit ‘Kalamanthana’ oleh penduduk Indonesia.
Bagaimanapun, dalam catatan British, pulau ini disebut
sebagai ‘Borneo’. Terdapat juga penulis barat dahulu
mengganggap Brunei dan Borneo adalah istilah yang sama
kerana hampir keseluruhan Pulau Borneo dahulu merupakan
wilayah Empayar Brunei.2 Pada tahun 2020, jumlah penduduk
di Pulau Borneo adalah seramai 23,408,733. Penduduk paling
ramai adalah di Kalimantan (16,230,000), Sabah (3,912,600),
Sarawak (2,823,300) dan Brunei (442,833)3. Pada tahun
1950an, jumlah penduduk di Sabah hanya seramai 334,141,
Sarawak (546,385) dan Brunei (40,657). Daripada seramai
334,141 penduduk di Sabah, 243,009 adalah penduduk yang
telah mendiami Pulau Borneo sebelum tahun 1963 (disebut
sebagai penduduk asal - peribumi).

Kemunculan manusia pertama di Borneo dipercayai
bermula pada tahun 45,000 sebelum masihi (s.m), apabila
dipercayai populasi pertama manusia tiba di Benua Sunda.
Pada tahun 40000 hingga 20000 s.m satu petempatan manusia
di Gua Niah, Sarawak telah ditemui. Di Sabah, dipercayai
petempatan manusia terawal adalah di Tingkayu dan Gua
Madai, Lahad Datu pada tahun 30000 s.m. Pada tahun 10000
s.m, terdapat petempatan manusia di Sangkulirang di

1 Thomas, F Thornton, Shomil Bhagwat, The Routledge Handbook of Indigenous
Enviromental Knowledge, Routledge, hlm. 10.
2 L.W. Jones, The Population of Borneo, A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah
and Brunei, hlm. 4.
3 Department of Statistics Malaysia Official Portal, Badan Pusat Statistik Indonesia
dan United Nation, Department of Economic and Social Affairs, Population Division.

4

Kalimantan Timur. Pada zaman ini juga, Benua Sunda yang
sebahagian besarnya adalah daratan telah lenyap akibat
perubahan permukaan laut, menjadikan sebahagian dari
kepulauan yang kini disebut ‘nusantara’ menghasilkan
puluhan pulau.

Populasi manusia di Borneo semakin bertambah
apabila satu petempatan dan kebudayaan manusia ditemui di
sepanjang pesisir Teluk Sarunai Purba di Kalimantan Selatan
pada tahun 5000 sm. Tidak berapa lama kemudian, satu
pergerakan manusia dalam jumlah yang agak besar berlaku
pada tahun 2500 sm, apabila sekumpulan manusia daripada
ras Mongolid suku Bunun dari Formosa (Taiwan) tiba di
Borneo. Populasi dan petempatan manusia di Borneo semakin
bertambah banyak sekitar tahun 242 s.m apabila beberapa
buah petempatan berkembang menjadi sebuah kerajaan.
Beberapa petempatan manusia mempunyai organisasi
kepimpinan sepertimana kerajaan Kutai (kemudiannya
menjadi kerajaan Kutai-Martadipura) yang dipimpin oleh
Aswawarma dan kemudiannya oleh Prasasti Yupa.

Bukti kewujudan komuniti Dusun di Sarawak
dimaktubkan dalam perlembagaan persekutuan, perkara 161A
(6) dan (7) disebutkan bahawa bagi Sarawak, warganegara
bumiputera atau kaum asal adalah kaum-kaum Bukitan,
Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit,
Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang
(termasuk Sekapan, Kejaman, Lehanan, Punan, Tanjung dan
Kanowit) Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian,
Tagal, Tabun dan Ukit.4 Pernyataan perlembagaan ini
menunjukkan Dusun juga adalah kaum terawal di Sarawak
dan mempunyai kaitan dengan manusia yang telah bermigrasi
ke Benua Sunda dan Borneo pada tahun sebelum masihi atau
awal tahun selepas masihi sepertimana kaum-kaum lain yang
telah disebutkan. Dari sudut sejarah, bukti kewujudan Dusun

4 Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services, hlm. 123.

5

di Sarawak adalah sejarah persengketaan kaum Kayan dan
Dusun di Baram dan Belait sekitar tahun 1870an.5

Beberapa penulis dari barat pula sering mengaitkan
kaum Dayak di Sarawak dengan Dusun di Sabah sepertimana
tulisan Elizabeth Mershon yang melabel Dusun dan Dayak
sebagai ‘wild men’. Elizabeth Mershon (With the Wild Men of
Borneo, 1922:42) menyatakan;

In the interior and on the west coast are found
the Dusuns, or Sun Dyaks, the main tribe of
British North Borneo. This tribe is divided up
into many tribes and sections, including the
Roongas, the Kooroories, the Umpooloom, the
Saga Sagas, the Tunbunwhas, the Tingaras,
and the Roomanows. The Dusun darat (far
interior) is little better than a savage. Nearer
the coast, the Dusun is more civilized, both in
his way of dressing and in his manners.
Nobody seems to know much about the
Dusuns, and as yet, no satisfactory account has
been written of them, or of the Dyaks either.
The Dyaks are considered as the aboriginals of
Borneo, yet they resemble the Chinese in many
ways. The Dusuns also seem to half Chinese 6

Sementara di Brunei, kewujudan Dusun di Brunei
dijelaskan dalam bahasa pertuturan yang masih digunakan di
Brunei. H.R. Hughes-Hallet menjelaskan bahawa terdapat
tujuh bahasa asal dituturkan di Brunei, iaitu Dyak, Dusun,
Punan, Brunei-Melayu, Kedayan, Belait dan Tutong.7
Sepertimana di Sarawak, kaum-kaum ini juga dipercayai

5 Sejarah Perang Bangsa Dusun dan Bangsa Kayan, http://youtube/wUIET70soy8
6 Elizabeth Mershon, With the Wild Men of Borneo, hlm. 42.
7 H.R. Hughes-Hallet, A Sketch of the History of Brunei, Journal of the Malayan
Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 18, No. 2 (137), August 1940, PP. 23-42,
Malaysian Branch of Royal Asiatic Society.

6

mempunyai leluhur dengan manusia terawal di Borneo
sebelum masihi.

Di Sabah, Dusun menjadi penduduk asal Sabah yang
dimaktubkan dalam perlembagaan setelah bermigrasi dari
kerajaan Po’ni pada abad yang ke 13. Penduduk Dusun
berjumlah 103,834 pada 19228 dan seramai 144, 960
daripada 454,421 penduduk Sabah pada tahun 1960. Pada
tahun 2010, jumlah penduduk Dusun di Sabah adalah seramai
555,547 daripada 3,129,040 penduduk Sabah.9 Sebahagian
besar komuniti Dusun menetap di pedalaman termasuk
Tuaran, Ranau, Keningau, Tambunan, Kota Belud, Kota
Marudu dan Telupid.

Kedua-dua pernyataan perundangan dan penulisan
sejarah ini menguatkan hujah bahawa komuniti Dusun ada di
mana-mana tempat di Borneo, termasuk Sarawak, Brunei dan
juga Kalimantan. Pernyataan ini berasas kerana dalam sejarah,
komuniti Dusun telah bermigrasi beberapa kali. Dipercayai
petempatan komuniti Dusun sebelum bemigrasi ke pedalaman
Borneo adalah di sepanjang pesisir pantai di Sarawak dan
Brunei. Dipercayai juga bahawa sebelum membuat
petempatan di pesisir pantai, komuniti ini pernah mendiami
penempatan di gua sebelum masihi.

Migrasi komuniti Dusun ke kawasan pedalaman
Borneo Utara atau Sabah bermula pada tahun 1212. Beberapa
petempatan di Utara Borneo telah didirikan, termasuk di
sepanjang sungai Klias, sungai Padas, sungai Labuk dan
sungai Kinabatangan. Di pedalaman, satu kawasan yang
menjadi tumpuan utama penghijrahan adalah di Nunuk
Ragang, berdekatan kampung Tompios dalam daerah Ranau,
beberapa kilometer daripada sempadan Ranau-Telupid, Sabah.
Dipercayai komuniti Dusun terawal yang membuat
petempatan di Nunuk Ragang telah menggunakan sungai

8 Owen Rutter, The Pagans of North Borneo, 1922, hlm. 31
9 Banci Penduduk Malaysia 1970-2010.

7

Labuk untuk sampai ke Nunuk Ragang. Bagaimanapun
beberapa kumpulan juga datang dari pelbagai arah lain ke
Nunuk Ragang menggunakan sungai Liwogu kawananan dan
kogibangan. Sebab itulah pelbagai kumpulan yang mendiami
Nunuk Ragang mempunyai dialek Dusunik yang berbeza.

Bagaimanapun, terdapat beberapa komuniti Dusun
yang tidak menyertai migrasi ke Nunuk Ragang sebaliknya
bergerak di sepanjang pesisir pantai Sabah dan menetap di
beberapa kawasan lain termasuk Menumbok, kawasan sungai
Klias, sungai Padas, Tuaran, Kota Belud dan Labuk di Pantai
Timur. Terdapat juga kumpulan yang bergerak sehingga ke
beberapa kepulauan di Filipina.

Istilah Dusun
Istilah ‘Dusun’ sebenarnya adalah daripada bahasa

Melayu-Brunei (dan bahasa Jawa-kuno) yang merujuk kepada
‘kebun’. Dipercayai istilah ini digunakan oleh orang Brunei
untuk merujuk penduduk Borneo yang tinggal di pedalaman
dan menjalankan aktiviti pertanian sekitar abad yang ke 15.
Istilah ‘Dusun’ terdapat dalam Syair Awang Semaun, iaitu
Syair Negara Kartagama. Awang Semaun merupakan
Panglima perang Brunei sekitar tahun 1401. Syair ini antara
lain menceritakan penubuhan kerajaan Brunei dan perluasan
pengaruh kerajaan Brunei di Borneo, termasuk ke pedalaman
Sabah.10 Ketika ini kerajaan Brunei moden baru beberapa
tahun muncul dan dalam usaha menguasai Pantai Barat
Borneo Utara.11

Penggunaan istilah ini menggambarkan orang Brunei
melihat komuniti Dusun sebagai komuniti agraria yang
menjalankan aktiviti petanian, berkebun dan mengusahakan
ladang. Owen Rutter menggambarkan komuniti Dusun ini

10 Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Syair Awang Semaun: 2010.
11 ‘Dusun’ adalah dalam bahasa Jawa-kuno dan digunakan oleh Melayu-Brunei di
dalam syair Awang Semaun.

8

sebagai agak maju dalam bidang pertanian kerana
menggunakan teknologi bertani yang baik. Sebab itulah
kebanyakan penulis barat menggambarkan Dusun sebagai
‘The People of Orchard’, “Men of the Orchards’ atau
‘Orchard owner.”12

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa
komuniti yang dipanggil ‘Dusun’ oleh orang Brunei adalah
‘Idaan’. Bagaimanapun amat sedikit yang memanggil
komuniti itu sebagai Idaan, sepertimana penjelasan Rutter;

“In old books the Dusuns are usually
refferred to as Id’aan, but this name is
never heard now, though the collective
name Dusun is not usually applied by the
people to themselves and was probably
originated by the Bajaus”13

Istilah ‘Idaan’ hanya digunakan oleh pegawai Syarikat
Hindia Timur British, Alexander Darlymple yang telah
menggunakan istilah ‘Idaan’ untuk merujuk kepada Dusun
pada tahun 1762. Istilah yang digunakan oleh Darlymple
pernah dicadangkan kepada SBBU, tetapi tidak diterima
kerana istilah ‘Dusun’ lebih awal dan digunakan oleh kerajaan
Brunei sebelum ini. Melalui perbincangan D.J. Prentice
dengan G.N. Appel dicatatkan sebagai; ‘D.J. Prentice,
following a suggestion by G.N. Appel used the term ‘Ida’an’ to
refer to this family, subdivided in Dusunic (much the most
populous).14

Komuniti ini pada awalnya tidak mahu dipanggil
sebagai ‘Dusun’ sebaliknya menggunakan nama puak yang
lahir daripada kumpulan yang dibentuk melalui suku,
kumpulan bermigrasi dan petempatan. Kumpulan-kumpulan

12 Owen Rutter, British North Borneo, An Account of Its History, Resources and
Native Tribes, 1922, hlm. 56
13 Ibid.
14 Anthony Reid, Endangered Identity; Kadazan or Dusun in Sabah, Pp. 120-136.

9

ini menggunakan nama puak seperti puak Tagahas, Talantang,
Bundu, Tindal, Maragod, Tatana, Lotud, Gana, Kimaragang,
Tinagas, Tuhawon, Kogosingan, Polupu, Tagaroh, Tolinting,
Lintanga, Gobukon, Topokon, Mangkaak, Sinulihan, Minokok,
Tompizoz, Tompulung, Tindakon, Tibabar, Pahu, Kuizou,
Koroli, Turawid, Liwogu, Sinandapak, Garo, Tangara,
Bangkaakon, Rungus, Tobilung dan sebagainya.
Bagaimanapun, selepas SBBU mentadbir Borneo Utara, secara
pelahan-lahan komuniti ini mula menggunakan istilah ‘Dusun’
kerana istilah tersebut digunakan dalam dokumen rasmi
kerajaan.

Pernyataan bahawa istilah ‘Dusun’ tidak digunakan
oleh komuniti ini, sebaliknya menggunakan nama puak atau
suku dinyatakan juga oleh seorang paderi Kristian Katolik,
Father J. Staal telah menulis satu artikel bertajuk “The Dusun
of North Borneo; Their Sosial Life’, pada tahun 1923.
Terdapat beberapa perubahan nama puak juga turut ditemui.
Menurut Paderi J. Staal;

“But the Dusuns do not call themselves by this
name. These of the interior, generally call
themselves according to the regions they
inhabitat; these living among the hills are called
“Tahgas” and “Tidong”, whilst those near the
coast name themselves ‘Kadazan’ or ‘Kadayan’.
There are moreover, many more names. All the
non - hill tribes spurn the name Taghas and to
call a Kadazan ‘Tahgas’ is considered
offensive.15

Owen Rutter juga menyatakan bahawa komuniti
Dusun lebih suka menamakan diri mereka dengan nama puak
yang diambil daripada nama objek, perlakuan dan sebagainya.

15 J.Staal, ‘The Dusun of North Borneo; Their Social Life’, Pp.958-977.

10

Nama ini biasanya mengikut kawasan atau kampung di mana
mereka tinggal, dan bukannya Dusun.16

Sebenarnya, di Nunuk Ragang, hanya beberapa nama
puak Dusun dikenalpasti seperti Liwan, Tagahas, Tuhawon17,
Rungus, Tangara, Tinagas, Minokok, Tompizos, Mangkaak,
Rumanau, Kuriyou, Liwogu, Talantang, Tompulung, Tolinting
dan beberapa puak lain. Tetapi selepas berlaku migrasi keluar
daripada Nunuk Ragang, muncul pula sub-suku atau puak
baharu seperti Tindal, Tobilung, Mukin, Sonsogon, Tindakon,
Koroli, Kotiring, Sogo, Putih, Turawid, Bangkaakon,
Gondohon, Kogosingan, Sogilitan, Gonsomon, Nulu,
Pilantong, Gana, Sonsogon, Pilapazan dan sebagainya.

Terdapat juga kumpulan baru muncul hasil
perkahwinan atau asimilasi dengan kaum lain seperti Dusun
Kwijau atau Kuijau.18 Dusun Kwijau adalah hasil perkahwinan
Puak Kuriyou dengan kaum Murut di Keningau. Terdapat juga
puak Dusun yang tidak melalui penempatan daripada Nunuk
Ragang seperti puak Bundu, Tatana, Lotud, Klias dan Kuizou.

Istilah ‘Dusun’ diperluaskan lagi apabila ada
kumpulan atau rumpun yang hanya mempunyai sedikit
persamaan budaya, bahasa dan sejarah sepertimana rumpun
bahasa Paitanik telah dikategorikan sebagai kaum ‘Dusun’
seperti Tambanuo, Paitan, Tilau-ilau, Subpan, Makiang,
Sagamo, Lobu, Sinabu, Sinorupu, Lingkabau, Puawang,
Kalabuan, Inakong, Milian, Abai dan beberapa rumpun
Paitanik yang lain.

Secara ringkas, tiga perkara yang telah menyatukan
semula komuniti Dusun setelah bermigrasi, ialah kerana
persamaan sejarah, budaya dan bahasa. Secara rasmi, Dusun

16 Owen Rutter, British North Borneo, An Account of Its History, Resources and
Native Tribes, hlm. 56
17 Puak Tuhawon dipercayai mempunyai kaitan persaudaraan atau sakag dengan puak
Liwan kerana terdapat persamaan dalam banyak aspek. Sesetengah pandangan
menyatakan Tuhawon adalah suku kepada puak Liwan.
18 Owen Rutter, The Pagans of North Borneo, hlm. 36.

11

menjadi kaum yang tercatat secara rasmi semasa pentadbiran
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada tahun 1881.
SBBU bertanggungjawab menyatukan puak-puak Dusun yang
datang daripada Nunuk Ragang, puak-puak Dusun yang lahir
selepas migrasi daripada Nunuk Ragang, puak Dusun yang
telah membuat penempatan selain daripada Nunuk Ragang dan
rumpun bahasa Paitanik yang mempunyai sedikit persamaan
sejarah, bahasa dan budaya dengan rumpun bahasa Dusunik.

Ringkasnya, istilah ‘Dusun’ telah wujud beberapa
tahun sejak komuniti ini bermigrasi dari pesisir pantai ke
pedalaman. Beberapa ratus tahun kemudian, istilah ini telah
digunakan secara rasmi (seperti banci penduduk) untuk
merujuk kepada komuniti yang menjalankan aktiviti pertanian
atau masyarakat agrarian, memiliki budaya yang sama serta
mempunyai bahasa yang sama, selepas pentadbiran SBBU
pada tahun 1881.

Istilah ini digunakan sehinggalah muncul cadangan
daripada Donald Stephens dan parti United National Kadazan
Organisation (UNKO) untuk mengantikan istilah ‘Dusun’ dan
‘Murut’ kepada ‘Kadazan’ dalam konvensyen UNKO pada 7
Ogos 1961.19 Lebih kurang 30 tahun kemudian, muncul pula
istilah ‘Kadazandusun’ dan ‘Momogun’ untuk menggantikan
istilah ‘Dusun’. Bagaimanapun, pelbagai pandangan
ditimbulkan untuk mempertimbangkan cadangan ini sebelum
diterima. Dari sudut sejarah, perubahan nama ‘Dusun’ akan
mengelirukan leluhur Dusun di petempatan terawal di Borneo
dan hubungan Dusun di Sabah dengan Dusun di Sarawak,
Brunei dan Kalimantan.

Asal Usul Dusun
Komuniti Dusun sepertimana sebahagian besar bangsa

di kepulauan Melayu dan Indonesia (dahulunya Benua Sunda)

19 FCO 141/13005 UNKO, Secretary of Local Government, UNKO in Interior, 29
August 1961.

12

dipercayai daripada ras Mongoloid - bahasa Austronesia yang
telah tinggal di Borneo sekitar tahun 6000 hingga 10000 tahun
lampau. Dari segi fizikal, ras Mongolid adalah berambut lurus,
kulit kuning langsat atau sawo matang dengan purata
ketinggian antara 150 -165 cm.

Berdasarkan teori kemunculan manusia di Pulau
Borneo, penduduk Bunun daripada Formosa (Taiwan) adalah
manusia terawal daripada ras Mongolid yang menetap di
kawasan pesisir pantai Borneo sekitar tahun 2500 sebelum
masihi.20 Dipercayai kaum Bunun adalah asal usul kaum
Dusun berdasarkan lokasi petempatan awal penduduk Dusun.
Dipercayai bahawa kaum Bunun yang datang ke Borneo
membuat petempatan awal di kawasan sepanjang Miri dan
Baram di Sarawak serta Tutong dan Belait di Brunei.
Bagaimanapun, majoriti penduduk di Miri dan Baram
sekarang bukanlah Dusun. Di Baram, majoriti penduduk
adalah kaum Kayan,21 sementara di Miri masih terdapat
komuniti Dusun tetapi dalam jumlah yang sangat sedikit.22
Tetapi di Belait dan Tutong (Brunei), masih terdapat jumlah
komuniti Dusun yang agak ramai mendiami kawasan tersebut
sehingga sekarang.

Walaupun terdapat beberapa lagi teori kedatangan
kumpulan manusia dari luar Borneo (ras Mongolid) seperti
daripada Indo-Malayan, orang-orang Mongol, orang China,
orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar, tetapi
kedatangan mereka hanya selepas tahun masihi. Oleh yang
demikian, dipercayai terdapat pertembungan budaya antara
orang-orang Mongol, China, Indo-Malayan dan Annam
dengan Dusun yang kemudiannya membentuk komuniti
Dusun pada hari ini. Kumpulan-kumpulan ini dipercayai
banyak membawa pengaruh ke atas kebudayaan Dusun di
Borneo, khususnya pengaruh daripada China.

20 https://youtu.be/AncWzDkceNgSuku Formosa di Taiwan 100% Mirip Dusun
21 P.S.Shim, Inland People of Sabah: Before, During and After Nunuk Ragang
22 Temubual dengan Encik Azman Ismail, 9 Disember 2021.

13

China sememangnya memberi pengaruh yang banyak
ke atas komuniti Dusun, tetapi bukan bermaksud Dusun
berasal daripada China sepertimana Godfrey Hewett.23 Hewett
dalam tulisannya yang terkandung dalam Proceedings of the
Royal Society dan British North Borneo Herald,24 menyokong
teori bahawa Dusun berasal daripada China. Tetapi banyak
penulisan barat dan komuniti ini sendiri menolak China
sebagai asal usul mereka. Hujah Hewett berdasarkan pengaruh
China dalam jenis pekerjaan dan senibina yang ada dalam
komuniti Dusun. Hewett juga sering mendengar orang Dusun
mendakwa bahawa asal usul mereka adalah daripada China.25

Bagaimanapun, Owen Rutter menolak teori ini dengan
mengatakan bahawa kedatangan China hanya membawa
beberapa pengaruh kebudayaannya, tetapi menolak teori
bahawa asal-usul Dusun daripada China. Selain itu, tidak ada
bukti kukuh kewujudan kerajaan Cina di Kinabatangan seperti
yang didakwa. Rutter menjelaskan;

“Beyond this statement in the Brunei
Chronicles there is no corroborative evidence
to show that any Chinese colony or kingdom
ever existed on the Kinabatangan, or elsewhere
in North Borneo.”26

Komuniti Dusun juga tidak mempunyai pekerjaan atau
kemahiran peninggalan China seperti pembuatan bata atau
batu untuk membina bangunan, rumah ibadat atau kubur.
Hanya beberapa manik dan tempayan yang menjadi barangan
untuk diperdagangkan dengan penduduk tempatan dijumpai
dalam komuniti Dusun. Dakwaan bahawa Dusun sendiri
mengaku asal-usul mereka daripada China ditolak oleh Owen
Rutter kerana hanya beberapa suku dalam Dusun yang

23 Geofrey Hewett adalah Pegawai British di Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British
24 British North Borneo Herald, March 16, 1923
25 Owen Rutter, The Pagans of North Borneo, hlm. 40-42.
26 Ibid, hlm. 41.

14

mempunyai kaitan dengan penyatuan Ong Sum Ping dan
puteri Sultan Brunei.27

Bagaimanapun jelas bahawa pelayar serta
pengembara daripada Asia Timur, khususnya daripada China
dan Mongolia mempunyai hubungan dengan penduduk
tempatan di Borneo, khususnya ketika kunjungan mereka ke
Brunei. Pelayar dan pengembara China kebanyakkannya
adalah pedagang yang ingin mengekploitasi hasil bumi di
Borneo, termasuk hasil hutan di pedalaman. Kebanyakkannya
menggunakan laluan sungai untuk masuk ke kawasan
pedalaman seperti sungai Kinabatangan, sungai Labuk, sungai
Klias dan sungai Padas.

Aktiviti mencari hasil hutan di pedalaman telah
menyebabkan wujud hubungan antara orang China dengan
penduduk di kawasan pedalaman. Selain mendapatkan
bantuan penduduk pedalaman untuk mencari hasil bumi,
terdapat juga kalangan pedagang China berkahwin dengan
wanita Dusun dan menetap di pedalaman. Perkahwinan ini
telah menyebabkan anak yang lahir kelihatan seperti orang
China. Selain itu, pertembungan antara penduduk dari China
dan penduduk Dusun telah membawa kepada pengenalan
peralatan pertanian yang lebih maju. Beberapa barangan
daripada China turut dijumpai dalam kalangan komuniti
Dusun.

Beberapa penulisan barat telah menjelaskan perkara
ini.28 Disebutkan dalam tulisan Elizabeth Mershon,
bagaimana pengaruh China diserap ke dalam komuniti Dusun;

The Dusuns also seem to be half Chinese.
While it is difflicult to find out just how the
Dusuns owe their ancestry to the Chinese, it is
still more difficult to tell. Many of the Dusuns

27 Ibid, hlm. 42.
28 Elizabeth Mershon, With the Wild Men of Borneo, hlm. 42

15

in the interior wear the chawat, and the women
use brass bracelets and girdles. The Dusuns
have a fondness for old jars...29

Walau apapun teori atau pendirian komuniti ini
terhadap asal-usul sebenar mereka, perkembangan yang baik
telah berlaku apabila berlaku pertembungan budaya tempatan
dengan pedagang-pedagang dari China. Pedagang dari China
telah membawa kemajuan kepada aktiviti pertanian komuniti
ini sejak abad ke 12. Sehingga diakui kemajuan mereka dalam
bidang pertanian lebih baik berbanding komuniti lain,
termasuk penggunaan peralatan. Begitu juga pengaruh
penjajah British, yang secara rasmi mentadbir Borneo Utara
pada tahun 1881. British berperanan penting mengubah
masyarakat ini ke satu era peradaban yang lebih baik melalui
pendidikan, kepercayaan, budaya, pemikiran dan sebagainya
menjelang abad yang ke 19.

Sejarah Migrasi Dusun

Sebelum komuniti Dusun bermigrasi ke pedalaman,
komuniti ini dipercayai sudah menetap di pesisir pantai
Brunei dan Sarawak (sehingga ke Sungai Rajang) pada abad
pertama hingga ke tujuh masihi. Aktiviti ekonomi komuniti
ini adalah aktiviti maritim (aktiviti laut) yang bergantung
kepada laut untuk hidup. Mereka juga adalah pelayar dan
menjalankan aktiviti maritim pada tahun 132 masihi.
Bagaimanapun, sebahagian besar komuniti Dusun di Po’ni
berpindah ke pedalaman kerana kerajaan Po’ni sering
diserang. Sebahagian kecil pula telah bermigrasi dan
membuat petempatan di sepanjang pesisir pantai barat Sabah
seperti Bongawan, Klias, Kimanis, Papar, Tuaran dan Marudu.
Tetapi, beberapa petempatan mereka di pesisir pantai juga
tidak bertahan lama kerana diganggu oleh komuniti baru yang
sampai di pesisir pantai barat Sabah. Kimanis menjadi

29 Ibid.

16

petempatan pesisir pantai komuniti Dusun (yang digelar oleh
Alexander Dalrymple sebagai ‘Idaan’) yang terakhir pada
tahun 1769. Dipercayai komuniti Dusun di Kimanis
melakukan aktiviti perdagangan hingga ke Pulau Jawa sekitar
tahun 1814. Bagaimanapun, pada tahun 1852, komuniti
Dusun di Kimanis tidak lagi menjalankan aktiviti maritim
kerana sering diserang oleh lanun. Selepas itu, beberapa
komuniti lain telah menguasai pesisir pantai di Sabah pada
tahun 1850an.

Peperangan antara kerajaan Brunei Kuno (disebut
Poli, Puni, Poni, Fo-ni atau Buni dalam catatan China)
dengan kerajaan-kerajaan lain di sekitar Asia Tenggara
menjadi faktor Dusun dan beberapa penduduk lain di Po’ni
bermigrasi ke kawasan yang lain. Peperangan antara kerajaan
Brunei Kuno dengan kerajaan A-Lako, daripada komuniti
Melanau yang berlangsung dalam tempoh yang lama,
menyebabkan penduduk Po’ni meninggalkan petempatan
mereka. Setelah Raja Tugau (atau Raja Makatunau dalam
Hikayat Visaya) menguasai Bintulu, Lawas, Limbang dan
Baram di Sarawak sehingga Tutong di Brunei, sebahagian
besar penduduk di situ melarikan diri ke tempat yang lebih
aman.

Peperangan ini mempengaruhi kehidupan komuniti
Dusun di pesisir pantai, khususnya di kawasan Miri, Baram,
Limbang, Tutong dan Belait yang akhirnya menyebabkan
mereka bermigrasi ke tempat yang lebih aman. Komuniti ini
bermigrasi ke utara dan telah mendirikan petempatan di serata
tempat di Borneo Utara termasuk di Menumbok, Kimanis,
Papar, Tuaran, Tempasuk, Kinabatangan dan Labuk. Kaum
Bisaya di bawah sepuluh pahlawannya (yang diketuai oleh
Datu Puti) pula bermigrasi sehingga ke Panay, Filipina dan
mendirikan petempatan di situ. Sementara beberapa kumpulan
lagi melakukan migrasi secara berperingkat ke Nunuk Ragang
penghujung abad ke 14 atau awal abad ke 15.

17

Beberapa kumpulan Dusun dari pesisir pantai di Miri,
Baram, Belait dan Tutong yang tidak bermigrasi ke Nunuk
Ragang telah mengasaskan beberapa puak seperti Tatana,
Lotud, Bundu dan rumpun Paitanik seperti Sukang, Subpan,
Malapi, Sogolitan, Paitan dan Tilau ilau. Tatana misalnya,
dipercayai bermigrasi dari pesisir pantai di Sarawak dan
Brunei ke Menumbok sekitar tahun 1212. Pada masa yang
sama kaum Bisaya yang tinggal di kawasan yang sama
dengan Dusun di sungai Belait dan Tutong di Brunei telah
bermigrasi ke kawasan berdekatan Sungai Padas dan Klias
pada tahun 1500. Pertemuan kaum Tatana dan Bisaya di
kawasan ini sering menimbulkan perbalahan. Ini ditambah
lagi dengan kaum Murut, yang turut mendiami beberapa
kawasan berhampiran. Konflik ketiga-tiga etnik sering
berlaku sehingga menyebabkan Tatana meninggalkan
kawasan sungai Padas dan Sungai Klias ke Bundu, Munta
Bangu, Berabagan dan Mawau di Sungai Kuala Lama.
Sebahagian lagi telah bermigrasi ke Membakut.

Semasa di Sungai Klias, komuniti Tatana30 telah
didatangi oleh beberapa anak kapal daripada China (Kapal
‘Wang Kang’) yang diketuai oleh seorang pemuda bernama
Lasak pada tahun 1736. Lasak dan beberapa anak kapal lain
telah membuat penempatan di sekitar sungai Klias dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Lasak, yang berkahwin
dengan ketua komuniti Tatana di Bundu telah menjadi ketua
Tatana di Klias dengan gelaran Orang Tua Shahbandar Lasak.
Bagaimanapun, apabila orang Murut menyerang komuniti
Tatana di Klias, mereka telah berpindah ke Bundu, Kuala
Penyu.31 Di Bundu, pedagang daripada China telah membuka
ladang-ladang lada hitam yang kemudiannya dijual kepada

30 Istilah Tatana dipercayai berasal daripada perkataan ‘Tanah’, yang merujuk kepada
tempat persembunyian mereka (di bawah tanah) semasa diserang oleh kaum Murut
dan Bisaya. Bagaimanapun terdapat beberapa sumber mengatakan bahawa kenyataan
ini kurang tepat.
31 British North Borneo Herald, 1 Jun 1886.

18

pedagang-pedagang daripada China yang masuk melalui
Sungai Klias dan Sungai Padas.

Tatana, sebagai rumpun bahasa Dusunik banyak
dipengaruhi oleh budaya China. Mereka bukan sahaja
merayakan tahun baru Cina tetapi terdapat sebilangan besar
daripada mereka beragama Budha, seperti di kampung
Menumpang, Kuala Penyu.32 Orang Tatana juga menyimpan
patung dewa di rumah mereka. Terdapat juga dalam kalangan
lelaki Tatana rambutnya bertocang sepertimana orang China
di Tanah Besar China. Bagaimanapun, kebanyakkannya tidak
fasih berbahasa Cina.33

Lotud, satu lagi rumpun bahasa Dusunik dipercayai
juga tidak melalui petempatan terbesar rumpun Dusunik di
Nunuk Ragang. Lotud, yang sebahagian besarnya telah
bermastautin di Tuaran, telah bermigrasi sekitar tahun 1212,
iaitu selepas serangan-serangan dilakukan ke atas kerajaan
Brunei Kuno. Petempatan terawal Lotud adalah di Indai,
sebelum berpindah ke Tuaran sekitar tahun 1700.
Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil berpindah ke
Kadamaian, Keningau, Tambunan dan Nunuk Ragang
sebelum tahun 1700. Lotud pernah berbalah dengan Dusun
Bundu di Tiung, Tamparuli sekitar tahun 1780. Selain itu,
Lotud juga pernah berbalah dengan kaum Illanun di pesisir
pantai di Tuaran.

Dusun Bundu, dipercayai juga melalui laluan yang
sama dengan puak Lotud, tetapi telah bergerak ke banjaran
Crocker di Ulu Tuaran dan menetap di kawasan tersebut.
Hanya sebilangan kecil puak Bundu berhijrah di kawasan-
kawasan tertentu tetapi sebahagian besarnya kekal di Ulu
Tuaran. Tiada catatan bahawa terdapat puak Bundu yang
datang ke Nunuk Ragang selepas migrasi ke Ulu Tuaran.

32 An Unbroken Spirit, https://youtu.be/jbVGOs863zY
33 British North Borneo Herald, 1 Jun 1886.

19

Populasi petempatan migrasi Dusun yang paling
besar adalah di Nunuk Ragang (di Kampung Tompios, Ranau,
Sabah). Dipercayai komuniti Dusun yang terawal di Nunuk
Ragang telah menggunakan sungai Liwogu Kawananan yang
bersambung dengan sungai Labuk di Timur Sabah. Selepas
petempatan ini dibuka, terdapat juga komuniti lain yang
menggunakan sungai Liwogu Kogibangan daripada
Tambunan dan Keningau. Bagaimanapun, penduduk di
Nunuk Ragang meninggalkan penempatan ini beberapa tahun
kemudian bermula sekitar tahun 1743.

Walaupun komuniti Dusun telah melakukan migrasi
ke serata tempat, termasuk di pedalaman, yang jauh daripada
ancaman kuasa-kuasa luar, tetapi hubungan komuniti Dusun
dengan kuasa-kuasa besar tetap berlaku. Ketika tentera
Mongol dibawah Kublai Khan menjadi kuasa penakluk utama
di Asia Timur, tentera-tenteranya pernah menyerang Borneo
pada tahun 129234 dan menjadikan Borneo dan Sulu sebagai
sebahagian daripada wilayah taklukannya. Ketika inilah
kerajaan Brunei Kuno atau Poni atau Puni35 mula merosot.
Beberapa puak kaum Dusun juga pernah membantu pasukan
tentera Mongol menakluk beberapa kawasan di Borneo dan
Sulu. (Hewet 1923:157).

__________________________________________________

34 Owen Rutter, British North Borneo, An Account of its History, Resources an Native
Tribes, hlm. 85.
35 Ibid.

20

BAB DUA

KERAJAAN BRUNEI DAN PENGARUH
KEBUDAYAAN CHINA DI BORNEO

Sejarah perkembangan kerajaan-kerajaan di Borneo
banyak dicatatkan dalam catatan pelayar dan pedagang-
pedagang daripada China. Empayar Brunei, yang bermula
daripada kerajaan kecil yang dikenali sebagai kerajaan Poni
atau Po’ni (sesetengah catatan China menyebut kerajaan Puni,
Fo-ni atau Buni) muncul dan dipercayai didirikan oleh
komuniti Bisaya pada tahun 518. Kerajaan Po’ni mempunyai
naungan sehingga ke Teluk Marudu (di Sabah).

Pada tahun 1363, muncul kerajaan Brunei moden
yang pernah menguasai keseluruhan Pulau Borneo. Kerajaan
Brunei moden diasaskan oleh Awang Alak Betatar di Kota
Batu, Sungai Brunei. Awang Alak Betatar juga memulakan
kerajaan kesultanan Brunei setelah memeluk agama Islam
bergelar Sultan Mohamad.

Salasilah kesultanan Brunei mencetuskan persoalan
apabila seorang individu bernama Ong Sum Ping, atau Huang
Senping dari Fujian, China yang datang ke Brunei pada tahun
1375 didakwa sebagai Sultan Ahmad, sultan Brunei yang
kedua.36 Bagaimanapun, beberapa sumber menidakkan
kemunculan Ong Sum Ping sebagai sultan Brunei yang kedua
selepas Sultan Mohammad. Ong Sung Ping juga didakwa

36 Tun Sri Lanang (1612) dalam Sejarah Melayu ada menyebut Ong Sum Ping telah
menggantikan bapa mertuanya sebagai Sultan Ahmad. Dinasti Ming juga
mencatatkan bahawa pada tahun 1573 hingga 1620, raja Brunei adalah seorang
Hokkien. Bagaimanapun, sejarah bahawa Ong Sum Ping pernah menjadi sultan di
Brunei bercanggah dengan Tarsilah Batu (1807) yang menyebut bahawa sultan
Ahmad itu adalah sultan Mohammad. Sejarah Sultan-sultan Brunei pula menyebut,
Sultan Ahmad atau Sultan Berkat yang mengasaskan nama ‘Brunei’ daripada
perkataan ‘Baru nah’ adalah Pateh Berbai yang merupakan Pengiran Bendahara
pertama Brunei.

21

mempunyai kerajaan di Kinabatangan dan bergelar Raja
Kinabatangan. Beliau juga terlibat dalam peristiwa
mengambil intan kemala naga atau ‘butia Nabalu’ di gunung
Kinabalu. Peranan dan kemunculannya dalam peristiwa
penting di Borneo telah menjadikannya sebagai individu
penting dalam sejarah perkembangan pengaruh China di
Borneo termasuk di pedalaman Sabah.

Kerajaan Brunei Kuno

Secara rasmi, kerajaan Po’ni telah ditubuhkan pada
tahun 630 selepas beberapa siri kunjungan pemimpin kerajaan
Po’ni ke China. Kerajaan Po’ni menguasai sebahagian besar
kawasan yang didiami oleh komuniti Dusun di Miri, Baram,
Limbang, Belait dan Tutong. Selain Dusun, kawasan ini juga
didiami oleh beberapa komuniti lain seperti kaum Bisaya.37

Kerajaan Brunei Kuno dipercayai diasaskan oleh Raja
Pinka Kaundinya. Dalam catatan China, Raja Pinka Kaundiya
disebut sebagai ‘..hu-la-na-po Chari-ya-ka’. Namanya
pertama kali disebut dalam Dinasti Sui atau Dinasti Song (589
- 618) dan kali kedua semasa Dinasti Tang (618 - 906).
Beberapa raja Po’ni juga disebutkan dalam catatan China
seperti Raja Sri Anakda38 (disebut sebagai ‘Hi-ang-ta’) dan
Seri Ma-je atau ‘Sa-li-mah-lui’ dalam catatan China pada
tahun 1082.

Semasa zaman kegemilangan Po’ni, pelayar dan
pedagang China sering singgah di Po’ni. Kerajaan Po’ni
pernah mengirim ufti ke China semasa Dinasti Song pada
tahun 512, 517, 630 dan 690 masihi. Bagaimanapun pada

37 Sesetengah penulisan mengaitkan Bisaya juga adalah sebahagian daripada
komuniti Dusun. Bagaimanapun, tidak ada penulisan yang benar-benar membuktikan
Dusun dan Bisaya adalah serumpun, melainkan bukti sejarah bahawa kedua-dua
pernah mendiami kawasan yang sama ketika kemunculan kerajaan Brunei Kuno.
38 Kerajaan Brunei Kuno juga dipengaruhi oleh Hindu melalui kerajaan Srivijaya dan
Majapahit. Oleh yang demikian, beberapa nama raja dalam kerajaan ini adalah
dipengaruhi oleh agama Hindu.

22

tahun 711 masihi, kerajaan Poni berhenti menghantar ufti dan
mengirim utusan ke China. Akibatnya, berlaku perang antara
kerajaan Po’ni dan Dinasti Tang. Dinasti Tang menakluki
Borneo hingga ke Kota Tawaran, di Pantai Barat Sabah
(Sekarang dikenali sebagai Tuaran). Selepas dibebaskan, Kota
Tawaran ini ditakluki oleh oleh kerajaan Srivijaya dibawah
Maharaja Balaputra pada tahun 835 masihi.

Bagaimanapun kerajaan Poli atau Po’ni ini mula
merosot selepas diserang oleh beberapa buah kerajaan lain.
Walaupun kerajaan ini merdeka selepas kejatuhan kerajaan
Srivijaya pada tahun 1030, tetapi serangan daripada kerajaan
Melanau yang dibantu oleh kerajaan Majapahit di Utara
Kalimantan, di Sarikei dan di Tutong telah melemahkan
kerajaan Po’ni. Selepas itu, kerajaan Po’ni telah menjadi
sebahagian daripada wilayah jajahan Majapahit dan runtuh
sekitar tahun 1360. Pada tahun 1363, kerajaan Poni hilang
setelah kemunculan kerajaan Brunei moden.

Keruntuhan kerajaan Po’ni atau kerajaan Bruneo
Kuno menjadikan komuniti Dusun yang dahulunya
melakukan aktiviti maritime atau aktiviti laut, melakukan
aktiviti agraria atau pertanian sebagai sumber kehidupan
mereka selepas bermigrasi. Pada masa yang sama, keruntuhan
Po’ni juga mengurangkan pengaruh Hindu yang dibawa oleh
kerajaan Srivijaya dan Majapahit dan memulakan pengaruh
Islam melalui kemunculan kerajaan Brunei Moden.

Kemunculan Empayar Brunei

Kesultanan Brunei diasaskan oleh Awang Alak
Betatar39 atau Sultan Mohammad pada tahun 1363.40 Selain
mengasaskan kerajaan kesultanan di Brunei, Awang Alak
Betatar juga telah memindahkan kerajaan Brunei daripada

39 Awang Alak Betatar disebut sebagai Maharaja Mokhsa (-Ma-ho-mo-sha) yang
dicatatkan oleh pengembara China, Chang Ching Tze pada tahun 1370.
40 Brunei Genealogy.

23

Kampung Limau Manis di hulu Sungai Brunei ke Kota Batu,
Sungai Brunei pada tahun 1368. Awang Alak Betatar
mengasaskan Kerajaan Kesultanan Brunei selepas memeluk
agama Islam dengan gelaran Sultan Mohammed ketika
kunjungannya ke Johor.41 Dipercayai bahawa Awang Alak
Betatar adalah seorang Bisaya berdasarkan penggunaan alat
dan pakaian semasa pertabalannya. Dijelaskan dalam Hughes
(1940:25);

‘...there are ethnological traces of Bisaya,
customs in the traditional coronation
ceremony and it may be that Alak ber Tata
was a Bisaya of the tribe now inhabiting the
Limbang’

Sejarah penubuhan kerajaan Brunei Moden bermula
dengan penemuan Kota Brunei oleh 14 orang bersaudara
(adik beradik dan sepupu). Dalam Syair Awang Semaun,
mereka adalah anak kepada Dewa Amas Kayangan.42 Awang
Alak Betatar dipilih sebagai pemimpin di Kota Brunei kerana
sifat kepimpinan dan fizikalnya.

Awang Anak Betatar43 berkahwin dengan Dayang Sri
Alam, seorang puteri dari Johor.44 Mereka mempunyai dua
orang anak, iaitu Putri Ratna Devi (Pangiran Maharaja Sri

41 Bagaimanapun, kerajaan Johor Lama hanya muncul selepas kerajaan Melaka
diserang oleh Portugis pada tahun 1511 sedangkan Awang Alak Betatar telah
mangkat pada tahun 1405. Berdasarkan tarikh ini, terdapat kemungkinan kunjungan
tersebut adalah di Temasik.
42 Diceritakan bahawa ada seorang pengembara lembu bernama Sang Aji yang telah
mengembara di tiga belas wilayah dan di setiap kampung dia akan mengahwini
seorang perempuan. Beliau mempunyai 22 orang anak daripada 13 isteri. Semua
isterinya terdiri daripada anak-anak penghulu setiap kampung. Salah seorang anak
perempuan Sang Aji telah berkahwin dengan Dewa Amas Kayangan.
43 Sesetengah penulis mengeja Awang Alak Betatar sebagai ‘Alak ber Tata’
44 Beberapa penulisan pula menyatakan bahawa Alak Betatar berkahwin dengan anak
Raja Temasek ketika ke Johor seperti mana dijelaskan dalam tulisan Elisseeff,
Vadime (Jan. 2000) Chapter 8; A Brunei Sultan of the Early Fourteenth Century - An
Study of an Arabic Gravestone” The Sillk Roads; Highways of Culture and
Commerce, Berghahn Books. Pp 145-157.

24

Laila Sahib ul-Kahar) yang berkahwin dengan seorang ketua
pemimpin di Kinabatangan, bernama Ong Sum Ping45.

Awang Alak Betatar mempunyai seorang lagi anak
lelaki bernama Sultan Abdul Majid Hassan (‘ma-na-je-ka-na’)
tetapi mangkat ketika berkunjung ke Nangjing pada tahun
1408.46 Dalam Salasilah Kesultanan Brunei, sungguhpun
nama Sultan Abdul Majid tidak dicatatkan dalam Tarsilah
Batu, tetapi namanya tetap tersenarai sebagai Sultan Brunei.
Sultan Ahmad, adik Sultan Mohammad telah menggantikan
anak saudaranya dan menamakan kerajaan ini sebagai
kerajaan Brunei pada tahun 1406.47 Anak Sultan Ahmad
bernama Putri Ratna Kusuma pula berkahwin dengan Paduka
Sri Sultan Sharif Ali Berkat, Sultan Brunei yang berikutnya.

__________________________________________________

Hubungan kerajaan Brunei dengan kerajaan China
bermula apabila Sultan Mohammad mengirim utusan kepada
Dinasti Ming untuk memerdekakan kerajaan Brunei dan
wilayahnya daripada kerajaan Majapahit.48 Selepas kerajaan
Brunei merdeka, Sultan Mohammad telah meluaskan
wilayahnya bermula pada tahun 1401. Perluasan kuasa
kerajaan Brunei diketuai oleh panglima perang, Awang
Semaun, Awang Jerambu dan Pateh Damang Sari. Wilayah
pertama yang diserang adalah Tutong, wilayah kepunyaan
Mawangga.

45 Kinabatangan dipercayai daripada perkataan ‘Sungai Cina’, Kina (Kee-na) adalah
sebutan orang Dusun terhadap ‘Cina’.
46 Terdapat penulisan bahawa Sultan Abdul Majid Hassan mangkat di Tiongkok dan
digantikan oleh Pateh Berbai (Pateh Bah kei) yang bergelar Sultan Ahmad.
47 Walaupun ada kajian yang menyatakan Ong Sum Ping adalah Sultan Ahmad tetapi
terdapat Kajian arkeologi (disebut Makam Damit) menunjukkan bahawa Sultan
Ahmad itu adalah adik Sultan Mohammmad. (dalam Muhammad Jamil Al-Sufri,
Tarsilah Brunei - Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Bandar Seri Begawan:
Jabatan Pusat Sejarah)
48 Secara rasminya, kerajaan Kesultanan Brunei yang diasaskan oleh Awang Alak
Betatar telah merdeka daripada kerajaan Majapahit pada tahun 1408.

25

Selepas Tutong, kerajaan Brunei meneruskan aktiviti
perluasan kuasa sehingga ke selatan Kuala Sambas, ke utara
dari Sandakan ke Pulau Sebatik termasuk pulau-pulau di
sekitar kecuali kepulauan Sulu. Pada tahun 1402, kerajaan
Melanau, di Igan (Mukah) dibawah Raja Tugau juga ditakluki.

Kejayaan kerajaan Brunei meluaskan kuasa ke serata
wilayah di Borneo disebabkan juga oleh hubungan kerajaan
Brunei dengan empayar China. Kerajaan Brunei adalah
dibawah perlindungan China. Bagaimanapun, hubungan ini
telah membawa kepada syarat tertentu termasuk kebenaran
kerajaan Brunei kepada pedagang dari China untuk
mendapatkan bahan mentah dan hasil bumi di Borneo. Sebab
itulah, banyak kapal pedagang dan pencari hasil bumi dari
China datang ke Brunei untuk mencari bahan mentah di serata
tempat di Borneo, termasuk kawasan-kawasan di pedalaman
Sabah.

__________________________________________________

Pengaruh Kebudayaan Cina dalam Komuniti Dusun

Pengaruh kebudayaan Cina dalam komuniti Dusun
sebenarnya sudah bermula sejak kerajaan Brunei Kuno atau
kerajaan Po’ni. Pada masa itu, Dusun masih mendiami
kawasan kekuasaan kerajaan Po’ni. Selepas komuniti Dusun
bermigrasi dari kawasan kekuasaan kerajaan Po’ni, pengaruh
China masih berterusan sejak Dinasti Song (960-1279),
Dinasti Yuan (1271 -1368), Dinasti Ming (1368-1644) dan
Dinasti Qing (1644-1912). Pengaruh tersebut muncul dalam
bentuk hubungan perdagangan barter, sebagai pekerja kepada
pedagang China dan perkahwinan. Bagaimanapun, pengaruh
tersebut mula berkurangan sekitar tahun 1720an apabila
semakin ramai pedagang Eropah datang ke Borneo Utara.

Hubungan pedagang China dan komuniti Dusun di
pedalaman berlaku apabila pedagang-pedagang China kerap
ke pedalaman untuk mendapatkan sumber hutan untuk dibawa

26

ke Tanah Besar China. Ketika pelayar dan pedagang dari
China mencari hasil bumi seperti rempah dan sarang burung
di pedalaman, mereka seringkali bertemu dan melakukan
aktiviti pertukaran barang dengan penduduk pedalaman.
Selain itu, komuniti Dusun juga sering membantu orang Cina
mencari sumber hasil hutan. Malahan terdapat juga pedagang-
pedagang ini berkahwin dengan penduduk Dusun di
pedalaman.

Perkahwinan pedagang dari China dan penduduk
Dusun dijelaskan oleh Owen Rutter dalam bukunya, “British
North Borneo, An Account of its History, Resources an Native
Tribes.” Owen Rutter menjelaskan ramai gadis Dusun
berkahwin dengan pedagang-pedagang dari China dan hampir
kesemua pekedai Cina mempunyai isteri berbangsa Dusun.49

Perkahwinan antara pedagang Cina dan penduduk
Dusun telah mewujudkan pertembungan budaya sepertimana
gambaran Owen Rutter terhadap pengaruh kebudayaan Cina
ke atas Dusun di Putatan dan Bundu, Kuala Penyu. Di dua
tempat ini beberapa kesenian Cina seperti tempayan (kakanan)
dihiasi dengan ukiran naga. Gong (tagung), perhiasan
tembaga serta teknik penanaman padi juga banyak
dipengaruhi oleh kebudayaan Cina.50 Owen Rutter juga
pernah melihat sebilangan orang Dusun Putatan mempunyai
rambut berekor dan mempunyai wajah seperti orang-orang
dari China, khususnya dalam kalangan Dusun di kampung
Bundu, Kuala Penyu.51

Beberapa contoh lain yang diberikan oleh Owen
Rutter adalah kisah seorang pelayar dari China yang berhijrah
dari Brunei dan menetap di tebing Sungai Klias. Lelaki
tersebut telah membuka ladang lada dan berkahwin dengan
seorang perempuan Dusun. Oleh kerana serangan daripada

49 Owen Rutter, British North Borneo, An Account of its History, Resources an Native
Tribes, hlm. 63
50 Ibid.
51 Ibid.

27

kaum Murut dan tempatnya sering dilanda banjir, mereka
telah berpindah ke Bundu, satu kawasan yang lebih tinggi.52
Keturunan ini berkembang sebagai orang Dusun tetapi
beberapa pengaruh kebudayaan Cina masih diamalkan,
khususnya sambutan Tahun Baru Cina. Upacara membakar
kemenyan juga dibuat mengikut adat masyarakat Cina. Owen
Rutter bagaimanapun tidak menemui sebarang pengaruh
bahasa Cina dalam bahasa Dusun. Menurutnya

‘…As far as I am aware there are no traces of Chinese
words to be found in the Dusun language, though this
is not strange when it is remembered that the new
generation would learn to speak the language of the
Dusun mothers.”

Di bahagian Timur, dipercayai pengaruh China
berlaku apabila Ong Sum Ping yang membuat petempatan di
Kinabatangan dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
Ong Sum Ping dipercayai menggunakan Sungai Kinabatangan
untuk mendapatkan hasil bahan dagangan di pedalaman
(termasuk Nunuk Ragang dan gunung Kinabalu), dan
menggunakan sungai yang sama untuk membawa hasil-hasil
di pedalaman itu ke muara sungai, sebelum melalui Laut Sulu
dan Laut China Selatan ke Tanah Besar China. Selain
membina petempatan dan membuka kedai, Ong Sum Ping
juga membuat perdagangan barter dengan penduduk di
pedalaman untuk mendapatkan hasil hutan seperti rotan,
damar dan sebagainya.

Ong Sum Ping dan Peranannya di Borneo

Ong Sum Ping atau Huang Senping dari Fujian,
China merupakan individu yang sering disebut dalam sejarah
kesultanan Brunei, sehingga menjadi individu penting pada

52 Ibid.

28

tahun 1375 hingga kepulangannya ke China pada tahun 1425.
Selain menjalin hubungan dengan kerajaan Brunei melalui
perkahwinan dan pengiktirafan sebagai Pangeran Maharaja
Lela dan Ketua Kinabatangan, Ong Sum Ping juga
mengasaskan kerajaan Kinabatangan dan mengambil intan
kemala naga di gunung Kinabalu.

Dipercayai bahawa nama Kinabatangan berdasarkan
perkataan ‘Kina atau Kee-na’ yang merujuk kepada sebutan
‘Cina’ oleh orang Dusun dan ‘batangan’ pula merujuk kepada
sungai. Bermaksud sungai Kinabatangan itu kepunyaan Cina
kerana sering menjadi laluan Ong Sum Ping membawa hasil-
hasil bumi dari pedalaman Sabah. Nama ‘Kinabalu’53 juga
menunjukkan pengaruh Cina atau Ong Sum Ping kerana
didakwa berasal daripada perkataan sebutan Dusun ‘Kee-na’
atau ‘Kina’ (Cina), ‘balu’ - merujuk kepada balu Cina yang
telah ditinggalkan suaminya. Ong Sum Ping, atau salah
seorang daripada pengikutnya daripada China dipercayai
adalah individu (yang disebut sebut oleh penduduk di kaki
gunung) yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan di
kaki gunung Kinabalu.

Ong Sum Ping juga dikenali sebagai Wong Song Ping,
digelar ‘Raja Kinabatangan’ oleh komuniti di Kinabatangan.
Kemampuannya mengumpul tentera dan menghalang
pencerobohan kesultanan Sulu di Borneo menyebabkan dia
digelar Komander Huang atau ‘Chung Ping’ (Jeneral tentera).
Tidak diketahui apakah jawatan atau peranannya di China.
Ada catatan menyebut dia sebagai pegawai di Makhamah
Dinasti Ming dan bertaraf Menteri. Ada juga catatan
menyebut Ong Sum Ping hanyalah seorang individu biasa
yang melarikan diri daripada Dinasti Yuan.

53 Owen Rutter bagaimanapun tidak setuju nama ‘Kinabalu’ yang didakwa daripada
perkataan ‘Cina-balu’, kerana ianya agak janggal dengan menyebut ‘Chinese Widow’
kepada perkataan ‘Cina balu’ atau ‘Kina-balu’ yang sepatutnya disebut ‘balu Cina’
dalam bahasa Melayu-Brunei. Owen Rutter menjelaskan bahawa gunung itu telah
dinamakan oleh orang Dusun sebagai ‘Nabalu’ yang bermaksud tempat berehat
untuk orang-orang yang sudah meninggal.

29

Beberapa penulisan sejarawan barat telah menyentuh
peranan Ong Sum Ping, khususnya peranannya dalam
penubuhan kerajaan Kinabatangan dan peristiwa mengambil
intan di gunung Kinabalu. Hughes, H.R mencatatkan;54

…it is more than probable that this was the
origin of the Chinese colony in Northern
Borneo which is commemorated in the
nomenclature of the Kinabatangan river and
the mountain Kinabalu and which according to
tradition provided Brunei with an early ruler.55

Agnes Newton Keith, dalam buku ‘Land Below the
Wind’, juga menyebut berkenaan kerajaan Kinabatangan yang
telah diasaskan oleh koloni China. Dinyatakan dalam
tulisannya tentang kewujudan kerajaan Kinabatangan; ‘Early
Brunei and Sulu annals tell of a Chinese colony on the
Kinabatangan River in the east during the 15th century.56

Kerajaan Kinabatangan telah diasaskan oleh Ong
Sum Ping pada tahun 1407 dengan penduduknya terdiri
daripada komuniti Dusun dari rumpun bahasa Paitanik, iaitu
suku Sukang, Dumpas, Mangkaak, Purazou dan Kunatong.
Catatan yang sama dijelaskan oleh Owen Rutter mengenai
kewujudan Kinabatangan yang diasaskan oleh individu dari
China bernama Ong Sum Ping yang muncul pada tahun 1415
- 1425.

Besides those who were forcibly detained, it
was inevitable that many members of the
trading expeditions should elect to settle in the
country of their own free will, and there are
records, both in Sulu and Brunei history, of a
Chinese colony on the Kinabatangan River in

54 H.R. Hughes-Hallet, A Sketch of the History of Brunei, Journal of the Malayan
Branch of the Royal Asiatic Society, PP. 23-42
55 Ibid, hlm 24.
56 Agnes Newton Keith, Land Below the Wind.

30

the fifteenth century. A sister of Ong Sum Ping,
the Chinese Governer of the settlement,
married Sultan Mohammad, who first
introduced the religion of Islam into Brunei,
and from this pair sprang the present royal
family of the native state. (Owen Rutter
1922:86)

Pengiktirafan Ong Sum Ping sebagai Pangeran
Maharaja Lela dan perkahwinan adik Ong Sum Ping dengan
adik Sultan Ahmad, Sultan kedua Brunei dan
pengiktirafannya sebagai ketua pemimpin Kinabatangan
menunjukkan eratnya hubungan antara kerajaan Brunei
dengan Ong Sum Ping.57

Kemunculan Ong Sum Ping di Kinabatangan
dipercayai menggunakan laluan dari China dan menyelurusi
lautan Sulu sebelum bergerak ke pedalaman Borneo melalui
sungai Kinabatangan.58 Laluan ini berterusan sehinggalah
mereka memperolehi hasil hutan termasuk kayu keras, damar,
rotan, lilin lebah kayu, kayu wangi dan minyak daripada hasil
hutan yang lain. Kinabatangan menjadi petempatan utama
Ong Sum Ping dan tentera-tenteranya memunggah barang-
barang untuk dibawa ke tanah besar China. Pemilihan ini
melihat kepada banyak faktor, termasuk ancaman serangan
daripada Sulu sekiranya mendirikan petempatan di pesisir
pantai. Kemunculan Kinabatangan sebagai sebuah kerajaan
telah menyebabkan beberapa petempatan di Sukau, Mumiang
dan Bilit berkembang sebagai pekan-pekan kecil.

Kedatangan Ong Sum Ping ke Borneo dipercayai juga
bukanlah kali pertama sebelum datang dan belayar bersama

57 Terdapat juga versi menyatakan bahawa Ong Sum Ping yang berkahwin dengan
anak Sultan Mohammad.
58 Wen Xiong Fei, The history of the Overseas Chinese in Southeast Asia, Shanghai:

Dong fang yin shu guan), 1929.

31

Laksamana Zheng pada tahun 1375.59 Ong Sum Ping pernah
datang ke Borneo sebagai pelarian semasa Dinasti Yuan
(1271-1368) kerana perselisihan dengan kerajaan Dinasti
Yuan.60 Bagaimanapun, Ong Sum Ping menjadi orang yang
penting di China semasa Dinasti Ming (1368 - 1644) dan
kembali ke Borneo untuk melaksanakan beberapa tugasan
termasuk mengambil intan kemala naga di Gunung Kinabalu.
Bagaimanapun, tugasan yang diberi oleh Dinasti Ming kepada
Ong Sum Ping bukan sekadar mengambil intan di gunung
Kinabalu, tetapi meluaskan empayar China di Sabah melalui
penjajahan ekonomi. Hasilnya, orang-orang dari China telah
membuka kedai di serata tempat di Sabah.

Cerita rakyat Dusun juga sering menyebut tentang
kehadiran pedagang atau pencari bahan mentah daripada
China pada sekitar penghujung abad ke 14. Diceritakan juga
tentang perkahwinan penduduk tempatan yang tinggal di
bawah kaki gunung Kinabalu dengan seorang pemuda dari
China. Catatan China pula menjelaskan memang terdapat
sebuah gunung di pedalaman Sabah (Gunung Kinabalu) yang
dijaga oleh seekor naga. Sumber sejarah Brunei menyebut
bahawa Ong Sum Ping61 adalah orang dari China yang telah
mendapatkan intan kemala naga (disebut oleh komuniti
Dusun sebagai ‘butia Nabalu’) di gunung Kinabalu daripada
penjaga gunung, seekor naga dengan memasukkan lilin besar
dalam peti kaca yang akan memancar bercahaya seolah-olah
naga itu sendiri.62

Komuniti Dusun (puak Maragod) di bawah gunung
Kinabalu telah membantu pasukan Ong Sum Ping mengambil
‘butia nabalu’ atau intan kemala naga. Kisah gunung naga

59 Johannes L. Kurz “Making History in Borneo: Ong Sum Ping During the late
Yuan and Early Ming Dynasties, hlm. 23.
60 Wen Xiong Fei, The history of the Overseas Chinese in Southeast Asia, Shanghai,

1929, hlm. 21.
61 Muhammad Jamil Al-Sufri, Tarsilah Brunei - Sejarah Awal dan Perkembangan
Islam. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah

32

oleh komuniti Dusun di kaki gunung Kinabalu dinyatakan
oleh Owen Rutter, 1922:85

“One of the Emperors of China who lived many
centuries ago (so the Dusuns say) having heard
from a traveller of a wondrous carbuncle that
was guarded by a dragon upon the summit of
Kinabalu, sent his three sons upon a quest to
find this jewel, promising his kingdom to
whomsoever of them should succeed. After
many perils and adventures the youngest one
stole the carbuncle from the dragon by
bombarding him with his brothers and their
followers made for the ships, but they were
pursued by the outraged dragon, who finally
overtook them and wrought havoc among the
fleeing tongkongs, until, having in his rage
swallowed one, he sank to the bottom of the
ocean and was drowned. Only the ship in which
were the three princes escaped to China, and
such survivors as managed to reach the shore,
having now no means of returning to their
native land, settles in the country and
intermarried with the native tribes. (Rutter,
1922:86)

Penglibatan Ong Sum Ping di gunung Kinabalu
memberi gambaran bahawa dia adalah antara orang penting
yang membawa pengaruh China ke pedalaman Sabah.63
Keengganannya untuk pulang ke Tanah Besar China selepas
berjaya mendapatkan intan kemala64 tersebut menunjukkan

63 Nama Kinabatangan dipercayai membawa maksud ‘Sungai Cina’, bangsa Dusun
menyebut ‘ki-na’ (kee-na) untuk ‘Cina’
64 Dalam beberapa catatan, Ong Sum Ping telah ditugaskan untuk mengambil intan
kemala naga di gunung Kinabalu bersama Ong Kong Bong. Ong Sum Ping telah
membuat peti kaca yang mengandungi lilin besar, sambil dibantu oleh Ong Kong
Bong. Lilin itu apabila dibakar, akan bercahaya dan mempunyai imej seekor naga.
Ong Sum Ping telah menggunakan layang-layang besar untuk membawa peti kaca

33

bahawa Ong Sum Ping mempunyai beberapa misi di Borneo
yang belum dapat dicapai. Antara faktor tersebut adalah
kerana dia dipercayai berkahwin dengan perempuan tempatan,
adiknya juga berkahwin dengan kerabat kesultanan Brunei,
kedudukannya yang agak baik dalam perniagaan di Borneo
dan pengiktirafan empayar Brunei terhadap Ong Sum Ping.

Owen Rutter menyifatkan kewujudan naga di gunung
Kinabalu yang menjaga intan adalah tidak benar. Kesukaran
untuk mendapatkan intan sehingga mendapatkan bantuan
penduduk tempatan adalah helah untuk mengumpul sebanyak
mana hasil bumi di kawasan tersebut.

Kekayaan hasil bumi itu telah menyebabkan orang
dari China itu tidak kembali ke China selagi tidak
mendapatkan intan tersebut. Setelah intan tersebut diperolehi,
naga itu pula hilang. Dalam ertikata lain, cerita naga di gunung
itu adalah ciptaan semata-mata bagi menakut-nakutkan orang
tempatan supaya tidak pergi ke gunung kerana khuatir intan
tersebut dijumpai oleh penduduk tempatan.

Owen Rutter mendakwa bahawa naga di gunung
adalah simbol kerajaan China yang menandakan gunung
Kinabalu itu sebagai sebahagian daripada wilayah China, (atau
lebih tepat wilayah jajahan China) bukannya seekor naga yang
menjaga gunung.65 Oleh kerana inilah tugasan yang telah
diberikan oleh kerajaan Dinasti Ming kepada Ong Sum Ping,
iaitu mencari tempat yang boleh mengeluarkan hasil bumi
tanpa perlu berebut atau berperang dengan penduduk tempatan.

tersebut ke puncak gunung. Selepas kejayaan memperolehi intan Kemala naga
tersebut, Ong Bong Kong telah memberitahu orang ramai bahawa dia adalah orang
yang telah mendapatkan intan tersebut. Ong Bong Kong kemudian kembali ke China
bersama intan Kemala Naga sementara Ong Sum Ping kekal di Brunei.

65 Godfrey Hewett, British North Borneo Herald, March 16, 1923

34

Kesimpulan
Jelas bahawa kerajaan Brunei, sejak kerajaan Brunei

kuno sehingga pengasasan kerajaan Kesultanan Brunei, wujud
pengaruh China dalam kerajaan Brunei dan kawasan-kawasan
lain di Borneo, termasuk pedalaman Sabah. Sebagai kerajaan
yang dilindungi oleh empayar China, Brunei telah
memberikan kebebasan untuk pedagang China mencari hasil
hutan di Borneo, termasuk kawasan-kawasan pedalaman di
Sabah.

China melalui Ong Sum Ping telah memberikan
perlindungan kepada empayar Brunei untuk menggelak
daripada serangan kesultanan Sulu di Timur, Sebab itulah
muncul kerajaan Kinabatangan yang diasaskan oleh Ong Sum
Ping untuk strategi pertahanan daripada pencerobohan
kesultanan Sulu. Untuk menggeratkan hubungan China dan
empayar Brunei, perkahwinan antara kerabat Brunei dan
keluarga Ong Sum Ping telah dibuat. Malahan, dalam
beberapa catatan dipercayai Sultan Ahmad, sultan Brunei
kedua adalah Ong Sum Ping selepas berkahwin dengan anak
Sultan Mohammad, Putri Ratna Dewi.

35

BAB TIGA

NUNUK RAGANG: PETEMPATAN
TERBESAR KOMUNITI DUSUN DI

SABAH

Berdasarkan catatan pedagang China dan Empayar
Brunei, Dusun atau nama ‘Dusun’ itu sudah pun digunakan
oleh empayar Brunei sejak komuniti ini menjalankan aktiviti
agrarian atau selepas melakukan migrasi dari pesisir pantai
kerajaan Po’ni bermula pada tahun 1212. Bagaimanapun,
komuniti ini tidak merujuk mereka sebagai ‘Dusun’
sebaliknya menggunakan nama puak seperti Tagahas,
Tuhawon, Liwan, Bundu, Tatana dan sebagainya. Hanya pada
tahun 1881, apabila syarikat Berpiagam Borneo Utara
menyatukan Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman Sabah
sebagai ‘Borneo Utara’, barulah istilah ‘Dusun’ digunakan
secara rasmi.

Migrasi komuniti Dusun dari pesisir pantai di
Sarawak dan Brunei (atau kawasan kekuasaan kerajaan Po’ni)
bermula pada awal abad ke 13 atau pada tahun 1212 masihi.
Komuniti ini tersebar ke serata tempat di Borneo Utara hingga
ke beberapa wilayah di Filipina. Migrasi komuniti Dusun ke
pedalaman bukan hanya kerana keadaan huru hara yang
disebabkan oleh perang, tetapi juga ancaman daripada
komuniti-komuniti baru yang datang dari luar Borneo.

Selepas migrasi dari kerajaan Po’ni, terdapat juga
beberapa komuniti Dusun yang mendirikan tempat tinggal
tidak jauh dari di pesisir pantai seperti di Membakut, Kimanis,
Papar, Tuaran, Kota Belud dan Teluk Marudu. Bagaimanapun,
komuniti ini tidak dapat bertahan lama kerana sering diserang
oleh komuniti lain yang baru sampai sekitar abad ke 16 atau

36

ke 17 masihi. Mereka juga terpaksa berpindah jauh dari
pesisir pantai dan membuat petempatan di kawasan baru.

Sementara itu terdapat juga orang Dusun yang tidak
bermigrasi dan kekal di kawasan petempatan asal sepertimana
di Miri dan Baram di Sarawak serta Belait dan Tutong di
Brunei. Mereka kekal mendiami kawasan tersebut
sehinggalah keadaan kembali stabil selepas Raja Tugau dari
kerajaan Melanau diusir keluar oleh pahlawan Bisaya yang
diketuai oleh Datu Puti.

Teori Migrasi ini menjelaskan bahawa Dusun tidak
semuanya berasal daripada Nunuk Ragang. Nunuk Ragang
hanyalah satu petempatan terbesar komuniti Dusun selepas
membuat migrasi daripada pesisir pantai Borneo sekitar
penghujung awal abad ke 15. Bagaimanapun, sebahagian kecil
orang Dusun mengganggap bahawa petempatan terbesar
mereka di Nunuk Ragang adalah asal usul mereka.66

Pendirian asal-usul Dusun adalah di Nunuk Ragang
ini dinyatakan dalam pernyataan seorang penulis barat yang
berikut;

The Dusun themselves while they have no
common name in their own language, do
recognise all other groups of Dusun who came
from the legendary village of Nunuk Ragang
as their own people. Those who do not come
from Nunuk Ragang are not Dusun. As far as I
am able to certain, this criterion does
effectively distinguish the group to whom the
term Dusun is now commonly applied.67

Pemilihan Nunuk Ragang sebagai satu petempatan
yang oleh komuniti Dusun disebabkan terdapat pokok ara

66 Owen Rutter, The Pagans of North Borneo, hlm. 42
67 Monica Glyn-Jones, The Dusun of the Penampang Plains, 1953 p.117.

37

(pokok nunuk atau ‘banyan tree’)68 yang sangat besar
(sebesar enam pemeluk) dan boleh menempatkan tujuh buah
rumah panjang berukuran 12 kali 20 kaki.69 Pokok Nunuk ini
adalah tempat berlindung daripada habitat, seperti hidupan
liar, serangga dan roh-roh jahat. Getah dalam akar pokok
juga boleh mengubati penyakit kulit.

Nama ‘Nunuk Ragang’ hanya muncul ketika
peristiwa anak-anak keluarga awal di Nunuk Ragang mandi
manda di sungai dan melihat pokok ara yang berhampiran
dengan sungai tersebut berwarna kemerah-merahan. Sejak itu,
kawasan tersebut dikenali sebagai ‘Nunuk Ragang’ atau
‘pokok ara berwarna merah.’ Kawasan ini sangat istimewa
untuk komuniti Dusun. Bukan hanya kerana terletak di dua
pertemuan sungai, tetapi dipercayai kawasan tersebut adalah
kawasan pusaran tenaga bumi.

Maksudnya, pemilihan Nunuk Ragang sebagai
petempatan terbesar komuniti Dusun bukanlah secara
kebetulan, tetapi ianya adalah pemilihan yang tepat. Dalam
beberapa kajian, kawasan tersebut adalah tempat pusaran
tenaga bumi yang berhubung dengan kawasan pusaran bumi
yang terdapat di Prana, India, Chakra di Jepun, Chi di China,
Great Pyramid di Giza, Mesir dan beberapa kawasan di
Amerika. Di kawasan pusaran tenaga bumi, pelbagai
keistimewaan boleh diperolehi. Dari aspek spiritual, mereka
yang melakukan meditasi, penyembahan spiritual dan
bertafakur boleh memperolehi keberanian dan
penyembuhan.70 Sebab itulah, dipercayai bahawa faktor ini
menjadi satu sebab kenapa petempatan di Nunuk Ragang
boleh bertahan dalam satu jangkamasa yang panjang
walaupun tidak mempunyai struktur organisasi kerajaan

68 Anthony Reid, ‘Nationalism and Political Identity in Southeast Asia’, 2013.
69 Hamidun Udin, Masyarakat Dusun di Daerah Ranau: Kajian Identiti dan Interaksi
Antara Agama, hlm. 50.
70 Earth Energy Vortex - The Case of Nunuk Ragang

38

sepertimana kerajaan-kerajaan yang muncul di Asia Tenggara
pada waktu itu.

Teori Migrasi Dusun ke Nunuk Ragang

Sumber cerita rakyat Dusun ada menceritakan
bagaimana manusia terawal muncul di Nunuk Ragang.
Bagaimanapun, terdapat unsur mitos dalam cerita tersebut dan
tidak dapat dikaitkan dengan sejarah migrasi komuniti Dusun
dari pesisir pantai Borneo. Dalam cerita rakyat tersebut,
diceritakan seekor ayam jantan yang besar meratakan
kawasan Nunuk Ragang. Selepas diratakan, muncul seorang
pemuda dan wanita yang cantik. Mereka percaya bahawa
kedua-dua manusia inilah yang memulakan legasi komuniti
Dusun di Nunuk Ragang.

Berdasarkan cerita ini, dipercayai bahawa kumpulan
pertama manusia yang sampai di Nunuk Ragang adalah
sepasang suami-isteri yang mempunyai seekor ayam jantan.
Mereka telah membina petempatan dengan meratakan
kawasan tersebut supaya senang untuk melakukan aktiviti
seharian. Dipercayai selepas mereka beranak-pinak, kawasan
tersebut menjadi tumpuan kerana menjadi tempat
persinggahan beberapa puak Dusun yang membuat perjalanan
dari barat ke timur atau sebaliknya.

Dalam versi etnik Kadazan, dipercayai bahawa cerita
asal-usul petempatan Dusun di Nunuk Ragang adalah
berdasarkan kisah batu besar yang terletak di bawah nunuk
(pokok ara) di tebing sungai Liwogu di Tompios. Apabila
batu besar itu terbelah dua, muncul dua manusia iaitu,
Kinoingan dan Suminundu.71 Kinoingan bermaksud tuhan
dan Suminundu adalah suci (osundu). Huminodun adalah anak
pertama mereka.

71 Herman J. Luping, Indigenous Ethnic Communities of Sabah. The Kadazandusun,
2009, hlm. 32.

39

Bagaimanapun, sepertimana perihal ayam jantan
bersaiz besar menguis tanah berdekatan pokok ara dan
kemudiannya menjumpai dua tubuh manusia, cerita
kemunculan manusia daripada batu besar juga tidak dapat
dibuktikan. Ini kerana tiada sebarang penulisan mengenai
kemunculan manusia daripada tanah mahupun daripada batu
di Nunuk Ragang pada abad ke 15.72 Bagaimanapun, jika
manusia tersebut mendirikan tempat tinggal di dalam tanah
atas sebab tertentu seperti keselamatan, maka asal-usul
manusia pertama di Nunuk Ragang tinggal di bawah tanah,
boleh diterima.

Jika menggunakan cerita rakyat sebagai cerita yang
menjelaskan asal usul Dusun maka dipercayai manusia
pertama di Nunuk Ragang adalah seorang lelaki dan wanita
yang muncul secara tiba-tiba daripada tanah atau batu,
kemudiannya beranak pinak dan menghasilkan populasi yang
besar di Nunuk Ragang.73 Penjelasan ini bagaimanapun tidak
dapat diterima dari sudut disiplin sejarah, kerana kemunculan
manusia daripada tanah atau batu tidak dapat dibuktikan.

Bagaimanapun, kepercayaan agama dan teori Charles
Darwin mengenai asal-usul manusia berkemungkinan boleh
menjelaskan asal-usul Dusun mengikut cerita rakyat ini.
Melalui kepercayaan agama, dinyatakan bahawa manusia
pertama adalah bernama Adam yang kemudiannya lahir
keturunan manusia setelah Hawa diciptakan melalui tulang
rusuk Adam. Kemunculan manusia dari sudut agama ini
hampir sama sepertimana mitos asal-usul manusia pertama di
Nunuk Ragang. Kepercayaan bahawa manusia muncul
daripada tanah di Nunuk Ragang ini dipercayai dibuat

72 Sepertimana kepercayaan agama yang mencatatkan manusia pertama adalah Adam
dan Hawa.
73 Fausto Borlocco, Identity and the State in Malaysia, 2013, hlm. 60.

40

berdasarkan kepada kewujudan agama Labus (animisme),
yang percaya manusia pertama adalah daripada tanah.74

Cerita kaum Rungus berkenaan asal usul penduduk di
Nunuk Ragang pula lebih kepada faktor keagamaan. Mereka
percaya bahawa Nunuk Ragang menjadi tempat
pengembangan agama Labus dalam kalangan komuniti Dusun.
Agama Labus dibawa oleh seorang lelaki yang dianiaya oleh
saudara-saudaranya kerana memiliki pelbagai kemahiran,
seperti membuat perangkap haiwan dan senjata.
Keistimewaannya ini menyebabkan dia dihukum dengan
membuang lelaki dan isterinya ke laut. Dipercayai lelaki
tersebut tinggal di luar Borneo dan bermigrasi ke Borneo
apabila ditumpangkan oleh sebuah kapal yang belayar ke
Borneo.

Di Borneo, lelaki tersebut yang mendakwa dirinya
adalah ‘usan-usan’75 telah bermigrasi ke gunung Nabalu
(Kinabalu) untuk menyebarkan agama Labus. Selain itu
‘usan-usan’ juga menyebarkan ilmu adat yang diperturunkan
kepada seseorang yang mahir dalam upacara ritual. Mereka
dikenali sebagai Bobolian atau Bobolizan.76 Bobolizan
kemudiannya menjadi orang penting di Nunuk Ragang.
Bobolian pertama di Nunuk Ragang adalah Bobolizan aki77

74 Bagaimanapun, ahli Sains sering menyangkal teori kewujudan manusia daripada
tanah atau tulang rusuk setelah memikirkan persoalan manusia yang mempunyai ras
dan DNA yang sangat berbeza. Ada juga pandangan yang menjelaskan bahawa
perbezaan ras dan DNA adalah kerana mutasi genetik. Bagaimanapun, jika
jawabannya adalah kerana mutasi genetik, sudah tentulah teori evolusi Charles
Darwin pada tahun 1859 (dalam buku The Origin of Species) boleh diterima kerana
ianya boleh menjawab persoalan perbezaan DNA dan ras manusia. Ini kerana dalam
teori evolusi Darwin, evolusi manusia adalah berdasarkan perubahan perkembangan
genetik dari satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya.

75 ‘Usan-usan’ bermaksud tidak memiliki keluarga. Berdasarkan cerita versi Rungus
ini, dipercayai ‘usan-usan’ tersebut adalah daripada China. Dipercayai juga ‘usan-
usan’ itu adalah Ong Sum Ping yang melarikan diri daripada Dinasti Yuan.
76 dalam bahasa Dusun ‘Bobolian’, bahasa Rungus ‘Bobolizan sementara bahasa
Kadazan disebut ‘Bobohizan’
77 ‘aki’ merujuk kepada datuk lelaki, tetapi boleh juga digunakan oleh cicit-cicit atau
generasi berikutnya untuk merujuk kepada keturunan mereka.

41

Nunuk Ragang.78 Bobolian aki Nunuk Ragang, adalah orang
yang telah bertanggungjawab mengembangkan kepercayaan
Labus (animisme) di Nunuk Ragang. Dipercayai bahawa
Bobolian aki Nunuk Ragang menggunakan sungai Liwogu
yang bersambung sehingga ke kawasan gunung Kinabalu
untuk sampai ke Nunuk Ragang.

Berdasarkan kisah asal usul daripada kaum Rungus
ini, dipercayai Aki Nunuk Ragang inilah yang mengasaskan
petempatan manusia di Nunuk Ragang. Tidak diketahui nama
sebenar Aki Nunuk Ragang tetapi yang jelas cerita ini boleh
diterima untuk menjelaskan kemunculan petempatan di
Nunuk Ragang. Bagaimanapun, kisah ini tidak diceritakan
oleh suku-suku Dusun yang lain. Sebahagian besar suku
Dusun mendakwa bahawa manusia pertama di Nunuk Ragang
adalah sepasang suami isteri yang terlibat dengan peristiwa
kapal atau tongkang yang pecah di sungai Labuk.

Catatan salasilah puak Dusun Tobilung pula
mendakwa bahawa keturunan puak ini adalah daripada China
yang datang ke Brunei semasa kerajaan Po’ni. Lelaki bernama
Tumpu Gumurong mempunyai anak bernama Galampas yang
didakwa melakukan migrasi ke Nunuk Ragang.79 Anak
Galampas bernama Somporou pula merupakan pemimpin
puak Tobilung di Nunuk Ragang. Guminggon, adalah
pemimpin puak Tobilung yang bertanggungjawab membawa
puak ini keluar dari Nunuk Ragang pada abad ke 18 ke
Inanam sebelum bermigrasi ke Kota Belud dan bahagian
Utara Sabah di bawah Tombolung. Bagaimanapun, salasilah
ini tidak dapat menjelaskan sejarah sebenar apa yang berlaku
di Nunuk Ragang dari awal sehingga keruntuhan Nunuk
Ragang.

78 Selepas Bobolizan Gomburon, bobolian berikutnya adalah Bobolizan Guraumanuk
yang mengubah Hukum Gomburon setelah mendapat petunjuk daripada Lumaag
Nabalu (Semangat Nabalu). Bagaimanapun, perubahan ini memerlukan
penyembelihan babi (mangaraha) yang akan dilakukan oleh Bobolian, sebagai
perantara manusia yang berdosa dengan kinoringan.
79 Silisila Keturunan Tobilung.

42


Click to View FlipBook Version