Kemunculan Komuniti Dusun di Nunuk Ragang
Migrasi komuniti Dusun ke pedalaman adalah
menggunakan laluan sungai. Aki Nunuk Ragang dipercayai
menggunakan jalan lautan di sepanjang pesisir pantai barat
Sabah, kemudiannya ke utara Sabah sebelum menyelusuri
pantai di timur Sabah. Di pantai Timur, kapal kecil atau
tongkang tersebut bergerak ke pedalaman menggunakan
sungai Labuk. Dipercayai bahawa aki Nunuk Ragang
menyertai pedagang-pedagang Cina untuk mendapatkan
bahan mentah di pedalaman Sabah sebelum kapal atau
tongkang yang dinaikinya pecah di muara sungai Labuk.
Terdapat beberapa dakwaan bahawa kapal tersebut adalah
kumpulan pembesar kerajaan Po’ni, iaitu Datu Gomurun yang
melarikan diri daripada Po’ni yang runtuh diserang kerajaan
Melanau. Bagaimanapun, tiada catatan bahawa Datu
Gomurun adalah orang yang terselamat daripada kapal yang
pecah dan mengasaskan petempatan di Nunuk Ragang.
Selepas kapal tersebut pecah, beberapa orang yang
terselamat telah meneruskan perjalanan ke hulu sungai
Labuk.80 Hanya sepasang suami isteri telah berjaya menuju ke
hulu sungai Labuk dan telah sampai di pertemuan sungai
Liwogu Kawananan dan sungai Liwogu Kogibangan.81 Di
kawasan pertemuan sungai tersebut, aki Nunuk Ragang
menemui pokok ara dan memutuskan untuk tinggal di
kawasan tersebut. Pada masa itu, pokok ara (Nunuk) masih
kecil dan hanya tumbuh menumpang di atas batu.82 Terdapat
dakwaan bahawa pasangan suami isteri tersebut mendirikan
rumah berhampiran pokok Talantang, yang kemudiannya
80 Ibid.
81 Isahak Sanudin, Sejarah Asal Usul dan Dialek Dusun Talantang, 2019, hlm. 3
82 Ibid, hlm. 4.
43
membentuk puak terawal di Nunuk Ragang, iaitu puak
Talantang.83
Tidak banyak cerita lisan mengenai Datu Gomurun
sebagai pengasas Nunuk Ragang. Cerita lisan komuniti Dusun
sebaliknya mempercayai bahawa pengasas petempatan adalah
sepasang suami isteri yang tidak diketahui namanya mahupun
nama puaknya. Terdapat juga dakwaan bahawa pada mulanya
puak yang terawal menduduki Nunuk Ragang adalah puak
Tolinting.84 Beberapa penulisan percaya bahawa puak
Tolinting adalah kumpulan yang terawal di Nunuk Ragang
berdasarkan dialek atau bahasa yang digunakan pada mula
penempatan tersebut didirikan.85 Berdasarkan sumber ini
dipercayai puak Tolinting adalah kumpulan komuniti Dusun
yang menaiki kapal atau ‘tongkang’ yang pecah semasa
menyelusuri sungai Labuk. Ini kerana istilah ‘Tolinting’
adalah istilah sebutan Cina, yang disebut sebagai ‘Tongwang’
atau bangsa pergunungan. Bagaimanapun, puak ini tidak
banyak diperkatakan di Nunuk Ragang dan dipercayai
pasangan suami-isteri puak Tolinting yang sampai ke Nunuk
Ragang kemudiannya telah mengasaskan puak Talantang.
Dipercayai juga bahawa pasangan suami isteri itu
telah membawa biji benih termasuk terung, timun dan kacang
panjang yang dimasukkan dalam subpa (sejenis bambu nipis
atau ‘wulu’) yang ditutup menggunakan bambu yang
menggunakan ‘sopinit’ (lilin lebah kelulut) untuk
mengetatkan penutupnya supaya benih tersebut tidak rosak.86
Pasangan ini mempunyai 14 orang anak yang kemudiannya
beranak pinak sehingga populasi di Nunuk Ragang bertambah
ramai. Setelah anak-anak ini membesar, dipercayai bahawa
83 Ibid.
84 Mereka menggelar diri mereka Tolinting kerana ada budaya komuniti di Nunuk
Ragang yang gemar membunyikan isyarat kecemasan menggunakan gong.
85 Japuin Madisah, Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan, 1986 (dalam
Hamidun Udin, Masyarakat Dusun di Daerah Ranau: Kajian Identiti dan Interaksi
Antara Agama, 1991, Tesis Universiti Malaya).
86 Isahak Bin Sanudin, hlm. 4
44
pada masa itulah nama ‘Nunuk Ragang’ telah digunakan
sempena peristiwa anak-anak aki Nunuk Ragang yang sedang
mandi di sungai Liwogu melihat pokok ara di tebing sungai
berwarna kemerah-merahan.
Selepas penemuan kawasan tersebut pada sekitar awal
abad ke 15 atau pada tahun 1415, barulah beberapa kumpulan
telah berhijrah ke Nunuk Ragang melalui sungai Liwogu
Kogibangan dan Sungai Liwogu Kawananan. Sebahagian
besar kumpulan yang bermigrasi ke Nunuk Ragang datang
daripada sungai Liwogu Kogibangan kerana senang dilalui
berbanding sungai Liwogu Kawananan yang deras dan
merbahaya khususnya apabila banjir berlaku.87
Beberapa kumpulan termasuk pedagang dari China di
Kinabatangan juga telah menggunakan sungai-sungai ini
untuk mencari hasil hutan di pedalaman. Sebahagian daripada
komuniti Dusun dari Kinabatangan dipercayai turut serta
bersama pedagang dari China untuk mencari sumber bahan
mentah di hutan berhampiran Nunuk Ragang. Dipercayai juga
terdapat dalam kalangan mereka tinggal menetap di Nunuk
Ragang. Beberapa kumpulan yang mempunyai dailek bahasa
yang hampir sama di Nunuk Ragang dipercayai datang dari
Kinabatangan atau Labuk berdasarkan dialek yang mereka
gunakan.
Dialek yang pelbagai walaupun tinggal dalam
petempatan yang sama menjawab persoalan mengenai
kewujudan beberapa puak di Nunuk Ragang. Selain puak
yang diasaskan melalui sakag atau keturunan, dan merupakan
puak terawal di Nunuk Ragang, dipercayai juga bahawa puak-
puak yang ada di Nunuk Ragang adalah daripada kumpulan
yang datang daripada serata tempat. Puak-puak ini dapat
dikesan melalui dialek Dusunik yang digunakan.
87 Isahak Bin Sanudin, Sejarah Asal Usul dan Dialek Talantang.
45
Berdasarkan kehadiran kapal-kapal kecil atau
‘tongkang’ ini, dipercayai bahawa penempatan di Nunuk
Ragang didirikan sekitar tahun 1400 hingga 1420. Ini kerana
aktiviti pedagang China mencari hasil hutan di pedalaman
aktif sekitar akhir abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke
18. Selain sungai Kinabatangan, sungai Labuk juga sering
digunakan oleh pedagang-pedagang daripada China,
termasuk Kapten Kinabatangan, Ong Sum Ping yang aktif
mendapatkan hasil bumi di pedalaman Sabah sekitar tahun
1375 hingga 1425. Selain itu, dakwaan puak Tagahas bahawa
komuniti Dusun di Nunuk Ragang mempunyai hubungan
yang kuat dengan China menguatkan hujah bahawa
sebahagian besar komuniti Dusun telah menyertai ekspedisi
pedagang dari China ke pedalaman menggunakan ‘tongkang’
atau kapal-kapal kecil.
Pada tahun 1420an dipercayai Nunuk Ragang sudah
mula menerima penduduk yang ramai dan saban tahun
menerima kedatangan penduduk yang baru kerana kehadiran
kapal-kapal pedagang China dari sungai Labuk dan
Kinabatangan. Selepas populasi di Nunuk Ragang bertambah,
tempat tersebut telah menjadi tumpuan penduduk di kawasan-
kawasan yang lain.
Perkembangan Komuniti Dusun Abad ke 16 di Nunuk
Ragang
Nunuk Ragang berkembang pesat dan menjadi
tumpuan penduduk pada abad yang ke 16. Walaupun tidak
banyak cerita rakyat berkenaan kewujudan pemimpin di
Nunuk Ragang, tetapi petempatan ini tidak goyah sehingga
abad yang ke 18. Terdapat juga sumber lisan yang menyebut
bahawa terdapat 14 orang ketua komuniti di Nunuk Ragang
sepanjang kemunculan petempatan tersebut selama lebih 300
tahun. Bagaimanapun, tidak ada dalam mana-mana catatan
46
dan dokumen yang dapat membuktikan kewujudan ketua
pemimpin di Nunuk Ragang.
Terdapat beberapa catatan yang diperolehi secara
lisan bahawa abad ke 16, muncul pemimpin yang berperanan
mentadbir komuniti di Nunuk Ragang bernama Piaw, Lisod
Kungkud dan Sompoon sebagai ketua komuniti di Nunuk
Ragang. Bagaimanapun, dakwaan bahawa terdapat
pentadbiran beraja di Nunuk Ragang tidak dapat dibuktikan
kerana tidak wujud satu sistem pentadbiran di Nunuk Ragang
sepertimana kerajaan-kerajaan lain di nusantara. Tidak seperti
kerajaan Srivijaya, Majapahit, Melaka ataupun kerajaan
Brunei. Selain itu tidak ada satu tempat pentadbiran seperti
kewujudan istana di tempat tersebut.
Berdasarkan hujah ini, 14 orang yang didakwa
sebagai raja Nunuk Ragang hanyalah ketua komuniti yang
kemudiannya berakhir sekitar 1743 dan digantikan oleh
ketua-ketua puak. Ketua komuniti ini juga bukanlah
berdasarkan warisan sepertimana kerajaan-kerajaan lain di
nusantara, kerana komuniti Dusun mengamalkan budaya
egalitarian dalam kepimpinan.88
Salah satu sistem pentadbiran yang disebut-sebut di
Nunuk Ragang adalah sistem pentadbiran Lisod Kungkud
yang disebut menggunakan sistem ‘Pasod’ iaitu satu sistem
keselamatan untuk melindungi Nunuk Ragang daripada
serangan luar. Dipercayai terdapat lebih kurang 1000 orang
ahli pasukan keselamatan yang sebahagian besarnya daripada
puak Tagahas. Puak Tagahas dipilih untuk melaksanakan
tanggungjawab ini kerana mereka berani, agresif dan
mempunyai fizikal yang tegap. Puak ini juga mendakwa
pernah membantu pasukan tentera Mongolia menguasai pulau
Borneo pada penhujung abad ke 13.
88 Jaqueline Pugh-Kitingan melihat komuniti Dusun dalam pentadbiran bersifat
egalitarian, iaitu tidak mewariskan kepimpinan kepada anaknya atau saudara-
maranya yang lain Jaqueline Pugh-Kitingan, 2016, hlm.13.
47
Pada tahun 1522, terdapat dakwaan bahawa
petempatan Nunuk Ragang pernah diserang oleh tentera
kesultanan Brunei tetapi tetap bertahan dibawah Lisod
Kungkud. Antara faktor yang menyebabkan kawasan ini tidak
ditakluki oleh mana-mana kerajaan yang ada adalah kerajaan
kedudukannya yang jauh di pedalaman. Kedatangan orang
luar ke Nunuk Ragang juga diterima baik oleh penduduk
Nunuk Ragang walaupun untuk kekal menetap di kawasan
tersebut.
Selain itu, pada awal kemunculan petempatan Nunuk
Ragang, kerajaan Sulu tidak dapat melalui sungai Labuk dan
sungai Kinabatangan kerana di muara sungai, Ong Sum Ping
di Kinabatangan mengawal kawasan Borneo daripada
diceroboh oleh kerajaan Sulu. Ini merupakan satu perjanjian
persefahaman Ong Sum Ping dengan kerajaan Brunei.
Sebagai balasan, Ong Sum Ping akan menguasai ekonomi di
kawasan pedalaman Borneo Utara.
Bagaimanapun petempatan ini mulai retak apabila
pada awal abad ke 18 atau sekitar tahun 1700, kepimpinan
setiap puak lebih menonjol. Mereka menjadi individu
berpengaruh atau woyoon89 oleh ahli dalam kumpulannya. Ini
dibuktikan apabila semua ahli kumpulan atau puak
sependapat untuk bersetuju untuk keluar daripada Nunuk
Ragang dan memilih penempatan baru. Sesetengah puak pula
memilih untuk kekal tinggal di Nunuk Ragang atas keputusan
ketua masing-masing atau selepas membuat pintorungakan
(mesyuarat). Pada masa inilah kepimpinan ketua komuniti
Dusun di Nunuk Ragang berakhir dan digantikan oleh
kepimpinan puak. Beberapa individu yang handal dan
berpengaruh telah dilantik sebagai ketua puak kepada
beberapa kumpulan.
89 Woyoon, bermaksud orang yang boleh diikuti kerana karismanya, samada melalui
perkataan atau perbuatannya
48
Dipercayai bahawa Runsud, Longguwai, Tomui,
Tinggoron, Gorudin, Turumpok dan Lintobon adalah ketua-
ketua puak dalam komuniti Dusun di Nunuk Ragang pada
awal abad ke 18. Walaupun dalam beberapa cerita rakyat
menyebut mereka adalah anak aki Nunuk Ragang, tetapi
berdasarkan kisah dan keperibadian mereka, dipercayai
bahawa mereka adalah ketua puak.
Jika diambil kira tempoh kewujudan petempatan di
Nunuk Ragang selama 328 tahun (1415 -1743), anak-anak
Aki Nunuk Ragang (menurut cerita rakyat) tidak lagi hidup
menjelang tahun 1743. Lagi pula, diceritakan bahawa
kehidupan penduduk di Nunuk Ragang pada peringkat awal
sehingga penghujung abad ke 17 adalah harmoni dan tidak
berpuak-puak. Bagaimanapun cerita berkenaan Runsud dan
‘adik beradiknya’ adalah sebaliknya. Mereka sering
bertelagah, tamak dan mementingkan diri sendiri.
Oleh yang demikian, dipercayai bahawa selepas
pemimpin komuniti Dusun terakhir iaitu Sompoon meninggal
dunia, komuniti Dusun di Nunuk Ragang diketuai oleh ketua-
ketua puak iaitu Runsud, Longguwai, Tomui, Tinggoron,
Gorudin, Turumpok dan Lintobon. Mereka adalah ketua puak
atau ‘monompuun’ (disebut juga sebagai ketua pahlawan)
yang mengetuai puak-puak di Nunuk Ragang. Ketua-ketua
puak ini mengetuai puak atau beberapa puak seperti puak
Tagahas, Tinagas, Liwan, Rungus, Tangara, Minokok,
Tompizoz, Tuhawon, dan sebagainya.90
90 Tidak dipastikan apakah suku atau kumpulan komuniti yang tinggal di Nunuk
Ragang, tetapi umum mengetahui bahawa penutur rumpun Dusunik seperti Rungus,
Tangara, Dumpas, Liwan, Kimaragang, Tobilung, Tibabar, Tuhawon, Tagahas,
Talantang, Tinagas dan Tompulung adalah daripada Nunuk Ragang berdasarkan
persamaan yang banyak dari aspek bahasa, kebudayaan dan sejarah asal-usul.
Penutur rumpun Paitanik, seperti Abai, Lingkabau, Begahak, Paitan, Makiang,
Melapi, Sukang dan Sandayo juga dipercayai bukan kumpulan yang telah bermigrasi
daripada pesisir pantai barat Borneo ke Nunuk Ragang. Hanya puak Mangkaak,
Kunatong, Dumpas, Lobu dan Rumanau yang dipercayai melalui Nunuk Ragang
dalam rumpun Paitanik. .
49
Cerita etnik Rungus pula menyatakan ketua puak
yang ada hanya Runsud, Longguwai dan Turumpok. Runsud
mewakili puak Rungus, Longguwai mewakili puak Tangara
dan Turumpok mewakili puak-puak selain Rungus dan
Tanggara. Sama seperti versi Rungus, versi etnik Kadazan
pula menjelaskan Rungsud mengetuai puak Rungus dan
Longguvai mengetuai puak Tanggara. Bagaimanapun, ketua
puak selain Rungus dan Tanggara adalah Tomui. Tomui yang
mempunyai anak bernama Dusun didakwa mengetuai puak-
puak selain puak Rungus dan Tanggara.
Selain kemunculan pemimpin-pemimpin puak,
kedudukan petempatan juga mendorong kemunculan
semangat berpuak-puak di Nunuk Ragang. Di penghujung
abad ke 17, corak petempatan mula berubah daripada
tertumpu di kawasan pokok nunuk kepada penempatan
berselerak di kawasan-kawasan lain sekitar Nunuk Ragang.
Beberapa kumpulan mengikut Sakag dan beberapa bentuk
kumpulan lain mula berubah menjadi kumpulan yang tidak
sefahaman dengan kumpulan lain. Pada masa inilah wujud
ketegangan antara puak yang menambah ketidak harmonian
di Nunuk Ragang.
Perubahan corak petempatan ini sedikit sebanyak
menyebabkan hubungan antara komuniti ini semakin jauh dan
bersikap mementingkan diri sendiri. Setiap puak mempunyai
ketua puak masing-masing dan ini menyebabkan komuniti
Dusun di Nunuk Ragang mula menunjukkan keretakan. Cerita
keretakan hubungan antara penduduk di Nunuk Ragang
banyak diceritakan dalam bentuk lisan dan cerita-cerita rakyat
Dusun.
Kemerosotan Petempatan di Nunuk Ragang
Pada awalnya, dipercayai komuniti Dusun di Nunuk
Ragang hidup rukun dan damai. Komuniti di Nunuk Ragang
melakukan aktiviti seharian dengan memburu binatang,
50
mengumpul hasil hutan, menangkap ikan, bercucuk tanam-
tanaman seperti ubi manis, keladi dan ubi kayu. Mereka
sentiasa berkerjasama dan sepakat dalam membuat sebarang
keputusan. Budaya ‘mitoluod’ atau ‘mitatabang’ menjadi asas
keharmonian komuniti tersebut. Selain itu, mereka juga akan
sering berbincang untuk membuat sesuatu keputusan dengan
memanggil mesyuarat atau ‘pitorungakkan’ untuk
menentukan bidang tugas masing-masing. Sikap ini berubah
apabila muncul beberapa kumpulan di Nunuk Ragang.
Kumpulan-kumpulan ini mula membuat petempatan yang
terasing dengan kumpulan lain. Mereka juga mula berkira,
tamak dan mementingkan diri sendiri.
Penduduk di Nunuk Ragang juga bertambah setiap
tahun. Kadar kelahiran anak yang tinggi dan kedatangan
orang baru ke Nunuk Ragang menambah kepadatan penduduk
di situ. Dalam catatan Syarikat Berpiagam Borneo Utara,
jumlah penduduk Dusun di Borneo pada tahun 1891 adalah
seramai 34,16691. Dianggarkan sebelum migrasi keluar
daripada Nunuk Ragang yang bermula pada tahun 1743,
jumlah populasi Dusun di Nunuk Ragang adalah seramai 15 -
20 ribu orang.
Faktor kepadatan penduduk, sikap penduduk yang
tidak lagi hidup bermasyarakat, semangat berpuak-puak,
membelakangi kepercayaan Labus, wabak penyakit, kemarau
panjang, tanah tidak subur dan mencukupi adalah antara
punca migrasi keluar penduduk Nunuk Ragang yang bermula
pada tahun 1743. Bagaimanapun, punca awal migrasi adalah
kerana tanah di Nunuk Ragang tidak lagi mencukupi dan
perlu mencari tempat baharu untuk kehidupan yang lebih baik
untuk generasi akan datang. Selain itu, puak Rungus dan
Tanggara mendakwa telah diamanahkan oleh ‘Lumaag
Nabalu’ untuk menjaga pesisir pantai daripada dicerobohi
komuniti-komuniti baru yang datang ke Borneo Utara.
91 J.H. Walker “Census of British North Borneo and Labuan 1891”, BNBOG, 1
February 1892, pp. 19-35
51
Puak Rungus mengetuai migrasi terawal sekitar tahun
1743 kerana mengikut saranan Bobolian (Bobolizan) yang
menyatakan bahawa Lumaag Nabalu (semangat Nabalu)
memohon penduduk Nunuk Ragang untuk berpindah dan
mencari petempatan yang baru kerana semua sungai yang
mengalir hingga ke laut adalah milik ‘momogun’ (orang asal).
Penduduk Nunuk Ragang perlu menguasai tempat tinggi,
bukit dan gunung kerana tempat-tempat itu dikuasai oleh
Lumaag Nabalu.
Puak Rungus telah bermigrasi hingga ke hujung
Borneo atau ‘Pompod Tana’ (Tip of Borneo) untuk
memastikan kawasan pantai Borneo tidak diganggu oleh
komuniti lain atau invasi mizonvaig, kerana dipercayai
kawasan pertemuan laut ke barat (rahat kotonobwon) dan
kawasan laut ke timur (rahat kosilzahon) mulai diserang oleh
orang dari luar. Longguwai yang mengetuai puak Tangara
pula telah bermigrasi seawal tahun 1763 ke Penampang,
sebuah kawasan berdekatan pesisir pantai Borneo Utara.
Perkiraan migrasi puak Tangara ini berdasarkan umur anak
Lungguwai, Bulun yang lahir sebaik sahaja puak Rungus
bermigrasi. (Puak Tangara telah mendirikan petempatan di
Penampang ketika Bulun berumur 18 tahun).
Migrasi berikutnya berpunca daripada kehidupan
yang tidak lagi harmoni di Nunuk Ragang. Penduduk di situ
menggunakan peraturan sendiri dan sering berbalah sehingga
menimbulkan pergaduhan antara puak. Malahan, hal sekecil
seperti ejek-mengejek antara puak dan perebutan buah pokok
ara seperti ‘sidom’ (yang boleh digunakan untuk membuat
manik), juga menjadi punca perbalahan. Ketidak harmonian
di Nunuk Ragang digambarkan melalui cerita yang
diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain seperti
cerita ‘Turu Watu Papakang’, lagenda Huminondun dan asal
usul Nunuk Ragang yang diceritakan oleh etnik Rungus.
52
Dalam cerita asal usul Nunuk Ragang yang
diceritakan oleh etnik Rungus, diceritakan juga tentang
petempatan Nunuk Ragang yang telah mula merosot dari
semua aspek - kemanusiaan, kemasyarakatan, ekonomi,
kepercayaan dan adat setelah puak Rungus meninggalkan
Nunuk Ragang. Puak Rungus mendakwa punca utama
keadaan ini berlaku kerana penduduk yang tinggal dikawasan
tersebut telah meninggalkan kepercayaan Labus atau
Animisme.92 Kepercayaan ini menjadi pegangan di Nunuk
Ragang selama beratus tahun dan menjadi salah satu faktor
Nunuk Ragang bertahan begitu lama.
Diceritakan Bobolizan Aki Nunuk Ragang telah
mendapat arahan daripada Bobolizan Guraumanuk untuk
mengarahkan dua ketua puak atau monompuun iaitu
Longguvai dan Rungsud untuk merantau kerana Lumaag
Nabalu telah memesan agar mereka merantau ke tempat lain,
kerana semua sungai yang mengalir dari gunung Nabalu
hingga ke laut adalah milik Momogun (atau orang asal).
Mereka juga harus memilih tempat atau bukit yang tinggi di
mana pun mereka bermigrasi.
Seorang lagi monompuun, Turumpok hendaklah kekal
di Nunuk Ragang untuk meneruskan warisan penempatan
komuniti Dusun di Nunuk Ragang. Walaubagaimanapun,
Turumpok93 tidak dapat mewujudkan keamanan di Nunuk
Ragang kerana kepercayaan agama Labus (animisme) yang
selama ini diamalkan telah bertukar kepada amalan-amalan
ilmu hitam, yang memulakan huru hara di Nunuk Ragang.
Pada akhirnya, wabak penyakit atau terdapat kemungkinan
perbuatan ilmu hitam iaitu penyakit ‘berak berwarna merah’
(ragang taie) telah menyebabkan puak-puak yang diketuai
oleh Turumpok juga meninggalkan Nunuk Ragang.
92 Berita Harian 1 Mei 2010, Agama dan Kepercayaan Nunuk Ragang.
93 Dalam versi Dusun, Lintobon adalah anak Aki Nunuk Ragang yang tinggal
menetap di Nunuk Ragang, sementara Turumpok telah bermigrasi ke Keningau dan
tidak dapat dikesan.
53
Kemerosotan penempatan Nunuk Ragang versi
komuniti Rungus ini juga diceritakan dalam beberapa kisah
yang diperturunkan oleh komuniti Dusun. Salah satunya
adalah kisah “Turu Watu Papakang”, sebuah cerita mengenai
tujuh orang adik beradik yang menjadi asal-usul kewujudan
‘sakag’94 yang kemudian membentuk pula beberapa puak
dalam sakag tersebut. Kisah “Turu Watu Papakang95”
mengisahkan tujuh ‘adik beradik’ daripada anak Aki Nunuk
Ragang bernama Longguwai, Runsud, Tomui, Turumpok,
Tinggoron, Gorudin dan Lintobon yang sering bertelingkah
walaupun ayah mereka telah berusaha untuk mendamaikan
ketujuh-tujuh orang anaknya.96 Bagaimanapun, seperti yang
dijelaskan dari awal, nama-nama ini bukanlah anak kepada
pengasas Nunuk Ragang tetapi ketua puak yang mewakili
penduduk mengikut nama puak di Nunuk Ragang pada tahun-
tahun terakhir sebelum petempatan ini runtuh.
Pertelingkahan antara puak mencapai kemuncak
apabila batu yang bersinar-sinar (watu Papakang) di dalam
sungai Liwogu telah ditemui oleh Lintobon. Ketua puak yang
lain mula berhasrat untuk mengambil batu tersebut. Perebutan
untuk memiliki batu tersebut adalah salah satu contoh
bagaimana keadaan di Nunuk Ragang pada ketika itu. Hal ini
menyebabkan batu tersebut dipecahkan kepada tujuh bahagian.
Tujuh ketua puak atau ‘anak Nunuk Ragang’ ini kemudiannya
telah diarahkan untuk mencari kawasan baru dan memulakan
kehidupan baru. Lintobon, bagaimanapun hendaklah kekal di
Nunuk Ragang.
94 Sakag merujuk kepada jurai keturunan nenek-moyang yang akhirnya membentuk
suku atau puak dalam sesebuah komuniti
95 ‘Papakang’ adalah sejenis pemukul yang diperbuat daripada batu. Pemukul batu
ini akan mengeluarkan bunyi yang sedap didengar, beralun dan berirama apabila
dihentakkan dengan batu lain.
96 Beberapa cerita lisan menjelaskan bahawa Longguwai, Tinggoron dan Lintobon
adalah ketua pahlawan (Monompuun) di Nunuk Ragang. Selain nama-nama ini, ada
beberapa pahlawan lain iaitu Magot dan Daaih. (dalam Isahak Sanudin, ‘Sejarah Asal
Usul dan Dialek Dusun Talantang)
54
Enam ‘anak’ Nunuk Ragang97 kemudiannya
bermigrasi sambil membawa ahli puak masing-masing.
Longguwai telah bermigrasi ke Barat (Penampang), Runsud
bermigrasi ke Utara (Kudat), Tomui ke Timur Utara (Pitas),
Turumpok ke pedalaman tengah (Keningau), Tinggoron ke
pendalaman Timur dan Timur Selatan (Telupid dan Lahad
Datu) dan Garudin ke Barat Utara (Kota Belud).
Runsud98 dipercayai kumpulan terawal meninggalkan
Nunuk Ragang kerana mengikut arahan Bobolian untuk
mencari tanah baru. Kepadatan penduduk di Nunuk Ragang
juga menjadi sebab utama kenapa Runsud dan puak Rungus
meninggalkan Nunuk Ragang. Runsud mengembara sehingga
ke Kudat, Kota Marudu dan Pitas mengasaskan Momogun
Rungus dengan suku-suku Gonsomon, Nulzuw, Kirangavan,
Gandahon, Tupak (Melobong) dan Pilapazan.
Puak Rungus mempunyai hubungan keluarga yang
erat dengan puak Tanggara. Malah Runsud telah menjanjikan
tanah di Kudat (Pompod Tana), kepada Longguwai.
Bagaimanapun, Longguwai kekal di Penampang dan telah
menghantar anaknya bernama Bulun untuk menyertai Runsud
di Kudat. Bulun telah mengasaskan suku Gonsomon dan
mendirikan petempatan di Pantai Timur Kudat.
Longguwai yang merancang menyertai Runsud untuk
bermigrasi pada masa yang sama tetapi tidak ikut serta pada
masa itu kerana isterinya sedang menunggu masa untuk
melahirkan anak. Semasa di Nunuk Ragang, Longguwai99
97 Dalam versi cerita Rungus, Aki Nunuk Ragang hanya mempunyai tiga orang anak
sahaja, iaitu Rungsud (Sulung), Longuvai dan Turumpok yang kekal di Nunuk
Ragang. Dalam cerita versi Kadazan atau Tanggara, aki Nunuk Ragang dikenali
sebagai aki Maragang dan mempunyai anak bernama Runsud, Longguvai, Tomui dan
seorang anak perempuan bernama Sayap.
98 Sebutan dan ejaan nama ‘Runsud’ dalam cerita versi Dusun, dalam cerita versi
Rungus, ejaan namanya adalah ‘Rungsud.’
99 ‘Longguwai’ adalah sebutan Dusun, ‘Longguvai’ sebutan Rungus dan ‘Longuvai’
sebutan Kadazan.
55
mengetuai puak Tangara100 di Nunuk Ragang dan mendirikan
penempatan di tebing sungai Liwogu. Puak Tanggara dan
Rungus sangat akrab dan mempunyai hubungan yang erat,
bukan sahaja kerana tinggal berdekatan ketika di Nunuk
Ragang, tetapi salah satu suku Rungus, iaitu Gonsomon
adalah daripada keturunan Tanggara, iaitu Bulun, anak
kepada Longguwai.
Di Penampang, Longuvai mendirikan penempatan
berdekatan dengan kedai yang dirujuk oleh puak Rungus
sebagai ‘tulun antad sid kakadazan’. Selain Penampang, puak
Tanggara juga mempunyai kaitan dengan suku Dusun di
Papar, Membakut, Labuk dan mempunyai hubungan dengan
suku Rungus Gonsomon di Kudat. Dipercayai juga bahawa
puak Tanggara di bawah Longgguwai mempunyai hubungan
dengan suku Dusun Sukang, Dumpas, Mangkaak, Kunatong
dan Poruzou di Kinabatangan, Sugut, Tongod dan Kuamut.
Tomui yang berhijrah ke Timur Utara di Kota
Marudu, Tandek dan Pitas dipercayai mengasaskan puak
Kimaragang dan Tobilung serta suku Tombonuo dan Liwogu.
Terdapat sesetengah penulisan mendakwa bahawa Lintobon
adalah ketua puak kepada puak Mononggigi yang mempunyai
sub-puak Tobilung, Kimaragang, Tuhawon, Tibabar,
Kolikuan, Potiukan, Kuriyou dan Korupan.101 Bagaimanapun,
puak-puak di bawah Lintobon adalah kumpulan terakhir
meninggalkan Nunuk Ragang. Lintobon sepatutnya kekal di
Nunuk Ragang dan mengetuai beberapa puak yang ingin
kekal di Nunuk Ragang. Bagaimanapun, serangan minorit
menyebabkan puak-puak yang dipimpin oleh Lintobon
meninggalkan Nunuk Ragang.
Turumpok102 dan puak Kuriyou diceritakan
100 Ada dakwaan bahawa istilah ‘Tangara’ adalah perkataan yang diberi oleh puak di
Nunuk Ragang kepada mereka yang bergerak dengan cepat apabila menuruni bukit.
101 P.S. Shim (2007) hlm. 219
102 Dalam cerita versi Rungus, Turumpok adalah pengasas sakag ‘Dusun’. Turumpok
adalah anak ketiga aki Nunuk Ragang dan tinggal menetap di Nunuk Ragang
sebelum tempat tersebut diserang oleh kumpulan manusia bawah tanah atau Minorit.
56
bermigrasi ke Keningau telah hilang dan ghaib apabila beliau
bertapa di gua. Dipercayai Turumpok mengasaskan suku-suku
Kuriyou termasuk Gana, Nabai dan Songoliton. Suku Kwijau
adalah suku yang lahir selepas asimilasi puak Kuriyou dengan
kaum Murut.
Tinggoron yang bermigrasi ke Telupid dan Lahad
Datu telah mengetuai puak Minokok, Tompulung, Tinagas,
Mangkaak, Turawid, Rumanau, Tompizoz dan Dumpas ketika
di Nunuk Ragang. Selepas bermigrasi ke Telupid dan Lahad
Datu, beberapa sub-puak muncul seperti suku Koroli,
Kotoring, Kiwulu, Sogo, Sungangon, Dalamason, Sogolitan,
Tindakon, Malapi dan Tilau-ilau.
Garudin pula mengasaskan Puak Tindal di Kota
Belud. Tidak banyak yang diketahui tentang sakag Gorudin
kerana puak Tindal tinggal menetap di Kota Belud dan hanya
sebahagian kecil telah bermigrasi ke kawasan Kota Marudu.
Lintobon, pula kekal di Nunuk Ragang. Lintobon
mengetuai puak Tagahas, Tuhawon, Liwan, Tibabar,
Talantang dan beberapa puak terakhir yang bermigrasi dari
Nunuk Ragang. Puak-puak ini telah bermigrasi ke Ranau,
Tambunan, Keningau, Tamparuli, Kota Belud dan Kota
Marudu. Selepas meninggalkan Nunuk Ragang, puak-puak
ini telah mengasaskan puluhan sub-puak.
Keretakkan peradaban manusia di Nunuk Ragang
sepertimana yang digambarkan dalam cerita ‘Watu Papakang’
adalah catatan yang turut ditemui dalam beberapa sumber
lisan yang lain. Cerita-cerita lisan ini menggambarkan
komuniti Dusun di Nunuk Ragang mula bersikap tamak,
mementingkan diri sendiri dan membuat peraturan sendiri
Turumpok perlu tinggal menetap di Nunuk Ragang kerana satu keperluan untuk
meneruskan warisan (Tadon Tongkop atau Tandon Tongkop). Turumpok
bagaimanapun didakwa telah meninggalkan adat dan agama Labus sehingga
menyebabkan keadaan di Nunuk Ragang tidak harmoni kerana penduduknya
menggunakan peraturan sendiri dalam setiap perkara.
57
semasa zaman kemerosotan peradaban Dusun di Nunuk
Ragang.
Cerita ‘Turu Watu Papakang’ ini dibuktikan dengan
penemuan enam batu Papakang di simpan di sekitar kawasan
petempatan Nunuk Ragang, yang panjangnya sekitar 30cm
pada tahun 2004 - 2006. Sebuah batu papakang yang hilang
adalah dipercayai kepunyaan Turumpok yang hilang kerana
bertapa di gua. Secara simboliknya, batu yang hilang itu
sebenarnya bermaksud puak yang diwakili oleh Turumpok
telah berasimilasi dengan komuniti lain. Kebudayaan serta
sejarah sakag Turumpok iaitu Dusun Kuriyou juga telah
hilang. Bagaimanapun, akhirnya diceritakan satu batu yang
hilang telah ditemui semula dan dibawa oleh seorang pemuda
bernama Ampal untuk disatukan dengan 6 batu yang lain.
Simboliknya, ‘anak-anak’ Nunuk Ragang yang mewakili
puak-puak di Nunuk Ragang yang terpisah dan sering
berbalah itu telah disatukan semula melalui penemuan semula
pecahan batu atau watu papakang tersebut.
Kemerosotan peradaban di Nunuk Ragang melalui
cerita asal usul Nunuk Ragang versi etnik Rungus dan cerita
‘Turu Watu Papakang’ versi Dusun juga berkaitan dengan
cerita lagenda Huminodun yang diperkenalkan oleh etnik
Kadazan. Tujuh tangkai dalam kisah Huminodun
menggambarkan tujuh kumpulan, puak atau ‘sakag’
(keturunan) yang keluar daripada Nunuk Ragang dan
membawa benih padi untuk ditanam apabila menemui
petempatan yang baru kelak. Hanya dengan benih padi itu
sahaja, kumpulan atau puak-puak yang terpisah itu akan terus
hidup dan beranak pinak. Bobolian atau pemimpin ritual tahu
bahawa hanya dengan membuat migrasi sahaja jalan terbaik
untuk komuniti Dusun berkembang maju dan membentuk
kehidupan yang baru.
Kisah Huminodun di Nunuk Ragang, sering
diceritakan dalam pesta Kaamatan, bagi mengingatkan
58
komuniti Dusun supaya terus bersyukur dengan hasil tuaian
(padi) dan meninggalkan aspek negatif dalam kemanusiaan
dan kemasyarakatan. Pengorbanan Huminodun dijadikan
ikhtibar untuk generasi masyarakat Dusun agar terus bersatu
dalam satu komuniti dan tidak lagi berpecah belah. Nunuk
Ragang adalah kisah berkaitan tempat yang menjelaskan
pentingnya menjaga keharmonian dalam kekeluargaan, dan
kisah Huminodun adalah contoh pengorbanan untuk Nunuk
Ragang dan keluarga.103
Walaubagaimanapun, kisah Huminodun hanya satu
kisah lagenda yang tidak dibuktikan kebenarannya secara
empirikal. Tetapi, isu utama penceritaan adalah tujuan
pengorbanan Huminodun, iaitu menamatkan kemarau yang
panjang dan memberi mesej kepada komuniti Dusun supaya
sentiasa bersatu. Selain itu, lagenda Huminodun juga
mengingatkan komuniti Dusun supaya mengambil berat soal
pemilikan tanah dan mengutamakan bidang pertanian sebagai
sumber ekonomi utama.
Lagenda Huminodun berkisar kepada cerita
pengorbanannya menamatkan kemarau yang panjang.
Kemarau panjang menjadi satu punca penderitaan penduduk
di Nunuk Ragang kerana ianya berkaitan dengan isu bekalan
makanan dan kesihatan. Penggunaan seorang gadis suci
sebagai korban adalah atas saranan Bobolian atau orang yang
berkepakaran dalam upacara ritual. Bobolian menjelaskan
bahawa kemarau panjang hanya akan berhenti sekiranya tanah
dibasahi dengan darah seorang wanita yang mendahulukan
kepentingan komunitinya berbanding kepentingan diri sendiri.
Huminodun sudah bersedia untuk dikorbankan dan
memahami tujuan dia dikorbankan sepertimana ayat terakhir
kepada bapanya; “Ama, poluo iti turu rangoh dot parai, poluo
103 Chrisna Pindah, Mohd Ali Azraie Bebit and Halina Amin, ‘Thematic Analysis as
a Basis in Giving Meanings to Myths of Nunuk Ragang and Huminodun Folktales of
Kadazandusun Tribe in Sabah, hlm. 579
59
hilo tangkob, koturu nopo rasam om, pasasadon noh ilo tuah
dau.” (bermaksud “Bapa, simpan tujuh tangkai padi ini dalam
bakul tertutup dan tanam buah-buah padi ini apabila hujan
turun.”) Diceritakan dalam cerita juga bahawa sebaik sahaja
bapanya mengorbankan anaknya, hujan turun di Nunuk
Ragang. Selepas beberapa hari, tanah kembali dipenuhi air
dan menjadi subur.
Berdasarkan kepada cerita lagenda ini, dapat
digambarkan bahawa Nunuk Ragang pernah melalui satu
zaman suram. Tanah tidak subur, ikan-ikan mati dan serangan
wabak penyakit. Dipercayai keadaan ini disebabkan oleh
musim kemarau yang panjang sehingga tanah menjadi keras
dan air sungai menjadi cetek. Tanah yang keras menyebabkan
tanaman tidak menjadi, sementara air sungai yang cetek akan
menyebabkan ikan tidak dapat hidup dengan sempurna.
Kehidupan yang tidak sempurna menyebabkan wabak
penyakit senang berjangkit.
Bagaimanapun, kisah lagenda ini tidak dibuktikan
bila atau tarikh yang tepat peristiwa tersebut berlaku. Dalam
cerita lagenda tersebut, ianya berlaku pada awal penempatan
di Nunuk Ragang kerana mereka percaya, bapa Huminodun
adalah kinoingan,104 iaitu manusia pertama di Nunuk Ragang.
Bagaimanapun, pada awal petempatan komuniti Dusun di
Nunuk Ragang, mereka belum lagi menanam padi sedangkan
dalam cerita Huminodun, padi atau tujuh tangkai padi atau
‘parai’ telah disebutkan. Tanaman pada masa itu adalah
penanaman ubi kayu (mundok), ubi manis (woyih) dan ubi
keladi (guol) sebagai sumber karbohidrat, dan bukannya
menanam padi.
Berdasarkan urutan sejarah migrasi komuniti Dusun
di Nunuk Ragang, kemunculan kinoroingan, Suminundu dan
104 Herman J. Luping Indigenous Ethnic Communities of Sabah. The Kadazandusun,
2009, hlm. 44.
60
Huminodun ini tidak berlaku pada tahun awal manusia
membuat petempatan di Nunuk Ragang tetapi berlaku pada
zaman kemerosotan peradaban manusia di Nunuk Ragang
antara tahun 1700 hingga tahun 1743.
Keruntuhan Petempatan dan Perabadan di Nunuk
Ragang
Migrasi keluar daripada Nunuk Ragang berlaku
kerana kemunculan semangat berpuak-puak. Walaupun
Nunuk Ragang tidak mempunyai raja atau Sultan sepertimana
kerajaan Melaka, Srivijaya atau Majapahit, tetapi petempatan
ini kekal bertahan lebih daripada 300 tahun. Petempatan yang
pada awalnya hanya dipimpin oleh ketua komuniti dapat
bertahan lama kerana penduduknya cinta kepada keharmonian
dan saling memahami. Beberapa ketua komuniti seperti Piaw,
Lisod Kungkud dan Sompoon telah mengekalkan
keharmonian di Nunuk Ragang selama lebih 300 tahun.
Bagaimanapun, perubahan sistem kepimpinan
daripada ketua komuniti kepada kepimpinan puak telah
menyebabkan petempatan ini mula merosot. Peradaban
manusia di Nunuk Ragang juga merosot sehinggalah
petempatan ini runtuh sepenuhnya pada akhir abad ke 19.
Keruntuhan Nunuk Ragang dipercayai bermula
apabila pemimpin puak di Nunuk Ragang menjadi
berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam
menentukan hala tuju kumpulannya. Ini dapat dilihat dengan
penghijrahan awal puak Rungus yang diketuai oleh Rungsud
ke Kudat. Begitu juga dengan puak-puak berikutnya yang
bermigrasi kerana arahan ketua puak masing-masing. Arah
perjalanan dan tempat yang ingin ditujui juga ditentukan oleh
ketua puak.
Selain ketua puak, Bobolian juga menjadi individu
atau institusi penting yang merancang masa depan penduduk
di Nunuk Ragang. Ini termasuk arahannya supaya penduduk
61
di Nunuk Ragang bermigrasi. Malahan cerita lagenda
Huminodun juga menggambarkan peranan besar Bobolian
yang telah dapat menyelesaikan masalah kemarau panjang
walaupun terpaksa mengorbankan seorang gadis bernama
Huminodun.
Kemunculan orang bawah tanah yang digambarkan
mahkluk kecil menyerupai manusia juga dikatakan punca
puak-puak yang sepatutnya tinggal di Nunuk Ragang
meninggalkan kawasan tersebut. Sesetengah cerita lisan
menyebut mahkluk kecil ini adalah ‘Minorit’. Cerita lisan
mengenai Minorit ada menyebut bahawa mereka mahu
menghapuskan semua anak-anak kecil yang membesar
dengan normal. Ini bagi mengelak pembaziran makanan. Bagi
Minorit, makanan perlu samarata untuk semua orang supaya
membesar dalam saiz yang sama.
Minorit atau orang bawah tanah yang digambarkan
bengis dan kasar bertindak menghapuskan kumpulan yang
tidak meninggalkan Nunuk Ragang. Mereka tidak mahu
kumpulan yang tidak bermigrasi ini kekal di Nunuk Ragang.
Oleh yang demikian, berlaku pertelingkahan dan akhirnya
kumpulan yang bercadang untuk kekal di Nunuk Ragang telah
berpindah ke Tompios, satu tempat yang tidak jauh daripada
Nunuk Ragang. Bagaimanapun, orang bawah tanah ini terus
mengejar kumpulan tersebut hingga ke Ranau dan Tambunan.
Akhirnya, selepas puak terakhir yang diketuai oleh
Lintobon meninggalkan Nunuk Ragang, petempatan tersebut
runtuh dan tidak lagi mempunyai penghuni sepertimana
zaman kegemilangan petempatan tersebut pada abad ke 15
dan 16. Dapat disimpulkan bahawa, keruntuhan Nunuk
Ragang berpunca daripada masalah dalaman penduduk atau
komuniti Dusun di Nunuk Ragang sendiri dan bukan daripada
serangan atau ancaman luar.
Bagaimanapun, kesan positif penghijrahan ini telah
menyebabkan komuniti Dusun menguasai sebahagian besar
62
tanah di pedalaman Sabah seperti Kudat, Pitas, Kota Marudu,
Kota Belud, Tenghilan, Tamparuli, Kiulu, Ranau, Penampang,
Tambunan, Keningau dan Telupid. Migrasi juga telah
menyebabkan komuniti yang dahulunya terasing daripada
dunia luar bertembung dengan pelbagai perkembangan baru
di luar Nunuk Ragang. Melalui pertembungan inilah
peradaban komuniti Dusun berkembang dalam aspek
pemikiran, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya. British
juga memainkan peranan penting yang mengubah peradaban
komuniti ini melalui pendidikan, keagamaan, pemikiran dan
sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan aktiviti pedagang China di sungai Labuk
dan sungai Kinabatangan, dipercayai bahawa Nunuk Ragang
dibuka sekitar awal abad ke 15 atau pada tahun 1415. Ini
mengambil kira peranan individu dan pedagang daripada
China yang aktif mencari bahan mentah di pedalaman dan
datang daripada China pada tahun 1375.105
Nunuk Ragang dipercayai mencapai keharmonian dan
peradaban sekitar abad ke 16 kerana beberapa sistem
pentadbiran yang teratur dibawah beberapa pemimpin
komuniti seperti Lisod Kungkod. Kepercayaan agama Labus
juga telah menyebabkan komuniti ini terus bertahan lebih
selama 328 tahun. Peranan Bobolian juga penting dalam
memastikan masyarakat di Nunuk Ragang terus mendiami
kawasan tersebut dengan aman dan damai. Bagaimanapun,
apabila pemimpin komuniti tidak lagi berpengaruh setelah
kemunculan pemimpin-pemimpin puak, Nunuk Ragang mula
tidak harmoni. Semangat berpuak-puak kian menebal dalam
kalangan penduduk di Nunuk Ragang.
105 Johannes L. Kurz “Making History in Borneo: Ong Sum Ping During the late
Yuan and Early Ming Dynasties, 2018. hlm. 45.
63
Pada awal tahun 1700an juga Nunuk Ragang tidak
lagi dapat menampung penduduk yang semakin hari semakin
bertambah. Tanah tidak lagi mencukupi untuk semua orang.
Konflik antara puak sering berlaku dan ini menyebabkan
Bobolian telah mengarahkan ‘rear guard’ Nunuk Ragang
iaitu suku Tagahas untuk keluar mencari kawasan baharu dan
melaporkan kepada Bobolian. Akhirnya, atas persetujuan
ramai, semua penduduk terpaksa meninggalkan Nunuk
Ragang bermula pada tahun 1743.
Kemunculan Nunuk Ragang sebagai petempatan
terbesar komuniti Dusun selama 328 tahun membuktikan
bahawa komuniti ini boleh hidup bermasyarakat walaupun
tanpa pentadbiran yang teratur di Nunuk Ragang. Walaupun
tidak terdapat satu bentuk organisasi yang jelas di Nunuk
Ragang, tetapi dapat disimpulkan bahawa kehidupan harmoni
tetap terpelihara kerana sebahagian besar penduduk memilih
untuk hidup dalam keadaan aman dan damai. Komuniti
Dusun telah bersatu lebih daripada 300 tahun walaupun hanya
berpegang kepada kepercayaan labus dan adat, serta
bersandarkan kepada bobolian dan ketua komuniti. Setiap
penduduk menjalankan kegiatan harian tanpa rasa takut
diserang oleh kerajaan atau komuniti lain.
64
BAB EMPAT
MIGRASI KELUAR DARI NUNUK
RAGANG
Migrasi penduduk Nunuk Ragang ke serata Borneo
Utara yang bermula pada tahun 1743 dimulakan oleh puak
Rungus yang telah memilih dataran tanah rata di Kudat.
Beberapa puak lain yang bermigrasi kemudiannya telah
memilih lembah, pergunungan dan tanah rata yang
berhampiran dengan lautan. Beberapa kumpulan yang pada
awalnya bergerak bersama tetapi kemudiannya terpisah telah
mendirikan petempatan yang berlainan dan menamakan
kumpulan baru itu dengan nama-nama tertentu.
Sesetengah puak terpaksa bertembung dengan puak
lain dan berlakulah perbalahan semasa memilih petempatan
baru. Sesetengah perbalahan pula bermula atas sebab-sebab
yang kecil seperti ejek-mengejek atau menukar arah laluan
migrasi. Isu ini kemudiannya menjadi lebih serius apabila
masing-masing mahu menunjukkan kepahlawanan puak
masing-masing. Oleh kerana puak Rungus bermigrasi hingga
ke hujung utara Borneo dan merupakan puak terawal yang
bermigrasi, maka puak ini tidak banyak terlibat dengan
perbalahan dengan puak lain selepas bermigrasi.
Kemuncak perbalahan adalah amalan ‘mangayau’
dan ‘misangod’ antara puak. Amalan ini berlangsung lebih
seratus tahun sejak migrasi dari Nunuk Ragang pada tahun
1743 hingga 1800. Bermula pada tahun 1800, semangat
berpuak-puak yang dibawa dari Nunuk Ragang semakin
memuncak. Ekoran daripada itu muncul pahlawan dalam
kalangan puak masing-masing seperti Monsopiad dari puak
Tanggara, Menteri Babu dari puak Bangkaakon, Sambatang
65
dan Kondurong (Tagahas), Gombunan dan Tamadon
(Tuhawon), Lontogon (Kogosingan), dan Bungkar (Liwan).
Selain menyesuaikan diri dengan semangat berpuak-puak
pada masa itu, tekanan daripada ahli puak itu sendiri
menyebabkan pemuda-pemuda menyediakan diri untuk
menjadi orang yang gagah perkasa melalui kiraan jumlah
kepala puak musuh yang mereka perolehi.
Bagaimanapun, amalan ‘mangayau’ dan ‘misangod’
(Head-Hunting) ini dapat dikurangkan oleh pentadbiran
British dibawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
bermula pada tahun 1881. Amalan ini mula dihentikan
sepenuhnya selepas beberapa perjanjian damai antara puak
dan kawalan keselamatan dan ketenteraman oleh pasukan
keselamatan Syarikat Berpiagam Borneo Utara diperketatkan.
Kehidupan Berpuak-puak dan Migrasi Keluar dari
Nunuk Ragang
Kemunculan puak dalam komuniti Dusun sebenarnya
sudah bermula sebelum berlaku migrasi dari pesisir pantai di
Sarawak dan Brunei ke pedalaman Sabah pada abad ke 15.
Beberapa puak Dusun kuno adalah seperti Dusun Maragad
(Maragod), Tiwango dan Togunon. Di Nunuk Ragang,
beberapa kumpulan atau puak muncul seperti Liwan,
Tuhawon, Tagahas, Kuriyou, Mononggingi, Talantang,
Tompulung, Tinagas, Tangara, Rungus, Mangkaak, Dumpas,
Rumanau, Tobilung, Kimaragang dan sebagainya. Selepas itu,
muncul pula sub-puak Rungus, Liwan, Tagahas dan beberapa
puak yang lain.
Nama puak ini diambil berdasarkan situasi atau objek
yang terdapat di kawasan petempatan mereka. Contohnya
puak Liwan yang membuat tempat tinggal agak jauh daripada
kawasan pokok nunuk. Situasi ini menyebabkan kumpulan
tersebut dipanggil ‘id soliwan’ atau diluar kawasan Nunuk
66
Ragang.106 Terdapat teori menyebut bahawa puak Liwan
sememangnya sudah sedia kala mendirikan petempatan jauh
daripada pokok Nunuk tersebut. Puak Tibabar pula mendapat
nama kerana kumpulan ini membina tempat tinggal di
kawasan bukit. Mereka telah mendirikan rumah di lereng
bukit dan mendirikan rumah secara melintang. Akhirnya
kumpulan ini dipanggil puak Tibabar.107
Selain kumpulan ini, terdapat juga kumpulan yang
mendirikan rumah berdekatan dengan hutan yang mempunyai
rotan (tuai), yang kemudiannya kumpulan ini dipanggil
‘kituayon’, ‘tuayon’ atau ‘tuawon’. Kumpulan inilah yang
akhirnya membentuk puak Tuhawon.108 Satu lagi kumpulan,
yang dipercayai menjadi kumpulan yang melindungi Nunuk
Ragang kerana memiliki fizikal yang tegap, agresif dan
mempunyai seni mempertahankan diri dipanggil puak
Tagahas.109
Puak Rungus dan Tangara yang mendiami kawasan di
antara dua sungai Liwogu, iaitu sungai kogibangan dan sungai
Kawananan juga mendapat nama berdasarkan beberapa objek
di kawasan tersebut. Puak Tangara yang membuat petempatan
di kawasan tumbuhan bakau (‘tangar-tangar’) yang
melimpah telah dipanggil sebagai ‘tulun tangara’. Sementara
Puak Rungus, yang tinggal di kawasan tebing sungai
(Pirungusan), diberikan nama ‘Rungus’. Bagaimanapun
106 Terdapat beberapa pandangan bahawa suku Liwan mendapat nama sempena
sungai Liwan dari kawasan Bundu Tuhan (Jacqueline Pugh Kitingan, hlm. 13).
Herman J. Luping pula menyatakan suku Liwan bermaksud ‘Hivan’ dalam dialek
Kadazan atau ‘nolihuan’ (dilupakan). Kumpulan ini dikatakan mereka telah
dilupakan oleh Kinoingan (kinorohingan atau tuhan) Nunuk Ragang. (Herman
Luping, hlm. 31).
107 Isahak Sanudin, hlm. 5
108 Terdapat juga penulisan yang menyebut suku ini menanam pucuk ‘tuhau’ dan
menggunakan daun pucuk tuhau untuk bumbung rumah (Jacqueline Pugh Kitingan,
hlm. 13)
109 Bagaimanapun terdapat versi bahawa nama ‘Tagahas’ atau ‘Tagaas’ diambil
sempena pokok bernama ‘Tagaas’. Tagaas, Taga’as atau Tagahas asalnya daripada
Libondon di Ulu Tuaran ke dataran Tambunan. Mereka membina rumah daripada
kayu tagaas. (Jacqueline Pugh Kitingan,hlm. 13)
67
dipercayai juga bahawa nama sakag mereka Runsud atau
Rungsud adalah asal usul nama Rungus. Kedua-dua puak ini
mempunyai dailek yang hampir sama kerana petempatan
mereka di Nunuk Ragang adalah sangat dekat.
Migrasi keluar penduduk Nunuk Ragang dimulakan
oleh puak Rungus yang diketuai oleh Runsud. Ini diikuti oleh
puak Tangara di bawah pimpinan Longguwai. Beberapa puak
lain yang diketuai oleh Tomui, Turumpok, Tinggoron dan
Garudin berpindah selepas wabak penyakit melanda Nunuk
Ragang. Lintobon, yang diamanahkan untuk mengekalkan
petempatan di Nunuk Ragang akhirnya menjadi kumpulan
terakhir berpindah daripada Nunuk Ragang selepas serangan
Minorit.
Migrasi keluar komuniti Dusun daripada Nunuk
Ragang telah menyebabkan puluhan sub-puak110 lagi muncul.
Ini kerana terdapat puak Dusun dari Nunuk Ragang yang
menuju ke tempat yang berlainan menyebabkan kumpulan-
kumpulan ini menggunakan nama baru. Sebagai contohnya,
puak Liwan ada sub-puak lain termasuk Kogosingan, Polupuh,
Gana dan Pulutan. Puak Talantang juga percaya bahawa puak
Tuhawon, Tibabar, Toriwad, Manampaka, Gana, Kogosingan,
Gopuh, Talantang Sugud (Nuluw, Monindal dan Tanggal),
Tolinting, Pahu dan Polupuh adalah sub-puak Talantang.111
Terdapat juga dakwaan bahawa puak Mononggingi
merangkumi beberapa sub-puak lain seperti Tobilung,
Kimaragang, Tuhawon, Tibabar, Kolikuan, Potiukan,
Tompios, Minokok, Kuriyou, Korupan dan Tasapang.
Bagaimanapun, beberapa puak Dusun ini mendakwa
110 Penggunaan istilah ‘puak’ lebih sesuai kerana selepas migrasi dari Nunuk Ragang,
Dusun menjadi kesukuan (atau istilah ‘assabiyah’ dalam sejarah tamadun di Arab)
dan mementingkan kumpulan mereka. Selepas migrasi juga sering berlaku peristiwa
‘misangod’ atau berperang antara puak, serta ‘mangayau’, bermaksud mencari puak
lain untuk diserang dan mengambil kepala.
111 Isahak Sanudin, hlm. 3
68
sebaliknya kerana mereka mempunyai sejarah tersendiri untuk
menjelaskan asal-usul puak mereka.
Selepas bermigrasi, ada kalangan puak-puak Dusun
berkahwin dan berasimilasi komuniti Dusun komuniti lain di
serata tempat di Sabah. Ini menyebabkan beberapa budaya,
bahasa dan fizikal sedikit berbeza berbanding komuniti Dusun
semasa di Nunuk Ragang. Persekitaran yang berbeza juga
menyebabkan pemikiran dan cara hidup mereka sedikit
berubah. Bagaimanapun, masih ada puak-puak yang kekal
meneruskan cara hidup sepertimana di Nunuk Ragang. Sebab
itulah, beberapa pengkaji barat seperti Elizabeth Mearshon
menyifatkan sesetengah puak Dusun kelihatan seperti
menakutkan, sementara sesetengah puak lagi lebih
bertamadun.
Owen Rutter pula menggambarkan Dusun Tanah Rata
atau ‘Lowland Dusun’112 lebih baik sedikit berbanding Dusun
Bukit113 yang lebih aktif mengamalkan aktiviti memburu
kepala. Salah satu sebab perbezaan peradaban ini adalah
kerana Dusun tanah rata telah mula berasimilasi dengan
penduduk lain seperti kaum Cina dan orang British. Mereka
juga mula mempunyaai pendidikan formal dan kepercayaan
agama. Sementara Dusun Bukit tidak banyak bertembung
dengan kebudayaan bangsa lain yang lebih maju. Aktiviti
seharian juga tidak jauh berbeza dengan aktiviti ketika di
Nunuk Ragang.
Migrasi Puak Rungus
Dipercayai Rungus merupakan kumpulan pertama
melakukan migrasi keluar daripada Nunuk Ragang. Di Nunuk
Ragang, kumpulan ini membuat penempatan di tebing sungai
Liwogu (pirungusan) yang mempunyai pasir yang sangat
112 Owen Rutter, hlm. 51
113 Ibid.
69
putih. Bagaimanapun, komuniti ini percaya semua penduduk
di Nunuk Ragang adalah penduduk asal ‘pogun Nabalu’ atau
Momogun berdasarkan kepercayaan agama Labus (animisme).
Istilah ‘Rungus’ pula dipercayai daripada ketua pemimpin
kumpulan ini, iaitu Runsud atau Rungsud.
Komuniti Rungus percaya asal usul komuniti ini
adalah bermula daripada kisah seorang lelaki yang dianiaya
oleh saudara-saudaranya kerana memiliki pelbagai kemahiran,
seperti membuat perangkap haiwan dan senjata.
Keistimewaannya ini menyebabkan dia dihukum dengan
membuang lelaki dan isterinya ke laut. Tetapi, mereka
bernasib baik kerana ditemui oleh sebuah kapal. Kapal yang
menumpangkan mereka akhirnya sampai di Kalimantan.
Selepas beberapa lama di Kalimantan, mereka telah ke
gunung Nabalu untuk tujuan meyebarkan agama Labus.
Kepercayaan dan adat yang dibawa oleh lelaki itu
(atau dikenali sebagai ‘Usan-usan’) telah diperturunkan
kepada Bobolian Gomburon. Bobolian yang berikutnya,
adalah Bobolian Guraumanuk. Pengganti Bobolian
Guraumanuk, Aki Nunuk Ragang, dipercayai sebagai
pengasas petempatan di Nunuk Ragang. Dia juga telah
diamanahkan untuk mengembangkan kepercayaan Labus di
Nunuk Ragang.
Setelah beberapa tahun di Nunuk Ragang, Aki Nunuk
Ragang telah mengarahkan tiga ‘anaknya’ atau tiga pemimpin
utama Nunuk Ragang untuk merantau kerana Lumaag Nabalu
telah memesan agar mereka merantau ke tempat lain. Menurut
Lumaag Nabalu, semua sungai yang mengalir dari gunung
Nabalu hingga ke laut adalah milik momogun dan hendaklah
diterokai sebelum komuniti lain mengambil tanah-tanah
tersebut. Mereka juga harus memilih tempat atau bukit yang
tinggi di mana pun mereka bermigrasi. Rungsud, anak
pertama menerima arahan bobolian ini dan memulakan
migrasi pertama dari Nunuk Ragang.
70
Bagi masyarakat Rungus, Aki Nunuk Ragang adalah
orang yang membentuk tiga komuniti besar di Nunuk Ragang,
iaitu Rungsud (yang paling tua) mengasaskan komuniti
Rungus di Pompod Tana atau hujung tanah (di Kudat, Kota
Marudu dan Pitas), Longuvai (anak kedua) mengasaskan
komuniti Kadazan di Penampang dan Papar. Longuvai
sepatutnya bersama-sama abangnya Rungsud untuk
menguasai seluruh pesisir pantai di Borneo daripada orang
luar (monoruvang pogunon Madalong di Tirangavan).
Bagaimanapun Longuvai tidak dapat bersama-sama Rungsud
meninggalkan Nunuk Ragang pada tahun 1743 kerana
isterinya sedang hamil. Seawal tahun 1762, Longuvai
bermigrasi keluar dari Nunuk Ragang tetapi telah tersalah
arah dan tersesat ke Pinampang atau Penampang (Pampang
atau batu besar). Bagaimanapun, anak Longuvai, Bulun yang
pada waktu itu berusia 18 tahun telah datang ke Pompod Tana
(Kudat) seorang diri dan diberikan wilayah oleh bapa
saudaranya, Rungsud. Keturunan Bulun telah mengasaskan
suku Rungus Gonsomon yang mendominasi pantai Timur
Kudat.
Komuniti ini memilih ‘Momogun’ sebagai istilah
untuk komuniti yang pernah menetap di Nunuk Ragang. Dari
segi adat dan amalan bermasyarakat, komuniti ini masih
mengekalkan rumah panjang sepertimana di Nunuk Ragang.
Penggunaan rumah panjang dalam kalangan komunitinya
dilihat membantu keharmonian sesama komuniti. Mereka
tinggal di rumah panjang yang disebut ‘vinatang’ sebagai satu
bahagian daripada ciri unik komuniti mereka. Rumah panjang
biasanya dalam 300 kaki panjang dan dibina di atas bukit.
Ruang bawah tanah pula adalah tempat untuk memelihara
binatang ternakan seperti ayam, babi atau kerbau.
Beberapa buah kampung komuniti Rungus masih
menjadikan rumah panjang sebagai tempat tinggal. Ini dapat
dilihat di perkampungan Tinangol, Hobut, Mompilis, Garib,
Barangkason, Onduon, Mombatu Darat, Mombatu Laut,
71
Nangka, Tintudan, Kindangan, Panudahan Jambu, Gombizau,
Muhang dan kampung Minikodong.114
Rungsud juga telah membuka kawasan Bandau-
Kudat sebagai kawasan perdagangan barter di Semenanjung
Berungus dan Teluk Bandau (Teluk Marudu). Teluk ini
merupakan sebuah pusat etnik Rungus menjual hasil barangan
seperti ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain
tenunan dan sebagainya. Melalui perdagangan, etnik Rungus
telah membuat hubungan dagang dengan pedagang China,
kerajaan Sulu dan Brunei melalui pertukaran barang.
Keghairahan pedagang luar untuk mengekploitasi
tanah hutan di kawasan Marudu, Pitas dan Kudat telah
menyebabkan komuniti ini membentuk peraturan kepada
orang luar. Antaranya adalah tidak dibenarkan menebang
hutan atau membuka kawasan untuk apa sahaja tujuan. Orang
luar juga tidak dibenarkan menggali tanah lebih daripada dua
kaki (duvo Lzangod). Rungsud juga menggunakan standard
ukuran barang ‘pilzha do Bhasi’ (sontopong) sebagai ukuran
rasmi yang sering menyebabkan perbalahan dengan pedagang
China di Teluk Bandau. Oleh kerana itulah muncul ayat
‘ingkod-ingkod no monginaz, mongoginazoi dan kadan
misali/pounzal iadko kinazsoi’ yang digunakan oleh etnik
Rungus untuk merujuk kepada pedagang dari China. Mereka
menyifatkan pedagang China ‘monginaz’ (tamak) kerana
‘posonsog hoturan midagang dang kinaz sid lubok mondou’
(memaksa penduduk tempat menerima peraturan berdagang
mereka.)
Oleh kerana komuniti ini tersebar di Teluk Marudu
(Teluk Mondou), Pitas dan Kudat, pelbagai sub-baru
kemudiannya muncul, iaitu Kirangavan, Pilzapazan,
Gandahon, Gonsomon, Nulzuw dan Tupak atau Melobong.
Beberapa tempat seperti Andarason, Vingolzon,
Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou,
114 Ong, 2004
72
Golzom dan Milzobong adalah nama-nama tempat yang
diberikan oleh komuniti Rungus.
Migrasi Puak Tangara
Puak Tangara atau ‘Tangaa’ pula telah melakukan
migrasi selepas puak Rungus. Puak ini diketuai oleh
Longguwai, (dalam beberapa versi disebut anak Maragang).
Longguwai sepatutnya menyertai Runsud ke Pompod Tana
(Kudat) tetapi tersesat dan mendirikan petempatan di
Penampang. Perjalanan puak Tangara ke petempatan kekal
mereka di Penampang melalui jalan sukar kerana banyak kali
tersesat walaupun Runsud menanda arah perjalanan mereka
dengan kukurungan (sangkar ayam) di sepanjang perjalanan.
Di Nunuk Ragang, hubungan Puak Tangara dengan
Puak Liwan tidak begitu baik atas beberapa faktor. Puak
Tangara menyifatkan puak Liwan adalah puak yang dilupakan
atau ‘nolihuwan’ oleh ‘kinorohingan’. Puak Liwan pula sering
mengejek puak Tangara, termasuk cara puak Tangara
menuruni bukit (tergesa-gesa) yang disifatkan sebagai ‘miagal
do kara’ (Seperti kera). Amalan dan (kemudian menjadi
budaya) suka mengejek akhirnya menimbulkan perbalahan
dan ketidak-harmonian antara puak-puak di Nunuk Ragang.
Puak Tagahas juga tidak mempunyai hubungan yang
baik dengan puak Tangara samada ketika di Nunuk Ragang
mahupun selepas bermigrasi. Ketika perjalanan keluar dari
Nunuk Ragang, puak Tagahas telah menuduh Puak Tangara
mengubah tanda jalan puak Tagahas yang sepatutnya ke
Penampang. Peristiwa ini juga menjadi satu sebab kepada
pertelingkahan antara puak Tagahas dan Puak Tangara selama
berpuluh tahun.
Pemilihan Penampang (diambil daripada nama
‘Pampang’ atau batu) sebagai petempatan puak Tangara
disebabkan tempat tersebut adalah satu dataran subur.
73
Lokasinya juga tidak begitu jauh daripada lautan dan
mempunyai sungai (Sungai Babagon) yang sesuai untuk
petempatan. Pada masa itu juga, beberapa deret kedai
didirikan oleh kaum Cina di kawasan tersebut.
Beberapa tahun selepas migrasi, puak Tangara telah
menggunakan istilah Kadazan. Istilah ‘Kadazan’ dipercayai
muncul sekitar tahun 1880an atau lebih awal, kerana istilah ini
banyak digunakan oleh mubaligh Kristian Roman Katolik
sepertimana tulisan paderi J. Staal. Istilah ‘Kadazan’ muncul
daripada perkataan ‘Kakadayan’ yang akhirnya disebut dalam
dialek pesisir pantai sebagai ‘Kakadazan’.115 Bagaimanapun
ada yang menyatakan maksud perkataan ‘Kadazan’ adalah
menurut tafsiran bobolian yang bermaksud tradisi kepercayaan
adat dan tradisi perubatan, ia juga bermaksud manusia116.
Beberapa bobolian juga menyatakan bahawa ‘Kadazan’ itu
merujuk kepada ‘anak negeri’117
Migrasi Puak Tagahas
Tagahas adalah puak Dusun yang menjadi tulang
belakang menjaga keselamatan penduduk di Nunuk Ragang.
Puak ini adalah kumpulan terakhir yang meninggalkan Nunuk
Ragang kerana menjadi bahagian belakang penghijrahan
(‘rear guard’). Ini untuk memastikan pergerakan migrasi
keluar dari Nunuk Ragang lebih lancar.
Tagahas berpendirian bahawa asal usul mereka adalah
Nunuk Ragang dan menamakan tempat tersebut sebagai
‘Pogun di Yama’ (bumi ibunda kami). Puak ini juga
mendakwa bahawa mereka ada hubungan atau pengaruh
dengan ‘Pogun Sina’ (bumi China).
115 Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazandusun, hlm. 10
116 Ricard F. Tunggolou, 1989.
117Origin of the Kadazan People, 16 May 2017, Retrieved from
https://www.ukessays.com/essays/english-literature/origins-of-the-kadazan-people-
english-literature-essay.php?vref=
74
Mereka disebut Tagahas (kuat) kerana puak yang lain
menganggap puak Tagahas ini memiliki kekuatan yang
luarbiasa. Mereka menjadi pilihan utama oleh pedagang-
pedagang Cina dalam kerja-kerja pengangkutan barang-
barang antara daerah pantai barat dan pedalaman
Tambunan/Keningau. Mereka juga berperanan penting dalam
pembinaan Jalan Garam atau "Salt Trail". Malahan puak ini
mendakwa pernah membantu tentera Mongolia menduduki
Borneo.
Migrasi keluar puak Tagahas dari Nunuk Ragang
berlaku dalam dua kumpulan. Satu kumpulan menyelusuri
pesisir sungai Liwogu Kawananan sehingga ke Kiulu,
Tamparuli, Telipok dan Manggatal (Menggatal). Satu
kumpulan lagi mengikut sungai Liwogu Kogibangan sehingga
ke Keningau (Pahu) dan kemudiannya ke Tambunan.
Puak Tagahas Arah Kogibangan
Ketika puak Tagahas ke Keningau, mereka mendapati
tempat ini telahpun diduduki oleh puak Liwan. Puak Tagahas
kemudiannya bergerak ke Tambunan melalui banjaran
Crocker dan membuka petempatan di Koiduan berdekatan
kawasan puak Tuhawon di Sunsuron. Ketika di Tambunan,
puak Tagahas mendapati bahawa puak Tuhawon sudah
membuat beberapa petempatan di bawah ketua puak,
Gombunan dan Tamadon.118 Ini termasuk di kampung
Tebilong, kawasan pertemuan antara sungai Kaingaran,
sungai Todulu dan sungai Pagalan.
Puak Tagahas kemudiannya menduduki sebahagian
Sunsuron menyebabkan puak Tuhawon, berpindah ke
kawasan lain termasuk Kituntul dan Tikolod. Konflik ini
memulakan pemburuan kepala, atau misangod di Tambunan.
Beberapa rumah tengkorak telah dibina di petempatan puak
ini termasuk di Sunsuron, Karanaan, Kituntul dan kampung
118 Etawau.com: Tagahas
75
Tibabar.119 Puak Tagahas juga cuba menguasai Tambunan
dengan bantuan puak Tibabar tetapi gagal walaupun
bergabung dengan puak Tibabar di Toboh, Minodung,
Gagaraon, Sukung dan Lumandau. Bagaimanapun beberapa
kawasan, antaranya kampung Mangi Pangi, Kituntul, Tibabar,
Mogong, Tombotuon, Kapayan lama dan kampung Papar di
Tambunan telah diduduki oleh puak Tagahas.
Kedudukan puak Tagahas di Tambunan semakin
kukuh dengan imej agresif dan sering menyerang puak lain
untuk meluaskan kawasan petempatan mereka. Tagahas, yang
mewarisi peranan yang mereka mainkan ketika di Nunuk
Ragang telah mengenepikan adat bermasyarakat komuniti
Dusun untuk memperolehi tanah seluas-luasnya. Bagi
memastikan keselamatan keluarga mereka terjamin, puak
Tagahas telah mewujudkan sistem rumah panjang
(sepertimana di Nunuk Ragang) di Tibabar dan Mogong.
Kekalahan puak Tuhawon dalam beberapa siri perang
‘misangod’ kemudiannya menyebabkan puak Tuhawon
mendapatkan bantuan daripada puak Bundu dan Liwan. Puak
Liwan yang diketuai oleh Bungkar Gubou (yang berkahwin
dengan gadis Tuhawon di Sunsuron) bersetuju untuk
menyertai puak Tuhawon menentang puak Tagahas. Begitu
juga dengan pemimpin puak Bundu, Lampayung Butog dari
Libodon Ulu yang juga mempunyai isteri dari puak Tuhawon.
Lampayung bersetuju menyertai pakatan Tuhawon-Bundu-
Liwan untuk menentang puak Tagahas.
Bungkar mengetuai pakatan Tuhawon-Bundu-Liwan
dan menjadikan Sunsuron sebagai kubu utama mereka. Jalan
masuk ke Sunsuron ditutup sementara puak Tuhawon
dibawah Gombunan dan Tamadon pula menunggu di
119 Peter R. Phelan, Head-Hunting and the Magang Ceremony in Sabah, 1922 hlm.
14.
76
seberang sungai Kapagalan sekiranya puak Tagahas
melarikan diri.120
Pada tahun 1883, puak Tagahas kemudiannya
menjadi semakin lemah selepas pemimpinnya Sambatang
terbunuh di Tibabar. Kepalanya digantung dalam ‘guritom’ di
Sunsuron untuk beberapa tahun sebagai amaran kepada puak
Tagahas. Sejak itu, konflik sedikit reda sebelum kemunculan
Mat Salleh di Tambunan.
Puak Tagahas Arah Kawananan
Kumpulan puak Tagahas yang bergerak ke arah
Kawananan pula menggunakan jalan di kawasan tanah tinggi
Togudon Ranau dengan sungai Konipir sebagai panduan arah
perjalanan. Puak ini melalui kawasan bukit di Kiulu dan
membuka perkampungan di Lokos (‘Lokos’ bermaksud
sungai kecil). Selain petempatan di Lokos, puak Tagahas juga
mendirikan petempatan di Sinulihan berdekatan dengan
sungai Kimoulau dan kampung Pahu, Kiulu. Selain Lokos dan
Sinulihan, puak ini juga membuka penempatan di Logkou,
Tampulan, Timbok, Tombongon dan Kokol, Menggatal.
Dipercayai Puak Tagahas mengawal 14 sub-puak Tagahas
iaitu Washi, Kemula, Pauh, Rata, Ratau, Nababar, Pian,
Punguaman, Mua, Penagam, Ranti dan Sukang (disebut puak
Tagahas Kalinsatan).
Puak Tagahas Kalinsatan juga bertelingkah dengan
puak Lotud di Tamparuli pada tahun 1886. Pemuda bernama
Gantok dari puak Tagahas tidak mahu berdamai dengan puak
Lotud sehingga pegawai British di Tamparuli bernama Encik
Little terpaksa campurtangan. Dalam pertelingkahan tersebut,
Puak Tagahas telah bersatu dengan puak Bundu untuk
menentang puak Lotud di kampung Bontoi, Tamparuli. Di
Manggatal, puak Tagahas yang diketuai oleh pemuda
120 ETawau. Com
77
bernama Bungigi juga terlibat dengan perang ‘misangod’
dengan puak Bangkaaon yang diketuai oleh Bantayan.
Migrasi Puak Liwan dan Puak Tuhawon
Selepas puak Rungus dan Tanggara, Puak Liwan
adalah kumpulan berikutnya melakukan migrasi keluar
daripada Nunuk Ragang. Semasa di Nunuk Ragang, puak ini
mendiami kawasan pesisir sungai Liwogu Kogibangan dan
agak jauh daripada pokok ara atau kawasan petempatan utama
di Nunuk Ragang. Selepas migrasi keluar, puak Liwan
menetap di Ranau dan Utara Tambunan, dan mendirikan
petempatan di kampung Pahu, Tambunan.
Puak Liwan berkembang dan berkahwin dengan puak
Bundu di Tamparuli dan Ulu Tuaran. Puak Tuhawon, yang
mempunyai perkaitan dengan Puak Liwan telah bermigrasi ke
Selatan Tambunan dan mendirikan petempatan di Sunsuron,
Nambayan dan Mosorulung.
Puak Liwan terkenal kerana mempunyai seorang
pahlawan bernama Bungkar. Bapanya, Gubau adalah dari
puak Liwan sementara ibunya Konditim adalah daripada puak
Bundu. Bungkar lahir pada tahun 1830 dan mempunyai ilmu
pertahanan diri yang tinggi selepas menuntut ilmu di
kampung Sayap, Kota Belud pada tahun 1844. Bungkar
berkahwin dengan Enuai, anak ketua kampung Sunsuron
Tambunan daripada Puak Tuhawon. Selepas berkahwin,
Bungkar berpindah daripada Pahu ke Borotutuan, Sunsuron.
Konflik terbesar puak Liwan adalah di Sunsuron,
yang menghadapi puak Tagahas di Tambunan. Bungkar telah
mengetuai puak Liwan untuk menghadapi puak Tagahas dan
dibantu oleh puak Tibabar yang diketuai oleh Sambatang .
Salah satu sub-suku Liwan, puak Kogosingan yang
terkenal dengan pahlawan mereka, Lontogon juga sering
78
terlibat dalam aktiviti ‘misangod’ dengan puak-puak Tinagas,
Lingkabau, Rungus, Kimaragang dan Talantang.
Pada tahun 1897, berlaku perpecahan dalam suku
Liwan apabila beberapa individu menyokong penentangan
Mat Salleh menentang British termasuk orang kanan Mat
Salleh iaitu Mat Sator yang mendirikan kubu Mat Salleh di
Kepayan, Tambunan. Bagaimanapun, sebahagian besar puak
Liwan menentang Mat Salleh khususnya di Sunsuron
sehingga Tontolob, Tambunan. Puak Liwan di Sunsuron juga
mendirikan kubu bagi menghadapi serangan Mat Salleh.
Migrasi Puak Tompizos dan Minokok
Puak Tompizos dan Minokok melakukan migrasi
dari Nunuk Ragang kerana ada konflik dengan puak
Dusun lain di Nunuk Ragang. Bagaimanapun, puak ini
adalah antara kumpulan terakhir melakukan migrasi.
Migrasi puak Tompizos berlaku pada tahun 1780 dan
menetap di kampung Minusu di Ulu sungai Mananam,
Keningau.121 Kedua-dua puak ini, Tompizos dan
Minokok telah keluar dalam tempoh masa yang sama.
Bagaimanapun, kumpulan ini tidak ke arah asal yang
mahu dituju, iaitu ke Tambunan, sebaliknya ke arah
selatan di Sook, sebuah daerah di Keningau.122 Puak ini
membuat petempatan awal di Sinua, Sinaron dan Kabata
sebelum beberapa kumpulan lain membuat petempatan
di Minusu, Keningau.
Sementara itu Puak Tompizos sering terlibat
dengan aktiviti ‘misangod’ dengan puak Liwogu di Ulu
Kinabatangan seperti di Kampung Liwogu, Kanawaan,
121 P.S. Shim, 2007, hlm. 156.
122 Ibid, 157-158.
79
Ponulagon, Kapazan, Paus dan sebagainya. Tanda
tekukan dari gayang/parang pahlawan Tompizos dan
Liwogu adalah jumlah kepala yang berjaya mereka
perolehi. Oleh kerana puak Tompizos-Liwogu ini sering
berkonflik mereka telah membuat satu tanda sempadan,
iaitu batu besar di sebuah bukit untuk mengakhiri
pertelingkahan mereka.123
Migrasi Puak Tinagas
“Tinagas’ membawa maksud orang Dusun yang
tinggal di kawasan batu yang luas di muara sungai Sugut,
bersempadan dengan daerah Ranau, Telupid, Beluran
dan Kota Marudu. Tidak banyak sejarah migrasi puak
Tinagas tetapi dipercayai puak ini antara puak terakhir
yang bermigrasi dari Nunuk Ragang.
Di daerah Ranau, Dusun Tinagas
kebanyakkannya tinggal di kampung Kaingaran,
Karagasan, Magkapoh, Tanid, Malinsau, Nasakot,
Mokodou, Kopuakan, Tumbalang, Pinampadan, Lobou
Lama, Kieyep, Nawanon, Kantas, Tibabar, Timbua dan
beberapa buah kampung yang lain. Di kota Marudu,
Tinagas tinggal di kampung Parong, Popok, Mangkupa,
Sumbilingon, Timbang Batu, Talas, Sunsui, Pelipikan,
Natu, Marak-Parak dan Tagibang. Tinagas juga ada telah
bermigrasi hingga ke Beluran.
Migrasi Puak Talantang
Di Nunuk Ragang, puak Talantang tinggal di
kawasan Nunuk Ragang tetapi rumah-rumah mereka di
bina di bawah pokok talantang. Nama pokok itulah yang
123 Ibid, 158-171.
80
dijadikan nama kepada puak Talantang. Kedudukan
rumah-rumah puak yang agak jauh dari Nunuk Ragang,
menyebabkan migrasi keluar ke tempat baru terbentuk
dalam dua kumpulan. Satu kumpulan yang berjalan
dengan lebih cepat telah meninggalkan kumpulan yang
lambat berjalan. Kumpulan yang berjalan cepat itu telah
menyusuri Sungai Liwogu Kawananan dan menuju ke
pergunungan Trusmadi.
Sementara kumpulan yang tertinggal telah
tersesat arah dan mengikut sungai Liwogu Kogibangan
menuju ke arah Timur, iaitu di sebelah gunung
Mantapuk, bersebelahan gunung Sowion. Kumpulan ini
tidak meneruskan perjalanan jauh. Mereka telah
membina rumah di kawasan pergunungan Sowion dan
menamakan petempatan itu sebagai kampung Kawiyan.
Kumpulan ini juga tersebar ke serata tempat di Ranau,
Tamparuli, Kota Belud dan Kota Marudu. Mereka
kemudiannya menetap di kawasan tersebut dan
berkembang sehingga mewujudkan beberapa buah
kampung seperti kampung Kilanas, Paka dan kampung
Patau Bungug. Terdapat juga petempatan Puak
Talantang di Nalapak, Ranau tetapi telah meninggalkan
tempat tersebut setelah berkonflik dengan penduduk di
Nalapak. Bagaimanapun konflik diakhiri dengan
perjanjian antara puak Talantang dan penduduk di
Nalapak. Sebagai upacara ritual perjanjian tersebut, puak
Talantang telah menanam tempayan, gong dan apa
sahaja yang mereka miliki di sungai Morili, kampung
Nalapak. Selepas itu, puak Talantang meninggalkan
tempat tersebut dengan menggunakan rakit. Mereka
kemudiannya tinggal di Nasakot, Ranau selama beberapa
tahun sebelum berpindah ke kawasan Togibang.
81
Kumpulan yang sampai ke Trusmadi
menggunakan sungai Koromuok dan telah membina
penempatan di banjaran dan pergunungan tersebut.
Antara petempatan tersebut adalah di Kanawahon,
Intilibon dan Koromuok.124 Mereka berladang di
kawasan tersebut sehingga kini. Terdapat juga puak
Talantang yang menuju ke Kinabatangan.
Bagaimanapun, terdapat juga ahli puak ini
berhijrah ke Tambunan dan Keningau. Mereka telah
membuat petempatan di kampung Solibog, Kaingaran,
Kinabaan, Sunsuron, Nambayan dan kampung Kiawayan.
Selain itu, terdapat juga yang berhijrah ke kawasan
persimpangan Rompon, yang berhijrah daripada
kampung Kodop, Paus, Rinangkatan, Nimbalai,
Tinanom, Pudau dan kampung Tubau. Di Keningau,
puak Talantang dipercayai berhijrah ke kampung Kitou
dan Bunga Raya dari pergunungan Trusmadi.125
Sehingga kini puak Talantang telah tersebar di
serata tempat di Ranau seperti perkampungan
Mindohuon, kawasan sungai Molout, Pekan Ranau,
kampung Longut, Lagkau, Luanti, Widu, Madsagoh,
Mumpait dan Rondogung.126
Kemunculan Dusun Talantang di Kota Marudu
pula bermula daripada migrasi dari Nunuk Ragang ke
Sugud dan akhirnya ke Kota Marudu. Penghijrahan itu
berlaku tahun 1700 hingga tahun 1960an. Selepas
migrasi dari Nunuk Ragang ke penempatan di Kawiyan,
Sugud, puak Talantang telah meninggalkan tempat ini
selepas menyedari kawasan tersebut tidak begitu sesuai
124 Isahak Sanudin, hlm. 7
125 Ibid.
126 Ibid, hlm 8.
82
dan subur untuk bertani.127
Migrasi Puak Mangkaak
Migrasi Puak Mangkaak dan Rumanau dari
Nunuk Ragang juga disebabkan hal yang sama seperti
puak-puak Dusun yang lain. Migrasi mereka
bagaimanapun tidak berjalan lancar kerana menghadapi
konflik dengan puak Dusun atau kaum lain yang sudah
mendirikan petempatan di serata tempat di pedalaman
Sabah.
Pada tahun 1875, puak Mangkaak terlibat dengan
konflik dengan Dusun Bundu, di Bundu Tuhan, Ranau.
Dusun Bundu yang melakukan penerokaan ke arah
Tongod telah menyerang puak Mangkaak yang telah
lebih awal membuat petempatan di kawasan tersebut.
Puak Mangkaak daripada suku Kunatong telah diserang
menyebabkan kematian berpuluh orang termasuk kanak-
kanak. Perempuan puak Mangkaak pula telah dibawa
lari.
Ekoran daripada itu, puak Mangkaak telah
mengadakan ‘pitorungakan’ dan telah memilih tujuh
pemuda mereka yang paling handal dan memiliki seni
pahlawan yang tinggi untuk mendapatkan semula
wanita-wanita daripada puak mereka. Mereka
kemudiannya bergerak ke Bundu Tuhan dan menyerang
kampung Bundu Tuhan pada waktu malam. Mereka
berjaya membawa semula wanita mereka yang telah
dibawa lari oleh puak Dusun Bundu Tuhan.
127 Elsie Majinah, Utusan Borneo, Asal Usul Dusun Talantang.
83
Puak Mangkaak juga pernah berkonflik dengan
Puak Rumanau. Konflik berlaku apabila puak Rumanau
masuk ke hutan untuk mendapatkan pokok kapur.
Bagaimanapun, tidak disedari mereka telah memasuki
kawasan puak Mangkaak. Ini menimbulkan konflik
antara kedua-dua puak dan perang berlaku sekitar tahun
1880. Serangan dimulakan oleh puak Mangkaak,
sebelum puak Rumanau bertindakbalas dalam serangan
tersebut. Perang berlanjutan sehingga 80 tahun. Perang
di kawasan Labuk ini mengorbankan lebih seratus
pemuda-pemuda yang dipenggal kepala puak Mangkaak
dan Rumanau. British akhirnya campurtangan dengan
pertelingkahan ini melalui kapten Beeston yang
membawa bersamanya 40 pasukannya pada tahun 1887.
Migrasi Puak Rumanau
Tidak banyak yang diceritakan tentang puak
Rumanau dalam cerita lisan atau cerita rakyat komuniti
Dusun. Cerita migrasi puak ini dari Nunuk Ragang tidak
diketahui.Tetapi puak ini juga terlibat dengan perbalahan
dengan puak-puak lain. Sebagai contoh, dalam catatan
pengalaman seorang pengembara British bernama
Dorothy Cator pada tahun 1907, dia sendiri telah melihat
perbalahan atau amalan ‘misangod’ dalam kalangan
puak-puak Dusun.
Menurut catatan Dorothy yang tinggal bersama-
sama puak Rumanau, dia melihat sendiri bagaimana
puak Mangkaak menyerang puak Rumanau. Perbalahan
ini mengambil masa bertahun-tahun dan sangat sukar
diselesaikan oleh pihak keselamatan SBBU. Diceritakan
bahawa konflik hanya berakhir sekitar tahun 1950an
melalui permuafakatan antara pemimpin utama mereka
di kampung Kiandongo, Tongod melalui upacara
84
‘mitaru’ dan ‘mipopol’.
Kehidupan Komuniti Dusun Selepas Bermigrasi
Walaupun petempatan di Nunuk Ragang runtuh
sepenuhnya menjelang abad ke 19 atau pada tahun 1800,
tetapi migrasi sebenarnya sudah bermula pada tahun 1743.
Beberapa faktor yang menyebabkan migrasi tersebut iaitu
kepadatan penduduk, persengketaan antara puak, tanah tidak
lagi mencukupi, wabak penyakit, kemarau panjang dan
kepercayaan bahawa perubahan hanya akan berlaku apabila
bermigrasi.
Komuniti Dusun terus menjalani kehidupan sebagai
komuniti agrarian selepas migrasi daripada Nunuk Ragang.
Mereka menggunakan kawasan pergunungan, bukit, lembah
dan tanah rata untuk bertani dan memburu binatang. Mereka
mula menanam padi samada padi sawah atau padi huma di
kawasan bukit. Komuniti Dusun di Tambunan, Keningau,
Ranau, sepanjang banjaran Crocker dan Trusmadi, Kota
Belud, Kota Marudu, Menggatal, Papar, Inanam dan
Penampang menjalankan kegiatan penanaman padi sebagai
kegiatan pertanian yang utama.
Puak-puak komuniti Dusun terus mengamalkan
budaya ‘mitatabang’ atau saling membantu ketika menanam
dan menuai padi. Rumah-rumah yang mereka dirikan juga
mewarisi rumah-rumah awal di Nunuk Ragang, iaitu rumah
panjang atau ‘walai mitapus’. Bagaimanapun menjelang abad
ke 20, rumah panjang semakin tidak kelihatan dalam kalangan
puak Dusun akibat wabak cacar pada tahun 1905.128 Ketua
puak tetap dipilih dalam kalangan lelaki yang mempunyai
keberanian. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, ciri
kepimpinan dan pengetahuan tentang adat juga diambil kira
untuk memilih ketua puak. Sesetengah petempatan, yang
128 Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazandusun, hlm. 49
85
akhirnya dihuni oleh beberapa puak memilih seorang ketua
kampung yang bijak, mempunyai ciri kepimpinan dan
pengetahuan tentang adat yang baik. Berpuluh tahun selepas
itu, kepimpinan ketua kampung dan ketua puak diiktiraf oleh
Syarikat Berpiagam Borneo Utara selepas penggunaan istilah
‘Molohing’ atau O.T (Orang Tua). Beberapa jawatan seperti
Native Chiefs dan O.K.K. (Orang Kaya-Kaya) juga
diwujudkan selepas itu.
Amalan ‘Misangod’ dan ‘Mangayau’ Antara Puak
Tempoh masa daripada migrasi keluar dari Nunuk
Ragang sehingga pentadbiran syarikat Berpiagam Borneo
Utara British pada tahun 1881 disifatkan sebagai zaman gelap
bagi komuniti Dusun dalam aspek peradaban kemanusiaan.
Walaupun komuniti Dusun telah tersebar di serata tempat dan
mendominasi tanah di pedalaman Sabah, tetapi amalan
berpuak-puak, ‘mangayau’ dan ‘misangod’ dan pemburuan
kepala manusia menjadi satu rutin dalam kehidupan komuniti
Dusun pada waktu itu.
Beberapa penulis barat pula menggambarkan amalan
tersebut sebagai satu adat (custom) dalam komuniti Dusun.
Bagaimanapun, puak Rungus yang berpindah awal daripada
Nunuk Ragang dipercayai tidak mengamalkan aktiviti
pemburuan kepala,129 tetapi tetap terlibat dengan konflik
perebutan petempatan dengan beberapa puak lain.
Pemburuan kepala (Head-Hunting), adalah amalan
mengayau (memburu) oleh pemburu kepala manusia. Di
Borneo, pemburu kepala yang sangat sinonim dengan
pemburuan kepala adalah ‘pengait’ yang menggunakan
senjata untuk memenggal kepala manusia. Beberapa istilah
juga ditemui untuk merujuk pemburu kepala, antaranya
129 Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazandusun, hlm. 130
86
adalah ‘songgorib’, merujuk kepada cara pemburu kepala
memenggal kepala - ‘gorib’
Bagaimanapun, ‘pengait’ adalah istilah yang
digunakan oleh Dayak di Sarawak yang diupah untuk
memburu kepala manusia. Ini berbeza dengan pemburuan
kepala ketika zaman komuniti Dusun hidup berpuak-puak di
Sabah. Amalan ini hanya bertujuan untuk menunjukkan
keberanian, mendapatkan kehormatan ahli komuniti dalam
puak masing-masing dan aktiviti membalas dendam antara
satu puak dengan puak yang lain. Aktiviti ini melibatkan
strategi mangayau (melakukan pencarian kepala) dan
magawang (melakukan serangan hendap), sebelum
memancung kepala musuh.
Kepala yang diperolehi akan dibawa ke petempatan
puak masing-masing untuk digantung di pokok Nunuk (yang
dianggap pokok berhantu) dalam tempoh 10 hari sebelum
upacara ‘mongkiob’ oleh bobolian. Tengkorak kepala
manusia itu kemudiannya akan dikumpul di bangkawan
(tempat tengkorak manusia dihimpunkan).130 Mereka yang
memperolehi kepala puak lain akan dianggap wira dan perlu
diberi penghormatan.131
Bagaimanapun, terdapat beberapa penulis barat
menyifatkan amalan misangod atau ‘head-hunting’ juga
berlaku di serata tempat di dunia. Whitehead, J menyatakan,
‘The North-American Indian kept the scalps of his victims; the
South-American preserved the skin and hair in a marvellous
manner, discarding the skulls.’132 Malahan di Borneo,
kebanyakkan komuniti juga melakukan aktiviti memburu
kepala, sepertimana yang dijelaskan dalam tulisan Peter R.
Phelan pada tahun 1994, yang menyatakan, ‘It is generally
130 Ibid, hlm. 133.
131 Peter R. Phelan, Head-Hunting and the Magang Ceremony in Sabah, hlm. 8.
132 Whitehead, J. Exploration of Kina Balu, North Borneo, hlm. 33.
87
accepted that the custom of head-hunting was widespread in
South-East Asia and also of great antiquity.’133
Owen Rutter juga mencatatkan bahawa selain Dusun,
kaum Murut juga melakukan aktiviti pemburuan kepala.
Rutter menulis,
“Since the races to which they (the North
Borneo Pagans) are allied all practice head-
hunting, or did practice it until they came
under European influence, it is probable that
the Muruts and Dusuns were head-hunters
before they reached Borneo.’134
Seorang penulis yang pernah bersama tentera British
di Burma telah juga mencatatkan bahawa aktiviti pemburuan
kepala di Burma, yang dinyatakannya berlaku di Wa in, Shan,
Burma dan Sangtam Nagas di Assam sama sepertimana
aktiviti pemburuan kepala di Borneo.135
Kesimpulan
Migrasi keluar daripada Nunuk Ragang pada
pertengahan abad ke 18 dilihat satu zaman perubahan bagi
komuniti Dusun. Melalui zaman sukar di Nunuk Ragang pada
awal abad ke 18 telah memaksa komuniti ini melakukan
migrasi untuk perubahan ke arah yang lebih baik. Migrasi ini
berjalan seperti yang dirancang, iaitu menguasai hampir
separuh daripada kawasan di Borneo Utara, khususnya
kawasan pedalaman. Bagaimanapun, migrasi ini juga telah
menyebabkan semangat berpuak-puak yang mereka bawa dari
Nunuk Ragang semakin menebal.
133 Peter R. Phelan, Head-Hunting and the Magang Ceremony in Sabah, hlm. 6.
134 Owen Rutter, The Pagans of North Borneo, 1929.
135 Enriquez, C.M, The Haunted Mountain of Borneo, 1927.
88
Komuniti Dusun kehilangan petempatan terbesar
mereka setelah Nunuk Ragang runtuh. Pada masa yang sama
mereka hilang sifat perpaduan dalam komuniti kerana hanya
semangat berpuak-puak yang mewarnai kehidupan komuniti
ini pada masa itu. Banyak nyawa terkorban kerana hal-hal
kecil pada zaman ini. Keghairahan untuk menunjukkan
kekuatan fizikal menjadi pendorong kepada puak-puak untuk
memburu kepala sesama komuniti.
Bagaimanapun, beberapa sudut positif telah dapat
dilihat daripada migrasi keluar di Nunuk Ragang. Mereka
bukan sahaja menguasai sebahagian besar tanah di pedalaman
Sabah tetapi mempunyai teknologi pertanian yang semakin
baik. Komuniti ini juga semakin maju dalam bidang pertanian
dan sudah mula menjalankan pertanian padi huma. Mereka
juga sudah menanam beberapa jenis tanaman baru. Beberapa
puak atau kumpulan yang berhijrah di pinggir bandar mula
menerima pendidikan formal dan menganuti agama.
Pemikiran juga sudah mula berubah ke arah yang lebih
bertamadun.
89
BAB LIMA
RUMUSAN
Migrasi Dusun, kaum yang asalnya dipercayai
daripada kumpulan terawal mendiami Pulau Borneo berlaku
dalam beberapa fasa. Selepas membuat beberapa petempatan
di Borneo bermula sebelum masihi, bukti sejarah menjelaskan
bahawa komuniti ini telah mendiami kawasan penguasaan
kerajaan Po’ni atau kerajaan Brunei Kuno yang berpusat di
Kota Batu, Brunei.
Sesetengah penulisan mendakwa komuniti ini ada
hubungan dengan komuniti Bisaya yang mengasaskan
kerajaan Po’ni dan kerajaan Brunei Moden. Bagaimanapun,
tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan bahawa kedua-
duanya daripada leluhur yang sama. Bagaimanapun yang jelas,
kedua-duanya menghuni kawasan yang dikuasai oleh kerajaan
Po’ni. Sebab itulah pertembungan budaya tidak dapat
dinafikan berlaku antara komuniti Dusun dan Bisaya sejak
berada dalam kerajaan Po’ni.
Selain itu, pengaruh budaya China juga sudah
bermula sejak hubungan kerajaan Po’ni dengan kerajaan
Dinasti China dan diteruskan semasa kerajaan Brunei Moden.
Selepas migrasi Dusun ke utara Borneo (Sabah), pengaruh
China ke atas komuniti Dusun masih berlaku walaupun di
pedalaman Sabah. Dipercayai juga bahawa peranan pedagang
China yang menubuhkan kerajaan Kinabatangan membantu
petempatan Nunuk Ragang bertahan daripada serangan
mahupun pencerobohan komuniti lain di Nunuk Ragang.
Sebagai kuasa penjajah ekonomi tunggal di kawasan
pedalaman Sabah, pedagang China mengambil kesempatan
untuk mempertahankan kawasan pedalaman daripada
90
dicerobohi oleh kuasa luar. Sebagai sebahagian daripada
rancangan tersebut, pedagang China telah membuat hubungan
erat dengan empayar Brunei melalui perkahwinan dan
pengiktirafan kebesaran sultan Brunei. Ini berlaku kepada
Ong Sum Ping, pedagang China yang diceritakan banyak
dalam sejarah Brunei dan catatan China.
Penguasaan Ong Sum Ping dan China ke atas
ekonomi kawasan pedalaman dibuktikan melalui peristiwa
pengambilan intan di gunung Nabalu dan beberapa peristiwa
perdagangan barter antara pedagang China dan penduduk
tempatan. Di beberapa tempat selain kawasan pedalaman
berhampiran gunung Nabalu, pengaruh China ke atas
penduduk tempatan juga berlaku di sepanjang sungai Padas,
Klias, Papar dan Tuaran. Mereka bukan sahaja membina
kedai malah berkahwin dengan penduduk tempatan.
Di Nunuk Ragang, selain menjadi tempat laluan
mencari hasil hutan, dipercayai juga tempat tersebut adalah
tempat pertukaran barang atau perdagangan barter antara
pedagang-pedagang China dan penduduk Nunuk Ragang.
Selain itu dipercayai juga bahawa tempat tersebut merupakan
tempat pusaran tenaga bumi yang menjadi tumpuan orang
untuk tinggal menetap.
Selepas monopoli ekonomi China di kawasan
pedalaman berakhir sekitar pertengahan abad ke 18 dengan
kemunculan pedagang-pedagang dari Eropah, Nunuk Ragang
tidak lagi menjadi kawasan laluan pedagang China untuk
mendapatkan hasil hutan. Akhirnya, petempatan tersebut tidak
lagi istimewa dan akhirnya berlaku desakan dalaman untuk
penduduk melakukan migrasi keluar daripada kawasan
tersebut. Ketidakseimbangan antara kepadatan penduduk
dengan ekonomi menjadi punca kepada semua masalah di
Nunuk Ragang. Perbalahan sering berlaku di Nunuk Ragang
sungguhpun melibatkan hal-hal yang kecil.
91
Tanah semakin sedikit untuk setiap penduduk di situ.
Pengeluaran makanan daripada pertanian semakin
berkurangan kerana kemarau panjang. Individu semakin
mementingkan diri dan pada masa itu tidak muncul seorang
pemimpin yang mampu menyatukan komuniti ini. Akhirnya,
beberapa ketua puak muncul dan berpengaruh dalam kalangan
ahli puaknya. Akhirnya, muncul semangat berpuak-puak
kerana masing-masing percaya kepada ketua puak masing-
masing. Perbalahan antara puak berlarutan semasa proses
migrasi berlaku kerana isu petempatan, penipuan, ejek-
mengejek dan sebagainya.
Sebagai contoh, berlaku perebutan kawasan
petempatan antara satu puak atau kumpulan lain. Kehidupan
berpuak-puak ini semakin serius sehingga muncul amalan
memburu kepala antara puak. Amalan ini berlarutan berpuluh
tahun sehingga ada pegawai British yang melihat amalan ini
sebagai satu budaya. Kehidupan berpuak-puak akhirnya mula
berkurangan menjelang tahun 1900 apabila beberapa kawasan
melakukan perjanjian perdamaian setelah hidup berpuak-puak
selama beratus tahun. Istilah ‘Misangod Rondom’ dan
‘mogitotoluod’, digunakan untuk merujuk kepada perjanjian
damai kalangan puak-puak yang berbalah.
92