(2) The States of the Federation shall be –
a) the states of Malaya, namely, Johore,
Kedah, Kelantan, Malacca, Negri Sembilan,
Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor dan
Trengganu; and
b) the Borneo States, namely Sabah and
Sarawak; and
c) the State of Singapore.
(3) The territories of each of the States
mentioned in clause (2) are the territories
comprised therein immediately before
Malaysia Day.653
Pernyataan ini berdasarkan cadangan dalam Laporan IGC
yang kemudiannya menjadi perkara 1 dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. James Wong Kim Min, menyifatkan
kedudukan negeri-negeri (a), (b) dan (c) dalam klausa (2) sebagai
perbezaan taraf negeri-negeri yang sedia ada dengan negeri-negeri
yang baru menyertai persekutuan. Dalam ertikata lain, Persekutuan
Malaysia terdiri daripada tiga unit iaitu Persekutuan Malaya dengan
negeri-negeri sedia ada, negeri-negeri Borneo dan Singapura
sebagai satu unit. Seperti katanya:
Sabah and Sarawak would become part of the
new federation as equal partners of the States of
the Federation of Malaya – not as one of the
component States, but as an entity in partnership
with Malaya. Thus, the original Article of the
Federal Constitution which came into force on
Malaysia Day reads:
(1) The Federation shall be known, in Malay and
in English, by the name of Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be –
653 Ibid.
145
a)the states of Malaya, namely, Johore,
Kedah, Kelantan, Malacca, Negri
Sembilan, Pahang, Penang, Perak,
Perlis, Selangor dan Trengganu; and
b) the Borneo States, namely Sabah and
Sarawak; and
c)the State of Singapore.654
Selain itu, dalam lampiran A (9) Sabah diperuntukan 16
perwakilan parlimen daripada 159 perwakilan. Sarawak dan
Singapura masing-masing memperolehi 24 dan 15 perwakilan,
selebihnya daripada persekutuan Malaya.655 Beberapa pindaan juga
dibuat terhadap perlembagaan Persekutuan Malaya termasuk
Peruntukan Kewangan yang terkandung dalam jadual ke sepuluh
diperluaskan ke negeri-negeri Borneo. Dalam Lampiran A, Tajuk
IV, Peruntukan Kewangan, Bahagian 1, perkara 45 – Negeri-negeri
Borneo, akan diberi geran jalanraya dengan kadar $4,500 sebatu
untuk tahun 1964 dan 1965 dengan kadar perbatuan di Borneo
Utara adalah 1,151 batu.656 Negeri-negeri Borneo juga akan
mendapat peruntukan kewangan berdasarkan kepada bahagian IV,
Jadual Kesepuluh di mana setiap negeri menerima segala hasil
cukai, yuran dan cukai-cukai lain setakat yang dipungut.
Dalam perkara 47, lampiran A, dinyatakan bahawa semakan
boleh dibuat terhadap geran-geran istimewa negeri-negeri Borneo
sepertimana yang terkandung dalam bahagian IV, Jadual Kesepuluh,
Perlembagaan Persekutuan. Dinyatakan bahawa geran dalam
seksyen 1 dan sub-seksyen (1) dalam seksyen 2, Bahagian 4, Jadual
Kesepuluh, apa-apa penggantian atau tambahan geran, akan dikaji
semula oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri berkenaan,
jika mereka bersetuju dengan perubahan atau penghapusan mana-
mana geran.657 Oleh yang demikian, Bahagian IV, fasal (2) dalam
654 James Wong Kim Min, The Birth of Malaysia, Malaysia: Sweet and Maxwell
Asia, 2008, hlm. 9.
655 Malaysia: Agreement Concluded the United Kingdom of Great Britain and
Northern Ireland and Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and
Singapore, London: Her Majesty’s Stationery Office, July 1963, hlm. 21.
656 Ibid, hlm.41.
657 Ibid, hlm.42.
146
Perkara 112C perlembagaan Persekutuan hendaklah diubahsuai
melalui perintah Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun kajian
hendaklah mengambil kira kedudukan kewangan Persekutuan serta
keperluan negeri-negeri berkenaan. Tempoh untuk membuat kajian
hendaklah lima tahun atau lebih sebagaimana yang dipersetujui
oleh persekutuan dan negeri. Ini bermaksud, kajian sekurang-
kurangnya pada tahun 1968 dan kajian kedua pada tahun 1974.
Berkenaan dengan kuasa meminjam kerajaan negeri, dalam
perkara 111 Perlembagaan Persekutuan (Malaya), persekutuan
tidak menyekat mana-mana negeri termasuk negeri-negeri Borneo
dan Singapura untuk meminjam dibawah kuasa undang-undang
negeri itu, tetapi peminjaman mestilah mendapat kelulusan Bank
Negara dan Kerajaan Persekutuan.658
Satu lagi terma perjanjian melibatkan negeri-negeri Borneo
dalam lampiran A, Malaysia Bill adalah berkaitan dengan
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda (bahasa kaum
asal/peribumi di Borneo). Dalam perlembagaan persekutuan, tiada
akta dalam parlimen yang boleh menamatkan atau menyekat
penggunaan bahasa Inggeris bagi mana-mana maksud yang disebut
dalam fasal (2) hingga (5) dalam perkara 152, perlembagaan
Persekutuan.659 Bahasa Inggeris pula digunakan dalam apa-apa hal
sehingga 10 tahun selepas Malaysia dan kedudukan bahasa tersebut
terpakai dalam Parlimen oleh perwakilan Borneo, dalam prosiding
di makhamah rendah dan makhamah tinggi Borneo serta Dewan
Undangan Negeri negeri-negeri Borneo.
Berkenaan dengan keistimewaan kaum asal di Borneo
(Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan), dalam lampiran A,
Perjanjian Malaysia perkara 62 (1) menyebut, tertakluk kepada
peruntukan fasal (2) hingga (5) perkara 153 Perlembagaan
658 Malaysia: Agreement Concluded the United Kingdom of Great Britain and
Northern Ireland and Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and
Singapore, London: Her Majesty’s Stationery Office, July 1963, hlm. 41.
659 Ibid, hlm. 51.
147
Persekutuan, rizab jawatan awam hendaklah terpakai untuk kaum
asal di Borneo sebagaimana orang Melayu di Malaya.660
Di negeri-negeri Borneo, tidak boleh dimasukkan dalam
undang-undang negeri satu enakmen badan perundangan negeri
bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau
kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam,
melainkan jika dipersetujui dalam Dewan Undangan Negeri pada
bacaan kali ke dua dan ketiga, atau memperolehi majoriti yang
besar walaupun tidak mencapai majoriti dua pertiga dewan.661
Selain itu, dinyatakan perlindungan perlembagaan
berkenaan kedudukan negeri-negeri Borneo (yang terkandung
dalam perkara 161E, Perlembagaan Persekutuan). Dalam perkara
66 (1) Lampiran A, Perjanjian Malaysia, bermula dari Akta
Malaysia diluluskan, tiada pindaan kepada perlembagaan yang
dibuat berkaitan penyertaan wilayah-wilayah Borneo ke dalam
Persekutuan (terkandung dalam Perkara 159 (4) Perlembagaan
Persekutuan).662 Dalam hal berkaitan, tiada perubahan kepada
perlembagaan negeri-negeri Borneo. Tiada pindaan juga boleh
dibuat kepada perlembagaan kerajaan di Borneo tanpa persetujuan
Yang di-Pertua Negara Borneo Utara dan gabenor Sarawak. Antara
pindaan yang perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negara,
Borneo Utara dan gabenor Sarawak adalah; hak orang yang lahir
sebelum hari Malaysia menjadi warganegara oleh sebab hubungan
dengan negeri tersebut; keanggotaan bidang kuasa Makhamah
Tinggi di Borneo; perlantikan, pemecatan dan pengantungan
hakim-hakim makhamah; peruntukan Badan Perundangan Negeri
yang boleh membuat undang-undang serta kuasa badan eksekutif
negeri-negeri berkenaan; agama di dalam negeri; penggunaan
bahasa di dalam negeri; layanan istimewa kaum asal; dan kuota
ahli Dewan Rakyat yang tidak kurang daripada kadar jumlah yang
diperuntukan kepada negeri-negeri lain.
660 Ibid, hlm. 41.
661 Malaysia: Agreement Concluded the United Kingdom of Great Britain and
Northern Ireland and Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and
Singapore, London: Her Majesty’s Stationery Office, July 1963, hlm.152.
662 Ibid.
148
Lampiran B dalam Perjanjian Malaysia merupakan Undang-
undang Kerajaan Sabah yang dibentuk di London bagi mengambil
kira pampasan kepada pegawai-pegawai British yang bersara.663
Perlembagaan Sabah dibahagikan kepada enam Bahagian iaitu
Kerajaan Negeri, Perundangan, Peruntukan Kewangan,
Perkhidmatan Awam, Peruntukan Umum dan Peruntukan Tempoh
Peralihan. Dalam Bahagian satu, Undang-undang Kerajaan Sabah,
Ketua negeri dinyatakan sebagai:
1. (1) There shall be a Head of State for Sabah,
to be called the Yang di-Pertua Negara, who
shall be appointed by the Yang di-Pertuan
Agong acting in his discretion but after
consultation with the Chief Minister.664
Pernyataan ini menunjukkan istilah ketua negeri bagi
Borneo Utara (‘Borneo utara’ akan bertukar nama kepada ‘Sabah’
sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan) adalah Yang di-Pertua
Negara, bagaimanapun tugas Yang di-Pertua Negara Sabah dalam
perjanjian yang dipersetujui adalah sama sepertimana ketua negeri
di Melaka dan Pulau Pinang.
Tinjauan PBB dan Pengisytiharan Malaysia
Malaysia bagaimanapun tidak diisytiharkan pada 31 Ogos
1963 seperti dijadualkan. Indonesia dan Filipina pula meningkatkan
penentangannya terhadap Malaysia. Presiden Indonesia, Sukarno
mengecam Perdana Menteri Malaya kerana mengingkari janji
ketika mesyuarat di Tokyo, Jepun untuk tidak meneruskan
Malaysia sebelum mesyuarat penting mengenai Malaysia dibuat.665
Kedua-dua buah negara juga mendakwa Malaya mempunyai
perjanjian pertahanan dengan British yang disebut sebagai ‘neo-
colonial plot’, merujuk kepada keinginan membesarkan kawasan
663 A.J. Stockwell, British Document on The End of Empire: Malaysia, London:
Institute of Commonwealth Studies in University of London, The Stationery
Office (TSO), 2004, hlm. 210.
664 Ibid, hlm.92.
665 Malaysia: Malaya and Indonesia Relations, 31st August to 15th September 1963,
Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan, 1963, hlm. 14.
149
dan pengaruh mereka.666 Situasi tegang ini menyebabkan Presiden
Filipina, Diosdado Macapagal menjemput Tunku dan Sukarno,
Presiden Indonesia serta wakil PBB untuk bertemu di Manila bagi
membincangkan secara diplomasi isu pembentukan Malaysia pada
3 Ogos 1963.667 Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 5
Ogos 1963, ketiga-tiga ketua kerajaan bersetuju untuk meminta U
Thant, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menghantar satu pasukan bagi mendapatkan semula pandangan
rakyat di wilayah Borneo terhadap Malaysia.668 Bagi menghadapi
sebarang kemungkinan terhadap persetujuan-persetujuan
pembentukan Malaysia antara kerajaan British dan Malaya,
kerajaan Britain telah mengekalkan Setiausaha Tanah Jajahan,
Duncan Sandys di Asia Tenggara. Terdapat beberapa kemungkinan
berlaku termasuk risiko Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew
untuk mengambil kesempatan meminta terma perjanjian yang lebih
memihak kepada Singapura dan pertikaian antara Malaya dan
Sarawak berhubung pemilihan ketua negeri yang pertama.669
Di Borneo Utara, keputusan mesyuarat di Manila mendapat
reaksi pemimpin-pemimpin Borneo. Donald Stephens
berpandangan bahawa jika ada referendum, cadangan tersebut
mestilah daripada rakyat Borneo Utara sendiri dan bukan desakan
daripada luar.670 Menurut Stephens lagi:
We see no necessity for a United Nations team to
ascertain the wishes of the Sabah people. They have
studied the plan for nearly 2 years. When it was first
put to us we were wary of it, but we soon realised the
666 Stephen Holley, A White Headhunter in Borneo, Kota Kinabalu, Natural
History Publications (Borneo), 2004, hlm. 113.
667 FO 371/169901 (5) Recent Developments in Anglo-Indonesian Relations
including A Record of Indonesian Activities Concerning Sarawak, Sabah and
Brunei, 1 October 1963.
668 Ibid.
669 A.J. Stockwell, British Documents on the End of Empire: Malaysia, London:
Institute of Commonwealth Studies in University of London, The Stationery
Office (TSO), 2004, hlm. 211.
670 Sabah Times, 27 Ogos 1963.
150
benefits that could be derived. We are not going into
this blindly.671
Stephens juga menjelaskan Parti Perikatan Sabah telah
mengambil pendirian untuk tidak menerima referendum yang
dijalankan sama ada oleh PBB mahupun mana-mana badan lain dan
akan mengumumkan kemerdekaan Borneo Utara pada 31 Ogos
1963 sama ada Malaysia dibentuk atau tidak pada tarikh tersebut.672
Beliau menjelaskan:
...the die is cast. We must have our merdeka on
August 31st. If Malaysia is suggested at a later date,
then we can look at it again when the time comes. Let
us make it clear that what we want is firstly our
independence and secondly Malaysia. If we cannot
have independence and Malaysia at the same time,
then let us have independence first and Malaysia
later.673
Pada 8 Ogos 1963, kerajaan British dan pemimpin-
pemimpin Borneo Utara dengan undi sebulat suara di Majlis
Perundangan bersetuju bahawa Borneo Utara akan merdeka pada
31 Ogos 1963 walaupun Malaysia tidak akan dibentuk pada tarikh
tersebut.674 Tunku yang tidak berpuas hati dengan kenyataan
Donald Stephens dan keputusan Majlis Undangan Borneo Utara
pada 8 Ogos tersebut meminta Donald Stephens bersama-sama
Malaya menangguhkan pengisytiharan Malaysia. Stephens
bagaimanapun memberitahu Tunku bahawa Borneo Utara tidak
mahu menangguhkan kemerdekaan Borneo Utara. Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew juga mengatakan kepadanya bahawa
Borneo Utara harus meneruskan rancangannya untuk meraikan
kemerdekaan wilayah itu pada 31 Ogos 1963.675 Ketika bercakap
dengan pemberita sebelum bermesyuarat dengan pemimpin-
pemimpin Borneo pada 16 Ogos 1963, Tunku mempersoalkan
671 North Borneo News, 15 Ogos 1963.
672 Ibid.
673 Sabah Times, 12 Ogos 1963.
674 Sabah Times, 16 Ogos 1963
675 North Borneo News, 16 Ogos 1963.
151
keinginan pemimpin-pemimpin Borneo Utara yang mahu
membentuk Malaysia tetapi pada masa yang sama mahu
berkerajaan sendiri. Donald Stephens dalam reaksi terhadap
kenyataan Tunku menyatakan:
I think the Tunku is mistaken. We agreed only to
accept the coming of the United Nations teams,
although we objected strongly to it. We have our own
government. Why should the United Nations come?
August 31 was still the date demanded by North
Borneo.676
Stephens kemudiannya membuat kenyataan dalam
mesyuarat Majlis Perikatan Kebangsaan bahawa kemerdekaan pada
31hb Ogos 1963 adalah kehendak majoriti dan kemerdekaan ini
sebagai sebahagian daripada Malaysia. Sebab itulah dia meminta
semua parti politik di Malaya bersatu untuk memastikan Malaysia
direalisasikan.677 Menurutnya lagi, keputusan ini juga adalah satu
jalan penyelesaian politik kepada yang pro Malaysia bagi
menghancurkan rancangan Indonesia.678 Bagaimanapun Tunku
masih tidak berpuas hati dengan kenyataan ini dan mempersoalkan
status sebenar penyertaan wilayah itu ke dalam Malaysia.
Tunku kemudiannya menggunakan kuasa parlimen
Malaya untuk memastikan Borneo Utara dan Sarawak kekal
menyertai pembentukan Malaysia dengan meminda Seksyen 4
dalam Akta Malaysia pada 20 Ogos 1963 yang terkandung dalam
artikel 159, perkara 1 perlembagaan persekutuan Malaya
menyebut:679
(1) The Federation shall be known, in Malay and in
English, by the name of Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be (a) the states
of Malaya namely, Johore, Kedah, Kelantan,
676 Ibid.
677 Ibid.
678 Ibid.
679 A.G. Mezerik (editor), Malaysia-Indonesia Conflict, New York: International
Review Service, Inc, 1965, hlm. 95.
152
Malacca, Negri Sembilan, Pahang, Penang, Perak,
Perlis, Selangor and Trengganu (b) The Borneo
States, namely Sabah and Sarawak and (c) the
state of Singapore
(3) The territories of each of the states mentioned in
clause (2) are territories comprised therein
immediately before Malaysia Day.680
Presiden USNO, Datu Mustapha Datu Harun yang pada
mulanya tidak menyokong Borneo Utara berkerajaan sendiri
sekiranya pembentukan Malaysia ditangguhkan, akhirnya
mengubah fikiran setelah bertemu dengan Stephens dan Goode.
Datu Mustapha akur dan menyokong keputusan Majlis
Perundangan dan Jawatankuasa Parti Perikatan Sabah pada 22
Ogos 1963.681
Bagaimanapun, perkembangan yang tidak dijangka berlaku
apabila Tunku atas desakan Sandys, tanpa menunggu keputusan
laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengumumkan
bahawa pengisytiharan akan dibuat pada 16 September 1963.682
Satu perjanjian pindaan perubahan tarikh pengisytiharan Malaysia
dalam Perjanjian Malaysia kemudiannya telah dibuat pada 28 Ogos
1963 di Singapura.683 Sehingga tarikh pengisytiharan tersebut,
semua kuasa persekutuan kekal dibawah kerajaan negeri.684
Donald Stephens pula bersetuju menandatangani pindaan
Perjanjian penangguhan tarikh pengisytiharan Malaysia di
680 Ibid.
681 North Borneo News, 1 September 1963.
682 A.J. Stockwell, British Documents on the End of Empire: Malaysia, London:
Institute of Commonwealth Studies in University of London, The Stationery
Office (TSO), 2004, hlm. 211.
683 Agreement Concluded the United Kingdom of Great Britain and Northern
Ireland and Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore, London:
Her Majesty’s Stationery Office, July 1963.
684 A.J. Stockwell, British Documents on The End of Empire: Malaysia, London:
Institute of Commonwealth Studies in University of London, The Stationery
Office (TSO), 2004, hlm. 211.
153
Singapura.685 Sehari selepas perjanjian tersebut ditandatangani,
Tunku mengumumkan pindaan tersebut. Bagaimanapun beliau
mendapat reaksi negatif daripada Indonesia yang mengganggap
keputusan tersebut kurang matang dan melanggar Perjanjian
Manila.686 PBB juga melihat penangguhan tarikh pengisytiharan
Malaysia sepatutnya tidak dibuat ketika pasukan PBB sedang
membuat kerja-kerja tinjauan di Borneo.
Perayaan kemerdekaan Borneo Utara pada 31 Ogos 1963
sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Perundangan Borneo
Utara pada 8 Ogos 1963 bagaimanapun diteruskan.687 William
Goode kekal sebagai wakil Ratu. Sebagai persiapan terakhir
sebelum berkerajaan sendiri, Goode telah menggantikan sistem ahli
kepada sistem menteri penuh dengan barisan yang diketuai oleh
Ketua Menteri dan enam orang Menteri. Stephens dilantik sebagai
Ketua Menteri. Soal Pertahanan dan hubungan luar pula masih
menjadi tanggungjawab British.688
Upacara kemerdekaan Borneo utara telah diadakan di
Jesselton pada 31 Ogos 1963. Borneo Utara secara rasmi bertukar
nama kepada Sabah dan diberikan hak berkerajaan sendiri.689
Dalam ucapan William Goode, Gabenor terakhir Borneo Utara,
beliau menyatakan keyakinan terhadap Ketua Menteri, Donald
Stephens akan membela dan menjaga rakyat Sabah. Bagaimanapun,
kerajaan Malaya mengganggap kemerdekaan ini sebagai
kemerdekaan de facto kerana penangguhan pengisytiharan
Malaysia melalui perjanjian perubahan tarikh penangguhan
Malaysia yang telah juga ditandatangani oleh Donald Stephens.
Walaupun kemerdekaan tersebut dianggap oleh kerajaan
Malaya sebagai kemerdekaan de facto, Tunku Abdul Rahman
685 Agreement Amending the Agreement of 9th July Between The United Kingdom
of Great Britain and Northern Ireland, The Federation of Malaya, North Borneo,
Sarawak and Singapore Relating To Malaysia.
686 Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia – Indonesia, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm. 119.
687 North Borneo News, 1 September 1963.
688 Ibid.
689 Richard A. Lind, My Sabah Reminiscences of a Former State Secretary, hlm 34.
154
masih khuatir terhadap kemungkinan Borneo Utara tidak akan
meneruskan penyertaannya dalam Malaysia yang dijadualkan dua
minggu dari tarikh kemerdekaan Borneo Utara. Tunku
kemudiannya membuat bantahan terhadap kerajaan British kerana
memberikan Borneo Utara kemerdekaan sendiri dan bukan
menerusi penubuhan Malaysia. Tunku juga mempersoalkan
perlembagaan Borneo Utara.690 Britain memberi reaksi pada 6
September 1963 melalui Perdana Menteri Britain yang telah
meminta Setiausaha Negara Bagi Perhubungan Komanwel, Duncan
Sandys untuk kekal di Malaya sehingga Malaysia diisytiharkan.691
Tunku melalui Parlimen Malaya juga telah melantik Yang di-
Pertuan Agong sebagai ketua negeri di Borneo Utara dan
Sarawak.692
Sementara konflik kemerdekaan Borneo Utara dan
pengumuman pengisytiharan Malaysia oleh Tunku masih
berlangsung, seramai sembilan orang693 pasukan penyiasat PBB ke
Borneo Utara yang diketuai oleh George Janacek, Ketua Bahagian
Hubungan Luar Negara di Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu tiba di
Borneo pada 17 Ogos 1963.694 Terdapat dakwaan bahawa Donald
Stephens telah membawa Perikatan Sabah mengadakan
demonstrasi besar-besaran di Jesselton apabila pasukan PBB tiba.
Syarikat-syarikat pengangkutan juga telah bersetuju untuk
menyediakan kenderaan percuma dan bas untuk mengambil
penduduk dari kawasan luar bandar menghadiri demonstrasi ini.695
Seperti dirancang, ketibaan pasukan PBB di Jesselton pada 19
690 The Malayan Times, 3 September 1963.
691 CAB 129/114 (219) Malaysia, Memorandum by the Prime Minister, 9
September 1963.
692 A.J. Stockwell, British Documents on The End of Empire: Malaysia, London:
Institute of Commonwealth Studies in University of London, The Stationery
Office (TSO), 2004, hlm. 220.
693 Sembilan orang pasukan PBB itu terdiri daripada George Janacek sebagai
wakil PBB, Laurence Michelmore (Amerika Syarikat), George Howard
(Argentina), Neville Kanakaratne (Ceylon), Keneth K.S. Dadzie (Ghana), Irshad
Bagal (Pakistan), Yusushi Akashi (Japan), Abdul S. Dajani (UAR), Jose A.
Machado (Brazil) dalam FCO 141/12812 North Borneo: Internal Political.
694 Malaysia: Malaya and Philipine Relations, 31st August to 15th September 1963,
Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan, hlm. 14.
695 Ho Ah Choon, The Formation of Federation of Malaysia, Kuching: 1991.
155
Ogos 1963 disambut oleh lebih 7,000 orang rakyat Sabah yang
membawa sepanduk tanda sokongan terhadap Malaysia dan
menolak Sukarno.696
Indonesia bagaimanapun tidak begitu berusaha untuk
mencabar penyiasatan yang dijalankan oleh PBB. Sebaliknya, pada
5 September 1963 seorang pemerhati Indonesia, Encik Hassan
ketika bercakap di Kuching menyatakan secara keseluruhan kerja-
kerja PBB memuaskan hatinya. Ketua pemerhati Indonesia, Encik
Abdul Rachman pula dilaporkan oleh akhbar Antara News pada 5
September menyatakan bahawa beliau yakin dengan ketelusan
kerja-kerja PBB.697
Sebaliknya, Setiausaha Agung PBB, U Thant sedikit
kecewa kerana Tunku mengumumkan perubahan tarikh
pengisytiharan Malaysia daripada 31 Ogos 1963 kepada 16
September 1963.698 Pada pandangannya, tarikh tersebut hanya perlu
ditetapkan selepas hasil siasatan PBB diumumkan kepada umum.
Setiausaha Hubungan Luar Filipina, Salvador P. Lopez pula
menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang dan tidak
sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat di Manila.699
Tinjauan yang dibuat oleh PBB di wilayah Borneo selesai
pada 7 September dan pada 14 September 1963, laporan
dikeluarkan. Dalam laporan tersebut, Utusan Peninjau menyatakan
bahawa kerja-kerja mengumpul dan mengkaji kesemua surat-surat
badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan politik dan proses
696 Richard A. Lind, Reminiscences of a Former State Secretary, hlm. 35 dan
Arkib Negeri Sabah, Koleksi Surat Persendirian ‘The Crowd with their Banners
‘Malaysia is Our Choice’, 1 September 1963.
697 FO 371/169901, Recent Developments in Anglo-Indonesian Relations
including A Record of Indonesian Activities Concerning Sarawak, Sabah and
Brunei, 1 October 1963, hlm. 7.
698 United Nations, Malaysia Mission, Penyata Utusan Peninjau Bangsa-bangsa
Bersatu Mengenai Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, 16 September 1963.
699 Malaysia: Malaya and Philipine Relations, 31st August to 15th September 1963,
Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan, hlm. 14.
156
pilihan raya di kedua-dua wilayah telah dijalankan.700 U Thant
dalam laporan setebal 98 halaman itu merumuskan bahawa
majoriti penduduk wilayah Borneo telah menimbang dengan teliti
nasib mereka pada masa hadapan dan mereka juga sedar akan
akibat daripada penyertaan mereka dalam Persekutuan Malaysia.701
Terdapat sedikit tentangan dilaporkan walaupun terdapat dakwaan
bahawa ketika pasukan ini melawat Kuching dan Sibu, terdapat
tunjuk perasaan besar-besaran dan rusuhan anti-Malaysia.702
Laporan siasatan PBB juga menyatakan bahawa Sarawak dan
Borneo Utara sudah sampai ke tahap untuk berkerajaan sendiri dan
boleh memutuskan sendiri pilihan masa depan mereka.703
Ringkasnya, PBB membuat kesimpulan bahawa tidak syak lagi
sebahagian besar rakyat wilayah-wilayah ini ingin bersekutu dalam
Persekutuan Malaysia.704
Akhirnya, Malaysia diisytiharkan seperti yang dirancang
pada 16 September 1963. Tidak ada perjanjian baru yang dimeterai
sungguhpun banyak peristiwa berlaku sepanjang bulan Julai hingga
September 1963. Oleh yang demikian, terma dan kandungan
perjanjian Malaysia kekal seperti yang dipersetujui pada 9 Julai
1963. Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Tanah Melayu,
Ghazali Shafie kemudian menyeru Indonesia dan Filipina mengalu-
alukan Malaysia.705 Walau bagaimanapun, kedua-dua negara masih
enggan menerima Malaysia dan mendakwa semasa PBB membuat
tinjauan, keadaan penduduk wilayah tersebut terdedah dengan
paksaan dan ancaman.
700 United Nations, Malaysia Mission, Penyata Utusan Peninjau Bangsa-bangsa
Bersatu Mengenai Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, 16 September 1963,
hlm.viii.
701 Ibid.
702 James Chin, ‘Pertandingan Tak Setanding: Hubungan Persekutuan-Negeri di
Bawah Mahathir.’ Dalam Hoi Khai Leong dan James Chin (editor) Pentadbiran
Mahathir. Prestasi dan Krisis dalam Pemerintahan, Shah Alam: Selangor, 2003,
hlm. 35.
703 United Nations, Malaysia Mission, Penyata Utusan Peninjau Bangsa-bangsa
Bersatu Mengenai Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, 16 September 1963,
hlm.viii.
704 Ibid, hlm. viii.
705 P.J. Granville-Edge dan Rajen Devadason (editor) The Sabahan. The life and
Death of Tun Fuad Stephens, hlm. 146.
157
Kerajaan Sabah juga mempunyai keupayaan untuk
mengawal misi pasukan PBB dengan memberi gambaran kepada
pasukan itu bahawa wilayah itu memihak kepada
Malaysia.706Antara keraguan yang timbul adalah jadual operasi
pasukan yang sepatutnya memakan masa antara empat hingga enam
minggu telah dipendekkan menjadi sepuluh hari sahaja. Disebabkan
masa yang terlalu singkat, pasukan PBB terpaksa bergantung
kepada laporan-laporan pihak British yang lepas dan ini
bertentangan dengan kehendak Perjanjian Manila.707 Ekoran
daripada perkembangan ini, Indonesia dan Filipina kemudiannya
memutuskan hubungan dengan Malaysia.708 Di Indonesia,
penunjuk-penunjuk perasaan menyerbu kedutaan British dan
Malaya. Di Filipina, Duta Malaya ke Filipina, Zaiton Ibrahim telah
dimaklumkan oleh Librado Cayco di Pejabat Luar Filipina dan
memaklumkan Zaiton bahawa kerajaan Filipina tidak mengiktiraf
persekutuan Malaysia.709
Dalam hal berasingan, negeri Kelantan yang dikuasai oleh
parti pembangkang Pan Malaysian Islamic Party (PMIP) pula cuba
menghalang pembentukan Persekutuan Malaysia.710 Pada 10
September 1963, Encik Wan Mustapha bin Haji Wan Ali, peguam
negeri Kelantan dan Dato’ Haji Ishak Lufti, Menteri Besar
Kelantan telah mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman dan kerajaan Persekutuan di Mahkamah
Tinggi Persekutuan kerana telah meminda perlembagaan
Persekutuan Malaya tanpa persetujuan daripada raja-raja terlebih
dahulu, terutamanya Sultan Kelantan.711 Mereka mendakwa negeri-
negeri dalam persekutuan Malaya termasuk negeri Kelantan adalah
negeri yang berdaulat, oleh itu Sultan Kelantan sahaja boleh
706 B.J. Simanjuntak. Federalisme Tanah Melayu: Satu Kajian mengenai
Masalah-masalah Persekutuan dalam Sebuah Masyarakat Majmuk, Petaling Jaya:
Fajar Bakti, 1985, hlm. 180.
707 Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Dato. Biar Dunia menghakimkan-nya.
Uchapan2 Ketua Perwakilan Malaysia, Ka-majlis Keselamatan, pada 9 dan 10hb
September 1964, hlm. 9.
708 Ibid.
709 Malaysia: Malaya and Philippine Relations, 31st August 1957 to 15th
September 1963, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1963
710 DO 169/212, Opposition by the Kelantan State the New Malaysia Act, 1963.
711 Ibid.
158
menandatangani perjanjian itu bagi pihak negerinya. Kerajaan
Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani
Perjanjian Malaysia dan memperkenalkan Akta Malaysia.712
Bagaimanapun Peguam Negara, C.M Sheridan, menyatakan
perubahan-perubahan di dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah
dibuat mengikut peruntukan yang sedia ada iaitu mendapatkan
persetujuan Majlis Raja-raja. Tambahnya, kerajaan pula
mempunyai mandat yang diperolehi melalui pilihan raya dan
berhak mewujudkan Akta Malaysia.713 Hakim Makhamah Tinggi
Persekutuan, Dato James Thomson kemudian memutuskan bahawa
kerajaan persekutuan tidak menyalahi kuasanya dengan meluluskan
akta tersebut.714
Pada 16 September 1963, upacara pengisytiharan
Malaysia715 di Padang Bandaran, Jesselton dilakukan pada waktu
pagi yang telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak.716
Pengisytiharan Malaysia dibacakan oleh Donald Stephens dan
seterusnya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan Datu
Mustapha Datu Harun sebagai Yang di-Pertua Negara.717 Ahli-ahli
kabinet negeri yang lain juga dilantik iaitu Khoo Siak Chiew
(Menteri Komunikasi dan Kerja), Harris Mohd Salleh (Menteri
Kerajaan Tempatan), G.S. Sundang (Menteri Kesihatan), Pang Tet
Tsung (Menteri Kebajikan Sosial), Mohd Said Keruak (Menteri
Pertanian dan Perikanan) dan Richard Yapp (Menteri Tanah dan
Sumber Asli). Pegawai-pegawai British seperti R.N. Turner
dikekalkan sebagai Setiausaha negeri, W.K.H. Jones (Attorney
General) dan H.W. Davidson (Setiausaha Kewangan). 718
712 Mohammed Suffian Hashim, An Introduction to the Constitution of Malaysia,
Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan, 1972, hlm. 13-14.
713 DO 169/212, Opposition by the Kelantan State the New Malaysia Act, 1963.
714 Ibid.
715 Lihat Lampiran 6, Pemashhoran Pembentukan Malaysia.
716 Richard A. Lind, Reminiscences of a Former State Secretary, hlm. 34.
717 Ibid.
718 Ibid, hlm. 35.
159
Kesimpulan
Tempoh proses pembentukan Malaysia sebenarnya terlalu
singkat dengan pelbagai persoalan yang belum diselesaikan
sepenuhnya dalam mesyuarat Inter Governmental Committee
(IGC).719 Beberapa perkara berbangkit termasuk perlembagaan baru
yang dibangkitkan semasa mesyuarat IGC oleh Donald Stephens
tidak diambil perhatian, sebaliknya perlembagaan baru yang
mengambil asas perlembagaan Malaya diteruskan seperti mana
yang dipersetujui oleh kerajaan Malaya dengan kerajaan Britain
terdahulu. Masalah perbezaan terma perjanjian antara Sabah,
Sarawak dan Singapura juga tidak dibincangkan dengan serius.
Singapura, seperti mana yang diputuskan dalam parlimen Malaya
dan keputusan referendum di Singapura 1962 memperoleh
autonomi yang lebih besar berbanding Sabah dan Sarawak.720
Bagaimanapun, Malaysia sudah dibentuk dan beberapa
dokumen penting telah dijadikan rujukan bagi melihat apakah
persetujuan-persetujuan penting yang telah dicapai. Terdapat
beberapa dokumen seperti memorandum MSCC yang diserah
kepada suruhanjaya Cobbold, Laporan Cobbold dan Laporan IGC
telah dianggap dokumen-dokumen penting dalam persetujuan-
persetujuan pembentukan Malaysia. Setiap dokumen ini sebenarnya
mempunyai fungsi yang berbeza sungguhpun sebahagian isi
kandungannya membincangkan perkara yang sama. Mesyuarat
Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) hanya tempat
bagi pemimpin-pemimpin wilayah-wilayah Borneo mendapatkan
maklumat terperinci rancangan Malaysia. Laporan Cobbold pula
merupakan satu laporan yang memberi rumusan apakah kehendak
sebenar penduduk wilayah-wilayah Borneo terhadap Malaysia yang
dihasilkan melalui kerja-kerja Suruhanjaya Cobbold. Hasil laporan
adalah penting kerana rumusan laporan menentukan adakah
wilayah Borneo akan menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Memorandum 20 Perkara pula merupakan syarat-syarat yang
diminta oleh parti-parti politik di Sabah untuk menyertai
719 Stephen Holley, A White Headhunter in Borneo, hlm. 110.
720 The Singapore National Referendum Ordinance 1962(No.19 of 1962) section
18.
160
pembentukan Malaysia dan syarat-syarat yang diminta ini dibawa
dan telah dibincangkan dalam mesyuarat Inter-Governmental
Committee (IGC). Laporan IGC adalah kandungan perbincangan
pemimpin-pemimpin Borneo dengan pemimpin-pemimpin
Malayayang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne mengenai
cadangan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan
Malaysia bagi melindungi Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
Sebahagian besar daripada Laporan IGC dimasukkan dalam
(Lampiran A, Usul Malaysia) Perjanjian Malaysia dan
kemudiannya menjadi Akta Malaysia 1963.
Bagaimanapun, dokumen Perjanjian Malaysia merupakan
dokumen paling penting sebagai rujukan apabila melihat
apakahpersetujuan-persetujuan yang dimeterai dalam Perjanjian
Malaysia.721
721 Malaysia Agreement Concluded Between the United Kingdom of Great Britain
and Northern Ireland, The Federation Malaya, North Borneo, Sarawak And
Singapore
161
162