The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DARI PERSEKUTUAN BORNEO KEPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-11-24 21:34:25

DARI PERSEKUTUAN BORNEO KEPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA

DARI PERSEKUTUAN BORNEO KEPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA

Keywords: Borneo,Sejarah Sabah,History

diselesaikan. Tunku juga memberitahu pemberita bahawa
perbincangan sudah mencapai tahap krisis, sepertimana yang
dinyatakan oleh pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaya kepada
Pejabat Perhubungan Komanwel:

Tunku told newsman that discussions with British
Government had reached point where decision ‘one
way’ or ‘other’ had to made. Asked if talks had
struck snag, Tunku replied that point had been
reached on whether it would be ‘yes’ or ‘no’ on
Malaysia.449

Tunku juga memberitahu Duncan Sandys bahawa
kenyataannya untuk mengabungkan Singapura dan Brunei lebih
awal daripada wilayah Borneo yang lain membuka kembali perkara
yang ditakuti oleh Tunku dan penduduk Melayu di Malaya. Dalam
suratnya kepada Duncan Sandys pada 26 Julai 1962, Tunku
menyatakan:

You might say that these measures are purely
temporary in that the Borneo territories would merge
in the next few months. That might be so, but the
psychological effect in the minds of the Malay
people would be one of suspicion, and fear –
suspicion in that I have gone back on my promise to
them and likely to do so again, and fear that I have
been weak enough to allow myself to be used as an
instrument of British interest in order to perpetuate
British Imperialism.450

Tunku juga memberitahu Sandys bahawa jika persetujuan
tidak dicapai, kerajaan Malaya akan kekal seperti sedia ada dan
bersiap sedia berhadapan dengan ancaman komunis. Tunku yang
melihat Malaysia tidak menjadi kenyataan kemudiannya berjumpa
MacMillan buat kali terakhir sebelum kembali ke Malaya pada 29
Julai 1962. Akhirnya, pada 1 Ogos 1962 kedua-dua buah kerajaan

449 CO 1030/1024 (92) Acting High Commissioner, Kuala Lumpur to
Commonwealth Relations Office, 25 July 1962.
450 CO 1030/1024 (25) Tunku Abdul Rahman to Duncan Sandys, 26 July 1962.

95


kemudiannya membuat satu kenyataan bersama bahawa kerajaan
British dan kerajaan Malaya bersetuju membentuk Malaysia pada
31 Ogos 1963 dengan menggabungkan Malaya, Singapura, Borneo
Utara, Sarawak dan Brunei pada masa yang sama.451 Selain itu,
dalam masa enam bulan satu perjanjian formal mengenai
pemindahan kedaulatan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan
dibuat.452 Pembahagian kuasa antara Singapura dan persekutuan
baru seperti yang dipersetujui antara kerajaan Malaya dan
Singapura juga akan dibuat. Turut dipersetujui adalah persetujuan
pertahanan sepertimana kenyataan kerajaan British dan Malaya
pada 22 November 1961.453 Selain itu, persetujuan perlembagaan
yang terperinci termasuk perlindungan kedudukan istimewa Borneo
Utara dan Sarawak akan dibentuk selepas perundingan dengan
badan legislatif kedua-dua wilayah dan bagi memperkenalkan
sistem persekutuan baru agar berjalan dengan lancar, beberapa
bidang kuasa persekutuan akan diserahkan buat sementara waktu
kepada kerajaan negeri.454 Bagi mengekalkan keberkesanaan
pentadbiran, kedua-dua buah kerajaan juga bersetuju tentang
kepentingan mengekalkan perkhidmatan pegawai-pegawai British
di wilayah-wilayah Borneo.455

Laporan Cobbold

Laporan Cobbold diterbitkan pada 1 Ogos 1962 (di
Borneo Utara, laporan ini hanya diumumkan pada pertengahan
bulan Ogos).456 Laporan rasmi suruhanjaya Cobbold ini
bagaimanapun masih menunjukkan banyak pertentangan pendapat
antara ahli suruhanjaya British dan Malaya. Laporan itu
bagaimanapun disesuaikan mengikut pandangan dan cadangan ahli-
ahli suruhanjaya.

451 DO 169/330, A Short Account of Malaysia. Annex: Joint Public Statement,
Issued by the British and Malayan Government on The 1st August 1962.
452 Ibid.
453 Ibid.
454 Ibid.
455 Ibid.
456 Ibid.

96


Laporan Cobbold mempunyai 248 perkara yang
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu bahagian I (Enquiry in
Sarawak), bahagian II (Enquiry in North Borneo), bahagian III
(Assessment of Evidence) dan bahagian IV (Recommendations).
Dalam bahagian IV, syor-syor atau cadangan-cadangan ahli
suruhanjaya telah dibahagikan kepada empat bahagian yang
berasingan kerana masalah perbezaan pendapat. Pertama, bahagian
berkenaan cadangan tentang perkara-perkara umum yang
diperincikan. Kedua, cadangan daripada ahli suruhanjaya British,
Anthony Abell dan Sir David Watherston. Ketiga, cadangan ahli-
ahli suruhanjaya Malaya, Dato Wong Pow Nee dan Ghazali Shafie
dan keempat, rumusan cadangan ahli-ahli British dan Malaya
dalam suruhanjaya Cobbold serta komen daripada pengerusi
suruhanjaya, Lord Cobbold.

Berdasarkan hasil siasatan suruhanjaya Cobbold di Borneo
Utara, Laporan Cobbold menyatakan bahawa tidak ramai penduduk
di Borneo Utara memikirkan implikasi rancangan Malaysia.
Bagaimanapun, sesetengah perkara menjadi tarikan kepada
kumpulan-kumpulan tertentu di Borneo Utara. Sebagai contoh,
penduduk Islam yang berjumlah 172,324 atau 38 peratus di wilayah
Borneo tertarik dengan Islam yang sudah menjadi agama rasmi
persekutuan sementara kaum peribumi (native) tertarik dengan
keistimewaan yang akan mereka perolehi termasuk prospek
penambahbaikan dalam aspek sosioekonomi.457

Bagaimanapun masih timbul kebimbangan penduduk
peribumi Borneo Utara dan ini menekan masyarakat ini meminta
perlindungan termasuk perlantikan ketua negeri daripada kaum
Peribumi, imigresen ke Borneo Utara dibawah kawalan kerajaan
Borneo Utara, pengekalan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
dan medium pertuturan dan kedudukan istimewa kaum peribumi.458
Banyak kumpulan kaum peribumi juga mahu Borneo Utara
diwakili dengan sewajarnya di parlimen persekutuan dan tidak
disamakan dengan status Pulau Pinang dan Melaka. Sebilangan

457 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 116/117.
458 Ibid, para 118.

97


besar kaum peribumi berfikiran bahawa Malaysia perlu terdiri
daripada lima unit, bukannya lima belas. Ini seperti dinyatakan
dalam perenggan 118 (e) Status of North Borneo in Malaysia yang
menyatakan;

Many groups who appeared before us displayed
great anxiety that North Borneo should be
adequately represented in the Federal Parliament and
that, in this and in other respects, she should not be
treated as equivalent in status to one of the States in
the present Federation of Malaya, for example,
Penang or Malacca. A number of persons expressed
the view that the new Federation should consist of
five units – the Federation of Malaya, Singapore,
Sarawak, Brunei and North Borneo – and not 15
units as would be the case if the Federation of
Malaya disappeared as such, and was regarded as 11
separate states which would each join the new
federation on equal terms with the four new units.
The reason for this attitude was clearly a fear that
North Borneo’s interests might be overlooked or
given too little weight.459

Suruhanjaya juga menjelaskan bahawa beberapa
kumpulan kaum peribumi menjangka bahawa persekutuan hanya
mengambil alih beberapa perkara seperti hubungan luar, pertahanan
dan beberapa bahagian dalam keselamatan dalaman. Ramai
mahukan manfaat lain seperti pendidikan percuma dan
mempercepatkan pembangunan luarbandar dibawah tanggungjawab
persekutuan. Kaum peribumi yang mewakili 306,498 orang
daripada 454,421 penduduk Borneo Utara dengan pecahan kaum
terbesar adalah Dusun sebanyak 145,229, Bajau (59,710), Brunei
(23,450) dan Murut (22,138) juga rata-ratanya bimbang dengan
kenaikan kadar cukai.460

459 Ibid, para 148.
460 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 148.

98


Selain itu, kaum peribumi setuju penubuhan sebuah
kerajaan pusat, tetapi negeri-negeri akan mengekalkan identiti dan
autonominya; negeri-negeri Borneo akan mempunyai autonomi
tambahan dan perlindungan dengan beberapa bentuk jaminan harus
disediakan di mana tiada pindaan, pengubahsuaian atau penarikan
balik kuasa atau perlindungan khas seperti itu yang boleh dibuat
oleh kerajaan pusat tanpa persetujuan positif kerajaan negeri
berkenaan.461 Perlembagaan juga harus mempunyai peruntukan
yang sewajarnya bagi memastikan perlindungan khas untuk
kepentingan Borneo Utara dan Sarawak dikekalkan. Kuasa
meminda Perlembagaan setiap negeri adalah milik eksklusif rakyat
negeri-negeri ini.462

Kaum Cina yang mempunyai 104,542 atau 23 peratus
daripada penduduk Borneo Utara menyatakan pendirian yang
pelbagai. Terdapat kalangan mereka yang menentang tetapi tidak
begitu ekstrimis sepertimana penentangan SUPP di Sarawak.
Majoriti yang berpelajaran pula berpendapat Malaysia mempunyai
tujuan yang jelas tetapi kurang matang.463 Tentang status Borneo
Utara dalam Malaysia, pandangan kaum Cina dengan kaum
peribumi tidak jauh berbeza. Mereka berpendapat Borneo Utara
seharusnya mempunyai pengaruh yang berkesan dalam kerajaan
persekutuan di Kuala Lumpur. Tentang perwakilan senat
persekutuan, beberapa kumpulan kaum Cina mahukan lebih dua
kerusi daripada yang diperuntukkan kepada negeri-negeri sedia ada.
Sesetengahnya mahukan lebih daripada itu.464 Berkenaan dengan
bidang kuasa persekutuan, kaum Cina mahukan Malaysia menjadi
persekutuan yang longgar dengan kuasa persekutuan terhad dalam
hubungan luar, pertahanan dan keselamatan dalaman. Ramai kaum
Cina juga mahu jaminan supaya Malaysia tidak akan memberi
kenaikan cukai dan mahu supaya Borneo Utara mengekalkan
kawalan ke atas kewangan sendiri.465 Selain isu status Borneo Utara
dalam Malaysia, kaum Cina di Borneo Utara juga sependapat

461 Ibid.
462 Ibid.
463 Ibid, para 123.
464 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 125.
465 Ibid.

99


dengan kaum peribumi berkenaan isu imigresen, agama dan
pindaan perlembagaan. Kaum Cina juga mencadangkan perlunya
satu tempoh percubaan untuk Borneo Utara dan bebas untuk
membuat keputusan untuk keluar daripada persekutuan jika mereka
mahu.466

Pendirian parti-parti politik pula pelbagai. UNKO yang
ditubuhkan pada bulan Ogos 1961467 dan mendakwa mempunyai 60
cawangan dan dianggarkan mempunyai ahli seramai 20,000 orang
menyokong Malaysia dengan syarat ada perlindungan khususnya
bagi kepentingan kaum Kadazan. UNKO memberikan empat sebab
parti ini menyokong pembentukan Malaysia. Ini termasuk jaminan
masa depan Borneo Utara untuk mendapatkan kemerdekaan
hanyalah dengan menyertai pembentukan Malaysia. UNKO khuatir
jika berkerajaan sendiri dahulu akan membuka dominasi kaum Cina
dalam pendidikan dan ekonomi dan akhirnya berkemungkinan akan
dipengaruhi oleh fahaman komunis.468 Kedua, Malaysia adalah
langkah keselamatan terbaik pada masa hadapan bagi wilayah-
wilayah jajahan British di Asia Tenggara kerana gabungan wilayah-
wilayah ini akan membentuk satu unit yang kuat dan memainkan
peranan penting dalam pertahanan negara-negara Komanwel.
UNKO juga menyatakan bahawa hanya melalui Malaysia, ideologi
komunis dihapuskan dan masalah ras di wilayah Borneo juga akan
dapat diselesaikan. Ketiga, pemberian kedudukan istimewa kepada
kaum peribumi akan memberi mereka peluang untuk bersaing
dengan kaum Cina. UNKO juga menyifatkan bahawa sekiranya
kaum Cina setia, maka Malaysia adalah peluang untuk
memperolehi keselamatan. Kemungkinan juga sekiranya Malaysia
tidak direalisasikan, terdapat tuntutan negara-negara jiran terhadap
wilayah Borneo. Keempat, UNKO juga melihat kerja keras yang
dilakukan oleh Malaya terhadap pembangunan luar bandar
memberi kaum peribumi di Borneo Utara semangat baru untuk
bekerja.469 Bagaimanapun UNKO menyenaraikan perlindungan
yang dicadangkan melalui mesyuarat MSCC seperti perihal agama,

466 Ibid.
467 Ibid.
468 Ibid, para 126.
469 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 127.

100


bahasa, keistimewaan kaum peribumi dan kaum Sino-Kadazan,
imigresen, perwakilan ke parlimen persekutuan, cukai dan
kedudukan pegawai British.

USNO yang ditubuhkan pada November 1961 mendakwa
mempunyai 60,000 ahli tetapi hanya lebih kurang 21,000 ahli
menurut perkiraan Suruhanjaya Cobbold.470 USNO sepenuhnya
menyokong Malaysia khususnya bagi pertahanan menentang
ancaman komunis. USNO menyokong penuh bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan berpandangan bahawa agama rasmi
Borneo Utara sepatutnya Islam dan pembinaan banyak sekolah
agama perlu dilakukan.471

United Pasok Momogun Party (UPMP) yang ditubuhkan
di Keningau mempunyai ahli seramai 10,600 yang sebahagian
besarnya terdiri daripada kaum Dusun dan Murut. UPMP
mengambil pendirian menentang pembentukan Malaysia. Parti ini
berpandangan penduduk di Borneo Utara dari segi politik masih
kurang matang untuk menyumbang sesuatu kepada Malaysia dan
mahukan British kekal bagi membangunkan pendidikan dan politik
di Borneo Utara sehingga berkerajaan sendiri. Selepas itu, barulah
penduduk Borneo membuat keputusan sama ada kekal berkerajaan
sendiri atau memilih Malaysia.472

Democratic Party yang dianggarkan mempunyai 22,000
hingga 24,000 ahli yang kebanyakkannya di Jesselton dan Tenom
mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan mengenai Malaysia. Bagaimanapun, parti ini
mencadangkan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian oleh
suruhanjaya; tiada agama rasmi atau bahasa rasmi di Borneo;
Penggabungan dengan Malaya dan Singapura boleh
dipertimbangkan tetapi harus dilakukan dengan berperingkat-
peringkat. Selain itu, Democratic Party mahukan status Sino-

470 Ibid.
471 Ibid, para 131.

472 Ibid, para 133.

101


Dusun akan dianggap ‘Dusun’ di luar bandar dan sebagai ‘Cina’ di
bandar.473

Sebuah lagi parti berasaskan kaum Cina, United Party
yang ditubuhkan di Sandakan oleh kumpulan peniaga mempunyai
keahlian sebanyak 11,400 mengambil pendirian menentang
Malaysia dan mahukan Borneo Utara berkerajaan sendiri terlebih
dahulu. Penentangan parti ini berdasarkan pendirian bahawa
cadangan itu belum sesuai dan tidak akan dipertimbangkan
sehingga memperolehi kemerdekaan sendiri pada tahun 1963.
Selepas itu, penduduk Borneo Utara barulah boleh membuat
keputusan untuk menyertai penggabungan dengan Malaya,
Singapura dan wilayah-wilayah Borneo yang lain.474

Sebuah lagi parti iaitu Liberal Party juga menentang
Malaysia. Parti ini didakwa oleh Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan
di Sandakan ketika Suruhanjaya menjalankan kerja-kerjanya. Tiada
anggaran jumlah ahli tetapi dikatakan parti ini adalah multiracial.475
Parti ini berpendapat gabungan Borneo Utara, Singapura dan
Malaya hanya menambah risiko terhadap perluasan pengaruh
Komunis. Parti ini juga lebih suka Borneo Utara bergabung dengan
wilayah Borneo yang lain dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
akan membangunkan sumber asli di wilayah ini. Parti ini juga
percaya Britain dan Amerika Syarikat akan melindungi wilayah-
wilayah ini daripada Komunis atau mana-mana ancaman daripada
luar. Parti ini percaya bahawa tiada kemerdekaan melalui Malaysia
sebaliknya wilayah-wilayah Borneo akan bergantung kepada
Malaya.476

Ketika membuat kenyataan akhbar bagi merumuskan
reaksi penduduk wilayah Borneo khususnya parti politik tempatan,
pegawai tempatan dan pegawai British merumuskannya sebagai:

473 Ibid, para 135.
474 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, Para 137.
475 Ibid, para 139.
476 Ibid, para 140.

102


…of the leading political parties, two (generally pro-
Malaysia) have welcomed the joint statement, one
(mainly Chinese) is stated to be prepared to face
realities and to accept Malaysia, one (native) has not
yet published its reaction, and one (mainly Chinese)
has declared that the British Government had no
moral or legal right to make a decision recorded in
the joint statement. The civil service reaction was, in
general, glum particulary among local officers; but
expatriate officers were relieved that a compensation
scheme would be introduced on the transfer of
sovereignty.477

Dua parti yang disebut menyokong Malaysia menurut
dapatan suruhanjaya Cobbold adalah UNKO dan USNO, sementara
sebuah parti dominasi kaum Cina, Democratic Party bersedia
menerima Malaysia. Sebuah lagi parti dominasi kaum Cina, United
Party mengganggap British tidak mempunyai hak undang-undang
dan moral untuk membuat keputusan. United National Pasok
Momogun Party (UNPMP), parti yang mendakwa berbilang kaum,
secara kasarnya tidak menunjukkan reaksi dalam kenyataan akhbar
tetapi telah memulakan gerakan menentang Malaysia sejak awal
tahun 1962.

Selain pandangan daripada kumpulan kaum dan parti-parti
politik, turut menjadi bahan bukti bagi keterangan-keterangan ini
adalah kertas kerja rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Borneo
Utara (dan kerajaan Sarawak untuk Sarawak) yang terkandung
dalam lampiran E, Laporan Cobbold478 dan memorandum yang
diserahkan hasil mesyuarat MSCC pada 23 Februari 1962
(terkandung dalam lampiran F, laporan Cobbold).479

477 CO 1030/1035 (38) Note by Far Eastern Department, Colonial Office, Local
Reactions in the Borneo Territories to the Cobbold Commission Report and the
Press Statement at the Conclusion of the Malaysia Talks in London, 21 August
1962.
478 CO 1030/1027. Appendix E, Report of the Commission of Enquiry, North
Borneo and Sarawak, 1962.
479 Ibid.

103


Dalam bahagian A (cadangan tentang perkara-perkara
umum yang diperincikan), suruhanjaya mencadangkan
perlembagaan persekutuan Malaya harus dijadikan asas
perlembagaan Malaysia yang baru dengan pindaan dan pengawasan
yang difikirkan perlu.480 Wilayah Borneo sepatutnya masuk sebagai
negeri481 dan persekutuan Malaya yang sedia ada akan menjadi
persekutuan Malaysia.482 Ini dijelaskan dalam para 148(b) Laporan
Cobbold yang antara lain menyatakan:

With the necessary amendments to the Constitution,
we envisage the entry of the two Borneo territories
as States within the Federation. With their admission,
the Federation of Malaya would cease to exist as a
political entity, and would be succeeded by the
Federation of Malaysia. There would continue to be
a strong Central Government, with the States
enjoying a measure of autonomy and retaining their
individual identity.’483

Terdapat beberapa perkara tidak mendapat persetujuan
daripada ahli suruhanjaya Malaya dan ahli suruhanjaya British.
Sebab itulah dalam laporan ini pandangan ahli-ahli suruhanjaya
dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian daripada ahli
suruhanjaya British dan satu bahagian yang lain daripada ahli
suruhanjaya Malaya. Antara pertentangan pendapat ahli

480 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 148.
481 Dalam buku kecil Laporan Cobbold (Versi Bahasa Melayu) istilah State
diterjemahkan kepada ‘Negara’ sementara Malaysia diterjemahkan kepada
‘Melayu Raya’ Dalam perkara (b) Perlembagaan menyatakan ‘Perlembagaan
Persekutuan yang ada sekarang ini patut digunakan. Persekutuan Tanah Melayu
akan lenyap dan menjadi Persekutuan Melayu Raya dengan sabuah Kerajaan
Pusat yang kukoh. Negara2 Borneo patut mempunyai kuasa sendiri dan
perlindongan yang khas dan beberapa jaminan2 bahawa, ini tidak boleh diubah2
dengan tidak ada persetujuan Negara.’
482 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 148.
483 Ibid, para 148.

104


suruhanjaya British dan Malaya yang dapat dikesan dalam laporan
Cobbold adalah soal agama.

Ahli-ahli British mencadangkan peruntukan berkenaan
kebebasan beragama di wilayah Borneo. Peruntukan agama Islam
sebagai agama rasmi persekutuan yang sedia ada sekarang
seharusnya tidak dipanjangkan ke wilayah Borneo sehingga Borneo
Utara mempunyai perwakilan penuh yang dilantik. Bagaimanapun,
ahli-ahli suruhanjaya Malaya berpandangan, Islam seharusnya
menjadi agama rasmi persekutuan.484

Dalam isu bahasa, pengerusi dan ahli suruhanjaya Malaya
setuju bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa kebangsaan. Ahli-ahli
British pula lebih suka rakyat Borneo yang memutuskannya selepas
mempunyai ahli perwakilan yang dilantik. Pengerusi dan ahli-ahli
suruhanjaya British juga mencadangkan supaya dalam peruntukan
perlembagaan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan
sebagai Bahasa rasmi tanpa had masa selagi wilayah Borneo mahu
begitu.485 Bagaimanapun, ahli-ahli Malaya dalam suruhanjaya itu
mencadangkan bahasa Inggeris bersama-sama bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas Malaysia dan
selepas itu diteruskan sehingga kerajaan pusat memperuntukkan
selain daripada ini tetapi bergantung kepada perundingan dengan
kerajaan negeri.486

Dalam soal imigresen, imigresen daripada luar ke mana-
mana bahagian di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab
persekutuan, tetapi tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri.
Kerajaan persekutuan juga harus memberi jaminan kemasukan
tidak terhad pekerja yang diambil oleh kerajaan negeri, kecuali hal-
hal yang melibatkan keselamatan.487 Kerajaan negeri seharusnya
mengawal kemasukan penduduk dari Malaya ke Sarawak dan
Borneo Utara tetapi memberi jaminan bahawa pegawai persekutuan

484 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 146(e).
485 Ibid, para 146 (f).
486 Ibid.
487 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 146 (g).

105


boleh masuk dengan bebas. Kemasukan penduduk Borneo ke
Malaya seharusnya tidak terhad.

Seperti disebutkan, cadangan ahli suruhanjaya British dan
ahli suruhanjaya Malaya dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam
Bahagian kedua laporan Cobbold, dinyatakan cadangan daripada
ahli suruhanjaya British, Anthony Abell dan David Watherson.488
Bahagian kedua menekankan pentingnya satu tempoh peralihan
antara tiga hingga tujuh tahun, waktu di mana suatu sistem kerajaan
yang bertanggungjawab dengan menggunakan sepenuhnya sistem
kementerian yang akan diperkenalkan di wilayah Borneo.489Ahli-
ahli suruhanjaya British mahukan satu tempoh peralihan yang
panjang bagi menyediakan Borneo Utara dan Sarawak cukup
bersedia dalam persekutuan Malaysia. Antaranya adalah
pengenalan sistem menteri dan perlantikan seorang ketua menteri
yang mempunyai kuasa eksekutif seperti gabenor. Bagaimanapun,
tugas ketua negeri di Wilayah Borneo adalah sama seperti di
Melaka dan Pulau Pinang.490 Semasa tempoh peralihan juga
perundangan Borneo Utara dan Sarawak juga harus dipilih untuk
menjadi perwakilan di parlimen persekutuan. Ahli-ahli suruhanjaya
British setuju bahawa pada masa tempoh peralihan, kuota
perwakilan dari kedua-dua wilayah Borneo adalah kecil tetapi
selepas tempoh peralihan, perwakilan harus melihat saiz wilayah
Borneo dan jumlah penduduknya.491

Cadangan penting perwakilan British terhadap masa depan
hubungan kerajaan persekutuan dan Borneo adalah status wilayah
Borneo dan bentuk kerajaan Malaysia. Berdasarkan kepada
cadangan wakil-wakil suruhanjaya British, adalah dipersetujui
kewujudan sebuah negara persekutuan dengan Borneo Utara dan
Sarawak akan menjadi negeri-negeri dalam persekutuan

488 CO 1030/1027, Section B, Recommandation by Sir Anthony Abell dan Sir
David Watherson, Report of The Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962.
489 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 152.
490 Ibid, para 151.
491 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 156.

106


sepertimana Pulau Pinang dan Melaka.492Ahli-ahli suruhanjaya
British setuju bahawa semasa pembentukan Malaysia, British akan
menyerahkan kedaulatan dan satu perjanjian akan dicapai bagi
pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.493
Ahli-ahli British dalam Suruhanjaya itu juga mahu supaya beberapa
perkara yang ada dalam perlembagaan persekutuan Malaya
sekarang disemak apabila Borneo Utara (dan Sarawak) menyertai
pembentukan Malaysia. Perkara-perkara seperti tanah, pertanian,
hutan dan adat tempatan serta penggunaanya perlu diletakkan di
bawah kerajaan negeri. Ahli suruhanjaya British setuju pada masa
akan datang kewangan di bawah kawalan persekutuan supaya
negeri-negeri membuat perubahan secara berperingkat-peringkat.
Beberapa bidang seperti perikanan dan buruh pula di bawah
tanggungjawab persekutuan dan negeri (Concurrent Lists).
Bagaimanapun, semasa tempoh peralihan, hanya hal-hal pertahanan,
hubungan luar dan keselamatan dalaman termasuk aspek anti
subersif diletakkan dibawah tanggungjawab persekutuan.494 Selain
itu, ahli-ahli suruhanjaya British juga menekankan bahawa untuk
jangkapanjang, perlu keseimbangan dalam kuasa kerajaan
persekutuan dengan negeri-negeri Borneo. Ini merujuk kepada
kewujudan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat tetapi negeri-
negeri Borneo harus kekal dengan identiti sendiri.495

Bahagian ketiga merupakan cadangan ahli-ahli
suruhanjaya dari Malaya, Wong Pow Nee dan Ghazali Shafie.
Mereka berpendapat tempoh peralihan yang panjang tidak relevan
dan jika ada tempoh peralihan, ianya tidak harus lebih daripada 12
belas bulan. Ini kerana sebarang penangguhan mungkin akan
mendedahkan penduduk-penduduk di wilayah itu kepada pengaruh-
pengaruh yang boleh memecah-belah sekali gus menggagalkan
rancangan Malaysia.496 Mereka juga berpandangan bahawa
kekurangan pengalaman pemimpin-pemimpin tempatan bukanlah
alasan yang baik untuk tempoh peralihan yang panjang kerana pada

492 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 153.
493 Ibid, para 152.
494 Ibid.
495 Ibid, para 154.
496 Ibid, para 183.

107


pandangan mereka, pemimpin-pemimpin di wilayah Borneo sudah
mempunyai kualiti kepimpinan yang baik.497

Ahli-ahli suruhanjaya Malaya juga mencadangkan Borneo
Utara dan Sarawak hendaklah dimasukkan dalam persekutuan
secepatnya. Demikian juga bidang kuasa persekutuan dan Borneo
Utara (serta Sarawak) harus diselesaikan selepas kedaulatan
diserahkan. Mereka berpendapat penyerahan kuasa perlembagaan
dan perundangan yang dibuat secara berperingkat peringkat akan
mengganggu penubuhan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh
dan akan mendatangkan perselisihan antara persekutuan dan
negeri.498 Berkenaan dengan pembahagian kuasa, ahli-ahli Malaya
mencadangkan supaya Borneo Utara dan Sarawak mempunyai
perlembagaan sendiri dan autonomi sepertimana dalam jadual IX
perlembagaan persekutuan Malaya sementara Kerajaan persekutuan
pula bertanggungjawab dalam hal-hal seperti imigresen, perkapalan
dan pelayaran, perikanan serta pelajaran.499

Berkenaan kewangan, ahli-ahli Malaya berpendapat
wilayah-wilayah Borneo perlu mengikut peraturan-peraturan yang
sama dengan negeri-negeri di persekutuan Malaya tetapi diberi
beberapa perlindungan tertentu.500 Selain soal-soal yang disebutkan,
beberapa perkara turut dicadangkan oleh ahli-ahli suruhanjaya
Malaya seperti perwakilan dalam parlimen persekutuan,
keistimewaan kaum-kaum peribumi di Borneo Utara dan Sarawak,
perlindungan perlembagaan untuk Borneo Utara dan Sarawak,
imigresen, perkapalan, perikanan dan pelajaran.

Secara keseluruhannya, sepertimana pertentangan awal
ahli-ahli suruhanjaya, persoalan utama yang menjadi isu
perbincangan adalah soal tempoh peralihan kuasa. Ahli-ahli
suruhanjaya Malaya begitu mendesak untuk meminta penyerahan
kedaulatan sepenuhnya dengan cadangan untuk memendekkan
tempoh peralihan daripada tiga hingga tujuh tahun kepada tidak

497 Ibid.
498 Ibid, para 188.
499 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 196.
500 Ibid.

108


lebih daripada 12 bulan. Ahli-ahli Malaya juga yakin bahawa tiada
penentangan yang besar daripada penduduk Borneo. Mereka
menyifatkan parti United Pasok Momogun Party (UPMP)
bukannya menentang tetapi hanya keliru dan bimbang. Mereka
percaya UPMP akan menerima Malaysia sekiranya kebimbangan
mereka bahawa Malaya akan mendominasi wilayah Borneo dapat
dihapuskan.501

Bahagian keempat Laporan Cobbold merupakan suatu
ikhtisar atau rumusan cadangan-cadangan ini dan ulasan oleh
pengerusi suruhanjaya, Lord Cobbold. Rumusan laporan
menjelaskan bahawa walaupun beberapa perkara tidak mendapat
persetujuan bersama daripada ahli-ahli suruhanjaya, tetapi beberapa
aspek telah dipersetujui bersama termasuklah soal perwakilan ke
parlimen yang bukan sahaja melihat bilangan penduduk wilayah-
wilayah Borneo tetapi saiz dan potensinya.502 Turut dipersetujui
adalah kedudukan istimewa kaum peribumi di wilayah Borneo
sepertimana yang dinikmati oleh kaum Melayu di Malaya. Soal
memberi perhatian yang lebih kepada pembangunan luar bandar,
pelajaran dan latihan juga dipersetujui oleh kesemua ahli
suruhanjaya. Begitu juga dengan tanggungjawab bidang kuasa
tanah, pertanian, hutan, adat istiadat dan kegunaannya di bawah
bidang kuasa negeri. Beberapa bidang kuasa lain seperti kehakiman,
ketua negeri, perkhidmatan awam, perlembagaan persekutuan,
kewangan, tariff dan perdagangan serta pelajaran dan pembahagian
wilayah, masih terdapat pertentangan pendapat yang kecil.503

Ulasan pengerusi suruhanjaya, Lord Cobbold sedikit
menimbulkan persoalan. Walaupun suruhanjaya akur dengan
arahan Harold MacMillan untuk menyediakan laporan yang akan
memberi kelebihan kepada rancangan Tunku, langkah Lord
Cobbold membuat ulasan di bahagian empat laporan Cobbold
menimbulkan sedikit tanda tanya. Dalam ulasannya, Lord Cobbold
meminta supaya Perdana Menteri Britain bertindak secara

501 Ibid, para 177.
502 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para. 236.
503 Ibid.

109


bijaksana dan memikirkan sama ada wilayah-wilayah Borneo boleh
menerima pegawai-pegawai dari Malaya dan Singapura sekiranya
penggabungan berlaku.504 Lord Cobbold juga menegaskan bahawa
Malaysia harus dilihat sebagai sebuah persekutuan berdasarkan
konsep perkongsian antara wilayah-wilayah yang membentuknya
dan bukannya satu rancangan untuk mengambil alih wilayah-
wilayah Borneo oleh Persekutuan Malaya dan menenggelamkan
ciri-ciri keindividuan mereka. Pada perkiraan Cobbold, penubuhan
Malaysia tidak akan diterima dan tidak mungkin akan mencapai
kejayaan sekiranya Malaysia adalah berdasarkan konsep
pengambilalihan wilayah.505 Kenyataan Lord Cobbold mengenai
konsep sama taraf tersebut berbunyi:

It is a necessary condition that, from the outset,
Malaysia should be regarded by all concerned as an
association of partners, combining in the common
interest to create a new nation but retaining their
own individualities. If any idea were to take root that
Malaysia would involve a ‘take over’ of the Borneo
territories by the Federation of Malaya and
submersion of the individualities of North Borneo
and Sarawak, Malaysia would not be generally
acceptable or successful.”506

Beliau juga menekankan bahawa sekiranya Malaysia
menjadi kenyataan, beliau mencadangkan agar perwakilan parlimen
dari wilayah Borneo seharusnya bukan dilihat daripada jumlah
penduduk semata-mata tetapi juga melihat saiz dan potensi wilayah
tersebut.507 Lord Cobbold turut setuju dengan pandangan ahli-ahli
suruhanjaya British mengenai tempoh peralihan kerana banyak
persediaan-persediaan perlu dibuat termasuk membentuk

504 Tan Tai Yong, Creating “Greater Malaysia” Decolonization and The Politics
of Merger, hlm.163.
505 CO 1030/1027. Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, hlm 237.
506 Ibid, para 237.
507 The Strait Times, 2 Ogos 1962.

110


perlembagaan dan memastikan sebuah kerajaan yang mantap
khususnya ketika menghadapi ancaman dalaman.508

Berdasarkan Laporan Cobbold, jelas bahawa laporan ini
tidak mencerminkan hasil pandangan sepenuhnya daripada
pengerusi dan empat ahli suruhanjayanya jika diambil kira dari
sudut sumber-sumber, dapatan suruhanjaya, ketelusan kerja-kerja
tinjauan, pengaruh luar daripada suruhanjaya dan objektif yang
ditekankan oleh keputusan kenyataan bersama Tunku dan
Macmillan. Pertentangan pendapat dan kegagalan mencapai
kesepakatan ditunjukkan daripada laporan yang mengasingkan
pandangan ahli-ahli suruhanjaya. Lord Cobbold mengutarakan
persoalan seolah-olah hasil tinjauan ini tidak mencerminkan
bahawa penduduk di wilayah Borneo telah bersetuju menerima
Malaysia. Oleh yang demikian, kenyataan Tunku bahawa 80
peratus setuju dengan rancangan Malaysia adalah meragukan.
Tiada indikator yang jelas untuk menunjukan rumusan tersebut
adalah tepat. Ini ditambah lagi dengan dakwaan bahawa ada
pembuangan beberapa dapatan dalam laporan serta kerja-kerja
suruhanjaya yang menetapkan persetujuan dan pandangan
penduduk wilayah Borneo dimanipulasikan untuk kelihatan bahawa
penduduk di wilayah Borneo setuju dengan rancangan Malaysia.509

Persoalan-persoalan ini bagaimanapun tidak menghalang
kerajaan British dan kerajaan Malaya untuk meneruskan perkara
yang dipersetujui dalam kenyataan Bersama Tunku dan MacMillan
pada 16 November 1961. Kerajaan Malaya dan kerajaan Britain
merumuskan tinjauan suruhanjaya menunjukkan sokongan positif
untuk pembentukan Malaysia. Majoriti penduduk di wilayah
Borneo Utara dan Sarawak juga didakwa mengalu-alukan Malaysia
tetapi meminta jaminan perlindungan. Menurut kerajaan British,
jaminan serta keistimewaan yang dijanjikan dalam Malaysia adalah
menjadi tarikan wilayah Sarawak dan Borneo Utara menyertai

508 CO 1030/1027. Report of The Commission of Enquiry, North Borneo and
Sarawak, 1962, para 238.
509 Temu bual dengan Datuk Karim Ghani pada 29 Julai 2012 di Kota Kinabalu.
Beliau merupakan salah seorang pekerja yang mengumpul pandangan dan
persetujuan penduduk wilayah Borneo terhadap Malaysia ketika suruhanjaya
Cobbold menjalankan kerja-kerjanya.

111


Malaysia.510 Bagaimanapun beberapa kenyataan akhbar
menyatakan bahawa Majlis Undangan di Borneo belum cukup
yakin dengan jaminan yang diberi oleh Malaya dalam laporan
Cobbold dan keyakinan ini hanya diperolehi sekiranya terdapat
pindaan perlembagaan Persekutuan Malaya (yang menjadi asas
untuk perlembagaan Malaysia) untuk autonomi Borneo Utara dan
Sarawak.511

Walau apa pun kerumitan dalam proses akhir menyedia
dan menerbitkan Laporan Cobbold, Harold MacMillan dan Tunku
Abdul Rahman telah membuat kenyataan bersama pada 1 Ogos
1962 untuk membentuk Malaysia pada 31 Ogos 1963.512 Kenyataan
bersama itu menyebut:

The British and Malayan Government have now
decided in principle that, subject to the necessary
legislation, the proposed Federation of Malaysia
should be brought into being by 31st August 1963.
To give effect to this decision, the two government
intend to conclude, within the next six months, a
formal agreement, which among other things, will
provide for:

(a) T
he transfer of sovereignty in North Borneo,
Sarawak and Singapore by 31 August 1963.513

William Goode, Gabenor Borneo Utara, ketika memberi
maklum balas terhadap perjanjian pembentukan Malaysia yang
bakal direalisasikan dalam tempoh setahun daripada Laporan
Cobbold menyatakan:

510 DO 169/331(34) Draf Brief for the United Kingdom Delegate. Discussion on
Malaysia at the United Nations.
511 CO 1030/1035 (38) Local Reactions in the Borneo Territories to the Cobbold
Commision Report and the Press Statement at the conclusion of the Malaysia
Talks in London, 21 August 1962.
512 Straits Times, 30 Ogos 1962.
513 CO 1030/1035 (16) Telegram South East Asia Department to Manila, 1 August
1962.

112


This means that by August 31, next year authority in
North Borneo will cease. North Borneo will then be
governed partly by its own state Government under
a local Chief Minister who must command a
majority in the legislative council, and partly by the
central Federation of Malaysia. But in order to make
these great changes as smoothly as possible and with
the least disturbance the everyday life of the people
here, there will be a transition period starting after
the transfer of sovereignty during which a number of
federal constitution powers will be delegated
temporarily to the State Government.514

Goode juga risau terhadap tempoh peralihan yang singkat
setelah peralihan kedaulatan daripada penjajah British kepada
persekutuan Malaya. Oleh itu pada pandangannya, dalam tempoh
setahun masa peralihan itu kuasa-kuasa persekutuan harus dipegang
oleh kerajaan negeri supaya peralihan kedaulatan berjalan lancar.
Dalam masa yang sama beliau juga terus mempersoalkan Laporan
Cobbold yang pada pandangannya menunjukkan tidak ada
persetujuan antara ahli suruhanjaya Malaya dan ahli suruhanjaya
British. Menurutnya:

As you know, the Cobbold report is not unanimous
on many important points. There was a difference of
view between the British and the Malayan
recommendations. This difference was not so much
about the final form of Malaysia; most of the
commission's recommendations on this are
unanimous. The difference was on timing and
phasing.515

Pemimpin-pemimpin Borneo Utara juga melahirkan
reaksi kurang senang dengan Laporan Cobbold. Dalam satu

514 Ho Ah Chon, The Formation of Federation of Malaysia, Kuching: 1991, hlm.
149.
515 Ibid, hlm. 144.

113


kenyataan akhbar The Borneo Times pada 4 Ogos 1962 oleh
Setiausaha Agung United Party, Peter Lo, yang juga seorang
peguam, beliau ternyata kurang senang dengan kenyataan Duncan
Sandys mengenai pembentukan Malaysia.516 Peter Lo menyatakan:

…in that Mr. Sandys’ speech to the House of
Commons is clear and unequivocal and state the target
date of August 31, 1963, as the hand over date of
sovereignty to Kuala Lumpur, our committee felt that
immediate comment was called for it. It was our
unanimous decision that the British Government has
no right – moral or legal – to come to such a
decision.517

Peter Lo juga mempertikaikan hak asasi yang
diperjuangkan oleh PBB dan Britain, yang merupakan antara
pengasas dan ahli PBB, tetapi mengenepikan hak kebebasan
daripada penjajahan. Beliau juga mempersoalkan bayaran terhadap
kesetiaan mereka terhadap British yang membayarnya dengan
pemindahan kedaulatan yang tidak disuarakan oleh mereka sama
sekali.518

Di Malaya, pelbagai reaksi positif dan negatif dikeluarkan
oleh pemimpin-pemimpinnya. Dr Ismail, pemangku Perdana
Menteri menyifatkan kesulitan sebelum ini akhirnya membuahkan
hasil apabila kedua-dua buah kerajaan mencapai kata sepakat.519
Dato Sambanthan, Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekomunikasi
dan presiden Malayan Indian Congress (MIC) menyifatkan
Malaysia akan menjadikan rantau Asia Tenggara lebih stabil.
Presiden Parti Ra’ayat, Ahmad Boestamam pula secara sinis
menyatakan: “Britain has won the day. Malaya won the applause.
Malaysia is in the bag. The bag is made in Britain. It is bought by
the Tunku for the admiration of the people of Malaya and for the

516 CO 1030/1035 (28) The Federation of Malaysia, Gavernor of North Borneo to
Secretary of State for the Colonies, 8 August 1962.
517 The Borneo Times, 4 Ogos 1962.
518 Ibid.
519 FCO 141/12718 (80) Acting British High Commissioner, Kuala Lumpur to
Secretary of State for Commonwealth Relations, 4 August 1962.

114


safe keeping of British money and interests.”520 Lim Kaen Siew,
Setiausaha Agung Parti Buruh berharap keputusan ini tidak akan
berakhir dengan tragedi. Ahli Parti Buruh, V. David mengingatkan
perkara buruk akan berlaku di masa akan datang kerana menjadi
kesalahan untuk membuat sesuatu kepada penduduk di mana
mereka tidak diberi pilihan.521

Bagaimanapun Tunku meneruskan rancangan Malaysia
sepertimana yang telah dipersetujui oleh kerajaannya dan kerajaan
British melalui kenyataan bersama pada 1 Ogos 1962 yang
sekaligus memadamkan persoalan-persoalan meragukan dalam
kerja-kerja suruhanjaya dan laporan akhir.522 Oleh yang demikian,
kedua-dua buah kerajaan mengorak langkah seterusnya bagi
merealisasikan Malaysia pada 31 Ogos 1963.523 Dalam tempoh
enam bulan daripada tarikh 31 Ogos 1963, kedua-dua buah kerajaan
bersetuju bahawa satu perjanjian rasmi perlu dibuat. Melalui
perjanjian tersebut, kedaulatan Singapura, Borneo Utara dan
Sarawak akan dipindahkan daripada kerajaan British kepada
persekutuan baru pada 31 Ogos 1963.524 Tunku ketika menyentuh
isu pemindahan kedaulatan tersebut memberi jaminan akan
membuat perkara yang lebih baik berbanding kerajaan British di
wilayah-wilayah Borneo. Kenyataan ini dibuat ketika sambutan
kemerdekaan persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1962. Tunku
memberitahu:

…in that (British) who are a people of different race
from a different world can do so much for the people
of Borneo Territories, sufficient to gain their
confidence, how much more can we do for those

520 Ibid.
521 Ibid.
522 James Wong Kim Min, Annex C Joint Public Statement, Malaysia Report of
the Inter-Governmental Committee, 1962 dalam The Birth of Malaysia, Malaysia:
Sweet and Maxwell Asia, 2008.
523 CO 1030/1035 (10) The Federation of Malaysia Agreement on The Setting up
of The Federation of Malaysia, 31 July 1962.
524 Ibid, hlm. 222.

115


who belong to the same ethnic group, whom we
regard as brothers in the same family.525

525 CO 1030/1035 (86) The Federation of Malaysia, High Commissioner for
United Kingdom (J.J.O’ Brien) to D.G.R. Bentliff, 10 September 1962.

116


BAB 4

PERSETUJUAN PENTING PEMBENTUKAN MALAYSIA

Mesyuarat Inter-Govermental Committee

Sepertimana yang dipersetujui oleh kerajaan Malaya
dan kerajaan Britain dalam satu siri rundingan pada bulan Julai
1962 (London Talks), satu Jawatan kuasa antara kerajaan atau Inter-
Governmental Committee (IGC) ditubuhkan bagi memasukkan
jaminan perlindungan Borneo Utara dan Sarawak dalam
perlembagaan. Bagaimanapun, sepertimana yang dipersetujui oleh
kerajaan Malaya dan British, Malaysia akan mengambil
Perlembagaan Malaya sebagai asas pembentukan Perlembagaan
Malaysia.526

Lord Lansdowne, Menteri Hal Ehwal Tanah Jajahan
British telah dilantik sebagai pengerusi Inter-Government
Committee (IGC) dan Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri
Malaya sebagai Timbalan Pengerusi IGC.527 Sebagai persediaan
sebelum mesyuarat dimulakan, Lord Lansdowne dan Tun Abdul
Razak telah mengunjungi Borneo Utara dan Sarawak pada 29 Ogos
1962 untuk memahami dan membiasakan diri secara peribadi
dengan penduduk di kedua-dua wilayah. Selain itu, mereka juga
bertanya masalah mereka di samping menjelaskan tujuan
jawatankuasa berkenaan. Dalam kenyataan akhbar Lord Lansdowne,
beliau menjelaskan misinya bukan seperti suruhanjaya Cobbold,
sebaliknya sebagai Menteri British dan pengerusi IGC. Sepertimana
katanya:

I want to make it perfectly clear that my mission is
in no sense like the Cobbold Commission. I am here
as the British Ministerial member and chairman of
Inter-Government Committee which we shall be

526 CO 1030/1035 (10) The Federation of Malaysia Agreement on The Setting up
of The Federation of Malaysia, 31 July 1962.
527 Ibid.

117


setting up at the end of our visit here, towards the
end of this month.528

Semasa kunjungan pada 29 Ogos 1962 ke Borneo Utara,
mereka telah ditemui oleh satu rombongan daripada lima parti
politik utama Borneo Utara yang menyerahkan 20 senarai jaminan
dan perlindungan sebagai prasyarat bagi penyertaan Borneo Utara
ke dalam Malaysia.529 Memorandum 20 perkara tersebut dihasilkan
melalui mesyuarat enam jam oleh lima parti politik di Borneo Utara
iaitu UNKO, USNO, United Party, Democratic Party dan United
Pasok Momogun Party (UPMP). Persetujuan antara parti-parti
politik tempatan ini telah ditandatangani di Hotel Jesselton, Kota
Kinabalu.530

Sebenarnya, dalam mesyuarat pertama pada 14 Ogos
1962, pemimpin-pemimpin parti hanya bersetuju untuk
mengemukakan 14 perkara iaitu soal agama, bahasa, perlembagaan,
ketua persekutuan, nama persekutuan, imigresen, hak menarik diri,
borneosasi, pegawai-pegawai British, kewarganegaraan, cukai dan
kewangan, kedudukan istimewa kaum peribumi dan kerajaan negeri.
Tetapi kemudiannya menambah enam perkara lagi meliputi
pendidikan, jaminan perlindungan, perwakilan ke parlimen, tanah,
hutan dan kerajaan tempatan, nama negeri dan nama ketua
negeri.531 Dalam 14 perkara bertarikh 14 Ogos 1962, Democratic
Party tidak tersenarai sebagai penggubal.532 Perwakilan parti-parti
yang merangka 14 perkara ini terdiri daripada Donald Stephens,
Richard Yapp, Vincent Logingau, Datu Mustapha Datu Harun,
O.K.K. Sedomon Gunsanad, Abu Bakar Titingan, Peter Yew,
Kwon Yui Min, Pang Tet Tshung, Lai En Kong, Peter Lo, Tsen

528 Ho Ah Chon, The Formation of Federation of Malaysia, Kuching: 1991, hlm.
142.
529 CO 1030/1031 (126) William Goode to Secretary of State for the Colonies, 14
September 1962.
530 Sabah Times, 30 Ogos 1962.
531 Senarai penuh kandungan 20 perkara dalam lampiran 3.
532 FCO 141/12804 IGC Heads of Agreement Reached at a Meeting of the
Representatives of the United National Kadazan Organisation, United Sabah
National Association, United Party, United Pasok Momogun, 14 August 1962,
hlm.1.

118


Kin Sung, Jaimi Gunsanad, Marcus Podtung dan Habib Abd
Rahman.533

Bagaimanapun dalam memorandum kedua bertarikh 29
Ogos 1962, lima parti politik tersenarai dalam memorandum
tersebut, iaitu USNO (diwakili oleh Datu Mustapha Datu Harun,
OKK Indan Kari dan P.D.M Galpam), UNKO (diwakili oleh
presiden, Donald Stephens, Richard E. Yapp dan Peter Mojuntin),
United Party (diwakili oleh Presiden, Khoo Siak Chew, Peter Lo
dan Kwan Yui Ming), Democratic Party (diwakili oleh Lee Yun
Hing, Shelley Yap Yeok Siew dan Lee Vui Min) dan United Pasok
Momogun Party (UPMP) yang diwakili oleh OKK Ansim Dulau,
OKK Asneh dan Tsen Kin Sung.534 Bagaimanapun, menurut Peter
Lo, 20 perkara didraf oleh Peguam Borneo Utara sebanyak 13
perkara pada 29 Ogos 1962 dan selepas makan tengah hari,
menambah 7 perkara lagi.535

Mesyuarat IGC telah berlangsung hampir empat bulan
bermula dengan mesyuarat pra-persediaan pada 30 Ogos dan
berakhir pada 20 Disember 1962. Mesyuarat pada 30 Ogos ini
bertujuan untuk persediaan jawatankuasa termasuk memutuskan
bagaimana jawatankuasa beroperasi.536 Tujuh mesyuarat diadakan
di Borneo Utara sementara lima mesyuarat diadakan di Kuala
Lumpur. Dalam mesyuarat pra-persediaan pada 30 Ogos 1962 di
Dewan Majlis Perundangan, Jesselton, Borneo Utara, mesyuarat
telah menetapkan ibu pejabat IGC adalah di Jesselton. Lima
jawatankuasa kecil juga ditubuhkan semasa mesyuarat pra-
persediaan.537 Lima Jawatankuasa kecil tersebut terdiri daripada
Jawatankuasa kecil Perlembagaan (The Constitutional Sub-
Committee), Jawatankuasa Kecil Fiskal (Fiscal Sub-Committee),

533 Ibid, hlm. 1.
534 Ibid.
535 Penjelasan bekas Ketua Menteri Sabah, Peter Lo (1965-1967) dalam Forum
Formation of Malaysia; Sabah’s Untold Story di Shangrila’s Tanjung Aru Resort
& SPA, Kota Kinabalu, 13 September 2013.
536 CO 1030/1031(238) Preparation for Malaysia, the Inter-Governmental
Committee, Far Eastern Department, Colonial Office, 7 August 1962.
537 CO 1030/1031 (58) William Goode to the Secretary of State for the Colonies,
21 October 1962.

119


Jawatankuasa kecil Perkhidmatan Awam (Public Service Sub-
Committee), Jawatankuasa Undang-undang dan kehakiman (Legal
and Judicial Sub-Committee) dan Jawatankuasa kecil Organisasi
Jabatan (Department Organisation Sub-Committee).538 Tugas setiap
jawatankuasa adalah untuk membincang dan memberikan laporan
serta cadangan berdasarkan skop setiap jawatankuasa. Contohnya,
Jawatankuasa kecil Perlembagaan akan menimbang dan memberi
laporan secara terperinci semua pindaan untuk perlembagaan
persekutuan dan apa-apa perundangan lain persekutuan, sementara
jawatankuasa fiskal membuat cadangan penyesuaian tariff dan hal-
hal lain yang berkaitan dengan kewangan dan pembangunan.539

Mesyuarat pra persediaan ini turut dihadiri oleh pengerusi,
Lord Lansdowne, Tun Abdul Razak, Pegawai Tabdir Sarawak, F.
Jakeway dan gabenor Sabah, William Goode. Turut bersama Goode
dari Borneo Utara adalah Donald Stephens, Datu Mustapha Datu
Harun, Yassin Hashim, Pat Tet Tsung, Khoo Siak Chiew dan G.S.
Sundang. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaya
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi IGC.540 Pengerusi IGC, Lord
Lansdowne juga akan menjadi pengerusi untuk lima jawatankuasa
kecil ini.541

Ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam mesyuarat
itu, Lord Lansdowne menjelaskan jika Malaysia diterima, ianya
mesti dibentuk dengan suasana semua pihak menerimanya. Beliau
juga mengingatkan supaya pembentukan tersebut mesti ada
perlindungan bukan sahaja kepada pihak-pihak tertentu yang
menyertainya tetapi kepada persekutuan itu.542 Tun Abdul Razak,
Timbalan Pengerusi pula mahu kerajaan persekutuan dan kerajaan

538 James Wong Kim Min, ‘Malaysia Report of the Inter-Governmental
Committee, 1962,’ dalam The Birth of Malaysia, Malaysia, Sweet and Maxwell
Asia, 2008.
539 CO 1030/1031(137) Note by Mr Hall, Preparation for Malaysia. The Inter-
Governmental Committee, August 1962.
540 CO 1030/1035 (164) Record of a Preparatory Meeting of the Inter-
Governmental Committee, held in the Council Chamber, Jesselton, North Borneo,
at 9.00am, Thursday, 30 August 1962.
541 Ibid.
542 Ibid.

120


negeri bersatu supaya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa yang
mantap bagi menghadapi cabaran dunia.543

Selepas mesyuarat pra-persediaan IGC pada 30 Ogos
1962, usul mengenai pembentukan Malaysia telah dibentangkan
dalam Majlis Undangan Borneo Utara pada 12 September 1962
(dan juga di Sarawak). Ahli badan legislatif Borneo Utara secara
prinsipnya meluluskan resolusi keputusan penubuhan Malaysia pada
31 Ogos 1963 tetapi bergantung kepada syarat penyertaan dan
perlembagaan yang dibentuk mestilah melindungi kepentingan
istimewa Borneo Utara.544

Oleh yang demikian semasa mesyuarat ini, ahli Majlis
Undangan Borneo Utara telah membincangkan perkara-perkara
penting yang akan dibawa ke dalam mesyuarat IGC, selain daripada
memorandum 20 perkara.545 United Party menyatakan 20 perkara
cuma jaminan dan perlindungan yang minimum, oleh itu beberapa
syarat penyertaan lain perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis
Undangan Borneo Utara.546

United Party juga berpendirian perlembagaan Malaya sedia
ada sangat rigid dan tidak sesuai untuk konsep Malaysia yang
mereka terima, oleh itu perlembagaan baru perlu dibentuk.547 Salah
seorang pemimpin United Party, Peter Lo meminta usul
pengenalan sistem ahli yang dikemukakan pada 14 Disember 1961
diluluskan.548 Selain itu, ada permintaan daripada ahli United Party
supaya pembentukan sistem menteri penuh dimasukkan dalam
memorandum 20 perkara dan perkara ini perlu dibuat sebelum
Malaysia dibentuk. Bagaimanapun dia dinasihatkan supaya tidak

543 CO 1030/1035 (164) Record of a Preparatory Meeting of the Inter-
Governmental Committee, held in the Council Chamber, Jesselton, North Borneo,
at 9.00am, Thursday, 30 August 1962.
544 CO 1030/1035 (75) Governor of North Borneo to Secretary of State for the
Colonies, 14 September 1962.
545 CO 1030/927 (12) Govenor of North Borneo to Secretary of State for the
Colonies, 14 September 1962.
546 CO 1030/1035 (75) Governor of North Borneo to Secretary of State for the
Colonies, 14 September 1962, hlm.67.
547 Ibid.
548 North Borneo News and Sabah Times, 14 September 1962.

121


meneruskan cadangan tersebut kerana ianya memerlukan pindaan
perlembagaan dan ianya tidak realistik dilakukan sebelum Malaysia
dibentuk.549

Donald Stephens, presiden UNKO pula menegaskan kuasa
autonomi yang besar bagi Borneo Utara harus diberikan khususnya
perkara berkenaan pendidikan dan kewangan.550 Beliau juga
mahukan jaminan daripada Malaya bahawa tiada agama rasmi di
Borneo Utara dan perlembagaan sedia ada Persekutuan Malaya
tidak boleh dilaksanakan di Borneo Utara.551

G.S. Sundang pula secara lisan tidak bersetuju dengan usul
pembentukan Malaysia khususnya status Borneo Utara yang
disama-tarafkan dengan Pulau Pinang dan Melaka.552 Beliau hanya
akan menerima Malaysia sekiranya Borneo Utara berkerajaan
sendiri.553 Sundang juga tegas untuk membuat rayuan di
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekiranya beliau gagal
untuk mendapatkan hak berkerajaan sendiri sepenuhnya.554
Kenyataan Sundang bagaimanapun menimbulkan kemarahan Datu
Mustapha Datu Harun dan Donald Stephens. Sundang
bagaimanapun memilih untuk mengundi usul tersebut tetapi tidak
mahu dilibatkan dalam mesyuarat Inter Governmental Committee
yang berlangsung sepanjang bulan September 1962 hingga bulan
November 1962.555 Oleh itu, usul membuang nama Sundang
sebagai wakil ke mesyuarat IGC telah dibuat semasa mesyuarat

549 Ibid, hlm.70.
550 CO 1030/1035 (75) Governor of North Borneo to Secretary of State for the
Colonies, 14 September 1962
551 Ibid.
552 CO 1030/1031 (41) Govenor of North Borneo to Secretary of State for the
Colonies, 14 September 1962.
553 Ibid, hlm. 127.
554 G.S. Sundang baru kembali daripada Kuching, Sarawak selepas membuat
persetujuan dengan Sarawak United Peoples Party (SUPP) dan A.M. Azahari bagi
membawa bantahan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dalam CO 1030/927
Govenor of North Borneo to Secretary of State for the Colonies, 14 September
1962.)
555 CO 1030/1031 (41) Governor of North Borneo to The Secretary of State for the
Colonies, 14 September 1962, hlm. 126.

122


usul pembentukan Malaysia dibahaskan dalam Majlis Undangan
Borneo Utara.

Mesyuarat kemudian memutuskan enam ahli Majlis
Undangan Borneo Utara telah dipilih sebagai perwakilan tetap
untuk mewakili Borneo Utara ke mesyuarat IGC.556 Mereka terdiri
daripada Ketua Setiausaha, W.K.H Jones, Peguam Borneo Utara,
R.N. Turner, Setiausaha Kewangan, H.W. Davidson, Datu
Mustapha Datu Harun, Khoo Siak Chiew dan Donald Stephens.557
Datu Mustapha Datu Harun bagaimanapun menyatakan keputusan
ini bergantung kepada syarat-syarat tertentu dan perlembagaan
mestilah melindungi kepentingan hak istimewa Borneo Utara. Datu
Mustapha juga menyatakan dalam Majlis Perundangan Borneo
Utara:

Sir, I am as everyone knows, pro-Malaysia. I would
like to stress on the last two words Pro-Malaysia.
This does not mean that I am pro-Malaya or Pro-
Singapore, or Pro-Sarawak or pro-any other country
because I am first and foremost pro Sabah. And it is
because I am pro Sabah that I am pro Malaysia, as I
am convinced that it is through Malaysia that Sabah
can achieve her independence safely and that in
Malaysia, Sabah will have become an equal partner
in a new federation which could and should become
a strong, stable, prosperous and happy nation in
South East Asia.558

Sundang sebaliknya menyertai Ong Kee Hui (Sarawak) dan
A.M. Azahari (Brunei) bagi menyerahkan memorandum bantahan
terhadap rancangan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Donald Stephens yang tidak bersetuju dengan
tindakan G.S. Sundang yakin PBB tidak akan mendengar
memorandum bantahan mereka.559 Petisyen tersebut telah dihantar
pada 9 September 1962 dengan dakwaan bahawa rancangan

556 Ibid.
557 Ibid.
558 North Borneo News, 13 September 1962.
559 The Straits Times, 11 Oktober 1962.

123


Malaysia tidak memberi hak kepada Sarawak dan Borneo Utara
untuk membuat keputusan sendiri.560 Petisyen ini juga menggesa
supaya kesatuan wilayah-wilayah Borneo dibentuk dengan Sultan
Brunei sebagai pemerintah yang berperlembagaan.561

Walaupun PBB memberi perhatian kepada petisyen
tersebut dan bersedia memberi pengadu peluang untuk
membentangkan petisyen tersebut, tetapi masa pendengaran di PBB
akan ditutup pada 19 September 1962. Keadaan ini menyukarkan
sedikit usaha pembuat petisyen.562 Kerajaan Britain pula cuba
menghalang petisyen ini dibentangkan di mesyuarat PBB dengan
menghantar telegram kepada PBB berkaitan usaha Sundang, A.M.
Azahari dan Ong Kee Hui untuk membuat bantahan pembentukan
Malaysia di PBB pada 14 September 1962. Antara lain kandungan
telegram tersebut adalah kenyataan yang berbunyi, ‘If petitioners
decide to apply for a hearing to the Fourth Committee, we have
time to consider tactics as that committee is unlikely to get down to
work before the beginning of October.’563

Petisyen ini gagal dibentangkan sebelum 19 September 1962.
Pada hujung bulan September 1962, Sundang membuat kenyataan
tidak lagi menentang Malaysia tetapi berkeras agar autonomi penuh
diberi kepada Borneo Utara ke atas semua hal ehwal dalaman dan
kewangan kecuali hal ehwal luar negeri dan pertahanan.564 Sundang
menyatakan bahawa jika perkara ini gagal dicapai, rancangan
Malaysia mungkin hanya pemindahan kedaulatan Borneo Utara
dari satu kuasa ke kuasa penjajah yang lain.565

Tindakan Sundang dan rakan-rakannya menghantar petisyen
ke PBB tidak menggugat rancangan Tunku dan menyatakan
penentangan tersebut bukan masalah besar untuk menyulitkan

560 DO169/331 (39) Petitions and Counter Petitions on Malaysia to the United
Nations from The Borneo Territories September 1962.
561 Ibid.
562 Ibid.
563 CO 1030/1035 (72) Telegram from The Secretary State for Colonies to North
Borneo, Sarawak dan Singapura, 15 September 1962.hlm. 86.
564 North Borneo News, September 1962.
565 Ibid.

124


pembentukan Malaysia.566 Tunku juga melihat Donald Stephens
akan menjadi ketua menteri yang boleh dipercayai.567 Tunku
bagaimanapun risau dengan reaksi A.M. Azahari di Brunei. Selain
itu Tunku juga risau dengan tanda-tanda pengaruh komunis di
Sarawak.568

G.S. Sundang kemudiannya menarik semula petisyennya
pada 27 Oktober 1962 dan memberitahu Setiausaha Agung PBB
bahawa beliau telah menerima Malaysia secara prinsipnya dan parti
UPMP akan menyertai Perikatan Sabah.569 Sundang bagaimanapun
mencadangkan jaminan dan perlindungan Borneo Utara dibuat
dalam batu sumpah selain yang dibincangkan dalam IGC. Ini bagi
meredakan kebimbangan dalam kalangan ketua-ketua tradisional
kaum asal di Borneo Utara terhadap hak-hak negeri dalam
persekutuan yang baru.570 Antara lain tulisan dalam batu tersebut
adalah:

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Parlambaga’an.
Satu, Ugama bebas dalam Sabah. Dua, Tanah-tanah
dalam Sabah di-kuasa oleh Kerajaan Sabah. Ketiga
‘Adat resam anak rayat Sabah dihormatkan dan
dipelihara oleh kerajaan. Sebalek pula rayat-rayat

566 CO 1030/1031 (45) Record of the Lord Selkirk Conversation with Tunku
Abdul Rahman at Kuala Lumpur at Kuala Lumpur, September 13, 1962, 19
September 1962.
567 Ibid.
568 Ibid.
569 DO169/331 (39) Petitions and Counter Petitions on Malaysia to the United
Nations from the Borneo Territories, September 1962.
570 Batu sumpah itu dirasmikan oleh Menteri Buruh Persekutuan, V
Manickavasagan semasa ulang tahun pertama pembentukan Malaysia pada 16
September 1964. Perasmian telah disaksikan oleh pegawai kerajaan negeri dan
pemimpin masyarakat termasuk Ketua Menteri, Donald Stephens, G.S. Sundang
dan ketua-ketua tradisional yang lain. Dalam majlis tersebut upacara ritual
‘moningolig’ (bermaksud ‘perlindungan’) dengan pengorbanan haiwan oleh
‘bobolian’ (individu yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan upacara ritual)
telah dibuat mengikut kepercayaan kaum Dusun untuk mengikat jaminan. Dalam
Richard A. Lind, Reminiscences of a Former State Secretary, Kota Kinabalu, hlm
66.

125


Sabah di interior bersumpah ta’at setia kapada
kerajaan Malaysia.’571

Penduduk pedalaman Borneo Utara yang kebanyakannya
daripada masyarakat Dusun dan Murut telah menyatakan bahawa
walaupun konsep perlembagaan bertulis dan memorandum 20
perkara dibincangkan dalam mesyuarat IGC, tetapi tanpa simbol
tradisional, mereka berpendapat ia sukar dikekalkan. Oleh yang
demikian, dengan adanya upacara ritual ini, sesiapa sahaja yang
melanggar perjanjian berkaitan simbol keamanan melalui batu
sumpah boleh dikenakan musibah atau akan menanggung
bencana.572 Selepas upacara ritual persetujuan penyertaan Borneo
Utara membentuk Malaysia oleh ketua-ketua kaum asal, Sundang
dan UPMP, mula mengurangkan kegiatan anti-Malaysia.573

Dalam perkembangan lain, ketika Sundang masih berusaha
untuk mengagalkan Malaysia, pemimpin-pemimpin Borneo Utara
pro-Malaysia yang terdiri daripada Donald Stephens, Datu
Mustapha Datu Harun dan Khoo Siak Chiew menghadiri mesyuarat
Inter-Governmental Committee bagi membuat rundingan

571 Batu yang digunakan untuk mencatat ringkasan jaminan kedudukan Sabah
dalam Malaysia terletak di tengah-tengah sungai Pegalan berhampiran kampung
Senagang, sebuah kampung kecil di sepanjang jalan Keningau ke Tenom. Pegawai
Daerah Keningau, Encik Richard Lind bertanggungjawab menyelia pembinaan
batu sumpah tersebut. Lori yang dimiliki oleh seorang kontraktor, Nip Kui Chiang
bertanggungjawab membawa batu itu ke tempat yang dipilih oleh pemimpin
tempatan Keningau. (Terletak di hadapan kawasan Pejabat Daerah Keningau
sekarang). Plak yang dilekatkan pada batu tersebut dibuat oleh Syarikat Shipyard
Thornycroft dari Singapura.
572 Richard A. Lind, Reminiscences of a Former State Secretary, Kota Kinabalu:
hlm. 66.
573 Donald Stephens tidak terlibat dalam mengilhamkan pembikinan Batu Sumpah
kerana selepas mesyuarat IGC berakhir, beliau berpuashati dengan apa yang
dimesyuaratkan dalam IGC (Straits Times, 22 Disember 1963). Stephens yang
banyak dipengaruhi oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam
pertimbangan penyertaannya dalam Malaysia, dipercayai juga tertarik dengan
bantuan kewangan $200 juta yang dijanjikan dalam Laporan IGC (Bob Reece, The
Kitingan Case, The Borneo States and The Malaysian Constitution, hlm. 182).
Majid Khan pula diberitahu oleh Stephens pula menyatakan Borneo Utara perlu
menyertai Malaysia kerana situasi politik serantau yang tidak menentu (P.J.
Granville dan Rajen Devadson (editor), The Sabahan, The Life and Death of Tun
Fuad Stephens, hlm. 119).

126


memasukkan senarai jaminan dan perlindungan (20 Perkara dan
hasil mesyuarat Majlis Undangan Borneo Utara) dalam
perlembagaan Malaysia. Rundingan ini sekaligus menyempurnakan
perbincangan kerajaan Malaya dan Britain dalam London Talks.

Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan sebelum ini,
mesyuarat IGC merupakan satu mesyuarat untuk mendapatkan
cadangan-cadangan perlembagaan khususnya melibatkan jaminan
dan perlindungan untuk Borneo Utara (dan Sarawak) sepertimana
yang dipersetujui oleh kerajaan Britain dan Malaya ketika
rundingan kedua-dua buah kerajaan sepanjang bulan Julai 1962.
Bagaimanapun harus diingat bahawa asas perlembagaan Malaysia
adalah perlembagaan Malaya dan hal ini telah dipersetujui bersama
oleh kerajaan Malaya dan kerajaan Britain dalam London Talks.

Inter-Governmental Committee memulakan mesyuaratnya
yang pertama pada 22 Oktober 1962 di Jesselton, Borneo Utara.574
Bagaimanapun beberapa Jawatankuasa kecil telah pun mengadakan
mesyuarat lebih awal seperti Jawatankuasa kecil Perlembagaan
(Constitutional Sub-Committee) yang telah mengadakan mesyuarat
pada 8 dan 9 Oktober 1962 dan Jawatankuasa Undang-undang dan
kehakiman (18-19 Oktober).575 Mesyuarat pertama Jawatankuasa
Kecil Perlembagaan membincangkan beberapa isu termasuk
prosedur mesyuarat, memorandum 20 perkara (18 Perkara bagi
Sarawak) senarai perundangan, perwakilan dalam parlimen dan
program-program dalam mesyuarat akan datang.576

Sementara itu, dalam mesyuarat pertama IGC yang telah
diadakan pada 22 Oktober 1962 di Jesselton, Borneo Utara, Donald
Stephens telah membangkitkan isu perbincangan dan perjanjian
yang berlainan antara Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan

574 James Wong Kim Min, The Birth of Malaysia, Inter Governmental Committee
Report, Annex D List of Meetings and Members of Plenary Sessions and of Sub-
Committees of the Inter-Governmental Committee (1962)
575 CO 1030/1031 (93) William Goode to the Secretary of State for the Colonies,
21 October 1962.
576 Ibid.

127


Brunei.577 Stephens sedikit terkilan kerana hasil rundingan dan
syarat-syarat penggabungan antara kerajaan Malaya dan Singapura
tidak diumumkan. Dalam minit mesyuarat IGC pada 22 Oktober
1962 ketidakpuasan Stephens dinyatakan:

Mr Stephens explained that it would be very difficult
for the political parties in North Borneo to commit
themselves to any Agreements while they were
unable to discover what terms were being agreed
over Brunei’s entry into Malaysia, or how the
Malayan-Singapore Agreement of the 15th
November 1961 was to be implemented in detail.
Pending the outcome of the Malayan Brunei talks it
was necessary for North Borneo to reserve her final
position on the matters that were under discussion.578

Oleh yang demikian, Stephens meminta supaya hal yang
sama tidak berlaku kepada rundingan Malaya dengan Brunei.
Beliau meminta supaya apa-apa terma yang dipersetujui untuk
Borneo Utara juga harus dijelaskan dan tertakluk kepada
peruntukan yang diberi, bahawa mesti tidak kurang dan tidak lebih
daripada perkara yang dipersetujui dengan Brunei.579

Selepas mesyuarat pertama IGC berakhir, William Goode
ada memberitahu Setiausaha Tanah Jajahan, Duncan Sandys
bahawa kerajaan koloni Borneo Utara telah mengemukakan
beberapa kertas cadangan penting untuk dibincangkan dalam
mesyuarat IGC berikutnya pada 23 Oktober 1962. Tetapi kertas
cadangan itu disemak semula memandangkan pemimpin utama
parti berkeras untuk memberi keutamaan kepada 20 perkara.580
Goode juga memberitahu bahawa sikap perwakilan Malaya yang
tidak bertolak ansur dengan permintaan pemimpin-pemimpin

577 Herman Luping, The Formation of Malaysia Revisited, dalam Jeffery G.
Kitingan dan Maximus J. Ongkili (editor), Sabah 25 Years Later, Kota Kinabalu:
Institute for Development Studies, 1989, hlm. 11.
578 CO 1030/1031 (69) John Martin to W.I.J. Wallace, 26 Oktober 1962.
579 Ibid.
580 CO 1030/1031(59) Sir William Goode to the Secretary of State for the
Colonies, 23 Oktober 1962.

128


Borneo Utara yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan
Malaya amat dikesali.581

Antara perbincangan utama dalam mesyuarat IGC adalah
soal beberapa jaminan dan perlindungan yang terkandung dalam 20
perkara termasuk soal bahasa, borneosasi, agama, pendidikan,
perwakilan ke parlimen dan kewangan. Menurut Ghazalie Shafie,
semasa mesyuarat Jawatankuasa kecil Perlembagaan, Stephens
bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk
Malaysia tetapi tertakluk kepada persetujuan mengenai masa depan
bahasa Inggeris.582 Sarawak bagaimanapun tidak menyebut bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau menjadi bahasa rasmi
bersama-sama bahasa Inggeris.

Bagi Borneo Utara, persetujuan awal telah dicapai dengan
bahasa Inggeris akan diteruskan sebagai bahasa rasmi sehingga 10
tahun selepas Malaysia. Selepas 10 tahun perkara ini boleh disemak
semula melalui perbincangan kerajaan Persekutuan dengan
kerajaan Borneo Utara. Datu Mustapha bagaimanapun secara
peribadi mahu supaya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu menjadi
bahasa rasmi bersama-sama untuk Borneo Utara.583

Beberapa perkara penting seperti soal pendidikan juga
dibincangkan dan diperincikan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kecil Fiskal. Perwakilan persekutuan Malaya menyokong hal
pendidikan dibawah persekutuan. Bagaimanapun, perwakilan
Borneo Utara berpandangan integrasi sepenuhnya akan membawa
beberapa kesukaran dalam hal dasar bahasa dan sukatan
pelajaran.584 Oleh yang demikian, delegasi Borneo Utara mahu hal
pendidikan kekal dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Tun
Razak bagaimanapun sebaliknya mahu dasar pendidikan sedia ada
dikekalkan kerana pada pandangannya, asas pendidikan tidak
begitu berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Oleh itu
pada pandangannya, perbezaan bidang pendidikan yang dinyatakan

581 Ibid.
582 Muhammad Ghazalie Shafie, Ghazali Shafie’s Memoir on the Formation of
Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1998, hlm. 306.
583 Ibid.
584 Ibid, hlm. 310.

129


oleh pemimpin-pemimpin Borneo bukanlah masalah besar dan
boleh diseragamkan melalui satu dasar pendidikan yang sama.585

Stephens bagaimanapun bertegas dengan permintaan yang
telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin politik Borneo Utara
dalam 20 perkara dan mencadangkan bahawa beliau akan mengatur
pertemuan Tun Razak dan menjelaskan permintaan Borneo Utara
dalam bidang pendidikan.586 Hasil daripada pertemuan tersebut,
dipersetujui soal pendidikan di Borneo Utara di bawah bidang
kerajaan persekutuan tetapi berberapa perlindungan termasuk
meneruskan dasar pendidikan sedia ada termasuk menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Selain itu, kerajaan Borneo Utara juga bertanggungjawab bagi
penempatan pegawai pendidikan dan meneruskan peranan
jawatankuasa pendidikan tempatan.587

Turut menjadi perbincangan serius semasa mesyuarat IGC
adalah soal peruntukan pembangunan kedua-dua buah negeri
Borneo, perwakilan ke parlimen, borneosasi, pertahanan dan
keselamatan serta soal kewangan. Mesyuarat berlanjutan sehingga
bulan Disember 1962. Pada 20 Disember 1962, perwakilan IGC
bersetuju untuk tidak bermesyuarat lagi kerana draf laporan
umumnya telah disetujui. Mereka juga bersetuju perkara-perkara
terperinci akan dibincangkan dalam jawatankuasa kecil. Antara
perkara tersebut adalah perubahan sistem pentadbiran daripada
pentadbiran penuh gabenor kepada kementerian dengan autoriti
kepada menteri yang akan berpangkalan di Kuala Lumpur.588

Laporan Inter Governmental Committee

Walaupun isi kandungan dokumen perlembagaan untuk
persekutuan Malaysia tidak diterangkan sepenuhnya kepada

585 Ibid, hlm. 311.
586 Ibid, hlm. 313.
587 Ibid.
588 Stephen Holley. A White Headhunter in Borneo, Natural History Publications
(Borneo), 2004, hlm. 107.

130


rombongan Borneo Utara, tetapi mereka yakin mereka
memperolehi apa yang mereka mahukan melalui senarai
permintaan yang dikemukakan melalui 20 perkara serta hasil
mesyuarat Majlis Undangan Borneo Utara.589 Stephens juga yakin
masalah pembentukan Malaysia telah diselesaikan. Beliau juga
yakin perlembagaan Malaysia yang baru akan mengambil kira
laporan IGC.590

Laporan Inter-Governmental Committee terbahagi kepada
tiga bahagian, berserta empat lampiran. Bahagian-bahagian tersebut
adalah Pengenalan, Bahagian II, (Penubuhan Persekutuan
Malaysia), Bahagian III (Cadangan Penyusunan Perlembagaan) dan
Lampiran A (Senarai Perundangan, Penyusunan Pentadbiran dan
Jaminan), Lampiran B (Perkhidmatan Awam), Lampiran C
(Kenyataan Bersama Kerajaan British dan Kerajaan Malaya) dan
Lampiran D (Senarai Mesyuarat dan ahli mesyuarat termasuk
jawatankuasa kecil), Inter-Governmental Committee.

Berdasarkan laporan IGC, Majlis Undangan Borneo Utara
yang bermesyuarat pada 12 September 1962 dan Majlis Negri
Sarawak pada 26 September 1962 telahpun meluluskan usul secara
prinsipnya pembentukan Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Persekutuan Malaysia akan terdiri daripada negeri-negeri yang
sedia ada dalam Persekutuan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura, dan juga Brunei jika perjanjian dipersetujui.591 Bahagian
III dalam Laporan IGC merupakan hasil perbincangan perwakilan
Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan wakil Kerajaan British
terhadap 23 perkara yang akan dimasukkan dalam perlembagaan
Malaya sedia ada. Ini termasuk perkara-perkara yang disenaraikan
dalam memorandum 20 Perkara iaitu Agama (perkara 3(2), Perkara
11(4), Perkara 12(2) dan Perkara 38 (2b) dan (6d) dalam
perlembagaan Malaya), Imigresen (perkara 9(1) dan (2)), Pelajaran
(Jadual ke 9, Senarai 1 (13), Kewarganegaraan (Perkara 15(2) dan
18 (4)), Perlembagaan Negeri (Perkara 71 (4), Jadual ke 8 dan

589 Sabah Times, 5 Mac 1963.
590 Straits Times, 22 Disember 1962.
591 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, 1963, hlm. 4.

131


Perkara 160 (2)), Tanah (Perkara 83-86, 88 – 89, 91 – 92) dan
Perkara 94 (1), Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) dan
Keistimewaan Kaum Asli (Perkara 153).592

Secara keseluruhannya, Laporan IGC memberi cadangan
jaminan untuk melindungi penduduk wilayah Borneo dalam
perlembagaan. Antara jaminan tersebut adalah kebebasan beragama.
Laporan IGC mengecualikan penguatkuasaan semua perkara dalam
perlembagaan serta peruntukan dalam undang-undang persekutuan
mengenai agama Islam di wilayah-wilayah Borneo, kecuali
pengisytiharan bahawa Islam akan dijadikan agama rasmi
persekutuan Malaysia.593 Tiada perubahan dalam perkara 3 (1)
Perlembagaan Malaya dan kebebasan agama yang terkandung
dalam perkara 11. Bagaimanapun, Undang-undang persekutuan
juga tidak perlu menyediakan bantuan kewangan khas bagi
penubuhan institusi Islam bagi orang yang menganut agama yang
berkenaan di Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan negeri yang
berkenaan.594

Dalam soal bahasa, Laporan IGC menetapkan bahasa
Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan persekutuan Malaysia
tetapi perkara 152 perlu diubah bagi menyesuaikannya dengan
kemasukan wilayah-wilayah Borneo. Diperuntukan dalam tempoh
10 tahun selepas Malaysia dan sehingga perundangan negeri
membuat perubahan lain, bahasa Inggeris kekal menjadi bahasa
rasmi.595 Bahasa Inggeris juga akan digunakan dalam dewan
perundangan dan semua tujuan-tujuan rasmi di Borneo Utara, sama
ada tujuan persekutuan atau negeri. Ini termasuklah surat-menyurat
dengan Menteri Persekutuan dan Jabatan-jabatan Persekutuan.596
Selama tempoh 10 tahun selepas Malaysia juga, bahasa Inggeris
akan digunakan oleh perwakilan negeri-negeri Borneo di Dewan

592 Ibid, hlm.5.
593 Ibid.
594 Ibid.
595 Ibid, hlm. 8.
596 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, 1963, hlm.8.

132


Rakyat dan Dewan Negara serta prosiding di Makhamah Tinggi
Borneo.597

Imigresen juga dikekalkan dalam senarai persekutuan,
tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen
Persekutuan untuk memastikan penduduk persekutuan sedia ada
yang masuk ke negeri-negeri Borneo hendaklah mendapat
kebenaran negeri-negeri yang berkenaan.598 Dalam bidang
pelajaran, sungguhpun hal ehwal pelajaran599 dalam perlembagaan
Persekutuan Malaya ada menyatakan pelajaran dibawah kuasa
persekutuan tetapi dasar pelajaran dan sistem pentadbiran pelajaran
di Borneo Utara sedia ada (termasuk ordinan sedia ada) tidak boleh
diganggu. Pendidikan dikekalkan dibawah kuasa kerajaan Borneo
Utara sehingga kerajaan Borneo Utara bersetuju selain daripada itu.
Borneo Utara juga tidak akan tertakluk kepada seksyen 36 dan 37,
Akta Pelajaran Malaya.600

Laporan mesyuarat IGC juga menyatakan bahawa
pengetahuan bahasa Melayu tidak boleh dijadikan satu kelayakan
bagi mendapat apa-apa peluang pelajaran sehingga kemudahan
untuk mengajar bahasa Melayu di semua sekolah di Borneo Utara
mencukupi. Pemakaian apa-apa yang perlu bagi persekutuan
mengenai pelajaran agama juga tidak boleh dipanjangkan ke
Borneo. Turut menjadi saranan IGC dalam bidang pelajaran adalah
peruntukan untuk pengarah-pengarah pelajaran di Borneo yang
perlu menjalankan kewajipan yang sama seperti yang mereka
jalankan sekarang.601 Oleh yang demikian, supaya kehendak-
kehendak tempatan dapat dirundingkan dengan sepenuhnya,
pengarah pelajaran di kedua-dua wilayah hendaklah terus

597 Ibid.
598 Ibid.
599 Dalam item 13(a) senarai persekutuan, Jadual ke Sepuluh, Perlembagaan
Persekutuan Malaya.
600 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, hlm. 9.
601 Ibid.

133


dinasihatkan oleh Lembaga Pelajaran dan Jawatankuasa Pelajaran
Tempatan masing-masing.602

Kewarganegaraan di Borneo Utara akan mengekalkan
prinsip-prinsip undang-undang kewarganegaraan British yang sedia
ada. Antara perkara penting dalam soal kewarganegaraan adalah
pemberian kewarganegaraan kepada mereka yang tidak diberi
kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang.603
Mereka mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Borneo
Utara sebelum hari Malaysia. Mereka akan didaftarkan sebagai
warganegara dalam tempoh lapan tahun selepas Malaysia jika
individu tersebut memuaskan kerajaan persekutuan bahawa dia
tinggal sebelum Malaysia atau selepas hari Malaysia untuk tempoh
tujuh hingga 10 tahun sebelum permohonannya, berniat untuk
tinggal tetap di Malaysia dan berkelakuan baik.604

Perkara penting lain yang diputuskan dalam mesyuarat
IGC adalah perlembagaan negeri untuk kedua-dua wilayah Borneo.
Perlantikan ketua negeri sebelum hari Malaysia adalah dibawah
Ratu Britain dan Yang di-Pertuan Agong. Ketua Negeri negeri-
negeri Borneo akan dilantik untuk tempoh dua tahun. Selepas hari
Malaysia, perlantikan ketua negeri adalah dibawah budibicara Yang
di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri negeri-
negeri berkenaan. Di Borneo Utara, ketua negeri dikenali sebagai
Yang di-Pertua Negara sementara di Sarawak dikenali sebagai
Governor tetapi fungsi Yang Dipertua Negara dan Sarawak adalah
seperti mana Yang di-Pertua Negeri di Melaka dan Pulau Pinang.605
Turut dimasukkan dalam Perlembagaan adalah jumlah perwakilan
negeri-negeri Borneo dalam Parlimen.

Sepertimana dalam perkara 71 (4) perlembagaan Malaya,
parlimen persekutuan membuat peruntukan bahawa mana-mana
undang-undang kerajaan negeri yang berlawanan dengan undang-
undang persekutuan, parlimen boleh membuang peruntukan

602 Ibid, hlm. 10.
603 Ibid.
604 Ibid.
605 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, 1963, hlm. 10

134


undang-undang negeri tersebut. Bagaimanapun, dalam kes Borneo
Utara dan Sarawak seperti mana dalam laporan IGC, peruntukan
yang sama atau berlawanan harus ditentukan oleh makhamah dan
bukan pandangan atau hasil parlimen semata-mata.606

Peruntukan kewangan juga merupakan salah satu aspek
penting yang dimesyuaratkan dalam IGC. Isu-isu seperti cukai di
Persekutuan Malaya yang akan dipanjangkan di Borneo Utara dan
Sarawak menjadi perbincangan penting. Laporan IGC menyatakan
kadar cukai di Borneo Utara dan Sarawak akan disamakan dengan
kadar cukai di persekutuan Malaya tetapi harus dilakukan dengan
berperingkat-peringkat. Selain itu, sebarang perubahan cukai harus
dibincangkan dengan pegawai-pegawai senior di Borneo Utara dan
Sarawak. Sebagai tambahan, negeri-negeri Borneo ini perlu
mempunyai wakil dalam Lembaga Cukai Pendapatan Malaysia.607

Cukai termasuk duti kastam dan eksais ditentukan di
bawah persekutuan tetapi negeri-negeri Borneo mempunyai kuasa
mengenakan cukai jualan. Beberapa peruntukan tambahan untuk
negeri-negeri Borneo juga perlu dibuat dalam Bahagian 3, Jadual
10 perlembagaan persekutuan termasuk duti eksport kayu balak dan
hasil hutan lain, cukai kenderaan, bayaran lesen memandu, 30
peratus hasil kastam, hasil duti import produk petroleum, duti
eksport kayu balak dan hasil hutan lain untuk tempoh tertentu.608

Borneo Utara dan Sarawak juga patut mendapat geran
untuk jalan negeri untuk tempoh dua tahun selepas permohonan.
Kadar ditentukan daripada apa yang dipersetujui antara persekutuan
dan kedua-dua buah kerajaan negeri Borneo. Kos purata untuk
penyelenggaraan perlu pertimbangan kedua-dua kerajaan di Borneo
dan perlu memasukkan kos penyelidikan, susut nilai dan
penyelenggaraan loji dan peralatan. Cadangan bagi geran jalanraya
setahun di Borneo Utara adalah dengan kadar $4,500 sebatu bagi
ukuran sebanyak 1,151 batu.609 Selain itu, Sarawak dan Borneo

606 Ibid.
607 Ibid.
608 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, 1963, hlm. 10.
609 Ibid.

135


Utara juga akan diberikan peruntukan khas pembangunan daripada
kerajaan persekutuan lima tahun selepas pembentukan Malaysia.
Sarawak memperolehi peruntukan pembangunan sebanyak $300
juta (Borneo Utara memperolehi $200 juta) dalam usaha
meningkatkan kadar ekonomi di negeri-negeri Borneo.610
Masyarakat asal di wilayah Borneo juga akan diberi jaminan untuk
menikmati keistimewaan-keistimewaan yang sama seperti yang
diperuntukkan oleh perlembagaan kepada orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu. Takrifan kaum-kaum asal di Borneo
Utara dan Sarawak akan dijelaskan dalam perlembagaan negeri.611

Laporan Inter Governmental Committee (IGC) diterima
dan diluluskan sebulat suara oleh Majlis Undangan di Borneo Utara
pada 13 Mac 1963. Bagaimanapun, laporan ini juga perlu
mendapatkan kelulusan parlimen bagi meluluskan perundangan
yang perlu supaya ianya dikuatkuasakan.612 Di Borneo Utara,
ketika mesyuarat Majlis perundangan Borneo Utara pada 13 Mac
1963, Donald Stephens yakin pilihan yang dibuat adalah betul dan
meminta pihak luar berhenti membuat pandangan negatif terhadap
usaha mereka. Menurutnya:

There are those in the outside world who know next
to nothing about us who have tried to discredit our
work as that of stooges of the British or the
Malayans. These people should have been at the
IGC meetings because they would have found a
Sabah team fighting for what they believe to be
Sabah’s rights and being quite fearless in so
doing.613

Di Borneo Utara, Stephens yakin bahawa Malaysia adalah
apa yang dimahukan oleh rakyat Borneo Utara dan pilihan ini

610 Ibid.
611 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, 1963, hlm. 10.
612 DO 169/331, North Borneo Information Office to the Secretary of State for the
Colonies 13 March 1963.
613 Inter-Governmental Committee, Penyata Jawatankuasa Antara Kerajaan
Berkenaan dengan Malaysia, 1962. Jabatan Cetak Kerajaan, 1963, hlm. 10.

136


bukan bermakna pemimpin yang hadir dalam mesyuarat tersebut
menjadi talibarut penjajah seperti mana dakwaan sesetengah pihak,
kerana apa yang dipersetujui adalah hasil perbincangan yang
memakan masa yang lama dan berhati-hati.614 Mereka juga yakin
pilihan ini adalah bertepatan dengan harapan mereka untuk
mendapatkan kemerdekaan awal.615

Seorang lagi pemimpin yang terlibat dalam mesyuarat
IGC, Datu Mustapha Datu Harun pula melihat kemenangan parti
Perikatan Borneo Utara dalam pilihan raya Majlis Bandaran pada
16 Disember 1962 membuktikan bahawa rakyat Borneo Utara
mengalu-alukan Malaysia.616 Perikatan Borneo Utara memenangi
119 daripada 131 kerusi (USNO 53 kerusi, UNKO 39 dan BUNAP
27 kerusi) sementara parti pembangkang UPMP hanya memenangi
12 kerusi.617

Datu Mustapha juga mengingatkan mana-mana pihak
termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya tidak campur
tangan dalam urusan dalaman Borneo Utara termasuk membuat
referendum. Beliau menyatakan, ‘It is not my intention to sound a
threat but if ever anybody outside were to try and come into this
country to hold a referendum, i can see nothing but trouble, very
big trouble.’618 Khoo Siak Chew, Setiausaha Borneo Utara
National Party (BUNAP) pula mendakwa tidak ada penentangan
terhadap rancangan Malaysia di Borneo Utara, yang timbul hanya
kerisauan terhadap syarat-syarat kemasukan ke dalam persekutuan
Malaysia.619

Sementara itu, rakan-rakan G.S. Sundang yang telah
menghantar petisyen ke PBB bagaimanapun membuat gerakan
pemberontakan di Borneo. Pada bulan November 1962, A.M.

614 Ibid.
615 DO 169/331, North Borneo Information Office to The Secretary of State for
The Colonies 13 March 1963.
616 Ibid.
617 FCO 141/ (4) Note by William Goode, 4 January 1963.
618 DO 169/331, North Borneo Information Office to the Secretary of State for The
Colonies 13 March 1963.
619 Ibid.

137


Azahari mengunjungi Manila dan menemui beberapa pemimpin
Filipina termasuk Naib Presiden Filipina, Emmanual Pelaez.620
Sebelum meninggalkan Filipina, A.M. Azahari mengumumkan
penubuhan negara Unitari Kalimantan Utara yang mengandungi
Brunei, Sarawak dan Borneo Utara. Beliau akan menjadi Perdana
Menteri dan Sultan Brunei sebagai Ketua Negara.621 Beliau
kemudiannya ke Singapura sebelum kembali ke Brunei dan
melancarkan pemberontakan pada 8 Disember 1962.

Pada 8 Disember pemberontak Parti Rakyat Brunei yang
terlatih dan berpakaian lengkap telah bertempur dengan polis di
Brunei.622 Gerakan ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi
beberapa kawasan di Sarawak dan Borneo Utara.623 Di Borneo
Utara, seramai 60 ahli Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
yang bersenjatakan tujuh senapang, empat bom buatan dan parang
berada di kampung Lubok, Sipitang dan Gadong Padas, Weston.624
Bagaimanapun pemberontakan A.M. Azahari dapat dipatahkan oleh
tentera British.625

Tetapi sokongan Indonesia terhadap A.M. Azahari yang
dianggap sebagai agen diplomat Kalimatan Utara oleh Indonesia
menyukarkan hubungan Malaya dan Indonesia. Kerajaan British
bagaimanapun menyifatkan Malaya yang hanya mempunyai 10 juta
penduduk dengan anggaran tentera seramai 12 ribu tidak akan
mengugat kedudukan Indonesia yang mempunyai 100 juta
penduduk dengan anggaran tenteranya seramai 300,000 ribu

620 Malaysia: Malaya and Philipine Relations, 31st August 1957 to 15th September
1963, Kuala Lumpur, Jabatan Chetak Kerajaan, 1963, hlm. 6.
621 Ibid.
622 Michael Leigh, Borneo into Malaysia, Dissent: Spring, 1963.
623 Mohamad Yusop, ‘The Malaysia Plan and the First Brunei Elections,
1962,’Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, MBRAS,
Volume LXXI Part 1, 1998, hlm.72.
624 James Ongkili, Susuzan Totopot Do Sabah. HongKong. Borneo Literature
Bureau, 1965.
625 Mohamad Yusop, ‘The Malaysia Plan and The First Brunei Elections, 1962’
Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, MBRAS, Volume
LXXI Part 1, 1998, hlm.72.

138


orang.626 Sikap Indonesia yang menyifatkan penubuhan Malaysia
sebagai neo-kolonialisme627 juga tidak menggambarkan tujuan
sebenar penentangan Indonesia terhadap Malaya kerana Indonesia
juga memperolehi beberapa wilayah seperti Irian Barat secara tidak
demokrasi.628 Sikap Indonesia ini dikritik banyak pihak termasuk
masyarakat di Borneo. Menurut Dato Ong Yoke Lin, Menteri
Kesihatan dan Kebajikan Sosial persekutuan Malaya, (ketika
menghadiri persidangan komanwel pada 20 Februari 1963) beliau
memberitahu parti politik di Borneo Utara dan Sarawak telah
menghantar surat terbuka kepada presiden Sukarno supaya tidak
menunjukkan sokongan kepada A.M. Azahari.629

Dalam perkembangan berkaitan, G.S. Sundang yang
dahulunya menentang pembentukan Malaysia akhirnya tampil
untuk memberi penjelasan kepada rakyat Borneo Utara bagi
meredakan kebimbangan terhadap implikasi penyertaan Borneo
Utara dalam pembentukan Malaysia pada 11 Jun 1963.630 G.S.
Sundang, yang dilantik menjadi Menteri Kesihatan selepas pilihan
raya Kerajaan Tempatan, memberi jaminan melalui radio Borneo
Utara bahawa Borneo Utara akan dilindungi dalam Malaysia.
Beliau menjelaskan, “Every care was taken in the Inter-
Government Committee to ensure that Malaysia would not upset
the day to day life of the people. They offered a happy and secure
future for the people of North Borneo.631

Sundang juga yakin jaminan dan perlindungan termasuk
perlantikan 16 wakil Parlimen yang diperuntukkan untuk Borneo
Utara, keputusan mengekalkan dasar pendidikan sedia ada serta
kuasa imigresen yang diberikan kepada Borneo Utara bagi
menghadkan pergerakan penduduk dari wilayah-wilayah yang maju

626 DO 169/330 Talking Point on Malaysia, Far East and Pasific Department to
High Commission, Colonial Relations Office, 14 March 1963.
627 John Gullick, Malaysia: Economic Expansion and National Unity, London:
Ernest Benn Limited, 1981, hlm. 110.
628 DO 169/330 Talking Point on Malaysia Far East and Pasific Department to
High Commission, Colonial Relations Office, 14 March 1963.
629 DO 169/330 Commonwealth Meeting held on Wednesday, February 20, 1963
at 11.00am in Conference Room 9 at the United Nations.
630 Daily Express, 13 Jun 1963.
631 Ibid.

139


ke Borneo Utara serta kebebasan agama di Borneo Utara, akan
tetap terpelihara.632

Di Malaya, beberapa buah parti pembangkang Malaya633
membuat keputusan menentang konsep Malaysia kerana Malaysia
bukan sahaja mengundang ketegangan di wilayah Borneo tetapi
mengundang hubungan tidak baik dengan negara-negara jiran. Pada
10 Mac 1963, parti pembangkang tersebut berpendirian:

The opposition parties of Malaya hereby
unanimously oppose and strongly deplore the
manner and methods employed by the Alliance in
dealing with the concept of Malaysia thereby
precipitating not only an armed up rising in Brunei
and Sarawak but also a crisis in its relationship with
its hitherto friendly neighbours. The opposition
parties unanimously stand for a Malaysia brought
about by the free consent and goodwill of the
peoples of all the territories concerned.634

Barisan pemimpin pembangkang yang terdiri daripada
Abdul Aziz Ishak (bebas), S.P Seenivasagam (Timbalan Presiden
PPP), Dr Burhanuddin Mohd Noor (Presiden Pan-Malayan Islamic
Party), Dato Zainal Abidin Hj. Abas (Presiden United Democratic
Party), Baba Ludek (Presiden Parti Negara) dan Ishak Hj
Mohammad (Pengerusi Parti Buruh) kemudiannya menghantar
memorandum bantahan kepada Setiausaha Agung PBB pada 26
April 1963.635 Mereka telah mendesak Parti Perikatan Malaya
supaya tidak membentuk Malaysia sehingga rakyat di Brunei,
Borneo Utara dan Sarawak diwakili oleh kerajaan yang dipilih oleh

632 Ibid.
633 Parti pembangkang Malaya terdiri daripada People’s Progressive Party (PPP),
Pan Malayan Islamic Party, United Democratic Party, Parti Buruh, Parti Negara,
Parti Rakyat dan Ahli Parlimen Bebas, Abdul Aziz bin Ishak.
634 DO 169/331 (87) Memorandum by Opposition Parties in the Federation of
Malaya to Secretary General, United Nations, 26 April 1963.
635 Ibid.

140


rakyat. Mereka turut meminta diadakan satu referendum bebas bagi
menyatakan kehendak mereka terhadap Malaysia atau sebaliknya
pada bulan April 1963.636 Pada pandangan parti pembangkang
Malaya, mereka percaya terdapat beberapa individu yang
mempunyai kepentingan peribadi di wilayah Borneo yang bakal
memperoleh jawatan penting tanpa pilihan raya. Seperti kenyataan
dalam memorandum parti pembangkang:

It was also clear that there were a few person in
Borneo Territories who were anxious to aid the
schemes of the Alliance Government for a Malaysia
and rush through its formation so as to establish
themselves as the leaders in the new states of
Borneo and Sarawak without having to go through
the test of an election on a state level. Further
evidence of premeditated denial of the right of self
determination to the peoples of the Borneo States is
the agreed proposal not to hold any state and
parliamentary elections for up to five years.637

Pembangkang di Malaya juga menyatakan bahawa
penubuhan Malaysia mengundang ketidakmakmuran rantau Asia
Tenggara setelah Filipina dan Indonesia sependapat bahawa
Malaysia adalah satu neo-kolonialisme baru.638 Oleh yang demikian,
parti pembangkang Malaya mengambil pendirian supaya
pembentukan Malaysia ditangguhkan untuk meredakan ketegangan.
Barisan pembangkang juga mahu supaya satu proses demokrasi
untuk menentukan kehendak sebenar rakyat Borneo terhadap
Malaysia, sama ada melalui pilihan raya seluruh wilayah (free-state
wide elections) atau referendum dibuat.639

Bagaimanapun usaha memeterai pembentukan Malaysia
diteruskan sepertimana yang dijadualkan pada bulan Julai 1963.
Pada bulan Julai 1963, satu delegasi Borneo Utara telah pergi ke
London untuk menandatangani perjanjian Malaysia. Borneo Utara

636 Ibid.
637 Ibid.
638 Ibid.
639 Ibid.

141


diwakili oleh Ketua Setiausaha Borneo Utara, Noel Turner, Stephen
Holley (Setiausaha Kerajaan Borneo Utara), Ken Jones (Peguam
Kerajaan Borneo Utara), Donald Stephens, Datu Mustapha, Khoo
Siak Chew dan G.S. Sundang.640Apabila tiba di London pada 7
Julai 1963, Stephen Holley diberitahu bahawa delegasi Singapura
masih berbincang dengan kerajaan British tetapi menemui jalan
penyelesaian. Tetapi rundingan dengan Brunei gagal apabila tidak
mencapai kata sepakat dalam isu kawalan terhadap minyak dan
sumber gas di samping soal penggiliran Yang di-Pertuan Agong.641
Keputusan Brunei menarik diri di saat-saat akhir sungguhpun
dokumen perjanjian pada asalnya memasukkan Brunei dalam terma
perjanjian mengundang kekhuatiran pegawai British di Borneo
Utara jika terdapat kemungkinan penarikan diri Brunei akan
memberi implikasi kepada Borneo Utara. 642 Oleh yang demikian,
mereka menulis ayat tambahan bersama-sama borang Perjanjian
yang ditandatangani di Malborough House pada 9 Julai 1963 untuk
melindungi kedudukan Borneo utara. Frasa ayat menjelaskan:

This agreement has not been perused by the North
Borneo Delegation and is signed on the understanding
that nothing herein contained derogates from the
position affecting North Borneo set forth in the form
of agreement including Brunei.643

Sebenarnya, sebelum perjanjian Malaysia ditandatangani,
Brunei dan Malaya sudah tidak mencapai persetujuan dalam
beberapa perkara. Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin
bagaimanapun datang ke London semasa perjanjian Malaysia
ditandatangani pada 9 Julai 1963.

640 Stephen Holley, A White Headhunter in Borneo, hlm.110.
641 Sultan Brunei sememangnya menunjukkan minat terhadap Malaysia selepas
pemberontakan Brunei pada bulan Disember 1962. Terdapat rundingan antara
Brunei dengan Persekutuan Malaya pada bulan Mac dan secara serius pada bulan
Jun 1963 di London tetapi gagal. (Dalam A.J., Stockwell, British Documents on
The End of Empire: Malaysia, London: Institute of Commonwealth Studies in
University of London, The Stationery Office (TSO), 2004, hlm. 16
642 Stephen Holley, A White Headhunter in Borneo, hlm.110
643 Ibid.

142


Sultan Brunei sebenarnya telah menerima Malaysia pada 28
Disember 1962 dan telah mengadakan pertemuan dengan Tunku
pada bulan Februari 1963. Kedua belah pihak telah merangka
perjanjian pada bulan Mac 1963, namun demikian beberapa insiden
selepas itu mengubah pendirian Sultan Brunei.644 Pada bulan April
1963, mesyuarat Majlis Raja-raja Malaya telah menutup peluang
Sultan Brunei untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pada
bulan Jun 1963, hubungan Brunei dan Malaya bertambah renggang
membabitkan penemuan minyak di luar pesisir pantai.645 Kerajaan
Malaya mahu supaya persekutuan mengambil hasil minyak tersebut
selepas 10 tahun Malaysia dan mempunyai hak untuk mengenakan
cukai ke atas minyak yang baru ditemui.646 Apabila Tunku
mengemukakan kata dua yang mengandungi tawaran akhir kepada
Sultan Brunei, pada masa itulah Sultan Brunei menarik diri
daripada rundingan.647

Perjanjian Persekutuan Malaysia 9 Julai 1963

Sungguhpun terdapat beberapa kesukaran pada masa
perjanjian pembentukan Malaysia ditandatangani, wakil-wakil
Borneo Utara tidak ada masalah untuk bersetuju dengan terma-
terma perjanjian. Malahan sekembalinya Donald Stephens dari
London pada 15 Julai 1963, beliau ada membuat kenyataan bahawa
perkara yang diminta sebelum ini telah dipenuhi.648 Menurutnya,
‘The anxiety we have been through the past weeks has now passed.
We have got what we wanted. The Malaysia Agreement has been

644 A.J. Stockwell, British Documents on The End of Empire: Malaysia, London:
Institute of Commonwealth Studies in University of London, The Stationery
Office (TSO), 2004, hlm. 165.
645 Ibid, hlm. 190.
646 Ibid, hlm. 188.
647 Ibid, hlm. 190.
648 A.J. Stockwell berpandangan bahawa persoalan sama ada berdaulat atau
berkerajaan sendiri, Borneo Utara dan Sarawak bukan dalam status menjadi pihak
dalam perjanjian rasmi Perjanjian Malaysia. (Dalam A.J. Stockwell, British
Documents on The End of Empire: Malaysia, London: Institute of Commonwealth
Studies in University of London, The Stationery Office (TSO), 2004, hlm. 16).

143


signed and everthing is all right. We don’t have to worry
anymore.649

Perjanjian Malaysia mengandungi 11 Perkara asas
perjanjian pembentukan Malaysia650 dengan 10 lampiran, termasuk
lampiran A (Malaysia Bill),651 Lampiran B, C dan D (Perundangan
Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura), lampiran E (Immigration
Bill), lampiran F (berkenaan pertahanan luar negeri dan bantuan
bersama antara Kerajaan United Kingdom dan Persekutuan
Malaya), lampiran G (Perintah-perintah Majlis Mesyuarat),
lampiran H dan I (Perjanjian Pegawai-pegawai Kerajaan), lampiran
J (Pasaran Bersama dan Peraturan Kewangan antara kerajaan Tanah
Melayu dan Kerajaan Singapura) dan lampiran K (Peraturan-
peraturan mengenai siaran Radio dan Television antara Kerajaan
Singapura dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu).652

Dalam lampiran A (Malaysia Bill) yang kemudian menjadi
Akta Malaysia 1963, beberapa perkara penting melibatkan
perjanjian berhubung kedudukan Borneo Utara dalam Malaysia.
Kedudukan Borneo Utara dan negeri-negeri dalam persekutuan
dijelaskan sebagai:

THE STATES OF THE FEDERATION

4. (1) The Federation shall be known, in Malay
and in English, by the name of Malaysia.

649 Daily Express, 16 Julai 1963.
650 Malaysia: Agreement Concluded Between the United Kingdom of Great
Britain and Northern Ireland, The Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak
and Singapore.
651 Di parlimen Britain, Akta Malaysia telah dibentuk pada 31 Julai 1963 melalui
pernyataan perkara 1 (1) Malaysia Act 1963 ‘For the purpose of enabling North
Borneo, Sarawak and Singapore (in this Act referred to as ‘the new states’) to
federate with the existing States of the Federation of Malaya (in this Act referred
to as “the Federation”), the Federation thereafter being called Malaysia, on the
day on which the new States are federated as a fore said (in this Act referred to as
“the appointed”)’. Dalam Malaysia Act 1963: Chapter 35, London: Her Majesty’s
Stationery Office, 1963, hlm. 1.651
652 Malaysia: Agreement Concluded the United Kingdom of Great Britain and
Northern Ireland and Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and
Singapore, London: Her Majesty’s Stationery Office, July 1963, hlm. 19.

144


Click to View FlipBook Version