LATIHAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 3
Latihan Buku kerja (Pelangi) Tingkatan 5
(Muka Surat 118 ) Sila jawab soalan berikut :
No. 23
LATIHAN PERNIAGAAN TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 1
Jawab semua soalan.
1 (a) Kenal pasti dan jelaskan dua jenis pengangguran yang dihadapi oleh negara kita
pada masa kini. [4 markah]
(b) Cadangkan cara untuk mengatasi jenis pengangguran yang disebut di 1(a) di
atas. [2 markah]
(c) Terangkan maksud inflasi. [1 markah]
(d) Bagaimanakah kerajaan dapat membantu untuk mengatasi masalah inflasi di
Malaysia? [3 markah]
2 (a) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis organisasi.
Organisasi A Organisasi B
Apakah objektif organisasi A dan organisasi B? [2 markah]
(b) Terangkan dua kesan kepada perniagaan jika gagal mencapai matlamat dan
objektif perniagaan. [4 markah]
(c) Senaraikan empat aspek penting yang digambarkan dalam carta organisasi.
[4 markah]
LATIHAN PERNIAGAAN TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 2
Jawab semua soalan.
1 (a) Berikan maksud kemahiran kebolehkerjaan. [4 markah]
(b) Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis pengurusan di sesebuah organisasi
perniagaan.
(i) Apakah jenis pengurusan tersebut? [1 markah]
(ii) Terangkan lima tujuan pengurusan tersebut. [5 markah]
2 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan seorang peniaga yang baru berkecimpung
dalam dunia perniagaan.
Encik Amirul baru sahaja menceburi bidang perniagaan. Beliau
berhasrat ingin memohon pembiayaan dari sumber luaran bagi
menampung perbelanjaan ubahsuai kedai.
Apakah prosedur am yang perlu dibuat oleh beliau bagi mendapatkan sumber
pembiayaan tersebut? [4 markah]
(b) (i) Apakah definisi penyata kewangan? [1 markah]
(ii) Senaraikan lima pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan.
[5 markah]
LATIHAN PERNIAGAAN TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 3
Jawab semua soalan.
1 Maklumat di bawah berkaitan Cik Mawar yang bercadang membuka sebuah pasar
raya mini.
Pasar Raya Mini Mawar
Terletak di Taman Bukit minyak
Dibantu oleh dua orang pekerja
Modal permulaan RM50 000
(a) Jelaskan dua faedah pekerjaan yang wajib disediakan oleh Cik Mawar kepada
bakal pekerjanya? [6 markah]
(b) (i) Nyatakan dua sumber fizikal yang diperlukan oleh Cik Mawar. [2 markah]
(ii) Jelaskan cara mengurus sumber fizikal yang dinyatakan di 1(b)(i) di atas.
[4 markah]
(c) Huraikan sumber pembiayaan yang boleh digunakan oleh Cik Mawar untuk
membuka pasar raya tersebut? [3 markah]
2 Baca dengan teliti kes di bawah.
Mynn Wei telah mewarisi harta pusaka apabila datuknya meninggal dunia. Beliau
telah mewarisi wang tunai sebanyak RM800, 000 dan kilang arang batu cara
tradisional yang diusahakan oleh arwah datuknya. Mynn Wei sedar bahawa datuknya
bekerja keras sepanjang hidupnya dan berjanji untuk mengusahakan tanah pusaka
dan wang tersebut untuk mengharumkan nama kampungnya dan membanggakan
keluarganya.
Mynn Wei akan meneruskan kilang arang batu MyWay Enterprise., tetapi akan
melakukan beberapa rombakan. Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang
ekopelancongan. Selain mengusahakan kilang arang batu cara baharu, Mynn Wei
bercadang membuka tempat perusahaannya itu kepada orang ramai. Sasaran
pelanggannya ialah para pelancong dari dalam dan luar negara, pelajar sekolah dan
inst tusi pengajian tinggi yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pengeluaran
hasil bumi. Untuk memenuhi keperluan pelawat ke kilangnya, beliau akan menjual
cenderahati dan mengusahakan restoran kecil di kawasan tanah pusakanya itu.
Beliau akan menggunakan wang peninggalan datuknya untuk membeli beberapa
buah ketuhar besar bagi menghasilkan arang batu secara moden dan saintifik. Beliau
juga merancang untuk membina jalan air yang akan membolehkan kayu bakau
daripada paya bakau yang berdekatan dibawa terus ke kilangnya.
Beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada orang kampungnya. Mynn Wei
akan terus mengupah pekerja yang sedia tetapi akan membentuk corak pentadbiran
yang baharu dengan berfokus pada pengkhususan kerana beliau sedar bahawa
amalan begini akan membawa banyak kelebihan lain kepada perusahaannya, di
samping akan dapat menjimat kos pengeluaran
Beliau bercadang mengupah Leman Ahmad, seorang anak muda kampung yang
memiliki ijazah Pengurusan Perniagaan dan berpengalaman bekerja sebagai
Pengurus Pengeluaran selama 8 tahun. Mynn Wei berharap agar Leman dapat
mengawal pekerja-pekerja sektor pengeluaran untuknya. Memandangkan agenda
utama Mynn Wei adalah membantu anak-anak kampung, beliau telah mensasarkan
seorang lagi anak tempatan, Magaswari Marimutu yang sedang menjawat jawatan
sebagai Pegawai Kanan Pemasaran di sebuah syarikat terkenal di Pulau Pinang.
Mynn Wei akan menawarkan peluang pekerjaan di kampung halaman sendiri untuk
Magaswari.
Kerajaan juga sedang menawarkan bantuan kepada para usahawan seperti Mynn
Wei. Oleh itu, beliau bercadang untuk memohon bantuan daripada agensi yang
bersesuaian untuk membantu meningkatkan perusahaannya bagi merealisasikan
hasratnya untuk mengeksport arang batu ke peringkat antarabangsa. Antara bantuan
yang hendak dipohonnya termasuklah bantuan latihan kemahiran kepada para
pekerjanya serta membawa produknya ke peringkat antarabangsa.
(a) Kelaskan dan buktikan sektor perniagaan yang terlibat dalam usaha
menghasilkan arang batu dalam petikan di atas. [4 markah]
(b) Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan Mynn Wei. [1 markah]
(c) Terangkan jenis sumber manusia yang digunakan oleh Mynn Wei untuk
melancarkan operasi perniagaannya. [3 markah]
(d) Nyatakan dan jelaskan satu agensi kerajaan yang boleh dipohon untuk
merealisasikan hasrat perniagaan tersebut. [3 markah]
LATIHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 5
( CUTI SEMPENA PKP)
TAHUN 2020
KERTAS 1 : (MINGGU 1)
2611/1
Arahan kepada calon :
1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan
2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan MENULIS PILIHAN JAWAPAN yang betul dalam buku latihan masing-masing.
1 Apakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan tembikar seperti gambar rajah di bawah ?
A Teknik picit
B Teknik acuan
C Teknik kepingan
D Teknik putaran
2 Senaraikan jenis garisan yang digunakan dalam menghasilkan karya lukisan di bawah .
I Garisan selari
II Garisan berlingkar
III Garisan berselirat
IV Garisan silang pangkah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3 Nyatakan fungsi warna berdasarkan karya catan di bawah .
A Warna menimbulkan ruang
B Warna menimbulkan bentuk
C Warna menimbulkan jalinan
D Warna mewujudkan kesatuan
1
4 Mengapakah konsep landskap pada masa kini banyak menggunakan reka bentuk seperti
di bawah ?
A warna yang terang
B Penyelenggaraan yang minimum
C Kepelbagaian bentuk dan fungsi
D Kos yang murah dan menjimatkan
5 Penggunaan emas, perak dan batu permata sebagai alat perhiasan masyarakat melayu melambangkan
A Status pemilik
B Status keturunan
C Peringkat usia
D Ketinggian budi
6 Penggunaan tipografi seperti di bawah amat sesuai digunakan bagi tujuan
A Papan iklan
B Tanda nama
C Menu makanan
D Jenama barangan
7 Apakah prinsip rekaan yang paling ketara bagi poster wayang di bawah ?
I Kontra
II Harmoni
III Imbangan
IV Pergerakan
A I dan II
B I da IV
C II dan III
D III dan IV
8 Senaraikan elemen reka bentuk pembungkusan yang amat menarik perhatian pengguna .
I Logo
II Warna
III Ilustrasi
IV Jenis pembungkusan
2
A I dan II C II dan III
B I da IV D III dan IV
9 Ilustrasi di bawah menunjukkan karya arca ”Reclining Figure ” karya oleh Henry Moore .
Apakah teknik dan jenis arca tersebut ?
A Teknik ukir - Arca Luakan
B Teknik larik - Arca Asemblaj
C Teknik lorek - Arca Timbulan
D Teknik gores - Arca Mobail
10 Susun semula proses menghasilkan ukiran kayu mengikut urutan yang betul .
I Membuat silat
II Kemasan dan mengilatkan kayu
III Mengukir dengan teknik yang sesuai
IV Melukis corak pada kayu
A I , II , IV , III
B III, IV, I , II
C II , I , III, IV
D IV, III, I , II
11 Semasa menjalankan aktiviti anyaman, pada gambar di bawah bertujuan untuk ______________.
A Daun mengkuang berubah
warnanya
B Mengelakkan mengkuang
menjadi kering
C Mengkuang dilerai-leraikan
mengikut saiz yang sama
D Daun mengkuang menjadi lembut
dan tahan lama
12 Bahagian manakah pada ilustrasi di bawah yang dapat menjelaskan kesan ekspresi yang paling bertenaga .
AB
C D
3
13
Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, nyatakan fungsi model hiasan dalaman .
A Menganalisa pencahayaan
B Panduan memilih warna
C Menganalisa kapasiti pengguna
D Mendapatkan gambaran ruang 3D
14 Bagaimanakah cara untuk menimbulkan penegasan pada motif corak di bawah ?
A Tindankan semua susunan motif
B Warnakan semua motif dengan warna biru
C Menjarakkan lagi motif corak yang ada
D Membesarkan salah satu motif corak
15
Antara berikut, media catan yang manakah menggunakan turpetine sebagai bahan tara ?
A Cat Minyak
B Cat Akrilik
C Cat Poster
D Cat Mural
16 Maklumat di bawah menerangkan tentang seni cetak.
Berdasarkan sifat penolakan minyak dan air
Apakah jenis cetakan tersebut ?
A Timbulan
B Benaman
C Litografi
D Gurisan
4
17 Antara berikut, yang manakah dapat menunjukkan kesan pandangan mata cacing ?
AB
CD
18 Nyatakan maklumat tambahan yang kebiasaannya terdapat pada pembungkusan seperti di bawah ?
A Jenama barang
B Berat bersih
C Tarikh luput
D Peringkat umur
19 Apakah prinsip ruang yang sering ditonjolkan dalam catan teknik hard edge seperti catan di bawah ?
A Ruang rata
B Ruang cetek
C ruang dalam
D Ruang ilusi
5
20 Senaraikan langkah-langkah dalam proses penghasilan barangan industri mengikut susunan yang betul.
I Membuat model
II Membuat prototaip
III Membuat kajian dan penyelidikan
IV Mengenal pasti masalah dan keperluan
A I, II, IV, III
B II, I, III, IV
C III, IV, II, I
D IV, III, I, II
21 Maklumat di bawah menerangkan tentang perhiasan diri tradisional ?
Apakah nama alat perhiasan tersebut ?
A Dokoh Terkenal di Pantai timur
B Kalung Bermotif alam semulajadi
C Loket Di cantumkn bertingkat-tingkat pada
D Anting - anting
seutas rantai
22 Dalam bidang Komunikasi Visual,bahan dokumen, kepala surat, kad perniagaan dan sebagainya dikenali
sebagai ___________________.
A Penerbitan Umum
B Reka Bentuk Koporat
C Reka Bentuk Grafik
D Reka Bentuk Penerbitan
23 Maklumat di bawah merupakan ciri-ciri rumah melayu tradisional.
Rumah melayu berbumbung panjang
Dikenali sebagai rumah kutai atau rumah potong patani
Di negeri manakah, ruamh seperti itu boleh didapati ?
A Selangor
B Pahang
C Perak
D Kelantan
24 Pilih salah satu alatan dan fungsi yang berkaitan dengan Kraf Seni Tekat .
A Menegi - Memendekkan benang loseng
B Mempulur - Kertas bermotif pada kain dasar
C Mengarap - Memasukkan benang terselit antara kayu
D Menyampuk - Proses jentera menarik benang dari papan gulung
6
25 Apakah prinsip rekaan yang boleh dikaitkan dengan gambarajah di bawah ?
I Harmoni
II Kontra
III Imbangan asimetri
IV Irama dan pergerakan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
26 Gambarajah di bawah menunjukkan sebuah perisian multimedia, Apakah fungsi bagi perisian tersebut
A Mengedit gambar
B Menghasilkan animasi
C Menghasilkan reka bentuk
D Menghasilkan multimedia linear
27 Wau dihiasi motif dan reka bentuk yang menarik. Apakah asas seni reka yang diaplikasikan dalam
motif rekaan wau tersebut.
I Jalinan
II Ruang
III Imbangan
IV Harmoni
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
28 Teknik manakah antara berikut yang amat sesuai digunakan dalam lukisan media arang .
A Sapuan
B Lorekan
C Gosokan
D Pointilisme
7
29 Berdasarkan ilustrasi landskap di bawah, apakah fungsi tumbuhan yang ditunjukkan ?
A Kawasan teduhan
B Mengawal kebisingan
C Mengawal suhu persekitaran
D Mengekalkan ekosistem
30 Antara berikut , yang manakah ciri-ciri kain rentang yang baik ?
I Mempunyai banyak ilustrasi
II Muka taip yang mudah dibaca
III warna yang jelas dan menarik perhatian
IV Menggunakan pelbagai tulisan dan bahan
A I dan II
B I da IV
C II dan III
D III dan IV
31 Ruang yang manakah diwarnakan dengan warna lembut dan pudar untuk menimbulkan ilusi ruang
dan persepektif dalam ilustrasi di bawah?
AI I
B II II
C III
D IV
III
IV
32 Salah sebuah institusi yang banyak melahirkan tokoh seni tanah air .
A Galeri Seni
B Balai Seni Lukis Negara
C Majlis Kesenian Kebangsaan
D Universiti Teknologi Malaysia
8
33 Apakah keterangan yang tepat bagi menggambarkan karya di bawah .
A Lukisan Komik
B Lukisan Karikatur
C Lukisan Figura
D Lukisan Potret
34 Mengapakah batik lukis kelihatan lebih unik berbanding batik blok seperti yang ditunjukkan pada
gambar rajah di bawah ?
A Motif dengan tema khas
B Motif kelihatan bebas dan eksklusif
C Menggunakan warna terang dan jelas
D Corak berulang yang kontra dan banyak
35 Pilih kumpulan warna harmoni, dari kumpulan warna yang di tunjukkan di bawah .
A Warna Asas
B Warna Bertindak
C Warna Sewarna
D Warna Penggenap
36 Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah ciri-ciri laman web yang baik .
I Skrin yang bersifat dinamik
II Butang kawalan yang konsisten
III Warna yang bersesuaian dan menarik
IV Ilustrasi dan animasi yang banyak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
9
37 Suaikan aliran catan dengan karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk “ Langit dan Bumi di bawah .
A Ekspreionisme – Luahan perasaan yang spontan
B Surealisme – Imaginasi bawah sedar
C Impressionisme – Penekanan pada kesan cahaya
D Pop Art – Mengangkat subjek popular
38 Apakah jenis kraf yang diangkat menjadi lebih komersial seperti gambar rajah di bawah ?
A Kraf sulaman benang emas
B Kraf sulaman beg moden
C Kraf tekat benang perak
D Kraf tekat dimensi baru
39 Dengan menggunakan media di sebelah, apakah jenis bentuk yang boleh dihasilkan ?
A Bentuk ilusi
B Bentuk nyata
C Bentuk realiti
D Bentuk konkrit
40 Pilih di antara berikut produk seni bersifat dua dimensi .
I Tembikar
II Lukisan
III Batik
IV Arca
10
A I dan II
B I da IV
C II dan III
D III dan IV
41 Antara berikut yang manakah padanan yang yang betul antara alatan atau bahan dengan kraf
tradisional .
A Syelek - Tembikar
B Dye - Kayu
C Lilin - Batik
D Canting - Tekat
42
Iklan-iklan ini diperagakan di tempat-tempat strategik iaitu di
kawasan orang awam berjalan kaki dan kini terdapat dalam bentuk
tiga dimensi serta boleh berpusing .
Pernyataan di atas merujuk kepada iklan persekitaran jenis
A Tanda jalan
B Papan peraga
C Iklan persinggahan
D Iklan persimpangan
43 Apakah yang sepatutnya di ambil perhatian utama oleh pengguna bagi menilai produk di bawah ?
I Ketahanan
II Warna
III Jenis bahan
IV Reka Bentuk
A I dan II
B I da IV
C II dan III
D III dan IV
44 Gambar rajah di bawah merupakan karya lukisan dengan media pensil .
Apakah konsep ruang dan tema yang paling sesuai bagi karya tersebut ?
A Ruang rata - Kawan
B Ruang cetek - Persahabatan
C Ruang dalam - Kesepian
D Ruang tertutup - Dua dimensi
11
45
Kawasan kosong di sekeliling objek
Jarak di antara dua objek
Rongga di dalam sesuatu objek
Maklumat Asas Seni Reka di atas merujuk kepada ______________
A Ruang
B Bentuk
C Warna
D Jalinan
46 Gambarajah di bawah merupakan logo bagi sebuah syarikat antarabangsa .
Mengapakah ia dikenali sebagai logo Representasi ?
A Menggunakan warna minimum
B Menggunakan imbangan tidak simetri
C Reka bentuk bertemakan pergerakan
D Reka bentuk dari objek alam sekeliling
47 Dalam proses penghasilan tembikar, mengapakah tembikar yang masih panas dimasukkan ke dalam
sekam padi ?
A Menjadikan ia telap air
B Menjadikan lebih tahan panas
C Menjadikan tembikar bewarna gelap
D Menjadikan tembikar kuat dan tidak retak
48 Gambar rajah di bawah merupakan alat perhiasan wanita yang dikenali sebagai cucuk sanggul .
Apakah fungsi lain alat tersebut pada zaman dahulu ?
A Alatan perubatan
B Alatan kerja pertanian
C Senjata mempertahankan diri
D Alatan kebesaran golongan bangsawan
12
49 Gambar rajah dibawah merupakan set sebuah reka bentuk industri .
Mengapakah ergonomik memainkan peranan utama dalam penghasilan produk zaman ini ?
A Penggunaan teknologi dalam pembuatan
B Penekanan kepada bahan yang mudah didapati
C Memastikan barangan yang menjimatkan kos
D Menjamin kesesuaian dan keselesaan pengguna
50 Rumah Tradisional Melayu mempunyai ciri-ciri istimewa. Terdapat beberapa ruang dan kegunaan
tertentu. Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah nama bagi ruang tersebut ?
Ruang tidur anak lelaki bujang. Ruang untuk mengadakan kenduri
bagi kaum lelaki dan tempat pemuafakatan penting .
A Serambi
B Anjung
C Pelantar
D Rumah ibu
Soalan Tamat
13
KERTAS 1 : (MINGGU 2)
1
Garisan yang ditunjukkan dalam gambarajah di sebelah menunjukkan
A Ilustrasi rupa motif
B Olahan warna dan ton
C Ilusi bentuk dan pergerakan
D Olahan ruang dan pergerakan
2 Jalinan corak pada binatang di bawah mempunyai ciri-ciri
I Perlindungan
II Nilai estetika
III Kontra dengan alam
IV Harmoni dengan alam
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
3 Apakah prinsip rekaan yang boleh dikaitkan dengan gambarajah di bawah
I Kontra
II Imbangan
III Kesatuan
IV Kepelbagaian B I, II dan IV
A I, II dan III
C I, III dan IV D II, III dan IV
14
4 Di antara berikut yang manakah proses yang tepat tepat dalam menghasilkan sebuah lukisan.
A Melakar, melukis dan membingkai
B Melakar, melukis, mewarna dan membingkai
C Mewarna, melakar, melukis dan membingkai
D Melakar, mewarna, melukis dan membingkai
5
Peringkat Kajian – memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
Melakukan kajian dan analisis terhadap keperluan
Berdasarkan maklumat di atas, apakah yang perlu difikirkan dan menjadi keutamaan ?
I Memenuhi cita rasa pereka
II Memenuhi cita rasa pengguna
III Reka bentuk produk
IV Harga produk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6 Mengapakah warna dianggap sebagai elemen penting hasil karya catan ?
I Warna menjelaskan bentuk
II Warna menaikkan nilai catan
III Warna memusnahkan ruang
IV Warna membangkitkan suasana dalam karya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
7 Gambarajah di bawah menunjukkan sebuah lukisan perspektif. Di manakah kedudukan titik lenyap yang
sepatutnya ?
15
8 Seni reka logo dapat memainkan peranan sebagai
A mempamerkan barangan
B komunikasi tanpa suara
C melariskan barangan
D mengaut keuntungan
9
Nyatakan ciri utama bagi papan tanda jalan yang ditunjukkan pada gambarajah di atas .
A Bersifat elektronik
B Terdapat di bandar utama sahaja
C Mempunyai nilai keterbacaan
D Mengaplikasikan prinsip harmoni
10 Simbol pada gambarajah di bawah biasanya terdapat pada pembungkusan
A Barangan kaca
B Peralatan elektrik
C Barangan perubatan
D Peralatan mudah alih
11
Alatan yang ditunjukkan di atas berfungsi sebagai
A Media kering unntuk melukis
B Bahan untuk mematikan warna
C Mengalirkan lilin untuk batik tulis
D Membuat corak dengan lakaran halus
16
12 Teliti motif-motif berikut. Yang manakah boleh disesuaikan untuk motif tekat ?
AB CD
13 Susun semula proses menghasilkan sebuah Hiasan Dalaman mengikut urutan yang betul .
I. melukis pelan tapak
II. membina model
III. keperluan tentang bahan
IV. menentukan tema B II , I , IV dan III
A I, II ,III dan IV
C III , IV , II dan I D IV , III , I dan II
14 Nyatakan kepentingan prinsip kepelbagaian dalam gubahan seni arca.
I tidak membosankan
II menimbulkan nilai estetika
III memberi kesan ruang
IV mudah dibentuk
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV
15
Garisan-garisan pada gambarajah di atas telah disusun sebegitu rupa hinggan menghasilkan corak
A Tindanan lazim
B corak berputar
C Susunan berpusat
D Ulangan sekata
16 Angka 15 pada karya cetakan dalam gambar di bawah merujuk kepada
17
3/15 malam raya lia 2018
A Tajuk
B Jenis cetakan
C Siri cetakan
D Nama pengkarya
17 Senarai berikut merupakan proses menghasilkan kraf tradisional
Mencelup benang
Menerai benang
Menganing
Menyampuk
Mengarat
Kraf di atas adalah
A Tekat
B Batik
C Tenunan
D Anyaman
18
AB CD
Di antara gambarajah di atas, yang manakah dapat menunjukkan motif tembikar Sarawak ?
19 Apakah fungsi utama pembungkusan bagi sesuatu barangan ?
A Mudah dibawa
B Supaya nampak cantik
C Menjaga kualiti barangan
D Supaya pengguna senang memilih
20 Gambarajah di bawah menunjukkan sebuah perisian multimedia, Apakah fungsi bagi perisian tersebut
18
A Mengedit gambar
B Menghasilkan animasi
C Menghasilkan ilustrasi
D Menghasilkan multimedia linear
21 Senaraikan langkah-langkah dalam proses penghasilan barangan industri mengikut susunan yang betul.
I Membuat model
II Membuat prototaip
III Membuat kajian dan penyelidikan
IV Mengenal pasti masalah dan keperluan
A I, II, IV, III B II, I, III, IV
C III, IV, II, I D IV, III, I, II
22 “Reka bentuk grafik ini berdasarkan bentuk-bentuk objek alam dan benda yang diringkaskan dan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas.”
Penyataan di atas merujuk kepada
A Logo
B Simbol
C Simbol logo
D Logo simbol
23 Dalam bidang ilustrasi,gambarajah di bawah termasuk dalam kategori ______________ .
A Ilustrasi teknikal
B Ilustrasi bewarna
C Ilustrasi maklumat
D Ilustrasi perubatan
24 Apakah fungsi utama serbuk kayu atau sekam padi dalam proses menghasilkan tembikar labu Sayong?
A Menguatkan tembikar
B Menghasilkan corak tembikar
C Mengelakkan kebocoran jika diisi air
D Menghitamkan tembikar secara tradisional
25 Gambarajah di bawah menunjukkan gambar perspektif .
19
Di antara berikut, yang manakah menerangkan tentang gambar tersebut.
A semakin jauh semakin kecil
B saiz objek yang pelbagai
C objek jauh kelihatan terang
D jambatan kayu menghala ke hutan
26
Gaya lukisan atau catan dihasilkan mengikut subjek sebenar
atau pernyataan sebenar dalam kehidupan harian
Pernyataan di atas menerangkan tentang aliran
A Realisme
B Futurisme
C Dadaisme
D Ekspressionisme
27
Apakah kesan visual yang dapat dilihat dalam gambar rajah di atas?
A Kontras dan harmoni
B Imbangan dan penegasan
C Penegasan dan pergerakan
D Irama dan pergerakan
20
28 Haji Abdul Rahman bin Long merupakan seorang tokoh ukiran terkenal dalam kraf tradisional Malaysia.
Apakah unsur yang digunakan beliau dalam ukirannya?
A Alam
B Fauna
C Geometri
D Tumbuhan
29
Bagaimanakah prinsip kesatuan dikaitkan dengan catan di atas ?
A Gambar pemandangan yang sempurna
B Elemen prinsip rekaan diolah dengan baik
C Pelbagai elemen seni diolah dalam satu tema
D Gabungan unsur-unsur bentuk yang pelbagai
30 Beri pengertian yang tepat tentang hiasan kalung .
A Alat perhiasan rambut
B Rantai leher pendek
C Rantai leher berjurai
D Rantai dari cantuman plat logam
31
Jika bunga tersebut diwarnakan dengan warna kuning, apakah warna latar belakang yang paling
sesuai bagi menunjukkan nilai kontra di antara gambar bunga dan latar belakangnya .
A Oren C Biru
B Hijau D Unggu
21
32
Gambar rajah menunjukkan salah satu perhiasan pakaian tradisional. Apakah kaedah pembuatan dan nama
perhiasan tersebut ?
A Tenunan songket - tengkolok
B Seni Tekat - tengkolok
C Sulaman halus - songkok
D Batik lukis - turban
33
Alat ukiran kayu di atas digunakan untuk tujuan berikut
A Memotong papan ukiran
B Membentuk ukiran secara kasar
C Membentuk motif silat di papan ukiran
D Melicinkan papan ukiran sebelum ukiran dilakukan
34 Pembinaan sesebuah arca di tempat umum perlu menitikberatkan aspek berikut .
A Bahan mudah dan murah
B Warna kontra dan terang.
C Boleh dimudah alih
D Tapak yang kukuh
22
35
Teliti gambar rajah di atas. Bahan berikut amat diperlukan dalam penghasilan .
A Anyaman rotan
B Anyaman mengkuang
C Anyaman ribu-ribu
D Anyaman ketupat
36 Apakah perbezaan yang paling ketara di antara cat minyak dan cat akrilik
A Cat minyak lebih murah
B Cat minyak mudah terhakis
C Cat minyak lambat kering berbanding akrilik
D Cat minyak lebih pekat berbanding akrilik
37 Pilih di antara berikut hasil seni dikenali sebagai arca berfungsi
I II
III IV
23
A I II dan III
B I II dan IV
C I III dan IV
D II III dan IV
38 Cara memegang pensel dalam gambar rajah di bawah ialah untuk
A menghasilkan perspektif
B menyukat saiz pensel
C memfokus saiz objek
D menentukan arah cahaya
39 Manakah pernyataan yang paling tepat tentang perspektif.
A Garisan- garisan perspektif tertumpu dan bertemu pada beberapa titik
B Perubahan saiz,jarak dan warna objek apabila dilihat pada jarak tertentu
C Objek berubah bentuk apabila beransur-ansur jauh kebelakang
D Objek membesar saiznya apabila berada jauh kebelakang
40 Susun semula proses cetakan lino mengikut urutan yang betul .
I mencetak
II mengukir
III melakar
IV menekap imej
A I II III IV
B II I IV III
C III IV II I
D IV III I II
41 Antara berikut, yang manakah digunakan untuk tujuan kemasan dalam ukiran kayu .
I Turpetin
II Syelek
III Varnis
IV Minyak linsid
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
42 Namakan media yang dinyatakan pada maklumat di bawah.
Lukisan menggunakan media ini perlu dimatikan menggunakan
pemati warna bagi mengghalang dari warna tersebut tertanggal
A Media pensil
B Media pastel
C Media pen teknikal
24
D media pen dan dakwat
43 Antara berikut, yang manakah faktor utama yang telah membantu perkembangan seni halus di Malaysia ?
A Seni halus memberikan pulangan yang lumayan
B Berlaku penentangan kepada kefahaman budaya
C Usaha ramai artis Malaysia mengkaji dan meniru seni halus barat
D Artis Malaysia dmenghasilkan karya dengan disiplin yang ketat
44 Apakah media yang sesuai dan teknik catan yang terhasil jika anda menggunakan alatan seperti di
bawah ?
A Cat minyak teknik basah atas basah
B Cat air teknik basah atas basah
C Cat minyak teknik impasto
D Cat akrilik teknik hard edge
45
Aplikasi unsur seni yang mempunyai ciri berlawanan
antara satu sama lain
Antara berikut, yang manakah prinsip rekaan yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ?
I Harmoni
III Pergerakan
III Penegasan
IV Kontra
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
46 Nyatakan fungsi utama tumbuhan berdasarkan kedudukannya pada gambarajah di bawah .
25
A Mengawal hakisan tanah
B Menghalang dan mengarah pergerakan
C Mengawal pencemaran udara dan bunyi
D Menyediakan perlindungan dari panas dan hujan
47
Rupa corak di atas dicipta berdasarkan prinsip
A Rupa negatif
B Rupa positif
C Rupa positif organik
D Rupa positif dan negatif
48 Berikut merupakan peranan Balai Seni Visual Negara (BSVN) dalam perkembangan seni negara.
A Menghimpunkan karya-karya pelukis tanah air untuk dipamer sebagai warisan negara.
B Melatih para pelukis untuk mendapat kemahiran dalam menghasilkan karya.
C Menjual karya-karya pelukis tempatan dengan harga mahal
D Tempat penyimpanan barang-barang purba .
49 Gambar di bawah menunjukkan satu karya catan .
Tajuk : Seaside Village
Karya : Yong Mun Seng (1950)
Media : Catan Air
26
Apakah tema bagi catan tersebut ?
A Kegiatan ekonomi
B Keindahan tempatan
C Kepelbagaian budaya
D Keharmonian masyarakat
50 Bagaimanakah cara untuk memainkan alat muzik seperti gambarajah di bawah ?
A Menghentak pada meja
B Memukul dengan sejenis kayu
C Menggoncang dengan satu tangan
D Menggoncang dengan kedua-dua tangan
Soalan Tamat
27
KERTAS 1 : (MINGGU 3)
1 Berdasarkan karya lukisan di bawah, apakah jenis kontra yang paling ketara sekali ?
A Rupa
B Jalinan
C Ruang
D Bentuk
2
Pilih alatan yang paling sesuai digunakan bagi menghasilkan arca kayu di bawah .
A Pahat
B Gergaji
C Gerudi
D Pengimpal
3 Berdasarkan gambar rajah di bawah, tunjukkan arah sumber cahaya yang sepatutnya berada.
AB
CD
28
4 Nyatakan dua aspek penting dalam penghasilan seni reka hiasan dalaman .
A Lantai dan tingkap
B Ruang dan peredaran udara
C Ruang dan perabut
D Lantai dan struktur tiang
5 Gambarajah di bawah menunjukkan salah satu alatan dalam menghasilkan satu karya seni.
Nyatakan jenis karya seni tersebut ?
A Anyaman
B Tembikar
C Cetakan
D Tenunan
6 Apakah langkah pertama, dalam menghasilkan Reka Bentuk Hiasan Dalaman ?
A Melukis pelan tapak
B Membuat lakaran idea
C Menentukan tema dan tajuk
D Membina model dengan skala
7 Apakah prinsip rekaan yang paling ketara bagi karya catan di atas ?
I Kontra
II Harmoni
III Imbangan
IV Pergerakan
A I dan II
B I da IV
C II dan III
D III dan IV
8 Senaraikan elemen reka bentuk pembungkusan yang amat menarik perhatian pengguna .
I Logo
II Warna
III Ilustrasi
IV Jenis pembungkusan
A I dan II
B I da IV
C II dan III
D III dan IV
29
9
Apakah fungsi air bagi reka bentuk landskap di atas ?
I Membina sistem saliran
II Mewujudkan suasana nyaman
III Mengimbangi landskap kejur
IV Sumber keperluan air bagi tumbuhan
A I dan II B II dan III
B I da IV D III dan IV
10 Senaraikan ciri-ciri jalinan yang terdapat pada ilustrasi dibawah .
I boleh disentuh dengan deria rasa
II Menghasilkan jalinan tampak
III Karya dari olahan garisan
IV Menghasilkan jalinan sentuh
A I dan II B II dan III
B I da IV D III dan IV
11 Semasa menjalankan aktiviti anyaman, proses melayur bertujuan untuk _________________
A Daun mengkuang berubah warnanya
B Mengelakkan mengkuang menjadi kering
C Memudahkan mengkuang dilerai-leraikan
D Daun mengkuang menjadi lembut dan tahan lama
30
12 Apakah jenis ukiran yang sedang dihasilkan di atas ?
A Ukiran larik
B Ukiran tembus
C Ukiran layang
D Ukiran leper
13 Apakah objektif utama konsep reka bentuk landskap dihasilkan ?
A Menentukan kos yang perlu disediakan
B Menentukan ruang dan susunan landskap
C Menyelaras aktiviti yang hendak dijalankan
D Menentukan tema atau gaya yang dikehendaki
14 Nyatakan fungsi senjata keris pada masa kini
I Pertahanan diri
II Simbol kebesaran
III Perhiasan majlis tertentu
IV Senjata altenatif di dalam hutan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
15 Pilih tema yang paling sesuai bagi gambar ilustrasi di bawah .
A Muafakat
B Berkumpulan
C Kasih sayang
D Tolak ansur
16 Salah satu kaedah di bawah dapat menimbulkan kesan penumpuan dalam reka bentuk landskap.
A Ruang pejalan kaki yang luas
B Pasu bunga berbagai-bagai warna
C Elemen air pancut di tengah taman
D Mewujudkan pelbagai tumbuhan bewarna-warna
31
17
Kain yang telah diikat dicelup dalam pewarna
Hasilan batik mengikut cara ikatan
Penghasilan batik tidak menggunakan lilin
Berdasarkan peryataan di atas, nyatakan teknik batik yang digunakan.
A Batik skirn
B Batik blok
C Batik pelangi
D Batik canting
18 Gambarajah di bawah menunjukkan salah satu teknik menghasilkan rupa baharu .
Apakah teknik yang digunakan dalam menghasilkan rupa baharu tersebut ?
A Kikisan
B Pengurangan
C campuran
D Tindanan
19 Selain berfungsi sebagai hiasan, apakah fungsi ukiran tebuk tembus pada rumah tradisional melayu ?
A Pelengkap binaan rumah
B Aliran udara semula jadi
C Memudahkan cahaya luar masuk
D Menjadikan ruang kelihatan luas
20 Berdasarkan gambar rajah dibawah, apakah komunikasi yang hendak disampaikan berdasarkan
ilustrasi pada pembungkusan tersebut ?
A Jenama
B Arahan
C Maklumat
D Penegasan
32
21 Senaraikan langkah-langkah dalam proses penghasilan barangan industri mengikut susunan yang betul.
I Membuat model
II Membuat prototaip
III Membuat kajian dan penyelidikan
IV Mengenal pasti masalah dan keperluan
A I, II, IV, III B II, I, III, IV
C III, IV, II, I D IV, III, I, II
22 Apakah jenis rumah moden yang mempunyai persamaan dengan rumah panjang Sarawak ?
A Rumah pangsa
B Rumah teres
C Rumah banglo
D Rumah berkembar
23 Reka bentuk grafik pengiklanan di bawah boleh dikategorikan sebagai _________________
A Poster
B Poskad
C Ilustrasi sukan
D Kad perniagaan
24 Mengapakah daun mengkuang perlu melalui proses menjangka ?
A menukar warna daun mengkuang
B Lembaran daun menjadi seragam
C Melembutkan daun mengkuang
D Memudahkan proses menganyam
25 Jelaskan kesan yang timbul jika menggunakan alatan di bawah dalam mencatan .
Di antara berikut, yang manakah menerangkan tentang gambar tersebut.
A Menimbulkan kesan lutsinar
B Menghasilkan kesan lembut dan terang
C Dapat menimbulkan kesan jalinan sentuh
D Menimbulkan kesan seperti catan dipotong
33
26
Merupakan rekaan grafik yang terhasil dari rupa bentuk
asal yang diubah kepada rupa ringkas
Pernyataan di atas merujuk kepada
I Logo
II Corak
III Motif
IV Simbol C II dan III
A I dan II
B I dan IV D III dan IV
27 Berdasarkan ilustrasi di bawah, di manakah kedudukan garisan aras mata ?
A
B
DC
D
28 Salah satu teknik di bawah merupakan teknik untuk catan air .
A Teknik glazing
B Teknik impasto
C Teknik scumbling
D Teknik basah atas kering
29 Proses tersebut merupakan satu teknik pembuatan tembikar. Teknik tesebut ialah
A Teknik balutan.
B Teknik kepingan
C Teknik acuan
D Teknik lingkaran
30 Corak dalam ukiran kayu tradisional Melayu yang berunsurkan tumbuhan biasanya menunduk bagi
melambangkan
A Darjat
B Kesabaran
C Keberanian
D Sikap merendah diri
34
31 Bidang Reka Bentu Industri merupaka bidang yang unik kerana menggabungkan banyak kepakaran
seperti bidang _________________ .
A Seni dan komunikasi
B ukur bahan dan teknologi
C seni, sains, dan teknologi
D ketukangan dan komunikasi visual
32
Jelaskan kesan yang terhasil apabila seseorang wanita memakai pakaian seperti gambarajah di atas
A Kelihatan rendah dan kurus
B Kelihatan tinggi dan gempal
C Kelihatan rendah dan gempal
D Kelihatan lebih tinggi dan langsing
33
Logo syarikat perniagaan di atas dikenali sebagai _______________
A Logo huruf
B Logo campuran
C Logo simbol
D Logo Representasi
34 Dalam proses menghasilkan poster, apakah langkah pertama yang akan diambilkira?
A Memilih mukataip yang sesuai dan jelas
B Memilih warna yang menarik
C Menentukan ilustrasi membawa mesej yang jelas
D Mendapatkan kertas dan alatan yang berkualiti
35
35 Mengikut masyarakat tradisional dahulu, apakah fungsi anjung bagi masyarakat melayu ?
I Ruang anak bermain
II Tempat berbincang kaum lelaki
III Ruang ahli keluarga rehat bersama
IV Kaum lelaki menjalankan kerja harian
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I dan IV
36
Berdasarkan gambar rajah di atas, nyatakan faktor utama yang diberi perhatian dalam
menghasilkan reka bentuk tersebut.
A Bahan
B Kekuatan
C Cengkaman
D Aerodinamik
37 Arca di bawah terdapat di bandar Teluk Intan.
Apakah jenis arca tersebut ?
A Arca replika
B Arca estetika
C Arca berfungsi
D Arca assemblaj
36
38 Ilustrasi di bawah merupakan motif bagi satu kraf trdisional. Namakan kraf tradisional tersebut.
A Tekat
B Tenunan
C Anyaman
D Tembikar
39 Jelaskan apakah fungsi lilin yang dilakar pada permukaan kain menggunakan alatan canting ?
A Bahan pemati bagi warna kain
B Menghalang pewarna meresap ke kawasan lain
C Berfungsi sebagai pewarna pada kain
D Bahan pemati untuk mengelakkan kain luntur
40
melerai menganing menggulung menyampuk
Maklumat di atas merupakan sebahagian proses menghasilkan kraf tradisional. Ia merujuk kepada proses
____________.
A menenun songket
B menganyam tikar
C mengukir kayu
D menghasilkan tembikar
41
Karya yang dihasilkan perlu disembur dengan
satu lapisan pemati ‘fixative’ supaya tahan lama .
Senaraikan media yang menggunakan bahan seperti di atas .
I Arang
II Pensel
III Pensel warna
IV Pastel lembut
37
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
42
2/20 Damai Amin07’
Apakah kelebihan karya di atas berbanding dengan karya seni halus yang lain.
A Menghasilkan ilusi 3 dimensi
B Menggunakan media kering
C karya boleh diperbanyakkan
D mudah dibuat pembingkaian
43 Pilih di antara berikut kumpulan senjata domestik untuk pertahanan diri zaman dahulu.
A Keris, kendi, lembing
B Keris, tombak, lembing
C Lembing, tombak, seruling
D Tombak, lawi ayam, rebab
44
Apakah prinsip rekaan yang amat dititik beratkan dalam gambar rajah di atas?
I Imbangan
II penegasan
III Kepelbagaian
IV Irama dan pergerakan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
38
45 Catan yang menggunakan warna-warna sejuk sentiasa menimbulkan suasana yang
I aman
II tenang
III rancak
IV riang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
46 Lukisan yang sedang dihasilkan di bawah menunjukkan perspektif _________________
A aras mata
B 1 titik lenyap
C 2 titik lenyap
D 3 titik lenyap
47
Merupakan warna –warna yang tidak boleh terhasil dari
campuran warna-warna lain
Senaraikan warna-warna yang dimaksudkan di atas .
A merah, oren dan kuning
B hijau, biru dan unggu
C kuning, merah dan unggu
D kuning , merah dan biru
48
Pelopor catan aliran Ekspresionisme di Malaysia . Tokoh
yang mempunyai kemahiran dalam karya catan dan arca .
Siapakah tokoh seni tanah air yang dimaksudkan dari pernyataan di atas ?
A Haron Mokhtar
B Syed Ahmad Jamal
C Ahmad Khalid Yusof
D Abdul Latiff Mohidin
39
49 Gambar di bawah penyamaran seekor serangga di taman .
Nyatakan prinsip rekaan yang amat ketara dalam gambarajah tersebut .
A Imbangan dan irama
B Penegasan dan kontra
C Kesatuan dan harmoni
D Kesatuan dan kepelbagaian
50 Apakah fungsi asal hasilan jenis tembikar seperti di sebelah ?
A Hiasan dapur rmah
B Menyimpan air minuman
C Menyimpan barang perhiasan
D Memasak makanan keluarga
Soalan Tamat
40
LATIHAN SAINS TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 1
BAB 1 – MIKROORGANISMA DAN KESANNYA TERHADAP BENDA HIDUP
1. Dalam satu eksperimen, bakteria Basillus subtilis dikulturkan dalam piring Petri
yang mengandungi agar nutrient selama lima hari pada suhu 370C.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1.
In one experiment, the bacterium Basillus subtilis was cultured in Petri dishes containing nutrient agar
for five days at 370C.
The experimental results are shown in Table 1.
Hari Bilangan koloni bakteria
1 8
2 15
3 19
4 21
5 22
JADUAL 1
(a) Dengan menggunakan data dalam Jadual 2, lukis graf bilangan koloni
bakteria melawan masa.
Using the data in Table 2, draw a graph of colonies bacteria against time
[2markah]
(b) Apakah hubungan antara bilangan koloni bakteria dengan masa?
What is the relationship between the number of bacterial colonies with time
………………………………………………………………………………………….
[1 markah]
(c) Ramalkan bilangan koloni bakteria yang terhasil pada hari ke 6.
Predict the number of bacterial colonies produced on day 6.
………………………………………………………………………………………….
[1 markah]
2. Nyatakan perbezaan antara keimunan aktif buatan dengan keimunan pasif buatan. Berikan
satu contoh penyakit yang boleh dicegah oleh setiap jenis pengimunan. (4 markah)
State the difference between artificial active immunity and artificial passive immunity. Give an example of diseases
that can be prevented by each type of immunity
Keimunan aktif buatan Keimunan pasif buatan
i. i.
ii. ii.
iii. iii.
Contoh : Contoh :
LATIHAN SAINS TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 2
BAB 2 – NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN
1. a) Terangkan kepentingan bagi pengambilan nutrisi yang baik [4 markah]
Explain the importance of good nutrition
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
b) Pernyataan berikut menghuraikan masalah kesihatan
The following statement describes a health problem
Semakin ramai orang mati akibat penyakit jantung
More people are dying of heart disease
Terangkan bagaimana kita boleh mengatasi masalah kesihatan itu. Penerangan anda hendaklah
mengandungi aspek-aspek berikut:
Explain how we can overcome that health problem. Your description should contain the following aspects:
i. Kenalpasti masalah [1 markah]
Identify the problem
ii. Nyatakan satu sebab mengapa masalah itu berlaku [1 markah]
State one reason why the problem occurred
iii. Nyatakan tiga kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut [3 markah]
State three ways to solve the problem
iv. Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda [1 markah]
Choose the best method and explain your options
Jawapan:
i. …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
iii. …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
iv. …………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..
LATIHAN SAINS TINGKATAN 5
SEMPENA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MINGGU 3
BAB 3 – PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
1. Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan tahap pencemaran udara di tiga kawasan. Tiga
slaid kaca masing-masing diletakkan di kawasan P, kawasan Q dan kawasan R dari jam 10.00
pagi hingga 2.00 petang. Rajah 1 menunjukkan hasil eksperimen itu
An experiment was conducted to determine the level of air pollution in three areas. Three glass slides were
placed at P, Q and R areas from 10.00 am to 2.00 pm. Figure 3.1 shows the results of the experiment
RAJAH 1
(a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
State the hypothesis for this experiment
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………...........
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan pembolehubah bergerakbalas dalam eksperimen ini.
State the responding variable to this experiment.
…………………………………………………………………………………….
[ 1markah ]
(c) Manakah kawasan paling tercemar antara 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Which is the most polluted area between 10.00am to 2.00pm
……………………………………………………………………………………..
[1 markah ]
(d) (i) Apakah yang dapat diperhatikan apabila slaid kaca di kawasan Q
dibiarkan sehingga jam 6.00 petang
What to notice when a slide in area Q is left until 6.00pm
……………………………………………………………............................
[1 markah ]
(ii) Menggunakan jawapan anda di d(i), lengkapkan slaid kaca pada Rajah 2
Using your answer in d (i), complete the glass slide in Figure 2
Kawasan Q
Dibiarkan daripada 10.00 pagi hingga 6.00 petang
RAJAH 2
2. Penggunaan baja kimia dan pestisid telah meningkatkan hasil pertanian. Namun begitu,
penggunaan secara tidak terkawal bahan-bahan kimia tersebut telah menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Nyatakan empat kesan penggunaan baja kimia dan pestisid
secara tidak terkawal terhadap alam sekitar. [4 markah]
The use of chemical fertilizers and pesticides has increased agricultural productivity. However,
uncontrolled use of these chemicals has caused environmental pollution. List four effects of uncontrolled
use of chemical fertilizers and pesticides on the environment.
i. …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
ii. …………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
iv. …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..