The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by VIMALA SARASWATHY A/P NAGARAJU KPM-Guru, 2023-05-22 10:21:25

MAJALAH SMK USJ 4 2022

Majalah 2022

FOURIAN YEARBOOK 20TH EDITION W E R E A C H H I G H e r 2 0 2 S M K U S J 4 2


ISI KANDUNGAN KANDUNGAN COVER STORY 4 KATA ALU-ALUAN SIDANG REDAKSI GURU-GURU AKADEMIK KELAB & PERSATUAN LAPORAN BADAN BERUNIFORM KOKURIKULUM LEMBAGA PPKI ALBUM KELAS 13 25 73 99 158 5 16 38 89 141 163


18 3 179 225 171 ARTIKEL GRADUASI RUMAH SUKAN SUKAN & PERMAINAN


Academics, HEM, Sports and Kokurikulum. Long ago these realms lived together in harmony. Then everything changed when the Graduation realm attacked. Only the Fourians, master of all the realms could stop them. COVER STORY COVER STORY Cover Page Done By : llustrator : Chang Yi Lynn, 5 SOCRATES Designer : Chang Jia Man, 5 SOCRATES -CHANG YI LYNN, 5 SOCRATES The theme of this cover is called : Kemenjadian Murid. The moulding of a student. What makes a normal person become a student? To me, that answer is the desire to learn, to discover and to explore. Each and everyone is different. Different skills, different abilities and different mindsets. But one thing we can all relate to for sure is that we're learning. In our own pathways that we're carving, we're all still learning from life despite the age. And within our course, we'll cross paths with many others, painting our lives with new experiences and memories. Just like the ones in the cover. ----------------------------------------------------- Anyway, there's still many more memories to go beyond this page. So strap in! Hope you'll enjoy this little memory lane of 2022 ; the one my friends and I have created with our own blood, sweat and tears. ( ͡ಥ ͜ʖ ͡ಥ) つ♡ Thanks for listening to my TED-talk. Toodaloo~


KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka Iernbaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan Yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (Pd PR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited datam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan Vang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan Yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui sirisiri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulja pekertinya serta halus adab santunnya, Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarWa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. "MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” YB PUAN FADHLIAN BINTI SIDEK Menteri Pendidikan Malaysia MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan ‘Trust and Inspire’ akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam JPN Selangor Terbilang, Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan seuntai kata secebis bicara dalam majalah sekolah ini bagi keluaran tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi dan warga sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah pada tahun ini. Bidang pendidikan di negara kita terus berkembang dan turut mengalami proses transformasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 merupakan suatu manifestasi kepada proses transformasi yang direncanakan bagi meledakkan pembangunan pendidikan di negera ini. Proses ini menterjemahkan kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran serta kepakaran abad ke-21 yang perlu dijanakan sejak daripada peringkat sekolah lagi. PPPM ini telah masuk ke gelombang ketiga di mana sekolah diberi kuasa dan kepercayaan untuk mencorak pengurusan di peringkat sekolah masing-masing dalam merencanakan hala tuju sekolah. Pelbagai idea dan pemikiran baharu perlulah dijelmakan di peringkat sekolah bagi memantapkan sistem yang sedia diimplementasikan secara lestari bagi menyedia dan melahirkan modal insan yang mampu menghadapi cabaran global dan menjadi global player yang dinamik. Kepelbagaian inisiatif dihasilkan dan dipacu dengan lebih pantas agar memberi manfaat kepada warga sekolah, komuniti, negeri dan negara. Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta kreativiti dan pemikiran kritis semua pihak iaitu murid, guru dan barisan kepimpinan sekolah yang disokong pula oleh pihak ibu bapa serta komuniti. Inilah sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama membangunkan pendidikan negeri Selangor agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang seiring dengan slogan JPN Selangor “Selangor TERBILANG”. PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


Kata Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMK USJ 4 kerana menerbitkan majalah sekolah Fourian Yearbook edisi ke-20 ini bagi tahun 2022. Segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan untuk penerbitan bahan majalah ini adalah kejayaan besar yang dapat memaparkan aktiviti serta kejayaan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan pantulan cermin dan imej sesebuah sekolah. Ia merupakan salah satu medium penyampaian informasi kepada warga sekolah memenuhi aspirasi sistem dan murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Fasa Gelombang 3 PPPM, warga sekolah perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Tumpuan khusus menganjakkan pihak sekolah kepada pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat utama ialah membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu mencetus inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. Usaha ini perlu digembleng secara menyeluruh dan memerlukan kerjasama guru, ibu bapa dan komuniti yang menjadi pemangkin untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan. Murid-murid pula perlu mengambil peluang yang telah disediakan secara bersungguh-sungguh dengan tekad dan keazaman yang tinggi supaya segala cita-cita akan dapat dicapai dengan cemerlang dan dapat bersaing dengan anak-anak bangsa lain di dunia. Akhir kata, saya berharap warga sekolah SMK USJ 4 dapat meningkatkan komitmen, semangat kerjasama dan mendidik anak bangsa agar meraih kejayaan yang unggul, melahirkan insan yang berketrampilan dan seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, kita berjaya menerbitkan Majalah Tahunan Fourian Edisi ke-20 dalam bentuk e-majalah bagi tahun 2022. Saya mengucapkan sekalung penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada semua ahli Sidang Redaksi Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 atas usaha gigih bagi merealisasikan majalah tahunan yang dinanti-nantikan saban tahun. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak sudah tentu e-majalah ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah yang melibatkan bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Terdapat murid SMK USJ 4 yang telah mengambil bahagian dengan menyertai program atau aktiviti luar dan berjaya merangkul pelbagai kejayaan. Semua program dan aktiviti yang telah dilaksanakan telah dimasukkan dalam e-majalah untuk dijadikan memori indah kepada semua warga SMK USJ 4. Saya percaya dan yakin bahawa semangat juang murid-murid SMK USJ 4 tidak akan luntur walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan malah menjadi pemangkin pembakar semangat untuk terus cemerlang. Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG dan semua AJK PIBG atas keprihatinan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah. Saya berharap agar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK USJ 4 dapat meneruskan memberi sokongan dan kerjasama yang jitu bagi membolehkan SMK USJ 4 terus menempa kejayaan dalam semua lapangan yang diceburi. Akhir kata, saya yakin selagi ada kerjasama dan pertalian erat antara ibu bapa, guruguru, murid-murid SMK USJ 4, pihak komuniti, pihak swasta dan agensi luar, maka kita akan terus mara ke hadapan mengorak langkah dalam mengharungi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global pada ketika ini. Sama-samalah kita menggalas amanah yang telah diberi dengan penuh ikhlas. Sekian, terima kasih. PENGETUA SMK USJ 4, SUBANG JAYA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-NYA, majalah Fourian 2022 ini dapat juga diterbitkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai satu cetusan paradigma buat semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4. Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskah bersejarah ini menggambarkan wajah Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 sepanjang tahun 2022. Di samping itu, naskah ini merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar memaparkan idea-idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan kejayaan SMK USJ 4 tahun ini. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan murid-murid SMK USJ 4 supaya fokus untuk mencapai kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan 3K (Kebersihan, Kesihatan dań Keselamatan). Saya ingin menegaskan bahawa untuk mencapai tahap cemerlang, semua pihak termasuk ibu bapa harus bertindak mengikut tatacara orang cemerlang. Halangan utama kita untuk menjadi cemerlang sebenarnya ialah sikap. Oleh itu, kita harus mengubah cara berfikir (paradigma) supaya menjadi orang cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Justeru, saya ingin menyeru kepada semua pelajar agar dapat mengubah cara berfikir kepada cara berfikir sebagai seorang yang cemerlang berpandukan kepada lima perkara yang harus pelajar miliki; a) Tetapkan matlamat datang ke sekolah untuk belajar. Berilah tumpuan kepada pengajaran guru, libatkan diri dalam semua aktiviti yang menyumbang kepada keilmuan kerana peluang untuk belajar di alam persekolahan hanya sekali seumur hidup. b) Rebutlah peluang yang ada. Program-program kecemerlangan yang dijalankan di sekolah perlulah disambut dengan kesungguhan. Pelbagai program akademik, kurikulum dan kokurikulum yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh semua pelajar. c) Manfaatkan sumber yang ada di sekolah secara bijaksana. Jagalah harta benda sekolah dan gunakan dengan berhemah. Tindakan vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah akan menyebabkan sekolah terpaksa menggunakan peruntukan yang banyak untuk tujuan baik pulih sedangkan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk program peningkatan prestasi dan kebajikan pelajar. d) Patuhilah peraturan sekolah kerana sekiranya semua pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah, guru-guru dapat menggunakan masa yang lebih untuk mengajar dan mendidik. Kajian mendapati sekolah yang berprestasi rendah mempunyai korelasi dengan masalah disiplin pelajar. e) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, hormat menghormati, menghargai masa dan mencintai ilmu pengetahuan. Saya ingin mengesyorkan agar pelajar-pelajar amalkan pengurusan ABCDEF untuk cemerlang sebagai pegangan semua pelajar; A : Atitude/ Sikap/ Positif/interaktif/semangat B : Belief/ Percaya kebolehan diri C : Confidence/ yakin/ bertanya, menjawab D : Determination/ keazaman, dorongan, iltizam E : Enthusiasm/ semangat, minat membara F : Fun/ Perlu masa untuk berhibur dan riadah Akhir kata. saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama anda bagi memartabatkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4. Wassalam. YANG DIPERTUA PIBG SMK USJ 4 SUBANG JAYA BAHARUDIN BIN MAMAT Yang Dipertua PIBG SMK USJ 4


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan yang bermakna ini oleh Kelab Sidang Redaksi SMK USJ 4 untuk menulis sepatah dua kata dengan memberikan satu halaman peribadi buat diri saya. Sepanjang saya dilantik menjadi Ketua Pengawas, jawatan ini sememangnya penuh liku dan cabaran yang perlu saya tempuhi. Tahun ini menjadi tahun yang paling bermakna serta tekanan SPM yang dipikul bersama tanggungjawab, saya cuba sedaya upaya untuk menggalasnya. Banyak memori pahit manis sepanjang dilantik. Adakala, ia menjangkaui keupayaan saya untuk membimbing semua pengawas. Selanjutnya, bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan daripada orang lain sebagai Ketua Pengawas. Kritikan, cemuhan, ketidak puasan hati dan fitnah telah lali dalam hidup saya. Namun, jika diambil dari sudut positif, saya tidak dapat memajukan prestasi diri tanpa kritikan orang lain. Untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik, saya telah melakukan tugas dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Secara jujurnya, saya tidak pernah terbayang akan dilantik sebagai Ketua Pengawas tetapi sudah pasti ada hikmah disebalik aturan Tuhan. Sejujurnya, matlamat asal saya untuk menjadi Ketua Pengawas belum selesai. Namun saya percaya dengan Badan Exco Pengawas yang baharu untuk menyambung keinginan saya dengan penuh sifat kepimpinan. Untuk mengecapi suatu matlamat, suatu pasukan haruslah mempunyai kerjasama yang utuh kerana ' Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan ' Jadi, kepada sesiapa yang membaca ucapan ini, cabar diri anda untuk menjadi orang yang lebih baik. Akan ada hari yang buruk dan ketika itulah kita akan temui potensi besar dalam diri kita kerana tiada perkara yang mustahil. Temui dan kenali diri anda dengan lebih baik. Percaya pada apa yang anda minati dan kejar impian anda tidak kira apa pun kesukaran yang mendatang. Kepada batch 05, akhirnya kita telah berjaya menghabiskan zaman persekolahan. Tak sangka cepat betul masa berlalu. 5 tahun kita mencipta memori suka dan duka bersama. Kita juga menghadapi cabaran pembelajaran kerana adanya PKP namun segala memori inilah yang mematangkan kita. Kepada rakan sekelas saya, 5 Mozart, saya sayang semua dan terima kasih hadir sebahagian dari hidup saya. Terima kasih selalu berkongsi dan maklum tentang kerja sekolah dan ada juga yang sanggup ajar semula apabila saya terkadang lewat ke kelas disebabkan tugas. Saya akan kenang segala memori berharga. Tiada lagi yang suka bermain bola di belakang kelas, buat jamuan makan makan hampir setiap hari dan semestinya berbincang mengenai soalan fizik yang tak dapat diselesaikan. Keriuhan dan perdebatan dalam kelas tak dapat diganti. Saya akhiri ucapan saya dengan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kelab Sidang Redaksi, guru- guru, Badan Exco dan Biro Pengawas SMK USJ 4 serta setiap rakan pengawas kerana banyak membantu pada tahun ini. Saya takkan mampu mengetuai pasukan seorang diri. Akhir sekali, maafkan segala tutur kata dan perbuatan saya yang pernah buat sesiapa terasa hati. Sekali lagi, terima kasih atas segala sokongan ! ‘ Esprit De Corps ! KETUA PENGAWAS SMK USJ 4 ADIBAH AQILAH BINTI MOHD AMIRUDDIN


Hi and welcome to the 20th Edition Fourian Yearbook! This, would not be possible without the entire Editorial Board team. Therefore, I would like to thank and congratulate the team on our hardwork. The hours of work put in, the late night texts regarding the magazines,the mistakes we made and all the bitter sweet memories will always be cherished by me. As a representative of the Editorial Board, I hope that the readers will truly enjoy this yearbook. Firstly, I would like to thank our teacher advisor, Puan Vimala for giving me such opportunity. To be honest, this was a hard year for us due to the lockdown phase(and limited teammates), which had us exploring new things the hard way. Thus, I must thank teacher for putting up with us patiently and giving so much love and care towards us(with food and candies). The memories shared with teacher will always be valued by me. Reminiscing on the past , I certainly cannot believe how quick these 5 years had passed. I would like to take this opportunity to express my gratitude towards each and every teacher who has taught me throughout these five years. Thank you very much, for your guidance , for pushing me forward, and trusting me with my capabilities. I can wholeheartedly say your guidance was very much appreciated by me. Before I end this so called "article" of mine, I must thank the Editorial Board Head of Department especially Liang Xin, Jia Man and Yi Lynn : my fellow friends and teammates, for your cooperation and always set to help. All the happiness, sadness and anger shared with you guys will always be remembered by me. Lastly,to the future board, its in your hands now, this will definitely not be easy but always remember to enjoy your journey in Ed Board as it is something to look back to. (TRUST ME!!). It was certainly a pleasure to be your 20th Editor-In-Chief, your student ,your friend, your classmate and your so called "boss". Signing out! Thank you and goodbye . EDITOR-IN-CHIEF SMK USJ 4 Hema Sriletchmi A/P Kalaichelvan Editor-In-Chief


Sidang Redaksi 2022


EDITOR-IN-CHIEF ASST. EDITOR-IN-CHIEF SECRETARY ASST. SECRETARY/HEAD OF PHOTOGRAPHY ASST. HEAD OF PHOTOGRAPHY 1 ASST. HEAD OF PHOTOGRAPHY 2 HEAD OF CSSC ASST. HEAD OF CSSC 1 ASST. HEAD OF CSSC 2 HEAD OF GRAPHICS ASST. HEAD OF GRAPHICS HEAD OF ARTICLES AND JOURNALISM ASST. HEAD OF ARTICLES AND JOURNALISM HEMA SRILETCHMI GURU PENASIHAT LIEW LIANG XIN VIMALA SARASWATHY CHANG JIA MAN CHANG YI LYNN AMIRUL HAQIMI RISHIKA COLLIN RYAN LAZAROO PAN EN RIC MUHAMMAD DANISH NIK NORALYA MARISSA IZZAH SUMAIYAH ALEEYA UMMAIRAH SACCHINDRAN AJK SIDANG REDAKSI AJK SIDANG REDAKSI


Badan Pengurusan Baris Pertama: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Ali Baris Kedua: NoorAyuni Binti Mad Zin, Rukkumani A/P Sinnatamby, Wan Hasmi Binti Wan Senik, Mohd Khairi bin Ahmad, Muhammad Bazrol bin Mhd Nawi, Nor Izhan Bin Ismail, Nurul Zulfa Binti Zahari, Rohaya Binti Ibrahim, Salmi Binti Ismail, Ling Lee Ming Baris Pertama: Junaidah Binti Othman, Suri Arini bt Samsuri @ Ab. Hamid, Marhani bt M. Haniff, Ain Shahrizat bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff Baris Kedua : Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Ali, Zainudin bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim


Baris Pertama: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: NurHawa Binti AB Manan,Aimi Nazirah Bt Salleh, Nor Huda Nt Mat Yunus, Pn Aira, Ameerul Farid Bin ABD Manap, Zakaria B Mohamad Nasir, En Shahrizan Bin Salim, Pn Siti Maizatul Sofiah Bt Abdul Rahim, Pn Akma, Pn Ana Baris Depan: Chan Chuay Yan,Shafeeqah Binti Ahmad Fadzil, Norwahidah Binti Saibadin, Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Ali, Nurhayati Binti Jamaludin, Wan Sulwani Binti Zainal Abidin,Rohaya Binti Ibrahim Baris Kedua: Siti Huwaina Binti Abdulah Kasimon,Isroha Binti Ismail, Anis Syazwani Binti Abdul Majid Manjeet, Nur Farihan Bt Fauzi, Vanitha A/P Ganeshratnam,Ang Lay San, Nik Fatahiah Binti Zamakhshari, Wan Hasmi Binti Wan Senik ,Faten Namiera Amalin Binti Hasbullah, Karen Cheng Su Fung, Amilatul Karimah Binti Abdul Razak,Loo Swuan Choo, Rukkumani A/P Sinnatamby,Sofiawati Bt Mohamad Sopi,Zaiton Bt Mohammad, Hariyani Binti Wadzir,Salmi Binti Ismail, Pn Nordiani Binti Mat Noor Baris Ketiga: Ling Lee Ming, Vimala Saraswaty A/P Nagaraju, Noor Aini Binti Mohamed, Nor Suhada Binti Wahid,Mariam Binti Safii, NoorAyuni Binti Mad Zin, Nurul Hafizah Binti Mohd Ramli, Siti Nor Azila Mohammad Aripin, Malathy A/P S. Pavalathan, Foo Swee Nyuk,Woo Pui Ting, Lucy Anak Udin,Norazlina Binti Saad, Rabiah Bt Mahidin, Nurul Zulfa Bt Zahari Baris Keempat: Lau Pek LIng,Chong Mee Chin, Aqmarina Sharfina Binti MahamadArif,Azizul Rahman Bin Ishak,Mohd Asri bin Ab Samad, Muhammad Bazrol bin Mhd Nawi, Mohd Khairi Bin Ahmad, Tamilarasu A/L S Muthuswamy, Muhammad Zharif Zafri Bin Mohd Razali, Mohd Iamail Azizi Bin Md Ishak, Ahmad Farhan Bin Fadzlu-llah, Nor Izhan Bin Ismail, Nursolehah Binti Rosslie,Nurul Ain Binti Mohammad@Mohd Nor


Baris Pertama: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: NoorAyuni Binti Mad Zin, Nurhayati Bt Jamalludin, Woo Pui Ting, Rukkumani A/P Sinnatamby,Suhada Binti Wahid Amilatul Karimah Binti Abdul Razak,Loo Swuan Choo,Salmi Binti Ismail,Hariyani Binti Wadzir,Rohaya Binti Ibrahim ,Nordiani Binti Mat Noor Baris Depan: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: Ling Lee Ming, Foo Swee Nyuk, Isroha Binti Ismail, Vanitha A/P Ganeshratnam,Wan Hasmi Binti Wan Senik,Faten Namiera Amalin Binti Hasbullah, Nik Fatahiah Binti Zamakhshari,Nurul Hafizah Binti Mohd Ramli,Salmi Binti Ismail Baris Ketiga: Vimala Saraswaty A/P Nagaraju, Lau Pek Ling, Tamilarasu A/L S Muthuswamy, Muhammad Ismail Azizi B Mohd Ishak,Muhammad Zharif Zafri Bin Mohd Razali, Rabiah Bt Mahidin, Lucy Anak Udin


Baris Pertama: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: Aishah Binti Abdul Rahim,Shahru Azniza binti Mohd Samsudin,Mohd Asri bin Ab Samad, Karen Chieng Su Fung, Ang Lay San,Wan Nurfazilah Binti Wan Yaakub,Norhayati Binti Suhaimi Baris Depan: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: Mariam Binti Safii, Nurhayati Binti Jamaludin, Ling Lee Ming, Foo See Nyuk,Rukkumani A/P Sinnatamby,Suhada Binti Wahid,Nik Fatahiah Binti Zamakhshari,Nurul Hafizah Binti Mohd Ramli , Nur Farihan Bt Fauzi,Malathy A/P S. Pavalathan,Siti Huwaina Binti Abdulah Kasimon, Wan Sulwani Binti Zainal Abidin,Siti Nor Azila Mohammad Aripin Baris Ketiga: NoorAyuni Binti Mad Zin,Nurul Ain Binti Mohammad@Mohd Nor,Rohaya Binti Ibrahim ,Loo Swuan Choo , Mohd Khairi Bin Ahmad Muhammad Zharif Zafri Bin Mohd Razali,Muhammad Ismail Azizi B Mohd Ishak, Tamilarasu A/L S Muthuswamy,Nor Izhan Bin Ismail, Faten Namiera Amalin Binti Hasbullah, Amilatul Karimah Binti Abdul Razak , Hariyani Binti Wadzir


Baris Pertama: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: Norazlina Binti Saad, Malathy, Zaiton Binti Muhammad, Anis Syazwani Binti Abdul Majid Manjeet, Chong Mee Chin, Muhamad Bazrol Bin Mhd Nawi, Ahmad Farhan Bin Fadzlu-llah, Azizul Rahman Bin Ishak, Norwahidah Binti Saibani , Sofiawati Binti Mohamad Sopi, Nurul Zulfa Binti Zahari, Chan Chuay Yan, Noor Aini Binti Mohamed Baris Depan: Zainuddin Bin Ithnin, Rosliza Binti Ibrahim, Junaidah Binti Othman, Suri Arini Binti Samsuri, Marhani Binti M. Hanif, Ain Shahrizat Bt Mohamed Jalit, Nor Adila bt Mohd Shariff, Latha A/P Suparmaiam, Sull Hazry bin Mohd Alil Baris Kedua: Isroha Binti Ismail,Ang Lay San,Nik Fatahiah Binti Zamakhshari,Wan Hasmi Binti Wan Senik ,Amilatul Karimah Binti Abdul Razak, Vanitha A/P Ganeshratnam,Shahrizan bin Salim,Nurul Ain Binti Mohammad@Mohd Nor,Chan Chuay Yan, Rohaya Binti Ibrahim Nordiani Binti Mat Noor, Siti Nor Azila Mohammad Aripin, NoorAyuni Binti Mad Zin


Sambutan Hari Guru 2022


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru-guru 2022 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru-guru 2022 telah diadakan pada 24th Ogos 2022


AKADEMIK


PENCAPAIAN PELAJAR SPM 2021 SMK USJ 4


LAPORAN


Sempena pembukaan sekolah sesi 2022/2023 pada 21 Mac 2022, Program Persediaan Pembukaan Sekolah Sesi 2022/2023 telah diadakan pada 18 Mac 2022(Jumaat) jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Guru-guru telah diberi tugas masing-masing untuk membersih dan menceriakan bilik-bilik darjah,bilik-bilik khas, melakukan pengubahsuaian penjarakan mengikut SOP, dan sebagainya. Guru-guru tingkatan memastikan keadaan kelas tersedia mengikuti Prosedur operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Turut dilakukan penjarakan perabot di dalam kelas sepanjang 1 meter dengan menggunakan pita pelekat berwarna, mempamerkan info mengenai virus Covid-19 di dalam kelas dan memastikan kelas berada dalam keadaan bersih serta pengudaraan yang baik untuk keselamatan juga keselesaan murid. Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan pengimbas suhu, pencuci tangan dan bilik isolasi. Segala perancangan program berjalan lancar dan mengikut ketetapan yang telah disediakan. 21 Mac(Isnin) Komponen: Hal Ehwal Murid Tujuan: - Untuk memastikan kelancaran murid hadir ke sekolah. - Untuk memastikan sekolah daam keadaan selamat dan bersih. Pembukaan Sekolah


Hari Orientasi Murid Tingkatan 1 Sesi 2022/2023 diadakan pada 1 April 2022 (Jumaat) pada pukul 9.00 pagi hingga 10.15 pagi secara atas talian (Google Meet). Program ini dianjurkan oleh Unit HEM, SMK USJ4 dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK USJ4. Semua guru, ibu bapa dan murid Tingkatan Satu SMK USJ4 dijemput hadir bersama-sama dalam majlis ini. Antara Program-program ialah: Bacaan Doa oleh En. Alias bin Mat Yaacob Ucapan Pengetua SMK USJ4, Pn. Marhani binti M. Haniff Rakaman ucapan Penolong-Penolong Kanan, Pn. Suri Arini binti Samsuri @ Ab Hamid (PK Akedemik), En. Zulkifli bin Che Shukri (PK HEM), Pn. Junaidah binti Othman (PK Kokurirulum), Pn. Nor Adila binti Mohd Shariff (PK Pendidikan Khas ). Taklimat disiplin diberi oleh Pn. Rohaya binti Ibrahim (Ketua Guru Disiplin) Hari Orientasi Murid Tingkatan 1 2022/2023


Penilaian segak dijalankan 2 kali setahun dalam 2 sesi melibatkan semua murid bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan rekod kecergasan murid lelaki dan perempuan sebagai data murid untuk rujukan kesihatan pelajar. Penilaian sesi 1 bermula pada bulan Mac 2022 dan penilaian 2 bermula pada bulan November 2022. Dua sesi ini bertujuan mendapatkan maklumat dan perkembangan kecergasan pelajar selaras perubahan dan pergerakan usia murid. Semua guru-guru PJPK adalah terlibat dalam menguruskan proses penilaian ini serta menjaga stesen-stesen terlibat. Terdapat 5 stesen penilaian iaitu Stesen 1 untuk berat dan tinggi, stesen 2 untuk naik turun bangku, stesen 3 untuk tekan tubi, stesen 4 untuk bangun tubi dan stesen 5 adalah jangkauan melunjur. Setiap stesen mempunyai kiraan dan tahap pencapaian kecergasan berbeza bagi mengukur kecergasan murid dan memberikan murid pengalaman melakukan aktiviti kecergasan yang berbeza. PENILAIAN SEGAK SMK USJ 4 2022 / 2023


Kursus disiplin telah dijalankan pada 26hb Mac 2022 di Bilik Angsana SMK USJ 4 yang melibatkan semua guru disiplin dan pengawas. Taklimat kursus telah disampaikan oleh ASP Mohd Mazhar bin Malik, Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah bagi memberi pendedahan berkaitan asas siasatan terutamanya kepada guru-guru disiplin yang baharu. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cara-cara siasatan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku mengikut S.O.P disiplin. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada guru-guru dalam pelaksanaan dan tindakan yang betul dan tepat apabila menghadapi sebarang masalah dan situasi murid yang terlibat dalam masalah disiplin. Kursus ini berjalan dengan lancar dan memberi banyak manfaat kepada guru-guru melalui pengalaman yang dikongsikan oleh ASP Mazhar. Kursus Disiplin (KURSUS ASAS SIASATAN SMK USJ 4)


SESI 2022/2023 Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Persatuan dan Kelab Permainan telah diadakan pada 29 Mac 2022 (Selasa). Manakala Mesyuarat Agung Tahunan Badan Beruniform dan Rumah Sukan pula diadakan pada hari berikutnya bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Mesyuarat ini dijalankan secara atas talian bagi mengurangkan risiko penularan wabak selaras dengan SOP Covid -19. Mesyuarat ini memberi peluang kepada guru penasihat untuk mengumpulkan semua ahli dan melantik ahli jawatankuasa tertinggi dalam unit masing-masing. Selain itu, Mesyuarat agung ini juga memberi peluang kepada semua ahli merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2022. Mesyuarat Agung Tahunan Komponen Kokurikulum


18 APRIL 2022 Minggu Kurikulum merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Komponen Kurikulum. Pada tahun ini Majlis Pelancaran Minggu Kurikulum 2022 telah diadakan pada 18 April 2022 (Isnin). Program ini diharapkan dapat menjadi medium kepada murid-murid bagi mengetengahkan bakat masing-masing dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh semua Panitia Mata Pelajaran. Selain itu, program ini juga dapat membuka minda dan memupuk minat murid terhadap bidang koakademik dan akademik khususnya. Program ini dimulakan dengan Bidang Kemanusiaan dan Bidang Sains dan Matematik pada 18 hingga 22 April 2022. Kemudian diikuti oleh Bidang Bahasa dan Bidang Teknik dan Vokasional pada 25 hingga 29 April 2022. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik telah diadakan. Murid-murid telah menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan dengan bimbingan guru mata pelajaran masing-masing. Pada 9 Mei 2022 (Isnin) Majlis Penutup Minggu Kurikulum 2022 telah diadakan. Para pemenang menerima hadiah dan sijil pada hari tersebut. Diharapkan pada tahun akan datang lebih banyak aktiviti dan pertandingan yang lebih menarik dapat dianjurkan serta lebih banyak penyertaan dan hasil kreativiti dan inovatif murid SMK USJ 4 dihasilkan. LAPORAN MINGGU KURIKULUM 2022


Kimia Invensi Dan Inovasi Malaysia (KI2M) 2022 PERINGKAT : KEBANGSAAN TARIKH : 25 MEI 2022 TEMPAT : Atas talian PENCAPAIAN : Tempat : MENDAPAT PINGAT PERAK Peringkat KEBANGSAAN Kategori : PERTANDINGAN KIMIA INVENSI DAN INOVASI NAMA MURID: 1.MARIAH ARISSA AHMAD AZAM (5S) 2.ALEEYA UMMAIRAH AHMAD SYAIZAM (5S) 3.CHANG JIA MAN (5S) GURU PENGIRING/MENTOR : SOFIAWATI BINTI MOHAMAD SOPI


LORI MILO Lori MILO datang ฀ Minum MILO anda jadi sihat & kuat ฀ Semua murid SMK USJ 4 pada hari ini berpeluang minum milo percuma ❤ Terima Kasih MILO ฀ Mesyuarat dimulakan pada jam 11.00 pagi dan tamat pada 12.30 tengah hari. LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PENGAWAS


Click to View FlipBook Version