Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah dijalankan pada 29 Jun 2022 di Bilik Roselle SMK USJ 4. Kursus ini dikendalikan oleh guru-guru dari Komponen Kokurikulum yang melibatkan barisan jawatan kuasa tertinggi komponen kokurikulum. Murid-murid yang terlibat dalam kursus kepimpinan ini ialah murid-murid yang dipilih untuk diberi tanggungjawab bagi membantu pihak sekolah melancarkan setiap aktiviti di bawah komponen Kokurikulum. Antara perkara yang didedahkan adalah berkaitan skop tugas setiap ahli jawatankuasa, pengurusan fail komponen dan latihan dalam kumpulan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan keyakinan diri murid untuk menggalas tugas melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut mereka memerlukan bimbingan dan panduan yang secukupnya. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Kursus ini berjalan lancar dan memberi banyak manfaat kepada barisan pemimpin melalui ilmu baharu yang telah dikongsikan oleh En Saifudin bin Nik dan Puan Nurhayati Binti Jamaludin. Kursus Kepimpinan Kokurikulum
Menyemai semangat juan dalam bidang sukan dalam kalangan muridmurid. Menyuburkan amalan berkolaborasi sebagai satu pasukan. Menimbulkan minat dan mengasah bakat semula jadi yang ada dalam diri murid-murid, khususnya dalam bidang sukan olahraga. Melahirkan atlet-atlet berwibawa yang dapat mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Merealisasikan hasrat atau aspirasi Dasar 1 Murid 1 Sukan yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Julai (Jumaat) Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari Objektif Kejohanan Olahraga SMK USJ 4 kali ke-22 tahun 2022 ini adalah seperti berikut: Majlis Penyapaian Hadiah Sukan dan Acara Padang
Majlis Penyampaian Hadiah "Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas dari bulan April hingga Ogos." Pada 29 Ogos 2022 (Isnin), PIBG SMK USJ 4 telah menganjurkan program motivasi “Akhlak dan Adab dalam Menghadapi Peperiksaan”. Majlis bermula pada 7.45 pagi hingga 9.00 pagi dan diadakan di Tapak Perhimpunan, SMK USJ 4. Ustaz Ahmad Adnin bin Roslan, seorang pakar motivasi telah dijemput bagi memberi ceramah motivasi akademik untuk menyemarakkan semangat dalam diri murid-murid supaya belajar bersungguh-sugguh demi mencapai keputusan yang cemerlang. kelas 2M , bg bulan 5,6 dan 8 Kelas 2A bg bulan 7. kelas 3UK bg bulan April Akhlak dan Adab dalam Menghadapi Peperiksaan
Menyemai semangat cinta akan negara dan memupuk semangat patriotism Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kebangsaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelanjaran Murid-murid menghargai tokoh-tokoh pejuang kebangsaan dan berusaha mengekalkan kemerdekaan ini Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan bulan kebangsaan Mengetahui dan menilai kepekaan murid-murid terhadap perkembangan isu semasa Membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman 30 Ogos 2022 (Selasa) Masa: 7.30 - 8.30 pagi Objektif: Sambutan Ambang Kemerdekaan
15 September (Khamis) Masa: 7.30 - 8.30 pagi Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan bulan kebangsaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru SMK USJ 4. Hal ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kebangsaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha memperjuangkan kemerdekaaan. Selain itu, pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah in juga diharap dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SMK USJ 4 secara menyeluruh. Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan ke-65
MAJLIS HARI MALAYSIA
Keharmonian dan Nilai Murni di Sekolah Pada 22 September 2022 (Khamis), PIBG & HEM SMK USJ 4 telah menganjurkan program ceramah motivasi “Keharmonian dan Nilai Murni di Sekolah”. Majlis bermula pada 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan diadakan di Dewan Seri Kencana, SMK USJ 4. YDH DCP Dato’ Hj. Ghazali Bin Hj. Daud, seorang penceramah telah dijemput bagi memberi ceramah motivasi akademik. Panitia Moral telah mengadakan Program bertemakan "Keunikan Rakyat Malaysia" melibatkan Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Keunikan Rakyat Malaysia
Tarikh: 22.9.2022 (Khamis) Masa: 8.00-10.00 pagi Penceramah: Pn Vimala En Mohd Ismail Azizi TARIKH: 23.9.2022(JUMAAT) MASA:10.30 PAGI-12.30 TENGAH HARI TEMPAT: BILIK ANGGERIK SMK USJ 4 PENCERAMAH: EN. AHMAD SHAMSURI BIN KAMALUDDIN (GC BIOLOGI SMK SEKSYEN 18 SHAH ALAM) -KOMPONEN KURIKULUM' TEKNIK MENJAWAB SOALAN BIOLOGI 2022 English Workshop SPM 2022
Bengkel Menjawab Sejarah SPM Bengkel Menjawab Bahasa Melayu SPM
24 SEPTEMBER 2022 Pada 24 September 2022 (Sabtu) pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2021. Majlis ini merupakan majlis penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah diri dan kokurikulum. En Baharudin bin Mamat, YDP PIBG SMK USJ 4 merupakan perasmi MAK 2021. Beliau telah menyampaikan hadiah kepada semua penerima anugerah kecemerlangan pada kali ini. PIBG SMK USJ 4 merupakan penyumbang utama hadiah kepada semua penerima anugerah. Diharapkan intensif dan dorongan daripada PIBG ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk terus cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. LAPORAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN (MAK) 2021
Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pendidikan di Putrajaya Pada 8 Oktober 2022 (Sabtu) dari 7.30 pagi. Seramai 41 murid & 9 guru telah menyertai Hari Sukan Negara Peringkat Kementarian Pendidikan di Putrajaya
HARI SUKAN NEGARA
REMAJA, KEMURUNGAN & MASA HADAPAN YANG MENUNGGU Perkongsian bersama Dr. Rozaidah (Pakar Psikiatri Hospital Shah Alam) anjuran PIBG SMK USJ4 Tarikh: 17 Oktober 2022 (Isnin) Masa: 7.45 pagi - 9.00 pagi Tempat: Tapak Perhimpunan Aktiviti Tanaman Pokok Untuk Keceriaan Sekolah Sumbangan MBSJ dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Cina Tarikh: 15 November 2022 (Selasa) Masa: 10.00 pagi Program Plot Taman Angkat SMK USJ 4
Pada hari Selasa, 27 Disember 2022, seramai 4 murid Tingkatan 1 yang mempelajari Bahasa Perancis dan Guru Bahasa Perancis telah terlibat dengan rakaman DidikTV KPM yang telah disiarkan pada 1 Ogos 2022 untuk mata pelajaran Bahasa Perancis bagi tajuk: Dans mon sac, il y a... Kelebihan / manfaat program: Murid sangat bersemangat untuk belajar topik yang dipelajari dan bersungguhsungguh melaksanakan tugasan yang diberikan Hasil pemantauan Hasil pemantauan guru mendapati 4 orang murid yang menyertai program ini mendapat markah 5/5 (semua betul) dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi topik ini. Tahniah diucapkan kepada : Muhammad Adam bin Zaizul (1UK) Myiesha Zara binti Zariha (1M) Shaz Qayyim Darwisy bin Sharizan (1UK) Tharun Aditya Raja (1UK) DidikTV KPM
Ujian Amali Sains Fizik - Tingkatan 4S dan 4M Pentaksiran Akhir Tahun Tinkatan 4 Ujian Amali Sains Biologi Ujian Amali Sains Kimia
PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM diadakan pada minggu ketiga setiap bulan. Setiap Badan beruniform diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perhimpunan ini. Antara badan beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Kadet Remaja Skolah, Pandu Puteri, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet Polis secara bergilir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perhimpunan ini dikendalikan sepenuhnya oleh badan beruniform tersebut. Perhimpunan ini dimulakan dengan perarakan masuk para pentadbir. Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. 2022/2023 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Aktiviti ini memberi peluang kepada murid bagi menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka dalam mengendalikan sesuatu program.
Pameran Kerjaya Sayangi Buku Teks Pertandingan Melukis Poster PPDa dan Kuiz PPDa
Laporan aktiviti panitia Pendidikan Islam
A. MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SEMPENA PERSEKOLAHAN SMK USJ 4 SESI 2022/2023 TARIKH : 17 MAC 2022 HARI: KHAMIS MASA:9.00 – 10.00 MALAM TEMPAT :PELANTAR GOOGLE MEET SASARAN: SEMUA GURU, IBU BAPA DAN MURID 2022 OBJEKTIF 1. Memohon pertolongan Allah SWT sempena pembukaan sesi persekolahan baru tahun 2022/2023. 2. Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah SMK USJ 4.
TARIKH : 4 APRIL 2022 HARI: PELANCARAN IHYA RAMADHAN & SINERGI DAKWAH SMK USJ 4 2022 TEMPAT: FOYER A, BILIK DARJAH & PELANTAR GOOGLE MEET AKTIVITI YANG DIJALANKAN • PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN • NUR PAGI • BE A SMART MUSLIM TEEN • TADARUS & KHATAM AL-QURAN • ZUHRAH KALAMULLAH • INFAQ KASIH RAMADHAN • MIHRAB RAMADHAN • CERAMAH RAMADHAN & NUZUL QURAN OBJEKTIF 1. Mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan sunat yang dituntut dilakukan sepanjang Bulan Ramadhan 2. Menerapkan pelajar dengan akhlak yang mulia selaras tuntutan agama 3. Melahirkan pelajar yang prihatin dan menghayati bulan-bulan dalam Islam 4. Membentuk sahsiah murni di kalangan pelajar untuk menjadikan pelajar SMK USJ 4 insan kamil yang cemerlang dunia dan akhirat. 5. Mengimarahkan Bulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunat yang dituntut dalam Islam. B. PROGRAM PELANCARAN IHYA RAMADHAN & SINERGI DAKWAH
C. MALAYSIA QURAN HOUR PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH: 26 APRIL 2022 HARI: SELASA MASA: 12.00 – 1.00 TGH TEMPAT: MUSOLLA BAITUN NAIM – MURID LELAKI BILIK APD – MURID PEREMPUAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN • TADABBUR SURAH AS-SAJDAH • BICARA TENTANG 9 KEYAKINAN MEMBENTUK INSAN BERSUJUD • BICARA 3 MUTIARA TENTANG SURAH OBJEKTIF Membentuk masyarakat khususnya warga sekolah membudayakan al-Quran dalam hidup
D. MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2022M/1443H TARIKH: 29 APRIL 2022 HARI: JUMAAT MASA: 7.30-8.30 PAGI TEMPAT: MUSOLLA BAITUN NAIM AKTIVITI YANG DIJALANKAN • TADABBUR SURAH AS-SAJDAH • BICARA TENTANG 9 KEYAKINAN MEMBENTUK INSAN BERSUJUD • BICARA 3 MUTIARA TENTANG SURAH OBJEKTIF 1. Menanam tanggungjawab serta rasa cinta terhadap kitab suci Al-Quran 2. Melahirkan warga sekolah yang celik Al-Quran, beriman, beramal dan bertaqwa. 3. Menggalakkan pelajar dan warga sekolah khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.
E. PROGRAM INFAQ KASIH RAMADHAN TARIKH: 28 MEI 2022 HARI: SEPANJANG BULAN RAMADHAN OBJEKTIF: 1.Memupuk amalan bersedekah dalam kalangan guru dan murid. 2Menggalakkan amalan bersedekah pada bulan Ramadhan bulan yang digandakan pahala. 3. Menyemai sifat tolong-menolong dan bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan.
F. PERTANDINGAN PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2022 TARIKH: MEI - JUN 2022 KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID TINGKATAN 1-5 TEMPAT: E-TALIAN DAN BERSEMUKA OBJEKTIF • Menanamkan sifat cintakan al-Quran, memahami dan menghayati isi kandungannya. • Mengeratkan dan menjalinkan hubungan silarurrahim di kalangan murid dan guru. • Memperkembangkan potensi murid dalam Ko Akademik Pendidikan Islam. ACARA YANG DIPERTANDING-KAN 1. e-TARANNUM (L&P) 2. MIMBAR DAIE (L&P) 3. SENI KHAT SIBER (L&P) 4. e-NYANYIAN SOLO LAGU KEROHANIAN 5. e-DEKLAMASI SAJAK ADAB & NILAI (L&P) 6. e-DEKLAMASI SYAIR ADAB & NILAI (L&P) 7. e-HAFAZAN AL-QURAN (L&P) 8. e-TAHFIZ AL-QURAN JUZUK 1-20 (L&P) 9. e-QIRAATUS SABIE BITTARANNUM MEN REN (L&P) 10. e-QIRAATUS SABIE BITTARANNUM MEN ATAS (L&P) 11. e-KALIMATUSSOBAH MEN REN (L&P) 12. e-KALIMATUSSOBAH MEN ATAS (L&P) ACARA : e-TAHFIZ AL-QURAN JUZUK 1-20 (P) (JOHAN) 1. AMIRAH ALEEYA BINTI A MAJID (4M) ACARA: e-KUIZ ILMU WAHYU (MEN REN) (NAIB JOHAN) 1. AIN MUNA IZZAH BT SADZWANDIE 2. AISYAH BT ABDUL GHANI 3. NUR HADIJA BT BAHARUDIN ACARA : e-QIRAATUS SABIE BITTARANNUM MEN ATAS (L) ( NAIB JOHAN) 1. DANISH HAKIMI BIN MOHD SUFFIAN ACARA : e-QIRAATUS SABIE BITTARANNUM MEN ATAS (P) (NAIB JOHAN) 1.NURUL AIN BINTI MAT SHAHRIZAN ACARA : e-QIRAATUS SABIE BITTARANNUM MEN (TEMPAT KE-4) 1.EMIR SULAIMAN BIN KHAIRUL FAIZI (3UA) ACARA : e-QIRAATUS SABIE BITTARANNUM MEN REN (P) (TEMPAT KE-4) 1.DANIA FARISYA BT MOHD FAATHIR (3UA)
G. MALAYSIA QURAN HOUR PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH: 30 OGOS 2022 HARI: SELASA MASA: 12.00 – 1.00 TGH TEMPAT: MUSOLLA BAITUN NAIM AKTIVITI YANG DIJALANKAN • TADABBUR SURAH AS-SAJDAH OBJEKTIF 1. Membentuk masyarakat khususnya warga sekolah membudayakan alQuran dalam hidup
H. PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN (SILIBUS TINGKATAN 4) TARIKH: 21 SEPTEMBER 2022 HARI: RABU MASA: 7.30 – 11.00 PAGI TEMPAT: FOYER C & TAPAK PENGAKAP SASARAN: SEMUA GURU, STAFF & PELAJAR TINGKATAN 4 MUSLIM OBJEKTIF 1. Melaksanakan pdp secara praktikal mengikut silibus Pendidikan Islam Tingkatan 4 dalam bab Feqah. 2. Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah penyembelihan yang betul. 3. Memberi pendedahan secara teori dan praktoikal secara langsung kepada pelajar.
I.BENGKEL HAIBAT KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (TING. 4&5) SEKOLAH KAA DAERAH PPD PETALING PERDANA TAHUN 2022 TARIKH: 04 & 05 OKTOBER 2022 KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID KAA TINGKATAN 4 & 5 TEMPAT: BILIK ROSELLE, SMK USJ 4 OBJEKTIF • Memberikan pendedahan tentang Teknik menjawab soalan yang betul dan tepat. • Mengaplikasikan tips dan trik yang dikongsikan untuk pembelajaran lebih berkesan. • Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka menjelang waktu peperiksaan. • Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
J. MAJLIS MAULIDUR-RASUL TAHUN 2022 TARIKH: 06 OKTOBER 2022 KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID BERAGAMA ISLAM TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN OBJEKTIF • Mengingati dan mengagumi kebesaran &llah swt disamping memperingati perjuangan suci junjungan besar nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam • Mengetahui dan menghayati perjalanan sirah 'abiMuhammad swt. • Mencungkil bakat murid melalui acara bercerita sebagai persediaan ke Majlis Tilawah al-Quran peringkat zon. • Melahirkan murid yang berani serta berkebolehan dalampelbagai bidang.
K. HARI SUKAN NEGARA -SEKOLAHKU SEJAHTERA: SIHAT AKTIF CERIA 2022 SMK USJ 4 TARIKH: 07 OKTOBER 2022 KUMPULAN SASARAN: SEMUA WARGA SEKOLAH TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN DAN PADANG SEKOLAH OBJEKTIF • Menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat. • Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat. • Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
L.BENGKEL HAIBAT KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) MENENGAH RENDAH SEKOLAH KAA DAERAH PPD PETALING PERDANA TAHUN 2022 TARIKH: 11, 13 & 18 OKTOBER 2022 KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID KAA TEMPAT: BILIK ROSELLE, SMK USJ 4 OBJEKTIF • Memberikan pendedahan tentang kemahiran ilmu Al-Quran • Mengaplikasikan tips dan trik yang dikongsikan untuk pembelajaran lebih berkesan. • Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
M. BENGKEL HAIBAT KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB MENENGAH RENDAH SEKOLAH KAA DAERAH PPD PETALING PERDANA TAHUN 2022 TARIKH: 12 & 19 OKTOBER 2022 KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID KAA TINGKATAN 1, 2 & 3 TEMPAT: BILIK ROSELLE, SMK USJ 4 OBJEKTIF • Memberikan pendedahan tentang Teknik menjawab soalan Bahasa Arab yang betul dan tepat. • Mengaplikasikan tips dan trik yang dikongsikan untuk pembelajaran lebih berkesan. • Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka menjelang waktu peperiksaan. • Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.