The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by VIMALA SARASWATHY A/P NAGARAJU KPM-Guru, 2023-05-22 10:21:25

MAJALAH SMK USJ 4 2022

Majalah 2022

HARI APRESIASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) Hari Apresiasi telah dijalankan pada 27 November 2022 di The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam dari pukul 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang. Ini adalah acara tahunan yang diadakan sekali setahun untuk meraikan MBPK yang akan menamatkan sesi persekolahan tahun 2022/2023. Tujuan utama diadakan majlis ini adalah untuk memberi penghargaan di atas sumbang bakti MBPK yang memperoleh kecemerlangan menaikkan nama PPKI SMK USJ 4 dan meraikan rakan-rakan mereka yang akan menamatkan persekolahan pada tahun 2022/2023.Ia juga akan memberi satu kenangan dan meningkatkan keyakinan murid yang telah tamat bahawa mereka telah berjaya dan mampu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti rakan-rakan tipikal. Selain daripada itu, majlis ini diadakan dengan tujuan agar murid-murid merasai suasana majlis keraian dan merasa diri mereka dihargai dan juga menghargai rakan-rakan mereka. Secara keseluruhannya, Hari Apresiasi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2022 berjalan dengan lancar dan dapat disempurnakan mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. Kejayaan ini hasil daripada kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan dan memberi impak yang positif kepada semua murid PPKI dan guru PPKI SMK USJ 4.


Click to View FlipBook Version