The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WANG
Mata Wang Utama Dunia Dan Nilainya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosnahjamba70, 2020-10-18 06:15:55

MATEMATIK TAHUN 4

WANG
Mata Wang Utama Dunia Dan Nilainya

MODUL PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

DARI RUMAH

MATEMATIK

4TAHUN

PENDAHULUAN

Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah semakan 2017,
yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan murid yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan Pak21.

Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan
senarai standart pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan
aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus
idea pelajar. Guru boleh membuat pengubahsuaian berdasarkan
aktiviti dan latihan yang dicadangkan.

PENJELASAN MODUL

Modul ini boleh digunakan oleh guru di peringkat sekolah dalam bilik darjah.
Pengubahsuaian boleh dilakukan berdasarkan situasi persekitaran pembelajaran murid.
Modul ini dibangunkan untuk fasa kreativiti yang menjadi teras kepada pengajaran dan
pembelajaran dari rumah.

PENGGUNAAN MODUL

Standard minimum yang perlu dicapai oleh setiap murid.

Cadangan latihan atau kerja bertulis yang boleh digunakan.

Fasa…..Pemeringkatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan elemen kreativiti dan
inovasi.
Cadangan Aktiviti….Guru boleh mengubahsuai berdasarkan situasi dan aktiviti
tambahan yang difikir perlu bagi mencapai standard pembelajaran.

Cadangan Komunikasi….. Bentuk soalan atau pertanyaan yang dikemukakan.

Bidang : Nombor Dan Operasi

Tajuk : Mata Wang Utama Dunia Dan Nilainya

Standard Kandungan: Murid dibmbing untuk:
1.1 Mengenal mata wang negara utama dunia.

Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk:

(i) Menyatakan mata wang negara asing dengan betul.

(ii) Menyebut sebarang mata wang negara asing yang

diberi dalam bentuk gambar.

(iii)Memadankan gambar mata wang dengan negaranya.

Masa: Satu Minggu Pembelajaran

Cadangan Aktiviti:

a) Ditunjukkan beberapa keping kad gambar mata wang dunia .

Minta murid memerhatikan kad gambar mata wang tersebut.

b) Teruskan akitiviti dengan meminta murid untuk menyediakan

template pembelajaran mata wang utama dunia dan nilainya

dalam bentuk softcopy atau hardcopy.

c) Murid diberi masa hingga waktu pembelajaran seterusnya untuk

mengemukakan hasil tugasan mereka.

d) Penilaian adalah berbentuk pengredan.

MODUL PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

DARI RUMAH

MATEMATIK

4TAHUN

































LATIHAN

1. Apakah mata wang negara di bawah?
a) Amerika Syarikat
b) Great Britain
c) Korea Selatan
d) Bangladesh

2. Nyatakan nama dan nilai mata wang negara berikut berbanding RM1.
a) China
b) Rusia
c) Jepun
d) Australia

SELAMAT BELAJAR…

Disediakan oleh:
Panitia Matematik
SK Jambatan Putih 2020


Click to View FlipBook Version