The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RJEFREY, 2019-02-22 08:36:29

Panduan_NILAM_yang_ditambahbaik_1

Panduan_NILAM_yang_ditambahbaik_1

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1

PROGRAM MEMBINA TABIAT MEMBACA

1. LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di
negera ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia
masih rendah. (Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015)

1.1 Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan
oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank
Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara
antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi Negara
mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku
hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati
rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5
tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun
1995 ialah 84%.

Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan
membaca yang telah sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri,
sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu
diteruskan.

2. RASIONAL

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu
dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan
tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah
NILAM Kebangsaan, Kem membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda,
Khemah Membaca, Kem Literasi Maklumat di sekolah-sekolah.

Secara keseluruhan program-program galakan membaca yang
dilaksanakan sebelum ini telah mencapai objektif yang disasarkan,
namun demikian, masih terdapat keperluan untuk menambahbaik
program bagi meningkatkan kualiti pembacaan. Kementerian Pendidikan
perlu mencari pendekatan baharu bagi melaksanakan program galakan
membaca yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan semulajadi dan
persekitaran murid-murid.

3. ASAS PERTIMBANGAN

Menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk menambahbaik
pelaksanaan program, perkara-perkara berikut menjadi asas
pertimbangan.

3.1 Pemantapan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, penguasaan literasi
maklumat dan digital sepanjang hayat untuk menghadapi cabaran
negara maju. Natijah kepada pemantapan budaya pembacaan ini
akan melahirkan murid yang berupaya mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

3.2 Peningkatan tahap kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk
terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui
tabiat membaca berkualiti untuk menyedia dan mempersiapkan
murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk bersaing di peringkat global.

3.3 Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi
elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dan
juga pendemokrasian pendidikan meliputi pelbagai tahap
keupayaan murid seperti yang dinyatakan di dalam dokumen
PPPM, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 dan Education For All (unesco)

3.4 Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum. Semua warga
sekolah bertanggungjawab dalam mewujudkan iklim yang
menggalakkan budaya membaca di sekolah.

3.5 Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti

setempat/pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan

dalam pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan

murid.

3.6 Pencapaian Malaysia khususnya dalam literasi bacaan PISA pada
tahun 2012 menunjukkan penurunan yang membimbangkan.
Dalam PISA 2009, Malaysia menduduki tangga ke-55 daripada 74
buah negara yang turut serta, manakala dalam PISA 2012,
kedudukan dalam bacaan merosot ke tangga 59 daripada 65 buah
negara. Purata skor bacaan murid Malaysia merosot daripada 414
mata pada PISA 2009 kepada 398 mata pada PISA 2012.
Berdasarkan laporan kajian PISA, 52.5% murid Malaysia gagal
mencapai Tahap 2, yang menurut Organization for Economic
Cooperation and Development (OECD), tahap minimum untuk
membolehkan seseorang menyertai kehidupan masyarakat secara
berkesan dan produktif setelah tamat persekolahan

3.7 Selaras dengan hasrat “Pendidikan Untuk Semua” dan konsep
kesamarataan akses terhadap peluang pendidikan yang berkualiti
seperti yang dinyatakan dalam anjakan 1 Transformasi Sistem
Pendidikan, terdapat keperluan untuk menstruktur semula
pendekatan, pelaksanaan dan penilaian program NILAM yang

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3

ditambah baik dengan peluasan kepada kepelbagaian jenis
sekolah seperti Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Integriti,
Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Titian Kasih dan Kolej
Vokasional.

4. PENDEKATAN

Berdasarkan pertimbangan di atas, pendekatan yang wajar diambil
dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang
berterusan. Perkara-perkara utama adalah sebagaimana gambarajah
berikut :

PUSAT SUMBER SEKOLAH

AKTIVITI

KUMPULAN SASAR

MASA BAHAN

PENGLIBATAN IBU BAPA

Rajah 1 : Pendekatan Program

4.1 Kumpulan sasar (merujuk kepada objektif dan asas
pertimbangan)

Usaha membentuk budaya suka membaca dalam kalangan
generasi kini perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi.
Dalam konteks institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat
sekolah rendah diberi tumpuan utama. Pada masa yang sama

aktiviti ini juga dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah
menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah
secara berterusan bermula dengan murid pra-sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan pra diploma di kolej vokasional

4.2 Aktiviti Galakan Membaca

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah
perlu diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan
aktiviti-aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend
semasa. Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi
melalui media massa, media sosial serta penglibatan tokoh-tokoh
ilmuan, professional, hiburan, sukan dan politik. Dalam konteks ini,
pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai,
praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan
mengembang dan melestarikan budaya membaca.

4.3 Bahan Bacaan

Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan
bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh
dari pelbagai sumber.

Buku
Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam
bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari
koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan awam,
perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi,
koleksi digital yang disimpan di storan digital dan juga dari internet.

Bahan bukan buku
Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku
seperti artikel, jurnal, majalah, komik, laporan, risalah, poster,
brosur dan lain-lain.

4.4 Masa

Menurut Kajian Tabiat Membaca (UPM,1997) kira-kira 15% sahaja
pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan
membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak
berterusan. Oleh itu masa pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah perlu dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kemahiran
dan minat membaca. Disarankan supaya cadangan-cadangan di
bawah ini dapat dilaksanakan :

a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam proses PdP secara
merentas kurikulum;

b. Pengisian masa di luar masa PdP dan juga waktu rehat;

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 5

c. Pengisian aktiviti berkaitan pembacaan dan kemahiran
selepas pembacaan semasa perhimpunan ataupun
program-program anjuran sekolah.

d. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti/kemahiran PSS sewaktu
minggu orientasi murid baharu yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca;

e. Kesinambungan minat membaca di luar waktu
persekolahan. Perlunya penglibatan dan kerjasama ibu
bapa dan masyarakat setempat untuk terus memupuk minat
tersebut

4.5 Pusat Sumber Sekolah

Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan
selepas pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS
yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amat penting untuk
menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti
membaca. PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat
ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat
profesional serta pusat hubungan sosial. Pembangunan dan
penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS perlulah bersesuaian
dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang dibangunkan
secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan
fizikal yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk
penyediaan sumber dan juga koleksi bacaan yang mencukupi bagi
kegunaan warga sekolah. Aktiviti meningkatkan keberkesanan
PSS juga harus dijalankan seperti Anugerah Pusat Sumber
Sekolah Cemerlang, kemahiran penggunaan PSS dalam minggu
orientasi murid baru dan lain-lain aktiviti.

4.6 Penglibatan ibu bapa, masyarakat dan sokongan agensi
kerajaan/bukan kerajaan

Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan
sekiranya ada kesinambungan di luar persekitaran sekolah. Ibu
bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada
anak-anak untuk terus membaca. Di samping memberi galakan
dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan
masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah
yang menggalakkan minat membaca. Agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan juga berperanan untuk bersama-sama membentuk
minat membaca kepada murid-murid dan juga masyarakat melalui
penganjuran program-program pembacaan. Mereka yang terlibat
dalam industri penerbitan dan penyediaan bahan bacaan turut
memainkan peranan yang besar dalam membentuk, membudaya

dan mengekalkan minat membaca dalam kalangan murid-murid
kita.

5. PROGRAM NILAM YANG DITAMBAHBAIK

NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada
program NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus
kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan di baca dalam
NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan
aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti
pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan
kemahiran selepas pembacaan) yang akan melihat kepada aspek
kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih
pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK

NILAM YANG

DITAMBAHBAIK

AKTIVITI
PENGAYAAAN

SELEPAS
PEMBACAAN

Buku Berbentuk E- Book Bahan Bahan Bukan
Fizikal Bercetak Bercetak

BUKU JUMLAH BAHAN BUKAN
MATA BUKU

GANJARAN

AKTIVITI
PEMBACAAN

Rajah 2: Model Program NILAM Yang Ditambahbaik

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 7

5.1 Matlamat

Matlamat Program NILAM yang ditambahbaik ialah melestarikan budaya
membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM
2013-2025)

5.2 Objektif

Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti bertujuan
untuk :-

a. Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam
kalangan murid-murid

b. Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus
menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat
membaca berkualiti.

c. Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)

d. Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
program dan aktiviti galakan membaca

e. Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan-
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat
membaca berkualiti dalam kalangan murid.

5.3 Tahap Pelaksanaan

Pelaksanaan program NILAM yang ditambahbaik ini lebih memberi
perhatian kepada kualiti bahan bacaan yang dibaca di samping mengekal
kuantiti bacaan. Dari segi kualiti, murid mempunyai banyak pilihan bahan
bacaan sama ada bahan buku, atau bahan bukan buku seperti brosur,
poster, risalah, artikel, komik, majalah, laporan, jurnal, bahan
pembelajaran digital yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan
format.

Jumlah bacaan buku oleh murid yang terdapat dalam objektif NILAM
terdahulu masih dikekalkan (yang bersifat kuantitatif) tetapi telah
ditambah baik dari sudut kualitatif melalui kualiti buku yang baca.
Pengukuran kualiti buku diukur melalui jumlah muka surat yang dibaca.
Jumlah minimum muka surat telah ditetapkan bagi setiap kumpulan umur
murid. Semakin tebal atau banyak muka surat buku yang dibaca maka
semakin banyak mata ganjaran akan diberikan.

Jadual berikut menunjukkan kumpulan umur murid, jumlah muka surat
dan mata ganjaran.

JUMLAH MUKA SURAT MATA KOD
BIL KUMPULAN PEMBACA GANJARAN R1.10

MIN MAX 10 R1.20
R1.30
Buku 40 20 R1.40
30 R1.50
kanak- 40
50 M1.10
kanak M1.20
10 M1.30
SEKOLAH RENDAH 41 60 20 M1.40
1. 61 80 30 M1.50
40
(PRA SEKOLAH- TAHUN 6)
50
81 100

101 Lebih
daripada
101

31 60

61 90

SEKOLAH MENENGAH 91 120
2. 121 150

(PERALIHAN – TINGKATAN 6)

Lebih
151 daripada

151

CONTOH SOKONGAN DENGAN DAPATAN KAJIAN/TINJAUAN BERKAITAN
DENGAN KUALITI BUKU

BAHAN BUKU BAHAN BUKAN BUKU JUM.
BAHAN DI
MURID JUM. MUKA NILAI JUMLAH JUM. NILAI JUMLAH JUM. JUM. MG
(PRASEK. - BAHAN MG MG BAHAN BACA
TAHUN 6) BUKU SURAT MG MG BUKAN
BUKU (J)
CTH A+H=J
SEK 1 (A) (B) (C) (D) (E) (F) (G) (H) (I)
26
A B C AxC= E F E x F = G G ÷ 10 = H D+G=
D I

24 16 10 240 5 5 5 X 5 = 25 2 265

SEK 2 24 65 40 960 5 5 5 X 5 = 25 2 985 26

SEK 3 24 120 50 1200 5 5 5 X 5 = 25 2 1225 26

10 16 10 100

SEK 4 4 5 4 X 5 = 20 2 870 27
30
15 125 50 750

SEK 5 20 130 50 1000 20 5 20 X 5 = 10 1100
100

 10 mata ganjaran bagi Bahan Bukan Buku = 1 buku

5.4 Kawalan

Sekolah membentuk satu mekanisma pengurusan program galakan
membaca dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas membaca di
sekolah. Masa untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini boleh dibuat di dalam
kelas semasa PdP secara merentas kurikulum dan juga aktiviti-aktiviti di
luar kelas. Semua bacaan ini direkodkan dan diurus secara sistematik.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 9

Pengesanan pembacaan dibuat melalui rekod bacaan yang diisi oleh
murd-murid. Rekod bacaan boleh disediakan berdasarkan contoh-contoh
yang dilampirkan, (Rujuk Lampiran) BOLEH DIUBAHSUAI UNTUK
KEBERKESANAN PENGGUNAAN. Pihak pengurusan sekolah perlu
memastikan semua rekod bacaan murid disahkan dan jumlah pembacaan
serta penghasilan selepas pembacaan mereka setiap tahun disedia dan
dikemaskini. Tanggungjawab untuk pengesahan bacaan dan
pembentukan kemahiran selepas membaca tidak terletak kepada guru
kelas/tingkatan dan guru-guru bahasa sahaja, tetapi diperluaskan kepada
semua guru mata pelajaran dan juga ibu bapa di rumah.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Pelaksanaan

Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dilaksanakan di bawah
seliaan JPN dengan kerjasama dan pemantauan oleh BTPN dan
rangkaiannya sebagai urus setia. Pelaksanaan program NILAM di
peringkat JPN dan BTPN serta rangkaiannya termasuklah memastikan
pelaksanaan program NILAM itu sendiri seperti yang telah dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005, menyelia, menilai dan melapor
untuk tujuan penambahbaikan dan penyuburan.

Dokumen panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut
kesesuaian sekolah. Walau bagaimanapun kerangka asas yang menjadi
asas kepada konsep dan pelaksanaan Program NILAM yang
ditambahbaik yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
perlulah dipatuhi. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang
berkesan dan inovatif mengikut kreativiti masing-masing. Perkara yang
perlu dihuraikan dengan jelas dalam dokumen panduan tersebut:

a. Cadangan jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya;
 Pelancaran NILAM,
 Promosi NILAM
 Bicara Buku
 Resensi Buku
 Literasi Maklumat
 Bicara buku dengan Penulis
 Penghasilan karya penulisan
 Buku skrap
 Folio
 Koleksi keratan akhbar
 Pengucapan awam/Kemahiran berkomunikasi
 Kemahiran membaca

 Jejak Maklumat
 Forum buku/pidato buku/debat buku
 Pertanding reka cipta/melukis
 aktiviti lain mengikut kesesuaian dan keperluan.

b. Peranan warga sekolah

 Pentadbir
 GPM
 Guru Penyelaras Pusat Sumber
 Guru mata pelajaran

c. Penglibatan ibu bapa dan komuniti

 Perpustakaan keluarga
 Membantu, memantau dan menyokong aktiviti bacaan.
 Aktiviti-aktviti kemasyarakatan
 Penglibatan ibu bapa dalam Program Khidmat Bantu PSS.

d. Jenis bahan bacaan
 Bahan buku bercetak / buku digital
Buku fizikal, e-Book, audio book, interactive book, audio
book, wordless book

Spesifikasi buku (minimum)
 Pra Sekolah hingga Tahun 6 (21 - 40 ms)
 Sekolah Menengah Peralihan -Pra Diploma (51 – 80 ms)
 Murid-murid Berkeperluan Khas

Bahan bukan buku
 Jurnal
 Brosur berilmiah/risalah berilmiah
 Majalah
 Artikel/ Rencana
 Komik
 Laporan
 Peta
 Cerpen
 Katalog berilmiah
 Manual Pengguna
 Carta
 Poster
 Buletin
 Buku Skrap

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1
1

e. Rekod bacaan
 Buku rekod NILAM
 Rekod digital

f. Pengesanan dan penilaian
 Jumlah buku dan bahan bukan buku
 Jumlah bahan di baca
 Jumlah mata ganjaran terkumpul
 Pelaksanaan aktiviti pengayaan selepas pembacaan
 Eviden

6.2 Jawatankuasa pelaksanaan Program NILAM perlu ditubuhkan di semua
negeri yang bertanggungjawab kepada BTP selaku urus setia
Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca, KPM. Jawatankuasa ini
juga bertugas merancang dan melaksanakan Program NILAM di
peringkat negeri.

7. KESIMPULAN

Program NILAM yang ditambahbaik adalah satu pendekatan yang
memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan
keupayaan diri membentuk dan membudayakan tabiat membaca.
Kepelbagaian jenis bahan bacaan yang disokong dengan pembinaan
pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan diharap dapat
melestarikan budaya membaca itu dalam kalangan murid-murid.
Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan
rekod yang sahih dapat dijadikan sumber rujukan bagi pihak-pihak yang
berminat mengkaji atau menjadikannya sebagai contoh untuk
dilaksanakan.

1. PANDUAN PELAKSANAAN

Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi
yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak
sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program
ini.

1.1 Taklimat Pengetua / Guru Besar

Sebagai pentadbir sekolah, Guru Besar atau Pengetua harus
memahami konsep dan matlamat program untuk dijelaskan kepada
warga sekolahnya. Perkara-perkara yang perlu dijelaskan adalah
seperti berikut :

a. Latar Belakang gerakan membaca
b. Apa itu NILAM
c. Tujuan NILAM
d. Aktiviti NILAM (pembacaan)
e. Aktiviti NILAM (selepas pembacaan)
f. Bahan bacaan
g. Sistem kawalan
h. Sistem ganjaran

1.2 Mesyuarat Guru

Kefahaman guru-guru terhadap program membolehkan mereka
merangka beberapa strategi pelaksanaan yang berkesan. Strategi
yang dimaksudkan ialah :

a. Menyediakan carta organisasi
- Menentukan peranan guru GPM, guru PSS, guru
kelas dan guru mata pelajaran
- Menyediakan senarai tugas / penglibatan semua staf.

b. Merancang, menyusun dan memantau aktiviti

c. Kecukupan bahan bacaan dan strategi untuk menambah
koleksi

d. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi :
- Pelaksanaan aktiviti pembacaan
- Pelaksanaan aktiviti pengayaan selepas pembacaan
- Pengumpulan data
- Pengesahan
- Pengawalan
- Penilaian.

1.3 Pengesanan, pengawalan dan penilaian Program

Keberkesanan program ini ditentukan melalui perkara-perkara
berikut :

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1
3

a. Memastikan semua guru terlibat dalam pelaksanaan program.

b. Meminta/paksa murid untuk merekodkan bacaan dan aktiviti
selepas bacaan mereka ke dalam Buku Rekod NILAM.

c. Guru-guru bertanggungjawab untuk menyemak, menilai dan
mengesahkan bacaan serta aktiviti murid dalam Buku Rekod
NILAM

d. Memastikan pengumpulan data dilaksanakan pada masa yang
ditentukan.

e. Masalah dan halangan dalam pelaksanaan program di
maklumkan di dalam mesyuarat-mesyuarat bersama guru-guru.

f. Menentukan insentif-insentif kepada murid-murid yang terlibat
secara aktif di peringkat sekolah

f. Mengumpul dan menyerahkan data NILAM kepada penyelaras
program

f. Menyerahkan fail/dokumen rekod bacaan murid kepada guru
penyelaras NILAM pada hujung tahun untuk diasingkan
mengikut kelas baharu pada tahun berikutnya

2. BAHAN

2.1 Penyediaan bahan bacaan yang mencukupi adalah faktor utama
untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan program. Selain
daripada itu, buku/dokumen panduan pelaksanaan dan juga Buku
Rekod Bacaan NILAM menjadi bahan sokongan untuk
pengesanan, pengawalan dan penilaian program secara
keseluruhan.

a. Bahan bacaan

Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku
dan bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan
diperoleh dari pelbagai sumber.

Buku

Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada
dalam bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh
diperolehi dari koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah,
Perpustakaan Awam, Perpustakaan bergerak, Perpustakaan

Desa, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan di
storan digital dan juga dari internet.

Bahan bukan buku

Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku
seperti surat khabar, jurnal, majalah, komik, laporan, poster,
brosur dan lain-lain.

b. Rekod Bacaan

Buku Rekod Bacaan NILAM digunakan untuk merekod
aktiviti bacaan buku/bahan yang dilakukan oleh murid. Buku
ini turut merekod segala aktiviti pengayaan selepas
pembacaan yang dilakukan oleh murid selepas membaca
sesebuah buku/bahan. Pihak sekolah boleh merujuk format
rekod bacaan yang telah disediakan. (Sila rujuk lampiran)
untuk cadangan format Buku Rekod Bacaan NILAM.

c. Bahan/dokumen panduan

Buku panduan “NILAM Baharu – Panduan Pelaksanaan di
Sekolah” akan menjadi dokumen rujukan utama bagi
panduan pelaksanaan program NILAM di sekolah-sekolah.
Klip video akan turut disediakan bagi menjelaskan lagi
konsep dan cadangan pelaksanaan program ini kepada
semua warga sekolah. Contoh-contoh aktiviti akan
dimasukkan ke dalam buku panduan tersebut sebagai
rujukan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh
mengolah semula cadangan aktiviti tersebut mengikut
kreativiti dan kesesuaian murid-murid di sekolah.

2.2 Kesesuaian Bahan

a. Pra sekolah dan Sekolah Rendah

Bilangan muka surat : Minima buku kanak-kanak
Saiz font : 12 – 18
Illustrasi yang menarik dan berwarna-warni
Struktur ayat yang mudah kepada kompleks
Gaya bahasa yang menarik

b. Sekolah Menengah (Peralihan-Tingkatan 5 dan
Tingkatan 6)

Bilangan muka surat : minima 31 muka surat
Berdasarkan kebolehan dan minat murid
Buku fiksyen dan bukan fiksyen
Novel remaja yang bersesuaian
Bahan yang membolehkan murid berfikir secara konkrit dan
matang

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1
5

Buku yang bertema dan plot yang lebih kompleks

3. PERANAN

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program ini, semua pihak perlu
bekerjasama dalam memahami dan melaksanakan tugas mengikut fungsi
masing-masing. Setiap peringkat bahagian di organisasi yang dinyatakan di
bawah ini mempunyai peranan tertentu seperti berikut :

3.1 Peranan di peringkat Bahagian dan Jabatan

a. Bahagian Teknologi Pendidikan

 Menentukan dasar dan garis panduan
 Merancang dan mengurus program dan aktiviti
 Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
 Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan
 Memantau pelaksanaan
 Menyediakan laporan pelaksanaan
 Penilaian program
 Menyediakan Buku Panduan Program NILAM
 Urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca KPM

b. Jabatan Pendidikan Negeri

 Mempengerusikan jawatankuasa induk Gerakan Tabiat
Membaca peringkat negeri

 Merancang dan mengurus program dan aktiviti
 Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
 Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM Negeri
 Memantau pelaksanaan
 Menyediakan laporan pelaksanaan
 Penilaian program

c. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

 Urus Setia jawatankuasa kerja Gerakan Tabiat Membaca
peringkat negeri.

 Merancang dan mengurus program dan aktiviti.

 Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi
kerajaan dan swasta.

 Menguruskan pemilihan Tokoh NILAM negeri.
 Memantau pelaksanaan.
 Menyediakan laporan pelaksanaan
 Penilaian program

d. Pejabat Pelajaran Daerah

 Mempengerusikan jawatankuasa induk Gerakan Tabiat
Membaca peringkat daerah

 Mengurus program dan aktiviti
 Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
 Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM Daerah
 Memantau pelaksanaan
 Penilaian program

e. Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (Sabah dan Sarawak)

 Urus setia jawatankuasa kerja Gerakan Tabiat Membaca
peringkat bahagian

 Merancang dan mengurus program dan aktiviti
 Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
 Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM bahagian
 Memantau pelaksanaan
 Menyediakan laporan pelaksanaan
 Penilaian program

f. Pusat Kegiatan Guru

 Urus setia jawatankuasa kerja Gerakan Tabiat Membaca
peringkat daerah

 Membantu mengurus program dan aktiviti
 Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
 Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM daerah
 Memantau pelaksanaan
 Menyediakan laporan pelaksanaan
 Penilaian program

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1
7

3.2 Peranan di peringkat sekolah

Setiap warga pendidik dan komuniti sekolah memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan tertentu.
Peranan yang dimainkan adalah sepeti berikut:

a. Penasihat - Pengetua / Guru Besar
Pengetua/Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab
memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.

b. Pengerusi - Penolong Kanan 1

 Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program
NILAM.

 Memahami dasar dan matlamat program.
 Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
 Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar

melalui:
o Penyeliaan
o Perjumpaan dengan guru
o Temu bual murid dan ibu bapa secara informal
o Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program

NILAM.
o Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan

program.
o Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar

yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
o Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
o Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan
o Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM

c. Timbalan Pengerusi – PK Kurikulum / PK HEM / Penyelia Petang

 Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.
 Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,

memantau dan menilai Program NILAM.
 Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM.

Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program
NILAM dan mengambil tindakan.
 Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
 Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut
perancangan.

 Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

d. Penyelaras Program – Guru Perpustakaan dan Media

 Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada
setiap awal tahun.

 Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang
hendak dilaksanakan.

 Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
 Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
 Memastikan program berjalan dengan lancar.
 Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di

peringkat sekolah.
 Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM

peringkat negeri.
 Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada

Pengetua/Guru Besar.
 Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

e. Setiausaha – Guru NILAM

 Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
 Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
 Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
 Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
 Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data)

dan menyerahkan kepada penyelaras program.
 Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis

untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan
kepada Pengerusi.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

f. Penolong Setiausaha – Guru Data NILAM

 Mengumpul data rekod membaca dan aktiviti murid daripada
Guru Tingkatan/Kelas setiap bulan.

 Memasukkan data ke pengkalan data.
 Menganalisis data rekod membaca dan aktiviti murid dan

menyerahkannya kepada Guru NILAM
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1
9

g. Ketua Bidang / Ketua Panitia

 Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk
murid.

 Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan
berkualiti.

 Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM
bersama-sama Penyelaras Program.

 Memantau pelaksanaan Program NILAM.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan aktiviti murid.

i. Guru Kelas / Guru Tingkatan

 Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
 Memastikan setiap murid mempunyai buku catatan.
 Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara

aktif.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan aktiviti murid.
 Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data

NILAM.
 Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut

perancangan.
 Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap

hujung bulan.
 Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak diberi

pengiktirafan.

j. Guru Perpustakaan

 Membuat penggredan buku.
 Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan

Program NILAM.
 Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal)
 Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk

menyokong Program NILAM.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan aktiviti murid.

k. Guru mata pelajaran

 Menggalakkan murid mengikuti program NILAM dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti pembacaan secara merentas
kurikulum

 Menyokong dan menggalakkan murid melaksanakan aktiviti-
aktivit pembelajaran berasaskan kepada bahan pembacaan
murid

 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan aktiviti murid.

k. Wakil PIBG

 Menjadi pengantara untuk menyampaikan maklumat program
NILAM kepada ibu bapa.

 PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusi-
institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat
nasihat, sumbangan buku dan kewangan.

l. Ibu Bapa

Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk anak-
anak, malahan mereka turut memainkan peranan penting dalam
menjayakan program ini. Matlamat program lebih mudah tercapai
sekiranya mereka :

 Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan
bimbingan daripada ibu bapa.

 Menyediakan bahan bacaan di rumah (jika berkemampuan)
 Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain

(Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan
Bergerak dan sebagainya)
 Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk
dibaca, menggunakan ilmu daripada bahan tersebut dan
seterusnya membuat catatan.
 Mengesah dan menandatangani rekod bacaan anak-anak.
 (Sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah)

m. Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program NILAM ini.
Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan
agen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut :

 Membantu murid untuk meminjam buku di PSS.
 Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2
1

 Membantu guru PSS menyediakan pinjaman kelompok (bulk
loan).

 Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid.
 Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

n. Murid

Program ini memerlukan penglibatan aktif murid-murid secara langsung.
Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan menentukan kejayaan
program NILAM atau sebaliknya. Peranan murid-murid adalah seperti
berikut :

 Membaca sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan.

 Memastikan mereka membaca bahan-bahan mengikut tahap
yang telah ditetapkan.

 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
daripada hasil pembacaan tersebut dalam aktiviti-aktiviti
pengayaan selepas pembacaan.

 Merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca dan aktiviti yang
telah dilaksanakan selepas pembacaan.

4. CARTA ALIR PENGURUSAN NILAM
4.1 Urutan Pengurusan NILAM Peringkat KPM ke JPN

PKG KPPM / BTPN
PENGARAH BTP
PENGARAH JPN

PPD

SEKOLAH

4.2 Urutan Pengurusan NILAM Peringkat Sekolah Menengah

PENGETUA

PK PENTADBIR

KETUA BIDANG
BAHASA
GPM

KETUA PANITIA
BAHASA

GURU KELAS

MURID
4.3 Urutan Pengurusan NILAM Peringkat Sekolah Rendah

GURU BESAR

PK PENTADBIRAN

GPM

KETUA PANITIA
BAHASA

GURU KELAS

MURID

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2
3

5. PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah satu perkara yang amat penting dalam
pelaksanaan Program NILAM. Data bacaan dan aktiviti setiap murid perlu
dikumpulkan bagi membolehkan laporan kemajuan bacaan dan juga
keberhasilan selepas pembacaan dibuat. Bagi menjamin keberkesanan
program dicadangkan pengumpulan data seperti langkah-langkah berikut:

5.1 Butiran maklumat pembacaan murid perlu diisi oleh guru
kelas/guru tingkatan dalam Sistem Indeks Kualiti NILAM
(IQNILAM) yang disediakan oleh guru data pada setiap minggu
pertama bulan berikutnya.

5.2 Guru Data Program NILAM akan mengemaskini sistem IQNILAM.

5.3 Peringkat Pengumpulan

 Peringkat individu
 Peringkat kelas / tingkatan
 Peringkat sekolah
 Peringkat PKG
 Peringkat BTPN
 Peringkat BTP

Contoh Paparan hadapan Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM):

Jadual 8 :Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM)

5.4 Pengisian Butiran Bacaan

Laporan butiran bacaan disediakan dengan :

a. Guru mengisi butiran bacaan ke dalam kad kemajuan setiap
tahun berdasarkan entri dalam buku rekod bacaan yang telah
disahkan.

b. Pada setiap akhir tahun persekolahan jumlah bahan bacaan
dan aktiviti akan dihitung dan diberi pengiktirafan sekiranya
murid telah mencapai kadar minimum pencapaian NILAM.

c. Pencapaian keseluruhan di atas dicatatkan ke dalam :
 Buku Rekod NILAM
 Kad Kemajuan
 Surat Berhenti sekolah
 Surat Akuan Sekolah

d. Sekiranya diperlukan maklumat bacaan terperinci boleh
diperolehi daripada rekod berpusat atau rekod bacaan murid.

Contoh Rekod Pengiktirafan Pencapaian Program NILAM dalam Rekod Kemajuan Murid. (Dicadangkan diletakkan di
bahagian belakang Rekod Kemajuan Murid)

Sekolah Rendah

PENGIKTIRAFAN Sekolah Rendah ( Pra Sekolah - Tahun 6)

1 BINTANG 144 - 287

2 BINTANG 288 - 431

3 BINTANG 432 - 575

4 BINTANG 576 - 719

5 BINTANG 720 ke atas

Jadual 9 : Rekod Pencapaian Program NILAM (SR)

PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah ( Peralihan - Tingkatan 5)

1 BINTANG 120 - 239

2 BINTANG 240 - 359

3 BINTANG 360 - 479

4 BINTANG 480 - 599

5 BINTANG 600 ke atas

Jadual 10 : Rekod Pencapaian Program NILAM (SM)

PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah

( Tingkatan 6 Bawah – Tingkatan 6)

1 BINTANG 48 - 95

2 BINTANG 96 - 143

3 BINTANG 144 - 191

4 BINTANG 192 - 239

5 BINTANG 240 ke atas

Jadual 11 : Rekod Pencapaian Program NILAM (SM- Tingkatan 6)

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2
5

SKOR ASPEK PENGLIBATAN KOKURIKULUM BAGI PROGRAM NILAM
YANG DITAMBAHBAIK

MARKAH

PROGRAM NILAM 5 4 3 2 1

Bintang Bintang Bintang Bintang Bintang

Sekolah 76543

Zon/Daerah/Bahagian 8 7 6 5 4

Negeri 9

Kebangsaan 10

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN SELEPAS
PEMBACAAN

Bagi menilai keberhasilan aktiviti pembacaan murid-murid, aktiviti-aktiviti
pengayaan selepas pembacaan perlu dilaksanakan. Pelaksanaan dan penilaian
aktiviti-aktiviti ini memerlukan penglibatan semua guru (di sekolah) dan juga ibu
bapa ( di luar sekolah)

1. Contoh aktiviti pengayaaan selepas pembacaan
 Bercerita
 Membaca bersama
 Mengulas buku
 Bicara Buku / diskusi buku
 Syarahan
 Forum
 Lakonan / sketsa
 Resensi Buku
 Deklamasi sajak
 Berpantun
 Mencipta lirik lagu
 Radio Sekolah
 Tunjuk cara
 Lukisan/poster
 Menulis/menghasilkan buku
 dan lain-lain

a. Bercerita

Bercerita kepada rakan / pendengar tentang isi cerita sesebuah buku.

 Dilaksanakan secara formal / informal sama ada di sekolah,
rumah, taman-taman, tapak perkhemahan dan sebagainya.

 Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk
murid, guru, keluarga, jiran dan lain-lain.

 Mencatatkan butiran aktiviti dalam Buku Rekod Bacaan NILAM
 Mendapatkan pengesahan dari guru, ibu bapa atau komuniti.

b. Membaca Bersama

Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama .

 Dijalankan secara formal / informal di kelas, kantin, rumah,
taman dan sebagainya.

 Masa – tidak ditentu/tidak dihadkan.
 Ahli terdiri daripada sesiapa sahaja.
 Rekodkan aktiviti dalam Buku Rekod Bacaan NILAM .
 Guru, guru kelas dan ibu bapa boleh mengesahkan aktiviti

sedang dijalankan.

c. Ulasan Buku

Menyampaikan ulasan buku yang telah dibaca di hadapan umum.
Contohnya : Kelas, perhimpunan atau dalam kumpulan. Antara
kandungan ulasan buku ialah judul, pengarang, penerbit, sinopsis, tema
dan penerapan nilai-nilai murni.
Pada akhir sesi, pengulas akan menggalakkan murid-murid untuk
membaca buku tersebut.

 Aktiviti dijalankan secara formal / informal.
 Pengesahan diberi kepada murid yang melaksanakan aktiviti tersebut.
 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mana-mana guru boleh mengesahkan aktiviti sedang dijalankan.

d. Bicara Buku / Diskusi Buku

Membicarakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya
satu daripada aspek berikut :

 Kritikan umum tentang buku
 Membicarakan tentang penulis
 Memberikan pandangan dan cadangan
 Kelebihan dan keistimewaan buku itu

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2
7

 Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku
 Penggunaan bahasa
 Guru atau Guru Pembimbing boleh mengesahkan aktiviti yang

dijalankan

e. Syarahan

Menyampaikan syarahan mengenai sesuatu topik berdasarkan pembacaan
dan rujukan daripada beberapa buah buku.

 Dilaksanakan secara formal, di kelas dalam perhimpunan,
pertandingan dan sebagainya.

 Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja.
 Pengesahan boleh diberi kepada murid yang melaksanakan aktiviti

tersebut.
 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru pembimbing.

f. Forum

Merupakan perbincangan terbuka sama ada diperingkat sekolah atau
peringkat yang lebih tinggi.

 Dijalankan secara formal.
 Panel terdiri daripada sekumpulan murid atau panel yang dilantik.
 Sekurang-kurangnya dua orang panel.
 Pengesahan boleh diberi kepada murid yang terlibat.
 Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja.
 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru.

g. Lakonan / Sketsa

 Sekumpulan murid melakonkan semula watak-watak berdasarkan:
 Bagi aktiviti kumpulan, pengesahan yang sama diberikan dkepada

setiap ahli yang terlibat dalam lakonan.
 Aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan dan lain-

lain.

h. Deklamasi Sajak

Deklamasi sajak dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di
peringkat yang lebih tinggi.

 Dijalankan secara formal / informal.

 Murid menyampaikan deklamasi sajak dihadapan pendengar.
Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid,
guru, dan warga sekolah.

 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

i. Berpantun

Berpantun dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di
peringkat yang lebih tinggi.

 Dijalankan secara formal / informal.
 Murid menyampaikan pantun dihadapan pendengar. Pendengar boleh

terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid, guru, dan warga
sekolah.
 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

j. Mencipta Lirik Lagu dan Persembahan.

Mencipta lirik lagu berdasarkan buku yang dibaca dan dipersembahkan di
dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di peringkat yang lebih tinggi. Lirik
dan lagu yang dicipta, merupakan lagu yang pendek dan mudah.

 Dijalankan secara formal / informal.
 Murid mempersembahkan hasil karya dalam bentuk lagu dihadapan

pendengar.
 Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid,

guru, dan warga sekolah.
 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

k. Radio Sekolah

Radio Sekolah dijalankan di dalam bilik khas, bilik audio, studio sekolah,
atau tempat yang telah disediakan. Radio sekolah merupakan program
yang mengasah bakat murid menjadi seorang penyampai radio. Bahan
persembahan boleh terdiri daripada promosi bahan-bahan di pusat sumber
atau program-program sekolah.

 Dijalankan secara formal / informal.
 Murid menyampaikan Radio Sekolah dihadapan pendengar On-Air

Radio Sekolah.
 Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid,

guru, dan warga sekolah.
 Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
 Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru atau guru

pembimbing.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2
9

2. Penilaian dan pengesahan aktiviti di dalam dan di luar
sekolah.

Aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan yang dilakukan oleh murid di
dalam persekitaran sekolah ataupun aktiviti-aktiviti di bawah kelolaan sekolah
tetapi dijalankan di luar sekolah, boleh dinilai dan disahkan oleh semua guru
mata pelajaran di sekolah.

Manakala aktiviti di luar sekolah, penilaian dan pengesahan boleh dilakukan
melalui pengesahan Sijil Penyertaan / Sijil Penghargaan / Surat Penyertaan atau
dokumen-dokumen yang berkaitan. Semua aktiviti yang disertai boleh disahkan
oleh beberapa orang seperti dalam senarai berikut :

a. Pihak penganjur
b. Pengerusi majlis program
c. Presiden Kelab / Persatuan
d. Ketua kampung
e. Pengerusi PIBG
f. Ibu / Bapa / Penjaga

Lampiran 1A

DAPATAN SOAL SELIDIK MENGAPA MURID-MURID
SEKOLAH RENDAH KURANG MEMBACA

BIL ALASAN JUMLAH PERATUS
1. Tidak ada masa 289 72.25
2. Lebih suka bermain 179 44.75
3. Membaca membosankan 165 41.25
4. Buku tidak cukup 147 36.75
5. Buku tidak menarik 121 30.25
6. Membantu kerja ibu bapa 118 29.5
7. Lebih suka menonton TV dan mendengar radio 113 28.25
8. Tidak ada peluang ke pusat sumber atau perpustakaan 107 26.75
9. Banyak kerja rumah / homework 102 25.5
10. Tidak minat membaca sejak kecil 99 24.75
11. Keletihan 96 24.00
12. Tidak mahir membaca 77 19.25
13. Suasana tidak selesa / bising 76 19.00
14. Tidak mampu membeli buku 68 17.00
15 Malas 66 16.5
16. Buku tidak sesuai 31 7.75

Nota :
1. Bilangan responden terlibat sebanyak 400 orang.
2. Responden boleh memilih lebih daripada satu alasan.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3
1

Lampiran 1B

DAPATAN SOAL SELIDIK MENGAPA MURID-MURID
SEKOLAH MENENGAH KURANG MEMBACA

BIL PERKARA JUMLAH PERATUS
1. Tidak ada masa 175 67.31
2. Membaca membosankan 163 62.69
3. Malas 133 51.15
4. Buku tidak menarik 132 50.77
5. Suasana tidak selesa atau bising 100 38.46
6. Tidak mampu membeli buku 83 31.92
7. Keletihan 81 31.15
8. Lebih suka menonton TV dan mendengar radio 79 30.38
9. Lebih suka bermain 76 29.23
10. Buku tidak cukup 62 23.85
11. Tidak mahir membaca 60 23.08
12. Banyak kerja rumah / homework 59 22.69
13. Tidak minat membaca sejak kecil 57 21.92
14. Tiada galakan ibu bapa / guru 57 21.92
15. Tidak ada peluang ke pusat sumber atau perpustakaan 54 20.77
16. Buku tidak sesuai 46 17.69
17. Cenderung kepada bahan berunsur hiburan 41 15.77
18. Penulisan yang tidak berkualiti 28 10.77
19. Membantu kerja ibu bapa 14 5.38
20. Media elektronik lebih menarik 14 5.38

Nota :
1. Bilangan responden terlibat sebanyak 260 orang.
2. Responden boleh memilih lebih daripada satu alasan.

Lampiran 1C

DAPATAN SOAL SELIDIK MENGAPA MURID-MURID
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KURANG MEMBACA

BIL PERKARA JUMLAH PERATUS
1. Tidak ada masa 464 70.30
2. Membaca membosankan 328 49.70
3. Lebih suka bermain 255 38.64
4. Buku tidak menarik 253 38.33
5. Buku tidak cukup 209 31.67
6. Cenderung kepada bahan berunsur hiburan 199 30.15
7. Lebih suka menonton TV dan mendengar radio 192 29.09
8. Keletihan 177 26.82
9. Suasana tidak selesa / bising 176 26.67
10. Tidak ada peluang ke pusat sumber atau perpustakaan 161 24.39
11. Banyak kerja rumah / homework 161 24.39
12. Tidak minat membaca sejak kecil 156 23.64
13. Tidak mampu membeli buku 151 22.88
14. Tidak mahir membaca 137 20.76
15. Membantu kerja ibu bapa 132 20.00
16. Buku tidak sesuai 77 11.67
17. Malas 57 8.64
18. Tiada galakan ibu bapa 41 6.21
19. Penulisan yang tidak berkualiti 28 4.24
20. Media elektronik lebih menarik 14 2.12

Nota :
1. Bilangan responden terlibat sebanyak 660 orang.
2. Responden boleh memilih lebih daripada satu alasan.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3
3

Lampiran 2

SEJARAH JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Tahun Jauhari Rakan
Sekolah Rendah Sekolah Menengah Pembaca

1998 Tahun 1

1999 Tahun 1 & 2 Tingkatan 1 Tahun 2001
- Mula
2000 Tahun 1 , 2 & 3 Tingkatan 1 & 2 pelaksanaan
Tahap RP
2001 Tahun 1 , 2 , 3 & 4 Tingkatan 1 , 2 & 3 Program
NILAM di
2002 Tahun 1 , 2 , 3 , 4 & 5 Tingkatan 1 , 2 , 3 & 4 sekolah rendah
dan tahun
2002 di
sekolah
menengah.

2003 Tahun 1 , 2 , 3 , 4 , 5 & 6 Tingkatan 1 , 2 , 3 , 4 & 5

Lampiran 3

AKTIVITI MEMBACA

Asas / Teras Pemupukan Membaca Pengayaan

A. Akitiviti yang dilaksanakan A. Aktiviti yang dilaksanakan A. Aktiviti yang dijalankan
bertujuan untuk memberi bertujuan untuk untuk menjadikan
kemahiran asas kepada meningkatkan bacaan pembacaan sebagai satu
murid-murid. Kemahiran ini murid-murid dan budaya dan amalan
meliputi bacaan skimming, memupuk tabiat berterusan.
scanning, tinjauan menelaah membaca.
dan bacaan tepat.

B. Penguasaan kemahiran asas B. Kesemua aktiviti ini B. Melalui aktiviti ini murid-
membaca membolehkan dijalankan serentak dan murid akan terus
murid-murid mendapat semua warga sekolah membaca dan
kemahiran belajar dan terlibat secara langsung. menggabungkan
mencari maklumat. Waktu pelaksanaannya kemahiran belajar,
ditentukan oleh pihak kemahiran berfikir, dan
sekolah. kemahiran mencari
maklumat.

C. Kemahiran asas membaca C. Contoh aktiviti yang C. Antara aktiviti yang
ini dilaksanakan melalui dijalankan ialah : dijalankan ialah :
aktiviti seperti :
- Laluan Iqra’ - Choral Speaking
- Projek CAKNA - Membaca Bersama - Pertandingan Bercerita
- Khemah Membaca - Hentian Ilmu - Bina Minda
- Bengkel Membaca - Bacalah Sayang - Berbalas Pantun
- Minggu Membaca - Semarak Minda - Pidato
- Bulan Membaca - Mindaku Berkreatif - Perbahasan
- Kerja Projek - 10 Minit Bersama Buku - Kuiz Pengetahuan
- Projek Kemahiran - Projek Banyak - Perbincangan Buku
- Pesta Buku
Maklumat Membaca - Pertandingan Buku
- Aktiviti Waktu - Jejak Maklumat
Skrap
Perpustakaan - Resensi Buku

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3
5

Lampiran 4

Contoh-contoh Aktiviti Bahasa Malaysia

1. Projek Pukal

1.1 Setiap kelas dibekalkan dengan buku-buku dalam kotak-kotak
yang mengandungi antara 50–100 naskah buku pada peringkat
awal dan ditambah dari masa ke semasa.

1.2 Setiap murid dibenarkan membaca dan meminjam buku setiap hari
sebanyak yang mampu.

1.3 Kerjasama guru kelas amat diperlukan dalam memastikan
kejayaan program.

1.4 Kerjasama ibu bapa dan penjaga juga diharapkan untuk membantu
membaca / menceritakan kepada anak-anak mereka isi buku yang
dipinjam.

1.5 Semua bahan bacaan akan dicatat dalam Rekod Bacaan NILAM.

2. Cergas! Cerdas!

2.1 Idea untuk projek galakan membaca Cergas! Cerdas! adalah
daripada satu program galakan membaca yang dikemukakan
dalam sebuah buku oleh Hilda K. Wisburg dan Ruth Toor yang
berjudul ‘Elementry School Librarian’s Almanac : A Complete
Media Program for Every Month of the School Year’.

2.2 Program yang dikemukakan di dalam buku tersebut kemudian
diubahsuai dan diperkembangkan lagi supaya boleh dilaksanakan
dengan mudah di peringkat sekolah. Untuk projek galakan
membaca ini murid-murid digalakkan membaca serta membuat
rekod bacaan bagi buku yang telah dibaca. Rekod bacaan adalah
dibuat di atas borang rekod bacaan yang disediakan khas.
Borang rekod bacaan yang disediakan membolehkan murid-murid
yang menyertai projek membuat rumusan mengenai buku yang
telah dibaca dengan mudah.

3. Program Banyak Membaca

Program ini adalah khusus untuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua
dikendalikan oleh seorang guru. Pelajar digalakkan membaca seberapa
banyak buku dan dicatat dalam borang-borang khas yang mana akan
dianalisis pada tiap-tiap akhir bulan untuk mengetahui jumlah buku yang
dibaca oleh setiap menentukan murid yang banyak membaca. Insentif
dalam bentuk hadiah diberi.

4. Anotasi Buku

Aktiviti khusus untuk Tingkatan 4, murid-murid digalakkan membaca
seberapa banyak buku pada setiap bulan dan membuat ulasan dengan
format yang seragam di dalam buku khas. Ulasan-ulasan ini akan
diperiksa oleh guru untuk menentukan bahawa murid-murid benar-benar
membaca. Analisis akan dibuat pada tiap-tiap bulan untuk menentukan
jumlah buku yang dibaca secara individu dan kelas. Buku yang dibaca
adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

5. Khemah Membaca

Khemah Membaca diadakan pada setiap tahun untuk murid-murid
Tingkatan Satu. Dalam aktiviti ini mereka akan didedahkan dengan
teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja
projek. Di akhir kursus para peserta akan membuat pameran dan
persembahan serta diberi sijil penyertaan.

6. Kuiz Bestari

Kuiz ini untuk Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6 Atas. Soalan-soalan akan
dikemukakan pada setiap bulan dan murid-murid akan mengembalikan
jawapan pada tarikh yang ditetapkan. Soalan-soalan yang dikemukakan
merangkumi tajuk-tajuk berkaitan dengan Ekonomi, Sejarah, bahasa dan
isu-isu semasa. Urus setia akan membuat semakan jawapan dan
menentukan pemenang.

7. Projek CAKNA

7.1 Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid

yang tidak boleh membaca. Murid membaca bahan tersebut

dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual di

tempat-tempat yang ditetapkan. Dalam aktiviti ini guru

pembimbing akan membantu murid yang tidak boleh menyebut

perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik.

Seterusnya murid diminta menceritakan semula untuk mengetahui

pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Murid yang

lebih baik tahap kefahamannya diminta mempersembahkan hasil

bacaaannya dalam bentuk grafik seperti komik, kartun dan kulit

buku.

7.2 Keberkesanan program ini dinilai melalui pembelajaran Bahasa
Melayu. Aktiviti ini juga dijalankan dalam bentuk pertandingan
kemudian dinilai dan diberi penghargaan.

8. Projek Iqra’

8.1 Semua murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima adalah wajib
menyertai projek membaca (IQRA’).

8.2 Setiap pelajar dikehendaki mempunyai sebuah buku rekod bacaan.
Mereka dikehendaki membuat catatan nama buku, nama
pengarang, penerbit dan juga sinopsis dari bahan yang dibaca.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3
7

8.3 Jumlah buku yang wajib dibaca oleh setiap murid tidak kurang
daripada 30 buah buku. Jumlah ini tidak termasuk bahan-bahan
bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar.

8.4 Buku rekod bacaan hendaklah dihantar di akhir setiap penggal
persekolahan kepada guru kelas masing-masing. Guru kelas
akan memeriksa buku tersebut dan membuat laporan kepada
pengetua tentang kemajuan yang dicapai oleh murid-murid.

9. Sepuluh Minit Bersama Buku

9.1 Semua guru dan murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam
7.30 pagi. Murid membaca di zon-zon yang disediakan mengikut
giliran yang telah dijadualkan.

9.2 Waktu Membaca :
a. Pada waktu pagi setiap hari pesekolahan mulai jam 7.30 pagi
hingga 7.40 pagi (10 minit).
b. Pada waktu rehat selepas makan
Tahap I : 10.15 pagi hingga 10.35 pagi dan;
Tahap 2 : 10.45 pagi hingga 11.05 pagi

9.3 Zon Membaca
Di pusat sumber, lorong, kaki lima, kantin, pondok bacaan dan
di mana sahaja yang difikirkan sesuai.

Bahan-bahan :
Buku-buku dari pusat sumber
Surat khabar dan majalah

10. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku)

10.1 Program ini dikembangkan daripada program Diskusi Buku / Bicara
Buku. Apabila disedari program ini tidak mencukupi semua warga
SMTM 1, maka diusahakan satu program yang lebih sistematik.

10.2 Program 1 + 1 = 100 ialah seorang guru / kakitangan membaca
sebuah buku dan disebarkan kepada 100 orang pendengar yang
lain.

10.3 Program ini juga dikembangkan kepada pelajar iaitu seorang murid
membaca sebuah buku, disebarkan dkepada 100 orang rakannya.

11. Semarak Penyayang

11.1 Satu kumpulan murid seramai 40 orang dipilih sebagai Penggerak
Pembaca (PP). Seramai 10 orang guru telah dilantik untuk
membimbing PP. Setiap ibu bapa angkat (guru pembimbing)
mempunyai empat orang PP.

11.2 Setiap PP diberi satu lencana SEMARAK PENYAYANG dan
sebuah beg berisi 10 buah buku. Buku-buku ini akan ditukar
dalam masa seminggu.

11.3 PP diberikan satu Buku Catatan Rekod Pembaca. PP akan
mempromosikan buku masing-masing kepada keluarga, jiran-jiran
dan rakan-rakan mereka. Setiap pembaca yang telah membaca
buku tersebut akan dicatatkan di dalam Buku Catatan Rekod
Pembaca. Keluarga juga akan digalakkan membuat buku sinopsis
sebagai koleksi bahan bacaan di PSS.

11.4 PP akan menghantar Buku Catatan Rekod Pembaca kepada ibu
bapa angkat masing-masing setiap minggu untuk disemak.

11.5 Lawatan oleh ibu bapa angkat ke rumah anak angkat dan
mengesan masalah yang dihadapi oleh keluarga untuk menerap
budaya membaca. Bimbingan untuk mewujudkan Perpustakaan
Keluarga.

11.6 Tokoh Pembaca akan dipilih di kalangan murid, guru, keluarga dan
juga PP terbaik kerana ramai mencari pembaca.

12 Program Jejak Maklumat

12.1 Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang
berkonsepkan ‘treasure Hunt’ atau ‘Explorace’. Pertandingan ini
adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan
kreativiti bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang
terdapat dalam pembacaan. Pertandingan ini turut menguji
ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat
berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

12.2 Terdapat lima perhentian yang meliputi lima segmen yang perlu
dilalui oleh para peserta secara individu dan berkumpulan seperti
berikut :

12.2.1 Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal
(Individu)

12.2.2 Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa (Individu)
12.2.3 Perhentian Ketiga : Segmen pemikiran kreatif (Individu

atau berkumpulan)
12.2.4 Perhentian Keempat: Segmen Uji Minda (Berkumpulan)
12.2.5 Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan (Berkumpulan)

Berakhir di Pusat Sumber Sekolah

(Aktiviti bagi setiap segmen boleh diubahsuai mengikut kesesuaian
sasaran dan tempat).

13. Contoh-contoh Aktiviti Bahasa Inggeris.

a. Spelling Bee
b. Action Song
c. Choral Speaking

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3
9
d. Book Review
e. Story Telling
f. Recite – Rhymes / Poem
g. Quiz
h. Jazz – Chants
i. Debate
j. Public Speaking
k. Dramatize

Lampiran 5

Penerangan Cara Merekod Bahan Bacaan Program NILAM

1. Bilangan.
 Merujuk kepada bilangan buku yang telah dibaca.

2. Tarikh.
 Merujuk kepada tarikh bahan bacaan itu mula dibaca.

3. Judul.
 Merujuk kepada tajuk bahan bacaan yang dibaca.

4. Bilangan muka surat.
 Merujuk kepada jumlah muka surat bahan bacaan yang dibaca.

5. Penerbit.
 Merujuk kepada nama penerbit bahan bacaan yang dibaca.

6. Tahun terbit.
 Merujuk kepada tahun bahan bacaan itu diterbitkan.

7. Pengarang.
 Merujuk kepada pengarang/penulis bahan bacaan yang dibaca.
 Untuk bahan bacaan seperti ensiklopedia, nama pengarang tidak
perlu dicatatkan.

8. Sumber.
 Merujuk kepada punca bahan bacaan itu diperolehi. Contoh:
sumber dari pusat sumber sekolah, perpustakaan, internet dll.

9. Bahan bacaan.

 Merujuk kepada jenis bahan bacaan bercetak atau bahan bacaan

bukan cetak.

 Perincian bahan bacaan bercetak:

i. Fiksyen : buku cerita

ii. Bukan Fiksyen : buku ilmiah

iii. Karya agung : karya yang dihasilkan oleh pujangga (ahli

falsafah dll) pada sesuatu zaman, karya terbaik yang

gemilang atau karya yang dicipta daripada daya intelek dan

daya kreativiti yang tinggi. Contohnya Hikayat Hang Tuah,

Hikayat Amir Hamzah.

iv. Karya besar : Satu cacatan ringkas yang padat dan
komprehensif yang dihasilkan daripada karya yang lebih
besar. Contohnya Ranjau Sepanjang karya Shahnon
Ahmad, Hamlet oleh William Shakespeare.
 Perincian bahan bukan cetak:

vi. E-book : catatkan alamat URL
: kategori ini termasuk bahan buku digital,
bahan buku audio (CD/DVD), aplikasi yang

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 4
1

dimuat turun dll.

10. Bahasa.
 Merujuk kepada bahasa bahan bacaan yang dibaca.

11. Buku ini mengenai.
 Merujuk kepada tema bahan bacaan yang dibaca.

12. Nilai Murni yang saya dapat daripada buku ini.
 Merujuk kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan
bacaan.

13. Buku ini menarik/ tidak menarik
 Merujuk kepada pandangan murid terhadap bahan bacaan yang
dibaca.

14. Rumusan Bacaan
 Gambaran tentang buku yang dibaca boleh diterjemahkan dalam
bentuk sinopsis, peta minda, lukisan, perbendaharaan kata dan
lain-lain.

Panduan Kategori Bahan Bagi Buku Rekod Bacaan NILAM

BIL MATA GANJARAN PANDUAN JENIS BAHAN

1. Buku fiksyen dan Buku  Bahan buku fiksyen dan bukan fiksyen ini boleh

bukan fiksyen dibaca dalam bentuk buku fizikal dan berbentuk e-

(Rujuk mata ganjaran book.

ikut bilangan muka surat)  Bahan komik berbentuk karikatur direkod sebagai

bahan fiksyen atau bukan fiksyen. Komik ini mesti

mempunyai unsur pembelajaran. Contoh: Komik

Sains, Komik Sejarah, Syok Komik Komsas dan

lain-lain lagi.

2. 5 mata ganjaran Jurnal

 Membaca satu jurnal lengkap. Kategori jurnal
yang digalakkan ialah Jurnal catatan buku harian,
jurnal dari surat khabar, dan semua jenis jurnal
ilmiah.

3. 4 mata ganjaran Laporan/majalah
 Laporan dan majalah perlu dibaca keseluruhan.

Jika murid baca sebahagian akan dikira sebagai
membaca petikan/ rencana atau artikel

4. 3 mata ganjaran Risalah/brosur
 Dalam bentuk pekeliling, bulletin, surat siaran,

surat edaran dan warta
 Risalah/brosur yang berilmiah sahaja diterima

5. 3 mata ganjaran Artikel/rencana/cerpen
 Bahan daripada akhbar, majalah atau atas talian

6. 3 mata ganjaran Peta
 Peta yang mengandungi informasi dan

mempunyai bahan-bahan yang boleh dibaca.

7. 3 mata ganjaran E-Bahan Pembelajaran / Kit Pembelajaran / Bahan
8. 2 mata ganjaran Bantu Belajar / CD Perisian Pendidikan / Video
Klip Berinformasi

 Murid boleh menggunakan bahan ini sama
ada secara amali atau membaca atas talian

 Semua bahan yang digunakan perlu
mempunyai informasi yang boleh dibaca.

 Bagi video klip dan semua bahan digital lain
mesti mengandungi perkataan-perkataan
penerangan yang boleh dibaca sahaja

Katalog/ Manual Pengguna/ Buku Skrap/ Buletin
 Katalog/Manual pengguna ialah senarai atau
daftar nama buku, barang dan lain-lain dalam
susunan tertentu (kadang-kadang terdapat
harganya sekali). Bahan ini perlu mempunyai
informasi yang boleh dibaca.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 4
3

9. 1 mata ganjaran  Buku Skrap perlu mempunyai informasi yang
boleh dibaca.

 Buletin ialah bahan bercetak yg berisi berita
atau pernyataan rasmi yang diterbitkan oleh
sesuatu organisasi

Carta/Poster/Komik
 Carta dan poster mesti mempunyai bahan
berinformasi yang boleh dibaca.
 Komik ini ialah bahan bacaan ringan bukan
berbentuk pembelajaran yang mempunyai
nilai-nilai murni tetapi komik berbentuk
pembelajaran dimasukkan ke dalam bahan
bacaan fiksyen dan bukun fiksyen.

*Bagi bahan bercetak atau bahan bukan bercetak yang tidak tersenarai dalam

jadual mata ganjaran, guru di sekolah boleh mempertimbangkan bahan tersebut
diletakkan dalam kategori bahan yang sesuai.

REKOD BACAAN MURID SEKOLAH RENDAH Lampiran 6

Tarikh : ___________

Tahun Terbit : _________________ Bahan : Buku Bukan Buku (Bulatkan)

Judul :_______________________________________________________

Nama Pengarang :_______________________________________________________

Penerbit : _______________________________________________________

Alamat URL (Jika sumber melalui internet) : ____________________________________

Buku : Bil muka surat buku : ___________ Bukan Buku: _____________

Kod : R 1.10 R1.20 R1.30 R1.40 R1.50 (Bulatkan) Kod : G1 G2 G3 G4 G5 (Bulatkan)

Rumusan

Aktiviti Pengayaan

Sila tandakan √ pada ruangan yang sesuai Aktiviti √ Pengesahan

Aktiviti √ Pengesahan Aktiviti √ Pengesahan Mendeklamasi sajak

Rumusan √ Wajib Mengeja

Amali Lakonan Lain-lain(nyatakan)
Melukis Bercerita ___________

Jumlah Aktiviti : ( )

Jumlah Bilangan Keseluruhan Bahan Yang Dibaca Dibawa Ke Hadapan

Buku : R1.10 ( ) R1.20 ( ) R1.30 ( ) R1.40 ( ) R1.50 ( )
)
Bahan Bukan Buku : G1 ( ) G2 ( ) G3 ( ) G4 ( ) G5 (

Aktiviti :( )

* Sila rujuk jadual di hadapan berkaitan bahan dan mata ganjaran

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 4
5

REKOD BACAAN MURID SEKOLAH MENENGAH Tarikh : _________

Tahun Terbit : _________________ Bahan : Buku Bukan Buku (Bulatkan)

Judul :_______________________________________________________

Nama Pengarang :_______________________________________________________

Penerbit : _______________________________________________________

Alamat URL (Jika sumber melalui internet) : ____________________________________

Buku : Bil muka surat buku : ___________ Bukan Buku: _____________

Kod : M 1.10 M1.20 M1.30 M1.40 M1.50 (Bulatkan) Kod : G1 G2 G3 G4 G5 (Bulatkan)

Rumusan

Aktiviti Pengayaan

Sila tandakan √ pada ruangan yang sesuai.

Aktiviti √ Pengesahan Aktiviti √ Pengesahan Aktiviti √ Pengesahan

Mendeklamasi sajak

Rumusan √ Wajib Mengeja

Amali Lakonan Lain-lain(nyatakan)
Melukis Bercerita ___________

Jumlah Aktiviti : ( )

Jumlah Bilangan Keseluruhan Bahan Yang Dibaca Dibawa Ke Hadapan

Buku : M1.10 ( ) M1.20 ( ) M1.30 ( ) M1.40 ( ) M1.50 ( )
)
Bahan Bukan Buku : G1 ( ) G2 ( ) G3 ( ) G4 ( ) G5 (

Aktiviti :( )

* Sila rujuk jadual di hadapan berkaitan bahan dan mata ganjaran

SENARAI MATA GANJARAN BAGI BAHAN BACAAN
Mata Ganjaran Bahan Buku

JUMLAH MUKA SURAT MATA KOD
BIL KUMPULAN PEMBACA GANJARAN R1.10

MIN MAX 10 R1.20
R1.30
Buku 40 20 R1.40
30 R1.50
kanak- 40
50 M1.10
kanak M1.20
10 M1.30
SEKOLAH RENDAH 41 60 20 M1.40
1. 61 80 30 M1.50
40
(PRA SEKOLAH- TAHUN 6) 50

81 100

101 Lebih daripada
101

31 60

61 90
120
SEKOLAH MENENGAH 91 150
2.
(PERALIHAN – Tingkatan 6)
121

151 Lebih daripada
151

Mata Ganjaran Bahan Bukan Buku

BIL BAHAN BERCETAK /BAHAN MATA GANJARAN KOD

BUKAN CETAK

1. Jurnal 5 G5
2. Laporan / Majalah 4 G4

3. Risalah / Brosur / Artikel / Rencana/ Peta / 3 G3

Cerpen/E-Bahan Pembelajaran/ Kit 2 G2
1 G1
Pembelajaran/ Bahan Bantu Belajar CD

Perisian Pendidikan/ Video Klip

Berinformasi

4. Katalog/ Manual Pengguna / Buku Skrap /

Buletin

5. Carta / Poster / Komik

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 4
7
Disediakan oleh:

Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekian


Click to View FlipBook Version
Previous Book
project idt 2nd
Next Book
Mi Seguridad La Revista