KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
(KPS)
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar
mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta
mahir dalam tugas pentaksiran. Personel berkenaan
bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada
hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens,
dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang
telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara ‘on
line’ dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha
Peperiksaan Sekolah.
PENTAKSIR SEKOLAH (PS)
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar
mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan
serta mahir dalam tugas pentaksiran.
Bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada
hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens,
dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang
telah diselaraskan ke LPM secara ‘on line’ dan salinan
bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan
Sekolah.
PENYELARASAN – KONSEP
Satu proses yang dijalankan untuk
memastikan keselarasan kefahaman
terhadap skema penskoran,
penggunaan yang betul bagi skema
penskoran dan skor yang betul bagi
setiap calon
PENYELARASAN
• penyelarasan pentadbiran
• keselarasan dari segi dokumen, panduan
pentaksiran, kaedah dan borang
pentaksiran
• pengurusan skor
• memastikan konstruk, aspek, elemen,
gred, markah dan skala skor yang
seragam
RASIONAL
Ciri PBS ialah pentaksiran dirancang, ditadbir,
diskor, dirumus dan dilaporkan di sekolah oleh
guru yang mengajar.
Dalam pelaksanaan PBS ini, kemungkinan
berlakunya ketidakadilan dalam pemberian
skor adalah akibat daripada ketidaksefahaman
terhadap skema penskoran.
PERSONEL:
• Pentaksir Kebangsaan
• Pentaksir Negeri
• Pentaksir Kawasan
• Ketua Pentaksir Sekolah
KAEDAH
Fasa 1
Penyelarasan Sebelum Pentaksiran
Fasa 2
Penyelarasan Semasa Pentaksiran
Fasa 3
Penyelarasan Selepas Pentaksiran
FASA 1 - PENYELARASAN SEBELUM
PENTAKSIRAN
Penyelarasan sebelum pentaksiran ialah
satu usaha / aktiviti / proses untuk
memastikan pentaksir mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
terselaras. Ini akan menjadikan pentaksir
lebih bersedia dan yakin untuk
melaksanakan PBS.
FASA 1 - PENYELARASAN SEBELUM
PENTAKSIRAN
Semua aktiviti yang dijalankan mestilah
menjurus kepada perkara-perkara yang
dapat menghasilkan keselarasan
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan
sikap di kalangan pentaksir
FASA 2 - PENYELARASAN
SEMASA PENTAKSIRAN
Penyelarasan Semasa Pentaksiran ialah
satu usaha / aktiviti / proses untuk
memastikan penggunaan yang betul dan
terselaras bagi skema penskoran dalam
pemberian skor sebenar semua calon
PENYELARASAN SEMASA
PENTAKSIRAN
• Penyelarasan Semasa Pentaksiran
bergantung kepada jenis evidens yang
dipamerkan oleh calon
• Evidens boleh dalam bentuk produk,
proses dan proses-produk
EVIDENS PRODUK
• Lawatan ke pusat peperiksaan
• Penghantaran evidens (produk) berserta
skor kepada penyelaras
• Penyelarasan dilakukan – nisbah 4:3:3 (R, S
dan T )
• Persampelan dilakukan oleh penyelaras
• Penyelaras menskor sampel
• Melakukan penyesuaian skor
EVIDENS PRODUK
• Perbezaan melampaui had terima,
penyelaras perlu menyelaras
semua produk
• Semua skor terselaras dihantar ke
JPN
EVIDENS PROSES
• Lawatan ke pusat peperiksaan
• Penyelarasan berdasarkan persampelan
• Pemilihan sampel berdasarkan konstruk
mudah, kritikal dan kompleks
• Pentaksir dan penyelaras menskor serentak
• Pentaksir dan Penyelaras membandingkan
skor – dapatkan skor terselaras
• Menghantar skor ke JPN
EVIDENS PROSES-PRODUK
Penyelarasan Semasa Pentaksiran Untuk
Evidens Berbentuk Proses – Produk
berdasarkan mana-mana prosedur yang
berkaitan
PENYELARASAN SELEPAS
PENTAKSIRAN
• Untuk memastikan semua calon
mempunyai skor
• Memastikan skor tidak mempunyai
elemen yang disyaki atau dipertikaikan
• Memuktamadkan skor
LANGKAH-LANGKAH
• Penyelaras menyemak semua skor
• Mengenal pasti calon yang tidak
mempunyai skor atau skor meragukan
• Menghubungi pihak pentadbir sekolah
• Tindakan sewajarnya
Masa Pelaksanaan
Masa melaksanakan bagi setiap
fasa penyelarasan pada bila-bila
masa yang sesuai dalam tempoh
pentaksiran dijalankan di peringkat
sekolah.
PENYELARASAN PBS
A. Sebelum Pergi ke Pusat Peperiksaan
• Menghubungi pentadbir pusat peperiksaan
• Menghubungi Ketua Pentaskir Sekolah
• Memaklumkan kepada Ketua Pentaksir Sekolah
- Borang Profil Individu
- Menyediaan bahan bukti aktiviti lisan
- Memaklumkan kepada pelajar
PENYELARASAN PBS
B. Semasa di Pusat Peperiksaan
• Berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah
• Berjumpa dan berbincang dengan KPS
• Menjalankan kerja-kerja penyelarasan
• Menguji pelajar untuk mendapatkan skor
• Menggunakan model individu dan aktiviti yang
sesuai
PENYELARASAN PBS
• Mengisi Borang Penyelarasan Skor
• Melakukan penyelarasan dan
penyetaraan skor
• Markah toleransi +2 dan –2 bagi BM
• Markah toleransi +7% dan –7% bagi BI
Selepas Penyelarasan
• Berbincang dengan KPS
• Memberi komen dan cadangan
• Membuat perakuan kepada pihak sekolah
• Penskoran diterima sepenuhnya
• Penskoran diterima dengan pengubahsuaian
• Pengujian semula perlu dilakukan
SELEPAS PENYELARASAN
• Menghantar salinan Borang
Penyelarasan kepada pentaksir yang
lebih tinggi
PEMANTAUAN
Satu proses mendapatkan maklumat
dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan
jadual pentaksiran yang ditetapkan.
TUJUAN PEMANTAUAN
• memastikan semua calon ditaksir mengikut
dokumen atau panduan pentaksiran.
• memastikan pentaksiran dilakukan
mengikut prosedur dan ketetapan yang
dibuat dengan adil, sahih dan amanah.
PERSONEL : Pemantau Luaran
• Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM)
• Jemaah Nazir
• Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
• Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah /
Bahagian (PPD/PPB)
PERSONEL : Pemantau Dalaman
• Pengetua
• Penolong Kanan Akademik
• Guru Cemerlang
• Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia
PENGESANAN
Pengesanan ialah proses menilai program
Kerja Kursus dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan serta impaknya
untuk tujuan memperbaiki Kerja Kursus.
Tugas & Tanggungjawab KPK
Sebelum
1. Memberi Taklimat dan mesyuarat kepada
Ketua Pentaksir Negeri.
2. Melawat sekolah
3. Menjalankan penyelarasan.
4. Mempengerusikan mesyuarat bersama
pentaksir negeri.
5. Menentukan agenda mesyuarat.
Tugas & Tanggungjawab KPK
Semasa
1. Berjumpa Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran
2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon
sekolah
Selepas
1. Mendapatkan laporan penyelarasan daripada pentaksir
negeri.
2. Menghantar laporan penyelarasan kepada Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Tugas & Tanggungjawab KPN
Sebelum
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat
kebangsaan
2. Melawat Sekolah.
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
dari semasa ke semasa
Semasa
1. Menyediakan laporan penyelarasan
2. Menyelaras skor calon di sekolah
Tugas & Tanggungjawab KPN
Selepas
1. Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir
semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran
jika ada keraguan serta memaklumkan kepada
LPM.
2. Menghantar laporan kepada pentaksir
kebangsaan.
3. Menghantar laporan penyelarasan kepada LPM.
4. Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab KPKw
Sebelum
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat
negeri.
• Menyelaras skor murid di sekolah.
Semasa
• Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula
aspek yang berkaitan dalampentaksiran jika ada
keraguan serta memaklumkan kepada pentaksir
negeri.
Tugas & Tanggungjawab KPKw
Selepas
• Menghantar laporan kepada pentaksir
negeri
• Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab KPS
Sebelum
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah
dan memberi taklimat kepada pentaksir Sekolah.
Semasa
• Mengadakan penataran peringkat sekolah
• Mentaksir kerja murid.
• Menyelaras skor murid di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab KPS
Selepas
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/
kawasan.
2. Menyerahkan skor kepada SUP
3. Memastikan setiap murid pindah di hantar ke
sekolah baru.
4. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
5. Menyimpan rekod dan evidens di tempat
selamat.
Tugas & Tanggungjawab KPS
Selepas
6. Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan
selepas keputusan diumumkan.
7. Memastikan pentaksir sekolah memasukkan
skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
8. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri /
kawasan dalam urusan penyelarasan
9. Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab PS
Sebelum
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat
sekolah dan memberi taklimat kepada murid
Semasa
• Mentaksir kerja murid.
• Merekodkan skor murid di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab PS
Selepas
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/
kawasan.
2. Menyerahkan skor kepada KPS
3. Memastikan setiap murid pindah di hantar ke
sekolah baru.
4. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
5. Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat
dan diserahkan kepada KPS.
Tugas & Tanggungjawab PS
Selepas
6. Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan
selepas keputusan diumumkan.
7. Memastikan pentaksir sekolah memasukkan
skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
8. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri /
kawasan dalam urusan penyelarasan
9. Menyelesaikan kes-kes khas
PENGURUSAN SKOR CALON
• Pentaksir mentaksir sesuatu aspek
berdasarkan kriteria yang ditetapkan
dalam aspek berkenaan dan dilakukan
dengan sempurna oleh calon.
• Gred Skor diberi dengan
membandingkan pernyataan kriteria
bagi setiap aspek yang ditaksir
menggunakan maklumat yang terdapat
dalam Buku Panduan Pentaksiran.
• Semua skor untuk setiap aspek yang
ditaksir dicatat dalam Borang Penilaian
Individu (BPI) untuk setiap calon.
• Skor keseluruhan untuk Elemen
dimasukkan ke dalam Borang
Kelompok Gred Elemen (BKGE)
• Borang Penilaian Individu (BPI) dan
Borang Markah Calon hendaklah
diperbanyakkan oleh pihak sekolah.
• Borang BPI dan BKGE yang telah
lengkap dengan Skor perlu disimpan
dan dipastikan keselamatannya
kerana skor merupakan data
peperiksaan di peringkat SPM.
PENGURUSAN SKOR CALON
CALON PINDAH
Memastikan sekolah baru yang dipilih
menawarkan Kerja kursus yang sama
dengan pilihan Kerja kursus yang diambil
oleh mereka
Sekolah asal calon bertanggungjawab
untuk memastikan rekod, butiran
pentaksiran dan skor calon diterima oleh
sekolah baru calon.
PENGURUSAN SKOR CALON
PENGHANTARAN MARKAH KE LPM
Pihak sekolah memasukkan data gred markah
calon yang telah diselaraskan secara On-Line
pada awal bulan September dan menghantar
hasil cetakan komputer ke Jabatan Pendidikan
Negeri pada pertengahan bulan September.
Jabatan Pendidikan Negeri menghantar cetakan
komputer ke Lembaga Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya pada akhir bulan September
SENARAI SEMAK PENYELARASAN
1. Laporan Penyelarasan Pentaksiran
2. Borang Penyelarasan Markah Calon
3. Graf Penyelarasan Pentaksiran Projek
4. Borang Pengesahan Penyelarasan
Pentaksiran
5. Cetakan Markah
6. Borang Tuntutan
PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KERJA KURSUS
Pemantauan
Pemantauan pentaksiran adalah
proses memastikan pentaksiran yang
dijalankan oleh pentaksir mematuhi
prosedur yang ditetapkan.
Objektif Pemantauan
• Memastikan kerja kursus/ projek
dilaksanakan oleh semua calon.
• Memastikan pentaksiran
dilakukan secara adil.
• Memastikan tiada unsur
penyelewengan dalam proses
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Tugas Pemantau
• Memastikan kerja projek dilaksanakan
seperti yang ditetapkan.
• Memastikan evidens dan dokumen
disimpan di tempat yang selamat.
• Menyediakan laporan untuk perhatian
Lembaga Peperiksaan Malaysia/
Jabatan Pelajaran Negeri.
PEMANTAU DALAMAN
1. Pemantau dalaman adalah terdiri daripada
pihak pentadbiran sekolah (Pengetua /
Penolong Kanan / Guru Kanan Teknik dan
Vokasional).
2. Tugas pemantau dalaman ialah memastikan
segala aktiviti pentaksiran kerja kursus
mematuhi prosedur dan jadual perancangan
pentaksiran yang ditetapkan.