2 SAJAK – ROTI, (Ahmad Syahrul Wahid)
A MAKSUD
RANGKAP 1
Dari sebuah dapur yang bercerobong asap, penulis dapat menghidu bau roti yang
sedang dibakar sehingga menyebabkan air liurnya terkecur.
RANGKAP 2
Oleh sebab lapar, bau roti yang bakal dihidangkan dianggap rangup dan segar oleh
penulis yang semakin berselera.
RANGKAP 3
Apabila roti dihidangkan, penulis makan sekeping demi sekeping untuk memenuhi
nafsu kelaparannya sehingga perutnya berasa kenyang dan dia pun bersendawa puas.
RANGKAP 4
Oleh sebab penulis seorang yang beriman, dia berasa bahawa makan terlalu
kenyang tidak begitu baik kerana banyak lagi insan malang yang kelaparan.
RANGKAP 5
Oleh sebab penulis seorang yang bersyukur dan beriman, dia berharap agar
kedamaian dapat dirasai di seantero dunia demi masa depan yang lebih baik.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah kesyukuran dan keimanan seseorang yang dapat makan roti.
Tanda-tanda kesyukurannya jelas kelihatan apabila dia memikirkan masalah
kelaparan yang sedang dihadapi oleh golongan yang tidak berkemampuan. Di
samping itu, dia juga berharap agar dunia menjadi semakin aman dan manusia dapat
hidup dengan keimanan dan kesyukuran buat selama-lamanya.
Persoalan
(a) Kepentingan makanan dalam kehidupan.
(b) Roti ialah makanan utama manusia.
(c) Kelaparan manusia yang terhidu akan bau makanan.
(d) Kesegaran bau roti yang menyelerakan.
(e) Tabiat bersendawa selepas makan sehingga kenyang.
(f) Kesyukuran ialah tanda manusia mudah berpuas hati.
(g) Keimanan ialah tunjang kedamaian hidup.
(h) Kedamaian sejagat membawa keharmonian
C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
Buktinya: selera kian menggelepar
(b) Simile terhidang seumpama permaidani terhampar
Buktinya,
(c) Responsi bagi pemilik iman di dada,
Buktinya: masih ada beban di bahu mereka
nafsu makan pun bergelora
perut pun kenyang terasa
(d) Repitasi perut yang lapar (rangkap 2)
Buktinya, perut pun kenyang terasa (rangkap 3)
warga miskin belum terbela (rangkap 4)
di hati sanubari warga dunia (rangkap 5)
(e) Penggunaan kata asing, Arab
Buktinya, nafsu makan pun bergelora
Bagi pemilik iman di dada
kalimah syukur pun jelas tertera
D NILAI MURNI
(a) Kesabaran
(b) Kegigihan
(c) Rasional
(d) Ketabahan
(e) Kesyukuran
(f) Keimanan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sabar menghadapi kelaparan sementara makanan belum
dihidangkan.
(b) Kita mestilah gigih bekerja untuk mencari rezeki demi membeli
makanan.
(c) Kita mestilah memikirkan kesusahan yang dialami oleh golongan miskin.
(d) Kita mestilah tabah menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan
seperti kemiskinan dan kelaparan.
(e) Kita mestilah bersyukur kerana mendapat makanan sewaktu lapar.
(f) Kita mestilah memiliki keimanan yang tinggi demi mencapai ketenangan.