SK CONVENT MUAR
SEKOLAH BRPRESTASI TINGGI
SEKOLAH CEMERLANG KBAT
6 TIPS MERANCANG DAN
MENGURUS MASA
BERSAMA
CIKGU
RABEATUL
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. KENALPASTI KEKUATAN DAN
KELEMAHAN DIRI
Setiap orang mempunyai kelebihan dan
kekurangan dalam diri.
Ada orang yang mampu belajar dan tidur
awal tetapi bangun lambat.
Ada juga orang yang tidur lewat tetapi
mampu bangun awal pagi untuk belajar.
Ini adalah salah satu contoh yang
menunjukkan kemampuan manusia itu tidak
sama.
Murid-murid tentu tahu kemampuan dan
kelebihan diri sendiri.
2. RANCANG JADUAL ANDA
Mengapa perlu merancang jadual? Dalam
kehidupan kita ada banyak perkara yang perlu
kita beri perhatian. Contohnya, menyiapkan
tugasan sekolah, melakukan aktiviti bersama
keluarga dan sebagainya.
Maka, disebabkan itu, merancang jadual adalah
penting. Sekurang-kurangnya kita dapat
mengatur masa kita lebih baik bagi mengelakkan
tekanan pada diri sendiri.
3. UTAMAKAN YANG UTAMA
(PRIORITI)
Dalam merancang jadual, kenalpasti perkara
yang perlu kita utamakan dalam jadual tersebut.
Contoh, jika kita tahu kekurangan kita dalam
matapelajaran tertentu, maka mungkin tindakan
kita adalah dengan melebihkan masa untuk
belajar matapelajaran tersebut.
Ada orang keutamaannya adalah dalam
pembelajaran dan ada juga dalam bidang
pekerjaan serta kekeluargaan. Jadi, kenalpasti
prioriti anda!
4. FOKUS
Inilah tindakan seterusnya. Fokus untuk dapatkan
hasil yang diinginkan. Tanpa fokus, perancangan
jadual yang kita hasilkan akan menjadi sesuatu
yang sia-sia. Malah tanpa kita sedar kita akan
menggunakan masa terlalu lama untuk mencapai
matlamat kita.
Elakkan perkara yang boleh mengganggu fokus
kita. Contohnya terlalu lama dalam menonton
televisyen atau bermain 'game'
5. ELAKKAN DARI TERPENGARUH
DENGAN PERKARA TRIVIA
Apakah maksud trivia? Trivia ialah perkara yang
remeh atau kurang penting.
Pada zaman ini, telah wujud pelbagai media
sosial dengan penggunaan internet seperti
facebook, twitter, instagram dan sebagainya.
Tidak dinafikan, ada kebaikannya. Namun,
berpadalah dalam melayarinya dengan
menetapkan masa penggunaannya. Ini kerana
pelbagai trivia di dalamnya yang mudah
membuatkan kita leka dan akhirnya kita akan
lebih membiarkan masa berlalu dengan sia-sia.
6. JEJAK KEMBALI MASA YANG
TELAH BERLALU
Nilai atau muhasabah kembali masa yang telah
kita gunakan. Adakah kita telah menggunakan
masa yang dirancang sebaik mungkin? Ada
orang yang berjaya mencapai matlamat hasil
perancangan jadualnya.
Contohnya, Aina telah berjaya menguasai
Bahasa Inggeris setelah berusaha mengikut
jadual yang dirancang. Maka, Aina boleh
melebihkan masa untuk belajar matapelajaran
lain yang masih lemah untuk dikuasai.
Begitulah!
SEKIAN, TERIMA KASIH
"TIADA JALAN MUDAH UNTUK
BERJAYA MELAINKAN DENGAN
USAHA"
KHIDMAT SOKONGAN PSIKOSOSIAL SECARA
ATAS TALIAN BERSAMA CIKGU RABEATUL :
0173105845