• BERMASALAH PENDENGARAN
• BERMASALAH PENGLIHATAN
• BERMASALAH PEMBELAJARAN
Bermasalah Pembelajaran
• Iaitu kanak-kanak yang telah dikenal pasti oleh
pakar-pakar klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.
• Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian pelajar seperti:
1) Kebolehan Kognitif
2) Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
3) Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
4) Keupayaan Membaca
5) Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
6) Kemahiran Matematik
Jenis kumpulan pelajar yang bermasalah
pembelajaran.
1. Lembam (slow learner).
2. Sindrom Down
3. Autisme /ASD
4. Hiperaktif -ADHD
5. Terencat akal minima
6. Cerebral Palsy
7. Global Developmental Delay
8. Disleksia.
9. Masalah Pertuturan/ Speech Delay
10. Epilepsi
Lembam
• Brennan (1974) mendefinisikan pelajar
lembam sebagai pelajar yang gagal
melaksanakan kerja normal sekolah.
• Pelajar lemam ini kurang aktif dan kurang
berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran
dalam bilik darjah.
Ciri-ciri lembam/slow learner
1. Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak
biasa. Mereka juga mempunyai tahap intelek yang
rendah berbanding
kanak-kanak normal
2. Tidak dapat mengikuti pelajaran didalam
kelas,kurikulum atau di kelas biasa kerana murid
lembam atau slow learner ini terlalu lambat untuk
mencapai satu-satu objektif pengajaran yang
mudah atau objektif jangka pendek dan kanak-
kanak slow learner ini mempunyai daya ransangan
yang lemah dan rendah
3. Sukar menerima arahan – arahan perlu mudah dan
singkat.
4. Mempunyai daya ransangan yang lemah dan
rendah.
Sindrom Down
• Disebabkan masalah berlebihan kromosom
dan bahan kimia yang tidak seimbang .
• Biasanya ia diwarisi daripada keluarga.
• Dapat dikesan sebaik sahaja bayi dilahir.
• Pelajar ini biasanya mempunyai tahap IQ yang
rendah.
Ciri-ciri down syndrome
1. Wajah dan hidung datar
2. Kepala berukuran kecil
3. Leher pendek dengan kulit berlebih di bagian belakang
4. Kondisi tonus otot tidak berfungsi dengan baik
5. Ukuran kepala, telinga, dan mulut kecil
6. Mata miring ke arah atas disertai dengan lipatan kulit yang
keluar dari kelopak mata atas dan menutupi sudut mata
bagian dalam (fisura palpebral)
7. Bintik putih pada bagian mata yang berwarna (disebut bintik
Brushfield)
8. Tangan lebar dengan jari-jari yang pendek
Autisme
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro
sepanjang hayat. Ini bermakna autisme
memberi kesan kepada perkembangan otak dan
mempengaruhi keupayaan anak untuk
berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan
belajar seperti anak biasa
Autisme
Ciri-ciri :
1. Kemahiran Sosial
Tidak dapat menunggu giliran
Tidak suka berkongsi minat
Tidak memahami konsep ruang peribadi (personal
space)
Tidak gemar atau mengelak sentuhan fizikal
Sukar untuk dipujuk
Berkomunikasi hanya untuk mencapai matlamat yang
dikehendaki
2. Kemahiran Komunikasi
• Lambat bercakap
• Menggunakan perkataan yang bertentangan dengan maksud
sebenar (menggunakan dia untuk merujuk saya)
• Gemar mengulang perkataan atau ayat yang sama
• Tidak menjawab soalan yang diajukan
• Tiada isyarat badan
• Tidak menunjuk kepada objek yang diingini atau tidak
merespon apabila seseorang menunjuk pada sesuatu
• Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
• Tidak memahami gurauan atau sindiran
• Tidak bermain olok-olok seperti kanak-kanak lain
3. Minat dan kelakuan yang pelik
• Suka menyusun mainan dan objek dalam satu
barisan
• Sering bermain dengan mainan yang sama dengan
cara yang sama
• Minat yang khusus pada satu bahagian objek (minat
dengan tayar pada kereta mainan)
• Harus melalui rutin yang sama
• Mudah merasa sedih dengan perubahan yang kecil
• Taksub kepada satu minat atau hobi
• Sangat tersusun
• Berulang-ulang kali mengepak tangan, mengoncang
badan dan berpusing dalam bulatan
4. Simptom lain
• Sering mengamuk/Panas baran
• Tabiat makan dan tidur yang aneh
• Terlebih aktif (Hyperactivity)
• Bertindak melulu
• Sukar untuk fokus
• Cenderung untuk mncederakan diri sendiri
• Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
• Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
• Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai
ADHD/ Hyperactive
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)
ialah antara gangguan kanak-kanak yang biasa
ditemui dan boleh berterusan sehingga usia
remaja dan dewasa. Gejala-gejalanya termasuk
kesukaran memberi fokus dan perhatian,
kesukaran mengawal perilaku dan hiperaktif
(terlebih aktif).
ADHD / Hyperactive
Ciri-ciri :
1. Cepat bosan
2. Sangat cuai
3. Sukar mengikut arahan
4. Tidak boleh duduk diam
5. Susah fokus
6. Terburu-buru
7. Bertindak mengikut emosi
8. Susah tidur (siang/malam)
Terencat Akal
Murid-murid terencat akal merupakan kefungsian
inteleknya di bawah tahap normal. Keadaan ini wujud
bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif
murid iaitu kemahiran komunikasi, pengurusan diri,
sosial dan psikomotor, yang dapat dilihat dalam proses
perkembangan murid. Usia mental mereka tidak sama
dengan usia sebenar. Tahap pencapaian pemikiran
seseorang lebih rendah daripada usia sebenar seperti
pada umur sebelas tahun usia mental mereka masih
lagi pada berumur sembilan tahun.
Terencat Akal
• Terencat akal didefinisikan oleh American Association
on Mental Deficiency (1873) sebagai kecacatan akal
yang merujuk kepada kecerdasan akal di bawah
kecerdasan purata.
• la menunjukkan kekurangan dalam penyesuaian
tingkah laku dan dapat dilhat semasa pembesaran.
• Pelajar-pelajar terencat akal boleh dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu (I) terencat akal ringan
dan (ii) terencat akal berat.
• Tahap kerencatan akal boleh dikelasifikasikan
seperti berikut:
– Ringan (mild) - IQ antara 50-70
– Sederhana (moderate)- !Q antara 35-49
– Teruk (severe) - IQ antara 20-34
– Amat Teruk (profound) -IQ kurang daripada 20
Terencat Akal Minima
4 kategori terencat akal :
1. Adiot
2. Imbersil
3. Moron
4. Lembab
Ciri –ciri :
• Mereka akan menggigit sesuatu dalam mulut tetapi tidak
mahu mengeluarkan.
• Air liuh meleleh tanpa kawalan
• Sukar tidur dan terjaga pada waktu malam tetapi mereka juga
akan tidur berlebihan
• Mereka juga selalu menangis dan kadang-kadang mereka
menangis tanpa sebab.
• Merangkak dan berjalan lebih lambat daripada kanak-kanak
lain
• Tidak menoleh apabila dipanggil dan tidak bertindak balas
terhadap bunyi.
• Mereka bingung kepada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan
• Murid-murid ini lebih pendiam dan menyendiri dan
mempunyai suara terlalu lembut dan sengau
Cerebral Palsy
Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan kebolehan
mengawal kedudukan dan pengaktifan badan
disebabkan kerosakan pada otak yang sedang
berkembang.nCP bukan merupakan sejenis
penyakit yang tidak bersifat progresif (semakin
memburuk). CP terjadi pada 1-2 daripada 1,000
bayi, tetapi lebih 10 kali sering melibatkan bayi
pramatang dan juga sering terjadi pada bayi
yang tidak cukup berat badan semasa lahir.
Ciri-ciri : Cerebral Palsy
• Mengalami kelainan pada satu atau kedua lengan dan juga
tangan.
• Adanya gerakan-gerakan yang tidak terkawal dan terarah yang
diakibatkan kerosakan pada basal ganglia atau bahagian otak
yang berfungsi untuk mengatur bahagian motorik.
• Terdapat gangguan keseimbangan yang diakibatkan kerosakan
otot pada otak.
• Adanya kekakuan otot yang diakibatkan kerosakan pada basal
ganglia.
• Perkembangan yang lambat. Bayi yang mempunyai cerebral
palsy tidak melalui proses belajar duduk, berjalan, atau
mencapai perkembangan tertentu di usia yang sesuai.
• Postur atau posisi tubuh yang tidak normal.
• Mengeluarkan air liur atau kesulitan menghisap, menelan,
atau bercakap.
Global Developmental Delay (GDD)/ Lewat
Perkembangan Global
Merujuk kepada kanak-kanak yang tidak
mencapai tahap perkembangan mereka
mengikut peringkat umur secara normal dari
aspek perkembangan bahasa dan komunikasi,
fizikal, kognitif, sosio emosi dan persekitaran.
Kebiasaannya boleh dikenalpasti di peringkat
awal perkembangan kanak-kanak iaitu ketika
kanak-kanak baru lahir sehingga berumur 18
tahun.
Ciri-ciri : GDD
• Kanak-kanak itu tidak dapat duduk di atas lantai
tanpa sokongan oleh 8 bulan;
• Kanak-kanak itu tidak dapat merangkak oleh 12
bulan;
• Kanak-kanak mempunyai kemahiran sosial /
pertimbangan yang tidak tepat ;
• Kanak-kanak itu tidak dapat bergolek oleh 6 bulan;
• Kanak-kanak mempunyai masalah komunikasi
• Kanak-kanak mempunyai kesukaran motor halus /
kasar
• Kanak-kanak itu menunjukkan tingkah laku agresif
Disleksia
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah
walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
• Mempunyai keupayaan intelek yang normal
• Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam
menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran
• Membaca
• Menulis
• Memahami
• Mengeja
• Mengira
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding
perempuan.
Disleksia
• Di peringkat pra sekolah mereka mungkin
:
– Lambat bertutur
– Mengalami kesukaran sebutan atau rima
– Sukar menulis nama sendiri
– Payah mengenal bentuk atau warna
– Sukar memberitahu cerita yang telah
didengarinya
• Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia
mungkin :
– Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca,
menulis, mengeja atau mengira
– Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
– Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor
(Bacaan terbalik) :
• 15 dengan 51
• “was” menjadi “saw”
• ‘b’ dengan ‘d’‘
– Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
– Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ ,
‘esok’
– Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
– Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Masalah Pertuturan
• Boleh didefinisikan sebagai pertuturan yang
menunjukkan ketidaksempurnaan, sama ada
dari segi bunyi, penguasaan bahasa atau
gangguan semasa bertutur.
Pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan boleh
dibahagikan kepada enam jenis, iaitu:
1. Gangguan artikulasi yang puncanya adalah disebabkan oleh
kecacatan lidah,sumbing bibir dan lelangit, penyakit hidung
dan tekak dan peniruan yang salah semasa pembelajaran.
2. Gangguan bunyi pula berkaitan rapat dengan nada dan
kekuatan serta kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara.
Suara yang kurang menyenangkan atau tidak normal, akibat
daripada alunan bunyi yang tidak teratur, pengeluaran bunyi
yang terlalu tinggi atau rendah dan penyebutan perkataan
yang kurang jeias.
Ini boleh dikesan melalui pengeluaran suara yang kasar,
sengau, berbisik, serak dan nyaring. Kecacatan ini berlaku
dalam bentuk pengeluaran bunyi dan arahan bunyi suara.
3. Gagap - seseorang itu boleh dianggap gagap, apabila
penyebutan sesuatu perkataan diulang-ulang,
terhenti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan
tulang dada.
4. Kelewatan bertutur – perkembangan pertuturan
yang berlaku pada kadar lambat daripada normal
dan kebolehan bertutur yang tidak sesuai dengan
umur
sebenar. Punca utama masalah ini ialah lembam,
kekurangan motivasi dan kecederaan otak.
5. Sumbing - disebabkan oleh kegagalan di
antara tulang dan tisu lelangit Janin untuk
bercantum selepas tiga minggu dalam
kandungan. Pelajar-pelajar sumbing akan
bertutur dengan suara yang sengau.
6. Kurang pendengaran menyebabkan
pertuturan seseorang itu menjadi tidak
sempurna. la boleh berpunca daripada
kemalangan, kecederaan, penyakit atau
semula jadi sejak dilahirkan.
Epilepsi
Dikenali sebagai penyakit sawan.
Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit ini akan
mengalami hilang ingatan untuk sementara
waktu. Mereka juga akan menjadi cepat lupa
dengan apa yang telah dipelajari dan suka
bertanya sesuatu perkara secara berulang-ulang
kali.
Ciri-ciri :
• Berasa gembira yang secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
• Berasa marah
• Berasa sedih
• Loya
• Halusinasi (mendengar, bau, rasa, melihat atau merasa
perkara yang tidak benar).
• Berlaku samada mereka sedar atau tidak sedar.
• Mampu melakukan pergerakan berulang-ulang (automasi)
seperti mengelip mata, mengenyit mata dan menggerakkan
mulut.
• Sesetengah pesakit mempunyai aura tersendiri dengan
menunjukkan tanda luar biasa atau amaran sebelum
mendapat serangan
Pengesanan
1. Melalui pemerhatian guru
2. Penafsiran rekod prestasi
3. Ujian saringan dan ujian diagnostik
4. Temubual dengan guru kelas
5. Temubual dengan ibu bapa
Kerjasama Ibu Bapa
Kerjasama ibu bapa sangat diperlukan
jika anak-anak mereka dikesan
mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan
khas.
Ibu bapa tidak perlu malu mempunyai
anak istimewa, tetapi malulah pada diri
sendiri kerana tidak memberikan hak
mereka sebagai kanak-kanak
istimewa.
Kenapa Pendidikan Khas?
• Kurikulum yang sesuai untuk MBK
• Guru-guru yang berpengalaman
• Kelas Pendidikan Khas adalah tempat yang paling
kondusif untuk MBK
• Dapat bersosial dan berkomunikasi dengan cara
mereka
• Kerajaan beri elaun
• Dapat pengalaman berbeza dari kelas perdana
dengan aktiviti dan program yang disediakan
SEKIAN TERIMA KASIH
Mohon ibu bapa mengisi google form sebagai
bukti kehadiran taklimat Transisi Tahun 1 2021.
Sila klik link yang diberi mengikut kelas
masing-masing.