ADAB
&
AKHLAK ISLAMIAH
ADAB BERKOMUNIKASI
INSYAALLAH…
DI AKHIR TAJUK INI,
PELAJAR AKAN
DAPAT :
MEMAHAMI
&
MENGAMALKAN
ADAB
BERKOMUNIKASI
KOMUNIKASI
Komunikasi ialah memindahkan atau menyampaikan mesej
daripada satu pihak kepada pihak lain melalui pertuturan,
perbuatan, tulisan, lukisan dan gambar.
Mendahului memberi salam
Senyum dan elakkan dari bermasam muka
Berikan perhatian sepenuhya
Ketawa dengan sederhana
Elakkan bertentangan mata jika berlainan jantina
Mengucapkan perkara yang baik dan menghindari diri
daripada mengucapkan yang batil
ADAB-ADAB DALAM BERBICARA BERCAKAP BENAR
Sebelum sesuatu perkataan itu dituturkan, kita perlulah
berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam
mewajibkan supaya bercakap benar. Ini telah dinyatakan
dalam surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud : “Wahai
orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT
dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar”.
Segala pertuturan yang dikeluarkan harus berpandukan
kepada fakta yang benar dan bukan pendustaan yang
dilemparkan untuk kepuasan hati dan kepentingan diri
sendiri.
ADAB-ADAB DALAM BERBICARA PERKATAAN YANG BAIK
Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan,
memberikan rangsangan motivasi, menimbulkan semangat
dan mengembirakan orang yang mendengarnya. Tutur kata
yang baik juga mencerminkan akhlak seseorang individu.
Baik budi bahasanya maka baiklah budi pekertinya.
Suruhan untuk bercakap dengan baik juga dinyatakan di
dalam Firman Allah SWT dalam ayat 83 surah al-Baqarah
yang bermaksud :
“ Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”
ADAB-ADAB DALAM BERBICARA KURANGKAN BERCAKAP
Realitinya, memang sukar untuk dipraktikkan. Mulut ini
lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tidak dapat
bercakap, terasa tekanan yang amat sangat. Pantang
berjumpa rakan atau ada saja isu baru yang hangat
diperkatakan, maka panjanglah ulasan yang diberikan.
Kerja-kerja yang sepatutnya diamanahkan tidak dapat
diselesaikan kerana banyak bercakap. Benarlah
peribahasa “agak lebih daripada agih”. Oleh itu, kita harus
mencari jalan untuk mendorong hati agar kurang
berbicara.
ADAB-ADAB DALAM BERBICARA JELAS DAN TERANG
Berbicaralah dengan suara yang jelas dan terang supaya
hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh
orang yang mendengarnya. Berbicaralah secara perlahan
dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan.
Berikanlah tumpuan dan fokus semasa bercakap dengan
memandang wajah orang yang mendengarnya.
Ini hanyalah sebahagian daripada adab-adab yang
dianjurkan oleh Islam. Jadikanlah setiap pertuturan itu
sebagai ibadah. Moga dinilai oleh Allah SWT sebagai suatu
amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata yang
baik juga adalah suatu sedekah.
AKIBAT TIDAK BERADAB
KETIKA BERKOMUNIKASI
• Dimurkai oleh Allah SWT dan Rasul
• Dibenci oleh ibu bapa dan kaum keluarga
• Tidak mendapat ramai kawan dan sahabat
• Hubungan dengan rakan, sahabat dan orang
ramai akan menjadi renggang
• Menunjukkan peribadi dan perangai yang
buruk pada orang ramai.
SENTIASA MENGAMALKAN
ADAB BERKOMUNIKASI
• Berkomunikasi dengan ibu bapa dengan
menggunakan bahasa yang sopan
• Tidak menggunakan bahasa yang kesat ketika
berkomunikasi
• Sentiasa menghormati orang lain