DATO ONN’ JAAFAR
TOKOH KEPIMPINAN
JOHOR
NAMA PESERTA
NURAIN NAJWA BINTI
MOKHTAR
KELAS
4ST
ALAMAT EMAIL
[email protected]
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TAMAN DESA
JAYA
ALAMAT SEKOLAH
JALAN DANAU 40, TAMAN
DESA JAYA, 81100 JOHOR
BAHRU, JOHOR
PENGENALAN
Buku skrap digital Tokoh Pemimpin Johor ini dihasilkan dengan pelbagai sumber
rujukan seperti buku dan Internet. Buku skrap ini mengandungi lapan kandungan
termasuk pendahuluan dan tidak melebihi 20 halaman muka surat.
Buku skrap ini menerangkan secara ringkas tentang Tokoh Pemimpin Johor
iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Beliau
juga dikenali sebagai Pengasas Kemerdekaan kerana mendorong kebangkitan
nasionalisme Melayu. Beliau telah banyak berjasa kepada negara kita untuk
membebaskan dari kuasa luar. Beliau merupakan antara tokoh yang paling dikenali
di kalangan rakyat Malaysia.
Kandungan yang terdapat dalam buku skrap ini adalah biodata Dato’ Onn
Jaafar, Pendidikan Dato’ Onn Jaafar, kerjaya beliau, sumbangan yang telah diberikan
oleh beliau, nilai kepimpinan beliau yang boleh dicontohi, penutup dan akhir sekali
sumber rujukan.
Oleh itu, kita hendaklah mengingati jasa baik Dato’ Onn
Jaafar atas segala yang telah dikorbankan oleh beliau.
BIODATA Dato’ Onn Jaafar telah mendirikan
rumah tangganya dengan Halimah
Dato’ Onn Jaafar telah dilahirkan pada binti Hussien pada 3 Mei 1926. Datin
1895 di Johor Bahru. Beliau ialah anak Halimah telah banyak membantu
kepada Dato’ Jafaar bin Haji Muhamad beliau dalam pelbagai sepanjang 41
yang telah memegang jawatan sebagai tahun hidup bersama. Beliau dan isteri
Menteri Besar Johor selama 48 tahun dikurniakan enam orang cahaya mata
sejak bermulanya zaman pemerintahan iaitu Hussien (Dato’ Hussien Onn),
Almarhum Sultan Abdullah Jaafar, Nel, Nurziah, Gharieb dan
sehinggalah zaman pemerintahan Tahir.
Almarhum Sultan Ibrahim. Ibu beliau
pula ialah Hanim Rogayah yang Sebelum mengahwini Datin Halimah,
berasal dari Scarcia, Turki beliau telah berkahwin dengan Rafiah
dan dikurniakan tiga orang anak iaitu
Dato’ Onn Jaafar mempunyai 15 orang Hawa, Rokiah dan Salehah. Akan
adik-beradik dan beliau merupakan tetapi Rafiah telah kembali ke
anak yang ketiga. Antara adik-beradik rahmatullah ketika melahirkan Salehah
seibu sebapa dan tiri beliau ialah yang hanya berusia 10 hari. Dato’ Onn
Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Jaafar telah kembali ke rahmatullah
Khadijah, Abdullah, Dara, Ahmad, pada tahun 1962 pada usia 66 tahun.
Muhammad, Yahya, Aisah, Kamariah,
Azizah, Ungku Abdul Aziz, Ungku
Abdul Hamid dan Syed Ali.
PENDIDIKAN DATO ONN Dato’ Onn Jaafar menerima pendidikan
‘ JAAFAR asas di Sekolah Melayu Johor Bahru
sebelum melanjutkan pelajaran ke
peringkat rendah di England selama 6
tahun di sekolah di Aldeburgh Lodge,
Sufflok sejak berusia 7 tahun. Ketika Dato’
Onn Jaafar mendapat pendidikan disana,
beliau adalah seorang pelajar yang pintar
dan sering mendapat anugerah pelajar
paling pintar.
Pada 25 Mac 1910, beliau pulang ke
tanah air dan melanjutkan lagi
pelajarannya di Maktab Melayu Kuala
Kangsar, Perak untuk mendalami pengajian
Bahasa Melayu.
Selain daripada itu, beliau juga dididik
tentang agama dan nilai-nilai ketimuran
oleh ibu bapanya. Beliau juga diajar untuk
menjalani hidup seperti masyarakat
Melayu, menjaga adat budaya, mesra
dalam pergaulan, menghormati orang dan
tidak bersifat sombong.
KERJAYA DATO ONN’ JAAFAR
Pada 11 September 1911, beliau menjadi seorang Kerani Pelatih
di Pejabat Setiausaha Negeri di Johor Bahru. Kemudian, selepas
dua bulan, beliau dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Pejabat
Penasihat Am British di Johor.
Beliau dinaikkan pangkat sekali lagi pada Mei 1912 dan memegang jawatan
sebagai Pemangku Kerani Besar di Pejabat Perubatan. Pada bulan Julai 1912,
beliau dipindahkan semula ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai
Pembantu Kerani Besar.
Pada 1 Ogos 1913, Dato’ Onn Jaafar ditukarkan ke Pejabat Penasihat
Undang-undang Negeri. Selepas itu pada Oktober 1914, beliau bekerja di Pejabat
Imigresen dan pada 28 Mac 1915, beliau ditempatkan di Pejabat Perbendaharaan.
Pada Julai 1917, beliau menjadi kadet dalam pasukan askar Timbalan Setia
Johor di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai leftenan
kerana kecemerlangan beliau dalam dunia ketenteraan dan dipindahkan ke
Pejabat General Advisor. Namun begitu, pada 31 Januari 1920, beliau meletakkan
jawatan.
Dato’ Onn berpindah ke Singapura bersama keluarga dan mula berniaga
kecil-kecilan. Beliau kembali bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai Ketua
Pejabat Kawalan di Muar dan dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di
Muar. Selepas tiga tahun, beliau ditempatkan di Johor Bahru dengan jawatan
yang
Dato’ Onn Jaafar mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia
penulisan. Oleh itu, beliau mula bekerja sebagai wartawan bagi akhbar
Warta Malaya milik Syed Hussain Ali Alsagof selama tiga tahun
(1930-1933).
Selain itu, pada tahun 1934, beliau menjadi pengarang bagi
Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Pada 1936, beliau
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor oleh Sultan
Ibrahim. Pada 1 Jun 1938, Dato’ Onn dilantik sebagai Setiausaha sulit
kepada Tunku Mahkota Johor.
Kedudukan beliau amat penting kepada sultan kerana sumbangan
dan hubungan rapatnya dengan sultan. Pada 1 Januari 1942 hingga
1945, Dato’ Onn Jaafar menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan
Negeri Johor apabila meletusnya Perang dunia dan pendudukan Jepun
di Tanah Melayu.
DDD
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI
Terdapat banyak nilai kepimpinan yang dapat dicontohi daripada Dato’ Onn Jaafar.
Antara nilai-nilai tersebut adalah mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
Contohnya, beliau berusaha untuk menentang kuasa penjajah. Selain itu, tidak
mementingkan diri sendiri. Contohnya, beliau sedar dengan kesusahan yang dialami
oleh masyarakat dan beliau berusaha untuk membebaskan masyarakat Melayu dari
penjajah. Di samping itu, berani. Contohnya, Dato’ Onn Jaafar berani untuk menentang
penjajah seperti Kesatuan Malayan Union. Akhir sekali, tidak cepat berputus asa.
Contohnya, beliau tetap meneruskan perjuangan untuk mempertahankan negara
walaupun penuh dengan cabaran.
Nilai kepimpinan lain:
- Keikhlasan : beliau ikhlas dalam membantu masyarakat
Melayu yang dibelenggu dengan penjajah.
- Kesabaran : beliau tetap sabar dalam menempuh
pelbagai dugaan seperti walaupun Dato’ dibangkang
dengan dahsyat beliau tetap meneruskan perjuangan.
- Semangat patriotik yang tinggi : beliau menubuhkan
pelbagai parti dan kesatuan dengan harapan dapat
menyelamatkan negara dari ancaman penjajah.
PENUTUP Kesimpulannya, dapat diringkaskan
bahawa Dato’ Onn Jaafar adalah
seorang tokoh yang telah banyak
berjasa kepada negara kita. Nama
beliau akan sering diingati dan diajar
oleh sepanjang generasi. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia hendaklah
bersyukur kerana dapat hidup dalam
keadaan yang aman dalam negara yang
dahulunya pernah dijajah oleh kuasa
luar. Tuntasnya, kita mestilah
menghargai jasa tokoh kita yang telah
berjuangkan tanah air kita dengan
tujuan untuk membalas jasa tokoh-
tokoh.
.
RUJUKAN
BUKU RUJUKAN:
Nur Aqielah, 2010, Siri Asas Negara Bangsa, KualaLumpur, DMARK Enterprise
Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 2002, Pejuang Terbilang Johor, Johor
Bahru, Yayasa Warisan Johor
Muhamad Aiman, 2013, Siri Imbasan Sejarah, Johor Bahru, Pustaka Ewan
Talib Samat, 2010, Kenali Tokoh Berjasa, Selangor, Pekan Ilmu Publications SDN.
BHD.
INTERNET:
https://umno.org.my/en/presiden/datuk-onn-jaafar/
TERIMA KASIH