The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balqis68875, 2022-06-23 10:13:47

PENGERTIAN ISLAM , IMAN , IHSAN

KOLEJ KOMUNITI KLUANG

Keywords: islam

PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN
IHSAN SERTA HUBUNGANNYA &
SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM

MPU 13012 PENDIDKAN ISLAM

NAMA KUMPULAN
NUR BALQIS BINTI MOHD NOH – J06STK21F003
NURUL SYAHDINA BINTI SHAIDIM - J06STK21F004
NURUL SURAYA BINTI ALIAS – J06STK21F010
NURUL IZZATIE BINTI ROHAIZAD – J06STK21F006

PENGENALAN ISLAM

• Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruhNya, penyaksian yang
diakui dengan hati dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota
badan.

• Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta
Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia diturunkan oleh Allah
Y kepada rasulNya Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua
risalah ketuhanan. Ia adalah satu agama yang benar.

PENGERTIAN ISLAM

• Dari segi bahasa, perkataan ‘Islam’ berasal daripada bahasa Arab, iaitu salima
yang bermaksud selamat. Daripada perkataan itu, terbentuklah perkataan aslama
yang bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh

• Menurut istilah, Islam ialah: Agama Allah SWT yang diwahyukan kepada rasul-
rasulNya sejak nabi Adam a.s. hingga nabi terakhir Muhammad SAW. Agama
Islam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik keyakinan kepada;

ü Allah dan perkara-perkara ghaib lainnya (akidah).
ü Ibadah khusus dan umum.
ü Muamalat (bersosial).
ü Munakahat dan aspek kekeluargaan.
ü Hukum-hakam, politik, ekonomi dan sebagainya.

PENGERTIAN IMAN

• Maksud Iman pada bahasa ialah “pembenaran dengan hati”.
maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah
saw

• Dari segi istilah: Maksudnya: Pembenaran dengan hati,
pengakuan dengan lisan, dan amal dengan anggota badan.
Oleh sebab itu iman boleh bertambah dan berkurang
sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.

PENGERTIAN IHSAN

• Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat
jahat). Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan
menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat.

• Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar
sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana
Allah s.w.t. semata-mata.

• Ihsan itu ialah bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu
melihat-Nya,tetapi jika kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya
Dia melihat kamu.

HUBUNGAN ANTARA ISLAM, IMAN & IHSAN

• Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan
kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa tunduk menerima
perintah Allah dan patuh melaksanakannya (islam)
dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran
oleh manusia (ihsan )

• Gabungan jalin antara keyakinan terhadap allah ,
kepatuhan melaksanakan perintah-nya dan keikhlasan
yang sepenuhnya akan melahirkan insan yang seimbang

SUMBER HUKUM ISLAM
• Ia adalah kalamullah yang

diturunkan kepada Rasulullah

Al- Muhammad SAW melalui perantaraan
quran malaikat Jibril yang disampaikan
kepada kita daripada baginda

secara mutawir tanpa sebarang

Al- • Akperaa-agpuaany.ang yang disandarkan
kepada Nabi SAW selain daripada

sunnah al-quran merangkumi perkataan,
perbuatan ataupun pengakuan.



SUMBER HUKUM ISLAM

Al-ijmak • Kesepakatan para mujtahid dari
kalangan umat islam pada suatu zaman
tertentu terhadap sesuatu hukum
syar’ie selepas kewafatan Nabi SAW.

Al-qiyas • Menghubungkan apa-apa yang tidak
warid padanya nas atas hukumnya
dengan apa-apa yang telah warid ke
atasnya nas hukumnya disebabkan
persamaan ialah diantara keduanya.

LINK RUJUKAN

FORMAT RUJUKAN
EN. SHAIK ABDULLAH BIN HASSAN (1999) – PENGERTIAN IMAN, IHSAN DAN ISLAM
HTTPS://PENGAJIANISLAM.PRESSBOOKS.COM/CHAPTER/PENGERTIAN-ISLAM-IMAN-
DAN-IHSAN/

DEVI DHARMAWIJAYA (2019) – AL-QURAN HTTPS://SLIDEPLAYER.INFO/SLIDE/12550848/
EN. SHAIK ABDULLAH BIN HASSAN (1999) SUNNAH
HTTPS://PENGAJIANISLAM.PRESSBOOKS.COM/FRONT-MATTER/PROFIL-PENULIS-
KURSUS/
EN. SHAIK ABDULLAH BIN HASSAN (1999) AL-IJMAK
HTTPS://PENGAJIANISLAM.PRESSBOOKS.COM/FRONT-MATTER/PROFIL-PENULIS-
KURSUS/
AYNURANAJWA (2014) – AL-QIYAS
HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/AYNURANAJWA/QIYAS

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version