The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hilmieothman, 2019-11-08 06:42:41

KERTAS KERJA KAFA SK KEMENTAH

KERTAS KERJA PENUBUHAN
KELAS ALQURAN DAN FARDU AIN

SK KEMENTAH

PANITIA AGAMA ISLAM
SK Kementah

Jalan Laksamana, Kem Kementah
54200 Kuala Lumpur

KERTAS KERJA PENUBUHAN
KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
SK KEMENTAH, JALAN LAKSAMANA, KEM KEMENTAH,

54200 KUALA LUMPUR

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur tentang cadangan menubuhkan Kelas Al- Quran dan
Fardhu Ain (KAFA) di SK Kementah, Jalan Laksamana, Kem Kementah, 54200 Kuala
Lumpur.

Cadangan penubuhan KAFA SK Kementah melibatkan murid tahun 1 hingga 5 sahaja
dan memfokuskan kepada UPKK serta tidak mengadakan kelas untuk murid tahun 6
(UPSRA) kerana sering bertindih aktiviti dengan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR)

2. LATAR BELAKANG

Cadangan menubuhkan KAFA SK Kementah adalah inisiatif pihak SK Kementah dan
masyarakat sekitar yang diterajui oleh PIBG SK Kementah bertujuan membantu dan
memberi peluang kepada murid di sekolah ini mengikuti kelas KAFA. Permintaan tinggi
KAFA di sekitar sekolah menyebabkan peluang mengikuti KAFA murid SK Kementah
sangat kurang.

Perbezaan waktu sesi persekolahan dengan sesi PdPc KAFA sedia ada serta
kekangan masa dalam mengurus anak dan keluarga kerana tuntutan tugasan turut
menyumbang kepada ketidakterlibatan anak ke KAFA.

3. OBJEKTIF

Antara objektif penubuhan KAFA SK Kementah adalah seperti berikut:-

3.1 Pengukuhan dan tingkatkan pembelajaran Pendidikan Islam dan penguasaan Al-
Quran di SK Kementah.

3.2 Memastikan murid menjalankan tanggungjawab menunaikan solat (Zohor dan
Asar)

3.3 Mengurangkan keciciran murid mengikuti KAFA.
3.4 Mengurangkan bebanan ibubapa dan guru berulang alik menguruskan

(mengambil dan menghantar) anak.
3.5 Memberi peluang kepada pihak kantin sekolah menambah pendapatan.
3.6 Memberi peluang pekerjaan kepada graduan lepasan aliran Pendidikan Islam

yang masih menganggur.

4. PELAKSANAAN

1

Cadangan perlaksanaan KAFA adalah seperti ketetapan berikut:-

4.1 Tarikh bermula : 3 Februari 2020

4.2 Hari persekolahan : Isnin hingga Jumaat
4.3 Masa persekolahan : 2.00 hingga 5.00 ( Isnin – Khamis)

: 2.30 hingga 5.30 (Jumaat)

4.4 Tempat : SK Kementah

4.5 Jumlah kelas : 10 buah kelas

5. BILANGAN MURID DAN GURU

5.1 Peringkat awal tinjauan pada MAC 2019, jumlah murid yang tidak mengikuti

KAFA dan berhasrat mengikuti KAFA SK Kementah adalah seperti berikut:-

5.2

DARJAH / UMUR JUMLAH

Murid tahun 1 (7 tahun) 84 orang

Murid tahun 2 (8 tahun) 97 orang

Murid tahun 3 (9 tahun) 73 orang

Murid tahun 4 (10 tahun) 86 orang

Murid tahun 5 (11 tahun) 58 orang

Nota: 25 orang murid minima setiap kelas

5.3 Guru/ustaz/ustazah yang dicadangkan adalah berdasarkan peruntukan
perjawatan yang ditetapkan oleh JAWI berdasarkan pembukaan kelas semasa.

6. SYARAT KEMASUKAN PELAJAR

6.1 Penempatan murid KAFA SK Kementah hanyalah untuk murid yang didaftarkan
di SK Kementah sahaja berumur antara 7 tahun (tahun 1) hingga 11 tahun
(tahun 5).

7. PENDAFTARAN DAN YURAN BULANAN

7.1 Kos pendaftaran setiap murid baru adalah bergantung kepada permintaan
keperluan buku teks dan buku tulis serta mendapatkan kelulusan JAWI.

7.2 Jawatankuasa penaja telah bersetuju mengenakan yuran bulanan sebanyak
RM10.00 sahaja daripada setiap murid.

8. PAKAIAN

8.1 Semua murid akan menggunakan pakaian seragam sekolah sedia ada
sepanjang sesi PdPc KAFA.

8.2 Pemakaian Tshirt KAFA pada hari Jumaat.

2

9. SUKATAN PELAJARAN DAN JADUAL WAKTU

9.1 Berdasarkan sukatan pelajaran KAFA yang ditetapkan Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Masa 2.00 2.30 3.00 3.30 4.00 4.30
Hari 2.30 3.00 3.30 4.00 4.30 5.00

Isnin Amali Solat Tilawah Ibadah Rehat Sirah Amali Solat
Hafazan
Selasa Amali Solat Kefahaman Akidah Rehat Ibadah Amali Solat
Tilawah
Rabu Amali Solat Hafazan Lughatul Rehat Adab Amali Solat
Kefahaman Quran

Jawi&Khat

Khamis Amali Solat Tasmi’ Lughatul Rehat Ibadah Amali Solat
Jumaat Quran Rehat Akidah Amali Solat
Al-Quran
Tasmi’ Sirah

Al-Quran

10. KURIKULUM

10.1 Berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)

11. PEPERIKSAAN

11.1 Murid Tahun 1, 2, 3 dan 4 akan menduduki Peperiksaan Awal Tahun dan Akhir
11.2 Tahun.
Murid Tahun 5 akan menduduki Peperiksaan Awal Tahun dan Ujian Penilaian
Kelas KAFA (UPKK).

12. CUTI

Berdasarkan cuti yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Kuala Lumpur serta
selaras dengan perlaksanaan cuti bagi sekolah kebangsaan.

13. PENUTUP
Kertas Kerja KAFA SK Kementah ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan
daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menubuhkan
Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain di SK Kementah.

3

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……H……a…ya…ti…m…n……… ………H……il…m…ie…bm…n…o……

Hayati Binti Md. Nor Hilmy Bin Mat Nayan @ Othman
KP Pendidikan Islam Guru Besar

SK Kementah SK Kementah

4


Click to View FlipBook Version