The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

03 KERTAS KERJA BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH 7 APRIL 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skchemplak, 2022-04-28 00:15:52

03 KERTAS KERJA BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH 7 APRIL 2022

03 KERTAS KERJA BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH 7 APRIL 2022

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

BUANG YANG KERUH
AMBIL YANG JERNIH
(e-FelChempHEBAT)

ROZA AMIRA BINTI ROSLI

KERTAS KERJA

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
(e-FelChempHEBAT)

SK (FELDA) CHEMPLAK TAHUN 2022

1. PENDAHULUAN

Pada tahun ini iaitu 2022, PPPM memasuki gelombang ketiga yang bermula pada 2021
hingga 2025 dengan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan
peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua
sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan
berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi
dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri
yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih
tinggi. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan di Malaysia.

Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti
nasional perlu digerakkan oleh guru yang beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini
dirangka dan menggunakan Modul merangkumi enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin
melalui daya jati diri kepimpinan sepanjang kem, kemahiran dwibahasa, memupuk etika
dan kerohanian dengan modul pemantapan agama serta identiti nasional. Penganjur
berharap agar program ini merupakan salah satu penggerak bagi mencapai aspirasi
tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan dan membangunkan
kemejadian murid .Pihak sekolah positif dan optimis bahawasanya program yang ingin
dilaksanakan ini akan menjana kecemerlangan sekolah serta mampu mencapai sasaran
yang telah disasarkan.

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

2. MATLAMAT

Meningkatkan kemenjadian murid dalam aspek pembangunan sahsiah dan

akademik.

3. OBJEKTIF

i. Membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid melalui amalan baik yang
boleh dijadikan contoh

ii. Melahirkan murid yang bertanggungjawab melaksanakan tugasan / latihan yang
diberi oleh guru.

iii. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan
kesedaran mereka bahawa tidak hadir ke sekolah (ponteng) merupakan satu
kesalahan.

iv. Membuka ruang seluasnya kepada ibu bapa / penjaga dalam membantu pihak
sekolah dalam memastikan anak-anak peka kepada jadual waktu dan
menyiapkan latihan yang diberi oleh guru serta mematuhi peraturan sekolah.

v. Memantapkan kualiti buku latihan murid sekaligus meningkatkan prestasi
akademik.

vi. Menyediakan intervensi berimpak tinggi dalam menangani masalah murid yang
tidak hadir ke sekolah dan sering gagal menyiapkan latihan.

vii Menyediakan sistem perekodan yang bersistematik, mudah, tepat dan pantas
menggunakan aplikasi ‘google form’

4. ANJURAN

Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling SK ( FELDA ) Chemplak.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Prasekolah, tahun 1 hingga tahun 6 dan Pendidikan Khas SK
(FELDA) Chemplak

6. TEMPOH MASA PELAKSANAAN
Sepanjang tahun bermula April 2022
Pelancaran akan dijalankan pada 7.4.2022/ Khamis (8.00 pagi)

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

7. SUMBER TENAGA
Semua guru, AKP dan warga SK (Felda) Chemplak

8. STRATEGI PELAKSANAAN
8.1 Amalan baik dan salah laku murid ( ponteng sekolah, tidak bawa buku dan
tidak menyiapkan latihan / kerja rumah) direkod oleh guru dengan
menggunakan aplikasi ’google form” e- FelChempHEBAT di hadapan
murid.
8.2 Data laporan di semak oleh GPK HEM,Guru Disiplin dan Guru Bimbingan
dan Kaunseling setiap hari untuk diambil tindakan.
8.3 Data amalan baik dan salah laku dianalisa pada setiap hujung bulan untuk
tindakan penegasan dan pengiktirafan:
8.3.1 Penegasan :
Murid yang melakukan salah laku melebihi 15 kali dalam tempoh sebulan
tindakan berikut akan diambil :
i. Data salah laku murid akan di cetak dan diserahkan kepada ibu
bapa /penjaga dengan cara ziarah cakna, ibu bapa hadir ke
sekolah, melalui panggilan telefon atau penghantaran mesej dan
penghantaran surat ke rumah.
iii. Murid juga akan dirujuk kepada guru disiplin / guru bimbingan dan
kaunseling untuk tindakan kaunseling.
8.3.2 Pengiktirafan
Pengiktirafan akan diberikan kepada murid dan guru pada setiap
bulan sebagaimana ketetapan berikut:

i. Kelas yang mencatatkan kesalahan kurang 20 kali ( keseluruhan

murid dalam kelas) dan paling rendah akan menerima hadiah

misteri yang disediakan oleh Unit HEM kepada semua murid dan

piala pusingan untuk kelas.

ii. Bagi murid yang mencatatkan amalan baik melebihi 10 kali pada

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

satiap bulan akan menerima ”ButtonBadge” IKON HEBAT
dianugerahi Ikon Hebat bagi bulan tersebut.
iii. Amalan baik murid akan direkodkan dalam SSDM.
iv Bagi guru yang melaporkan bilangan kesalahan kurang 5 kali
dalam sebulan dan paling rendah dalam kalangan guru (berjaya
memastikan murid sentiasa membawa buku dan menyiapkan
latihan) akan dianugerahi Ikon Hebat dan berpeluang berkongsi
amalan terbaik dalam slot PLC, Dialog Prestasi Sekolah atau
mesyuarat guru.

9. KAWALAN DAN PENYELIAAN
 Guru Besar
 GPK Pentadbiran
 GPK HEM
 GPK Kokurikulum
 Semua guru, AKP dan warga SK (FELDA) Chemplak

10. AHLI JAWATANKUASA INDUK
Rujuk Lampiran A

11. AHLI JAWATANKUAS PELAKSANA
Rujuk Lampiran A

12. ATURCARA PROGRAM
Rujuk Lampiran A

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

13. KEWANGAN Harga Jumlah
Bil Perkara
1. Badge (ikon hebat) 200 X RM 2.50 RM 500.00

JUMLAH RM 500.00

Sumber Kos : Bimbingan dan Kaunseling

13. Penutup

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat
mendorong murid untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri serta
membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang
unggul. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk jati
diri yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran disamping secara tidak langsung
dapat meningkatkan prestasi akademik.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ROZA AMIRA BINTI ROSLI) AHMAD SUHAIMI BIN ALI
Guru Bimbingan dan Kaunseling GPK HEM
SK (FELDA) Chemplak SK ( FELDA ) Chemplak

Diluluskan,

(ZULKEFLI BIN ABDULLAH)
Guru Besar
SK (FELDA) Chemplak

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022

Lampiran A
JAWATANKUASA
BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

(e-FelChempHEBAT)

SK (FELDA) CHEMPLAK TAHUN 2022

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI Cikgu Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar)
TIMBALAN PENGERUSI Cikgu Ahmad Suhaimi bin Ali (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 1 Cikgu Abdul Aziz bin Daud (GPK PTD)
NAIB PENGERUSI 2 Cikgu Noor Hayati binti Mahmad Ayob(GPK KOKO)
Cikgu Roza Amira binti Rosli
PENYELARAS
Cikgu Mohd Hafiz Bin Ramli
SETIAUSAHA Cikgu Wan Zarinah binti Wan Mohd Amin
BENDAHARI

JAWATANKUASA PELAKSANA

PELANCARAN Cikgu Roza Amira binti Rosli

PENGACARA Cikgu Shariza binti Sape’e

BACAAN DOA U Ustaz Ahmad Waqiuddin Wazin bin Abu Bakar

BROSUR Cikgu Rosalina binti Ramli

HADIAH DAN SIJIL Cikgu Wan Zarinah binti Wan Mohd Amin

Cikgu Hanizah binti Musa

“BADGE” Cikgu Suhana binti Ab Latif

PERAKAM PERISTIWA Cikgu Nur Hafizah binti Shaari

GIMIK dan “GOOGLE FORM” C Cikgu Mohd Hafiz Bin Ramli

ATUR CARA PELANCARAN

MASA & LOKASI PERKARA
8.00 pagi Info Program oleh Penyelaras (GBK), SK (FELDA) Chemplak

Makmal Komputer, Ucapan alu-aluan Guru Besar, SK (FELDA) Chemplak
Kelas Tahun 1-6, Ucapan Perasmian dan Pelancaran e-Felchemp Buang yang
Prasekolah dan Keruh ambil yang jernih oleh Guru Besar, SK (FELDA) Chemplak
Pendidikan Khas
Gimik pelancaran serentak 13 lokasi

PROGRAM BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH TAHUN 2022


Click to View FlipBook Version