Anda dikehendaki membaca artikel
bertajuk https://www.academia.edu/35857610/Tuntutan_Kepulauan_Spratly (Charles Chew Yee
Heng) untuk menjawab soalan berikut.
1. Perincikan tuntutan China terhadap Pulau Spartly beserta dengan bukti.
2. Bincangkan pendirian Dr Mahathir terhadap konflik tuntutan Malaysia terhadap Kepulauan
Spartly
3. "Kami tak boleh kehilangan walau satu inci pun kawasan yang ditinggalkan oleh nenek moyang
kami" Xi Jinping. Apakah pandangan anda tentang pendirian negara China
Jawapan:
Soalan 1:
China boleh dikatakan mempunyai hubungan yang paling lama ke atas rantau
ini.Kerajaan China telah menyatakan bahawa semasa zaman Dinasti Han Barat ,
nelayan-nelayan Cina menggunakan pulau-pulau Spratly sebagai transit
mereka.China juga yakin bahawa Dinasti Ming telah menghantar beberapa ekspedisi
ke Spratly pada abad kelima belas di bawah Laksamana Cheng Ho.Peta sejarah dan
artifak digunakan untuk mengukuhkan tuntutan mereka.Pada tahun 1947,kerjaan
Nasionalis Chiang Kaishek mentakrifkan tuntutan lama China dengan “garis
berbentuk-U” yang meliputi sebahagian besar Laut China Selatan.Komunis China
juga mengisytiharkan Spratly berada di dalam Wilayah Guangdong.Pada Febuari
1992,Kongres Rakyat Kebangsaan China telah meluluskan Undang-undang Wilayah
Perairan dan Kawasan Bersempadanan Mereka.Hal ini menegaskan lagi kedaulatan
China ke atas Kepulauan Paracel dan Spratly dan tuntutan mereka adalah lebih
daripada 80 peratus daripada Laut China Selatan.Sejak 1945,garis berbetuk-U
dilakar dalam semua peta rasmi negara China.
Soalan 2:
Malaysia mula merancang menuntut Spartly dengan meletakkan tentera di Terumbu
Layang-layang yang menjadi tuntutan negara-negara lain pada tahun 1981-
1982.Kerajaan Malaysia akan mengadakan forum serta rundingan dengan negara
ASEAN berhubung isu pertindihan tuntutan Kepulauan Spartly.Dr Mahathir terus
mengatur langkah agresif untuk menduduki pulau tersebut. Malaysia sentiasa
mengamalkan sikap serampang dua mata dalam hal pertindihan kawasan di
Kepulauan Spratly.Kadang-kadang sokong negara ASEAN dan kadangkala
berunding dengan China . Dr Mahathir menegaskan bahawa Malaysia yang kekal
dalam pulau yang diduduki negara iaitu 4 atau 5 pulau.Pada tahun 1999 , pendirian
Malaysia terhadap ASEAN berubah , kalua dulunya sokong Filipina , kali ini Malaysia
menolak permintaan Filipina agar isunya dengan China dibincangkan dalam Forum
Serantau ASEAN.Dr Mahathir mengulangi hasrat untuk menyelesaikan pertikaian
laut secara dua hala dan disebabkan itulah Malaysia mengikuti China mengutuk
Amerika Syarikat yang berminat dalam perkembangan Spratly.
Soalan 3:
China akan memastikan mereka menguasai Kepulauan Spratly kerana ia merupakan
peninggalan nenek mouang mereka dan telah banyak bukti sejarah yang
menyatakan bahawa sebahagian besar Spratly merupakan kepunyaan
China.Tambahan pula , terdapat banyak sumber-sumber penting yang terdapat di
Kepulauan Spratly dan itu lagi menguatkan mereka untuk memiliki Spratly.Sumber
utama yang terdapat di Kepulauan Spratly ialah sumber makanan laut seperti ikan
dan udang,jandungan petroleum dan gas asli.