PMelanincagrgaun
Bahasa Arab
أسبوع اللغة اللعربية
Tarikh : 09 –13 November 2020
Hari : Isnin—Jumaat
Tempat : Kediaman masing-masing
Anjuran : Panitia Bahasa Arab, SK Puncak Alam
“Bahasa Arab Bahasa Al-qur’an”
Semanis Tinta Guru Besar
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahNya
kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi
merealisasikan visi KPM “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik SK Puncak
Alam telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH
dan penuh tanggungjawab. Bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu
untuk ―BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN‖.
Di kesempatan yang terbatas ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Panitia Bahasa Arab atas penganjuran Minggu Bahasa Arab yang bermula
pada 09 November- 13 November 2020. Pada tahun ini Minggu Bahasa Arab tidak
dapat diadakan disekolah seperti kebiasaannya kerana kita semua diuji dengan
kehadiran Covid 19. Namun saya percaya aktiviti ini masih boleh diadakan dengan
sebaik dan sejaya mungkin. Pengalaman baharu ini bukan sahaja dapat dirasai oleh
murid-murid malahan untuk guru-guru juga. Saya percaya, aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan nanti dapat menambahkan lagi pengetahuan murid dalam menguasai
Bahasa Arab.
Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada murid-murid
dan guru-guru yang berjaya dalam menjalankan pelbagai aktiviti dan pertandingan
di SK Puncak Alam.
Sama-sama kita martabatkan Bahasa Arab.
Syabas dan tahniah!
“Usaha Puncak jaya”
Yang menjalankan amanah,
(En Norhamidi Bin Mohd Ansor)
Guru Besar
SK Puncak Alam
Semanis Bicaara Ketua Panitia
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat illahi, kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersua kembali didalam tinta tanpa suara dalam keadaan
yang aman dan ceria.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dengan
ucapan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua ahli panitia bahasa arab SK Puncak
Alam khasnya kerana berjaya merancang dan menganjurkan satu program iaitu Minggu Ba-
hasa Arab ) ) أسبوع اللغت العربيتTahun 2020 secara maya semasa perintah kawalan
pergerakan bersyarat ( PKPB ) yang sangat bermanfaat ini khas untuk semua murid SK
Puncak Alam.
Program Minggu Bahasa Arab ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dimasukkan
dalam takwin persekolahan bagi tahun 2020. Ini kerana pihak sekolah berasa program ini
perlu bagi memupuk minat dan kebolahan murid-murid dalam menguasai bahasa arab lebih-
lebih lagi bahasa arab kini diperluaskan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Justeru itu, kami
dari jawatankuasa Panitia Bahasa Arab SK Puncak Alam sukacitanya ingin menganjurkan
minggu bahasa arab ini bagi merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan oleh pihak sekolah kepada kami.
Diantara matlamat besar program ini adalah supaya dapat menanam minat yang
sangat tinggi untuk murid-murid SKPA mempelajari bahasa arab seterusnya dapat
memperkayakan dan meningkatkan kemahiran berbahasa bagi murid di setiap tahap.
Besar harapan saya selaku Ketua Panitia Bahasa Arab SK Puncak Alam agar program
Minggu Bahasa Arab ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif.
In sha Allah, Amiin.
Sirru „Ala Barokatillah.
Yang menjalankan amanah,
(Mu’allim Mohd Faisal Bin Dziauddin)
Ketua Panitia Bahasa Arab 2020
Sekapur Sirih
Minggu bahasa arab adalah satu daripada aktiviti yang dirancang dalam takwim persekolahan
bagi tahun 2020. Ini kerana pihak sekolah berasa program ini perlu bagi memupuk minat dan
kebolehan murid-murid dalam menguasai bahasa arab. Lebih–lebih lagi bahasa arab kini
diperluaskan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Justeru, kami dari Jawatankuasa Panitia
Bahasa Arab, SK Puncak Alam sukacita ingin menganjurkan Minggu Bahasa Arab bagi
merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah
kepada kami.
Matlamat Program
Program Minggu Bahasa Arab diharap dapat memperkayakan dan meningkatkan
kemahiran berbahasa bagi setiap murid SK Puncak Alam.
Objektif Program
1. Menanam minat untuk mempelajari bahasa arab
2. Meningkatkan keupayaan mengaplikasi pertuturan mudah dalam bahasa arab
3. Membina sahsiah diri ke arah generasi cemerlang gemilang dan terbilang
Meningkatkan kerjasama antara murid dalam aktiviti yang dianjurkan
Jawatankuasa Induk
Penasihat :En Norhamidi Bin Mohd Ansor
Pengerusi
Naib Pengerusi :Pn Salwati Binti Isa (GPK Pentadbiran)
:Pn Rogayah Binti Ahmad (GPK HEM)
Ketua Panitia :Tn Hj Rahimuddin Bin Mohamed (GPK Ko-kurikulum)
Setiausaha :Pn. Zarina Binti Arshad (GPK Pendidikan Khas)
Bendahari :En Mohd Faisal Bin Dziauddin
Naib Bendahari
:Pn Wardah Binti Khusaini
:En Ahmad Tarmizi Bin Dolah
:Pn Suhaida Binti Mohd Sukis
Jawatankuasa Pelaksana
Poster & Penyelaras Pertandingan
Buku Pelancaran Program Tahun 1 & Dokumentasi Program
Mua‟llimah Suhaida binti Mohd Sukis Mua‟llimah Wardah Binti Khusaini
Penyelaras Pertandingan Penyelaras Pertandingan
Tahun 2 & 3 Tahun 4 & 5
Mua‟llim Ahmad Tarmizi Bin Dolah Mu‟allim Mohd Faisal Bin Dziauddin
Penyelaras Pertandingan Hadiah Pertandingan
Tahun 6 Mu‟allim Mohd Faisal Bin Dziauddin
Mua‟llimah Suhaida binti Mohd Sukis
Jadual Aktiviti Pertandingan
Tahun 1 / Selasa (10.11): Tahun 2 / Rabu (11.11):
1.Tulisan cantik 1.Mewarna kalimah muhammad
) ( خط جويل
) (الآلوا ى الكلوت هحود
2.Mewarna kalimah
( (أحب اللغت العربيت 2. Mewarna & Melukis poster ) ( هلصقاثhierarki
ahli keluarga dan label dlm bhs arab
) (أسراتي – بيتي جنتي
Tahun 3 / Rabu (11.11): Tahun 4 / Khamis (12.11):
1.Mewarna kalimah 1.TerjemahKan saya ( (ترجن الكلواث
) (الآلواى الكلواث
2.Kad ucapan hari lahir dalam versi arab ( (بطاقت
2.Mencipta poster ) ( هلصقاثjenis2 يوم الويلاد
pakaian dalam bahasa arab
Tahun 5 / Khamis (12.11): Tahun 6 / Jumaat (13.11):
1.Terjemahkan saya
( (ترجن الكلواث 1 .Membuat Bookmark ( ( علاهت هويزة
2.Mencipta topeng muka al-hayawanat Berdasarkan tajuk:
)( قناع الحيواناث
في أي فرقت تشترك؟
2 .Melukis Poster kreatif ) (هلصقاث
berdasarkan salah 1 tajuk pembelajaran BA
berikut:
) فوائد التكنولوجيا الحديثت- Manfaat Teknologi
Moden)
) ها أروع العالن- Alangkah indahnya alam
semesta)
) وسائل النقل في بلادنا فوائد- Manfaat kaedah
pengangkutan di Negara kita)
Sekalung Penghargaan
Jawatankuasa Panitia Bahasa Arab SK Puncak
Alam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada :
Barisan Pentadbir SKPA
Guru-Guru SKPA
Ibu Bapa / Penjaga SKPA
Anak-Anak Didik SKPA
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Program Minggu Bahasa Arab SK
Puncak Alam 2020.