The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Al-Quran ( Taubah Ayat 128-129 ) Tingkatan 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-03-08 23:23:32

Al-Quran 1 ( Taubah Ayat 128-129 )

Al-Quran ( Taubah Ayat 128-129 ) Tingkatan 5 KSSM

AL-QURAN : SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

( MINGGU 2: 26 & 28 JANUARI 2021 )

1- BACA DENGAN BETUL, LANCAR, BERTAJWID DAN FASIH

1

‫ﻟَ َﻘ ۡﺪ َﺎٓ َء ُ ۡﻢ َر ُﺳﻮ ٌ۬ل ِّﻣ ۡﻦ ﻧ ُﻔ ِﺴ ُ ۡﻢ‬

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu sendiri

( iaitu Muhammad SAW )

ۡ ‫ َﻋ ِﺰ ٌﺰ َﻠَ ۡﯿ ِﻪ َﻣﺎ َﻋ ِﻨﱲ‬2

Terasa berat olehnya penderitaan yang kamu alami

3

‫َﺣ ِﺮﯾ ٌﺺ َﻠَ ۡﯿ ُﻢ‬

Dia sangat menginginkan (Keimanan dan keselamatan ) bagimu

‫ ِﺑ ﻟۡ ُﻤ ۡﺆ ِﻣ ِ َﲔ َر ُءو ٌ۬ف ر ِﺣ ٌ۬ﲓ‬4

Sangat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman

‫ ﻓَﺎن ﺗَ َﻮﻟ ۡﻮْا‬5

Kemudian jika mereka berpaling ingkar

ۖ‫ ﻓَ ُﻘ ۡﻞ َﺣ ۡﺴ ِ َﱮ ُ َﻻٓ اﻟَٰ َﻪاﻻ ُﻫ َﻮ‬6

Maka Katakanlah “ Cukuplah bagiku Allah, tiada tuhan ( yang berhak disembah melainkan 7

Dia )

‫َﻠَ ۡﯿ ِﻪ ﺗَ َﻮ ﻠۡ ُﺖ‬

Kepadanya aku berserah diri

‫ َو ُﻫ َﻮ َرب ﻟۡ َﻌ ۡﺮ ِش ﻟۡ َﻌ ِﻈ ِﲓ‬8

Dan dialah yang mempunyai Arasy yang besar

2- Intisari Ayat
 Allah SWT telah mengutuskan Rasul daripada kalangan manusia
 Rasulullah SAW sangat menginginkan kebaikan di dunia dan di akhirat buat
umatnya
 Allah SWT sangat mengasihi hambanya
 Umat Islam perlu bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
 Seluruh makhluk di langit dan di bumi berada di bawah kekuasaan Allah SWT

3- Hikmah Allah melantik Rasulullah daripada bangsa Arab (Kaum Quraisy)

 Supaya orang Arab dapat menolong usaha dakwah baginda kerana berasal
dari kaum yang sama

 Supaya manusia dapat menerima baginda sebagai Rasulullah SAW kerana
Quraisy adalah bangsa Arab yang mulia dan dihormati.

4- Peranan Rasul yang diutuskan Allah

 Untuk menyampaikan ajaran Islam
 Pembawa berita gembira kepada orang beriman
 Pemberi amaran dan peringatan kepada orang yang ingkar kepada Allah
 Membetulkan akidah manusia iaitu menyeru agar mentauhidkan Allah

5- Hikmah Allah mengutuskan Nabi dan Rasul dalam kalangan manusia.

 Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia
 Membuktikan bahawa ajaran Islam mampu dihayati oleh semua manusia
 Memudahkan penerimaan manusia terhadap ajaran Islam
 Memudahkan manusia mencontohi teladan yang dibawa oleh Rasulullah

SAW

6- Sebab manusia perlu kepada pimpinan rasul walaupun mereka berakal

 Akal manusia adalah terbatas dan tidak dapat berfikir di luar jangkaan akal
 Akal tidak dapat mengetahui perkara ghaib kecuali dengan penerangan

wahyu yang disampaikan oleh rasul
 Akal tidak dapat membezakan serta menilai hakikat kebaikan atau keburukan

sesuatu perkara tanpa bimbingan wahyu.

7- Kelebihan Mengasihi Rasulullah SAW

 Mendapat syafaat baginda di akhirat kelak
 Hidupnya diberkati dan dirahmati oleh Allah
 Dikasihi dan disayangi oleh Allah
 Mendapat petunjuk dan taufik daripada Allah
 Beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat

8- Maksud Tawakal

Bahasa: menyerahkan tugas kepada seseorang
Istilah: Berserah diri kepada Allah tentant urusan yang telah dilakukan bersungguh-
sungguh dan berharap kepada Allah menentukan kejayaannya.

9- Konsep Tawakal yang sebenar

 Allah memerintakan manusia agara berusaha sedaya upaya untuk mendapat
perkara yang diingini

 Kemudiaanya berserah kepada Allah untuk menentukan hasilnya
 Sikap berserah kepada Allah semata-mata tanpa usaha bukan ajaran Islam

10- Kelebihan kepada individu yang menghayati sifat tawakal dalam kehidupan
seharian khususnya ketika belajar

 Mempunyai keyakinan diri
 Memiliki sifat jati diri
 Mengakui kelemahan dan kekurangan diri
 Kuat dan gigih berusaha
 Bersemangat kental

11- Pengajaran ayat di atas

 Kita Wajiblah mengasihi Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah mengasihi
umatnya

 Kita hendaklah sentiasa bertawakal kepada Allah supaya hidup lebih
bermatlamat

 Kita Hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan agar
hidup lebih bahagia


Click to View FlipBook Version