The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOLONG JANGAN REPOST TANPA CREDIT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatincute1502, 2021-06-14 21:36:06

SEJARAH TOKOH : JAMES BROOKE

TOLONG JANGAN REPOST TANPA CREDIT

Keywords: JAMES BROOKE

SEJARAH RINGKAS TOKOH:
JAMES BROOKE

Biodata james brooke

Pemerintahan : 18 Ogos 1842 - 11 Jun 1867
Diikuti oleh : Charles Brooke
Keputeraan : James Betram Lionel Brooke

29 April 1803
Secrole,Benares,British India
Kemangkatan : 11 Jun 1868 (umur 65)

Burrator, United Kingdom
Pemakaman : St Leonard’s Church,

Sheepstor, Dartmoor
Kerabat : Dinasti Brooke
Ayahanda : Thomas Brooke
Bonda : Anna Maria Brooke
Agama : Chritianity

Church of England

AWAL HIDUP JAMES BROOKE

Selepas sekolah tatabahasa di England, dia menyertai perkhidmatan Syarikat
Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825 dan ditempatkan di India. Selepas
ketibaannya, permusuhan timbul di Burma, dan Brooke dihantar ke Burma
bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris ke
Lembah Brahmaputra, pada tahun 1825. Ketika di sana, Brooke mengalami
kecederaan teruk ketika memimpin kalavari sukarelawan tempatan, dan
dihantar kembali ke England untuk dirawat. Ia mengambil masa beberapa
tahun untuk Brooke pulih kembali dan pada tahun 1830, dia kembali ke
Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.
Dia kemudian mengembara ke China dan semasa melalui kepulauan Indies
Timur. Ketika itulah Brooke memutuskan bahawa ia merupakan tempat yang
baik bagi menubuhkan kuasa Inggeris dan menambah kekayaan keluarganya
Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya.

PERMULAAN DI SARAWAK

Pada tahun 1835, ayahnya mati dan meninggalkan harta berjumlah £30,000,
yang dia gunakan untuk membeli sebuah kapal bernama Royalist. Selepas
belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos
tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi
pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu
Raja Muda Hassim, bapa saudara dan raja muda pada Sultan Brunei yang
memerintah menumpaskan pemberontakan Dayak, dan sebagai balasan Raja
Muda Hassim menamakannya sebagai Raja Sarawak pada 1841. Gelaran itu
kemudiannya disahkan oleh Sultan Brunei dan diberi gelaran Raja Putih
Sarawak.

PEMERINTAHAN

James Brooke membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya
di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke
menghabiskan masa beberapa tahun bagi menubuhkan kod perundangan bagi
Sarawak, melancarkan rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah tersebut, dan
menumpaskan lanun. Pada tahun tersebut, dia bekerjasama rapat dengan pegawai
tentera laut British dalam operasi terhadap lanun Dayak dan Melayu di laut Borneo.

Pada tahun 1847, James Brooke kembali ke England di mana dia bertemu dengan
Ratu Victoria dan dianugerah K.C.B. (Knight Commander of the Bath) pada tahun
1848 dan dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan (yang telah diserahkan
pada British oleh Sultan Brunai pada tahun 1846) dan menjadi Konsul Jeneral British
di Borneo.

Brooke sekali lagi memimpin pasukan British menentang lanun Dayak pada tahun
1849 dan berjaya menumpaskan mereka dengan teruk. Pada tahun 1851, James
Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi mengenai dirinya timbul. Dia dituduh
rasuah dan salah tingkah laku termasuk tindakan kejam dan tidak
berperikemanusiaan terhadap penduduk tempatan termasuk lanun yang didakwa
menjadi mangsa kekejaman oleh Brooke. Tuduhan ini ditimbulkan di Dewan Rakyat
British oleh ahli politik radikal Joseph Hume dan ahli lain yang anti-imperialis.
Selepas beberapa penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan
dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Namun demikian, perkara ini menjejaskan
nama baiknya dan Brooke dilucutkan jawatan sebagai gabenor Labuan.

Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa pemberontakan serius pendatang
China di Sarawak; tetapi dengan sokongan oleh orang Melayu dan Dayak yang setia
pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan dan Brooke kembali mengawal
kerajaannya.

Senja hidup james brooke

Brooke akhirnya bersara ke England pada tahun 1863 sungguhpun begitu, dia
kembali sekurang-kurangnya dua kali ke Sarawak untuk melawan lanun dan
menumpaskan pemberontakan. Dia memerintah Sarawak sehinggalah
kematiannya diestatnya di Devonshhire, England pada tahun 1868, selepas tiga
kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya
iaitu Charles Brooke yang menjadi Raja Putih kedua Sarawak.

PENTADBIRAN BARAT DI
SARAWAK DAN SABAH

PERLUASAN KUASA DINASTI BROOKE
DI SARAWAK

1) Sarwak ketika kehadiran James Brooke
- Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting
- Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota ke kawasan ini sebagai
Pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi
- Tahun 1820: kalangan masyarakat Melayu bertumpu di lidah tanah yang terletak di
sekitar Sungai Sarawak. Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan pertadbiran
kerana strategik mampu mengawal kegiatan perdagangan sungai dan kawasan
pendalaman

A) Sultan Omar Ali Saifuddin ii, Sultan Brunei
- Sultan Brunei yang mentadbir wilayah Sarawak pada tahun 1827 berhasrat
mengawal kegiatan perdagangan di Sarawak
- Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat pentadbiran di Kuching
- Menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan kerana mengenakan cukai
yang tinggi dan kerahan tenaga
- Penentangan dipimpin oleh Datu Patinggi Ali yang ingin membebaskan Sarawak
daripada cengkaman Pengiran Indera Mahkota
1) Sarawak ketika kehadiran James Brooke

b) Pengiran Raja Muda Hashim
- dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan madalah di Sarawak
- merupakan bapa saudara Sultan Brunei
- berusaha memujuk Datu Patinggi Ali dan Pembesar Melayu, namun gagal
- beliau meminta bantuan James Brooke

c) James Brooke
- mencari peluang untuk mendapatkan Sarawak
- Pada peringkat awal, menjalankan aktiviti pengembaraan di antar Sarawak dan
Singapura dengan kapalnya royalist
- mendapat sokongan pihak British melalui angkatan tentera laut
- James Brooke mengenakan syarat iaitu Pengiran Raja Muda Hashim perlu
meyerahkan Sarawak kepada beliau

d) Datu Patinggi Ali
- pembesar tempatan di Sarawak
- melakukan penentangan terhadap pentadbiran Brunei pada tahun 1836
- menentang tindakan-tindakan wakil Sultan Brunei yang menjejaskan kehidupan
masyarakat tempatan
- bersetuju berunding dengan James Brooke dan. menamatkan penetangan terhadap
Brunei

2) James Brooke mendapatkan kuasa pemerintahan
a) Rundingan
- James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim apabila diminta
untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak
- dalam rundingan Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James
Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak 2 kali sebelum James Brooke
menerimanya

b) Ugutan
- 2 kali ugutan dilakukan oleh James Brooke. Pertama terhadap Perngiran Raja Muda
Hashim yang cuba berdolak-dalik dan tidak bersetuju dengan rundingan yang
dilakukan sebelumya iaitu menyerahkan Sarawak kepadanya. Bagi menyelesaiakan
masalah ini James Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching
- disebabkan ini Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju menyerahkan pemerintahan
Sarawak kepada James Brooke
- yang kedua ialah dilakukan secara tidak langsung kepada pemerintah Brunei,
Sultan Omar Ali Saifuddin apabila James Brooke hadir ke Brunei diiringi oleh
angkatan tentera laut British
- kehadiran James Brooke adalah untuk mengesahkan penyerahan Sarawak
- tindakan James Brooke menyebabkan Sultan bersetuju mengesahkan Sarawak
tersebut.

C) Perjanjian
i) Perjanjian 1841 James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim
- James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya
- James Brooke hasur menghormati dan memelihara undang-undang dan adat
Melayu

ii) Perjanjian 1842 James Brooke dengan Sultan Brunei Omar Ali Saifuddin
- Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan tanjung datu ke Sungai
Samarahan
- semua hasil pendapatan kawasan diserahkan kepada James Brooke
- James Brooke mestilah memberikan ufti tahunan sebanyak 2500 dolar Sepanyol
kepada Sultan Brunei
- tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Sultan Brunei
- Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak

D) ketenteraan
- James Brooke turut menggunak kekuatan ketenteraan dalam usahanya untuk
mendapatkan kuasa di Sarawak
- bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan kapal hms dido yang dimiliki oleh
tentera laut British

- kapal Ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun yang menganggu
perdagangan dan kententeraman Sarawak.


Click to View FlipBook Version