The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdaus rizwan, 2021-04-18 20:38:53

SMK TUN FATIMAH HASHIM

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

NAMA : SAFIYYAH KHALIDAH BINTI PANIRAN
KELAS : 5 PERNIAGAAN 1
EMAIL : [email protected]
SEKOLAH : SMK TUN FATIMAH HASHIM
ALAMAT SEKOLAH : JALAN NIBONG 48 TAMAN DAYA 81100 JOHOR BAHRU JOHOR

PENDAHULUAN

Saya, Safiyyah Khalidah binti Paniran dari tingkatan 5 Perniagaan 1 dan bersekolah di SMK Tun Fatimah Hashim, Taman Daya , Johor .
Saya memilih Dato’ Sir Onn Jaafar sebagai Tokoh Pemimpin Johor . Saya membuat buku skrap ini atas sokongan ibu bapa saya, rakan-rakan
saya serta dibawah tunjuk ajar guru saya, iaitu Cikgu Siti Azura binti Mat Nawi selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, saya
membuat buku skrap lengkap ini secara individu .

BIODATA DATO’ SIR ONN BIN DATO’ SIR JAAFAR

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Sir Jaafar merupakan simbol penyatuan Orang Melayu yang seterusnya membawa kemerdekaan bagi sebuah negara
yang bernama Tanah Melayu. Beliau dilahirkan pada 12 Februari 1895. Beliau dilahirkan di Jalan Bukit Gambir, Johor Bahru Johor, British
Malaya (kini Malaysia). Beliau merupakan anakanda kepada Dato’ Sir Jaafar dan isteri bernama Ruqaiyyah Hanim. Ayahanda beliau merupakan
Menteri Besar Johor yang pertama, manakala ibunda beliau berasal daripada Sacrcia, Turki. Dato’ Sir Onn merupakan anak ke empat daripada
lapan adik- beradik yang dilahirkan di Bukit Gambir . Beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi. Beliau merupakan
anak angkat kepada Sultan Ibrahim. Dato’ Sir Onn telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru. Beliau telah meninggal dunia pada 19
Januari 1962 di usia 66 tahun . Beliau disemadikan di Makam Mahmoodiah berhampiran pusara abang dan ayahandanya .

PENDIDIKAN AWAL DATO’ SIR ONN JAAFAR

ALDEBURGH LODGE SCHOOL , SUFFOLK MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR

Dato’ Sir Onn mendapatkan Pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran di England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama
putera-putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun. Pada tahun 1903,
beliau melanjutkan pelajaran di England yang bertempat di Aldeburgh Lodge School, Suffolk, England selama enam tahun . Beliau ke sana
sebagai pengiring putera-putera Sultan Ibrahim. Setelah tamat pengajian di England, Dato’ Sir Onn Jaafar telah pulang ke tanah Melayu pada 25
Mac 1910, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian di MCKK, beliau berkhidmat bersama
kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Kerajaan Negeri Johor .

KERJAYA DATO’ SIR ONN JAAFAR

Pada tahun 1917, Dato’ Sir Onn Jaafar menyertai Pasukan Tentera Johor yang ditubuhkan pada 11 Mei 1886. Beliau ditempatkan di Pulau
Belakang Mati, Singapura. Setelah menamatkan perkhidmatan Pasukan Tentera Johor, beliau bekerja sebagai kerani di Pejabat Penasihat British.
Namun tidak lama kemudian, beliau diberhentikan oleh Sultan Ibrahim atas sebab tertentu. Pada tahun 1922 beliau berkhidmat sebagai penolong
pegawai di Muar. Selepas dua tahun, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pegawai Pemungut Hasil Tanah. Kemudiannya, Dato’ Sir
Onn Jaafar memasuki bidang kewartawanan dan menjadi pengarang di Warta Malaya pada tahun 1930. Sekitar tahun 1935 beliau dilantik
sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Ketika perang tercetus, Dato’ Sir Onn Jaafar telah dilantik sebagai Pengawal
Makanan Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947, kemudian beliau telah meletak jawatan pada tahun
1949 dan terus menumpukan perhatian kepada UMNO .

SUMBANGAN DATO’ SIR ONN JAAFAR

PENENTANGAN MALAYAN UNION
Pada tahun 1946, Dato’ Onn Jaafar menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan
beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama. Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa
kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa orang Melayu. Dato’
Onn kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa
keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’
Penduduk Tanah Melayu Bersatu.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Dato’ Onn Jaafar merupakan seorang yang tenang, tetapi tegas dalam membuat keputusan. Beliau juga seorang yang berdisiplin dan
merupakan seorang yang rajin dan tekun. Beliau sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesudah menetapkan hala tuju matlamatnya.
Beliau juga melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Dato’ Sir Onn Jaafar juga merupakan seorang pemimpin yang
berani dan tabah dalam mengharungi saat-saat getir. Oleh itu , generasi kini hendaklah sentiasa mencontohi beliau agar negara kita tidak dijajah
oleh pihak luar. Sifat ini juga dapat mengekalkan jati diri untuk terus bersemangat pada masa akan datang .

PENUTUP / KESIMPULAN

Kemerdekaan yang dapat dinikmati sejak 31 Ogos 1957 hingga kini adalah atas jasa dan perjuangan tokoh-tokoh yang berwibawa pada
masa lalu. Pengorbanan dan jasa-jasa yang dicapai oleh mereka telah menjadi sejarah serta pengajaran kepada generasi seterusnya .

Sebagai warganegara yang berbakti kepada negara , kita haruslah melaksanakan peranan masing masing dalam mengekalkan kedaulatan
negara. Mempelajari sejarah telah menjadi pemangkin yang penting dalam memupuk semangat cinta akan negara. Pelajar yang cinta akan negara
akan mengamalkan nilai-nilai murni, menghayati dan menyanjung perjuangan tokoh-tokoh negara dan juga sentiasa bersedia berkorban untuk
negara.

Sebagai kesimpulan, semua pihak masyarakat haruslah berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan negara dengan penuh semangat
patriotik supaya negara kita dapat menjadi maju, aman serta damai dan bertanding dengan negara lain

RUJUKAN
https://www.thepatriots.asia/dato-onn-bin-dato-jaafar-simbol-penyatuan-orang-melayu/

http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-onn-jaafar.html
https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-tokoh.html
http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html


Click to View FlipBook Version