SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
1
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
KESELURUHAN WATAK DAN PERWATAKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN
ISI KANDUNGAN:
1 LAMANG LABAI
2 ANGGAYAN DAMIT
3 AWANG KAMARUDDIN
4 TUAN PEMAGAT BONGSU BAGINDA INDERA SAKTI
5 RAJA MUDA INDERA BONGSU
6 AWANG SUKAIM
7 SI BUJANG LAILA BONGSU / AWANG BUJANG LAILA BONGSU
8 RAJA JIN TUJUH SEPERADIAN
9 AWANG BONGSU SUKAIM
10 SI TIMBUL DAN SI KABUL
11 AWANG ABDUL MUMIN DAN AWANG SI MUTARAM
12 ANAK RAJA BETARA KALA TIGA BERADI
13 JIN BETARA GURU, JIN BETARA KALA DAN JIN BETARA WISNU
14 AWANG AMIR SHAMSU
15 DANG KASUMA
16 DANG KUMALA [ADIK AWANG KAMARUDDIN]
17 TUAN PUTERI BONGSU KUMALA JAWA
18 DANG SITI NORALAM
19 TUAN PUTERI SI RAKSASA ANAK HANTU
20 DANG BONGSU
21 DANG KASUMA MATA
22 DANG KUMALA [ADIK ANGGAYAN DAMIT]
23 TUAN PUTERI PERMAISURI INTAN MAS SURAI
24 PERWATAKAN 13 SEPUPU
25 DANG DARA DAUN IRIK
26 SULTAN BONGSU DAN TUAN PUTERI KUMALA BONGSU
2
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
APA ITU WATAK?
Menurut Rahman Shaari, watak ialah seseorang yang
dilukiskan dalam sesebuah cereka, baik cerpen, novel atau
drama.
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam suatu karya yang
menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak
dan alam.
Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang, cakerawala,
benda dan sebagainya
APA ITU PERWATAKAN?
Perwatakan ialah segala perlakuan yang dilakukan oleh watak-
watak berkenaan dan boleh dilihat melalui gambaran luaran
dan dalaman watak.
Perwatakan luaran ialah berkenaan warna kulit, corak rambut,
saiz dan bentuk tubuh badan, kecacatan dan keterangan diri
watak.
Perwatakan dalaman adalah berkaitan dengan sifat, pemikiran,
kepercayaan, percakapan dan tindakan watak berkenaan.
3
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
4
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
1] WATAK LAMANG LABAI
Perwatakan Luaran:
Lamang Labai berkahwin dengan Dang Kasuma, iaitu isteri pertamanya dan mempunyai
dua orang anak iaitu Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.
Dia berkahwin dengan isterinya yang kedua dan dikurniakan juga dua orang anak iaitu
Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang ditapakannya dalam buah pinang Si
Gangga Wari.
Dia digambarkan mempunyai warna kulit hitam dan berkurap yang berkedal-kedal.
Dia adalah seorang petani yang hidup sederhana dan rajin bercucuk tanam, dan
mempunyai kebun yang ditanam dengan berbagai-bagai jenis tanaman seperti gelagah,
berjenis-jenis buah, biabas, pisang, ubi-ubian, biaksa dan pokok kelapa yang banyak.
Dia seorang yang berilmu. Contohnya, ilmu itu dipelajarinya daripada Raja Jin Tujuh
Seperadian yang tinggal di Gadung Batu di Bukit Si Guntang seperti ilmu tentang besi,
senjata, ilmu kebal, ilmu persilatan dan ilmu mengenai perempuan.
Dia seorang yang kebal. Contohnya, dalam pertarungannya dangan Anggayan Damit
semua senjata Anggayan Damit tidak dapat menembusi / melukai badan Lamang Labai.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang gigih berusaha untuk mencapai impiannya. Contohnya, dia telah
berusaha sehingga dapat menewaskan Anggayan Damit semasa mereka beradu tenaga
dan berjaya mencapai impiannya untuk mengahwini Dang Kasuma.
Dia mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat. Contohnya, sebaik sahaja selepas dia
mendengar cerita daripada kawan-kawannya tentang kecantikan Dang Kasuma, Lamang
Labai terus saja tertarik hati dan melihat sendiri kebenaran apa yang diperkatakan kawan-
kawannya.
Dia seorang yang berfikiran negatif. Contohnya, apabila melihat kecantikan Dang Kasuma
dia mengambil keputusan nekad untuk menculik dan membawa lari Dang Kasuma ke
rumahnya di bukit Sinarubai.
Dia seorang yang besifat degil dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, dia tidak mahu
melepaskan Dang Kasuma walaupun berulang kali dipujuk oleh orang-orang tua untuk
memulangkan Dang Kasuma kerana Dang Kasuma sudah bertunang dengan Anggayan
Damit.
5
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dia juga mempunyai sifat mahu berdamai. Contohnya, Lamang Labai memujuknya agar
Anggayan Damit berdamai sahaja tidak perlu beradu tenaga dan menyerahkan sahaja
Dang Kasuma kepadanya, tetapi Anggayan Damit enggan kerana tidak mahu dianggap
lelaki dayus.
Dia seorang yang tidak mendengar nasihat dan teguran orang. Contohnya, walaupun sudah
dinasihati dan dilarang oleh orang-orang kampung Dang Kasuma mengembalikan Dang
Kasuma, namun Lamang Labai tetap berkeras tidak mahu mengembalikannya kerana
mahu memperisterikan Dang Kasuma.
Dia mempunyai sifat mudah menyesal. Contohnya, berasa menyesal merebut Dang
Kasuma daripada Anggayan Damit setelah mengetahui Anggayan Damit mempunyai
seorang adik perempuan yang bernama Dang Kumala juga memiliki paras yang cantik
seperti Dang Kasuma.
Dia mempunyai sifat kepimpinan dan suka menolong orang kampung. Contohnya, dia
dilantik orang kampung menjadi ketua khususnya dalam menataki hutan sebagai
penempatan baru untuk berpadi.
Dia mempunyai sifat amanah. Contohnya, dia menunaikan wasiat yang diberi oleh
Anggayan Damit, iaitu menamakan Awang Kamaruddin bagi anak lelaki dan dang Kumala
bagi anak perempuan.
Dia seorang yang bersikap telus dan jujur. Contohnya, secara terbuka berani mengakui
kesalahannya merebut Dang Kasuma dan seterusnya secara jujur juga menyatakan dia
merebut itu kerana berhasrat mahu menjadikan Dang Kasuma isterinya.
6
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
2] WATAK ANGGAYAN DAMIT
Perwatakan Luaran:
Anggayan Damit digambarkan sebagai seorang yang kaya raya. Contohnya, keseluruhan
hartanya dikatakan tujuh gedung di darat dan tujuh gedung di laut hinggakan segala
perkakas-perkakas di rumahnya diperbuat daripada emas.
Anggayan Damit digambarkan seorang yang pemuda kacak dan tampan, berkulit putih,
mempunyai susuk badan yang ramping dan sesuai digandingkan dengan Dang Kasuma.
Anggayan Damit juga adalah tunangan kepada Dang Kasuma tetapi dalam pertempuran
Anggayan Damit menentang Lamang Labai, Anggayan Damit mengalami kekalahan dan
mati terbunuh ditangan Lamang Labai.
Anggayan Damit mewasiatkan supaya Lamang Labai menamakan anak-anaknya nanti,
jika anak lelaki dengan nama Awang Kamaruddin iaitu sempena nama timang-
timangannya semasa menuntut ilmu dan anak perempuan pula dengan nama Dang
Kumala iaitu bersempena nama adik perempuan yang dikasihinya.
Anggayan Damit mempunyai ilmu kesaktian. Contohnya, ilmu kesaktiannya tidak kurang
hebatnya daripada Lamang Labai dan mempunyai pakaian keturunan seperti juga Lamang
Labai yang ditenun oleh ibunya.
Perwatakan Dalaman:
Anggayan Damit seorang yang tidak suka bertindak terburu-buru. Contohnya, apabila
mengetahui tunangnya telah dilarikan oleh Lamang Labai, dia telah menyuruh beberapa
orang-orang tua di kampung itu agar menemui Lamang Labai untuk menyuruhnya
menyerahkan kembali tunangnya dengan selamat.
Anggayan Damit juga seorang yang keras hati dan pantang dicabar serta tidak suka hak
miliknya dirampas oleh orang lain tanpa berusaha untuk mempertahankannya.
Contohnya, dia bersedia dan rela mempertahankan haknya walaupun terpaksa
mengunakan kekerasan dan mengancam nyawanya dari dianggap sebagai lelaki dayus.
Anggayan Damit seorang yang bersikap tegas. Contohnya, jika cara berlembut dan
diplomasi tidak berjaya maka beradu tenaga adalah salah satu cara perundingan yang
paling baik untuk menentukan kemenangan. Dia bersikap sedemikain kerana semasa
menuntut ilmu, semua gurunya menyuruh Anggayan Damit mempertahankan hak
7
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
miliknya, walaupun terpaksa beradu tenaga. Ternyata pengajaran guru-gurunya itu
menjadi pegangan hidup Anggayan Damit.
Anggayan Damit kadang-kadang bersikap panas baran dan tidak mampu mengawal
kesabarannya. Contohnya, semasa pertarungannya dengan Lamang Labai, Lamang
Labai sengaja menunjukkan bekalan buah pinang yang disediakan oleh Dang Kasuma.
Apabila Anggayan Damit melihat dan mengetahui bahawa bekalan pinang itu dibuat oleh
tunangnya Dang Kasuma dia terus hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal
perasaannya sehinggakan konsentrasinya terhadap lawannya terganggu.
Anggayan Damit mempunyai rasa setia dan cinta yang begitu mendalam terhadap
tunangnya Dang Kasuma. Contohnya, dia rela berkorban nyawa demi mempertahankan
Dang Kasuma dari direbut Lamang Labai. Pernyataan ini dapat dibuktikan iaitu semasa
nyawanya diambang maut setelah berjaya ditikam Lamang Labai, Anggayan Damit
sempat berpesan kepada Lamang Labai supaya mengasihi dan menjaga Dang Kasuma
baik-baik seperti menjaga nyawanya sendiri.
8
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
3] WATAK AWANG KAMARUDDIN
Perwatakan Luaran:
Awang Kamaruddin adalah anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma dan namanya
itu adalah mengikut wasiat dari Anggayan Damit.
Awang Kamaruddin ialah seorang pemuda yang tampan, berbadan kurus (bidang nipis),
bersikap lemah lembut dan tidak kasar dan menurut kata.
Awang Kamaruddin adalah suami kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Dang
Siti Noralam.
AK mempunyai tiga orang adik, iaitu Dang Kumala adiknya seibu sebapa, Sultan Bongsu
dan Tuan Puteri Kumala Bongsu adiknya berlainan ibu.
Awang Kamaruddin mempunyai kegemaran bermain gasing di Bukit Pergasingan.
Awang kamaruddin adalah saudara sepupu kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda
Indera Sakti, Raja Muda Indera Bongsu dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, iaitu ibu
mereka adalah adik beradik.
AK mempunyai beberapa senjata sakti seperti Lembing Tujuh Sekembaran, keris
sembilan aluk, pedang sulindayan dan memiliki sebuah ajung bernama Si Lancang
Kuning Si Naga Sakti. Dia juga mempunyai pakaian kebesaran yang ditenun sendiri oleh
ibunya.
AK digambarkan sebagai seorang pemuda yang berkelakuan lemah lembut dan
mempunyai bentuk badan sedarhana sahaja.
Awang Kamaruddin merupakan seorang yang berilmu dan mempunyai pelbagai ilmu
kesaktian yang luar biasa. Contohnya, dia berguru kepada Raja Jin tujuh seperadian di
Gadung Batu di Bukit Si Guntang untuk memperoleh ilmu tersebut dan juga sebagai
memenuhi wasiat ayahnya, Lamang Labai.
AK juga mempunyai ilmu kesaktian. Contohnya, dia dapat menjelma kepada beberapa
kejadian seperti menjadi Lalat Kuning, angin dan habuk.
Perwatakan Dalaman:
AK seorang yang tegas pendiriannya. Contohnya, dilihat dari tindakan-tindakan yang
dilakukannya. Misalnya, tindakannya pergi ke Tanah Jawa, walapun ibunya tidak
membenarkannya namun dia tetap bertegas dengan keputusannya.
AK juga seorang yang suka berterus terang. Contohnya, dapat dilihat bila dia menyatakan
secara terus terang hajat kedatangannya ke Tanah Jawa kepada Tuan Pemagat Bongsu
Baginda Indera Sakti, iaitu untuk merebut dan berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu
Baginda Indera Sakti yang terkenal dengan kesaktiannya itu.
9
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
AK juga merupakan seorang yang bijaksana dalam tipu helah. Contohnya, dapat dilihat
dari perbuatannya meniru suara Raja Muda Indera Bongsu supaya dapat masuk ke dalam
panggau Tuan Buteri Bongsu Kumala Jawa tanpa sebarang kekerasan.
AK juga mempunyai sifat belas kasihan. Contohnya, apabila diminta oleh adiknya Dang
Kumala supaya dia menghidupkan semula Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
yang telah mati dalam perperangan, dia menurut kehendak adiknya tersebut malah
menghidupkan semua pengikut Tuan Pemagat Bongsu yang mati dalam peperangan
tersebut.
AK juga seorang yang mementingkan wasiat. Contohnya, semua wasiat ayahnya telah
ditunaikannya seperti menuntut ilmu kepada Raja Jin dan membuka pertapaan ayahnya.
AK juga mempunyai sikap yang baik. Contohnya, dia berusaha menunaikan keinginan
ibunya untuk bermenantukan Dang Siti Noralam, tunangnya sejak kecil lagi.
AK juga seorang yang hormat kepada isterinya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Contohnya, dia tidak lupa meminta keizinan daripada isterinya semasa mahu mengahwini
Dang Siti Noralam.
AK mempunyai prinsip menuntut ilmu tanpa mengira usia. Contohnya, di akhir bab
diceritakan bahawa ketika usianya sudah tua AK telah bertapa di sebuah wasai tujuh
tingkat di hulu Banjarmasin. Tujuan pertapaannya adalah untuk menambah ilmu dan
bangkit memerangi segala kafir pada masa hadapan.
10
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
4] WATAK TUAN PEMAGAT BONGSU BAGINDA INDERA SAKTI
Perwatakan Luaran:
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS), ialah anak kepada Raja Pemagat
dengan Tuan Puteri Permaisuri Kumala Bongsu (adik Dang Kasuma) di Tanjung
Keinderaan.
TPBBIS diasuh oleh Tuan Puteri Si Raksasa sedari kecil dan tinggal bersamanya di Bukit
Si Guntang-Guntang. Di sana dia diajarkan pelbagai jenis ilmu dan kesaktian.
TPBBIS telah ditunangkan dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Mereka dijangka
akan melangsungkan perkahwinan setelah Tuan Pemagat Bongsu menyelesaikan
pertapaannya yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi.
Dia seorang yang mempunyai ilmu kesaktian. Contohnya, dia boleh menjelmakan dirinya
menjadi Lalat Kuning semasa keluar dari pertapaan untuk menyelamatkan tunangnya dari
diganggu dan dirampas oleh Awang Kamaruddin.
Perwatakan Dalaman:
TPBBIS mampu menerima gerak rasa yang tinggi jika hendak terjadi sesuatu yang tidak
baik kepada dirinya. Contohnya, dia menerima gerak isyarat apabila Awang Kamaruddin
mendatangi tunangnya.
TPBBIS sangat menyayangi tunangnya. Contohnya, apabila dia melihat melalui
kesaktiannya bahawa tunangnya ingin dirampas oleh Awang Kamaruddin maka dia berasa
amat sedih dan mengadukan perkara itu kepada gurunya, Tuan Puteri Si Raksasa.
TPBBIS sangat menghormati Tuan Puteri Si Raksasa sebagai ibu pengasuhnya.
Contohnya, dia terlebih dahulu meminta izin meninggalkan pertapaannya yang belum
selesai untuk pergi ke negeri Jawa, mempertahankan tunangnya.
TPBBIS seorang yang penyabar. Contohnya, walaupun TPBBIS sudah mengetahui niat
Awang Kamaruddin, namun dia berusaha untuk bersabar. Contohnya, semasa majlis
perkahwinanannya TPBBIS berpura-pura seperti biasa walaupun sebenarnya dia sudah
mengetahui bagaimana niat dan tindakan Awang Kamaruddin.
TPBBIS juga mempunyai sikap pemarah. Contohnya, adalah wajar TPBBIS marah apabila
Awang Kamaruddin mendudukkannya di sebelah kiri Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
11
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
sedangkan tempat yang sepatutnya dia duduk iaitu di sebelah kanan telah diduduki oleh
Awang Kamaruddin seolah-olah Awang kamaruddin yang berkahwin.
TPBBIS memiliki perasaan cemburu. Contohnya, apabila melihat tunangnya bersama
lelaki lain. Perasaan ini wajar ada dan setentunya timbul di hati setiap insan lebih-lebih lagi
bila bila terjadi keatas orang yang disayangi.
TPBBIS adalah seorang yang berpegang teguh kepada janjinya. Contohnya, apabila dia
ditewaskan dan dihidupkan semula oleh Awang Kamaruddin, dia dengan berat hati
menyerahkan tunangnya kepada Awang Kamaruddin.
TPBBIS juga seorang pemaaf. Contohnya, dia sudi bermaaf-maafan dengan Awang
Kamaruddin dan mengaku bersaudara malah berjanji akan berkunjung ke Tanah Subarang
(tempat Awang Kamaruddin tinggal). Ini menggambarkan beliau seorang yang berhati
mulia dan sanggup melupakan segala kejadian lalu tanpa ada perasaan dendam.
12
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
5] RAJA MUDA INDERA BONGSU
Perwatakan Luaran:
Raja Muda Indera Bongsu merupakan anak kepada Raja Jawa dan Tuan Puteri
Permaisuri Intan Mas Surai.
Dia mempunyai seorang adik bernama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Dia tinggal bersama ibu dan adiknya di istana Negeri Jawa.
Dia mempunyai isteri bernama Dang Kumala dan mereka dikurniakan anak perempuan
bernama Dang Dara Daun Irik. Dia juga sepupu sebelah ibu dan adik ipar kepada Awang
Kamaruddin.
RMIB memiliki sebuah ajung yang bernama Si Lancang Kuning, saiz ajungnya ini kecil
sedikit daripada ajung Awang Kamaruddin.
RMIB turut serta balik ke Bukit Sinarubai kerana dia mahu meminang Dang Kumala.
Perwatakan Dalaman:
Raja Muda Indera Bongsu seorang anak yang taat kepada ibunya. Contohnya, dia
mematuhi suruhan ibunya untuk memandikan langir kepada adiknya, Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa yang akan berkahwin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dia juga seorang sepupu yang prihatin. Contohnya, dia melayan dengan baik kedatangan
Awang Kamaruddin, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu di istana Negeri Jawa
sehingga dia membawa mereka menemui ibunya di Panggau Gading 7 Ringkat.
Dia seorang yang bersifat neutral (tidak memihak bagi pihak / sepupu yang bermusuhan).
Contohnya, dia tidak memihak siapa-siapa dikala dua orang sepupunya berperang /
beradu tenaga untuk merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. RMIB hanya
menyaksikan peperangan itu berlaku dan mahu tidak campur tangan.
Dia seorang yang mengambil berat akan keselamatan rakyat / orang ramai. Contohnya,
dia melarang keduanya untuk berperang di kawasan (dalam dan luar) istana dan menyuruh
mereka berpindah ke tempat lain untuk beradu tenaga kerana dikhuatiri ada orang / rakyat
yang hadir ketika itu untuk menyaksikan upacara perkahwinan Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti itu akan tercedera / terbunuh.
RMIB adalah orang yang punya rasa sensitiviti yang kuat. Contohnya, dia orang yang
mula-mula sekali menyedari niat Awang Kamaruddin mahu merebut adiknya, Tuan Puteri
13
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Bongsu Kumala Jawa, ketika Awang Kamaruddin memandikan adiknya menggunakan
langir warisan dibawanya sendiri.
6] AWANG SUKAIM
Perwatakan Luaran:
Awang Sukaim ialah anak kepada Dang Kasuma Mata dan abang kepada Dang Siti
Noralam.
Dia tinggal di Istana Besar Bukit Surau bersama ibu dan adiknya.
Dia juga merupakan sepupu kepada Awang Kamaruddin (dari sebelah ibu).
Dia sentiasa menjadi teman Awang Kamaruddin jika Awang Kamaruddin hendak pergi ke
mana-mana.
Dia juga telah menemani Awang Kamaruddin ke Negeri Jawa dan telah membantu Awang
Kamaruddin untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Dia juga membantu Awang Kamaruddin berperang untuk menewaskan pengikut-pengikut
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dia juga menemani Awang Kamaruddin ketika pergi ke Bukit Si Guntang-guntang (hulu
Negeri Jawa) bagi memujuk dan membawa balik Dang Siti Noralam yang telah lari kerana
merajuk terhadap Awang Kamaruddin.
Awang Sukaim juga orang yang menemui tompok-tompok putih di dalam bangsi. Tompok-
tompok putih itu kemudiannya dijelmakan semula menjadi manusia (Dang Siti Noralam)
oleh Awang Kamaruddin.
Perwatakan Dalaman:
Awang Sukaim mempunyai sikap berterus terang. Contohnya, ketika rombongan hendak
merisik dan meminang adiknya datang dia berterus terang memberitahu kepada Awang
Abdul Mumin dan Awang Mutaram tentang adiknya, Dang Siti Noralam yang telah
melarikan diri ke Bukit Si Guntang-Guntang kerana merajuk dengan sikap Awang
Kamaruddin.
Awang Sukaim seorang yang prihatin akan sepupunya. Contohnya, dia dia turut hadir
untuk memeriahkan suasana perkahwinan di samping turut membantu menghias Awang
Kamaruddin sewaktu dia melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Dang Siti
Noralam.
14
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
7] SI BUJANG LAILA BONGSU / AWANG BUJANG LAILA BONGSU
Perwatakan Luaran:
Si Bujang Lalila Bongsu ialah sepupu kepada Awang Kamaruddin dari sebelah ayahnya.
Dia tinggal di Hulu Sungai Sunda.
Dia sentiasa menjadi teman Awang Kamaruddin jika Awang Kamaruddin hendak pergi ke
mana-mana sahaja.
Dia juga telah menemani Awang Kamaruddin ke Negeri Jawa dan telah membantu Awang
Kamaruddin untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Dia juga membantu Awang Kamaruddin berperang untuk menewaskan pengikut-pengikut
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dia juga menemani Awang Kamaruddin ketika pergi ke Bukit Si Guntang-guntang (hulu
Negeri Jawa) bagi mencari, memujuk dan membawa balik Dang Siti Noralam yang telah
lari kerana merajuk terhadap sikap dan kelakuan Awang Kamaruddin.
Perwatakan Dalaman:
Dia mempunyai sikap terbuka dan berani menegur. Contohnya, menegur Awang
Kamaruddin berbohong kepada Raja Muda Indera Bongsu mengatakan bahawa kelewatan
mereka adalah disebabkan oleh ada kesibukan mereka di Negeri Timur
Dia seorang yang prihatin akan sepupunya. Contohnya, dia turut hadir memeriahkan
suasana di samping turut membantu menghias Awang Kamaruddin sewaktu Awang
Kamaruddin melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Dang Siti Noralam.
15
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
8] RAJA JIN TUJUH SEPERADIAN
Perwatakan Luaran:
Mereka merupakan guru kepada Lamang Labai, Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.
Tiga di antara mereka yang dinyatakan namanya ialah Raja Jin Betara Guru, Raja Jin
Betara Kala dan Raja Jin Betara Wisnu.
Mereka telah mengajarkan melebihi sepatah ilmu kepada Dang Kumala daripada Awang
Kamaruddin.
Tempat tinggal mereka ialah di Gadung Batu di Bukit Si Guntang.
Mereka ini dikatakan memiliki cincin permata ‘Mutika Bumi’ dan diberikan kepada Lamag
Labai. Kemudian, cincin tu diwariskan kepada Awang Kamaruddin dan Dang Kumala
sebagai tanda dan bukti agar diterima berguru disebabkan ayah mereka juga pernah
berguru disana
Mereka memiliki banyak ilmu kesaktian. Contohnya, banyak imu kesaktian mereka
diajarkan kepada anak murid mereka seperti ilmu kebal, ilmu kesaktian, ilmu persilatan,
ilmu besi-besian dan alat senjata.
9] AWANG BONGSU SUKAIM
Perwatakan Luaran:
Awang Sukaim merupakan sepupu kepada Awang Kamaruddin dan Dang Kumala
Dia tinggal di Lubuk Tabur.
Dia mempunyai kesaktian atau kelebihan tertentu. Contohnya, dia boleh bertukar menjadi
burung dan terbang ke Negeri Jawa untuk sama-sama membantu Awang Kamaruddin
yang sedang berperang di negeri Jawa.
Perwatakan Dalaman:
Dia adalah seorang yang suka menolong saudaranya. Contohnya, sewaktu dia dipanggil
oleh Si Kabul untuk membantu Awang Kamaruddin, dia tanpa berlengah terus bersetuju
ikut serta membantu dalam misi menyelamatkan sepupunya itu.
Dia juga seorang yang mempunyai sifat berani. Contohnya, setelah tiba di Gunung Maha
Biru, dia terus berperang dengan musuh-musuh Awang Kamaruddin. Dia telah memburu
musuhnya di pelusuk kawasan hingga diceritakan habis mati kawan-kawan Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti.
16
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
10] SI TIMBUL DAN SI KABUL
Perwatakan Luaran:
Kedua-dua watak ini merupakan hulun atau orang suruhan kepada Awang Kamaruddin
dan Dang Kumala.
Dalam bab 2, Si Timbul diarahkan oleh Awang Kamaruddin untuk memanggil Awang
Sukaim di Bukit Surau. Manakala Si Kabul diarahkan oleh Awang Kamaruddin untuk
memanggil Si Bujang Laila Bongsu di Hulu Sungai Sunda.
Dalam bab 6 pula Si Timbul dan Si Kabul juga menjadi orang suruhan kepada Dang
Kumala. Si Timbul diarahkan ke perantaraan Beribi dan Kiarong untuk memanggil Awang
Abdul Kaim, Awang Abdul Mumin, Awang Si Mutaram, Awang Bongsu Adun, Awang
Abdul Fakar dan Awang Abdul Kunchang. Manakala, Si Kabul diarahkan ke Lubuk Tabur
untuk memanggil Awang Bongsu Sukaim.
Perwatakan Dalaman:
Mereka mempunyai sifat taat. Contohnya, mereka sentiasa mengikut dan taat serta akur
dalam menjalankan apa jua arahan dan tugas yang diberikan.
11] AWANG ABDUL MUMIN DAN AWANG SI MUTARAM
Perwatakan Luaran:
Awang Abdul Mumin dan Awang Si Mutaram ialah sepupu-sepupu Awang Kamaruddin
dan Dang Kumala.
Mereka juga disebut sebagai ‘penghulunan’ iaitu hamba oleh Dang Kasuma.
Perwatakan Dalaman:
Mereka berdua sangat patuh kepada perintah. Contohnya, mereka telah mematuhi arahan
apabila ditugaskan oleh Awang Kamaruddin untuk pergi ke Bukit Surau untuk meminang
Dang Siti Noralam bagi pihak Awang Kamaruddin. Di Bukit Surau, mereka telah mengadap
Dang Kasuma Mata (ibu Dang Siti Noralam) untuk menyampaikan hasrat Awang
Kamaruddin untuk meminang Dang Siti Noralam.
Mereka juga mempunyai sifat amanah. Contohnya, terbukti apabila mereka amanah
menyampaikan tentang berita Dang Siti Noralam telah melarikan diri ke hulu negeri Jawa
kerana merajuk dan berjauh hati dengan sikap serta perlakuan Awang Kamaruddin.
17
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
12] ANAK RAJA BETARA KALA TIGA BERADI
Perwatakan Luaran:
Anak Raja Betara Kala Tiga Beradi dapat dibunuh oleh Dang Siti Noralam semasa dalam
pertempuran di Gunung Mahabiru.
Anak Raja Betara Kala Tiga Beradi mati apabila hujung jari manis meraka terkena
pemarang Dang Siti Noralam.
13] J IN BETARA GURU, JIN BETARA KALA DAN JIN BETARA WISNU
Perwatakan Luaran:
Jin Betara Guru (anak sulung), Jin Betara Kala (anak yang tengah) dan Jin Betara Wisnu
(anak yang ketiga).
Mereka merupakan guru kepada Lamang Labai dalam menuntut ilmu.
Mereka mempunyai adik-beradik seramai tujuh orang.
Mereka tinggal di Gadung Batu di Bukit Si Guntang.
14] AWANG AMIR SHAMSU
Perwatakan Luaran:
Anak lelaki kepada Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Cucu lelaki kepada Lamang Labai, Dang Kasuma, Tuan Puteri Perimaisuri Intan Mas
Surai dan Raja Jawa.
Sepupu kepada Dang Dara Daun Irik
18
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
19
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
15] DANG KASUMA
Perwatakan Luaran:
Semasa mudanya DKS seorang yang terkenal cantik di kampungnya hinggakan Lamang
Labai teringin memilikinya walaupun diketahuinya sudah bertunang. Digambarkan bulu
matanya lentik dan kulitnya putih.
Sewaktu muda DKS selalu pergi ke Tamu Pangkalan Tunan bersama rakan-rakanya.
DKS adalah tunang kepada Anggayan Damit tetapi kerana kecantikannya dia telah
dilarikan oleh Lamang Labai sewaktu dia dalam perjalanan pergi ke tamu di Pengkalan
Tunan dengan beberapa orang kawannya.
DKS bukanlah seorang gadis yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh lelaki, contohnya
sewaktu oleh Lamang Labai melarikannya (menculiknya) dia cuba melawan tetapi tidak
berdaya dan berjaya melepaskan diri.
DKS pada mulanya tidak menyukai LL tetapi setelah pelbagai ilmu kesaktian digunakan
oleh Lamang Labai kepada Dang Kasuma, akhirnya dia mula berubah hati dan timbul
perasaan kasih dan sayang terhadap Lamang Labai.
DKS berkahwin dengan Lamang Labai setelah tunangnya Anggayan Damit tewas
ditangan Lamang Labai.
Melalui perkahwinan DKS dengan Lamang Labai telah mendapat dua orang anak yang
dinamakannya Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.
DKS juga dikatakan berkebolehan membuat sirih pinang sekapur dan sigup bergulung
sebagai bekal Lamang Labai berperang.
DKS juga mempunyai ilmu kesaktian. Contohnya, dia diceritakan boleh menggerakan
ajung / kapal dan memperbesarkan saiz kapal / ajung Ajung Si Lancang Kuning Si Naga
Sakti atau disebut juga dengan nama Si Cakap Si Perkasa.
Perwatakan Dalaman:
DKS seorang yang amanah. Contohnya, dia telah menunaikan wasiat suaminya dengan
menghantar kedua-dua anaknya itu berguru dan menuntut ilmu kepada Raja Jin tujuh
seperadian di Gunung Batu di Bukit Si Guntang.
DKS seorang ibu yang bertanggungjawab membesarkan kedua-dua anaknya. Contohnya,
sebagai ibu tunggal, dia boleh dikatakan berjaya mendidik anak-anaknya seperti yang
diwasiatkan oleh arwah suaminya. Dia bukan sahaja berusaha memberi pendidikan
mengenai ilmu dunia tetapi juga berusaha memberikan pengajaran moral dan akhlak yang
baik kepada anak-anaknya.
DKS seorang ibu yang pandai mendidik anak. Contohnya, dia mengajar anak-anaknya
hormat menghormati antara satu sama lain. Misalnya sebelum Awang Kamaruddin hendak
20
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
berangkat jauh, dia terlebih dahulu menyuruh Awang Kamaruddin untuk pergi ke tempat
adiknya Dang Kumala untuk meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal.
DKS begitu mengambil berat mengenai keselamatan anak lelakinya, Awang Kamaruddin.
Contohnya, terbukti apabila Awang Kamaruddin menyatakan hajatnya untuk pergi ke
Negeri Jawa DKS menentang dan menasihatinya niat Awang Kamaruddin kesana kerana
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah pun bertunang dan akan berkahwin tidak lama
lagi.
16] DANG KUMALA [ADIK AWANG KAMARUDDIN]
Perwatakan Luaran:
Anak kepada Lamang Labai dengan Dang Kasuma dan adik kepada Awang Kamaruddin.
Namanya diberikan oleh Lamang Labai untuk memenuhi wasiat Anggayan Damit, iaitu
sempena nama adik perempuan Anggayan Damit.
Dang Kumala digambarkan seorang perempuan yang cantik. Tubuhnya bidang, kecil,
kulitnya kuning langsat dan bulu matanya lentik. Wajahnya juga seiras dengan wajah Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Dang Kumala berkahwin dengan Raja Muda Indera Bongsu dan memperolehi seorang
anak perempuan bernama Dang Dara Daun Irik.
Dia juga mempunyai ilmu kesaktian yang luar biasa. Contohnya, dia mempunyai gerak
rasa yang tinggi sehingga mampu mengesan / menerima panggilan Awang Kamaruddin
meminta pertolongan ketika sedang berperang di Negeri Jawa dengan Tuan pemagat
Bongsu baginda Indera Sakti.
Dia seorang yang penuntutan / berilmu. Contohnya, dia telah dihantar berguru kepada
Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang seperti yang diwasiatkan
oleh ayahnya. Malah dikatakan bahawa DK lebih handal dan tinggi ilmunya daripada
abangnya Awang Kamaruddin kerana Raja Jin tujuh seperadian menurunkan keseluruhan
ilmu mereka kepada DK.
Di usia tuanya, di akhir bab dia dikatakan bertapa di sepohon Pulayi Manang di Kuala
Sungai Baram.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang penyayang. Contohnya dia menyayangi abangnya dan sentiasa
memberi sokongan dalam apa jua tindakan abangnya. Abangnya akan memaklumkan
kepadanya terlebih dahulu jika mahu pergi kesuatu tempat dan dia akan membuatkan
pinang sekapur sigup bergulung sebagai bekal abangnya.
21
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dia mempunyai sikap prihatin. Contohnya, dia prihatin dengan kesusahan Awang
Kamaruddin yang meminta pertolongan ketika berperang di negari Jawa lalu dia berusaha
mengumpulkan sepupunya seramai 13 orang untuk sama-sama pergi ke negeri Jawa
memberi bantuan kepada Awang Kamaruddin.
DK juga seorang yang sentiasa berhati-hati dan penuh waspada. Dia selalu mengingatkan
Awang Kamaruddin supaya mengingati ajaran-ajaran guru-guru mereka.
Dia juga seorang yang tidak suka dengan permusuhan. Contohnya, dia pernah memujuk
Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti supaya berhenti
berperang dan berdamai. Namun permintaannya itu tidak dihiraukan oleh Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti dan mereka masih terus berperang.
Dia juga mempunyai sifat belas kasihan. Contohnya, dia telah bertindak meminta
abangnya menghidupkan semula Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti setelah
tewas dan terkorban dalam peperangannya. Permintaannya itu dipersetujui oleh Awang
Kamaruddin dan akhirnya mereka bermaaf-maafan.
DK seorang yang penyabar dan lebih bertimbang rasa berbanding dengan abangnya.
Dang Kumala pernah menyuruh abangnya dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti supaya berhenti berperang dan berdamai tetapi tidak diendahkan oleh mereka.
DK juga boleh menjelmakan dirinya menjadi burung, Contohnya, dia berserta dengan 13
orang sepupunya menjelmakan diri menjadi bermacam-macam jenis burung untuk
memberi bantuan kepada Awang Kamaruddin yang sedang berperang di negeri Jawa.
DK juga seoranag yang tidak suka peperangan berterusan. Contohnya, dia mahu
menamatkan peperangan antara AK dengan TPBBIS. Lalu setelah mereka berdua enggan
berdamai, DK mengasah keris Awang Kamaruddin pada anak batu pertapaan Tuan
Pemagat Baginda Indera Sakti menyebabkan keris tersebut dapat menembusi kekebalan
TPBBIS dan tewas dalam peperangan tersebut.
DK juga bersifat pengasihan dan mudah bersimpati. Contohnya, setelah Awang
Kamaruddin dapat menewaskan dan membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti dia bersimpati dengan kematian TPBBIS dan merayu kepada abangnya supaya
menghidupkan TPPBIS kembali. Permintaannya ini ditunaikan oleh abangnya.
22
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
17] TUAN PUTERI BONGSU KUMALA JAWA
Perwatakan Luaran:
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa ialah anak kepada Raja Jawa dengan Tuan Puteri
Permaisuri Intan Mas Surai.
Dia mempunyai rupa paras yang amat cantik. Contohnya, wajahnya dikatakan seperti
bunga melur yang kembang dan berkulit putih seperti kapas dan berbadan damit (molek).
Dalam HAK TPBKJ menjadi heroin dan menjadi rebutan kepada Awang Kamaruddin dan
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dia mempunyai seorang abang bernama Raja Muda Indera Bongsu.
Dia tinggal di Istana Besar Negeri Jawa.
Ketika dia di dalam kandungan, dia telah ditandai oleh Lamang Labai untuk ditunangkan
dengan Awang Kamaruddin abaila lahir nanti. Tetapi setelah lahir dia telah ditunangkan
dengan enam orang pemuda termasuklah dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti dan hampir berkahwin dengannya tetapi akhirnya dia berkahwin dengan Awang
Kamaruddin dan tinggal di Istana Besar Negeri Timur.
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa terkena dengan ilmu pemikat Awang Kamaruddin yang
menyebabkannya berubah hati menyukai Awang Kamarudin.
Hasil perkongsian hidup TPBKJ dengan Awang Kamaruddin, mereka telah mendapat
seorang anak lelaki yang dinamakan Awang Amir Shamsu.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang pemalu dan bersemangat lembut. Contohnya, terbukti bila AK yang
disangka kakaknya (RMIB) masuk ke panggaunya dia berasa malu dan terus pengsan.
TPBKJ juga seorang yang mudah marah jika diperlakukan sewenang-wenangnya atau
sesuaka hati. Contahnya, dia marah apabila AK terpicik jari manisnya. Namun disebabkan
jampi pemanis dan ilmu penunduk AK, perasaannya pun berubah menyukai dan
menyayangi AK.
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa merupakan seorang isteri yang taat dan memahami
hasrat. Contohnya, dapat dilihat ketika Awang Kamaruddin meminta izin untuk berkahwin
dengan Dang Siti Noralam, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan hati terbuka
mengizinkannya.
23
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
TPBKJ juga seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Contohnya, ketika
Awang Kamaruddin mengajaknya pulang ke Negeri Timur (Bukit Sinarubai) dia meminta
agar babu dan kakaknya dibawa bersama-sama. Tetapi mereka tidak ikut dan dia
berpesan agar ibunya agar menjaga dirinya baik-baik di Negeri Jawa.
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa seorang yang prihatin. Contohnya, dia seorang yang
pemadulian serta mudah mengambil berat terhadap orang sekeliling seperti apabila Dang
Siti Noralam telah melarikan diri. Dia sanggup ikut bersama suaminya belayar mencari
Dang Siti Noralam.
TPBKJ juga seorang yang bersikap pasrah dan terbuka. Contohnya, setelah Awang
Kamaruddin berkahwin dengan Dang Siti Noralam, TPBKJ dapat menerima dengan baik,
pasrah serta hati terbuka madunya tersebut.
24
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
18] DANG SITI NORALAM
Perwatakan Luaran:
Dang Siti Noralam ialah anak kepada Dang Kasuma Mata dan adik kepada Awang
Sukaim.
Dang Siti Noralam merupakan sepupu kepada Awang Kamaruddin dan Dang Kumala
Dang Siti Noralam tinggal di Bukit Surau bersama ibu dan abangnya.
Dang Siti Noralam digambarkan sebagai seorang yang tidak cantik semasa kecilnya
seperti berhingus, rambutnya pendek macam janggut bubuk, macam janggut gandum dan
lanjak keulahannya.
Dia telah menjadi ulungan Dang Kasuma untuk dijodohkan dengan Awang Kamaruddin
sejak dalam kandungan lagi.
Dang Siti Noralam berjaya dihidupkan semula oleh AK dengan Aying Mawal dan minyak
Si Lompat Pagar Tujuh Serantai.
Sikap Dang Siti Noralam akhirnya berubah, menyukai dan menyayangi AK setelah
dikenakan ilmu kesaktian ilmu pemanis dan pengasih oleh AK
Dang Siti Noralam diceritakan telah melangsungkan perkahwinannya dengan AK secara
besar-besaran di panggau penganggunan Istana Besar Bukit Sinarubai .
Dang Siti Noralam tidak mempunyai anak dari perkahwinannya dengan Awang
Kamaruddin.
Perwatakan Dalaman:
Dang Siti Noralam adalah seorang yang handal dalam peperangan. Contohnya, dia telah
berjaya mengalahkan serta membunuh tiga orang anak Raja Betara Kala semasa misi
menyelamatkan Awang Kamaruddin.
Dang Siti Noralam adalah seorang yang mengambil berat terhadap keselamatan Awang
Kamaruddin. Contohnya, dapat dilihat daripada tindakannya menolong Awang Kamaruddin
dalam peperangan apabila diajak oleh Dang Kumala untuk berbuat demikian.
Dang Siti Noralam adalah seorang yang mudah merajuk dan bersifat sensitif. Contohnya,
dapat dilihat daripada tindakannya melarikan diri dari rumahnya mahu membunuh diri
dengan meminta telan kepada Tuan Puteri Si Raksasa.
25
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dang Siti Noralam juga memiliki sifat pendendam dan pemarah. Contohnya, dia
mengeluarkan kata-kata kesat dan mengungkit kembali kisah lama kepada Awang
Kamaruddin tentang kata cacian yang dilemparkan Awang Kamaruddin kepadanya pada
waktu dahulu.
Dang Siti Noralam sanggup bertindak nekad dengan membunuh diri. Contohnya, dia nekad
mahu membunuh diri dengan lari ke hulu negeri Jawa untuk meminta telan kepada Tuan
Puteri Si Raksasa.
Dang Siti Noralam juga ada bersifat lemah lembut dan belas kasihan. Contohnya, dapat
dilihat setelah Awang Kamaruddin meminta maaf terhadap perbuatannya yang lalu dan
Dang Siti Noralam kemudian mahu dibawa pulang ke negeri Timur.
Dia adalah seorang perempuan yang berhati mulia dan bersifat tolak ansur. Contohnya, dia
telah menerima madunya, iaitu sepupunya sendiri, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
dengan rela dan seterusnya bersahabat baik dengannya.
Dang Siti Noralam juga boleh dianggap sebagai seorang pendendam dan keras hati,
contohnya apabila sudah dihidupkan dan dijelmakan semula kepada rupa sediakalanya
oleh AK ternyata dia masih marah dan berdendam dengan sikap AK yang sering menghina
dan mengatanya semasa kecil dahulu.
26
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
19] TUAN PUTERI SI RAKSASA ANAK HANTU
Perwatakan Luaran:
Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu ialah ibu angkat dan guru kepada Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti semenjak kecil lagi.
Dia tinggal di dalam Panggau Gading Sembilan Ringkat, hulu Negeri Jawa, iaitu di Bukit Si
Guntang-Guntang, tempat Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti bertapa.
Tuan Puteri Si Raksasa juga pemilik dan penjaga sebuah wasai di Gunung Maha Biru.
Dia juga seorang yang berilmu dan mempunyai kesaktian. Contohnya, terbukti dia boleh
membesarkan dirinya dan mampu mengecilkan saiz tubuhnya menjadi kecil.
Dia juga mempunyai kesaktian tidak akan mati sepenuhnya. Contohnya, walaupun
badannya telah dipenggal dua dengan pedang sulindayan oleh Awang Kamaruddin
namun dia tidak mati sepenuhnya. Sepenggal badannya disungkit dengan pedang
sulindayan jatuh ke laut menjadi naga berkepala tujuh manakala yang tinggal di darat
menjadi harimau jantan atau dikenali harimau garang di tanah subarang.
Perwatakan Dalaman:
Tuan Puteri Si Raksasa mempunyai sifat penyayang kepada anak angkatnya, iaitu Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.Contohnya, Tuan Puteri Si Raksasa telah
menyimpan dan menjaga dengan rapi Anak Batu Pertapaan umpama nyawa Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan rapi.
Dia seorang yang bertimbang rasa. Contohnya, apabila Dang Siti Noralam lari merajuk
dengan meminta telan kepada Tuan Puteri Si Raksasa namun Tuan Puteri Si Raksasa
enggan berbuat demikian.
Dia seorang yang pandai berbohong. Contohnya, dia enggan mengaku dan berbohong
mengatakan bahawa DangSiti Noralam pernah datang ketempatnya, malah secara
simbolik mengatakan jangakan manusia lalat pun tidak pernah datang ketempatnya.
27
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
20] DANG BONGSU
Perwatakan Luaran:
Dang Bongsu merupakan sepupu kepada Awang Kamaruddin dan Dang Kumala
Dia termasuk dikalangan 13 orang sepupu yang mempunyai keistimewaan, iaitu menjelma
menjadi burung dan terbang ke Negeri Jawa bersama Dang Kumala untuk membantu
Awang Kamaruddin yang berperang di negeri Jawa.
Dang Bongsu seorang yang mempunyai kesaktian. Contohnya, dia boleh menjelma
menjadi hujan sewaktu mengambil batu pertapaan milik Tuan Pemagat Bongsu Baginda
Sakti di Bukit Si Guntang-Guntang.
Perwatakan Dalaman:
Dang Bongsu adalah seorang yang bijaksana. Contohnya, dia tahu kelemahan Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Oleh itu, dia mengajak Dang Kumala untuk
mengambil anak batu pertapaan sebagai melemahkan kekuatan dan dapat menembusi
kekebalan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dang Bongsu juga seorang yang suka perdamaian. Contohnya, dapat dilihat daripada niat
awalnya sewaktu mengambil anak batu pertapaan iaitu untuk mendamaikan / menamatkan
peperangan dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan.
Dang Bongsu juga seorang yang licik. Contohnya, dia dan Dang Kumala telah berjaya
mengambil anak batu pertapaan dari jagaan Tuan Puteri Si Raksasa yang sedang tidur
tanpa disedari oleh Tuan Puteri Si Raksasa.
28
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
21] DANG KASUMA MATA
Perwatakan Luaran:
Dang Kasuma Mata ialah Ibu kepada Dang Siti Noralam dan Awang Sukaim.
Dia merupakan adik-beradik dengan Dang Kasuma.
Dia tinggal di Panggau Gading Tujuh Ringkat, Istana Besar di Bukit Surau.
Dia menerima dengan senang hati lamaran Awang Kamaruddin untuk anak gadisnya
Dang Siti Noralam. Hal ini terbukti sewaktu Awang Abdul Mumin dan Awang Mutaram
datang ke tempatnya untuk menyatakan hasrat Awang Kamaruddin untuk melamar
anaknya. Menurutnya, ia bersetuju sahaja menerima lamaran tersebut.
Perwatakan Dalaman:
Dia adalah seorang ibu yang mempunyai sifat pengasih terhadap anaknya. Contohnya,
sewaktu Dang Siti Noralam lari ke Bukit Si Guntang-guntang kerana merajuk, Dang
Kasuma Mata berasa sangat sedih dan susah hati.
Dia juga seorang ibu yang prihatin dan mengambil berat dalam memastikan segala urusan
perkahwinan anaknya berjalan dengan lancar. Contohnya, dia menghadirkan diri di majlis
perkahwinan anaknya (Dang Siti Noralam) bersama dengan Awang Kamaruddin di
Panggau Penganggunan, Istana Besar Negeri Timur bagi memeriahkan majlis.
22] DANG KUMALA [ADIK ANGGAYAN DAMIT]
Perwatakan Luaran:
Dang Kumala ialah adik kepada Anggayan Damit.
Dia mempunyai rupa paras yang cantik dan kecantikannya dikatakan ini serupa dengan
kecantikan Dang Kasuma.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang mudah putus harapan. Contohnya apabila mengetahui abang terkorban
dalam pertempurannya dengan lamang labai, dia bersa sungguh sedih dan rasa
kehilangan tempat bergantung lalu dia sanggup meminta bunuh kepada lamang labai.
Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia begitu menyayangi dan tidak sanggup
berpisah dengan abangnya sehingga sanggup mati bersamanya dengan meminta bunuh
kepada lamang labai.
29
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
23] TUAN PUTERI PERMAISURI INTAN MAS SURAI
Perwatakan Luaran:
Tuan Puteri Intan Mas Surai merupakan isteri kepada Raja Jawa.
TPIMS tinggal di negeri Jawa. Sebelum berkahwin dengan Raja Jawa, dia dikenali
sebagai Dang Intan Mas Surai.
Dia dan Raja Jawa mempunyai dua orang anak iaitu Raja Muda Indera Bongsu dan Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Dia juga merupakan adik kepada Dang Kasuma. Dia tinggal bersama dua orang anaknya
di istana besar Negeri Jawa di Panggau Gading 7 Ringkat.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang ibu yang prihatin, contohnya, semasa perkahwinan anaknya, Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa menyuruh Raja Muda Indera Bongsu memandikan segera Tuan
Puteri Bongsu dalam upacara mandi berlangir kerana takut terlewat nanti.
Dia mempunyai sikap pemedulian. Contohnya, dia bertanyakan tentang nasib Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang berperang dengan Awang Kamaruddin. Dia
juga bertanyakan perkhabaran kakaknya, Dang Kasuma (ibu Awang Kamaruddin) kepada
Awang Kamaruddin.
Dia seorang yang bersifat neutral (tidak memihak mana-mana pihak). Contohnya, dia tidak
memihak sama ada Awang Kamaruddin atau Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
yang sedang berperang merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa walaupun keduanya
merupakan anak saudaranya.
Dia seorang yang mempunyai sikap pasrah menerima apa-apa sahaja yang berlaku
sebagai hal yang baik. Contohnya, ketika Awang Kamaruddin kembali ke Istana Besar
Jawa setelah selesai berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti,
TPIMS menyambut gembira kedatangan Awang Kamaruddin sambil hanya menyanyakan
khabar Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
30
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
24] PERWATAKAN 13 SEPUPU
Perwatakan Luaran:
Nama-Nama 13 orang sepupu Dang Kumala tersebut ialah Dang Siti Noralam, Dang Siti
Kumala Indera Sakti, Dang Dara, Dang Darni, Dang Bongsu, Dang Indah Bulan, Awang
Abdul Kaim, Awang Abdul Mumin, Awang Si Mutarram, Awang Bongsu Adun, Awang
Abdul Fakar, Awang Abdul Kunchang dan Awang Bongsu Sukaim.
Perwatakan Dalaman:
13 orang sepupu ini mempunyai ilmu kesaktian boleh menjelma menjadi berbagai-bagai
jenis burung seperti Burung Si Marak Jantan, Burung Si Marak Nuri dan Burung Si Jambak
Wali Terbang. Mereka menuju ke Gunung Maha Biru untuk membantu Awang Kamaruddin
berperang dan mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti serta tentera-
tenteranya.
25] DANG DARA DAUN IRIK
Perwatakan Luaran:
Anak perempuan kepada Dang Kumala dengan Raja Muda Indera Bongsu.
Cucu perempuan kepada Lamang Labai, Dang Kasuma, Tuan Puteri Perimaisuri Intan
Mas Surai dan Raja Jawa.
Sepupu kepada Awang Amir Shamsu
26] SULTAN BONGSU DAN TUAN PUTERI KUMALA BONGSU
Perwatakan Luaran:
Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu merupakan adik tiri kepada Awang
Kamaruddin dan Dang Kumala.
Mereka ditapakan oleh ayah mereka, Lamang Labai dalam buah pinang Si Gangga Wari
yang berada di tepi laut.
Mereka telah dijelmakan semula menjadi manusia oleh Awang Kamaruddin menggunakan
Minyak Si Lompat Pagar dan Aing Mawal.
Mereka berdua mempunyai rupa paras yang kacak dan cantik dan ini terserlah selepas
mandi langir warisan dari Lamang Labai dan kemudiannya memakai persalinan.
TAMAT
31
SASTERA KLASIK
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [WATAK & PERWATAKAN]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
32