The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mahfuzah Khalib, 2020-06-24 02:35:03

SMK SEAFIELD

PEMANTAUAN PEMBUKAA

LAPORAN KUNJUNG BANTU PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SMK SEAFIELD, JALAN USJ 2/5,47600 SUBANG JAYA, SELANGOR

NAMA PENGETUA : DATIN ASIAH BT JAMAN

NO TEL : 03-56321301

KEHADIRAN

BIL GURU: 92 ORANG (100%)

BIL MURID TING 5: 240/247 ( 97.2% )

SEBELUM KELAS BERMULA

1. Sekolah menyediakan 5 stesen yang mengasingkan 13 buah kelas yang telah dibuka untuk
247 orang murid Tingkatan 5.

2. Murid beratur mengikut stesen kelas masing-masing dan mengambil suhu serta
mencatatkan didalam buku rekod yang disediakan.

3. Murid menjaga penjarakan social dan menggunakan pen masing-masing untuk menulis.
4. Suhu diambil dan murid diarahkan mensanitasi tangan setelah berurusan di stesenn dan

bergerak ke dataran perhimpunan.
5. Murid yang sampai sebelum jam 7 pagi akan di tempatkan di dataran dan diawasi oleh

guru yang bertugas.
6. Pada jam 7 pagi murid bergerak ke kelas masing-masing mengikut laluan bersingan yang

telah disediakan.
7. Guru kelas akan berada di dalam kelas masing-masing dan membuat pensanitasi meja

dan perabou murid.
8. Terdapat 4 orang AJK PIBG yang diketuai oleh YDP, NYDP dan ajk lain turut bersama-sama

membantu proses persediaan pembukaan sekolah pada hari ini.
9. Hebahan berkenaan dengan Pendemik Covid -19 ini dilakukan pada awal pagi sebelum

sesi pdp bermula menggunkan sistem intercom.

PENAMBAHBAIKAN

1. Letakkan maklumat tambahan berkenaan dengan laluan murid ke kelas masing-masing
seperti nombor tangga dan lain-lain yang difikirkan sesuai di kaunter pendaftaran masuk.

2. Anjakkan sedikit kaunter pendaftaran ke hadapan agar murid mempunyai ruang yang
lebih luas bagi menjaga penjarakan sosial sewaktu mendaftar.

SEMASA PDP DAN WAKTU REHAT

1. Guru kelas telah berada di dalam kelas masing-masing dan murid duduk di tempat yang
telah disediakan khas mengikut nama murid.

2. Penjarakan social sentiasa berlaku.
3. Guru sentiasa mengingatkan murid dengan SOP keselamatan yang perlu murid patuhi.
4. Penjarakan social guru juga sentiasa berlaku di semua Kawasan sekolah seperti bilik guru,

pejabat, makmal computer dan lain-lain. Walau bagaimanapun, guru perlu sering
diingatkan berkenaan SOP penjarakan social ini kerana ada kalanya tersasar sedikit.
5. Letakkan maklumat berkenaan dengan pendemik COVID_19 ini dikawasan-kawasan yang
mudah dilihat oleh murid dan juga guru. Dan perbesarkan arahan-arahan yang perlu
terutamnya di makmal Sains. Dan makmal komputer.
6. Hebahan kali kedua dilakukan sewakti REHAT murid.
7. Rehat dilakukan dalam dua fasa iaitu 7 buah kelas pada jam 10 pg dan 6 buah kelas pada
jam 10.30 pagi bagi beri laluan kepada pengusaha kantin untuk membuat persediaan.
8. Guru bertugas aka mengambil wakil murid dari setiap kelas dan akan menuju ke kantin
untuk mengambil makanan yang telah dipesan oleh pelajar.
9. Menu untuk seminggu telah diedarkan dalam portal PIBG dan portal pelajar untuk mereka
membuat pesanan sahaari sebelum dan membuat bayaran.
10. Setelah makan, guru akan membuat sanitasi pada semua semua meja murid. Murid
membawa kain masing-masing untuk mengelap dan sampah dibuang secara bergilir
kedalam tong sampah bertutup yang disediakan di dalam kelas.

PENAMBAHBAIKAN

1. Pengusaha kantin perlu membungkus makanan yang ditempah sebelum wakil murid hadir
untuk mengambil makanan. Wakil murid perlu mengambil makanan 5 minit sebelum
rehat bagi memastikan murid selesai makan dalam masa yang ditetapkan.

2. Guru perlu sentiasa mengingatkan murid berkenaan dengan SOP penjagaan kebersihan
dan keselamatan murid sepanjang pdp.

SEMASA TAMAT SESI PERSEKOLAHAN

1. Guru bertugas akan menyukat suhu badan murid untuk kali yang kedua satu jam
sebelum tamat waktu persekolahan. Ini bagi memastikan murid berada dalam
keadaan yang suhu yang selamat untuk pulang kerumah.

2. Pensanitasi perabot murid akan dilakukan sekali lagi sebelum murid pulang oleh guru
dan murid.

3. Kelas dilepaskan secara beransur-ansur mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Sekiranya hujan, laluan alternative yang mempunyai susur gajah akan dibuka dan
digunakan.

4. Pengawal keselamatan dan guru bertugas akan sentiasa mengingatkan dan
memastikan keselamatan dan penjagaan jarak sosial murid di luar pagar sekolah
untuk 30 minit selepas pelajar dilepaskan.

5. Pemandu van, melakukan pensanitasi tangan kepada murid yang menjadi pelanggan
pengangkutannya dan berlaku penjarakan di dalam van.

PENAMBAHBAIKAN

Semuanya berjalan lancer dan mengikut SOP Garis Panduan Pembukaan Sekolah PAsca
PKP.


Click to View FlipBook Version