CIKGU HAFIZA SALWA BT ABD HADI
TATACARA
1. Murid diminta menyalin satu baris cerita sahaja.
2. Waris menyebut sukukata mengikut warna contohnya 'sa'. Murid diminta untuk
mengeja sambil memotong pada cerita yang ditulisnya.
Contohnya : Du/a sa/ha/bat de/ngan be/ru/ang.
3. Murid diminta membaca semula ayat yang telah dipotong.
4. Murid perlu membuat latihan imlak bersama waris ( waris membaca ayat dan murid
diminta menulis tanpa melihat teks )
* Tatacara tersebut perlu diulang sehingga tamat keseluruhan cerita.
DUA SAHABAT DENGAN BERUANG
Pada suatu hari, dua orang sahabat iaitu
Rafiq dan Faris pergi mengembara di dalam
hutan. Sebelum pergi mengembara, mereka
berjanji jika mereka menempuhi bahaya,
mereka akan menghadapinya bersama.
Rafiq dan Faris sampai di dalam hutan.
Tiba – tiba seekor beruang keluar dari semak
dan berjalan kearah mereka. Rafiq memanjat
pokok yang paling dekat dengannya. Faris tidak
sempat memanjat pokok. Ia merebahkan diri
lalu berpura – pura mati.
Beruang berjalan ke arah Faris. Ia
menghidu semua bahagian badan Faris. Faris
terus menahan nafas dan tidak bergerak.
Sebentar kemudian, beruang itu pergi dari situ.
Sebenarnya beruang tidak makan mayat.
Rafiq turun dari pokok lalu bertanya,
“Mengapa beruang menghidu telinga kamu ?
Adakah ia berkata sesuatu kepada kamu ? “
“Ya” jawab Faris, “Beruang memberitahu
aku jangan bersahabat dengan orang yang
meninggalkan sahabatnya dalam bahaya !”